Post on 03-Jan-2016
description
TEMA KELUARGA
TAJUK Keluarga Huda
MASA 60 Minit
FOKUS UTAMA
Standard
Kandungan
2.1 Asas membaca dengan sebutan yang
betul.
Standard
Pembelajara
n
2.1.3 Mengeja dan membatang suku kata
tertutup dengan betul.
FOKUS SAMPINGAN
Standard
Kandungan
4.1 Menyebut dan memahami unsur seni
dalam lagu melalui nyanyian secara didik
hibur.
Standard
Pembelajara
n
4.1.1 Menyebut seni kata lagu melalui nyanyian
secara didik hibur.
OBJEKTIFPada akhir pelajaran murid dapat :
a. Membaca pelbagai perkataan secara mekanis dengan
sebutan dan intonasi yang betul.
b. Menyebut dan memahami seni kata lagu melalui nyanyian
dengan gerak laku secara didik hibur.
PENGISIAN KURIKULUM
a. Ilmu : Sivik, Pendidikan Seni Visual dan Muzik
b. KBT : Kecerdasan Pelbagai
c. EMK : Malaysia Negaraku : 6.0 (6.4)
SISTEM BAHASA
Tatabahasa : kata nama am
MEDIAKad suku kata, kad perkataan, kad gambar dan lembaran kerja
AKTIVITI
PENGISIAN
KURIKULUM
CATATAN
Langkah 1 (10 minit)
1. Guru mempamerkan gambar ibu dan ayah
kepada murid-murid sambil bersoal jawab.
2. Murid mendengar guru menyanyi lagu ‘Saya
Sayang Keluarga’.
3. Murid menyanyi bersama-sama guru.
4. Guru meminta murid menyebut nama ibu
dan ayah (secara rawak).
Ilmu : Muzik
Nilai : kasih
sayang
Gabung jalin
kemahiran :
Mendengar dan
Bertutur
Kad gambar
Lagu ‘Saya
Sayang
Keluarga’
Langkah 2 (20 minit)
1. Guru meminta murid melekatkan kad suku
kata di papan hitam.
2. Murid membaca suku kata secara kelas
dengan bimbingan guru.
3. Guru meminta murid membaca suku kata
secara individu (secara rawak).
Nilai :
kerjasama
Lampiran 2
Kad suku kata
Langkah 3 (10 minit)
1. Guru menyebut perkataan yang berkaitan
dengan tajuk, murid diminta mengambil kad
suku kata dan membentuk perkataan
tersebut.
2. Murid menampal perkataan tersebut di
papan hitam.
Nilai : yakin diri Lampiran 3
Kad
perkataan
Carta seni
kata lagu ‘Ibu
Bapa Saya’
3. Murid membaca perkataan secara kelas.
4. Guru meminta murid membaca perkataan
secara individu (secara rawak).
5. Guru membimbing murid membaca seni kata
lagu ‘ Ibu Bapa Saya’ yang dipamerkan.
Langkah 4 (20 minit)
1. Guru mengedarkan lembaran kerja dan
meminta murid menggariskan suku kata
yang betul.
2. Murid diminta menyatakan perasaan mereka
terhadap ibu dan ayah mereka.
Pengayaan : Murid melukis dan mewarna
gambar ibu dan ayah mereka.
Pemulihan : Guru membimbing murid
menyiapkan lembaran kerja.
Nilai : tekun dan
berhati-hati
Ilmu :
Pendidikan Seni
dan Muzik
Malaysia
Negaraku
KBT :
Kecerdasan
Pelbagai –
Kinestetik
Lampiran 4
Lembaran
kerja
Cadangan-cadangan Untuk Penambahbaikan Terhadap Rancangan Pengajaran
Harian dan Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Apa yang dipelajari oleh murid-murid, bukan bergantung kepada apa yang
diajar tetapi bagaimana mereka diajar. Oleh itu, perhatian yang rapi hendaklah diberi
kepada teori, pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang dipilih untuk
menyampaikan bahan pengajaran.
Proses pengajaran dan pembelajaran adalah satu proses yang kompleks.
Amat penting bagi seseorang guru mengambil kira beberapa perkara termasuk
matlamat pendidikan, kurikulum mata pelajaran yang diajar, dan persekitaran
pembelajaran. Terlebih dahulu, kita hendaklah mengenal pasti isi pelajaran yang
hendak disampaikan berdasarkan kurikulum dan sukatan pelajaran mata pelajaran
berkenaan. Kemudian, memikirkan pendekatan, strategi, kaedah, dan teknik yang
sesuain dan selaras dengan keperluan, minat dan kebolehan murid-murid kelas
tersebut.
Strategi pengajaran menentukan pendekatan yang kita gunakan untuk
mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan. Sehubungan itu, dalam setiap model
pengajaran terkandung strategi-strategi yang boleh digunakan. Antaranya termasuk
strategi langsung, tidak langsung, interaktif, eksperiential dan berdikari. Manakala
secara am, kaedah pengajaran digunakan oleh guru-guru bertujuan untuk mereka
membentuk persekitaran pembelajaran serta menyatakan secara khusus jenis
aktiviti yang akan dilibatkan oleh guru dan murid.
Berdasarkan pemerhatian yang saya lakukan terhadap pengajaran dan
Rancangan Pengajaran Harian guru mata pelajaran Bahasa Melayu kelas 1 Elit di
sekolah saya, terdapat beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki untuk membantu
beliau mencapai objektif pengajaran dan menjadikan pengajaran dan pembelajaran
lebih berkesan dan menarik.
Proses pengajaran dan pembelajaran dengan pengunaan strategi
pemusatan guru banyak digunakan oleh guru tersebut.Sepatutnya guru lebih fokus
kepada penglibatan murid. Contohnya dalam langkah 1, guru telah memainkan
peranan utama dengan melaksanakan segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Murid hanya bertindak sebagai orang yang mengikut arahan semata-mata. Murid
tiada pergerakan secara fizikal. Pada pendapat saya, sepatutnya guru meminta
murid mengambil gambar dan menunjukkan kepada kelas. Kemudian murid tersebut
menampal gambar berkenaan di papan kapur, Sebelum gambar setiap ahli keluarga
ditunjukkan, adalah lebih menarik jika sekiranya guru menunjukkan beberapa keping
gambar tunggal “Keluarga Bahagia”. Berdasarkan daripada gambar tersebut, guru
boleh bersoal jawab dengan murid tentang watak-watak yang terdapat dalam
gambar iaitu ayah, emak, datuk, nenek, abang, kakak, dan adik. Kemudian guru
bolehlah mengaitkan gambar tersebut dengan ahli-ahli keluarga murid sendiri.
Mengikut Teori Konstruktvisme iaitu satu teori yang berpusatkan pelajar,
pelajar perlu bergerak secara aktif untuk memastikan mereka dapat memahami
sesuatu topik yang diajar oleh guru. Teori ini mengetengahkan pendapat bahawa
pelajar mempelajari sesuatu itu berdasarkan pengalaman sedia ada mereka. Oleh
yang demikian, guru perlu menyediakan aktiviti yang sesuai dengan pengalaman
sedia ada pelajar serta dapat mengaitkan pengalaman itu dengan pembelajaran
yang bakal diajar. Peranan guru dalam kelas hanyalah sebagai pemudah cara,
pemantau, dan penggubal disiplin. Pendekatan ini biasanya akan membuahkan hasil
yang baik kerana pelajar akan lebih memahami sesuatu perkara itu sekiranya
mereka terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Dalam proses pengajaran terutama untuk murid-murid Tahun 1, teknik latih tubi
adalah satu cara yang paling berkesan untuk memantapkan daya ingatan pelajar.
Mengikut Teori Mekanis/Behavioris yang dipelopori oleh Skinner, bahasa ialah satu
proses prilaku dan mementingkan satu rangkaian turutan antara sebab dan kesan.
Ia menganggap bahasa sebagai hasil gabungan rangsangan dan gerak balas yang
bergantung kepada naluri manusia. Faktor persekitaran dianggap sebagai
rangsangan dan tindak balas terhadap rangsangan itu dianggap sebagai
pembelajaran. Teori ini menolak pendapat yang menghubungkan proses
penghasilan bahasa dengan operasi mental. Teori ini juga memberi penekanan
kepada bentuk-bentuk linguistik. Untuk memperolehi kemahiran bahasa, latihan dan
latih-tubi perlu dijalankan secara kerap kerana kemahiran bahasa dilihat sebagai
satu kebiasaan. Ini bermakna bahasa perlu dikuasai melalui proses pengulangan
kerana teori ini beranggapan bahawa penguasaan bahasa ialah satu proses
mekanis yang tidak melibatkan pemikiran atau daya mental.
Oleh yang demikian, jika diteliti daripada Teori Mekanis ini, dapatlah disimpulkan
bahawa teknik latih-tubi merupakan satu cara yang mudah dan berkesan untuk
membolehkan murid-murid mengingati apa yang diajar.
Dalam langkah 2 Rancangan Pengajaran Harian ini, guru berkenaan tidak
menekankan kepada teknik latih-tubi. Bagi memudahkan murid mengenal suku kata
yang diajar,, guru seharusnya meminta murid menyebut suku kata tersebut
berulang-ulang kali. Fokuskan kepada setiap murid di dalam kelas.. Minta murid
menyebut secara individu dan menyoal murid secara rawak dengan meminta murid
yang disebut namanya menyebut dan membunyikan suka kata pada kad suku kata.
Beri peneguhan kepada murid-murid yang dapat membaca dengan betul.
Semasa langkah 3, guru tidak memberi peluang kepada murid menjana idea.
Guru hanya meminta murid mencantumkan kad suku kata untuk membentuk
perkataan yang disebut oleh guru. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran
penjanaan idea adalah penting untuk membentuk pemikiran yang kritis dan kreatif.
Guru boleh memberi peluang kepada murid untuk membentuk seberapa banyak
perkataan menggunakan kad-kad suku kata tersebut. Di samping dapat
menambahkan perbendaharaan kata dalam kalangan murid, ia juga dapat
membantu percambahan fikiran murid-murid. Tenik ini yang merupakan Teknik
Sumbangsaran (Branistorming) merupakan satu sesi perbincangan yang
membolehkan setiap murid menyumbangkan pendapat dan idea. Teknik
Sumbangsaran ini juga menekankan kepada pengeluaran idea daripada
pembelajaran yang kreatif dan bukannya pembelajaran secara analitis dan pasif.
Setelah mengenal pasti beberapa kelemahan yang terkandung dalam
Rancangan Pengajaran Harian ini, maka di bawah ini saya telah sediakan satu
Rancangan Pengajaran Harian yang telah dilakukan penambahbaikan dengan
memasukkan pendekatan strategi, kaedah, dan teknik yang sesuai untuk
membolehkkan objektif pengajaran dapat dicapai dan proses pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan secara lebih efaktif.
Sesungguhnya pemilihan pendekatan, strategi, kaedah, dan teknik yang
sesuai dapat membantu guru melaksanakan pengajaran yang menarik dan tidak
membosankan para pelajar. Bagi murid-murid, terutamanya murid-murid tahun satu,
pengajaran yang hanya memerlukan mereka menggunakan satu atau dua
pancaindera ( mata dan telinga ) membuatkan mereka mudah bosan dan hilang
tumpuan. Sesuai dengan naluri kanak-kanak yang sukakan aktiviti yang memerlukan
pergerakan anggota badan secara aktif, guru seharusnya menyediakan aktiviti yang
menarik dan banyak pergerakan fizikal. Jangan hanya biarlkan murid duduk di kerusi
dan guru berdiri dan bercakap di hadapan kelas menggunakan teknik “chalk and
talk”
Justeru untuk menjadi seorang guru yang cemerlang, kita perlulah
mempelbagaikan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran bagi memastikan objektif yang diharapkan dapat dicapai secara
optimum. Guru harus faham bahawa setiap murid mempunyai tahap ingatan dan
daya pemikiran serta latar belakang keluarga yang berbeza. Oleh sebab itu,
pendekatan, strategi, kaedah, dan teknik yang digunakan ketika menancang
Rancangan Pengajaran Harian harus mengambil kira perbezaan ini. Dengan tahap
pengetahuan guru yang tinggi dalam elemen-elemen yang terkandung dalam
kaedah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu ini diharapkan matlamat dan
objektif yang terkandung dalan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu dapat dicapai
sepenuhnya, seterusnya merealisasikan apa yang dihasratkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Selepas Dilakukan
Penambahbaikan
TEMA KELUARGA
TAJUK Keluarga Huda
MASA 60 Minit
FOKUS UTAMA
Standard
Kandungan
2.1 Asas membaca dengan sebutan yang betul.
Standard
Pembelajara
n
2.1.3 Mengeja dan membatang suku kata tertutup
dengan betul.
FOKUS SAMPINGAN
Standard
Kandungan
4.1 Menyebut dan memahami unsur seni dalam
lagu melalui nyanyian secara didik hibur.
Standard
Pembelajara
n
4.1.1 Menyebut seni kata lagu melalui nyanyian
secara didik hibur.
OBJEKTIFPada akhir pelajaran murid dapat :
c. Membaca pelbagai perkataan secara mekanis dengan
sebutan dan intonasi yang betul.
d. Menyebut dan memahami seni kata lagu melalui nyanyian
dengan gerak laku secara didik hibur.
PENGISIAN KURIKULUM
d. Ilmu : Sivik, Pendidikan Seni Visual dan Muzik
e. KBT : Kecerdasan Pelbagai
f. EMK : Malaysia Negaraku : 6.0 (6.4)
SISTEM BAHASA
Tatabahasa : kata nama am
MEDIAKad suku kata, kad perkataan, kad gambar dan lembaran kerja
AKTIVITI PENGISIAN
KURIKULUM
CATATAN
Langkah 1 (15 minit)
1. Guru meletakkan kad gambar tunggal
“keluarga Bahagia” di atas meja.
2. Guru meminta murid mengambil gambar
tersebut dan melekatkannya di papan kapur.
3. Bersoal jawab berdasarkan gambar tunggal
yang ditunjukkan.
4. Guru memberikan gambar ibu, ayah dan ahli
keluarga lain kepada beberapa orang murid.
5. Murid berkenaan diminta melakonkan watak
mengikut gambar yang diberi kepada
mereka.
6. Guru melekatkan seni kata lagu ‘Saya
Sayang Keluarga’ di papan kapur.
7. Guru menyanyikan lagu tersebut.
8. Guru meminta murid menyanyi bersama-
sama.
9. Guru meminta murid menyebut nama ibu
dan ayah. ( secara rawak )
Ilmu : Muzik
Nilai : kasih
sayang
Gabung jalin
kemahiran :
Mendengar dan
Bertutur
Kad gambar
tunggal
(Lampiran 1)
kad gambar
ahli keluarga
(Lampiran 2)
Lagu ‘Saya
Sayang
Keluarga’
(Lampiran 3)
Langkah 2 (15 minit)
1. Guru meminta seorang murid ke hadapan
kelas dan menunjukkan kad suku kata
kepada kelas. (bergilir-gilir)
2. Murid –murid lain menyebut bunyi suku kata
pada kad tersebut.
3. Guru meminta murid melekatkan kad suku
yang telah dibaca di papan kapur.
4. Latih tubi membaca suku kata yang
dilekatkan di papan kapur secara kelas dan
kumpulan.
5. Guru meminta murid membaca suku kata
secara individu (secara rawak).
Nilai :
kerjasama
Kad suku kata
(Lampiran 4)
Langkah 3 (10 minit)
1. Guru menyebut perkataan yang berkaitan
dengan tajuk, murid diminta mengambil kad
suku kata dan membentuk perkataan
tersebut.
2. Murid menampal perkataan tersebut di
papan hitam.
3. Guru meminta murid membentuk perkataan
lain selain daripada perkataan yang disebut
menggunakan kad suku kata dan
melekatkannya di papan kapur.
4. Guru meminta murid membaca perkataan
yang dilekatkan di papan kapur secara kelas
dan individu (secara rawak).
5. Guru membimbing murid membaca seni kata
lagu ‘ Ibu Bapa Saya’ yang dipamerkan.
Nilai : yakin diri Lampiran 3
Kad
perkataan
Carta seni
kata lagu ‘Ibu
Bapa Saya’
Langkah 4 (20 minit)
3. Guru mengedarkan lembaran kerja dan
meminta murid mewarna suku kata yang
betul.
4. Murid diminta menyatakan perasaan mereka
terhadap ibu dan ayah mereka.
Pengayaan : Murid melukis dan mewarna
gambar ibu dan ayah mereka.
Pemulihan : Guru membimbing murid
menyiapkan lembaran kerja.
Nilai : tekun dan
berhati-hati
Ilmu :
Pendidikan Seni
dan Muzik
Malaysia
Negaraku
KBT :
Kecerdasan
Pelbagai –
Kinestetik
Lampiran 4
Lembaran
kerja