Post on 02-Mar-2019
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEPUASAN KERJA GURU
DALAM BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL BERDASARKAN TEORI
MASLOW DI SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH PASIR PUTEH, KELANTAN
AZURA BINTI MOHD NOR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEPUASAN KERJA GURU DALAM BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL BERDASARKAN TEORIMASLOW DI SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH PASIR PUTEH, KELANTAN.
SESI PENGAJIAN: 2003/2004.
Saya AZURA BINTI MOHD NOR
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalank
TIDAK TERHAD Disahkan oleh
__________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS). (TANDATANGAN PENYELIA).
Alamat tetap: PETI SURAT 1290, EN. AZLAN B. ABDUL LATIB KG. PANGGONG, ..................................................... 16800 PASIR PUTEH, KELANTAN. Nama Penyelia.
Tarikh: 12 MAC 2004 Tarikh: 12 MAC 2004
tinggi.
an).
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kejuruteraan Awam ).”
Tandatangan :
Nama Penyelia : EN. AZLAN B. ABDUL LATIB
Tarikh : 12 MAC 2004
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEPUASAN KERJA GURU DALAM BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL BERDASARKAN TEORI
MASLOW DI SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH PASIR PUTEH, KELANTAN
AZURA BINTI MOHD NOR
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan awam)
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
2003/2004
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri
kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan :
Nama Penulis : AZURA BINTI MOHD NOR
Tarikh : 12 MAC 2004.
DEDIKASI
Setitis tinta, sekalung ingatan, sejambak kasih buat:
Ayah & mek…. Perjalanan hidupku diiringi kasih, Tiap langkahku beserta sayang,
Denyutan nafasku selari dengan harapan, Untuk dibahagiakan dan membahagiakan kalian….
Kakak2 & adik…
Kasih kalian memberiku semangat, Sayang kalian memberiku kekuatan,
Perhatian dan pengorbanan kalian memberiku inspirasi, Kitalah harapan sang ayah dan ibu…
Teman-teman…
Empat tahun kita bersama, Menempuh pelbagai gelombang,
InsyaAllah, esok menjanjikan kecemerlangan, As, Elly, Ros, Linda, Fiza, Dayah & warga SPA,
Bersama kalian memberiku sejuta pengalaman dan kenangan… En. Azlan...
Setiap teguranmu akan kusisip sebagai ingatan…
Kalian…. Trimas atas segala bantuan dan pengorbanan,
Akan kusisip sebagai kenangan terindah selagi di beri keizinan-Nya…..
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan
hidayahNya, penyelidikan ini dapat disempurnakan seperti yang dicita-citakan. Selawat
dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh Allah yang amat
dikasihi.
Setinggi-tinggi ucapan penghargan kepada penasihat penyelidikan, En. Azlan B.
Abdul Latib yang tanpa jemu menghulurkan bimbingan, panduan, tunjuk ajar dan
nasihat. Terima kasih yang tidak terhingga dan hanya Allah S.W.T. yang mengetahui
dan membalas jasa-jasa yang sangat besar ini.
Sekalung ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Kelantan,
Pengetua- Pengetua dan guru-guru dari sekolah yang terlibat dan membantu secara
langsung dalam penyelidikan ini.
Penghargaan ini juga ditujukan khas ayah dan ibu yang tanpa jemu mendoakan
kejayaan saya serta harapan yang tinggi lebih sedekad yang lalu untuk anakmu ini ke
menara gading dan tidak lupa juga buat keluarga yang lain serta rakan-rakan yang
banyak memberi dorongan dan menghulurkan bantuan yang tidak termampu dibalas.
Akhir sekali terima kasih di atas segala pengorbanan, sokongan dan kasih sayang
ikhlas tanpa batas.
ABSTRAK
Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau faktor kepuasan kerja di kalangan guru
teknik dan vokasional berdasarkan Teori Maslow di Daerah Pasir Puteh, Kelantan. Skop
kajian melibatkan lima faktor iaitu faktor keperluan fisiologi, keperluan keselamatan dan
perlindungan, keperluan kasih sayang dan kepunyaan, keperluan peraga diri dan ego
serta keperluan kewujudan diri. Kajian ini melibatkan 37 orang guru dari enam buah
sekolah menengah akademik di Daerah Pasir Puteh, Kelantan. Sampel kajian ini hanya
terbatas kepada guru-guru dalam bidang teknik dan vokasional. Instrumen kajian yang
digunakan ialah satu set soal selidik yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian
A untuk melihat latar belakang responden dan bahagian B pula untuk melihat maklum
balas responden terhadap aspek pernyataan kajian. Data-data mentah dianalisis dengan
menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science, Version 11.0).
Data dianalisis dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min yang kemudian dikelaskan
kepada tiga kategori tahap pencapaian untuk peratusan dan lima kategori untuk min.
Hasil kajian menunjukkan bahawa kepuasan kerja guru adalah pada tahap sederhana.
Faktor keperluan fisiologi, keperluan keselamatan dan perlindungan, keperluan kasih
sayang dan kepunyaan serta keperluan peraga diri atau ego dikenalpasti sebagai faktor
kepuasan kerja di kalangan guru-guru tersebut.
ABSTRACT
This research was carried out to study the factor of teacher’s career satisfaction
among the technical and vocational teacher in academic school at Pasir Puteh, Kelantan
depends on Theory Maslow. The scope of literature are about five factor such
physiology requirement factor, safety and protection factor, affection and property
factor, ego factor and self materialize factor. This study involved 37 teachers among six
of academic school in Pasir Puteh. The instrument used in this descriptive study was a
set of questionnaires. The questionnaires were divided into two categories, category A
was the background of respondent and category B was statement based on the aspects of
the studies. The collected data were analyzed by using SPSS software (Statistical
Package for Social Science, Version 11.0). Data were analyzed into mode, percentage
and mean, and then it’s being categorized into three categories of achievement levels for
percentage and five categories of achievement for mean. The result of the study showed
that teacher’s satisfactions were moderate. Physiology requirement factor, safety and
protection factor, affection and property factor and ego factor known as the factor of
teacher’s satisfaction.
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT HALAMAN JUDUL i HALAMAN PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xi SENARAI RAJAH xiii SENARAI SINGKATAN xiv SENARAI LAMPIRAN xv
BAHAGIAN SATU PENDAHULUAN
BAB 1 PENDAHULUAN 1
1.0 Pengenalan. 1 1.1 Latar Belakang Masalah. 2
1.2 Pernyataan Masalah. 7
1.3 Objektif Kajian 7
1.4 Persoalan Kajian 8
1.5 Kepentingan Kajian 8
1.6 Batasan Kajian 9
1.7 Definisi Terminologi
1.8.1 Kepuasan kerja 10 1.8.2 Guru-guru teknik dan vokasional 10 1.8.3 Keperluan fisiologi 11
1.8.4 Keperluan keselamatan dan perlindungan 11 1.8.5 Keperluan kasih sayang dan kepunyaan 11
1.8.6 Keperluan untuk peraga diri atau ego 12 1.8.7 Keperluan pada kewujudan diri 12
1.9 Penutup 13
BAHAGIAN DUA SOROTAN PENULISAN
BAB II SOROTAN PENULISAN 14
2.0 Pengenalan 14 2.1 Teori Maslow 14 2.2 Kepuasan kerja 16
2.3.1 Gaji 16 2.3.2 Suasana pekerjaan 17 2.3.3 Kenaikan pangkat 18 2.3.4 Rakan sekerja 18
2.3 Kajian terdahulu mengenai kepuasan kerja 18
2.5 Penutup 20
BAHAGIAN TIGA METODOLOGI
BAB III METODOLOGI 21
3.0 Pengenalan. 21
3.1 Reka Bentuk Kajian 21
3.2 Instrumen Kajian. 22
3.4.1 Bahagian A 23 3.4.2 Bahagian B 23
3.3 Populasi kajian dan sampel kajian 24
3.4 Prosedur kajian 25
3.5 Kesahan dan kebolehpercayaan 26
3.6 Kajian rintis 26
3.7 Analisis data 27
BAHAGIAN EMPAT ANALISIS DATA
BAB IV ANALISIS DATA 29
4.0 Pengenalan 29 4.1 Analisis Bahagian A 29 4.1.1 Jantina 30
4.1.2 Kaum 30 4.1.3 Umur 31 4.1.4 Pengalaman mengajar 31 4.1.5 Pengkhususan 32 4.1.6 Mata pelajaran yang diajar 33
4.2 Analisis Bahagian B
4.2.1 Faktor keperluan fisiologi 34 4.2.2 Faktor keperluan keselamatan dan perlindungan36 4.2.3 Faktor keperluan kasih sayang dan kepunyaan38 4.2.4 Faktor keperluan peraga diri atau ego 40 4.2.5 Faktor kewujudan diri 41
4.3 Kesimpulan 42
BAHAGIAN LIMA RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN.
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN.43
5.0 Rumusan 43
5.1 Perbincangan 46
5.2 Cadangan. 50
BAHAGIAN ENAM BIBLIOGRAFI
` BIBLIOGRAFI 53
SENARAI JADUAL
JADUAL TAJUK MUKA SURAT 1.1 Analisis keputusan peperiksaan SPMV 5
Teori Teknologi PPU 3.1 Taburan item-item soal selidik mengikut 22
persoalan kajian. 3.2 Peringkat skala Empat Mata 22 3.3 Kelasifikasi kekuatan kolerasi 24 3.4 Analisis Tentang Skor Min 26 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 28 4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 29 4.3 Taburan Responden Mengikut Agama 30 4.4 Taburan Responden Mengikut Umur 30 4.5 Taburan Responden Mengikut bilangan 31 Adik Beradik dalam Keluarga 4.6 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan 32 Bapa/Penjaga. 4.7 Taburan Responden Mengikut Pendapatan 33
Bapa/ Penjaga 4.8 Taburan Responden Mengikut Gred Teori 34
Teknologi Dalam Peperiksaan Penggal Pertama.
4.9 Taburan Responden Jika Diberi Pilihan 34
Bertukar Kursus 4.10 Analisis Statistik Deskriptif Faktor Sikap Pelajar 36 4.11 Analisis Statistik Deskriptif Faktor Minat Pelajar 39 4.12 Analisis Statistik Deskriptif Pengaruh 41
Rakan Sebaya. 4.13 Analisis Statistik Deskriptif Faktor 43
Pengajaran Guru.
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Set Soal Selidik 66 B Surat Kebenaran Kementerian Pendidikan(EPRD) 67 C Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Pahang 68 D Surat Pengesahan UTM 69
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK
MUKA SURAT
3.1. Skala Likert. 23
3.2. Pembahagian soalan mengikut lima faktor utama 24
3.3. Bilangan guru yang terlibat mengikut sekolah 25
3.4 Skala Tiga Mata. 28
3.5. Tafsiran nilai peratus kajian 28
3.6. Skor bagi nilai min 29
4.1. Bilangan responden yang terlibat mengikut jantina 31
4.2 Bilangan responden yang terlibat mengikut pecahan
kaum
31
4.3 Bilangan responden yang terlibat mengikut kelas
umur
32
4.4 Bilangan responden yang terlibat berdasarkan tempoh
pengalaman mengajar
33
4.5 Bilangan responden yang terlibat mengikut
pengkhususan pengajian.
34
4.6 Bilangan responden yang terlibat mengikut mata
pelajaran yang di ajar di sekolah
35
4.7 Dapatan setiap item bagi faktor keperluan fisiologi 36
4.8 Dapatan setiap item bagi faktor keperluan
keselamatan dan perlindungan
38
4.9 Dapatan setiap item bagi faktor kasih sayang dan
kepunyaan
40
4.10 Dapatan setiap item bagi faktor peraga diri atau ego 42
4.11 Dapatan setiap item bagi faktor kewujudan diri 43
4.12 Perbandingan nilai peratusan setuju dan tidak setuju
antara min
44
SENARAI SINGKATAN
ERT : Ekonomi Rumahtangga
JPN : Jabatan Pendidikan Negeri
JUSA : Jawatan Utama Sektor Awam
KMT : Kemahiran Manipulatif Tambahan
KPM : Kementerian Pendidikan Malaysia.
LK : Lukisan Kejuruteraan.
NUTP : Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan
PTV : Pendidikan Teknik dan Vokasional
SJKC : Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
SPP : Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
SPSS : Statistical Packages for the Social Science
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A
Soal selidik
56
B Surat kebenaran EPRD 57
C Surat pengesahan UTM 58
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan Operasi dan produktiviti sesuatu organisasi berkait rapat dengan kecanggihan peralatan, teknologi, kewangan dan kekuatan tenaga manusia. Kesemua aspek ini diperlukan oleh sesebuah organisasi dan institusi kerja untuk membentuk keluaran yang memenuhi kehendak setiap lapisan masyarakat selari dengan pembangunan negara itu sendiri.
Pastinya setiap organisasi ini mempunyai objektif tersendiri yang perlu dicapai.
Oleh yang demikian, individu yang terlibat mestilah memperolehi kepuasan kerja
yang optimum. Ini bagi menjamin peningkatan motivasi, moral dan prestasi kerja ke
arah menghasilkan produktiviti yang tinggi (Abu Ajip, 1994).
Kepuasan kerja adalah kehendak naluri setiap individu yang bekerja. Kehendak ini akan mendorong kepada perasaan tanggungjawab dan penglibatan yang menyeluruh ke arah pencapaian matlamat kerjaya seterusnya menyumbang kepada kepentingan organisasi.
Isu kepuasan kerja ini bukan sahaja diperkatakan di kalangan pekerja industri malah
turut menjadi perhatian di kalangan guru-guru. Cooke dan Korubluh (1980) telah
menolak kenyataan bahawa guru-guru adalah golongan yang gembira berkhidmat
dalam profesionnya. Manakala Esah Sulaiman (2000) pula berpendapat bahawa
sebelum Skim Gaji Aziz diperkenalkan dalam tahun 1970an, perkhidmatan
perguruan adalah profesion yang tidak menarik jika dilihat dari segi gaji dan
perkhidmatan.
Walau bagaimanapun, pendidik yang kreatif, cekap, bermotivasi tinggi dan
berhemah mulia diperlukan oleh institusi pendidikan bagi melahirkan pelajar
sebagaimana matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Abu Ajip, 1994). Pihak
kerajaan, pentadbir dan perancang sentiasa mengharapkan agar guru-guru sentiasa
menyemai dan mempunyai cita-cita yang unggul dalam melaksanakan tugas
mendidik.
Kepuasan kerja merupakan keperluan utama manusia sebagai pekerja dan harus
dipenuhi bagi mencapai tahap kesempurnaan kendiri. Herzberg (1959), Mc Gregor
(1960), Arggeris (1964) dan Maslow (1970) merupakan pengkaji-pengkaji yang
menekankan tentang kepuasan kerja. Walau bagaimanapun, kepuasan kerja banyak
bergantung kepada nilai pekerjaan itu mengikut taksiran atau penilaian individu itu
sendiri.
1.2 Latar Belakang Masalah
Menurut Teori Maslow, terjemahan Ahmad Atory Hussain (1986), terdapat beberapa
peringkat atau hierarki keperluan manusia. Keperluan-keperluan di peringkat
tertentu mestilah disempurnakan secara total atau sebahagian. Apabila tekanan
untuk mendapatkan makanan dan keselamatan sukar diperolehi atau dicapai oleh
individu, pola kepuasan terhadap keperluan-keperluan tadi terus mempengaruhi
tindakan dan tingkah lakunya. Oleh itu, motivasi di peringkat yang lebih tinggi
seperti keinginan kasih sayang, penghormatan dan penglahiran hasrat diri adalah
tidak bermakna dan kurang berperanan selagi keinginan di peringkat awal masih
belum dipuaskan. Manusia adalah didorong oleh keinginan kepada makanan; oleh
keinginan kepada rasa selamat dan dilindungi; oleh kehendak hidup bermasyarakat;
oleh keinginan kepada kehidupan kasih sayang; kehendak kepada kehormatan,
penglahiran hasrat diri dan penghargaan umum dari individu lainnya.
Keperluan-keperluan yang terdapat dalam teori Maslow dapat disusun seperti Rajah 1.1.
Keperluan kewujudan diri
Keperluan peraga diri atau ego
Keperluan kasih sayang dan kepunyaan
Keperluan keselamatan dan perlindungan Keperluan fisiologi
Rajah 1.1: Hierarki Keperluan Maslow
Hierarki Keperluan Maslow merupakan piramid yang mewakili aras keperluan
manusia. Setiap aras mempunyai kepentingan yang berbeza. Bahagian bawah aras
piramid merupakan keperluan asas bagi setiap individu. Keperluan fisiologi ini akan
cuba dipenuhi untuk memenuhi keperluan di peringkat yang lebih tinggi iaitu keperluan
yang lebih kompleks. Secara amnya manusia akan memenuhi keperluan pada peringkat
bawah terlebih dahulu. Apabila keperluan ini telah disempurnakan, keperluan pada
peringkat seterusnya akan menjadi kepentingan kepada mereka. Peningkatan ini akan
berterusan sehingga pada peringkat tertinggi hierarki. Hierarki keperluan yang tertinggi
ialah keperluan kewujudan diri. Semua hierarki keperluan yang telah disempurnakan
akan membantu manusia untuk berkelakuan dan hidup sebagai seorang insan yang
bahagia dan bersemangat dalam kehidupan mereka.
Faktor-faktor keperluan yang sama juga dipersetujui oleh Hertzberg dan rakan-
rakannya dalam mencari kepuasan hidup. Mereka mendefinisikan dua faktor keperluan
sebagai kepuasan dan ketidakpuasan atau faktor dorongan dan kesihatan. Faktor
pertumbuhan atau dorongan merupakan faktor instrinsik kepada pekerjaan, merangkumi
kejayaan, penghargaan terhadap kerjaya, kerja itu sendiri, tanggungjawab dan
keupayaan untuk meningkatkan lagi kebolehan. Manakala faktor kesihatan pula
merupakan faktor ekstrinsik kepada pekerjaan seperti polisi-polisi syarikat, gaji, status
dan keselamatan kerja yang terjamin. Faktor-faktor ini merupakan faktor-faktor yang
menentukan kepuasan (Ahmad Atory Hussain, 1986).
Melalui Teori Maslow dan Teori Dua Faktor Hertzberg ini, jelas menunjukkan
perkaitan antara kedua-duanya. Kedua-dua teori membincangkan faktor–faktor yang
sama dalam mencari kepuasan. Faktor-faktor yang sama juga diakui oleh pengkaji-
pengkaji yang lain dalam kajian meraka. Selain itu kepuasan kerja juga dikaitkan
dengan kebolehan individu menyesuaikn diri dengan suasana keadaan pekerjaannya.
Oleh yang demikian, kurangnya penyesuaian terhadap suasana kerja akan menjejaskan
tahap kepuasan kerja yang dialami.
Kebolehan penyesuaian juga merupakan ciri asas untuk berkomunikasi dengan
suasana kerja mereka (Abu Ajip, 1994). Kegagalan menyesuaikan diri menyebabkan
pekerja gagal mencapai tahap kepuasan dalam kerja mereka. Jika dilihat dalam
fenomena perguruan di Malaysia hari ini, terdapat situasi di mana ilmu yang dipelajari
tidak dapat digunakan sepenuhnya kerana berlainan bidang pengkhususan semasa
mengikuti kursus perguruan dengan pengkhususan pengajaran di sekolah.
Dalam kajian, ini pengkaji ingin melihat adakah faktor-faktor ini mempengaruhi
kepuasan kerja guru. Ini kerana akhir-akhir ini banyak isu yang dikaitkan dengan guru.
Terdapat banyak rungutan dan komen dari individu mahupun organisasi tertentu
khususnya yang terlibat dengan dunia perguruan tentang permasalahan yang terpaksa
ditempuhi oleh guru-guru. Menurut Laporan Tahunan Sekolah Menengah Kamil
(2001), wujudnya mata pelajaran baru seperti Reka Cipta khususnya meningkatkan lagi
permasalahan ini. Terdapat guru-guru dalam bidang teknikal dan vokasional yang tidak
mempunyai pengkhususan dalam bidang Reka Cipta terpaksa mengajar mata pelajaran
ini bagi mengatasi masalah kekurangan guru (Suara Kamil, 2001). Keadaan ini
menambahkan tekanan kepada mereka. Mereka perlu mencari sendiri pengetahuan yang
diperlukan bagi melaksanakan tanggungjawab ini. Kelapangan masa digunakan untuk
menambahkan pengetahuan dan kemahiran. Ini menyebabkan mereka kekurangan masa
untuk diperuntukkan kepada diri sendiri dan juga keluarga. Kegagalan menyesuaikan
diri dengan keadaan ini, menyebabkan sesetengah guru tidak mencapai kepuasan dalam
kerjaya mereka (Suara Kamil, 2001).
Jika dilihat dalam aspek pendidikan hari ini, pelbagai kes disiplin dilaporkan.
Adalah menjadi tanggungjawab guru dan ibu bapa untuk mengatasi masalah ini. Walau
bagaimanapun, terdapat segelintir ibu bapa yang memihak kepada anak-anak mereka
jika dikenakan sebarang tindakan salahlaku. Tindakan yang diambil oleh guru
dipersoalkan oleh mereka. Selain itu, guru-guru sendiri turut diancam oleh pelajar. Jika
keadaan ini berterusan, di manakah hak guru untuk bersuara seterusnya mencapai
kepuasan dalam kerjaya mereka.
Selain dari itu, isu kenaikan pangkat juga heboh diperkatakan. Dalam Berita
Minggu bertarikh 15 Disember 2002 yang lalu, terdapat aduan dari seorang guru yang
mempertikaikan tentang perlantikan yang sepatutnya diterima oleh beliau. Menurut
guru tersebut, sepatutnya perlantikan dilakukan lebih setahun yang lalu, tetapi hingga
laporan itu dikeluarkan dia tidak menerima sebarang perlantikan yang sepatutnya. Guru
tersebut mendakwa telah menghadiri temuduga pada Oktober tahun lalu. Bagi
menyelesaikan masalah ini, dia telah menghubungi Suruhanjaya Perkhidmatan
Pendididkan (SPP) tetapi SPP memberikan pelbagai alasan, termasuk alasan kerani yang
menguruskan perlantikan masih kurang cekap.
Manakala Datuk N Siva Subramaniam sebagai Setiausaha Agung Kesatuan
Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta pihak Jabatan Pendidikan
Negeri (JPN) mengambil iktibar daripada kes 20 orang guru di seluruh negara yang
belum mendapat borang opsyen SSM, tiga orang guru di Kedah tercicir daripada
kenaikan pangkat secara tempoh perkhidmatan, lima orang guru lepasan diploma di
Pulau Pinang dibatalkan perlantikan naik pangkat dan kontrovesi kenaikan guru besar di
SJKC di Selangor (Berita Minggu, 22 Disember 2002).
Walau bagaimanapun, menurut Tan Sri Musa Mohamad (Menteri Pendidikan),
kenaikan pangkat dan gaji hanya dorongan seketika tetapi tidak sepanjang masa bagi
sesetengah individu. Apa yang lebih penting ialah memberikan mereka kepuasan kerja.
Menurut beliau, kepuasan kerja hendaklah dipupuk melalui aspek pendidikan dan latihan
guru dan sikap mereka bekerja. Latihan dan kenaikan pangkat hanyalah merupakan satu
aspek pembaikan diri. Beliau juga berharap bahawa guru tetap mendapat kepuasan kerja
meskipun tidak mendapat kenaikan pangkat (Mingguan Malaysia, 18 Mei 2003).
Di sinilah pentingnya kepuasan dalam diri seorang pendidik sepanjang menjalankan
tugas mereka. Ini kerana aspek kepuasan kerja ini akan mempengaruhi
perkembangan kerjaya mereka merangkumi nilai dan sikap dalam diri mereka
sendiri. Apabila seseorang individu berjaya mencapai kepuasan diri, secara
langsung akan menyuntik semangat dan pandangan positif terhadap kerja mereka
seterusnya meningkatkan keyakinan mereka untuk berusaha mendidik pelajar
menjadi insan seimbang sebagaimana yang diperlukan oleh negara dan agama
khususnya.
Isu bebanan kerja juga turut mendapat perhatian Datuk N Siva Subramaniam. Beliau
berpendapat tugas merekod pelbagai borang mengenai pelajar termasuk kad 001-
002, buku laporan murid, buku rekod kokurikulum, dan salinan lembaran markah
yang perlu dilakukan oleh guru perlu dipermudahkan melalui penggunaan komputer.
Menurut beliau lagi, kekerapan guru bermesyuarat dan berbengkel di peringkat
daerah, jabatan dan kementerian perlu dikurangkan. Bebanan-bebanan kerja ini
dianggap tidak wajar diterima oleh guru-guru dan perlu diambil kira tentang
keperluannya semasa mereka di sekolah.
Fenomena ini telah melanda bidang perguruan sejak lama dahulu dan
menarik perhatian beberapa orang psikologi untuk menjalankan kajian bagi
mengetahui apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kepuasan kerja seseorang
individu. Secara amnya kepuasan kerjaya itu mungkin disebabkan oleh faktor
keperluan fisiologi, keperluan keselamatan dan perlindungan, keperluan kasih
sayang dan kepunyaan, keperluan peraga diri atau ego ataupun keperluan kewujudan
diri. Memandangkan masalah kepuasan kerja merupakan perkara dan isu yang
penting dan sering diperkatakan maka pengkaji merasakan bahawa adalah penting
kajian ini dijalankan.
1.3 Pernyataan Masalah
Kajian ini dijalankan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi kepuasan
kerja di kalangan guru dalam bidang teknik dan vokasional berdasarkan Teori Maslow
di sekolah-sekolah akademik di Pasir Puteh, Kelantan.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian yang dijalankan adalah seperti berikut:
i. Mengenalpasti adakah faktor keinginan fisiologi mempengaruhi kepuasan
kerja guru dalam bidang teknik dan vokasional.
ii. Mengenalpasti adakah faktor keselamatan dan perlindungan mempengaruhi
kepuasan kerja guru dalam bidang teknik dan vokasional.
iii. Mengenalpasti adakah faktor keperluan kasih sayang dan kepunyaan
mempengaruhi kepuasan kerjaguru dalam bidang teknik dan vokasional.
iv. Mengenalpasti adakah faktor keperluan peraga diri atau ego mempengaruhi
kepuasan kerja guru dalam bidang teknik dan vokasional.
v. Mengenalpasti adakah faktor kewujudan diri mempengaruhi kepuasan kerja
guru dalam bidang teknik dan vokasional.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian dijalankan berdasarkan persoalan kajian seperti:
i. Apakah faktor keperluan fisiologi mempengaruhi kepuasan kerja di kalangan
guru dalam bidang teknik dan vokasional?
ii. Apakah faktor keperluan kesalamatan dan perlindungan mempengaruhi
kepuasan kerja guru dalam bidang teknik dan vokasional?
iii. Apakah faktor keperluan kasih sayang dan kepunyaan mempengaruhi
kepuasan kerja guru dalam bidang teknik dan vokasional?
iv. Apakah faktor keperluan peraga diri dan ego mempengaruhi kepuasan kerja
guru dalam bidang teknik dan vokasional?