Post on 11-Apr-2019
KATEGORI MASALAH PELAJAR PROGRAM KHAS PENGSISWAZAHAN
GURU (PKPG) DI FAKULTI PENDIDIKAN, UTM
JUNAIDAH MOHAMAD RAMLI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai
memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2010
ii
Saya akui kajian ini yang bertajuk “Kategori Masalah Pelajar Program Khas
Pengsiswazahan Guru (PKPG) di Fakuti Pendidikan, UTM” adalah hasil kerja saya
sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya perjelaskan
sumbernya.
Tandatangan : ..............................................................
Nama Penulis : JUNAIDAH MOHAMAD RAMLI
Tarikh : ..............................................................
iii
DEDIKASI
Kepada suamiku yang tercinta,
Mohd. Rizwan Bin Parman, segala pengorbanan, kesabaran, sokongan, dan
dorongan yang diberikan kepadaku selama ini amat ku hargai. Kata-kata semangat dan
nasihat yang diberikan telah membuatkanku lebih kuat dan tabah mengharungi segala
cabaran. Ribuan terima kasih ku ucapkan kepadamu.
Kepada adik-beradikku yang disayangi,
Terima kasih diucapkan kepada kalian yang sentiasa memberi sokongan dan
semangat kepadaku dalam menghadapi segala kepayahan dan dugaan.
Kepada rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi,
Segala idea dan maklumat yang dikongsi bersama, nasihat serta tunjuk ajar yang
kalian berikan amatlah di hargai. Terima kasih ku ucapkan.
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya,
maka saya dapat menyiapkan projek ini dengan lancar dan baik.
Dalam ruangan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr Hamdan Bin Said selaku
pensyarah pembimbing, di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar, nasihat serta teguran
di sepanjang tempoh menyiapkan kajian ini.
Ucapan terima kasih juga kepada semua pelajar PKPG, Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai Johor yang telah menjadi responden dalam kajian ini dan sudi
memberi kerjasama yang sepenuhnya bagi melengkapkan kajian saya ini.
Juga ribuan terima kasih kepada suami, keluarga, rakan seperjuangan serta
semua pihak yang telah memberikan kerjasama samada secara langsung atau tidak
langsung. Semoga anda akan mendapat keberkatan di dunia dan akhirat hendaknya.
Sekian, terima kasih. Wassalam.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kategori masalah dalam kalangan
pelajar Program Khas Pengsiswazahan Guru (PKPG), Fakulti Pendidikan, UTM.
Seramai 55 orang pelajar PKPG telah dipilih secara rawak terlibat dalam kajian ini.
Instrumen yang digunakan adalah Mooney Problem Checklist (MPCL) yang
mengandungi 11 kategori masalah dengan jumlah keseluruhan item sebanyak 330. Data
dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS. Analisis data dipaparkan dalam bentuk
deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan kategori masalah yang paling mengganggu
pelajar PKPG adalah masalah kegiatan sosial dan rekreasi, diikuti dengan penyesuaian
kerja-kerja dalam bilik kuliah, serta kesihatan dan pertumbuhan jasmani. Sebanyak 12
cadangan telah dikemukakan kepada pelajar PKPG, ahli keluarga pelajar, dan juga pihak
pengurusan fakulti untuk mengatasi masalah tersebut.
vi
ABSTRACT
This study seeks to identify category of problems among special undergraduate
program for teachers (also known as PKPG) at Faculty of Education, UTM. A total of 55
PKPG students randomly selected involved in this study. The instrument used was
Mooney Problem Checklist (MPCL) which contains 11 categories of problems with a
total of 330 items. Data were analyzed using SPSS. Data analyses were shown in the
form of descriptive statistics. The findings showed that the problem affected the
students the most are social and recreational activities, followed by the adjustments of
classroom work, and health and physical growth. A total of 12 suggestions were
proposed to the PKPG students, their family, and the faculty management to overcome
the problems.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN PENYELIDIK ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Skop dan Batasan Kajian 8
1.8 Definisi istilah 8
1.8.1 Mooney Problem Checklist 9
viii
1.8.2 Program Pengsiswazahan Khas Guru (PKPG) 9
1.8.3 Demografi 9
1.9 Kesimpulan 10
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Kajian Luar Negara 11
2.3 Kajian Dalam Malaysia 12
2.4 Kajian Masalah Pelajar Dewasa 17
2.5 Kesimpulan 19
3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 20
3.2 Rekabentuk Kajian 20
3.3 Lokasi Kajian 21
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 21
3.5 Instrumen Kajian 21
3.6 Kesahan Instrumen MPCL 23
3.7 Kebolehpercayaan Instrumen Kajian 23
3.8 Prosedur Kajian 24
3.9 Kaedah Analisis Data 24
3.10 Kesimpulan 25
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 26
4.2 Analisis Deskriptif Latar Belakang Responden 26
4.3 Analisis Bilangan dan Peratusan Setiap Kategori Masalah 27
ix
4.4 Analisis Peratusan Setiap Item Kategori Masalah 30
4.5 Analisis Deskriptif Setiap Kategori Masalah 41
Mengikut Demografi
4.5.1 Lima Masalah Utama Mengikut Jantina 41
4.5.2 Lima Masalah Utama Mengikut Kaum 53
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 66
5.2 Perbincangan dan Rumusan 66
5.2.1 Kategori Masalah Dalam Kalangan 67
Pelajar PKPG di UTM, Skudai
5.2.2 Perbezaan Kategori Masalah Mengikut Jantina 68
5.2.3 Perbezaan Kategori Masalah Mengikut Kaum 69
5.2.4 Masalah Utama yang Mengganggu 70
Pelajar Dalam Setiap Kategori Masalah
5.3 Cadangan Kajian 76
5.3.1 Cadangan kepada Pelajar 76
5.3.2 Cadangan kepada Ahli Keluarga 77
5.3.3 Cadangan kepada Pengurusan Fakulti 77
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan . 78
5.5 Penutup 78
RUJUKAN 80
LAMPIRAN 84
x
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL
TAJUK MUKA SURAT
2.1 Kategori Masalah Pelajar Tahun 1 dan Tahun 4
13
2.2 Kategori Masalah Pelajar Kolej 13, UTM
14
2.3 Kategori Masalah Pelajar Tahun 1, bahagian Teknik Dan
Vokasional, Fakulti Pendidikan UTM
15
2.4 Kategori Masalah Pelajar Tahun 1 di FPPSM, UTM
15
2.5 Kategori Masalah Pelajar KTC, UTM
16
2.6 Perbandingan Masalah Pelajar Dewasa
19
3.1 Taburan Item Masalah
22
4.1 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut
Jantina
26
4.2 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut
Kaum
27
4.3 Jumlah dan Peratusan yang Menjawab ‘YA’ Mengikut
Kategori Masalah
28
4.4 Susunan Peratusan yang Menjawab ‘YA’ Mengikut
Kategori Masalah
29
4.5 Susunan Peratusan ‘YA’ Setiap Item Bagi Sub Skala
Masalah Kesihatan dan Pertumbuhan Jasmani.
30
4.6 Susunan Peratusan ‘YA’ Setiap Item Bagi Sub Skala
Masalah Kewangan, Keadaan Kehidupan dan Pekerjaan
31
xi
4.7 Susunan Peratusan ‘YA’ Setiap Item Bagi Sub Skala
Masalah Kegiatan Sosial dan Rekreasi
32
4.8 Susuna Peratusan ‘YA’ Setiap Item Bagi Sub Skala
Masalah Perhubungan Psikologi Sosial
33
4.9 Susunan Peratusan ‘YA’ Setiap Item Bagi Sub Skala
Masalah Perhubungan Peribadi dan Psikologi (Emosi)
34
4.10 Susunan Peratusan ‘YA’ Setiap Item Bagi Sub Skala
Masalah Pergaulan Muda Mudi, Perkahwinan dan Seks
35
4.11 Susunan Peratusan ‘YA’ Setiap Item Bagi Sub Skala
Masalah Rumahtangga dan Kekeluargaan
36
4.12 Susunan Peratusan ‘YA’ Setiap Item Bagi Sub Skala
Masalah Moral dan Agama
37
4.13 Susunan Peratusan ‘YA’ Setiap Item Bagi Sub Skala
Masalah Penyesuaian Terhadap Kerja dalam Bilik Kuliah
38
4.14 Susunan Peratusan ‘YA’ Setiap Item Bagi Sub Skala
Masalah Pelajaran dan Kerjaya Masa Depan
39
4.15 Peratusan ‘YA’ Setiap Item Bagi Sub Skala Masalah
Kurikulum dan Kaedah Pengajaran
40
4.16 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Kesihatan dan
Pertumbuhan Jasmani Mengikut Jantina
41
4.17 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Kewangan,
Keadaan Kehidupan dan Pekerjaan Mengikut Jantina
42
4.18 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Kegiatan Sosial
dan Hiburan Mengikut Jantina
43
4.19 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Perhubungan
Psikologi Sosial Mengikut Jantina
44
4.20 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Perhubungan
Peribadi dan Psikologi (Emosi) Mengikut Jantina
45
4.21 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Pergaulan Muda
Mudi, Perkahwinan dan Seks Mengikut Jantina
46
4.22 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Rumahtangga dan
Keluarga Mengikut Jantina
47
xii
4.23 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Moral dan Agama
Mengikut Jantina
48
4.24 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Moral dan Agama
Mengikut Jantina
49
4.25 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Pelajaran dan
Kerjaya Masa Depan Mengikut Jantina
50
4.26 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Kurikulum dan
Kaedah Pengajaran Mengikut Jantina
51
4.27 Susunan Peratusan Kategori Masalah Mengikut
Keutamaan Mengikut Jantina
52
4.28 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Kesihatan dan
Pertumbuhan Jasmani Mengikut Kaum
53
4.29 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Kewangan,
Keadaan Kehidupan dan Pekerjaan Mengikut Kaum
54
4.30 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Kegiatan Sosial
dan Hiburan Mengikut Kaum
55
4.31 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Perhubungan
Psikologi Sosial Mengikut Kaum
56
4.32 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Perhubungan
Peribadi dan Psikologi (Emosi) Mengikut Kaum
57
4.33 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Pergaulan Muda
Mudi, Perkahwinan dan Seks Mengikut Kaum
58
4.34 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Rumahtangga dan
Keluarga Mengikut Kaum
59
4.35 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Moral dan Agama
Mengikut Kaum
60
4.36 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Penyesuaian
Terhadap Kerja-Kerja Tugasan Akademik Mengikut
Kaum
61
4.37 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Pelajaran dan
Kerjaya Masa Depan Mengikut Kaum
62
xiii
4.38 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Kurikulum dan
Kaedah Pengajaran Mengikut Kaum
63
4.39 Susunan Peratusan Kategori Masalah Mengikut
Keutamaan Mengikut Kaum
64
xiv
SENARAI SINGKATAN
IPT Institusi Pendidikan Tinggi
FPPSM Fakulti Pusat Pembangunan Sumber Manusia
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
KTC Kolej Tuanku Canselor
LPP Lanjutan Pengajian Tinggi
MPCL Mooney Problems Checklist
PKPG Program Khas Pengsiswazahan Guru
SPA Ijazah Sarjana Muda Teknikal serta Pendidikan (Kejuruteraan
Awam)
SPE Ijazah Sarjana Muda Teknikal serta Pendidikan (Kejuruteraan
Elektrik)
SPH Ijazah Sarjana Muda Teknikal serta Pendidikan (Kemahiran
Hidup)
SPJ Ijazah Sarjana Muda Teknikal serta Pendidikan (Jentera)
SPSS Statistical Package for the Social Sciences
UTM Universiti Teknologi Malaysia
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Soal Selidik 84
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan orang dewasa sudah menjadi salah satu aspek yang penting dalam
dunia pendidikan. Pendidikan untuk orang dewasa sama pentingnya dengan pendidikan
untuk kanak-kanak dan remaja. Justeru itu pelajar dewasa perlu memperolehi
pendidikan yang sewajarnya untuk pembangunan diri mereka.
Seiring dengan pembangunan yang pesat pada masa kini, semakin ramai orang
dewasa menyambung pelajaran mereka di universiti-universiti sama ada secara sepenuh
masa atau pun separuh masa. Bahkan kini isu menyambung pelajaran ke pengajian
tinggi ini sudah menjadi senario biasa yang berlaku. Pelajar dewasa kebanyakkannya
terdiri daripada golongan yang mempunyai kerjaya dan sudah berkeluarga. Tidak
ketinggalan ada dalam kalangan mereka ini golongan surirumah dan juga pekerja.
Mereka ini mempunyai banyak tanggungjawab yang harus dilaksanakan dalam
kehidupan seharian seperti menguruskan anak dan rumahtangga, melaksanakan tugas di
tempat kerja, dan sebagainya.
2
Terdapat banyak sebab orang dewasa menyambung pengajian mereka hingga ke
institusi pengajian tinggi (IPT). Mereka meneruskan pelajarannya mungkin untuk
kepentingan diri sendiri, keluarga, masyarakat ataupun negara (Harper, 1978). Philips
(1986) mengklasifikasikan faktor-faktor penyebab pelajar dewasa menyambung
pengajian mereka kepada faktor peribadi, pekerjaan, vokasional dan institusi. Sebab
penyambungan pelajaran ini boleh terbina daripada keperluan hidup, untuk menguasai
ilmu itu sendiri, untuk memenuhi tuntutan agama, untuk mendapatkan kualiti hidup yang
lebih baik, untuk mengubah pencapaian dan memotivasikan diri dan sebagainya.
Perkara ini turut dinyatakan oleh Cocklin (1991) yang berpendapat bahawa orang yang
akan menjadi pelajar dewasa itu sendiri menunjukkan wujudnya keinginan dalam
perubahan arah di dalam hidup mereka.
Pembangunan negara yang semakin pesat kini telah menyebabkan kos sara hidup
semakin tinggi sekaligus meningkatkan kos perbelanjaan seharian seperti barang
keperluan rumah, kebajikan anak-anak, kereta, keluarga dan sebagainya. Untuk
mendapatkan penghijrahan kepada kehidupan yang lebih baik sudah tentu seseorang itu
perlu mendapatkan pekerjaan yang memberikan gaji yang lebih tinggi. Semakin bagus
sesuatu pekerjaan itu, semakin tinggi tahap pendidikan diperlukan untuk menjawat
pekerjaan tersebut. Oleh itu, perubahan atau pertukaran kerjaya yang menjanjikan
pulangan yang lebih baik telah mendorong orang dewasa untuk mendapatkan pendidikan
tambahan untuk membolehkan mereka bertahan atau bergerak maju dalam pasaran kerja.
Cocklin (1991) mengatakan perjalanan menjadi pelajar dewasa adalah untuk memenuhi
kehendak pekerjaan atau karier masa kini.
Selain daripada itu terdapat banyak lagi alasan atau sebab orang dewasa
menyambung pengajian mereka. Ada dalam kalangan orang dewasa ini mengambil
keputusan untuk melanjutkan pelajaran mereka di peringkat yang lebih tinggi kerana
ingin mendapatkan kualiti hidup yang lebih baik (Albert,1990). Albert (1990)
mengatakan bahawa pencapaian dalam pendidikan dipercayai boleh mempengaruhi
peluang dalam kehidupan dan pembentukan persepsi diri dan masyarakat, dan
pendidikan orang dewasa juga mempengaruhi cara orang menilai situasi kehidupan
3
global mereka sendiri dan menilai kesejahteraan peribadi mereka. Pelajar dewasa akan
berasa lebih yakin untuk menjalani kehidupan sekiranya mempunyai ilmu pengetahuan
atau pelajaran terutamanya apabila dikelilingi oleh orang ramai. Mereka juga tidak
mudah berasa rendah diri apabila berinteraksi dengan orang ramai. Dengan sifat
sebegini, hidup mereka sentiasa dalam kegembiraan dan kelihatan lebih berkualiti.
Kedapatan juga pelajar dewasa yang menyambung pelajaran kerana hendak
menyelesaikan pendidikan mereka yang telah terhenti sejak sekian lama. Mereka
mungkin menamatkan pengajian terdahulu kerana beberapa alasan, termasuk masalah
kewangan, kurangnya tumpuan, kurang motivasi, dan tidak matang (Alvina, 2008,).
Dengan usia yang semakin meningkat dan semakin matang, mereka telah terdorong oleh
faktor-faktor keperluan hidup pada masa kini untuk menyambung semula pengajian
yang tergendala (Alvina, 2008). Mereka percaya bahawa dengan adanya ilmu
pengetahuan dan sebuah gelaran akan dapat membantu mereka untuk mencapai
matlamat sebagaimana yang mereka inginkan.
Kedapatan juga orang dewasa yang mengambil keputusan untuk kembali belajar
dengan niat untuk mencari dan menguasai ilmu untuk memenuhi kehendak diri mereka
sendiri (Philips, 1986). Orang dewasa ini dikatakan telah mempunyai kesedaran akan
kepentingan menuntut ilmu. Mereka belajar atas kehendak diri sendiri tanpa sebarang
paksaan bagi memenuhi matlamat atau untuk mendapatkan kepuasan dalam diri masing-
masing. Hal ini turut dinyatakan oleh Albert Tuijnman (1990) yang mendapati bahawa
ramai pelajar dewasa menyambung pelajaran mereka bukan hanya demi kemajuan
dalam karier tetapi juga untuk mengembangkan minat, meningkatkan kesejahteraan dan
untuk meningkatkan kepuasan mereka dengan kehidupan pada umumnya. Ilmu yang
dikuasai kemudiannya akan diamalkan dalam kehidupan seharian selaras dengan
perkembangan teknologi yang pesat agar kehidupan menjadi lebih bermakna. Antara
alasan utama lain yang menjadikan orang dewasa kembali ke alam pendidikan tinggi
termasuklah peralihan dalam kehidupan keluarga. Misalnya berlakunya perkahwinan,
perceraian, atau kematian, perubahan dalam kelapangan waktu, dan memenuhi
keinginan diri sendiri (Benshoff, James, Lewis & Henry, 1992).
4
Pelajar dewasa mempunyai ciri-ciri dan prinsip-prinsip pembelajaran yang amat
berbeza dengan pembelajaran pelajar remaja. Ini adalah kerana pelajar dewasa bebas
bertindak dan terarah kendiri (Levine, 2001). Knowles (1973), seorang tokoh
pendidikan andragogi, menganggap bahawa orang dewasa akan bertanggungjawab
terhadap keputusan yang diambil kerana mereka berupaya bertindak ke arah kendiri.
Pelajar dewasa juga mempunyai pengalaman yang luas dan berpengetahuan dalam hal-
hal yang melibatkan aktiviti kerja. Mereka telah mempunyai matlamat dalam
pembelajaran sebelum mereka mula menyambungkan pelajaran di peringkat yang lebih
tinggi dan akan berusaha untuk mencapainya (Stephen, 1991). Pensyarah yang
mengajar pelajar dewasa perlu bertindak sebagai fasilitator atau pemudahcara.
Pensyarah diperlukan untuk memberikan bimbingan dan bantuan kepada pelajar dewasa.
Menurut Wynne (2003), pelajar dewasa adalah praktikal dan mereka
menyambung pelajaran hanya untuk mengejar objektif atau tujuan mereka yang
sebenarnya kerana mereka akan mengaplikasikannya di dalam kerja mereka. Pelajar
dewasa akan memberikan fokus kepada pembelajaran yang berguna kepada kerja dan
kehidupan mereka dan bukan untuk kepentingan diri sendiri semata-mata. Mereka
mempunyai motivasi untuk belajar kerana melihatnya sebagai keperluan dalam
kehidupan, minat dan keinginan untuk belajar, dan disebabkan itu mereka akan belajar
lebih bersungguh-sungguh (Wynne, 2003). Memandangkan mereka adalah pelajar yang
matang dan mempunyai banyak pengalaman, mereka rasa perlu dihormati dengan
dihargai. Mereka perlu diberikan layanan yang sama rata dan peluang dalam
menyuarakan pendapat (Stephen, 1991).
1.2 Latarbelakang Masalah
Peredaran masa telah membawa banyak perubahan dan cabaran terhadap
profession keguruan termasuklah fungsi dan peranan guru. Di dalam Rancangan
5
Malaysia Kesembilan, Bab 8: Memartabatkan Profession Keguruan, telah menyatakan
bahawa,
”peranan guru telah bertukar daripada sebagai pemudahcara dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, dan menjadi sumber inspirasi kepada
pelajar-pelajarnya. Untuk menjadikan suasana pembelajaran yang efektif,
menyeronokkan dan menarik, guru perlu kreatif dan inovatif di dalam
pengajarannya agar pelajar dapat menerima ilmu pengetahuan dengan
mudah dan berkesan”.
Untuk merealisasikan hasrat ini, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
berhadapan dengan cabaran untuk meningkatkan kelayakan guru dengan sasaran 50
peratus guru di sekolah rendah dan 100 peratus guru di sekolah menengah terdiri
daripada siswazah terlatih menjelang tahun 2010. Justeru itu, KPM telah mewujudkan
Program Khas Pengsiswazahan Guru (PKPG) untuk guru yang bukan siswazah
melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat ijazah. Program ini telah mendapat
kerjasama antara universiti dan KPM. Guru ini telah diberikan separuh gaji daripada
gaji asalnya semasa melanjutkan pelajaran mereka. Gaji yang separuh inilah akan
digunakan untuk menampung ahli keluarga mereka dan juga pengajian mereka. Apakah
pemberian separuh gaji mendatangkan masalah kepada guru-guru PKPG dalam
pembelajaran? Jika ya apakah kategori masalah yang kerap melanda mereka?
Walaupun pelajar dewasa mempunyai motivasi yang kuat untuk meneruskan
pembelajaran mereka, namun mereka tidak pernah terlepas daripada masalah yang
mengganggu. Berbeza dengan pelajar remaja yang boleh dikatakan tidak mempunyai
tanggungjawab secara langsung selain daripada belajar, pelajar dewasa mempunyai
tanggungjawab yang pelbagai. Kajian di luar negara menunjukkan pelajar dewasa
mempunyai banyak tanggungjawab yang harus mereka imbangi dengan pelajaran.
Pelbagai tanggungjawab yang perlu dipenuhi itu akhirnya membuahkan masalah kepada
pelajar dewasa ini. Misalnya masalah kekangan masa, kekurangan wang, keyakinan
atau minat di dalam belajar, kekurangan maklumat berkenaan pembelajaran, masalah
6
jadual harian dan juga masalah anak dan pengangkutan (Lieb, 1991). Apakah masalah
yang sama ini juga dihadapi oleh pelajar PKPG yang sedang menuntut di Fakulti
Pendidikan UTM?
Dapatan kajian di luar negara juga menunjukkan bahawa selain daripada masalah
yang dinyatakan di atas, terdapat juga masalah lain yang selalu dihadapi oleh pelajar
dewasa khususnya yang berkaitan dengan penerimaan pelajaran atau ilmu.
Memandangkan mereka adalah golongan yang sudah lama meninggalkan alam belajar,
mereka menghadapi kesukaran dalam menerima pelajaran atau ilmu. Menurut
Khatarine, (1980), faktor umur bagi pelajar dewasa akan membawa penurunan
keupayaan untuk belajar. Mereka memerlukan strategi pembelajaran yang sesuai
memandangkan mereka mempunyai banyak tanggungjawab lain yang perlu mereka
laksanakan seperti yang telah diterangkan sebelum ini. Apakah masalah ini juga turut
dihantui oleh pelajar PKPG UTM? Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti isu ini.
1.3 Penyataan Masalah
Seperti mana pelajar baru lepasan matrikulasi, guru bukan siswazah atau pelajar
dewasa yang menyambung pelajaran juga tidak terkecuali daripada berhadapan dengan
masalah. Masalah ini sedikit sebanyak mengganggu pembelajaran, mempengaruhi
prestasi dan pencapaian akademik mereka. Masalah ini menjadikan kualiti guru yang
diharapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia tidak akan berjaya dihasilkan.
Oleh itu, amat penting bagi pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mengetahui masalah
yang sering dihadapi oleh guru-guru semasa mengikuti pengajian di institusi pendidikan
tinggi. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kategori masalah dalam kalangan pelajar
dewasa yang dihantar oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyambung
pengajian di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Kumpulan pelajar
dewasa ini mengikuti satu program yang dinamakan Program Khas Pengsiswazahan
Guru (PKPG). Kategori masalah yang dikaji adalah kesihatan dan pertumbuhan
7
jasmani, kewangan, kegiatan sosial dan hiburan, pergaulan muda mudi, perkahwinan
dan seks, perhubungan sosial psikologikal, perhubungan peribadi dan psikologi (emosi),
moral dan agama, rumahtangga dan keluarga, pelajaran dan kerjaya masa depan,
penyesuaian terhadap kerja dan masalah kurikulum dan pengajaran.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kategori masalah yang dihadapi oleh
pelajar dewasa yang mengikuti Program Khas Pengsiswazahan Guru (PKPG) di UTM,
Skudai. Secara khusus kajian ini bertujuan untuk:
1. Mengenal pasti kategori masalah dalam kalangan pelajar PKPG di UTM
2. Mengenal pasti perbezaan kategori masalah pelajar berasaskan demografi.
3. Mengenalpasti masalah utama yang mengganggu pelajar dalam setiap kategori
masalah.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mencari jawapan kepada persoalan kajian berikut:
1. Apakah kategori masalah yang dihadapi oleh kalangan pelajar PKPG di UTM?
2. Apakah perbezaan kategori masalah dalam kalangan pelajar PKPG di UTM dari
segi demografi?
3. Apakah masalah utama yang mengganggu pelajar PKPG dalam setiap kategori
masalah?