Post on 16-Jan-2017
No. Isu No. Semakan Tarikh Kuatkuasa
01 00 01/10/2016
GARIS PANDUAN
GERAN GALAKAN PENYELIDIKAN INDUSTRI/KOMUNITI
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN
INDUSTRI/KOMUNITI
DOKUMEN INI ADALAH DOKUMEN TERKAWAL.
PENYALINAN TANPA KEBENARAN BERTULIS PENGURUSAN UKM ADALAH TIDAK DIBENARKAN
KANDUNGAN
PERKARA Muka surat
1.0 BAHAGIAN 1 (PERMOHONAN) 3
2.0 BAHAGIAN 2 (PENILAIAN) 8
3.0 BAHAGIAN 3 (KEPUTUSAN) 8
4.0 BAHAGIAN 4 (PEMANTAUAN) 9
5.0 BAHAGIAN 5 (LAIN-LAIN) 10
6.0 BAHAGIAN 6 (PERANAN) 11
7.0 BAHAGIAN 7 (CARTA ALIR) 12
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN
INDUSTRI/KOMUNITI
Page 3 of 12
1. BAHAGIAN 1 (PERMOHONAN)
1.1. Pengenalan
Geran Penyelidikan Universiti Industri/Komuniti merupakan salah satu inisiatif
strategik yang telah dibangunkan oleh portfolio HEJIM mulai 2010 - 2014 di
bawah Dana Universiti Penyelidikan (UP). Bermula tahun 2016, Pusat Pengurusan
Penyelidikan dan Instrumentasi di bawah portfolio Timbalan Naib Canselor (Hal-
ehwal Penyelidikan dan Inovasi) telah mengambil alih pengurusan geran ini bagi
membolehkan perancangan dan pemantauan projek dibuat dengan lebih
sistematik. Geran ini adalah untuk menggalakkan penyelidik menjalankan
penyelidikan kolaboratif multidisiplin yang memberikan impak kepada UKM,
wilayah, industri, komuniti dan negara.
1.2. Objektif
Geran Penyelidikan Industri
1.2.1. Meningkatkan kolaborasi penyelidikan dan inovasi dengan industri melalui
perolehan dana sumbangan kewangan atau bukan kewangan dari industri;
1.2.2. Membangunkan ekonomi, pengurusan atau pembangunan R&D bagi sektor
industri yang terlibat;
1.2.3. Mempertingkatkan pengembangan akademik dan kecemerlangan
penyelidikan universiti sebagai universiti penyelidikan melalui penyelidikan
dengan penglibatan berteraskan industri;
1.2.4. Menyumbang kepada KPI Universiti Penyelidikan melalui peningkatan
sumbangan dari industri, modal insan, penerbitan, inovasi, dan jaringan
kolaborasi di antara UKM dan industri.
Geran Penyelidikan Komuniti
1.2.5. Menggalakkan penyelidik UKM melakukan penyelidikan gunaan (applied
research) yang melibatkan masyarakat secara langsung;
1.2.6. Mengaplikasikan, mempertingkatkan hasil inovasi penyelidikan untuk
kepentingan masyarakat;
1.2.7. Mempertingkatkan pengembangan akademik dan kecemerlangan Universiti
sebagai universiti penyelidikan melalui penyelidikan dengan penglibatan
berteraskan masyarakat.
1.2.8. Meningkatkan kesejahteraan komuniti serta institusi-institusi awam seperti
sekolah, pusat-pusat latihan dan institusi tertiari terutama awam. Projek
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN
INDUSTRI/KOMUNITI
Page 4 of 12
juga boleh disasarkan kepada pertubuhan sukarelawan yang berfokus
kepada pembangunan komuniti.
1.3. Syarat dan Kriteria Permohonan
1.3.1. Pemohon mestilah kakitangan akademik tetap/kontrak yang aktif
berkhidmat untuk UKM;
1.3.2. Pemohon masih belum mengetuai sebarang projek penyelidikan yang aktif
atau telah tamat pada tahun semasa penilaian.
1.3.3. Memulakan jaringan kerjasama dengan industri/komuniti (contoh:
menjalankan kajian aset/keperluan, mengenal pasti kepakaran untuk
pelaksanaan projek dsb.
1.3.4. Dokumen sokongan kerjasama dari pihak industri/komuniti perlu
dikemukan sebagai bukti kerjasama.
1.3.5. Menarik sumbangan dana pihak luar (tunai/in-kind)
1.3.6. Membawa impak kepada industri/ komuniti sasaran melalui pembangunan
modul, intervensi, pemerkasaan dsb.
1.3.7. Penulisan bersama dengan Industri perlu dinyatakan.
1.3.8. Menyokong kepada Nic Penyelidikan dan Cabaran Perdana
1.4. Tempoh Penyelidikan
Jangkamasa projek adalah satu hingga dua tahun. Tarikh mula projek akan
ditentukan oleh Urusetia Dana dan tidak boleh diubah.
1.5. Siling Peruntukan adalah sebanyak RM50,000.00
1.6. Tatacara Permohonan
1.6.1. Pemohon perlu mengemukakan permohonan penyelidikan melalui Sistem
Maklumat Penyelidikan Universiti (SMPU);
1.6.2. Rujuk UKM-SPKP-CRIM-PK01-MO02: Manual Operasi SMPU - Pengguna
untuk langkah-langkah permohonan secara atas talian.
1.6.3. Permohonan perlu dikemukakan kepada CRIM sebelum atau pada tarikh
tamat permohonan. Permohonan yang lewat tidak akan dipertimbangkan.
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN
INDUSTRI/KOMUNITI
Page 5 of 12
1.7. Peraturan Perbelanjaan
1.7.1. Vot 11000 (Upah dan Elaun)
a) Melantik Pembantu Penyelidik (RA) atau Pembantu Penyelidik Siswazah
(GRA) mengikut kadar bayaran yang ditetapkan oleh UKM (Lihat Lampiran
A). Pelantikan ini diuruskan oleh CRIM.
b) Mengambil ingatan bahawa potongan KWSP caruman majikan dan
potongan Perkeso akan menggunakan peruntukan projek penyelidikan
untuk lantikan Pembantu Penyelidik (RA).
1.7.2. Vot 21000 (Perjalanan dan Pengangkutan)
a) Perbelanjaan merangkumi semua perjalanan dan pengangkutan dalam
negara yang berkaitan dengan projek.
b) Perjalanan yang dibenarkan adalah berdasarkan perancangan yang
telah diluluskan dalam Borang Cadangan Penyelidikan, dan ia tertakluk
kepada prosedur dan peraturan yang ditetapkan oleh Universiti;
c) Jumlah perbelanjaan untuk perjalanan tidak boleh melebihi 40%
daripada jumlah keseluruhan geran.
1.7.3. Vot 24000 (Sewaan)
Sewaan hanya dibenarkan untuk bangunan, peralatan, pengangkutan dan
barangan lain yang terlibat secara langsung dengan penyelidikan.
1.7.4. Vot 27000 (Bekalan dan Bahan Penyelidikan)
Hanya perbelanjaan yang berkaitan dengan penyelidikan sahaja yang
dibenarkan.
1.7.5. Vot 28000 (Baik Pulih Kecil dan Ubahsuai)
Hanya perbelanjaan untuk baik pulih dan pengubahsuaian yang kecil
terhadap bangunan, makmal, peralatan atau lain-lain barang yang
berkaitan dengan penyelidikan dibenarkan. Kos penyelenggaraan peralatan
sedia ada semasa projek dilaksanakan adalah dibenarkan. Selepas projek
selesai kos penyelenggaraan ini tidak akan ditanggung lagi oleh geran ini.
1.7.6. Vot 29000 (Perkhidmatan Ikhtisas)
a) Perkhidmatan - Lain-lain perkhidmatan termasuk percetakan, hospitaliti,
honorarium, perkhidmatan profesional, konsultasi, penggunaan
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN
INDUSTRI/KOMUNITI
Page 6 of 12
komputer, pemprosesan data dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan
dengan projek penyelidikan;
b) Perkhidmatan Khas/Belanja Pakai Habis - Perbelanjaan perkhidmatan
khas merangkumi kos menghadiri kursus jangka pendek untuk
mempelajari teknik-teknik khusus yang berkaitan dengan projek
Penyelidikan.
1.7.7. Vot 35000 (Aksesori dan Peralatan)
Pembelian peralatan adalah tidak dibenarkan di bawah vot ini.
*Perbelanjaan adalah tertakluk kepada peraturan sedia ada Universiti.
Perbelanjaan yang tidak dibenarkan untuk GPUI/K adalah seperti
pembelian peralatan komputer, kamera, video kamera, dam external hard
disk serta menghadiri persidangan di dalam dan luar negara.
1.8. Hasil Penyelidikan
1.8.1. Penerbitan
a) Bagi kategori Industri, projek Penyelidikan perlu menulis penerbitan
bersama rakan Industri.
b) Penyelidik perlu menghasilkan penerbitan mengikut jumlah peruntukan
yang telah diluluskan seperti berikut:
i. RM10,000.00 – RM29,000.00, 1 jurnal terindeks SCOPUS/ERA
ii. RM30,000.00 – RM49,000.00, 1 jurnal terindeks ISI WoS / 4 bab
dalam buku / buku penyelidikan dari penerbit tersohor
iii. Setiap RM50,000.00, 1 jurnal Quartile 1 atau Quartile 2 (Impak
faktor >=2.5) atau kertas Polisi atau Dasar yang diterima pakai di
peringkat kebangsaan.
c) Penghargaan kepada Universiti mestilah dinyatakan dengan jelas dalam
setiap penerbitan.
1.8.2. Harta intelek dan Hasil Pengkomersilan
Proses pendaftaran harta intelek dan pengkomersilan perlu melalui Pusat
Inovasi Kolaboratif (PIK).
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN
INDUSTRI/KOMUNITI
Page 7 of 12
2. BAHAGIAN 2 (PENILAIAN)
2.1. Penilaian
2.1.1. Permohonan akan dinilai oleh Jawatankuasa Penilaian
2.1.2. Perakuan daripada JK Penilaian akan dimajukan ke Jawatankuasa
Penyelidikan dan Penerbitan (JKP&P) untuk tujuan kelulusan.
2.1.3. Keputusan adalah muktamad.
2.1.4. Carta alir adalah seperti di Bahagian 7 (muka surat 11)
3. BAHAGIAN 3 (KEPUTUSAN)
3.1. Pemakluman Keputusan
3.1.1. Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon selepas
Mesyuarat JKP&P.
3.1.2. Pemakluman akan dibuat melalui emel SMPU. Pemohon diminta
mengemaskini e-mel yang aktif digunakan bagi mengelakkan maklumat
keputusan yang tidak sampai.
3.1.3. Sekiranya lulus, surat kelulusan akan dikeluarkan kepada penyelidik.
Penyelidik perlu mengembalikan Surat Pengakuan Menjalankan
Penyelidikan (UKM-SPKP-CRIM-PK01-L01) kepada CRIM dengan salinan
kepada Bahagian Kewangan Penyelidikan (BKP), Bendahari.
3.1.4. Sekiranya Penyelidik tidak mengembalikan Surat Pengakuan Menjalankan
Penyelidikan (UKM-SPKP-CRIM-PK01-L01) kepada CRIM, penggunaan
kewangan akan tertangguh.
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN
INDUSTRI/KOMUNITI
Page 8 of 12
4. BAHAGIAN 4 (PEMANTAUAN)
4.1. Laporan Kemajuan
Laporan kemajuan perlu dihantar seperti yang telah dijadualkan seperti berikut:
Penghantaran Laporan Laporan Kemajuan
Julai Januari / dari tarikh mula projek - Jun
Januari Julai / dari tarikh mula projek - Disember
Laporan kemajuan adalah melalui Sistem Maklumat Penyelidikan Universiti
(SMPU). Setiap Ketua Projek adalah tertakluk dengan tanggungjawab menghantar
laporan kemajuan seperti yang telah dijadualkan. Kegagalan berbuat demikian
akan menyebabkan peruntukan projek penyelidikan akan dibekukan sehingga
laporan kemajuan diterima.
4.2. Laporan Akhir
Laporan Akhir adalah melalui Sistem Maklumat Penyelidikan Universiti (SMPU).
Setiap Ketua Projek adalah tertakluk dengan tanggungjawab menghantar laporan
akhir dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tamat projek yang telah
ditetapkan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan Ketua Projek
disenarai hitam daripada memohon sebarang projek Universiti Penyelidikan.
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN
INDUSTRI/KOMUNITI
Page 9 of 12
5. BAHAGIAN 5 (LAIN-LAIN)
6.
5.1 Ketua Projek Berhenti
Fakulti perlu memaklumkan kepada CRIM tentang ketua projek yang telah /akan
berhenti perkhidmatan di UKM. Projek yang diluluskan akan terus kekal di F/I/P
berkenaan dan tidak boleh dipindahkan ke F/I/P lain.
5.2. Tambah Masa Tempoh Penyelidikan
Permohonan tambah masa boleh dipertimbangkan sekiranya projek masih aktif
dan terdapat aktiviti yang masih belum tercapai. Permohonan perlu menggunakan
Borang Permohonan Tambah Masa Projek Penyelidikan (UKM-SPKP-CRIM-PK03-
BO01). Syarat-syarat permohonan adalah:
i. Permohonan mestilah dikemukakan dalam tempoh tiga (3) bulan sebelum tarikh
tamat projek.
ii. Permohonan tidak boleh melebihi dua (2) kali sahaja.
iii. Tempoh tambah masa maksimum adalah selama 6 bulan bagi setiap
permohonan.
iv. Setiap permohonan perlulah disokong dengan Borang Laporan Penilaian
Prestasi dan Kemajuan Dana UP (UKM-SPKP-CRIM-PK02-BO01).
5.3. Penukaran V-Siri Peruntukan Projek
Permohonan penukaran V-Siri belanjawan projek penyelidikan boleh
dipertimbangkan sekiranya projek memerlukan pindahan kewangan berdasarkan
keperluan dan justifikasi yang kukuh. Permohonan hanya boleh dibuat SEKALI
sahaja dalam tempoh projek aktif.
5.4. Kes Khas
Pertimbangan dan pengecualian dalam kes-kes tertentu boleh diberikan
berdasarkan keperluan Universiti
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN
INDUSTRI/KOMUNITI
Page 10 of 12
7. BAHAGIAN 6 (PERANAN)
6.1. PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM)
Memaklumkan pelawaan permohonan geran penyelidikan kepada fakulti /
institut / pusat. (jika ada);
Menerima dan memproses permohonan yang dihantar dan di bawa ke sesi
penilaian;
Memaklumkan keputusan penilaian kepada Penyelidik;
Membuat pemantauan terhadap kemajuan projek penyelidikan.
6.3. FAKULTI / INSTITUT / PUSAT
Memaklumkan kepada Penyelidik sebarang perubahan dan perkembangan
terbaru mengenai geran penyelidikan di UKM;
Merekod setiap kelulusan projek penyelidikan;
Memaklumkan kepada CRIM berkaitan sebarang perubahan melibatkan
projek penyelidikan/penyelidik.
6.4. PENYELIDIK
Meneliti garis panduan geran penyelidikan sebelum memohon;
Memenuhi syarat-syarat permohonan seperti dikehendaki;
Memastikan projek penyelidikan berjalan dengan efektif untuk mencapai
objektif penyelidikan dan jejak kunci mengikut masa yang ditetapkan
dengan jumlah peruntukan yang diberi;
Mengemukakan laporan kemajuan penyelidikan setiap 6 bulan sekali dan
menghantar laporan akhir selepas projek tamat.
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN
INDUSTRI/KOMUNITI
Page 11 of 12
BAHAGIAN 7 (CARTA ALIR)
Mula
Pemakluman mengenai pembukaan
permohonan dikeluarkan
Terima dan semak permohonan proposal
penyelidikan
Lengkap? Penyelidik lengkapkan
permohonan proposal
penyelidikan
Hantar semula ke CRIM
Rekod permohonan
Daftar projek penyelidikan dalam SMPU
Tamat
Maklum Keputusan
Penilaian kepada Penyelidik dan BKP
Menyediakan kod projek penyelidikan
Maklum kepada
penyelidik
Fail dan rekod
Adakan Bengkel Penilaian Permohonan
Mesyuarat Jawatankuasa Penyelidikan & Penerbitan
Lulus?
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN
INDUSTRI/KOMUNITI
Page 12 of 12
TAMAT-
PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
43600 UKM BANGI
SELANGOR
NO. TEL: 03-89213184/5102/5631/4679/4064
NO. FAKS: 03-89254550
LAMAN SESAWANG: http://research.ukm.my