Post on 29-Mar-2019
FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN GEJALA PONTENG SEKOLAH
DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN TAMAN DESA SKUDAI ( SMKTDS ), SKUDAI, JOHOR
DARUL TAKZIM
FATIMAH BINTI ABDUL HAMID
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
( Matematik )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April 2006
iv
DEDIKASI
Untuk abah dan emak
Abdul Hamid bin Hashim
Zaharah binti Mohamed
Terima kasih atas doa dan restu
Semoga Allah s.w.t merahmatimu dunia dan akhirat.
Buat kakak dan adik-adik tercinta,
Zaleha, Mohd Zaki dan Muhamad Taufik
Terima kasih di atas segala pengorbanan, sokongan dan kasih
sayang kalian. Semoga kalian berjaya dalam kehidupan
Untuk insan tersayang
Mahad Akmal bin Abdul Hadi,
Rakan-rakan yang dikasihi
Wahid, Dibah, Eja, Ninie, Sha, Fana
serta teman-teman seperjuangan yang lain
segala bakti, pertolongan dan pengorbanan kalian
dalam membantu kejayaanku jutaan terima kasih ku ucapkan
dan akan ku kenang jasa kalian untuk selamanya.
v
PENGHARGAAN
Segala puji dan syukur kehadrat Illahi kerana dengan rahmat dan kasih-Nya
kajian ini dapat disiapkan. Selawat dan salam buat Rasul junjungan yang membawa
rahmat ke seluruh alam.
Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan melainkan ucapan terima kasih
dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing iaitu En. Yusof bin
Boon yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan dan bimbingan dalam
menyiapkan kajian ini.
Ucapan terima kasih juga kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan
Taman Desa Skudai serta guru-guru yang telah banyak memberi kerjasama semasa
kajian ini dijalankan.
Sekalung penghargaan kepada kedua ibu bapa, keluarga, rakan-rakan serta
mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan kajian ini.
vi
ABSTRAK
Ponteng sekolah merupakan salah laku yang sering menjadi bahan perbincangan
negara ini. Kajian telah menunjukkan terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi
gejala ponteng sekolah seperti faktor keluarga, persekitaran, rakan sebaya, guru dan lain-
lain. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk melihat adakah faktor sikap, ibu
bapa, rakan sebaya dan guru mempengaruhi masalah ponteng sekolah di kalangan
pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa Skudai
( SMKTDS ). Kajian ini adalah berbentuk diskriptif. Instrumen yang digunakan dalam
kajian ini ialah soal selidik dan telah diedarkan kepada 50 orang responden yang terlibat
dengan masalah ponteng di SMKTDS. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS
( Version 12.0 for windows ) mengikut frekuensi, peratusan dan min. Hasil kajian
menunjukkan faktor dominan yang mempengaruhi fenomena ponteng sekolah ialah
faktor sikap pelajar itu sendiri yang menunujukkan min tertinggi iaitu 3.31. Seterusnya
min bagi faktor guru adalah 3.14 diikuti dengan faktor rakan sebaya 2.98 dan faktor ibu
bapa 2.84. Dengan itu, adalah diharapkan agar hasil kajian ini dapat digunakan oleh
pihak pengetua, para guru, ibu bapa dan individu itu sendiri untuk mencari jalan untuk
menangani dan seterusnya membanteras gelaja ponteng sekolah di SMKTDS.
vii
ABSTRACT
Truancy in school is an offence that has been widely discussed in this country.
Truancy in school is influenced by several factors. Therefore, the purpose of this study
to identity whether the factors of students behavior, parents, peer groups or teachers
influence the case of truancy among students of form four Sekolah Menengah
Kebangsaan Taman Desa Skudai ( SMKTDS ). This study is a descriptive research. The
research instrument used is a set of questionnaire which was distributed to 50
respondents who were identified to be involved in truancy in SMKTDS. The data was
analyzed using SPSS system (version 12.0 windows) in frequency, percentages and
mean. The study found that the dominant factor in truancy in school is behavior with the
highest mean (3.31). it is followed by the influence by teacher (3.14), peer group factor
(2.98) and parents ( 2.84 ). Therefore, this study suggests that the principal, teachers,
parents and the students hold discussions to lessen and settle the truancy problem in
SMKTDS.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI LAMPIRAN xiii
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI SINGKATAN xv
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 5
1.7 Batasan Kajian 6
1.8 Definisi 6
1.8.1 Ponteng 6
1.8.2 Pelajar 7
1.8.3 Sekolah 7
1.8.4 Keluarga 8
1.8.5 Rakan Sebaya 8
1.8.6 Sikap 8
1.9 Penutup 9
x
BAB PERKARA MUKA SURAT
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 10
2.2 Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Ponteng 10
2.2.1 Sikap Pelajar 11
2.2.2 Ibu Bapa 12
2.2.3 Rakan Sebaya 14
2.2.4 Guru 15
2.3 Penutup 17
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 18
3.2 Reka Bentuk Kajian 18
3.3 Tempat Kajian 19
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 19
3.5 Instrumen Kajian 19
3.6 Kajian Rintis 21
3.7 Prosedur Kajian 22
3.8 Analisis Data 22
3.9 Penutup 23
xi
BAB PERKARA MUKA SURAT
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 24
4.2 Analisis Data 24
4.3 Bahagian A: Analisis Maklumat Latar Belakang
Responden
25
4.3.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 25
4.3.2 Taburan Responden Mengikut Keturunan 26
4.3.3 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan
Ibu Bapa/ Penjaga
27
4.3.4 Taburan Responden Mengikut
Pendapatan Ibu Bapa/ Penjaga
27
4.3.5 Taburan Responden Mengikut Bilangan
Adik-Beradik
28
4.3.6 Taburan Responden Datang Ke Sekolah 29
4.4 Bahagian B: Analisis Data Berdasarkan
Persoalan Kajian
30
4.4.1 Sikap Pelajar Terhadap Gejala Ponteng
Sekolah
30
4.4.2 Pengaruh Ibu Bapa Terhadap Gejala
Ponteng Sekolah
33
xii
BAB PERKARA MUKA SURAT
4.4.3 Pengaruh Rakan Sebaya Terhadap
Gejala Ponteng Sekolah
36
4.4.4 Pengaruh Guru Terhadap Gejala Ponteng
Sekolah
39
4.5 Penutup 42
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 43
5.2 Perbincangan Kajian 43
5.2.1 Faktor Sikap 44
5.2.2 Faktor Ibu Bapa 45
5.2.3 Faktor Rakan Sebaya 47
5.2.4 Faktor Guru 48
5.3 Rumusan 49
5.4 Cadangan 51
5.4.1 Pihak Pentadbir ( SMKTDS ) 51
5.4.2 Guru 52
5.4.3 Ibu Bapa 52
5.4.4 Diri Pelajar 53
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 54
5.6 Penutup 55
xiii
PERKARA MUKA SURAT
RUJUKAN 56
LAMPIRAN 57
LAMPIRAN A Surat Kebenaran Dari Pejabat Pelajaran
Daerah Johor Bahru
LAMPIRAN B Borang Soal Selidik
LAMPIRAN C Output Analisis Persoalan Kajian
xiv
SENARAI JADUAL
JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Pengelasan Item Soal Selidik 20
3.2 Pengelasan Tahap Penilaian Berdasarkan Min 21
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 26
4.2 Taburan Responden Mengikut Keturunan 26
4.3 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Ibu Bapa/
Penjaga
27
4.4 Taburan Responden Mengikut Pendapatan Ibu Bapa/
Penjaga
28
4.5 Taburan Responden Mengikut Bilangan Adik-Beradik 29
4.6 Taburan Responden Mengikut Cara Datang Ke Sekolah 29
4.7 Taburan Responden Mengikut Pengaruh Sikap
Terhadap Gejala Ponteng Sekolah
30
4.8 Taburan Responden Mengikut Pengaruh Ibu Bapa/
Penjaga Terhadap Gejala Ponteng Sekolah
34
4.9 Taburan Responden Mengikut Pengaruh Rakan Sebaya
Terhadap Gejala Ponteng Sekolah
36
4.10 Taburan Responden Mengikut Pengaruh Guru
Terhadap Gejala Ponteng Sekolah
39
xv
SINGKATAN
FPN : Falsafah Pendidikan Negara
IPT : Institusi Pengajian Tinggi
KBSM : Kurikulum Baru Sekolah Menengah
PIBG : Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SMKTDS : Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa Skudai
SPSS : Statistical Packages For The Social Sciences
JPN : Jabatan Pelajaran Negeri
UPSR : Ujian Penilaian Sekolah Rendah
PMR : Penilaian Menengah Rendah
PPD : Pejabat Pelajaran Daerah
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sekolah merupakan tempat untuk menimba ilmu pengetahuan dan juga
merupakan institusi pendidikan masyarakat yang akan membentuk pola budaya generasi
akan datang. Sekolah juga membawa peranan besar bagi memenuhi harapan negara bagi
mencapai cita-cita dan matlamat kita untuk menuju ke arah wawasan 2020. Sistem
pendidikan menjadi wadah dan wahana terpenting dengan mendudukung amanah dan
harapan bangsa yang sangat besar. Oleh yang demikian, sekolah yang memainkan
peranan sebagai institusi perlaksana terhadap harapan negara seharusnya menyediakan
landasan disiplin kepada masyarakat remaja sekolah dan ungkapan ini telah terungkap di
dalam Falsafah Pendidikan Negara ( FPN ).
“ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan kearah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
2
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap kehormatan
dan kemakmuran masyarakat negara.”
Matlamat FPN merupakan satu impian murni dan jika ianya berjaya dicapai
sudah tentunya akan mendatangkan kesan yang baik pada semua pihak. Maka guru
memikul satu tanggungjawab yang memerlukan pengorbanan untuk membentuk masa
depan para pelajar dan sifat kewarganegaran generasi masa akan datang. Kejayaan
untuk mengatasi segala cabaran dan halangan tesebut memerlukan iktikad dan keazaman
usaha yang berterusan dikalangan pendidik. Mampukah sekolah sebagai institusi
pendidikan negara merealisasikan matlamat FPN kita ? Harapan negara akan hanya
menjadi satu angan-angan jika masalah disiplin seperti ponteng, jenayah ( contoh:
menjual vcd lucah), kurang sopan, tidak jujur, menagih dadah dan buli tidak dapat
dikawal dan tetap berterusan.
Ponteng merupakan satu masalah yang telah diperdebatkan sejak tahun 70-an
lagi. Masalah ponteng ini dihadapi oleh semua sektor pengajian tidak kira di peringkat
rendah, menengah mahupun di peringkat Institusi Pengajian Tinggi ( IPT ).
Masalah ponteng paling ketara berlaku di kalangan pelajar sekolah menengah
dan lebih tertumpu kepada sekolah-sekolah yang terletak jauh daripada pusat bandar
ataupun di pinggir bandar. Menurut Hamdan ( 1999 ), terdapat tiga faktor yang
mempengaruhi serta memberi sumbangan besar kepada masalah ponteng ialah faktor
guru, rakan sebaya dan diri pelajar itu sendiri, manakala infrastuktur dan prasarana
sekolah hanyalah dikatogarikan sebagai faktor sederhana. Oleh yang demikian, kajian
ini dijalankan bagi melihat gejala ponteng yang sedang menular dengan lebih dekat
sekaligus melihat faktor-faktor yang telah mendorong ke arah berlakunya gejala ponteng
di kalangan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa Skudai
( SMKTDS ).
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Pelanggaran disiplin sekolah merupakan kes salah laku terhadap peraturan-
peraturan yang telah ditetapkan untuk membentuk pelajar menjadi manusia yang
berkeperibadian mulia. Ponteng adalah salah laku yang kerap dan tertinggi
peratusannya sebagaimana yang dinyatakan dalam laporan tahunan 1992 Bahagian
Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ketua pengarah, Tan Sri Abdul Rafie Mahat, berkata pihak Jabatan Pelajaran
Negeri ( JPN ) bersama Pejabat Pelajaran Bahagian dan Daerah ( PPD ) perlu turun
padang mengingatkan pengetua dan guru besar terhadap tanggungjawab mereka
menyusun serta melaksana program dan aktiviti yang menarik minat pelajar untuk terus
hadir ke sekolah. Beliau berkata, kementerian pelajaran memandang serius terhadap
laporan wujudnya peningkatan kes pelajar ponteng sekolah terutama selepas peperiksaan
awam seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR ) dan Penilaian Menengah
Rendah ( PMR ) ( Berita Harian, 2 Nov. 2004 ).
Masalah ponteng sekolah juga merupakan punca utama kemerosotan disiplin
dikalangan pelajar sekolah walaupun Kokurikulum Bersatu Sekolah Menengah
( KBSM ) telah dilaksanakan sejak tahun 1989 lagi. Namun salah laku ponteng sekolah
tetap dan masih berterusan. Sebahagian besar pelajar masih belum dapat menghayati
ilmu pengetahuan yang mereka pelajari. Kebanyakan remaja mudah merasa tertekan
dan terkongkong samada di sekolah mahupun di rumah. Bagi mengatasi masalah yang
mereka hadapi, mereka lebih suka bersendiri dan mengambil keputusan untuk lari dari
suasana sekolah atau pun bergiat dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Dengan
itu, peratusan pelajar-pelajar sekolah yang terlibat dengan aktiviti yang tidak bermoral
( pelacuran, rokok, dadah, pesta seks dan aktiviti yang meruntuhkan akhlak ) akan
sentiasa meningkat.
4
Faktor-faktor yang dikaitkan dengan masalah ponteng ini seperti keluarga,
sekolah, pengaruh rakan sebaya dan juga guru. Walaubagaimanapun, semua pihak tetap
memikul tanggungjawab yang sama untuk menangani masalah ini. Maka, kajian ini
dilaksanakan bagi mengkaji faktor-faktor yang mendorong belakunya gejala ponteng
sekolah yang di jalankan di SMKTDS.
1.3 Pernyataan Masalah
Masalah ponteng merupakan masalah yang sering melanda pelajar dipelbagai
peringkat bermula dari sekolah rendah hingga keperingkat yang paling tinggi iaitu di
Institusi Pengajian Tinggi ( IPT ). Matlamat falsafah pendidikan terancam apabila
Laporan Disiplin Pelajar tahun 1992, Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian
Pendidikan Malaysia yang menunjukkan ponteng sekolah merupakan kes disiplin
dengan peratusan tertinggi berbanding salah laku yang lain. Ponteng tidak boleh
dipandang remeh kerana kemungkinan pelajar yang ponteng akan dipergunakan oleh
anasir-anasir negatif untuk melakukan sesuatu yang membahayakan masyarakat.
Masalah ini perlulah diatasi dengan segera bagi mengelakkan daripada timbulnya
pelbagai gejala yang buruk lain rentetan daripada perilaku ponteng. Bagi mengurangkan
masalah ini, langkah pertama yang perlu dicari ialah punca dan faktor-faktor yang
menyebabkan berlakunya masalah ponteng sekolah. Oleh yang demikian, kajian ini
dijalankan untuk mengkaji faktor sikap, ibu bapa, rakan sebaya dan guru yang
menyebabkan wujudnya gejala ponteng di kalangan pelajar tingkatan empat SMKTDS.
5
1.4 Objektif Kajian
i. Mengenal pasti adakah faktor sikap menyebabkan pelajar-pelajar terlibat dalam
gejala ponteng.
ii. Mengenal pasti adakah faktor ibu bapa menyebabkan pelajar-pelajar terlibat
dalam gejala ponteng.
iii. Mengenal pasti adakah faktor rakan sebaya menyebabkan pelajar-pelajar terlibat
dalam gejala ponteng.
iv. Mengenal pasti adakah faktor guru menyebabkan pelajar-pelajar terlibat dalam
gejala ponteng.
1.5 Persoalan Kajian
i. Adakah sikap pelajar menyebabkan gejala ponteng di kalangan pelajar ?
ii. Adakah ibu bapa menyebabkan gejala ponteng di kalangan pelajar ?
iii. Adakah rakan sebaya menyebabkan gejala ponteng di kalangan pelajar ?
iv. Adakah guru menyebabkan gejala ponteng di kalangan pelajar ?
1.6 Kepentingan Kajian
Hasil kajian ini dapat mendedahkan kepada pihak sekolah punca masalah
ponteng di kalangan pelajar -pelajar SMKTDS. Oleh yang demikian, hasil kajian ini
diharapkan akan dapat membuka mata ibu bapa, guru, pihak sekolah, masyarakat dan
setiap individu bagi mencari jalan penyelesaian menangani gejala ponteng. Kejayaan