Post on 04-Aug-2015
1.0 Konsep bilik darjah mesra budaya
Dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat menarik perhatian
murid-murid seorang guru itu perlu mementingkan aspek pengurusan bilik
darjah yang mesra budaya. Pengurusan bilik darjah yang mesra budaya
ini secara tidak langsung dapat memenuhi keperluan murid yang terdiri
daripada pelbagai etnik dan budaya.
Menurut pendapat Fred Steele (1973), “ the effects of physical
setting in a classroom is a setting for social interaction, symbolic
identification, growth, security,shelter and pleasure”, dan kenyataan ini
disokong oleh Lambert (1994) yang menyatakan bahawa aspek
persekitaran fizikal seperti dengan siapa dan dimana pelajar duduk dapat
membantu dalam interaksi antara murid dengan persekitaran orang yang
ada disekeliling mereka.
Menurut pendapat John Dewey pendidikan adalah merupakan satu
proses pertumbuhan atau perkembangan manakala mengikut pendapat
James Mill pendidikan adalah satu proses memberi pertolongan kepada
anggota supaya dapat hidup dalam keselesaan dan kegembiraan. Selain
itu juga menurut pendapat John Mc Donald dalam bukunya Philosophy of
Education pendidikan jelas dapat dilihat melalui perbandingan antara
masyarakat primitive dan masyarakat moden.
Bilik darjah ialah tempat di mana berlakunya proses pengajaran
dan pembelajaran, pembentukan sikap dan tingkah laku murid-murid.
(Atan Long, (1986) Bagi mencapai tujuan ini maka sesebuah bilik darjah
itu perlu diatur dan disusun dengan rapi serta diawasi pula oleh guru.
Sesebuah bilik darjah yang biasa mempunyai kelengkapan asas seperti
kerusi, meja, papan tulis, almari dan papan kenyataan. Sekolah-sekolah
yang mampu akan menyediakan kemudahan yang lain mengikut
keperluan sesebuah kelas. Semua kemudahan yang disediakan akan
1
membantu melicinkan pengurusan supaya proses pengajaran dan
pembelajaran dapat melahirkan natijah yang baik dan sempurna.
Dalam aspek fizikal terdapat kerusi dan meja yang diubahsuai
mengikut keperluan aktiviti yang ingin dijalankan, mempunyai sumber
pencahayaan dan pengudaraan yang baik, mengecat dinding bilik darjah
mengikut warna yang bersesuaian dan menghias kelas dengan langsir
yang berwarna ceria yang dapat menarik minat murid-murid. Selain itu
melukis dinding kelas dengan lukisan mural yang bersesuaian dengan
pendidikan dan menyediakan peralatan keselamatan seperti alat
pemadam api serta pelan kebakaran.
Selain itu juga menyediakan sudut-sudut pembelajaran seperti
sudut boneka, sudut membaca dan sudut permainan. Hal ini kerana dapat
menarik minat dan merangsang minat murid untuk melakukan aktiviti yang
berfaedah. Dari segi penyusunan tempat duduk murid-murid pula guru
mestilah menyusun atur tempat duduk mereka dengan mencampurkan
antara etnik dan tidak hanya mengkelompokkan sesuatu kelompok etnik
sahaja.
Contohnya menyusun tempat duduk yang hanya terdiri dari etnik
melayu sahaja dan mengasingkan etnik yang lain. Hal ini boleh diatasi
dengan mencampurkan mereka antara etnik ini kerana dapat mewujudkan
saling interaksi sosial yang baik tanpa mengira kelompok sesuatu etnik
dan membezakan seseorang murid itu kerana etnik mereka.
Selain itu penglibatan murid-murid dalam menjalankan aktiviti-
aktiviti yang melibatkan kerjasama dan perkongsian idea dan pendapat
secara tidak langsung dapat meningkatkan interaksi sosial diantara etnik
pelbagai kaum yang duduk dalam satu komuniti persekitaran sekolah
yang sama. Penglibatan kesemua kaum dan etnik dapat mengelakkan
diskriminasi diantara kaum.
2
Dalam menghasilkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
guru memainkan peranan yang penting bagi merealisasikan perancangan
ini. Guru yang kreatif dan berfikiran jauh dapat memikirkan strategi
bagaimana untuk melibatkan kesemua etnik dan mempelbagaikan budaya
dikalangan etnik walaupun terdiri dari pelbagai kaum tetapi masih boleh
duduk bersama dan bersama-sama membangunkan negara tercinta.
Sebagai guru apabila hendak menghasilkan suasana bilik darjah
yang mesra budaya guru mestilah mendapatkan persetujuan murid
terlebih dahulu, menguruskan bilik darjah dengan sebaik mungkin dan
juga perlu menjadi model yang baik kepada murid-murid. Selain itu cuba
wujudkan suasana yang mesra dan saling menghormati antara satu sama
lain walaupun terdiri daripada pelbagai etnik dan agama yang berbeza
tetapi masih menghormati orang lain dan budaya yang diamalkan oleh
sesuatu etnik.
Selain itu juga faktor lain yang dapat mempengaruhi bilik darjah
yang mesra budaya ialah faktor sosial dimana dalam sesuatu komuniti
mestilah ada satu peraturan yang dapat menggariskan sesuatu perlakuan
yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan. Selain itu juga dalam
menjalankan sesuatu aktiviti terdapat beberapa prosuder yang mesti
dipatuhi hal ini secara tidak langsung dapat menyediakan dan
mendedahkan kepada seseorang itu bahawa setiap perkara yang
dilakukan memerlukan peraturan ataupun prosedur tertentu bagi
menjamin keberkesananya.
Selain itu juga wujudkan suasana pembelajaran yang baik yang
menghormati antara satu sama lain memanggil panggilan seseorang
dengan sopan dan menghormati hak orang lain. Bahkan menjalankan
tanggungjawab dan rutin kelas dengan sebaik mungkin.
Faktor emosi juga dapat mempengaruhi suasana bilik darjah yang
mesra budaya.hal ini dapat dibuktikan dengan gaya Kepimpinan guru
3
seperti autoritarian iaitu kawal murid melalui ganjaran dan hukuman dan
wujudkan suasana tertekan dan tidak kondusif dan mungkin emosi murid
terganggu. Sikap seorang guru demokratik dapat berkongsi
tanggungjawab dengan murid serta menggalakan dan tidak mendesak
murid untuk mencapai pencapaian yang tinggi impak dari sikap ini emosi
murid tidak tertekan dan laissez faire pula bermaksud kebebasan tanpa
had bermaksud bilik darjah tidak terurus, kucar kacir,tugasan yang tidak
mencukupi dan emosi murid tidak terkawal.
Selain itu juga perlu sentiasa memberikan peneguhan positif
dimana dapat menaikan semangat murid untuk mengikuti sesuatu sesi
pembelajaran di dalam kelas libatkan murid secara aktif dan wujudkan
komunikasi dua hala walaupun terdiri dari pelbagai etnik dan kaum. Selain
itu guru juga perlu mewujudkan sesuatu aktiviti yang dapat merangsang
pemikiran murid-murid dengan mewujudkan sesuatu kelainan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu perbetulkan setiap
perbuatan yang salah yang dilakukan oleh murid-murid agar mereka
mengetahui bahawa perbuatan itu salah dan tidak elok untuk dilakukan.
Selain itu berikan respon yang baik terhadap apa yang ditanya oleh
murid-murid agar mereka rasa dihargai. Guru juga perlu prihatin terhadap
keperluan murid-murid yang terdiri dari pelbagai etnik dan kaum agar
keperluan mereka dapat dipenuhi sebaik mungkin. Selain itu seseorang
guru itu perlu meminta pandangan dan pendapat murid-murid yang terdiri
daripada pelbagai kaum agar tidak wujudnya diskriminasi kaum
dikalangan pelajar. Bahkan fikirkan baik dan buruk sesuatu pilihan
sebelum melakukannya.
Jenis bilik darjah tradisi terlebih dahulu digunakan pada zaman
dahulu dimana sekumpulan pelajar mengikuti pelajaran yang disampaikan
oleh guru menggunakan kaedah keseluruhan kelas. Di dalam bilik darjah
jenis ini biasanya pelajar duduk mengikut susunan kerusi dan meja
sebaris demi sebaris. Guru lazimnya berdiri di hadapan bilik darjah dan
4
meyampaikan pengajaran menggunakan kaedah dan strategi tertentu.
Terdapat juga kerusi dan meja guru serta papan hitam yang digantung
dihadapan kelas.
Antara ciri-ciri bilik darjah ini adalah seperti berikut kerusi dan meja
disusun mengikut baris demi baris,pelajar yang rendah.bertubuh kecil dan
kurang pengelihatan dan pendengaran ditempatkan di hadapan,kerusi
dan meja pelajar disusun sesuai dengan kaedah pengajaran yang lebih
berpusat pada guru dan cara pengajaran keseluruhan kelas merupakan
kaedah mengajar utama di dalam kelas ini
Selain itu bilik darjah KBSR danKBSM pula terdiri dari segi
susunan fizikal,kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kaedah
kumpulan. Ini kerana program KBSR menekankan aktiviti pembelajaran
secara berkumpulan dan interaksi antara guru dengan pelajar serta
pelajar dengan pelajar sangat ditekankan. Dari segi strategi
pengajaran,pendekatan yang digunakan lebih bersifat berpusatkan pelajar
dan pengelibatan mereka secara aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran amat digalakkan.
Dari segi bentuk dan kemudahan,di dalam bilik darjah KBSR dan
KBSM disediakan ruang pembelajaran untuk memudahkan pelajar
menjalankan aktiviti pembelajaran. Selain itu bahan pengajaran dan hasil
pembelajran juga diletakkan di ruang tersebut. Hal ini menimbulkan
suasan bilik darjah yang menarik dan merangsang proses pengajran dan
pembelajaran.
Antara ciri-ciri bilik darjah ini adalahh seperti berikut kerusi dan
meja pelajar disusun mengikut kumpulan, pelajar dibahagikan mengikut
kumpulan tertentu berdasarkan kobolehan tersendiri, menggalakkan
pengelibatan pelajar secara aktif, menggunakan kaedah pengajaran dan
pembelajaran berpusatkan pelajar, kerap melaksanakan interaksi antara
guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar.
5
Seterusnya ialah bilik darjah terbuka wujud hasil daripada konsep
pendidikan terbuka. Menurut pendapat R.S Barth ada menyatakan
bahawa konsep pendidikan terbuka sebagai suatu pendekatan
pengajaran dan pembelajaran,ruang-ruang pembelajaran bahan-bahan
pelajaran serta penglibatan pelajar dalam membuat pemilihan daripada
pendekatan dan strategi pembelajaran. Jelasnya,dalam sistem pendidikan
terbuka,pelajar diberi peluang untuk merancang aktiviti pembelajaran
sendiri dan pengajaran guru dikurangkan ke peringkat minimum. Guru
hanya berperanan sebagai penasihat sebagai pembimbing dan memilih
bahan pengajaran dan aktiviti pengajaran samada secara berkumpulan
atau individu biasanya,pendekatan pengajaran secara berpasukan yang
melibatkan beberapa orang guru terlatih dalam pelbagai bidang
pengajaran digunakan untuk membimbing pelajar dalam bilik darjah
terbuka.
Situasi pengajaran di bilik darjah terbuka ini diubahsuai agar pelajar
senang bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk memilih bahan
pengajaran yang diminati dan menjalankan aktiviti pelajaran selepas
berbincang dengan guru. Antara ciri-ciri bilik darjah terbuka seperti berikut
pengajaran biasanya dijalankan dalam kumpulan kecil atau individu,
pelbagai aktiviti dilaksanakan dan jadual mudah diubah,.kaya dengan
bahan dan peralatan mengajar dan tiada kurikulum dihadkan. Pelbagai
mata pelajran diintegrasikan.
6
2.0 Implikasi susun atur bilik darjah dan kesannya ke atas murid
Implikasi susun atur bilik darjah ini kepada murid-murid adalah seperti
berikut dapat menyediakan diri murid dari segi fizikal, mental, emosi dan
peralatan pembelajaran agar tidak mengganggu proses penerimaan
sesuatu ilmu atau isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Selain itu
juga dapat menjadikan murid-murid jadi tenteram dan tidak terlalu kusut
dan rimas dengan suasana pembelajaran yang tidak kondusif.
Selain itu juga dari segi susun atur meja dan kerusi yang tidak
mengganggu perjalanan proses pembelajaran dan bersesuaian dengan
aktiviti yang dijalankan di dalam kelas. Hal ini juga memudahkan guru
untuk meninjau setiap murid-murid dan memudahkan pergerakan murid di
dalam kelas. Susun atur meja dan kerusi yang baik dapat menggalakkan
murid-murid untuk bertanya kepada guru dan memudahkan pergerakan
guru dan juga murid-murid.
Murid-murid bersemangat untuk mengikuti sesi pembelajaran ini
kerana suasana dan susun atur bilik darjah yang baik dari segi
pengudaraan dan pengcahayaan yang dapat membantu guru
menjalankan proses pengajaran dengan baik.
Selain itu dapat mengelakkan murid-murid merasa bosan dan jemu
untuk mengikuti pembelajaran. Ini kerana kekemasan dan susun atur
kelas yang baik dapat membantu seseorang itu untuk menerima sesuatu
ilmu dan merasa selesa dengan persekitaran bilik darjah yang baik.
Murid-murid juga belajar cara menghormati hak orang lain dimana
setiap murid telah mempunyai tempat duduk masing-masing dan
mempunyai kerusi dan meja masing-masing dan tidak mengambil tempat
orang lain sesuka hati. Hal ini dapat mengajar mereka menghormati hak
7
orang lain dengan baik. Mereka belajar bagaimana untuk menghormati
hak orang lain.
Selain itu juga implikasi kepada pelajar adalah memberikan
peluang sama rata dalam mendapatkan pendidikan dimana setiap murid
berhak mendapatkan ilmu pengetahuan dan berhak mendapatkan
suasana pembelajaran yang kondusif.
Murid-murid juga mudah untuk berinteraksi antara guru dan juga
rakan lain serta memudahkan mereka bertukar-tukar idea dan pendapat.
Hal ini dapat mewujudkan interaksi sosial yang baik dikalangan guru dan
pelajar didalam kelas.
Selain itu juga murid-murid rasa dihargai apabila guru bertanyakan
pendapat dan idea mereka bagaimana untuk meyediakan susun atur bilik
darjah yang mesra budaya dimana guru tidak menggunakan sepenuhnya
kuasa sebagai seorang guru tanpa mengendahkan pendapat murid-murid
tetapi guru juga perlu memberikan peluang kepada murid-murid untuk
menyatakan pendapat dan ini secara tidak langsung murid tersebut rasa
dihargai.
8
3.0 Penerangan kelas pendidikan khas idaman.
Bilik darjah dapat diertikan sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan
pembelajaran ( P&P ) dan merupakan tempat yang terpenting yang perlu ada
dalam sesebuah sekolah. Pengurusan bilik darjah yang efektif menyumbang
kepada kecemerlangan murid dalam pelajaran.
Pengurusan bilik darjah dapat ditakrifkan sebagai satu proses yang
memerlukan guru mengurus bilik darjah agar aktiviti P&P yang berkesan dapat
dijalankan. Menurut Guey R. Lefroncis ( 1999 ), dalam bukunya Psychology for
Teaching, pengurusan bilik darjah merupakan ‘ sesuatu konsep yang
komprehensif untuk pelbagai aktiviti guru yang dirancang dengan tujuan
memudahcarakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, merangkumi
tindakan disiplin, rutin harian, penyusunan tempat duduk, dan memperuntukkan
masa pelajaran, ‘.
Ringkasnya, pengurusan bilik darjah boleh dihuraikan sebagai proses
untuk membentuk dan mengekalkan sesuatu alam belajar dan iklimnya yang
kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran, demi mencapai objektif pelajaran
yang telah ditentukan. Banyak factor yang mempengaruhi pengurusan
persekitaran bilik darjah iaitu, fizikal, emosi dan sosial.
Pengurusan bilik darjah perlu menitikberatkan aspek persekitaran yang
mesra budaya agar suasana pembelajaran menjadi kondusif untuk murid yang
terdiri dari pelbagai latar bangsa dan budaya. Persekitaran bilik darjah yang
mesra budaya meliputi persekitaran fizikal dan persekitaran sosio-emosi.
9
Pengurusan fizikal bilik darjah bermaksud satu proses mendapatkan
penyertaan, kerjasama dan campur tangan ahli untuk mencapai objektif-objektif
organisasi atau kumpulan dalam sesuatu gerakerja. Lemlech ( 1998 )
menjelaskan bahawa pengurusan bilik darjah sebagai orchestra kehidupan.
Pengurusan bilik darjah memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan
prosedur dan sumber pengajaran. Aspek yang diberi keutamaan adalah
penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimumkan keberkesanan,
pematauan perkembangan murid serta tanggungjawab guru dalam memikirkan
terlebih dahulu masalah-masalah yang mungkin timbul.
Marzano ( 2003 ), menyatakan tindakan guru dalam bilik darjah
mempunyai impak dua kali ganda dalam pencapaian murid berbanding dengan
polisi sekolah berkenaan kurikulum, penilaian kerjasama antara guru dan
penglibatan masyarakat. Beberapa kajian yang telah dijalankan menunjukkan
banyak pemboleh ubah yang dibandingkan dengan pengurusan bilik darjah
mempunyai kesan besar dlama pencapaian murid. Oleh kerana tindakan guru
boleh memberikan impak yang besar, maka menjadi tanggungjawab besar bagi
guru untuk menyediakan persekitaran fizikal yang efektif bagi membantu
perkembangan murid dalam pembelajaran.
Persekitaran fizikal bilik darjah meliputi peralatan asas yang lengkap,
susunan meja dan kerusi yang memberi kemudahan kepada murid untuk
bergerak, cahaya yang mencukupi serta pintu dan tingkap yang terbuka
membolehkan pengedaran udara secukupnya, aspek keselamatan yang
dititikberatkan, peraturan kelas, aspek kebersihan dan keindahan bilik darjah
serta aspek pencahayaan, pengudaraan dan kedudukan meja murid mendorong
murid untuk memberikan tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran.
Pengurusan persekitaran emosi yang berkesan menjadi perangsang yang
akan membangkitkan dan mengekalkan minat seseorang murid ke arah
10
mencapai matlamat termasuk minat, sikap dan tingkah laku terhadap
pembelajaran mereka. Menurut Woolfolk ( 1990 ), motivasi atau kuasa dalaman
akan membangkit, mengarah dan mengawal minat dan tingkah laku murid. oleh
yang demikian, emosi murid harus diurus dengan berkesan supaya emosi
mereka sentiasa stabil untuk meneruskan aktiviti dalam pembelajaran.
Pengurusan persekitaran sosio-emosi ini terdiri daripada pujian dan galakan
guru, hubungan yang positif antara guru dan murid, serta pembinaan hubungan
yang positif antara rakan sekelas.
Pengkaedahan stesen kemahiran pengajaran dan pembelajaran untuk
kelas Pendidikan Khas bermasalah pembelajaran merupakan salah satu
pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak
berkeperluan khas di mana kanak-kanak berpeluang belajar melalui
pengalaman, belajar sambil bermain dan belajar mengikut keupayaan,
kebolehan serta minat masing-masing.
Kaedah stesen pengajaran dan pembelajaran merupakan satu alternatif
kepada kaedah sedia ada. Kaedah ini membolehkan murid-murid berkeperluan
khas belajar melalui kemudahan prasarana, bahan dan perkhidmatan sokongan
yang lain. Menurut Akta Pendidikan 1996, ( Peraturan-peraturan Pendidikan,
Pendidikan Khas 1997 ) menyatakan dalam melaksanakan kurikulum pendidikan
khas, guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran dan
pembelajaran, masa dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu
mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas. Justeru, kaedah
stesen ini direka bertujuan menyahut seruan Akta Pendidikan 1996.
Kaedah stesen pengajaran dan pembelajaran bermaksud suatu proses
pembelajaran yang sistematik di masa disediakan bilik atau sudut yang di
dalamnya diletakkan peralatan yang bersesuaian meliputi kemahiran asas
hingga ke peringkat yang lebih tinggi. Murid-murid diberi peluang melalui kaedah
11
“ hands on experience “. Kaedah ini dijalankan mengikut susunan jadual waktu
yang fleksibel. Kaedah stesen ini bertujuan untuk melengkapkan murid-murid
berkeperluan khas dengan kemahiran-kemahiran tertentu bagi mencapai
perkembangan yang menyeluruh selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Pendekatan ini memberi penekanan kepada pembelajaran
mengikut keupayaan, kecerdasan, kemahiran, kebolehan dan juga minat serta
peluang belajar menerusi pengalaman dan pengetahuan sedia ada.
Kaedah stesen membolehkan murid menguasai kemahiran kognitif,
psikomotor dan persepsi melalui penumpuan semasa proses pembelajaran.
Kaedah ini juga mampu meningkatkan minat murid untuk belajar kerana bahan
sokongan digunakan dengan lebih efektif. Kaedah stesen pengajaran dan
pembelajaran membolehkan murid mengamalkan nilai-nilai Islam dalam
kehidupan seharian untuk murid beragama Islam serta menghayati dan
mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.kaedah ini juga boleh
meningkatkan disiplin diri melalui penglibatan secara aktif dalam pengajaran dan
pembelajaran yang tersusun. Selain daripada itu, kaedah ini direka bertujuan
agar murid dapat menguasai kemahiran komunikasi, mempunyai keyakinan dan
konsep kendiri yang positif, mengembangkan potensi, bakat, daya kreatif dan
intelek serta menguasai kemahiran asas kehidupan.
Terdapat 12 stesen yang direka di dalam pelan lantai kelas Pendidikan
Khas. stesen-stesen tersebut ialah, Stesen Pengurusan Diri, Stesen Manipulatif,
Stesen Jahitan, Stesen Pertukangan, Stesen Masakan, Stesen Bahasa Melayu /
Bahasa Inggeris, Stesen Matematik, Stesen Seni, Stesen Moral / Agama Islam,
Stesen Muzik dan Stesen Sains Sosial dan Alam Sekitar. Kelas pendidikan khas
ini juga terdapat dua tandas iaitu, tandas murid lelaki dan perempuan, satu bilik
basuhan dan kawasan taman permainan dan taman psikomotor berpagar.
12
Setiap stesen ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri mengikut kreativiti
guru dan subjek stesen itu tersendiri. Sesebuah kelas yang standard perlu
mempunyai pintu hadapan dan pintu belakang. Ini bertujuan untuk mengelakkan
murid dan guru terperangkap di dalam kelas sekiranya berlaku kebakaran.
Perabot, peralatan dan kelengkapan yang terdapat di dalam kelas tidak
membahayakan seperti tidak tajam, tidak bertoksik dan tidak memudaratkan
murid. Setiap stesen mempunyai tempat ( kabinet ) yang sesuai untuk
menyimpan perlatan-peralatan yang bahaya. Selain daripada itu, dengan adanya
kabinet ini ruang di dalam kelas dapat dijimatkan dan kelas akan kelihatan lebih
kemas dan teratur. Kerusi dan meja bersesuaian dengan keperluan murid. bagi
murid yang menggunakan kerusi roda, meja khas perlu disediakan agar murid
tersebut merasa selesa untuk belajar di dalam kelas. Susunan kerusi dan meja
juga perlu disesuaikan dengan bilangan murid bagi setiap kelas agar susunan
yang diatur boleh memberikan keselesaan kepada murid dan memudahkan
mereka untuk bergerak di dalam kelas untuk melakukan aktiviti pembelajaran
Ruang yang luas juga perlu disediakan bagi memudahkannya bergerak di dalam
kelas. Ruang yang luas ini juga boleh diguankan bagi aktiviti yang memerlukan
kawasan yang luas seperti aktiviti lakonan, drama, tarian atau pergerakan badan.
Susun atur perabot dan peralatan yang bersesuaian dan tidak menghalang
pergerakan aktiviti murid dalam kumpulan dan memudahkan interaksi dua hala.
Kemudahan asas seperti kipas, lampu sinki, tingkap, pintu depan dan pintu
belakang, punca kuasa elektrik mestilah mencukupi dan memenuhi kriteria yang
ditetapkan bagi keselesaan murid. Lantai jubin yang dipasang juga haruslah
tidak licin agar tiada murid atau guru yang tergelincir nantinya. Ruang stesen
mempunyai keluasan yang mencukupi bagi menampung bilangan murid yang
disarankan iaitu 6 orang setiap stesen. Ruang yang terhad akan membantutkan
pergerakan murid dan menjadikan guru tidak dapat mempelbagaikan pengajaran
mereka kerana keadaan ruang yang terhad.
13
Pemilihan perabot dalam stesen perlu mengambil kira ciri-ciri seperti
keselamatan, kandungan bahan yang digunakan, reka bentuk dan keperluan
penggunaannya. Perabot yang disediakan boleh diperbuat daripada kayu, besi
atau plastic. Contohnya, rak buku, meja dan almari diperbuat dari[ada kayu.
Perabot yang digunakan perlu bersesuaian dengan saiz fizikal ruang dan murid
supaya murid dapat belajar dalam keadaan selesa dan selamat. Contohnya,
penggunaan meja Jepun untuk aktiviti Pendidikan Seni mampu untuk
menjimatkan ruang dan memberikan kepelbagaian dalam kelas. Semasa guru
merancang untuk menempatkan perabot di stesen, keluasan fizikal ruang perlu
diambil kira supaya tidak mengganggu pergerakan aktiviti murid. Susun atur
perabot dan peralatan mestilah menimbulkan suasana yang menarik, ceria dan
kemas. Suasana ini akan membantu memberi ransangan minda kepada murid
Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Setiap perabot yang ditempatkan di
stesen perlu difikirkan dari segi keperluannya supaya tidak berlaku pembaziran
ruang. Contohnya, menempatkan katil di bilik urus diri dengan tujuan melatih
murid membuat latihan amali mengemas katil.
Aspek pencahayaan, pengudaraan dan kedudukan murid juga diambil kira
dalam pengurusan bilik darjah pendidikan khas. Setiap stesen dilengkapi dengan
kipas, pintu dan tingkap bagi memastikan pengudaraan bagi setiap stesen
berada dalam keadaan yang baik. Hal ini penting bagi memastikan murid berasa
selesa berada di dalam kelas dan menyihatkan tubuh murid dengan
pengudaraan yang baik. Setiap stesen juga dilengkapi dengan pencahayaan
yang cukup. Hal ini kerana pencahayaan amat penting bagi murid-murid
berkeperluan khas kerana ada sesetengah mereka mengalami masalah
penglihatan dan memerlukan kelas yang terang. Pencahayaan yang baik juga
penting dalam memberikan keselesaan kepada murid pendidikan khas serta
memudahkan mereka untuk menjalani aktiviti pembelajaran. Kedudukan murid
perlu diambil perhatian bagi setiap guru. Penyusunan murid di dalam kelas
mempengaruhi prestasi murid. Bagi kelas pendidikan khas, digalakkan guru
14
untuk menyusun atur meja dan kerusi secara hemisfera di mana, guru lebih
mudah untuk mengawal murid dan dapat membimbing murid secara individu. Hal
ini juga membantu bagi mereka yang berkerusi roda untuk lebih selesa berada di
meja sendiri dan memudahkan mereka untuk bergerak. Susunan meja sebegini
juga menggalakkan interaksi dua hala antara guru murid dan murid dengan
murid yang lain. Mereka akan mudah untuk berhubung kerana kontak mata
berlaku sesama mereka.
Melalui pelaksanaan sistem stesen ini, kemahiran murid dapat
dipertingkatkan ke tahap yang maksimum bagi membentuk sebuah kehidupan
yang lebih bermakna selaras dengan kehendak Jabatan Pendidikan Khas.
Sistem stesen ini juga mampu untuk memberikan keselesaan kepada murid
pendidikan khas untuk belajar seperti kanak-kanak normal yang lain.
15
4.0 Implikasi Kepelbagaian Budaya terhadap Halatuju Pendidikan di
Malaysia
Budaya yang diamalkan dalam kehidupan masyarakat kita diberikan beberapa
takrif mengikut kesesuaian dengan latar belakang masyarakat di sesuatu
kawasan. Budaya merangkumi setiap aspek kehidupan masyarakat tanpa
mengira kaum, bangsa dan agama.
Perkataan budaya berasal daripada cantuman bahasa Sanskrit dan
Melayu iaitu Buddhi (kecergasan fikiran dan akal) dan Daya ( kekuatan kuasa,
tenaga dan pengaruh)
Menurut Kamus Dewan (2005), budaya ditakrifkan sebagai kemajuan
fikiran, akal budi, kelakuan dan sebagainya. Budaya juga diklasifikasikan sebagai
satu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem
sosial, susunan organisasi ekonomi, pilitik, agama, kepercayaan, adat resam,
sikap dan nilai.
Budaya ditakrifkan dengan keseluruhan cara hidup manusia yang
merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir. Kebudayaan meliputi hasil
kehidupan kelompok yang bercorak kebendaan dan bukan kebendaan. Budaya
juga merupakan sesuatu yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.
Walaubagaimanpun, budaya boleh berubah mengikut peredaran masa dan
diterima bersama oleh sesebuah masyarakat.
Di Malaysia, kewujudan pelbagai kaum telah menyebabkan berlaku
pertembungan pelbagai budaya. Kepelbagaian budaya yang wujud ini jika tidak
dapat difahami oleh setiap kaum akan menyebabkan berlakunya pertumpahan
darah seperti sejarah negara terdahulu iaitu Peristiwa 13 Mei. Oleh itu, budaya
masyarakat Malaysia tersendiri perlu diterapkan dalam setiap individu bagi
mencapai perpaduan dan kemakmuran negara.
16
Melalui proses asimilasi budaya sesuatu kaum kepada kaum yang lain
serta proses amalgamasi dan akomodasi yang menjelaskan bahawa setiap etnik
perlu menyedari nilai dan norma antara satu sama lain. Ini bermaksud setiap
etnik tetap mempertahankan budaya mereka tetapi hidup harmoni dan saling
menghormati antara satu sama lain. Setiap etnik mestilah saling bergantung
antara satu sama lain dalam institusi tertentu seperti ekonomi dan pendidikan
untuk mencapai matlamat bersama. Berdasarkan huraian di atas, jelaslah
bahawa negara kita telah mengalami pelbagai proses dalam membentuk
kebudayaan masyarakat Malaysia. Seharusnya disedari bukan mudah untuk
membentuk satu bangsa Malaysia yang mampu saling menghormati budaya
antara etnik. Oleh itu, langkah untuk mewujudkan perpaduan antara kaum
dilaksanakan di dalam bidang pendidikan.
Dalam konteks pendidikan semasa, budaya di sekolah merupakan
sebahagian daripada budaya masyarakat. Murid- murid akan terdidik untuk
berbudaya sebagaimana yang dikehendaki oleh masyarakat. Budaya
masyarakat juga akan mempengaruhi budaya di sesebuah sekolah. Sebagai
warga pendidik, guru seharusnya bertanggungjawab untuk menerapkan nilai-
nilai yang sesuai dan boleh diterima pakai oleh semua lapisan masyarakat yang
terdiri daripada pelbagai kaum di Malaysia.
Sekolah harus berupaya menerapkan budaya melalui pendidikan formal
dalam kegiatan ko-kurikulum dan kurikulum. Ramai anak bangsa Malaysia telah
berjaya di bidang kurikulum. Pencapaian peperiksaan terutamanya Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM), Pencapaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah (UPSR) telah menunjukkan peningkatan setahun demi setahun
dengan adanya perancangan program dari pihak Kementerian Pelajaran
mahupun dari pihak sekolah sendiri. Melalui program sebeginilah perlunya
diterapkan budaya sebagaimana yang dikehendaki masyarakat.
Sebagai contoh, pelajar terbaik SPM tahun 2010,Nik Nur Mardiah yang
mencapai pencapaian terbaik dengan memperolehi keputusan 21A merupakan
pelajar yang dikategorikan oleh guru-guru sekolah sebagai seorang pelajar yang
17
rajin, bermotivasi tinggi dan menghormati guru serta rakan-rakan. Sifat seorang
pelajar inilah merupakan hasil acuan kepada budaya yang diterapkan di sekolah
dan masyarakat. Pelajar cemerlang seperti Nik Nur Madhiah mungkin akan
dihantar ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran. Secara tidak langsung
pelajar cemerlang seperti ini akan membawa budaya Malaysia ke merata dunia.
Bukan itu sahaja, pelajar Malaysia yang berada di luar negara akan turut
membawa pulang budaya asing. Budaya asing yang sesuai dan tidak
bercanggah, diterima dalam budaya masyarakat Malaysia. budaya yang diterima
seharusnya tidaklah bertujuan untuk meniru orang asing seperti gelaja sosial
yang tidak berfaedah, tetapi perlu ditiru budaya yang mampu memberikan
sumbangan yang berguna kepada negara khususnya. Oleh itu, budaya
merupakan sumber identifikasi kekitaan dalam kepelbagaian kelompok di
Malaysia dan perlu terus akan diamalkan bagi mengangkat martabat negara.
Sekolah juga haruslah berupaya menerapkan budaya melalui kegiatan
kokurikulum. Guru seharusnya berperanan untuk merealisasi hasrat Falsafah
Pendidikan Negara yang ingin melahirkan insan yang mampu memberikan
sumbangan untuk kemakmuran negara:-
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
(Falsafah Pendidikan Kebangsaan)
18
Kegiatan kokurikulum yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran
yang kini menghasratkan setiap pelajar menyertainya sehingga memperkenalkan
program “Satu Murid Satu Sukan” jelas merujuk kepada usaha kerajaan yang
mahu melahirkan seorang individu yang seimbang dari segi intelektual dan juga
emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Bidang
kerohanian juga tidak diketepikan bertepatan dengan budaya masyarakat
Malaysia yang mempunyai kepercayaan agama masing-masing.
Kegiatan kokurikulum di sekolah telah berupaya mengasah bakat murid
dan telah melahirkan ramai bintang sukan bertaraf dunia. Sebagai contoh Datuk
Lee Chong Wei jaguh badminton perseorangan dunia dan Azizulhasni Awang
yang mendapat gelaran “The Pocket Rocket Man” oleh dunia telah diasah
bakatnya di zaman persekolahan mereka. Bintang- bintang sukan bertaraf dunia
ini telah memberi sumbangan dalam mengharumkan nama Malaysia. Usaha ini
bertepatan dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara yang berhasrat
melahirkan individu yang seimbang dari semua segi iaitu jasmani, emosi, rohani
dan intelek.
Berdasarkan huraian di atas, kita harus dapat menikmati dan
memanfaatkan bersama kecemerlangan pencapaian setiap kaum dan budaya
sebagaimana masyarakat Melayu, Cina dan India sama-sama berasa bangga
dan megah melihat Datuk Lee Chong Wei, Azizulhasni Awang Datuk Nicol David
mencipta nama masing-masing untuk negara di dunia. Guru perlu menegaskan
kepada murid bahawa perlu diingat pencapaian peribadi itu tidak mungkin
berlaku tanpa sumbangan dalam pelbagai bentuk daripada kemudahan
kebangsaan selain daripada usaha peribadi individu itu sendiri. Kerjasama,
persefahaman dan komitmen antara kaum inilah yang perlu diwujudkan di
peringkat sekolah lagi.
Kepelbagaian budaya menyebabkan perlunya pemupukan kesedaran
kebangsaan dan kenegaraan di kalangan murid. Ini dapat dicapai dalam
kegiatan kurikulum dan kokurikulum berasaskan ciri-ciri rohani, kemanusiaan,
spiritual dan mental. Ciri- ciri yang berkenaan haruslah menjadi asas kepada
19
guru untuk menerapkan budaya yang relevan ke dalam jiwa murid supaya
mereka kelak dapat menyesuaikan diri dalam budaya masyarakat. Usaha ini
adalah satu proses penyatuan penduduk berbilang etnik yang mempunyai
budaya masing-masing di bawah satu bentuk identiti nasional yang khusus dan
dapat diterima oleh setiap golongan etnik di negara ini.
Proses penyatuan pendidikan berbilang kaum di negara ini telah
mengalami pelbagai rintangan dan cabaran. Daripada dasar pentadbiran “pecah
perintah” yang diperkenalkan oleh penjajah dahulu telah cukup membuktikan
bahawa dasar ini tidak mampu membentuk satu bangsa Malaysia yang ada
seperti sekarang. Sebagaimana ucapan Menteri Pelajaran:-
“...merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang antara bandar
dengan luar bandar: jurang antara yang miskin dengan yang kaya; jurang digital
dan jurang antara mereka yang berkeperluan khas; agar tidak ada sebarang
golongan yang tercicir dati arus pembangunan negara.”
YB Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein
(Perutusan Tahun Baru, 2006)
Ini jelas menunjukkan komitmen kementerian dalam menangani jurang
perbezaan dalam sistem pendidikan di negara. Secara tidak langsung
menjelaskan terdapatnya jurang pendidikan yang perlu diatasi.
Pada masa ini terdapat pelbagai jenis sekolah dalam sistem pendidikan
negara. Pada peringkat rendah terdapat SK, SJKC, SJKT. Pada peringkat
menengah pula terdapat SBP, SMT, SMKA, Sekolah Model Khas dan SMK
harian. Selain sekolah KPM, terdapat juga sekolah yang dikendalikan oleh
agensi lain seperti Maktan Rendah Sains Mara, sekolah swasta dan sekolah
antarabangsa.
20
Pembinaan sekolah juga mengambil kira tahap kelas sosial masyarakat.
penduduk bandar dan luar bandar diberikan peluang yang sama untuk menerima
pendidikan yang setaraf denganya. Pembinaan sekolah agama menunjukkan
komitmen Kementerian Pelajaran untuk menerapkan nilai-nilai kerohanian dan
kepercayaan beragama kepada murid-murid. Hal ini jelas menunjukkan sekolah
merupakan ruang untuk pendidik menerapkan kepercayaan dan nilai dalam
masyarakat. murid harus diterapkan dengan nilai yang baik tanpa mengira taraf
sosio budaya mereka. Pihak sekolah perlu menggunakan bahasa rasmi dan
bahasa pengantar dalam urusan rasmi.
Walaupun wujud sekolah yang bercirikan sesuatu kaum iaitu SK,JKC dan
SJKT, namun ada juga dikalangan murid Melayu yang bersekolah di sekolah
SKJC malah ada ramai murid Cina dan India bersekolah di SK. Ini menunjukkan
usaha kerajaan dalam menangani isu perkauman telah sedikit sebanyak
menunjukkan perubahan positif. Perpaduan bukan mudah dibentuk seperti
tulisan di atas tinta namun, perpaduan memerlukan persefahaman dan toleransi
antara etnik di negara ini. Malaysia merupakan milik kita bersama seperti yang
dikemukan oleh Perdana Menteri,Dato’ Sri Najib Tun Razak melaui konsep 1
Malaysia.
“Gagasan 1 Malaysia diwujudkan bagi memupuk perpaduan dalam
kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum , berteraskan nilai- nilai penting
ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi”
YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak
(Perutusan Tahun Baru 2010 )
Kewujudan pelbagai etnik dan budaya di Malaysia merupakan satu kelebihan
yang perlu dibanggakan kerana melalui kepelbagaian yang wujud ini, Malaysia
mampu melahirkan pelbagai idea dan pemikiran yang mampu meningkatkan lagi
taraf pendidikan negara. Pada 20 Januari 2010, YAB Perdana Menteri telah
21
melancarkan pelan hala tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP) dengan
berprinsipkan 1 Malaysia, Rakyat didahulukan,Pencapaian diutamakan. Program
Transformasi Kerajaan (GTP) dirangka untuk mengatasi segala halangan bagi
mencapai Wawasan 2020. Antara enam NKRA yang telah diputuskan oleh
kabinet ialah meningkatkan pencapaian pendidikan. Untuk mencapai objektif
tersebut, perlunya pelbagai pihak berganding bahu bekerjasama dalam
memberikan idea dan pendapat.
Dalam mencapai status negara moden, perpaduan nasional merupakan
matlamat akhir. Perpaduan nasional akan terbentuk dengan kerjasama, saling
menghormati budaya etnik lain. Matlamat akhir proses perpaduan ini ialah
terbentuknya satu “bangsa Malaysia” yang terdiri daripada satu masyarakat yang
berbilang etnik bersatu pada, sejahtera dan mempunyai identiti nasional
tersendiri.
22
5.0 Rumusan dan Penutup.
Seorang guru yang bertanggungjawab bukan sahaja memikirkan tentang
tanggungjawabnya, malahan guru itu juga memikirkan tentang keselesaan
murid-muridnya ketika berada dalam kelas. Guru juga perlu memikirkan tentang
keselesaan murid, kerana keadaan bilik darjah yang kondusif mampu
memberikan kesan yang baik pada proses pengajaran dan pembelajaran murid.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) sendiri menyatakan:
“ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran masyarakat dan negara. “
Untuk mencapai matlamat ini, guru bukan sahaja perlu membaiki proses
pengajaran dan pembelajaran, malahan guru perlu memikirkan aspek fizikal dan
sosio emosi murid serta kelas yang kondusif. Atan Long (1986) juga menyatakan
bahawa bilik darjah ialah tempat berlakunya proses pengajaran dan
pembelajaran. Maka, guru perlu menggunakan bilik darjah sebaik mungkin
dalam proses mengajar dan membentuk murid, tidak kiralah apa bangsa mereka.
Pelukisan mural juga memberi kesan pada pembangunan insaniah dalam
diri murid-murid. Murid-murid mempelajari betapa pentingnya perpaduan melalui
lukisan yang bertemakan perpaduan dan betapa pentingya kebersihan jika
lukisan bertemakan kebersihan. Selain itu, kedudukan murid dalam kelas juga
mempengaruhi sosio budaya dan tahap pendidikan murid-murid. Murid bangsa
Melayu diasingkan daripada murid bangsa Cina dan begitulah sebaliknya adalah
satu isu yang tidak sihat. Seorang guru yang berkaliber tidak dibenarkan untuk
23
membuat begitu, kerana ini menolak isu perpaduan dan konsep 1 Malaysia yang
telah diterapkan.
Melalui konsep 1 Malaysia, perpaduan dibentuk melalui persefahaman
dan toleransi antara etnik di negara ini.. Malaysia merupakan milik kita bersama
seperti yang dikemukan oleh Perdana Menteri,Dato’ Sri Najib Tun Razak. Oleh
sebab itu, guru bertanggungjawab menerapkan konsep itu melalui persefahaman
di dalam kelas. Mengajar dengan bersungguh tanpa memikirkan etnik dan
bangsa. Jauh sekali menganak tirikan bangsa yang berbeza.
Antara 6 NKRA yang dipertanggungjawabkan, Tan Sri Muhyiddin Yassin
sebagai Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran bertanggungjawab
mengetuai pengluasan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Melalui
NKRA, Perdana Menteri mahu memastikan anak-anak bangsa mendapat akses
kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Mahu tidak mahu, generasi
muda Malaysia perlu berilmu, mesti berfikiran kreatif, berinovatif, bercirikan nilai
murni serta mampu bersaing di persada internasional yang penuh cabaran ini
dari kemudahan yang diberikan. Justeru, tanggungjawab guru yang perlu digalas
agar dapat mencapai sasaran itu tadi. Sebagai tambahan, pengetua dan guru
besar sekolah dijanjikan dengan ganjaran berasaskan pencapaian sekolah
masing-masing. Walau bagaimanapun, ganjaran itu bukanlah matlamat utama
seorang pendidik, kerana apa yang pastinya, semua murid akan dididik dengan
adil, tanpa mengira bangsa dan kaum mereka.
Jelas di sini, betapa pentingya tanggungjawab seorang guru dalam
mendidik anak bangsa. Guru bukan sahaja mengajar, malahan mendidik anak
bangsanya supaya bersama memajukan diri, bangsa, agama dan negara.
Sungguh pun begitu, guru perlu sedar akan keperluan fizikal dan sosio emosi
murid yang perlu dipenuhi. Bukan sekadar untuk mencapai matlamat dalam
pengajaran, malahan membantu perkembangan murid-murid agar seimbang dari
segi jasmani, emosi, rohani,intelek dan sosial.
24