Post on 05-Dec-2014
1.0 Pengenalan
Perkembangan Imperialisme dan Kolonialisme ini secara umumnya dapat
dikaitkan dengan perubahan dari segi teknologi dan ilmu pengetahuan serta
yang berkembang serta keinginan dan sifat ingin meneroka. Daripada itu,
manusia mulai mencipta di mana hasilnya membolehkan manusia, individu,
kumpulan atau sesebuah kuasa mulai bertapak dengan kuat. Hal ini telah
menyebabkan kuasa asing telah dapat meluaskan dasar imperialisme dan
kolonialisme mereka di rantau Asia Tenggara sama ada secara terus atau
langsung mahupun tidak langsung. Imperialisme dimanifestasikan dalam siri-siri
empayar besar yang bangkit apabila satu orang atau golongan di mana ia
biasanya mewakili satu-satu ketamadunan atau agama yang cuba untuk
mendominasi yang lain dengan membentuk suatu sistem kawalan yang bersatu.
Dasar imperialisme berkait pula dengan dasar kolonialisme atau penjajahan iaitu
proses untuk mendapatkan kawasan atau wilayah baru, biasanya melalui
peperangan. Seterusnya kuasa Barat itu memulakan system pentadbiran di
kawasan tersebut. Kolonialisme membawa kepada penindasan politik, ekonomi
dan sosial ke atas penduduk tempatan.
Contohnya ialah semasa zaman Alexander The Great dalam meluaskan
empayar Rom. Kuasa-kuasa asing yang berkuasa ini telah meluaskan dasar
imperialismenya pada sekitar abad ke-16 di mana ia dikaitkan dengan tujuan
perdagangan dan misi keagamaan. Hal ini sesuai dikaitkan dengan faktor 3G
iaitu, Gold, Glory dan Gospel. Perkembangan imperialisme lama ini telah
berubah atas sebab-sebab tertentu yang akhirnya membawa kepada
imperialisme baru iaitu sekitar tahun 1870-an dan seterusnya. Hal ini turut
bermotifkan kepentingan politik di samping faktor ekonomi dan keagamaan.
1
2.0 Perdebatan Konsep Imperialisme dan Kolonialisme
2.1 Imperialisme
Istilah Imperialisme diperkenalkan di Perancis sekitar tahun 1830-an.
Imperialisme merujuk kepada sistem pemerintahan serta hubungan ekonomi dan
politik negara berkuasa memonopoli negara yang lemah untuk mengeksploitasi
ekonominya. Dalam erti kata lain, imperialisme juga disebut sebagai masyarakat
yang kuat berusaha untuk mengekalkan dan meluaskan pengaruh dan kuasanya
ke atas negara yang lemah sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.
Imperialisme ini terbahagi kepada dua iaitu imperialisme baru dan imperialisme
lama. Imperialisme baru merujuk kepada imperialisme yang dijalankan sekitar
tahun 1870-an dan seterusnya, manakala imperialisme lama pula merujuk
kepada tahun 1870 dan sebelumnya di mana kedua-dua mempunyai matlamat
yang tersendiri.
Selain itu, imperialisme juga merujuk kepada satu dasar dan ideologi
perluasan imperial kolonial yang diamalkan oleh kuasa-kuasa Eropah dan
seterusnya Amerika dan Jepun di akhir-akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.
Istilah ini diperkenalkan oleh penulis Inggeris untuk menerangkan dasar-dasar
perluasan kekuasaan yang dilakukan oleh kerajaan Inggeris. Orang Inggeris
menganggapm merekalah yang paling berkuasa (Great Britain) kerana mereka
telah berjaya menguasai dan menjajah di wilayah Asia dan Afrika. Mereka
menganggap bahawa penjajahan adalah bertujuan untuk membangunkan
masyarakat yang dijajah yang dinilai masih terbelakang dan untuk kebaikan
dunia.1
Imperialisme juga menunjukkan sifat-sifat keunggulan (hegemony) oleh
satu bangsa lain ke atas bangsa lain. Tujuannya adalah untuk menambahkan
hasil ekonomi. Negara-negara imperlias ingin memperoleh keuntungan dari
negeri yang mereka kuasai kerana sumber ekonomi negara mereka tidak
mencukupi. Selain daripada faktor ekonomi, terdapat satu kepercayaan bahawa
1 Imperialisme dan kolonialisme diakses dalam http://www.google.com.my/#hl=en&sclient=psyab&q=kolonialisme+dan+imperialisme pada 20 March 2013
2
sebuah bangsa lebih mulia atau lebih baik dari bangsa lain yang dikenal sebagai
etnosentrisme. Contohnya dapat dilihat dalam bangsa Arya (Jerman) dan Itali.
Antara faktor lain yang membawa kepada imperialisme ialah perasaan ingin
mencapai taraf sebagai bangsa yang besar dan memerintah dunia contohnya
Jepun. Dasar imperialisme pada awalnya adalah untuk menyebarkan idea-idea
barat dan kebudayaan barat di seluruh dunia. Terdapat faktor-faktor pendorong
lain seperti pendidikan, kesihatan, perundangan dan sistem pemerintahan yang
menyumbang ke arah pembinaan sesebuah bangsa.
Evans dan Newham pada tahun 1998 pula, mendefinisikan imperialisme
sebagai hubungan negara hegemonic dengan negara subordinat, bangsa atau
penduduknya di bawah kawalannya iaitu definisi yang diambil dari perkataan
Latin iaitu emperium. Schumpeter pula menyebut bahawa imperialisme merujuk
kepada tindakan yang tidak rasional dan kecenderungan negara melakukan
perluasan kuasa secara paksa tanpa had. Dalam penyelidikan tesis Lenin pula,
beliau mendefinisikan imperialisme sebagai penerusan pemilikan asas kapitaism
secara am. Bagi penduduk negara kolonial yang tidak maju, kapitalisme
menemui ploreteriat baru untuk dieksport dan daripada keuntungan tersebut
imperialisme dapat dijalankan. Smith pula menyamakan imperialisme dengan
konsep ekonomi. Micheal Doyle memberi maksud imperialisme sebagai sesuatu
kawasan atau sesebuah empayar dengan empayar itu dikaitkan dengan konsep
perhubungan formal dan tidak formal dan salah satu empayar tersebut akan
menjadi suatu kuasa yang layak untuk mengawal keadaan politik dan
pentadbiran. Dalam erti kata lain, ia adalah sebagai proses atau polisi untuk
menubuhkan dan mengekalkan sesebuah empayar.
Terdapat beberapa teori imperialisme termasuklah teori konservatif di
mana para pemikirnya seperti Disraeli, Rhodes dan Kipling yang menyebut
bahawa imperialisme adalah perlu untuk mengekalkan susunan sosial yang sedia
ada di negara-negara yang lebih maju. Ia adalah perlu untuk menjamin
perdagangan, pasaran dan untuk mengekalkan pekerjaan dan eksport modal,
dan untuk menyalurkan tenaga dan konflik sosial penduduk metropolitan ke
negara-negara asing. Terdapat andaian yang sangat kuat tentang ideologi dan
keunggulan barat dalam aliran pemikiran ini. Dari segi teori politik pula, pemikir-
pemikir seperti Morgenthau dan Cohen mendakwa bahawa imperialisme adalah
manifestasi keseimbangan kuasa dan ia adalah suatu proses di mana negara
mencuba untuk mencapai perubahan positif dalam status quo mereka. Tujuan
3
utama imperialisme adalah untuk mengurangkan stragik dan serangan politik
sesebuah bangsa.
Menurut pandangan liberal pula, para pemikir seperi J.A. Hobson dan
Angell, berpendapat bahawa imperialisme adalah pilihan polisi atau dasar
bukannya kepentingan kapitalisme semata-mata. Tumpuan kekayaan bertambah
dalam kalangan negara-negara yang kaya membawa kepada penggunaan ramai
orang, sekumpulan orang atau sebilangan orang ramai. Pengembangan dan
penjajahan di luar negara adalah salah satu cara untuk mengurangkan kos dan
untuk menjamin penggunaan barangan baru. Penjajahan seberang laut ini
merupakan hal yang tidak dapat dielakkan dan pastinya berlaku. Sesebuah
negara atau kerajaan boleh menyelesaikan masalah kurang kepenggunaan
dengan menaikkan jumlah pendapatan majoriti penduduk sama ada melalui
undang-undang berkenaan paras gaji atau melalui pemindahan pendapatan.
Dalam teori Marxist pula mengatakan bahawa imperialisme wujud
disebabkan oleh peningkatan kekayaan yang membawa kepada kekurangan
kepenggunaan. Walau bagaimanapun, sejak negara kapitalis tersebut
menggunakan strategi liberal, kedua-dua strategi tersebut dilihat seolah-olah
memonopoli kekayaan bourgeoisie tetapi Marx dan Vladimir Lenin tidak melihat
strategi ini berkesan dan berpotensi. Menurut Lenin, seluruh dunia akan
terbahagi dan negara kaya akan bersaing antara satu sama lain untuk menakluki
kawasan-kawasan kecil. Hal ini beliau jadikan sebagai analisisnya semasa perang
dunia pertama.
2.2 Kolonialisme
Istilah kolonialisme asasnya daripada perkataan koloni iaitu merupakan sebuah
negeri, tanah jajahan yang dikuasai oleh sebuah kekuasaan asing. Koloni adalah
satu kawasan di luar wilayah negara asal atau induk. Tujuan utama berlakunya
kolonialisme adalah kerana kepentingan ekonomi. Sasaran utama adalah
kawasan yang kaya yang mempunyai bekalan bahan mentah yang banyak. Hal
ini berikutan tercetusnya Revolusi Industri di Eropah. Kolonialisme merupakan
sub-kategori daripada imperialisme. Oleh itu, kolonialisme bermaksud dominasi
dan penguasaan yang melibatkan “de jure” atau “de facto” hak negeri dan
4
tanggungjawab ke atas kawasan jajahan.2 Kolonialisme juga merujuk kepada
imperialisme secara lansung atau formal imperialisme. Dasarnya, polisi penjajah
ini adalah untuk mendominasi kawasan-kawasan lain sementara itu menafikan
hak tetap dan hak sementara mereka.
Istilah kolonialisme bermaksud pemaksaan atau satu bentuk
pemerintahan atas sesebuah wilayah atau negeri lain iaitu tanah jajahan atau
satu usaha untuk mendapatkan sebuah wilayah baik melalui paksaan atau
dengan cara damai. Penaklukan merupakan salah satu usaha untuk
mendapatkan sebuah wilayah. Penaklukan boleh dilakukan dengan cara
berdamai atau paksaan. Sejarah perkembangan kolonialisme bermula sejak
Vasco da Gamma dari Portugal telah berlayar ke India pada tahun 1498. Pada
peringkat awal adalah pencarian jalan ke timur untuk mendapatkan rempah
ratus seterusnya menjurus kepada persaingan untuk mencari tanah jajahan
baru.3
Kuasa barat seperti Portugis dan Sepanyol kemudiannya diikuti oleh kuasa
British dan Belanda yang bersaing untuk memonopoli perdagangan rempah.
Penguasaan wilayah yang pada mulanya untuk tujuan ekonomi akhirnya berubah
menjadi penguasaan dan penjajahan apabila penjajah mula terlibat dalam
urusan politik seperti campur tangan bagi menyelesaikan pertikaian, perang
saudara dan sebagainya. Hal ini kerana kuasa barat ini ingin menjaga
kepentingan ekonomi mereka di kawasan jajahan. Tambahan pula pergolakan
politik dalam kawasan takluk boleh mengganggu kelancaran aktiviti
perdagangan mereka.
Kolonialisme berkembang pesat selepas Perang Dunia Pertama. Sejarah
kolonialisme Eropah terbahagi kepada tiga peringkat. Peringkat pertama
bermula pada abad ke-15 hingga Revolus Industri iaitu pada tahun 1763 yang
memperlihatkan kemunculan kuasa Eropah seperti Sepanyol dan Portugal.
Peringkat yang kedua ialah selepas Revolusi Industri sehingga tahun 1870-an.
Peringkat ketiga pula bermula dari tahun 1870-an hingga tahun 1914 ketika
2 Karl Hack and Tobias Retting., Colonial Armies In Southeast Asia; Routhledge Studies in The Modern History of Asia., Library of Congress Cataloging and Publication Data., 2006., hlm 5.
3 Imperialisme dan kolonialisme diakses dalam http://www.google.com.my/#hl=en&sclient=psyab&q=kolonialisme+dan+imperialisme pada 20 March 2013.
5
meletusnya Perang Dunia I yang merupakan puncak pertikaian kuasa-kuasa
imperlias.4
3.0 Faktor-Faktor Imperialisme
3.1 Faktor ekonomi
Kebergantungan antara politik dan ekonomi membawa kepada pembentukan
sesebuah dasar yang lebih efektif dalam perkembangan imperialisme.
Kepentingan politik yang telah dijalankan oleh kuasa Eropah menjelang tahun
1870 adalah berkepentingan dalam pengukuhan dan kelancaran sesebuah
penaklukan ekonomi. Politik digunakan sepenuhnya untuk memenuhi
kepentingan ekonomi. Menurut Marxist, kepentingan ekonomi adalah di dominasi
oleh golongan pemilik modal. Pemilik model yang berpengaruh berkuasa
sepenuhnya dalam menentukan hala tuju sesebuah ekonomi, lazimnya
penindasan oleh golongan atasan ini berlaku ke atas penjual tenaga.5 Dalam
imperialisme yang baru ini faktor ekonomi merupakan aspek pencetus dominan
dan disokong oleh kepentingan politik dan dan tuntutan sosial.
Perkembangan kemajuan ekonomi di Eropah selepas tahun 1870,
mencetuskan satu persaingan ekonomi yang tinggi selepas revolusi
perindustrian Eropah bertambah moden dan pesat tuntutan-tuntutan ini
memaksa Eropah untuk menguatkan kuasa ekonomi demi menjalankan aktiviti
penaklukan negara yang lemah. Seperti mana yang berlaku di Belanda,
4 Imperialisme dan kolonialisme diakses dalam http://www.google.com.my/#hl=en&sclient=psyab&q=kolonialisme+dan+imperialisme pada 20 March 2013.
5 Balakrishnan Parasuraman., Hubungan Industri Di Malaysia: Pendekatan dan amalan., Dewan Bahasa dan Pustaka., 2006.
6
persaingan parti progresif dan liberal membawa kepada perubahan dasar
penjajahan Belanda ke atas jajahan takluknya disebabkan keadaan politik seperti
peperangan yang dialami sendiri di Belanda membawa kepada kemunduran
ekonominya, atas faktor ini membawa penaklukan Indonesia dengan lebih
agresif untuk mengeksploitasi jajahannya bagi memulihkan ekonomi negara
induknya melalui perdagangan yang menggunakan tanah jajahan untuk
mengumpul kekayaan.6
Keruntuhan ekonomi individualistik yang diamalkan semasa imperialisme
lama menjadi pemisah antara tujuan awal ekonomi pada tahun sebelum 1870
dan selepas tahun 1870. Menjelang akhir tempoh tersebut kuasa Eropah mula
menjalankan aktiviti ekonomi yang lebih menyeluruh dan berkepentingan untuk
negara kuasa imperialisme terbabit. Negara baru seperti German dan Italy yang
baru muncul sebagai kuasa imperialisme baru, menjalankan kegiatan
pengembangan ekonomi negaranya untuk yang lebih bersifat menyeluruh bagi
membantu kekuatan ekonomi negara terbabit.
Menjelang pertengahan abad ke 18 hingga awal abad ke 20, British
muncul sebagai sebuah kuasa yang terkuat serta terkenal dengan kekuatan
kuasa ekonominya, perkembangan ini disebabkan kemajuan sistem
industrialisasi, sistem perhubungan, kemajuan politik dan institusi kewangan.
Dalam tempoh masa perkembangan awal kemunculan British sebagai kuasa
yang kuat ini, banyak didorong oleh semangat untuk peningkatan perdagangan
atau Economic Booms, kemegahan kuasa ekonomi ini mendorong British untuk
mengatakan matahari tidak pernah terbenam dalam empayar British. Keinginan
untuk meningkatkan perdagangan ini mendorong kuasa imperialisme seperti
Belanda, Perancis, Sepanyol, serta negara imperialisme baru seperti Itali dan
Jerman untuk bersaing bagi memesatkan lagi keupayaan ekonomi negara
mereka. Keadaan ekonomi Belanda yang kurang berkembang disebabkan
masalah seperti peperangan dan sikap para pegawainya yang lebih
mementingkan kekayaan individu semasa imperialisme lama, mencetuskan
keinginan Belanda untuk memulihkan ekonominya selepas tahun 1870, dengan
memperkenalkan pelbagai tanaman eksport serta sistem tanaman paksa di
Indonesia untuk memulihkan ekonomi Belanda,
6 Marawati Djoened Poesponegor, Nugroho Notosusanto, Sejarah nasional Indonesia V. Balai Pustaka Jakarta. 1993, hlm., 2-3.
7
Penanaman modal secara besar-besaran di tanah jajahan juga turut
membawa kepada imperialisme baru ini. Pihak penjajah bertindak untuk
memajukan ekonomi tanah jajahan mereka seperti pembangunan jalan kereta
api serta pembinaan pusat pentadbiran yang moden dan pengenalan tanaman
eksport baru yang lebih menguntungkan untuk pasaran di Eropah. Pada tahun
1916, V. I. Lenin (1870-1924) dalam analysis Marxist, Imperialism: The Highest
Stage of Capitalism. Monopoli perdagangan banyak dilakukan oleh Eropah untuk
mendapatkan pulangan ke atas negara mereka, melalui pengawalan sistem
ekonomi, serta perdagangan secara terus. Menurut Lenin juga antara tahun
1860 hingga tahun 1900, jumlah pelaburan British ke negara luar khususnya
tanah jajahan seberang laut meningkat antara $7 bilion hingga $20 bilion. 7
Kesan daripada sistem perluasan kuasa imperialisme laman, kuasa barat
semakin kukuh dan stabil, situasi seperti ini membawa pembangunan teknologi
serta perindustriannya. Kemajuan ini menyumbang dalam aspek kemunculan
imperialisme baru. Ciptaan teknologi seperti sistem telekomunikasi atau sistem
telegram, percetakan, kenderaan dan senjata moden membolehkan
imperialisme baru dapat dijalankan dengan mudah. Bantuan sistem
perhubungan dan persenjataan moden menjadi tonggak utama dalam sesebuah
perluasan wilayah khususnya dalam aspek perebutan wilayah mahupun
pertahanan sesebuah wilayah yang berkepentingan untuk ekonomi seperti
pelabuhan.8 Revolusi teknologi di Britain misalnya membolehkan kilang-kilang
untuk meningkatkan kadar pengeluaran dalam jumlah yang banyak dan cepat.
Pembukaan terusan Suez pada tahun 1869, membantu
memendekkan perjalanan dari Eropah ke Asia atau ke timur. Terusan ini
melancarkan lagi sistem perhubungan antara kuasa imperialis dengan tanah
jajahan khususnya bermula pada tahun selepas pembukaannya. Hubungan
Belanda dengan Indonesia menjadi semakin baik disebabkan perkembangan
perindustrian dan perdagangan Belanda seterusnya mendorong pihak penjajah
ini untuk menanam modal secara besar-besaran khususnya di kepulauan jawa.
7 Murphey, Rhoards., A history of Asia; Fourth Edition., Library of Congress Cataloging-in-Publication Data.,
2003., hlm., 295-296. 8 Heidhues M. S., Southeast Asia a Concise History., United Kingdom., Thames and Hudson Ltd. London., 2000., hlm., 110-111.
8
Pembukaan terusan ini juga telah membawa pada kemajuan sistem
perkapalan seperti kapal wap atau steam. Terciptanya kapal ini telah membantu
mempercepatkan lagi perjalanan Eropah ke timur, teknologi perkapalan ini tidak
perlu untuk menunggu peralihan sistem angin untuk menjalankan perdagangan
antara Eropah dan timur yang memakan masa yang agak lama untuk
menjalankan perdagangan. Teknologi moden perkapalan ini hanya
menggunakan sumber arang batu sebagai bahan penggerak. Di samping itu,
turut mampu untuk membawa muatan yang lebih pada satu-satu masa. Pada
pertengahan abad ke-19, kegiatan perkapalan ketinggalan berbanding dengan
British, pengenalan kapal-wap pada tahun 1859 oleh perindustrian De Vries,
hanya terdapat 18 buah kapal ini yang berlayar ke Indonesia dua tahun selepas
pengenalannya. Dengan pembukaan terusan Suez ini ia membawa kepada
peningkatan jumlah kapal-wap yang digunakan dalam perdagangan Eropah
khususnya semasa aktiviti imperialism baru dijalankan.
Pada tahun 1891, perkapalan Belanda ini mula dibangunkan dengan
pemberian monopoli perkapalan kepada Koninklijke Paketvaart Maat-schappu. Di
samping pembukaan pelabuhan-pelabuhan baru seperti pelabuhan Tanjung Priok
pada tahun 1872 dan siap pada tahun 1893, pelabuhan Padang tahun 1890. Di
samping itu pemajuan sistem jalan raya, bangunan pentadbiran, dan sistem air
melalui kerja-paksa dan sebahagian modal pemerintah. Pemajuan ini bertujuan
untuk meningkat keupayaan pelabuahan Belanda untuk menyaingi kegiatan
perkapalan British yang berpusat di Snggapura.9 Kapitalisme Belanda di
Indonesia pada awal abad ke -19 juga mengalami perkembangan yang sanggat
pesat di mana aliran bahan mentah seperti Emas dan Gula memberikan
pulangan keuntungan yang amat besar antara tahun 1904 hingga 1913, begitu
juga dengan bahan dagangan lain seperti tembakau, teh dan beras. Industri
minyak tanah seperti BPM. Shell Co. Standard Oil. Memberi pulangan
keuntungan yang amat tinggi kepada Belanda. Perkembangan kapal wap dan
pembinaan landasan kereta api di India oleh British telah membantu darjah
ketersampaian India dan Eropah supaya menjadi mudah, hal ini bagi
memudahkan lagi pengautan ekonomi tanah jajahan. Pembukaan terusan Suez
ini juga secara langsung telah membantu memperkukuhkan lagi kedudukan
British di Asia.
9 Marawati Djoened Poesponegor dan Nugroho Notosusanto., op.cit., hlm., 14-15.
9
Perkembangan industrialisasi di Eropah yang pesat memaksa kuasa
Eropah untuk keluar bagi mencari, mengawal serta memiliki sendiri sumber
bahan mentah yang menjadi keperluan utama dalam negara serta
perdagangannya. Penciptaan mesin mengetin makanan di Britain memerlukan
British untuk mendapatkan jajahan yang memiliki kekayaan bahan mentah yang
diperlukannya. Tanah Melayu merupakan sasaran utama yang memiliki jumlah
kekayaan bahan mineral yang diperlukannya secara berterusan. Sumber bahan
mentah merupakan aspek utama yang mencetuskan imperialisme baru.
Disebabkan pengalaman lalu semasa imperialisme lama di mana berlakunya
aktiviti monopoli bahan mentah dalam pasaran di Eropah. Monopoli bahan
mentah seperti rempah ratus oleh Belanda di Eropah, merugikan pedagang-
pedagang Eropah yang lain kerana harga jualan bahan tersebut amat tinggi, dan
memberikan keuntungan yang cukup besar bagi Belanda kerana bahan tersebut
sanggat murah dan mudah diperolehi di tanah jajahannya.
Keperluan tempat untuk pasaran baru juga mendorong persaingan
kuasa Eropah untuk mendapatkan tanah jajahan dan menjalankan imperialisme
di tanah jajahan yang luas dengan memainkan peranan yang penting kerana
jumlah koloni yang banyak ini menjamin pasaran untuk barangan siap keluaran
Eropah di samping itu juga untuk memastikan kelancaran ekonomi secara
berterusan.10 Kepentingan ekonomi ini mendorong pihak kolonial untuk menjaga
perairan dan keselamatan kawasan perdagangannya dengan sistem pertahanan
yang lebih baik seperti penggunaan senjata yang lebih moden.
Faktor tenaga buruh yang murah khususnya dalam koloni penjajah,
adalah juga salah satu pengerak utama kepada imperialisme baru ini. Guna
tenaga yang ramai serta muda diperoleh menyumbang dilihat mampu mambawa
pada kelancaran sesebuah kegiatan ekonomi untuk dijalankan. British
menjalankan kegiatan ekonomi kapitalisnya seperti dalam ladang getah,
perlombongan dan tanaman eksport lain. British mengambil tenaga buruh dari
negara luar khususnya India dan juga China, melalui sistem kangani, kontrak,
dan kad kredit, dan terdapat juga buruh dari negara ini yang datang secara
sendirian, buruh murah India khususnya dibawa ke Tanah Melayu melalui sistem
paksaan pada awal sebelum pengenalan sistem kangani untuk merekrut pekerja,
bagi merancakkan lagi serta memudahkan pengawalan serta pengautan
kekayaan ekonomi di tanah Melayu dapat dijalankan dengan tanpa masalah.
10 Ibid., hlm., 2.
10
Buruh tempatan tidak digunakan disebabkan dasar British yang memencilkan
penduduk tempatan daripada kegiatan ekonomi moden mereka. Ia bertujuan
untuk mengelakkan masyarakat peribumi daripada bersosial dengan masyarakat
bawaan British yang mungkin timbul kesedaran dan penduduk tempatan bersatu
padu. Hal ini disedari oleh British lebih awal, untuk memastikan kepentingan
ekonominya tidak terancam.
Kesukaran untuk menembusi pasaran turut menjadi pendorong
kepada kuasa Eropah untuk menjalankan imperialisme yang lebih teliti.
Perdagangan British dan China mengalami masalah disebabkan dasar dalam
negara China yang tidak melakukan perdagangan timbal balas dengan British.
British hanya boleh membeli barangan dari China seperti kain sutera dan bahan
tembikar, tetapi barangan dari British di limitasikan kemasukannya. Barangan
Eropah tidak dibenarkan oleh kerajaan China, disebabkan fahaman perbezaan
keungulan tamadun.
China beranggapan tamadun mereka adalah yang terbaik, dan tidak
memerlukan barangan dari luar yang tidak setanding dengannya, ia percaya
segala keperluannya dapat dipenuhi sendiri dalam negara. Fenomena seperti ini
banyak merugikan pihak British disebabkan aliran mata wangnya yang tinggi
keluar tetapi tidak mendapat pulangan dari China. Dengan itu britsh telah
memperkenalkan candu dalam pasaran gelap China, selepas tahun 1870
penggunaan candu menjadi bahan import utama China dan bahan eksport
mereka seperti kain sutera dan teh, telah menurun. Implikasi daripada situasi ini,
mengakibatkan perbendaharaan China terjejas dengan teruk disebabkan kadar
eksport barangannya menurun tetapi import meningkat. Dan akhirnya membawa
kepada perang candu yang ketiga, telah memaksa China untuk menerima
tamadun luar seperti Eropah setanding dengan mereka, dan yang paling penting
China perlu untuk menerima barangan Barat ke dalam pasaran negaranya.11
Kemunculan Jepun sebagai sebuah kuasa imperialisme baru di Asia
selepas tahun 1890 disebabkan kemajuan Eropah yang menjadi modal Jepun
untuk membangunkan negaranya. Ia bermula dengan pemodenan Maharaja
Meji, dengan pemodenan tentera darat dan laut, kemajuan perkapalan dan
industrinya menyokong perluasan kuasa jepun ke atas negara sekitarnya.
Kepesatan pembangunan Jepun memaksa Jepun untuk mencari bahan mentah
yang banyak untuk menyokong perkembangan ekonomi sera keperluan
11 Murphey, Rhoards., op.cit., hlm., 308.
11
penduduknya. Perluasan kuasa Jepun bermula dengan penawanan Korea, diikuti
China di Taiwan, dan Rusia. Seperti negara Eropah lain aktiviti ini dijalankan
untuk kepentingan ekonomi Jepun. Taiwan banyak membekalkan bahan
makanan seperti gula, beras dan tanaman makanan lain. Begitu juga dengan
Korea yang kaya demean bahan mineral seperti arang batu, biji besi, dan kayu
kayan yang penting untuk industri perkapalan jepun dan juga industri-industri
lain dalam negaranya. Kekurangan bahan mentah ini memaksa Jepun untuk
menakluk negara luar yang kaya dengan sumber mineralnya di samping untuk
memberi saingan ekonomi yang besar ke atas negara Eropah.
3.2 Faktor Politik
Faktor politik yang membawa kepada kuasa Barat untuk menjalankan
Imperialisme baru di Asia Tenggara adalah disebabkan dorongan dalam
persaingan untuk mendapatkan kawasan tanah jajahan baru.
Bermulanya era baru dalam imperialism iaitu bermula selepas tahun 1870,
kuasa-kuasa Barat telah berlumba-lumbi untuk mengerakkan imperialism
mereka. Perebutan kawasan antara kuasa Eropah adalah jelas sekali. Pada tahun
1875 misalnya hanya tinggal kurang satu persepuluh dari kawasan di Afrika
telah ditukarkan menjadi kawasan koloni Eropah. Manakala selepas tahun 1895
kawasa di Afrika tinggal satu persepuluh yang masih belum dimiliki kawasanya.
Terutamanya British, telah menambah 4.25 juta persegi dan 66 juta penduduk
ke dalam empayarnya di Afrika tersebut. Negara Perancis pula menambah 3.5
juta persegi dengan penduduk 26 juta orang di kawasannya. Begitu juga dengan
kuasa Eropah lain yang terlibat dalam persaingan atau perebutan kawasan di
Afrika tersebut iaitu, Russia, Belgium, Itali, Jerman dan juga Amerika Syarikat
yang telah memperoleh wiliayah di Afrika daripada Sepanyol pada tahun 1890-
an iaitu satu-satunya kuasa Eropah yang tewas dalam perebutan wilayah di
Afrika. Perkara ini dikaitkan pula dengan tumpuan secara penuh Sepanyol ke
atas Filifina di Asia Tenggara.
Kuasa British juga telah meluaskan kuasanya ke India dan menjadikan
India sebagai pusat Negara kolonial bagi British dalam menjalankan dasar-
dasarnya. British telah bertapak di India dan bermula dari situ kuasa British mula
menjalankan imperilisme ke Asia Tenggara bermula dengan campur tangan
British di Negara Asia Tenggara seperti di Burma, Tanah Melayu dan kepulauan
12
Borneo. Kerajaan Perancis pula mulai bertapak kuat di Vietnam dan Belanda di
Indonesia. Berbanding dengan imperialism lama yang tidak menekankan aspek
politik, dapat dilihat dalam imperialism baru ini bahawa keinginan untuk
mentadbir secara langsung di kawasan jajahan adalah dilihat sebagai langkah
keperluan untuk mengawal aktiviti ekonomi di Asia Tenggara tersebut. Maka
jelaslah bahawa dorongan bagi untuk menambah kawasan baru ini telah
membawa kepada minat kuasa Barat untuk menjalankan imperialisme tersebut.
Hal ini juga menjadikan Asia Tenggara adalah merupakan sebagai
‘Persimpangan Semulajadi’ bagi laluan perdagangan dunia hal ini jelas melalui
pernyataan yang dikatakan oleh Frank;
”The division of labor and pattern of trade in Indonesia and adjacent regions
combined three interrelated axes of interisland and peninsular short-haul trade,
regional trade with India and China/Japan/Ryukyu Islands, and world trade with
West Asia, Europe, and the Americas”.12
Kelahiran kuasa baru di Eropah juga telah mendorong kuasa-kuasa
Eropah ini untuk menjalankan imperialisme. Hal ini dikaitkan dengan perubahan
kepimpinan di negara Eropah yang berlaku setelah terjadinya revolusi-revolusi di
negara Barat. Revolusi tersebut adalah seperti Revolusi Perancis, Revolusi 1848,
Revolusi Russia, Revolusi Amerika Syarikat. Revolusi yang mengubah seluruh
negara Eropah adalah dapat dikaitakan dengan Revolusi 1848. Revolusi ini lebih
dikenali sebagai The Year of Revolution, kerana di seluruh Eropah, berlakunya
kebangkitan pembebasan politik dan negara bangsa. Kebangkitan itu dikaitkan
dengan keinginan suatu bentuk politik, ekonomi dan sosial yang baru,
pembebasan dari kuasa monarki kepada suatu kuasa yang lebih liberal.
Perjuangan kelas dalam masyarakat Eropah untuk membebaskan diri sistem
yang beradasarkan kelas. Hal inilah yang mendorong pada tercetusnya Revolusi
1848. Walaupun revolusi ini gagal untuk memusnahkan sepenuhnya sistem
monarki di Eropah namun ia telah membuka ruang kepada lahirnya suatu bentuk
pemerintahan baharu yang bersifat lebih terbuka dan kesedaran fikiran bahawa
negara itu boleh di cari dengan menjalankan imperialisme. Maka hal inilah yang
telah mendorong kepada berlakunya imerialisme baru dijalankan.
12 Eisuke Sakakibara & Sharon Yamakawa., Regional Integration in East Asia, Challenges and Opportunities. Part
1: History and Institutions., The World Bank. Policy Research Working Paper., 2003, hlm, 1-81.
13
Selain itu, kuasa Barat juga menjalankan imperialisme atas kerana
keinginan untuk mengukuhkan kuasa politik dalam usaha
menyelamatkan ekonomi. Hal ini boleh dikaitkan dengan negara mana yang
mempunyai kawasan yang banyak maka negara tersebut adalah sebuah Negara
yang kuat. Namun begitu pembukaan kawasan baru adalah menjerumus kepada
kawasan yang mempunyai potensi sahaja iaitu kaya dengan sumber yang boleh
dikormesialkan. Perkara ini juga dilihat dengan pembukaan lebih banyak
kawasan bagi tujuan untuk menampung kepadatan penduduk di Negara asal.
Maka dengan itu pencarian kawasan baru adalah penting kerana hanya dengan
itu kuasa politik dapat dikukuhkan namun begitu tanpa ada strategi yang kuat
dalam usaha perluasan kuasa itu maka amat mustahil untuk mengukuhkan
kuasa politik.
Maka jika dilihat dari definisi Imperialisme itu sendiri pula iaitu, menurut
Morgenthau, Cohen “Imperialisme adalah semata-mata satu manifestasi
imbangan kuasa dan adalah proses oleh mana-mana negara yang cuba untuk
mencapai perubahan dari sudut politik dengan menggalakkan status quo. Tujuan
imperialisme pula adalah untuk mengurangkan kelemahan strategi dan politik di
dalam sesebuah negara bangsa ”. Oleh yang demikian pengukuhan kuasa ini
telah dijalankan dan didorong pula dengan adanya strategi dalam untuk cara
meluaskan kuasa iaitu sama ada dengan cara peperangan, perjanjian atau
sebagainya bagi membolehkan pergerakkan aktiviti ekonomi di kawasan jajahan
berjalan lancar. Oleh itu, kuasa-kuasa Barat ini telah mula mengukuhkan kuasa
politik mereka di Asia Tengara dan menjadikan faktor ini sebagai satu sebab
Barat untuk menjalankan imperialisme kerana hanya dengan itu ia dapat
menjamin kedudukan ekonomi negara Eropah itu sendiri di Asia Tenggara.
3.3 Faktor sosial
Teori Social Darwinism yang menganjurkan kemegahan dan keagungan
bangsa yang kuat dan maju mendorong Eropah untuk bersaing dan berlumba-
lumba untuk menyebarkan tamadun mereka ke luar demean membawa misi
untuk mentamadunkan bangsa lain. Bangsa yang kuat saja yang layak untuk
menguasai bangsa lain. Semangat yang mengagungkan keunggulan budaya dan
tamadun ini akhirnya membawa kepada pencetusan imperialisme baru yang
lebih agresif di Eropah dan akhirnya sampai ke Jepun.
14
Kemajuan tamadun Eropah berbanding dengan negara luar seperti Africa,
Asia dan Amerika Latin, mendorong masyarakat Eropah untuk berfikir perlu
untuk mentamadunkan masyarakat luar disebabkan mereka menganggap
budaya Eropah adalah yang terbaik, dan budaya luar tidak setanding dengan
mereka. Masyarakat Barat menghapuskan beberapa amalan sosial masyarakat
luar yang dianggap tidak bertamadun untuk menjadi standard. Masyarakat barat
telah menghapuskan amalan seperti, sati, pembunuhan bayi perempuan yang
baru lahir, perkahwinan kanak-kanak. Merantai kaki, Chaste widowhood,
concubinage di China. dan melarang perbezaan kelas berdasarkan pemakaian,
marital promiscuity, less or more open pornography. 13
Dengan penyebaran ilmu dari negara Barat pula, Pendidikan
diperkenalkan untuk menghasilkan golongan rakyat tempatan yang boleh
digunakan oleh penjajah untuk diserapkan dalam pentadbiran ditanah jajahan
mereka. Seperti mana Belanda memperkenalkan sistem pendidikan ini ke atas
masyarakat jawa, pada tahun 1882 sejumlah 700 buah sekolah ditubuhkan dan
menurun kepada 654 buah sekolah pada tahun 1884 disebabkan masalah
ekonomi. Sekolah tersebut hanya sekadar membantu pelajarnya untuk, menulis,
mengira dan membaca. Dan terdapat sebilangan pelajar yang belajar dalam
sekolah Eropah yang mengajar bahasa Belanda untuk menyerap beberapa
pelajar dalam pentadbiran.14
Slogan beban orang putih juga diguna pakai semasa imperialisme baru
ini. Slogan yang ditulis oleh penulis British ini, Rudyard Kipling, menggambarkan
masyarakat Eropah membawa misi untuk mentamadunkan masyarakat luar, dan
ia menjadi tugas yang wajib. Perkara ini membawa kepada perlumbaan
masyarakat Eropah untuk tujuan tersebut semasa imperialisme baru. Semasa
penaklukan ke atas Filipin telah menunjukkan betapa orang Barat cuba untuk
membantu masyarakat di Asia Tenggara. Orang Barat mengatakan bahawa
keadaan ini merupakan “civilizing mission” dan merupakan satu usaha untuk
mentamadunkan penduduk di Asia Tenggara.15 Mereka merasakan bahawa
mereka perlu untuk membantu penduduk Asia Tenggara untuk hidup ke arah
13 Murphey, Rhoards., op.cit., hlm., 297.
14 Marawati Djoened Poesponegor dan Nugroho Notosusanto., op.cit., hlm., 15-16.
15 Murphey, Rhoards., op.cit., hlm., 293.
15
yang lebih baik dan lebih bertamadun.16 Keadaan ini dapat dilihat dari sajak yang
telah ditulis oleh Ruyard Kipling pada tahun 1899:
“Take up the White Man’s Burden
Send forth the best ye breed
Go bind your sons to exile
To serve your captives need
To wait in heavy harness
On fluttered folk and wild
Your new-caught sullen peoples,
Half devil and half child…”17
Missionaries keagamaan juga merupakan misi penting yang perlu
dilakukan untuk kemanusiaan dan ia merupakan salah satu sebab
imperialisme dijalankan. Misalnya, Bangsa Belanda yang menjajah Indonesia
mempunyai mission untuk memimpin bangsa Indonesia ke arah kehidupan yang
sejahtera.18 Mission Katolik Perancis di Tianjin pada tahun 1870, telah berlaku
pembunuhan anggota mission tersebut, begitu juga dengan pembunuhan paderi-
paderi serta masyarakat yang beragama Kristian di Vietnam, telah membawa
kepada penaklukan Perancis ke atas Vietnam19. Atas faktor campur tangan
Perancis yang membantu golongan paderi Perancis yang dibunuh dengan kejam
di Vietnam. Misi keagamaan umpamanya adalah penting untuk sesebuah kuasa
besar campur tangan terhadap negara yang lemah seterusnya sebagai langkah
atau cara untuk kuasai sesebuah negara yang lain.
4.0 Perbezaan Imperialisme Lama dan Imperialisme Baru
Dari segi matlamat, Imperialisme Lama adalah bermatlamatkan mengumpul
kekayaan bagi kepentingan Negara Bangsa. Imperialisme ini juga bercirikan
konsep penjelajahan seberang laut. Selain itu, hal ini turut dikaitkan dengan
16 Karl Hack and Tobias Retting., op.cit., hlm., 243.
17 Murphey, Rhoards., op.cit., hlm., 296-297.
18 Marawati Djoened Poesponegor dan Nugroho Notosusanto., op.cit., hlm.,29.
19 Murphey, Rhoards., op.cit., hlm., 309.
16
konse 3G iaitu Gold, Glory dan Gospel. Dengan penubuhan negara bangsa, Raja-
Raja negara bangsa telah menggalakkan perkembangan kapitalisme dan
mengamalkan suatu dasar ekonomi yang dikenali sebagai merkantilisme pada
abad ke 16 dan ke 17.20 Kapitalisme adalah sistem yang menggalakkan
pengumpulan modal, hak milik persendirian, persaingan untuk pasaran dan
perniagaan untuk keuntungan. Manakala merkantilsme pula merupakan sistem
yang menjadikan negara kaya dan berkuasa. Sistem ini telah menekankan
kekayaan, kekuasaan dan kebajikan. Gabungan kedua-dua sitem ini telah
membantu Revolusi Perdagangan.21
Sehubungan itu, hal inilah yang mendorong pelayaran ke seberang laut
telah mula dipelopori oleh Portugal di bawah galakan Putera Henry. Maka ia
telah membawa kepada penerokaan pantai barat Afrika pada tahun 1460. Pada
tahun 1486, Bartholomew Diaz telah belayar mengelilingi Tanjung Pengharapan
dan Vasco Da Gama pula telah belayar hingga ke Calicut pada tahun 1489
dengan melalui Tanjung Pengharapan. Pada tahun 1509, ekspedisi Portugal
pimpinan De Sequira tiba di Melaka dan ia telah membuka perdagangan rempah-
ratus Hindia Timur kepada Barat. Selain dari kuasa Portugal, Sepanyol juga telah
muncul sebagai kuasa pelayaran utama pada abad tersebut. Hal ini telah
memulakan dasar Imperialisme Lama yang telah mula menjelajah ke rantau Asia
Tenggara. Mengikut kenyataan E.F. Rice dalam buku beliau The Foundation of
Early Modern 1460-1559 bahawa pelayaran Portugis telah menandakan
permulaan kuasa Eropah di seluruh dunia; penjajahan politik ke atas kawasan
yang luas, penjajahan ekonomi yang telah mengubah rupa bumi kepada dunia
ekonomi Eropah. Selain itu, penemuan-penemuan kawasan baru ini telah
memulakan persaingan di kalangan negara bangsa untuk mengukuhkan
kedudukan dan supremasi mereka.
Manakala Imperialisme Baru pula, lebih bersifat moden dan melibatkan
daya usaha serta didorong dengan revolusi perindustrian yang tercetus di
Negara Eropah. Revolusi Industri yang tercetus di England telah merebak ke
negara Eropah yang kemudian dan membuka mata negara Eropah tersebut
dalam pentingnya revolusi tersebut. Maka itulah Imperialisme baru yang
20 Sivachandralingam Sundara Raja., Sejarah Eropah, siri Pengajian sejarah, Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors SDN BHD., 2002., hlm., 126.
21 Ibid., hlm., 126-127.
17
berdasarkan dari hasil kerja negara-negara perindustrian kapitalis yang maju
bukannya ekonomi merkantilisme yang terkenal dalam abad sebelum 1800. Hal
ini melibatkan komitmen Pelaburan kewangan serta eksploitasi secara sengaja
bahan dan sumber manusia di kawasan penjajah serta menjadikan Koloni
sebagai tempat pasaran.22 Imperialisme baru yang telah bermula setelah
revolusi Industri di Eropah tahun 1870-an adalah akibat dari faktor kelebihan
modal dan barang di negara barat. Selepas tahun 1870-an, negara-negara
Eropah berlumba-lumba mencari daerah jajahan di Asia, Amerika dan Afrika bagi
memonopoli sumber bahan mentah dan kawasan pemasaran barangan mereka.
Dasar imperialisme ini dijalankan demi agama, iaitu agama Kristian. Mereka
menganggap bahawa ia adalah tugas mereka untuk menyelamatkan manusia
dari segala macam penindasan dan ketidakadilan terutamanya negara-negara
yang terbelakang oleh para missionari Kristian yang menganggap misis
penyelamat ini sebagai The White Man Burden.
Dengan bermatlamatkan mencari kawasan baru dan tempat pasaran baru
maka imperialisme tidak dapat dielakan. Bagi negara-negara Eropah, hanya
dengan melakukan imperialisme barulah mereka dapat menjadi sebagai sebuah
kuasa yang hebat dan kuat. Selain itu, berbeza dengan Imperialisme Lama yang
lebih bertujuan untuk mengekploitasi semata dan keuntungan semata-mata,
Imperialisme baru lebih tersusun dalam usaha untuk mencapai tahap ekonomi
yang lebih stabil bagi kedua-dua pihak iaitu pihak yang dijajah atau negara
kolonial dan pihak yang memerintah.23
Dari sudut penglibatan kuasa Eropah dalam menjalankan
imperialisme dinegara Asia ialah bagi Imperialisme Lama kuasa awal Eropah
yang terlibat adalah kuasa Portugis, Sepanyol dan Belanda iaitu yang telah
bermula pada awal abad ke- 15 dan abad ke- 16. Manakala Imperialisme Baru
pula yang mula mengorak langkah pada pertengahan abad ke- 19 iaitu bermula
dari tahun 1840-an. Namun yang lebih agresif adalah bermula dari tahun 1870-
an iaitu akhir abad ke-19. Kuasa-kuasa Eropah yang lain telah mengubah
persepsi mereka dan mula menjalankan imperialisme. Kuasa-kuasa besar Eropah
tersebut adalah seperti British, Perancis, Jerman, dan Russia. Pada permulaan
awal kuasa seperti Perancis adalah lebih ketinggalan berbanding dengan negara
Eropah yang lain, hal ini kerana faktor tolakan yang berlaku di negera tersebut
22 Murphey, Rhoards., op.cit., hlm., 293.23 Ibid., hlm., 293-294.
18
yang mana pada tempoh sebelum revolusi yang berlaku di Perancis aktiviti
penjajahan seberang laut adalah dianggap sebagai aktiviti Barbarian dan di
Perancis pula pihak Gereja mendominasi pemerintahan maka imperialisme
lambat dijalankan dan hanya bermula pada akhir abad ke -18.
Di negara Eropah lain pula, hal yang sama telah berlaku iaitu revolusi dan
peperangan. Namun kesedaran yang didorong oleh Revolusi Perindustrian telah
mengubah minda negara Eropah yang kemudian. Penguasaan awal kuasa
Eropah adalah di kawasan Afrika Tengah yang telah memperlihatkan persaingan
rancak antara kuasa Eropah. Pada tahun 1884, Persidangan Berlin24 telah
dijalankan bagi mengurangkan tekanan di antara kuasa Barat dan apa yang
penting dalam persidangan tersebut ialah pembahagian kawasan Afrika bagi
setiap negara Eropah. Dari situ pula, kuasa-kuasa Barat telah didorong untuk
meluaskan kekuasaan dan kawasan, dari Asia Timur hinggalah ke Asia Tenggara.
Dari sudut Teknologi dan perhubungan, Imperialisme Lama adalah
pada peringkat permulaan, dengan kemahiran dari ilmu pelayaran telah
mendorong penjajahan seberang laut, laluan perdagangan secara tidak langsung
terbentuk menerusi eksplorasi peneroka-peneroka awal Barat seperti Vasco da
Gama, Columbus dan Magellan yang bermotivasi dari pelbagai darjah untuk
pemerolehan produk yang berasaskan tumbuhan (rempah ratus).25 Dengan
berdasarkan pelayaran awal ini, orang Eropah mempunyai keberanian dan
keyakinan untuk berlayar dengan lebih jauh dari tempat asal mereka. Sepanyol
memperoleh keuntungan daripada penemuan Ferdinand Magellan’s di mana
mereka sedar bahawa pelayaran menggunakan kapal boleh tiba ke Asia dengan
berlayar dari arah barat dan juga imur.26 Pada Tahun 1700 laluan perdagangan
yang merentasi lautan Hindi, China dan Jepun, Atlantik sehingga ke Amerika dan
24 Persidangan Berlin, merupakan satu pertemuan oleh wakil daripada 15 negara yang dipanggil oleh Bismark bagi mengurangkan ketegangan di antara kuasa-kuasa Eropah berkaitan dengan pembahagian Afrika Tengah. Ketegangan tersebut adalah disebabkan ketakpercayaan British dan Portugal berhubung cita-cita Perancis dan Belgium di Congo dan perluasaan kuasa Jerman di Afrika Timur dan Cameroon. Persidangan mengiktiraf negara Congo, memberi lalaun ke laut, menghapuskan hamba abdi, menjamin kebebasan penggunaan Sungai Congo dan Niger, serta membuat keputusan tentang kawasan lingkungan pengaruh bagi menghalang perebutan koloni yang boleh mencetuskan peperangan.
25 Richard N. Mack., Trade routes for commerce in plants or pathways for invasive species (The dualism of
international commerce)., Fourteenth Australian Weeds Conference: 72-77., hlm.,73.
26 Marey Somers Heidhues., Southeast Asia a concise history., United Kingdom: Thames and Hudson ltd, 2000.,hlm., 96.
19
pelayaran dari Mexico ke Filipina telah dilaksanakan oleh pelayar Eropah.27 Maka
jelaslah dengan teknologi yang ada pada masa itu maka dengan itu ia
mendorong kepada penjelajahan, penjarahan dan penjajahan. Namun selepas
lewat tahun 1860-an, teknologi dan alat perhubungan adalah lebih maju, dengan
pembukaan Terusan Suez dan Kapal Wap telah memendekan lagi perjalanan ke
Negara-negara Asia, aktiviti perhubungan seperti pengunaan Telegram juga
telah membuatkan aktiviti imperialism lebih giat dijalankan dan memperlihatkan
kuasa-kuasa Eropah telah berlumba-lumbi untuk mendapatkan kawasan dan
membuka negara kolonial.
Dari sudut penglibatan dalam Politik, Imperialisme Lama ini dilihat
tidak menitikberatkan aspek politik melainkan keinginan untuk mengaut
keuntungan dan mengekploitasi negara jajahan semata-mata. Ianya lebih
bercorak individual – Melaui kerajaan, Perbadanan atau syarikat persendirian.
Pemerintahan pula yang bersifat terhad dan tidak menyeluruh. Dalam erti kata
lain, imperialisme lama ini hanya menumpukan perhatian terhadap kawasan
yang dijangka mempunyai potensi dalam memberi keuntungan kepada mereka.
Misalnya kedatangan Belanda ke Batawi yang bersifat hanya untuk mengaut
sebanyak mungkin bahan dan sumber mentah yang terdapat di kawasan
tersebut. Begitu juga dengan kehadiran Portugis di Melaka, yang melihat
ekonomi semata-mata dan dapat dikaitkan dengan kegagalan kuasa tersebut
mentadbir Melaka dengan lebih lama adalah kerana Portugis dilihat tidak
berminat untuk mentabir secara baik melainkan hanya memandang melalui
sudut ekonomi sahaja. Hal ini dapat dikaitkan dengan kata-kata menurut Tome
Pires;
“Barang siapa yang menguasai Melaka maka ia akan dapat menguasai
Venice.” 28
Malahan Alfonso de Alburquerue juga telah menganggap Melaka penting
sebagai sebuah pusat pengumpulan barangan dagangan khususnya pelbagai
jenis rempah dan ubat-ubatan diperdagangkan.29 Penguasaan ke atas Melaka
27 Richard N. Mack., op.cit., hlm., 73.
28 Zainal Abidin bin Abdul Wahid., Kerajaan Melaka Dalam Hubungan Antarabangsa., Jebat, 18, 1990.,
hlm., 75.
29 Joginder Singh Jessy., Sejarah Tanah Melayu: 1400-1959., Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka., 1978., hlm., 31.
20
juga akan dapat memonopolikan perdagangan rempah di Barat kerana percaya
barang-barang dagangan yang dibawa dari Iskandariah melalui Laut Merah dan
kemudian dibawa ke pasar di Eropah oleh para pedagang Venice akan dapat
dihalakan ke Lisbon sekiranya Portugis berkuasa di Melaka. Maka jelaslah
bahawa imperialisme lama atau penjajahan seberang laut ini tidak
mementingkan aspek politik dalam usaha menjalankan imperialisme mereka.
Namun demikian, imperialisme baru pula akibat dari fungsi-fungsi
ekonomi menyebabkan telah beralih kepada penubuhan kawalan langsung
terhadap politik di tanah jajahan, dan ditadbir melalui birokrasi kolonial. Maka
perkara ini telah melihatkan pentadbiran secara langsung dijalankan oleh kuasa
Eropah seperti British, Perancis, Belanda, dan Sepanyol. Misalnya kuasa British di
Burma dan Malaya atau Tanah Melayu. British yang tertarik dengan negara Asia
Tenggara selepas kehadiran kuasa Belanda pada abd ke-17, telah mula berminat
untuk memecahkan monopoli Belanda di Tanah Melayu misalnya. Selain itu pula,
dorongan untuk memasuki pasaran China dan tumpuan British di India juga telah
menyebabkan kuasa British ingin mengukuhkan terlebih dahulu politik di negara
kolonialnya. Kerana hanya dengan demikian ekonomi British dapat dijamin.
Kuasa-kuasa Eropah yang lain juga turut mengatur imperialisme mereka di Asia
Tenggara.
Dari sudut sosial pula, iaitu yang paling ketara adalah misi keagamaan
atau Gospel. Pada zaman imperialisme lama ia memperlihatkan persaingan
dalam menyebarkan ajaran agama, dan agama yang terlibat adalah agama
Islam dan Kristian. Persaingan ini ketara dan mengandungi sentiment
keagamaan yang melampau. Misalnya sebagai bukti yang dapat dilihat dengan
jelas, iaitu kedatangan Portugis ke Alam Melayu. Portugis dengan niat yang jelas
untuk menyebarkan agama dan ajaran kristian kepada masyarakat di Alam
Melayu atau Kepulauan Nusantara yang meliputi Tanah Melayu dan Indonesia
(kini). Semasa awal kedatangannya, Portugis masih lagi terpengaruh dengan
semangat Perang Salib yang berlaku di antara orang Islam dan orang Kristian di
Barat.30 Tambahan pula, persaingan perdagangan di Eropah terutamanya di
pelabuhan Venice telah menambahkan lagi api kebencian orang Portugis
terhadap pedagang Islam. Perkara ini telah menyebabkan berlakunya
penindasan oleh orang Portugis terhadap pedagang Islam di Melaka khususnya
pedagang Islam yang datang dari Tanah Arab. Sentiment perkauman dan agama 30 Joginder Singh Jessy., op.cit., hlm.,42
21
jelas apabila ia menjadi salah satu faktor utama dalam peperangan di Alam
Melayu iaitu perang Tiga Segi yang meliibatkan kuasa Johor-Belanda, Acheh dan
Portugis-Melaka.31 Pada zaman Portugis di Melaka juga Gereja-gereja telah
ditubuhkan, orang Portugis terbukti amat mementingkan ajaran agama Kristian
Katolik sebagai salah satu sebab mereka berada di Alam Melayu. Hal ini dapat
dibuktikan apabila sebuah gereja telah siap dibina pada tahun 1515 dan disusuli
dengan pembinaan beberapa buah gereja lagi seperti Gereja Our Lady of the
Visitation dan Gereja St. Paul.32 Walaupun tidak berjaya mengembangkan
sepenuhnya ajaran Kristian kepada masyarakat di Melaka, namun misi
keagamaan yang cuba disampaikan dapat dilihat.
Manakala pada zaman imperialisme baru pula, misi keagamaan itu sendiri
adalah kabur dan tidak jelas, boleh dikatakan bahawa misi-misi keagamaan
hanyalah sebagai alasan untuk sesebuah pihak menjalankan imperialisme.
Meskipun ada, misi yang dijalankan adalah tidak bersifat keseluruhan. Hal ini
disebabkan berlakunya penentangan-penentangan dari penduduk tempatan di
negara koloni. Faktor penerimaan dan respon masyarakat tempatan terhadap
agama Kristian dan misi-misi penyebarannya adalah tidak diterima secara baik,
hanya segelintir kecil kumpulan sahaja yang menerima Kristian di rata-rata
negara Asia Tenggara misalnya, Tanah Melayu, Vietnam, Burma, dan Indonesia.
Gereja-gereja turut ditubuhkan, malahan misi-misi keagamaan juga bukan
sahaja melibatkan ajaran Roman Katolik malahan ajaran Protestan turut mula
diperkembangkan. Walaubagaimanapun, ia dilihat sebagai gagal dan tidak
menyeluruh kerana faktor-faktor ekonomi dan fungsi politik dilihat sebagai
merupakan suatu faktor yang lebih dominan untuk imperialisme dijalankan.
5.0 Analisis Kajian
Melalui hasil kajian bagi perbicangan soalan ini maka jelas bahawa, konsep
Imperialsme dan Kolonisme keduanya mempunyai pentakrifan yang berbeza.
Imperialisme adalah merupakan suatu terma yang boleh merujuk kepada
penguasaan sesebuah negara atau sekumpulan manusia ke atas yang lain.
Penguasaan ini dilakukan dengan keadaan paksaan dan damai, lazimnya negara
yang dikuasai pula merupakan sebuah negara yang jauh ketinggalan, masih
31 Ibid., hlm.,42.
32 Khoo Kay Kim., Kedatangan Orang Eropah dalam, Zainal Abidin Abdul Wahid et. al., Malaysia Warisan dan Perkembangan, Edisi Kedua, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka., 1998., hlm., 88.
22
mundur dan dalam erti kata lain negara tersebut boleh dianggap sebagai negara
yang tidak atau belum bertamadun. Bagaimanapun, perkara itu adalah
disebabkan kelewatan kemajuan atau kurangnya pendedahan sesebuah negara
yang mundur itu tadi kepada sebarang bentuk pembaharuan seperti di negara
lain, ianya juga kerana dipengaruhi oleh faktor geografi yang boleh dianggap
sebagai suatu halangan utama negara itu tadi kurang maju. Para sarjana juga
tidak ketinggalan dalam memberi definisi tentang Imperialisme, ianya adalah
dikaitkan dengan ‘School of though’ di mana setiap para sarjana mempunyai
pemikiran tersendiri kerana mereka lahir dan menuntut ilmu pada suatu tahap
yang berbeza, maka dengan itu setiap pemikiran itu lazimnya lebih dipengaruhi
dengan perubahan semasa.
Jika dilihat melalui pendapat Schumpeter sendiri di mana beliau
menyatakan bahawa imperialisme adalah merujuk kepada tindakan yang tidak
rasional dan kecenderungan negara melakukan perluasan kuasa secara paksa
tanpa had. Hal ini kerana beliau melihat perkara ini dari sudut politik dan
ekonomi itu sendiri di mana dalam erti kata lain sesebuah negara berkuasa
besar itu cuba menunjukkan kekuatan negara mereka dengan cara melakukan
perluasan kuasa yang tidak terhad, mereka yang berkuasa itu tadi akan memiliki
kekayaan, pembahagian kuasa dan yang kaya dan kuat akan berkuasa. Karl
Marx pula mengaitkan pengertian imperialisme dengan memandang melalui
sudut ekonomi, iaitu beliau melihat bahawa imperialisme ini lebih kepada isu
materialism atau kekayaan. Negara yang mempunyai kuasa dan kuat akan
menakluki negara yang lemah bagi mengaut keuntungan bagi kepentingan
negara mereka sendiri. Bagi Palmer pula, beliau telah memberi definisi
mengenai imperialisme bentuk baru iaitu imperialisme pada abad ke-19, bagi
pendapatnya, beliau melihat bahawa imperialisme ini dijalankan bagi mentadbir
dan membangunkan wilayah yang kurang membangun terutama bagi tujuan
perdagangan atau prestij tetapi kadang kala ianya mengatasi keadaan strategik.
Hal ini boleh dikaitkan dengan keadaan yang melibatkan penglibatan kedua-dua
pihak iaitu dijajah dan penjajah yang cuba untuk memberi keseimbangan
kemajuan, sama ada dari sudut politik, ekonomi dan sosial antara satu dengan
lain.
Manakala Kolonialisme ini pula adalah merupakan sebuah konsep yang
lahir akibat dari dasar imperialisme yang dijalankan. Melaui imperialisme yang
dijalankan maka kolonialisme akan dilakukan bagi membolehkan sesebuah
23
kuasa imperialis berkuasa. Dengan adanya dasar kolonialisasi tersebut pula
suatu bentuk pentadbiran yang lebih jelas iaitu melihatkan pihak negara yang
dijajah dan pihak yang menjajah. Hal ini boleh dilihat dengan lebih jelas lagi
melalui pendapat Osterhammel, yang mengatakan Kolonialisme adalah dilihat
sebagai;
'hubungan dominasi antara majoriti indegenous (atau secara paksa
diimport) dan minoriti penceroboh asing. Manakala Keputusan asas yang
mempengaruhi kehidupan rakyat yang dijajah dibuat dan dilaksanakan oleh
penjajah’.
Perkara ini bermaksud bahawa pihak yang menjalankan imperialis itu akan
berkuasa mutlak di negara yang diiktiraf sebagi koloni.
Selain itu, Konsep Imperialsme dan kolonialisme ini kebanyakannya
dikaitkan dengan ekonomi. Hal ini bermaksud ramai para sarjana berpendapat
bahawa imperialisme dan kolonisasi ini sebenarnya berlaku atas kerana
dorongan faktor ekonomi. Negara-negara Eropah mengalami suatu revolusi
perindustrian melaluinya lebihan dan pengeluaran dapat dipertingkatkan maka
dengan itu sudah pasti tempat pemasaran barang-barang diperlukan, oleh yang
demikianlah penjelajahan dan pembukaan koloni ini berlaku. Namun demikian
faktor politik serta misi social juga tidak ketinggalan penting dilihat sebagai
faktor pencetus imperialism tersebut sama ada imperialsme lama atau baru.
Melaui hasil perbincangan soalan ini juga, telah mendapati bahawa imperialisme
lama dan imperialisme baru mempunyai perbezaan yang ketara. Yang paling
jelas adalah bentuk kedua-dua imperialisme ini, iaitu imperialisme lama adalah
bersifat kawalan secara tidak langsung di negara yang ditakluki, manakala
imperialisme baru pula adalah bersifat secara langsung atau formal di negara
yang diiktiraf sebagi negara koloni iaitu negara yang telah ditakluki.
6.0 Penutup
Maka kesimpulannya, apa yang dapat diringkaskan adalah faktor ekonomi
adalah dianggap sebagai faktor dominan dalam memaksa negara-negara kuat
24
khususnya negara Eropah, Amerika Syarikat, Jepun untuk menjalankan
imperialisme mereka. Keadaan terpaksa ini pula telah mengwujudkan
persaingan antara kuasa-kuasa kuat ini hingga beratus tahun lamanya semenjak
dari abad ke-15 hinggalah abad ke-20 dalam usaha melebarkan dan meluaskan
tanah dan kawasan koloni mereka. Fungsi ekonomi itu sendiri pula mendorong
kepada penambahbaikan sistem politik dan keadaan social bagi kedua-dua
pihak, iaitu penjajah dan pihak yang dijajah. Namun begitu, yang pasti
imperialisme yang dijalankan itulah yang membentuk negara-negara yang wujud
hari ini melaui kemerdekaan yang diberi.
Rujukan
Buku, Internet dan Jurnal
25
Eisuke Sakakibara & Sharon Yamakawa. 2003, Regional Integration in East Asia, Challenges
and Opportunities. Part 1: History and Institutions. The World Bank. Policy Research Working Paper.
Emerson, Heidues, Mary Somers. 2000. Southeast Asia a Consise History. Thamps&Hudson
Ltd. London.
Imperialisme dan kolonialisme diakses dalam http://www.google.com.my/#hl=en&sclient=psyab&q=kolonialisme+dan+imperialisme pada 20 March 2013
Joginder Singh Jessy, 1978, Sejarah Tanah Melayu: 1400-1959, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Karl Hack and Tobias Retting. 2006. Colonial Armies In Southeast Asia; Routhledge Studies in The Modern History of Asia. Library of Congress Cataloging and Publication Data.
Khoo Kay Kim, Kedatangan Orang Eropah, dalam Zainal Abidin Abdul Wahid, 1998, et. al., Malaysia Warisan dan Perkembangan, Edisi Kedua, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Marawati Djoeried Poesponegroro. 1993. Sejarah Nasional Indonesia. Balai Pustaka Jakarta
Muller, Gregor. 2006. Colonial Cambodia’s Bad Frenchmen; The Rise of French Rule and The Life Of Thomas Caraman, 1840-87. Library of Congress Cataloging and Publication Data Cambridge University Press.
Murphey, Rhoards. 2003. A history of Asia; Fourth Edition. Library of Congress Cataloging-in-Publication Data.
Richard N. Mack, Trade routes for commerce in plants or pathways for invasive species (The dualism of international commerce), Fourteenth Australian Weeds Conference: 72-77.
Sivachandralingam Sundara Raja, 2002, Sejarah Eropah, siri Pengajian sejarah, Kuala
Lumpur: Utusan Publication & Distributors SDN BHD.
Tarling, Nicholas. 2001. Imperialisme in Southeast Asia; ‘A fleeting, passing phase’. Library of Congress Cataloging and Publication Data
Wendy Khadijah Moore. 2002. Malaysia; A Pictorial History 1400-2004. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zainal Abidin bin Abdul Wahid, 1990, Kerajaan Melaka Dalam Hubungan Antarabangsa, Jebat, 18.
26