Post on 04-Apr-2018
7/31/2019 GEOGRAFI STPM BAHARU - BAHAGIAN A PENGGAL 1 - KULIAH 7 - LANJUTAN 01
1/8
LANJUTAN KULIAH 7 -TEORI PEREBAKAN DASARLAUTAN & PLAT TEKTONIK
(ii) TEORI PELUASAN / PEREBAKAN DASAR LAUTAN
- Teori yang dikemukakan oleh ahli geoglogi berdasarkan penemuan permatang dan lurah didasar laut.
- Magma yang panas daripada bahagian mantel sentiasa tertolak naik ke bahagian kerakbumi didasar lautan.
- Dasar lautan kemudiannya akan mengalami retakan dan retakan ini dikenali sebagaisempadan pencapahan.
- Arus perolakan dari lapisan mantel terus menolak magma secara berterusan menyebabkan
Rajah : Perluasan / Perebakan Dasar Lautan
magma tersebut memenuhi retakan ataurekahan tersebut lalu membeku dan
membentuk permatang dasar laut.- Pergerakan magma yang berlaku secara
berterusan menyebabkan retakan menjadisemakin membesar.
- Dasar laut lama akan tertolak kearahkedua-dua belah bagi membolehkan dasar
laut baru yang lebih besar terbentuk.- Ianya di buktikan dengan mengkaji batuan di
dasar lautan di mana batuan berdekatandengan permatang lautan adalah lebih muda
berbanding batuan yang jauh daripadapermatang lautan.
- Ini menunjukkan magma baru telah mengalirkeluar dan membeku di zon permatang dasar
lautan.- Batuan yang lebih jauh telah lama terbentuk.
(iii) TEORI TEKTONIK PLAT
http://4.bp.blogspot.com/-joRMsRsyQic/UA_QZ-SEIfI/AAAAAAAAA5I/q1RpjHH3ppU/s1600/a.jpg7/31/2019 GEOGRAFI STPM BAHARU - BAHAGIAN A PENGGAL 1 - KULIAH 7 - LANJUTAN 01
2/8
- Mengikut teori ini kerak bumi terdiri daripada kepingan-kepingan atau plat-plat.- Terdapat dua jenis plat iaitu plat benua dan plat lautan.- Plat-plat ini terapung di atas lapisan mantel dan arus perolakan daripada bahagian
mantel ini akan menggerakkan plat-plat tersebut.
Rajah: Sel-sel Arus Perolakan Magma di Bawah Kerak Bumi
- Pergerakan plat-plat dalampelbagai arah sama ada
mewujudkan pertembunganplat, pencapahan plat atau
perselisihan plat.- Daya mampatan (
pertembungan plat ) akanmenyebabkan kerak bumi
terlipat lalu menghasilkangunung lipat dan dayategangan ( pencapahan plat )
akan menghasilkan lurah.
http://2.bp.blogspot.com/-eZ5VcKYFieE/UA_TzOzO2vI/AAAAAAAAA5U/pDM4mCRD5M4/s1600/b.jpg7/31/2019 GEOGRAFI STPM BAHARU - BAHAGIAN A PENGGAL 1 - KULIAH 7 - LANJUTAN 01
3/8
Peta : Sempadan Plat-plat Tektonik Sekarang
JENIS SEMPADAN PLAT TEKTONIK
o Pergerakan plat-plat ke arah yang sama menghasilkan pertembungan. Kejadian inimewujudkan sempadan pertembungan.
o Manakala pergerakan plat-plat ke arah yang bertentangan menyebabkanterjadinyasempadan pencapahan / pemisahan.
Pergerakan Plat Secara Pertembungan
http://4.bp.blogspot.com/--AoBV3hpr_E/UA_Uo4hmvZI/AAAAAAAAA5c/Nps6gszNSSo/s1600/c.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-TzYcZDXJbYM/UA_UsevTN6I/AAAAAAAAA5k/JJNvC6Pvh-Y/s1600/d.jpghttp://4.bp.blogspot.com/--AoBV3hpr_E/UA_Uo4hmvZI/AAAAAAAAA5c/Nps6gszNSSo/s1600/c.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-TzYcZDXJbYM/UA_UsevTN6I/AAAAAAAAA5k/JJNvC6Pvh-Y/s1600/d.jpghttp://4.bp.blogspot.com/--AoBV3hpr_E/UA_Uo4hmvZI/AAAAAAAAA5c/Nps6gszNSSo/s1600/c.jpg7/31/2019 GEOGRAFI STPM BAHARU - BAHAGIAN A PENGGAL 1 - KULIAH 7 - LANJUTAN 01
4/8
Pertembungan Plat BenuaDengan Plat Lautan
Perhatikan Rajah di atas Plat Benua bertembung dengan Plat Lautan diatas
menunjukkan pertembungan antara plat benua dengan plat lautan. Kejadian ini
menyebabkanplat lautan menjunam ke bawah plat benua. lni berlaku kerana plat lautan lebih
tumpat. Di kawasan junaman, terbentuk jurang lautan yang dalam. Misalnya pertembungan Plat
Pasiflk dengan Plat Filipina menghasilkan Jurang Mariana yang merupakan jurang terdalam di
dunia.
Pertembungan Plat Benua
Dengan Plat Benua
Apabila Plat Benua bertembung dengan Plat Benuaseperti rajah di bawah, mampatan
benua akan berlaku. Batuan yang termampat menghasilkanbanjaran gunung lipat muda.
Kebanyakan banjaran gunung utama di dunia terbentuk dengan cara ini. Dalam pertembungan
ini, pinggir plat benua akan terlipat. Kejadian ini menghasilkan banjaran gunung di sepanjang
sempadan pertembungan
Pertembungan Plat Lautan Dengan Plat Lautan
http://3.bp.blogspot.com/-tX6OKThLyCY/UA_WJYCRZDI/AAAAAAAAA58/z7fePBgJM_g/s1600/g.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-eGmiQ0I5Sxo/UA_WG0SJ9_I/AAAAAAAAA50/b1P7tuYYLnI/s1600/f.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-MQvgsM-dEJg/UA_UvatKfsI/AAAAAAAAA5s/cbsEEXQstJM/s1600/e.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-tX6OKThLyCY/UA_WJYCRZDI/AAAAAAAAA58/z7fePBgJM_g/s1600/g.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-eGmiQ0I5Sxo/UA_WG0SJ9_I/AAAAAAAAA50/b1P7tuYYLnI/s1600/f.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-MQvgsM-dEJg/UA_UvatKfsI/AAAAAAAAA5s/cbsEEXQstJM/s1600/e.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-tX6OKThLyCY/UA_WJYCRZDI/AAAAAAAAA58/z7fePBgJM_g/s1600/g.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-eGmiQ0I5Sxo/UA_WG0SJ9_I/AAAAAAAAA50/b1P7tuYYLnI/s1600/f.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-MQvgsM-dEJg/UA_UvatKfsI/AAAAAAAAA5s/cbsEEXQstJM/s1600/e.jpg7/31/2019 GEOGRAFI STPM BAHARU - BAHAGIAN A PENGGAL 1 - KULIAH 7 - LANJUTAN 01
5/8
Apabila plat lautan bertembung dengan plat lautan seperti di rajah di atas, salah satu
daripadanya akanmenjunam ke bawah dan membentuk jurang lautan yang dalam. Plat yang
menjunam itu akan tertolak ke dalam mantel yang lebih panas. Pinggir plat berkenaan menjadi
cair akibat suhu yang tinggi. Batuan yang lebur itu naik dan membentuk gunung berapi di
dalam laut.
Peta : Plat Tektonik Asia Tenggara
http://2.bp.blogspot.com/-RJ8gOayb-64/UA_WMaFe4aI/AAAAAAAAA6E/TRO2jK5abZI/s1600/h.jpg7/31/2019 GEOGRAFI STPM BAHARU - BAHAGIAN A PENGGAL 1 - KULIAH 7 - LANJUTAN 01
6/8
Peta: Plat-plat Tektonik Yang Utama Di Dunia
KEJADIAN GEMPA BUMI
o Gempa Bumi ialah pergerakan atau gegaran kerak bumi secara tiba-tiba di kawasan
sempadan plat tektonik. Ia berlaku di pinggir plat apabila dua plat bertembungan, berselisih atau
berpisah dan tergelincir. Tenaga yang dihasilkan terkumpul di dalam kerak bumi kerana tidak
dapat keluar ke permukaan bumi.
o Akibatnya gelinciran berlaku dan tenaga yang terpendam itu akan terlepas secara tiba-tiba.
o Ini menyebabkan bahagian bumi berkenaan bergegar dan berlakunya kejadian gempa
bumi.
o Mengikut pengkaji, gempa bumi berlaku setiap hari tetapi kerana gegarannya kecil dan
berlaku di kawasan yang tiada penduduk, maka tiada belaku banyak kerosakan dan tiada
mangsa.
o Titik dimana sempadan plat yang pecah dipanggil focus gempa bumi, manakala titik
yang terletak di atas permukaan bumi iaitu yang secara menegak di atas focus
dipanggilepicenter. Apabila sesuatu plat pecah dan putus ia akan mengeluarkan gegaran
seismik yang boleh membawa kerosakan beribu-ribu km dari epicenter.
http://1.bp.blogspot.com/-JX-EFJPFNA4/UA_WQr9hOmI/AAAAAAAAA6M/nNz5UPBzyaE/s1600/i.jpghttp://1.bp.blogspot.com/-JX-EFJPFNA4/UA_WQr9hOmI/AAAAAAAAA6M/nNz5UPBzyaE/s1600/i.jpg7/31/2019 GEOGRAFI STPM BAHARU - BAHAGIAN A PENGGAL 1 - KULIAH 7 - LANJUTAN 01
7/8
o Kekuatan gempa bumi bergantung kepada jenis-jenis pergerakan seperti;-
1. gempa bumi di sempadan perpisahan plat lebih lemah biasanya bawah daripada magnitud
lapan dan focusnya sedalam 25 km.
2. gempa bumi disempadan perselisihan bermagnitud kurang daripada 8.3
3.
gempa bumi disempadan pertembungan boleh sampai sedalam 700 km dan bermagnitudmelebihi 9. Tenaga yang dibebaskan boleh bertukar bentuk pergerakan gelombang.
o Bagaimanapun gempa bumi yang besar berlaku sekali sekala yang boleh membawa
kemusnahan dan mengorbankan ramai penduduk.
o Ukuran kekuatan gempa bumi diukur dengan alat Seismograf dalam bacaan skala ritcher
diperkenalkan oleh Charles Ritcher 1935. ( Bacaan kurang daripada 2 tidak dirasai oleh manusia,
manakala bacaan lebih daripada 6 dianggap sebagai gempa bumi yang serius.)
o Laporan Gempa Bumi besar dalam sejarah yang dicatatkan adalah di China 1976 (
kematian 255 000 orang ), Jepun 1923 ( kematian 143 000 orang ), Peru 1970 ( kematian 66
000 orang ) dan Iran 1990 ( kematian 50 000 orang ).
o Lokasi kawasan aktif gempa bumi adalah
1. Sekitar Lautan Pasifik ( Lingkaran Api Pasifik )
2. Permatang Tengah Atlantik.
3. Kawasan Hotspots ( Hawaii, Valles, Yellowstone dan Lembah Long Island.
4. Jaluran Kawasan Mediterranean.
Rajah. : Keratan rentas kerak bumi Asia Tenggara yang menggambarkan proses-prosesPlat Tektonik( Gempa Bumi ) dalam zon pertembungan plat.
http://1.bp.blogspot.com/-2vALDsIc5Bg/UA_YBnkM1OI/AAAAAAAAA6Y/pXkNi1ozJKo/s1600/j.jpg7/31/2019 GEOGRAFI STPM BAHARU - BAHAGIAN A PENGGAL 1 - KULIAH 7 - LANJUTAN 01
8/8
Peta Dunia : Taburan gunung berapi, penara basalt dan kawasan gempa bumi yang utama
Gempa Bumi Di Aceh
http://4.bp.blogspot.com/-EpWka0dQ0QM/UA_YG-q3kGI/AAAAAAAAA6o/2FPRieqrXBU/s1600/l.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-no5vp_e2B3w/UA_YDxOcxII/AAAAAAAAA6g/sosU7xjPHT4/s1600/k.jpghttp://4.bp.blogspot.com/-EpWka0dQ0QM/UA_YG-q3kGI/AAAAAAAAA6o/2FPRieqrXBU/s1600/l.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-no5vp_e2B3w/UA_YDxOcxII/AAAAAAAAA6g/sosU7xjPHT4/s1600/k.jpg