Post on 24-Sep-2020
Human Computer Interaction
(SCV 1023):
TUGASAN KUMPULAN
INNOVATIVE DIAMOND
DR. NOR AZMAN BIN ISMAIL
AAFFIIZZAA BBIINNTTII AABBDDUULL WWAAHHAABB
SSXX009900441177CCJJJJ0033
881111112255007755888822
NNOOOORRHHAAZZLLIINNAA BBIINNTTII NNOOOORRDDIINN
SSXX009900442277CCJJJJ0033
880000770088007755335544
Blog Kumpulan Innovative Diamond
http://fieeza.wordpress.com/category/group-assignment/
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN
1.1 Pengenalan Track24
1.2 Kelebihan
2.0 TUGASAN ANALISA
3.0 HIERARCHICAL TASK ANALYSIS
4.0 JALAN CERITA (STORYBOARD)
5.0 RAJAH ALIRAN DAN REKABENTUK TRACK24
6.0 EVALUATION TASK
6.1 ABSTRAK
6.2 LATARBELAKANG
6.3 EKSPERIMENT/KAJIAN
6.4 PEMBOLEUBAH BERSANDAR DAN TIDAK BERSANDAR
6.5 KEPUTUSAN KAJIAN AWAL
6.6 PERALATAN
6.7 BAHAN
6.8 RESPONDEN
7.0 KESIMPULAN
8.0 RUJUKAN
9.0 APENDIKS
1.0 PENGENALAN
1.1 Pengenalan Track24
Track24 diperkenalkan untuk mengenalpasti kedudukan dan lokasi
sebenar ahli keluarga. Pemilihan aplikasi ini adalah kerana hasil tinjauan yang
didapati kebanyakkan ibu bapa yang bekerj pada zaman sekarang sukar untuk
memantau lokasi anak-anak samada yang masih bersekolah atau yang telah
meningkat remaja. Kesibukan ibu bapa di tempat kerja serta kerunsingan
memikirkan aktiviti anak-anak yang mungkin terlibat dengan pelbagai gejala
sosial seperti ponteng sekolah, lumba haram, penculikan dan perogolan kanak-
kanak dan sebagainya menjadi penyelesaian utama kepada pelaksanaan
Track24. Kemudahan menjejaki lokasi anak-anak bukan sahaja dapat mengatasi
masalah sosial dikalangan anak-anak tetapi ibu bapa dapat memantau
kedudukan dan setiap aktiviti dengan lebih mudah,cepat dan tepat.
Laporan ini menerangkan dengan lebih lanjut mengenai aplikasi web
Track24. Track dalam bahasa melayu adalah jejak manakala 24 pula adalah
singkatn kepada 24 jam. Oleh itu, TRACK24 adalah jejak 24 jam tanpa henti
dan pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja. Aplikasi ini digunakan untuk
menjejaki ahli keluarga tidak mengira masa dan tempat. Ianya mudah
digunakan oleh semua peringkat usia tidak kira tua dan muda. Pengguna utama
iaitu ketua keluarga hanya perlu install aplikasi ini dalam komputer atau
telefon bimbit yang mempunyai kemudahan GPS. Pendaftaran setiap ahli
keluarga perlu dilakukan supaya sistem dapat mengenalpasti pengenalan ahli
keluarga. Setelah itu, peranti aplikasi dimasukkan ke dalam telefon bimbit
setiap ahli keluarga untuk pemantauan. Maklumat lokasi ahli keluarga akan
dipaparkan terus menerusi telefon bimbit tanpa mengira masa dan lokasi.
1.2 Kelebihan
Sistem ini mempunyai pelbagai kelebihan yang tersendiri antaranya ialah :
1.2.1 Mudah digunakan
1.2.2 Memerlukan komputer dan telefon bimbit yang mempunyai kemudahan
GPS
1.2.3 Menjejaki ahli keluarga dalam tempoh 24 jam tanpa henti
1.2.4 Menjejaki ahli keluuarga tanpa had lokasi kedudukan ahli keluarga
1.2.5 Aplikasi ini adalah percuma
1.2.6 Ketua keluarga boleh mendaftar maklumat lokasi dimana ahli keluarga
sepatutnya berada
1.2.7 Mesej akan dihantar kepada ketua keluarga sekiranya salah seorang
daripada ahli keluarga berada diluar dari lokasi yang sepatutnya.
1.2.8 Ahli keluarga juga boleh membuat persidangan melalui panggilan
sesama ahli
1.2.9 Mengelak dari berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti penculikan
2.0 TUGASAN ANALISA
Beberapa kajian telah dilakukan bagi memantapkan lagi pembangunan Track24
supaya menjadi suatu aplikasi dan digunapakai oleh semua peringkat usia dengan
mudah dan cepat. Antara kaedah kajian yang telah digunapakai ialah edaran
soalselidik. Sasaran utama temubual dan soal selidik yang dilakukan adalah kepada
ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih kecil dan remaja. Lokasi anak-anak
yang masih kecil dan yang meningkat dewasa perlu dipantau supaya tidak terjebak
dalam masalah sosial.
3.0 HIERARCHICAL TASK ANALYSIS
3.1 Menjejaki ahli keluarga secara manual
3.1.1 Periksa ahli keluarga
3.1.1.1 Periksa di dalam rumah
3.1.1.2 Periksa di rumah jiran
3.1.1.3 Periksa di kawasan sekitar rumah kediaman
3.1.1.4 Perikasa di lokasi yang biasa dikunjungi (restoren/cyber café/taman mainan/dsbnya)
3.1.1.5 Bertanyakan kepada rakan sekolah/sekerja
3.1.1.6 Bertanyakan kepada pihak sekolah/majikan
3.1.1.7 Mencari di kawasan yang tidak pernah dikunjungi
3.1.2 Hubungi Ahli Keluarga
3.1.2.1 Hubungi melalui telefon bimbit
3.1.2.1.1 Boleh hubungi bertanyakan kepada ahli keluarga lokasi dimana berada
3.1.2.1.2 Putuskan talian setelah mengetahui lokasi
3.1.2.1.3 Tidak dapat menghubungi telefon bimbit operasi menjejak ahli keluarga tidak dapat dilakukan
3.1.2.2 Hubungi melalui emel/laman sosial
3.1.2.2.1 Ada jawapan kemudian balas semula emel dengan menanya kepada ahli keluarga lokasi dimana berada
3.1.2.2.2 Emel dibalas dengan lokasi dimana ahli keluarga
berada operasi menjejak dihentikan
3.1.2.2.3 Emel tidak dibalas operasi menjejak tidak dapat diteruskan
3.2 Pelan HTA
Pelan 3.1 : laksanakan 3.1.1 kemudian laksanakan 3.1.2 sekiranya ahli keluarga tidak dijumpai
Pelan 3.1.1 : laksanakan 3.1.1.1 - 3.1.1.7
Pelan 3.1.2 : laksanakan 3.1.2.1 – 3.1.2.2
4.0 JALAN CERITA (STORYBOARD)
Innovative Diamond
Afiza Abdul Wahab
Noorhazlina Noordin
HOME• INSTALLING APPLICATION ON MOBILE AND PC
Rajah 1: Memasansg perisian pada smart phone dan lapotop/desktop
HOME• GIVE MOBILE TO MAID FOR TRACKING PURPOSE
Rajah 2 :Memberi handphone yang telah dipasang dengan aplikasi jejak kepada pembantu
rumah
OFFICE• FORGOT TO BRING NOTEBOOK TO OFFICE
Rajah 3: Majikan terlupa untuk membawa laptop ke tempat kerja dan pulang ke rumah
untukm mengambil laptop
HOME• RECEIVE CALL FROM UNKNOWN PERSON
Rajah 4 : Pembantu rumah menerima panggilan telefon dari seseorang yang dikenali
MAID GOING OUT FROM
HOUSE WITHOUT
PERMISSIONS
Rajah 5 : Pembantu rumah telah membawa keluar anak majikan ke suatu tempat tanpa izin
untuk berjumpa rakan
HOME• MOTHER WAS SHOCKED BECAUSE HER DAUGHTER AND
MAID NOT AT HOME
Rajah 6 : Majikan pulang ke rumah dan sangat terkejut apabila mendapati anaknya dan
pembantu rumah tiada
LOCATION IDENTIFIED
Rajah 7 : Majikan kemudian teringat aplikasi jejak yang telah dipasang pada handphone
pembantu rumah dan tanpa melengahkan masa majikan terus mencari lokasi anak dan
pembantu rumahnya menggunakan aplikasi tersebut. Lokasi pembantu rumah diketahui dan
majikan bergegas ke lokasi untuk mengambil anaknya.
with
Rajah 8 : Memperkenalkan aplikas jejak yang akan dibangunkan oleh Kumpulan Innovative
Diamond iaitu Track24. Track24 bermaksud proses jejak ahli keluarga 24 jam tanpa henti
5.0 RAJAH ALIRAN DAN REKABENTUK TRACK24
Track24
Emel :
Katalaluan :
Log Masuk ke akaun anda
Teruskan
Pertama kali atau lupa katalaluan?
Sebelumnya Log keluar
Paparan utama Aplikasi Track24 pada telefon pintar Android. Penggua perlu mendaftar sebelum
menggunakan Aplikasi ini.
Track24
Emel : fieeza11@gmail.com
Katalaluan : ********
Log Masuk ke akaun anda
Teruskan
Pertama kali atau lupa katalaluan?
Pengguna yang telah berdaftar boleh masukkan emel dan katalaluan untuk menggunakan Aplikasi
Track24 dan klik butang ‘Teruskan’
Track24 Masukkan poskod
Seterusnya paparan seperti berikut akan diperolehi. Gambar ahli keluarga yang telah berdaftar
akan berada di barisan bawah. Carian lokasi keluarga boleh dibuat melalui carian berdasarkan
poskod atau dengan klik pada gambar ahli keluarga yang ingin dicari.
Track24 Masukkan poskod
Setelah klik pada gambar lokasi ahli keluarga akan dikenalpasti dan ditunjukkan pada
peta
Track24 Masukkan poskod
Papa kini berada di No123, Gat Lebuh Macallum, 10300, Gerogetown, Penang
Klik pada gambar untuk mengetahui maklumat lengkap tentag lokasi ahl keluarga. Satu dialog
box akan dipaparkan dan memaparkan maklumat lengkap yang diperlukan. Klik pada gambar
pertama dalam dialog box untuk mengubah profil pengguna
\
Track24
Papa
Shahul
shahul@gmail.com
01242322222
Emel Log Masuk
No Telefon Bimbit
Set sebagai Pentadbir AplikasiPentadir boleh mengemaskini dan menghapuskan akaun pengguna
Simpan Batal
Kemaskini Profil Pengguna
Paparan berikut akan diperolehi dan setiap pengguna boleh mengemaskini maklumat profil
masing-masing
\
Track24 Masukkan poskod
Mama kini berada di No 456, Jalan Tengku, 11600, Jelutong, Penang
Seterusnya klik pada gambar pemegang telefon untuk membuat pangglian pada ahli keluarga
\
Memanggil…
Mama
+60124545555
Panggilan akan dibuat pada ahli keluarga tersebut
\
Track24 Masukkan poskod
Mama kini berada di No 456, Jalan Tengku, 11600, Jelutong, Penang
Klik pada butang panggilan video untuk membuat panggilan video kepada ahli keluarga
\
Memanggil…
Mama
+60124545555
Panggilan video akan dibuat kepada ahli keluarga tersebut
\
Track24 Masukkan poskod
Mama kini berada di No 456, Jalan Tengku, 11600, Jelutong, Penang
Klik pada ikon ‘History’ untuk mengetahui log /audit trail setiap lokasi yang telah ahli keluarga
tersebut pergi
\
Track24
Sebelumnya Batal
1. Dari jam 10:00 pagi hingga jam 11:00 pagi berada di 10300, Gat Lebuh Macallum, Penang
2. Dari jam 11:05 pagi hingga jam 12:00 tgh berada di 11600, Jalan Tengku, Jelutong Penang
2. Dari jam 12:05 pagi hingga jam 02:00 ptg berada di 10000, Komtar, Penang
Audit Trail
Paparan berikut akan diperolehi menunjukkan maklumat lengkap tentang lokasi yang telah dilawati oleh
ahli keluarga tersebut
Track24 Masukkan poskod
Isyarat kecemasan boleh dihantar kepada semua ahli keluarga dengan klik pada ikon ‘siren’
Track24 Masukkan poskod
Isyarat Kecemasan telahdihantarke emel dan sms ahlikeluarga anda untuk bantuan
Isyarat kecemasan telah diaktifkan dan mesej kecemasan dihantar kepada semua ahli keluarga
6.0 EVALUATION TASK
Kesan kepantasan carian keluarga melalui Track24 menggunakan dua Aplikasi yang
berbeza
6.1 Abstrak
Pemilihan Aplikasi yang sesuai pada telefon pintar dapat memberi kesan
keatas Aplikasi yang akan digunakan oleh pengguna dan tahap kepuasan
pengguna. Kajian ini dibuat adalah untuk mengenalpasti aplikasi yang paling
sesuai untuk membuat mencari keluarga menggunakan dua aplikasi yang
berbeza iaitu Track24 dan Family Finder. Kami berharap dapat mengenalpasti
aplikasi yang lebih mesra pengguna dan mudah digunakan dan membolehkan
pengguna membuat carian dengan lebih cepat dari segi kepantasan carian ahli
keluarga. Kami juga berharap dapat mengenalpasti samada kadar ralat adalah
berpunca dari pemilihan aplikasi bagi telefon pintar and akhir sekali kami
berharap dapat mengenalpasti kepuasan pengguna menggunakan Aplikasi
Track24 melalui 2 aplikasi yang berbeza bagi telefon pintar yang digunakan.
6.2 Latarbelakang
Era globalisasi ICT telah banyak membawa perubahan kepada budaya
hidup masyarakat didunia. Telefon bukan lagi menjadi satu keseronokkan
sebaliknya menjadi satu keperluan kepada setiap masyarakat. Kepintaran
telefon pintar tidak dapat dinafikan apabila kini perkakas ini menjadi teman 24
jam sehari kepada penggunanya. Namum pemilihan aplikasi yang akan
digunakan masih lagi manjadi dilema kepada pengguna kerana terdapat
pelbagai aplikasi yang menyediakan fungsi yang sama yang boleh dimuatturun
secara percuma. Pembangunan Aplikasi Track24 ini juga mengambil kira isu
kepantasan carian keluarga oleh pengguna menggunakan kerana ia dijangkakan
akan memberi kesan kepada kepuasan pengguna menggunakan aplikasi ini.
Sekiranya pemilihan aplikasi adalah tidak tepat kemungkinanan akan
menyebabkan pengguna mengalami kesukaran untuk membuat carian keluarga
menggunakan aplikasi Track24 dan situasi ini boleh menyebabkan pengguna
berhenti untuk mencuba aplikasi ini.
6.3 Experiment/Kajian
6.3.1 Pengenalan dan Hypotesis
Responden kajian diminta untuk menjalankan tiga tugas yang
berbeza bagi dua kajian yang akan dijalankan. Tugas yang dimaksudkan
adalah seperti berikut:
Tugas 1: Membuat carian lokasi ahli keluarga seperti pada gambar 1
Gambar 1
Tugas 2: Membuat panggilan video ke atas gambar tersebut
Tugas 3 : Menghantar mesej/isyarat kecemasan kepada ahli keluarga
tersebut
Seterusnya responden akan diminta untuk mengisi soal selidik kajian
kepuasan pengguna.
Hypotesis kami adalah responden yang menggunakan aplikasi
yang lebih baik dari segi antaramuka pengguna disediakan akan lebih
cepat mendapatkan hasil carian keluarga dan seterusnya dapat
membuat panggilan video dan menghantar isyarat kecemasan dalam
masa yang singkat sebaliknya responden yang menggunakan aplikasi
yang lebih kompleks dan tidak mesra pengguna adalah mendapati
aplikasi sukar untuk digunakan dan ini akan mengurangkan keyakinan
responden untuk terus menggunakan aplikasi ini kerana masa carian
akan meningkat dan menjadi lebih lama.
6.4 Pembolehubah tidak bersandar dan pembolehubah bersandar bagi kajian
yang dijalankan adalah seperti berikut:-
6.4.1 Pembolehubah tidak bersandar/Independent Variable
Pembolehubah tidak bersandar yang telah dikenalpasti adalah Aplikasi
yang digunakan. Dua aplikasi yang dimaksudkan untuk membuat carian
ahli keluarga adalah menggunakan aplikasi Track24 dan Family Finder
6.4.2 Pembolehubah bersandar /Dependent Variable
Masa yang diambil dalam saat untuk melengkapkan carian ahli
keluarga menggunakan aplikasi Track24 bermula dari klik pada
gambar ahli keluarga, membuat penggilan video sehingga
menghantart isyarat kecemasan kepada ahli keluarga yang telah
dicari.
Kadar ralat yang diterima untuk tugasan yang dimaksudkan
Kepuasan pengguna menggunakan aplikasi melalui dua platform
yang berbeza
6.5 Keputusan kajian awal (pilot study)
Kajian awal dijalankan keatas dua responden dan mendapati hasil yang
diperolehi adalah seperti yang telah dirancang. Tahap kesukaran tugas telah
disemak dan didapati tiada masalah yang timbul dari segi kefahaman untuk
menjalankan tugas yang diberikan. Kami juga telah mengenalpasti untuk
memberi panduan awal kepada responden bagi mengelak kekeliruan ketika
menjalankan tugas yang diberikan.
6.6 Peralatan
Telefon pintar yang digunakan dalam kajian ini adalah seperti berikut:-
Jenama Model Sistem Pengoperasian Prestasi
Samsung Galaxy S II Android Platform 2.3 Dual Core
Application
Processor
Didapati proses pemasangan perisian ini keatas telefon pintar berjalan lancar sehingga
selesai.
6.7 Bahan-bahan
Kami memasang aplikasi Track24 kepada telefon pintar yang
menggunakan platform Android. Kami telah mendaftar maklumat responden
dan dua ahli keluarga yang lain untuk menggunakan aplikasi Track24. Untuk
membuat carian pengguna diminta untuk log masuk ke sistem sehingga ke menu
carian. Pengguna diminta untuk klik pada gambar ahli keluarga yang telah
berdaftar untuk membuat carian seterusnya klik pada gambar di atas peta
sehingga keluar kotak dialog untuk membuat panggilan video. Akhir sekali
pengguna diminta untuk menghantar isyarat kecemasan kepada ahli keluarga
yang telah dicari.
6.8 Responden
20 orang responden yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada ahli
keluarga, rakan di UTMSPACE Pulau Pinang dan rakan sekerja di Pejabat
Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Setiap responden akan melengkapkan
soalan umum yang mengandungi maklumat nama, umur, jantina, kemahiran
menggunakan komputer dan pengalaman menggunakan peralatan yang
diberikan. Kesemua peserta adalah dalam lingkungan umur 22-35 tahun yang
terdiri daripada 1o lelaki dan 10 wanita. 1oo% responden mempunyai
pengalaman menggunakan peralatan yang diberikan. 100% responden juga
mempunyai pengalaman menggunakan telefon pintar.
7 KESIMPULAN
Peranan ibu bapa didalam mengawasi anak-anak merupakan salah satu
tanggungjawab besar yang wajib dipikul oleh setiap ibubapa tanpa lewa. Pengawasan
tingkahlaku anak-anak perlu dititikberatkan oleh setiap ibubapa samada dalam rumah
atau diluar rumah. Pada zaman sekarang, ibu bapa yang lebih mementingkan kerjaya
memandang remeh perkara ini dan beranggapan bahawa anak-anak sudah dewasa dan
tahu menjaga diri sendiri. Tanggapan ini telah menjadikan anak-anak menjadi semakin
liar dan tidak berdisiplin. Buktinya berlakunya pelbagai gejala sosial yang tidak dapat
dikawal terutamanya aktiviti anak-anak selepas waktu sekolah. Malahan terdapat
remaja yang ponteng sekolah tanpa pengetahuan ibu bapa.
Oleh yang demikian, masalah social yang sering didengari akibat tiada
pemantauan dan pengawasan oleh ibubapa dapat dihindari malah ia dapat dilakukan
dengan mudah dan pantas. Track24 telah terbukti bahawa ianya bukan sahaja dapat
membantu mengawasi anak-anak dari ponteng sekolah atau merayap selepas waktu
sekolah malahan Track24 juga dapat mengenalpasti lokasi anak anda dengan tepat. Ibu
bapa juga tidak perlu risau mengenai aktiviti anak-anak selepas waktu sekolah samada
berada dirumah atau di luar rumah. Di samping itu juga, ibu bapa akan mendapat
mesej daripada Track24 sekiranya ahli keluarga tidak berada di tempat yang
sepatutnya pada waktu tersebut. Ini sekaligus dapat dapat mengetahui lokasi anak
yang ponteng sekolah serta masalah seperti masalah sosial dan penculikan dapat
dielakkan.
8 RUJUKAN
Rujukan Ilmiah Everts, J.F.(1994). Developing Family Services in malaysia. Jurnal PERKAMA, 5, 242-
251
Mumtazah Othman (1986), “Pengurusan Sumber Keluarga” Kuala Terengganu:
Yayasan Islam Terengganu Sdn Bhd.
Noraini Ahmad (1995), “Pengurusan Masa”, Kuala Lumpur: Berita Publication Sdn.Bhd.
Norlida Abd Halim, Jurina Pieei(1994), „Pengurusan Masa Berkesan Hebat,” Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Omardin Ashaari (1998), Pengurusan Masa, Kuala Lumpur: Utusan Publication
Distributors Sdn.Bhd.
Qardawi, Yusof (1996), Pengurusan Masa Menurut Islam, Kuala Lumpur: Al Hidayah
Publisher.
Rujukan Internet
Alison Road.(2009). Turn your phone into the ultimate safety device | Life360. Rujukan daripada http://www.life360.com/
http://classweb.gmu.edu/ndabbagh/Resources/Resources2/hierarchical_analysis
.htm
http://mokk.me/
http://visio.microsoft.com/en-us/pages/default.aspx http://www.uxmatters.com/mt/archives/2010/02/hierarchical-task-analysis.php
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/emelanda_Salahsiapa_/Article/index
_html
9 APENDIK
9.4 Soalan Soalselidik
Sila tandakan (/) ditempat yang disediakan
1. Jantina
( ) Lelaki ( ) Perempuan
2. Berapakah umur anda?
( ) 18 – 20 tahun
( ) 25 – 30 tahun
( ) 30 – 35 tahun
( ) 35 – 40 tahun
( ) 40 – 50 tahun
3. Bilangan anak?
( ) Seorang
( ) 2 orang
( ) 3 orang
( ) 4 orang
( ) 5 orang dan lebih
4. Bangsa
( ) Melayu ( ) India ( ) Cina
5. Bagaimana anda memantau aktiviti anak anda?
( ) Bertanya kepada kawan anak
( ) Bertanya kepada guru
( ) Tidak perlu kerana anak sudah tahu menjaga diri
( ) Tidak pernah kerana sibuk
6. Sila jawab beberapa soalan di bawah
Bil Soalan Tandakan pilihan anda
6.1 Adakah anda pasti anak anda ke
sekolah ( ) Ya ( ) Tidak ( ) Tidak Pasti
6.2
Berdasarkan soalan 6.1. Jika Ya,
bagaimana anda pasti anak anda ke
sekolah? Adakah anda menghubungi
pihak sekolah setiap hari?
( ) Ya ( ) Tidak
6.3 Berdasarkan soalan 6.1. Jika Tidak,
adakah anda tahu lokasi anak anda? ( ) Ya ( ) Tidak
6.4 Adakah anda pasti anak anda terus
pulang ke rumah selepas sekolah ( ) Ya ( ) Tidak ( ) Tidak Pasti
6.5
Berdasarkan soalan 6.4 . Jika Ya,
bagaimana anda pasti anda terus
pulang ke rumah selepas sekolah?
Adakah anda menghubungi anak
anda setiap hari?
_______________________________
( ) Ya ( ) Tidak
6.6
Berdasarkan soalan 6.5. Jika Ya,
bagaimana anda menghubungi anak
anda?
( ) Melalui talian rumah
( ) Melalui talian telefon bimbit
7. Pernahkah anda menjejaki lokasi anak anda menggunakan aplikasi?
( ) Ya ( ) Tidak
8. Berdasarkan soalan 7. Jika Ya, aplikasi apakah yang anda gunakan?
________________________
9. Berdasarkan soalan 7. Jika tidak, tahukah anda tahu terdapat aplikasi
yang boleh menjejaki anak anda selama 24 jam tanpa mengira lokasi?
( ) Ya ( ) Tidak