Post on 05-Dec-2014
description
ISLAM DAN PROSES
PEMBANGUNAN NEGARA
(Kehidupan Berkualiti)
Disediakan olehIsmail bin Sumanteri
PISMP Semester 1 Matematik 1
Islam pada permulaannya memberi tumpuan yang
penting kepada pencapaian kehidupan masyarakat secara berkualiti.
Mencapai tahap kehidupan yang tinggi dalam kesemua aspek keperluan adalah matlamat utama agama.
Bahkan Islam menuntut semoga setiap individu berusaha menguasai ilmu dan kemampuan untuk berjaya dalam kehidupan didunia.
Kehidupan akhirat adalah hasil daripada kemampuan individu melaksanakan kehidupan yang berkualiti dari kesemua aspek termasuk aspek kerohanian, fizikal dan material.
PRINSIP KE-6 :KEHIDUPAN BERKUALITI
Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-nikmatnya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan dimuka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.
Ini bertepatan dengan firman Allah S.W.T dalam Al-quran surah al-
Qasas: 77
Kehidupan berkualiti akan dicapai melalui kejayaan
negara memenuhi keperluan kehidupan asasi seperti memelihara amalan beragama, kemampuan memajukan taraf pendidikan, menghayati kehidupan yang aman, hak memiliki harta dan jaminan kepada generasi masa hadapan yang cemerlang.
Bermula dengan pencapaian keperluan asasi tersebut kualiti kehidupan mengikut Islam tidak bersifat statik, malah usaha untuk meningkat maju dalam kesemua aspek tersebut perlu diusaha dan dijayakan dari masa ke semasa semoga tahap pencapaian setanding dengan masyarakat yang maju didunia.
Di samping itu, Islam memberi keutamaan kepada insitusi keluarga. Keluarga yang sejahtera akan menjamin kepada lahirnya generasi yang seimbang dan berprestasi. Bahkan gejala sosial masyarakat dapat diminimakan jika setiap institusi keluarga dapat berfungsi dengan berkesan.
Dalam konteks mencapai kehidupan yang berkualiti, kemudahan persekitaran turut serta diberi perhatian. Tempat rekreasi dan kemudahan beriadah turut sama difikir perlu dalam membina masyarakat yang sihat dan bertenaga.
Menjadikan ibadat asas kehidupan berkualiti Tempat tinggal yang selesa Persekitaran yang selamat Kehidupan yang sihat Keluarga yang harmoni Pemakanan yang berkualiti Masyarakat yang penyayang Prasarana yang lengkap dan sempurna
Ciri-ciri dan nilai yang ingin dibangunkan
Hubungan etnik yang baik akan menyumbang kepada kehidupan yang berkualiti. Berdasarkan kepada Indeks Kualiti Hidup Malaysia, kita dapati hubungan etnik boleh dikaitkan dengan banyak perkara dalam kehidupan kita. Indeks Kualiti Hidup Malaysia merangkumi 11 aspek, iaitu:
1. Dunia pekerjaan2. Pengangkutan dan komunikasi3. Kehidupan berkeluarga4. Keselamatan dan ketenteraman awam5. Pendapatan dan pengagihanny6. Kesihatan7. Pendidikan8. Perumahan9. Alam sekitar10. Penglibatan sosial11. Budaya dan hiburan
Hubungan etnik boleh dimantapkan dengan
menjalin hubungan yang baik ditempat kerja.� Dalam aspek pekerjaan, semua kaum
mendapat peluang yang sama rata untuk memberikan tenaga dan bakti dalam apa jua profesion.
DUNIA PEKERJAAN
Kemalangan jalan raya kadang kala mengakibatkan
perbalahan berasaskan sentimen etnik.
Ini perlu dielakkan, biarlah mahkamah menentukan sesiapa yang bersalah atau pun tidak.
Berbudi bahasa dan bersopan santun dijalanraya dan ketika menggunakan pengangkutan awam adalah amalan mulia dan amalan kesedaran sivik yang tinggi.
Alat telekomunikasi seperti telefon, fax, telegraf ,e-mail dan SMS boleh menyumbang kepada pengukuhan hubungan etnik.
PENGANGKUTAN DAN KOMUNIKASI
Individu yang baik dan beradab akan melahirkan keluarga yang baik.
Keluarga yang baik akan melahirkan komuniti dan masyarakat yang baik.
Masyarakat yang baik adalah pemangkin kepada kemajuan dan kesejahteraan negara.
Di Malaysia, walaupun keakraban keluarga semakin baik, setiap ahli keluarga perlulah mempunyai hubungan yang baik dengan ahli keluarga kelompok etnik yang lain.
KEHIDUPAN BERKELUARGA
Rakyat pelbagai kaum mestilah sama-
sama memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara dan mengelakkan daripada menjadi pencetus kepada perselisihan faham atau pun konflik etnik, menimbulkan provokasi ataupun isu-isu sensitif.
KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM
Kita mendapat tempat untuk mencari rezeki hasil
daripada kemakmuran dan kesejahteraan negara yang diusahakan pemerintah dan rakyat dengan izin Allah s.w.t.
Tidak lagi timbul rasa cemburu dan iri hati kerana kita sama-sama menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan negara.
Wang pembayar cukai digunakan untuk membangunkan keluarga, masyarakat dan juga negara.
PENDAPATAN DAN PENGAGIHANNYA
Isu-isu seperti HIV AIDS, dadah, sakit
jantung dan kanser melibatkan semua kaum.
Kita yang hidup dalam kelompok masyarakat yang bertamadun mesti bersatu untuk memerangi dan menanganinya.
KESIHATAN
Bidang pendidikan sendiri sama ada
diperingkat rendah, menengah dan tinggi adalah satu wadah yang boleh digunakan untuk menyatupadukan kaum.
Secara teorinya, semakin tinggi pendidikan seseorangitu, semakin tinggilah juga kesedarandan amalan dalam memperkasa hubungan etnik dan intra etnik.
PENDIDIKAN
Terdapat kecenderungan pembeli rumah
membeli rumah dikawasan kelompok etnik sendiri.
Sikap ini perlu dibendung kerana ia boleh mewujudkan diskriminasi kaum.
Banyak kawasan perumahan yang mempunyai pelbagai kelompok etnik.
Maka usaha perlu dijalankan untuk memperkukuh hubungan etnik dikawasan kediaman terlebih dahulu.
PERUMAHAN
Isu alam sekitar sebaiknya ditangani
secara bersama.
Kempen seperti gotong royong pembersihan taman perumahan yang melibatkan pelbagai kelompok etnik boleh mewujudkan semangat dan sikap kerjasama berkumpulan dan tolong-menolong.
ALAM SEKITAR
Kerja-kerja sukarela sama ada
diperingkat komuniti dan masyarakat boleh mewujudkan sikap saling sayang menyayangi dalam konteks hubungan etnik.
Begitu juga kerja sosial dan pembangunan komuniti dan masyarakat.
Hal ini secara tidak langsung dapat menerapkan nilai-nilai murni antara kaum.
PENGLIBATAN SOSIAL
Program kebudayaan dan hiburan yang
melibatkan penyertaan pelbagai kelompok etnik mestilah sentiasa digalakkan kerana ia boleh memperkukuhkan hubungan etnik.
Sukan ternyata boleh mewujudkan semangat patriotisme yang tinggi dikalangan rakyat Malaysia sekaligus mengeratkan hubungan kaum dan integrasi nasional.
Sudah ada langkah-langkah menggunakan sukan sebagai alat untuk memupuk hubungan kaum yang erat.
BUDAYA DAN HIBURAN
Orang Cina sudah ada yang bermain sepak takraw yang sebelum ini didominasi oleh orang Melayu. Orang Melayu sudah bermain bola keranjang walaupun sebelum ini sukan ini didominasi oleh orang Cina.
Kita perlu sukan yang boleh menaikkan imej negara dipersada antarabangsa. Badminton, hoki, bola sepak dan squasya adalah diantara sukan yang boleh membangkitkan perasaan patriotisme rakyat.
Orang boleh menangis kesedihan kalau negara kalah dalam sesuatu jenis sukan, dan begitu juga orang boleh menangis kegembiraan kalau negara menang dalam sesuatu jenis sukan.
SEKIAN TERIMA KASIH