Post on 11-Dec-2015
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER JANUARI / 2015
HBAE3103
KRAF TRADISIONAL
NO. MATRIKULASI : <820713025392001>
NO. KAD PENGNEALAN : <820713-02-5392>
NO. TELEFON : <012-5859056>
E-MEL : <nor.aziah1982@gmail.com>
PUSAT PEMBELAJARAN : <PP SUNGAI PETANI>
HBAE3103-KRAF TRADISIONAL
ISI KANDUNGAN
Perkara Muka Surat
1. PENGENALAN1.1 Definisi Kraf Tradisional1.2 Asal-usul Sejarah Kraf1.3 Kraf Lambang Budaya Negara
2. JENIS-JENIS KRAF TRADISIONAL2.1 Batik2.2 Tenunan2.3 Tekatan2.4 Anyaman2.5 Tembikar2.6 Ukiran
3. ANALISIS KRAF TRADISIONAL3.1 Teknik Membuat Tembikar3.2 Ragam Hias Tembikar3.3 Proses Pembakaran Tembikar3.4 Tembikar Era Baru
4. KESIMPULAN5. RUJUKAN
2334
5567788
910101112
1214
1
HBAE3103-KRAF TRADISIONAL
1.0 PENGENALAN
Seni kraf melambangkan kebudayaan atau identiti sebuah masyarakat, ia juga
merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang sejak dahulu kala.
Jelaslah bahawa seni kraf dihasilkan oleh manusia yang bertamadun dan ia juga
berkembang mengikut peredaran zaman. Seni kraf merupakan satu kerja tangan yang
sangat halus, dan indah. Hasil ciptaan kraf tradisional adalah kaya dengan unsur-unsur
budaya yang dapat dilihat melalui bentuk, gaya, sifat, garis, gerak dan warnanya. Kraf
tradisional ini mempunyai keunikan sendiri.
Menurut sumber yang di perolehi dari Akta 222 - Akta Perbadanan Kemajuan
Kraftangan Malaysia 1979, mendefinisikan kraf sebagai; barangan yang dihasilkan
dengan menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan
alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara persendirian atau tidak langsung oleh
pengusaha-pengusaha kraf.
Negara kita kaya dengan seni kraftangan yang diwarisi dari nenek moyang kita.
Barang-barang buatan tangan atau kraftangan bukan sahaja indah dipandang sebagai
hiasan tetapi berguna sebagai keperluan harian. Nenek moyang kita telah menggunakan
barang-barang ini semenjak zaman dahulu. Barang-barang ini masih berguna kepada
masyarakat kita sekarang. Tukang pandai Melayu sentiasa mencipta barang-barang kraf
supaya boleh digunakan atau sebagai bahan yang indah dengan tujuannya yang berbeza-
beza. Seni Melayu adalah penjelmaan unsur-unsur dari alam semulajadi iaitu dari
tumbuhan dan binatang kepada satu bentuk seni rupa. Antara barang-barang yang
dihasilkan seperti bakul, tikar, labu tanah liat, kain batik dan lain-lain. Terhasilnya karya-
karya ini dengan kuatnya pengamatan dan pemikiran penciptaannya yang dijelmakan
melalui impian, seterusnya mencerminkan suasana harmoni di antara manusia dan alam
sehingga wujud kelainan dan keunikan antara karya-karya seni dalam kebudayaan
Melayu dengan karya seni kebudayaan besar di dunia dan karya-karya seni kebudayaan
kelompok masyarakat lain yang berhampiran dengannya. Seni kraf Melayu juga
mempunyai hubungan yang erat antara masyarakat Melayu dengan kepercayaannya iaitu
Islam.
2
HBAE3103-KRAF TRADISIONAL
1.1 Definisi Kraf Tradisional
“Keluaran Kraftangan" membawa maksud apa-apa keluaran artistik yang
mempunyai daya tarikan sesebuah kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil dari
sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran
tangan.
Perkatan ‘kraf’ pula merupakan barangan yang dihasilkan dengan menggunakan
kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan
mudah yang dijalankan secara sendiri atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha.
‘Tradisional’ didefinisikan sebagai tradisi yang diturunkan dari satu generasi ke satu
generasi.
Maka gabungan perkataan ‘kraf tradisional’ ini membawa maksud satu aktiviti
yang menggunakan tangan untuk menghasilkan barangan atau rekabentuk yang
diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi seperti membuat tembikar, batik, ukiran,
tenunan, anyaman, tekat, wau, gasing, perhiasan diri dan lain-lain lagi.
1.2 Asal-usul Sejarah Kraf
Negara kita terkenal dengan pelbagai hasil kraf tradisional yang merupakan
warisan Negara yang telah diperturunkan oleh nenek moyang kita dahulu kala dari satu
generasi ke satu generasi sehingga kini. Walaubagaimanapun, setiap hasil kraf tersebut
mempunyai fungsi tertentu yang dipengaruhi oleh iklim, lokasi, kepercayaan, pekerjaan,
bahan keperluan, kemudahan serta hubung kait dengan masyarakat luar seperti alat untuk
pertahankan diri, alat untuk bertani, menangkap ikan, dan membuat pertukangan, alat
untuk kegunaan harian, alat untuk upacara dan istiadat, alat untuk rekreasi, alat muzik
untuk persembahan nyanyian, tarian dan pertunjukan, rumah dan istana untuk kediaman
dan juga masjid, pengangkutan air dan juga alat untuk perhiasan.
Kraf tradisional ini mempunyai hubungan dengan adat resam atau nilai sosial.
Ianya berkait rapat antara satu sama lain dan ini telah menjadikan hak dan nilai
kepunyaan disebabkan penerimaan sesebuah kraftangan dalam sesebuah sistem. Kraf
3
HBAE3103-KRAF TRADISIONALtradisional menjadi simbolik atau identiti yang tersendiri seperti simbol kerjasama dan
rukun tetangga sesama masyarakat pada suatu ketika dahulu.
Nilai-nilai kesenian dan kebudayaan yang terdapat pada sesebuah bangsa
menunjukkan suatu titik permulaan dimana tingginya nilai budaya itu berkembang ke
tahap yang lebih tinggi. Kraf tradisional menjadi warisan kesenian yang berharga.
Semoga ia terus terpelihara supaya tidak lenyap di telah zaman.
Kraf tradisional mula dimartabatkan dan diangkat sebagai warisan yang berharga.
Dan kini ianya berkembang menjadi industri moden. Antara jenis-jenis kraftangan
tradisional seperti ukiran, tenunan, batik dan sebagainya yang sudah hampir dilupakan
suatu masa dahulu, mula diberikan nafas baru. Kraf tradisional mula dianggap bermakna
dan boleh mendatangkan keuntungan. Kini, kraf tradisional tidak lagi dipandang sebagai
kegiatan waktu lapang atau sebagai kegiatan yang berkaitan dengan minat malah ia dapat
membina masa depan negara.
1.3 Kraf Lambang Budaya Negara
Sesungguhnya negara kita kaya dengan identiti seni dan warisan yang unik, malah
jelas dalam mengetengahkan hasil kerja tangan rakyatnya. Kraf tangan pula adalah satu
kesenian warisan turun-temurun yang sehingga hari ini masih dilakukan dan menjadi
sumber pendapatan sesetengah penduduk di negara kita. Kraf tangan dilihat sebagai satu
simbol atau identiti negara Malaysia pada pandangan negara luar kerana memiliki unsur-
unsur tradisional dan keunikan estetika seni yang mencerminkan rakyat Malaysia sendiri.
Ini bermakna kraf telah menjadi lambang budaya negara kerana nilai dan imej
penciptaannya terselit unsur-unsur budaya sesuatu kaum yang menghasilkannya.
Kalau kita kembali kepada sejarah, kita dapati bahawa di negara kita, hasil
kraftangan telah bermula sejak zaman berzaman dan diperturunkan kepada generasi ke
generasi dan menjadi satu kemahiran sesuatu kaum atau bangsa. Kajian menunjukkan
bahawa kegiatan pengeluaran barangan kraftangan ini dahulu berkaitan dengan
kepercayaan agama, tradisi sesuatu puak atau kaum. Pada kebiasaannya, kegiatan-
kegiatan seperti ini tidak mementingkan soal ekonomi atau harga kepada hasil tersebut
4
HBAE3103-KRAF TRADISIONALsebaliknya lebih mementingkan aspek kepuasan kepada penciptanya dan juga keindahan
kepada produk yang dihasilkan.
Namun kini, produk kraf telah dikomersialkan sehingga ke pasaran dunia dan
rata-rata pengusahanya menikmati hasil pulangan yang membanggakan. Ada pengusaha
kraf yang bergelar jutawan dan mampu pula menyediakan peluang pekerjaan kepada
orang lain. Ini membuktikan bahawa industri kraf tidak lagi berlegar di sekitar kampung
sahaja tetapi telah tersebar ke serata pelosok dunia sehingga mampu pula memberi
sumbangan ekonomi yang membanggakan kepada penggiatnya.
Manakala sebagai usaha untuk memelihara ketinggian mutu seni kraf negara
supaya ia kekal menjadi lambang budaya dan jati diri rakyat, satu skim yang diberi nama
Adiguru Kraf telah dimulakan pada tahun 1986. Skim ini antara inisiatif Kraftangan
Malaysia di bawah Program Pemuliharaan Kraf untuk memastikan warisan seni kraf
turun temurun ini dapat dikekal dan dilestarikan. Adiguru Kraf ialah seseorang, baik
lelaki atau perempuan yang diberi penghormatan dan pengiktirafan oleh Kerajaan
Malaysia sebagai tokoh atau master craftsman.
2.0 JENIS-JENIS KRAF TRADISIONAL
Kraf tradisional perlu dihidupkan dan diperkenalkan dan dihargai oleh generasi muda
supaya ia tetap kekal dan mati ditelan zaman. Kraf tradisional terdiri daripada batik,
anyaman, tekatan, tembikar, ukiran, tenunan, anyaman, tembikar, wau, gasing dan
perhiasan diri yang mempunyai nilai estetika dan keistimewaan tersendiri.
2.1 Batik
Batik adalah pakaian yang digemari ramai pada masa ini sama ada oleh wanita,
lelaki atau kanak-kanak. Batik boleh digunakan sebagai kain sarung, baju kemeja, baju
wanita dan baju kanak-kanak, alat-alat rumah seperti alas meja, langsir tingkap, cadar dan
sarung bantal. Sekarang bermacam-macam barang boleh dibuat daripada kain batik.
Kerja-kerja membuat batik telah dijalankan oleh orang melayu semenjak beratus-ratus
tahun dahulu. Bahan-bahan yang digunakan ialah kain putih, lilin, pewarna dan soda.
5
HBAE3103-KRAF TRADISIONALSatu cara membuat batik ialah dengan menggunakan acuan atau sarang bunga
yang mempunyai bentuk bunga, daun, burung dan lain-lain. Acuan yang dibuat daripada
kayu, besi atau tembaga ini dinamakan cap.
Kain yang hendak dicap dibersihkan terlebih dahulu dengan cara direbus dan
direndam. Selepas itu, kain itu dijemur sehingga kering. Cap besi atau tembaga itu
dicelupkan ke dalam lilin cair dan diterap ke atas kain yang dibentang lurus di atas meja.
Apabila hendak mengecap tangan mesti tetap.
Satu cara lagi membuat batik ialah dengan cara melukis. Cara ini menggunakan
alat lukisan bernama canting. Canting ini boleh diisi dengan lilin cair. Pelukis-pelukis
yang handal boleh membuat batik dengan melukis.
Kain yang telah selesai dicorak dengan lilin dicelupkan dengan warna muda.
Bahagian kain yang ada lilin tidak terkena warna. Kemudian kain itu dijemur hingga
kering. Kemudian kain itu dicap atau dilukis lagi dengan lilin. Selepas itu, kain itu
dicelup dengan warna lain lagi dan dijemur semula.
Akhir sekali, kain itu direbus untuk menanggalkan bahagian-bahagian yang ada
lilin. Selepas itu, kain itu dijemur hingga kering. Corak batik dengan berbagai warna akan
timbul apabila lilin tanggal dari kain. Keindahan batik terletak kepada coraknya dan
warna yang digunakan.
2.2 Tenunan
Tenunan adalah satu kerja tangan yang tertua di negara kita. Pada zaman dahulu
sebelum ada kain songket, kain ditenun dengan menggunakan benag kapas atau sutera.
Corak kain tenunan ini adalah mudah. Ada yang berpetak-petak, berjalur-jalur dan
bersilang-silang. Corak kain tenunan ini dikenali sebagai corak Muar.
Warna yang digunakan adalah warna yang muda dan lembut. Kain tenunan
digunakan sebagai kain samping dan kain sarung. Kain songket adalah hasil kerja tangan
tradisional Melayu yang indah dan menarik. Ia dibuat daripada benang sutera atau benang
kapas. Corak atau bunga kain songket dibuat daripada benang emas dan perak.
Pakaian daripada kain songket dipakai di upacara-upacara rasmi, istiadat-istiadat,
pada Hari Raya dan oleh pengantin. Kain songket yang dipakai sebagai samping atau
sarung menambah seri kepada pemakainya.
6
HBAE3103-KRAF TRADISIONALKerja menenun kain songket biasanya dilakukan oleh wanita dan gadis-gadis.
Kerjanya halus dan memerlukan ketekunan. Orang yang menenun perlu mengingati corak
kain yang ditenun walau berapa susah sekalipun. Tidak ada lukisan yang disediakan
sebagai panduan. Oleh itu, penenun harus mempunyai ingatan yang baik.
2.3 Tekatan
Tekat ialah cara menyulam benang emas ke atas kain dasar iaitu kain baldu.
Bahan yang digunakan ialah benang emas, kain baldu, kertas rupa bentuk dan pemidang.
Alat-alat lain termasuklah cuban (jarum kasar untuk melilit benang emas), jarum jahit
dan pisau.
Barang-barang yang bertekat dengan benang emas digunakan untuk pengantin. Di
antaranya ialah tikar sila, hiasan pelamin, tepak sireh, kipas, selipar, bantal, tudung saji
dan lain-lain.
Barang-barang ditekat kelihatan berseri kerana warna yang digunakan adalah
menarik. Baldu yang digunakan sebagai dasar berwarna merah pulasan, biru tua atau
hijau lumut. Benang emas yang ditekat ke atasnya menjadikan tekatan kelihatan berseri
dan bercahaya.
2.4 Anyaman
Seni anyaman adalah usaha tradisi orang Melayu semenjak baratus tahun dahulu.
Bahan-bahan yang digunakan terdiri daripada daun pandan, mengkuang, buluh, akar,
rotan, lidi, bemban, bertam dan nipah.
Barang-barang yang dibuat daripada pandan dan mengkuang termasuklah tikar,
kembal atau rombong dan bakul. Daripada buluh pula dibuat barang-barang seperti bakul,
pukat dan kelarai. Rotan juga boleh dianyam untuk dibuat bakul. Nipah dianyam untuk
membuat atap atau dinding.
Daun mengkuang dan pandan juga digunakan untuk membuat anyaman. Daun-
daun yang digunakan adalah tidak terlalu tua atau muda. Daun-daun yang telah dicantas
dibuang durinya. Kemudian daun-daun itu dibelah dan celup dengan berbagai warna.
Selepas itu barulah dianyam mengikut corak yang dipilih. Terdapat 40 corak jenis
anyaman.
7
HBAE3103-KRAF TRADISIONAL
2.5 Tembikar
Tembikar merupakan kraftangan tradisional yang diperbuat daripada tanah liat.
Tanah liat itu diperoleh dari sawah atau sungai. Orang Melayu mula membuat tembikat
beribu tahun dahulu. Serpihan-serpihan tembikar ini dijumpai di dalam gua di Kelantan,
Kedah, Perak dan lain-lain tempat.
Barang-barang tembikar ini digunakan untuk menakung air, sebagai bekas
minuman, bekas makanan dan untuk menyimpan makanan. Barang-barang seperti labu
air, geluk dan buyung masih digunakan sehingga ke hari ini. Tukang-tukang tembikar
menggunakan cara lama yang dipusakai dari nenek moyang mereka.
Antara tembikar yang terkenal ialah labu sayong. Labu sayong ini bukan sahaja
digunakan untuk mengisi air malah ianya masih digunakan sehingga ke hari ini sebagai
barang perhiasan.
2.6 Ukiran
Seni ukiran adalah menunjukan hasil kerja tangan yang telah lama wujud dalam
masyarakat Melayu. Ukiran yang dibuat dengan kayu adalah sama dengan ukiran yang
dibuat dengan batu, tanah dan logam. Semenjak dari zaman dahulu lagi rumah-rumah
kayu dihiasi dengan ukiran. Kita dapat lihat ukiran-ukiran itu pada pintu, tingkap, dinding
dan tangga rumah. Ukiran juga terdapat di istana-istana raja, masjid, surau dan pintu-
pintu gerbang.
Terdapat beberapa jenis ukiran ukiran kayu. Ada ukiran jenis timbul. Dan ada
pula yang diukir bertebuk iaitu berlubang-lubang supaya boleh dilalui angin. Kebanyakan
ukiran berbentuk bunga dan daun. Ada pula yang berkelok-kelok dan bersambung-
sambung. Ukiran jenis ini bernama Awan Berarak. Selain daripada ukiran bunga terdapat
juga ayat-ayat suci al-Quran yang diukir sebagai tulisan yang indah. Ayat ini digunakan
sebagai perhiasan dinding atau digantung di atas pintu.
8
HBAE3103-KRAF TRADISIONAL3.0 ANALISIS KRAF TRADISIONAL
Kraf tradisional yang amat popular pada masa kini adalah seni tembikar. Setelah
diteliti dan dianalisis, saya memilih seni kraf tembikar sebagai topik perbincangan.
Tembikar merupakan salah satu hasil kraftangan tradisional yang diperbuat daripada
tanah liat. Penggunaan dan perkembangan tembikar dipercayai bermula sejak zaman
neolitik. Hal ini dibuktikan dengan penemuan beberapa artifak serpihan tembikar di
beberapa tempat oleh ahli arkeologi. Antar tempat-tempat tersebut adalah seperti Pahang,
Kedah, Perak, Sabah dan Sarawak.
Peralatan tembikar sangat penting kepada masyarakat purba dalam upacara
keagamaan dan kematian. Alat tembikar digunakan sebagai tempat perasapan semasa
upacara keagamaan. Terdapat juga kaum etnik di Sarawak yang menjadikan peralatan
tembikar sebagai tempat menyimpan mayat kaum mereka yang telah meninggal dunia.
Kini segala adat seperti itu telah ditinggalkan.
Perusahaan tembikar telah sekian lama wujud di Malaysia. Ketika itu barang-
barang tembikar merupakan sebahagian daripada perkakas kegunaan harian yang sangat
penting. Tembikat digunakan untuk memasak, menyimpan dan menghidang makanan.
Contohnya, periuk, belanga, cawan, pinggan, mangkuk, pasu dan sebagainya. Kini, masa
telah berubah. Kemajuan teknologi yang dikecapi pada hari ini turut membawa
perubahan kepada penggunaan tembikar. Penghasilan produk-produk berasaskan plastik,
logam, kaca dan lain-lain lagi telah menggantikan tempat dan fungsi tembikar.
Tembikar merupakan salah satu cabang seni kraftangan Melayu tradisi. Tembikar
dianggap sebagai warisan peninggalan seni kraftangan yang sangat bernilai. Keseniannya
dapat dilihat menerusi keunikan rupa bentuk dan coraknya. Walaupun fungsi tembikar
telah berubah tetapi kegiatan membuat tembikar terus diusahakan sehingga kini. Produk
tembikar kini telah dijadikan sebagai barangan perhiasan yang berharga atau dijadikan
sebagai barang cenderamata.
Kedatangan pedagang-pedagang Cina di Sarawak pada awal abad ke-19 turut
membawa perubahan kepada industri tembikar di Sarawak. Dari masa ke semasa motif
hiasan tembikar tempatan mula dipengaruhi oleh motif dan hiasan serta barang-barang
9
HBAE3103-KRAF TRADISIONALseni tembikar Cina. Antara barangan tembikar Sarawak yang kekal sehingga ke hari ini
ialah pasu Sarawak.
Cara penghasilan tembikar tidak banyak berbeza antara satu sama lain. Apa yang
membezakan jenis-jenis tembikar yang dihasilkan ialah bentuk, reka corak atau ragam
hias dan cara kemasannya. Perbezaan ini wujud kerana pengaruh adat dan cara hidup
masyarakat setempat, dan daya cipta pengusahanya. Kaitan sejarah dengan pembuat dan
tempat tembikar itu dibuat turut mempengaruhi penghasilan tembikar.
3.1 Teknik Membuat Tembikar
Teknik tradisional membuat tembikar di Malaysia adalah hampir serupa. Terdapat
dua teknik utama membuat tembikar di Malaysia iaitu kaedah lingkaran serta kaedah
picit dan cubit. Roda pemutar atau piring digunakan untuk membentuk tanah dengan
melepanya menggunakan tangan.
Teknik lingkaran serta teknik picit dan cubit digunakan secara meluas di
Semenanjung Malaysia. Kedua-dua teknik ini berbeza dengan teknik membuat tembikar
pasu Sarawak. Dalam proses membuat pasu Sarawak, teknik melepa iaitu menggunakan
tanah cair.
3.2 Ragam Hias Tembikar
Ragam hias alah proses menghias tembikar yang telah siap dibentuk dan
dilicinkan. Terdapat beberapa kaedah menghasilkan ragam hias. Antaranya ialah
menggunakan kayu pengukir, bunga tampal dan lukisan.
3.2.1 Kayu Pengukir
Dalam proses membuat labu sayong, kayu pengukir digunakan untuk
menghasilkan motif dan ragam hias. Kayu pengukir ialah sebatang kayu biasa
yang berukuran 4 cm panjang. Motif atau reka corak akan diukir pada bahagian
hujung kayu itu.
10
HBAE3103-KRAF TRADISIONAL3.2.2 Bunga Tampal
Kaedah bunga tampal pula digunakan dalam pembuatan labu pulau tiga. Tanah
liat yang sama akan dibentuk mengikut corak yang dikehendaki kemudian
ditampalkan pada pasu yang telah siap. Dalam kaedah bunga tampal, corak
bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan menjadi pilihan pengusaha.
3.2.3 Lukisan
Teknik lukisan dan ukiran digunakan dalam pembuatan seramik moden. Motif
atau reka corak akan dilukis atau diukir pada bahagian luar tembikar yang telah
disiapkan. Corak-corak yang terang seperti merah dan hijau menjadi pilihan untuk
hiasan pada bahagian luar tembikar.
Terdapat beberapa jenis ragam hias. Setiap jenis pasu atau tembikar mempunyai
ragam hias yang berbeza-beza bergantung kepada cita rasa pembuatnya. Biasanya hiasan
pada tembikar ada kaitannya dengan nilai-nilai budaya masyarakat setempat.melalui
hiasan tembikar yang dihasilkan, pembuat tembikar cuba menonjolkan unsur-unsur
kesenian yang lahir melalui cita rasanya.
Terdapat beberapa motif dan bentuk hiasan tembikar. Unsur-unsur alam
semulajadi seperti flora dan fauna menjadi ilham untuk mencipta motif-motif untuk
hiasan tembikar. Antara unsur flora yang sering menjadi pilihan pembuat tembikar ialah
daun, akar, bungan dan sebagainya.
Selain unsur-unsur alam semulajadi, ukiran geometri juga turut menjadi pilihan
pembuat tembikar. Corak geometri lebih mudah dilakukan berbanding corak berunsur
alam semulajadi. Pengaruh agama dan kepercayaan yang dianuti turut menjadi ilham bagi
menghasilkan hiasan pada tembikar. Contohnya, penganut-penganut Islam akan membuat
ukiran bulan sabit atau bulan dan bintang bagi menonjolkan lambang-lambang yang
berkaitan agama Islam.
11
HBAE3103-KRAF TRADISIONAL3.3 Proses Pembakaran Tembikar
Proses pembakaran dilakukan supaya tembikar yang dihasilkan menjadi keras,
kukuh dan tidak telap air apabila digunakan. Tembikar yang telah siap dihias akan
menjalani proses pembakaran.
Proses pembakaran tembikar berbeza-beza mengikut jenis dan tempat tembikat itu
dihasilkan. Terdapat tiga jenis pembakaran dalam proses membuat tembikar iaitu proses
pembakaran secara terbuka, pembakaran di dalam tanur dan pembakaran sepuh.
Dalam proses pembakaran secara sepuh, tanur elektrik dan gas digunakan sebagai bahan
api.
3.4 Tembikar Era Baru
Peredaran masa telah turut memberi pembaharuan kepada seni tembikar. Kaedah-
kaedah moden telah diperkenalkan dalam proses pembuatan tembikar. Tanah cair telah
diperkenalkan bagi menggantikan proses pengulian yang agak rumit. Tembikar era baru
turut memberi sentuhan pada warnanya. Warna-warna selain warna tanah turut
diperkenalkan. Contohnya, warna keemasan, warna perak, warna hijau dan sebagainya.
Cat atau warna-warna yang menjadi pilihan akan disapu pada bahagian permukaan
tembikar.
4.0 KESIMPULAN
Keunggulan kraf Malaysia bukan saja telah menjulang nama negara di mata dunia
dan menjadi lambang budaya bangsa tetapi juga telah menjadi salah satu elemen penjana
ekonomi yang kukuh dewasa ini. Kini, industri kraf telah berdaya maju setanding dengan
lain-lain industri. Usaha-usaha bersifat komersial di samping pengekalan aktiviti
pembangunan sosio-ekonomi sering dilaksanakan oleh pihak bertanggungjawab demi
kesejahteraan hidup masyarakat penggiat kraf. Segala penghasilan produk kraf
merupakan salah satu daripada usaha ke arah memenuhi kehendak pasaran import selain
mengutamakan nilai-nilai seni budaya tempatan yang seterusnya menyumbang ke arah
pembentukan jati diri budaya bangsa dan negara. Kraftangan tradisional adalah suatu
12
HBAE3103-KRAF TRADISIONALwarisan peninggalan nenek moyang kita yang perlu diteruskan dari satu generasi ke satu
generasi lain agar tidak pupus ditelan zaman yang serba ‘plastik’ dan canggih ini.
13
HBAE3103-KRAF TRADISIONALRUJUKAN
Buku :
1. Panel Penulis PCT,(2007). Seni Tembikar, Selangor : Penerbitan PCT SDN.BHD.
2. Zailani Yaacob & Azimah A.Samah, (2011). Teks Lengkap Pendidikan
Seni Visual KBSM Tingkatan 4&5. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
3. Siti Azlina Muhamad,(1997). Seni Anyaman. Selangor : Penerbit Mikamas.
4. Zakiah Hanum,(1988). Tradisi dan Budaya. Kuala Lumpur : Times Books
International.
Jurnal :
1. Abdul Aziz Sharif (1991). Pemerolehan Bahasa Ibunda - Umum. Jurnal
Bahasa Moden, 6. 152-160.
Internet :
1. http://www.kraftangan.gov.my
2.
14