Post on 13-Jul-2019
LEMBAGA KAUNSELOR (MALAYSIA)
E-Buletin
* PROFESIONALISME * RASIONAL * KERAHSIAAN / EDISI JANUARI-APRIL 2018
www.lkm.gov.my Lembaga Kaunselor Lembaga Kaunselor lembaga_kaunselor
SESI TAKLIMAT PROGRAM MATA PERKEMBANGAN PROFESIONAL
BERTERUSAN KAUNSELOR BERDAFTAR
S E S I P E R J U M P A A N B E R S A M A
Y B h g . D a t o K S U K P W K M
B e n g k e l p i n d a a n p e r a t u r a n - p e r a t u r a n
k a u n s e l o r ( P e n d a f t a r a n d a n p e r a k u a n
a m a l a n 1 9 9 9 d a n s e m a k a n p r o g r a m
k a u n s e l i n g )
Pada 15 hingga 17 Feb 2018 bertempat di Palm Hotel, Seremban telah berlangsungnya satu bengkel iaitu Bengkel Pindaan Peraturan-Peraturan Kaunselor (Pendaftaran dan Perakuan Amalan 1999 dan Semakan Program Kaunseling). Bengkel ini telah dihadiri oleh Jawatankuasa Standard Kelayakan, Latihan dan Pendaftaran dan dipengerusikan oleh Presiden Lembaga Kaunselor.
Bercakap-cakap Adalah Bertukar
Fikiran, Bertukar Pendapat Dan
Bertukar Pengalaman. Rahsia
Bercakap ialah Pandai Bicara,
Pandai Bertanya Dan Pandai
Mendengar. -Pythatoras-
LEMBAGA KAUNSELOR ARAS 19, No.55,
Persiaran Perdana Presint 4,
62100 Putrajaya.
Www.lkm.gov.my
B E N G K E L O A E S I S C A R E E R -
I N T E G R A T E D C A R E E R X P L O R A T I O N
Pada 5 dan 6 Februari 2018 satu bengkel anjuran bersama antara Madroll Sdn. Bhd. dengan Lembaga Kaunselor iaitu Bengkel Oaesis Career-Integrated Career Xploration System yang dikendalikan oleh Professor Dr. Othman Mohamed. Seramai 17 orang peserta daripada pelbagai agensi telah menghadirkan diri dalam bengkel tersebut. Antara objektif penganjuran bengkel ini adalah:
i. Meningkatkan Kemahiran pembangunan kerjaya menggunakan perisian komputer abad ke-21.
ii. Meningkatkan kemahiran kaunseling kerjaya dengan alat pengeksploitasian kerjaya abad ke-21
M E S Y U A R A T L E M B A G A K A U N S E L O R
B I L . 1 D A N 2 / 2 0 1 8
2 3 J a n 2 0 1 8 & 1 9 - 2 1 F e b 2 0 1 8
S E S I P E N G E S A H A N K E L A Y A K A N
K A U N S E L O R B E R D A F T A R
Sepanjang bulan Januari hingga April 2018, 6 sesi
Pengesahan Kelayakan Kaunselor Berdaftar telah diadakan
di Putrajaya, Pahang, Kedah dan Selangor. Panel yang
terlibat sepanjang sesi pengesahan ini terdiri daripada Prof.
Emeritus Dato’ Amir Awang, Prof. Madya Dr. Wan
Marzuki Wan Jaafar, Prof. Madya Dr. Salleh Amat dan En.
Yee Yong Fak. Sesi pengesahan ini bertujuan untuk
mendaftar graduan kaunseling yang telah memenuhi syarat
sebagai kaunselor berdaftar.
S E S I T A K L I M A T P R O G R A M
P E R K E M B A N G A N P R O F E S I O N A L
B E R T E R U S A N K A U N S E L O R B E R D A F T A R
Pada 3 Oktober 2017, YB Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan
Masyarakat telah melancarkan “Buku Panduan Program
Perkembangan Profesional Berterusan Kaunselor Berdaftar” bertempat
di Dewan Perdana Nur, KPWKM. Selari dengan pelancaran tersebut,
LKM telah mengambil inisiatif untuk memberi penerangan kepada
kaunselor berdaftar seluruh negara bagi memberi maklumat berkaitan
pengendalian sistem ini. Lokasi yang pertama taklimat ini diadakan
ialah di Dewan Perdana Nur, KPWKM yang bertarikh pada 6 dan 7 Mac
2018. Sehingga kini LKM telah berjaya menjalankan sesi taklimat di
lapan lokasi yang merangkumi utara dan selatan Semenanjung
Malaysia.
B E N G K E L A P L I K A S I M O T I V A T I O N A L
I N T E R V I E W I N G D A L A M K E S
P E N Y A L A H G U N A A N D A D A H
S I R I 1 / 2 0 1 8
B E N G K E L P E N U L I S A N L A P O R A N
P R O F E S I O N A L K A U N S E L I N G
M E N G I K U T P I A W A I L E M B A G A
K A U N S E L O R
Pada 26 hingga 27 Mac 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 19 Pejabat Pengurusan Lembaga Kaunselor telah berlangsung satu bengkel yang dikendalikan oleh YBrs. Dr Puteri Hayati Megat Ahmad. Program ini telah dihadiri seramai 32 orang peserta dari pelbagai agensi. Antara objektif bengkel ialah :
i. Peningkatan pemahaman dan pengetahuan
mengenai konsep rawatan kaunse l ing
penyalahgunaan dadah yang berkesan dari gaya
konfrontasi ke arah humanistik.
ii. Mengenal pasti tahap kesediaan untuk mengubah
klien dadah.
iii. Peningkatan penguasaan kemahiran strategi
kaunseling penyalahgunaan dadah melalui
Motivational Interviewing, (Open question, Affirmation,
Reflection, Summarizing).
Pada 28 hingga 29 Mac 2018 bertempat di Dewan Perdana Nur, KPWKM telah berlangsung satu bengkel penulisan laporan yang dikendalikan oleh YBrs. Dr Puteri Hayati Megat Ahmad. Program ini telah dihadiri seramai 32 orang peserta dari pelbagai agensi. Antara objektif bengkel ialah :
i. Memahami format penulisan laporan kaunseling mengikut Garis Panduan Penulisan Laporan Kaunseling Lembaga Kaunselor.
ii. Membuat konseptualisasi kes berdasarkan pelbagai sumber.
iii. Memahami permasalahan klien berdasarkan pelbagai pendekatan dan teori.