Post on 28-Apr-2015
Sejarah Malaysia Abad Ke-20 Hingga Pra Kemerdekaan
EDISI KEDUA
LEE BIH NI
Edisi Kedua, 2013© Lee Bih Ni
Editor:Lee Bih Ni
Diterbitkan oleh:Desktop Publisher
e mel: leeh_ni@yahoo.com
KANDUNGAN MUKA SURAT
1. Pengenalan, Matlamat dan Hasil Pembelajaran Kursus i
2. Bab 1 Penjajahan British di Negara Kita
a) Pengenalanb) Kedudukan Strategik Mendorong Penguasaan British-Tipu Helah Francis Light bagi Mendapatkan Pulau Pinang-SHTI Mengambil Seberang Peraic) Penjajahan Keluarga Brooke di Sarawak-Keluarga Brooke Meluaskan Kuasad) Penjajahan Syarikat Borneo Utara British (SBUB) di Sabah-SBUB Bertapak Di Sabah-Amerika Syarikat-Britain-Kesan Pemberian Piagam Diraja British Kepada SBUB-Syarat-Syarat Pemberian Piagam Kepada Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad-SBUB Mengukuhkan Kuasa Di Sabahe) Rumusan
8
3. Bab 2 Negeri-Negeri Selat 25
4.
a) Pengenalanb) British Mencari Pelabuhan Baharuc) Pertapakan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di Singapurad) Faktor-faktor membawa kepada perjanjian Inggeris-Belanda , 1824e) Perpecahan Kepulauan Melayu f) Penubuhan dan Pentadbiran Negeri-Negeri Selat g) Rumusan
Bab 3 Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
a) Pengenalan b) Dasar Campur Tangan British di Negeri-Negeri Melayu c) Keadaan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang Memberi Peluang Campur Tangan British d) Residen Menggugat Kuasa Sultan Dan Pembesar e)Pengukuhan Kuasa British Melalui Pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu-Antara faktor-faktor lain bagi penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu -Syarat-Syarat Perjanjian Persekutuanf) Rumusan
35
5. Bab 4 Reaksi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
a) Pengenalan b) Pembentukan Persekutuan mencabar Kewibawaan Sultan-Reaksi Perak-Dato' Maharaja Lela Pejuang Kebanggaan Perak -Reaksi Selangor-Penentangan di Selangor -Negeri Sembilan-Yamtuan Antah Mempertahankan Kedaulatan Seri Menanti -Pahang-Dato' Bahaman Pahlawan Pahang c) Rumusan
45
6. Bab 5 Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu
a) Pengenalan b) Penasihat British Mengancam Kedaulatan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu c) Pemodenan Johor Melambatkan Campur Tangan British -Temenggung Daeng Ibrahim Pemimpin Yang Berwibawa (1825 - 1862)-Sistem Kangcu -Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor -Pemimpin Johor Yang Berwibawa -Johor Di Ambang Penjajahan British d) Rumusan
55
7. Bab 6 Reaksi Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu
a) Pengenalan b) Reaksi Kedah-Perjuangan Mengembalikan Kedaulatan Kedah c) Reaksi Kelantan-Tok Janggut Pejuang Jihad d)Terengganu-Haji Abdul Rahman Limbong Pejuang Tani e) Reaksi Johor-Pemodenan Johor Melambatkan Campur Tangan British f) Rumusan
67
8. Bab 7 Pendudukan Jepun di Negara Kita
a) Pengenalan b) Pemerintahan Tentera Jepun-Kebangkitan Jepun Sebagai Kuasa Imperialis c) Peristiwa Pendudukan Jepun di Tanah Melayud) Peristiwa Pendudukan Jepun di Sabah dan Sarawak e) Kesan Pengunduran Tentera British f)Tindak Balas Tentera British Terhadap Serangan Jepun -Faktor Kejayaan Jepun Mengalahkan Tentera British di Tanah Melayu g) Dasar Pemerintahan Jepun-Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu
75
-Pentadbiran Jepun di Borneo Utara -Dasar Pentadbiran Jepun -Politik -Ekonomi -Penjepunan dan Sosial h) Reaksi Penduduk-Reaksi Orang Melayu -Reaksi Orang Cina-Reaksi Orang India -Penubuhan Gerakan Anti-Jepun -Kekalahan Jepun i) Kesan Pemerintahan Tentera Jepun -Politik -Ekonomi -Sosial j) Rumusan
9. Bab 8 Malayan Union dan Penubuhan UMNO
a) Pengenalan b) Tanah Melayu Selepas Kekalahan Jepun c) Keganasan 14 Hari-Penguasaan Bintang Tiga -Keganasan Bintang Tiga-Ketegangan Kaum d) Pentadbiran Tentera British e) Malayan Union 1946 -Tujuan Penubuhan Pentadbiran Malayan Union- Ciri-Ciri Malayan Union -Reaksi Penduduk Tempatan Terhadap Rancangan Malayan Union -Faktor-Faktor Penentangan -Golongan Yang Menyokong Malayan Union -Cara Penentangan-Langkah Kolektif Orang Melayu Menentang Malayan Union -Kongres Melayu Pertama -Kongres Melayu Kedua -Rapat Umum-Wanita f) Penubuhan UMNO -Tujuan Penubuhan UMNO -Perjuangan Tokoh UMNO -Perjuangan UMNO -Perkembangan UMNOg) Rumusan
90
10. Bab 9 Persekutuan Tanah Melayu
a) Pengenalan b) Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu -Rundingan Ke Arah Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu -Ciri-Ciri Utama Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu c) Perbezaan Antara Pentadbiran Malayan Union Dengan Persekutuan Tanah Melayu
103
d) Perbezaan Kerakyatan Malayan Union Dengan Persekutuan Tanah Melayu -Ahli Persekutuan Tanah Melayu -Sistem Kerajaan -Syarat kerakyatan-Pembahagian kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri -Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan Tanah Melayu -Pendaftaran PKMM ditolak e) Rumusan
11. Bab 10 Proses Ke Arah Kemerdekaan dan Pembentukan
Negara Berdaulat
a) Pengenalan b) Langkah-Langkah Memberikan Ancaman Komunis-Pengisytiharan Darurat -Pengharaman Parti Komunis Malaya dan Parti Berhaluan Kiri -Memperbesarkan Pasukan Keselamatan -Rancangan Briggs -Perang Saraf -Pertemuan Baling c) KESAN DARURAT d) Kerjasama Antara Kaum Ke Arah Kemerdekaan e) Ke Arah Mencapai Perpaduan Kaum f) Pendidikan Alat Perpaduang) Ciri-Ciri Sistem Pendidikan Vernakular Di Tanah Melayu Sebelum Merdeka h) Kerjasama Kaum ke Arah Berkerajaan Sendiri i) Pilihan Raya Negeri j) Ke Arah Kemerdekaan k) Kandungan Pemasyhuran Kemerdekaan l) Sarawak Diserahkan Kepada Kerajaan British -Gerakan Antipenyerahan Di Sarawak -Penentangan dan Reaksi British -Tindakan Penentangan Rakyat Sarawak -Reaksi & Tindakan British -Langkah Ke Arah Berkerajaan Sendiri Di Sarawak -Penubuhan Parti Politik Di Sarawak -Penubuhan Perikatan Sarawak m) Perubahan Pentadbiran Ke Arah Berkerajaan Sendiri Di Sabah -Langkah Ke Arah Berkerajaan Sendiri Di Sabah -Penubuhan Parti Politik Di Sabah -Penubuhan Parti Perikatan Sabah n) Gagasan Persekutuan Malaysia -Idea Pembentukan Persekutuan Malaysia -Cadangan Tunku Abdul Rahman -Matlamat Pembentukan Persekutuan Malaysia -Reaksi Pembentukan Persekutuan Malaysia o) Pengisytiharan Persekutuan Malaysia -Konfrontasi Dan Perdamaian -Faktor Pendorong, Penghalang, Penyatuan dan Pemisahan
112
-Faktor Menghalang Penyatuan Singapurap) Rumusan
12.
Lampiran
BAB 1 PENJAJAHAN BRITISH DI NEGARA KITA
Hasil Pembelajaran Memerihalkan penapakan British di Pulau Pinang dan Seberang Prai
(Tanah Melayu). Menyatakan sebab-sebab pihak British mengambil Pulau Pinang dan
Seberang Prai. Menceritakan usaha-usaha pemimpin Kedah mengambil semula Pulau
Pinang. Memerihalkan peristiwa yang membawa kepada pengambilan Sarawak
oleh James Brooke. Menyatakan peringkat perluasan kuasa di bawah pemerintahan keluarga
Brooke. Menceritakan penapakan dan peluasan kuasa barat sehingga pengambilan
Sabah oleh Syarikat Borneo Utara British. Menyenaraikan syarat-syarat yang diberikan oleh kerajaan British untuk
menubuhkan Syarikat Borneo Utara British.
Peta Konsep Penjajahan British
Kedudukan Strategik Mendorong Penguasaan British:
Pertapakan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di Pulau Pinang Penjajahan Keluarga Brooke Di Sarawak
Penjajahan Syarikat Borneo Utara British (SBUB) Di Sabah
Unsur dan Tingkah laku Patriotisme Memanfaatkan asset negara Malaysia • Menghargai dan memanfaatkan aset-aset negara kita
Karisma kepemimpinan • Bersikap kepemimpinan cemerlang
Membela maruah negara • Sedia mempertahankan negara
Laman web: http://en.wikipedia.org/wiki/British_Malaya http://en.wikipedia.org/wiki/History_of_Malaysia http://www.britishempire.co.uk/maproom/malaya.htm
Pengenalan
British Malaya secara longgar menyifatkan satu set negeri di
Semenanjung Tanah Melayu dan Pulau Singapura yang telah dibawa di
bawah kawalan British antara 18 dan abad ke-20. Berbeza dengan
istilah "British India", yang tidak termasuk negeri-negeri bangsawan
India, British Malaya sering digunakan untuk merujuk kepada negeri-
negeri Melayu di bawah pemerintahan British tidak langsung serta
Negeri-Negeri Selat yang berada di bawah kedaulatan Mahkota British.
Sebelum pembentukan Malayan Union pada tahun 1946, wilayah-
wilayah telah tidak diletakkan di bawah pentadbiran tunggal yang
disatukan. Sebaliknya, British Malaya terdiri daripada negeri Selat,
Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.
Bawah pemerintahan British, Malaya adalah salah satu daripada
wilayah-wilayah yang paling menguntungkan Empayar, menjadi
pengeluar terbesar di dunia bijih timah dan getah kemudian.
Malayan Union dibubarkan dan digantikan dengan Persekutuan
Tanah Melayu pada tahun 1948. Ia menjadi bebas sepenuhnya pada 31
Ogos 1957. Pada 16 September 1963, persekutuan, bersama-sama
dengan Sabah, Sarawak dan Singapura, membentuk sebuah
persekutuan yang lebih besar yang bernama Malaysia.
Kedudukan Strategik Mendorong Penguasaan British
Pertapakan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di Pulau Pinang
Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) memerlukan sebuah pelabuhan untuk
dijadikan tempat persinggahan, pusat pengumpulan barangan dagangan dan
pangkalan tentera. Pihak SHTI memerlukan sebuah tempat persinggahan untuk
berlindung daripada angin monsun. Pada masa peralihan monsun itu, mereka
memerlukan bekalan air, makanan dan membaiki kapal. Selain itu, pihak
syarikat memerlukan barangan seperti emas, perak, bijih timah dan lada hitam
yang banyak terdapat di Kepulauan Melayu untuk dijadikan barang tukaran bagi
mendapatkan teh yang amat popular di Eropah daripada pedagang Cina.
Oleh itu, pihak SHTI telah mendapati bahawa Pulau Pinang merupakan
sebuah kawasan yang sesuai untuk tujuan ini kerana kedudukannya yang
strategik, iaitu berada di persimpangan timur dan barat. Pulau Pinang juga
didapati sesuai dijadikan pangkalan tentera di Kepulauan Melayu untuk
mempertahankan petempatannyadi India daripada serangan pihak Perancis.
Walau bagaimanapun, SHTI tidak boleh mendapatkan Pulau Pinang yang berada
di bawah penguasaan Kedah kerana Kedah merupakan sebuah negeri yang
berada di bawah naugan Siam. Kedah merupakan sebuah kerajaan yang kuat di
Kepulauan elayu pada kurun ke-16. Dasar buka pintu yang diamalkan oleh Kedah
menyebabkan Kedah maju sebagai pelabuhan enterpot. Namun, pada akhir
kurun ke-18 berlaku perebutan takhta kerajaan Kedah. Sultan Muhammad JIwa
telah melantik Tunku Abdullah sebagai Raja Muda Kedah tetapi perlantikannya
telah ditentang oleh kerabat diraja Kedah kerana Tunku Abdullah bukan anak
gahara. Kerabat diraja Kedah telah berpakat dengan Bugis di selangor yang
dipimpin oleh Raja Haji untuk menentang baginda.
Peta 1.1. Kedudukan Pulau Pinang
Sultan Muhammad JIwa telah diserang oleh tentera Raja Haji lalu
mengakibatkan Kuala Kedah dan Alor Setar ditawan. Baginda terpaksa berundur
ke Kangar. Baginda berusaha mendapatkan bantuan daripada firma Jourdian
Sullivan and de Souza. Oleh itu, pihak firma telah menghantar Francis Light
untuk berunding dengan baginda pada tahun 1771. Setelah berbincang, baginda
telah menandatangani perjanjian dengan Francis Light. Dalam perjanjian itu,
pihak firma dibenarkan berniaga di Kuala Kedah. Namun, perjanjian itu
dibatalkan apabila pihak firma enggan memberikan bantuan ketenteraan bagi
menyerang Bugis di Selangor. Pada masa yang sama, Kedah telah menghentikan
penghantaran bunga emas kepada Kerajaan Siam semasa Siam berperang
dengan Burma pada tahun 1753-1781. Setelah Siam bangkit, siam telah
menuntut supaya penghantaran bunga emas, wang, serta tenaga manusia
disambung semula. Ini menyebabkan Kedah berasa terancam. Kedah yang
diperintah oleh Sultan Abdullah telah meminta bantuan daripada pihak SHTI
untuk mengekalkan kedaulatan Kedah. Baginda telah menawarkan Pulau Pinang
untuk mendapatkan bantuan ketenteraan. Francis Light yang inginkan Pulau
Pinang, menerima tawaran Sultan Abdullah. (Andaya, B.W., 1983)
Tipu Helah Francis Light bagi Mendapatkan Pulau Pinang
Dasar monopoli yang diamalkan oleh Belanda telah membimbangkan pihak SHTI.
Setelah meneliti tawaran Sultan Abdullah, Francis Light secara peribadi telah
menandatangani Perjanjian Inggeris- kedah pada tahun 1786. Antara syarat-
syarat Perjanjian Inggeris- Kedah 1786 ialah:
(a) SHTI tidak boleh melindungi musuh kedah.
(b) SHTI hendaklah membantu Kedah sekiranya diserang oleh musuh.
(c) SHTI membayar 30 000 dolar Sepanyol setahun kepada sultanKedah
sebagai pampasan.
Penaklukan Patani oleh Siam telah mengancam kedudukan kedah. Sultan
Abdullah menuntut bantuan ketenteraan daripada SHTI seperti yang dijanjikan
dalam Perjanjian 1786. SHTI enggan memberi bantuan kerana tidak terlibat
dalam Perjanjian 1786 yang ditandatangani oleh Sultan Abdullah dan Francis
Light. Oleh sebab keengganan SHTI untuk memberi bantuan, Sultan Abdullah
mengarahkan Francis Light keluar dari Pulau Pinang tetapi beliau enggan
walaupun ditawarkan bayaran ganti rugi. Pada tahun 1791, Sultan Abdullah
mengumpul tentera untuk menyerang dan mengambil semula Pulau Pinang.
Baginda turut mendapat bantuan ketenteraan daripada Siak, Riau, dan Selangor.
Francis Light telah meminta bantuan tentera British untuk menyerang kubu
sultan Kedah di Seberang Perai. Dalam pertempuran itu, angkatan tentera Kedah
tewas dan Sultan Abdullah terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan
dan Keamanan Inggeris-Kedah pada 1 Mei 1791.
George Leith pula dilantik oleh SHTI sebagai Gabenor Pulau Pinang yang pertama.
SHTI Mengambil Seberang Perai
Setelah menduduki Pulau Pinang, SHTI berusaha pula untuk mendapatkan
SeberangPerai kerana:
(a) Sesuai untuk dijadikan benteng pertahanan Pulau Pinang sekiranya
diserang.
(b) Sesuai untuk dijadikan kawasan pertanian kerana tanah subur.
Peluang ini diambil oleh SHTI kerana Sultan Dziauddin memerlukan bantuan
ketenteraan untuk menentang Siam. Pada bulan Jun 1800, baginda telah
menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Perikatan dengan Gabenor George
Leith. Perjanjian ini membolehkan SHTI menduduki Seberang Perai secara rasmi
dan dinamakan Province Wellesly.
Namun, SHTI tidak memberi bantuan ketenteraan setelah Kedah diserang oleh
Siam pada bulan November 1821. Kedah akhirnya berjaya ditakluki oleh Siam.
Pada bulan Jun 1826, Perjanjian Burney ditandatangani antara Raja Rama III
dengan Henry Burney di Bangkok.
Sultan-sultan Kedah telah berusaha untuk mengekalkan kedaulatan negeri
Kedah daripada ancaman musuh. Namun, akhirnya Pulau Pinang dan Seberang
Perai jatuh ke tangan British kerana Francis Light dan SHTI memungkiri janji dn
menggunakan tipu muslihat. (Mohd. Isa Othman, 2002)
Penjajahan Keluarga Brooke di Sarawak
Pada peringkat awal, negeri Sarawak berada di bawah pemerintahan Kesultanan
Brunei. Kekayaan hasil bumi Sarawak mendorong James Brooke untuk
menguasainya. Akhirnya, Sarawak berada di bawah pemerintahan keluarga
Brooke dari tahun 1841 hingga 1946.
Perpecahan Membuka Ruang Penjajahan
Sarawak pada mulanya berada di bawah pengaruh Kesultanan Brunei sebelum
kurun ke-19. Pembesar-pembesar tempatan yang dilantik oleh Sultan Brunei
mentadbir wilayah di Sarawak tanpa campur tangan Kesultanan
Brunei. Kekayaan Sarawak dengan antimoni dan emas telah menyebabkan
Sultan Brunei mengubah dasar pemerintahnya. Pada kurun ke-19, Pangeran
Muda Mahkota telah dilantik menjadi wakil pemerintah Kesultanan British dan
telah mengambil kuasa politik pembesar tempatan di Sarawak. Beliau juga telah
mengambil alih perdagangan emas dan antimoni serta mengenakan cukai
kepada penduduk tempatan. Orang Bidayuh yang bekerja di lombong antimoni
juga tidak diberikan upah. Keadaan ini telah menimbulkan perasaan marah
kepada penduduk tempatan dan mereka telah menentang Pangeran Indera
Mahkota. Mereka juga ingin bebas daripada pemerintahan
Kesultanan Brunei. Pangeran Indera Mahkota gagal menyekat kebangkitan
rakyat Sarawak lalu Sultan Brunei telah menghantar Pangeran Raja Muda
Hashim untuk membantu Pangeran Indera Mahkota.
Rajah 1.1 Negeri Sarawak Pada Tahun 1840
Pangeran Raja Muda Hashim pula telah meminta bantuan pedagang British,
James Brooke untuk menghentikan pemberontakan itu. Pangeran Raja
Muda Hashim telah berjanji akan melantik James Brooke menjadi Gabenor
Sarawak sekiranya beliau berjaya menghentikan pemberontakan itu.
Dengan bantuan daripada James Brooke dan tenteranya, Pangeran Raja Muda
Hashim telah berjaya menamatkan pemberontakan itu tetapi jawatan James
Brooke sebagai Gabenor Sarawak tidka mendapat persetujuan daripada Sultan
Brunei lalu melengah-lengahkan perlantikan itu. James Brooke marah dengan
keputusan tersebut lalu membedil bandar Kuching. Pangeran Raja Muda Hashim
menandatangani perjanjian dengan James Brooke dan telah melantik James
Brooke sebagai Gabenor Sarawak yang pertama.
Antara syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian itu:
(a) James Brooke memerintah negeri Sarawak dan menguasai segala hasilnya.
(b) James Brooke harus menghormati dan memelihara undang-undang dan adat
istiadat
orang Melayu.
James Brooke kemudiannya telah berjumpa dengan Sultan Brunei ketika itu,
Sultan Omar Ali Saifuddin pada tahun 1842 bagi mengesahkan
kedudukannya sebagai Gabenor Sarawak. Kedatangan James Brooke bersama
angkatan tenteranya telah menyebabkan sultan terpaksa mengiktiraf
perjanjian yang telah ditandatangani oleh beliau dan Pangeran Raja Muda
Hashim. (Walker, J.H., 2002).
Sultan Omar Ali Saifuddin telah cuba menyerang James Brooke tetapi dapat
dikalah oleh James Brooke dengan bantuan daripada angkatan tenteranya.
Dengan kekalahan itu, baginda terpaksa mengiktiraf James Brooke sebagai Raja
Sarawak yang merdeka dan mempunyai kedaulatan penuh ke atas Sarawak.
Rajah 1.2 Kawasan Penyerahan Kepada James Brooke Oleh Sultan Brunei
Keluarga Brooke Meluaskan Kuasa
Antara tahun 1853 hingga tahun 1905, James Brooke dan Charles Brooke berjaya
meluaskan kawasan pemerintahan mereka setelah dibantu oleh angkatan laut
British. Sehingga tahun 1905, keluarga Brooke berjaya meluaskan wilayahnya
hingga ke sempadan Brunei. (Runciman, S., 1960)
Jadual 1.1 Kawasan yang dikuasai oleh keluarga Brooke di Sarawak dari tahun 1853 hingga tahun 1905
Rajah 1.3 Kawasan yang dikuasai oleh keluarga Brooke di Sarawak dari tahun 1853 hingga tahun 1861
Rajah 1.4 Kawasan yang dikuasai oleh keluarga Brooke di Sarawak dari tahun 1883 hingga tahun 1905
Penjajahan Syarikat Borneo Utara British (SBUB) di Sabah
Sabah di bawah pengaruh Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu. Sabah
menjadi tumpuan pedagang Barat kerana kedudukannya strategik dan kaya
dengan hasil bumi.
SBUB Bertapak Di Sabah
Sabah menarik perhatian pelabur-pelabur Barat kerana potensi ekonomi.
Antaranya kuasa Amerika Syarikat, Britain, Belanda dan Sepanyol. Syarikat-
syarikat asing mula bertapak di Sabah.
Amerika Syarikat
Pada tahun 1865, Sultan Brunei memberi konsesi tanah di Sabah kepada wakil
Amerika Syarikat iaitu W. L. Moses. Tempoh sewaan selama 10 tahun. Moses
menjual konsesi kepada The American Trading Company diketuai oleh J.W.
Torrey dan T. B. Harris. Torrey gagal menanam kopi dan tebu di Kimanis. Torrey
menjual haknya kepada Von Overbeck.
Britain
Von Overbeck menghadapi masalah kewangan. Pada tahun 1877, Overbeck
meminjam wang daripada syarikat Alfred Dent dan Edward Dent. Gabenor
Labuan iaitu W. H. Treacher bersetuju membantu Overbeck memperbaharui
tempoh pajakan daripada Sultan Brunei dengan syarat syarikat yang ditubuhkan
diletakkan di bawah kekuasaan British. Pada tahun 1877 Sultan Brunei iaitu
Sultan Abdul Mu’mein perbaharui pajakan dengan Overbeck dan Dent melalui
perjanjian. Sultan Brunei serahkan tanah antara Teluk Kimanis dan Sungai
Sibuku. Pada tahun 1878, Overbeck dan Dent menandatangani perjanjian
dengan Sultan Jamalul Alam (Kesultanan Sulu). Sultan Sulu menyerahkan
kawasan dari Sungai Pandasan hingga ke Sungai Sibuku. Pada tahun 1880
Overbeck menjual semua haknya kepada Alfred dan Edward Dent. Dent
menubuhkan Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad. Saham syarikat
dijual kepada rakyat British bagi menambah modal perniagaan. Persatuan
berusaha mendapatkan Piagam Diraja daripada kerajaan British untuk
mengukuhkan kedudukan dan memajukan perniagaan. Pada November 1881
kerajaan British menganugerahkan piagam kepada Persatuan Sementara Borneo
Utara British Berhad. Pada tahun 1882, syarikat tersebut dinamakan Syarikat
Borneo Utara British (SBUB). (Tregonning, K.G., 1960)
Kesan Pemberian Piagam Diraja British Kepada SBUB
SBUB berkuasa mentadbir Sabah. Presiden pertama ialah Sir Rutherford Alcock.
Pengarah urusannya ialah Alfred Dent. Brtish dapat memperluaskan pengaruh
dan menghalang kuasa Barat lain bertapak di Sabah. Tahun 1888 SBUB
menandatangani Perjanjian Perlindungan Borneo Utara yang menjadikan Sabah
negeri naungan British. British bertanggungjawab dalam hal ehwal luar Sabah.
(Winks, R.W., & Alaine Low., 1998)
Syarat-Syarat Pemberian Piagam Kepada Persatuan Sementara Borneo Utara
British Berhad
a) SBUB tidak boleh menyerahkan wilayah Sabah kepada sesiapa tanpa
persetujuan kerajaan British
b) SBUB mesti melantik pentadbir daripada pegawai yang diakui kerajaan British
c) SBUB perlu memelihara agama, adat resam dan undang-undang penduduk
tempatan
d) SBUB hendaklah mentadbir Sabah dengan adil dan saksama
e) SBUB mesti menerima nasihat daripada kerajaan British
SBUB Mengukuhkan Kuasa Di Sabah
Pemerintahan SBUB diketuai oleh gabenor W.H.Treacher. Gabenor dilantik oleh
pengarah syarikat dengan persetujuan kerajaan British. Gabenor dibantu majlis
Penasihat yang ditubuhkan tahun 1883. Ahli majlis ialah Setiausaha Kerajaan,
Bendahari dan Ketua Pasukan Keselamatan pusat pentadbirannya di Sandakan.
SBUB menubuhkan jabatan kerajaan untuk melicinkan pentadbiran.
SBUB menubuhkan jabatan kerajaan dalam pentadbiran. Antaranya
Jabatan Pos, Jabatan Buruh, Jabatan Polis, Jabatan Kewangan dan Jabatan Tanah
dan Ukur. Pentadbiran SBUB mempunyai Pegawai Daerah, Ketua Anak Negeri
(digelar Orang kaya-Kaya – O.K.K. ) dan Ketua Kampung.
SBUB membahagikan Sabah kepada beberapa residensi / daerah /
kampung. Peringkat Residensi; Pada peringkat awal Sabah dibahagi kepada
dua residensi iaitu Residensi Pantai Barat dan Residensi Pantai Timur. Pada
tahun 1935 terdapat empat residensi iaitu Residensi Pantai Barat, Residensi
Sandakan, Residensi Tawau dan Residensi Pedalaman. Setiap residensi diketuai
seorang Residen. Peringkat Daerah; Setiap residensi pula dibahagi kepada
beberapa daerah yang diketuai oleh Pegawai Daerah (berbangsa Eropah).
Terdapat sepuluh daerah iaitu daerah Alcock, Daerah Dewhurst, Daerah Keppel,
Daerah Martin, Daerah Myburgh, Daerah Dent, Daerah Clarke, Daerah Cunliffe,
Daerah Mayne dan Daerah Elphinstone. Pada tahun 1915, jawatan Timbalan
Penolong Pegawai Daerah diperkenalkan dan disandang oleh penduduk
tempatan. Ketua Anak Negeri (Orang Kaya-Kaya – O.K.K.), tugasnya adalah
membantu Pegawai daerah dalam pentadbiran kerajaan. O.K.K. diberi surat
kuasa yang membolehkan mereka menguruskan hal-hal berkaitan masyarakat
tempatan. Peringkat Kampung; SBUB melantik Ketua Kampung yang digelar
Orang Tua. SBUB mengekalkan penglibatan peribumi dalam pentadbiran kerana
mereka memahami adat dan budaya masyarakat tempatan. SBUB tidak mempu
menggaji ramai pegawai Eropah kerana menghadapi masalah kewangan.
SBUB melaksanakan undang-undang Barat dan tempatan. Ia bertujuan
untuk menjaga keamanan negeri. Pada tahun 1900, diwujudkan Mahkamah
Majistret dan Mahkamah Anak Negeri di Jesselton. Mahkamah Majistret
dihakimi oleh Pegawai Daerah. Ia mengendalikan kes-kes berat seperti kes
bunuh, culik dan rompakan. Mahkamah Anak Negeri dihakimi oleh hakim yang
dilantik dari kalangan Ketua Anak Negeri yang arif dalam bidang agama Islam
dan adat-istiadat tempatan. Ia mengendalikan kes-kes peribumi berkaitan
undang-undang Islam dan adat-istiadat tempatan.
Organisasi Pentadbiran SBUB
Lembaga Pengarah (di London)
Gabenor (di Sabah) Dinasihati oleh Majlis Penasihat
Setiausaha Kerajaan yang bertanggungjawab kepada;
Ketua-Ketua Jabatan (Pos, Buruh, Polis, Kewangan, Jabatan Tanah dan Ukur)
Residen Merupakan ketua pentadbir di peringkat residensi
Pegawai Daerah Merupakan ketua pentadbir di peringkat daerah.
Tugasnya sebagai majistret, pemungut cukai, bendahari daerah dan pegawai buruh.
Ketua Anak Negeri Tugasnya menjaga keamanan, menguruskan pembahagian tanah,
mengutip cukai dan memajukan pertanian
Ketua Kampung Tugasnya menguruskan hal ehwal kampung, menjaga keamanan,
membantu memajukan perdagangan, melaporkan kepada Pegawai Daerahtentang kes-kes kecurian, wabak penyakit dan menjaga keselamatan kampung
Rumusan
Penjajahan British di negara kita bermula dengan perjanjian demi perjanjian
berkenaan kepada pihak Inggeris. Ia merupakan dasar perundangan yang
mengesahkan hakmilik Inggeris ke atas Pulau Pinang walaupun Inggeris telah
mendudukinya sejak tahun 1786. Akhirnya Pulau Pinang dan Seberang Perai
jatuh ke tangan British kerana Francis Light dan SHTI memungkiri janji dan
menggunakan tipu muslihat. Ia menandakan titik tolak penjajahan Inggeris
bermula di Tanah Melayu. Di Sarawak pula, kekayaan hasil bumi Sarawak
mendorong James Brooke untuk menguasainya. Perpecahan pemimpin-
pemimpin tempatan membuka ruang campurtangan dan penjajahan Brooke.
Akhirnya, Sarawak berada di bawah pemerintahan keluarga Brooke dari tahun
1841 hingga 1946. Bagi Sabah, ia menjadi tumpuan pedagang Barat kerana
kedudukannya strategik dan kaya dengan hasil bumi. Syarikat-syarikat asing
mula bertapak di Sabah sehingga Afred Dent menubuhkan Persatuan Sementara
Borneo Utara British Berhad yang berusaha mendapatkan Piagam Diraja
daripada kerajaan British untuk mengukuhkan kedudukan dan memajukan
perniagaan. Persatuan ini berjaya berkuasa mentadbir Sabah apabila menjadi
sebuah syarikat berpiagam Borneo Utara British.
Rujukan
Andaya, B.W. & Andaya, L.Y. (1983). Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Mac Millan.
Butcher, J.G. (1979). The British in Malaya, 1880-1941. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Ibrahim Mahmood. (1981). Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.
Mohd. Isa Othman. (2002). Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Ramlah Adam (2004). Gerakan Radikalisme di Malaysia (1938-1965). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Runciman, S. (1960). The White Rajahs: A History of Sarawak from 1841 to 1946. Cambridge: Cambridge University Press.
Tregonning, K.G. (1960). North Borneo. London: H. M. Stationery Off.
Walker, J.H. (2002). Power and Prowess: The Origins of Brooke Kingship in Sarawak. New South Wales: Allen & Unwin.
Winks, R.W., & Alaine Low. (1998). Sabah History. The Oxford History of the British Empire, Vol. 5. Oxford: Oxford University Press.
Soalan Latihan
1. Jelaskan sebab-sebab pihak British mengambil Pulau Pinang dan Seberang
Prai.
2. Mengapakah Syarikat Hindia Timur British (SHTI) memerlukan sebuah
pangkalan di
rantau Asia Tenggara walaupun mereka telah lama bertapak di India?
Bincangkan
perkembangan penting yang berlaku sepanjang tempoh 1786-1832.
3. Bincangkan peristiwa yang membawa kepada pengambilan Sarawak oleh
James Brooke.
4. Huraikankan penapakan dan peluasan kuasa barat sehingga pengambilan
Sabah oleh
Syarikat Borneo Utara British. Apakah syarat-syarat yang diberikan oleh
kerajaan British
untuk menubuhkan Syarikat Borneo Utara British.
BAB 2 NEGERI-NEGERI SELAT
Hasil Pembelajaran
Menyatakan sebab-sebab pihak British mengambil Singapura dan Melaka. Memerihalkan penapakan British di Singapura dan Melaka. Menyatakan syarat-syarat Perjanjian Inggeris-Belanda. Membincangkan pembahagian pengaruh kuasa Barat dalam Perjanjian
Inggeris-Belanda memudahkan penguasaan Barat di Kepulauan Melayu.
Peta Konsep
Negeri-Negeri Selat
Pulau Pinang Singapura Melaka
Unsur dan Tingkah laku Patriotisme Memanfaatkan asset negara Malaysia
Menghargai dan memanfaatkan aset-aset negara kita
Kebijaksanaan menjalinkan hubungan • Bijak berfikir dan bertindak
Laman web: http://en.wikipedia.org/wiki/Straits_Settlements http://ms.wikipedia.org/wiki/Negeri-Negeri_Selat http://ms.wikipedia.org/wiki/Singapura#cite_note-16
Pengenalan
Nama lama bagi Singapura ialah Temasek. Mengikut lagenda, seorang putera
dari Palembang bernama Sang Nila Utama tiba di pulau itu. Baginda terlihat
seekor binatang yang dikenali sebagai ‘singa’. Baginda menukarkan nama
Temasek kepada Singapura yang bermaksud ‘Bandar Raya Singa’. Pada
awalnya, Singapura didiami oleh orang laut. Ada antaranya menjadi pelaut atau
lanun yang mengancam kapal-kapal yang melalui Selat Melaka. Singapura
pernah berasa di bawah pengaruh Siam. Parameswara yang mengasaskan
Melaka pernah pergi ke Singapura dalam tahun 1380-an dan kemudian
memerintah pulau itu selama lima tahun. Baginda meninggalkan Singapura
kerana bimbangkan ancaman dan serangan Siam. Pada abad ke-15, Singapura
berada di bawah kekuasaan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Selepas itu,
Singapura menjadi sebahagian daripada Empayar Johor sehingga kedatangan
Stamford Raffles pada tahun 1819.
British Mencari Pelabuhan Baharu
Singapura dibuka kerana Pulau Pinang tidak dapat memenuhi harapan Syarikat
Hindia Timur Inggeris (SHTI). Dari segi pertahanan, Pulau Pinang tidak dapat
mempertahankan pantai Timur India kerana kedudukan yang terlalu jauh.
Semasa berlaku perbalahan antara pihak Perancis dengan Britain di Timur,
kapal-kapal British yang mempertahankan Teluk Benggala menghadapi masalah
kerana Pulau Pinang tidak dapat memenuhi fungsinya. Pulau Pinang bukanlah
merupakan sebuah pangkalan, malahan tidak mempunyai kubu untuk
mempertahankan pelabuhan. Dari segi perdagangan, Pulau Pinang tidak dapat
memenuhi keperluan SHTI. Oleh sebab kedudukannya yang jauh daripada
kawasan perdagangan yang penting di Asia Tenggara, Pulau Pinang tidak dapat
menjadi pelabuhan persinggahan dan member perlindungan kepada kapal-kapal
British yang melalui perjalanan laut di antara India dengan negara China.
Kelemahan Pulau Pinang dan keazaman British untuk meningkatkan
perdagangan dengan negara China menyebabkan mereka terpaksa mencari
sebuah pelabuhan lain yang lebih sesuai, terutama di kawasan selatan Selat
Melaka. Ini seterusnya membawa kepada pembukaan Singapura. Tidak seperti
Pulau Pinang, gugusan Kepulauan Riau-Lingga mempunyai beberapa kelebihan
yang sesuai dijadikan pelabuhan persinggahan. Kedudukannya di tengah-tengah
jalan perdagangan dari India ke negara China menjadikannya bukan sahaja
sebagai sebuah pelabuhan yang baik di Asia Tenggara, tetapi juga menjadi pusat
mengawal penyebaran pengaruh Belanda. Orang yang bertanggungjawab dalam
meneroka dan mencari pangkalan yang sesuai untuk pihak British bagi
menggantikan Pulau Pinang ialah Stamford Raffles. Beliau ialah seorang pegawai
di SHTI yang pernah menjadi Penolong Setiausaha di Pulau Pinang dan
kemudiannya sebagai Leftenan Gabenor British di Jawa.
Pertapakan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di Singapura
Kedudukan Pulau Pinang yang terletak di Utara Selat Melaka menyebabkan Pulau
Pinang gagal berkembang maju. Kapal-kapal dagang lebih banyak berlabuh di
kawasan yang berhampiran dengan Selat Melaka seperti Betawi, Riau dan
Lingga. Perdagangan SHTI dengan China semakin maju menyebabkan pihak
syarikat memerlukan sebuah pelabuhan baru untuk menggantikan Pulau Pinang.
Perang Napoleon yang telah melanda Eropah menyebabkan pihak SHTI dapat
menguasai Melaka dan Betawi. Namun, selepas perang tamat, SHTI terpaksa
memulangkan semula Melaka dan Betawi kepada Belanda. Pihak belanda juga
telah memberikan layanan yang buruk terhadap pedagang British. Oleh itu,
pihak syarikat telah menghantar Stamford Raffles untuk mencari sebuah
pangkalan baru. Beliau telah cuba untuk memajukan Palembang, Acheh dan Riau
tetapi gagal. Raffles yang mendapati Singapura berpotensi untuk menjadikan
pelabuhan yang maju kerana terletak di laluan perdagangan di Selat Melaka dan
Selat Sunda telah mencadangkannya kepada pihak SHTI.
Singapura yang terletak di bawah kekuasaan Johor juga didapati dapat
menyaingi pelabuhan Betawi dan mampu menyekat monopoli perdagangan
Belanda di Kepulauan Melayu. (Butcher, J.G., 1979)
Singapura Pangkalan Perdagangan Yang Strategik
Stamford Raffles telah mencadangkan kepada SHTI supaya mendirikan
pangkalan baru di Singapura. Singapura terletak di bawah kekuasaan
kerajaan Johor. Namun, usaha Raffles untuk mendapatkan Singapura
menghadapi masalah kerana kerajaan Johor berada di bawah pengaruh
Belanda.
Taktik Raffles Mengambil Singapura
Pada 12 Januari 1819, Stamford Raffles telah mendarat di Singapura. Stamford Raffles telah memaksa Temenggung Abdul Rahman menandatangani perjanjian dengan pihak British pada 30 Januari 1819. Namun, perjanjian itu dianggap tidak sah kerana tidak mendapat persetujuan daripada sultan Johor iaitu Sultan Abdul Rahman. Raffles merancang dengan mengadakan muslihat untuk memperdayakan Sultan Abdul Rahman dan Belanda.
Raffles telah berjaya memujuk Temenggung Abdul Rahman menjeput Tengku
Hussein ke Singapura untuk menjadi sultan Johor. Oleh itu, Sultan Hussein
telah mengiktirafkan perjanjian awal antara Temenggung Abdul Rahman dan
Raffles. Maka secara rasminya SHTI mula bertapak di Singapura. (Kennedy, J.,
1993)
SHTI Mencengkam Singapura
Perjanjian 1819 gagal memberi kuasa penuh kepada Raffles untuk menduduki
Singapura. Untuk mengukuhkan kedudukan SHTI, Raffles telah menandatangani
satu lagi perjanjian dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul
Rahman pada 7 Jun 1823. Perjanjian ini membolehkan SHTI berkuasa di seluruh
Singapura dan Pulau-Pulau yang berdekatan.
Pada 2 Ogos 1824, Residen Singapura iaitu John Crawfurd telah menandatangani
satu lagi perjanjian dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman.
Melalui perjanjian tersebut, Sultan Hussein terpaksa menyerahkan Singapura
secara rasminya kepada SHTI. (Butcher, J.G., 1979)
Faktor-faktor membawa kepada perjanjian Inggeris-Belanda , 1824
Persaingan perdagangan di Timur
Sejak kedatangan pihak Belanda dan British di Timur terutamanya di Asia
Tenggara pada awal abad ke-17, kedua-dua ini sudah tidak mempunyai
perhubungan baik. Perselisihan sentiasa timbul atas dasar perdagangan yang
diamalkan iaitu sikap Belanda yang menjalankan dasat ingin memonopoli
perdagangan di Asia Tenggara manakala orang Inggeris berpendapat semua
bangsa mempunyai hak dan kebebasan untuk berdagang di rantau ini.
Hubungan yang buruk ini semakin meruncing kerana terdapat pegawai-pegawai
Belanda yang bersifat anti-Inggeris iaitu Jan Peterzoon Coen dan Van der
Capellan, kedua-duanya ialah Gabenor Jeneral Betawi. Bagi pihak Inggeris pula
yang bersifat anti-Belanda ialah John Jourdain. Jan Peterzoon Coen menyerang
orang Inggeris di Jakarta dengan tujuan menghalau mereka keluar dari Pulau
Jawa (1619). (World of Islamic-Malaysia, 2009)
Rajah 2.1 Jan Peterzoon Coen
Dasar persahabatan Inggeris-Belanda di Eropah
Bagi British persahabatannya dengan Belanda adalah penting dari segi
“pertahanan/keselamatan”. Ini disebabkan kedudukan antara Belanda dengan
British adalah berdekatan. Belanda ialah tempat yang paling sesuai digunakan
oleh pihak musuh sebagai tapak untuk menyerang British ini terjadi pada tahun
1795, apabila Napoleon Bonaparte menggunakan negeri Belanda sebagai pusat
gerakan tenteranya untuk menyerang British.
Keinginan British untuk berbaik-baik dengan Belanda jelas kelihatan dalam
Konvensyen 1815 yang berlangsung selepas tamatnya Perang Napoleon.
Inggeris telah bersetuju untuk menyerahkan Jawa pada tahun 1816 dan Melaka
pada tahun 1818 kepada Belanda
Dasar-dasar Raffles di Singapura dan pertelingkahan mengenai
Singapura
Stamford Raffles menentang keputusan pihak British yang hendak memulangkan
Pulau Jawa kepada Belanda. Raffles berpendapat bahawa Pulau Jawa amat
penting bagi strategi British sama ada dari segi perdagangan mahupun
ketenteraan. Tambahan pula, Pulau Pinang yang dibuka pada tahun 1786 tidak
lagi dapat berfungsi sebagai pusat perdagangan.
Raffles berhasrat membuka sebuah pelabuhan yang berkedudukan strategik
untuk bersaing dengan pelabuhan Betawi dan menyekat pengaruh Belanda di
Hindia Timur. Akhirnya, beliau telah berjaya membuka Singapura pada tahun
1819.
Kemajuan Singapura
Gabenor Jeneral Lord Hastings menolak dakwaan Belanda memandangkan
Singapura merupakan sebuah pelabuhan bertaraf bebas yang membawa
keuntungan kepada pihak Inggeris. Dalam jangka masa setahun sahaja, nilai
perdagangan melebihi $4 juta. Pada tahun 1823, nilai perdagangan Singapura
bertambah kepada $13.2 juta. Selain itu, penduduk di Singapura juga meningkat
kepada 10000 orang. Dalam keadaan ini, saudagar-saudagar SHTI di Calcutta
mendesak petempatan Singapura dikekalkan.
Masalah kewangan Belanda
Belanda menghadapi krisis kewangan yang amat teruk akibat daripada Perang
Napoleon. Mereka telah kehilangan perusahaan perkapalan dan perdagangannya
yang diambil alih oleh British. Kini VOC hampir dengan garis kebankrapan. Untuk
mengelakkannya daripada berlaku, VOC telah berhutang kepada pihak British.
Hutang Belanda pada tahun 1815 ialah 600 juta Florin dimana British telah
memberi bantuan dan pinjaman sebanyak £144 juta.
Apabila VOC dibubarkan pada tahun 1799, Kerajaan Belanda bertanggungjawab
memikul beban hutang yang ditinggalkannya. Untuk menyelesaikan masalah ini,
Belanda telah mengambil langkah untuk berunding dengan British bagi
mencapai suatu persefahaman melalui perjanjian selain mengelakkan
pertempuran daripada berlaku. Perjanjian Inggeris-Belanda telah ditandatangani
pada 17 Mac 1824 di London. Pihak British diwakili oleh George Canning dan
pihak Belanda pula diwakili oleh Charles W. Wymn.
Perpecahan Kepulauan Melayu
Kepesatan Singapura telah mengugat pengaruh Belanda di Kepulauan Melayu.
Pihak Belanda juga marah dengan pendudukan Raffles di singapura kerana
mendakwa Singapura berada di bawah lingkungan pengaruhnya. Pekara
ini telah membangkitkan permusuhan antara pihak British dengan pihak
Belanda. Permusuhan ini kemudiannya diselesaikan melalui Perjanjian Inggeris-
Belanda 1824 yang juga dikenali sebagai Perjanjian Persetiaan London. (Andaya,
B.W. & Andaya, L.Y., 1983)
Antara syarat-syarat Perjanjian Persetian London (Perjanjian Inggeris-Belanda
1824):
(a) Belanda mengiktiraf petempatan British di Singapura.
(b) Belanda berjanji tidak akan membuka petempatan baru di Tanah Melayu.
(c) British akan menyerahkan Bangkahulu kepada Belanda, sementara
Belanda
menyerahkan Melaka kepada British.
Perjanjian ini telah menyebabkan Kepulauan Melayu terbahagi kepada dua
pengaruh, iaitu British dan Belanda. Semenanjung Tanah Melayu dan
Singapura terletak di bawah pengaruh British manakala Kepulauan Riau dan
Lingga berada di bawah pengaruh Belanda. Melaka yang sudah lama menjadi
impian British telah dapat diperolehi melalui perjanjian ini. Johor pula telah
dipecahkan kepada dua bahagian:
(a) Johor dan Singapura berada di bawah penguasaan British; dan
(b) Kepulauan Riau serta Lingga berada di bawah penguasaan Belanda.
Penubuhan dan Pentadbiran Negeri-Negeri Selat
Negeri-negeri selat (NNS) dianggotai oleh Pulau Pinang, Singapura dan Melaka.
Pulau pinang dahulunya telah diperintah oleh Leftenan Gabenor, manakala
Singapura dan Melaka diperintah oleh Residen. Dengan tertubuhnya NNS,
pentadbiran dapat diseragamkan dan menjimatkan perbelanjaan pentadbiran.
Ibu negeri NNS yang pertama ialah Pulau Pinang dan kemudiannya pada tahun
1832, Singapura pula menjadi ibu negeri bagi NNS. Pentadbiran NNS diketuai
oleh Gabenor yang menerima arahan daripada Gabenor Jeneral di India.
Residen Konsuler pula dilantik untuk membantu Gabenor menjalankan
pentadbiran di NNS. Gabenor Jeneral di India bertanggungjawab menggubal
undang-undang untuk dilaksanakan di NNS. (Kennedy, J., 1993)
Gabenor Jeneral British di India
Gabenor Negeri-Negeri Selat
Residen Kosunler Residen Konsuler Residen Konsuler
Carta 1.1 Struktur Pentadbiran Negeri-Negeri Selat Pada Tahun 1826
Namun, pentadbiran ini ditentang oleh penduduk tempatan kerana mereka
merasakan bahawa NNS adalah seperti tanah jajahan India. Oleh itu, NNS telah
merayu kepada British untuk memindahkan pentadbiran NNS ke London.
Justeru, pada 1 April 1867, NNS diisytiharkan sebagai Tanah JaJahan British dan
diletakkan di bawah tanggungjawab Pejabat Tanah Jajahan di London. Majlis
Perundangan telah ditubuhkan bagi membolehkan NNS meluluskan undang-
undang yang dibuatnya sendiri.
Sebab-Sebab Perpindahan Pentadbiran NNS Dari India Ke London (1867) SHTI di India tidak mengambil berat tentang kebajikan NNS. NNS membantah cadangan menghapuskan taraf pelabuhan bebas di
Singapura. Kedatangan imigran Cina ke NNS tidak terkawal kerana kebanyakan
mereka menubuhkan kongsi gelap dan melakukan kekacauan. Pengenalan Akta Mata Wang 1855 menyebabkan mata wang Sepanyol
diganti dengan mata wang rupee India – ini merugikan pedagang-pedagang kerana nilai rupee rendah.
Penduduk tempatan membantah kerana NNS dijadikan tempat buangan banduan.
Kesan Perpindahan Pentadbiran NNS Ke London• Pada tahun 1871 mata wang NNS pertama telah dikeluarkan.
Rumusan
British telah mengambil kesempatan terhadap Sultan Kedah yang memerlukan
bantuan mereka. Akibat terlalu mengharapkan bantuan British Sultan Kedah
telah menyerahkan Pulau Pinang dan Seberang Perai kepada mereka. Keadaan
ini memberi keinsafan kepada kita bahawa tindakan mengharapkan campur
tangan kuasa asing dalam hal dalaman negeri telah menyebabkan Kedah
kehilangan hak kedaulatannya. Begitu juga dengan kegagalan Tengku Hussein
dan Temenggung Abdul Rahman menyedari tipu helah Stamford Raffles telah
menyebabkan Singapura jatuh ke tangan British. Sejarah ini menunjukkan
bahawa kita hendaklan sentiasa berwaspada dan tidak mudah tunduk dan
meminta bantuan asing.
Rujukan
Andaya, B.W. & Andaya, L.Y. (1983). Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Mac Millan.
Butcher, J.G. (1979). The British in Malaya, 1880-1941. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Kennedy, J. (1993). History of Malaya. Kuala Lumpur: S. Abdul Majeed & Co.
World of Islamic Malaysia. (2009, Mac). Sebab-Sebab Perjanjian Inggeris-Belanda 1824. Dikeluarkan 2011, Disember 17 dari http://world-islam.blogspot.com/2009/03/perjanjian-inggeris-belanda-1824.html
Soalan Latihan
1. Jelaskan sebab-sebab pihak British mengambil Singapura dan Melaka.
2. Bagaimana British bertapak di Singapura dan Melaka? Bincangkan syarat-
syarat
Perjanjian Inggeris-Belanda.
3. Pembahagian pengaruh kuasa Barat dalam Perjanjian Inggeris-Belanda
memudahkan
penguasaan Barat di Kepulauan Melayu. Bincangkan.
4. Apakah syarat-syarat utama Perjanjian Inggeris-Belanda, 1824? Nyatakan
kesan-kesan
pejanjian ini ke atas kesultanan Johor.
5. Huraikan pentadbiran Negeri-negeri Selat di bawah kerajaan di India.
Nyatakan sama ada
kerajaan India berjaya atau tidak dalam mengawal keadaan di Negeri-negeri
Selat dalam
tempoh 1826-1867.
BAB 3 NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU
Hasil Pembelajaran
Membincangkan alasan yang digunakan oleh British untuk campur tangan di Negeri-negeri Melayu.
Menjelaskan kesan Revolusi Perindustrian terhadap campur tangan British di Negeri-negeri Melayu.
Menghubungkait kesan Revolusi Perindustrian dan dasar kerajaan British dengan perubahan politik, ekonomi dan sosial di Negeri-Negeri Melayu
Membahaskan keberkesanan pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
Kekayaan Hasil Bumi Negeri-Negeri Melayu Menarik Perhatian British
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
Pesuruhjaya Tinggi British (Singapura)
Residen Jeneral (Kuala Lumpur)
Perak Selangor Negeri Sembilan Pahang (Residen) (Residen) (Residen) (Residen)
Unsur dan Tingkah Laku Patriotisme Kewajipan mempertahankan ketuanan bangsa • Berani mempertahankan hak dan kedaulatan negara
Laman Web: http://ms.wikipedia.org/wiki/Negeri-negeri_Melayu_Bersekutu http://en.wikipedia.org/wiki/Federation_of_Malay_States http://www.dosh.gov.my/doshV2/index.php? option=com_content&view=article&id=84%3Athe-role-and- development&catid=39%3Adosh-profile&Itemid=90&lang=en
Pengenalan
Kekayaan hasil bumi di negara kita mendorong kuasa asing untuk menjajah.
Keadaan politik yang tidak stabil di negeri-negeri Melayu memberi kesempatan
kepada British untuk campur tangan.
Dasar Campur Tangan British di Negeri-Negeri Melayu
Kekayaan Hasil Bumi Negeri-Negeri Melayu Menarik Perhatian British
Hubungan perdagangan NNS dengan Negeri-Negeri Melayu.
(a) Selepas penubuhan NNS pada tahun 1826 British telah berhasrat untuk
campur tangan
di Negeri-Negeri Melayu.
(b) Negeri-Negeri Melayu kaya dengan hasil bumi terutamanya bijih timah dan
hasil hutan.
(c) Kepentingan NNS bagi Negeri-Negeri Melayu:
i) Pulau Pinang menjadi pusat pengumpulan hasil bumi seperti bijih timah dari
Perak dan
Kedah
ii) Melaka menjadi pangkalan untuk mengumpul barang dagangan dari
Selangor dan
Negeri Sembilan serta membekalkan buruh Cina ke lombong-lombong di
Selangor dan Negeri Sembilan.
iii) Singapura menjadi pusat pengumpulan barang dagangan.
Negeri-negeri Selat telah menjalinkan hubungan dagangan yang aktif dengan
Negeri-Negeri Melayu yang berperanan sebagai pelabuhan enterpot yang
mengendalikan perdagangan Negeri-Negeri Melayu. Pedagang-pedagang
NNS telah melabur modal dalam perlombingan bijih timah di Larut, Sungai Ujong,
Lukut dan Klang. Kekayaan hasil bumi yang terdapat di negeri Perak, Pahang,
Selangor dan Negeri Sembilan telah menarik minat British. British menguasai
hasil bijih timah, emas, bijih besi dan arang batu yang terdapat di
Negeri-Negeri Melayu sebelum negeri-negeri tersebut jatuh ke tangan kuasa
Barat yang lain. (Butcher, J.G., 1979).
Revolusi Perindustrian Mendesak Campur Tangan
Perkembangan Revolusi Peindustrian di Eropah menyebabkan permintaan
terhadap hasil bijih timah meningkat. Bijih timah diperlukan untuk
perusahaan mengetin makanan. British berhasrat untuk menguasai Negeri-
Negeri melayu supaya mendapatkan bekalan yang mencukupi dan menjadi
tempat untuk memasarkan hasil keluaran kilangnya.
Terusan Suez dan Kapal Wap Merancakkan Persaingan
Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 telah memendekkan jarak perjalanan
dari England ke Tanah Melayu. Penciptaan kapal wap pula dapat
mempercepatkan perjalanan dan jumlah muatan barangan juga dapat
ditingkatkan.
Kebimbangan Campur Tangan Kuasa Eropah Lain
Kemaraan kuasa Eropah lain di Asia Tenggara telah membimbangkan pihak
British. British berusaha untuk menyekat perluasan kuasa Eropah supaya
kepentingannya di negeri-negeri Melayu tidak terancam terutamanya
oleh kuasa Perancis.
Pertukaran Kerajaan Mengubah Dasar British
Pada tahun 1873, Parti Konservatif telah berjaya mengambil alih pucuk pimpinan
kerajaan Britian daripada Parti Liberal. Kerajaan baru ini telah mengubah
dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan British terhadap
Negeri-Negeri Melayu.
Desakan Pedagang Mempercepatkan Campur Tangan
Keadaan di Tanah Melayu mejadi huru-hara akibatnya berlakunya pertelingkahan
di kalangan pembesar dan pergaduhan kongsi gelap Cina. Pedagang
di NNS telah mengalami kerugian dan mereka mendesak supaya British campur
tangan. Pada tahun 1873, secara rasminya seramai 243 orang pedagang NNS
telah menulis surat kepada Lord Kimberley iaitu Setiausaha Tanah Jajahan British
untk mendesak British campur tangan.
Keadaan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang Memberi
Peluang Campur Tangan British
Perak
Kawasan Kelian Pauh dan Kelian Bharu di daerah Larut, Perak kaya dengan hasil
bijih timah. Pada tahun 1848, Long Jaafar telah membawa masuk orang Cina
untuk memajukan perlombingan bijih timah di Larut. Namun,
kemasukan beramai-ramai orang Cina ini telah menimbulkan pergaduhan yang
melibatkan anggota kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San. Pergaduhan ini telah
membawa kepada meletuskan Perang Larut yang menjejaskan
perusahaan bijih timah. Menteri Larut ketika itu, Ngah Ibrahim telah melantik
Kapten Speedy iaitu Timbalan Pesuruhjaya Polis Negeri-Negeri Selat untuk
membantu menamatkan Perang Larut. Keadaan di Perak menjadi semakin
tegang kerana berlakunya perebutan takhta oleh kerabat diraja setelah
kemangkatan Sultan Ali. Perebutan takhta ini berpunca daripada sistem
pewarisan takhta yang tidak dipatuhi sepenuhnya. Sistem pewarisan takhta
Perak dianggap unik kerana seseorang anak raja itu perlu menjadi Raja Di Hilir,
Raja Bendahara, dan Raja Muda sebelum ditabal menjadi sultan.
Sultan
Raja Muda
Raja Bendahara
Raja Hilir
Carta 3.1 Sistem Perwarisan Takhta Di Perak
Masalah pewarisan takhta di Perak bermula selepas kemangkatan Sultan Ali
pada tahun 1871. Raja Ismail (Raja Bendahara) telah dilantik sebagai
sultan namun perlantikan itu ditentang oleh Raja Abdullah dan Raja Yusof.
Penentangan ini berlaku kerana Raja Abdullah (Raja Muda) tidak ditabalkan
sebagai sultan manakala Raja Yusof (Raja Di Hilir) telah diketepikan kerana tidak
disukai oleh pembesar Perak. Raja Abdullah mendapat sokongan pembesar di
Hilir Perak seperti Dato' Maharaja Lela dan Dato' Sagor. Kuasa Sultan Ismail
hanya terbatas di Hulu Perak manakala Raja Abdullah terus berkuasa di Hilir
Perak. Raja Abdullah telah meminta bantuan British untuk mengiktiraf beliau
sebagai sultan. Andrew Clarke telah mengadakan rundingan dengan pembesar-
pembesar Melayu serta pemimpin-pemimpin kongsi gelap Cina di Pulau
Pangkor untuk menamatkan kekacauan di Perak. Hasilnya Perjanjian
Pangkor telah ditandatangani pada 20 Januari 1874 di atas kapal H.M.S. Pluto.
Perjanjian Pangkor memberi peluang kepada British untuk campur tangan dalam
pentadbiran dan ekonomi di Perak. J.W.W. Birch dilantik sebagai Residen yang
pertama di Perak. (Harry, M., 1965)
Campur tangan di Perak Masalah perwarisan takhta yang sah Masalah perebutan kawasan perlombongan bijih timah antara kongsi
gelap Ghee Hin dan Hai San
Long Jaafar Pada tahun 1848, beliau telah mengusahakan perlombongan bijih timah di
Larut dengan kaedah mendulang. Selepas itu, beliau membawa masuk pelombong Cina. Hasil yang diperolehi meningkat kerana mereka menggunakan kaedah lombong dedah.
Perang Larut Perang Larut berpunca daripada perebutan untuk mendapatkan sumber
bekalan air ke kawasan perlombongan serta keinginan menguasai kawasan yang kaya dengan bijih timah.
Selangor
Perang Klang di Selangor
Sultan Adbul Samad yang berkuasa di daerah langat telah ditabalkan menjadi
sultan Selangor pada tahun 1857. Semasa zaman pemerintahan
baginda, telah berlakunya Perang Klang yang menyebabkan campur tangan
British. Daerah Klang yang kaya dengan bijih timah berada di bawah kekuasaan
Raja Sulaiman. Namun setelah Raja Sulaiman mangkat, daerah Klang diserahkan
kepada Raja Abdullah. Penyerahan kuasa tersebut menimbulkan rasa tidak puas
hati Raja Mahadi iaitu putera Raja Sulaiman. Raja Abdullah berjaya memajukan
kawasan perlombongan bijih timah dengan membawa masuk buruh-buruh Cina.
Kekayaan di daerah Klang ini telah menjadi rebutan antara pembesar tempatan
sehingga mencetuskan perang saudara yang dikenali sebagai Perang Klang.
Perang Klang melibatkan Raja Mahadi dan Raja Abdullah. Raja Mahadi berusaha
untuk mendapatkan daerah Klang daripada Raja Abdullah. Perang saudara ini
turut melibatkan pelombong-pelombong Cina yang terlibat dalam kongsi gelap
Cina. Kegiatan perdagangan dan perlombongan di Selangor juga turut terjejas.
Sultan Abdul Samad telah melantik Tengku Kudin untuk menamatkan perang
tetapi pelantikan itu tidak dipersetujui oleh pembesar tempatan termasuk Raja
Mahadi. (Harry, M., 1965)
Raja Mahadi menentang pelantikan tersebut kerana Tengku Kudin bukan
anak negeri Selangor. Tengku Kudin pula telah meminta bantuan British
untuk menamatkan perang saudara yang berlaku di Selangor. Dalam masa yang
sama, British telah mengambil kesempatan untuk campur tangan dan mendesak
Sultan Abdul Samad agar menerima seorang Residen British. Pada tahun 1873,
kapal dagang British yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Melaka telah
dirompak di Kuala Langat. Pada tahun 1874 pula, rumah api di Tanjung Rachado
telah diserang dan British menggunakan alasan tersebut untuk menempatkan
seorang Residen British. Akhirnya pada tahun 1874, Sultan Abdul Samad
terpaksa akur dengan kehendak British. J.G Davidson dilantik sebagai Residen
yang pertama di Selangor manakala Frank Swettenham pula dilantik sebagai
Penolong Residen.
Tengku Kudin Tengku Kudin berjaya menguasai daerah Klang kerana
Mendapat sokongan puak Hai San Mendapat bantuan British
Perang Klang Perang Kalng 1867 berpunca daripada perbalahan antara Raja Mahadi dengan Raja Abdullah yang berebut daerah Klang.
Tengku Kudin Nama sebenarnya ialah Tengku Kudin Dhiauddin. Beliau merupakan
putera diraja Kedah dan berkahwin dengan uuteri Sultan Abdul Samad. Beliau dilantik sebagai wakil sultan untuk mentadbir Selangor pada tahun 1868.
Carta 3.2 Jurai Keturunan Kerabat Diraja Selangor
Negeri Sembilan
Perbalahan di Sungai Ujong, Negeri Sembilan
Sungai Ujong merupakan sebuah kawasan yang kaya dengan bijih timah dan
berada di bawah penguasaan Dato' Kelana Syed Abdul Rahman. Dato'
Bandar Kulop Tunggal juga merupakan seorang yang berpengaruh di kawasan
Sungai Ujong. Kehadiran kedua-dua pembesar yang berada di Sungai Ujong
menyebabkan berlaku pertelingkahan. Pertelingkahan ini disebabkan oleh
pertuanan Sungai Linggi yang merupakan laluan utama untuk ke Melaka.
Pembesar yang berjaya menguasai sungai ini akan dapat memungut cukai
yang agak lumayan. Dato' Kelana meminta bantuan daripada pihak British
setelah berasa bimbang dengan kekuasaan Dato' Bandar yang mendapat
sokongan kuat daripada pelombong Cina dan penduduk tempatan. Oleh itu,
Dato' Kelana telah menandatangani perjanjian dengan pihak British untuk
menerima perlindungan British dengan syarat Dato' Kelana diakui sebagai
pemerintah daerah Sungai Ujong tetapi hak pengutipan cukai terletak di tangan
British. (Ibrahim Mahmood, 1981)
British telah melantik P.J. Murray sebagai residennya di sana. Walau
bagaimanapun Dato' Bandar tidak mengakui perjanjian in. British telah memberi
bantuan askar kepada Dato' Kelana yang kemudiannya telah menewaskan Dato'
Bandar. British kemudiannya, telah meluaskan pengaruhnya di Rembau, jelebu
dan Seri Menanti dengan menempatkan Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil.
Kesemua daerah di Negeri sembilan telah disatukan pada tahun 1895 dan Tunku
Muhammad Ibni Yamtuan Antah yang juga Yamtuan Seri Menanti dilantik
sebagai Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama. Atas desakan
British baginda sedia menerima seorang Residen. Martin Lister kemudiannya
dilantik sebagai residen Negeri Sembilan yang pertama.
Pahang
British Bimbang Pertapakan Kuasa Eropah Lain di Pahang
Pada kurun ke-19 kuasa-kuasa Eropah seperti Perancis, Rusia, dan Jerman telah
bersaing untuk mencari tanah jajahan di Asia Tenggara. Sultan Ahmad pula
berusaha untuk mengekalkan kedaulatan negeri Pahang. Baginda mencontohi
tindakan Sultan Abu Bakar dari Johor dalam membangunkan Pahang dan
pelabur-pelabur Eropah juga dibawa masuk untuk memajukan Pahang. Tindakan
Sultan Ahmad tidak disenangi oleh British kerana akan menjejaskan kepentingan
mereka di Negeri-Negeri Melayu. Antara usaha-usaha yang dilakukan oleh British
untuk meluaskan pengaruhnya di Pahang ialah:
(a) Frank Swettenham dan Frederick Weld telah memujuk Sultan Ahmad
untuk
menerima Residen British tetapi gagal (1886).
(b) British meminta bantuan Sultan Abu Bakar dari Johor untuk memujuk
Sultan Ahmad
menerima pengaruh British. Hasilnya Hugh Clifford dilantik sebagai wakil
British.
namun British masih tidak berpuas hati kerana wakil British masih tidak
mempunyai
kuasa sepenuhnya (1887).
(c) British menggunakan alasan pembunuhan seorang warganegara British
yang
berbangsa Cina iaitu Go Hui untuk mendesak Sultan Ahmad menerima
Residen
British. Akhirnya Sultan Ahmad menerima J.P. Rodger sebagai Residen
British setelah didesak oleh British (1888).
Kedaulatan negeri Pahang berakhir setelah penerimaan Residen British. British
secara tidak langsung telah campur tangan dalam pentadbiran Pahang
dan penapakan kuasa Barat lain dapat disekat. (Mohd. Isa Othman, 2002)
Kepentingan Perjanjian antara British dengan Pahang pada 1887 Bendahara Wan Ahmad diakui sebagai Sultan Pahang oleh pihak Inggeris Sultan Ahamad menerima Hugh Low sebagai wakil Kerajaan British di
Pahang
Residen Menggugat Kuasa Sultan Dan Pembesar
Pengenalan Sistem Residen di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang
telah menggugat kuasa sultan dan juga kuasa pembesar. Sultan
terpaksa menerima nasihat residen dalam kesemua aspek kecuali dalam hal
istiadat Melayu dan juga agama islam. Kehadiran residen juga telah
menyebabkan sultan dan pembesar kehilangan kuasa untuk menjalankan
pentadbiran. Residen juga telah bertindak menghapuskan sistem perhambaan.
Tindakan itu dianggap melampaui kuasa mereka kerana bagi masyarakat
Melayu, perhambaan merupakan adat turun-temurun. Selain itu,
residen telah mengambil alih hak pungutan cukai yang dipegang oleh pembesar
tempatan. Pemungut cukai ini telah diuruskan oleh Pegawai Majistret dan
Pemungut hasil.
Pengukuhan Kuasa British Melalui Pembentukan Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu
Pelaksanaan Sistem Residen di negeri perak, Selangor, Negeri Sembilan dan
Pahang dikatakan tidak teratur dan mempunyai kelemahan. Keadaan
ini disebabkan Residen tidak mempunyai garis panduan yang jelas tentang
bidang tugas mereka. Residen pula telah bertindak sebagai pemerintah dan
terlalu berkuasa sehingga Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura gagal
mengawal kuasa Residen. Pentadbiran di setiap negeri pula tidak seragam
kerana mempunyai undang-undang yang tersendiri. Untuk mengatasi masalah
kelemahan Sistem Residen, British telah menyatukan negeri-negeri tersebut di
bawah sebuah pentadbiran yang di kenali sebagai Negeri-Negeri Bersekutu atau
Persekutuan 1896.
Antara faktor-faktor lain bagi penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ialah:
(a) Krisis kewangan Pahang berpunca daripada beban hutang akibat
kebangkitan rakyat
Pahang menentang British.
(b) Perkongsian perkhidmatan pakar di mana kos untuk bayaran perkhidmatan
pakar
seperti doktor, jurutera dan pengukur dapat dijimatkan.
(c) Sistem perhubungan seperti jalan raya dan landasan kereta api dapat
dimajukan.
(d) Faktor keselamatan iaitu untuk mengukuhkan kekuatan dan pertahanan
ketenteraan.
Perjanjian Persekutuan telah ditandatangani pada 1 Julai 1896. Frank
Sweetenham telah dilantik sebagai Residen Jeneral yang pertama. (Mohd.
Isa Othman, 2002)
Syarat-Syarat Perjanjian Persekutuan
Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang digabungkan
menjadi sebuah persekutuan yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu.
Raja-raja Melayu bersetuju menerima seorang pegawai British sebagai
Residen Jeneral.
Residen Jeneral berkuasa dalam semua perkara kecuali yang berkaitan
dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu.
Raja-raja Melayu bersetuju membantu negeri-negeri yang memerlukan
bantuan.
Residen Jeneral bertanggungjawab kepada Gabenor Negeri-Negeri Selat.
Carta 3.3 Struktur Pentadbiran Persekutuan 1896
Rumusan
Negeri-negeri Selat telah menjalinkan hubungan dagangan yang aktif dengan
Negeri-Negeri Melayu yang berperanan sebagai pelabuhan enterpot yang
mengendalikan perdagangan Negeri-Negeri Melayu. Kekayaan hasil bumi di
negara kita mendorong kuasa asing untuk menjajah. Keadaan politik yang tidak
stabil di negeri-negeri Melayu memberi kesempatan kepada British untuk
campur tangan. Pelaksanaan Sistem Residen di negeri perak, Selangor, Negeri
Sembilan dan Pahang dikatakan tidak teratur dan mempunyai kelemahan.
Keadaan ini disebabkan Residen tidak mempunyai garis panduan yang jelas
tentang bidang tugas mereka. Untuk mengatasi masalah kelemahan Sistem
Residen, British telah menyatukan negeri-negeri tersebut di bawah sebuah
pentadbiran yang di kenali sebagai Negeri-Negeri Bersekutu atau Persekutuan
1896.
Rujukan
Butcher, J.G. (1979). The British in Malaya, 1880-1941. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Harry, M. (1965). The Story of Malaysia. London: Faber & Faber.
Ibrahim Mahmood. (1981). Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.
Mohd. Isa Othman. (2002). Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Soalan Latihan
1. Bincangkan alasan yang digunakan oleh British untuk campur tangan di
Negeri-negeri
Melayu.
2. Menjelaskan kesan Revolusi Perindustrian terhadap campur tangan British di
Negeri-
negeri Melayu.
3. Jelaskan dengan mengubungkaitkan kesan Revolusi Perindustrian dan dasar
kerajaan
British dengan perubahan politik, ekonomi dan sosial di Negeri-Negeri Melayu.
4. Beri pandangan anda tentang keberkesanan pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
BAB 4 REAKSI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU
Hasil Pembelajaran Memerihalkan perjuangan pemimpin setempat menentang penjajah Menyenaraikan sebab pemimpin setempat menentang British Mengemukakan matlamat dan corak perjuangan pemimpin setempat
menentang penjajah Mengklasifikasi mengikut lokasi, sebab, tujuan, cara dan kesan perjuangan Membuat inferens tentang keberkesanan perjuangan pemimpin setempat Mencirikan keistimewaan perjuangan tokoh-tokoh setempat Membuat kesimpulan tentang keistimewaan tokoh-tokoh setempat yang
menentang British
Reaksi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
Pembentukan Persekutuan 1896 Mencabar Kewibawaan Sultan
Perjuangan Pemimpin Setempat
Perak Selangor Negeri Sembilan Pahang
(Dato’ Maharaja Lela) (Raja Mahadi) (Yamtuan Seri Antah) (Dato’ Bahaman)
Corak dan Matlamat Perjuangan:- Perjuangan bersenjata
Tujuan Perjuangan:- Pengusiran kuasa penjajah
- Pengekalan sistem pentadbiran
Unsur dan Tingkah Laku Patriotisme Mendaulatkan hak dan kewibawaan bangsa • Sentiasa memelihara maruah bangsa Memartabatkan perjuangan tokoh-tokoh negara • Kepemimpinan cemerlang Kepemimpinan berkarisma • Menghargai jasa dan tokoh-tokoh negara kita
Laman Web: http://ms.wikipedia.org/wiki/Negeri-negeri_Melayu_Bersekutu
http://en.wikipedia.org/wiki/Federation_of_Malay_States
Pengenalan
Campur tangan British di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah
menggugat keadaan politik, ekonomi dan sosial penduduk tempatan. Perubahan
dalam sistem pentadbiran telah menyebabkan sultan dan pembesar Melayu
kehilangan kuasa. Tindakan British memperkenalkan pelbagai cukai yang
membebankan rakyat telah mencetuskan kebangkitan untuk
menentang penjajahan British. Pemimpin tempatan berjuang untuk
mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan tanah air.
Pembentukan Persekutuan mencabar Kewibawaan Sultan
Pentadbiran Persekutuan diketuai oleh Residen Jeneral yang berkuasa dalam
urusan kewangan dan juga cukai eksport. Jabatan-jabatan seperti
Jabatan Kehakiman, Jabatan Perhubungan dan Perkhidmatan Awam telah
ditubuhkan dan penglibatan orang Melayu dalam jabatan-jabatan ini adalah
terhad. Sultan pula dikehendaki menerima nasihat daripada Residen Jeneral
dalam semua hal kecuali adat istiadat orang Melayu dan agama Islam. Residen
Jeneral juga telah mengambil alih kuasa sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri lalu
menimbulkan ketidakpuasan hati kepada sultan-sultan negeri Melayu. Menyedari
hakikat itu, British telah menubuhkan Durbar yang membolehkan sultan-sultan
berbincang mengenai hal ehwal adat, agama Islam dan kebajikan orang
Melayu. Durbar atau Persidangan Raja-raja Melayu yang pertama telah diadakan
pada tahun 1897 di Kuala Kangsar dan yang kedua telah diadakan di Kuala
Lumpur pada tahun 1903. Dalam Durbar yang kedua, Sultan Perak, Sultan Idris
telah mengkritik kuasa Residen Jeneral dan mendesak supaya
mengembalikan kuasa raja-raja Melayu. Baginda juga mendesak supaya
bilangan orang Melayu yang berada dalam pentadbiran hendaklah
ditambah dan diberi jawatan yang lebih tinggi. Bahasa Melayu juga diiktiraf
sebagai bahasa rasmi di Durbar itu. Akibat desakan itu, pihak British telah
menggantikan Durbar dengan Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Residen Jeneral
telah ditukarkan kepada Ketua Setiausaha. Pihak British juga telah
memulangkan kuasa mentadbir kepada Majlis Mesyuarat Negeri. (Mohd. Isa
Othman, 2002)
Reaksi Perak
Dato' Maharaja Lela Pejuang Kebanggaan Perak
Dato' Maharaja Lela bertugas sebagai penghulu di Pasir Salak dan juga sebagai
Orang Besar Berlapan Perak. Perlantikan J.W.W. Birch sebagai residen
British di Perak telah menimbulkan konflik di antara sultan, J.W.W. Birch dan
pembesar Perak yang lain.
Antara faktor kebangkitan menentang British:
(a) Mengambil hak mengutip cukai
(i) Sultan Abdullah telah dipaksa oleh J.W.W. Birch supaya
menandatangani
pengisytiharan yang membolehkan British mengutip cukai.
(ii) Jika baginda enggan berbuat demikian, maka takhta baginda akan
diturunkan.
(iii) Rumah Raja Ngah Orang Besar Perak telah dibakar oleh Birch kerana
masih
mengutip cukai timah di Bidor.
(b) Mencabar ketuanan Melayu
(i) Kemarahan sultan dan pembesar memuncak apabila Sultan
Abdullah didesak
menandatangani perisytiharan penyerahan
kuasa kepada British.
(ii) Kesan daripada pengisytiharan tersebut ialah kuasa mentadbir
negeri diserah
kepada Residen.
(iii) Residen bertugas sebagai melantik hakim, mengurus kutipan cukai
dan
melantik penghulu.
(c) Memperkenalkan cukai baru
(i) Beberapa cukai baru telah diperkenalkan iaitu cukai padi, perahu,
atap,
senjata dan bayaran permit untuk membalak.
(ii) Bayaran sebanyak dua dolar juga dikenakan kepada setiap isi
rumah sebagai
cukai kelamin.
(d) Mencabuli adat resam
(i) Birch mengharamkan amalan perhambaan yang menjadi adat
resam orang
Melayu.
(ii) Permusuhan timbul apabila Birch sengaja menyimpan hamba-
hamba
perempuan di rumahnya.
Satu mesyuarat telah diadakan di Durian Sebatang oleh Raja Abdullah, Raja
Ismail dan Dato' Maharaja Lela. Dalam mesyuarat itu, mereka telah sebulat
suara untuk membunuh Birch. Dato' Maharaja Lela, Dato; Sagor, Pandak Indut
dan Sepuntum secara sukarela telah menawarkan diri untuk
membunuh Birch. Ketika Birch dan rombongannya sedang sibuk menyebarkan
surat pengisytiharan di Pasir Salak, Dato' Maharaja Lela dan pengikutnya telah
mengambil kesempatan untuk membunuh Birch. (Butcher, J.G., 1979).
Rajah 4.1 J.W.W. Birch
Komplot Membunuh BirchDalam mesyuarat pembesar-pembesar Perak di Durian Sebatang, tiga cadangan dikemukakan bagi menghapuskan Birch, iaitu;
Meracun Menggunakan khidmat bomoh melalui “main hantu” Menikam
Akhirnya cadangan ketiga diambil. Dato’ Maharaja Lela mengambil tugas untuk melaksanakan cadangan yang dipersetujui itu.
Hal ini telah menyebabkan British menyerang Pasir Salak. Serangan ini
bagaimanapun telah dapat dipatahkan dan Kapten Ines telah terkorban.
Perang Perak yang berlaku hampir setengah tahun ini telah berpihak kepada
pihak British yang mendapat bantuan tentera dari India dan Hong Kong.
Hukuman gantung sampai mati telah dijatuhkan kepada Dato' Maharaja Lela,
Dato' Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum pada tahun 1877. Raja Ismail telah
dibuang negeri ke Johor dan Sultan Abdullah serta Ngah Ibrahim dihantar ke
Pulau Seychelles. (Butcher, J.G., 1979).
Rajah 4.2 Kedudukan Pasir Salak pada tahun 1874
Reaksi Selangor
Penentangan di Selangor
Perang Klang tercetus disebabkan pertentangan antara Raja Mahadi dengan Raja
Abdullah.
Pada tahun 1868, Sultan Selangor melantik Tengku Kudin (Wizurai Selangor) dan
membantu Raja Ismail merampas Klang. British campurtangan dan member
sokongan menentang Raja Mahadi. Walaupun hanya Perang Saudara tetapi
campur tangan British telah mendapat tentangan penduduk tempatan. (Andaya,
B.W. & Andaya, L.Y., 1983)
Rajah 4.4 Kubu Pertahanan Raja Mahadi
Rajah 4.4 merupakan gambaran pelukis menunjukkan kubu pertahanan Raja
Mahadi. Raja Mahadi bersedia menyerang Raja Abdullah dan gedungnya di Klang
pada tahun 1866.
Negeri Sembilan
Yamtuan Antah Mempertahankan Kedaulatan Seri Menanti
Pada tahun 1875, Yamtuan Antah dilantik sebagai Yamtuan Seri Menanti.
Wilayah jajahan Seri Menanti meliputi kawasan Terachi, Ulu Muar, Gunung Pasir
dan Jempol. Yamtuan Antah membantah tindakan Dato' Kelana Sungai Ujong
yang menandatangani perjanjian dengan British kerana akan
menggugat kedaulatan bangsa. (Ibrahim Mahmood, 1981).
Hubungan antra Dato' Kelana dengan Yamtuan Antah semakin renggang
apabila :
(a) Yamtuan Antah tidak mengiktiraf Dato' Kelana sebagai pemerintah
Sungai Ujong.
(b) Dato' Kelana mengisytiharkan Terachi sebagai wilayahnya.
P.J. Murray iaitu Residen British di Sungai Ujong telah menghantar tentera dan
juruukur untuk menjalankan siasatan tentang pertikaian itu. Yamtuan
Antah pula menghantar 200 orang pengikutnya menuntut supaya pihak British
menghentikan tugas mengukur kawasan antara Terachi dengan Kuala Pilah.
Pertikaian itu membawa kepada tercetusnya pertempuran antara British dengan
Yamtuan Antah. Dalam pertempuran itu, Yamtuan Antah mendapat sokongan
daripada Dato' Siamang Gagap, Tengku Besar Tampin serta penduduk Rembau,
Jelebu dan Johol. Pasukan Yamtuan Antah berjaya menwan Paroi dan membina
kubu di situ pada bulan Disember 1875. Walau bagaimanapun, British berjaya
menawan semula Paroi setelah mendapat bantuan tentera dari Negeri-Negeri
Selat. Yamtuan Antah pula berundur ke Bukit Putus dan seterusnya ke Johor. Di
Johor, Maharaja Abu Bakar menasihati baginda supaya berdamai dengan British.
Pada bulan Mei 1876, satu rundingan diadakan antara Yamtuan Antah dengan
William Jervois iaitu Gabenor Negeri-Negeri Selat. (Andaya, B.W. & Andaya, L.Y.,
1983).
Kesan daripada rundingan tersebut ialah :
(a) Yamtuan Antah diiktiraf sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti
(b) British berpeluang untuk meluaskan pengaruhnya ke seluruh Negeri
Yamtuan AntahNama sebenar Yamtuan Antah ialah Tunku Laksamana Antah Ibni Almarhum Raja Radin.
Dato’ Siamang GagapBeliau telah memimpin pasukan untuk menentang British di Seri Menanti. Beliau berpegang teguh pada prinsip mempertahankan maruah, bangsa, agama dan tanah air. Prinsipnya jelas ditunjukkan apabila beliau membantah keputusan Yamtuan Antah untuk berdamai dengan British.
Pahang
Dato' Bahaman Pahlawan Pahang
Kebangkitan rakyat Pahang menentang British dipelopori oleh Dato' Bahaman
atau nama sebenarnya Abdul Rahman bin Imam Noh. Dato' Bahaman
dianugerahi gelaran Orang Kaya Dato' Setia Perkasa Pahlawan Semantan kerana
sikap kegagahan dan keberanian yang ditunjukkan dalam perang saudara di
Pahang dan Perang Klang di Selangor. Setelah kematian Orang Kaya Indera
Segara, belaiau dilantik sebagai pembesar Temerloh. Dato' Bahaman juga tidak
mengiktiraf pemerintahan British di Pahang. (Ibrahim Mahmood, 1981)
Pada 16 Disember 1891, tiga orang pengikut Dato' Bahaman ditangkap kerana
mengutip hasil hutan tanpa kebenaran British. Tindakan ini mencetuskan
kemarahan Dato' Bahaman dan pengikutnya lalu menyerang Balai Polis Lubuk
Terua. Hugh Clifford bersama 200 anggota tentera berjaya menawan semula
Lubuk Terua pada 26 Disember 1891 tetapi beliau tewas dalam pertempuran di
Kelubi. Hugh Clifford berundur dan mendapatkan bantuan dari Singapura. Pada
bulan Januari 1892, British menubuhkan pasukan tentera yang dinamakan
Gerakan Sultan untuk menamatkan kebangkitan rakyat Pahang. Gerakan ini
diketuai oleh Sultan Wan Ahmad dan berjaya menawan 11 buah kubu Dato'
Bahaman di Bentong. Dato' Bahaman berjaya menawan semula Lubuk Terua
pada bulan Mac 1892. Perjuangannya semakin hebat kerana mendapat
sokongan daripada Tok Gajah dan anaknya, Mat Kilau. Pada 8 Mei 1892, British
melancarkan serangan ke atas Lubuk Terua. Ramai pejuang Pahang berundur ke
Terengganu dan Kelantan untuk berlindung. Di Terengganu, mereka mendapat
sokonan daripada Ulama Tok Ku Paloh supaya pejuang Pahang berjihad
menentang British. Pada 14 Jun 1894, Dato' Bahaman dan 100 orang
pengikutnya berjaya menawan Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. Kolonel
Walker dihantar oleh British untuk menawan semula Jeram Ampai. Pertempuran
sengit berlaku menyebabkan Dato' Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau berundur
ke Kelantan. (Ibrahim Mahmood, 1981)
Rajah 4. 3 Kawasan berlakunya kebangkitan di Pahang pada tahun 1890-an.
Walaupun perjuangan Dato' Bahaman dan pengikutnya gagal, tetapi semangat
perjuangan yang ditunjukkan itu turut menggugat kedudukan British di
Pahang. Kesan peperangan di Pahang :
(a) British menanggung hutang yang banyak.
(b) Sultan Ahmad dipaksa membayar 7 200 dolar setahun kepada British.
Rumusan
Kita telah melihat bahawa kekayaan negara telah mendorong kuasa asing untuk
menguasai negara kita. Masalah dalaman seperti perebutan takhta dan keadaan
negara yang tidak tenteram telah memberi peluang kepada kuasa asing untuk
mencampuri urusan negara dan seterusnya menguasai hasil bumi kita.
Pemimpin yang bijak dan berwawasan penting demi mewujudkan perpaduan dan
keamanan negara. Tanpa keharmonian negara kekayaan ekonomi tidak akan
dapat dimajukan. Zaman penjajahan yang berlaku di negara kita menyebabkan
penduduk hidup dalam penderitaan kerana ditinda oleh penjajah. Keperitan
hidup ini telah membangkitkan semangat para pejuang tanahair (Perak,
Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang) untuk mengembalikan maruah bangsa
dan negara. Walaupun perjuangan penduduk tempatan dapat dipatahkan oleh
British, namun semangat dan sikap keberanian mereka amat dikagumi dan
menjadi sumber inspirasi kepada pejuang seterusnya.
Rujukan
Andaya, B.W. & Andaya, L.Y. (1983). Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Mac Millan.
Butcher, J.G. (1979). The British in Malaya, 1880-1941. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Ibrahim Mahmood. (1981). Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.
Mohd. Isa Othman. (2002). Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Ramlah Adam (2004). Gerakan Radikalisme di Malaysia (1938-1965). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Soalan Latihan
1. Jelaskan sebab pemimpin setempat Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
menentang British
dengan mengemukakan matlamat dan corak perjuangan pemimpin setempat
menentang
penjajah.
2. Pada pendapat anda, sejauhmanakah perjuangan pemimpin setempat Negeri-
Negeri
Melayu Bersekutu berkesan?
3. Perjuangan tokoh-tokoh setempat Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan
Pahang
mempunyai keistimewaan masing-masing. Bincangkan.
BAB 5 NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU
Hasil Pembelajaran Menyatakan cara pihak British menyekat perluasan kuasa Barat lain di
Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Johor Menyatakan peranan Penasihat British di Kedah, Kelantan, Terengganu
dan Perlis Memerihalkan pemodenan Johor dan penerimaan Penasihat British Menghuraikan penerimaan penasihat British di Kedah, Kelantan,
Terengganu, Perlis dan Johor Membuat kesimpulan kewibawaan pemerintah dan pembesar Johor dalam
usaha mengekalkan kedaulatan negeri Johor Membuat perbandingan peranan Residen dengan Penasihat British
Peta Konsep
Unsur dan Tingkah Laku PatriotismeBerdiplomasi
• Membuat keputusan yang bijaksanaKejituan visi dan misi menjamin keunggulan negara
• Merealisasikan pembangunan negara
Laman Web http://ms.wikipedia.org/wiki/Negeri-negeri_Melayu_Tidak_Bersekutu http://ms.wikipedia.org/wiki/Negeri-negeri_Melayu_Bersekutu http://1426.blogspot.com/2008/03/negeri-negeri-malaysia-tidak-bersekutu.html
Pengenalan
Setelah berjaya menguasai Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu, British berhasrat untuk menguasai Negeri-Negeri Melayu
Utara dan Johor. Penguasaan terhadap negeri-negeri tersebut adalah bertujuan
untuk menghalang kemaraan kuasa-kuasa Eropah lain di Asia Tenggara. British
berjaya mengukuhkan kedudukannya di negeri-negeri itu dengan menempatkan
seorang Penasihat British. Negeri-Negeri Melayu Utara Penampan Keselamatan
Di Tanah Melayu. British telah muncul sebagai sebuah kuasa imperialis yang
besar pada akhir kurun ke-19. Negara-negara di Asia Tenggara yang kaya
dengan hasil buminya telah menjadi tumpuan kepada kuasa-kuasa besar Eropah
seperti Perancis, Jerman, Amerika Syarikat dan Rusia. Perancis berminat dengan
Lembah Menam Chao Phraya dan merancang untuk membina Segenting Kra
yang akan mengancam perdagangan British di Singapora. Jerman berminat
untuk mengambil Pulau Langkawi manakala Amerika Syarikat pula ingin
mendapatkan Terengganu dan Rusia berhasrat untuk menduduki Ujung Salang.
Oleh itu, amatlah penting bagi British untuk meluaskan tanah jajahannya ke
seluruh Tanah Melayu. Pada tahun 1897, British telah menandatangani
perjanjian dengan Siam untuk menghalang mana-mana kuasa lain mendapatkan
tanah jajahan daripada Siam. Namun, perjanjian itu gagal dicapai apabila sultan-
sultan negeri Melayu Utara telah berhubung dengan kuasa lain.
Peta 5.1 Negeri-Negeri Melayu Tidan Bersekutu
Contohnya, Sultan Terengganu telah menerima Amerika Syarikat untuk
membuka petempatan di Pulau Redang dan Sultan Kelantan telah
memberikan konsesi tanah seluas 776 966 hektar kepada Duff
Development Company. British kemudiannya telah menandatangani satu lagi
perjanjian dengan Siam yang dinamakan Perjanjian Pengisytiharan British-Siam
pada tahun 1902. Perjanjian ini menyatakan bahawa Negeri-Negeri Melayu Utara
diletakkan dibawah naungan Siam dan British akan meletakkan beberapa
wakilnya di sana sebagai penasihat sultan. Penasihat sultan ini ialah Meadowe
Frost di Kedah, W.A.Graham di Kelantan, H.E.Duke di Perlis. Sementara itu di
Terengganu tiada penasihat sultan diletakkan dengan syarat Terengganu tidak
akan memberikan sebarang konsesi kepada kuasa asing. Perjanjian Bangkok
pada tahun 1909 pula telah memberikan Negeri-Negeri Melayu Utara kepada
British (Andaya, B.W. & Andaya, L.Y., 1983). Raja-raja Melayu tidak berunding
dengan British mengenai perjanjian ini lalu terpaksa mengakuinya. Antara
syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian Bangkok 1909 :
(a) Siam menyerahkan negeri Kedah, Perlis, Kelantan, dan Terengganu
kepada British.
(b) Siam tidak akan menyewakan mana-mana wilayahnya tanpa kebenaran
British.
(c) British menyerahkan Hak Wilayah Asingan kepada Siam.
Penasihat British Mengancam Kedaulatan Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu
British berjaya meluaskan kekuasaannya di Neger-Negeri Melayu Utara melalui
Perjanjian Bangkok. Penasihat British telah dilantik di negeri Kedah,
Kelantan, Terengganu dan Perlis. Perubahan pentadbiran dan peraturan baru
yang diperkenalkan oleh British telah menggugat kedudukan dan
kekuasaan raja-raja Melayu.
Rajah 5.1 Sultan Abdul Hamid Halim Shah(Kedah)
Perjanjian Bangkok 1909 tidak diiktiraf oleh Sultan Abdul Hamid Halim Shah.
Baginda juga enggan menerima Penasihat British. Namun pada tahun
1910, British tetap melantik George Maxwell sebagai Penasihat British di Kedah.
George Maxwell cuba menerapkan pengaruh Barat dalam pentadbiran Kedah
untuk mengukuhkan kuasa British. (Andaya, B.W. & Andaya, L.Y., 1983)
Antaranya ialah :
(a) Cuti umum pada hari Ahad.
(b) Penggunaan kalendar Masihi.
/ Perlis
(c) Surat rasmi ditapis oleh Penasihat British.
(d) Bahasa Inggeris digunakan dalam penulisan surat rasmi dan perundangan.
(e) Melantik pegawai British dalam pentadbiran Kedah.
Tindakan George Maxwell telah menimbulkan rasa tidak puas hati anggota Majlis
Mesyuarat Negeri yang diketuai oleh Tunku Mahmud. (Mohd. Isa Othman, 2002)
Antara usaha yang dilakukan oleh Tunku Mahmud untuk mengekalkan identiti
negeri Kedah ialah:
(a) Cuti umum pada hari Jumaat.
(b) Penggunaan kalendar Hijrah.
(c) Surat rasmi tidak perlu ditapis.
(d) Bahasa Melayu digunakan dalam penulisan surat rasmi dan perundangan.
(e) Keutamaan diberikan kepada orang Melayu dalam pentadbiran Kedah.
Rajah 5.2 Sultan Muhammad IV (Kelantan)
Pada tahun 1910, Sultan Muhammad IV telah menandatangani perjanjian dengan
British bagi menempatkan J.S. Mason sebagai Penasihat British. Kuasa
untuk mentadbir jajahan telah diambil alih oleh pegawai British pada tahun
Kelantan
1915. British juga turut menguasai beberapa jabatan penting seperti Mahkamah
Tinggi, Jabatan Polis dan Pejabat Tanah. (Mohd. Isa Othman, 2002)
Rajah 5.3 Sultan Muhammad II (Terengganu)
Perlantikan Penasihat British di Terengganu tidak diiktiraf oleh Sultan Zainal
Abidin III. Baginda telah berjumpa dengan Pesuruhjaya Tinggi British di
Singapura untuk membuat bantahan,namun British tetap melantik W.L.
Conlay sebagai wakil British pada tahun 1910. Wakil British hanya berkuasa
dalam pengurusan hal ehwal luar negeri Terengganu sahaja. Untuk memastikan
kedaulatan dan kemerdekaan Terenggany terpelihara, Sultan Zainal
Abidin III telah menggubal perlembagaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan
Terengganu pada tahun 1911. Pada tahun 1918, Sultan Muhammad II
dilantik menjadi sultan menggantikan Sultan Zainal Abidin III yang mangkat pada
tahun 1918. Atas desakan British, Sultan Muhammad II telah menandatangani
satu perjanjian di Singapura dan J.L. Humphreys telah dilantik sebagai Penasihat
British. Baginda turun takhta kerana enggan tunduk kepada tekanan British.
Keadaan ini telah memberi peluang kepada British untuk menguasai Terengganu
apabila Jabatan Kastam, Jabatan Perubatan, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Tanah
dan Galian diletakkan di bawah Penasihat British. (Mohd. Isa Othman, 2002)
Jadual 5.1 Langkah Briitish Mengukuhkan Kuasa di Negeri-Negeri Melayu Utara
Pemodenan Johor Melambatkan Campur Tangan British Temenggung Daeng Ibrahim Pemimpin Yang Berwibawa (1825 - 1862)
Rajah 5.4 Temenggung Daeng Ibrahim
Johor merupakan sebuah negeri yang dapat mengekalkan kedaulatannya
sehingga tahun 1914 kerana menjalankan persahabatan dengan British
dengan memperkenalkan sistem birokrasi moden serta kebijaksanaan
pembesarnya menjalankan pentadbiran. Antara pembesar yang berwibawa pada
masa itu ialah Daeng Ibrahim yang berkhidmat semasa pemerintahan
Sultan Hussein dan Sultan Ali. Beliau telah menjadi Temenggung Johor
setelah ayahnya Temenggung Abdul Rahman meninggal dunia pada tahun 1825.
Beliau telah menandatangani perjanjian dengan Temenggung Ibrahim dan Sultan
Hussein yang membolehkannya menjadi pemerintah di Johor kecuali di
kawasan Kesang. Beliau juga telah mengasaskan pusat pentadbiran di Tanjung
Puteri dan memajukan ekonomi Johor dengan membawa masuk
orang Cina untuk mengusahakan ladang lada hitam melalui Sistem
Kangcu. (Caroline Wong May Leng, 1992)
Sistem Kangcu
Sistem Kangcu ini diperkenalkan oleh Temenggung Ibrahim pada tahun 1833.
Kangcu dalam bahasa Cina yang bererti Tuan Sungai. Dalam sistem ini, orang
Cina diberi surat kebenaran untuk menetap dan mengusahakan pertanian di
tebing sungai. Surat kebenaran itu dipanggil Surat Sungai. Kawasan yang diberi
kebenaran itu, dipanggi Kangkar atau Kaki Sungai. Setiap Kangkar akan diketuai
oleh seorang Kangcu. Tugas Kangcu adalah mentadbir dan memungut cukai bagi
pihak pemerintah Johor. Tanaman yang diusahakan oleh penghuni Kangkar
adalah lada hitam dan gambir. Cukai hasil tanaman merupakan sumber
pendapatan penting bagi kerajaan Johor. (Caroline Wong May Leng, 1992)
Sultan Abu Bakar “Bapa Pemodenan Johor” (1862-1895)
Rajah 5.5 Sultan Abu Bakar
Sultan Abu Bakar juga seorang sultan yang berwibawa. Beliau telah menaiki
takhta Johor pada tahun 1862 dan diberi gelaran Datuk Temenggung Abu
Bakar Seri Maharaja Johor. Baginda telah mempelajari pentadbiran Eropah lalu
memodenkan pentadbirannya dengan mengadakan mahkamah,
perkhidmatan pos dan Jabatan Kerja Raya. Baginda juga telah membina sekolah,
hospital, jalan raya, pasukan polis dan tentera untuk kesejahteraan rakyatnya.
Pada zaman pemerintahan baginda, Johor telah muncul sebagai pengeksport
lada hitam yang terbesar di dunia. Pada zaman pemerintahan baginda juga,
baginda telah menandatangani Perjanjian Persahabatan antara Johor dengan
British pada tahun 1885 yang yang mengiktiraf Johor sebagai negeri yang
berdaulat dan Sultan Abu Bakar telah diiktiraf sebagai Sultan Johor yang sah.
Dalam perjanjian itu juga, kedudukan Sultan Johor adalah lebih tinggi daripada
Pesuruhjaya British dan baginda boleh berhubung terus dengan kerajaan British.
Pegawai British yang berada di Johor tidak bertugas sebagai Penasihat British
tetapi hanya bertugas sebagai Konsul. Baginda juga telah mengisytiharkan
Undang-undang Tubuh Johor sebagai perlembagaan negeri yang banyak
membawa permodenan kepada negeri Johor. Ketokohan yang terserlah dalam
diri Sultan Abu Bakar telah diiktiraf oleh pemerintah British dan beliau telah
digantikan oleh anakandanya, Sultan Ibrahim. (Shaharom Hussain, 1995)
Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor
Antara Kandungan:
Sultan tidak boleh menyerahkan Johor kepada mana-mana kuasa asing.
Penubuhan Majlis Mesyuarat Menteri dan Majlis Mesyuarat Negeri.
Anggota Majlis Mesyuarat Menteri hendaklah dilantik daripada kalangan
orang Melayu.
Majlis Mesyuarat Menteri bertanggungjawab menasihati sultan dalam
pentadbiran negeri.
Anggota Majlis Mesyuarat Negeri hendaklah terdiri daripada rakyat negeri
Johor.
Majlis Mesyuarat Negeri bertanggungjawab menggubal undang-undang.
Pemimpin Johor Yang Berwibawa
Rajah 5.6 Dato' Jaafar bin Muhammad
Dato' Jaafar bin Muhammad merupakan seorang setiausaha Johor yang pertama
pada tahun 1868 dan Menteri Besar Johor yang pertama pada tahun
1882 hingga 1919 dan digelar sebagai Datuk Bentara. Semasa beliau
menjadi Menteri Besar, beliau telah mewajibkan pegawai British yang
berkhidmat di Johor supaya memakai pakaian rasmi Johor dan bendera Union
Jack dikibarkan lebih rendah daripada bendera negeri Johor sebagai lambang
kedaulatan negeri. Selain itu, beliau juga telah mewajibkan penggunaan Bahasa
Melayu dalam penulisan surat rasmi kerajaan. Dato' Abdul Rahman bin Andak
pula merupakan Setiausaha Sulit Sultan pada tahun 1885 dan juga Setiausaha
Kerajaan Johor pada tahun 1893 hingga 1909 dan telah dianugerahi Dato' Seri
Amar Diraja. (Shaharom Hussain, 1995)
Rajah 5.7 Dato' Abdul Rahman Andak
Beliau menjaga hal ehwal hubungan luar negeri antara British dan Johor dan
menjadi perintis kepada Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan
Bahasa Johor 1888 lalu menjadikan Bahasa Johor sebagai bahasa yang
terulung di Tanah Melayu. (Butcher, J.G., 1979)
Rajah 5.8 Dato' Muhammad Salleh bin Perang
Dato' Muhammad Salleh bin Perang pula pernah memegang jawatan seperti
Pesuruhjaya British, Ketua Jabatan Ukur dan Ketua Jabatan Tanah dan
telah dianugerah gelaran Dato' Bentara Luar. Beliau telah melukis peta
pembangunan Johor dengan menunjukkan semua jalan dan bandar yang akan
dimajukan seperti di Endau, Muar, Segamat, Tangkak dan Batu Pahat. Seorang
lagi pemimpin yang penting ialah Dato' Muhammad Ibrahim Munsyi. Beliau
merupakan Ketua Jabatan Pendidikan Johor yang pertama pada tahun 1883 dan
telah dianugerah gelaran Dato' Bentara Alam dan juga Bapa
Pendidikan Melayu Johor. (Butcher, J.G., 1979)
Rajah 5.9 Dato' Muhammad Ibrahim Munsyi
Beliau telah mewajibkan pendidikan kepada semua rakyat Johor dan telah
mendirikan banyak sekolah. Beliau juga telah dilantik sebagai
Timbalan Menteri yang pertama pada tahun 1893. (Butcher, J.G., 1979)
Johor Di Ambang Penjajahan British
British mahu menguasai negeri Johor kerana takut Johor akan dikuasai oleh
kuasa lain dengan menandatangani Perjanjian Persahabatan 1885
dengan meletakkan hal ehwal Johor di bawah kawalan British. British juga
telah menubuhkan Lembaga Penasihat Johor untuk menasihati sultan supaya
meminjam wang sebanyak 200 000 dolar dari Negeri-Negeri Selat untuk
membina landasan kereta api dari Johor ke Singapura. Tindakan British ini telah
dikesan oleh Dato' Abdul Rahman Andak lalu beliau telah menasihati sultan
supaya tidak menerima nasihat British itu. British telah menasihatkan Gabenor
Negeri-Negeri Selat supaya Dato' Abdul Rahman dibersarakan dan dihantar ke
London dengan tujuan untuk menyingkirkan beliau. Sultan Ibrahim pula terpaksa
meminda Undang-undang Tubuh Johor bagi membolehkan pihak British menjadi
ahli dalam Majlis Mesyuarat Negeri. Pada tahun 1914, Douglas Campbell telah
dilantik sebagai Penasihat British. (Ibrahim Mahmood, 1981).
Rajah 5.10 Sultan Ibrahim
Rumusan
Seluruh Tanah Melayu berjaya dikuasai oleh British setelah Johor turut menerima
Penasihat British pada tahun 1914. British telah menempatkan Residen British
di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Penasihat British di Negeri-Negeri
Melayu Utara. Namun bidang tugas Penasihat British adalah terhad berbanding
Residen British.
Rujukan
Andaya, B.W. & Andaya, L.Y. (1983). Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Mac Millan.
Butcher, J.G. (1979). The British in Malaya, 1880-1941. Kuala Lumpur: Oxford
University Press.
Caroline Wong May Leng. (1992). Sistem Kangcu di Johor 1844-1917. Kuala
Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia.
Ibrahim Mahmood. (1981). Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu. Kuala Lumpur:
Pustaka Antara.
Mohd. Isa Othman. (2002). Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.
Shaharom Hussain. (1995). Sejarah Johor Kaitannya dengan Negeri-Negeri
Melayu. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Soalan Latihan
1. Bagamanakah pihak British menyekat perluasan kuasa Barat lain di Kedah,
Kelantan, Terengganu, Perlis dan Johor? Bincangkan peranan Penasihat
British di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis.
2. Bincangkan dan buat kesimpulan tentang kewibawaan pemerintah dan
pembesar Johor dalam usaha mengekalkan kedaulatan negeri Johor.
3. Buat perbandingan antara peranan Residen dengan Penasihat British di
Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu.
BAB 6 REAKSI NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU
Hasil Pembelajaran Memerihalkan perjuangan pemimpin setempat menentang penjajah Menyenaraikan sebab pemimpin setempat menentang British Mengemukakan matlamat dan corak perjuangan pemimpin setempat
menentang penjajah Mengklasifikasi mengikut lokasi, sebab, tujuan, cara dan kesan perjuangan Membuat inferens tentang keberkesanan perjuangan pemimpin setempat Mencirikan keistimewaan perjuangan tokoh-tokoh setempat Membuat kesimpulan tentang keistimewaan tokoh-tokoh setempat yang
menentang British
Peta KonsepReaksi Negeri-Negeri Tidak Melayu Bersekutu
Pelantikan Penasihat British Mencabar Kewibawaan Sultan
Perjuangan Pemimpin Setempat
Kedah/Perlis Kelantan Terengganu Johor
(Sultan Ahmad Tajuddin) (Tok Janggut) (Haji Abdul Rahman (Sultan Abu Bakar)
Limbong)
Corak dan Matlamat Perjuangan:- Perjuangan bersenjata
Tujuan Perjuangan:- Pengusiran kuasa penjajah
- Pengekalan sistem pentadbiran
Unsur dan Tingkah Laku Patriotisme Semangat patriotik
• Sanggup berjuang mempertahankan negara Kejituan iltizam perjuangan
• Gigih merealisasikan visi Mendaulatkan hak dan kewibawaan bangsa • Sentiasa memelihara maruah bangsa
Laman Web http://ms.wikipedia.org/wiki/Negeri-negeri_Melayu_Tidak_Bersekutu http://ms.wikipedia.org/wiki/Negeri-negeri_Melayu_Bersekutu http://1426.blogspot.com/2008/03/negeri-negeri-malaysia-tidak-bersekutu.html
Pengenalan
Campur tangan British di Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Johor telah
menggugat keadaan politik, ekonomi dan sosial penduduk tempatan. Perubahan
dalam sistem pentadbiran telah menyebabkan sultan dan pembesar Melayu
kehilangan kuasa. Tindakan British memperkenalkan pelbagai cukai yang
membebankan rakyat telah mencetuskan kebangkitan untuk
menentang penjajahan British. Pemimpin tempatan berjuang untuk
mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan tanah air.
Reaksi Kedah
Perjuangan Mengembalikan Kedaulatan Kedah
Pendudukan Siam di Kedah pada tahun 1821 telah ditentang hebat oleh rakyat
Kedah yang dipimpin oleh Sultan Ahmad Tajuddin.
Antara tokoh lain yang terlibat dalam perang pembebasan Kedah ialah :
(a) Tunku Abdullah
(b) Tunku Kudin (Syed Zainal Abidin)
(c) Tunku Long
(d) Tunku Muhammad Saad
Perjuangan mereka ini turut disokong oleh pemimpin rakyat seperti Tok Mo Ris
dan pemimpin agama seperti Syeikh Abdul Kadir. Namun, perjuangan
ini telah dikhianati oleh British kerana British telah bersubahat dengan Siam
untuk menentang perjuangan rakyat Kedah. Semangat juang yang ditunjukkan
oleh rakyat Kedah menyebabkan Siam berdamai dengan Kedah.Tunku Daei
dihantar oleh sultan Kedah ke Bangkok untuk berunding. Pada tahun 1842, Siam
mengembalikan takhta Kedah kepada Sultan Ahmad Tajuddin. Namun, wilayah
Perlis, Setul dan Kubang Pasu diasingkan dari Kedah. (Mohd. Isa Othman, 2002)
Reaksi Kelantan
Tok Janggut Pejuang Jihad
Haji Mat Hassan bin Munas atau Tok Janggut dilahirkan pada tahun 1853 di
Kampung, Jeram, Pasir Puteh, Kelantan. Dikenali sebagai Tok Janggut
kerana menyimpan janggut hingga ke paras dada. Beliau juga pakar dalam ilmu
persilatan. (Mohd. Isa Othman, 2002)
Faktor-faktor penentangan Tok Janggut:
(a) Peraturan tanah
(i) Peraturan cukai yang mewajibkan petani membayar cukai ditentang
oleh Tok
Janggut.
(b) Pengenalan cukai yang membebankan
(i) Cukai pokok kelapa, pokok pisang, sirih, kerbau dan lembu perlu
dibayar oleh
petani.
(c) Perasaan anti-British
(i) Selepas kerajaan Turki Uthmaniyyah diserang oleh British pada
Perang Dunia
Pertama, umat Islam telah diseru agar berjihad menentang Barat
oleh
Kerajaan Turki.
(ii) Seruan tersebut telah disahut oleh Tok Janggut di Pasir Puteh.
(d) Pembayaran cukai yang menyusahkan
(i) Pejabat bayaran cukai yang terletak jauh ke bandar telah
membebankan
penduduk tempatan untuk membayar cukai.
(ii) Pegawai British pula akan menangkap dan mendenda sesiapa yang
gagal
membayar cukai. Hal ini telah menimbulkan kemarahan rakyat
tempatan.
Kronologi ringkas tentang penentangan Tok Janggut di Pasir Puteh : (a) 28 April 1915
(i) Tok Janggut telah ditangkap oleh Sarjan Che Wan yang dihantar oleh
Encik
Abdul Latif , Pegawai Daerah Pasir PUteh kerana gagal membayar
cukai.
(ii) Sarjan Che Wan telah ditikam oleh Tok Janggut setelah perbalahan
berlaku di
antara mereka.
(b) 29 April 1915
(i) Satu serangan ke atas Pasir Puteh telah dilancarkan oleh sebuah
angkatan
tentera yang diketuai Tok Janggut, Engku Besar Jeram, Penghulu
Adam dan
Che Sahak Merbol.
(ii) Pasir Puteh telah diisytiharkan sebagai kawasan bebas daripada
anasir British
dan mereka telah menduduki kawasan tersebut selama tiga.
(iii) Tok Janggut telah dilantik sebagai Perdana Menteri manakala Ungku
Besar
Jeram, Tuan Ahmad dilantik sebagai Raja Pasir Puteh.
(c) 9 Mei 1915
(i) Hadiah sebanyak 500 dolar telah ditawarkan oleh British kepada
sesiapa yang
berjaya menangkap Tok Janggut dan pemimpin kanannya.
(d) 23 Mei 1915
(i) Keengganan Tok Janggut dan pengikutnya menyerah diri telah
menyebabkan
rumah beliau dibakar oleh British.
(ii) Kemudian, sekali lagi Pasir Puteh telah diserang oleh Tok Janggut.
(e) 24 Mei 1915
(i) Dalam pertempuran di antara British dengan Tok Janggut yang
berkubu di
Kampung Dalam Pupuh, Saring, Tok Janggut telah terkorban.
(ii) Mayat beliau telah diarak ke Pasir Puteh dan Kota Bharu dan
digantung
songsang di Padang Balai Besar, Kota Bharu selama empat jam.
(iii) Mayat Tok Janggut kemudiannya dibawa ke Pasir Pekan untuk
dikebumikan.
Peta 6.1 Kawasan kebangkitan Tok Janggut menentang British di Kelantan
Terengganu
Haji Abdul Rahman Limbong Pejuang Tani
Nama sebenar beliau ialah Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid. Digelar Haji
Abdul Rahman Limbong kerana selalu melawat Limbong, Kemaman
untuk mengajar agama. Perjuangan beliau dikenali sebagai Kebangkitan Tani
kerana membela nasib petani yang ditindas di Terengganu. (Mohd. Isa
Othman, 2002)
Antara faktor Kebangkitan Tani ialah :
(a) Penguatkuasaan undang-undang binatang buas
(i) Penduduk dilarang memburu binatang liar setelah Undang-Undang
Kawalan
Binatang Buas dibuat pada tahun 1923.
(ii) Denda sebanyak 500 dolar akan dikenakan dan senapang akan
dirampas
jikalau peraturan tersebut diingkar.
(b) Peraturan tanah baru
(i) Penduduk diwajibkan untuk mendaftar tanah mereka dengan
bayaran
sebanyak 2.50 ringgit setiap seorang berikutan peraturan tanah
yang dibuat
pada tahun 1924.
(c) Pas kebenaran yang membebankan
(i) Petani handaklah mendapatkan pas terlebih dahulu sebelum
membuka tanah
dan bercucuk tanam seperti yang telah dinyatakan di dalam
peraturan tanah
yang dibuat pada thun 1921.
(d) Pengaruh pemimpin agama
(i) Tanah merupakan hak Allah dan rakyat bebas untuk
mengerjakannya tanpa
perlu membayar sebarang cukai merupakan penegasan yang
ditekankan
banyak kali oleh Haji Abdul Rahman Limbong.
Kebangkitan Tani dan tindak balas British terhadap kebangkitan tersebut:
(a) Tahun 1922
(i) Penentangan telah dilakukan oleh petani di Kuala Telemong dengan
membersihkan tanah tanpa mendapatkan pas kebenaran.
Tindak balas British
(i) Seramai 43 orang petani telah ditangkap oleh British untuk didakwa
di
mahkamah.
(ii) Hujah beliau sebagai peguam sukar dipatahkan oleh pihak British.
(iii) Petani-petani tersebut telah berjaya dibebaskan.
(b) Tahun 1925
(i) Setelah mengetahui tindakan British yang ingin memberi konsesi
tanah kepada
orang Cina, maka satu perhimpunan petani telah diadakan di Kuala
Telemong.
(ii) Tanah yang dimiliki oleh Tengku Nik Maimunah dan 400 ekar tanah
kerajaan
telah dikerjakan oleh petani tersebut.
Tindak balas British:
(i) Sultan Sulaiman telah didesak oleh British untuk bertindak terhadap
Haji Abdul
Rahman Limbong.
(ii) Beliau telah menjelaskan kepada sultan bahawa pentadbiran British
di Kuala
Berang telah melampaui batas.
(c) Tahun 1928
(i) Sikap British yang ingin mengambil tindakan terhadap petani yang
enggan
membayar cukai telah menyebabkan seramai 1000 orang petani
berkumpul di
Marang, Kuala Telemong dan Kuala Berang.
(ii) Balai Polis dan bangunan kerajaan Kuala Berang telah berjaya
diduduki oleh
para petani dan mereka telah mengisytiharkan perang terhadap
British.
Tindak balas British:
(i) British telah cuba mendapatkan bantuan daripada Negeri-Negeri
Melayu
Bersekutu.
(ii) Seramai 12 orang petani telah terkorban dalam pertempuran yang
berlaku di
Padang Kacong dan semua pemimpin petani serta Haji Abdul
Rahman Limbong
telah berjaya ditangkap.
(iii) Haji Abdul Rahman Limbong telah dijatuhi hukuman buang negeri ke
Makkah.
Reaksi Johor
Pemodenan Johor Melambatkan Campur Tangan British
Sultan Abu Bakar merupakan seorang sultan yang berwibawa. Beliau telah
menaiki takhta Johor pada tahun 1862 dan diberi gelaran Datuk Temenggung
Abu Bakar Seri Maharaja Johor. Baginda telah mempelajari pentadbiran Eropah
lalu memodenkan pentadbirannya dengan mengadakan mahkamah,
perkhidmatan pos dan Jabatan Kerja Raya. Baginda juga telah membina sekolah,
hospital, jalan raya, pasukan polis dan tentera untuk kesejahteraan rakyatnya.
Pada zaman pemerintahan baginda, Johor telah muncul sebagai pengeksport
lada hitam yang terbesar di dunia. Pada zaman pemerintahan baginda juga,
baginda telah menandatangani Perjanjian Persahabatan antara Johor dengan
British pada tahun 1885 yang yang mengiktiraf Johor sebagai negeri yang
berdaulat dan Sultan Abu Bakar telah diiktiraf sebagai Sultan Johor yang sah.
Dalam perjanjian itu juga, kedudukan Sultan Johor adalah lebih tinggi daripada
Pesuruhjaya British dan baginda boleh berhubung terus dengan kerajaan British.
Pegawai British yang berada di Johor tidak bertugas sebagai Penasihat British
tetapi hanya bertugas sebagai Konsul. Baginda juga telah mengisytiharkan
Undang-undang Tubuh Johor sebagai perlembagaan negeri yang banyak
membawa permodenan kepada negeri Johor. Ketokohan yang terserlah dalam
diri Sultan Abu Bakar telah diiktiraf oleh pemerintah British dan beliau telah
digantikan oleh anakandanya, Sultan Ibrahim. (Shaharom Hussain, 1995)
Setelah Johor menerima Penasihat British pada tahun 1914, seluruh negeri
di Tanah Melayu telah dikuasai British. Residen ditempatkan ditempatkan di
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu pula
penasihat British. Pada umumnya, Penasihat British mempunyai bidang kuasa
terhad berbanding dengan bidang kuasa Residen di Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu. Namun begitu, Penasihat British berusaha untuk mengukuhkan
kuasa dan memperkenalkan corak pentadbiran Barat. Penasihat British secara
tidak langsung mempengaruhi sultan supaya menyingkirkan pembesar negeri
yang menghalang cita-cita mereka. Penasihat British juga mempengaruhi sultan
supaya memperkenalkan jabatan-jabatan baru dan pegawai British dilantik
mengetuai jabatan-jabatan penting (Shaharom Hussain, 1995). Melalui strategi
ini, Penasihat British Berjaya mengukuhkan kuasa. Sedarkah kamu bahawa
semua negeri di Tanah Melayu telah dijajah oleh pihak British tanpa
peperangan? Sikap tidak berwaspada terhadap tipu helah British telah member
laluan kepada British untuk menjajah Tanah Melayu.
Rumusan
Kita telah melihat bahawa kekayaan negara telah mendorong kuasa asing untuk
menguasai negara kita. Tanpa keharmonian negara kekayaan ekonomi tidak
akan dapat dimajukan. Zaman penjajahan yang berlaku di negara kita
menyebabkan penduduk hidup dalam penderitaan kerana ditinda oleh penjajah.
Keperitan hidup ini telah membangkitkan semangat para pejuang tanahair
(Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Johor) untuk mengembalikan maruah
bangsa dan negara. Walaupun perjuangan penduduk tempatan dapat
dipatahkan oleh British, namun semangat dan sikap keberanian mereka amat
dikagumi dan menjadi sumber inspirasi kepada pejuang seterusnya mahupun
generasi muda Malaysia hari ini.
Rujukan
Andaya, B.W. & Andaya, L.Y. (1983). Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Mac Millan.
Butcher, J.G. (1979). The British in Malaya, 1880-1941. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Caroline Wong May Leng. (1992). Sistem Kangcu di Johor 1844-1917. Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia.
Ibrahim Mahmood. (1981). Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.
Mohd. Isa Othman. (2002). Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Shaharom Hussain. (1995). Sejarah Johor Kaitannya dengan Negeri-Negeri
Melayu. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Soalan Latihan
1. Jelaskan sebab pemimpin setempat Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu
menentang
British dengan mengemukakan matlamat dan corak perjuangan pemimpin
setempat
menentang penjajah.
2. Pada pendapat anda, sejauhmanakah perjuangan pemimpin setempat Negeri-
Negeri
Melayu Tidak Bersekutu berkesan?
3. Perjuangan tokoh-tokoh setempat Kedah/Perlis, Kelantan, Terengganu dan
Johor
mempunyai keistimewaan masing-masing. Bincangkan.
BAB 7 PENJAJAHAN JEPUN DI NEGARA KITA
Hasil Pembelajaran
Menghuraikan keberkesanan strategi Jepun dalam usaha menguasai Tanah Melayu, Sarawak, dan Sabah
Membandingkan corak pemerintahan Jepun di Tanah Melayu dengan Sarawak dan Sabah
Menjelaskan usaha rakyat mengatasi kesengsaraan hidup pada zaman pendudukan Jepun
Menjelaskan kesan pentadbiran Jepun yang mengubah pemikiran rakyat Menghubungkaitkan pendudukan Jepun dengan kebangkitan semangat
nasionalisme
Peta Konsep
PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU
Pemerintahan Tentera Jepun Kesan Pemerintahan Tentera Jepun
Kedatangan Jepun Politik
Dasar Pemerintahan Jepun Ekonomi
Reaksi Penduduk Sosial
Unsur dan Tingkah Laku Patriotisme Kebijaksanaan menyusun strategi. Bijak merancang strategi sebelum
bertindak. Jati diri bangsa Malaysia. Memperkasakan mental dan fizikal. Keberanian dan kecekalan mendaulatkan negara Malaysia Kegigihan dan
kecekalan menghadapai dugaan. Sentiasa berani mempertahankan negara Malaysia
Laman WebLayari laman web yang berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan bab ini:http://napnuts.tripod.com/malayaresources.htmhttp://www.geocities.com/kesanjepun.htm
Pengenalan
Negara kita telah diperintah oleh Jepun selama kira-kira tiga setengah tahun,
iaitu dari 15 Februari 1942 sehinggalah 15 Ogos 1945. Pemerintahan Jepun yang
kejam telah menyemarakkan semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat
Tanah Melayu.
Pemerintahan Tentera Jepun
Kebangkitan Jepun Sebagai Kuasa Imperialis
Kebangkitan Jepun sebagai kuasa imperialis bermula semasa pemerintahan
Maharaja Mikado Meiji (1868). Maharaja Meiji mengadakan pemulihan yang
menekankan pemodenan dalam bidang perindustrian. Maharaja Meiji
menjadikan negara-negara Barat sebagai model untuk memajukan negara Jepun.
Jepun menjadikan China sebagai sasaran imperialismenya kerana China banyak
bahan mentah dan menjadi potensi pasaran barangan. Kejayaan mengalahkan
Rusia-Jepun pada tahun 1905 telah menyebabkan Jepun dianggap sebagai kuasa
besar dunia.
1941 – Jepun menyerang Asia Tenggara 1941 – Jepun menduduki Indo-China 1937 – Jepun memenangi Perang China Jepun Kedua 1932 – Jepun menakluki Manchuria 1910 – Jepun menguasai Korea 1905 – Jepun memenangi Perang Rusia-Jepun 1895 – Jepun memnangi Perang China-Jepun Pertama
Rajah 1.1 Carta masa imperialisme Jepun sehingga Perang Dunia Kedua
Tahukah Anda?Serangan yang berlaku pada 7 dan 8 Disember ke atas pangkalan tentera Pearl Harbour tidak diisytiharkan terlebih dahulu. Walaupun Amerika Syarikat telah menerima ancaman melalui kod rahsia yang dihantar ke Washington oleh pihak Jepun namun tentera Amerika tidak bersedia menghadapi serangan tersebut sehingga menyebabkan kemusnahan teruk ke atas Pearl Harbour dan Filipina.
Rajah 1.1 menunjukkan carta masa imperialisme Jepun di Asia sehinggalah
Perang Dunia Kedua.
Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada perluasan kuasa Jepun di Asia.
Antaranya termasuklah (Anthony, R., 1976):
a) masalah ekonomi yang melanda negara tersebut.
b) Jepun memerlukan kawasan pasaran baru bagi memasarkan hasil
perindustriannya.
c) pertambahan penduduk Jepun telah menyebabkan tanah pertanian
menjadi semakin berkurangan.
d) golongan tentera mengambil alih pemerintahan negara Jepun semenjak
bulan Februari 1936.
e) Pada tahun 1940 Amerika Syarikat mengenakan sekatan ekonomi
terhadap Jepun kerana enggan berundur dari China.
f) tindakan Amerika Syarikat menyebabkan Jepun dikuasai oleh golongan
tentera pimpinan Jeneral Tojo telah menyerang Asia Tenggara bagi
membebaskan Jepun daripada kesan tersebut.
Pihak Jepun telah menggunakan propaganda untuk mempengaruhi penduduk
tempatan dengan slogan-slogan seperti:
a) Asia untuk Orang Asia;
b) Semangat Asia; dan
c) Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya
Peta 1.1 Perluasan kuasa Jepun
Slogan-slogan ini berunsur anti penjajah Barat dan menonjolkan imej Jepun
sebagai pembela negara-negara Timur. Strategi ini berkesan kerana kehadiran
tentera Jepun tidak dirasakan sebagai penjajah baru bagi menggantikan British.
Peristiwa Pendudukan Jepun di Tanah Melayu
Tentera Jepun mendarat serentak di Thailand (Singgora dan Pattani) dan di
Pantai Sabak, Kota Bahru pada 8 Disember 1941. Tentera Jepun yang mendarat
di Thailand terus mara ke Jitra, Kedah. Dalam serangan ini tentera Jepun telah
dipecahkan kepada dua pasukan iaitu (Mohamad Isa Othman, 1992):
a) sepasukan ke Pulau Pinang dan meneruskan kemaraan ke selatan melalui
persisiran pantai barat; dan
b) sepasukan lagi, mengikut jalan darat menuju bandar-bandar utama di
negeri-negeri pantai barat.
Tentera yang mendarat di Kota Bahru pula mara ke selatan mengikut jalan darat
di negeri-negeri pantai timur.
Peristiwa Pendudukan Jepun di Sabah dan Sarawak
Di Sarawak, tentera Jepun mendarat di Miri dan dari Miri, tentera Jepun berpecah
kepada dua pasukan. Pasukan yang pertama telah pergi ke Kuching dan
kemudiannya ke Sibu. Manakala pasukan yang kedua pula mara ke Sabah
melalui Labuan dan seterusnya ke Sandakan. Tentera Jepun mara ke kawasan
persisiran pantai di kedua-dua buah negeri ini terutamanya di bandar-bandar
besar. (Ooi Keat Gin, 1998)
Cara Kemaraan Tentera Jepun
a) Kapal terbang perang digunakan oleh pihak Jepun untuk menyerang
tentera British di Tanah Melayu. Kapal ini memberi perlindungan kepada
tentera darat.
b) Kereta Kebal penggempur yang digunakan oleh tentera Jepun berjaya
memaksa tentera British berundur. Tentera Jepun juga menggunakan
kereta kebal kecil dan ringan yang lebih mudah dikendalikan.
c) Tentera Jepun menggunakan bot untuk mendaratkan tenteranya daripada
kapal perang yang sukar berlabuh di pantai.
d) Tentera Jepun menggunakan basikal untuk melalui jalan yang sempit bagi
mempercepatkan perjalanan tanpa disedari oleh tentera British.
Kesan Pengunduran Tentera British
Peperangan telah menyebabkan kemusnahan infrastruktur, sumber ekonomi,
dan juga bangunan. Semasa berundur, tentera British menggunakan taktik
“bumi hangus” iaitu memusnahkan jambatan, jalan kereta api, jalan raya,
ladang-ladang, dan kawasan perlombongan. Hal ini bertujuan bagi melengah-
lengahkan kemaraan tentera Jepun dan melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu.
British telah membakar telaga minyak di Miri dan memusnahkan dokumen-
dokumen kerajaan. Kemusnahan ini telah menggagalkan cita-cita Jepun untuk
menguasai bahan mentah di negara kita. (Mohamad Isa Othman, 1992)
Peperangan yang berlaku di Tanah Melayu telah meninggalkan beberapa kesan
buruk seperti:
a) banyak bangunan menjadi musnah.
b) peperangan hanya membawa kemusnahan, ibarat kata pepatah, menang
jadi arang kalah jadi abu.
c) peperangan turut menghancurkan tamadun manusia. Contohnya
bangunan Muzium Selangor telah menjadi sasaran serangan tentera
Jepun.
d) jambatan Guillemard di Kuala Krai telah diletupkan oleh tentera British
untuk menyekat kemaraan tentera Jepun.
Tindak Balas Tentera British Terhadap Serangan Jepun
Tentera British yang terdiri daripada askar-askar Gurkha, Australia, dan British
tidak mampu menyekat kemaraan tentera Jepun. Oleh itu, mereka terpaksa
berundur ke selatan. Bandar-bandar utama dari utara ke selatan jatuh satu
persatu ke tangan tentera Jepun. Keadaan ini berlaku kerana sikap kerajaan
British yang tidak berhasrat untuk mempertahankan Tanah Melayu dengan
bersungguh-sungguh kecuali Singapura. Kerajaan British hanya memberi
tumpuan untuk mempertahankan negara Britain daripada serangan Tentera
Paksi di Eropah. Pada 15 Februari 1942, Leftenan Jeneral A.E. Percival terpaksa
menyerah diri kepada Leftenan Jeneral Yamashita Tomoyuki di Singapura (Bayly,
C. & Harper, T., 2005). Selepas sepuluh minggu tentera Jepun mendarat, seluruh
Tanah Melayu termasuk Singapura telah jatuh ke tangan Jepun. Rejimen Askar
Melayu yang dipimpin oleh Leftenan Adnan telah berjuang bermati-matian
mempertahankan Tanah Melayu daripada jatuh ke tangan Jepun namun akhirnya
gagal.
Faktor Kejayaan Jepun Mengalahkan Tentera British di Tanah Melayu
Tentera Jepun berjaya menakluki negara kita dalam jangka waktu yang singkat.
Antara kunci kepada kejayaan Jepun termasuklah (Anthony, R., 1976):
a) strategi peperangan yang baik.
Jepun menggunakan propaganda untuk memenangi hati dan
mendapatkan kerjasama daripada penduduk Tanah Melayu. Jepun
menjalankan aktiviti perisikan di Tanah Melayu bagi mendapatkan
maklumat untuk memudahkan serangan.
b) Kegiatan perisikan Jepun yang berkesan.
Anggota tentera dan rakyat Jepun di Tanah Melayu telah menjadi ejen
perisikan. Jepun mempunyai banyak kapal terbang pejuang moden
seperti “Zero Fighter”. Jepun menggunakan kereta kebal yang sesuai
dengan keadaan muka bumi di Tanah Melayu. Mereka menyamar
sebagai tukang gunting rambut, pekedai runcit, tukang gambar, pekedai
ikan hiasan, pekedai dobi, pekedai gula-gula, penarik beca, dan sebagai
orang Cina dan pelancong.
c) Semangat perjuangan tentera Jepun adalah tinggi.
Tentera Jepun berjuang untuk kemegahan negara mereka. Tentera Jepun
rela mati demi Maharaja Jepun. Tentera Jepun berpengalaman luas
kerana pernah terlibat dalam Perang China-Jepun.
d) Kelemahan pertahanan tentera British.
Tentera British tidak bersedia untuk menghadapi serangan Jepun kerana
lebih menumpukan peperangan di Eropah. Tentera British kurang latihan
dan kekurangan peralatan perang. Askar India yang berkhidmat dengan
tentera British telah berubah sikap menjadi anti-British. Tumpuan
pertahanan British hanya di Singapura.
e) Taktik serangan Jepun.
Tentera Jepun bijak menggunakan kesempatan semasa kuasa-kuasa
Barat sedang menumpukan perhatian terhadap peperangan di Eropah.
Jepun memusnahkan Pearl Harbour di Hawaii, yang menjadi pangkalan
utama tentera Amerika Syarikat di Asia Pasifik. Jepun memulakan
serangan dari utara Tanah Melayu kerana pertahanan utama British
bertumpu di Singapura.
f) Peranan Kesatuan Melayu Muda (KMM)
Penduduk tempatan tidak memberi tentangan terhadap tentera Jepun
kerana terpengaruh dengan slogan-slogan propaganda Jepun. KMM
membantu menyebarkan propaganda Jepun kepada orang Melayu. KMM
memberi maklumat perisikan tentang Tanah Melayu. KMM menjadi
penunjuk arah semasa kemaraan Jepun.
g) Pakatan Jepun-Thailand
Thailand memberikan laluan kepada tentera Jepun mendarat, sebagai
balasan Jepun tidak menyerang Thailand. Jepun berjanji menyerahkan
kelantan, Terengganu, Kedah, dan Perlis kepada Thailand.
Dasar Pemerintahan Jepun
Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu
Jepun memperkenalkan pemerintahan tentera di Tanah Melayu, Sarawak, dan
Sabah. Tanah Melayu dikenali sebagai Malai Baru (Melayu Baru). Singapura pula
dikenali sebagai syonan (cahaya selatan) dan pentadbirannya diasingkan
daripada Tanah Melayu. Jepun telah menggabungkan Tanah Melayu dengan
Sumatera di bawah satu pentadbiran pusat. Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu
dibahagikan kepada pentadbiran pusat dan pentadbiran wilayah. Pentadbiran
pusat diketuai oleh Pengarah Agung yang berpusat di Singapura. Di bawah
pentadbiran pusat, terdapat pentadbiran wilayah yang terdiri daripada negeri-
negeri. Setiap wilayah diketuai oleh Gabenor Wilayah. Jepun telah menyerahkan
negeri Kedah, Perlis, kelanatan dan Terengganu kepada Thailand sebagai tanda
menghargai kerjasama negara itu dengan memberi laluan kepada Jepun
menyerang Tanah Melayu (Abu Talib Ahmad, 2002).
Pentadbiran Pusat……………………………………………………………………………………………………..
Pejabat Perang (di Tokyo)
Pengarah Agung (di Singapura)
Mahkamah Biro-Biro Pentadbiran Majlis Pusat
Pentadbiran Wilayah……………………………………………………………………………………………………
Gabenor Wilayah
Mahkamah Biro-Biro Pentadbiran Majlis Wilayah
Datuk Bandar Pegawai Daerah
Penghulu
Rajah 1.2 Struktur Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu
Pentadbiran Jepun di Borneo Utara
Sarawak, Sabah, dan Brunei digabungkan menjadi satu unit pentadbiran pusat
dikenali sebagai pentadbiran Borneo Utara. Pentadbiran Borneo Utara diketuai
oleh seorang Gabenor Jeneral yang beribu pejabat di Kuching. Sarawak
dibahagikan kepada tiga wilayah manakala Sabah pula dibahagikan kepada dua
wilayah. Setiap wilayah diketuai oleh seorang Gabenor Wilayah. Pentadbiran di
peringkat daerah sama ada di Tanah Melayu, Sarawak, dan Sabah tidak banyak
berubah. (Ooi Keat Gin, 2011)
Pejabat Perang (di Tokyo)
Gabenor Jeneral (di Kuching)
Gabenor WilayahKuching
SibuMiri
JesseltonSandakan
Residen
Pegawai Daerah(15 buah daerah)
Ketua Tempatan
Rajah 1.3 Struktur Pentadbiran Jepun di Sarawak dan SabahDasar Pentadbiran Jepun
Pentadbiran tentera Jepun telah memperkenalkan pelbagai dasar yang dibuat
mengikut kepentingan Jepun. Kebajikan penduduk tempatan tidak dijaga dan
penduduk tidak berhak menyuarakan pendapat pendapat mereka. Apabila Jepun
mendapati mereka akan kalah dalam Perang Dunia Kedua, dasar Jepun yang
lebih bermanfaat diperkenalkan kepada penduduk tempatan. Hal ini bertujuan
mendapatkan sokongan rakyat supaya tidak menyokong British apabila mereka
kembali ke Tanah Melayu. Dasar pemerintahan tentera Jepun di Tanah Melayu
dapat dilihat dari segi politik, ekonomi, serta penjepunan dan Sosial.
Politik
Sultan tidak lagi menjadi pemerintah negeri. Sultan hanya menjadi ketua agama
Islam dan adat istiadat Melayu. Tanah Melayu dijadikan sebagai tanah jajahan
Jepun. Majlis Agama Islam hanya ditubuhkan apabila Jepun hampir kalah.
Ekonomi
Ekonomi Tanah Melayu dieksploitasi untuk kegiatan perindustrian dan
membiayai peperangan. Mata wang Jepun diperkenalkan. Pengenalan dasar
ekonomi kawalan. Ekonomi sara diri untuk pengeluaran makanan harian
digiatkan. Catuan makanan dilaksanakan untuk mengatasi kekurangan bahan
keperluan harian. Layanan istimewa diberikan kepada “kaisha” (Syarikat Jepun).
Penjepunan dan Sosial
Pengaruh Barat dan Cina dihapuskan. Sekolah Inggeris dan Cina ditutup bagi
menghapuskan pengaruh Barat. Kesetiaan terhadap Jepun; Kesetiaan penduduk
Tanah Melayu ditumpu kepada maharaja. Kimigayo (Lagu Kebangsaan Jepun)
dinyanyikan pada setiap pagi di sekolah. Galakan budaya Jepun apabila Nippon-
Go (bahasa Jepun) menjadi bahasa pengantar di sekolah. Cuti sempena hari-hari
perayaan negara Jepun diperkenalkan. Orang Melayu dilayan dengan baik untuk
mendapatkan kerjasama mereka bagi meneruskan pemerintahan. Orang Cina
dilayan dengan kasar kerana menyokong kerajaan China dalam Perang China-
Jepun. Orang India dilayan dengan baik kerana Jepun inginkan kerjasama mereka
bagi mengusir British di India.
Reaksi Penduduk
Reaksi Orang Melayu
Sebahagian besar orang Melayu tidak menentang kedatangan Jepun, malah ada
yang mengalu-alukannya. Hal ini kerana mereka terpengaruh dengan slogan
Jepun seperti “Asia Untuk Orang Asia” dan rancangan “Kawasan Kesemakmuran
Bersama Asia Timur Raya”. Di samping itu, mereka turut diberikan layanan yang
baik oleh tentera Jepun. Kesatuan Melayu Muda (KMM) pimpinan Ibrahim Haji
Yaacob telah mengadakan pakatan sulit dengan Jepun dengan harapan
mendapat kemerdekaan (Mohamad Isa Othman, 1992). Namun begitu, sokongan
orang Melayu terhadap tentera Jepun tidak kekal kerana:
a) dasar pemerintahan tentera Jepun telah menyusahkan kehidupan rakyat
b) slogan Jepun hanya muslihat untuk kepentingan mereka
c) Tanah Melayu tidak diberi kemerdekaan seperti yang dijanjikan
d) status Tanah Melayu menjadi tanah jajahan
e) Negeri-Negeri Melayu Utara diserahkan kepada Thailand kerana
bekerjasama dengan tentera Jepun
f) pada peringkat awal pendudukan, pihak Jepun tidak mengiktiraf
kedudukan raja-raja Melayu
g) KMM telah dibubarkan oleh Jepun dan
h) tentera Jepun telah menunjukkan kekejaman terhadap sesiapa sahaja
yang dianggap bersalah
Reaksi Orang Cina
Reaksi kaum Cina terhadap kedatangan Jepun banyak dipengaruhi oleh Perang
China-Jepun pada tahun 1937. Kebanyakan daripada mereka terlibat dengan
gerakan anti-Jepun. Mereka memulaukan barangan buatan Jepun dan memungut
derma untuk membantu negara China. Ada dalam kalangan pemuda Cina yang
pulang ke negara China untuk menyertai perang menentang Jepun. Apabila
Jepun menjajah Tanah Melayu orang Cina bukan sahaja dilayan secara kasar
malah turut dibunuh oleh tentera Jepun. Terdapat juga segolongan orang Cina
yang menyokong Jepun demi menjaga kepentingan perniagaan dan keselamatan
nyawa mereka. (Paul, H.K., 1998)
Reaksi Orang India
Orang India mendapat layanan yang baik kerana Jepun memerlukan kerjasama
mereka untuk mengusir British di India. Orang India diseru supaya bersatu padu
untuk tujuan tersebut. Pihak Jepun mempengaruhi orang India dalam tentera
British supaya bekerjasama dengan mereka. Sebahagian besar daripada orang
India menyertai Tentera Kebangsaan India dan Jepun telah mendorong
penubuhan Liga Kemerdekaan India. (Paul, H.K., 1998)
Penubuhan Gerakan Anti-Jepun
Dasar pemerintahan kejam dijalankan oleh pihak Jepun di Tanah Melayu telah
menyebabkan munculnya gerakan anti-Jepun di Tanah Melayu. Pertubuhan anti-
Jepun ini bukan sahaja muncul di Tanah Melayu malah turut berlaku di Sabah
dan Sarawak. Pertubuhan anti-Jepun bergerak secara gerila untuk menentang
Jepun dan mendapat kerjasama daripada Tentera Bersekutu khususnya British.
Malayan Peoples’ Anti Japanese Army (MPAJA); MPAJA ditubuhkan oleh Parti
Komunis Malaya (PKM). Ia bekerjasama dengan British untuk mendapatkan
bantuan kewangan, latihan ketenteraan, dan senjata. MPAJA menggunakan
taktik perang gerila. Force 136; Ia ditubuhkan oleh Tentera Bersekutu semasa
meletusnya Perang Dunia Kedua. Markas utama di Sri Lanka (Ceylon) dan India.
Force 136 merupakan pasukan anti-Jepun yang ditubuhkan oleh British di Tanah
Melayu untuk menentang Jepun. Anggotanya mendapat latihan daripada Tentera
Bersekutu di Sri Lanka. Anggota terawal ialah Richard Broome, John Davis, dan
Tengku Mahmud Mahyiddeen (Ketua pasukan orang Melayu). Haji Ibrahim Bima
sukarelawan yang paling berani. Pegawai Daerah Hulu Perak mencadangkan
Force 136 ditukar kepada Askar Melayu Setia. Kaum wanita memberikan
rangsangan dan bantuan moral kepada anggotanya. Askar Melayu Setia (AMS);
AMS menentang secara gerila. AMS bekerjasama dan mendapat bantuan
daripada Force 136. Pasukan Wataniah Pahang; Ia juga dikenali sebagai
Persatuan Melayu Pahang, bahagian Raub. Ia mempunyai ahli seramai 244
orang. Sultan Pahang sebagai Pemerintah Kehormat. Pasukan ini diketuai oleh
Yeop Mahidin. (Mohamad Isa Othman, 1992)
Gerila Kinabalu; Gerila Kinabalu adalah di bawah pimpinan Albert Kwok
Fenn Nam, Korom dan Musa. Ia melancarkan pemberontakan “Double Tenth”
tetapi gagal. Ia mengadakan hubungan dengan pimpinan bawah tanah dari
Filipina. Gerila Kinabalu mengadakan hubungan dengan Gerila Sulu pimpinan
Imam Marajukin yang mendapat sokongan dari Amerika Syarikat. Pasukan gerila
Datu Mustapha Harun; Pasukan ini menjalankan penentangan di Kudat. Pasukan
gerila di Sandakan; Pasukan ini menjalankan penentangan di Sandakan.
Penentang di pesisir pantai Sarawak; Penentang-penentang ini menjalankan
gerakan membantu Tentera Bersekutu mengusir tentera Jepun. (Ooi Keat Gin,
1998)
Kekalahan Jepun
Menjelang tahun 1945, tentera Bersekutu mendesak Jepun supaya menyerah diri
tetapi mereka enggan. Tentera Bersekutu kemudiannya telah menggugurkan
bom atom di Hiroshima pada 8 Ogos 1945, dan kemudiannya di Nagasaki pada 9
Ogos 1945. Kejadian ini menyebabkan Jepun terpaksa menyerah kalah tanpa
syarat pada 15 Ogos 1945. Jeneral Seishiro Itagaki, ketua tentera Jepun di Tanah
Melayu menandatangani dokumen menyerah kalah kepada Tentera Bersekutu di
Kuala Lumpur. Di wilayah Borneo pula, pemerintah tertinggi tentera Jepun ke-37,
Masao Baba telah menyerah kalah pada 10 September 1945 di Surrender Point,
Labuan. (Ooi Keat Gin, 2011)
Kesan Pemerintahan Tentera Jepun
Politik
Kejayaan Jepun menewaskan kuasa Barat dalam Perang Dunia Kedua memberi
keyakinan kepada orang Asia untuk membebaskan Negara mereka daripada
penjajahan. Pihak Jepun telah menyemarakkan semangat kebangsaan dalam
kalangan penduduk di Tanah Melayu, Sarawak, dan Sabah. Slogan “Asia Untuk
Orang Asia” berjaya mempengaruhi pemikiran penduduk tempatan untuk
menolak penjajah Barat. Pemerintahan Jepun mengalami masalah kekurangan
pegawai awam. Bagi mengatasi masalah tersebut, pihak Jepun telah
menubuhkan Koa Kunrenja (Sekolah Latihan Kepimpinan) untuk melibatkan
orang Melayu dalam pentadbiran. (Mohamad Isa Othman, 1992)
Orang tempatan yang diberi peluang memegang jawatan seperti ;
a) Abang Haji Openg- Pegawai Daerah Kuching
b) Kapten Mohd. Salleh Haji Sulaiman- Pegawai Daerah Hulu Perak
c) Ibrahim Haji Yaacob- Leftenan Kolonel
d) Dr. Burhanuddin al-Helmy- Penasihat Kebudayaan dan Adat Istiadat
Melayu
e) Dato’ Onn Ja’afar- Pengawal Makanan Negeri Johor dan Ahli Majlis
Mesyuarat Negeri
Peluang menjawat jawatan tinggi seperti ini tidak pernah diberi semasa
pentadbiran British.
Dasar Jepun untuk membela negara-negara Asia tidak dilaksanakan seperti yang
dijanjikan. Keadaan ini berlaku apabila:
a) kegiatan politik di Tanah Melayu sentiasa diawasi
b) hanya pertubuhan yang pro-Jepun dibenarkan aktif
c) KMM yang banyak memberi kerjasama kepada Jepun juga turut
diharamkan pada tahun 1942
d) pihak Jepun menyekat kebebasan bersuara
e) akhbar-akhbar yang dianggap mencurigakan telah diharamkan
Apabila menerima tekanan daripada Tentera Bersekutu, pihak Jepun mula
memberi kelonggaran kepada pertubuhan politik seperti Kesatuan Melayu Muda
(KMM) untuk bergiat semula. Tanah Melayu telah dijanjikan kemerdekaan
bersama-sama dengan Indonesia oleh Jepun. Kesatuan Rakyat Indonesia
Semenanjung (KRIS) ditubuhkan untuk mendapatkan kemerdekaan bersama-
sama dengan Indonesia. Rancangan ini telah mengukuhkan konsep Melayu Raya
yang diperjuangkan oleh KMM. Semangat Kebangsaan yang bersemarak semasa
pemerintahan Jepun berbeza mengikut kaum dan berpaksi kepada negara asal
masing-masing. Semangat kebangsaan dalam kalangan orang India adalah
untuk memerdekakan Negara India. Semangat kebangsaan orang Cina pula lebih
bersikap anti-Jepun kesan daripada Perang China-Jepun. Parti Komunis Malaya
menjadi semakin berpengaruh apabila mendapat bantuan daripada pasukan
Force 136. Parti Komunis Malaya menubuhkan MPAJA dan dikenali dengan nama
tentera “Bintang Tiga” yang sebahagian besarnya terdiri daripada kaum Cina.
Jepun juga telah menyerahkan empat negeri Melayu utara kepada Thailand.
Kekejaman tentera Jepun semakin terserlah apabila dasar-dasar Jepun yang
dilaksanakan mengongkong dan menyusahkan rakyat. (Mohamad Isa Othman,
1992)
Ekonomi
Rancangan Jepun untuk mewujudkan “Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia
Timur Raya” ternyata gagal kerana tumpuan Jepun lebih kepada peperangan.
Tanah Melayu mengalami kemerosotan ekonomi yang teruk sehinggakan gaji
pegawai kerajaan terpaksa dikurangkan. Kadar pengangguran turut meningkat.
Sekatan ekonomi yang dikenakan oleh Kuasa Bersekutu menyebabkan
perdagangan antarabangsa terhenti. Hasil bijih timah dan getah tidak dapat
dieksport ke Barat. Manakala, beras pula tidak dapat diimport dari Thailand dan
Myanmar. Kawalan kawasan perairan oleh kapal selam Tentera Bersekutu
menyebabkan bahan mentah tidak dapat dihantar ke Jepun. Ekonomi kawalan
oleh Jepun tidak member kebaikan kepada penduduk dan hanya menguntungkan
pihak Jepun. Amalan rasuah, menyorok barang, dan pasaran gelap berlaku di
merata tempat. Mata wang Jepun dicetak tanpa kawalan sehingga menyebabkan
berlakunya inflasi kerana terlalu banyak wang dikeluarkan tetapi kekurangan
barangan di pasaran. Jadual 7.1 menunjukkan kenaikan harga barang mengikut
mata wang Jepun. (Mohamad Isa Othman, 1992)
Jadual 7.1 Kenaikan Harga Barang Keperluan Mengikut Mata Wang Jepun
Jenis Barang Disember 1941 Disember 1943 Ogos 1945
Telur (sebiji) $0.03 $0.28 $ 35.00
Beras (500 gram) $0.06 $2.50 $ 75.00
Gula (500 gram) $0.08 $3.80 $120.00
Bekalan dan barang keperluan harian seperti makanan, pakaian, dan ubat-
ubatan sukar diperolehi. Pendudukan Jepun telah menyebabkan kesengsaraan
kepada sebahgian besar penduduk Tanah Melayu. Jepun mengenakan catuan
bekalan makanan terhadap penduduk untuk mengatasi masalah kekurangan
bekalan makanan. Kad catuan diberikan bagi memastikan tiada keluarga
mendapat bekalan melebihi daripada kadar yang ditetapkan oleh pihak Jepun.
Setiap keluarga hanya dibenarkan memiliki dua gantang beras untuk sebulan.
Ubi kayu dan keledek menjadi makanan utama menggantikan nasi. Keadaan ini
menyebabkan penduduk Bandar telah berpindah ke luar Bandar untuk mencari
kehidupan yang lebih baik. Keperitan hidup akibat kekejaman Jepun telah
menjadikan penduduk di negara kita lebih kreatif. Banyak ciptaan baru
berasaskan bahan tempatan muncul seperti:
a) menggunakan gobek untuk mendapatkan api
b) garam diperbuat daripada air laut
c) gula dibuat daripada nira kelapa
d) baju diperbuat daripada guni dan kulit kayu
e) kasut getah daripada getah keping telah diperkenalkan
f) kain daripada benang nenas telah dihasilkan
Sosial
Peperangan menyebabkan penduduk mengalami kesengasaraan dan berada
dalam ketakutan. Mereka dikenakan perintah berkurung dan sekatan perjalanan.
Penduduk saling mencurigai antara satu dengan yang lain kerana terdapat tali
barut Jepun dalam kalangan mereka. Ramai yang menjadi mangsa kekejaman
tentera Jepun. Hukuman dera dan hukuman mati dikenakan ke atas mereka dan
dilaksanakan di khalayak ramai. Kempeitai sentiasa menjalankan tugas
mengintip terhadap sesiapa shaja yang dianggap bersalah. Sebahagian besar
daripada rakyat dikerah untuk menjadi buruh kasar. Ramai penduduk Tanah
Melayu diambil menjadi buruh membina “Jalan Kereta Api Maut” di sempadan
Thailand-Burma. Kemudahan kesihatan terjejas akibat peperangan ini. Wabak
penyakit merebak terutamanya penyakit beri-beri yang disebabkan oleh
kekurangan vitamin B. Malah ada yang hidup dalam kebuluran. Bekalan ubat-
ubatan sukar diperoleh kerana tidak diimport. Keadaan menjadi bertambah
buruk apabila tentera Jepun telah merampas ubat-ubatan di pasaran untuk
kegunaan mereka sendiri. (Mohamad Isa Othman, 1992)
Rumusan
Pendudukan Jepun telah membawa kesengsaraan dalam semua aspek
kehidupan penduduk di negara kita. Slogan Jepun yang telah memikat hati
penduduk sebenarnya hanyalah muslihat untuk mencapai hasrat mereka.
Semangat kebangsaan semakin bersemarak dalam kalangan penduduk tetapi
berpaksikan negara asal masing-masing. Pendudukan Jepun member pengajaran
kepada orang Melayu untuk menolak semua bentuk penjajahan sama ada dari
Barat ataupun Timur.
Rujukan
Abu Talib Ahmad. (2002). Japanese Policy towards Islam in Malaya during the
Occupation: A Reassessment. Journal of Southeast Asian Studies, Vol. 33,
November 28, 2011. Retrieved from
http://www.questia.com/app/direct/SM.qst.
Anthony, R. (1976). Propaganda: The art of persuasion: World War II. New York:
Chelsea House Publishers.
Bayly, C. & Harper, T. (2005). Forgotten Armies. Britain's Asian Empire and the
War with Japan. London: Penguin Books.
Mohamad Isa Othman. (1992). Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, 1942-1945.
Tumpuan di Negeri Kedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Ooi Keat Gin. (1998). Japanese Empire in the Tropics: Selected Documents and
Reports of the Japanese Period in Sarawak, Northwest Borneo, 1941-1945.
Athens: Ohio University Press.
Ooi Keat Gin. (2011). The Japanese Occupation of Borneo, 1941-45. London:
Routledge.
Paul, H.K. (1998). The Japanese Occupation of Malaya: A Social and Economic
History. Hawaii: University of Hawaii Press.
Soalan Latihan
1. Huraikan keberkesanan strategi Jepun dalam usaha menguasai Tanah Melayu,
Sarawak, dan Sabah.
2. Bandingkan corak pemerintahan Jepun di Tanah Melayu dengan Sarawak dan Sabah
3. Jelaskan kesan pentadbiran Jepun yang mengubah pemikiran rakyat
4. Jelaskan dengan menghubungkaitkan pendudukan Jepun dengan kebangkitan
semangat nasionalisme
BAB 8 MALAYAN UNION DAN PENUBUHAN UMNO
Hasil Pembelajaran
Menjana idea tentang penguasaan Tanah Melayu oleh Bintang Tiga selama 14 hari sebelum kedatangan semula British
Meramalkan keadaan di Tanah Melayu sekiranya Malayan Union diteruskan
Menjustifikasikan peranan wanita semasa penentangan Malayan Union Menghubungkaitkan kegagalan pelaksanaan Malayan Union di Tanah
Melayu dengan Mac Michael Menjana idea tentang dasar UMNO yang menjadi pilihan orang Melayu
Peta KonsepMalayan Union
Tanah Melayu Selepas Reaksi Penduduk Tempatan Kekalahan Jepun terhadap Malayan Union
Keganasan 14 hari Faktor Penentangan
Pentadbiran Tentera Cara Penentangan British (PTB)
Malayan Union Penubuhan UMNO
Tujuan Penubuhan Tujuan Penubuhan
Ciri-Ciri Malayan Union Perjuangan Tokoh UMNO
Perjuangan dan Perkembangan UMNO
Unsur dan Tingkah Laku Patriotisme Kualiti rakyat kekuatan negara. Berilmu dan berketrampilan. Kew ajipan untuk memelihara dan mempertahankan hak. Bertanggungjawab dalam tindakan. Keluhuran perlembagaan. Mempertahankan
kedaulatan Negara kita. Bertoleransi dan bermuafakat untuk kepentingan negara. Mengamalkan sikap bertolak ansur.
Laman WebLayari laman web yang berikut untuk mendapat maklumat lanjut berkaitan dengan bab ini:http://www.fortun@city.com/meltingpot.htmhttp://www.malaysiakita.tripod.com/abadke20.htmhttp://www.nationmaster.com/encyclopedia/malayaunion.htm
http://www.umno.net.my/organisasi/sej7_menentang.htm Pengenalan
Gerakan nasionalisme Melayu sampai kemuncaknya apabila Malayan Union
diperkenalkan. Malayan Union dianggap sebagai British untuk menjajah Tanah
Melayu dan menghapuskan ketuanan Melayu.Tentangan orang Melayu terhadap
Malayan Union telah melahirkan Persekutuan Tanah Melayu
Koridor SejarahKetuanan Melayu:
Semangat cinta akan apa sahaja yang berkaitan dengan Bahasa Melayu seperti hak politik, bahasa, kebudayaan, warisan, adat-istiadat, dan tanah air.
Semenanjung Tanah Melayu dianggap sebagai tanah pusaka orang Melayu.
Tanah Melayu Selepas Kekalahan Jepun
Selepas kekalahan Jepun, Tanah Melayu telah dikuasai oleh Parti Komunis
Malaya (PKM) selama 14 hari. Dalam tempoh itu, PKM melakukan banyak
keganasan sehingga menimbulkan keadaan huru-hara. Apabila British kembali
ke Tanah Melayu Pentadbiran Tentera British (PTB) atau British Military
Administration (BMA) telah diperkenalkan untuk menamatkan huru-hara
tersebut.
Keganasan 14 Hari
Penguasaan Bintang Tiga
Sebaik sahaja tentera Jepun meninggalkan Tanah Melayu, suatu kekosongan
politik telah berlaku. Parti Komunis Malaya (PKM) telah mengambil kesempatan
menguasai Tanah Melayu melalui Malayan People’s Anti Japanese Army (MPAJA)
selama 14 hari. MPAJA dikenali sebagai tentera Bintang Tiga kerana lambang
bintang tersebut mewakili kaum Cina, Melayu, dan India (Harry, M., 1965). PKM
telah menguasai:
a) bandar dan daerah penting
b) balai polis dan pejabat pentadbiran kerajaan yang ditinggalkan oleh pihak
Jepun
c) menjalankan undang-undang sendiri dengan menghukum sesiapa yang
bekerjasama dengan Jepun
d) mengenakan cukai kepala, cukai harta, dan cukai tanah yang tinggi
kepada penduduk kampung.
Keganasan Bintang Tiga
Selama 14 hari, PKM telah melakukan keganasan yang tidak
berperikemanusiaan. Mereka telah menculik dan menyeksa sesiapa yang
dianggap bersalah. Mereka turut menghukum penduduk yang dikatakan telah
menganiayai orang Cina semasa pemerintahan Jepun dahulu. Mereka telah
merampas harta benda orang kampung dan membunuh sesiapa sahaja yang
dianggap bersalah. Di Batu Pahat, PKM telah membunuh seorang penghulu yang
dianggap bersubahat dengan pihak Jepun. Seorang Pegawai Daerah yang cuba
berunding dengan mereka bagi menyelesaikan perkara ini turut dibunuh. Di
Jelebu, Negeri Sembilan mereka telah bertindak ganas dengan mencemarkan
masjid-masjid dan surau-surau. Di Kampung Bakar dan di Sungai Manik, Perak,
mereka telah bertindak kejam dengan membakar rumah-rumah yang
berpenghuni pada waktu tengah malam. (Harry, M., 1965)
Ketegangan Kaum
Tindakan PKM menyebabkan berlakunya juga ketegangan kaum kerana
kebanyakan anggota PKM terdiri daripada orang Cina. Penduduk kampung yang
kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu, bangun menentang PKM sehingga
berlaku huru-hara di beberapa tempat di seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Di
Batu Pahat dan Muar, orang Melayu di bawah pimpinan Kiai Salleh Karim telah
bergabung tenaga untuk menyerang orang Cina di bandar Batu Pahat. Walau
bagaimanapun Dato’ Onn Ja’afar, selaku Pegawai Daerah Batu Pahat telah
berjaya menghalang daripada berlakunya pertumpahan darah tersebut.
Ketegangan kaum walau bagaimanapun berjaya diatasi oleh Pentadbiran
Tentera British.
Pentadbiran Tentera British
Pentadbiran Tentera British (PTB) telah diperkenalkan oleh British pada bulan
September 1945. PTB diketuai oleh Sir Ralph Hone iaitu Ketua Pegawai Hal Ehwal
Awam. PTB dilaksanakan sebagai suatu pentadbiran peralihan sebelum sebuah
pentadbiran awam diperkenalkan.
Antara kejayaan PTB ialah:
a) mewujudkan keamanan dan menegakkan undang-undang
b) menghapuskan penguasaan Parti Komunis Malaya selama 14 hari di Tanah
Melayu
c) memujuk Parti Komunis Malaya dan MPAJA supaya menyerahkan senjata
d) mengawal serta memberhentikan pergaduhan antara kaum di beberapa
tempat di Tanah Melayu
Setelah PTB berjaya mengamankan Tanah Melayu, British memperkenalkan
Pentadbiran Malayan Union.
Malayan Union 1946
Pentadbiran Malayan Union telah diisytiharkan oleh British pada 1 April 1946 di
King’s House (Carcosa Seri Negara), Kuala Lumpur. Pentadbiran Malayan Union
dicadangkan bagi menggantikan Pentadbiran Tentera British yang sebelum ini
mentadbir Tanah Melayu dan gabenor pertamanya ialah Sir Edward Dent. (Abdul
Hamid Bin Ahmad, 1980)
Tujuan Penubuhan Pentadbiran Malayan Union
Pentadbiran Malayan Union ditubuhkan bagi mengurangkan dan mengawal
kuasa politik orang Melayu yang dipercayai telah memberikan kerjasama kepada
Jepun. Pentadbiran Malayan Union juga bertujuan membentuk satu bangsa
Malayan Union supaya golongan pendatang menumpukan kesetiaan kepada
Malayan Union serta menyediakan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri.
Pentadbiran Malayan Union juga dibentuk untuk mewujudkan suatu pentadbiran
yang cekap dan seragam. Pentadbiran Tanah Melayu yang terdiri daripada
Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, dan Negeri-Negeri Melayu
Tidak Bersekutu telah merumitkan pemerintahan British. Di samping itu juga
melalui pentadbiran Malayan Union British berhasrat mengukuhkan pertahanan
British di Tanah Melayu dan Asia Tenggara. Pentadbiran Malayan Union dapat
membantu menjimatkan perbelanjaan pentadbiran British. Pentadbiran
berasingan antara Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, dan
Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu telah menelan belanja yang besar.
Pentadbiran Malayan Union juga dibentuk bagi menjamin penguasaan British
terhadap sumber ekonomi Tanah Melayu yang menjadi pengeluar bijih timah dan
getah yang terbesar di dunia. Selain daripada itu British memperkenalkan
pentadbiran Malayan Union bagi memastikan sumbangan golongan pendatang
sebagai sumber tenaga kerja dan pelabur dalam memajukan dan
mengembangkan ekonomi Tanah Melayu tidak terbantut. (Funston, J., 1980)
Ciri-Ciri Malayan Union
Pentadbiran Malayan Union telah menukar status Tanah Melayu daripada negeri
naungan kepada Tanah Melayu daripada negeri naungan kepada Tanah Jajahan
Mahkota. Pentadbiran Malayan Union telah mewujudkan satu bentuk pentadbiran
yang bersifat kesatuan. Pembentukan Malayan Union merupakan suatu tindakan
British mengukuhkan pengaruh politik dan ekonomi mereka di Tanah Melayu.
Penubuhan Malayan Union juga merupakan bentuk penjajahan secara mutlak
oleh pihak British.
Beberapa perkara utama yang terdapat dalam perlembagaan Malayan Union.
a) Malayan Union diketuai oleh seorang Gabenor British yang dilantik oleh
Ratu England.
b) Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu,
dan dua Negeri-Negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka digabungkan
menjadi satu unit politik.
c) Parlimen British menjadi pemutus undang-undang Malayan Union.
d) Majlis Kerja dan Majlis Undangan Malayan Union dibentuk.
e) Seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua
pentadbir.
f) Raja-raja menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu yang hanya
membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat Melayu.
g) Kerakyatan sama rata melalui prinsip jus soli yang menjadi asas
kerakyatan Malayan Union.
Bentuk pentadbiran kerajaan Malayan Union adalah seperti Rajah 2.1 di bawah ini.
Ratu England
Parlimen British
Gabenor Malayan Union
Majlis Kerja Majlis Undangan Majlis Raja-Raja Melayu
Pesuruhjaya Negeri-Negeri
Rajah 2.1 Bentuk Pentadbiran Kerajaan Malayan Union
Reaksi Penduduk Tempatan Terhadap Rancangan Malayan Union
Rakyat Tanah Melayu telah mempamerkan dua reaksi ketika British bercadang
memperkenalkan rancangan Malayan Union. Reaksi-reaksi tersebut ialah
menerima rancangan tersebut dan menentangnya. (Funston, J., 1980)
Faktor-Faktor Penentangan
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan rancangan Malayan Union
ditentang oleh penduduk Tanah Melayu terutamanya daripada kaum Melayu.
(Abdul Hamid Bin Ahmad, 1980). Antaranya ialah seperti:
a) Penghapusan kedaulatan dan kuasa raja-raja Melayu
b) Kerakyatan yang terlalu liberal
c) Tamadun orang Melayu terhakis
d) membantah tindakan Sir Harold MacMichael mengancam raja-raja Melayu
Penghapusan kedaulatan dan kuasa Raja-Raja Melayu
a) Raja-raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu anpa
sebarang kuasa.
b) Raja juga kehilangan takhta dan maruah sebagai ketua orang Melayu
c) Pungutan zakat pula diletakkan di bawah kuasa gabenor British.
Kerakyatan yang terlalu liberal
a) Peruntukan kerakyatan jus soli dalam Malayan Union akan mengancam
status quo orang Melayu sebagai bumiputera.
b) Jumlah orang Melayu juga akan menjadi kecil akibat kemasukan golongan
imigran yang mendapat kerakyatan dengan mudah.
Tamadun orang Melayu terhakis
a) Tamadun Melayu yang telah dibina oleh kerajaan Melayu seperti sistem
beraja, bahasa Melayu, dan tulisan jawi akan terhakis.
b) Ketuanan Melayu akan tercabar dan orang Melayu akan kehilangan tanah
air.
Membantah tindakan Sir Harold MacMichael mengancam raja-raja Melayu
a) Orang Melayu tidak dapat menerima tindakan MacMichael yang
mengancam akan menurunkan takhta raja-raja Melayu sekiranya baginda
tidak menerima Malayan Union.
b) Raja-raja Melayu juga tidak diberikan masa yang cukup untuk berunding
dengan Majlis Mesyuarat Negeri atau penasihat baginda seperti yang
berlaku kepada Sultan Perak.
Golongan Yang Menyokong Malayan Union
Dalam pada itu, terdapat juga golongan yang menyokong Malayan Union. Parti
Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM); Malayan Union akan mewujudkan sistem
pentadbiran yang bersatu dan seragam bagi seluruh Tanah Melayu. Angkatan
Pemuda Insaf (API); Malayan Union akan melahirkan satu pentadbiran baharu
yang tidak berasaskan kuasa raja dan pembesar Melayu. Angkatan Wanita Sedar
(AWAS); Mereka juga menyokong kerakyatan terbuka kepada semua yang lahir
di Tanah Melayu dan bagi mereka yang ingin menjadi rakyat. Barisan Tani
Malaya (BATAS); Penyatuan pentadbiran agama Islam bagi seluruh Tanah Melayu
seperti cadangan Malayan Union turut disokong. BATAS mempercayai janji
British akan member kemerdekaan kepada Malayan Union pada masa hadapan.
Parti Komunis Malaya (PKM); Menyokong pendirian parti-parti Melayu yang
menyokong. PKM bersetuju dengan konsep kerajaan Malayan Union yang
dianggap menguntungkan kerana kerakyatan yang terbuka kepada sesiapa
sahaja. Malayan Democratic Union (MDU); MDU mencadangkan Singapura
dimasukkan ke dalam Malayan Union. All Malayan Council of Joint Action
(AMCJA); Golongan imigran juga menyokong Malayan Cheng Lock. (Abdul Hamid
Bin Ahmad, 1980)
Cara Penentangan
Penentangan Secara Individu
Dato’ Onn Jaafar
a) Pada 23 Januari 1946, beliau telah menulis surat kepada Utusan Melayu
menyeru orang Melayu supaya mengadakan kongres.
b) Beliau menyeru menubuhkan United Malays Organization (U.M.O) sebagai
pertubuhan menentang Malayan Union.
Bantahan raja-raja Melayu
a) Raja-raja Melayu turut membantah Malayan Union
b) Raja-raja Melayu sebenarnya telah dipaksa menerima gagasan Malayan
Union.
c) Bantahan orang Melayu menimbulkan kesedaran kepada raja-raja Melayu
supaya berganding bahu dengan rakyat menentang Malayan Union.
Sokongan bekas pegawai British
a) Bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu
menyokong orang Melayu menentang Malayan Union.
b) Frank Swettenham, R.O. Winstedt, Sir Frederick Weld, dan Sir Cecil
Clementi Smith telah menentang cadangan Malayan Union.
c) Penentangan mereka secara terbuka dalam akhbar The Times di London.
Penentangan Melalui Akhbar
Orang Melayu telah menyuarakan bantahan mereka secara berterusan melalui
akhbar. Akhbar Majlis merupakan akhbar pertama yang menyeru orang Melayu
menentang rancangan Malayan Union. Akhbar Utusan Melayu telah menyeru
Raja-raja Melayu supaya memikirkan akibatnya jika mereka tidak menentang
rancangan Malayan Union. Akhbar Warta Negara keluaran 14 November 1945
memuatkan berita yang menggesa orang Melayu supaya menentang Malayan
Union.
Langkah Kolektif Orang Melayu Menentang Malayan Union
Penubuhan Persatuan
Persatuan-persatuan Melayu ditubuhkan dan dihidupkan semula untuk
menentang Malayan Union secara berorganisasi. Antaranya termasuklah
Persekutuan Melayu Terengganu dan Persatuan Kebangsaan Melayu Selangor.
Persatuan-persatuan Melayu telah menghantar telegram dan surat bantahan ke
Pejabat Tanah Jajahan di London. Persatuan-persatuan tersebut menolak sama
sekali pentadbiran Malayan union.
Demonstrasi
Orang Melayu mengadakan demonstrasi secara aman bagi membantah cara Sir
Harold MacMichael memperoleh tandatangan raja-raja Melayu. Mereka
membantah Malayan Union kerana akan menghapuskan kedaulatan negeri-
negeri Melayu dan kedudukan mereka sebagai anak negeri. Demonstrasi telah
diadakan di bandar-bandar besar di Tanah Melayu seperti di kota Bahru
(Kelantan), Alor Setar (Kedah), dan Johor Bahru (Johor).
Kongres Melayu Pertama
Kongres Melayu yang pertama diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab
Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Kongres diwakili 41 buah
persatuan dari seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Sultan Selangor, Sultan
Hishamuddin Alam Shah telah merasmikan kongres tersebut. Baginda juga
menderma sebanyak $5,000. Kongres telah bersetuju menubuhkan United
Malays National Organization (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Bersatu (PEKEMBAR) untuk menentang Malayan Union. Dato’ Onn Ja’afar telah
dilantik sebagai Yang Dipertua UMNO yang pertama. Kongres ini telah mendapat
sambutan yang hebat. Bribu-ribu orang Melayu, lelaki, perempuan, dan kanak-
kanak telah memenuhi padang kelab Sultan Sulaiman pada hari pertama
kongres berlangsung. Mereka membawa sepanduk yang bertulis kata-kata
patriotic bagi menentang Malayan Union. Antaranya yang paling mengharukan
ialah ucapan seorang wakil kanak-kanak, yang berpesan dengan mengatakan;
“Wahai bapa-bapa kami, peliharalah hak-hak kami sementara kami besar”.
Ucapan kanak-kanak tersebut menjadi pendorong dan semangat kepada
pemimpin dan ahli-ahli kongres untuk bersatu dan berjuang menentang Malayan
Union. (Abdul Hamid Bin Ahmad, 1980)
Kongres Melayu Kedua
Pada 30 hingga 31 Mac 1946, Kongres kedua diadakan bagi membantah
pengisytiharan Malayan Union yang akan diadakan pada 1 April 1946. Sembilan
orang wakil daripada persatuan-persatuan negeri Melayu telah hadir. Mesyuarat
diadakan di pejabat akhbar Majlis di Kuala Lumpur. Kongres Kedua memutuskan
tiga tindakan lanjut menentang Malayan Union iaitu:
a) menuntut orang Melayu berkabung selama tujuh hari dengan melilitkan
kain putih pada songkok
b) meminta ahli-ahli Melayu yang dilantik menganggotai sebarang Majlis
Pentadbiran Malayan Union memulaukan pelantikan itu.
Rapat Umum
Orang Melayu mengadakan rapat umum semasa lawatan L.D. Gammans dan
David Rees Williams sebagai menunjukkan bantahan mereka. Ahli Parlimen
England tersebut membuat lawatan pada bulan Mei 1946. Tujuan lawatan itu
adalah untuk melihat sejauh mana orang Melayu benar-benar menentang
Malayan Union. Orang Melayu telah berkumpul di Singapura, Johor Bahru, Muar,
Batu Pahat, Rembau, Seremban, Klang, Kuala Lumpur, Ipoh, Alor Setar, dan
Georgetown. Dalam rapat umum ini, mereka membawa sepanduk-sepanduk
yang mengutuk Malayan Union dan Sir Harold MacMichael.
Wanita
Kaum wanita turut memainkan peranan penting dalam menentang rancangan
Malayan Union. Cikgu Zahara Abdullah telah berucap menentang Malayan Union
di Batu Pahat. Halimahton Majid telah berucap dalam perhimpunan kaum ibu
membantah Malayan Union di Rembau. Datin Puteh Mariah mengetuai Bahagian
Wanita Perikatan Melayu Perak dan telah bergabung tenaga dengan kaum lelaki
menykong Kongres Melayu pada tahun 1946 bagi menentang Malaya Union.
Persatuan Kaum Ibu Selangor telah ditubuhkan khusus untuk menentang
Malayan Union. Dato’ Onn Jaafar memuji kebangkitan kaum wanita menyokong
penuh perjuangan UMNO. Perjanjian menentang Malayan Union telah
memaparkan kekentalan semangat juang dan penyatuan orang Melayu. (Abdul
Hamid Bin Ahmad, 1980)
Penubuhan UMNO
Keputusan untuk menubuhkan UMNO telah dibuat dalam Kongres Melayu yang
diadakan pada tahun 1946 di Kuala Lumpur. Pada 11 Mei 1946, sebanyak 29
buah persatuan telah menandatangani penubuhan UMNO di Istana Besar Johor
Bahru, Johor. Yang Dipertua pertamanya ialah Dato’ Onn Bin Ja’afar. (Funston, J.,
1980)
Tujuan Penubuhan UMNO
UMNO telah ditubuhkan dengan beberapa tujuan (Abdul Hamid Bin Ahmad,
1980). Antara tujuan penubuhannya pada tahun 1946 adalah:
a) Menentang Malayan Union
b) Menyatukan orang Melayu daripada seluruh Semenanjung Tanah Melayu
c) Mewujudkan satu organisasi nasional
d) Menjaga kepentingan politik dan ketuanan orang Melayu di Tanah Melayu
e) Memajukan pendidikan orang Melayu
f) Melindungi kepentingan orang Melayu tetapi belum bersedia menuntut
kemerdekaan
Pada tahun 1949, UMNO menjalankan fungsi sebuah parti siasah (politik) yang
sempurna sebagai penyatu bangsa Melayu di Tanah Melayu. UMNO menjalankan
ikhtiar mendirikan sebuah kerajaan merdeka yang memerintah Tanah Melayu. Ia
menjadi pelindung kedaulatan negara tercinta. UMNO memajukan orang-orang
Melayu dalam siasah, kebajikan hidup, kebudayaan, dan ikhtisas. Ia menjadi
penjana pembangunan ekonomi dan sosial orang Melayu. UMNO mula menuntut
kemerdekaan.
Perjuangan Tokoh UMNO
Penubuhan UMNO telah menonjolkan kepimpinan beberapa orang tokoh tanah
air. Mereka terlibat secara langsung dalam jawatankuasa penggubalan
perlembagaan UMNO.
Antaranya ialah
a) Dato’ Onn Ja’afar, Yang Dipertua UMNO yang pertama (1946-1951)
b) Dato’ Panglima Bukit Gantang
c) Dato’ Nik Ahmed Kamil Nik Mahmud
d) Zainal Abidin Bin Ahmad (Za’ba)
Dato’ Onn Ja’afar
Dato’ Onn Ja’afar merupakan pengasas kepada UMNO. Beliau mendapat
pendidikan daripada Maktab Melayu Kuala Kangsar dan di England. Sebelum
memimpin UMNO, Dato’ Onn telah menjawat beberapa jawatan berikut:
a) Pegawai tadbir Johor
b) Wartawan yang terkenal
c) Menjadi Menteri Besar Johor pada tahun 1946 kerana keupayaannya
memulihkan keamanan di Batu Pahat semasa peristiwa pergaduhan kaum
yang dahsyat.
Beliau merupakan orang pertama yang menyeru kaum Melayu supaya bersatu
padu.Beliau telah mencadangkan penubuhan parti politik kebangsaan bagi
menentang Malayan Union. Dato’ Onn Ja’afar dengan kerjasama pemimpin
Melayu yang lain telah Berjaya menganjurkan Kongres Melayu yang diadakan di
Kuala Lumpur pada tahun 1946. Beliau telah berjaya menyatukan orang Melayu
di seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan seterusnya menggagalkan rancangan
Malayan Union. Beliau telah menjelejah ke seluruh Semenanjung Tanah Melayu
untuk menunjukkan kepada British tentang penentangan orang Melayu terhadap
Malayan Union. Beliau juga telah menjadi ahli jawatankuasa menggubal
Perlembagaan UMNO pada tahun 1949. Beliau turut mengambil beberapa
perlembagaan parti yang terkenal dari luar Negara untuk dijadikan panduan.
Perlembagaan tersebut membolehkan UMNO menjadi sebuah parti politik yang
sepenuhnya. (Gordon, P. M., 1976)
Dato’ Panglima Bukit Gantang
Nama sebenar beliau ialah Abdul Wahab Bin Abdul Aziz. Beliau mendapat
pendidikan awal di Anderson School, Ipoh, Perak dan Inner Temple, England.
Beliau telah menubuhkan Perikatan Melayu Perak dan menyokong Kongres
Melayu untuk menumbangkan Malayan Union. Beliau juga turut terlibat dalam
menggubal Perlembagaan UMNO. Beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Agung
UMNO yang pertama. Beliau pernah menjadi Ketua Bahagian UMNO Perak dari
tahun 1948 hingga tahun 1953. (Abdul Hamid Bin Ahmad, 1980)
Dato’ Nik Ahmed Kamil
Mendapat pendidikan di Sekolah Majlis Agama Islam, Kota Bahru dan Maktab
Melayu Kuala Kangsar, Perak. Beliau telah melanjutkan pelajaran ke Lincoln’s
Inn, London, England dan Berjaya menjadi seorang peguam yang bertauliah.
Beliau merupakan salah seorang daripada pengasas UMNO. Beliau menjadi Ahli
Jawatankuasa UMNO Pusat dan Ketua UMNO Kelantan. Beliau pernah menjadi
Setiausaha Kerajaan Negeri sebelum menjadi Menteri Besar Kelantan pada tahun
1948 hingga 1955. Beliau turut terlibat menggubal Perlembagaan UMNO pada
tahun 1949.
Zainal Abidin Bin Ahmad (Za’ba)
Beliau merupakan intelektual Melayu yang terlibat dalam Kongres Melayu pada
tahun 1946. Dato’ Onn Ja’afar telah meminta bantuan Za’ba untuk menguruskan
persidangan kongres tersebut. Beliau mencadangkan kepada Dato’ Onn Ja’afar
supaya menambah akan perkataan “kebangsaan” ke dalam United Malays
Organization. Oleh itu, perkataan “National” yang bermaksud kebangsaan
dimasukkan pada United Malays Organization dan menjadi United Malays
National Organization (UMNO). Za’ba turut dilantik sebagai penggubal
Perlembagaan UMNO pada tahun 1949.
Perjuangan UMNO
1. Menumbangkan Malayan Union.
2. Menghapuskan sifat kenegerian dan kedaerahan orang Melayu.
3. Mewujudkan sebuah parti politik yang bersifat kenegaraan.
4. Mengusahakan kemajuan ekonomi dan kebajikan orang Melayu.
5. Memperjuangkan ketuanan Melayu.
6. Memajukan pendidikan orang Melayu.
7. Menyatupadukan orang Melayu seluruh Tanah Melayu.
Perkembangan UMNO
Beberapa persidangan Agung UMNO telah diadakan di Bandar-bandar besar.
Persidangan itu telah diadakan pada:
a) bulan Jun 1946
b) tahun 1947, di Kota Bahru, Kelantan
Persidangan UMNO telah dirasmikan oleh sultan atau raja-raja Melayu. Keadaan
ini menunjukkan:
a) perjuangan UMNO direstui oleh raja-raja Melayu
b) kerjasama antara sultan dan raja dengan rakyat dalam menegakkan
kedaulatan bangsa mampu mengekalkan perpaduan orang Melayu hingga
ke hari ini.
UMNO telah meluluskan Piagam UMNO 1946 sebagai panduan untuk UMNO
bergerak sebagai sebuah parti politik yang kukuh pada tahun 1949. Di samping
itu, UMNO mempunyai lambing identity yang tersendiri seperti logo UMNO yang
mengandungi beberapa perkataan iaitu P.K.M.B.R iaitu PEKEMBAR. Cogan kata
UMNO, iaitu “Hidup Melayu” telah dicipta oleh Dato’ Onn Ja’afar untuk
menyatukan ahli-ahli UMNO. Cogan kata UMNO “Hidup Melayu” kemudiannya
bertukar kepada “Merdeka” atas cadangan wakil Pemuda UMNO Bahagian Batu
Pahat iaitu Syeikh Gharieb Raub pada bulan Mac 1950. Pemilihan bendera UMNO
diputuskan dalam persidangan UMNO di Ipoh, Perak pada bulan Jun 1946.
Bendera UMNO telah dicadangkan oleh Ikatan Setia Kampung Baru, Kuala
Lumpur. Ciri-ciri bendera seperti yang berikut:
a) warna bendera UMNO terdiri daripada warna merah, putih, kuning, dan
hijau
b) warna merah bererti keberanian
c) warna putih bermakna kesucian dan keikhlasan
d) warna kuning dalam bulatan ialah lambing raja
e) keris yang berwarna hijau pula merupakan lambing agama Islam
f) keris juga melambangkan tamadun Melayu
g) perlambangan yang terdapat dalam bendera UMNO mewakili kepentingan
orang Melayu yang menjadi dasar perjuangan UMNO
h) Bendera UMNO dikibarkan buat kali pertama pada Mesyuarat Agung
UMNO di Pulau Pinang pada Julai 1947.
Penubuhan UMNO adalah hasil daripada perpaduan orang Melayu menentang
Malayan Union. Keadaan ini membolehkan UMNO bergerak secara sistematik dan
mengikut lunas-lunas perlembagaannya kerana mempunyai pemimpin yang
terdiri daripada cerdik pandai Melayu (Abdul Hamid Bin Ahmad, 1980). UMNO
telah Berjaya melahirkan identitinya yang jelas sehingga muncul sebagai sebuah
parti yang tersohor sehingga ke hari ini.
Rumusan
Perpaduan orang Melayu yang jitu telah membolehkan mereka menolak Malayan
Union. Status quo orang Melayu dan Raja-raja Melayu telah dikembalikan semula
ketika penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. British
mengiktiraf semula polisi menaungi negeri-negeri Melayu seperti sebelum
Perang Dunia Kedua. Peranan para pemimpin yang berkaliber juga adalah
penting untuk mendukung perjuangan negara. Rakyat pula hendaklah
berganding bahu memajukan diri dan mempertahankan kedaulatan bangsa dan
negara. “Negara kita, tanggungjawab kita”.
Rujukan
Abdul Hamid Bin Ahmad. (1980). Penentangan Orang-Orang Melayu Terhadap
Malayan Union. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Funston, J. (1980). Malay politics in Malaysia. Kuala Lumpur: Heinemann
Educational Books (Asia) Ltd).
Gordon, P. M. (1976). Malaysian Politics. London: Hodder and Stoughton.
Harry, M. (1965). The Story of Malaysia. London: Faber & Faber.
Mohamed Noordin Sopiee. (1976). From Malayan Union to Singapore Separation-
Political Unification in the Malaysian Region, 1945-1965. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa & Pustaka.
Latihan
1. Bincangkan keadaan di Tanah Melayu sekiranya Malayan Union diteruskan.
2. Justifikasikan peranan wanita semasa penentangan Malayan Union dengan
menghubungkaitkan kegagalan pelaksanaan Malayan Union di Tanah Melayu
dengan Mac
Michael
3. Bincangkan sebab-sebab dasar UMNO yang menjadi pilihan orang Melayu dan
perkembangan UMNO sehingga 1948.
BAB 9 PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
Hasil Pembelajaran
Menjana idea tentang dasar Persekutuan Tanah Melayu yang menjadi tolak ansur persetujuan orang Melayu
Membandingkan ciri-ciri Perlembagaan Malayan Union dengan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
Membezakan ciri-ciri kerakyatan dalam Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu
Peta KonsepPersekutuan Tanah Melayu
Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948
Rundingan ke arah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu
Ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu
Unsur dan Tingkah Laku Patriotisme Kualiti rakyat kekuatan negara. Berilmu dan berketrampilan. Kewajipan untuk memelihara dan mempertahankan hak. Bertanggungjawab dalam tindakan. Keluhuran perlembagaan. Mempertahankan
kedaulatan Negara kita. Bertoleransi dan bermuafakat untuk kepentingan negara. Mengamalkan sikap bertolak ansur.
Laman Web http://en.wikipedia.org/wiki/Federation_of_Malaya http://ms.wikipedia.org/wiki/Persekutuan_Tanah_Melayu http://warisantmk.wordpress.com/
Pengenalan
British kembali ke Tanah Melayu setelah tamatnya Perang Dunia Kedua dan
berusaha untuk menaikkan semula imej mereka dengan menjalankan
pentadbiran sementara yang dikenali sebagai Pentadbiran Tentera British. Pada
10 Oktober 1945, George Hall, Setiausaha Tanah Jajahan, telah mengumumkan
Gagasan Malayan Union di Tanah Melayu. Kerajaan bercorak kesatuan ini
bertujuan menggabungkan semua negeri-negeri Melayu kecuali Singapura, di
bawah satu sistem pentadbiran pusat yang diketuai oleh seorang Gabenor. Sir
Harold MacMichael telah dilantik sebagai wakil kerajaan British untuk
mendapatkan tandatangan dan persetujuan Raja-raja Melayu mengenai
cadangan itu. Beliau telah berjaya melakukan melakukan kerja dalam masa dua
bulan sahaja dengan menggunakan cara ugutan ke atas Raja-raja Melayu dan
tidak memberi peluang kepada baginda Raja-raja untuk membincang. Pada 12
Januari 1945, kerajaan British telah mengeluarkan Kertas Putih yang
mengandungi butiran perlembagaan Malayan Union. Seterusnya pada 01 April
1946, Malayan Union diisytiharkan secara rasmi.
Penubuhan Malayan Union telah menaikkan semangat orang Melayu untuk
bangun menentang British. Pelbagai cara dan kaedah telah digunakan untuk
menyuarakan bantahan tersebut. Ahli bijak pandai dan celik huruf orang Melayu
yang telah lama berjinak-jinak hidup berpersatuan menghangatkan lagi
bantahan dan tentangan terhadap penubuhan Malayan Union. Penyatuan semua
persatuan dan kesatuan Melayu telah menghasilkan penubuhan UMNO (United
Malays National Organisation) pada 11 Mei 1946, yang diketuai oleh Dato’ Onn
bin Jaafar. Penentangan yang padu dan jitu daripada UMNO dan daripada
pelbagai pihak telah menyebabkan British menubuhkan Jawatankuasa Kerja
pada 25 Julai 1946 bagi merangka perlembagaan baru. Jawatankuasa ini diketuai
oleh Sir Malcom MacDonald dan ahli-ahlinya terdiri daripada enam (6) orang
pegawai kanan British, empat (4) orang wakil Raja-raja Melayu, dan dua (2)
orang wakil UMNO. Pada bulan Disember 1946, kerajaan British telah menggubal
satu perlembagaan baru dan menubuhkan Jawatankuasa Perundingan bagi
mendapatkan pandangan dan pendapat orang bukan Melayu. Pada 21 Januari
1948, kerajaan British dan Raja-raja Melayu telah menandatangan Perjanjjian
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan diisytihatkan secara rasmi pada
01 Februari 1948.
Kejayaan menghapuskan Malayan Union telah menyakinkan dan
menaikkan semangat orang Melayu untuk terus memperjuangkan kebebasan
tanah air. Perubahan demi perubahan berlaku dalam politik tanah air yang
menjurus kepada berkerajaan sendiri. Perpaduan uyang erat di antara oran
Melayu dengan bukan Melayu telah mempercepatkan proses ini. Rundingan
antara wakil pelbagai kaum di Tanah Melayu dengan kerajaan British kerap kali
diadakan. Kemuncaknya apabila Rombongan Merdeka telah berjaya
mendapatkan tarikh sebenar kemerdekaan Tanah Melayu. Satu suruhanjaya
telah dibentuk untuk menggubal perlembagaan baru, iaitu Suruhjaya Reid.
Suruhanjaya ini telah menjadikan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
1948 sebagai asas dalam merangka perlembagaan baru tersebut. Akhirnya pada
31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu disahkan sebagai sebuah negara yang
bebas dan merdeka tanpa revolusi ataupun pertumpahan darah tetapi
sebaliknya melalui meja rundingan. (Sitti Haishah Abd Rahman, 2008)
Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu
Rancangan Malayan Union telah ditentang habis-habisan oleh Raja-raja Melayu
dan orang-orang Melayu. Akibat penentangan ini British akhirnya bersetuju
menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 menggantikan
Malayan Union. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu ini merupakan kejayaan
orang Melayu untuk mendapatkan semula kedudukan politik dan maruah mereka
di Tanah Melayu.
Rundingan Ke Arah Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu
Mei 1946; Pertemuan Raja-raja Melayu dengan pihak British di Kuala Kangsar
membolehkan Raja-raja Melayu menyampaikan pandangan mereka untuk
menolak Malayan Union. Jun 1946; Rundingan antara British dengan UMNO di
Pulau Pinang. Ketegasan Raja-raja Melayu dan UMNO menolak Malayan Union
telah menyebabkan British mengadakan rundingan rasmi dengan Raja-raja
Melayu dan UMNO. Raja-raja Melayu dan UMNO telah menyediakan satu
memorandum untuk menyatakan bantahan secara rasmi terhadap Malayan
Union kepada pihak British. 25 Julai 1946; Sebuah Jawatankuasa Eksekutif
ditubuhkan. Jawatankuasa dianggotai oleh pegawai kanan British dan wakil
UMNO. Perbincangan telah dibuat beberapa kali di King’s House, Kuala Lumpur.
Dalam rundingan tersebut beberapa perkara telah menjadi asas perbincangan
(Harry, M., 1965). Antaranya termasuklah:
a) Raja-raja dan orang Melayu menolak semua prinsip dan struktur Malayan
Union.
b) mereka mahu sebuah persekutuan bagi seluruh Semenanjung Tanah
Melayu.
c) mereka menolak kerakyatan terbuka jus soli Malayan Union.
d) meminta dasar perlindungan orang Melayu seperti hak istimewa, agama
Islam, tanah dan pentadbiran.
e) menuntut Raja-raja Melayu menjadi ketua negeri Melayu.
Penentangan terhadap Malayan Union menyebabkan British bersetuju
membentuk Persekutuan Tanah Melayu 1948. British bersetuju membentuk
Persekutuan Tanah Melayu adalah kerana:
a) Bimbang orang Melayu akan menentang British secara kekerasan.
b) bimbang Parti Komunis Malaya akan mempengaruhi orang Melayu.
c) sikap sederhana orang Melayu yang sentiasa bekerjasama dengan pihak
British.
d) sikap para pemimpin UMNO yang sentiasa menggunakan rundingan untuk
menyelesaikan sesuatu isu telah mempengaruhi dasar British.
e) British ingin menjalankan dasar dekolonisasi yang digalakkan oleh
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Rundingan antara British dengan Raja-raja Melayu dan UMNO berakhir dengan
termeterainya Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 21 Januari 1948.
Hasilnya Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk pada 1 Februari 1948.
Ciri-Ciri Utama Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
1. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang dipersetujui meliputi beberapa ciri
iaitu:
a) Majlis Raja-Raja ditubuhkan.
b) syarat kerakyatan diperketat.
c) konsep Raja Berperlembagaan diperkenalkan.
d) perlindungan istimewa diberikan kepada orang Melayu dan diletakkan di
bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British.
e) Pesuruhjaya Tinggi British menjadi ketua Persekutuan. Beliau dibantu oleh
Majlis Mesyuarat Eksekutif dan Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan.
f) Sebuah persekutuan dibentuk dengan gabungan 11 buah negeri (negeri
Melayu kecuali Singapura).
Jadual 9.1 Perbezaan Antara Pentadbiran Malayan Union Dengan Persekutuan Tanah MelayuMalayan Union Aspek Perbezaan Persekutuan Tanah
MelayuGabenor British Ketua Pentadbir Pesuruhjaya Tinggi
British dan Majlis Raja-
Raja Melayu
Parlimen British Kuasa di peringkat pusat Majlis Mesyuarat
Eksekutif, Majlis
Mesyuarat Perundangan
Persekutuan, dan Majlis
Raja-Raja Melayu
Pesuruhjaya Negeri
British dan Majlis
Mesyuarat Negeri
Kuasa di peringkat negeri Sultan, Menteri Besar,
dan Majlis Mesyuarat
Negeri
Gabenor British Ketua agama Islam dan
adat istiadat Melayu
Sultan negeri
Bahasa Inggeris Bahasa Pentadbiran Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris
Rancangan Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu, mempunyai
beberapa perbezaan. Selain itu, terdapat juga perbezaan dalam pemberian
kerakyatan antara Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu.
Jadual 9.2 Perbezaan Kerakyatan Malayan Union Dengan Persekutuan Tanah MelayuMalayan Union Prinsip Persekutuan Tanah
MelayuJus soli bagi mereka yang
lahir di Malayan union,
Singapura, dan Tanah
Jajahan British.
Secara kuatkuasa
undang-undang
Jus soli hanya terbuka
kepada rakyat raja dan
rakyat British.
Pemohon yang lahir di
luar negeri tetapi
bapanya adalah rakyat
raja atau rakyat British.
Pemohon yang telah
tinggal selama lima atau
tujuh tahun dari tarikh
permohonan.
Anak angkat mereka
yang telah menjadi
rakyat Malayan Union.
Secara permohonan Pemohon yang berusia
21 tahun, tidak ada rekod
jenayah, bersetuju taat
setia kepada Persekutuan
Tanah Melayu.
Mereka yang berusi 21
tahun, telah tinggal
selama 8 tahun daripada
12 tahun di Tanah
Melayu, boleh bertutur
dalam Bahasa Melayu
dan Bahasa Inggeris.
Ahli Persekutuan Tanah Melayu
Ahli Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada negeri-negeri Perlis, Kedah,
Pulau Pinang
Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, dan
Kelantan.
Sistem Kerajaan
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu ini diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British
yang mempunyai kuasa-kuasa eksekutif dengan dibantu dan dinasihati oleh
Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan Tanah Melayu dan Majlis Mesyuarat
Undangan Persekutuan Tanah Melayu. Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan
mengandungi 7 orang ahli rasmi dan 7 orang ahli tidak rasmi. Majlis Mesyuarat
Undangan Persekutuan pula mengandungi Pesuruhjaya Tinggi sebagai Presiden
Majlis, 14 orang ahli rasmi serta 50 orang ahli tidak rasmi yang mewakili Negeri-
negeri Selat, golongan peniaga dan semua kaum. Selain daripada itu 9 orang
Yang Di Pertua Majlis Mesyuarat Negeri, Menteri Besar dan 2 orang wakil dari
Negeri-negeri Selat menjadi ahli tidak rasmi. Majlis Raja-Raja Melayu akan
menasihatkan Pesuruhjaya Tinggi mengenai dasar imigresen. Residen British
digantikan dengan seorang Menteri Besar di tiap-tiap negeri dalam Persekutuan.
(Funston, J., 1980)
Syarat kerakyatan
Syarat-syarat Kerakyatan di bawah Persekutuan Tanah Melayu ini diperketatkan
lagi melalui kuatkuasa undang-undang dan naturalisasi secara memohon.
Dengan kuatkuasa undang-undang mereka yang berikut secara otomatis boleh
menjadi warganegara;
a) Rakyat kepada Sultan pada mana-mana negeri.
b) Rakyat British yang dilahirkan di Pulau Pinang atau Melaka dan telah
tinggal dalam Persekutuan selama 15 tahun terus-menerus.
c) Rakyat British yang dilahirkan di Persekutuan dan bapanya dilahirkan
di Persekutuan atau tinggal selama 15 tahun terus-menerus.
d) Sesiapa juga yang dilahirkan di Persekutuan dan bertutur dalam
bahasa Melayu serta mengikut adat istiadat Melayu dalam kehidupan
sehari-hari.
e) Sesiapa juga yang dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu di mana
kedua ibubapanya dilahirkan serta telah tinggal selama 15 tahun
berterusan.
Melalui proses naturalisasi (secara memohon) pula seseorang itu boleh menjadi
warganegara sekiranya;
a) dilahirkan di Persekutuan dan telah tinggal sekurang-kurangnya selama 8
tahun daripada 12 tahun di Persekutuan Tanah Melayu sebelum
permohonan dibuat dan
b) telah tinggal di Persekutuan selama 15 tahun daripada 20 tahun sebelum
ia membuat permohonan.
Dalam kedua-dua perkara itu (melalui proses naturalisasi) pemohon-pemohon
mestilah berkelakuan baik, bersumpah taat-setia dan menjelaskan tujuannya
hendak menetap di Persekutuan, dan mengetahui bahasa Melayu dengan baik
atau bahasa Inggeris dengan baik. Persekutuan Tanah Melayu melalui
perlembagaannya menjamin hak-hak dan kedudukan istimewa orang-orang
Melayu serta hak, kuasa dan kedaulatan Raja-Raja Melayu di negeri masing-
masing. (Funston, J., 1980)
Pembahagian kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri
Perjanjian Persekutuan menetapkan kuasa-kuasa Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri. Hal ehwal kewangan mestilah dikendalikan oleh negeri masing-
masing. DYMM Sultan diberikan kuasa penuh ke atas hal-hal agama dan adat
istiadat Melayu. Masalah luar negeri dan pertahanan pula masih dipegang oleh
Kerajaan British. Perjanjian Persekutuan telah dijadikan Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu dan diisytiharkan dengan rasminya pada 1 Februari
1948.
Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan Tanah Melayu
Dewan Perundangan Persekutuan Tanah Melayu mengadakan persidangan
pertama di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada 1948. Ia
dirasmikan oleh Pesuruhjaya Tinggi British Sir Edward Gent. Turut hadir ialah
Menteri Negara bagi Hal Ehwal Tanah Jajahan, Lord Listowel. Dewan
Perundangan Persekutuan itu adalah termaktub dalam Bahagian Empat,
Perlembagaan Persekutuan 1948. Ahli majlis mestilah terdiri daripada :
a) Pesuruhjaya Inggeris sebagai Presiden
b) 3 orang Ex-Officio iaitu Ketua Setiausaha, Setiausaha Kewangan dan
Peguam Negara
c) 11 orang ahli rasmi
d) 34 orang ahli tidak rasmi.
Semua ahli majlis itu kecuali ahli Ex-Officio mestilah warganegara Persekutuan
Tanah Melayu ataupun rakyat British. Dalam tahun 1948 terdapat :
a) 28 orang wakil Melayu termasuk semua Menteri Besar
b) 14 orang wakil Cina
c) 6 orang wakil India
d) 14 ahli bangsa Eropah yang menjadi ahli rasmi.
Setiausaha Negara A.T. Newboult ialah orang yang pertama berucap. Dato' Onn
Jaafar selaku wakil orang-orang Melayu. Dr. Ong Chong Keng selaku wakil orang-
orang Cina. S.B. Palma wakil orang-orang India. Lord Listowel selaku wakil Raja
Inggeris dan Presidennya, Sir Edward Gent. (Gordon, P. M., 1976)
Dato' Onn Jaafar menegaskan bahawa rakyat Persekutuan Tanah Melayu tidak
ingin melihat campurtangan dan kuasa luar dalam hal ehwal Persekutuan Tanah
Melayu. Wakil orang-orang Cina pula menjelaskan bahawa orang-orang Cina
akan taat setia kepada Persekutuan Tanah Melayu. Dalam Persidangan Dewan
Perundangan Persekutuan yang pertama ini beberapa Jawatankuasa kecil telah
dibentuk iaitu :
a) 'Standing Committee On Finance'
b) Jawatankuasa Pemilihan
c) Jawatankuasa Keistimewaan.
Persidangan pertama itu telah meluluskan Rang Undang-Undang Perbandaran
Kuala Lumpur, Rang Undang-Undang Pemindahan Kuasa dan Rang Undang-
Undang Peminjaman dan Hutang. Dalam persidangan itu, wakil-wakil tidak rasmi
yang baru telah menunjukkan kebolehan yang baik dalam perbahasan di Dewan
tersebut. Dengan cara inilah pihak kerajaan Inggeris membimbing warganegara
Persekutuan Tanah Melayu untuk terus maju ke arah berkerajaan sendiri dan
mencapai kemerdekaan.
Pendaftaran PKMM ditolak
Pada 1950, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu menolak pendaftaran Parti
Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) sebagai sebuah parti politik yang sah. PKMM
mempunyai dua sayap iaitu Angkatan Pemuda Insaf dan Angkatan Wanita Sedar.
Asalnya PKMM tidak condong kepada komunisme. Setelah Mokhtaruddin Lasso
dilantik sebagai presiden PKMM yang pertama pada bulan Oktober 1946, parti ini
dipengaruhi oleh komunis. Kesatuan Melayu Muda (KMM) bergabung dengan
PKMM, dan Dr Burhanuddin Helmi menjadi presiden PKMM yang kedua. Dr
Burhanuddin membawa PKMM ke arah pembentukan Melayu Raya iaitu
gabungan Indonesia dan Tanah Melayu. Pada Disember 1947, Ishak Haji
Mohamed menjadi presiden PKMM ke-3 dan PKMM beralih dari komunisme
kepada nasionalistik. PKMM cenderung anti-UMNO dan anti penjajah. PKKM
menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat atau singkatannya PUTERA iaitu gabungan
Parti-parti Politik radikal Melayu dan kemudian bergabung pula dengan All-
Malaya Council of Joint Action atau AMCJA yang menentang habis-habisan
Perjanjian Persekutuan 1948 bagi penubuhan Persekutuan Tanah Melayu. PKMM
menuduh pegawai-pegawai yangf dilantik dalam Persekutuan Tanah Melayu
sebagai 'boneka', menari mengikut rentak 'Pejabat Jajahan'. Bagi PKMM tidak ada
unsur "menyediakan Tanah Melayu sebagai kerajaan yang demokratik". (Gordon,
P. M., 1976)
Rumusan
Perjanjian Persekutuan telah digubal oleh Sidang Pleno Inggeris-Melayu sejak
antara Jun Disember 1946. Di akhir mesyuaratnya Sidang Pleno telah
menghasilkan apa yang dikenali sebagai Blue Book setebal 100 muka surat.
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani pada 21 Januari 1948
di King House dan diumumkan oleh kerajaan British. Perjanjian ini
ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu, dan Sir Edward Gent, sebagai wakil
Kerajaan British . Perjanjian ini adalah sebagai persediaan ke arah penubuhan
Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Perjanjian ini penting kerana ia
memansuhkan Malayan Union dan menyatukan negeri-negeri Melayu dalam
sebuah Persekutuan untuk pertama kali. Kedudukan Raja-Raja Melayu juga telah
dikembalikan. Antara 1946 - 1948, 11 negeri ini membentuk tanah jajahan
British yang dipanggil Malayan Union. Disebabkan bantahan orang Melayu yang
dipimpin oleh Dato Onn Jaafar, Malayan Union dibubarkan dan digantikan dengan
Persekutuan Tanah Melayu, yang mengembalikan kedudukan simbolik raja-raja
Melayu. Malayan Union dibubarkan secara rasmi pada 21 Januari 1948. Dalam
Perjanjian Persekutuan ini, walaupun negeri-negeri Melayu menjadi negeri
naungan British, Pulau Pinang dan Melaka kekal menjadi tanah jajahan. Seperti
Malayan Union, persekutuan ini tidak dianggotai Singapura, yang sebelum ini
dianggap sebagai sebahagian dari Tanah Melayu.
Rujukan
Abdul Hamid Bin Ahmad. (1980). Penentangan Orang-Orang Melayu Terhadap Malayan Union. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Funston, J. (1980). Malay politics in Malaysia. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd).
Gordon, P. M. (1976). Malaysian Politics. London: Hodder and Stoughton.
Harry, M. (1965). The Story of Malaysia. London: Faber & Faber.
Mohamed Noordin Sopiee. (1976). From Malayan Union to Singapore Separation-Political Unification in the Malaysian Region, 1945-1965. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Sitti Haishah Abd Rahman. (2008) Persekutuan Tanah Melayu Asas Negara Merdeka. Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia.
Latihan
1. Bincangkan sebab dasar Persekutuan Tanah Melayu yang menjadi tolak ansur
persetujuan orang Melayu.
2. Bandingkan ciri-ciri Perlembagaan Malayan Union dengan Perlembagaan
Persekutuan
Tanah Melayu.
3. Bezakan ciri-ciri kerakyatan dalam Malayan Union dengan Persekutuan Tanah
Melayu.
BAB 10 PROSES KE ARAH KEMERDEKAAN DAN PEMBENTUKAN NEGARA BERDAULAT
Hasil Pembelajaran Membincangkan kewujudan amalan toleransi dan musyawarah semasa
pembentukan Perlembagaan Kemerdekaan Tanah Melayu. Membandingkan syarat-syarat kerakyatan 1952 dengan syarat-syarat
kerakyatan 1957. Membahaskan kemerdekaan mutlak Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Mentafsir kepentingan pakatan murni sebelum kemerdekaan. Membuat inferens tentang kejayaan mencapai kemerdekaan tanpa
pertumpahan darah. Membincangkan tanggungjawab rakyat Malaysia dalam mempertahankan
kedaulatan negara dan mengisi kemerdekaan.
Peta Konsep
Detik-Detik Pengisytiharan Kemerdekaan 31 Ogos 1957
Rombongan Merdeka Rundingan antara Kaum dan Pemasyhuran Kemerdekaan1956 Penyediaan Perlembagaan 31 Ogos 1957 Persekutuan Tanah Melayu 1957
Tujuan Suruhanjaya Reid Kandungan PemasyhuranRombongan Kemerdekaan
Perjanjian London Perlembagaan Persekutuan 1956 Tanah Melayu 1957
Unsur dan Tingkah Laku Patriotisme Kemerdekaan dan kedaulatan negara kita Menghargai dan menghadapi kemerdekaan negara kita Perpaduan rakyat tunggak kemerdekaan Negara Bertanggungjawab Pakatan murni menjamin perpaduan Sentiasa bermuafakat untuk mengekalkan perpaduan Keluhuran perlembagaan Mematuhi peraturan
Laman WebLayari laman web yang berikut untuk mendapat maklumat lanjut berkaitan dengan bab ini.http://perdana.pnm.my/bib_kemerdekaan/Laman%20Web.htm
Perubahan Pentadbiran Ke Arah Berkerajaan SendiriDi Sarawak Dan Sabah
Sabah Sarawak
Keadaan selepas Keadaan selepas Kekalahan Jepun Kekalahan Jepun
Penyerahan Sarawak Penyerahan Sabah Kepada British
Penentangan dan Langkah ke arah Reaksi British berkerajaan sendiri
Langkah ke arah Penubuhan Parti Berkerajaan sendiri politik di Sabah
Penubuhan parti politik di Sarawak
Malaysia Yang Berdaulat
Gagasan Persekutuan Reaksi Pembentukan Perjanjian danMalaysia Persekutuan Malaysia Perisytiharan Persekutuan
Idea Pembentukan Negeri-Negeri Terlibat Langkah Ke Arah Pembentukan Persekutuan
Cadangan Tunku Abdul Negara-Negara Jiran Perisytiharan Persekutuan Malaysia
Matlamat Pembentukan Negara-Negara Barat Konfrontasi Perdamaian
Pemisahan Singapura
Pengenalan
Komunis Selepas Perang Dunia Kedua
Apabila perang tamat, pihak Pentadbiran Tentera British meminta MPAJA
dibubarkan dan menyerahkan semula senjata kepada mereka. PKM pada
dasarnya bersetuju menyerahkan kembali semua sejata kepada British. Tetapi
sebenarnya mereka telah menyembunyikan sebahagian daripada senjata
tersebut. Bagi menggalakkan mereka menyerahkan kembali senjata, pihak
British berjanji bahawa setiap anggota MPAJA yang menyerahkan kembali
senjata akan dibayar sebanyak $350.00 serta menerima satu beg beras daripada
pihak British. PKM yang menyusup dalam kesatuan sekerja mula terlibat secara
aktif dalam pergerakan politik.
Keganasan komunis
Pada tahun 1948, Jawatankuasa Pemuda Komunis Antarabangsa bermesyuarat
di Calcutta, India bagi mengambil keputusan untuk melancarkan pemberontakan
di rantau Asia Tenggara. Lanjutan itu, PKM menubuhkan unit gerila yang dikenali
sebagai Malayan Race Liberation Army (MRLA). PKM memulakan pemberontakan
dengan menyerang lading dan lombong milik syarikat Eropah. Mereka
menjalankan aktiviti keganasan seperti:
a) menyerang balai polis
b) membakar kilang
c) membakar bas
d) merosakkan landasan kereta api
e) membunuh orang yang bersubahat dengan pihak British
Langkah-Langkah Memberikan Ancaman Komunis
Pengisytiharan Darurat
Pada bulan Jun 1948, pengganas komunis membunuh tiga orang pengurus
ladang Eropah di Sungai Siput, Perak. Peristiwa ini telah menggemparkan pihak
British. Berikutan peristiwa tersebut, Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Edward Gent
telah mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu. Tindakannya bertujuan
melindungi kepentingan ekonomi British di Tanah Melayu (Edgar, O., 1966).
British kemudiannya telah menguatkuasakan Undang-Undang Darurat 1948
yang bertujuan:
a) membolehkan kerajaan menahan sesiapa sahaja yang disyaki terlibat
dalam kegiatan komunis.
b) membenarkan pasukan keselamatan menggeledah rumah kediaman.
c) memindahkan penduduk ke petempatan baru.
d) memagar kawasan kampung yang disyaki penduduknya membantu
pengganas komunis.
Pengharaman Parti Komunis Malaya dan Parti Berhaluan Kiri
Kerajaan telah mengharamkan Parti Komunis Malaya pada tahun 23 Julai 1948.
British juga mengambil kesempatan mengharamkan parti-parti politik
berfahaman kiri yang memperjuangkan kemerdekaan seperti:
a) Angkatan Wanita Sedar (AWAS)
b) Ikatan Pemuda Tanah Air Melayu (PETA)
c) Pemuda Radikal Melayu (PERAM)
d) Parti kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
e) Hizbul Muslimin
Memperbesarkan Pasukan Keselamatan
Polis
Kerajaan telah memperbesarkan pasukan keselamatan seperti pasukan tentera
dan polis. Pasukan polis telah disusun semula dan diperbesarkan
keanggotaannya hingga menjadi 70,000 orang.
Home Guard
Pasukan Home Guard ditubuhkan bagi membantu pasukan polis dan tentera
menjaga keselamatan di peringkat kampung. Anggota Home Guard ini terdiri
daripada kaum lelaki dan kaum wanita. Penubuhan pasukan Home Guard telah
berjaya meniupkan semangat berkobar-kobar rakyat untuk mempertahankan
negara.
Pasukan Keselamatan
Pasukan keselamatan telah dilatih untuk mengebom dan melakukan serangan
hendap ke atas kawasan yang menjadi sasaran komunis dengan bantuan tentera
udara British (RAF). Keberanian orang Melayu melawan pengganas komunis
secara berhadapan amat mengkagumkan Pesruhjaya Tinggi British pada masa
itu.
Askar Komanwel
British telah membawa masuk askar dari negara Komanwel terutamanya dari
Australia, New Zealand, Afrika Timur, dan Fiji bagi membantu menghapuskan
ancaman komunis di Tanah Melayu.
Mata-Mata Khas
Seramai 24, 000 orang Mata-Mata Khas Melayu (Special Constables) telah dilatih
dan dihantar untuk mengawal lading dan kawasan lombong yang terpencil.
Rancangan Briggs
Rancangan Briggs dilancarkan oleh Sir Henry Gurney pada tahun 1950. Leftenan
Jeneral Sir Harold Rowdon Briggs merupakan Pengarah Operasi bagi rancangan
ini (Edgar, O., 1966). Rancangan Briggs dibentuk bertujuan:
a) menempatkan semula penduduk di kawasan pinggir hutan ke kawasan
petempatan baru
b) menyekat bekalan makanan, wang, maklumat dan ubat-ubatan kepada
pihak komunis.
Kawasan petempatan baru ini digelar “Kampung Baru”. Rancangan itu
merangkumi pemindahaan penduduk Cina dari kawasan-kawasan terpencil yang
bertaburan dan menempatkan mereka di Kampung Baru seperti di Jinjang supaya
tidak diugut oleh Min Yuen untuk memberi maklumat dan bekalan makanan
serta ubat-ubatan. Tujuannya semata-mata untuk melumpuhkan kegiatan Min
Yuen. Pada masa darurat 1948, Min Yuen telah menyokong pemberontakan yang
dilakukan oleh komunis. Min Yuen (ertinya "gerakan rakyat" dalam bahasa Cina)
ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya sebahagian besarnya dianggotai oleh orang
Cina. Tujuan Min Yuen ditubuhkan adalah untuk memberi maklumat dan
membekalkan makanan serta ubat-ubatan kepada komunis. Pergerakan mereka
berpusat di bandar-bandar, kampung-kampung dan kawasan berhampiran
hutan. Bukan semua orang Cina menyertai Min Yuen secara rela hati. Ada yang
terpaksa berbuat demikian kerana takut ancaman maut. Sebenarnya
kebanyakkan orang Cina berasa serba salah kerana kalau mereka menyokong
kerajaan, mereka akan dibunuh oleh pengganas komunis dan tindakan akan
diambil terhadap mereka dan keluarga mereka. Kampung-kampung baru ini
dipagar dengan kawat berduri serta dikawal oleh pasukan keselamatan.
Penduduk Kampung Baru diberi banyak kemudahan seperti pendidikan,
perkhidmatan kesihatan, tempat tinggal serta bekalan elektrik, dan air paip. Jumlah
penduduk yang terbabit dalam rancangan ini adalah seramai 470,509 orang
yang ditempatkan di 440 buah kampung baru. Persatuan Cina Malaya (MCA)
yang ditubuhkan pada tahun 1949 banyak membantu usaha kerajaan
menempatkan semula orang Cina. (Hooker, V.M., 2003)
Cara Pelaksanaan Rancangan Briggs
Seramai 400 000 orang penduduk setinggan Cina dipindahkan ke lebih 400 buah
kampung baru di seluruh Tanah Melayu. Kampung baru dilengkapi kemudahan
asas seperti tempat tinggal, sekolah, kemudahan kesihatan, bekalan elektrik,
dan air paip. Ia dipagari dengan kawat berduri dan dikawal ketat oleh Special
Constables (SC). Setiap ketua keluarga diberi kad catuan makanan bagi
memastikan setiap anggota keluarga memperoleh bekalan makanan
secukupnya. Pergerakan keluar masuk setiap penduduk dikawal selia setiap
masa. Kerajaan juga melaksanakan program “Gerakan Kelaparan” dengan
tujuan memastikan pihak komunis tidak mendapat sebarang bekalan makanan,
senjata, maklumat, dan ubat. Briggs menyokong penubuhan Malayan Chinese
Association (MCA) pada tahun 1949 untuk membantu setinggan Cina di kampung
baru. MCA merupakan pertubuhan sosial masyarakat Cina, dan menjalankan
aktiviti kutipan derma melalui jualan loteri kebajikan. Kutipan jualan loteri
didermakan kepada penduduk Cina di kampung baru.
Langkah-Langkah Keselamatan Yang Dilaksanakan British Bagi Menggempur
Pengganas Komunis Di Kampung Baru
Mengadakan Sekatan Jalan Raya untuk mencegah bekalan makanan, ubat, dan
maklumat sampai ke tangan komunis. Tanpa barang-barang keperluan ini
pengganas komunis terpaksa keluar dari tempat persembunyian mereka. Ia
memudahkan pasukan keselamatan menggempur pengganas komunis. Sistem
Pendaftaran Kebangsaan untuk mengawal pergerakan penduduk. Setiap
penduduk berumur 12 tahun atau lebih mesti didaftarkan, dan diberi kad
pengenalan untuk membezakannya dengan pengganas komunis.
Kesan Kejayaan Rancangan Briggs
British berjaya melumpuhkan rangkaian gerakan PKM. Sokongan terhadap PKM
semakin merosot. Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat di Pahang, PKM
mengambil keputusan mengurangkan kekejaman terhadap orang awam. PKM
berundur ke selatan Thailand.
Perang Saraf
Perang Saraf merupakan rancangan British menghapuskan pengganas komunis
melalui kempen “memenangi hati dan fikiran rakyat”. Tahun 1952 Sir Gerald
Templer dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu dan
Pengarah Gerakan. Beliau menggantikan Sir Henry Gurney yang mati dibunuh
dalam serangan hendap oleh komunis ketika dalam perjalanan ke Bukit Fraser.
Sir Gerald Templer menyedari penggunaan kekerasan, dan senjata semata-mata
tidak akan berjaya menghapuskan pengaruh komunis.
Kempen2 & Langkah2 Yang Dilaksanakan British Untuk Menjayakan Perang Saraf
Kempen “Bulan Penduduk Tanah Melayu Menentang Komunis”. Ia dilaksanakan
dengan jayanya. Penduduk pelbagai kaum bersama-sama membawa sepanduk
mengutuk keganasan komunis. Penduduk membakar patung-patung komunis.
Mengedar Risalah Menentang Komunis. Risalah diedarkan ke seluruh Tanah
Melayu. Perang saraf ini menimbulkan kebencian penduduk terhadap kekejaman
komunis. Penduduk rela hati menawarkan diri menyertai pasukan keselamatan,
dan polis untuk mempertahankan tanah air. Konsep “Kawasan Hitam” dan
“Kawasan Putih”. Kawasan hitam merupakan kawasan yang terdapat kegiatan
komunis yang aktif dan dikenakan perintah berkurung. Perintah berkurung
dilaksanakan untuk larangan kepada setiap individu daripada keluar rumah
bermula jam 6 petang hingga 6 pagi. Kawasan putih ialah kawasan bebas
daripada ancaman komunis. Contoh kawasan putih adalah Melaka, Terengganu,
Kedah, Perlis, dan Negeri Sembilan. Ia diisytiharkan oleh Sir Gerald Templer pada
tahun 1954. British Melonggarkan Syarat Kerakyatan Kepada Orang Cina.
Tujuannya bagi menarik sokongan orang Cina terhadap usaha perang saraf.
Tahun 1952 seramai 1.2 juta orang Cina dan 180 ribu orang India menjadi
warganegara Tanah Melayu. Ia menunjukkan pengorbanan orang Melayu
terhadap kaum lain demi perpaduan, dan kesejahteraan rakyat. British
Menaikkan Jumlah Hadiah Tentang Gerila Komunis (Hanrahan, G.Z., 1979).
Diberikan kepada mereka yang berjaya menangkap & memberi maklumat
berkaitan komunis. Contoh;
a) Hadiah menangkap Chin Peng hidup atau mati sebanyak $250 000.
b) Chin Peng merupakan Setiausaha PKM yang berasal dari Sitiawan Perak,
dan nama sebenarnya Ong Boon Hua. Hadiah untuk menangkap atau
membunuh orang kanan Chin Peng sebanyak $200 000.
c) Tawaran hadiah ini telah disiarkan dalam surat khabar The Straits Times
pada 1 Mei 1952 di Singapura.
Peranan Sultan dan Menteri Besar. Sultan dan menteri besar setiap negeri sering
mengingatkan rakyat tentang langkah-langkah kerajaan menentang komunis.
Contoh;
a) Sultan Pahang sentiasa mengingatkan rakyatnya jangan terpedaya
dengan janji komunis, dan orang Melayu yang menyokong komunis
dianggap pengkhianat negara.
b) Menteri Besar Pahang mengingatkan orang ramai kekejaman Tentera
Bintang Tiga
c) Dato’ Onn Jaafar menyeru rakyat membantu kerajaan menghapuskan
komunis di Tanah Melayu.
Kerajaan berusaha menimbulkan kebencian rakyat terhadap komunis dengan
menggelar mereka sebagai pengganas. Menguatkuasakan Peraturan Catuan
Bekalan Makanan. Pengganas komunis yang terdesak terpaksa bercucuk tanam
untuk mendapatkan bekalan makanan sendiri di dalam hutan. Pasukan
keselamatan berjaya gagalkan rancangan komunis dengan menyembur racun ke
kawasan tanaman tersebut.
Pengampunan Beramai-Ramai
Tujuannya untuk menggalakkan pengganas komunis menyerah diri. Pada tahun
1955 sebanyak 40 juta risalah dan 12 juta pas pengampunan diedarkan dalam
bahasa Cina, Melayu dan Tamil. Setiap hari Radio Malaya menyiarkan syarat
tawaran pengampunan itu. Poster ditampal di serata tempat. Iklan dan wayang
gambar digunakan untuk membantu penduduk memujuk pengganas komunis
menyerah diri.
Pertemuan Baling
Dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan Persektuan tahun 1955, Parti Perikatan
mengemukakan manifesto yang menjanjikan kemerdekaan segera, dan
menamatkan darurat. Tunku Abdul Rahman berjanji jika diberi mandat akan
berunding dengan pihak komunis. Pada Oktober 1955, Chin Peng menulis surat
kepada Tunku Abdul Rahman untuk mengadakan rundingan. Pada 28 dan 29
Disember 1955 pertemuan antara Tunku Abdul Rahman dengan Chin Peng
diadakan di pekan Baling, Kedah iaitu di Sekolah Inggeris Baling.
Rundingan ini diwakili oleh;
a) Wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu ialah Tunku Abdul Rahman,
David Marshall, dan Tun Tan Cheng Lock.
b) Wakil Parti Komunis Malaya ialah Chin Peng, Chien Tien, dan Rashid
Maidin.
Tunku Abdul Rahman meminta supaya Chin Peng membubarkan PKM, meletak
senjata dan menyerah diri. Chin Peng pula mengenakan syarat iaitu PKM hanya
akan letak senjata, dan menyerah diri sekiranya kerajaan bersetuju mengakui
PKM sebagai sebuah parti politik yang sah. Hasilnya adalah pertemuan tersebut
gagal kerana Tunku Abdul Rahman enggan bertolak ansur dengan syarat Chin
Peng. Alasan Tunku Abdul Rahman;
a) fahaman komunis tidak sesuai dalam kehidupan masyarakat berbilang
kaum di Tanah Melayu.
b) beliau sedia berunding dengan PKM pada bila-bila masa jika PKM berubah fikiran.
Tanah Melayu mencapai kemerdekaan semasa undang-undang darurat belum
ditamatkan lagi. Apabila Tanah Melayu merdeka pengaruh komunis semakin
merosot. Pada 31 Julai 1960 kerajaan isytiharkan darurat tamat. (Edgar, O.,
1966)
KESAN DARURAT
Kesan Politik
Undang-Undang Darurat 1948 diperkenalkan kerana kekejaman, dan keganasan
komunis. Tujuannya adalah untuk membendung gerakan kebangsaan berhaluan
kiri walaupun bukan bercorak komunis, dan juga gerakan Min Yuen. Kelonggaran
syarat kerakyatan diberikan kepada orang bukan Melayu tahun 1952. Tujuannya
adalah untuk menarik minat mereka supaya tidak memihak kepada komunis.
British menyegerakan pemberian kemerdekaan. Darurat menjadi faktor penting
British memberikan taraf berkerajaan sendiri kepada rakyat Tanah Melayu. Ia
disuarakan British sebelum Pertemuan Baling diadakan. Tujuan British adalah
supaya PKM tidak mempunyai alasan untuk meneruskan perjuangan mereka.
Penubuhan Malayan Chinese Association (MCA). MCA merupakan usaha menarik
minat orang Cina melibatkan diri dalam politik berhaluan kanan. Kesannya
adalah orang Cina mula memberi kerjasama dan membantu kerajaan
membanteras komunis. MCA berjaya mengikis pandangan negatif penduduk
tempatan terhadap orang Cina yang menganggap semua orang Cina adalah
pengganas komunis.
Kesan Ekonomi
Kehidupan rakyat tidak tenteram. Keganasan komunis menyebabkan rakyat
tidak dapat menjalankan kegiatan harian. Kemusnahan Kemudahan Asas.
Kejadian kemusnahan sistem perhubungan, jentera melombong, kemudahan
awam berlaku. Gangguan Terhadap Buruh Ladang.Keadaan ini menjejaskan
pengeluaran sumber ekonomi negara. Ramai pekerja ladang berasa tidak
selamat untuk bekerja. Perbelanjaan Kerajaan Meningkat. Kerajaan
membelanjakan sebanyak $250 000 hingga $300 000 sehari semasa darurat.
Dalam tempoh 12 tahun kerajaan membelanjakan sebanyak $721.9 juta bagi
tujuan;
a) Membeli peralatan ketenteraan untuk mengukuhkan pertahanan
b) Memperbesar pasukan keselamatan, menambah bilangan polis, tentera,
dan Home Guard untuk melindungi keselamatan rakyat.
Pembangunan luar bandar terabai. Kerajaan lebih menumpukan perhatian
kepada usaha membanteras komunis, dan darurat. Kerajaan lebih menumpukan
perhatian kepada pembangunan di perkampungan baru. Kesannya adalah
pembangunan luar bandar kurang diberi perhatian.
Kesan Sosial
Kecederaan dan Kematian. Ramai anggota pasukan keselamatan, pengganas
komunis dan orang awam terkorban. Pada akhir tahun 1950-an jumlah yang
dikenal pasti ialah seramai 21 231 orang awam dan tentera terbunuh, dan
cedera. Manakala seramai 6133 orang pengganas komunis terkorban. Penduduk
Hidup Sengsara dan Menderita. Peperangan menentang komunis berlangsung
selama 12 tahun. Ia membawa kesengsaraan hidup kepada penduduk Tanah
Melayu. Antaranya adalah penduduk sukar bergerak untuk mendapat bekalan
makanan. Mereka terpaksa mematuhi pelbagai undang-undang yang dikenakan
oleh kerajaan. Penduduk luar bandar tidak dapat menjalankan aktiviti harian
dengan bebas. Pekebun kecil tidak dapat mengusahakan pertanian kerana
larangan perintah berkurung. Mereka terpaksa bergantung kepada makanan
seperti ubi, dan keledek kerana catuan bekalan makanan sama seperti zaman
pendudukan Jepun. Masalah Hubungan Kaum. Tempoh darurat yang panjang
memberi kesan kepada hubungan kaum di Tanah Melayu. Pada tahun 1949
Community Liaison Committee (CLC) atau Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
ditubuhkan. Tujuan CLC adalah untuk mengeratkan kerjasama antara kaum di
Tanah Melayu. Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Dasar ini
berorientasikan kandungan sukatan pelajaran Tanah Melayu sendiri. Tujuannya
adalah memupuk cintakan tanah air di kalangan generasi muda. Penggunaan
bahasa pengantar yang sama diharapkan dapat memupuk persefahaman antara
kaum. (Ryan, N.J., 1965)
Kerjasama Antara Kaum Ke Arah Kemerdekaan
Pembinaan sebuah Negara bangsa yang merdeka dan berdaulat bukanlah
sesuatu yang mudah. Persiapan berkerajaan sendiri telah diadakan bagi
memastikan penduduk tempatan mampu mentadbir negara sendiri. Dasar
bekerjasama dan permuafakatan antara kaum telah dicapai melalui rundingan.
Bagi menjayakan matlamat tersebut parti-parti politik ditubuhkan.
Ke Arah Mencapai Perpaduan Kaum
Usaha untuk mencapai perpaduan kaum di Tanah Melayu telah dimulakan sejak
tahun 1949 melalui penubuhan Community Liaison Committee (CLC) atau
Jawatankuasa Hubungan antara Kaum. Pihak British memberi syarat supaya
kerjasama kaum diadakan jika ingin mendapatkan kemerdekaan. Perkara ini
penting bagi menjamin kestabilan politik dan keharmonian masyarakat.
Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
Pada peringkat awal, CLC hanya dianggotai oleh kaum Melayu dan Cina. Orang
Melayu diwakili oleh UMNO diketuai oleh Dato’ Onn Jaafar. Orang Cina diwakili
Malayan Chinese Association (MCA) diketuai oleh Tun Tan Cheng Lock. Mulai
Ogos 1949, CLC turut dianggotai oleh seorang wakil kaum India, Ceylon, Serani
dan Eropah. Pengerusi CLC ialah Dato’ E.E.C. Thuraisingam dan Penasihatnya
ialah Sir Malcolm Macdonald, Gabenor Jeneral Asia Tenggara. Dalam rundingan
yang dijalankan hampir dua tahun, UMNO telah mengemukakan
memorandumnya mempertahankan ketuanan Melayu. CLC menolak tuntutan
UMNO. Sebagai tolak ansur kepada kebuntuan rundingan ini, satu kompromi
telah dibuat antara UMNO-CLC. Perkara penting yang telah dipersetujui:-
a) Kelonggaran syarat kerakyatan Persekutuan.
b) Bantuan ekonomi dan pelajaran kepada orang Melayu.
c) Pilihan raya akan diadakan pada masa yang sesuai di peringkat majlis
bandaran, negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan.
d) Pembentukan satu sistem pendidikan yang mewajibkan penggunaan
bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai pengantar.
Cadangan ini dilaksanakan selepas tahun 1951.
Tahukah Anda.Pilihan rayaProses memilih wakil ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri oleh penduduk dibuat dengan cara mengundi.
Usaha Parti-Parti Politik Mewujudkan Perpaduan Kaum
Beberapa buah parti politik ditubuhkan sebagai usaha untuk melahirkan
perpaduan kaum. Antaranya ialah Independence of Malaya Party (IMP) dan Parti
Negara. Menteri Besar, pihak British dan Parti Negara mengadakan Konferensi
Nasional sebagai uasaha melahirkan kerjasama politik. Kemudiannya, parti-parti
seperti UMNO, MCA dan MIC menubuhkan Parti Perikatan. Sementara itu,
Persatuan Islam Se-Malaysia (PAS) bekerjasama dengan UMNO dalam Konvensi
Nasional. Konferensi dan Konvensi Nasional adalah medan perbincangan parti
politik untuk mencari jalan merealisasikan perpaduan kaum. (Ryan, N.J., 1965)
Pendidikan Alat Perpaduan
Bagi merapatkan jurang perbezaan pendidikan dan membentuk semangat
perpaduan di kalangan penduduk Tanah Melayu, beberapa laporan pelajaran
telah dikeluarkan. Laporan ini memberi cadangan untuk melahirkan sistem
pendidikan kebangsaan Tanah Melayu supaya setiap murid dapat belajar
menerusi sistem pendidikan yang sama.
Ciri-Ciri Sistem Pendidikan Vernakular Di Tanah Melayu Sebelum
Merdeka
Sekolah Vernakular
Sekolah vernakular merujuk kepada sekolah yang menggunakan bahasa ibunda
dalam pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan (Pengajaran dan
Pembelajaran) di sekolah. Terdapat tiga jenis sekolah vernakular, iaitu Melayu,
Cina dan Tamil.
Sekolah Melayu
Sekolah vernakular Melayu yang pertama sekali ditubuhkan ialah pada tahun
1855, iaitu di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Sekolah Melayu Gelugor, Pulau Pinang
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Pada tahun 1872, A.M.
Skinner memperkenalkan persekolahan dua sesi, iaitu:
Pagi; Bahasa Melayu, Matematik, Ilmu Alam dan mata pelajaran vokasional.
Petang; Bahasa Arab dan al-Qur'an.
Kekurangan guru merupakan faktor tiada sekolah menengah Melayu pada waktu
itu. Ini telah mendorong sehingga tertubuhnya dua buah maktab perguruan,
iaitu:
a) Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, pada tahun 1922 dan
b) Maktab Perguruan Perempuan Melaka, di Melaka pada tahun 1935.
Sekolah Cina
Sekolah vernakular Cina ditubuhkan pada tahun 1815 oleh kumpulan pendakwah
baru Persatuan Pendakwah London. Terdapat juga sekolah Cina yang dibuka oleh
orang perseorangan. Sekolah Cina menggunakan bahasa Cina atau Mandarin
(Guo Yu) sebagai bahasa pengantar, manakala guru-guru dan buku teks diimpot
dari negara China.
Contoh sekolah vernalular Cina adalah:
a) SJK (C) Hua Lian, Tanjung, Perak dan
b) SJK (C) Chung Hwa, Kota Bharu, Kelantan.
Kelas Bahasa Cina diadakan di semua Free School, iaitu di Melaka, Pulau Pinang
dart Singapura, namun la gagal dan telah dihentikan.
Sekolah Tamil
Sekolah vernakular Tamil menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa
pengantar. Guru, kurikulum dart buku teks diimpot dart India. Contohnya, SJK (T)
Manikavasagam, Tanjung Malim, Perak. Pada tahun 1925, Kod Buruh berkuat
kuasa, di mana semua estet vang mempunyai 10 orang kanak-kanak dalam
umur persekolahan diwajib menyediakan sekolah yang bertujuan rnembasmi
buta huruf.
Sekolah Inggeris
Sekolah Inggeris hanya terdapat di kawasan bandar dan menggunakan bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantar. Pendidikan bahasa Inggeris mula
diperkenalkan di kalangan anak bangsawan Melayu pada tahun 1905. Penang
Free School (1816) merupakan sekolah Inggeris pertama yang ditubuhkan. Guru-
guru yang mengajar di sekolah Inggeris ini terdiri daripada paderi yang
mendapat pendidikan di Eropah.
Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan British
Ciri-ciri sekolah pada zaman penjajahan:
a) Setiap jenis sekolah khusus mengikut kaum.
b) Kurikuium sekolah berbeza.
c) Lokasi sekolah bagi setiap kaum terpisah.
d) Bahasa pengantar berlainan, contoh sekolah Cina bahasa pengantarnya
ialah bahasa Mandarin.
Pada tahun 1854, Syarikat Hindia Tirnur mengeluarkan arahan kepada Gabenor
Negeri-negeri Selat untuk menyediakan laporan tentang status dan keadaan
pendidikan agar tindakan selanjutnya dapat diambil. Pada tahun 1855, sekolah
Melayu dibuka di Bayan Lepas, Pulau Pinang dan diikuti dengan dua buah
sekolah Melayu di Singapura, iaitu di Telok Belanga dan Kampung Gelam. Pada
zaman pernerintahan British di Tanah Melayu, sekolah Inggeris mula
diperkenalkan. Contohnya,
a) King Edward VII, Taiping di Perak dan
b) Clifford School, Kuala Lipis, Pahang.
Sekolah pondok masih diteruskan di kalangan penduduk Melayu. Sekolah
vokasional Melayu juga telah diadakan untuk melatih kumpulan buruh. A.M.
Skinner, Nazir Sekolah pada tahun 1870-an telah merombak sekolah Melayu dan
menjadikannya dua sesi, iaitu sesi pagi untuk pelajaran biasa dari sesi petang
untuk pembelajaran agama. Senario di sekolah-sekolah Cina pula agak berbeza
kerana sekolah-sekolah ini dibiayai oleh masyarakat Cina yang terdiri daripada
golongan peniaga. Sekolah-sekolah Cina ini berkembang pesat dan diteruskan ke
peringkat sekolah menengah. Di peringkat awal, iaitu pada tahun 1917, sekolah
Cina mula mendapat bantuan dari Negara China dan telah menggunakan bahasa
"Guo Yu" : Mulai tahuu 1920-an, sekolah-sekolah ini diberi pilihan sama ada
untuk mendapat bantuan dari negara China atau kerajaan tempatan. Sekolah-
sekolah tamil mula berkembang selaras dengan perkembangan dalam sektor
perladangan kopi, getah dan kelapa sejak tahun 1870-an. Sekolah Tamil telah
diadakan untuk majikan estet dan hanya di peringkat sekolah rendah sahaja.
Kanun Buruh diterima pakai di Negeri-negeri Melayu Bersekutu mulai tahun 1923
clan membuat peruntukkan agar sekolah-sekolah Tamil diberi kemudahan
mengajar kepada anak-anak pekerja buruh.
Walau bagaimanapun, sekolah-sekolah lnggeris yang dikendalikan oleh
mubaligh Kristian adalah terbuka kepada semua kanak-kanak tanpa mengira ras
dan agama. Sistem pendidikan ini sejak awal lagi telah meninggalkan kesan
yang mendalam dari segi meningkatkan persaingan hebat di kalangan semua
kaum. Sejak pertengahan tahun 1870-an, kaedah pengajaran yang digunakan
adalah `monitoral system' di mana guru-guru dibawa dari England clan kos
perbelanjaan untuk tujuan ini kian meningkat. Justeru, Jawatankuasa Wooley
pada tahun 1870-an telah membuat penelitian dan mencadangkan agar
alternatit lain diperoleh clan hasil daripada laporan ini, maka sistem "bekerja
sambil belajar" telah diperkenalkan. Dalam aspek latihan pula, sejak awal lagi
telah diberikan latahan profesional. Justeru, guru-guru pada awalnya dihantar ke
Kolej Raffles dan ke luar negara untuk tujuan latihan. Mulai tahun 1920-an, dua
buah institusi tempatan diwujud untuk menyediakan latihan perguruan. Maktab
Perguruan Sultan Idris (1922 ) dan Maktab Latihan Perguruan Perempuan Melayu
di Melaka ditubuhkan (1935) untuk melatih guru-guru dari Negeri-negeri Selat,
Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.
Pendudukan Jepun telah banyak menjejaskan perkembangan di dalam bidang
pendidikan. Selepas Jepun meninggalkan Tanah Melayu, sekolah dan kolej
berfungsi kembali setelah proses membaiki bangunan dan melengkapkan
kemudahan serta peralatan sekolah siap selepas tahun 1946. (Kennedy, J., 1993)
Cadangan Laporan Pelajaran Tanah MelayuLaporan Barnes 1951
Pendidikan sekolah rendah diwajibkan. Sekolah rendah menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantar. Sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar.Laporan Fenn-Wu 1951
Menolak sistem pendidikan cadangan Laporan Barnes kerana mahu terus mengekalkan sistem pendidikan vernakular Cina.
Ordinan Pelajaran 1952 Pendidikan sekolah rendah adalah wajib. Sekolah rendah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar. Sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar.Laporan Razak 1956
Mengadakan sistem sekolah umum dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi sekolah rendah dan menengah.
Mengadakan sekolah jenis umum dengan menggunakan bahasa Cina, bahasa Tamil dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Pendidikan rendah adalah wajib. Bahasa ibunda diajar jika terdapat 15 orang pelajar yang memohon. Mengadakan sukatan pelajaran, sistem peperiksaan, latihan
perguruan dan sistem nazir yang sama. Laporan Razak 1956 menerima cadangan Laporan Barnes tetapi demi menjaga
keharmonian politik, Laporan Razak membenarkan penggunaan bahasa
pengantar vernakular selama sepuluh tahun selepas merdeka. Sekolah
vernakular ini akan beransur-ansur menjadi sekolah umum yang akan
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Dasar pendidikan
kebangsaan dalam Laporan Razak telah dilaksanakan pada tahun1961.
Koridor SejarahKonferensi NasionalKonferensi Nasional diadakan pada bulan Februari 1954 oleh pihak British.Konvensi NasionalKonvensi Nasional diadakan pada bulan Ogos 1954 oleh pihak UMNO.
Kerjasama Kaum ke Arah Berkerajaan Sendiri
Sistem ahli
Diperkenalkan pada tahun 1951 untuk melatih orang Melayu dan kaum lain
dalam pentadbiran Tanah Melayu. Idea penubuhan dicetuskan oleh Dato’ Onn
Ja’afar dan disokong oleh pihak British dan raja-raja Melayu. Dilaksanakan pada
bulan April 1951 hingga bulan Jun 1995. (Kennedy, J., 1993)
Ciri-ciri Sistem Ahli1. Kabinet bayangan yang terdiri daripada beberapa orang pegawai dan
tokoh masyarakat.2. Anggotanya dikenali sebagai Ahli.3. Pelantikan dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan
Majlis Raja-Raja Melayu.4. Ahli-ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British.5. Ahlinya terdiri daripada 9 orang anggota iaitu 5 orang penduduk Tanah
Melayu dan 4 orang pegawai British. Daripada 5 orang penduduk Tanah Melayu, 3 daripadanya orang Melayu, seorang Cina dan seorang India.
Antara Anggota Sistem Ahli1. Dato’ Onn Ja’afar – Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri (1951-1955)2. Dato’ Mahmud Mat – Ahli Tanah, Perlombongan dan Perhubungan
(1951-1954)3. Tunku Yaakob AlmarhumSultan Abdul Hamid Halim Shah – Ahli
Pertanian dan Perhutanan (1951-1955)4. Dato’ E.E.C. Thuraisingam – Ahli Pelajaran (1951-1955)5. Dr. Lee Tiang Keng – Ahli Kesihatan (1951-1954)
Pada tahun 1955, wakil UMNO, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman dan wakil MCA, Tun
H.S.Lee telah dilantik menganggotai Sistem Ahli bagi mencerminkan proses
perpaduan kaum yang kukuh di Persekutuan Tanah Melayu. (Hooker, V.M., 2003)
Kelonggaran syarat kerakyatan Persekutuan
CLC telah membuat cadangan melonggarkan syarat kerakyatan kepada
golongan imigran supaya mereka mencurahkan taat setia sepenuhnya kepada
Persekutuan Tanah Melayu. Ia juga bermatlamat untuk mengelakkan golongan
imigran supaya mereka mencurahkan taat setia sepenuhnya kepada
Persekutuan Tanah Melayu.
Kelonggaran Syarat Kerakyatan PersekutuanSecara Kuat Kuasa
Undang-UndangSecara Permohonan Secara Naturalisasi
- Seseorang rakyat raja di mana-mana negeri Melayu.
- Seseorang warganegara British Dan koloni-koloninya yang lahir di Negeri-Negeri
- Seseorang warganegara British dan koloni-koloni yang berumur 18 tahun, berkelakuan baik dan bersedia mengangkat sumpah taat setia kepada Persekutuan.
- Seseorang warganegara British dan koloni-koloninya yang telah menetap di negeri ini selama 10 tahun daripada 12 tahun secara berturut-turut.
Selat.
Syarat Kerakyatan Negeri 1951Secara Kuat Kuasa Undang-Undang Secara Permohonan
- Orang Asli di negeri-negeri Melayu.- Seorang Melayu yang dilahirkan di negeri Melayu.- Seorang bukan Melayu yang dilahirkan di negeri itu dan salah seorang daripada ibu bapa dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu.
- Seseorang yang telah mencapai umur 21 tahun, dilahirkan di negeri itu, berkelakuan baik, mengangkat sumpah setia kepada Raja dan melepaskan kewarganegaraan asal.
Sebagai tukar ganti kepada kelonggaran kerakyatan Persekutuan dan
negeri pada tahun 1951 itu, Lembaga Pembangunan Desa atau Rural Industrial
Development Authority (RIDA) telah ditubuhkan. Pihak British telah menubuhkan
RIDA dengan tujuan untuk membantu meningkatkan taraf sosioekonomi orang
Melayu. Penubuhan RIDA juga sebagai satu cara memujuk orang Melayu supaya
bersetuju dengan kelonggaran kerakyatan Persekutuan dan Kerakyatan Negeri
1951.
Pembentukan Parti Perikatan
Pemimpin parti UMNO, MCA dan MIC berpendapat bahawa penubuhan Parti
Perikatan akan melahirkan perpaduan dan keharmonian pelbagai kaum. Pihak
British menyokong kerjasama tersebut akan wujud suasana politik yang stabil
dan kepentingan ekonominya di Persekutuan Tanah Melayu akan terjamin.
(Hooker, V.M., 2003)
1952 Pakatan UMNO Kuala Lumpur dengan MCA Selangor dalam pilihan raya Bandaran Kuala Lumpur.
Pakatan ini memenangi 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan.
pemimpin utama UMNO dan MCA menyambut baik pakatan ini dan merundingkan pembentukan pakatan yang lebih besar di peringkat Tanah Melayu.
1954 Konvensi Nasional diadakan. Perikatan UMNO-MCA dibentuk. Kerjasama ini diperluas ke seluruh Persekutuan Tanah
Melayu bagi memenangi pilihan raya negeri.1955 Kemasukan MIC dalam Parti Perikatan.
Parti Perikatan menyertai pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan.
Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.
Pilihan Raya Majlis Bandaran
Sebelum merdeka, ahli-ahli Majlis Bandaran dipilih melalui pilihan raya oleh
penduduk bandar berkenaan. Pilihan Raya Majlis Bandaran yang pertama telah
diadakan pada tahun 1951 untuk memberi peluang kepada penduduk tempatan
menjalankan tanggungjawab mereka ke arah berkerajaan sendiri. Selepas itu,
Pilihan Raya Majlis Bandaran telah diadakan di setiap bandar besar bagi seluruh
negeri Persekutuan Tanah Melayu. Pilihan Raya Majlis Bandaran yang pertama
telah diadakan di George Town, Pulau Pinang pada bulan Disember 1951. Parti
Radikal yang dianggotai pelbagai kaum telah memenangi 6 daripada 9 kerusi
yang dipertandingkan. Selepas itu, Pilihan Raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur
telah diadakan pada bulan Februari 1952. Dalam pilihan raya ini, UMNO dan MCA
telah menjalinkan kerjasama yang telah membolehkan UMNO-MCA mendapat 9
daripada 12 kerusi yang dipertandingkan. UMNO-MCA memenangi 26 daripada
37 kerusi Majlis Bandaran dan mendorong kerjasama UMNO-MCA di peringkat
pusat sehingga melahirkan Perikatan UMNO-MCA pada tahun 1954. (Strong, C.F.,
1963)
Pilihan Raya Negeri
Pilihan Raya Negeri yang mula diadakan pada tahun 1954 telah memberi
peluang lebih luas kepada rakyat untuk menentukan kerajaan yang bakal
memerintah. Dalam pilihan raya tersebut, perikatan UMNO-MCA telah
memenangi 226 daripada 268 kerusi negeri yang dipertandingkan. Kemenangan
ini menunjukkan penerimaan orang ramai terhadap kerjasama antara kaum
dalam politik tanah air.
Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan
Pihak British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pilihan Raya pada tahun
1954. Jawatankuasa ini dianggotai oleh pegawai kanan British dan wakil parti
politik. Peruntukan jumlah keseluruhan anggota Majlis Perundangan Persekutuan
(MPP) ialah sebanyak 100 kerusi. Daripada jumlah tersebut, jawatankuasa ini
mencadangkan 52 kerusi dipilih melalui pilihan raya dan 48 ahli MPP dilantik oleh
Peseruhjaya Tinggi British. Parti Perikatan telah menentang cadangan itu dan
menuntut 3/5 ahlinya dipilih. Tunku Abdul Rahman telah pergi ke London untuk
memohon kepada kerajaan British mendapatkan kerusi pilihan raya yang lebih,
tetapi usaha beliau itu gagal. Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan (MPP)
diadakan pada 27 Julai 1955. Sebelum pilihan raya diadakan, setiap parti politik
telah mengadakan kempen pilihan raya yang dimulakan selepas penamaan
calon pada 15 Julai 1955. (Strong, C.F., 1963)
Manifesto Parti Perikatan dalam Pilihan Raya MPP yang pertama :
- Mencapai kemerdekaan dalam tempoh empat tahun.- Mewajibkan pendidikan rendah.- Melindungi hak raja-raja Melayu sebagai Raja
Berpelembagaan.- Menamatkan darurat.- Menjadikan perkhidmatan awam yang bercorak
tempatan.
Dalam pilihan raya tersebut, Parti Perikatan telah memenangi sebanyak 51
daripada sejumlah 52 kerusi yang dipertandingkan. Kemenangan Parti Perikatan
dalam setiap pilihan raya telah menunjukkan bahawa dasar kerjasama kaum dan
politik merupakan pendekatan terbaik bagi masyarakat berbilang bangsa.
Ke Arah Kemerdekaan
Rombongan Merdeka
Parti Perikatan telah memenangi pilihan raya umum tahun 1955 dan berjaya
membentuk kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (PTM). Tunku Abdul Rahman
menjadi Ketua Menteri pada masa itu. Tunku Abdul Rahman berunding dengan
Raja-raja Melayu dan British untuk mendapatkan kemerdekaan. Mereka
bersetuju mencapai kata sepakat untuk mendapatkan kemerdekaan (Gordon, P.
M., 1976). Anggota rombongan terdiri daripada:-
a) Wakil Parti Perikatan iaitu, Tunku Abdul Rahman, Tun Dr Ismail Abdul
Rahman, Tun H.S Lee dan Tun Abdul Razak Hussein.
b) Wakil Raja-raja Melayu iaitu, Dato Panglima Bukit Gantang , Abdul Aziz
Majid, Dato Mohd. Seth dan Dato Nik Ahmed Kamil.
Matlamat Rombongan Merdeka
Matlamat Rombongan Merdeka adalah untuk berunding kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu dengan British.
Perjanjian London
Rundingan London berlangsung dari 18 Januari hingga 8 Febuari 1956.
Rundingan ini dipengerusikan oleh Lord Lennox-Boyd, iaitu Setiausaha Tanah
Jajahan British. Sebuah suruhanjaya bebas dilantik untuk menggubal
perlembagaan merdeka.
Perjanjian tersebut adalah:-
a) Parti perikatan tidak akan mengambil alih peniagaan British atau
kepentingan Barat di Tanah Melayu.
b) Satu perjanjian pertahanan dengan British akan ditandatangani.
c) Tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu adalah ditetapkan
pada 31 Ogos 1957.
d) Institusi Raja Berperlembagaan dikekalkan.
e) Pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan negeri-negeri
diteruskan.
Rombongan disambut di Padang Merdeka, Bandar Hilir, Melaka.
Suruhanjaya Reid
Sebuah Suruhanjaya Reid ditubuhkan dan dipengerusi oleh William Reid untuk
menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.
Suruhanjaya Reid dibentuk pada bulan Mac 1956. Ahli suruhanjaya ini ialah Sir
Ivor Jenning, Sir William Mckell, Tuan B. Malik, dan Abdul Hamid (Gordon, P. M.,
1976). Tugas dan peranan suruhanjaya ini adalah:
a) Merangka sebuah perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang
akan merdeka.
a) Membentuk dan menentukan kuasa kerajaan pusat dan negeri.
b) Menjamin kedudukan khas Raja-raja Melayu.
c) Mewujudkan satu bangsa Persekutuan Tanah Melayu.
Cadangan Suruhanjaya Reid yang asal dipinda untuk memuaskan hati semua
pihak. Sebuah negara Persekutuan dibentuk dengan pembahagian kuasa dan
negeri. Kerakyatan secara Jus Soli kepada mereka yang lahir di Tanah Melayu.
Kedudukan istimewa orng Melayu dikekalkan tanpa menjejaskan hak kaum lain
Institusi Raja-raja Melayu dan konsep Raja Berperlembagaan dikekalkan. Bahasa
Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan. Walau bagaimanapun Bahasa
Cina dan Tamil boleh dipelajari, dikembangkan, dan menjadi bahasa pengantar
di sekolah masing-masing. Agama Islam dijadikan agama rasmi Persekutuan.
Walau bagaimanapun agama lain boleh terus diamalkan.
Cadangan Suruhanjaya Reid
Menurut Laporan Suruhanjaya Reid, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang
merdeka akan diketuai seorang Raja. Di samping itu, sistem kerajaan bersekutu
yang sedia ada akan diteruskan iaitu dengan kewujudan kerajaan pusat dan
kerajaan negeri. Raja-raja Melayu pula akan terus kekal sebagai ketua negeri
masing-masing manakala bagi negeri yang tidak beraja seperti Pulau Pinang dan
Melaka, ia akan bergabung dalam Persekutuan dan diketuai oleh Yang Dipertua
(berperanan seperti Gabenor). Corak pemerintah telah dipersetujui untuk
menggunakan corak demokrasi dan ahli Parlimen akan dipilih melalui pilihan
raya umum untuk mewakili rakyat dan mengawal pentadbiran kerajaan.
Pindaan Laporan Suruhanjaya Reid
Antara pindaan yang telah dibuat ke atas Suruhanjaya Reid ialah pindaan
berkaitan soal bahasa. Suruhanjaya Reid mencadangkan supaya bahasa Cina
dan bahasa Tamil boleh digunakan di dalam Parlimen dan Dewan Negeri.
Cadangan ini telah ditolak tetapi hak orang Cina dan India menggunakan bahasa
masing-masing sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah telah diterima.
Cadangan mengenai agama juga dipinda dan walaupun rumit, agama Islam
tetap diterima sebagai agama rasmi Persekutuan. Pindaan ini diterima oleh
orang bukan Melayu kerana menjamin hak setiap rakyat Persekutuan Tanah
Melayu untuk bebas menganut agama sendiri. Lagi satu pindaan dibuat ke atas
laporan Suruhanjaya Reid adalah hak istimewa orang Melayu yang menurut
suruhanjaya tersebut, hak keistimewaan orang Melayu hendaklah
dipertimbangkan selepas 10 tahun merdeka. Cadangan ini ditolak sebaliknya
dipersetujui bahawa hak istimewa ini dipertimbangkan dari semasa ke semasa
atas arahan Yang Dipertuan Agong. Terdapat beberapa syor lain yang dipinda
dan semua pindaan dilakukan selepas perbincangan terperinci di antara semua
pihak yang terlibat yang menunjukkan terdapatnya tolak ansur di kalangan
rakyat pelbagai kaum di Tanah Melayu.
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
Cadangan perlembagaan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Ried diterima
oleh parlimen British pada Jun 1957. Pada 15 ogos 1957, upacara
menandatangani Perjanjian Merdeka 1957 diadakan (Strong, C.F., 1963).
Perlembagaan merdeka mempunyai beberapa fasal penting antaranya:
a) Sebuah kerajaan persekutuan dibentuk dengan nama Persekutuan Tanah
Melayu.
b) Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Negara.
c) Pembentukan sebuah parlimen yang mempunyai Dewan Rakyat dan
Dewan Negara.
d) Perdana Menteri sebagai ketua pentadbiran negara dengan dibantu oleh
sebuah kabinet.
e) Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu.
f) Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
g) Kerakyatan terbuka kepada sesiapa sahaja yang lahir di Persekutuan
Tanah Melayu. Kerakyatan secara permohonan dengan syarat tertentu
juga diberi pertimbangan.
h) Kedudukan istimewa orang Melayu diteruskan tanpa mengurangkan hak
warganegara yang lain.
Pemasyhuran Kemerdekaan 31 Ogos 1957
Pemasyhuran kemerdekaan diadakan pada 31 ogos 1957. Ini bererti Persekutuan
Tanah Melayu dibebaskan dari penjajah British (Wikisource, 1957, August).
Antara kandungan penting pemasyhuran kemerdekaan Persekutuan Tanah
Melayu adalah:
a) Persekutuan Tanah Melayu mencapai taraf sebagai sebuah negara yang
merdeka dan berdaulat setaraf dengan negara-negara lain.
b) Raja-raja Melayu menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
1957 dengan Ratu Elizabeth bagi membentuk Persekutuan Tanah Melayu.
c) Semua penguasaan Baginda Ratu England dan Parlimen British ke atas
Negeri-Negeri Selat terbatal
d) Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu berkuat kuasa pada 31 ogos
1957.
e) Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka mengandungi negeri Johor,
Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu,
Perak, Melaka dan Pulau Pinang.
f) Persekutuan Tanah Melayu merupakan sebuah negara demokrasi yang
mengutamakan kesejahteraan rakyatnya.
Koridor SejarahTunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama.
Tuanku Abdul Rahman Ibni al-Marhum Tuanku Muhammad telah dipilih sebagai Yang Dipertuan Agong yang pertama bagi Persekutuan Tanah Melayu.
Kandungan Pemasyhuran Kemerdekaan
Rajah 10.1 Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan (Pemasyhuran) KemerdekaanDokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 telah ditulis dalam dua bahasa iaitu
bahasa Melayu yang ditulis Jawi dan bahasa Inggeris.
Versi RumiPemasyhuran kemerdekaanDengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani, segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa dan selawat dan salam ke atas sekalian Rasul-Nya. Bahawasanya kerana telah tibalah masanya bagi umat Persekutuan Tanah Melayu ini mencapai taraf suatu bangsa yang merdeka lagi berdaulat sama setimpal kedudukannya dengan segala bangsa seluruh dunia.
Dan bahawasanya kerana dengan perjanjian yang disebut namanya Perjanjian Tanah Melayu tahun 1957 yang diperbuat antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, maka, telah dipersetujui bahawa Negeri-negeri Melayu, iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, dan Perak serta negeri yang dahulunya dinamakan Negeri Selat, iaitu Melaka dan Pulau Pinang, mulai 31 hari bulan Ogos tahun 1957, hendaklah menjadi sebuah Persekutuan baharu bagi negeri-negeri yang bernama Persekutuan Tanah Melayu.
Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak dalam perjanjian tersebut, iaitu Melaka dan Pulau Pinang hendaklah daripada tarikh tersebut itu tamat daripada menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Baginda Queen, dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tidak lagi berhak menjalankan apa-apa kedaulatan baginda ke atas kedua-dua buah negeri yang tersebut itu.
Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak yang tersebut, iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948, dan segala peranjian yang lain yang ada sekarang antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja ataupun salah seorang daripada baginda itu sebelum tarikh yang tersebut hendaklah dibatalkan mulai daripada tarikh itu, dan semua kuat kuasa dan hak Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen ataupun Parlimen Negeri United Kingdom dalam Negeri-Negeri Selat ataupun Persekutuan Tanah Melayu seluruhannya adalah tamat dengan sendirinya.
Dan bahawasanya kerana Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Parlimen Negeri United Kingdom dan Majlis-Majlis Undangan Persekutuan dan Negeri-Negeri Melayu telah meluluskannya, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957 itu berjalan kuat kuasanya.
Dan bahawasanya kerana suatu perlembagaan bagi kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditentukan menjadi suatu kanun yang muktamad baginya.
Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu, maka, ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan untuk memajukan Persekutuan Tanah Melayu dengan aman dan damai serta teratur sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Raja yang Berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara Parlimen.
Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang diadakan oleh Majlis Undangan Persekutuan yang tersebut itu telah diluluskan oleh suatu undang-undang yang diadakah oleh Majlis Undangan Persekutuan serta dengan undang-undang yang diadakan oleh negeri-negeri Melayu dan dengan ketetapan-ketetapan dalam Majlis Undangan Negeri Melaka dan Pulau Pinang, dengan demikian Perlembagaan itu telah berjalan kuat kuasanya pada 31 hari bulan Ogos tahun 1957.
Maka, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya Tunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu, dengan persetujuan dan perkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja negeri-Negeri Melayu dengan ini memasyhurkan dan mengisytiharkan bagi pihak umat Persekutuan Tanah Melayu bahawa mulai Tiga Puluh Satu hari bulan Ogos Tahun Seribu Sembilan Ratus Lima Puluh Tujuh, maka Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang dengan limpah rahmat Allah subhanahu wa ta'ala akan kekal menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa.
Koridor Sejarah
Ke arah KemerdekaanPentadbiran tentera British
Malayan Union 1946
Pilihan Raya Majlis Bandaran 1952
Pilihan Raya Pusat 1955
Rundingan London 1956
Suruhanjaya Reid 1956Persetujuan Perlembagaan Mei 1957
Merdeka 31 Ogos 1957
Perubahan Pentadbiran Ke Arah Berkerajaan Sendiri Di Sarawak
Sarawak telah dikuasai oleh keluarga Brooke. Tahun 1941 Charles Vyner Brooke
memperkenalkan Perlembagaan 1941 sempena Perayaan 100 Tahun
Pengambilan Sarawak Perlembagaan ini tidak dapat dilaksanakan kerana
Sarawak diserang oleh Jepun dari tahun 1941 hingga 1945. (Tregonning, K.G.,
1960)
Sarawak Selepas Kekalahan Jepun:
Selepas PD II British perkenalkan Pentadbiran Tentera British (PTB) pada 10
September 1945 (Porritt, V.L., 1997). Antara peranan PTB ialah;
i. Mengembalikan ketenteraman Sarawak
ii. Memulihkan ekonomi Sarawak
iii. Mengemas kini pentadbiran Sarawak
Sarawak Diserahkan Kepada Kerajaan British
British berusaha mengambil alih pentadbiran Sarawak daripada keluarga Brooke.
Charles Vyner Brooke ambil keputusan serahkan Sarawak kepada British. Charles
Vyner Brooke merupakan Raja Putih Sarawak yang terakhir. (Porritt, V.L., 1997)
Antara sebab2 yang mendorong penyerahan Sarawak kepada British;
i. Desakan kerajaan British agar keluarga Brooke serahkan Sarawak demi
pelaburan British terjamin di Sarawak.
ii. Pertikaian keluarga Brooke - Charles Vyner Brooke sudah tua dan ingin
bersara tetapi tiada waris pengganti kecuali anak saudaranya Anthony
Brooke.
iii. Masalah kewangan kerana Sarawak musnah akibat perang dan Charles Vyner.
Brooke tidak mempunyai sumber kewangan untuk bangunkan semula Sarawak.
Peristiwa Penyerahan Sarawak
Disember 1945 rundingan dibuat antara Charles Vyner Brooke dengan British.
Brooke diwakili Gerard T. MacBryan diutus untuk dapatkan tandatangan ketua-
ketua bumiputera dan pemimpin tempatan dalam Majlis Tertinggi Sarawak.
Gerard T. MacByran berjaya mendapatkan persetujuan dengan cara tipu helah. 8
Februari 1946 Charles Vyner Brooke mengisytiharkan keputusan persetujuan
Majlis Tertinggi Sarawak untuk menyerahkan Sarawak kepada British telah
menimbulkan bantahan pelbagai pihak terutama orang Melayu dan Iban.
Akibatnya Pejabat Tanah Jajahan meminta Charles Vyner Brooke dapatkan
persetujuan penyerahan Sarawak secara perundangan dan demokrasi. Charles
Vyner Brooke merujuk kepada Majlis Negeri. Setelah bersidang selama 3 hari
Majlis Negeri luluskan Rang Undang-Undang Penyerahan Sarawak atau Cession
Bill. 18 undi menyokong penyerahan & 16 undi menentang penyerahan tersebut.
Usul penyerahan disokong oleh ahli bukan bumiputera. Pada 1 Julai 1946 British
isytiharkan Sarawak sebagai Jajahan Mahkota British. Sir Charles Arden Clarke
dilantik sebagai Gabenor British yang pertama di Sarawak.
Koridor SejarahBritish ingin menguasai Sarawak untuk kepentingan ekonomi dan pertahanannya.
Pertikaian Keluarga. Charles Vyner Brooke mengambil keputusan untuk menyerahkan Sarawak kepada British kerana lanjut usia dan uzur. Beliau tidak mempunyai waris, dan anak saudaranya Anthiny Brooke tidak layak untuk memerintah Sarawak.
Gerakan Antipenyerahan Di Sarawak
Penyerahan Sarawak kepada British dibantah orang Melayu dan Iban. Gerakan
ini berlaku dari tahun 1946 hingga tahun 1949. Masyarakat Melayu diketuai Datu
Patinggi Abang Haji Abdillah Bin Datu Patinggi Haji Mohammad Kassim. Beliau
merupakan ketua datu-datu masyarakat Melayu, dan kaum Melayu terpelajar,
serta seorang bekas guru. Bantahan turut disertai oleh;
i. Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS)
ii. Barisan Pemuda Melayu Sibu (BPMS)
iii. Barisan Pemuda Sarawak (BPS)
iv. Persatuan Dayak Sarawak (PDS)
Gerakan penentangan ini dikenali sebagai Gerakan Antipenyerahan Sarawak.
Faktor Berlakunya Gerakan Antipenyerahan Sarawak
Penyerahan Sarawak bertentangan dengan Perlembagaan 1941 Sarawak yang
menjanjikan kerajaan sendiri. Charles Vyner Brooke membuat keputusan sendiri
tanpa berunding dengan ketua-ketua bumiputera dan melalui tipu muslihat.
Barisan Pemuda Melayu meminta Anthony Brooke (anak saudara) dilantik
sebagai Raja Sarawak yang baru demi memudahkan tuntutan kemerdekaan
Sarawak.
Koridor Sejarah
Tindakan Gerakan Antipenyerahan: Menghantar surat bantahan dan telegram kepada kerajaan British. Menganjurkan demonstrasi dan penampalan poster-poster yang
mendesak British keluar dari Sarawak. Seramai 338 pegawai Melayu dalam perkhidmatan awam telah
meletakkan jawatan dan memulaukan pelantikan Gabenor Sarawak yang pertama iaitu Sir Charles Arden Clarke di Kuching.
Penentangan dan Reaksi British
Cara Penentangan:
Menghantar Surat Bantahan.
a. Golongan antipenyerahan bertindak menghantar surat bantahan, kawat
dan telegram
kepada British.
b. British tidak mengendahkan bantahan.
Menampal Poster.
a. Poster ditampal di seluruh pelosok kampong.
b. Setiap kampung dikerah membuat poster dan sepanduk-sepanduk.
Antara kata-kata yang ditulis adalah;
a.“Kami Membantah dengan Sekeras-kerasnya Atas Tindakan Brooke
Menyerahkan
Sarawak Kepada Kolonial Inggeris”.
b. “Sarawak Adalah Hak Kami. Leburkan Kolonial”
Penglibatan Kaum Wanita. Wanita terlibat dalam demonstrasi penentangan
tersebut.
Antaranya;
a. Kaum ibu PKMS diketuai Cikgu Lily Eberwein telah pergi ke kawasan
pedalaman untuk
mendapat sokongan dan simpati orang Iban.
b. Kaum ibu BPM seperti Puan Sharifah Hajah Sipah Tuanku Othman, Dayang
Fauziah
dan Cikgu Ajibah Abol yang sanggup berkorban masa dan tenaga.
Tindakan Penentangan Rakyat Sarawak
British dapati golongan anti penyerahan daripada kalangan kakitangan kerajaan
terutama guru Melayu. Pada bulan Disember 1946, British keluarkan notis iaitu
Pekeliling No.9. Ia berkaitan amaran British kepada kakitangan kerajaan supaya
tidak terlibat dalam gerakan antipenyerahan. Ia menambahkan lagi kemarahan
kepada British. Pada 2 April 1947 seramai 338 orang kakitangan kerajaan
meletakkan jawatan. Sebahagian besar adalah guru Melayu. Akibatnya 22 buah
sekolah kerajaan terpaksa ditutup. Seramai 56 orang pelajar Maktab Perguruan
Melayu Sarawak meninggalkan pengajian dan membantah pekeliling tersebut.
(Mohd Noor Abdullah, 1979). Kesannya ialah;
a) berlaku tunjuk perasaan besar-besaran pada setiap 1 haribulan Julai.
b) tunjuk perasaan yang terbesar berlaku di Kuching pada 1 Julai 1947
disertai PKMS,
BPM & PDS
c) membantah pelantikan Gabenor Sarawak pertama iaitu Sir Charles Arden Clarke.
Penentangan bertambah hebat apabila Barisan Pemuda Melayu (BPM)
mengadakan perhimpunan yang dihadiri 250 orang perwakilan bumiputera
seluruh cawangan BPM.
Reaksi & Tindakan British
Reaksi British Peringkat awal:
Awalnya British anggap gerakan antipenyerahan bersifat sementara dan tidak
lama. Anggapan British meleset kerana gerakan mendapat sokongan rakyat
Sarawak.
Antara tindakan British;
a. British giatkan usaha untuk melemahkan gerakan dengan
memecahbelahkan
perpaduan kaum.
b. British galakkan penubuhan Young Malay Association (YMA) yang sokong
penyerahan
Sarawak kepada British.
c. British melaga-lagakan orang Melayu dengan orang Dayak supaya kedua-
dua
bertelagah.
d. British memburuk-burukkan pejuang gerakan antipenyerahan dengan
menuduh
perjuangan mereka hanya untuk kekalkan hak istimewa orang Melayu
Sarawak sahaja.
e. British persenda, menghina, dan mencemuh golongan antipenyerahan
dalam majlis-
majlis rasmi mereka.
Kesan-kesan;
a. Tahun 1947 gerakan antipenyerahan makin lemah akibat pelbagai
propaganda British.
b. Golongan muda BPM Sibu menubuhkan ‘Rukun Tiga Belas’ yang bercorak
radikal.
Mereka bersumpah akan menghapuskan pemimpin Eropah & Melayu yang bersubahat.
Rosli Dhobi (anggota Rukun 13) ditugaskan membunuh Sir Duncan Steward iaitu
Gabenor Sarawak kedua di Sibu. Rosli Dhobi merupakan pejuang Rukun 13 yang
sanggup berkorban diri untuk bebaskan tanah air. Beliau menulis sajak dalam
Utusan Sarawak menggunakan nama samaran Lidros iaitu bertajuk ‘PanggilanMu
Yang Suci’. (Mohd Noor Abdullah, 1979)
Reaksi British Secara Kekerasan:
Pada 3 Disember 1949 Sir Duncan Steward melawat Sibu. Beliau ditikam oleh
Rosli Dhobi dengan sebilah pisau. Seminggu kemudian Sir Duncan Steward
meninggal dunia di hospital Singapura. British bertekad gunakan kekerasan
perangi golongan antipenyerahan. Mereka yang didapati bersalah dihukum
gantung sampai mati iaitu;
a. Rosli Dhobi
b. Awang Rambli Mohd Deli
c. Bujang Suntong
d. Morshidi Sidek
Anggota Rukun 13 yang lain dipenjarakan. British mengharamkan Persatuan
Melayu Sarawak.
Kesannya;
a. British berjaya lumpuhkan gerakan antipenyerahan.
b. Awal 1950-an British kukuhkan kedudukan di Sarawak.
c. British kekal berkuasa hingga tahun 1963.
Koridor SejarahRukun 13
Badan yang dianggotai oleh 13 orang ahli. Mereka kecewa kerana bantahan secara rasmi yang dikemukakan tidak
mendapat layanan yang sewajarnya. Mereka sering menerima cacian dan penghinaan dalam ucapan-ucapan
rasmi. Mereka rela mati daripada membiarkan Sarawak menjadi tanah jajahan
British.
Langkah Ke Arah Berkerajaan Sendiri Di Sarawak
Antara langkah yang diambil;
Pentadbiran Sarawak Disusun Semula:
a. Bermula tahun 1946.
b. Tujuan memudahkan pentadbiran Sarawak.
c. Sarawak terbahagi 5 bahagian.
d. Setiap bahagian diketuai seorang Residen British.
e. Setiap bahagian pula dibahagikan kepada beberapa daerah yang diketuai
seorang Pegawai Daerah.
Pembentukan Majlis Tempatan:
a. Dibentuk oleh British pada 1947
b. Tujuan beri peluang kepada ahli-ahli dilantik ambil bahagian dalam
pentadbiran tempatan
Fungsi Majlis Tempatan;
a. Menguruskan pelajaran rendah
b. Bekalan air
c. Jalan raya
d. Kesihatan
e. Mengawal perbelanjaan
f. Mengutip cukai kepala dan cukai-cukai lain
Pindaan Ahli Majlis Negeri dan Ahli Majlis Tertinggi;
a. Jumlah ahli dipinda pada tahun 1956.
b. Pindaan berkuatkuasa mulai April 1957 dengan jumlah keahlian seramai
10 orang.
Penubuhan Parti Politik Di Sarawak
Perlembagaan Sarawak diperkenalkan pada tahun 1956. Beberapa parti politik
ditubuhkan sehingga tahun 1963, antaranya;
i. Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP):
a. Ditubuhkan pada 12 Jun 1959
b. Diasaskan oleh Ong Kee Hui dan Stephen Young
c. Matlamat penubuhan;
· Mewujudkan perpaduan dan kesetiaan rakyat Sarawak
· Menyatupadukan kaum di Sarawak
ii. Parti Negara Sarawak (PANAS):
a. Ditubuhkan pada 9 April 1960
b. Diasaskan oleh Datu Patinggi Abang Haji Mustapha
c. Matlamat penubuhan;
· Mewujudkan keharmonian kaum di Sarawak
· Menuntut pendidikan percuma bagi sekolah rendah
· Mempertingkatkan kedudukan politik, ekonomi dan sosial
bumiputera
iii. Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP):
a. Ditubuhkan pada 10 April 1961
b. Diasaskan oleh Stephen Kalong Ningkan
c. Tujuan penubuhan;
· Perjuangkan hak dan kepentingan orang Iban Sarawak
· Mendapatkan kemerdekaan bagi Sarawak
iv. Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA):
a. Ditubuhkan pada 4 Disember 1961
b. Diasaskan oleh Datu Tuanku Haji Bujang bin Tuanku Othman
c. Matlamat penubuhan;
· Menuntut hak istimewa penduduk bumiputera
· Pertingkatkan taraf hidup bumiputera Sarawak
· Mewujudkan keharmonian rakyat
· Selamatkan rakyat dari ancaman komunis
· Menuntut bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan
v. Persatuan Cina Sarawak (SCA):
a. Ditubuhkan pada Julai 1962
b. Diasaskan oleh William Tan
c. Matlamat – berusaha ke arah perpaduan orang Cina
vi. Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA):
a. Ditubuhkan pada Ogos 1962
b. Diasaskan oleh Temenggung Jugah
c. Matlamatnya adalah untuk membantu orang Dayak mencapai
perpaduan dan menjamin hak dalam perlembagaan
Penubuhan Perikatan Sarawak
Perikatan Sarawak dibentuk pada November 1962. Tujuan menghadapi pilihan
raya tahun 1963. Menang 138 kerusi. Perikatan Sarawak terdiri daripada
gabungan parti2 politik seperti;
a. Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)
b. Parti Negara Sarawak (PANAS)
c. Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA)
d. Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA)
e. Persatuan Cina Sarawak (SCA)
Perubahan Pentadbiran Ke Arah Berkerajaan Sendiri Di Sabah
Sabah Selepas Kekalahan Jepun
Selepas Perang Dunia Kedua, Sabah ditadbir oleh Pentadbiran Tentera British
(PTB). Pentadbiran Tentera British berusaha kembalikan keamanan dan
ketenteraman. Pemerintahan Pentadbiran Tentera British berakhir mulai 15 Julai
1945.
Sabah Diserahkan Kepada Kerajaan British
Pada 26 Jun 1946 British tantdatangani perjanjian dengan Syarikat Borneo Utara
Britsh (SBUB). Mengikut perjanjian, Borneo Utara menjadi tanah jajahan British
mulai 15 Julai 1946 (Mohd Noor Abdullah, 1979). Antara sebab Sabah diserahkan
kepada British;
a. Desakan pelabur dan pemodal Eropah supaya menjaga kepentingan.
b. Mengeksploitasi sumber bahan mentah Sabah seperti kayu balak, kelapa
kering, tembakau dan hasil tradisional.
c. Menjamin kedudukan dan keselamatan British di Asia Tenggara kerana
Sabah berada di tengah-tengah jalan perdagangan antara Singapura dan
Hong Kong.
Penyerahan Sabah tiada tentangan hebat penduduk tempatan. Penentangan
hanya dilakukan oleh waris Kesultanan Sulu yang anggap Sabah sebagai
miliknya. Pertubuhan yang ada di Sabah hanya berjuang perbaiki keadaan politik
dan ekonomi seperti;
a. Persatuan Kebangsaan Melayu Labuan (PKML)
b. Barisan Pemuda (BARIP)
Langkah Ke Arah Berkerajaan Sendiri Di Sabah
Bermula tahun 1950 langkah-langkah diambil oleh British untuk melatih
penduduk tempatan ke arah berkerajaan sendiri. (Mohd Noor Abdullah, 1979)
Antaranya;
i. Memperkenalkan Perlembagaan Baru;
a. Bermula tahun 1950
b. Melalui Perlembagaan, Majlis Kerja, dan Majlis Undangan ditubuhkan
c. Wakil-wakil anak negeri diberi peluang terlibat dalam pemerintahan
negeri sebagai ahli tidak rasmi dalam Majlis Undangan
d. Tokoh tempatan terlibat seperti;
· Donald Stephens
· Tun Datu Mustapha Datu Harun
ii. Mengadakan Pilihan Raya Majlis Tempatan;
a. Bermula tahun 1952
b. Tujuan untuk memilih perwakilan secara demokrasi
iii. Pindaan Perlembagaan;
a. Bermula pada tahun 1960
b. British pinda perlembagaan
c. Tujuan menambah jumlah pemimpin kaum bumiputera sebagai ahli
tidak rasmi dalam Majlis Undangan
d. Semua ahli dilantik oleh Gabenor British bukan dipilih oleh rakyat
melalui pilihan raya
iv. Pilihan Raya Majlis Undangan:
a. Diperkenalkan pada tahun 1962
Penubuhan Parti Politik Di Sabah
Banyak parti politik di Sabah muncul selepas pengumuman gagasan Persekutuan
Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman. Banyak parti politik ditubuhkan dalam
tempoh 15 bulan selepas pengumuman tersebut (Tregonning, K.G., 1960).
Antara parti politik Sabah sebelum 1963;
i. Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO):
a. Ditubuhkan pada 23 Disember 1961
b. Diasaskan oleh Tun Datu Mustapha bin Datu Harun
Matlamat penubuhan;
a. Perjuangkan hak kaum Bumiputera Muslim
b. Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
c. Perjuangkan agama Islam sebagai agama rasmi
d. Menukar nama Borneo kepada Sabah
ii. Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO):
a. Ditubuhkan pada Ogos 1961
b. Diasaskan oleh Donald Stephens atau Tun Fuad Stephens
c. Matlamat penubuhannya adalah menjaga kepentingan dan memelihara
hak orang Kadazan Dusun
iii. Persatuan Cina Sabah (SCA):
a. Ditubuhkan pada Oktober 1962
b. Diasaskan oleh Khoo Siak Chiew dan Peter Chin
c. Merupakan gabungan 2 buah parti iaitu Parti Bersatu dan Parti
Demokratik
d. Matlamat penubuhannya adalah melindungi hak orang Cina
iv. Pasok Momogun:
a. Ditubuhkan pada Januari 1962
b. Diasaskan oleh Orang Kaya-Kaya Sedomon dan G.S. Sundang
c. Matlamat penubuhannya adalah melindungi kepentingan penduduk di
kawasan pedalaman Sabah
Penubuhan Parti Perikatan Sabah
Tujuan penubuhan Parti Perikatan Sabah untuk ambil bahagian dalam pilihan
raya tahun 1962. Parti perikatan sabah mendapat kejayaan cemerlang. Antara
parti politik terlibat;
a. UNKO
b. USNO
c. SCA
d. Pasok Momogun
Gagasan Persekutuan Malaysia
Merupakan cadangan penggabungan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Sabah
dan Brunei. Ia ditadbir dalam satu unit politik. (Ryan, N.J., 1965)
Idea Pembentukan Persekutuan Malaysia
Cadangan dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman. Ia merupakan perjuangan
untuk bebaskan Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei daripada penjajahan
British. Gabungkan negeri-negari berkenaan dengan Tanah Melayu dan
membentuk Persekutuan Malaysia.
Cadangan Tunku Abdul Rahman
Tunku Abdul Rahman kemukakan cadangan semasa majlis makan tengah hari
Persatuan Wartawan-Wartawan Luar Asia Tenggara, bertempat di Hotel Adelphi,
Singapura pada 27 Mei 1961. Cadangan ini mendapat sambutan positif
pemimpin-pemimpin wilayah terbabit pada Julai 1961 Jawatankuasa Perundingan
Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan. Tujuannya adalah mengadakan
rundingan dengan pemimpin-pemimpin wilayah terlibat. Tiga bulan kemudian
Tunku Abdul Rahman membawa idea ini ke Dewan Rakyat. Gagasan ini
mendapat liputan meluas akhbar Berita Harian iaitu, “Melayu Raya: Cadangan
Tengku dapat sambutan”. (Kennedy, J., 1993)
Matlamat Pembentukan Persekutuan Malaysia
Mempercepatkan Kemerdekaan:
a. Sarawak, Sabah dan Singapura bersaiz dan berpenduduk kecil
menyukarkan usaha mendapat kemerdekaan sendiri.
b. Mempercepatkan kemerdekaan Sabah, Sarawak dan Singapura.
Keseimbangan Kaum:
a. Mengimbangi penduduk Melayu dan bumiputera dengan bukan
bumiputera dalam Persekutuan Malaysia.
Memajukan Sosioekonomi:
a. Wujudkan satu kawasan pasaran ekonomi lebih luas
b. Menyatukan sumber tenaga manusia dan sumber asli di kalangan negeri
c. Hapuskan sekatan cukai di kalangan negeri Persekutuan
d. Memudahkan usaha untuk menarik pemodal luar
e. Memajukan taraf hidup rakyat Sarawak, Sabah dan Brunei
Keselamatan dan Kestabilan Negara:
a. Selamatkan Singapura dan Sarawak daripada jatuh ke tangan komunis
Reaksi Pembentukan Persekutuan Malaysia
Terdapat pelbagai reaksi, antaranya daripada (Jones, M., 2002):
a. Negeri-Negeri Terlibat
b. Negara-Negara Jiran
c. Negara-Negara Barat
Reaksi Negeri-Negeri Terlibat:
a. Tanah Melayu:
Sambutan menggalakkan daripada parti-parti politik Tanah Melayu
Sokongan rakyat ditunjukkan melalui perhimpunan pelajar di Universiti
b. Malaya
Terdapat perbezaan pendapat tentang cara pelaksanaan tetapi
penduduk menerima prinsip gagasan Pembentukan Persekutuan
Malaysia
Contoh: Parti PAS sokong idea pembentukan tetapi juga cadangkan
pembentukan Melayu Raya merangkumi Indonesia
c. Singapura:
Parti Tindakan Rakyat (PETIR) pimpinan Lee Kuan Yew sokong gagasan
Gagasan ini dapat selamatkan PETIR daripada dikuasai parti-parti
berhaluan kiri
Gagasan ditentang oleh Barisan Sosialis dan Parti Rakyat Singapura
kerana anggap gagasan adalah idea British untuk kekalkan pengaruh
Referendum (pungutan suara) diadakan bagi tujuan meninjau
pendapat penduduk Singapura
Hasilnya adalah penduduk Singapura menyokong gagasan
Pembentukan Persekutuan Malaysia
Koridor SejarahPerkembangan politik di Singapura
Perpecahan dalam PETIR berlaku akibat perbezaan fahaman politik antara yang berpendidikan Inggeris dan yang berpendidikan Cina.
Ahli-ahli yang mendapat pendidikan Inggeris bersikap sederhana dan bekerjasama dengan Inggeris.
Ahli-ahli berpendidikan Cina menentang British dan disokong komunis.
d. Sabah:
Suara hati rakyat ditunjukkan melalui penubuhan parti-parti politik
baru
Antaranya:
i. Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) – menyokong
ii. Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) – menyokong
iii. Parti Bersatu – awalnya menyokong dengan syarat Sabah
merdeka dahulu tetapi akhirnya menyokong tanpa syarat
iv. Parti Demokratik – awalnya menyokong dengan syarat Sabah
merdeka dahulu tetapi akhirnya menyokong tanpa syarat
v. Pasok Momogun – awalnya menentang kerana anggap Sabah
perlu bersatu dengan Sarawak dan Brunei tetapi akhirnya
menyokong tanpa syarat
Kesannya:
i. Semua parti politik di Sabah bergabung membentuk Perikatan
Sabah. pimpinan Donald Stephens dan Tun Datu Mustapha Bin
Datu Harun.
ii. Perikatan Sabah menang pilihan raya Majlis Daerah 1962.
iii. Rakyat Sabah sepakat menyokong gagasan Pembentukan
Persekutuan Malaysia
e. Sarawak:
Antara reaksinya adalah:
i. Parti Negara Sarawak (PANAS) pada awalnya menentang
kemudian menyokong penuh Pembentukan Persekutuan
Malaysia
ii. Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) pada awalnya menentang
kemudian menyokong
iii. Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) menentang kerana
menganggap Sarawak perlu bersatu dengan Sabah dan Brunei
sahaja
iv. Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA) menyokong penuh
v. Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) menyokong penuh
vi. Persatuan Cina Sarawak (SCA) menyokong penuh
Kesannya:
i. Semua parti politik Sarawak ambil keputusan sertai Persekutuan
Malaysia kecuali SUPP
ii. Parti-parti tersebut membentuk Perikatan Sarawak
iii. Menang pilihan raya Majlis Daerah pertama tahun 1963
f. Brunei:
Idea gagasan disokong kuat Sultan Omar Ali Saifuddin
Ia ditentang oleh Parti Rakyat Brunei pimpinan A.M. Azahari
Alasan Brunei menentang adalah Brunei akan menjadi tanah jajahan
sekiranya menyertai Persekutuan Malaysia
o Parti Rakyat Brunei mencadangkan penubuhan Kerajaan
Kalimantan Utara iaitu, terdiri daripada Brunei, Sarawak dan
Sabah
Parti Rakyat Brunei melancarkan pemberontakan apabila usul
menentangnya ditolak Majlis Undangan Negeri Brunei
Rundingan dilaksanakan hingga ke saat-saat akhir
Akhirnya pada Julai 1963 Brunei menarik diri daripada menyertai
Persekutuan Malaysia kerana tiada kata sepakat dalam 2 isu berikut:
i. Isu minyak
ii. Isu kekananan Sultan Brunei dalam pelantikan sebagai Yang
Dipertuan Agong
Tahukah AndaSultan Brunei iaitu Sultan Omar Ali Saifuddin menarik diri daripada menyertai Malaysia kerana:
Brunei tidak mahu membayar cukai hasil pengeluaran minyaknya kepada kerajaan pusat Malaysia selama 10 tahun.
Sultan Brunei diberi kedudukan rendah dalam senarai nama sultan-sultan. Baginda berpendapat perlu diberi kedudukan yang lebih tinggi.
Rakyat Brunei tidak mahu menyertai Malaysia.
Reaksi Negara Jiran:
a. Indonesia:
Awalnya menyokong pembentukan Malaysia
Menteri Luar Indonesia, Dr. Subandrio mengutus surat tahniah kerana
usaha tersebut
Akhirnya pendirian Indonesia berubah dan tidak menyokong gagasan
kerana:
i. Terpengaruh dakyah Parti Komunis Indonesia (PKI)
ii. PKI menuduh Persekutuan Malaysia sebagai neokolonialisme
(penjajahan baru melalui tekanan ekonomi)
iii. Sebenarnya PKI tergugat dengan pembentukan Malaysia yang
akan menyekat pengaruhnya
iv. Presiden Soekarno berhasrat menyatukan Indonesia dengan
Tanah Melayu membentuk iaitu, Indonesia Raya
b. Filipina:
Menentang pembentukan Malaysia kerana mendakwa Sabah
sebahagian wilayah Kesultanan Sulu miliknya
British tidak melayan tuntutan kerana dianggap tidak berasas
Laporan Suruhanjaya Cobbold dan Suruhanjaya PBB sahkan rakyat
Sabah setuju menyertai Malaysia
c. Negara-Negara Barat:
Disokong oleh kerajaan Britain dan Amerika Syarikat
Mereka menyokong kerana:
i. Pembentukan Malaysia dapat mempercepatkan proses
kemerdekaan Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei
ii. Pengaruh komunis juga dapat disekat
Perjanjian dan Perisytiharan Persekutuan Malaysia
Langkah-Langkah Ke Arah Pembentukan Persekutuan Malaysia (Jones, M., 2002)
Langkah 1:
· 27 Mei 1961 – gagasan Persekutuan Malaysia dicadangkan oleh Tunku Abdul
Rahman
Langkah 2:
· Julai 1961 – penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia
(JPPM)
· Matlamat – memberi penerangan kpd pemimpin-pemimpin Sarawak dan
Sabah
· Hasil laporan – penubuhan Suruhanjaya Cobbold
Langkah 3:
· Februari hingga April 1962 – penubuhan Suruhanjaya Cobbold
· Matlamat – meninjau pandangan penduduk Sarawak dan Sabah
· Hasil laporan – bersetuju sertai Malaysia
Langkah 4:
· Ogos 1962 – penubuhan Jawatankuasa antara Kerajaan (JAK)
· Matlamat – bincangkan hak dan kepentingan Sabah, Sarawak dan Brunei
untuk
dimasukkan dalam perlembagaan
· Hasil laporan – tuntutan 20 perkara Sabah (juga dipersetujui oleh Sarawak)
dicadangkan dan dimasukkan dalam perlembagaan
Langkah 5:
· Penubuhan Referendum Singapura
· Matlamat – meninjau pendapat penduduk Singapura
· Hasil – bersetuju sertai Malaysia
Langkah 6:
· Ogos 1963 – penubuhan Suruhanjaya PBB
· Matlamat – meninjau semula pandangan penduduk Sarawak dan Sabah atas
permintaan Indonesia dan Filipina
· Hasil – penduduk Sabah dab Sarawak setuju menyertai Malaysia
Langkah 7:
· 16 September 1963 – perisytiharan Persekutuan Malaysia
Suruhanjaya Cobbold:
· Tujuan – mendapatkan pandangan penduduk Sabah dan Sarawak tentang
penyertaan
dalam Persekutuan Malaysia
· Ahli – Muhammad Ghazali Bin shafie, Wong Pow Nee, Lord Cobbold
(Pengerusi), David Watherston dan Anthony Abell
Hasil laporan:
i. satu per tiga penduduk Sabah dan Sarawak menyokong
ii. satu per tiga penduduk menyokong tetapi dengan syarat kepentingan
mereka
dilindungi
iii. satu per tiga penduduk ingin Sabah dan Sarawak merdeka dahulu
sebelum
menyertai Malaysia
Laporan keseluruhan didapati semua penduduk Sabah dan Sarawak setuju
menyertai pembentukan Malaysia
Pengisytiharan Persekutuan Malaysia
Perlembagaan Persekutuan Malaysia digubal berasaskan Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu (PTM) dan Tuntutan 20 Perkara. Pada 9 Julai 1963,
Perjanjian Persekutuan Malaysia ditandatangani di Malborough House, London.
(Mohd Noor Abdullah, 1979)
Kandungan utama perjanjian:
i. Semua urusan hal ehwal luar menjadi tanggungjawab kerajaan
Persekutuan
ii. Agama Islam merupakan agama rasmi Persekutuan kecuali Sarawak dan
Sabah tetapi
agama lain bebas diamalkan
iii. Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan tetapi bahasa Inggeris dan
bahasa
lain masih boleh digunakan
iv. Bagi Sarawak dan Sabah, bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa rasmi
sehingga 10
tahun selepas pembentukan Persekutuan Malaysia
v. Sarawak dan Sabah diberikan kuasa mengawal hal ehwal imigresen dan
perkhidmatan
awam
vi. Rakyat bumiputera di Sarawak dan Sabah mendapat taraf yang sama
dengan orang
Melayu di Persekutuan Tanah Melayu
· Isi perjanjian kemudian dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan
Malaysia
· Memorandum Perjanjian Persekutuan Malaysia bagi Sabah dan Sarawak
diwakili
oleh Donald Stephens
· Dokumen pemasyhuran Persekutuan malaysia diserahkan oleh yang
Dipertuan
Agong kepada Tunku Abdul Rahman
· Pada 16 September 1963, Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri)
membacakan
Deklarasi Penubuhan Persekutuan Malaysia di Stadium Merdeka, Kuala
Lumpur
· Sebanyak 101 das tembakan meriam dan laungan ‘MERDEKA’ sebanyak
7 kali
dilaungkan
· Pengisytiharan dilakukan di Kuching, Sarawak dan di Kota kinabalu,
Sabah
· Berita penubuhan Persekutuan Malaysia disiarkan oleh akhbar Berita
Harian
Antara Tuntutan 20 Perkara Sabah
1. Tiada agama rasmi
2. Kebebasan beragama
3. Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi
4. Imigresen di bawah kuasa kerajaan negeri
5. Malaysia menjadi nama persekutuan
6. Dasar pelajaran sedia ada dikekalkan
7. Peruntukan kerusi parlimen
8. Pelantikan ketua negeri oleh Ratu British dan Yang Dipertuan Agong
Konfrontasi Dan Perdamaian
Maksud konfrontasi adalah sikap penentangan terhadap penubuhan Persekutuan
Malaysia oleh Indonesia dan Filipina. Sebab-sebab berlaku konfrontasi adalah
Indonesia dan Filipina enggan mengiktiraf penubuhan Malaysia. Kesannya adalah
berlaku konfrontasi dan tentera Indonesia menceroboh beberapa kawasan di
Semenanjung, Sarawak dan Sabah. Hubungan Indonesia dan Malaysia tegang.
Konfrontasi didalangi oleh Parti Komunis Indonesia (PKI). Usaha Ke Arah
Perdamaian Malaysia-Indonesia diadakan pada Mei 1963. Rundingan Tidak Rasmi
diadakan di Tokyo antara Tunku Abdul Rahman dan Presiden Sukarno. Dari
peristiwa perkembangan sejarah kita dapat melihat penyatuan dan pemisahan
Singapura dengan Tanah Melayu; serta Penyatuan Sabah dan Sarwak dengan
Tanah Melayu. (Jones, M., 2002)
Faktor Pendorong, Penghalang, Penyatuan dan Pemisahan
Faktor Mendorong Penyatuan Singapura.
A. Suasana Politik Singapura
Golongan kiri semakin berperanan dan lebih kuat berbanding parti sayap kanan
(PETIR/Parti Tindakan Rakyat) yang diketuai Lee Kuan Yew yang semakin lemah
kedudukannya. Politik bertambah serius apabila Politik, tempoh 1960-1961 pula
adalah tempoh perpecahan sehingga membawa kepada kekalahan parti pro
golongan kanan pada April 1961. Kekalahan tersebut buktikan pengaruh
komunis semakin kuat di Singapura dan merisaukan golongan kanan yang pro
British. Oleh itu, British bersetuju untuk memerdekakan Singapura dengan
menggabungkan dengan kemerdekaan Malaysia. Motifnya adalah untuk
membendung kemasukan atau penguasaan puak di Singapura khususnya dan
Asia Tenggara amnya. (Mohamed Noordin Sopiee, 1976)
B. Keselamatan
Keadaan politik yang semakin didominasi oleh golongan kiri atau komunis
mencetuskan faktor pendorong penyatuan Singapura dengan Tanah Melayu atau
Malaysia. Ia juga dipengaruhi oleh faktor keselamatan kerana komunis dikhuatiri
menggugat keselamatan Singapura dan Tanah Melayu sekiranya menjadi negara
Komunis. Hubungan rapat Singapura-Malaysia dari aspek hubungan diplomatik,
budaya, ekonomi dan sebagainya dikhuatiri mengancam kedudukan Singapura
sekiranya jatuh ke tangan Komunis. Ancaman keselamaant dilihat sebagai faktor
pendorong mengapa Singapura memilih untuk bersatu dengan Tanah Melayu.
Buktinya dapat kita lihat melalui tindakan Lee Kuan Yew memujuk Tunku Abdul
Rahman dengan alasan Tanah Melayu juga dalam keadaan terancam sekiranya
Singapura jatuh ke tangan Komunis. Ini dilihat sebagai faktor kenapa Tanah
Melayu menerima penyatuan Singapura. (Mohamed Noordin Sopiee, 1976)
C. Ekonomi
Singapura maju dari aspek ekonomi hasil sumbangan pelabuhan entreport. Oleh
itu, Singapura bimbang sekiranya mereka menjadi sebuah negara tunggal
merdeka kerana sumber yang mereka perolehi datang daripada Tanah Melayu
contohnya bijih timah dan air. Faktor ekonomi menyebabkan Singapura
menerima penyatuan dengan Tanah Melayu untuk mengekalkan tahap
ekonominya. (Mohamed Noordin Sopiee, 1976)
Faktor Menghalang Penyatuan Singapura
Faktor-faktor ini juga membawa pemisahan Singapura daripada Tanah Melayu.
Perbezaan Matlamat Politik
Pada era 1964 telah berlaku pertikaian antara parti perikatan dengan parti
Singapura atau PETIR (Parti tindakan Rakyat). Ia juga dikenali sebagai PAP. PAP
menyatakan merekalah yang lebih sesuai untuk menjdi ketua Malaysia atau
Tanah Melayu bagi rakyat Cina bukannya Perikatan MCA. PAP juga mengancam
MCA dan memujuk UMNO untuk mengantikan MCA dalam Parti Peringkatan.
Namun demikian, Tuanku mengeluarkan Kenyataan bahawa MCA akan tetap
kekal dalam Parti Perikatan. Lantaran kenyataan ini, PAP bertindak menjalankan
strategi baru dengan membangkitkan soal-soal keistimewaan orang melayu
(bahasa keistimewaan dan melaungkan Malaysia hak Malaysia iaitu setiap
bangsa harus mempunyai keistimewaan yang sama atau menghapus hak
keistimewaan orang melayu. Tindakan PAP ini menyebabkan atau mendorong
kepada pemisahan berlaku.
Perasaan Perkauman Yang Kian Menebal
Hasil tindakan-tindakan PAP seperti yang telah diterangkan telah menyebabkan
orang Melayu Singapura rasa diri kian terabai lantaran PAP hanya berfokus
kepada orang cina. Tindakan ini juga menyebabkan perasaan perkauman kian
menebal dan akhirnya membawa kepada rusuhan. Rusuhan ini terjadi apabila
kerajaan Singapura dibawah PAP telah menjemput 100 buah pertubuhan Melayu
untuk bertemu dengan Perdana Menteri untuk membincangkan masalah hal
mereka dengan kedudukan istimewa orang Melayu. Perjumpaan ini
menyebabkan kerajaan mengeluarkan Perintah berkurung pada Julai dan
September 1964. Lantaran bersifat perkauman dan merosakkan imej Tanah
Melayu. Keadaan terus tegang sehingga Tuanku mengambil keputusan untuk
memisahkan Singapura pada 9 0gos 1965.
Faktor Lain
Selain itu, terdapat juga masalah ekonomi yang menyebabkan berlaku
pemisahan. Kerajaan pusat telah menggunakan kewangan Singapura bagi
membangunkan Sabah dan Serawak. Pada tahun 1946, Singapura diminta
memberi 60% hasilnya kepada kerajaan pusat. Ini menyebabkan Singapura
kecewa, tambahan pula sejak penyatuan dengan Tanah Melayu Singapura tidak
banyak mencapai kemajuan atau keuntungan ekonomi. Singapura seterusnya
membantah untuk rakyatnya yang dikenakan cukai lantaran akan menjejaskan
ekonomi Singapura yang sudah banyak menyumbang hasilnya kepada kerajaan
pusat. Akibatnya kedua-dua pihak tidak dapat berkerjasama lagi yang akhirnya
menyebabkan berlaku pemisahan rasmi pada 9 ogos 1965.
Faktor Penyatuan
Politik
Kegiatan Komunis didapati telah mengancam keselamatan dan kestabilan politik
di Tanah Melayu. Para pemimpin menjadi semakin bimbang apabila melihat
perkembangan politik yang berlaku di Singapura. Sejak dipisahkan daripada
Tanah Melayu pada tahun 1946, perlembangan Singapura telah beberapa kali
dirombak. Namun, pihak komunis dan wakil-wakilnya telah berjaya menyusup
masuk ke sekolah-sekolah Cina dan juga kesatuan sekerja. Pengaruh Komunis
ini juga telah berjaya mempengaruh PETIR dan golongan yang berhaluan kiri. Hal
ini menyebabkan terdapat dua haluan dalam parti tersebut. Golongan berhaluan
kiri telah menubuhkan parti sosialis. Dalam pilihraya 1961, Lee Kuan Yew telah
dikalahkan dengan teruk oleh Ong Ling Guan, calon berhaluan kiri. Hal ini jelas
menunjukan bahawa pengaruh golongan berhaluan kiri semakin meluas di
kalangan penduduk Singapura.
Perkara ini semakin membimbangkan para pemimpin Tanah Melayu. Mereka
bimbang sekiranya pengaruh komunis di Singapura tidak dibendung, ia akan
menyebabkan keselamatan Tanah Melayu terancam. Hal ini amat
membahayakan kedudukan Tanah Melayu. Besar kemungkinan, sekiranya tidak
dibendung lebih awal, pengaruh komunis ini akan tersebar pula ke negeri-negeri
Borneo yang mempunyai ramai penduduk Cina terutamanya negeri Sarawak.
Para pemimpin Tanah Melayu berpendapat bahawa penyatuan ini akan dapat
menghalang bahaya daripada pengaruh komunis dan secara tidak langsung
dapat memastikan keselamatan Tanah Melayu lebih terjamin. Tambahan pula,
penyatuan ini dilihat dapat membawa kepada kestabilan politik dalam jangka
masa panjang.
Sosial
Penyatuan Tanah Melayu dengan Sabah, Sarawak dan juga Brunei dijangka
akan dapat memberikan faedah sosial kepada Tanah Melayu. Hal ini demikian
kerana didapati bahawa jumlah penduduk bumiputra di ketiga-tiga negeri
tersebut jauh lebih ramai berbanding dengan Singapura yang majoriti
penduduknya adalah terdiri daripada kaum Cina. Penyatuan ini dilihat akan
dapat mengimbangi jumlah kaum di Malaysia serta secara tidak langsung akan
dapat menjamin kedudukan orang Melayu dan juga golongan bumiputra yang
terdapat di Tanah Melayu dan juga Borneo. (Nathan, K.S., 2004)
Ekonomi
Penyatuan ini dilihat akan dapat menyatukan penduduk dan secara tidak
langsung akan dapat membawa kepada berlakunya kerjasama ekonomi yang
erat antara kawasan-kawasan ini. Kerjasama dalam bidang ekonomi ini secara
tidak langsung akan dapat perkembangan ekonomi dapat berjalan dengan
pesatnya. Tambahan pula, kawasan-kawasan ini mempunyai persamaan dari
segi sosiol, ekonomi, geografi dan juga sejarah yang menyebabkan segala
perancangan ekonomi pasti dapat dijalankan dengan baik.
Faktor Lain
Penyatuan ini, dari sudut yang lain dilihat akan dapat mempercepatnya proses
kemerdekaan bagi Brunei, Sabah dan juga Sarawak. Melalui Malaysia, ketiga-tiga
negeri ini akan dapat dimerdekakan dengan lebih cepat.
Koridor Sejarah
Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada penyatuan dan pemisahan
Singapura dari Malaysia. Begitu juga dengan penyatuan sabah dan juga
Sarawak. Namun, kami melihat bahawa kebimbangan terhadap pengaruh
daripada ideology komunis yang membawa kepada perkara ini. Tempoh masa
antara tahun 1940-an hingga 1960-an telah menyaksikan pelbagai peristiwa
penting berlaku dalam sejarah penubuhan Negara Malaysia yang melibatkan
kemasukan Singapura dan juga Borneo ke dalam Malaysia. Tetapi, hanya Sabah
dan Sarawak sahaja yang masih kekal bersama Malaysia sehingga ke hari ini.
Walaupun pada mulanya penyatuan Sabah dan Sarawak bersama Malaysia
mendapat tentangan, namun akhirnya penyatuan ini dapat dilaksanakan dengan
jayanya dan kedua-dua negeri ini kini sedang membangun dengan pesat di
bawah pentadbiran kerajaan Malaysia.
Rumusan
Parti Perikatan telah memperoleh kemerdekaan setelah berjaya dalam pilihan
raya pada tahun 1955. Suruhanjaya Reid telah dibentuk untuk menggubal
perlembagaan merdeka. Setelah meneliti segala aspek dalam menjamin
perpaduan dan permuafakatan antara kaum Perlembagaan Merdeka telah
disediakan. Pengisytiharan kemerdekaan telah dibuat di Stadium Merdeka pada
pagi 31 Ogos 1957. Pengisytiharan itu menandakan kebebasan politik yang
mutlak bagi Persekutuan Tanah Melayu. Sejarah telah berlaku banyak perubahan
dalam arus politik di Sarawak dan Sabah semenjak tahun 1946 hingga 1962.
Peristiwa pembunuhan gabenor Duncan Stewart merupakan kemuncak kepada
kebencian penduduk Sarawak terhadap British. Orang-orang Melayu, Dayak, dan
Cina telah menubuhkan pertubuhan yang bersifat politik, ekonomi, dan sosial
yang bertujuan memelihara kepentingan kaum masing-masing. Walau
bagaimanapun gerakan kebangsaan di Sabah berlaku dengan agak perlahan. Hal
ini demikian kerana dasar British yang tidak menggalakkan sebarang bentuk
gerakan politik yang dimulakan oleh segelintir golongan cerdik pandai
tempatan.Pengumuman gagasan Persekutuan Malaysia oleh Tunku Abdul
Rahman secara langsung telah merancakkan penubuhan parti politik di Sarawak
dan Sabah. Gagasan Persekutuan Malaysia telah Berjaya menyatukan pelbagai
parti politik yang berbeza kepentingan dalam satu barisan. Perikatan Sarawak
dan Perikatan Sabah yang merupakan parti politik yang terbesar dan dominan
telah berjaya membawa negeri-negeri ini mencapai kemerdekaan dalam
Persekutuan Malaysia.
Rujukan
Affairs, S. A. (1999). Longstanding Issues With Malaysia. Southeast Asian Affairs, 1999. Retrieved November 20, 2011 from http://www.questia.com/app/direct/SM.qst
Anthony, S.K.S. (2002). Malay Political Leadership. London: Routledge.
Cavandish, M. (2007). World and It’s Peoples: Eastern and Southern Asia, Vol. 9. New York: Marshell Cavendish.
Chin Yong Liow. (2004). The Politics of Indonesia-Malaysia Relations: One Kin, Two Nations. London: Routledge Curzon.
Edgar, O. (1966). The Communist Insurgent War 1948-60. London: Faber & Faber.
Gordon, P. M. (1976). Malaysian Politics. London: Hodder and Stoughton.
Hanrahan, G.Z. (1979). The Communist Struggle in Malaya. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Harry, M. (1972). Jungle War in Malaya. London: Arthur Barker Ltd.
Hooker, V.M. (2003). A Short History of Malaysia: Linking East and West. New South Wales Allen & Unwin.
Johan Saravanamutthu. (1983). The Dilemma of Independence: Two Decades of Malaysia’s Foreign Policy, 1957-1977. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Jones, M. (2002). Conflict and Confrontation in South East Asia, 1961-1965: Britain, The United States and the Creation of Malaysia. Cambridge: Cambridge University Press.
Kennedy, J. (1993). History of Malaya. Kuala Lumpu: S. Abdul Majeed & Co.
Khoo Kay Kim. (1972). Komunisme Di Tanah Melayu: Peringkat Awal. Kuala Lumpur: Univeristi Malaya.
Mohamed Noordin Sopiee. (1976). From Malayan Union to Singapore Separation-Political Unification in the Malaysian Region, 1945-1965. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Mohd Noor Abdullah. (1979). Kemasukan Sabah dan Sarawak ke Dalam Persekutuan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Nathan, K.S. (2004). Malaysia-Singapore Relations: Retrospect and Prospect. Contemporary Southeast Asia, Vol, 24. Retrieved November 20, 2011 from http://www.questia.com/app/direct/SM.qst
Porritt, V.L. (1997). British Colonial Rule in Sarawak, 1946-1963. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Ryan, N.J. (1965). The Making of Modern Malaya. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Strong, C.F. (1963). A History of Modern Political Constitutions. Ontario: Capricorn Books.
Tregonning, K.G. (1960). North Borneo. London: H.M. Stationery Off.
Voeks, R. (2007). Histories of The Borneo Environment: Economic, Political, Social Dimensions of Change and Continuity. The Geographical Review, Vol, 97. Retrived November 20, 2011 from http://www.questia.com/app/direct/SM.qst.
Wikisource. (1957, August). 1957: Malaya Celebrates Independence. BBC, 31. Retrieved November 18, 2011 from
http://news.bbc.co.uk/onthisday/hi/dates/stories/august/31/newsid_3534000/3534340.stm
LAMPIRANIstilah-Istilah Penting
“Asia untuk Asia”
Amalan toleransi
Anak gahara
Anasir komunis
Anti penyerahan
Bahasa rasmi
Berkabung
Berkempen
Bunga emas
Dasar “penjepunan”
Dasar campur tangan
Dwiekonomi
Ekonomi dagangan
Ekonomi tradisional
Etnik
Gagasan Malaysia
Gerakan Pan-Islam
Gerakan pemulihan Islam
Hak istimewa orang Melay u
Hak tradisi
Ideologi komunis
Imigran
Infrasfruktur
Jajahan Mahkota
Jus Soli
Kabinet
Kaum
Kaum Muda
Kaum Tua
Kedudukan istimewa
Kerahan tenaga
Kerahan tenaga
Kerjasama kaum
Kesatuan
Kesatuan Penentangan
Kesepakatan
Ketua Anak Negeri
Konfrontasi
Kongsi gelap
Laluan kapal-kapal dagangan
Mahkamah Anak Negeri
Mahkamah Majistret
Majlis Negeri
Majlis Penasihat
Majlis Tertinggi
Malaysia
Manifesto
Masyarakat berbilang kaum
Membuat pakatan
Merdeka
Modal
Mogok
Monarki
Monarki
Muslihat
Negara berdaulat
Negeri naungan
Negeri-negeri Selat
Neokolonialis
Orang Tua
Parti pembangkang
Pejuang
Pemerintahan tentera
Pemimpin setempat
Penasihat British
Pengganas komunis
Penulisan kreatif
Penyusupan komunis
Percantuman
Perebutan takhta
Perikatan
Perisytiharan Malaysia
Perjanjian Sulit
Perlembagaan
Perlembagaan
Persekutuan
Piagam Diraja
Pilihan raya
Pilihan Raya Majlis Bandaran
Pilihan Raya Negeri
Pilihan Raya Umum
Pusat pengumpulan
Pusat perdagangan bebas
Raja Putih
Raja Putih
Residensi
Revolusi Perindustrian
Sara diri
Sekolah mubaligh
Sekolah vernakular
Semangat kebangsaan
Sentimen
Serangan gerila
Sistem Kangani
Sistem Kangcu
Sistem Kontrak
Sistem perwarisan takhta di Perak
Strategi
Surat Sungai
Taktik “Bumi Hangus”
Taktik gerila
Toleransi
Tunjuk perasaan
Warganegara