Post on 24-May-2015
ISLB112 ISLAMIC STUDIES 1
SLIDES PRESENTATIONBY:
Nur Syahirah Yaacob CE088Adibah Hanusi EP088687Nur Izyan EP087
SAIDINA UMAR BIN ABDUL AZIZ :
Bayangan Khulafa Ar-Rasyidin
BIOGRAFISAIDINA
UMAR ABDUL AZIZ
Nama sebenar : Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin
Marwan bin Hakam
Nama Ibu : Laila binti 'Asim bin Umar bin Al-Khatab
Nama Bapa: Abd al-Aziz bin Marwan bin
Hakam, Gabenor Mesir
Tarikh Lahir : 61HTarikh M/Dunia :
101H
Jawatan : Khalifah Ke 6 Bani Umaiyyah
Tarikh Lantikan : Safar 99H @ 717M
Lama Berkhidmat : 2 tahun 5 bulan
Tempat lahir: Pendapat pertama dia dilahirkan di Madinah, manakala
pendapat kedua mengatakan dia
dilahirkan di Mesir.
Umar ialah cicit kepada Khalifah kedua
Khulafa Ar-Rashidin iaitu Saidina
Umar Al-Khattab.
UMU ASHIM
UMAR BIN ABDUL AZIZ
Ummi Ashim bernikah dengan Abdul Aziz bin Marwan. Abdul Aziz adalah Gabenor Mesir pada era khalifah Abdul Malik bin
Marwan (685 – 705 M).
Dari perkahwinan itu, lahirlah Umar bin Abdul Aziz. Beliau dilahirkan di Halawan, kampung yang terletak di Mesir, pada tahun 61 Hijrah. Sejak kecil, Umar hidup di dalam istana yang
mewah. Ketika kecil, Umar mendapat kecelakaan. Tanpa sengaja, seekor kuda jantan menendangnya sehingga
keningnya robek hingga tulang keningnya terlihat. Semua orang panik dan menangis, kecuali Abdul Aziz yang tersentak
seketika dan tersenyum. Seraya mengubati luka Umar, dia berkata……
“Bergembiralah engkau wahai Ummi Ashim. Mimpi Umar bin Khattab insya-Allah
terwujud, dialah anak dari keturunan Umayyah yang akan memperbaiki bangsa
ini.“
Khalifah Abdul Aziz
Umar bin Abdul Aziz menuntut ilmu sejak beliau masih kecil. Beliau sentiasa berada di dalam majlis ilmu bersama-sama dengan orang yang pakar dalam bidang fikh dan juga para ulama. Beliau telah menghafaz al-Quran sejak masih kecil. Merantau ke Madinah untuk menimba ilmu pengetahuan. Beliau telah berguru dengan beberapa tokoh terkemuka spt Imam Malik b. Anas, Urwah b. Zubair, Abdullah b. Jaafar, Yusuf b. Abdullah dan sebagainya. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran
dengan beberapa tokoh terkenal di Mesir.
Kebolehan dan ketokohan Umar Abdul Aziz dapat kita saksikan semasa beliau memegang jawatan kerajaan
Umaiyyah iaitu sebagai gabenor dan seterusnya semasa menjadi khalifah.
Sebelum beliau dilantik menjadi khalifah, beliau pernah memegang jawatan gabenor di beberapa buah wilayah dalam masa kerajaan Umaiyyah, khasnya pada zaman
khalifah al-Walid bin Abdul Malik.
Semasa Abdul Malik bin Marwan menjadi khalifah iaitu selepas perkahwinannya dengan Fatimah binti Abdul Malik,
Umar bin Abdul Aziz dilantik menjadi gabenor di Khunashirah. Khunashirah adalah sebuah negeri yang agak
besar sesudah Aleppo di Syria dalam tahun 85 H.
Selepas perlantikan beliau menjadi gabenor di Khunashirah lebih kurang dua tahun. Umar bin Abdul Aziz ditukarkan pula menjadi gabenor di Madinah. Pertukaran ini berlaku pada tahun 87 H dimana khalifah al-Walid bin Abdul Malik
memilihnya pula menjadi gabenor di Madinah setelah menukarkan Hisyam bin Ismail al-Makhzumi yang menjadi
gabenor sebelumnya.Semasa menjadi gabenor di Madinah, beliau telah berjaya
menunjukkan keadilan dan ketokohannya serta tidak mementingkan kepada keluarga sendiri dalam sebarang
jawatan. Pengambilan para pegawai dan pekerjanya adalah berdasarkan kepada kebolehan dan kecekapan yang ada pada diri seseorang tanpa memandang kepada darjat,
keturunan dan pangkat. Pada masa beliau menjadi gabenor jugalah, masjid al-Nabawi diperbaiki dengan pembinaan
semula supaya ianya menjadi lebih selesa, lebih baik dan lebih menarik.
Oleh sebab kebijaksanaan Umar mentadbir negara dengan baik, maka Khalifah Al-Walid bin Abdul Malik melantiknya pula sebagai gabenor di kota suci Mekah. Ini bererti Umar bin Abdul Aziz terpaksa mengendalikan dua kawasan yang dianggap terpenting dalam kalangan umat Islam seluruh
dunia iaitu Mekah dan Madinah
Perlantikan Umar bin Abdul Aziz sebagai Khalifah
Setelah menduduki takhta pemerintahan, Umar ibn Abd al-Aziz segera melaksanakan projek kemudahan asas dan melucutkan beberapa orang penguasa yang tidak mampu memberi khidmat
yang baik kepada rakyat. Tempat mereka diganti oleh orang yang mementingkan keadilan, bersih dan beristiqamah. Di
samping itu, beliau cuba menarik hati golongan Syiah dengan menghapuskan kata-kata kecaman terhadap Sayidina Ali r.a
dalam khutbah dan tidak lagi mengancam mereka. Beliau juga menghapuskan jizyah terhadap kafir zimmi yang memeluk Islam serta mengarahkan supaya diserahkan kembali hak
mereka.
Kemudian beliau dilantik menjadi menteri oleh Sulayman ibn Abd al-Malik yang menerima nasihat Raja ibn Haywah, seorang
ahli fiqh, agar melantik seorang lelaki soleh sebagai khalifah umat Islam, iaitu Umar ibn Abd al-Aziz, bersesuaian dengan
pelantikan khalifah secara warisan. Pelantikan ini berlaku pada tahun 99H/717M.
Khalifah Umar juga turut menghalang dirinya dan keluarganya daripada menikmati sebarang bentuk kemewahan yang berlebihan, sehingga dia meminta agar isterinya menyerahkan barang kemasnya kepada baitulmal. Umar ibn Abd al-Aziz juga menghapuskan segala cukai yang berlebihan dan meminta agar semua gabenor mengambil kira pandangannya dalam melaksanakan sesuatu hukuman. Cara politik ini menyebabkan ramai orang memeluk agama Islam terutamanya raja-raja daripada Sind, Hind dan Bar.
Polisi Khalifah Umar Abdul Aziz
Ahli-ahli sejarah bersepakat mengatakan corak pentadbiran beliau samalah seperti mana-mana khalifah al-Rasyidin. Bentuk atau corak pemerintahan baginda adalah berdasarkan kepada al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w.
Politik
• Khalifah Umar Abdul Aziz melantik qadhi-qadhi disetiap wilayah, nama pemimpin tentera, pemungut cukai, ketua polis, ketua pos, dan pelbagai jabatan lagi yang berkaitan dengan pelaksanaan pentadbiran umat.
• Beliau akan memecat dan tidak melantik mereka yang kurang berpengetahuan dalam bidang agama Islam.
• Khalifah Umar bin Abdul Aziz sangat berhati-hati semasa melantik para pegawainya. Beliau tidak taksub kepada mana-mana pihak, malah apa yang menjadi ukuran beliau ialah kelebihan yang ada pada seseorang walaupun bukan dari keluarganya, bukan sahabatnya atau bukan bangsa arab.
• Khalifah Umar juga pernah mengingatkan kepada para gabenornya supaya mengambil orang-orang yang pakar tentang maksud-maksud al-Quran dalam pentadbiran negara.
• Polisi Menyerang kepada Daulah Islamiah: Beliau lebih suka menukar cara peperangan kepada cara berdakwah. Cara ini adalah lebih berkesan dan lebih praktikal jika dibandingkan dengan khalifah-khalifah Umaiyyah sebelumnya.
Ekonomi
Harta itu adalah harta Allah. Manusia hanya berusaha
sekadar keperluannya sahaja
Kerajaan akan memberi jaminan kesenangan kepada
manusia sekadar tahap minimum sahaja
Baitulmal Markazi hendaklah mentadbirkan kewangan seluruh pelusuk negara
Wajib ada perimbangan antara kemasukan dan
pengeluaran ekonomi Negara
Zakat mesti dipungut segera dan dibahagikan kepada orang yang
berhak dengan segera. Jika didapati lebih, hendaklah dikembalikan
kepada Baitulmal
Baitulmal Markazi juga, berkuasa mengeluar dan menukarkan wang jika
perlu dan para pegawainya bertanggungjawab keatas Baitulmal dan
ianya diletak di bawah kawalan rapi tentang perbelanjaan tahunannya
Enam asas penting yang
telah digariskan oleh Umar bin
Abdul Aziz
Sosial
Beliau juga telah menggariskan beberapa ciri bagi meninggikan kehidupan rakyat. Pada pandangan beliau,
untuk mencapai hasrat ini, sesebuah negara mestilah paling kurang mempunyai keadaan minimum seperti
berikut:
Antara sumbangan Umar ibn Abd al-Aziz sepanjang tempoh perkhidmatannya di Hijaz ialah menggali telaga-telaga, membaiki
jalan, memerintah dengan penuh keadilan tanpa penentangan daripada para pembangkang politik Bani Umayyah dan gabenor-
gabenornya. Dia berjaya menarik hati semua golongan dan menghormati mereka.
Seseorang itu mesti memiliki sebuah rumah.
Mesti ada seekor kuda untuk mempertahankan diri dan berjihad.
Mesti cukup alat perabot rumah.
Bagi mereka yang kurang bernasib baik dalam hidupnya. Seperti orang buta, orang lemah, fakir miskin, anak-anak yatim dan sebagainya. Mereka ini diberi pertolongan seperti tempat penginapan, bantuan-bantuan yang berupa mental dan material. Khalifah Umar pernah mengarahkan pihak berkuasa Sham supaya mengadakan tempat bagi setiap orang yang buta.
Beliau pernah mengumpul ahli bijak pandai dalam pelbagai bidang untuk menterjemahkan buku-buku asing seperti buku
dari Greek, Parsi dan sebagainya kedalam bahasa arab.
Beliau sangat mengambil berat dalam soal pengembangan agama Islam serta
penyebaran ilmu agama Islam seperti Fiqh, Tauhid, pengajian al-Quran dan sebagainya.
Pada zaman Umar lahir seorang doktor yang terkenal bernama Abdul Malik bin Abjar atau Ibn Bahr al-Kamani. Ramai lagi tokoh-
tokoh dalam berbagai bidang yang lahir pada zaman Khalifah Umar hasil daripada perluasan dan pengembangan ilmu pengetahuan.
Reformasi yang dilakukan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz
Menghilangkan Amalan NepotismeMemecat wali-wali yang zalim dan menggantikannya dengan yang lebih baikMengembalikan harta yang tidak sah ke dalam BaitulmalMengubah Strategi DakwahMenghidupkan Amalan Syura (mesyuarat)
Kewafatan Khalifah Umar Abdul Aziz
Perubahan yang dilakukannya menimbulkan kemarahan golongan bangsawan Ummaiyyah yang kemudiannya merasuah
seorang hamba untuk meracuni makanannya. Umar mengetahui mengenai perkara ini dan memaafkan pesalah ini.
Beliau akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah memerintah selama 2 tahun 5 bulan. Beliau wafat pada tahun 720 di Aleppo. Beliau digantikan oleh sepupunya Yazid ll.
2 tahun 5 bulan satu tempoh yang terlalu pendek bagi sebuah pemerintahan, tetapi Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah
membuktikan sebaliknya. Dalam tempoh tersebut, kerajaan Umaiyyah semakin kuat tiada pemberontakan dalaman, kurang
berlaku penyelewengan, rakyat mendapat layanan yang sewajarnya dan menjadi kaya-raya hinggakan Baitulmal penuh
dengan harta zakat kerana tiada lagi orang yang mahu menerima zakat. Kebanyakannya sudah kaya ataupun sekurang-
kurangnya boleh berdikari sendiri.
KESIMPULANSedangkan Khalifah Umar bin Abdul Aziz boleh
lakukan di zamannya, mengembalikan kegemilangan zaman pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin, apa lagi kita di zaman sekarang yang penuh kemudahan dan teknologi. Yang menjadi masalah ialah semangat dan keyakinan kita saja yang kurang. Adakah kita hanya mahu menjadi
PEMBACA kepada kisah Khalifah Umar bin Abdul Aziz tanpa mahu mengambil iktibar dan cuba
lakukan sedemikian juga? Tepuk dada, tanya IMAN.
SEKIAN…WALLAHU A’LAM BIS-SHAWAB