Post on 14-Feb-2015
Sinopsis
Jadual Spesifikasi Ujian atau JSU merupakan aspek penting dalam
penyediaan sesuatu ujian. Guru-guru di sekolah seringkali membina soalan-
soalan ujian secara spontan dan tidak terancang. Ujian yang tidak
mempunyai perancangan yang rapi biasanya tidak mempunyai kesahan dan
kebolehpercayaan yang tinggi. Cara yang baik untuk merancang sesuatu
ujian adalah dengan menyediakan JSU yang merupakan rancangan
persediaan item/ soalan. JSU dikenali juga sebagai Test Blue Print dan Test
Specification. JSU merupakan matrik dua paksi iaitu paksi “Kandungan”
(menegak) dan paksi “Aras Kemahiran” (melintang).
Hasil pembelajaran
Kerangka konsep
Isi Kandungan
Jadual spesifikasi ujian
DefinisiKepentingan JSU Langkah pembinaan JSU
Diakhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:
.1. membina Jadual Penentuan Ujian;
.2 menjelaskan langkah penyediaan item ujian;
.3. membina item ujian objektif; dan
4. membina item ujian subjektif.
5 memahami aspek-aspek dalam penyediaan JSU
6 penggunaan JSU dalam pembinaan item ujian
6.1 Definisi / Konsep Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU)
Kandungan Ujian tentang topik-topik pelajaran.
Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan.
Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama
masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar.
Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus
dan lain-lain.
Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran.
Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 % -
80%.
6.2 Kepentingan JSU
Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.
Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.
Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.
Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras
kemahiran yang diuji.
6.3 Membentuk JSU
6.3.1 Langkah Pembinaan JSU
Dalam pembinaan JSU, anda perlu membuat empat langkah, iaitu (1)
mengkaji sukatan pelajaran, (2) menganalisis objektif pengajaran, (3)
menentukan jenis soalan, dan (4) menentukan bilangan soalan.
Langkah-langkah tersebut dijelaskan dalam Rajah 6.1 berikut.
2. Menganalisis objektif pengajaran
Rajah 1 Langkah Pembinaan JSU
1. Mengkaji Sukatan Pelajaran
Anda perlu mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh
maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina.
Kandungan sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk
menentukan kepentingan tiap-tiap tajuk kandungannya. Antara
aspek-aspek yang dikaji ialah:
• skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk;
• pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran
sesuatu tajuk;
• kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-
tajuk lain;
• kompleksiti sesuatu tajuk; dan
• masa pengajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu tajuk.
2. Menganalisis Objektif Pengajaran
Di samping mengkaji sukatan pelajaran, objektif pengajaran
dianalisis untuk menentukan pengetahuan dan kemahiran yang
perlu diuji dan pada tahap kesukaran mana perlu diuji. Lazimnya
aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada
1. Mengkaji sukatan pelajaran
4. Menentukan bilangan soalan
3. Menentukan jenis soalan
Langkah Pembinaan
JPU
pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya,
seperti yang dijelaskan dalam tajuk sebelum ini. Maklumat-
maklumat di atas adalah amat penting kepada penggubal kertas
ujian dan pembina soalan ujian untuk menentukan jenis dan
bilangan soalan yang perlu dibina. Berdasarkan penganalisisan
inilah JPU dibina. Lazimnya JPU mengandungi dua paksi
utama, iaitu:
i. Paksi Kandungan ii. Paksi Objektif Pengajaran
(a) Kandungan Pengetahuan
Tajuk
Tajuk kecil
(a) Objektif Kognitif
(b) Kandungan Kemahiran
Tajuk
Tajuk kecil
(b) Objektif Psikomotor
(c) Kandungan Afek/Perasaan
Tajuk
Tajuk kecil
(c) Objektif Afektif
Kedua-dua paksi ini akan mewujudkan sel-sel yang perlu diisi
dengan pemberatan soalan,yang dipertimbangkan dari segi
kepentingan kandungan/tajuk/tajuk kecil, yang biasanya ditunjuk
dengan menggunakan bilangan soalan
3. Menentukan Jenis Soalan
Bagi menentukan jenis soalan yang sesuai, kita perlu terlebih
dahulu menentukan domain objektif pengajaran (kognitif,
psikomotor, afektif atau sosial) dan peringkat objektif pengajaran
yang ingin diukur. Misalnya, jika kita ingin mengukur domain
kognitif bagi mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tajuk “Struktur
ayat” pada peringkat “Aplikasi”, maka jenis soalan yang sesuai
ialah soalan jenis “Objektif” yang berbentuk “melengkapkan
ayat” atau soalan jenis “Subjektif” yang berbentuk “menggubal
ayat-ayat”. Jenis-jenis soalan/item dan cara membinanya akan
dijelaskan dengan lebih lanjut kemudian.
4. Menentukan Bilangan Soalan
Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan
pengajaran, domain objektif pengajaran dan peringkat objektif
pengajaran yang hendak diukur. Jumlah soalan adalah penting
kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan
sesuatu ujian. Secara ringkasnya, kebolehpercayaan ujian
bermaksud keupayaansesuatu ujian memberi markah yang
sama, sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut.
Kesahan ujian pula bermaksud keupayaan sesuatu soalan
mengukur apa yang ujian itu ingin mengukur. Perkara-perkara
ini akan dijelaskan dengan lebih lanjut kemudian.
6.4 Langkah Am Menentukan pembinaan Item Ujian
Terdapat lima (5) langkah am menentukan pembinaan item ujian, iaitu (1)
meyediakan JPU, (2) menulis item ujian, (3) menyemak item ujian, (4) menilai
item ujian, dan (5) membuat kajian rintis terhadap keseluruhan item.
1. Menyediakan JPU
Langkah awal dalam pembinaan item ujian ialah menyediakan JPU
seperti yang dijelaskan sebelum ini, iaitu mengkaji sukatan pelajaran,
menganalisis objektif pengajaran, menentukan jenis soalan dan
menentukan bilangan soalan. Tujuan utama penyediaan JPU ialah
supaya item-item ujian yang dibina itu mewakili keseluruhan
kandungan pelajaran mengikut domain dan peringkat objektif
pengajaran yang ditentukan sebelum pengajaran dimulakan.
Perancangan awal ini dapat menjamin soalan-soalan ujian yang
terhasil akan dapat mengukur pengetahuan, kemahiran atau sikap
yang kita ingin murid-murid kita kuasai.
Objektif pengajaran juga menjadi panduan kepada kita tentang bentuk
soalan yang akan digunakan. Sebagai contoh, soalan berbentuk
penyelesaian masalah perlu dibina sekiranya kita ingin mengukur
keupayaan pelajar kita menyelesaikan masalah matematik. Sekiranya
kita ingin pelajar memahami kesan sejarah ke atas perpaduan kaum,
misalnya, mungkin soalan subjektif berjawapan panjang adalah lebih
sesuai daripada soalan objektif. Seterusnya, jika pelajar dikehendaki
mengingat tarikh penting dalam sejarah, mungkin soalan beraneka
pilihan/mengisi tempat kosong adalah lebih sesuai.
2. Menulis Item Ujian
Sebaik sahaja anda siap menyediakan JPU (yang sebaiknya
mengandungi jenis dan bilangan item ujian bagi setiap tajuk dan
objektif pengajaran), anda telah bersedia untuk membina/menulis item-
item ujian. Walaupun terdapat bentuk item ujian, seperti item beraneka
pilihan (multiple-choice item), item mengisi tempat kosong (fill-in-the-
blank item), item berjawapan pendek (short-answer item), item betul-
salah (true-false item), item padanan (matching item) atau item esei
(essay item), terdapat beberapa prinsip pembinaan item yang sama,
yang boleh digunakan untuk menulis item-item ini. Prinsip- prinsip
tersebut dijelaskan dalam bahagian berikut:
• Arahan menjawab bagi setiap item hendaklah ringkas dan
mudah difahami pelajar,
• Menggunakan bahasa yang mudah dan jelas supaya pelajar
dapat memahami maklumat dalam soalan dan juga kehendak
soalan tersebut, yang seterusnya akan membantu pelajar
memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh soalan.
• Membina item yang memerlukan jawapan berkaitan
pengetahuan/kemahiran yang spesifik daripada tajuk
pengajaran tertentu, dan bukannya berbentuk pengetahuan/
kepintaran am.
• Biasanya, kita meminta pelajar memberi jawapan yang “benar”,
tetapi ada kalanya kita meminta mereka memberi jawapan yang
“tidak benar”. Dalam keadaan ini, arahan menjawab hendaklah
jelas, seperti menggunakan huruf besar.
• Bagi item berkaitan pengiraan atau lukisan, nyatakan unit dan
ketepatan ukuran yang dikehendaki. Contohnya, unit ukuran
dalam meter dan tepat kepada dua titik perpuluhan.
3. Menyemak Item Ujian
Selepas semua item ujian siap ditulis, kita perlu menyemak
semula item-item tersebut. Semakan ini perlu dibuat bagi
menentukan perkara-perkara berikut:
• Arahan menjawab bagi setiap bahagian ujian dan setiap
soalan adalah tepat dan mudah difahami pelajar.
• Soalan ditulis dengan menggunakan bahasa yang mudah
difahami pelajar dan mengandungi maklumat dan
kehendak soalan yang jelas dan mencukupi.
• Soalan yang dibina mencukupi dan seimbang dari segi
kandungan dan objektif pengajaran.
• Soalan yang diberi, terutama soalan jenis objek, tidak
mengandungi petanda (clue) kepada jawapan yang
dikehendaki.
4. Menilai Item Ujian
Selepas semua item ujian disemak oleh pembina/penulisnya,
item-item ini perlu disemak dan dinilai oleh pakar mata
pelajaran. Semakan dan penilaian ini perlu dibuat bagi
menentukan perkara-perkara yang hampir sama dengan apa
yang disebut di atas, iaitu:
• Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam
soalan adalah mudah difahami pelajar.
• Soalan dan kehendak soalan adalah jelas dan soalan
mengandungi maklumat yang cukup untuk pelajar
menjawabnya
• Soalan-soalan yang dibina adalah mencukupi dan
seimbang untuk mengukur kandungan dan objektif
pengajaran yang ditetapkan.
• Jawapan yang diberikan oleh penulis adalah mengikut
kehendak soalan dan boleh dijawab dalam masa yang
diperuntukkan.
6.5 Langkah-langkah Membina JSU
Langkah 1: Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji
Langkah II: Tentukan soalan yang akan dibina itu
a. soalan objektif (30 soalan)
b. 1 markah bagi 1 item
c. jumlah soalan bagi setiap topik dikira:
= Jumlah masa X Jumlah soalan
= Jumlah Masa keseluruhan
Langkah III: Tentukan model aras kesukaran item
Biasanya JPU menggunakan taksonomi objektif pendidikan Bloom
Tiga domain: kognitif, afektif, dan psikomotor
Domain Kognitif
6. Penilaian Sukar
5. Sintesis
4. Analisis
3. Penggunaan
2. Kefahaman
1. Pengetahuan Mudah
Langkah IV: Apakah jenis ujian yang akan diuji?
Ujian objektif
Ujian struktur
Ujian esei, dan lain-lain.
Langkah V:
Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen (objektif, struktur, esei
dan lain-lain)
Penentuan aras kesukaran soalan (soalan mudah – soalan sukar)
Pemarkahan
Langkah VI
Nyatakan mata pelajaran
Nyatakan tingkatan
Susunan nombor soalan mengikut tajuk
6.6 Pembinaan Item Ujian
Selain memberi perhatian kepada kebolehpercayaan dan kesahan ujian,
penentuan jumlah soalan juga perlu mengambil kira jangka masa ujian, jenis
soalan dan kesukaran soalan, yang bergantung kepada peringkat objektif
pengajaran, panjang soalan,kemampuan bahasa pelajar dan lain-lain. Aras
kesukaran soalan biasanya sukar ditentukan, kecuali melalui pengalaman
pembina soalan atau kajian rintis yang diadakan sebelum sesuatu set soalan
digunakan.
Anda digalakkan untuk membuat peta minda berhubung dengan langkah-
langkah pembinaan JSU ini. Ini bertujuan untuk memperkukuhkan
pemahaman anda tentang bab ini.
6.7 Kepentingan JSU
JSU yang dibina dengan baik akan membantu penggubal kertas ujian dan
pembina item/soalan ujian. Antara kepentingannya ialah:
• kertas ujian dapat digubal secara sistematik;
• kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin
• taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang;
• ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran; dan
• aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun ke tahun, walaupun
item dibina oleh pembina lain
6.8 Langkah Am Penyediaan Item Ujian
Di sepanjang tempoh anda menjadi seorang guru, apakah kaedah-kaedah
yang anda gunakan untuk menghasilkan sesebuah item ujian? Adakah
kaedah yang telah anda gunakan ini mempunyai persamaan dengan 5
langkah penyediaan item ujian ini. Sekiranya terdapat perbezaan apakah
yang pro dan kontra yang anda perolehi daripadanya?
Terdapat lima (5) langkah am pembinaan item ujian, iaitu :
(1) meyediakan JSU,
(2) menulis item ujian,
(3) menyemak item ujian,
(4) menilai item ujian, dan
(5) membuat kajian rintis terhadap keseluruhan item.
6.8.1. Menyediakan JSU
Langkah awal dalam pembinaan item ujian ialah menyediakan JPU
seperti yang dijelaskan sebelum ini, iaitu mengkaji sukatan pelajaran,
menganalisis objektif pengajaran, menentukan jenis soalan dan
menentukan bilangan soalan. Tujuan utama penyediaan JSU ialah
supaya item-item ujian yang dibina itu mewakili keseluruhan
kandungan pelajaran mengikut domain dan peringkat objektif
pengajaran yang ditentukan sebelum pengajaran dimulakan.
Perancangan awal ini dapat menjamin soalan-soalan ujian yang
terhasil akan dapat mengukur pengetahuan, kemahiran atau sikap
yang kita ingin pelajar-pelajar kita kuasai.
Objektif pengajaran juga menjadi panduan kepada kita tentang bentuk
soalan yang akan digunakan. Sebagai contoh, soalan berbentuk
penyelesian masalah perlu dibina sekiranya kita ingin mengukur
keupayaan pelajar kita menyelesaikan masalah matematik. Sekiranya
kita ingin pelajar memahami kesan sejarah ke atas perpaduan kaum,
misalnya, mungkin soalan subjektif berjawapan panjang adalah lebih
sesuai daripada soalan objektif. Seterusnya, jika pelajar dikehendaki
mengingat tarikh penting dalam sejarah, mungkin soalan beraneka
pilihan/mengisi tempat kosong adalah lebih sesuai.
6.8.2. Menulis Item Ujian
Sebaik sahaja anda siap menyediakan JPU (yang sebaiknya
mengandungi jenis dan bilangan item ujian bagi setiap tajuk dan
objektif pengajaran), anda telah bersedia untuk membina/menulis item-
item ujian. Walaupun terdapat bentuk item ujian, seperti item beraneka
pilihan (multiple-choice item), item mengisi tempat kosong (fill-in-the-
blank item), item berjawapan pendek (short-answer item), item betul-
salah (true-false item), item padanan (matching item) atau item esei
(essay item), terdapat beberapa prinsip pembinaan item yang sama,
yang boleh digunakan untuk menulis item-item ini.
Prinsip- prinsip tersebut dijelaskan dalam bahagian berikut.
• Arahan menjawab bagi setiap item hendaklah ringkas dan
mudah difahami pelajar,
misalnya, “Sila isikan ruang kosong dalam soalan berikut
dengan satu perkataan sahaja”.
• Menggunakan bahasa yang mudah dan jelas supaya pelajar
dapat memahami
maklumat dalam soalan dan juga kehendak soalan tersebut,
yang seterusnya akan membantu pelajar memberi jawapan
seperti yang dikehendaki oleh soalan.
• Membina item yang memerlukan jawapan berkaitan
pengetahuan/kemahiran yang spesifik daripada tajuk
pengajaran tertentu, dan bukannya berbentuk
pengetahuan/kepintaran am.
• Biasanya, kita meminta pelajar memberi jawapan yang “benar”,
tetapi ada kalanya kita meminta mereka memberi jawapan yang
“tidak benar”. Dalam keadaan ini, arahan menjawab hendaklah
jelas, seperti menggunakan huruf besar.
• Bagi item berkaitan pengiraan atau lukisan, nyatakan unit dan
ketepatan ukuran yang dikehendaki. Contohnya, unit ukuran
dalam meter dan tepat kepada dua titik perpuluhan.
Penyediaan item ujian memerlukan beberapa langkah.
Untuk menulis item ujian ini anda digalakkan
menyediakan lakaran peta minda untuk rumusan anda.
6.8.3. Menyemak Item Ujian
Selepas semua item ujian siap ditulis, kita perlu menyemak semula
item-item tersebut. Semakan ini perlu dibuat bagi menentukan perkara-
perkara berikut:
• Arahan menjawab bagi setiap bahagian ujian dan setiap soalan
adalah tepat dan mudah difahami pelajar
• Soalan ditulis dengan menggunakan bahasa yang mudah
difahami pelajar dan mengandungi maklumat dan kehendak
soalan yang jelas dan mencukupi
• Soalan yang dibina mencukupi dan seimbang dari segi
kandungan dan objektif pengajaran.
• Soalan yang diberi, terutama soalan jenis objek, tidak
mengandungi petanda (clue) kepada jawapan yang dikehendaki
Sekiranya anda telah menyelesaikan penyediaan item
ujian yang akan dikemukakan kepada para pelajar anda,
siapakah yang anda rasakan paling layak untuk
menyemak item ujian anda ini? Pernahkah anda
menggunakan khidmat mereka yang bukan berada dalam
bidang pendidikan untuk mendapatkan pandangan?
Kenapa?
6.8.4. Menilai Item Ujian
Selepas semua item ujian disemak oleh pembina/penulisnya, item-item
ini perlu disemak dan dinilai oleh pakar mata pelajaran. Semakan dan
penilaian ini perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara yang
hampir sama dengan apa yang disebut di atas, iaitu:
• Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam soalan
adalah mudah difahami pelajar.
• Soalan dan kehendak soalan adalah jelas dan soalan
mengandungi maklumat yang cukup untuk pelajar
menjawabnya.
• Soalan-soalan yang dibina adalah mencukupi dan semimbang
ntuk mengukur kandungan dan objektif pengajaran yang
ditetapkan dijawab dalam masa yang diperuntukkan.
6.9. Penerangan Tentang Konstruk Dalam JSU
6.9.1 Penerangan Tentang Konstruk
Kebolehan kognitif di peringkat Pengetahuan, Pemahaman, Aplikasi,
Sintesis dan Penilaian (Bloom, 1956) adalah meliputi objektif untuk
mengingat semula atau mengenal pasti elemen spesifik yang terdapat
dalam kandungan sukatan mata pelajaran. Kepelbagaian pengetahuan
itu dikelompokkan mengikut kumpulan tertentu dan dilabelkan sebagai
konstruk.
6.9.2 Menguji dan Mentaksir Pencapaian Pelajar
Bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu ada sembilan
konstruk yang telah dikenal pasti dan digunakan untuk menguji dan
mentaksir pencapaian pelajar dalam kertas ini.
Berikut penerangan ringkas tentang bagaimana sesuatu soalan itu
dibina dan dilabelkan mengikut konstruk.
i. Pengetahuan tentang Terminologi
Pengetahuan tentang nama, istilah atau memberi definisi
sesuatu perkara
ii. Pengetahuan tentang Fakta
Pengetahuan tentang maklumat am atau khusus sesuatu
perkara seperti fungsi, keadaan atau tujuan sesuatu komponen
iii. Pengetahuan tentang Konvensyen
Pengetahuan tentang sesuatu yang diterima atau diiktiraf
sebagai satu kelaziman seperti simbol atau tanda lazim
iv. Pengetahuan tentang Urutan
Pengetahuan tentang sesuatu proses, aktiviti tindakan yang
berlaku secara tersusun mengikut aturan atau prosedur yang
telah dikenal pasti
v. Pengetahuan tentang Pengelasan
Pengetahuan tentang pembahagian, pengkategorian atau
mengelompokkan sesuatu perkara untuk dilabelkan di bawah
satu kumpulan
vi. Pengetahuan tentang Kriteria
Pengetahuan tentan gsesuatu perkara yang berkaitan dengan
ciri-ciri, sifat atau komponen yang perlu ada pada sesuatu
perkara
vii. Pengetahuan tentang Metodologi
Pengetahuan tentang cara, kaedah atau teknik yang standard
dalam melaksanakan sesuatu tugasan, arahan atau kerja
vii. Pengetahuan tentang Prinsip atau Ganeralisasi
Pengetahuan tentang idea atau pegangan tertentu yang
menyimpulkan pemerhatian terhadap sesuatu kajian, kejadian
atau ketetapan
ix Pengetahuan tentang Teori dan Struktur
Pengetahuan tentang prinsip yang menjadikan dasar
pembentukkan sesuatu fenomena yang dapat dibukti dengan
kukuh hasil daripada kajian, penyelidikkan pemerhatian
6.9.3 Kod Konstruk Penerangan Aspek
COO Kefahaman(comprehension)
Kebolehan kognitif yang melibatkan penggunaan pengetahuan tanpa
situasi baru dan tidak memerlukan atauk memerhati tentang implikasi
terhadap pengetahuan tersebut
AOI Aplikasi (application)
Kebolehan menggunakan prinsip (kebenaran) dan generalisasi
(penyataan umum) pada suatu masalah dan situasi baru
NOO Analisis (analysis)
Kebolehan memisah suatu set komunikasi kepada beberapa bahagian
sehingga suatu bentuk pertalian antara bahagian yang membina set
komunikasi itu dapat di lihat dengan jelas
TOO Sintesis (synthesis)
Kebolehan menggabungkan bahagian untuk membentuk suatu set
komunikasi yang tidak jelas sepenuhnya
VOO Penilaian (evaluation)
Kebolehan membuat pertimbangan dengan menggunakan kaedah,
kriteria atau standard untuk menentukan sesuatu yang dihasratkan
(kesesuaian, keberkesanan, prosedur, kecekapan dan lain-lain)
RUMUSAN
Dalam penilaian, JSU berperanan sangat penting. Orang-orang yang berkaitan
dengan ujian seperti calon, guru yang mengajar dan ibu bapa berhak dalam erti kata
sebenarnya menolak sesuatu ujian itu jika diragukan kesahannya. Justeru, data
yang tercetus daripada ujian yang sedemikian tidak layak digunakan bagi tujuan
pemilihan, pengkelasan atau bimbingan.
Bab ini juga telah membincangkan tentang jsu dan pembinaan soalan-soalan
objektif dan subjektif untuk mengukur dan menilai pencapaian pelajar. Pembinaan
soalan objektif yang dibincang meliputi bentuk soalan beraneka pilihan, betul-salah,
mengisi tempat kosong dan padanan. Pembinaan soalan subjektif meliputi bentuk
esei berjawapan pendek, sederhana dan panjang. Pembinaan item ujian biasanya
mengambil masa yang panjang dan memerlukan banyak penelitian dan
pertimbangan agar ujian yang dihasilkan dapat mengukur kandungan dan peringkat
objektif pengajaran yang diingini dengan adil dan saksama.