Post on 09-Jun-2021
KENYATAAN MEDIA YB MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN
DAN MENTERI KEWANGAN II
NEGERI SABAH
A LAPORAN HARIAN KES JANGKITAN COVID-19
1 Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu
COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 71 kes, menjadikan jumlah kumulatif
sebanyak 53,557 kes. Dua (2) kes kematian dilaporkan hari ini iaitu di daerah Kota
Kinabalu dan Keningau. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.
2 Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital/ sembuh ialah 129 menjadikan jumlah
kumulatif 52,290 orang. Manakala, pesakit sedang menerima rawatan merangkumi
594 orang iaitu 220 orang di hospital, 372 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan
Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan dua (2) orang di Pusat Tahanan Sementara
(PTS) / Penjara. Bilangan pesakit dalam ICU ialah 25 orang dan 11 orang pula
memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).
3 Kes-kes jangkitan COVID-19 pada hari ini mengikut daerah adalah seperti berikut:
Daerah Beluran bertukar dari zon jingga ke zon kuning,
Kinabatangan berubah dari zon merah ke zon jingga manakala Putatan berubah dari zon kuning ke zon jingga.
4 Pada hari ini, tiada kluster baharu direkodkan.
5 Daripada 71 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 34 kes (47.9%) adalah
berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala tiga (3) kes (4.2%), saringan
kluster sedia ada 26 kes (36.6%) dan lapan (8) kes (11.3%) adalah dari lain- lain
kategori.
6 Jumlah kapasiti katil 5,001 unit
Hospital 744 unit
Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam 3,767 unit
Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara 490 unit.
Peratus penggunaan katil 11.88%.
B ARAHAN KEHADIRAN BERTUGAS PENJAWAT AWAM KERAJAAN NEGERI SABAH
MULAI 09 MAC 2021.
1 Selaras dengan keputusan Kerajaan Negeri Sabah untuk melaksanakan Perintah
Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula pada 05 Mac 2021, semua Ketua
Organisasi hendaklah memastikan keberadaan penjawat awam ke pejabat mencapai
tahap 90 peratus pada waktu bekerja manakala 10 peratus dibenarkan bekerja dari
rumah dengan kelulusan Ketua Organisasi.
2 Kerajaan Negeri sekali lagi mengingatkan semua penjawat awam supaya mematuhi
sepenuhnya peraturan-peraturan semasa dan SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) atau Pihak Yang Berkuasa.
C PELANJUTAN PKPD DI KAMPUNG TANAH MERAH, KOTA MARUDU
1 Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
(PKPD) di Kampung Tanah Merah, Kota Marudu dan dijadualkan tamat pada
08 Mac 2021.
2 Sehingga kini KKM telah melaksanakan 319 ujian saringan dan daripada jumlah itu
sebanyak 26 kes positif COVID-19 telah direkodkan.
3 KKM mengesahkan masih terdapat 181 baki sampel saringan yang sedang menunggu
keputusan dan kes-kes positif masih dilaporkan di lokaliti ini.
4 Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa
Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPD di
Kampung Tanah Merah, Kota Marudu bermula 09 Mac 2021 hingga 22 Mac 2021.
D SOP PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP) BAGI SELURUH
NEGERI SABAH.
SOP PKPP Negeri Sabah seperti dalam LAMPIRAN A.
E STATISTIK VAKSINASI NEGERI SABAH
Setakat ini, seramai 2,520 orang telah menerima suntikan vaksin harian
Dos 1 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 12,049 orang.
F BANTUAN BAKUL MAKANAN (FOOD BASKET)
Sejumlah 283,785 bakul makanan diagihkan pada hari ini kepada golongan yang
terkesan di bawah Program Bantuan Prihatin COVID-19 2.0.
G LAPORAN SEKATAN JALAN RAYA (SJR), PENGUATKUASAAN PERAIRAN
SABAH, SANITASI DAN HEBAHAN UMUM INFO ON WHEELS
1 Sejumlah 25 SJR dilaksana dalam tempoh 24 jam, melibatkan pemeriksaan 9,973
buah kenderaan. Daripada jumlah tersebut, sembilan (9) buah kenderaan diarah
berpatah balik. Pada hari ini, PDRM melaksanakan 67 hebahan melalui kereta
peronda dengan tiada tangkapan dibuat.
2 Orang awam dinasihatkan supaya sentiasa mengamalkan penjarakan fizikal dan
pemakaian pelitup muka semasa berada di premis-premis perniagaan untuk mengelak
daripada dikompaun. Sebanyak tiga (3) kompaun dikeluarkan pada hari ini:
Kota Kinabalu : 2 orang – seorang tiada penjarakan fizikal dan seorang lagi tidak
mengimbas QR Code / tidak mencatit nama memasuki premis
Papar : 1 orang tidak mengimbas QR Code / tidak mencatit nama memasuki
premis
3 Penguatkuasaan SOP turut dijalankan di perairan laut Sabah oleh Pasukan Polis
Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melibatkan 69
pemeriksaan di kawasan Pantai Timur dan 41 pemeriksaan di perairan Kota Kinabalu
dan Labuan. Hasil pemeriksaan, tiga (3) tangkapan telah dibuat masing-masing di
bawah Akta Kastam 1967, Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Imigresen 1959/63.
4 Rondaan Agen Basmi COVID-19 (ABC-19) dan Rondaan Pemantauan Pematuhan
SOP Peringkat Komuniti oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan
Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) telah dilaksanakan di 482 lokasi melibatkan
seramai 191 anggota APM dan 68 anggota RELA.
5 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah telah melaksanakan
sanitasi awam di tiga (3) premis, melibatkan tiga (3) buah daerah iaitu daerah
Sandakan, Kota Kinabalu, dan Semporna.
6 Sejumlah 79 hebahan awam dibawah program Info On Wheels Jabatan Penerangan
Malaysia Sabah dilaksanakan di 12 daerah pada hari ini. Hebahan dibuat dalam
Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin, Bahasa Inggeris dan pelbagai bahasa etnik
Sabah.
7 Hebahan umum turut dilaksanakan oleh Unit Promosi Kesihatan Jabatan Kesihatan
Negeri Sabah sebanyak 134 hebahan di seluruh Sabah.
H KADAR PEMATUHAN PENDUDUK TERHADAP SOP PERINTAH KAWALAN
PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)
1 Kadar pematuhan penduduk terhadap SOP PKPP pada hari ini ialah 95.2%.
Pecahan mengikut daerah adalah seperti berikut:
BIL DAERAH PERATUS
1 Sipitang 96%
2 Kinabatangan 96%
3 Semporna 96%
4 Beluran 96%
5 Kunak 96%
6 Tenom 96%
7 Beaufort 96%
8 Ranau 96%
9 Kota Belud 95%
10 Kota Marudu 95%
11 Kudat 95%
12 Tuaran 95%
13 Kota Kinabalu 95%
14 Penampang 95%
15 Papar 95%
16 Lahad Datu 94%
17 Sandakan 94%
18 Tawau 94%
19 Keningau 93%
2 Ayuh, daftarkan diri anda untuk vaksin COVID-19 melalui MySejahtera.
Sekian.
#LindungDiriLindungSemua
YB MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN
DAN
MENTERI KEWANGAN II
08 Mac 2021
LAMPIRAN A