Post on 05-Dec-2014
description
22
FONETIK DAN FONOLOGI / 2
Unit
2
FONETIK DAN FONOLOGI
Pengenalan
Unit ini membincangkan hal tentang konsep Fonetik dan Fonologi bahasa Melayu
serta aspek kajiannya. Unit ini juga menjelaskan hal tentang bunyi bahasa, bukan
bunyi bahasa, bunyi bersuara dan bukan bunyi bersuara serta menerangkan alat-
alat artikulasi dan fungsinya dalam penghasilan bunyi bahasa bahasa Melayu.
Apakah yang Dimaksudkan dengan Bunyi?
Bunyi ialah kesan yang didengar oleh telinga yang berlaku apabila udara daripada
paru-paru keluar melalui pita suara ke rongga tekak, kemudian terus keluar ke
rongga mulut atau rongga hidung. Semasa udara keluar melalui rongga tekak dan
HASIL PEMBELAJARAN
Setelah selesai mempelajari unit ini, anda seharusnya dapat:
i. membezakan kajian fonetik dan fonologi bahasa Melayu, ii. menjelaskan aspek kajian fonetik artikulasi, akustik dan
fonetik auditori, iii. menganalisis bunyi bahasa, bukan bunyi bahasa, bunyi
bersuara dan bukan bunyi bersuara, iv. mengetahui alat-alat artikulasi dan fungsinya dalam
penghasilan bunyi bahasa Melayu.
23
FONETIK DAN FONOLOGI / 2
rongga mulut atau rongga hidung, udara mungkin mengalami gangguan atau
sekatan atau mungkin tidak. Udara yang keluar dalam bentuk gelombang itu
mengenai bahagian gegendang telinga dan terhasillah bunyi.
Tahukah Anda Pengertian Fonetik? Bunyi bahasa dikaji dalam bidang fonetik. Berikut diberikan beberapa definisi
atau pengertian serta pendapat tentang fonetik:
(i) Dalam The World Book of Dictionary (C.L. Barnhart & R.K. Barnhart,
1981:1566), fonetik dikatakan “the body of speech sounds of any one
language, and their relation to one another”.
(ii) Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana, 1984:51) memberikan
definisi fonetik sebagai “ilmu yang menyelidiki penghasilan,
penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa”.
(iii) Marsono dalam bukunya, Fonetik (1986:1) mendefinisikan fonetik
sebagai “ilmu yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa tanpa melihat
fungsi bunyi itu sebagai pembeda makna dalam sesuatu bahasa”.
(iv) W. Bright (1992:194) dalam International Encyclopedia of Linguistics
menghuraikan fonetik sebagai “the study of the physical
characteristics of human speech sounds”.
(v) Abdullah Hassan (1993:40) memberikan definisi fonetik sebagai
“fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan, pendengaran
atau sifatnya ... Fonetik amnya ialah pengkajian terhadap unsur-unsur
dalam bentuk bunyi”.
(vi) The Penguin Dictionary (2004:1046) menjelaskan fonetik sebagai “the
study and classification of speech sounds”.
(vii) Menurut Kamus Dewan (2005:354), “fonetik ialah ilmu bahasa
(linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang
yang menunjukkan sebutannya”.
24
FONETIK DAN FONOLOGI / 2
Tahukah Anda Pengertian Fonologi?
Bunyi-bunyi bahasa yang mempunyai sistem atau peraturan pula dikaji dalam
bidang fonologi. Antara definisi atau pengertian serta pandangan tentang fonologi
adalah seperti yang berikut:
(i) F. Parker (1974:112) memberikan pengertian fonologi sebagai “...
suatu bidang yang mengkaji sesuatu bahasa, iaitu rumus-rumus yang
menentukan sebutan”.
(ii) Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana, 1984:61) memberikan
definisi fonologi sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki
bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya.
(iii) Dalam World Book of Dictionary (C.L. Barnhart & R.K. Barnhart,
1981:1567), fonologi didefinisikan sebagai “the systems of sounds
used in a language”.
(iv) Abdullah Hassan dalam bukunya, Linguistik Am untuk Guru Bahasa
Malaysia (1993:40) menyatakan bahawa “fonologi mengkaji bunyi-
bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa itu”.
(v) Menurut J. Clark dan C. Yallop (1995:5) “phonology is concerned with
the organization of speech within specific languages”.
(vi) P. Roach dalam bukunya Phonetics, menjelaskan fonologi sebagai
“the study of the distinctive sound units of a language, the patterns
they form, and the rules which regulate their use” (2001:111).
(vii) Fonologi dalam The Penguin Dictionary (2004:1045) ditakrifkan
sebagai “the study of the sound systems of a language”.
2.1 Berikan definisi fonetik menurut tokoh yang anda tahu.
2.2 Rumuskan konsep fonetik berdasarkan definisi yang telah diberikan oleh tokoh-tokoh di atas.
25
FONETIK DAN FONOLOGI / 2
Tahukah Anda Konsep Fonetik dan Fonologi dalam Bahasa Melayu? Berdasarkan pelbagai definisi dan pengertian daripada beberapa buah kamus dan
ensiklopedia serta berdasarkan pandangan dan pendapat yang diberikan oleh
beberapa orang sarjana bahasa tentang fonetik dan fonologi, dapat kita rumuskan
bahawa fonetik mengkaji bunyi-bunyi bahasa yang dituturkan oleh manusia, iaitu
mengkaji bunyi-bunyi bahasa dari segi cara pengeluarannya, daerah
pengeluarannya dan alat-alat pengucapan yang terlibat dalam menghasilkan
bunyi-bunyi bahasa.
Dalam bidang fonetik, terdapat tiga aspek kajian yang dilakukan, iaitu:
(i) fonetik artikulasi
(ii) fonetik akustik
(iii) fonetik auditori
Fonetik artikulasi mengkaji bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dikeluarkan
oleh alat-alat artikulasi. Fonetik akustik pula mengkaji sifat bunyi itu sendiri, iaitu
bagaimana gelombang udara dari paru-paru mengalami perubahan yang
disebabkan oleh gangguan yang dibuat oleh alat artikulasi seperti pita suara, lidah,
bibir dan sebagainya (lihat rajah 2.1 – bentuk gelombang akustik). Fonetik
auditori pula merupakan kajian yang berkaitan dengan pendengaran terhadap
bunyi-bunyi yang dihasilkan supaya bunyi-bunyi itu dapat diperturunkan ke dalam
lambang-lambang yang tepat.
2.3 Jelaskan konsep fonologi berdasarkan pandangan tokoh yang anda tahu.
2.4 Bezakan konsep antara fonetik dengan fonologi.
26
FONETIK DAN FONOLOGI / 2
Rajah 2.1: Bentuk gelombang akustik bagi perkataan bahasa Inggeris “see” /si:/ (Sumber: P. Roach, 2001:40)
Fonologi pula dapat disimpulkan sebagai kajian terhadap fungsi-fungsi bunyi
bahasa. Maksudnya bidang fonologi menentukan sistem bunyi satu-satu bahasa
dengan berdasarkan jenis-jenis bunyi sama ada bunyi itu distingtif (membezakan
makna) atau tidak distingtif (tidak membezakan makna). Matlamat akhir bidang
fonologi ialah menentukan sistem bunyi atau menentukan huruf-huruf atau fonem-
fonem tertentu yang seterusnya mewujudkan sistem ejaan bagi sesuatu bahasa.
Oleh itu, apakah yang dimaksudkan dengan Fonetik dan Fonologi Bahasa
Melayu? Fonetik dan fonologi bahasa Melayu ialah bidang pengajian yang
melibatkan pengkajian terhadap bunyi-bunyi bahasa dan fungsi-fungsi bunyi
bahasa dalam bahasa Melayu. Kajian fonetik dan fonologi bahasa Melayu
meliputi bidang bagaimana bunyi-bunyi bahasa Melayu itu dihasilkan atau
dituturkan, misalnya bagaimanakah bunyi-bunyi vokal dan konsonan serta
diftong dalam bahasa Melayu itu dihasilkan. Apakah alat-alat artikulasi yang
terlibat dan daerah mana pada alat artikulasi yang berperanan dalam
menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dalam bahasa Melayu. Misalnya, bagaimanakah
cara menghasilkan bunyi vokal hadapan, vokal belakang, dan vokal tengah
dalam bahasa Melayu. Dalam bidang ini, juga turut dikaji pelbagai jenis bunyi
konsonan dalam bahasa Melayu seperti konsonan letupan, letusan, geseran,
sengau, separuh vokal dan seumpamanya. Bidang ini turut mengkaji jenis-jenis
diftong seperti diftong au, ai dan oi dalam bahasa Melayu (Abdul Hamid
Mahmood, 2002:198).
s i
27
FONETIK DAN FONOLOGI / 2
Tahukah Anda Bunyi Bahasa dan Bukan Bunyi Bahasa?
Dalam kehidupan, manusia menyedut udara setiap hari. Udara merupakan
sumber tenaga utama dalam penghasilan bunyi bahasa. Udara disedut ke dalam
paru-paru dan dihembuskan keluar bersama-sama waktu kita sedang bernafas.
Udara yang dihembuskan (atau dihirup untuk sebahagian kecil bunyi bahasa) itu,
kemudian mendapat halangan atau gangguan di berbagai-bagai tempat alat
artikulasi dengan berbagai-bagai cara sehingga terjadilah bunyi-bunyi bahasa.
Tempat atau alat artikulasi yang dilalui, antaranya ialah batang tenggorok, pangkal
tenggorok, kerongkong, rongga mulut, rongga hidung atau rongga hidung
bersama-sama dengan alat yang lain. Pada waktu udara mengalir keluar, pita
suara boleh berada dalam keadaan terbuka atau tertutup. Jika pita suara itu
terbuka, udara dapat keluar bagi menghasilkan bunyi-bunyi tidak bersuara. Jika
pita suara itu tertutup, udara yang keluar dengan kuat akan menggegarkan pita
suara, maka lahirlah bunyi-bunyi bersuara seperti bunyi vokal. Jika udara
mengalami gangguan atau himpitan, maka bunyi-bunyi yang dihasilkan merupakan
bunyi-bunyi konsonan. Bunyi bahasa tidak akan terjadi sekiranya tiada halangan
atau gangguan pada alat artikulasi seperti dalam bernafas.
Bunyi bahasa ialah bunyi yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia yang
digunakan dalam pertuturan. Bunyi yang bukan bunyi bahasa pula merupakan
bunyi yang mungkin dihasilkan oleh alat artikulasi, tetapi tidak digunakan dalam
pertuturan, misalnya bunyi batuk, bunyi siulan, bunyi sendawa, bunyi dehem, bunyi
berdengkur dan seumpamanya. Bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat yang bukan
alat artikulasi seperti bunyi lipatan jari, tepuk tangan dan seumpamanya juga
bukan bunyi bahasa. Rajah 2.2 yang berikut menunjukkan proses penghasilan
bunyi.
2.5 Bincangkan aspek-aspek kajian bidang fonetik; fonetik artikulasi, fonetik akustik dan fonetik auditori.
28
FONETIK DAN FONOLOGI / 2
Rajah 2.2: Proses Penghasilan Bunyi (Sumber: B.William, 1992:195)
Proses oral
Proses sebutan
(artikulasi)
Proses penghasilan
bunyi (fonasi)
Proses pengaliran
udara (menghembus
dan menghirup)
paru-paru
2.6 Dengan menyertakan gambar rajah, terangkan proses-proses yang terlibat dalam penghasilan bunyi.
2.7 Apakah yang dimaksudkan dengan bunyi bahasa dan bukan bunyi bahasa?
2.8 Berikan lima contoh bunyi bahasa dan
bukan bunyi bahasa.
29
FONETIK DAN FONOLOGI / 2
Apakah Alat Artikulasi? Seperti yang diterangkan bahawa bunyi bahasa terjadi jika udara mengalami
halangan atau gangguan pada alat-alat artikulasi. Secara terperinci, bahagian-
bahagian anggota tubuh yang ikut membentuk bunyi, baik secara langsung
ataupun tidak langsung ialah alat artikulasi. Alat artikulasi atau disebut juga
artikulator yang berfungsi dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa terdiri daripada
yang berikut:
(1) Paru-paru (lungs)
(2) Batang tenggorok (trachea)
(3) Pangkal tenggorok (larynx)
(4) Pita suara (vocal cords)
(5) Krikoid (cricoid)
(6) Tiroid (thyroid) atau halkum
(7) Aritenoid (arythenoids)
(8) Dinding rongga kerongkongan (wall of pharynx)
(9) Epiglotis (epiglottis)
(10) Akar lidah (root of tongue)
(11) Akar lidah, lidah belakang, pangkal lidah (hump, back of tongue, dorsum)
(12) Tengah lidah (middle of the tongue, medium)
(13) Daun lidah (blade of the tongue, laminal)
(14) Hujung lidah (tip of the tongue, apex)
(15) Anak tekak (uvula)
(16) Langit-langit lembut (soft palate, velum)
(17) Langit-langit keras (hard palate, palatum)
(18) Gusi dalam, gusi belakang, ceruk gigi, lengkung kaki gigi (alveola,
alveolum)
(19) Gigi atas (upper teeth, denia)
(20) Gigi bawah (lower teeth, denta)
(21) Bibir atas (upper lip, labia)
(22) Bibir bawah (lower lip, labia)
(23) Mulut (mouth)
(24) Rongga mulut (oral cavity, mouth cavity)
(25) Rongga hidung (nose cavity, nasal cavity)
30
FONETIK DAN FONOLOGI / 2
Rajah 2.3: Alat-alat Artikulasi
14
5 7
5 3
9
4
6
8
15
16
17
18
25
19
20
21
23
22 24
10
1
2
11
12
13
31
FONETIK DAN FONOLOGI / 2
Tahukah Anda Fungsi Alat Artikulasi? Setelah kita mengenali pelbagai jenis alat artikulasi yang berperanan dalam
penghasilan bunyi-bunyi bahasa, sekarang kita meneliti dengan terperinci fungsi-
fungsi alat artikulasi tersebut:
Paru-paru
Fungsi utama paru-paru adalah untuk pernafasan. Bernafas pada dasarnya ialah
mengalirkan udara ke dalam paru-paru. Proses ini disebut menarik nafas dan
mengeluarkan udara yang telah kotor. Proses ini disebut menghembuskan nafas.
Udara yang mengandungi O2 (oksigen) akan mengalir ke paru-paru jika
tekanan udara luar lebih besar daripada tekanan udara dalam paru-paru.
Berkurangnya tekanan udara dalam paru-paru kerana adanya pembesaran
ruangan, begitu pula sebaliknya. Udara akan mengalir keluar dari paru-paru hanya
apabila tekanan udara yang ada di dalam paru-paru lebih besar daripada tekanan
udara yang ada di luar, sehingga memungkinkan CO2 (gas karbon dioksida)
mengalir ke luar.
Selama manusia masih hidup, proses mengembang (pembesaran ruangan
paru-paru) dan mengempis (pengecilan ruangan paru-paru)nya paru-paru yang
dikerjakan oleh otot-otot paru-paru, otot perut dan rongga dada berjalan terus
secara teratur. Arus udara yang dari paru-paru inilah yang menjadi sumber syarat
mutlak terjadinya bunyi (K.L. Pike, 1947:4; B. Malmberg, 1963:21-22).
Epiglotis (katup pangkal tenggorok) terletak pada pintu masuk pangkal
tenggorok berfungsi untuk melindungi masuknya makanan atau minuman ke
batang tenggorok. Pada waktu kita menelan makanan dan minuman, epiglotis
menutup batang tenggorok sehingga makanan atau minuman tidak masuk ke
saluran itu. Dalam pembentukan bunyi bahasa, epiglotis ini tidak mempunyai
peranan apa-apa.
Pangkal Tenggorok (Larynx)
Pangkal tenggorok atau laring (larynx) adalah rongga pada hujung pipa
pernafasan. Rongga ini terdiri daripada empat komponen, iaitu (i) tulang rawan
krikoid, (ii) dua tulang rawan aritenoid, (iii) sepasang pita suara dan (iv) tulang
rawan tiroid (B. Malmberg, 1963:22). Tulang rawan krikoid berbentuk seperti
lingkaran sebagai tumpuannya terletak di belakang. Dua tulang rawan aritenoid
32
FONETIK DAN FONOLOGI / 2
bentuknya kecil seperti piramid terletak di atas rawan krikoid. Sistem otot aritenoid
dapat bergerak mengatur gerakan pada sepasang pita suara. Pita suara
bahagian muka terkait pada tulang rawan tiroid, sedangkan bahagian belakang
pada tulang rawan aritenoid. Sepasang pita suara dapat membuka lebar,
membuka, menutup dan menutup rapat. Fungsi utama pita suara ini adalah
sebagai pintu klep yang mengatur pengawasan arus udara antara paru-paru
dengan mulut atau hidung. Tulang rawan tiroid atau halkum yang dapat dilihat
berbentuk menonjol pada kaum laki-laki sebenarnya tidak begitu mempunyai
peranan yang bererti dalam pembentukan bunyi bahasa.
Keterangan: Garis putus dengan titik – menarik nafas Garis agak tebal – bernafas biasa (normal) Garis tipis di tengah – fonasi Garis putus melengkung di bawah – pergerakan arah aritenoid
Rajah 2.4: Proses Menutup dan Membukanya Glotis (Sumber: B. Malmberg, 1963:25)
Dengan peristiwa membuka dan menutupnya pita suara, maka terbentuklah
suatu celah atau ruang di antara sepasang pita suara. Celah itu disebut glotis.
Sehubungan dengan terjadinya bunyi dan pernafasan, maka glotis biasa
dibezakan atas empat posisi, iaitu dalam keadaan: terbuka lebar, terbuka, tertutup
dan tertutup rapat. Glotis dalam keadaan terbuka lebar terjadi apabila kita
bernafas secara normal. Glotis dalam keadaan terbuka dalam menghasilkan bunyi
tak bersuara; sedang dalam keadaan tertutup, sehingga memungkinkan arus
udara yang mengalir menggetarkan pita suara pada waktu menghasilkan bunyi
Tiroid (lekum)
Aritenoid
Krikoid
33
FONETIK DAN FONOLOGI / 2
bersuara. Proses menggetarnya pita suara itu sendiri disebut fonasi (phonation)
(B. Malmberg, 1963:23-25; P. Ladefoged, 1973:7-22). Yang terakhir, keadaannya
tertutup rapat, iaitu dengan menghasilkan bunyi hamzah. Rajah 2.5 yang berikut
dapat memperjelas huraian ini.
Keterangan:
1 - pita suara (celah, ruang, lubang pita suara)
2 - glotis (garis tempat pertemuan pita suara)
Rajah 2.5 : Keadaan Pita Suara Ketika Menghasilkan Bunyi (Sumber: P. Ladefoged, 1973:6)
tulang
rawan
aritenoid
1
2
tulang
rawan
aritenoid
1
2
1
2
tulang
rawan
aritenoid
1
2
tulang
rawan
aritenoid
Pita suara tertutup dalam menghasilkan bunyi bersuara
Pita suara tertutup rapat dalam menghasilkan bunyi hamzah
Pita suara terbuka lebar dalam bernafas normal
Pita suara terbuka dalam menghasilkan bunyi tak bersuara
34
FONETIK DAN FONOLOGI / 2
Rongga Kerongkongan (Pharynx)
Rongga kerongkongan atau faring (pharynx) ialah rongga yang terletak di antara
pangkal tenggorok dengan rongga mulut dan rongga hidung. Fungsi utamanya
adalah sebagai saluran makanan dan minuman. Dalam pembentukan bunyi
bahasa, peranannya terutama hanyalah sebagai tabung udara yang akan ikut
bergetar apabila pita suara bergetar. Bunyi bahasa yang dihasilkan oleh faring
disebut bunyi faringal (Bloch & George, L. Trager, 1942:16). Bunyi sebegini
terdapat dalam bahasa Arab dan Hebrew (M. Davenport & S.J. Hannahs,
1998:13).
Langit-langit Lembut (Soft Palate, Velum)
Langit-langit lembut (velum), iaitu bahagian lembut selepas langit-langit keras,
beserta bahagian hujungnya yang disebut anak tekak (uvula) dapat turun naik
sedemikian rupa. Dalam keadaan bernafas normal, langit-langit lunak beserta
hujung anak tekak menurun, sehingga udara dapat keluar masuk melalui rongga
hidung. Demikian pula pada waktu terbentuknya bunyi nasal. Dalam kebanyakan
pembentukan bunyi bahasa, iaitu bunyi non-nasal atau pada waktu kita menguap,
langit-langit lembut beserta anak tekaknya terangkat ke atas menutup rongga
hidung. Bunyi bahasa yang dihasilkan oleh langit-langit lembut ini disebut bunyi
velar. Dalam pembentukan bunyi, ia sebagai artikulator pasif, sedangkan
artikulator (aktif)nya ialah pangkal lidah. Bunyi yang dibentuk oleh pangkal lidah
(dorsum) disebut dorsal (Bloch & George L. Trager, 1942:16). Gabungan kedua-
duanya menjadi dorso-velar. Untuk bunyi yang dihasilkan dengan halangan anak
tekak (uvula) disebut bunyi anak tekak atau uvular.
Langit-langit Keras (Hard Palate, Palatum)
Langit-langit keras merupakan bahagian bertulang selepas gusi yang pada
bahagian depan langit-langit itu melengkung cekung ke atas dan bahagian
belakang berakhir dengan bahagian yang terasa lembut apabila diraba. Dalam
pembentukan bunyi bahasa, langit-langit keras ini sebagai artikulator pasif,
sedangkan artikulator aktifnya adalah hujung lidah atau tengah lidah. Bunyi yang
dihasilkan oleh langit-langit keras (palatum) disebut palatal (Bloch & George L.
Trager, 1942:15). Bunyi yang dihasilkan oleh hujung lidah (apex) disebut apikal
dan bunyi yang dihasilkan dengan halangan tengah lidah (medium) disebut medial.
Gabungan yang pertama menjadi apikopalatal sedangkan gabungan yang kedua
menjadi medio-palatal.
35
FONETIK DAN FONOLOGI / 2
Gusi Dalam (Alveola, Alveolum)
Gusi dalam (gusi belakang, ceruk gigi, lengkung kaki gigi, lekuk gigi) adalah
bahagian gusi tempat letak akar gigi depan atas bahagian belakang, terletak tepat
di atas serta di belakang gigi yang melengkung ke dalam menghadap lidah.
Dalam pembentukan bunyi bahasa, gusi ini sebagai artikulator pasif sedang
artikulator aktifnya adalah hujung lidah. Bunyi yang dihasilkan oleh gusi (alveola,
alveolum) disebut bunyi alveolar atau bunyi gusi. Bunyi yang dihasilkan oleh
halangan hujung lidah pada gusi disebut bunyi apiko-alveolar. Selain itu, dapat
juga gusi bekerjasama dengan daun lidah sebagai artikulator aktifnya. Bunyi yang
dihasilkan oleh daun lidah (lamina) disebut bunyi laminal. Gabungan kedua-
duanya menjadi bunyi lamino-alveolar.
Gigi (Teeth Denta)
Gigi terbahagi menjadi dua, iaitu gigi bawah dan atas. Walaupun gigi bawah dapat
digerakkan ke bawah dan ke atas namun dalam pembentukan bunyi bahasa tidak
banyak berperanan, hanya bersifat membantu sahaja. Yang berfungsi penuh
sebagai artikulator atau dasar artikulasi adalah gigi atas bekerjasama dengan bibir
bawah atau hujung lidah. Bunyi yang dihasilkan oleh gigi (denta) disebut bunyi
dental. Bunyi yang dihasilkan oleh bibir (labia) disebut bunyi labial. Bunyi yang
dihasilkan oleh halangan gigi atas dengan bibir bawah disebut bunyi labio-dental
dan yang dihasilkan oleh halangan gigi atas dengan hujung lidah disebut bunyi
apiko-dental. Fungsi utama gigi untuk mengunyah. Contoh-contoh bunyi yang
dihasilkan oleh gigi ialah [] seperti dalam perkataan hadith [hadi].
Bibir (Lip, Labia)
Bibir terbahagi menjadi dua, iaitu bibir bawah dan atas. Fungsi utama kedua-dua
bibir adalah sebagai pintu penjaga rongga mulut. Dalam pembentukan bunyi
bahasa, bibir adalah sebagai artikulator pasif bekerjasama dengan bibir bawah
sebagai artikulator aktifnya. Dapat juga bibir bawah sebagai artikulator aktif itu
bekerjasama dengan gigi atas, hasilnya ialah bunyi labio-dental. Contoh-contoh
bunyi yang dihasilkan oleh bibir ialah bunyi fonem [p], [b], [w], [m] dan bunyi labio
dental, [f] dan [v].
36
FONETIK DAN FONOLOGI / 2
Lidah (Tongue)
Fungsi utama lidah adalah sebagai alat perasa dan untuk memindahkan makanan
yang akan atau sudah dikunyah. Dalam pembentukan bunyi bahasa, lidah sebagai
artikulator aktif mempunyai peranan yang amat penting. Lidah dapat dibahagi
kepada lima bahagian, iaitu akar lidah (root), pangkal lidah (dorsum), tengah lidah
(medium), daun lidah (lamina) dan hujung lidah (apex). Akar lidah bekerjasama
dengan rongga kerongkongan menghasilkan bunyi dorso-velar. Tengah lidah
bekerjasama dengan langit-langit keras menghasilkan bunyi seperti [, ʒ , y].
Hujung lidah bekerjasama dengan langit-langit keras menghasilkan bunyi seperti
[l]. Selain itu, hujung lidah boleh bekerjasama dengan gigi atas untuk
menghasilkan bunyi [] seperti dalam perkataan mithal [mial], juga dengan gusi
untuk menghasilkan bunyi [t, s], seperti dalam perkataan [tadi] dan [sapu].
2.9 Namakan alat-alat artikulasi dalam rajah di bawah.
37
FONETIK DAN FONOLOGI / 2
Apakah Bunyi Bersuara dan Bunyi Tidak Bersuara? Bunyi bersuara dan bunyi tidak bersuara ini mempunyai kaitan dengan keadaan pita suara seperti yang digambarkan dalam rajah 2.6 yang berikut:
v
i
xi
xii
ix
vi
viii
vii
iv
ii
iii
x
38
FONETIK DAN FONOLOGI / 2
Rajah 2.6: Keadaan pita suara (glotis) ketika: (a) tertutup, (b) terbuka untuk bunyi bersuara,
(c) terbuka untuk bunyi bisikan, (d) proses getaran (Sumber: J. Laver, 1993:188)
Sekiranya pita suara (glotis) itu tertutup rapat sewaktu udara keluar
melaluinya, maka berlakulah getaran pada pita suara dan bunyi yang dihasilkan
ialah bunyi bersuara. Contohnya, bunyi [b], [d], [g] dan bunyi-bunyi vokal.
(a)
(d)
(b)
(c)
39
FONETIK DAN FONOLOGI / 2
Rajah 2.7 : Tiga bentuk gelombang bunyi yang mungkin berupa getaran pada pita suara (Sumber: P. Ladefoged, 2006: 183)
Sebaliknya, jika pita suara (glotis) itu direnggangkan (terbuka) sewaktu udara
keluar melaluinya, maka getaran pada pita suara tidak berlaku dan bunyi yang
dihasilkan ialah bunyi tidak bersuara. Contohnya, bunyi [p], [t], [k], [f], [s] dan
seumpamanya.
2.10 Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai, huraikan perbezaan bunyi bersuara dan bunyi tidak bersuara.
40
FONETIK DAN FONOLOGI / 2
PANDUAN MENJAWAB SOALAN LATIHAN UNIT 2
2.1 Bagi soalan ini, jawapan anda harus mencakupi aspek-aspek berikut:
i. Definisi fonetik
ii. Berikan pendapat C.L. Barnhart & R.K. Barnhart dalam The World Book of
Dictionary
iii. Definisi yang diberikan oleh Harimurti Kridalaksana
iv. Definisi yang diberikan oleh Marsono dalam bukunya, Fonetik (1986)
v. Definisi yang diberikan oleh W. Bright (1992)
vi. Definisi yang diberikan oleh Abdullah Hassan (1993)
vii. Definisi yang diberikan oleh Menurut Kamus Dewan.
2.2 Bagi menjawab soalan ini, anda perlu:
i. Memberikan beberapa definisi yang diberikan oleh tokoh-tokoh yang
berlainan tentang ilmu fonetik
ii. Berdasarkan definisi oleh pelbagai tokoh tersebut, sila buat rumusan anda
sendiri terhadap ilmu fonetik.
2.3 Bagi menjawab soalan ini, anda perlu:
i. Memberikan beberapa definisi yang diberikan oleh tokoh-tokoh yang
berlainan tentang ilmu fonologi
ii. Berdasarkan definisi oleh pelbagai tokoh tersebut, sila buat rumusan anda
sendiri terhadap ilmu fonologi.
2.4 Bagi menjawab soalan ini, jawapan anda harus boleh:
i. Menjelaskan perbezaan antara fonetik dan fonologi
ii. Fonetik mengkaji bunyi-bunyi bahasa seperti bunyi vokal, konsonan, dll
iii. Fonologi mengkaji sistem bunyi bahasa, iaitu menentukan fonem-fonem
yang distingtif
iv. Anda juga harus membincangkan bagaimana fonem tersebut berperanan
membentuk suku kata dalam bahasa Melayu, dll.
2.5 Untuk menjawab soalan ini, anda harus boleh:
i. Memberikan penjelasan tentang jenis-jenis aspek fonetik bahasa Melayu
ii. Sila beri keterangan tentang fonetik artikulasi
iii. Sila beri keterangan tentang fonetik akustik
iv. Sila beri keterangan tentang fonetik auditori.
41
FONETIK DAN FONOLOGI / 2
2.6 Soalan ini memerlukan anda:
i. Melukis gambar rajah alat artikulasi yang terlibat dalam proses
penghasilan bunyi
ii. Menerangkan proses oral, proses sebutan (artikulasi), proses penghasilan
bunyi (fonasi), proses pengaliran udara (menghembus dan menghisap)
dan paru-paru.
2.7 Untuk menjawab soalan ini, anda perlu:
i. Menerangkan bunyi-bunyi yang dikatakan bunyi bahasa dan bunyi yang
bukan bunyi bahasa
ii. Berikan juga ciri-ciri bunyi bahasa dan bukan bunyi bahasa.
2.8 Untuk menjawab soalan ini, anda perlu:
i. Memberikan contoh-contoh bunyi bahasa seperti bunyi vokal, konsonan,
diftong, vokal rangkap dan bunyi suku kata
ii. Contoh bukan bunyi bahasa termasuklah bunyi kentut, bunyi batuk,
berdehem, lipat jari, dll.
2.9 Untuk jawapan soalan ini, anda perlu:
i. Memerhatikan semua alat artikulasi yang terlibat dalam penyebutan
bunyi bahasa
ii. Sila berikan nama setiap alat artikulasi tersebut.
2.10 Untuk jawapan soalan ini, anda perlu:
i. Perlu membezakan antara bunyi bersuara dan bukan bunyi bersuara
ii. Sila berikan lima (5) contoh bagi bunyi bersuara dan bukan bunyi
bersuara yang meliputi bunyi vokal dan konsonan.
42
FONETIK DAN FONOLOGI / 2
Rujukan
Abdul Hamid Mahmood (1995). Ejaan bahasa Melayu terkini. Masa Enterprise. Abdul Hamid Mahmood (2002). Guru dan bahasa Melayu. Kuala Lumpur: City
Reprographic Services. Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Lo Abdullah (2007). Linguistik fonetik dan
fonologi bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Aslita Sdn. Bhd. Abdullah Hassan (1993). Linguistik am untuk guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya:
Fajar Bakti Sdn. Bhd. Alias Mohammad Yatim (1992). Fonetik dan fonologi suatu tinjauan. Kulim:
Penerbit Sarlis. Arbak Othman (1983). Permulaan ilmu linguistik. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise. Ashby, P. (1995). Speech sounds. London: Routledge. Barnhart, C.L. & Barnhart, R.K. (Ed.) (1981). The world book of encyclopedia
volume two. Toronto: World Book Inc. Bright, W. (Ed) (1992). International encyclopedia of linguistics. New York: Oxford
University Press. Clark, J. & Yallop, C. (1995). An introduction to phonetics and phonology (second
edition). USA: Blackewell. Crystal, D. (1986). A Dictionary of Linguistics and Phonetics. Oxford: Basil
Blackwell Ltd. Davenport, M. & Hannahs, S.J. (1998). Introducing phonetics & phonology.
Auckland: Arnold. Gleason, H.A. (1955). An introduction to descriptive linguistics. New York: Holt,
Rinehart & Winston. Harimurti Kridalaksana (1983). Kamus linguistik. Jakarta: Penerbit P.T. Gramedia
Jakarta.
43
FONETIK DAN FONOLOGI / 2 Hymes, D. (1966). Linguistics and Language Planning. Dalam Brigth (Ed.).
Sociolinguistics. Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar (2006). Fonetik dan fonologi siri
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Professional.
Istilah linguistik Bahasa Inggeris – Bahasa Malaysia, Bahasa Malaysia – Bahasa
Inggeris. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991. Jones, D. (1958). An outline of English phonetics. London: Heffer. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ladefoged, P. (1973). Preliminaries to linguistic phonetics. Chicago: University of
Chicago Press. Ladefoged, P. (1993). A course in phonetics (3rd. Ed). New York: Harcourt, Brace
and Jovanovich. Ladefoged, P. (2005). Vowels and consonants (second edition). Australia:
Blackwell Publishing. Ladefoged, P. (2006). A course in phonetics (fifth edition). Boston, MA: Thomson
Wadsworth. Laver, J. (1993). Principles of phonetics. New York: Cambridge University Press. Lutfi Abas (1985). Linguistik deskriptif, nahu bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka. Lyons, J. (1981). Noam Chomsky. New York: Penguin Modern Master University
Press. Malmberg, B. (1963). Phonetics. New York: Denver. Mangantar Simanjuntak (1991). Neurolinguistik dan Afasiologi: Satu kewujudan
kerjasama yang saling menguntungkan. Dewan Bahasa, 35(2). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Marsono (1986). Fonetik. Yogyakarta: Gadjah Mada University
Press.
44
FONETIK DAN FONOLOGI / 2
Martin, J.B. & Rahilly, J. (1999). Phonetics the science of speech. London: Arnold. Mohd. Taib Osman (2004). Budaya dan bahasa Melayu masalah dan harapan.
Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Nor Hashimah Jalaluddin (1998). Asas fonetik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. Parker, F. (1974). Linguistik untuk bukan ahli linguistik. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka. Pike, K.L. (1947). Phonetics: A critical analysis of phonetic theory and a technique
for the practical description of sounds University of Michigan Press. Rahmat Sato, H. (1998). Pengenalan fonetik dan fonologi. Kuala Lumpur: Fakulti
Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya. Roach, P. (2001). Phonetics. United Kingdom: Oxford University Press. Sudaryanto (1983). Linguistik. Yogyakarta: Gadjah Mada University Press.
The Penguin Dictionary (2004). London: Penguin Books. Verhaar, J.W.M. (1983). Pengantar linguistik. Yogyakarta: Gadjah Mada University
Press.