Post on 28-Dec-2015
SITUASI :
Walaupun selalu diejek dan ditertawakan oleh rakan-rakan sekelasnya , Afiq tidak pernah marah atau membalas ejekan tersebut .
SITUASI :
Anita mengulangkaji pelajaran pada setiap malam sebagai persediaan
menghadapi peperiksaan UPSR pada bulan September nanti .
SITUASI :
Penduduk – penduduk di Kampung Ulu Tawar bergotong-royong membina semula
rumah Nek Limah yang roboh ditimpa pokok pada minggu lalu.
SITUASI :
Murid-murid di Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar berdiri tegak lalu menyanyikan
lagu kebangsaan dengan penuh lantang dan semangat .
SITUASI :
Roslan menyerahkan beg dompet berisi wang yang telah dijumpainya di tepi jalan
kepada pihak polis .
SITUASI :
Wahida disenangi oleh kawan-kawan dan guru-gurunya kerana dia selalu bercakap dengan lemah lembut dan tidak pernah
berkasar bahasa .
SITUASI :
Sebagai seorang abang , Khalid sentiasa beralah dan tidak pernah berebut dengan
adik-adiknya yang masih kecil .
SITUASI :
Murid-murid di Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar beratur semasa membeli makanan
ketika waktu rehat .
SITUASI :
Semenjak tinggal di asrama , Amin telah membuat kerja-kerja harian seperti
mencuci dan melipat pakaiannya sendiri tanpa bantuan orang lain .
SITUASI :
Puan Siti menjaga rumah jirannya dengan baik semenjak jirannya pulang ke kampung
beberapa hari yang lalu .
SITUASI :
Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum , kita seharusnya saling hormat-
menghormati dan mesra antara satu sama lain walaupun berbeza budaya .
SITUASI :
Encik Daud dan Puan Mariam telah melawat jirannya yang sedang sakit dan dirawat di
Hospital Seberang Jaya .
SITUASI :
Hayati kasihan melihat kucing yang cedera dilanggar motosikal itu lalu
membawanya pulang ke rumah untuk dirawat .
SITUASI :
Akil berazam untuk mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR bagi melayakkan dirinya
belajar di sekolah berasrama penuh .
SITUASI :
Walaupun sedih dengan kematian suaminya yang meninggal dunia dalam kemalangan ,
Puan Halimah tetap redha dan cekal menghadapi dugaan itu .
SITUASI :
Setelah berjaya menamatkan pelajarannya di universiti , Hariz berniat untuk menjaga kedua ibunya pula kerana telah banyak
berkorban untuknya .
SITUASI :
Setiap hari , Fahmi akan menyimpan lebihan wang belanja sekolahnya ke
dalam tabung .
SITUASI :
Setiap hari , Khadeeja pasti akan berdoa agar kedua ibu bapanya dilindungi Allah
selepas selesai menunaikan solat .
SITUASI :
Amira bukan sahaja anak yang baik , malah dia sangat menghormati orang tua dan
lemah-lembut dengan orang lain .
SITUASI :
Dalam mesyuarat itu , penduduk Kampung Padang Belon sebulat suara bersetuju
untuk membuat longkang sekitar kampung secara beramai-ramai .
SITUASI :
Cikgu Ehsan telah menyiasat kes pergaduhan antara Rahim dan Badrul untuk mengetahui puncanya sebelum mengambil
tindakan disiplin .
SITUASI :
Julia tidak pernah berputus asa untuk memperbaiki kelemahannya dalam mata
pelajaran Bahasa Inggeris dengan melakukan ulangkaji setiap hari.
SITUASI :
Walaupun keuntungan berniaga kuih hari ini tidak banyak , namun Mak Timah tetap
berpuas hati dan seronok melakukannya .
SITUASI :
Sungguhpun Tuan Kamal seorang jutawan , namun dia tidak pernah sombong akan
kekayaannya dan sering bersedekah kepada fakir miskin .