Kata Sendi Nama 1

Post on 18-Jan-2016

131 views 7 download

description

Kaya sendi nama

Transcript of Kata Sendi Nama 1

KATA SENDI NAMA (KSN)

1. KATA SENDI NAMA IALAH KATA/PERKATAAN YANG TERLETAK DI HADAPAN KATA NAMA ATAU FRASA

NAMA

2. BERFUNGSI SEBAGAI SENDI ATAU PENYAMBUNG ANTARA KATA NAMA/FRASA DENGAN KATA LAIN

DALAM SESUATU AYAT

3. CONTOH KATA SENDI NAMA

dari

daripada

pada kepada

ke di

oleh

dengan

untuk/bagi

demi

akan/kepada/terhadap

tentang

hingga/sampaisejak/sementara

DI

KEPADA

DARI

DARIPADA

FOKUS PEMBELAJARAN HARI INI

IALAH

DIDIGUNAKAN

UNTUK TEMPAT

CONTOH:1. Murid-murid sedang berkumpul di tapak

perhimpunan.2. Saya sedang membaca buku di perpustakaan.3. Emak membeli barang-barang itu di

Pasar Seremban.4. Bapa saya bekerja di Balai Polis Kajang.5 Pn. Sabariah sedang mengajar di kelas

Tingkatan 2A.

PADA DIGUNAKAN UNTUK

MANUSIA

BINATANG

BENDA

CONTOH: 1. Lukisan itu ada pada Cikgu Razak.2. Pada pendapat saya soalan itu tidak susah.3. Kami sampai di rumah pada pukul 8.00 malam.4. Kedai Buku Delima dibuka pada pukul 8.30 pagi.5. Majerin itu disapukan pada roti.

KEPADA DIGUNAKAN UNTUK MANUSIA

CONTOH :1. Saya mengucapkan tahniah kepada abang saya kerana

berjaya mendapat 8A1 dalam peperiksaan Sijil PelajaranMalaysia.

2. Surat perjanjian itu diserahkan kepada pengarah syarikattersebut.

3. Buku itu dihadiahkan oleh ibu kepada kakak.4. Kami mengucapkan terima kasih kepada pengetua kerana

bantuan dan galakan yang diberi.5. Rakyat Malaysia digalakkan menghulurkan bantuan

kepada mangsa gempa bumi di Indonesia.

DARI DIGUNAKAN UNTUK

TEMPAT

MASA

ARAH

CONTOH : 1. Para pelancong itu datang dari Sarawak.2. Saya menunggu bas dari pukul 8.00 pagi tadi.3. Dari sudut tatabahasa, ayat yang terdapat dalam

buku itu tidak tepat.4. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melaka

mengambil masa satu jam sahaja.

DARIPADA DIGUNAKAN UNTUK

MANUSIA PERBANDINGAN PERTENTANGAN

ASAL KEJADIANKEANGGOTAAN

1. Surat itu saya terima daripada Amyza.2. Buku Matematik itu lebih tebal daripada buku

Bahasa Melayu ini3. Kain batik itu dibuat daripada sutera.4. Kami mendapat banyak faedah daripada ceramah itu.5. Ahli persatuan Bahasa Melayu terdiri daripada

70 orang murid.6. Perangainya berbeza daripada perangai abangnya..

CONTOH:

LATIHAN:

1. Surat itu saya terima _____________ rakan saya yangtinggal di Sabah.

2. Perabot itu dibuat _____________ kayu jati yang bermutu tinggi.3. Saya dan keluarga saya pergi berkelah ________

Port Dickson ________ hari Ahad yang lalu.4. Buku Matematik Azman masih ada __________ saya.

5. Kasut kakak lebih besar __________ kasut saya.