Post on 30-Jun-2015
description
PUSAT PEMIKIRAN DAN KEFAHAMAN ISLAM (CITU)
MAC 2012
ILMU & AMAL
PROGRAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN (PMI) STAF
BAHASA :
•Dari perkataan ‘alima yang bermaksud mengetahui atau perbuatan yang bertujuan untuk mengetahui tentang sesuatu dengan sebenarnya.
ISTILAH :
•Segala pengetahuan atau kebenaran tentang sesuatu yang datang dari Allah SWT yang diturunkan kepada Rasul-rasulNya dan alam ciptaannya termasuk manusia yang memiliki aspek lahirian dan batiniah.
PEMBAHAGIAN ILMU :
•Ilmu Fardhu Ain
Merupakan ilmu yang wajib dituntut oleh setiap individu muslim meliputi soal-soal :
- Aqidah tauhid- Ibadat-ibadat fardu - Ilmu untuk membaca Al-Quran- Akhlak - Dan lain-lain perkara yang menjadi
kewajipan kepada individu tersebut waktu itu.
SAMB…2. Ilmu Fardhu Kifayah
iaitu ilmu yang sebahagian daripada umat Islam wajib menguasainya dan tidak menjadi kewajipan kepada semua umat Islam. Contohnya :
- Ilmu yang diperlukan untuk kepentingan kehidupan masyarakat Islam di dalam bidang kebendaan dan lain-lain yang bertujuan untuk mencapai keselesaan, kestabilan dan keamanan dalam masyarakat, c seperti ilmu perubatan, ilmu matematik dan sebagainya.
ILMU ADALAH DASAR KEPADA SEGALA TINDAKAN•Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Dan janganlah engkau turut apa-apa yang engkau tidak ada ilmu padanya,
sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan ditanya,”
(Surah Al-Isra: 36).
SUMBER ILMU :1. Al Qu’ran merupakan sumber ilmu yang
pertama dan wajib diterima secara qat’ie oleh setiap umat Islam. Sumber ilmu Islam berasaskan kepada Al Qu’ran mempunyai kemutlakan autoriti yang tidak boleh disangkal. Al Qu’ran ialah kalam Allah SWT yang bermukjizat, diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang termaktub di dalam mashaf, dipetik dari riwayat yang mutawatir, membacanya dikira ibadah, diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW secara beransur-ansur dengan lafaz dan makna dari Allah SWT dalam bahasa arab.
SAMB…
2. As-Sunnah. Merupakan sumber ilmu yang kedua selepas al Qu’ran. Al Sunnah ialah sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW sama ada perkataan, perbuatan atau pengakuan ( persetujuan ). Berperanan sebagai penjelas, penghurai, penguat kepada al Qur’an.
SAMB…
3. Sumber-sumber lain yang berdasarkan kajian dan orientasi yang benar diterima asalkan tidak bercanggah dengan prinsip Islam, misalnya akal fikiran, psikologi manusia, sejarah dan sebagainya. Sumber tambahan ini perlulah selaras dan tidak bertentangan dengan isi kandungan al Qur’an dan al Sunnah. Sumber ini merupakan ruang lingkup yang membuka peluang untuk manusia melakukan ijtihad.
CARA UNTUK MENDAPATKAN ILMU :•Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan.”
(Surah Al-’Alaq : 1)
* Kunci kepada ilmu adalah dengan
MEMBACA
ADAB MENUNTUT ILMU :Niat yang ikhlas.
• �ِه �ْي َع�َل �ِه� الَل َص�َل�ى �ِه الَل ُس�وَل� َر� ِمْع�ُت� ُس� َق�اَل� ٍك َم�ال �ِن ْب �ْع�ِب َك َع�ِن��ِم�اَرَي� ْي ل ْو�
� َأ �ِم�اَء� �ْع�َل ال ِه ْب �َج�اَرَي� ْي ل �َم� �ْعَل ال َط�َل�ِب� َم�ِن� �ُق�وَل� َي �َم� َل ْو�ُس� . �اَر� الَّن �ِه� الَل �ِه� َل �ْد�َخ� َأ �ِه �ْي ل ِإ �اِس الَّن ْو�ُج�وَه� ِه ْب �ْص�ِرَف� َي ْو�
� َأ َف�َه�اَء� الُّس> ِه ْب ) َماُجِه ) ْواْبِن التِرَمذَي
Dari Ka'ab bin Malik ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang menuntut ilmu, dengan tujuan bermegah-megah menandingi alim ulama dengan ilmunya itu, atau dengan tujuan bertengkar dan bertegang urat dengan orang-orang yang jahil dengan ilmunya itu, atau pun dengan tujuan menarik dengan ilmunya itu perhatian orang ramai memujinya, nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam neraka. "
SAMB…Bersungguh-sungguh. Kata As-Syafie :
Ilmu ibarat binatang buruan dan tali pengikatnya ialah dengan menulis/mencatat.
Bijak membahagikan masa.
SAMB…Bijak memilih guru. Ibn Sirin berkata :
“Sesungguhnya ilmu ini (ilmu hadith) adalah agama, maka ikutilah kamu daripada siapa kamu mengambil agamamu”.-muqaddimah Sahih Muslim-
Kurangkan bergaul dengan orang yang banyak bermain dan kurang berfikir.
SAMB…Sentiasa merujuk kepada ahli ilmu
sebagaimana ingatan Allah SWT yang bermaksud :
“…Maka bertanyalah kepada orang-orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu
tidak mengetahui”.(Surah An-Nahl : 43)
SAMB…Tinggalkan maksiat. Al-Waki’ menasihati
imam Syafie supaya meninggalkan maksiat. Kata Al-Waki’ : “Tinggalkan maksiat. Sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya dan cahaya tidak akan datang kepada orang yang melakukan maksiat”.
SAMB…Sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar
ditambahkan ilmu pengetahuan. Allah SWT berfirman yang bermaksud :
“…katakanlah Ya Tuhanku, tambahkanlah ilmu kepadaku”.
(Surah Taha : 114)
KEPENTINGAN MENUNTUT ILMU :Membezakan antara orang yang berilmu
dan orang yang jahil. Allah berfirman yang bermaksud :
“Katakanlah: Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak
mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakal yang dapat menerima pelajaran.”
(Surah Az-Zumar, ayat 9)
SAMB…
Diangkat darjat orang yang berilmu. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Orang yang berilmu akan diminta keampunan oleh penghuni langit dan bumi hingga ikan yang ada dalam air.
Keutamaan orang berilmu dibandingkan dengan ahli ibadah bagaikan bulan
purnama atas seluruh bintang.” (HR Abu Daud, Ar-Tirmizi dan Ibnu
Majah)
SAMB…Ilmu adalah pokok kepada setiap amalan.
Imam al-Bukhari menyebut : “Kewajipan seorang Muslim sebelum beramal adalah berilmu. Jangan sesekali menghina dan memandang rendah akan kemampuan mereka yang memiliki ilmu. Islam melihat ilmu dan amal sebagai penyumbang kepada kehidupan bahagia di dunia dan akhirat.”
SAMB…Dengan ilmu, hati akan sentiasa hidup.
Kata Saidina Ali Bin Abi Talib: “Hidupnya hati adalah berkat bertambahnya ilmu sedangkan matinya hati akibat ketiadaan ilmu. Sihatnya hati berkat keyakinan sedangkan sakitnya hati akibat keraguan.”
SAMB…Ilmu akan lenyap jika tidak dicari. Ibn
Mas’ud berkata : “Hendaklah kamu semua mencari ilmu pengetahuan sebelum ia dilenyapkan. Lenyapnya ilmu pengetahuan ialah dengan matinya orang-orang yang memberikan atau yang mengajarnya. Seseorang itu tidak akan dilahirkan dalam keadaan pandai. Jadi ilmu itu mestilah dicari dengan belajar”.
SAMB…
•Ilmu adalah keperluan harian hidup manusia. Kata Imam Syafie : “Jika kamu inginkan dunia, hendaklah dengan ilmu. Jika kamu inginkan akhirat, hendaklah dengan ilmu. Dan jika kamu inginkan kedua-duanya juga dengan ilmu...!"
DOA AMALAN :
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat,
rezeki yang baik dan amal yang diterima. (HR Ibnu Majah)
DEFINISI :
•Bahasa : Perbuatan/pekerjaan/perlakuan/tindakan.
•Istilah : Amal ibadah atau amalan seharian yang dilakukan niat kerana Allah SWT.
KEPENTINGAN AMAL :Sebagai memenuhi tuntutan sebagai
hamba Allah :- Beribadah kepada Allah sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud :
“Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan hanya untuk beribadah
kepadaku.”(Surah Adz-Dzariyaat : 56)
SAMB…Bagi memenuhi tugas sebagai khalifah Allah
SWT di bumi ini iaitu untuk memakmurkan bumi. Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Aku hendak menjadikan
khalifah di bumi.” Mereka berkata, “Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak
dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMU dan mensucikan namaMu?” Dia berfirman, “Sungguh, Aku
mengetahui apa yang kamu tidak ketahui.”(Surah Al-Baqarah :30)
SAMB…•Sebagai bekalan untuk Hari Akhirat. Dari Abu
Hurairah ra, Nabi SAW bersabda :
صدقة : ثالث من إال عمله انقطع آدم ابن مات إذاصالح , , ولد أو بعده من به ينتفع علم أو جارية
له يدعو"Apabila mati anak adam, terputus semua amalannya kecuali tiga perkara : Sedeqah jariah, Ilmunya yang dimanfaatkan orang
selepas kematiannya, dan anaknya yang soleh yang mendoakannya“
(HR Muslim)
DOA AMALAN :
Ya Allah, berikanlah manfaat kepadaku atas apa yang telah Engkau ajarkan kepadaku, dan ajarkanlah kepadaku apa yang bermanfaat bagiku, serta
tambahkanlah ilmu bagiku.(HR Tirmidzi)
ILMU + AMAL =
•Imam Ali Abi Thalib berkata: “Ilmu adalah pemimpin amal, dan amal adalah pengikutnya.”
•Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “Barangsiapa beramal tanpa ilmu maka apa yang dirosaknya jauh lebih banyak dibandingkan dengan yang diperbaikinya.”
SAMB…• Imam Ali Abi Thalib berkata: “Ilmu diiringi
dengan perbuatan. Barangsiapa berilmu maka dia harus berbuat. Ilmu memanggil perbuatan. Jika dia menjawabnya maka ilmu tetap bersamanya, namun jika tidak maka ilmu pergi darinya.”
• Amal akan mempunyai nilai jika dilandasi dengan ilmu, begitu juga dengan ilmu akan mempunyai nilai atau makna jika diiringi dengan amal.
SAMB…
•Ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah dan amal tanpa ilmu ibarat pengembara tanpa petunjuk.
•Imam Ali Abi Thalib berkata : “Iman dan amal adalah dua saudara yang sentiasa beriringan dan dua sahabat yang tidak berpisah. Allah tidak akan menerima salah satu dari keduanya kecuali disertai sahabatnya.”
ANCAMAN TERHADAP ORANG YANG BERILMU TANPA BERAMAL :•Allah SWT berfirman yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa-apa yang
tidak kamu kerjakan. Sungguh besar murka Allah kamu mengatakan apa-apa
yang tidak kamu kerjakan.”(Surah As-Saff :2-3)
SAMB…
•Imam Ali Abi Thalib berkata : “Jangan sampai ilmumu menjadi kebodohan dan keyakinanmu menjadi keraguan. Jika engkau berilmu, maka beramallah, dan jika engkau yakin maka majulah.”
SAMB…• Dari Usamah bin Zaid RA : “Aku pernah mendengar
Rasulullah SAW bersabda: “Pada hari kiamat nanti akan ada seseorang yang didatangkan, kemudian dilemparkan ke dalam neraka. Isi perutnya terburai, sehingga ia berputar-putar sebagaimana berputarnya keldai yang menggerakkan penggilingan. Penghuni neraka pun berkumpul mengerumuninya. Mereka bertanya: ‘Wahai fulan, apakah yang terjadi pada dirimu? Bukankah dahulu engkau memerintahkan kami untuk berbuat kebaikan dan melarang kami dari kemungkaran?’. Dia menjawab: ‘Dahulu aku memerintahkan kalian berbuat baik akan tetapi aku tidak mengerjakannya. Dan aku melarang kemungkaran sedangkan aku sendiri melakukannya’.” (HR Bukhari dan Muslim)
CARA HIDUP ISLAMMengatur hubungan dengan Allah SWT• Iltizam dan patuh kepada hukum Islam• Bersyukur dan bertawakal Islam
Mengatur hubungan sesama insan• Hubungan baik sesama manusia• Mengiktiraf hak orang lain• Bersikap sederhana• Menegak kebenaran dan mencegah
kemungkaran
Mengatur hubungan dengan alam• Menikmati anugerah Allah SWT• Memelihara ciptaan Allah SWT
Firman Allah SWT:
Maksud-Nya:“Bagi mereka (syurga) Dar Al-Salam (tempat tinggal yang aman sejahtera) di sisi Tuhan mereka, dan Dialah (Allah) penolong mereka, disebabkan amal (yang baik) yang mereka telah kerjakan.
(Surah al-An’am: 127)
GANJARAN MENTAATI ALLAH SWT
RUJUKAN :• Prof. Ahmad Izzuddin Al-Bayanuni, (2003),
Petunjuk Akidah 1 Ahli Sunnah Wal Jamaah, terj. Hasnan Kasan.
• Abdul Majid Az Zindani, (1996), Al-Iman, terj. Mahyuddin Abdullah, Al-Hidayah Publisher, Kuala Lumpur.
• William C. Chittick, (1994), Faith and Practice of Islam, S.Abdul Majeed & Co, Kuala Lumpur.
• Mahmoud M. Ayoub, (1996), Islam Iman dan Amal, Perniagaan Jahabersa, Johor Baharu.