Post on 18-Jun-2018
KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN INDUSTRI BAGI PELAJAR
PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN FAKULTI
PENDIDIKAN UTM, SKUDAI
ENDOK FADHLIATUNNUR BINTI MISWAN
Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
JANUARI 2012
KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN INDUSTRI BAGI PELAJAR
PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN FAKULTI
PENDIDIKAN UTM, SKUDAI
ENDOK FADHLIATUNNUR BINTI MISWAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh
tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana
secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan
penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda ( PSM ).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN INDUSTRI BAGI PELAJAR
PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN FAKULTI PENDIDIKAN
UTM, SKUDAI
SESI PENGAJIAN : 2011 / 2012
Saya ENDOK FADHLIATUNNUR BINTI MISWAN
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah) ini disimpan di Perpustakaan Kolej
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara
institusi pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan ( √ )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA
RAHSIA RASMI 1972 )
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah
ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan )
Disahkan oleh:
( TANDATANGAN PENULIS ) ( TANDATANGAN PENYELIA )
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Tarikh: 13 Januari 2012
Alamat Tetap:
No, 9 Jalan Bidara, Bandar Sri
Perani, 81900 Kota Tinggi, Johor.
√
TERHAD
TIDAK TERHAD
SULIT
CIK RAFEIZAH BT MOHD ZULKIFLI
(Nama Penyelia)
Tarikh: 13 Januari 2012
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik)”
Tandatangan : ____________________________________
Nama Penyelia : CIK RAFEIZAH BINTI MOHD ZULKIFLI
Tarikh : 13 JANUARI 2012
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ________________________________________
Nama Penulis : ENDOK FADHLIATUNNUR BINTI MISWAN
Tarikh : 10 JANUARI 2012
i
PENGHARGAAN
Alhamdulillah syukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan kurnia dan keizinanNya
dapat saya menyiapkan kajian ini dengan sempurna. Saya ingin mengambil kesempatan
ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada
penyelia saya, Cik Rafeizah Binti Mohd Zulkifli. Beliau merupakan pendorong utama
yang membantu, membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada saya dari awal sehingga
tersiapnya kajian ini.
Ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu dalam
memberi idea, pendapat serta komen yang membina. Tidak dilupakan, individu-individu
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan kajian ini.
Akhir sekali, kepada keluarga tersayang yang banyak memberi dorongan
sepanjang pengajian. Berkat doa mereka dan usaha yang tidak berbelah bagi maka dapat
saya menyiapkan projek sarjana muda ini dengan jayanya.
ii
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengetahui keberkesanan program latihan industri yang
telah dijalani pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan dalam bidang pendidikan
teknikal dan vokasional iaitu pelajar Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup). Dalam kajian ini, penyelidik melihat keberkesanan latihan
industri melalui pandangan peribadi pelajar dari segi latihan yang diterima di industri
berkaitan dengan pengajian semasa di universiti, pengaplikasian pengetahuan kepada
latihan semasa di industri dan bentuk kerjasama yang diberikan oleh pihak industri.
Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai intrumen kajian dan dilakukan
ke atas 107 orang responden. Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan
menggunakan kaedah Cronbach Alpha di mana nilai keseluruhan ialah 0.875. Data
yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package
for Sciences) versi 16.0 untuk mendapatkan peratusan dan min. Daripada data-data
yang diperolehi dan dianalisis, secara keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa
tahap keberkesanan program latihan industri bagi pelajar pendidikan teknikal adalah
berada pada tahap tinggi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pihak industri
membantu pelajar dengan memberikan latihan kerja yang berkaitan dengan
pengajian mereka semasa di universiti. Selain itu, latihan amali di universiti dapat
diaplikasikan semasa latihan industri. Secara keseluruhannya, latihan industri yang
dijalankan adalah berkesan.
iii
ABSTRACT
This study aims to determine the effectiveness of industrial training programs
for a final year student of the Faculty of Education in the field of technical and
vocational education students (SPH). In this study, researcher looks at the
effectiveness of industrial training through the personal views of students in terms of
training received in the industry related to the current study at the university, the
application of knowledge to training in the industry and form of co-operation given
by industry. This study using a questionnaire as an instrument which was distributed
to 107 respondents. Reliability of the questionnaire tested using Cronbach Alpha
method in which the total value is 0.973. The data obtained are analyzed using SPSS
software (Statistical Package for Sciences) version 16.0 for the percentage and mean.
From the data obtained and analyzed, as a whole can be concluded that the
effectiveness of industrial training programs for students of technical
education is at a high level. The study showed that the industry helps students by
providing work-related their studies at university. In addition, practical training at
university can be applied during the industrial training. Overall, industrial training
are carried out effectively.
iv
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL
PENGAKUAN
PENGHARGAAN i
ABSTRAK ii
ABSTRACT iii
KANDUNGAN iv
SENARAI JADUAL viii
SENARAI RAJAH ix
SENARAI SINGKATAN x
SENARAI LAMPIRAN xi
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Persoalan Kajian 6
1.5 Objektif Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.6.1 Fakulti Pendidikan 8
1.6.2 Pelajar 8
1.6.3 Penyelia Latihan Industri 9
1.6.4 Penyelaras Latihan Industri 9
1.7 Batasan Kajian 9
v
1.8 Skop Kajian 10
1.9 Definisi Istilah 10
1.9.1 Keberkesanan 10
1.9.2 Latihan 11
1.9.3 Industri 11
1.9.4 Latihan Industri 11
1.9.5 Persepsi 12
1.9.6 Kesahan 12
1.10 Rumusan 12
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Kepentngan Latihan Industri 16
2.3 Faktor Keberkesanan Latihan Industri 19
2.4 Latihan Industri Fakulti Pendidikan 22
2.5 Penyeliaan Latihan Industri 25
2.6 Kerjasama Pihak Industri 26
2.7 Kajian Lepas 29
2.8 Rumusan 30
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 31
3.2 Rekabentuk Kajian 31
3.3 Populasi dan sampel Kajian 32
3.4 Instrumen Kajian 33
3.4.1 Pembinaan Soal Selidik 33
3.5 Kesahan 35
3.6 Kajian Rintis 36
3.7 Analisis Data 37
3.8 Proses Menjalankan Kajian 38
3.9 Rumusan 41
vi
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 42
4.2 Latar Belakang Responden 43
4.2.1 Taburan Responden mengikut Jantina 43
4.2.2 Taburan Responden mengikut Kursus 44
4.2.3 Taburan Responden mengikut Umur 44
4.2.4 Taburan Responden mengikut Bangsa 45
4.3 Analisis Item Kajian Bahagian B 46
4.3.1 Soalan Kajian 1: Adakah para pelajar
bekerja dalam bidang yang berkaitan
dengan program pengajian mereka di
universiti? 46
4.3.2 Soalan Kajian 2: Adakah pengetahuan
yang diperolehi oleh pelajar di universiti
diaplikasikan di pusat industri semasa
menjalani latihan industri? 49
4.3.3 Soalan Kajian 3: Apakah bentuk
kerjasama yang diberikan oleh pihak
industri semasa menjalani latihan industri? 52
4.4 Ringkasan Dapatan Kajian 55
4.5 Rumusan 56
BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN
5.1 Pengenalan 57
5.2 Perbincangan 57
5.2.1 Latar Belakang Responden 58
5.2.2 Persoalan Kajian 1: Adakah para pelajar
bekerja dalam bidang yang berkaitan
dengan program pengajian mereka di
universiti? 58
vii
5.2.3 Persoalan Kajian 2: Adakah pengetahuan
yang diperolehi oleh pelajar di universiti
diaplikasikan di pusat industri semasa
menjalani latihan industri? 60
5.2.4 Persoalan Kajian 3: Apakah bentuk
kerjasama yang diberikan oleh pihak
industri semasa menjalani latihan industri? 62
5.3 Cadangan 64
5.3.1 Cadangan Kajian 64
5.3.2 Cadangan Lanjutan 66
5.4 Rumusan 67
RUJUKAN 69
LAMPIRAN 75
viii
SENARAI JADUAL
JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Bilangan Populasi Pelajar 31
3.2 Taburan Item Soal Selidik 33
3.3 Taburan Skor mengikut Skala Likert 34
3.4 Tahap bagi setiap nilai min 37
3.5 Taburan Min Berdasarkan Persoalan Kajian 37
4.1 Taburan Responden mengikut Jantina 44
4.2 Taburan Responden mengikut Kursus 44
4.3 Taburan Responden mengikut Umur 45
4.4 Taburan Responden mengikut Bangsa 45
4.5 Taburan mengikut Peratusan dan Min bagi
Persoalan Kajian 1 47
4.6 Taburan mengikut Peratusan dan Min bagi
Persoalan Kajian 2 50
4.7 Taburan mengikut Peratusan dan Min bagi
Persoalan Kajian 3 53
4.8 Analisis Purata Peratus dan Min Keseluruhan
Persoalan Kajian 55
ix
SENARAI RAJAH
RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.6 Carta Alir Prosedur Kajian 38
4.9 Purata Min bagi setiap Soalan Kajian 56
xi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A SOAL SELIDIK 75
B KESAHAN ITEM SOAL SELIDIK 80
C DATA KEBOLEHPERCAYAAN BAGI
KAJIAN RINTIS 82
D DATA KEBOLEHPERCAYAAN BAGI
KAJIAN SEBENAR 83
E JADUAL KREJIE DAN MORGAN 84
x
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN HURAIAN
IPTA Institusi Pengajian Tinggi Awam
IPT Institut Pengajian Tinggi
UTM Universiti Teknologi Malaysia
SK Soalan Kajian
PTK Pendidikan Teknik Dan Kejuruteraan
SPH Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
SPSS Statistical Package for the Social Sciences
STS Sangat Tidak Setuju
TS Tidak Setuju
TP Tidak Pasti
S Setuju
SS Sangat Setuju
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dalam dunia hari ini, para graduan perlu mempunyai kompetensi dan
kemahiran pekerjaan untuk mereka berdaya saing di pasaran pekerjaan. Memiliki
ijazah tinggi sahaja tidak menjamin pekerjaan seseorang. Sebaliknya, para graduan
harus mempunyai pengetahuan yang relevan dan terkini, pengalaman praktikal,
kemahiran insaniah serta sikap yang positif untuk melengkapkan mereka sebelum
berdepan cabaran dunia kerjaya sebenar. Untuk meningkatkan tahap mampu kerja
para graduan, program latihan industri diperkenalkan untuk memperkasa kompetensi
yang diperlukan. Latihan industri memberi peluang kepada para pelajar untuk
mengaitkan pelajaran dalam kuliah dengan dipraktikkan di industri.
Program Latihan Industri berperanan penting dalam menyesuaikan diri para
pelatih dengan cara kerja dan budaya organisasi. Latihan ini juga mempercepatkan
mereka mengenalpasti kelemahan dan keupayaan masing-masing bagi
mengurangkan jurang antara keadaan sedia ada dengan jangkaan kerja seperti yang
ditetapkan oleh organisasi (Abdul Halim, Nik Maheran dan Rosni, 2001).
2
Bagi pelajar Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
dalam bidang teknikal dan kejuruteraan, selain menghadapi Latihan Mengajar
selama sekurang-kurangnya 12 minggu di sekolah yang ditetapkan oleh fakulti,
mereka juga perlu menjalani program Latihan Industri bagi melepasi syarat wajib
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda. Antara matlamat latihan industri ialah untuk
melahirkan guru yang terlatih di dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan
industri selaras dengan matlamat UTM iaitu melahirkan ahli teknologi yang cekap
dan bertanggungjawab kepada penciptaNya dan masyarakat.
Latihan Industri merupakan latihan praktik di industri oleh pelajar yang
membuat pengkhususan dalam bidang pendidikan teknikal dan vokasional. Ia
bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada aktiviti dan suasana industri. Di
samping itu pelajar akan memperolehi pengalaman bekerja di industri yang akan
membantu mereka menggunakan ilmu pengetahuan tersebut dalam profesion
perguruan.
Antara objektif Latihan Industri ialah untuk mendedahkan para pelajar
kepada jenis pekerjaan, memberikan para pelajar kepada suasana kerja dan
persekitaran kerja yang terdapat di industri atau organisasi. Selain itu, latihan
industri juga memberi peluang kepada para pelajar memperolehi kemahiran pada
kesempatan terawal mungkin serta memupuk sikap kerja yang baik kepada pelajar
dan menggalakkan interaksi dengan pelbagai kalangan pekerja dan masyarakat. Para
pelajar juga dapat mengaitkan pelajaran dalam kuliah dengan mempraktikkannya di
industri.
Program Latihan Industri adalah satu-satunya peluang kepada pelajar untuk
mendapatkan pengalaman dan pengetahuan yang baru seiring perubahan teknologi.
Disamping menggunakan pengetahuan asas yang sedia ada, secara tidak langsung
tahap pengetahuan dan pengaplikasian pengetahuan sedia ada pelajar juga akan
3
meningkat. Peluang untuk mengenali dan menggunakan dengan lebih dekat lagi
tentang teknologi terkini menjadi lebih terbuka dan seterusnya menjadi pengalaman
berharga yang boleh digunakan pada masa hadapan serta menjadi nilai tambah
kepada pelajar itu sendiri.
1.2 Latar Belakang Masalah
Keperluan untuk mengkaji keberkesanan latihan industri telah diutarakan
oleh Robyn Peterson (1992) di mana beliau menyatakan penentuan dan analisis ke
atas latihan industri mesti dibuat secara sistematik dan menyeluruh kerana terdapat
program latihan yang kerap menimbulkan masalah daripada menyelesaikan masalah.
Maka, untuk mencapai matlamat latihan industri, objektif latihan industri yang
dibentuk perlu mengambil kira faktor-faktor yang boleh meningkatkan keberkesanan
latihan industri.
Program Latihan Industri berperanan penting dalam menyesuaikan para
pelajar dengan cara kerja dan budaya organisasi di tempat kerja sebenar. Latihan ini
juga memberi mereka peluang mengenalpasti kelemahan dan keupayaan masing-
masing dalam bidang mereka di alam pekerjaan sebenar di industri yang telah
ditetapkan. Namun begitu terdapat aduan bahawa terdapat pihak industri yang
kurang memberikan kerjasama kepada para pelatih dalam hal-hal dalam melatih serta
memberikan pengalaman kerja di tempat kerja mereka.
Latihan industri penting bagi menyediakan bakal siswazah dengan kemahiran
kerja dan menjadikan mereka bersedia untuk menghadapi dunia pekerjaan selepas
tamat pengajian kelak. Tempoh latihan industri yang akan dihadapi oleh para pelajar
menuntut kerjasama dan komitmen daripada majikan. Namun, masalah yang berlaku
apabila ada majikan yang kurang serius dan mengambil remeh dalam memberikan
4
latihan yang bersesuaian dengan pelatih. Pelatih disuruh melakukan kerja yang
remeh-temeh. Tidak menjadi masalah sekiranya kerja remeh-temeh itu disuruh
sebagai persediaan budaya mula bekerja dari bawah atau hanya sebagai sesi orientasi
untuk beramah mesra tetapi adakalanya majikan sengaja melakukan demikian kerana
menganggap pelajar yang menjalani latihan industri adalah peluang bagi majikan
mendapatkan khidmat pekerja murah atau percuma. Hal ini tidak sepatutnya berlaku.
Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), mendedahkan ada pelajar
universiti yang menjalani latihan praktikal diberi tugasan remeh, termasuk membuat
salinan fotostat dan membancuh minuman untuk pegawai atasan. Pengarah Eksekutif
MEF, Shamsuddin Bardan, berkata pihaknya menerima aduan daripada para pelajar
bahawa latihan yang dijalani kurang berkesan dalam membantu mereka membuat
persediaan memasuki pasaran kerja. (Berita Harian, 23 Mac 2010)
Memang diakui wujud keadaan sesetengah pelajar yang menjalani latihan
industri, sekadar mendapat pengalaman membuat salinan fotostat dan surat menyurat
saja. Malah ada sesetengah syarikat melabelkan mereka sebagai sumber tenaga
murahan yang boleh dipergunakan. Fenomena ini mungkin kes terpencil namun ia
memerlukan kewajaran bagi syarikat yang mengambil pelajar menjalani latihan
industri menyedari keupayaan pelajar itu dalam membantu meningkatkan
perkembangan syarikat (Hamidon, 2009)
Menurut Sapian (2010), kerja remeh seperti membancuh kopi, membuat
salinan fotostat dan sebagainya yang tidak berkaitan dengan tugas semasa latihan
dilakukan itu adalah ilmu atau pengalaman yang mereka perlu ambil positif kerana
semua itu adalah rutin kebiasaan di industri atau organisasi dan para pelajar
hendaklah mengambil perkara seperti ini sebagai antara suasana kerja di industri.
Menjalani latihan industri adalah tempat untuk mencari seberapa banyak pengalaman
kerja dan bukan untuk menimba ilmu pengetahuan.
5
Pelajar yang mengikuti latihan industri sepatutnya diberikan tugasan yang
boleh membantu kerjaya mereka apabila tamat pengajian, bukannya pekerja murahan
(Ong Tee Keat, 2007). Majikan perlu menjadikan program latihan industri sebagai
peluang mendapatkan pekerja berpotensi, kerana mereka memantau sendiri
kebolehan pelatih dan kaedah itu lebih baik daripada mengadakan temu duga.
majikan seharusnya memberikan tunjuk ajar kepada pelatih dengan memberikan
tugasan bermanfaat dan memberi pendedahan mengenai tugas sebenar bakal yang
dilalui_kelak.
Program latihan industri perlu dilaksanakan secara serius bagi memastikan
graduan bersedia memasuki pasaran pekerjaan kerana keputusan yang cemerlang
dalam peperiksaan tidak bermakna jika para pelajar tiada persediaan ke alam
pekerjaan. Menerusi program latihan industri ini, graduan dijangka mampu bersaing
untuk menempatkan diri dalam pasaran pekerjaan yang mencabar. Melalui program
ini juga, UTM dapat melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran dan kepakaran
bagi memenuhi keperluan semasa negara.
Sebarang usaha untuk memberi peluang kepada pelajar membuat persediaan
ke alam pekerjaan perlu disokong oleh pelbagai pihak dan pihak universiti perlu
mengorak langkah mengadakan kerjasama dengan pelbagai sektor untuk
melaksanakannya. Oleh itu, semua pihak perlu berganding bahu bagi mencapai
keberkesanan Program Latihan Industri. Pihak industri mahupun pihak Fakulti perlu
melaraskan program ini dengan sebaiknya supaya program ini dapat member
manfaat sepenuhnya kepada pelajar yang menjalani latihan industri.
6
1.3 Penyataan Masalah
Program Latihan Industri yang diperuntukan pihak universiti kepada pelajar
untuk menjalankan latihan industri sudah pasti menjadi sia-sia sekiranya berlaku
masalah kepada para pelajar yang tidak mendapat latihan yang sepatutnya semasa
menjalani latihan industri. Selain itu para pelajar tidak akan mencapai tujuan sebenar
mereka melaksanakan latihan amali serta tidak mendapat pengalaman yang
diperlukan oleh mereka sebelum menamatkan pengajian.
Oleh itu, untuk mengetahui sama ada para pelajar dalam bidang teknikal dan
vokasional Fakulti Pendidikan menghadapi masalah yang sama seperti yang
dibincangkan di atas, satu kajian perlu dilakukan bagi mengenalpasti latihan industri
yang ditetapkan oleh pihak universiti mencapai tujuan sebenar latihan industri
tersebut.
1.4 Persoalan Kajian
Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mendapatkan maklumbalas
daripada para pelajar dalam bidang teknikal dan vokasional Fakulti Pendidikan yang
telah menjalani Latihan Industri. Oleh itu, objektif kajian ini adalah panduan untuk
menjawab persoalan kajian seperti berikut:
i. Adakah para pelajar bekerja dalam bidang yang berkaitan dengan
program pengajian mereka di universiti?
ii. Adakah pengetahuan yang diperolehi oleh pelajar di universiti
diaplikasikan di pusat industri semasa menjalani latihan industri?
7
iii. Apakah bentuk kerjasama yang diberikan oleh pihak industri semasa
menjalani latihan industri?
1.5 Objektif Kajian
Objektif utama kajian akan dijalankan ialah untuk mendapatkan persepsi para
pelajar mengenai keberkesanan Program Latihan Industri yang telah mereka lalui.
Kajian ini akan dilakukan terhadap para pelajar Fakulti Pendidikan UTM yang
mempunyai pengkhususan dalam bidang teknik dan vokasional.
Antara perkara yang menjadi objektif dalam perbincangan di dalam kajian ini
adalah:
i. Mengenalpasti sama ada para pelajar bekerja dalam bidang yang
berkaitan dengan program pengajian mereka di universiti.
ii. Mengenalpasti sama ada pengetahuan yang dipelajari oleh pelajar di
universiti diaplikasikan di pusat industri semasa menjalani latihan
industri.
iii. Mengenalpasti bentuk kerjasama yang telah diberikan oleh pihak industri
kepada para pelatih semasa mereka menjalani latihan industri.