Post on 28-Oct-2015
description
Hegemoni dan Globalisasi Barat
PENGENALAN
Abad ke-20 dan 21, kita telah melihat perkembangan pusat sains dan
teknologi maklumat yang semakin maju dan luar biasa. Tambahan pula, seiring
dengan kemajuan proses globalisasi dan dorongan kuat teknologi maklumat dan
revolusi komunikasi yang menjadikan kehidupan manusia semakin pantas dan
kompleks. Akan tetapi kita telah menyaksikankemelut kemanusiaan pada saat
kritikal dan tragis, wabak penyakit yang menular, terrorisme global, perang
saudara yang berterusan dan pelanggaran hak asasi manusia. Sebelum ini,
kebangkitan tamadun Barat mula menampakkan taringnya selepas kejatuhan
kerajaan Islam Sepanyol sekaligus telah membuka era baru kepada dasar
penguasaan Barat terhadap negara lain terutamanya negara Islam melalui dasar
globalisasi ala-Barat ke seluruh dunia. Inilah yang membawa kepada hegemoni
Barat. Kemudian, ia telah menimbulkan banyak masalah terutamanya
bertentangan nilai-nilai timur.
KONSEP HEGEMONI DAN GLOBALISASI.
Istilah hegemoni berasal dari istilah Yunani, iaitu hegeisthai. Konsep
hegemoni ini banyak digunakan oleh sosiologi untuk menjelaskan tentang
fenomena terjadinya usaha untuk mempertahankan kekuasaan oleh pihak
penguasa.
Menurut teori Gramsci (1891-1937), hegemoni dikaitkan dengan konsep
hubungan antara kelas-kelas masyarakat tertentu ,iaitu kelas-kelas yang lebih
dominan akan memonopoli kelas-kelas yang lain dari segi ekonomi, budaya dan
moral. Ia menggambarkan suatu hubungan yang bersifat ‘monopoli’ dan
‘dominasi’ antara kelas masyarakat atasan dan bawahan dalam sesebuah negara
bangsa.
Hegemoni boleh didefinisikan sebagai dominasi oleh satu kelompok
terhadap kelompok lainnya, dengan atau tanpa ancaman kekerasan, sehingga
idea-idea yang ditekan oleh kelompok dominan terhadap kelompok yang
didominasi yang wajar (common sense). Lihat juga definisi dibawah ini:
SHAPE \* MERGEFORMAT Hegemony is the dominance of one group over other
groups, with or without the threat of force, to the extent that, for instance, the
dominant party can dictate the terms of trade to its advantage; more broadly,
cultural perspectives become skewed to favor the dominant group. Hegemony
controls the ways that ideas become “naturalized” in a process that informs
notions of common sense(http://en.wikipedia.org/wiki/Hegemony)
SHAPE \* MERGEFORMAT “…Dominant groups in society, including
fundamentally but not exclusively the ruling class, maintain their dominance by
securing the ‘spontaneous consent’ of subordinate groups, including the working
class, through the negotiated construction of a political and ideological
consensus which incorporates both dominant and dominated groups.” (Strinati,
1995: 165)
Dalam hegemoni, kelompok yang mendominasi berhasil mempengaruhi
kelompok yang didominasi untuk menerima nilai-nilai moral, politik, dan budaya
dari kelompok dominan (the ruling party, kelompok yang berkuasa). Hegemoni
diterima sebagai sesuatu yang wajar, sehingga ideologi kelompok dominan dapat
disebarkan dan dipraktikkan.Nilai-nilai dan ideologi hegemoni ini diperjuangkan
dan dipertahankan oleh pihak dominan sedemikian sehingga pihak yang
didominasi tetap taat terhadap kepemimpinan kelompok penguasa.
Hegemoni boleh dilihat sebagai strategi untuk mempertahankan
kekuasaan,
“…the practices of a capitalist class or its representatives to gain state power and
maintain it later.” (Simon, 1982: 23)
Globalisasi pula dapat didefinisikan sebagai peruntuhan pagar-pagar
yang memisahkan antara negara sehingga dengan itu mudah
berlakunya pertukaran, pemindahan dan perkongsian dalam pelbagai lapangan
seperti ilmu, pemikiran, ekonomi, kebudayaan dan agama.
Walaupun globalisasi pada asalnya bermaksud pertukaran, pemindahan
dan perkongsian antara negara, realitinya menunjukkan bahawa ia tidak wujud
dalam bentuk dua hala yang adil. Sebaliknya, terdapat negara yang bersifat
“mengglobalisasi” dan terdapat juga negara yang bersifat “diglobalisasi”.
“Mengglobalisasi” itu adalah negara yang menyebarkan ilmu, pemikiran,
ekonomi, kebudayaan dan agama mereka kepada negara lain. Ada pun
“diglobalisasi”, ia adalah negara yang bersifat hanya menerima ilmu, pemikiran,
ekonomi, kebudayaan dan agama dari negara yang “mengglobalisasi” tanpa
menilai sama ada ia membawa manfaat atau mudarat.
FAKTOR-FAKTOR HEGEMONI DAN GLOBALISASI.
Pada abad ke-21 ini, sedar atau tidak sedar sebenarnya dunia masa kini
telah dipengaruhi oleh hegemoni Barat dan globalisasi dalam kehidupan kita.
Mengapakah pengaruh hegemoni barat ini telah menular dengan meluas sekali di
dunia? Apakah faktor-faktor yang menyebabkan ia berlaku?
Imperialisme baru merupakan suatu fenomena kebangkitan semula
perasaan ingin menguasai dan meluaskan semula pengaruh Barat kepada
masyarakat dunia. Dengan fenomena inilah yang menjadi salah satu punca
pengaruh hegemoni Barat makin meluas. Mereka berhasrat untuk menjadi kuasa
nombor satu di dunia yang menjadikan semua negara lain tunduk dan berada
dibawah pengaruh mereka. Kuasa Barat ini telah bertindak seperti polis dunia
yang kononnya memelihara keamanan dan keselamatan dunia. Mereka
merasakan bahawa telah menjadi tanggungjawab mereka untuk memusnahkan
senjata pemusnah besar-besaran yang ada pada negara-negara yang menjadi
musuh kuasa Barat yang boleh mengancam keselamatan dunia. Tetapi
sebenarnya mereka mempunyai matlamat untuk memperluaskan pengaruh
hegemoni mereka.
Kuasa Barat mempunyai semangat dan dasar yang sentiasa merancang
untuk menjajah mana-mana negara islam yang mempunyai potensi untuk bangkit
menjadi sebuah kuasa besar dan boleh mencabar hegemoni mereka. Kuasa Barat
mempunyai dasar untuk mewujudkan negara sekutu atau hubungan satelit dan
meluaskan jaringan dan pengaruhnya melalui media, ekonomi, sosial, dan juga
hak asasi manusia.
Proses globalisasi pada hari ini menjadi peluang keemasan bagi kuasa-
kuasa Barat untuk mengekalkan hegemoni mereka. Dengan kepantasan
perpindahan maklumat kini, Barat dapat menguasai media dan komunikasi Barat
dan memberi implikasi terhadap dunia seperti Cable News Network
(CNN), dan British Broad-Casting Corporation (BBC). Wartawan-wartawan
tempatan juga menunggu dan menggunakan berita daripada media Barat. Berita-
berita yang disebarkan oleh media Barat merupakan persepsi dari Barat sendiri.
Secara tidak langsung pengaruh mereka terhadap dunia juga makin meluas.
Aplikasi dan perancangan Zionis juga menjadi faktor wujudnya pengaruh
hegemoni Barat dalam era globalisasi ini. Zionis mempunyai matlamat utama
untuk mengukuhkan kedudukan mereka di serata dunia. Pemimpin Yahudi
merancang untuk menguasai mata wang dan ekonomi dunia supaya kuasa Barat
ini dapat mencampuri urusan secara tidak langsung terhadap pasaran saham
antarabangsa. Gerakan Zionis Yahudi turut mempunyai ideologi untuk
merosakkan masyarakat dunia dengan menyebarkan fahaman mulhid atau ateis
dan falsafah sekular. Kerana itulah pengaruh mereka makin berleluasa dan wujud
golongan yang tidak mempercayai Tuhan (fahaman ateis). Sedangkan sejak
berabad-abad lamanya telah wujud kepercayaan dan agama dalam masyarakat
dunia sebagai pegangan hidup.
Masyarakat masa kini telah wujud 2 golongan yang telah merosakkan dan
mencalarkan imej islam seperti golongan ultra moden yang memberikan
sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Barat dengan menerima nilai Barat
sepenuhnya dan golongan konservatif yang menjaga status mereka dalam
masyarakat. Golongan seperti inilah yang merosakkan reputasi dan
perkembangan orang-orang islam. Mereka menjadikan fahaman Barat sebagai
idola dan ikutan dalam kehidupan mereka. Faktor inilah juga yang menyebabkan
hegemoni Barat makin kukuh di dunia.
Kebanyakan negara yang majoritinya adalah umat islam kini
pentadbirannya lebih mengikut peredaran zaman yang jelas sekali telah
dimonopoli dan dipengaruhi oleh hegemoni Barat. Pentadbiran negara tersebut
tidak lagi berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.
Selain itu, keadaan ekonomi yang lemah menyebabkan kuasa Barat
mempunyai peluang untuk menguasai ekonomi dunia dengan pengaruh
hegemoni mereka. Contohnya Amerika Syarikat lebih banyak memasarkan
produk-produk mereka ke pasaran global. Bahkan, kebanyakan produk yang
dijual di pasaraya tempatan juga terdiri daripada pelbagai jenis produk-produk
dari negara Barat.
Hegemoni Barat ini berlaku juga disebabkan oleh kesan penjajahan
mereka terhadap negara-negara yang lemah ketika berabad-abad lamanya
dahulu. Negara Barat telah membawa perubahan dan kemajuan suatu ketika
dahulu terhadap negara-negara yang dijajah. Maka akibat daripada penjajahan
tersebut, ia telah meninggalkan kesan dan implikasinya terhadap masyarakat
setempat yang masih mempunyai pengaruh daripada Barat. Dengan itu hegemoni
Barat adalah lebih mudah lagi dikekalkan.
Masyarakat dunia islam kini tidak lagi selalu melakukan pentarbiyahan
dalam hati dan jiwa untuk memelihara hati dan diri daripada mudah terpengaruh
dengan budaya dan kuasa Barat dalam kehidupan. Masyarakat tidak menjadikan
pengalaman lepas sebagai pengajaran di masa hadapan dan kurang berhati-hati
bagi mengelakkan hegemoni Barat dalam globalisasi dunia masa kini. Menurut
Amir Shakib Arsalan, seorang pemikir islam Druzl, masyarakat islam kini
mempunyai semangat yang lemah untuk berkorban demi islam atau kata lain
ialah berjihad mempertahankan kehidupan yang berlandaskan islam.
KESAN-KESAN HEGEMONI BARAT.
Terdapat banyak kesan hegemoni Barat berlaku pada satu dunia
khususnya di Asia dalam pelbagai aspek antaranya dari sudut media, ekonomi,
politik, sosial, dan hak asasi manusia.
1. Kesan Hegemoni Barat dari Sudut Media
Barat telah pun menguasai media dari seluruh dunia sama ada media cetak
mahupun media elektronik. Perkara ini berlaku kesan daripada perkembangan
pesat teknologi dan hasilnya maklumat disebarkan ke seluruh dunia begitu
pantas sekali. Lebih-lebih lagi, pada masa kini surat khabar dari pelbagai negara
boleh dibaca di skrin komputer dengan mudah.
Selain itu,media juga boleh menjatuhkan dan menaikkan populariti
seseorang dengan mudah sekali. Sebagai contoh, dalam rancangan realiti
‘American Idol’, bagaimana mudahnya media menaikkan nama seseorang
daripada tidak terkenal kepada seorang selebriti yang mempunyai pendapatan
berjuta-juta setahun. Media juga mempengaruhi pandangan dan sikap
masyarakat tempatan atau dunia dimana jelas pada masa kini,
Islam telah pun dipandang serong disebabkan media Barat telah
menyebarkan berita yang memburuk-burukkan agama ini. Keadaan ini jelas
menunjukkan media Barat telah memberikan kesan yang sangat besar kepada
masyarakat dunia.
Oleh kerana kesannya terhadap dunia begitu berkesan, Barat telah pun
menubuhkan media-media antarabangsa seperti Cable News Network (CNN),
British Cable News Network (CNN), British Broadcasting Corporation (BBC),
Reuters, Broadcasting Corporation (BBC), dan Reuters.Mereka berada di mana-
mana di seluruh dunia sehinggakan liputan yang dibuat pantas dan menyeluruh
sehinggakan wartawan tempatan negara bergantung kepada mereka sebagai
sumber bahan berita.
Selain daripada berita, media Barat juga membuat filem dan hiburan yang
mempengaruhi masyarakat dunia dan mewujudkan Hollywood yang telah pun
menjana pendapatan berbillion dollar. Dalam filem mereka terbitkan, watak utama
Barat khususnya Amerika Syarikat adalah seorang yang baik, pejuang keadilan,
bertimbang rasa dan pasti akan menang dalam setiap peperangan yang wujud.
Keadaan ini jelas telah mempengaruhi pandangan masyarakat dunia terhadap
masyarakat Amerika Syarikat dimana keadaan realiti dunia begitu jauh sekali
daripada yang difilemkan.
2. Kesan Hegemoni Barat dari Sudut Ekonomi
Dari sudut ekonomi pula, Barat telah pun menguasai ekonomi dunia sejak
dulu lagi. Menguasai ekonomi sama seperti mengusai dunia kerana mereka boleh
memanipulasi ekonomi dunia yang boleh menjejaskan ekonomi sesebuah negara
tersebut. Selain itu juga, Barat telah pun menubuhkan kelab ekskulsifnya iaitu G7
dimana kelab ini hanya boleh disertai oleh negara-negara maju seperti Jepun dan
Perancis. Keadaan ini akan menyebabkan negara-negara yang memerlukan
bantuan tidak akan dapat kerana disishkan daripada negara maju yang boleh
membantu mereka dari segenap aspek.
Barat juga telah menubuhkan syarikat-syarikat multi-nasional yang
beroperasi seluruh dunia bagi memastikan ekonomi dapat dikawal oleh Barat
dengan menguasai ekonomi sesebuah negara tersebut selain mengaut
keuntungan secara maksimum. Kesan daripada penubuhan syarikat tersebut,
Barat telah menubuhkan World Bank dan International Monetary Fund (IMF) untuk
memperkukuhkan pengusaan mereka. Matawang mereka diguna pakai seluruh
dunia khususnya apabila hendak melakukan perniagaan antarabangsa. Impak
daripada penguasaan ekonomi tersebut, Barat berjaya menguasai kekayaan
dunia dan jurang antara kaya dengan miskin semakin ketara.
3. Kesan Hegemoni Barat dari Sudut Politik
Dari sudut politik pula, Barat telah berusaha pelbagai cara untuk
memastikan mereka terus berkuasa termasuklah mewujudkan blok-blok negara
tertentu seperti Blok Komunis dan Blok Amerika Syarikat. Bagi mengukuhkan lagi
penguasaannya, kuasa Barat telah pun mewujudkan Pertubuhan Bangsa-Banga
Bersatu kononnya menjaga keamanan dan kepentingan bersama ahli namun
pertubuhan ini hanyalah untuk kepentingan pihak Barat sahaja.
Tidak cukup dengan kewujudan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, pihak
Barat telah mewujudkan kuasa veto atau kuasa mutlak dimana hanya dinikmati
oleh kuasa-kuasa besar seperti Perancis, United kingdom dan Jepun. Kuasa veto
ini mempunyai kuasa yang tinggi sehinggakan berkuasa untuk tidak
mengesahkan apa jua bentuk perbincangan atau persetujuan antara negara lain
tanpa berbincang dengan negara lain. Kuasa veto juga memberikan mereka
bertindak bersendirian untuk menyerang negara lain seperti peperangan Amerika
syarikat dengan Iraq dan Afghanistan.
Mana-mana negara yang bersekutu dengannya akan diberikan pelbagai
kemudahan dan nikmat namun untuk negara yang membangkang barat
khususnya Amerika Syarikat akan mengalami pelbagai bentuk sekatan yang
dikenakan seperti mana yang berlaku pada Iran apabila meneruskan program
nuklearnya. Keadaan ini jelas menujukkan hegemoni barat berat sebelah.
4. Kesan Hegemoni Barat dari Sudut Sosial
Dari sudut sosial pula,pelbagai bentuk hiburan seperti muzik,nyanyian,
filem dan lain-lain telah pun disebarkan ke seluruh dunia sehinggakan hiburan
mereka ditiru tidak kira baik atau buruk teruatamnay golongan muda. Pelakon-
pelakon dan artis mereka mempunyai jutaan peminat di seluruh dunia termasuk
di negara-negara membangun seperti Malaysia.
Oleh sebab mereka juga, wujudnya pelbagai irama muzik antaranya
rock,blues,heavy dan pop.Selain itu juga, budaya makanan disana juga turut
berkembang dan yang paling menerima kesan adalah makanan segera iaitu
Kentucky Fried Chicken (KFC), McDonald(McD), Coca Cola dan Pepsi. Selain itu,
pemakaian berjenama seperti Lewis’s Lee dan Adidas pun mengikuti fesyen
disana dimana pakaian mereka lebih menjolok mata dan bebas mengikut
kehendak sendiri. Keadaan ini jauh daripada pegangan orang Timur dimana lebih
mengutamakan kesopanan. Anak-anak muda Timur khususnya Malaysia berasa
bangga jika memakai pakaian berjenama Barat dan mempunyai kelas tersendiri.
5. Kesan Hegemoni Barat dari Sudut Hak Asasi Manusia
Konvensyen Geneva telah menggariskan hak-hak yang perlu
menggariskan hak-hak yang perlu dinikmati oleh semua manusia tanpa dinikmati
oleh semua manusia tanpa mengira bangsa mahupun agama, merdeka mahupun
tawanan. Deklarasi ini diterima oleh seluruh masyarakat seluruh dunia yang
inginkan keadilan dan dunia yang inginkan keadilan dan kesejahteraan.Adakah
piagam ini dipatuhi oleh kuasa-kuasa Barat?
KESIMPULAN.
Hegemoni barat dan globalisasi dilihat membawa banyak keburukan
kepada kita semua terutamanya di timur. Ia sudah lama mempengaruhi kita
sedikit demi sedikit sehinggalah sekarang.
Pelbagai punca dan sebab berlakunya perkara tersebut seperti fenomena
kebangkitan semula perasaan ingin menguasai semula pengaruh Barat kepada
masyarakat dunia, kuasa Barat yang mempunyai semangat dan dasar tertentu,
Barat ingin menguasai mata wang dan ekonomi dunia , mempunyai ideologi
untuk merosakkan masyarakat dunia, keadaan ekonomi yang lemah dan
sebagainya.
Kini, budaya barat telah meresap dalam jiwa remaja. Contohnya,
budaya hip-hop yang terhimpun di dalamnya beberapa budaya lain
sepertirappers, grafity, dan lain-lain. Budaya ini merupakan simbol keruntuhan
majoriti masyarakat Barat, khususnya dalam pergaulan bebas dan hiburan yang
melampau. Ia juga merupakan simbol budaya bagi kebanyakkan disko-disko dan
kelab-kelab malam di dunia Barat, khususnya untuk para remaja.
Justeru, budaya barat membawa banyak keburukan seperti kemusnahan
keluarga, kehilangan maruah, jati diri tiada, kegelisahan jiwa, kecelaruan akal,
jenayah dan ketakutan. Malah ia telah memberi kesan daripada sudut media,
ekonomi, politik, sosial, dan juga hak asasi manusia. Tambahan pula, ia berjaya
menghakis budaya melayu dan islam.
Maka, jelaslah bahawa, tamadun Barat tidak mampu untuk menjadi contoh
tamadun yang sempurna, kerana ianya dibangunkan secara asasnya, di atas
dasar materialistik. Ini menyebabkan ketandusan nilai-nilai kemanusiaan dalam
tamadun Barat.
Justeru itu, kita sebagai umat Islam perlu kembali menjadikan tamadun
Islam yang dibina di atas acuan Nabawi, sebagai contoh pembangunan sesebuah
tamadun manusia yang sempurna. Ini kerana, tamadun Islam yang pernah dibina
oleh Nabi Muhammad s.a.w. di atas dasar Aqidah,Syariah dan Akhlak Islam telah
diakui kesempurnaannya, oleh para cendikiawan yang jujur dan telus dalam
mengkaji tentang ketamadunan manusia, samada di kalangan umat Islam
mahupun orang-orang bukan Islam.
Tamadun Islam yang diasaskan diatas Al-Quran dan As-Sunnah yang
diturunkan Allah kepada Rasul untuk disampaikan kepada umat manusia.
Tamadun Islam merupakan tamadun yang paling sempurna dari segenap sudut
sesebuah ketamadunan manusia, yang pernah wujud di dunia ini. Maka, hanyalah
dengan Islam, sesebuah pembangunan tamadun yang sempurna dapat dibina.
Istilah hegemoni berasal daripada istilah Yunani, hegeisthai (to lead). Konsep hegemoni
banyak digunakan oleh ahli sosiologi untuk menjelaskan fenomena terjadinya usaha untuk
mempertahankan kekuasaan oleh pihak penguasa.
Perkataan hegemoni dalam perkataan Inggeris hegemony membawa makna pengaruh atau
penguasaan. Perkataan hegemoni dalam kamus bermaksud pengaruh atau dominasi
sesebuah negara atas negara-negara lain. Pengaruh dan dominasi ini merangkumi pelbagai
sudut seperti politik, ekonomi, sosial, budaya, ketenteraan, pendidikan, perundangan dan
sebagainya (Azhar Muhammad & Abdullah Sulong, 2005 : 99).
Hegemoni boleh didefinisikan sebagai "hegemony is the dominance of one group over other
groups, with or without the threat of force, to the extent that, for instance, the dominant
party can dictate the terms of trade to its advantage; more broadly, cultural perspectives
become skewed to favor the dominant group. Hegemony controls the ways that ideas
become 'naturalized' in a process that informs notions of common sense."
(http://en.wikipedia.org/wiki/hegemony)
Secara jelas hegemoni sebenarnya bermaksud dominasi oleh satu kelompok terhadap
kelompok lainnya, dengan atau tanpa ancaman kekerasan, sehingga idea-idea yang
diketengahkan oleh kelompok dominan terhadap kelompok yang didominasi diterima
sebagai sesuatu yang wajar (common sense). Dalam hegemoni, kelompok yang
mendominasi berhasil mempengaruhi kelompok yang didominasi untuk menerima nilainilai
moral, politik dan budaya dari kelompok dominan (kelompok yang berkuasa). Hegemoni
juga boleh diterima sebagai sesuatu yang wajar, sehingga ideologi kelompok dominan dapat
disebarkan dan dipraktikkan. Nilai-nilai dan ideologi hegemoni ini diperjuangkan dan
dipertahankan oleh pihak dominan sehingga pihak yang didominasi taat terhadap
kepimpinan kelompok penguasa. Simon (1982) memberikan pengertian hegemoni dengan
melihatnya sebagai strategi mempertahankan kekuasaan "... the practices of a capitalist
class or its representatives to gain state power and maintain it later. "
GERAKAN HEGEMONI BARAT
Perluasan pengaruh atau hegemoni telah digunakan oleh Barat sebagai dasar untuk
mewujudkan negara sekutu atau hubungan satelit dalam meluaskan jaringan pengaruhnya.
Fenomena ini dianggap sebagai satu bentuk penjajahan baru berasaskan kepada
kesempurnaan pembentukan proses demokrasi dan mewujudkan kebebasan. Barat yang
diketuai oleh Amerika Syarikat dan sekutunya telah menjalankan pelbagai agenda hegemoni
untuk mendominasi dunia khususny'a negara bukan Barat dengan polisi-polisi yang mereka
pegang (Azhar Muhammad & Abdullah Sulong, 2005 : 99) :
(a) Usaha Barat mengekalkan keunggulan militari melalui dasar dan perjanjian senjata
nuklear, biologikal dan kimia yang ternyata berat sebelah.
(b) Usaha mempromosikan hak asasi manusia dan demokrasi ala-Barat
(c) Menjaga integriti negara bangsa Barat dengan menyekat kebanjiran imigran ke Barat.
Hegemoni Barat ini mudah tersebar luas di kalangan masyarakat luar Barat kerana mereka
menguasai teknologi komunikasi. Pendominasian dalam komunikasi ini termasuk bahasa
komunikasi luas dunia di mana bahasa Inggeris iaitu bahasa utama peradaban Barat telah
berjaya dinobatkan sebagai bahasa komunikasi dunia. Segala urusan pengantarabangsaan
dalam semua aspek politik, ekonomi dan so sial menggunakan bahasa Inggeris sebagai
utama. Barat juga mampu mendominasi dunia dengan polisi-polisi mereka kerana mereka
jugalah yang menguasai ekonomi dunia. Sistem perbankan antarabangsa dunia seperti
Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan World Bank adalah di bawah penguasaan mereka.
Barat khususnya Amerika Syarikat mengawal mata wang di mana US Dollar dijadikan
pengukur nilai mata wang dunia.
Satu lagi cara yang dilakukan oleh Barat dalam mengukuhkan hegemoninya ke atas dunia
ialah dengan memomokkan idea Islam ganas, ekstrim, fanatik, tiada toleransi dan Islamlah
yang bertanggungjawab atas segala keganasan dunia hari ini. Perang terhadap pengganas
adalah 'modal baru' Barat bagi menindas negara-negara Islam pada hari ini. Penjajahan
bentuk baru ini telah bermula selepas bermulanya perang ekonomi, intelektual, diplomatik,
budaya dan ideologi. Penjajahan atau dikenali sebagai neo-kolonialisme ini sedang menuju
kemuncaknya apabila Amerika telah menggerakkan kuasa ketenteraannya dengan begitu
meluas. Ini jelas terbukti selepas berlakunya serangan 11 September 2001 yang
meruntuhkan World Trade Centre di Amerika Syarikat apabila Barat terus menuduh
kumpulan Islam al-Qaeda di bawah pimpinan Osama ben Laden sebagai kumpulan yang
bertanggungjawab merancang serangan tersebut. Kesannya, Amerika telah menggerakkan
kuasa ketenteraannya di bumi Asia Barat dengan alasan ingin menghapuskan kumpulan
pengganas ini.
Terrorism atau keganasan telah menjadi perhatian seluruh dunia selepas peristiwa serangan
dahsyat ke atas Amerika Syarikat iaitu di Washington dan di New York pada 11 September
2001 di mana tuduhan demi tuduhan tanpa bukti kukuh berterusan dilemparkan kepada
umat Islam yang dikatakan menjadi dalangnya. Semenjak itu, umat Islam terus dihujani
dengan pelbagai tohmahan dan tuduhan yang mencemar agama Islam dan pelbagai
propaganda yang melampaui batasan.
Hakikatnya, apa yang diwar-warkan oleh Amerika menerusi penguasaan medianya terhadap
dunia mula dipertikai. Peristiwa ini bagaikan satu usaha untuk melenyapkan Islam kerana
kebanyakan mangsa adalah umat agama tersebut yang turut dimomokkan sebagai
pengganas. Tragedi 11 September 2001 mula dikatakan sebagai satu pembohongan besar
yang sengaja diadakan bagi menghalalkan tindakan Bush untuk terus menyakiti umat Islam.
Bush tidak rasa bersalah kerana telah diyakinkan tindakannya itu tepat sehingga beliau
sanggup mengorbankan nyawa rakyatnya sendiri.
Hari ini, kesahihan peristiwa 11 September yang dikatakan dirancang oleh pengganas Islam
mula dipersoal bukan hanya oleh penduduk dunia Islam tetapi rakyatnya sendiri. Punca
keruntuhan bangunan World Trade Centre pula disiasat dan ternyata keruntuhan itu bukan
disebabkan oleh pelanggaran kapal terbang 'pengganas' sebaliknya disebabkan oleh bahan
letupan yang dipercayai diletakkan di kedua-dua menara World Trade Center ketika
bangunan itu meletup menyebabkan tiang-tiang konkrit, komputer, kerusi dan meja
bertebaran ke udara akibat letupan tersebut (Dtusan Malaysia, 23 Jun 2006: 20).
Tragedi 11 September 2001 itu dijadikan alasan kuat oleh Amerika untuk mengebom
Afghanistan dalam usaha mereka memburu Osama ben Laden dan kumpulan al-Qaeda yang
dituduh mendalangi tragedi tersebut. Laporan media yang berat sebelah dan tanpa siasatan
telah menuduh Osama bin Laden secara tidak langsung umpama menghalalkan segala
tindakan Amerika. Inilah bukti sikap prejudis Barat di mana sikap dan media mereka dalam
melaporkan berita yang berkaitan dengan keganasan amat dikesalkan. Sesuatu yang tidak
adil apabila mereka cuba membela dan menyembunyikan keganasan golongan militan,
komunis dan penceroboh seperti kezaliman regim Yahudi di Israel tetapi sebaliknya sering
memperbesar-besarkan isu berkaitan umat Islam (Khairul Azhar Idris, 2002: 5).
Walaupun terdapat unsur yang sarna malahan lebih ekstrim lagi di kalangan penganut
agama-agama lain seperti Yahudi, Hindu dan Kristian, tetapi mereka ini terlepas dari
dikategorikan sebagai pengganas mengikut kacamata Amerika. Contoh yang begitu ketara,
korban keganasan puak Kristian Orthodok Serb, walaupun sudah terbukti dan bilangan
mangsa yang jauh lebih ramai tetapi tindak balas Amerika tidak secepat dan sedahsyat
yang dilakukan terhadap puak Islam Taliban. Barat umpama memberi ruang yang cukup
kepada puak Serb untuk membelasah umat Islam Bosnia agar tidak tertegak sebuah negara
Islam di tengah benua Eropah (Pahrol Mohamad Juoi, 1998 : 2).
Walaupun negara-negara Islam khususnya Malaysia telah berkali-kali mengingatkan dunia
untuk terlebih dahulu memberi tafsiran yang betul tentang siapakah pengganas dan
mencari sebab kenapa berlakunya keganasan, namun suara itu tidak diendahkan. Bukan
Barat tidak tahu tetapi tidak mahu menganalisa perkara ini secara adil. Dan untuk kesekian
kalinya, Islam seolah-olah diletakkan di kandang pesalah, didakwa dan disabitkan dalam
mahkamah yang diadili oleh Barat dan kuncu-kuncunya. Barat sebenamya bukan mencari
keadilan tetapi sekadar mencari alasan untuk mengukuhkan lagi kuasanya ke atas negara-
negara Islam. Inilah antara dasar yang digunakan oleh Barat dalam meluaskan pengaruhnya
ke dunia-dunia bukan Barat.
PERLUASAN HEGEMONI MELALUI DASAR LUAR AMERIKA DI ASIA
Amerika Syarikat tidak pernah bebas daripada kecurigaan yang menjadi titik hitam dalam
diri mereka khususnya terhadap negara-negara di Asia. Ini kerana dalam sejarah dunia,
tidak ada mana-mana negara di benua lain yang sehebat negara-negara di Asia yang
menentang dasar penjajahan dan kolonialisme Barat. Dan dalam masa yang sarna Amerika
Syarikat begitu gigih menentang imperialisme dan percubaan kuasa-kuasa lain dalam
meletakkan pengaruh politik mereka di kawasan Asia. Amerika Syarikat mampu
memperoleh jajahan secara paksa sebagaimana yang pernah dibuktikan dengan merampas
Filipina daripada Sepanyol.
Selepas berakhirnya Perang Dingin, ruang lingkup dalam mentadbir dasar luar Amerika
Syarikat semakin meluas. Para pengkaji hubungan antarabangsa mendapati peraturan yang
menentukan rentak tari hubungan Amerika Syarikat dengan negaranegara lain telah
mengalami perubahan pesat. Hubungan antarabangsanya bukan lagi sekadar mencakupi
perhubungan serantau malah merentasi sempadan. Jangkauannya menjadi global atas
dasar globalisasi dunia tanpa sempadan yang diamalkannya. Sarna ada disukai atau tidak,
kedaulatan sesebuah negara semakin mudah dicabuli (Shahrom TM Sulaiman, 2002: 19).
Hegemoni iaitu perluasan pengaruh ke atas negara lain telah digunakan oleh Amerika
Syarikat sebagai dasar untuk mewujudkan negara sekutu atau hubungan sateliti dalam
meluaskan jaringan pengaruhnya. Walaupun globalisasi memendekkan tindakan
ketenteraan, ia telah membawa Amerika Syarikat ke mercu dengan elemen globalisasi yang
menghakis kecekapan dan kadaulatan sesebuah negara. Amerika juga pernah menyatakan
kebimbangannya dengan kebangkitan China dari aspek ekonomi dan ketenteraan. China
dengan pasaran domestiknya sentiasa menimbulkan kecemburuan Amerika Syarikat untuk
menebus pasarannya.
Dalam melaksanakan dasar luarnya, Amerika Syarikat sering menggunakan prinsip hak
asasi manusia sebagai pendekatannya dan sering menghukum negaranegara lain dengan
membatalkan bantuan yang diberikannya dalam usaha mempengaruhi negara-negara
berkenaan supaya lebih berperikemanusiaan terhadap rakyatnya sendiri. Pemberian
bantuan ekonomi kepada negara-negara bermasalah seperti Indonesia, Mexico dan Korea
melalui Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) sebenarnya percubaan Amerika Syarikat dalam
meluaskan hegemoninya melalui liberalisasi pasaran (Shahrom TM Sulaiman, 2002: 22).
Amerika Syarikat sebagai satu kuasa besar atau sebagai ketua polis dunia dan
antarabangsa akan terus melanjutkan tradisi dasar luarnya yang menguntungkannya, sarna
ada dari segi ekonomi, politik, keselamatan dan apa sahaja yang boleh menjamin
kelangsungan hegemoninya. Cita-cita sejagat seperti hak asasi manusia, demokrasi dan
keadilan yang sering dilaungkan hanyalah sebagai retorika kosong yang merendahkan lagi
nilai kemanusiaan (K.S Nathan, 1987 : 45).
Malaysia juga tidak terkecuali daripada menerima pengaruh daripada Barat. Bermula
dengan penjajahan Inggeris ke atas Tanah Melayu yang secara langsung telah dapat
menyerapkan nilai-nilai kebaratan dalam sistem politik, ekonomi dan sosial masyarakat
Melayu. Dasar-dasar Barat yang diperkenalkan Inggeris telah mula tersebar dalam kotak
fikiran masyarakat Melayu. Walaupun Inggeris telah lama meninggalkan Tanah Melayu dan
Tanah Melayu telah lama merdeka, namun dasardasar Inggeris masih digunapakai dan
pemikiran masyarakat Melayu masih ke arah Barat hingga ke hari ini. Memang tidak terlihat
secara jelas hegemoni Barat ke atas Malaysia dibandingkan hegemoni Barat kepada dunia
Islam lain menerusi tindakan ketenteraannya namun hegemoni secara halus yang
disebarkan oleh Barat semenjak zaman kolonialisme masih terus kita rasai.
KESIMPULAN
Kebangkitan tamadun Barat selepas kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol telah membuka era
baru kepada dasar penguasaan Barat terhadap negara lain terutamanya negara Islam.
Kebangkitan yang diiringi dengan pelbagai kemajuan ketenteraan, ekonomi dan kewangan
telah menjadikan Barat sebuah kuasa yang menggunakan kuasanya untuk kepentingan diri
sendiri. Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat menjalankan pelbagai dasar luar yang
kononnya untuk menegakkan keadilan namun semuanya ternyata hanya retorika mereka
sahaja.
Bagi mereka, sesiapa sahaja yang tidak menyokong mereka akan dikenakan pelbagai
tindakan antaranya: sekatan bekalan makanan, perubatan, ekonomi dan lainlain. Inilah yang
dialami oleh negara-negara Islam yang cuba mencari keadilan sebenar yang diperkatakan
oleh Barat. Negara-negara miskin dunia tidak ketinggalan ditindas
"melalui bantuan Tabung Mata Wang Dunia namun sebenarnya di sebalik bantuan itu,
negara tersebut terus ditindas.
Inilah senario semasa yang dialami oleh dunia lebih-Iebih lagi selepas berakhirnya Perang
Dingin di mana kuasa Amerika Syarikat semakin melampaui batasan. Lebih-Iebih lagi
apabila globalisasi yang mereka cipta dan war-warkan telah mula meresap dalam setiap inci
kehidupan manusia di dunia hari ini.
HEGEMONI BARAT DAN GLOBALISASI : REALITI DAN CABARAN
PENDAHULUAN
Abad ke-20 membawa kepada bermulanya perkembangan pesat sains dan teknologi
maklumat yang luar biasa. Kepesatan yang begitu cepat dan canggih ini berjaya
menciptakan peradaban moden yang menjanjikan pelbagai kemajuan dan kemudahan,
sekaligus memenuhi segala tuntutan arus kemodenan. Pelbagai alat sains dan teknologi
maklumat berjaya dihasilkan dan kehidupan manusia bertambah mudah dengan segala
kecanggihan ini. Namun, dalam manusia leka dengan limpahan kemewahan dan kemajuan
ini, penghujung abad ke-20 juga telah diwarnai oleh pelbagai bencana dan kemelut yang
hampir semua bidang kehidupan sosial, politik, ekonomi dan sebagainya yang juga sedikit
sebanyak berpunca dari kecanggihan teknologi maklumat serta sains teknologi ciptaan
manusia .
Abad 21 telah pun berada di hadapan kita, seiring dengan kelajuan proses globalisasi dan
dukungan kuat teknologi maklumat dan revolusi komunikasi yang
menjadikan kehidupan manusia semakin pantas dan kompleks. Namun, di sebalik kehidupan
manusia yang pantas dan serba canggih ini, kita menyaksikan kemelut kemanusiaan pada
saat kritikal dan tragis, wabak penyakit yang menular, terrorisrne global, perang saudara
yang berterusan dan pelanggaran hak asasi manusia. Sana-sini dipaparkan di dalam media
cetak dan elektronik kehidupan manusia semakin tragis dengan semakin hebatnya arus
kemodenan dunia .
Apabila diimbas kembali akan kehebatan Islam dalam menguasai dunia semenjak zaman
Nabi Muhammad SAW hinggalah kepada kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol, kita melihat
bahawa dunia hidup dalam era yang aman kerana tiadanya dasar penguasaan globalisasi
Barat. Namun, kebangkitan tamadun Barat mula menampakkan taringnya selepas kejatuhan
kerajaan Islam Sepanyol sekaligus telah membuka era baru kepada dasar penguasaan Barat
terhadap negara lain terutamanya negara Islam melalui dasar globalisasi ala-Barat yang
diwar-warkan ke seluruh dunia. Inilah yang membawa kepada permulaannya dominasi barat
atau disebut sebagai hegemoni Barat.Fenomena yang disebut sebagai hegemoni Barat ini
ialah apabila Barat menggunakan kuasanya sebagai kuasa terbesar dunia untuk menguasai
politik, ekonomi, budaya, pemikiran, teknologi dan lain-lain. Dan yang paling dahsyat
apabila Barat menggunakan kuasa tenteranya untuk menguasai negara yang tidak sehaluan
dengannya. Sebagai kesannya, tindakan membalas dendam secara keras juga tidak dapat
dibendung lagi dan di sinilah timbul isu keganasan dan terrorism yang selalunya ditujukan
kepada pejuang Islam.
BAB 1 : PENGENALAN HEGEMONI BARAT
1.2 DEFINISI HEGEMONI
Istilah hegemoni berasal daripada istilah yunani,hegeisthai (to lead). Konsep hegemoni
banyak digunakan oleh ahli sosiologi untuk menjelaskan fenomena terjadinya usaha untuk
mempertahankan kekuasaan oleh pihak pengusasa.
Perkataan hegemoni dalam perkataan Inggeris hegemony membawa maksud pengaruh atau
pengusaan. Perkataan hegemoni dalam kamus bermaksud pengaruh atau dominasi ini
merangkumi pelbagai sudut seperti politik,ekonomi, sosial,budaya,ketenteraan, pendidikan,
pendidikan,perundangan dan sebagainya.
Secara jelas hegemoni sebenarnya bermaksud dominasi oleh satu kelompok terhadap
kelompok lainnya, dengan atau tanpa ancaman kekerasan, sehingga idea-idea yang
diketengahkan oleh kelompok dominan terhadap kelompok yang didominasi diterima
sebagai sesuatu yang wajar (common sense). Dalam hegemoni, kelompok yang
mendominasi berhasil mempengaruhi kelompok yang didomnasi untuk menerima nilai-nilai
moral, politik dan budaya dari kelompok dominan (kelompok yang berkuasa).
Hegemoni juga boleh diterima sebagai sesuatu yang wajar, sehingga ideologi kelompok
dominan dapat disebarkan dan dipraktikkan. Nilai-nilai dan ideologi hegemoni ini
diperjuangkan dan dipertahankan oleh pihak dominan sehingga pihak yang didominasi taat
terhadap kepimpinan kelompok penguasa
1.2 SEJARAH RINGKAS TAMADUN BARAT
Tamadun eropah atau dikenali sebagai tamadun Barat telah dibahagikan oleh sejarawan
kepada tiga zaman utama ,iaitu Zaman Purba yang merujuk kepada tamadun Yunani dan
Romawi ,Zaman Pertengahan yang bermula pada sekitar 400M hingga 1600M dan Zaman
Moden selepas tahun 1600M ,yang kemudiannya menyaksikan kebangkitan Revolusi Sains
di barat .Manakala di Zaman Pertengahan telah di bahagikan kepada tiga peringkat iaitu
Zaman Pertengahan Awal yang disebut juga sebagai Zaman Gelap eropah dan Zaman
Pertengahan Tengah atau disebut juga Zaman Kemajuan Eropah dan Zaman
Renaissance .Terdapat juga ahli sejarah mengatakan Zaman Gelap diakhiri pada 800M.
Selepas Zaman Gelap muncul pula Zaman Pertengahan Tengah yang disebut juga sebagai
Zaman Kemajuan, kerana pada waktu itu Eropah telah mula mengalami pembangunan
intelektual yang pesat hasil kemasukan pengaruh ilmu-ilmu dari tamadun Islam di Timur.
Zaman pembangunan intelektual ini telah menjadi tapak asas kepada tercetusnya Zaman
Renaissance pada sekitar 1450M. Zaman Renaissance ini benar-benar telah mengubah
corak penghidupan masyarakat Eropah kepada kemajuan intelek yang begitu tinggi, secara
agak drastik hinggalah ke hari ini.
1.3 ZAMAN KEBANGKITAN TAMADUN BARAT
1.3.1 PENGENALAN ZAMAN RENAISSANCE
Latar belakang Eropah zaman gelap iaitu zaman tertutup dari sudut ekonomi ,politik dan
sosial serta pemikiran yang dikuasai oleh pihak gereja .Rakyat pula pada ketika itu terpaksa
bergantung kepada golongan bangsawan .
Latar belakang Eropah selepas zaman gelap iaitu zaman belaku perubahan sikap dan
membuka minda serta membawa fahamn baru .
1.3.2 PENGERTIAN RENAISSANCE
Renaissance berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud pemulihan atau menghidupkan
semula aspek kebudayaan dengan memberi penekanan terhadap pemulihan budaya
meliputi aspek ilmu pengetahuan seperti sains , sastera dan seni klasik yang pernah
menjulang Eropah sebagai pusat peradaban dunia pada ketika itu.
Zaman Renaissance berlangsung selama dua abad dari pertengahan abad ke 14 sehingga
pertengahan abad ke 16. Ianya bermula di Itali kemudian telah merebak ke seluruh Eropah
melalui perkembangan intelektual dan pemikiran manusia.
1.3.3 PROSES PENYALURAN ILMU DARI TAMADUN ISLAM KE TAMADUN BARAT DI ZAMAN
PERTENGAHAN
Sebelum bermulanya proses kemasukan ilmu dari tamadun Islam ke tamadun Barat di
Eropah, masyarakat barat masih berada di zaman kegelapan, mundur dalam dalam segala
aspek kehidupan dan berada pada tahap paling rendah martabat inteleknya. Pada zaman
itu, di Eropah terdapat “hanya cebisan-cebisan daripada pemikiran Romawi,,dilonggokan
semuanya dalam susunan tulisan-tulisan Martinus Capella, Bede, Isodoe dan juga teknik
tertentu, yang terselamat daripada pupus kerana luas edarannya”. Pengajian pada masa itu
hanya berkisar di ilmu gereja;gospel yang termaktub dalam Bible, wajib diterima bulat-bulat
tanpa sebarang persoalan dan pertikaian. Manakala tokoh intelek pada zaman tersebut
tidak kreatif dan tidak menyumbang idea asli. Mereka ini kebanyakannya menjadi penyusun
idea-idea yang telah sedia ada daripada tamadun Yunani. Mereka ini kebanyakkannya terdiri
daripada kalangan kelompak gereja dan penganut pagan yang belum menerima ajaran
Kristian. Antara tokoh-tokoh yang terkenal seperti St. Augustin (351-430), seorang pendeta
Kristian yang agak terbuka dan terkenal dengan sumbangannya dalam ilmu kemanusiaan
secara am dan Boethius (480-524), seorang tokoh intelek pagan yang masyhur.
BAB 2 : PENGENALAN GLOBALISASI
2.1 Definisi globalisasi
Globalisasi yang dipelopori oleh Barat sebenarnya membawa kepada pelbagai definisi dan
penafsiran dari berbagai sudut pandangan. Definisi umum yang dipegang oleh sebahagian
daripada kita menafsirkannya sebagai proses pengecilan dunia atau menjadikan dunia
sebuah perkampungan yang kecil. Sebahagian kita yang lain menafsirkannya sebagai usaha
menyatukan masyarakat dunia dari segi gaya hidup dan budaya.
Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia dibawah satu unit yang sama
tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara Melalui proses ini,
dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah
negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi
pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet,media elektronik,dan teknologi
siber. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan diantara sesebuah negara dengan
negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang
singkat.
Menurut Kamus Dewan globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia
mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi
maklumat. Manakala cediakawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses
kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik,
sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia didunia ini. Ini bermakna
segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan.
Dalam era globalisasi ini, dunia semakin dikecilkan ruangnya daripada yang asal. Jika dulu
dunia ini seluas saujana mata memandang dan dipagari dengan sempadan-sempadan
namun kini ia tidak berlaku lagi. Malah pada hari ini kita telah dapat merasakan apakah dia
itu globalisasi. Ledakan teknologi maklumat yang pesat merupakan medium utama kepada
agenda globalisasi ini.
Dunia bukan sahaja tidak bersempadan geografi tetapi pengaruh globalissasi menjangkau
sempadan ekonomi,teknologi ,bahasa, budaya, ideologi, politik dan dari segenap aspek
kehidupan sesebuah masyarakat.
Kerajaan Malaysia memberi keutamaan kepada globalisasi ekonomi. Disamping itu, ia
memberi perhatian besar kepada globalisasi maklumat dan ilmu dan globalisasi saintifik
serta teknologi Kesungguhan Kerajaan dalam menangani tiga jenis globalisasi ini jelas
kelihatan pada berbagai-bagai bentuk wacana di peringkat nasional dan peringkat
antarabangsa seperti dialog, seminar, persidangan dan forum dan juga pada penubuhan
berbagai-bagai jenis institusi dan projek. Koridor Raya Multimedia (MSC) adalah simbol
harapan serta kemegahan Malaysia dalam menyahut panggilan globalisasi.
Globalisasi juga merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara berfikir dan gaya
bertindak dari satu daerah dunia kepada daerah dunia yang lain. Globalisasi yang diberi erti
luas ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan. Hakikatnya globalisasi itu
sudah wujud sebelum istilah globalisasi diperkenalkan lagi. Fenomena globalisasi boleh
dikiaskan sebagai gelombang yang melanda dunia.
2.2 Sejarah globalisasi
Banyak sejarawan yang menyebut globalisasi sebagai fenomena di abad ke-20 ini yang
dihubungkan dengan bangkitnya ekonomi internasional. Padahal interaksi dan globalisasi
dalam hubungan antarbangsa di dunia telah ada sejak berabad-abad yang lalu. Bila
ditelusuri, benih-benih globalisasi telah tumbuh ketika manusia mulai mengenal
perdagangan antarnegeri sekitar tahun 1000 dan 1500 M. Saat itu, para pedagang dari
Tiongkok dan India mulai menelusuri negeri lain baik melalui jalan darat (seperti misalnya
jalur sutera) maupun jalan laut untuk berdagang
Fasa selanjutnya ditandai dengan dominasi perdagangan orang islam di Asia dan Afrika.
Orang islam membentuk jaringan perdagangan yang antara lain meliputi Jepang, Tiongkok,
Vietnam, Indonesia, India, Persia, pantai Afrika Timur, Laut Tengah, Venesia, dan Genoa. Di
samping membentuk jaringan dagang, kaum pedagang islam juga menyebarkan nilai-nilai
agamanya, nama-nama, abjad, arsitek, nilai sosial dan budaya Arab ke warga dunia.
Fasa selanjutnya ditandai dengan eksplorasi dunia secara besar-besaran oleh bangsa
Eropah. Sepanyol, Portugis, Inggeris, dan Belanda adalah pelopor-pelopor eksplorasi ini. Hal
ini didukung pula dengan terjadinya revolusi industri yang meningkatkan keterkaitan
antarbangsa dunia. berbagai teknologi mulai ditemukan dan menjadi dasar perkembangan
teknologi saat ini, seperti komputer dan internet. Pada saat itu, berkembang pula
kolonialisasi di dunia yang membawa pengaruh besar terhadap kebudayaan di dunia.
Semakin berkembangnya industri dan kebutuhan akan bahan baku serta pasar juga
memunculkan berbagai perusahaan multinasional di dunia. Di Indonesia misalnya, sejak
politik pintu terbuka, perusahaan-perusahaan Eropah membuka berbagai cabangnya di
Indonesia. Freeport dan Exxon dari Amerika Syarikat, Unilever dari Belanda, British
Petroleum dari Inggeris adalah beberapa contohnya. Perusahaan multinasional seperti ini
tetap menjadi ikon globalisasi hingga saat ini.
Fasa selanjutnya terus berjalan dan mendapat momentumnya ketika perang dingin berakhir
dan komunisme di dunia runtuh. Runtuhnya komunisme seakan memberi pembenaran
bahawa kapitalisme adalah jalan terbaik dalam mewujudkan kesejahteraan dunia.
Implikasinya, negara-negara di dunia mulai menyediakan diri sebagai pasar yang bebas. Hal
ini didukung pula dengan perkembangan teknologi komunikasi dan transportasi. Hasilnya,
sekatan-sekatan antara negara pun mulai kabur.
BAB 3- REALITI HEGEMONI BARAT DAN GLOBALISASI KINI
3.1 Media
Globalisasi yang diperkenalkan oleh Barat menjadikan media komunikasi sebagai alat utama
yang mampu menyebarluaskan segala maklumat. Oleh kerana Barat menguasai media
komunikasi dunia, segala berita dan maklumat yang disiarkan di seluruh dunia adalah lebih
berpihak kepada mereka dan menindas mana-mana negara yang tidak bersekongkol
dengan mereka khususnya negara-negara Islam.
Yang jelas, media massa kapitalis di Barat dan sosialis di Timur telah mempengaruhi
sepenuhnya media-massa media-massa yang ada di dalam masyarakat Islam dan Arab.
Merekalah yang menerbitkan program-program di negara Islam sama ada yang dapat
ditonton, didengar dan mencetaknya untuk dibaca. Program-program yang menyebarkan
kejahatan, memberi galakan untuk melakukan jenayah, menimbulkan keraguan terhadap
akidah dan menghancurkan akhlak dan nilai-nilai yang murni.
Kerana media di bawah kawalan mereka, segala berita dan maklumat tentunya menyebelahi
mereka dan sebaliknya menindas musuh-musuh mereka. Misalnya, agensi berita
antarabangsa terutamanya dari Amerika Syarikat menentukan dengan meluasnya
bagaimana maklumat tentang peristiwa antarabangsa diolah dan dipersembahkan kepada
masyarakat dunia. Manakala Hollywood pula merupakan pengeksport komoditi hiburan
terbesar dunia. Amerika Syarikat memperoleh pendapatan melalui perkembangan ini
sebanyak 20 bilion ( US dolar ) dan 70% adalah langganan luar Amerika Syarikat iaitu dari
negara-negara dunia ketiga.
3.2 Ekonomi
Globalisasi ekonomi ialah satu kod undang-undang ekonomi seragam yang diamalkan dan
digunapakai oleh seluruh masyarakat dunia. Ia membawa kepada penghapusan halangan
ekonomi antara sebuah negara dengan negara lain pada kadar yang amat pantas
terutamanya dalam tiga aspek utama ekonomi iaitu perdagangan, kewangan dan pelaburan.
Globalisasi berlaku dalam ketiga-tiga aspek ini apabila dasar-dasar kerajaan yang mengawal
ekonomi asing daripada mempengaruhi ekonomi tempatan semakin longgar dan ekonomi
tempatan terpaksa mengikut rentak ekonomi asing yang akhirnya meminggirkan ekonomi
tempatan. Ia berlaku dengan mudah akibat perubahan teknologi di mana wang boleh
dipindahkan, mata wang diniagakan dan saham boleh dibeli dengan mudah.
Dalam globalisasi ekonomi, kadar mata wang yang tidak tetap dan pasaran modal terbuka,
spekulasi mula muncul dan membawa kepada manipulasi mata wang dan saham. Ia
kemudiannya membawa kepada peranan tiga buah institusi yang benar-benar menyebarkan
globalisasi dan menguasai ekonomi dunia iaitu Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank
Dunia dan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO).
3.3 Politik
Globalisasi politik juga telah tersebar luas ke seluruh dunia dengan kehebatan penawaran
ilmu dan teknologi komunikasi yang mampu menyebarluaskan segala maklumat. Hari ini,
politik antarabangsa didominasi sepenuhnya oleh beberapa buah negara kuasa besar (super
power) yang secara tidak langsung menggambarkan dominasi dunia Barat. Kita lihat sahaja
contohnya di Iraq pada hari ini. Amerika Syarikat yang mendominasi Majlis Keselamatan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan kuasa vetonya bersama-sama dengan
negara Rusia, United Kingdom telah campur tangan dalam politik dalaman Iraq.
Boleh dikatakan dalam hampir semua persengketaan wilayah dan antarabangsa sarna ada
di Somalia, Bosnia-Herzegovina, Palestin, Kashmir, Iraq dan lain-lain, Amerika Syarikat telah
terlibat secara langsung dengan menggambarkan diri mereka sebagai 'polis dunia'.
Kedudukan Amerika Syarikat sebagai sebuah kuasa besar dunia yang tidak boleh ditandingi
adalah disebabkan kekuatan ketenteraan dan militarinya. Setelah berakhirnya Perang
Dingin dan dengan kejatuhan Soviet Union, Arnerika Syarikat telah muncul satu-satunya
kuasa besar dunia yang tidak boleh ditandingi.
3.4 Sosial
Pada hari ini, dunia Barat terutama Amerika Syarikat telah membanjiri dunia dengan
pengeksportan budayanya. Berlaku pertukaran dan pernyataan simbol yang mencerminkan
kehidupan manusia dari segi gaya hidup, kepercayaan, citarasa, dan lain-lain dari Barat ke
dunia luar. Antara cabaran globalisasi yang perlu diperbahaskan adalah cabaran ke atas
aspek sosial budaya. Ia adalah satu persoalan yang sangat kritikal kerana sesudah
terlerainya benteng sosio-budaya sesuatu kelompok masyarakat dapat disempurnakan
maka segala usaha bagi mengatasi masalah lain adalah lebih mudah.
Golongan muda sebahagian besarnya sudah terheret di dalam proses globalisasi sosio-
budaya. Golongan belia akan menjadi dan terus menjadi sasaran utama globalisasi yang
didalangi oleh syarikat-syarikat multinasional dan transnasional. Dalam keghairahan untuk
mengejar gaya hidup ala Barat, anak-anak muda ini secara umumnya kini sudah tidak
merasa bersalah dengan gaya peniruan secara bulat budaya hidup barat.
Pengamatan yang jelas dapat membuktikan fenomena ini adalah menerusi kesan-kesan
globalisasi budaya di bawah :
(1) Budaya Makan : Pelbagai jenis makanan Barat telah dapat dinikmati dan semakin
popular di seluruh dunia. Spaghetti, pasta, minuman bergas seperti Coca Cola, Pepsi tidak
hanya boleh didapati di Barat malahan di seluruh dunia.
(2) Budaya Fesyen : Anak-anak muda semakin ghairah mengikuti segala perubahan fesyen
yang berlaku di Barat. Jenama-jenama alat solek seperti
Maybeline, Christian Dior dan jenama pakaian seperti Versace, Bonia, Padini, Levi’s menjadi
pilihan generasi muda walaupun mahal harganya.
(4) Budaya Hidup : Majlis-majlis sosial yang menonjolkan acara-acara ala barat serta dunia
lakonan dan pembikinan filem cara barat. Masyarakat dunia hari ini juga lebih terdedah
kepada budaya yang menggunakan produk rokok yang menajakan budaya hidup barat.
(5) Budaya Muzik dan Hiburan : Muzik jazz, rock, disco dan yang terkini muzik 'black metal'
telah mula menguasai dunia. Tempat hiburan Disneyland juga diadakan di luar Amerika.
3.5 Agama
Barat, telah melaungkan slogan sekular yang telah membataskan agama dan menafikan
sebarang peranan yang boleh dilakukan oleh agama dalam usaha memperbaiki, merubah,
membawa kemajuan atau tamadun. Konsep-konsep akidah dan pemikiran telah berubah di
kalangan umat Islam sehingga kemulhidan telah berkembang di tengah-tengah kesesatan
dan kekufuran mereka.
Islam Liberal sudah pun difatwakan sesat dan bercanggah dengan syariat Islam. Akhir-akhir
ini pelbagai salah faham terhadap syariat Islam sengaja digembar-gemburkan oleh golongan
Islam Liberal yang kuat berpegang kepada ideologi sekular-liberal dan humanisme anjuran
Barat. Golongan Islam Liberal ini mengakui berpegang kepada ajaran Islam tetapi Islam
yang dibawa oleh mereka adalah Islam yang beracuan pemikiran semata-mata berteraskan
ideologi Barat.
Sister In Islam (SIS) dikaitkan dengan fahaman Islam Liberal seawal bulan Disember 2002
setelah SIS terlibat secara langsung dalam usaha menubuhkan badan antara agama yang
mempunyai kuasa undang-undang menyeru kepada kebebasan beragama. SIS juga
dikaitkan dengan fahaman Liberal ini apabila sekumpulan aktivis hak asasi manusia yang
diketuai oleh SIS sendiri telah melancarkan kempen Anti Kawalan Moral terhadap pihak
berkuasa agama dan kerajaan tempatan ekoran tindakan para penguatkuasa Jabatan
Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menahan lebih 100 orang pengunjung kelab
malam Zouk di Kuala Lumpur.
1.4 REALITI-REALITI YANG “MENGKRITIK” DUNIA BARAT
Bukan sahaja para sarjana Barat mahupun Islam yang mengkritik tamadun Barat, bahkan
realiti dan fakta-fakta ilmiah juga turut mengkritik peradaban Barat secara majazi. Fakta-
fakta tersebut juga mewakili keruntuhan tamadun Barat dan membuktikan secara jelas,
bahawa Barat sememangnya sudah kehilangan kemanusiaan bahkan sudah jauh dari fitrah
manusia.
Terlebih dahulu, fakta-fakta yang terlalu banyak yang dinukilkan oleh Dr. Yusuf Al-
Qaradhawi (di dalam buku beliau, Al-Islam… Hadharah Al-Ghad,) mengenai kepincangan
yang berlaku di dalam masyarakat Barat, sudah cukup untuk membuktikan betapa dunia
Barat hari ini menuju kehancuran (terutamanya dalam aspek kemanusiaan).
Beliau menyimpulkan bahawa, keburukan dan kesan buruk tamadun moden, tergambar dari
beberapa sudut iaitu: keruntuhan akhlak, kemusnahan keluarga, kegelisahan jiwa,
kecelaruan akal dan jenayah yang berleluasa.
Mari kita susuli satu persatu gambaran-gambaran yang dibentangkan oleh Prof. Dr. Yusuf Al-
Qaradhawi, mengenai keburukan yang dibawa oleh tamadun Barat.
1.Keruntuhan Akhlak
Dinyatakan dalam laporan tersebut bahawa malapetaka bom atom dan rasa takut yang
bakal menimpa dan meruntuhkan umat manusia adalah satu alasan yang menyebabkan
para remaja mengambil prinsip hidup untuk bersenang-senang merasai kelazatan
(hedonisme), suatu prinsip kelazatan yang tidak menghormati agama dan ilmu. Ia tidak
memperkirakan ikatan keluarga ataupun tanggungjawab sosial. Peraturan yang berjalan
sekarang mencari dan terus mencari kenikmatan hidup tanpa jemu.
Hal ini amat tepat. Jika disingkap, kehidupan sosial masyarakat Barat, sememangnya
hiburan-hiburan menjadi pilihan utama para remaja Barat. Artis-artis hiburan turut
didewakan sehingga menjadi idola para remaja. Bahkan, nyanyian dan lagu-lagu yang
diperkenalkan oleh artis-artis hiburan turut membahawa kepada budaya-budaya tertentu.
Dalam bidang hiburan, budaya-budaya seperti rock, hip hop, trasher, rap, malah punk, dan
sebagainya menjadi acuan remaja-remaja dan artis-artis. Mereka saling memperjuangkan
budaya-budaya dan imej mereka sehinggakan (kadang-kalanya) terjadi pertentangan dan
pergaduhan sesama kumpulan budaya-budaya yang berlainan.
Dalam bidang sosial umum pula, budaya-budaya seperti punk, hip-hop, skin head, hippies,
neo-nazi, mafia, gangster dan sebagainya tersebar meluas. Lebih menyebabkan masyarakat
Barat tertekan ialah, golongan yang berbudayakan budaya-budaya tersebut sebenarnya
berkait rapat dengan kegiatan jenayah-jenayah yang berlaku di sekitar mereka
Golongan tersebut seolah-olah menentang hak asasi manusia, walaupun mereka hidup di
negara-negara yang memperjuangkan hak asasi manusia (iaitu negara-negara Barat).
Keganasan seolah-olah menjadi rutin harian mereka.
Secara umum pula, masyarakat Barat terdedah dengan gejala seks yang bebas. Para lelaki
dan wanita saling bertukar pasangan dan budaya melahirkan anak luar nikah merupakan
suatu kebiasaan. Bagi ibubapa yang mendapat tahu anak perempuannya melahirkan anak
luar nikah, merekalah yang akan tolong menjaganya tanpa sebarang kejutan atau memberi
teguran.
2.Kemusnahan Keluarga
Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menukilkan pebagai penyelewengan yang berlaku di dalam insititusi
kekeluargaan masyarakat Barat, di dalam buku beliau. Penyelewengan-penyelewengan
tersebut adalah seperti menjual anak, tuntutan nafkah kaum lelaki daripada kaum wanita
yang lebih kaya daripada mereka (hasil persamaan hak yang dituntut oleh kaum
feminisme), ibu sewaan, menghindari kelahiran (tak mahukan anak), pengguguran anak,
menentang konsep perkahwinan, perkahwinan sejenis, keluarga tanpa bapa (untuk
pasangan lesbian), dan sebagainya.
Beliau turut mengemukakan fakta-fakta yang amat mengejutkan kita, yang bertentangan
dengan fitrah manusia dan tradisi masyarakat Timur. Dalam kajian juga, tamadun Barat
sebenarnya turut bertanggungjawab dalam melahirkan jenayah-jenayah dalam
rumahtangga.
Jelaslah bahawa, di negara-negara Barat khususnya, keluarga bukan lagi satu tempat yang
menjamin kesejahteraan, bahkan boleh jadi suatu tempat di mana keganasan bermula.
Tambahan pula, apabila bapa-bapa terlibat dengan arak dan dadah, dan mereka akan
melepaskan tindakan yang kejam dalam keadaan mabuk di dalam rumahtangga mereka.
3.Kegelisahan Jiwa
Dr. Yusuf Al-Qaradhawi seterusnya membentangkan kes-kes berkenaan jiwa masyarakat
Barat yang amat tertekan dan gelisah. Di samping membentangkan isu-isu kegelisahan
masyarakat Hollywood, belau juga turut mendedahkan bahawa, kelahiran golongan hippies
dan vagabond juga merupakan natijah permberontakan jiwa masyarakat Barat terhadap
tamadun materialistik yang dibina di Barat.
Beliau turut mendedahkan bagaimana kebanyakkan daripada artis-artis Barat yang
mengalami kegelisahan jiwa, walaupun berada dalam alam populariti. Hal ini jelas terzahir
pada kehidupan artis-artis yang terkenal seperti Garetta Garbo, Brigita Bardot (artis
Perancis), Marlyn Monroe, Kurt Cobin dan sebagainya.
4.Kecelaruan akal
S.W Peres menegaskan bahawa, satu daripada setiap dua puluh dua penduduk kota New
York harus dimasukkan ke dalam rumah sakit mental dari masa ke semasa. Prof. Alex Carel
mengatakan bahawa: “Yang menghairankan, penyakit mental lebih banyak daripada semua
pesakit lain secara keseluruhan”.
Hal ini mendedahkan kepada kita bahawa, minda masyarakat yang disaluti oleh
perkembangan ilmu pengetahuan, sebenarnya dilanda kekusutan. Bahkan, penyakit mental
menjadi penyakit utama masyarakat Barat. Bukankah mereka merupakan bangsa yang
bangga dengan pencapaian mereka dalam ilmu pengetahuan? Tetapi, dalam masa yang
sama, mereka melahirkan begitu banyak orang-orang yang sakit mental?
Bukan sahaja pesakit mental, bahkan ramai dikalangan masyarakat Barat yang terdedah
dengan gangguan mental. Kebanyakkan daripada mereka cenderung untuk melakukan
jenayah tanpa rasa bersalah.
33% daripada golongan lelaki (Barat) mengakui bahawa, jika mereka dapat lepas daripada
ditangkap oleh pihak berkuasa, mereka akan melakukan jenayah rogol.[24] Bahkan, 51%
daripada mahasiswa-mahasiswa yang menuntut di kolej-kolej mengakui bahawa, jika
mereka yakin dapat lepaskan diri, sudah tentu mereka akan lakukan jenayah rogol.[25]
Inilah corak minda yang lahir daripada mentaliti masyarakat Barat yang terdedah dengan
pelbagai bentuk keganasan bahkan terdedah dengan keinginan untuk melakukannya. Inilah
yang paling membahayakan sesebuah tamadun manusia, yang akhirnya mengembalikan
manusia ke alam hutan dengan jenayah-jenayah mereka.
5.Jenayah dan Ketakutan
Dr. Yusuf Al-Qaradhawi turut mendedahkan fakta-fakta mengenai ketakutan masyarakat
Barat terhadap jenayah yang berlaku di sekitar mereka.
4 daripada 10 penduduk merasa bahawa mereka menjadi sasaran pembunuhan, serangan,
kecurian dan perogolan. 52% daripada warga bandar-bandar hidup dalam ketakutan
sepanjang masa. Ketakutan turut dirasai oleh 41% daripada warga bandar-bandar kecil dan
31% daripada warga pingiran kampung. 52% daripada responden masyarakat Barat
menyimpan senjata untuk membela diri mereka.
Apa yang mereka takutkan? Mereka begitu takutkan jenayah-jenayah yang berleluasa di
sekitar mereka. Namun, gambaran mengenai jenayah yang diberikan oleh Dr. Yusuf Al-
Qaradhawi merujuk kepada apa yang berlaku pada tahun 1979. sedangkan, kini sudah
masuk ke alaf baru (2005). Adakah jenayah-jenayah yang didedahkan oleh Dr. Yusuf Al-
Qaradhawi menurun pada sepuluh tahun terakhir ini (1995-2005)?
Kes rogol di Barat khususnya Amerika amat membimbangkan masyarakat dunia.
Sehinggakan, laporan ada menyebut: “Dalam suatu kajian, 13% daripada perempuan-
perempuan Amerika yang berumur 18 tahun ke atas, pernah melaporkan bahawa, mereka
pernah dirogol sekurang-kurangnya sekali.” (Kilpatrick et al,1992, p.i)
Bahkan, dalam satu statistik umum, 1871 wanita dirogol setiap hari. Lebih malang lagi
laporan menyatakan bahawa, jenayah rogol merupakan jenayah yang paling banyak yang
tidak dilaporkan oleh masyarakat Barat. Hanya 16% sahaja daripada kes rogol yang
dilaporkan kepada pihak berkuasa. Pada 2001, sebanyak 248 250 kes rogol dan jenayah
seksual dilaporkan kepada pihak berkuasa.
Bayangkan, jika 248 250 kes, hanya merupakan 16% daripada jenayah rogol yang berlaku,
yang dilaporkan, berapakah sebenarnya kadar jenayah rogol yang berlaku dalam
masyarakat Barat!!! Ya, jenayah rogol di Barat telah mencecah lebih jutaan kes pada
hakikatnya, pada setiap tahun.
Setiap 2 minit, seorang wanita dirogol di US. 72 daripada 100 000 orang wanita dirogol
setiap tahun. 45% daripada perogol-perogol, merogol dalam keadaan mabuk. 47% mangsa
mengalami kecederaan yang teruk setelah dirogol. 80% daripada wanita yang dirogol
berusia 30 tahun ke bawah.
Di institusi-intitusi pengajian pula (kolej-kolej), 25% daripada mahasiswi-mahasiswi pernah
menjadi mangsa rogol. 8.5% daripada mahasiswa-mahasiswa pernah dipaksa untuk
melakukan hubungan seks (tetapi tidak dianggap sebagai kes rogol). 47% daripada kes-kes
rogol itu berpunca daripda temujanji.[32]
Dalam laporan laman web yang lain, dikatakan bahawa: setiap 6 saat, seorang perempuan
dirogol di Amerika Syarikat. Bahkan, seorang daripada 4 orang mahasiswi-mahasiswi di
institusi-institusi pengajian yang pernah dirogol atau hampir-hampir dirogol. Menurut sebuah
laman web yang lain (mengenai kes rogol di Barat),
http://womensissues.about.com/od/domesticviolence/a/dvstats2.htm, kes rogol turut
melibatkan orang-orang yang rapat dengan mangsa bahkan ahli keluarga mangsa sendiri.
Dalam tahun 1992-1993, 5.4 juta perempuan dilaporkan menjadi mangsa jenayah,
termasuklah 500 000 kes rogol atau keganasan seksual. 29% daripada keganasan terhadap
wanita tersebut dilakukan oleh orang-orang yang mempunyai kaitan dengan si mangsa,
samada suami, bekas suami, teman lelaki mahupun teman lelaki.
503 485 perempuan mendakwa bahawa diri mereka diekori oleh kenalan-kenalan rapatnya
dalam keadaan mencurigakan, di Amerika. 76% daripada laporan keganasan terhadap
wanita secara fizikal mahupun seksual, melibatkan bekas suami, pasangan, teman temu
janji atau teman lelaki.
BAB 4 : CABARAN GLOBALISASI DAN HEGEMONI BARAT TERHADAP
UMAT ISLAM
Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia;
Allah menghendaki agar mereka merasakan sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka;
agar mereka kembali (ke jalan yang benar) (Ar-Rum 30:41)
4.1 CABARAN DALAMAN
4.1.1 Ketaatan kepada syara’ dan sistem pentadbiran
Gerakan Islam ialah suatu yang membawa kepada taat akan Allah s.w.t. dan syariatnya.
Apabila taat kepada tanzim melebihi taat kepada Allah swt dan syariat akan membawa
kepada kebinasaan dan bahaya kerosakan yang amat besar.
Taat itu hanya wajib kepada Allah swt dan perkara-perkara yang berkaitan dengan kebaikan
(ma’ruf). Seseorang muslim itu wajib taat kepada Allah swt, Rasul serta ketua yang tidak
menyuruh kepada kemaksiatan. Ini memberikan kepada kita satu kaedah taat kepada ketua
atau pemimpin itu ada had dan batasnya. Sabda Rasulullah saw : ’Tiada ketaatan kepada
makhluk yang menyuruh kepada kemaksiatan’.
Terdapat perbezaan yang besar di antara sistem demokrasi dan syariat Allah swt.
Demokrasi merupakan hukum pada manusia manakala hukum Islam (syariat) itu hukum
pada sisi Allah swt.
4.1.2 Pergolakan di Kalangan umat Islam
Fenomena ini amat jelas seali sehinggakan ia menjadi sebab utama kepada kejatuhan Islam.
Berlakunya perselisihan pendapat yang mana masing-masing mengatakan pendapatnya
adalah benar, tiada sikap tolak ansur, tolong menolong dan bantu membantu di antara umat
Islam.
Dari sehari ke sehari umat Islam hanya sibuk dengan pertelingkahan sesama sendiri. Hanya
mengikut hawa nafsu. Tiada lagi pegangan pada ajaran Islam, tiada lagi bersifat sebagai
seorang Islam. Tanpa mereka sedari inilah sebab kenapa umat Islam dibunuh dengan
mudah.
Sebab-sebab Yang Membawa Kepada Perpecahan
a) Pentadbiran hanya mengikut peredaran zaman dan tidak lagi berpandukan kepada Al-
Quran dan sunnah.
b) Sesetengah generasi baru umat Islam yang tidak melihat kepada sejarah Islam.
c) Tiada tindakan bagi memastikan corak pemerintahan (Qiadi) dijaga dan dijadikan
panduan kepada generasi-generasi baru.
d) Tiada kesatuan dalam pemikiran dan gerak kerja.
e) Adanya perasaan bangga diri dalam diri masing-masing. Segala yang diutarakan di
anggap betul dan perlu diterima oleh semua orang. Firman Allah Taala :
Dan tiap-tiap orang yang berilmu pengetahuan, ada lagi di atasnya yang lebih mengetahui.
(Surah Yusuf : 76)
4.1.3 Kelemahan Aspek Kewangan
Harta merupakan sumber kekuatan kepada satu-satu gerakan Islam. Tanpa kewangan yang
mencukupi, gerakan Islam tidak akan dapat menjalankan segala aktiviti dan
perancangannya akan tergendala.
Harta dan wang ringgit kadang-kadang menjadi sebab kepada fitnah dalam gerakan Islam
apabila disalahgunakan.
Bila mana pengetahuan tentang agama kurang, pegangan akidah yang goyah, ia mudah
mempengaruhi umat Islam. Begitu juga dengan para pendakwah Islam. Apabila kurang
pentarbiyahan dalam hati dan jiwa, penyalahgunaan kuasa akan berlaku. Lantaran itu akan
merosakkan barisan petugas.
Berapa ramai di kalangan pemimpin Islam yang tidak terpengaruh dengan kekayaan dunia
ini. Kebanyakan berlakunya kejatuhan negara-negara Islam ini disebabkan oleh
pemimpinnya yang hanya mementingkan diri sendiri. Kesudahannya umat Islam ditindas
dan dibunuh oleh musuh-musuh Islam. Mereka tidak merasa malu dan bersalah di atas
tindakan yang dilakukan asalkan apa yang di inginkan tercapai.
Kesimpulannya kekuatan ekonomi boleh membawa kepada kebangkitan Islam dan
keruntuhan Islam.
4.2 CABARAN LUARAN
4.2.1 Perancangan Yahudi dan Freemason
Yahudi berkata di dalam protokol mereka: ”Kita mesti bekerja untuk merosakkan akhlak di
setiap tempat. Dengan itu penguasaan kita akan mudah dicapai. Sesungguhnya Frued
adalah daripada kalangan kita. Beliau akan terus membentangkan teori hubungan seks
sejelas-jelasnya supaya tidak ada suatu pun yang dianggap suci pada pandangan pemda.
Hasilnya ialah memuaskan kehendak nafsu seks adalah matlamat mereka. Ketika itu, akan
runtuhlah akhlak mereka”
Yahudi adalah orang yang mendokong teori Nietche yang melenyapkan akhlak dan
mengharuskan bagi manusia melakukan semua perkara yang boleh membawa kepada
kepuasan. Di antara apa yang dikatakan oleh Frued, seorang Yahudi dari Austria: ”Manusia
hendaklah berusaha memuaskan nafsu dengan cara merungkaikan ikatan akhlak dan
halangan daripada masyarakat yang menghalangnya daripada bebas melakukan itu
semua.” Oleh kerana itu, Yahudi telah mendokong teori Frued untuk mengalihkan perhatian
pemuda ke arah memuaskan syahwat dan fahaman mengharuskan semua perkara.
4.2.2 Perancangan Penjajah dan Salibiah
Seorang pemimpin penjajah telah berkata: ”Gelas arak dan pelacur amat berperanan dalam
menghancurkan umat Muhammad lebih daripada apa yang dilakukan oleh seribu meriam.
Oleh itu tenggelamkanlah mereka ke dalam cintakan kebendaan dan syahwat.
Paderi Zeumer telah berkata pada satu muktamar pendakwah Kristian yang diadakan di
Baitul Maqdis: ”Kamu telah mewjudkan di negara Islam satu generasi yang tidak mempunyai
hubungan dengan Allah. Dengan itu lahirlah generasi yang mengikut apa yang dikehendaki
oleh penjajah. Mereka tidak menghiraukan agama, cintakan kerehatan dan menjadi malas.
Seluruh keinginan di dunia dicari semata-mata untuk memenuhi kehendak syahwat. Apabila
mereka belajar, mereka belajar kerana syahwat. Mereka menduduki pangkat yang tinggi
adalah untuk mencapai tuntutan syahwat.
Perancangan penjajah Salibiah ini adalah semata-mata bertujuan untuk mengalih perhatian
pemuda-pemuda Islam daripada medan jihad dan mempertahankan Islam. Dengan itu
mereka tidak akan berfikir untuk berusaha ke arah mencapai kemuliaan dan keagungan.
4.2.3 Perancangan Komunis dan Aliran Materialisme
Dengan membiarkan umat Islam sibuk dengan hiburan dan pementasan daripada
menghayati aqidah Uluhiyah. Apabila ditanya kepada Karl Marx: ”Apakah ganti kepada
aqidah Uluhiyah?” Beliau menjawab, ”Gantinya ialah hiburan dan pementasan.”
Apakah anda mengetahui erti hiburan dan pementasan wahai para pemuda apabila ia
digunakan untuk meruntuhkan aqidah dan akhlak?
Di antara perancangannya lagi ialah memalingkan generasi Islam daripada Islam dengan
menggunakan novel, majalah, akhbar dan lain-lain. Penganut komunis telah berkata di
dalam dokumen rahsianya sebagaimana yang telah dinyatakan oleh staz ’Akad di dalam
bukunya ”Islam dan Komunis”: ’Kita telah berjaya menyebarkan unsur-unsur yang
merosakkan agama di dalam masyarakat beragama yang terdiri daripada novel, hiburan,
pementasan, kursus-kursus, akhbar, majalah dan karangan-karangan yang menyebarkan
fahaman tidak bertuhan dan menyeru ke arahnya, menghina dan memperolok-olokkan
pejuang agama dan menyeru ke arah sains semata-mata serta menjadikannya sebagai
tuhan..’
Adakah anda mengetahui wahai para pemuda apakah yang telah dilakukan oleh akhbar,
majalah, novel dan hiburan dalam usaha menghapuskan iman, meruntuhkan akhlak dan
menyebarkan akhlak yang buruk di seluruh negara Islam....?
BAB 5 : PENUTUP
5.1 STRATEGI MENGHADAPI CABARAN
Persoalan yang perlu dibincangkan ialah bagaimana kita menghadapi cabaran yang
mencengkam ini.Dalam hal ini semua pihak mempunyai peranan yang perlu dimainkan
sebaik mungkin. Antara cadangan strategi yang boleh dikemukakan ialah :
5.1.1 Menggunakan peluang
Umat Islam mestilah mengelakkan diri daripada terus berkonfrontasi dengan barat.Pada
masa yang sama kita mesti memperhebat usaha-usaha dakwah bilhal dan dialog antara
agama. Islam terbukti berkembang dengan positif selepas perjanjian Hudaibiyah berbanding
ketika perang sedang memuncak dan ini merupakan bukti bahawa suasana aman adalah
prasyarat terhadap perkembangan dakwah yang pesat.
5.1.2 Memperkasa Martabat Ulama dan sarjana
Pemerintah memberi kebebasan dan hak membuat kajian,menulis dan menyampaikan ilmu
dengan bebas dan bertanggungjawab.Nasib ulama dan intelektual di dunia islam amat
memilukan sehinggakan ramai yang menjadi buruan pemerintah kerana lantang
memperjuangkan kebenaran dan keadilan.Akibatnya ramailah ulama dan intelektual yang
bisu dalam pengertian tidak berani menegur pemerintah kerana ketakutan.
5.1.3 Mengeratkan hubungan 3 U (ulama ,umarak ,ummah)
Sejarah perkembangan islam telah membuktikan bahawa apabila hubungan padu antara
ulama dan umara menjadi erat dan kental,maka kerajaan akan bertambah kuat, ummah
akan terbela, negara akan menjadi aman dan damai.Di Alam melayu sejarah kerajaan Islam
Samudera Pasai,Melaka dan Aceh membuktikan bahawa wujudnya kesalingan ini telah
menjadikan kerajaan tersebut menjadi pusat perkembangan Islam yang paling penting dan
berpengaruh pada abad 14 hingga ke 17.Sebalik nya pula sebaik sahaja ulama dan umara’
tidak bersatu,ummah tidak terbela ,negara akan hancur samada kerana perpecahan
dalaman akibat serangan luar atau itimpa bala bencana.
5.1.4 Memperbaiki Sistem Pendidikan.
Pihak kerajaan perlu meneliti semula pelaksanaan dasar dan sistem pendidikan negara
memandangkan sistem pendidikan adalah saluran terpenting untuk mendidik
masyarakat.Kerajaan perlu kembali kepada falsafah pendidikan Islam yang lebih
komprehensif .Realiti masyarakat hari ini menunjukkan seolah-olah ada sesuatu yang tidak
kena dalam sistem pendidikan negara.Sistem pendidikan kita juga dilihat lebih bercorak
exam-oriented daripada menumpukan pemikiran, yang meliputi aspek kekreatifan dan daya
cipta seseorang pelajar .
5.2 PERANAN GENERASI MUDA
Sukarno, seorang pemimpin karismatik dan pemidato hebat daripada Indnesia pernah
berkata, “Berikan aku sepuluh orang pemuda nescaya akan aku gegarkan dunia ini”.
Sukarno dikatakan seorang pemimpin yang cukup berjaya dalam era revolusi. .Saidina Umar
Al-Khattab,Khalifah Islam yang kedua pernah mengimpikan lahirnya ramai generasi muda
seperti Abu Ubaidah Al-Jarrah,Khalid Al-Walid,Saad Bin Abi Waqas,Ali Abi Talib untuk
membantunya mendaulatkan kalimah suci Allah di atas muka bumi ini. Dua tokoh di atas
menggambarkan keinsafan seorang pemimpin yang berfikiran futuristic tentang nasib
agama dan bangsanya sendiri.Mereka menyedari betapa pentingnya pemuda dalam sistem
sosial manusia.Bagaimana dengan kita?Pernahkan kita berfikir tentang nasib negara kita
satu atau dua dekad akan datang?Bagaimana kualiti kepimpinannya?Siapakah yang akan
memimpin dan mampukah mereka?
Generasi muda pada hari ini menghadapi desakan yang hebat dan mencabar kemampuan
diri mereka untuk berdiri teguh dengan identiti sendiri . Cabaran ini didorong oleh banyak
faktor. Faktor yang paling utama sekali ialah peredaran zaman itu sendiri. Dunia hari ini
amat berbeza sekali berbanding beberapa dekad lalu. Pada hari ini, dunia yang kita diami
dikenali dengan 'perkampungan sejagat' atau 'global village'. Mengibaratkan sebuah dunia
yang besar ini sebagai sebuah perkampungan adalah gambaran realiti peredaran zaman
yang sedang didepani belia Islam hari ini. Hal ini menuntut generasi muda mempersiapkan
diri sebaik mungkin dari aspek kerohanian,keilmuan, dan kemahiran hidup. . Generasi muda
yang kita harapkan adalah generasi yang mampu membentuk arus globalisasi akan datang
bukan hanyut mengikut arus globalisasi yang dibentuk oleh musuh agama. Sejarah telah
menyediakan para pemuda contoh yang berjaya membentuk arus di zaman mereka.
Antaranya ialah :
1. Jundub Bin Janadah (Abu Dzar Al-Ghiffari)
2. Usamah Bin Zaid
3. Zainab Al-Ghazali
4. Muhammad Bin Murad (Sultan Muhammad Al-Fateh)
5. Ashaabul kahfi
Mereka adalah generasi ulul albab yang memacu perubahan dan kegemilangan zaman
mereka. Generasi Ulul Albab inilah yang dinantikan dan diimpikan oleh umat sepanjang
zaman.Generasi ini merupakan generasi yang menekankan aspek zikir, fakir, dan amal soleh
kepada Allah . Mereka memiliki ilmu yang luas,penglihatan yang tajam, otak yang cerdas,
hati yang lembut,lidah yang basah mengingati Allah dan bersemangat serta berdaya juang
yang tinggi dalam menegakkan agama Allah di muka bumi.Ia di anggap sebagai pemimpin
umat yang sentiasa berjuang menegakkan keadilan ,membanteras kezaliman dan
menyelesaikan permasalahan umat serta kompeten sepanjang masa.
Terdapat istilah lain selain ulul albab yang bertujuan untuk melahir dan mengembalikan
kegemilangan Islam antaranya ialah Jiilun Nasr. Istilah ini diperkenalkan oleh Professor Dr.
Yusof Qaradawi yang bermaksud generasi kemenangan.Generasi yang dibina melalui
kekuatan roh dan jasad, kemudian menjadi binaan yang kukuh yang tidak boleh
dirungkaikan lagi.Terdapat 10 ciri kecemerlangan yang terkandung dalam Jiilun Nasr iaitu :
1. Cita-cita besar para Muslah (pengubah)
2. Generasi yang terdiri daripada muslimin dan muslimat
3. Generasi yang percaya kepada reality dan ilmu
4. Generasi amal dan membina jama’iy
5. Generasi Rabbani dan ikhlas
6. Generasi yang bernasabkan islam
7. Generasi dakwah dan jihad
8. Generasi gagah dan agung
9. Generasi seimbang dan sederhana
10. Awwabun dan Tawwabun (sentiasa kembali ke jalan Allah dan memperbanyakkan
taubat)
Generasi ulul albab sebeginilah yang wajar dianggap sebagai generasi harapan,yang
mempunyai kepelbagaian watak iaitu pemikir, cendekiawan, pembimbing, intelektual,dan
pemimpin berwatak glokal yang mampu mengembalikan kegemilangan dan memakmurkan
sekalian alam. Kecemerlangan umat banyak bergantung kepada generasi seperti
ini.Golongan muda adalah pelapis yang akan membawa obor Islam selepas golongan tua
tiada.Setiap organisasi dan institusi menjadi bermasaalah apabila ketandusan
pelapis.Jesteru fokus perlu diberikan kepada mereka.
5.3 KESIMPULAN
Melalui apa yang telah diperbincangkan dalam bab-bab ini dan sebelum ini jelaslah bahawa
kehidupan bertamadun dalam konsep globalisasi sentiasa menghadapi pelbagai bentuk
cabaran. Namun bukanlah satu ketetapan bahawa barat akan selamanya menguasai arus
globalisasi tanpa ada peluang pada tamadun lain untuk mendominasi.Segalanya bergantung
kepada diri masing-masing.Firman Allah s.w.t telah menjelaskan bahawasanya yang
bermaksud :
“ (Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah
sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka
mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha
mendengar, lagi Maha Mengetahui “
(Surah Al-Anfaal : ayat 53)
Marilah kita berharap agar suatu ketika nanti akan mucul generasi ulul albab. Generasi
harapan ini dikatakan bakal mengembalikan kegemilangan dan kemakmuran yang dilimpahi
rahmat dan berkat dariNya.Harapan bukan sekadar mimpi.Harapan juga bukan satu ilusi
malah harapan yang disulami dengan gagasan,berpaksikan kepada keimanan, berupaya
mengubah diri, membangkitkan motivasi,mencetuskan inspirasi, menjelmakan realiti dan
merapatkan hubungan dengan Ilahi.
Setiap insan yang mengaku diri mereka pemuda, tidak wajarlah bagi mereka untuk
mengharapkan orang lain kerana mereka lah sebenarnya generasi yang diharapkan. Maka
azam perlu ditanam, langkah perlu diatur, tindakan perlu di mulakan.Siapa tahu barangkali
andalah pelakar sejarah dunia seterusnya.Membentuk arus globalisasi yang baru,yang
memenuhi keperluan insani, mengubah islamophobia kepada hegemoni Islam ke alam
sarwa jagat, mencabar hegemoni barat yang merosakkan. Baik pemuda hari ini,baik lah
generasi akan datang. Insafilah sejarah wahai pemuda..Sabda Rasulullah s.a.w yang
bermaksud “Sabda Rasulullah s.a.w: “Islam bermula dalam keadaan dagang,ia akan kembali
dagang.Beruntunglah orang yang berpegang dengan islam ketika ia dagang.”-hadith riwayat
Muslim.
BIBLIOGRAFI
BUKU DAN MAJALAH
Pusat Pengajian Umum UKM,2006,Tamadun Islam dan Tamadun Asia.,FULSON TRADING
CO,Selangor.
Fathi Yakan (2002), Api Kebangkitan Islam dan Cabaran Abad ke-21, Kuala Lumpur, Jasmin
Enterprise
Dr. Abdullah Nasih Ulwan (2003), Generasi Muda Islam dsan Cabaran Globalisasi, Kuala
Lumpur, YADIM
Sabri Mohamad Sharif,2009,Generasi Ulul Albab Segunung Harapan Seteguh
Gagasan ,Karisma Publications
Zaharudin Abd Rahman,Majalah I Bil 81
INTERNET
http://mfrstudio.board-realtors.com/forum.htm
www.agink.com
http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/3Muhammad N
www.berita harian.com.myuroddin
Poste