Post on 23-Jun-2015
ISI KANDUNGAN
Bil Tajuk Mukasurat
1. Isi kandungan 2
2. Esei tentang ras, identity dan budaya 3-23
3. Lampiran 24-41
4. Bibliografi 42
2
ETNIK ,RAS DAN IDENTITI
Pengenalan
Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat pelbagai etnik, anutan
agama dan kepercayaan, bahasa pertuturan serta amalan adat yang berbeza antara mereka serta
kumpulan etnik dan lainnya. Penduduknya terdiri daripada tiga kaum yang utama iaitu Melayu,
Cina dan India di samping kaum-kaum lain yang tergolong dalam kumpulan etnik minoriti.
Dianggarkan terdapat sekitar 80 kaum wujud di Malaysia yang menuturkan sekitar 60 bahasa (J.
S. Furnival dalam Muhammad Agus, 1993).
Ia sebenarnya bermula setelah penghijrahan orang-orang Cina dan India ke Tanah
Melayu sebaik pembukaan lombong bijih timah dan ladang-ladang getah pada awal tahun 1900.
Mengikut J. S. Furnival (dipetik dalam Muhammad Agus, 1993), masyarakat yang berbilang
kaum atau majmuk adalah masyarakat yang mana setiap kaumnya berpegang teguh kepada
kepercayaan dan agama, bahasa, budaya dan amalan adat masing-masing. Sebagai kumpulan
masyarakat mereka hanya bertemu di kedai, semasa berjual beli tetapi apabila mereka pulang ke
rumah, mereka akan mengamalkan adat masing-masing. Sesetengah pihak mendakwa rusuhan
dan pertelingkahan antara kaum boleh terjadi pada bila-bila masa sahaja akibat daripada
perbezaan tersebut. Pandangan ini seolah menandakan yang ikatan serta persefahaman antara
kita terlalu rapuh dan begitu mudah sekali untuk kita bertelingkah.
3
Etnik ialah satu kelompok yang boleh dikaji hubungan persaudaraan mereka melalui
nenek moyang yang sama. Etnik boleh didefinisikan sebagai sekelompok manusia yang
mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa, dan kegiatan
ekonomi. Konsep ‘kelompok etnik’ digunakan untuk merujuk kepada golongan yg berbeza dari
segi kebudayaan. Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga,
pakaian, pandangan tentang kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi, dan hiburan.
Konsep Etnik membentuk konsep etnisiti dan etnosentrisme
Etnisiti :Merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Wujudnya satu
kebudayaan atau sub budaya yang jelas dan dapat menyatukan anggotanya berasaskan satu
sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama.
Etnosenterisme:Satu sikap atau kepercayaan bahawa kebudayaan sendiri adalah lebih
baik dan lebih tinggi nilainya daripada kebudayaan kelompok lain. Sesuatu kelompok dikatakan
‘etnosentrik’ apabila mereka menilaikan kebudayaan lain berdasarkan standard dan nilai
kebudayaan sendiri dan menganggap kebudayaan lain mempunyai nilai yang lebih rendah.
Etnosentrisme membayangkan keengganan / ketidakmampuan sesuatu kelompok untuk
menghargai pandangan kelompok daripada kebudayaan masyarakat yang lain. Selagi manusia
menjadi ‘etnosentrik’, selagi itulah mereka akan melihat kelompok lain berdasarkan stereotaip
yang sedia ada (biasanya yg bersifat negatif)
4
Ras: Kelompok manusia yang mempunyai persamaan dari segi ciri-ciri fizikal (warna
kulit dll). Ciri-ciri fizikal tersebut ditentukan oleh baka yang diwarisi dari generasi ke generasi
contoh: Mongoloid, Negroid dan Austroloid. Pada dasarnya, ras boleh dikatakan sebagai
kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-
biologikal yang nyata seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dan sebaganya. Ciri yang
paling ketara untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit. Ras juga merujuk kepada
satu kelompok manusia yang menganggap diri dan / atau dianggap oleh kelompok lain sebagai
berbeza daripada kelompok mereka berasaskan dasar perbezaan fizikal yang tidak dapat diubah
dan sifat-sifat ini berkaitan dengan sifat-sifat atau kebolehan moral dan intelek mereka.
5
Misalnya Malaysia tidak sunyi daripada peristiwa yang condong kepada perbalahan etnik
seperti peristiwa penentangan Dong Jiao Zhong terhadap dasar kementeraian pendidikan pada
tahun 1987 yang membawa kepada pelaksanaan ‘Operasi Lalang’, yang menurut beberapa
pemerhati politik, hampir sahaja mengulangi peristiwa 13 Mei. Perbalahan pengurusan sebuah
kuil Hindu dan masjid di Kampung Rawa, Pulau Pinang pada tahun 1998, tragedi Kampung
Medan pada tahun 2001, peristiwa pergaduhan etnik antara peserta PLKN, dan isu mahasiswa
UM (malah di semua universiti di Malaysia secara amnya) yang tidak mesra dalam bentuk
hubungan silang-etnik, mungkin mengundang kita untuk sama-sama memikirkan tentang
kejayaan dasar dan modus operandi perpaduan kaum negara.
Mungkin juga pada suatu ekstrim yang lain, peristiwa-peristiwa berkenaan hanya sekadar
kes-kes terpinggir yang tidak harus dilihat sebagai perbalahan etnik tetapi sebaliknya hanyalah
perbalahan dua pihak yang boleh saja berlaku dalam kandang intraetnik itu sendiri, dan bukan
sekadar dalam persepsi silang-etnik. Sebagaimana lunaknya peribahasa Melayu yang
mengatakan bahawa ‘sedangkan lidah lagi tergigit’ apatah lagi situasi iklim kepelbagaian etnik di
Malaysia yang bersandar kepada perbezaan bahasa, budaya dan agama sebagai komponen
sensitif yang menuntut toleransi tinggi sesama kita.
6
Limapuluh tahun setelah kemerdekaan, ras dan agama tetap menjadi isu pemisah di
Malaysia, dimana bangsa itu kadang “hampir mendekati bencana,” kata Perdana Menteri
Abdullah Ahmad Badawi pada Minggu lalu.Umat Muslim Malaysia mencapai 60% dari populasi
negara yang penduduknya berjumlah sekitar 26 juta jiwa. Pemeluk Hindu, Buddha, dan Kristian
mendominasi keturunan India dan Cina yang merupakan minoriti
Banyak warga non Muslim mengatakan bahawa pemerintah dan pengadilan
membolehkan hak-hak mereka, termasuk kebebasan beragama, diabaikan mayoritas Muslim.
Abdullah mengatakan negara itu tidak akan sukses jika isu-isu ras dan agama tidak dibahas.
“Kita menyelesaikan dari satu isu rasial ke isu rasial berikutnya. Ini adalah fakta,” kata Abdullah
dalam sebuah pertemuan partai Gerakan yang didukung oleh keturunan Cina, yang termasuk
komponen koalisi berkuasa. “Saya tidak mau berpura-pura kalau semuanya baik dan tidak ada
masalah, tidak ada kelemahan dan kekurangan. Saya tidak mau ada dalam penyangkalan,”
katanya.
Ditakutkan, perbedaan ras dan agama akan semakin meruncing menjelang pemilihan
umum yang akan dimajukan. Saat ini para pejabat semakin mendesak warga Malaysia untuk
mengingat pelajaran tahun 1969 ketika ketegangan antara ras meledak jadi kerusuhan berdarah.
Abdullah mengritik mereka yang terjebak dalam cara pandang yang mengaitkan segalanya
sebagai isu ras atau agama.
7
“Kami siap merespon bila ada sesuatu yang kami lihat sebagai masalah rasial. Kami merespon
sangat cepat bila ada orang yang tidak kami sukai membawa-bawa permasalahan ini. Hal ini
membuat isu semakin rumit dan lebih sulit untuk diselesaikan,” katanya.
Masyarakat boleh juga didefinisikan sebagai kumpulan manusia yang hidup bersama-
sama (dari sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu ) atau pergaulan hidup. (Bangsa pula
ialah jenis manusia daripada satu asal keturunan atau kumpulan manusia dalam satu ikatan
ketatanegaraan) .Masyarakat didefinisiskan sebagai komuniti manusia yang tinggal bersama-
sama di suatu tempat dengan cara dan ukuran tertentu dari segi bahasanya, manakala sudut
istilah pula menerangkan bahawa, masyarakat merupakan jaringan perhubungan antara pelbagai
individu yang merujuk kepada pergaulan hidup dan keseluruhan hubungan sosial. Masyarakat
juga menggambarkan rakyat sesebuah negara. Malaysia terdiri daripada masyarakat yang
‘multiracial’ dan ‘multiculture’ yang mempunyai asas-asas kukuh untuk mewujudkan
masyarakat yang lebih berbudaya, berilmu, bermoral, dan mendokong cita-cita murni bangsa
Malaysia berteraskan konsep negara bangsa. Melalui konsep negara bangsa ini, semua
masyarakat mendukung satu bangsa dan satu negara yang tegak di atas satu identiti negara yang
sama yang di menifestasikan oleh pemikiran, nilai-nilai sosio-budaya, lambang-lambang dan
sentiasa berpegang kepada jiwa kemanusiaan dan kerohanian yang tinggi. Bangsa yang
bertamadun mempunyai identiti peradabannya yang tersendiri. Pembentukan bangsa Malaysia
boleh diukur dari tiga perspektif utama iaitu,pertama melalui aspek kenegaraan, kedua adalah
aspek kewarganegaraan dan yang ketiga adalah aspek kebangsaan. Konsep kenegaraan perlu
ditanam dan dipupuk dalam diri setiap rakyat negara itu demi keutuhan negara sebagai kumpulan
sosial. Semangat kenegaraan ini boleh ditanam melalui simbol-simbol yang mewakili keutuhan
negara seperti bendera Malaysia, lagu kebangsaan, Rukun Negara, dan sebagainya. 8
Konsep kewarganegaraan pula dapat diperjelaskan bahawa bangsa Melayu, Cina, India
dan lain-lain dapat disatukan melalui kewarganegaraan yang sama iaitu warganegara Malaysia.
Aspek kebangsaan dapat ditonjolkan melalui kebudayaan kebangsaan yang mana merupakan
penggerak yang sangat hebat dalam mengisi semangat kebangsaan dan mejadi batu asas kepada
pembentukan bangsa Malaysia. Pada hakikatnya hubungan antara kebudayaan kebangsaan
dengan semangat kebangsaan adalah bertimbal-balik kerana masing-masing saling menyokong
dan menguatkan antara satu sama lain.
Perlakuan seseorang itu adalah berkaitan dengan masyarakatnya. Oleh itu, seseorang
yang menghormati orang laian atau rajin bekerja dicermin dan mencerminkan masyarakatnya.
Kegigihan individu Jepun dikaitkan dengan kegigihan masyarakatnya. Maka, kajian terhadap
masyarakat itu menjadi penting kerana melaluinya, kita dapat memahami manusia secara
keseluruhan. Pemahaman yang tepat terhadap masyarakat membolehkan individu itu
bertingkahlaku dan menyesuaikan diri mengikut kehendak masyarakat setempat. Iini akan
mewujudkan keharmonian dalam masyarakat dan sukar untuk melanggar peraturan yang wujud
di dalam lingkungan sosialnya. Individu yang telah mengkaji masyarakat lain tidak akan
mengalami satu kejutan budaya, tetapi lebih bersedia menghadapi perbezaan yang
wujud.seseorang yang mengkaji masyarakat industri tidak akan terkejut jika pergi ke negara
tersebut.
Perhubungan masa kini bukan hanya terbatas di kalangan satu masyarakat sahaja tetapi
merangkumi masyarakat dunia keseluruhannya. Bagi mengatasi isu-isu global seperti
pencemaran, teknologi, perlumbaan senjata dan sebagainya, memerlukan kerjasama antara
9
masyarakat. Maka, kajian terhadap masyarakat akan membolehkan kita memahami dan
memupuk kerjasama dengan sesuatu masyarakat.Manusia ialah mereka hidup bersama dan
membentuk kelompok. Kelompok ini lah yang membentuk masyarakat. Mereka mengenali
antara satu sama lain dan saling bergantungan. Kesatuan sosial wujud dalam perhubungan
sesama manusia ini. Seseorang manusia tidak mungkin dapat meneruskan hidupnya tanpa
bergantung kepada manusia lain.
Tiada masyarakat, tiadalah budaya dan sebaliknya. Masyarakat akan melahirkan
kebudayaan, sama ada kebendaan atau bukan kebendaan. Budaya itu pula diwarisi dari generasi
ke generassi berikutnya dnegan proses penyesuaian. Sebagaimana budaya, masyarakat juga turut
mengalami perubahan. Suatu perubahan terjadi kerana faktor-faktor yang berasal dari
masyarakat itu snediri. Sebagai contoh, suatu penemuan baru mungkin akan mengakibatkan
perubahan kepada masyarakat itu. Salah satu syarat kewujudan massyarakat ialaah terdapatnya
perlakuan berhubung dan bekerjasama di antara ahli dan ini akan mencetuskan interaksi.
Interaksi ini boleh berlaku secara lisan atau tidak lisan.komunikasi berlaku apabila masyarakat
bertemu di antara satu sama lain. Pemimpin adalah terdiri daripada ketua keluarga, ketua
kampung, ketua negara dan sebagainya. Dalam masyarakat Melayu awal, kepimpinan adalah
bercorak tertutup kerana pemilihan berdasarkan keturunan. Stratifikasi sosial meletakkan
seseorang pada kedudukan dan peranan yang harus dimainkannya atau merujuk kepada
susunlapis masyarakat. Stratifikasi sosial boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kelas,
status dan kasta. Kelas ialah kedudukan seseorang dalam masyarakat berdasaarkan pemilikan
harta atau kekayaan seperti orang kaya kelas atasan dan orang miskin, kelas bawahan .Status
ialah jangkaan peranan yang dimainkan oleh individu dalam masyarakat seperti penerimaan
gelaran iaitu haji, lebai, dato' dan sebagainya. Kasta ialah kelas sosial yang keahlinya ditentukan 10
hanya melalui kelahiran dan dalam hidupnya tidak berlaku mobiliti sosial. Ini dapat dilihat dalam
zaman tradisional India yang memecahkan kasta kepada Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan Sudra
Budaya biasanya dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti yang ada dalam persekitaran manusia
seperti kesenian, barangan, makanan, tarian dan sebagainya. Budaya berasal dari perkataan Jawa:
“bu da ya” hasil cantuman “bu dhi ” dan “da ya ”. Perkataan “bud hi ” yang dipinjam dari bahasa
sanskrit bererti ‘ kecergasan fikiran dan akal’ “daya ” ialah perkataan Melayu Polynesia
bermakna ‘ kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh’Jika dicantumkan kedua-dua perkataan
ini( budaya ) akan membawa maksud ’ tenaga fikiran , usaha rohani atau kuasa yang
menggerakkan jiwa’. ( Kajian Kebudayaan Melayu,1963 ).
Budaya juga diertikan sebagai, ‘ The way of life of a people, including their attitudes,
values, beliefs, arts, sciences, modes of perception, and habits of thought and activity. Cultural
features of forms of life are learned but are often too pervasive to be readily noticed from within
’. ( Dictionary Of Philosophy, 1996 ).
Di definisikan sebagai cara hidup yang diikuti oleh orang yang menjadi anggota
kumpulan tertentu dan meliputi anasir sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama,
kepercayaan, adat resam, sikap, nilai, peralatan budaya, atau apa-apa yang dihasilkan oleh
mereka sebagai anggota masyarakat.( Masyarakat Dan Kebudayaan Malaysia, 2001).Budaya itu
dari sudut bahasanya membawa makna cara hidup manusia, manakala sudut istilah pula
menyatakan bahawa budaya itu ialah cara hidup orang ramai termasuk pemikiran, nilai
kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir serta cara perlakuan manusia yang menggerakkan
jiwa.
11
Budaya boleh dibahagikan kepada dua lapangan besar iaitu :
- budaya kebendaan
- budaya bukan kebendaan ’
Budaya kebendaan
Ialah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya,
Contohnya, orang Melayu mempunyai rumah yang berbeza dengan orang Inggeris atau orang
Eskimo.Budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang.
Contohnya, setiap masyarakat mempunyai adat istiadat yang berbeza-beza dalam menjalani
kehidupan seperti perkahwinan masyarakat Melayu yang mana pihak lelaki yang memberi
hantaran kepada pihak perempuan manakala, bagi masyarakat India, hantaran(dowri)
perkahwinan diberi oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki.
Dalam budaya Melayu, faktor agama paling penting kerana agamalah dasar tanggapan
terhadap alam sekitar dari segi sosial dan fizikal. Bahasa juga penting sebagai alat komunikasi
dan adat resam juga mustahak sebagai petunjuk jalan bagi seseorang dalam mengendalikan
hidupnya bermasyarakat dan berbudaya.
Dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya
Pertama, membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian dan identiti
Kedua ialah pemupukan kesedaran kebangsaan dan kenegaraan berasaskan ciri-ciri kerohanian,
kemanusiaan, spiritual dan mental.( Tamadun Melayu Dan Pembinaan Bangsa Melayu, 1992).
Kalau sesuatu kelompok manusia hidup dalam lingkungan yang dikenali sebagai ‘ budaya ’ dan
12
budaya ini memberikan identiti kepada kelompok itu dari segi cara ia mengendalikan hidupnya.
Budaya turut diwarisi dari satu keturunan kepada satu keturunan yang lain. Dari itu, budaya
boleh dikatakan sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang dapat
memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan
sekeliling.
Budaya bersifat universal tetapi paradoksnya pada masa yang sama terdapat perbezaan
antara budaya satu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Sesuatu kebudayaan berkembang
dan terus dicipta mengikut kesanggupan masyarakatnya. Ada budaya yang dipadankan apabila
berlaku pertembungan dengan pengaruh luar sama ada untuk mengisi kekosongan sebagai
alternatif atau menokok tambah dari apa yang telah sedia ada. Maka boleh di katakan bahawa ‘
manusia itu sendiri membentuk budaya ’ dan perkembangan budaya akan mengikut
perkembangan masyarakat itu sendiri.
Kebudayaan mempunyai ciri-ciri tertentu yang menggambarkan budaya itu terbit
daripada tingkahlaku dan akal manusia :
Dipelajari
Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari. Manusia perlu belajar untuk
menguasai ilmu. Untuk mencipta sesuatu, manusia perlu belajar. Sebagai contoh menunjukkan
budaya itu dipelajari, kanak-kanak perlu diajar oleh ibu bapanya untuk berbahasa dan berhubung.
Dalam proses mempelajari, banyak unsur terlibat seperti proses asimilasi, adaptasi, akulturasi,
difusi dan integrasi. Apakah bentuk dan jenis pembelajaran anggota masyarakat bergantung
kepada beberapa faktor iaitu:
13
a. Apakah agen-agen sosialisasi seperti keluarga, jiran, sekolah, institusi latihan
dan sebagainya.b. Apakah nilai yang mendapat keutamaan dalam sesebuah masyarakat itu.c.Umur seseorang.d.Tahap pendidikane. Situasi sesuatu peristiwa itu berlaku.
Dikongsi - Budaya itu dikongsi oleh manusia yang menjadi anggota masyarakat.
Perkongsian ini bermaksud yang setiap perlakuan itu diramal dan didokong oleh sekumpulan
mansuia. Nasi lemak dan roti canai menjadi budaya keranan masyaarakat menggemarinyabahasa
Melayu adalah kebudayaan rakyat Malaysia kerana dituturkan oleh mereka dalam kehidupan
seharian. Perlakuan yang tidak dikongsi oleh sekumpulan manusia tidak termasuk dalam budaya
seperti perlakuan mencuri walaupun ia wujud dalam masyarakat. Tanpa perkongsian, ia hanya
menjadi perlakuan individu dan bukannya perlakuan masyarakat.
Sejagat -Budaya itu bersifat sejagat. Kesejagatan budaya ialah kebudayaan itu wujud
dalam semua kelompok manusia. Tidaak ada masyarakat yang tidak memiliki kebudayaan.
Walaubagaimanapun, budaya yang sejagat itu berbeza antara masyarakat kerana faktor pengaruh
alam, pengaruh luar dan tahap penyesuaian anggota Clyde Kluckhohn mengesan tujuh unsur
yang terdapat dalam semua budayaiaitu:
i. peralatan dan kelengkapan hidup manusia.
ii. mata pencarian hidup dan sistem ekonomi
iii. sistem sosial.
iv. bahasa
v. kesenian
14
vi. sistem pengetahuan.
vii. agama dan kepercayaan.
(Budaya dan tamadun sinonim terutama dalam tradisi keilmuan Barat; eg.
Hutington etc.)
Diwarisi - Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. Ini
bermakna bahawa budaya Melayu, cina dan India yang diamalkan hari ini adalaah lanjutan
daripada budaya terdahulu. Peristiwa yang telah berlaku akan memberi kesan kepada hari ini.
Budaya itu juga diwarisi juga membawa maksud bersambung. Teknologi yang dihasilkan hari ini
adalah hasil teknologi awal manusia masa lampau.
Berubah - Budaya sentiasa berubah dan tidak ada budaya yang wujud dari dahulu hingga
sekarang tidak mengamali perubahan. Perubahan ini dikaji daripada perubahan bentuk, ciri dan
proses yang berlaku.rumah beratap genting telah digantikan dengan rumah beratap rumbia.
Dalam sejarah tamadun manusia, perubahan budaya bukan kebendaan dapat dilihat dengan jelas
seperti perubahan sistem ekonomi sara diri kepada ekonomi kapitalis. Namun, perubahan budaya
kebendaan lebih cepat berubah. Perubahan ini disebabkan beberapa faktor seperti:
i. pertambahan bilangan anggota masyarakat.
ii. pertambahan keperluan dan keinginan manusia.
iii. penemuan dan penciptaan teknologi baru.
iv. pertembungan budaya.
v. konflik yang berlaku.
vi. perubahan alam sekitar.
15
Perlambangan- Perlambangan ini ialah sebagai satu lambang dalam budaya yang
memberikan makna tertentu kepada pendokongnya seperti bendera, warna, logo, lambaian
tangan dan sebagainya. Perlambangan yang wujud turut membantu manusia berhubung dan
berkomunikasi sesama mereka seperti isyarat memanggil.
Pandangan semesta ialah bagaimana manusia memberikan tafsiran terhadap keadaan
alam sekeliling ke dalam kehidupan seharian. Pandnagan semesta ini timbul kerana manusia
mempunyai pertalian yang rapat dengan alam sekitarnya. Pertalian yang erat ini pula
diterjemahkan dalam kehidupan seharian seperti simpulan bahasa (seperti aur dengan tebing,
ukuran (sehasta, sepelaung), tempoh masa (setanak nasi) dan sebagainya.
Fungsi Budaya Dalam Kehidupan - Budaya dalam pengertian biasa ialah satu cara hidup
manusia dan membawa makna yang sangat luas. Dengan prinsip bahawa budaya itu dicipta
manusia, maka budaya itu diperlu dan dihasilkan oleh manusia itu sendiri bagi keperluan hidup.
Semua manusia memerlukan keperluan asasi untuk terus hidup. Oleh yang demikian,
manusia menggunakan air untuk kegunaan pertanian, kayu-kayan untuk pembinaan rumah dan
sebagainya. Keutamaan pengeluaran produk bergantung kepada keutamaan keperluan dan
aktiviti oleh masyarakat. Sebagai contoh, jika masyarakat itu mewrisi ilmu pelayaran, maka akan
dibina kapal Kepercayaan adalah unsur sejagat budaya yang sebati dengan kehidupan manusia.
Manusia memperolehi keperluannya hasil dari tuntutan daripada agama. Budaya mempunyai
16
peranan memberikan panduan kepada anggota masyarakat dalam bertingkahlaku dalam
memberikan panduan, meliputi:
•
i. perlakuan yang diboleh dan tidak dibolehkan.
ii. perlakuan yang patut dan tidak patut.
iii. perlakuan yang digalakkan dan tidak digalakkan.
Dalam masyarakat Malaysia, budaya mendidik kita agar menghormati jiran, tetamu dan
sahabat. Dalam masa yang sama kita dilarang menyakitkan hati rakan sesuai dengan ajaran
Islam. Ini bermakna dalam menjalani kehidupan seharian, kebudayaan memainkan peranan
mengatur hubungan sesama manusia. Istilah etnik berasal daripada perkataan Yunani iaituethnos
yang bermakna orang. Satu kumpulan etnik ditafsirkan secara sosial atas dasar ciri-ciri
budayanya. Etnisiti ialah rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Ini bererti wujudnya satu
kebudayaan atau sub-budaya yang jelas di mana anggotanya merasa disatukan dengan satu
sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama. Etnik sering berbeza dalam ciri-ciri budaya
seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandnagan mengenai kecantikan, oreintasi politik,
kegiatan ekonomi dan hibuuran. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Melanau,
dan pelbagai lagi boleh dianggap sebagai etnik. Etnik pada daasarnya bersikap etnosentrik iaitu
menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain
yang dipandang rendah dan anggil ganjil, berada ditahap rendah atau tidak bermoral.
Penggunaan istilah ras dan etnik sering kali digunakan secara berulangan walaupun ia membawa
makna yang berbeza. Di Malaysia, kedua-dua istilah ras dan etnik sering kali dicampuradukkan
17
dan digunakan secara bertukar-tukar sehingga maknanya menjadi lebih kurang sama. Orang
Melayu, Cina dan India sepatutnya dikenali sebagai etnik juga dipanggil ras dalam kehidupan
seharian.
Ras ialah perbezaan dari segi ciri-ciri fizikal dalam kelompok manusia dan ciri yang
paling ketara serta sering digunakan untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit.
Etnik pula dari segi bahasa boleh didefinasikan sebagai kaum atau bangsa. Dari segi istilah pula
etnik boleh didefinasikan sebagai kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri
budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya.
Menurut Kamus Dewan, etnik ialah berkenaan bangsa manusia: ia juga tidak memaksa
perubahan terhadap kepercayaan agama atau membuang unsur sesuatu kaum. Kumpulan etnik
lazimnya bermula daripada satu konsep keterunan, iaitu sesuatu generasi kumpulan etnik hari ini
mempunyai nenek moyang yang sama, dan turun-temurun daripada nenek moyang itu. Etnik
dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Selain itu, etnik juga dapat dikelaskan mengikut
demografi iaitu mengikut kedudukan geografi dan sempadan negeri. Contohnya di Sabah dan
Sarawak terdapat pelbagai kumpulan etnik pada kedudukan geografi yang berbeza. Perbezaan
budaya bagi kumpulan etnik yang dikelaskan melalui demografi ini. Dengan ini jelas
memperlihatkan bahawa setiap satu etnik mempunyai perbezaan budaya dengan etnik yang lain
Segregasi .Ia merupakan hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnik dalam sesebuah
negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan di antaranya dari segi kawasan tempat
18
tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam.ia wujud sama ada didasari
oleh undang-undang atau tidak seperti Dasar Apatheid di Afrika Selatan.
Akomodasi.Ia merupakan proses di mana etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu
sama lain, namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Namun, mereka
hidup secara harmoni dan menghormati antara satu sama lain. Di peringkat pemerintahan pusat,
setiap etnik mempunyai wakil dan dalam bidang ekonomi dan pendidikan, mereka saling
bergantungan. Negara Swtzerland adalah negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat
akomodasi kerana etnik-etnik Jerman, Perancis dan Itali, saling membuat penyesuaian antara
mereka.
Akulturas. Ia merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan di kalangan individu atau
kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berlainan.akulturasi terjadi apabila satu kelompok
manusia dengan suatu kebudayaan yang tertentu dihadapkan unsur-unsur dari suatu kebudayaan
asing yang berbeza sehingga unsur-unsur kebudayaan asing itu akahirnya diterima dan dioleh ke
dalam kebudayaan sendiri. Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak
menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat yang menerima.
Namun kejayaan akulturasi bergantung kepada:
19
1. Unsur-unsur kebudayaan asing yang mudah diterima seperti budaya kebendaan seperti pakaian
dan kebudayaan tersebut memberi manfaat yang besar.
2. Unsur kebudayaan asing berbentuk bukan kebendaan sukar diterima seperti ideologi,
pemikiran dan sebagainya.
3.
Asimilasi
Ia merupakan satu proses percantuman dan penyatuan di antara etnik yang berlainan budaya
sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Ia berkaitan
dengan penyerapan sehala individu ke dalam etnik yang lain. Asimilasi yang sempurna
menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. Di
Malaysia, apa yang beerlaku ke atas masyarakat Jawa, masyarakat Cina Kelantan, Baba dan
Nyonya, antara contoh berlakunya proses asimilasi
Proses asimilasi berlaku apabila terdapatnya:
1. Etnik yang berbeza budaya.
2. Individu di dalam atau di antara etnik sering berinteraksi.
3. Interaksi berlaku dalam tempoh yang lama.
Kejayaan asimilasi bergantung kepada:
1. Kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima
20
identiti etnik lain.
2. Kesanggupan etnik majoriti menerima etnik lain.
3. Perbezaan saiz kelompok majoriti dan minoriti tidak besar atau kelompok minoriti adalah
kecil
4. Terdapat banyak persamaan budaya antara etnik.
5. Penguasaan dalam sesuatu bidang khususnya oleh etnik minoriti akan
6. menyukarkan proses asimilasi.
Faktor penghalang asimilasi ialah:
1. Kurangnya pengetahuan kebudayaan sehingga menimbulkan perasaan takut terhadap budaya
lain.
2. Timbul perasaan bahawa budaya etnik lebih tinggi dari etnik lain.
3. Adanya perbezaan kepentingan antara etnik yang terlibat.
Amalgamasi
Ia merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk
jenis-jenis budaya dan ras yang baru. Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi terjadi
ialah perkahwinan campur antara etnik.
Hubungan etnik tidak boleh ditangani secara emosi dan sentimen. Perlu kepada aras
pemikiran dan tindakan yang didasarkan oleh ilmu (baik sudut konseptual/teori dan juga sejarah)
21
Apabila berhadapan dengan masalah pertukaran agama atau kekeliruan identity seseorang
dari segi agama, negara kita nampaknya masih lagi tidak mempunyai pendirian yang teguh.
Terdapat pelbagai kes dimana setelah seseorang meninggal dunia, masalah agama muncul entah
dari mana. Dan bermulalah pertelingkahan antara orang-orang yang mempunyai talian darah
dengan mangsa dan orang-orang yang bertanggungjawab dalam hal-hal agama ini. Pertukaran
agama oleh seseorang tanpa pengetahuan sesiapa sepatutnya tidak patut dikira sah secara
undang-undang atau dari segi peraturan agama tersendiri. Orang-orang yang bertanggungjawab
dalam pertukaran agama pula haruslh memikirkan jauh tentang kesannya akan pertukaran agama
tanpa pengetahuan sesiapa. Jikalau seseorang itu memegang ataupun menukar agama dia tanpa
pengetahuan dan agama tersebut adalah dikatakan agama rasmi di sesebuah negara, maka
tindakan mereka bertukar agama tanpa pengetahuan sesiapa dikatakan sah manakala jikalau
seseorang itu bertukar agama kepada agama minoriti maka muncullah masalah yang akan
memakan masa bertahun-tahun untuk mencari penyelesaiannya. Jadi untuk mengelakkan
masalah ini daripada berulang, kerajaan haruslah menluluskan undang-undang untuk membantah
permohonan pertukaran agama tanpa pengetahuan ibu, bapa, suami, isteri orang tersebut.
Persetujuan juga haruslah diminta terlebih dahulu sebelum sebarang pertukaran agama. Dengan
ini takkan ada sebarang pertelingkahan sesama agama yang mungkin berlaku di negara Malaysia
ini kerana kita hidup dengan rakyat yang mempunyai pelbagai agama, identiti dan budaya maka
perkara-perkara sensitif begini haruslah dikendalikan dengan amat teliti. Dilampirkan berserta
dengan tugasan ini adalah beberapa arikib berita yang berkait rapat dengan pertukaran agama
dan identiti. Jikalau kita hendak berbincang tentang ras, identiti dan budaya maka perkara
tentang agama ini adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan sama sekali.
22
Secara kesimpulannya, perbincangan terbuka mengenai sensitiviti kaum harus
dirangkumkan dalam konteks negara sendiri, dengan mengambil iktibar daripada sejarah lalu
serta memahami asas konsep kenegaraan yang majmuk dan berbilang kaum. Generasi muda
harus melihat pemahaman agama ini sebagai faktor kestabilan.
23
LAMPIRAN
24
ARKIB : 14/08/2008
Remaja dan sensitiviti kaum
OLEH NURUL IZZAH SIDEK(fikrahremaja@yahoo.com)
DALAM konteks masyarakat yang berbilang kaum, budaya dan agama, konsep kerukunan dan harmoni harus difahami dan diterapkan dalam kehidupan seharian. Allah menciptakan manusia berpasang-pasang serta pelbagai bangsa supaya memberi asas kekenalan dan litaarafu iaitu mempunyai asas kesalingan, bekerjasama dan saling mempelajari antara satu sama lain (al Hujurat: 13).
Dalam realiti masyarakat majmuk Malaysia pada hari ini, sensitiviti kaum adalah suatu perkara yang seringkali mencetuskan keresahan dan adakalanya menimbulkan provokasi terhadap keamanan negara. Sebagai warga Malaysia yang bertanggungjawab dalam batas demokrasi, apakah peranan yang harus dimainkan oleh setiap warga terutamanya remaja dalam memastikan bahawa isu sensitiviti kaum ini tidak dimanipulasi sewenang-wenangnya untuk kepentingan diri?
Sensitif atau peka?Apabila menyebut mengenai sensitiviti kaum, ia secara tidak langsung menyentuh mengenai sensitiviti agama, budaya dan cara hidup sesuatu kaum yang juga dikaitkan dengan perkembangan ekonomi, taraf pendidikan serta taraf hidup sosial sesuatu kaum.
Menyoroti kembali perjalanan Malaysia sebagai negara yang berbilang kaum, pelbagai peristiwa dan kompromi yang berlaku di saat kemerdekaan di mana status orang mendatang diberikan status kekal dan kewarganegaraan di samping untuk menjalankan kontrak sosial untuk menghormati status agama Islam, bahasa Melayu, hak istimewa serta lain-lain seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.
Asas-asas ini amat penting difahami oleh generasi pewaris supaya tidak timbul ungkitan untuk mengubah kontrak sosial atas asas bahawa zaman dan suasana sudah berubah dan lebih terbuka.
Generasi remaja bukan Islam juga harus mempunyai kecenderungan yang sama kerana tanpa pengetahuan mengenai sejarah silam dan toleransi yang berlaku, tidak mungkin tercapai kemajuan seperti yang kita saksikan kini. Peristiwa 13 Mei 1969 memberi peringatan jelas bahawa api perkauman yang melampau boleh menganggu gugat asas-asas yang telah disepakati bersama.
Rencah masyarakat Malaysia yang hidup kaum tidak boleh disamakan dengan negara lain. Masyarakat Malaysia harus berupaya mengambil iktibar daripada bangsa-bangsa yang berjaya. Namun begitu, liberalisme dan kekaguman terhadap Barat atau tradisi lain bukanlah suatu jalan penyelesaian terbaik tanpa adanya usul periksa mengenai falsafah mereka. Menjadi maju dan moden tidak bermakna boleh meremehkan budaya dan sistem kepercayaan yang terbina sekian lama.
25
Apatah lagi dengan limpahan ilmu dan maklumat yang dipacu oleh perkembangan teknologi mendorong rakyat bersikap lebih terbuka dan lantang menyuarakan sesuatu isu. Kemunculan sesuatu isu di dalam negara juga akan dibincangkan secara meluas di laman-laman forum dan blog yang rata-ratanya adalah generasi muda. Penggunaan bahasa yang kurang sopan, bersifat menghasut serta tidak beretika sering mencetuskan kemarahan di kalangan pengguna.
Apakah perbincangan mereka ini berteraskan kepada ilmu sejarah silam yang mereka ada atau bersandarkan kepada emosi dan logik semata-mata? Apatah lagi dengan perbincangan yang tidak mempunyai kesimpulan yang konkrit serta alasan yang rapuh, dibimbangi akan memahatkan pemahaman yang salah terhadap sesuatu isu, terutamanya mengenai sensitiviti kaum.
Gerbang langit terbuka dan globalisasi tidak harus disalah guna untuk mengapi-apikan semangat perkauman. Tindakan menghasut serta berusaha mencetuskan api perkauman dikhuatiri menjadi bibit-bibit perpecahan dan ketidakstabilan sesuatu negara. Dalam tradisi Islam ada asas akidah, syariah, ibadah dan akhlak yang dijadikan landasan dalam kehidupan beragama. Dalam tradisi Islam juga, agama adalah sumber peradaban. Justeru, nilai-nilai yang disepakati bersama menjadi asas kefahaman dan toleransi kepada setiap warga untuk terus hidup aman dan harmoni.
Toleransi dalam hidup bermasyarakat majmukAl-Quran juga memberikan asas perbezaan agama (agamamu adalah agamamu dan bagi kami adalah agama kami). Ia memberi ruang yang patut kita berbeza dan di mana yang patut kita bersama. Apabila ajaran Islam menganjurkan umatnya amanah, adil dan telus ia bererti bahawa asas-asas nilai ini adalah sesuatu yang fitrah iaitu diperlukan oleh semua manusia.
Fitrah kejadian manusia sifatnya pelbagai. Asas kepelbagaian bila terangkum dengan akidah yang sama ia menjelmakan konsep ummat. Konsep ummatan wasata (‘umat pertengahan) mendukung makna sejagat bahawa Islam dan umatnya mendukung sikap sederhana serta membimbing jalan pertengahan.
Rasulullah SAW membentuk masyarakat berbilang agama sebagai landasan persefahaman yang unik. Kaum Muhajirin dan Ansar dipertautkan ukhwah atau persaudaraan mereka dengan talian akidah yang sama. Orang Yahudi, Nasrani dan Majusi ditautkan hubungannya dengan orang Islam berasaskan Piagam yang disepakati bersama. Dari situ Madinah berkembang menjadi sebuah kota yang akhirnya menjadi model bagi sebuah tamadun.
Menyelusuri perkembangan pemerintahan Islam di Andalusia di zaman puncaknya, kaum Yahudi dan Nasrani hidup aman dengan masyarakat Islam. Sikap keterbukaan terhadap ilmu yang bermanfaat dan memiliki kualiti universal kemudian diolah menjadi secara kreatif tidak mengurangi pengunggulan ilmu yang Islami.
Al Farabi, Al Kindi, Ibnu Khaldun serta Ibnu Sina terimbau dengan ilmu falsafah Greek seperti Aristotle, Plato dan Socrates. Al-Biruni dan Al-Khawarizmi mendalami budaya dan angka daripada tamadun India. Namun sumbangan mereka ini sedikit pun tidak mengurangi keunggulan tradisi ilmu Islam, sebaliknya membangunkan Tamadun Islam.
26
Terdapat manfaat berbanding kaum-kaum lain daripada bangsa berjaya yang diolah dalam kerangka sendiri.
Justeru, nilai-nilai murni seperti bantu-membantu sesama kaum, menghormati budaya dan adat mereka serta berbudi bahasa adalah nilai universal yang mendorong kestabilan dan kerukunan masyarakat majmuk.
Kepimpinan dalam masyarakat majmuk merujuk kepada asas keilmuan yang baik, memiliki akhlak contoh, keupayaan menawarkan khidmat yang terbaik, mampu memikir dan mencari pendekatan terhadap masalah kepimpinan dan kepengikutan dengan bijaksana.
Kepimpinan umat Islam yang terdiri daripada orang yang mempunyai asas ilmu yang kukuh, daya profesionalisme yang tinggi, upaya strategik yang merintis ke arah kebijaksanaan, keramahan dalam memberi daya kepimpinan akan mampu memikat perhatian orang lain. Kerana pada asasnya isu di kalangan rakyat adalah asas-asas mengenai hak untuk hidup dan bekerja, hak untuk diberi khidmat yang saksama dan hak untuk bersuara dalam lingkungan yang terizin.
Oleh itu, kepimpinan umat Islam yang menjadi teras kepimpinan di Malaysia seharusnya mampu mencerminkan wibawa yang lebih jelas supaya syak-wasangka dan konflik dapat dielakkan. Dalam tradisi Islam, kepimpinan adalah suatu amanah yang menuntut nilai-nilai yang Islami menjadi faktor yang dapat diterima.
27
ARKIB : 30/05/2009
Jenazah ditahan kerana keliru status agama
SHAH ALAM 29 Mei - Kejadian 'merebut' jenazah dan dilema untuk dikebumikan secara Islam ataupun mengikut agama kelahiran, berlaku lagi di Selangor.
Kali ini membabitkan jenazah seorang pengarah seni bebas, Mohan Singh a/l Janto Singh, 41, yang memeluk agama Islam pada 11 Ogos 1992 di Pulau Pinang dipercayai tanpa pengetahuan keluarganya.
Dia meninggal dunia pada 25 Mei lalu akibat serangan jantung di rumahnya di Apartmen Harmoni, Damansara Damai, Petaling Jaya, dekat sini.
Akibatnya, jenazah Mohan Singh atau nama Islamnya, Mohd. Azari Shah Mohan Abdullah terpaksa disimpan di bilik mayat Hospital Sungai Buloh sejak dia meninggal dunia.
Selepas memeluk Islam, Mohd. Azari pernah berkahwin dengan seorang wanita berketurunan Iban yang beragama Kristian, Alice Ajan pada 12 September 1997 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Sharon Simran Kaur sebelum mereka berpisah.
'Kemelut perebutan' berlaku apabila keluarganya menuntut jenazah Mohd. Azari untuk ditanam mengikut upacara agama Sikh.
Namun Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan dan Pengarah Hospital Sungai Buloh membuat keputusan untuk menyimpan jenazah Mohd. Azari sementara merujuk persoalan mengenai agama sebenar lelaki itu kepada Majlis Agama Islam Selangor (Mais).
Mais telah bertindak segera memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada sebelah petang hari Mohd. Azari meninggal dunia untuk mendapatkan pengesahan status pengislamannya.
Permohonan Mais didengar di hadapan hakim syarie, Mohamad Khalid Shaee @ Shaii hari ini.
Dalam prosiding itu, mahkamah mendengar keterangan pegawai hal ehwal Islam bahagian pembangunan Islam, Che Mohamad Noorlee Abdullah Lee selaku pemohon.
Menurutnya, beliau telah menerima panggilan daripada Jabatan Forensik hospital berkenaan pada pukul 10.30 pagi, 25 Mei lalu berhubung satu mayat yang disyaki jenazah orang Islam.
''Lelaki itu memeluk Islam di Jabatan Agama Islam Pulau Pinang. Justeru pihak hospital memohon Mais mengambil tindakan sewajarnya. Hospital tersebut juga telah memberikan salinan permit untuk menguburkan mayat,'' kata Che Mohamad Noorlee.
28
Berdasarkan carian yang dibuat dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kata saksi, Mohd. Azari tidak pernah membuat permohonan pindaan status agama di dalam kad pengenalannya selepas memeluk Islam.
Disoal oleh peguam syarie yang mewakili MAIS, Juraish Kamaruddin berhubung perkahwinan Mohd. Azari, saksi tersebut berpendapat perbuatan itu sememangnya bertentangan dengan Islam tetapi tidak menyebabkan lelaki berkenaan terkeluar daripada agama Islam (murtad) namun ia adalah dosa besar.
29
ARKIB : 11/01/2006
Perjelas hal tukar agama -- Masih ada kekeliruan dalam undang-undang sedia ada - PM
Oleh ROZILAN SALLEH dan AZIAH JAAFAR
KEPALA BATAS 10 Jan. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, undang-undang dan perlembagaan berhubung perkara-perkara yang berkaitan dengan penukaran agama perlu diperjelaskan supaya masyarakat di negara ini tidak keliru.
Menurut Perdana Menteri, ketika ini timbul tanda-tanda kekeliruan mengenai perkara itu, malah perlembagaan serta undang-undang yang sedia ada tidak begitu jelas berhubung hal tersebut.
``Banyak yang fikir, perlu diperjelaskan soal undang-undang dan perlembagaan supaya tidak ada kekeliruan yang timbul.
``Soal apa tindakan yang perlu kita ambil dari segi undang-undang itu adalah sesuatu yang perlu dipertimbangkan, yang penting kita bagi keadilan kepada semua.
``Dalam apa jua tindakan kita hendak ambil, kita perlu berhati-hati supaya nanti tidak berlaku sebarang tindakan yang menyalahi kepercayaan kaum-kaum yang tidak seagama dengan kita,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Raya Aidiladha di Masjid Kubang Menerong di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Perdana Menteri mahu sebarang tindakan yang akan diambil berkaitan undang-undang dan perlembagaan berhubung perkara itu, perlu dilakukan dengan berhati-hati.
Beliau berkata, ia bagi mengelak daripada menyalahi kepercayaan kaum dan agama lain.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu mengenai pendaki Everest, M. Moorthy yang nama Islamnya, Mohamad Abdullah menjadi `rebutan' antara isterinya, S. Kaliammal, 31, dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bulan lepas.
Moorthy selamat dikebumikan mengikut hukum syarak di tanah perkuburan Taman Ibukota di Gombak pada 28 Disember lalu sekali gus mengakhiri episod perebutan tuntutan jenazahnya yang disimpan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) lapan hari sebelum itu.
30
ABDULLAH Ahmad Badawi mengagihkan daging korban kepada penduduk Kampung Guar Kepar semasa melawat surau Haji Abdul Aziz selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Al-Jamiul Badawi di
Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam. - Gambar Bernama.
Pengebumian disempurnakan oleh Jawi yang menuntut jenazah tersebut di bilik mayat HKL sebaik Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa ia tidak mempunyai bidang kuasa menentukan sama ada pendaki itu seorang Islam atau tidak sebelum kematiannya.
Pada 28 Disember lalu, Mahkamah Tinggi Bahagian Rayuan Kuasa-Kuasa Khas membuat keputusan menolak saman pemula oleh Kaliammal dalam usaha mendapatkan deklarasi bahawa suaminya bukan beragama Islam.
Moorthy meninggal dunia akibat penyakit cervical sick selepas terjatuh ketika menjalani latihan `somersault' di Kem Sungai Udang, Melaka pada 14 Ogos 1998.
Mengulas lanjut, Abdullah mengakui bahawa hak untuk setiap rakyat yang menganut sebarang agama harus dihormati dan meminta mereka supaya mengamalkan sifat saling menghormati, bekerjasama dan bermuafakat bagi mengekalkan keharmonian negara.
``Apa-apa jua masalah yang timbul perlu ditangani dengan berhati-hati.
``Emosi yang berasaskan agama, emosi yang berkait dengan bangsa dan kaum tidak dibenarkan di negara ini,'' tegas Perdana Menteri yang memberitahu bahawa beliau sedang meneliti perkara itu dan berharap masalah sedemikian tidak lagi berbangkit pada masa akan datang.
ARKIB : 11/01/2006
Peguam perjelas soal tukar agama
31
Oleh FAUZI JAAFAR
KUALA LUMPUR 10 Jan. - Pengamal undang-undang berpendapat undang-undang sedia ada terutama dalam konteks tukar agama dari bukan Islam kepada Islam sudah jelas.
Bagaimanapun, ada yang berpendapat adalah lebih wajar jika orang bukan Islam dibenarkan membuat tuntutan dalam soal tukar agama dari bukan Islam kepada Islam di Mahkamah Syariah.
Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Zainul Rijal Abu Bakar berkata, perkara mengenai tukar agama telah termaktub dalam undang-undang sedia ada. ``Kalau kita lihat, Mahkamah Tinggi juga telah membuat keputusan iaitu kes tukar agama dari agama bukan Islam kepada Islam adalah terletak di bawah Mahkamah Syariah...ini sudah jelas,'' kata beliau ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengenai banyak perkara dalam perlembagaan yang kurang jelas dan perlu diperbaiki terutamanya berkaitan konteks tukar agama.
Zainul Rijal berkata, bukan sahaja Mahkamah Tinggi yang memutuskan bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam hal-hal berkaitan agama Islam tetapi juga Mahkamah Sivil.
``Kalau kita lihat ini, ia sudah jelas. Cuma ia dipertikaikan bila ada pihak yang masih tidak berpuas hati,'' katanya.
Beliau juga melahirkan kebimbangan jika ada hasrat untuk memansuhkan Perkara 121(1A) iaitu antara lain mengatakan Mahkamah Sivil tidak boleh campur tangan dalam keputusan atau yang mana sesuatu itu di bawah kuasa Mahkamah Syariah.
``Jika ini dimansuhkan atau diubah yang akan memberi kuasa untuk Mahkamah Sivil menyemak keputusan Mahkamah Syariah, lebih baik Mahkamah Syariah yang menjadi panduan orang Islam di negara ini dimansuhkan,'' kata beliau.
Tegasnya, Mahkamah Syariah berasaskan kepada hukum syarak dan berbeza dengan Mahkamah Sivil dalam membuat keputusan.
Sementara itu, Profesor Salleh Buang menyifatkan ia sebagai langkah ke belakang jika kerajaan ingin meminda Perlembagaan yang berkaitan menukar agama bukan Islam kepada Islam.
Dahulu, katanya, Mahkamah Syariah dibayangi Mahkamah Sivil sehinggalah pada tahun 1998 yang meletakkan Mahkamah Syariah sebagai satu mahkamah yang berkuasa dalam soal agama Islam tanpa campur tangan Mahkamah Sivil.
``Saya tak nak cakap banyak mengenai isu ini, nanti orang marah tetapi apa yang penting ialah adakah kita (orang Islam) mahukan Mahkamah Syariah dibayangi oleh Mahkamah Sivil,'' katanya.
32
Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya sebarang pindaan dalam konteks tukar agama membabitkan orang bukan Islam memeluk agama Islam mesti mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja.
``Saya berpendapat isu ini perlu diserahkan kepada Majlis Raja-Raja kerana Sultan adalah ketua agama,'' kata beliau.
Tambahnya, jika ada sesiapa yang ingin mengusulkan pindaan terhadap Perkara 121(1A), ia mestilah merujuk kepada Majlis Raja-Raja terlebih dahulu.
ARKIB : 14/03/2007
Tukar agama ubah nama?
33
Oleh NIK SALIDA SUHAILA NIK SALEH
SETIAP benda di atas muka bumi ini dikenali melalui nama masing-masing, dan Islam sebagai agama yang lengkap, pastinya memberikan perhatian kepada persoalan ini.
Lebih-lebih lagi, nama menjadi identiti pengenalan umatnya. Lantaran itu, hal berkaitan pemilihan dan penggunaan nama yang baik kepada anak ditegaskan dalam sebuah hadis yang bermaksud: ‘‘Di antara kewajipan seorang ayah kepada anaknya ada tiga. Iaitu menamakan mereka dengan nama yang baik, mengajarnya apabila berakal dan mengahwinkan si anak apabila mereka ingin berkahwin.”
Bagaimanapun, sekiranya anak tersebut menukar agama, maka sudah tentulah nama asalnya tidak mengikut makna yang dikehendaki oleh agama baru kerana kelainan bahasanya. Sedangkan pemilihan nama yang baik adalah disunatkan dalam agama Islam. Apatah lagi, panggilan nama tersebut merupakan doa kepada seseorang.
Salah satu hak anak yang harus dipenuhi oleh orang tuanya ialah memberikan nama yang baik. Abu Hasan meriwayatkan bahawa suatu hari seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: ‘‘Ya Rasulullah apakah hak anakku terhadapku?”
Jawab Rasulullah: ‘‘Anak berhak mendapat nama yang baik kerana nama yang diberikan oleh orang tuanya menentukan kehormatannya.’’
Justeru itu, tidak boleh menamakan anak atau menamakan diri sendiri dengan nama yang tidak mempunyai erti yang baik. Dari perspektif Islam, walaupun perbincangan mengenai nama adalah sesuatu yang sangat luas skopnya, akan tetapi sebagai pengenalan, nama sebenarnya menjadi lambang kepada seseorang.
Apabila sebut Muhammad atau Abdullah, itulah lambangnya dan nama ini mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan empunya nama. Atau dengan kata lain, dia akan terpengaruh dengan nama itu, dan kalau nama itu bermaksud baik maka baiklah hasilnya. Begitu juga sebaliknya. Sebab itulah apabila pelumba motor haram digelar ‘mat rempit’, ramai yang menganggap mereka tidak layak dipanggil ‘mat’ yang merupakan singkatan kepada nama Muhammad, malah lebih elok digantikan dengan ‘kodok’ menjadikannya ‘kodok rempit’, sesuai dengan pepatah ‘mati katak’ sekiranya terbenam mati di jalan raya kerana merempit.
Nama juga melibatkan nasab atau keturunan, yang bermaksud apabila kita mempunyai anak, anak tersebut akan membawanya sehingga akhir hayat. Hal ini boleh dilihat melalui anjuran Rasulullah s.a.w supaya kita memilih nama yang baik untuk anak-anak. Sabda baginda bermaksud: Sesungguhnya kamu akan diseru pada Hari Kiamat nanti dengan nama-nama kamu dan nama ayah kamu, oleh itu perelokkanlah nama kamu. (Riwayat Abu Darda)
Ini juga secara tidak langsung menjelaskan kepada kita bahawa nama mempunyai kaitan rapat dengan keperibadian seseorang itu. Melalui nama juga ia menjamin keselamatan agama itu sendiri. Oleh kerana itu, nama yang mirip kepada agama lain, tidak sahaja mengundang
34
kekeliruan malah lebih dibimbangi ialah anggapan segelintir pihak mengatakan bahawa ia mewakili agama tersebut.
Makna
Lantaran nama yang baik seperti dikehendaki oleh Islam ialah yang mempunyai sandaran terhadap Allah dan Rasul-Nya, maka sewajarnya juga sekiranya ada mualaf yang ingin mengekalkan nama bapa sama ada dari apa bangsa sekalipun, maka pastikan maknanya tidak buruk dan melanggar akidah. Sabda Rasulullah mengingatkan: Sesungguhnya sebaik-baik nama kamu adalah yang disandarkan dengan nama Allah, umpamanya Abdullah atau Muhammad. (Riwayat Muslim)
Bagaimanapun, ia mestilah disusuli dengan nama yang berkaitan dengan 99 nama Allah s.w.t. Sekiranya terkeluar atau bertentangan dengan 99 nama Allah ini, ia menjadi haram kerana seolah-olah telah melanggar akidah. Contohnya, Abdul Nabi (hamba nabi), Abdul Muhammad, Abdul Rasul dan Abdul Kaabah. Apatah lagi sekiranya nama yang bukan dari bahasa Arab yang mengandungi makna yang melanggar akidah tentulah dilarang sama sekali walaupun hakikatnya ingin mengekalkan nasab.
Hukum haram ini berasaskan kepada dua dalil: Pertama, tiap-tiap nama yang berunsur penyembahan dan pengabdian selain Allah haram digunakan mengikut ijmak ulama.
Ibn Hazam berkata: ‘‘Mereka bersepakat menghukumnya haram ke atas nama yang bermaksud penyembahan dan perhambaan selain Allah seperti Abdul Uzza, Abdul Habl, Abdul Umar, Abdul Kaabah dan sebagainya.”
Kedua, nama khusus yang digunakan oleh orang-orang bukan Islam untuk mendewa-dewakan tuhan mereka. Ia adalah dilarang. Contoh, Abdul diikuti dengan nama-nama tuhan Nasrani seperti James, Jimmy. Menurut Dr. Yusuf Al-Qardhawi, memberi nama dengan ciri-ciri Nasrani dan agama mereka ada disebut di dalam sebuah hadis bermaksud: Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka ia tergolong di dalam kaum itu.
Pengaruh nama ini dibimbangi menyebabkan dirinya dikenali sebagai seorang yang bukan Islam walaupun hakikatnya dia beragama Islam. Sungguhpun Islam tidak mewajibkan ke atas keluarga Muslim menamakan anak-anak mereka dengan nama-nama tertentu sama ada Arab atau bukan Arab, tetapi panduan-panduan mengenainya disediakan, iaitu:
Walaupun nama tersebut tidak mempunyai makna tetapi hendaklah nama yang baik dan tidak dipandang buruk oleh orang ramai serta tidak ditolak oleh anak itu selepas dia dewasa.
Nabi pernah menukar nama-nama yang buruk seperti Qalilan (sedikit) kepada Kathiran (banyak), ‘Asiyah (gemar berbuat maksiat) kepada Jamilah (cantik) dan sebagainya.
* Nama tersebut bukan sesuatu yang disembah melainkan Allah seperti Abdul Kaabah, Abdul Nabi, Abdul Hussein, Ghulam (sama dengan maksud Abdul iaitu hamba) Ahmad, Ghulam Ali,
35
Ghulam Jailani dan sebagainya. Perkataan yang bukan berasal daripada Arab tetapi maknanya hamba, hukumnya sama dalam bahasa Arab. Sungguhpun diketahui niat pemberi nama itu baik tetapi apabila menjadi nama ia tidak baik.
* Nama itu juga tidak cenderung kepada kebesaran, takbur dan meninggikan diri daripada manusia lain. Hadis bermaksud: ‘‘Seburuk-buruk nama di sisi Allah pada Hari Kiamat ialah lelaki yang dinamakan Malikul Amlak, Malikul Muluk (Raja segala raja) kerana tiada kerajaan melainkan kerajaan Allah.” Termasuklah juga nama seperti Ar-Rahman, Al-Muhaimin, Al-Jabbar, Al-Mutakabbir, Al-Khaliq, Al-Bari. Nama-nama daripada 99 nama Allah tidak boleh dicantumkan dengan ‘Al’ kerana ia menjadi nisbah kepada Allah.
Sementara itu Rasulullah s.a.w. mengingatkan: ‘‘Nama yang paling disukai Allah ialah Abdullah dan Abdur Rahman. (Riwayat Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah)
Selain itu, nama yang tidak dikhususkan kepada Allah tidak boleh disebut dalam bentuk ma‘rifah (ada alif dan lam) seperti al-Aziz, al-Hakim dan sebagainya. Sekiranya dinamakan dalam bentuk nakirah (tiada alif dan lam), ia dibolehkan. Contohnya, Hakim.
Disunatkan menamakan dengan nama nabi untuk mengekalkan ingatan kepada mereka dan sebagai galakan mencontohi mereka. Contohnya, Daud, Ismail dan Musa. Tiada larangan meletakkan nama yang bukan berasal dari Arab selagi tidak membawa makna yang buruk. Orang Islam pada zaman jahiliah banyak mengekalkan nama-nama bukan Arab selepas keislaman mereka, walaupun mereka memeluk agama Islam.
Berlainan halnya dengan gelaran yang diberikan oleh Rasulullah seperti Abu Hurairah (bapa kucing) dan sebagainya. Ia sebenarnya satu pengiktirafan daripada baginda kepada para sahabat. Malah ia bukan bermaksud satu keaiban.
Di kalangan masyarakat bukan Islam, apabila mereka meninggalkan agama asal dan menjadi saudara baru, lazimnya nama mereka turut mengalami perubahan kepada ‘nama Islam’. Tidak menjadi masalah sekiranya seorang saudara baru tidak mahu menukar nama tetapi yang menjadi masalah nama tersebut boleh menimbulkan perasaan was-was atau keraguan terhadap pegangan kepercayaannya. Di situlah pentingnya nama.
Seseorang saudara baru itu menukar nama kerana ia menentukan anggapan orang terhadap agamanya atau pegangan akidahnya. Penggunaan nama keluarga atau surname masih dibolehkan dengan syarat nama tersebut membawa makna yang baik kepada agama asalnya. Kalau sudah terang-terangan namanya atau nama bapanya sebelum Islamnya membawa maksud tidak elok seperti Rama, Sita yang merupakan nama tuhan bagi penganut agama Hindu, maka wajiblah dia menukar namanya.
Menyentuh mengenai mengekalkan nama keluarga (surname) pada kebanyakan nama saudara baru, ia adalah sesuatu yang patut dikekalkan jika kena pada tempatnya. Ia bersesuaian lagi dengan arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada tahun 2003. Saudara-saudara baru tidak diwajibkan lagi menggunakan ‘bin’ atau ‘binti’ Abdullah.
36
Sebaliknya, mereka diberi pilihan untuk menggunakan nama bapa asal atau bapa kandung mereka. Kelonggaran yang diberikan oleh Jakim secara tidak langsung membantu saudara-saudara baru ini membina hubungan yang baik dengan keluarga kandung.
Bagaimanapun, pastikan nama tersebut baik pada maknanya kerana nama adalah identiti pengenalan umat Islam dan kurang manis sekiranya penganut agama Islam tidak dibenarkan menggunakan nama-nama baik yang disarankan kerana mereka berhak menamakan diri mereka seperti yang diingini.
- PENULIS ialah Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia.
ARKIB : 05/08/2008
37
Rayuan mualaf tukar agama, hapus nama Islam ditolak
05/08/2008 7:48pm
PUTRAJAYA 5 Ogos - Mahkamah Rayuan menolak permohonan seorang mualaf wanita berketurunan Tionghua untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang tidak membenarkannya menukar agama kepada Kristian.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Tengku Baharuddin Shah Tengku Mahmud turut menolak rayuan wanita berusia 35 tahun itu agar mahkamah memberinya kebebasan menghapuskan nama Islam untuk digantikan dengan nama asal.
Dalam saman pemulanya yang difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor, wanita itu menyatakan, dia memeluk Islam pada 27 Oktober 1992 dan berkahwin dengan seorang lelaki pada 14 April 1994.
Bagaimanapun, dia kemudian membuat akuan bersumpah dan surat ikatan pol pada 9 Jun 2003 untuk menukar agama kepada Kristian dan menggunakan semula nama asalnya setelah mengaku tidak mengamalkan perintah agama dan memeluk Islam semata-mata untuk berkahwin.
Hakim Tengku Baharuddin Shah yang bersidang bersama Hakim-Hakim Datuk Vincent Ng dan Datuk Sulong Matjeraie memutuskan menolak rayuannya dengan majoriti 2-1 selepas berpuas hati bahawa mualaf tersebut bukan entiti yang sah untuk mengemukakan rayuan.
Menurut beliau, rayuan tersebut tidak sempurna kerana dia menggunakan nama asal dalam saman pemula yang dikemukakannya di Mahkamah Tinggi sedangkan nama itu tidak lagi wujud selepas dia memeluk Islam yang mana ia digantikan dengan nama baru seperti yang tertera pada Kad Pengenalan. – Utusan
38
ARKIB : 04/07/2009
Sultan Selangor arahkan MAIS bincang pindaan akta tukar agama
SHAH ALAM 3 Julai - Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) supaya membuat perbincangan dengan teliti berhubung cadangan pindaan tiga akta bersabit isu pertukaran agama.
Tiga akta berkenaan adalah Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 (Akta 164), Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) dan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993.
Setiausaha MAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, titah baginda itu dibuat dalam satu perjumpaan semalam ekoran keputusan Majlis Raja-Raja menangguhkan keputusan cadangan pindaan undang-undang tersebut agar ia dapat dikaji oleh semua majlis agama Islam negeri.
Menurutnya, baginda bagaimanapun menasihatkan MAIS agar bersikap terbuka jika cadangan itu baik kepada umat Islam dan semua rakyat.
Malah kata beliau, pindaan itu juga titah baginda haruslah diterima oleh semua pihak asalkan tidak bertentangan dengan hukum syarak selain tidak mengurangkan kuasa raja-raja selaku ketua agama Islam di negeri.
"Baginda juga menitahkan agar Pengerusi MAIS memanggil satu mesyuarat bagi membincangkan perkara ini dengan Jabatan Peguam Negara turut diminta hadir untuk memberi taklimat," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Baru-baru ini, Majlis Raja-Raja telah memutuskan supaya pandangan majlis agama Islam negeri-negeri diperoleh terlebih dahulu sebelum cadangan pindaan undang-undang yang berkaitan penukaran agama dan undang-undang keluarga Islam (Wilayah Persekutuan).
Keputusan tersebut dibuat pada satu mesyuarat khas yang diadakan selama dua setengah jam di Istana Negara yang dipengerusikan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
Turut berangkat ke mesyuarat itu ialah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Pada 22 April lalu, Kabinet membuat keputusan bahawa anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin walaupun ibu atau bapa mereka kemudiannya memeluk agama lain.
Kabinet berpendapat penukaran agama tidak boleh dijadikan alasan membubarkan sesuatu perkahwinan secara automatik atau untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap anak-anak.
39
Dalam pada itu, Mohammed Khusrin turut memberitahu pihaknya amat menghargai keputusan bijak Majlis Raja-Raja yang memutuskan supaya pandangan majlis agama Islam negeri-negeri diperoleh terlebih dahulu berhubung isu berkenaan.
Malah katanya, segala maklum balas MAIS berhubung cadangan-cadangan pindaan berkenaan akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor untuk dibawa dan dibincangkan semula semasa Mesyuarat Raja-Raja.
40
ARKIB : 06/08/2010
Kerajaan usaha selaras undang-undang tukar agama
KUALA LUMPUR 5 Ogos - Kerajaan pusat masih berusaha mendapatkan persetujuan majlis agama negeri-negeri bagi menyelaraskan undang-undang berkaitan pertukaran agama individu bukan muslim kepada Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sehingga kini terdapat beberapa perkara yang masih perlu diperhalusi.
Kerajaan jelas beliau, berhasrat membuat penyelarasan itu agar tidak timbul masalah terutamanya ketika individu terbabit meninggal dunia.
"Kita sedang menuju ke arah itu. Tidaklah nanti apabila seseorang itu memeluk Islam, timbul masalah tidak berdaftar atau berdaftar secara sembunyi-sembunyi sehingga keluarga tidak tahu individu itu telah memeluk Islam sekali gus mencetuskan masalah kemudian hari.
"Saya tidak dapat beritahu bila ia akan berlaku. Setakat ini, kita masih gunakan kaedah sedia ada iaitu pergi ke majlis agama negeri untuk buat pendaftaran mengikut undang-undang negeri masing-masing," katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Manual Islam dan HIV/AIDS terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan dan Majlis AIDS Malaysia.
Jamil bagaimanapun menegaskan, kerajaan tidak akan sewenang-wenangnya mengubah undang-undang tersebut tanpa mendapatkan pandangan daripada majlis agama setiap negeri.
Mengenai manual tersebut, Jamil berkata, ia akan menjadi panduan kepada masyarakat terutamanya ilmuwan agama untuk berdepan dengan masalah dadah.
"Dalam manual itu juga diberitahu cara yang sepatutnya untuk berdepan dengan golongan yang menghidap HIV/AIDS.
"Ia sedikit sebanyak membantu masyarakat memahami tanggungjawab dan keperluan untuk mendekati pesakit terlibat. Saya harap manual ini dapat membantu semua golongan untuk lebih berusaha memerangi dadah dengan cara yang betul," ujarnya.
41
Bibliografi
Laman web:
http://www.utusan.com.my/utusan/search.asp?pub=Utusan_Malaysia
http://firdausrosli.wordpress.com/2009/04/30/kabinet-malaysia-bertindak-melulu-dalam-soal-pertukaran-agama-anak/
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/4/8/mstar_berita/20100408135720&sec=mstar_berita
Buku:
Zaid Ahmad (2006) Buku Teks hubungan etnik di malaysia. Oxford Fajar
Mohamad khadafi rofie, azman md zain et. Al. 2008. Buku hubungan etnik. Kl: penerbit yadim
42