Hemah Tinggi

Post on 31-Jan-2016

428 views 4 download

description

moral

Transcript of Hemah Tinggi

HEMAH TINGGI

Pendidikan Moral Tahun 6

Definisi• Beradab sopan dan berbudi

pekerti mulia dalam pergaulan seharian

• Kata Kunci :– Beradab sopan– Berbudi pekerti mulia– Mempunyai hubungan yang baik

dengan orang lain

BERSOPAN SANTUN DALAM PERGAULAN

1. Kita mempunyai nilai berhemah tinggi apabila kita bersopan santun.

2. Kita mestilah bersopan santun dengan semua orang.

3. Apabila kita bersopan, kita disukai rakan-rakan.

4. Rakan-rakan akan menghormati kita juga.

Cara yang Bersopan dalam Pergaulan

• Menggunakan panggilan yang sesuai ketika bercakap seperti panggilan pak cik, mak cik, puan, encik, cik, tuan dan sebagainya.

• Tidak memanggil seseorang dengan panggilan hoi, hei, bodoh, gemuk, pendek, dan sebagainya.

• Melayan rakan dengan mesra.• Bercakap dengan bahasa yang halus dan

lembut.

Cara Bersopan Menolak Ajakan Negatif

• Bersopan ketika menolak ajakan tersebut.• Memberi alasan yang munasabah.• Memberikan pilihan yang baik semasa

menolak ajakan tersebut; - mencadangkan rakan melakukan aktiviti yang sihat dan lebih selamat.

LATIHAN

• Bina 5 ayat yang menunjukkan sikap atau perbuatan yang berhemah tinggi dalam kehidupan seharian kita– Contoh : Rosida tidak sombong dan tidak suka

menunjuk kelebihan diri kepada orang lain