Post on 30-May-2018
8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 1
1/11
masa dan depan
S A T U R D A Y , O C T O B E R 3 1 , 2 0 0 9
BANGSA 'MIM' tak hilang di dunia (siri 1)
Pengenalan
Bangsa di raja. Itulah ungkapan yang terungkap kali pertama bila saya
melihat gambaran sepenuhnya tentang apa yang berlaku sejak dulu
hingga kini. Ungkapan itu terhasil bila saya membuat kajian mengenai
asalnya Melayu. Pada mulanya, saya tidak berminat mengenai sejarah
lebih-lebih lagi kalau melibatkan sejarah tempatan atau asia tenggara. Ia
http://nusanaga.blogspot.com/2009/10/bangsa-mim-takkan-hilang-di-dunia-siri.htmlhttp://nusanaga.blogspot.com/2009/10/bangsa-mim-takkan-hilang-di-dunia-siri.htmlhttp://nusanaga.blogspot.com/2009/10/bangsa-mim-takkan-hilang-di-dunia-siri.htmlhttp://farm4.static.flickr.com/3484/4059968451_91cedb5daa_o.jpghttp://nusanaga.blogspot.com/http://nusanaga.blogspot.com/2009/10/bangsa-mim-takkan-hilang-di-dunia-siri.html8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 1
2/11
langsung tidak terlintas untuk saya mengetahui mengenai sejarah sendiri.
Apa yang saya suka ialah sejarah mesir kuno, Babylon dan
seumpamanya. Selain itu, saya juga suka dengan sejarah-sejarah eropah.
Lantas saya berfikir, kenapa perlu saya menyukai sejarah negara dan
bangsa orang lain? Pada mulanya, saya ingatkan saya seorang yang
mempunyai tabiat begitu, tapi rupanya ramai rakan saya yang berminat
pada skop sejarah yang sama. Sejarah orang di kaji, sejarah sendiri di
biar pergi.
Mungkin agak awal untuk saya mengeluarkan teori perihal bangsa
Melayu ini, tapi sedikit sebanyak, karya ini adalah sebagai pit stop
untuk saya mendedahkan apa yang terbuku di fikiran saya. Di samping
itu juga, di harap karya ini akan menyedarkan melayu yang sebenarnya
sedang tidur nyeyak sedangkan musuh-musuh sedang mencucuk luka.
Bukan senang untuk mengeluarkan teori Bangsa Diraja ini. Ia terhasil
selepas beberapa teori-teori saya yang lain seperti returning to
motherland dan bangsa jurai kenabian. Saya tidak pasti bukti yang saya
ada atau bahan baca saya sudah cukup atau belum untuk membuktikan
teori terbaru saya ini.
Walaubagaimanapun, manusia tetap manusia. Walaupun di beri buktisebesar gunung sekalipun, mereka tetap meragui dan mahukan bukti
seterusnya. Manusia nafsunya tidak puas dan meragui apa yang tidak
sealiran dengan mereka. Hanya dengan open-minded, bersederhana
dan bersifat universal, barulah kita dapat menerima pelbagai teori dan
menyerap masuk dalam idealogi kita sendiri.
Jadi, karya ini mungkin dapat membantu kita semua dalam mengenali
bangsa yang kompleks serta misteri ini. Inilah kajian saya dan inilah
luahan hati saya. Jangan bimbang, saya tidak mahu mengumpul pengikut
atau musuh mahupun harta kekayaan. Saya lakukan kerana saya
dipaksa oleh diri sendiri. Jika tidak berkongsi, saya berasa sengsara.
Jadi, dengan berkongsi, mereka yang mempercayai dan berfikir serta
mengambil langkah seterusnya itulah syurga kesenangan saya. Moga
kita dapat mereka-cipta dunia yang lebih baik dengan keizinanNYA.
8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 1
3/11
Permulaan kepada kajian
Segala-galanya bermula bila saya menyertai beberapa forum di internet.
Pada mulanya, kami lebih membincangkan tentang sejarah mesir lama,
tamadunan sumeria, dan beberapa misteri keagamaan seperti tabut as-
sakinah, huyun hayat, spear of destiny, annunaki, lost word of god dan
lain-lain. Kami berbincang berasaskan sumber-sumber internet dan buku-
buku yang kebanyakkannya dari barat. Kami berbincang sehinggalah
kami berada di titik penghabisan. Kami tidak tahu apa lagi yang harus di
bincangkan. Kemudiannya, datang seorang hamba ALLAH yang membuat
onar di forum itu dengan membuka thread yang berbaur kesufian. Ia
membuka minda kami ke arah yang cukup berbeza. Pada ketika itu, kami
tinggalkan semua perkara yang berkaitan dengan sejarah. Setelah
terpesona dengan Sufism yang sepatutunya menjadi basic dari diri
seseorang muslim itu, saya mula mencari guru tarikat dan berjumpa
dengan guru-guru tidak formal untuk bertanyakan apa yang bermain di
benak saya ketika itu. Kebanyakkannya adalah mengenai sufi dan hakikat
dunia.
Kemudian, pada tahun 2009, saya harus siapkan thesis untuk subjek
wajib di peringkat ijazah di sebuah university tempatan. Dari situ, saya
buntu kerana tidak mengetahui apa yang harus saya selidik dan kaji.
Pada tika itu juga, saya suka membaca siri Alter Melayu dari
mistisfiles.blogspot.com. Dari situ, saya mula teringat tentang
perbincangan kami di awal pembabitan saya dalam dunia forum internet.
http://2.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/ScXkUx_XWhI/AAAAAAAAAVY/sCjzOaHuMCw/s320/24-Mim.png8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 1
4/11
Pada awal pembabitan dalam dunia forum intenet, perbincangan kami
mengenai sejarah dunia ibarat tuang air ke daun keladi. Ia kerana itu
semua setakat di dalam internet dan kami langsung tidak mengambil
iktibar tentangnya. Ia ibarat berbincang di kedai kopi. Kosong dan tiada
isi. Apabila memasuki dunia sufi, saya mulai nampak tentang hakikat
setiap perkara yang berlaku dan barulah saya tahu, setiap apa yang
berlaku itu tidak sia-sia.
Dengan nekad, saya memilih tajuk kajian mengenai melayu ke dalam
Thesis saya biarpun ia agak kelihatan janggal. Pada waktu yang sama
juga, seorang hamba ALLAH yang tinggal di Eropah telah memasukkan
duit kedalam akuan Pay Pal saya. Dari situ saya membeli buku Eden in
the East serta Polynesian Research. Saya cukup berterima kasih kepada
hamba ALLAH itu dan mudah-mudahan hidupnya di sempurnakan. Dari
situ, pengembaraan saya dalam kajian mengenai Melayu bermula.
Biarpun kadang-kala di sindir dan di pandang pelik dalam kajian ini, tapi
saya tidak berputus asa kerana seolah-olah, itulah misi saya. Hidup tanpa
misi adalah ibarat robot. Hidup dengan rutin yang sama dan tiada
kesempurnaan sebagai insan. Jadi, di harap kajian saya ini dapat
memberi kebaikan kepada melayu yang lainnya dan semua yang berada
di dunia ini hendaknya.
8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 1
5/11
Umat Yang Satu
Manusia dahulunya hanyalah satu umat, kemudian mereka berselisih .Kalau tidaklah karena suatu ketetapan yang telah ada dari Tuhanmu
dahulu , pastilah telah diberi keputusan di antara mereka, tentang apa
yang mereka perselisihkan itu.
Surah Yunus, ayat 19
Itulah permulaan kepada kini dan permulaan kepada pentas dunia yang
kita lihat kini. Umat yang satu dari diri yang satu. Pada tekaan awalnya,
itulah umat nabi adam. Hanya Adam dan Hawa serta beberapa orang
anaknya. Jika kita melihat sepintas lalu, itulah yang kita akan dapati. Jika
di kaji terma umat itu, ia bererti segolongan manusia yang berkelompok
yang mempunyai kesamaan. Terma segolongan itu pula bukannya
bermaksud 10-100 orang, bahkan ia adalah melibat ribuan orang. Ia
adalah mengenai Umat, bukannya kaum atau kumpulan manusia.
Setahu saya, nabi Adam mempunyai umur yang cukup panjang dan di
katakan umurnya melebihi 1000 tahun. Kemudiannya, legasinya di
teruskan oleh anak cucunya. Dalam usia 1000 tahun dan di sambung oleh
http://farm3.static.flickr.com/2568/4059968151_aa4b1909cc_o.jpg8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 1
6/11
anak cucunya yang mungkin melangkaui umur ratusan tahun itu, pelbagai
usaha dapat di buat.
Apa yang saya maksudkan ialah, perkembangan manusia bermula dari
Adam itu cukup produktif. Jarak Adam sehinggalah cucunya Nabi Idris
adalah cukup lama. Tapi, saya rasa kita akan berfikir bahawa orang
zaman dulu hidupnya di gua-gua serta memburu bintang dengan tombak
dan sebagainya, meskipun usia mereka melampaui ratusan tahun.
Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama seluruhnya, kemudian
mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah
kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu mamang benar orang-orang
yang benar!"
Surah Al-Baqarah, ayat 31
Allah telah mengajar Adam mengenai nama-nama. Di dalam dunia sufi
(hakikat dan makrifat), nama-nama (ismu) adalah tentang kerahsiaan.
Dunia di cipta kerana adanya nama. ZatNYA yang di maujudkan harus
mempunyai nama. Dari nama itu, terbitlah sifat dan dari sifat terbitlah
kelakuan.
ADAM TELAH DI AJAR TENTANG SEGALA-GALANYA TENTANG
DUNIA DAN AKHIRAT.
8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 1
7/11
Jika Adam yang bijaksana itu tinggal di gua-gua dan memburu binatang
dengan tombak, apakah ia menentang apa yang telah di beritahu di
dalam Quran?! Dan adakah Adam hanya mengunakan kebijaksanaan itu
hanya untuk diri sendiri. Sudah tentu tidak. Ia akan di wasiatkan kepada
anak cucunya yang terpilih.
http://farm3.static.flickr.com/2614/4060710042_11b8c999cc_o.jpg8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 1
8/11
Kenapa terpilih?
Ini kerana peristiwa Habil dan Qabil itu memulakan peristiwa baru yang
belum pernah terjadi sebelum ini di era ADAM. Ia adalah lambing kepada
jahat dan baik, ego dan ikhlas, patuh dan engkar dan sebagainya. Jadi,
wasiat nama-nama ini di serahkan kepada siapa? Itulah persoalannya,
tapi jika di amati, wasiat itu kita akan dapat lihat pada perilaku Nabi Idris
a.s.
Harus di ingat formula ini:
ZATNYA NAMA SIFAT PADA NAMA KELAKUAN PADA SIFAT
Contoh: ALLAH mencipta sesuatu benda yang bercahaya dan menjadi
penyuluh di malam hari. Nama kepada benda itu ialah Bulan. Bulan di
panggil oleh rumpun Melayu. Moon di panggil oleh barat dan Qamar di
panggil oleh Arab. Nama ialah isyarat untuk berkomunikasi. Sifat kepada
nama Bulan tadi itu adalah seperti bercahaya dan cantik. Kelakuan pada
sifat itu pula, bulan hanya muncul di waktu malam. Dek kerana itulah di
kelihatan cantik kerana tiada benda lain yang lebih terang di langit selain
bulan.
Formula inilah yang menyebabkan wali-wali ALLAH mampu melakukan
perkara di luar adat. Apa yang pasti, kita harus tahu di mana hendak
dijatuhkan iktikad itu dan setakat mana keyakinan kita pada aturan itu.
Dari mana saya tahu tentang ini? Tidak lain tidak bukan, dari
pengembaraan saya di dalam dunia sufi dan kedegilan saya untuk
membantu melayu.
Formula inilah yang mampun untuk ADAM dan anak cucunya membina
sesuatu di dunia ini. ADAM adalah khalifah pertama. Khalifah bermaksud
wakil tuhan untuk mengurus dunia. Dari situ, dengan kemampuan luar
biasa yang di anugerahkan oleh ALLAH kepada hambaNYA, Adam, maka
terciptalah satu legasi.
Dalam tempoh 1000 tahun dan dengan berbekalkan kebijaksanaan
nama-nama sekaliannya itu, Adam mampu mengolah fizikal dan spiritual
atau mungkin perkara yang tidak kita ketahui. Tidak mustahil dalam
8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 1
9/11
tempoh 1000 tahun itu, Adam tidak mencipta syurga untuk isteri dan
anak-anaknya. Memori syurga di dalam diri Adam itu tidak mustahil tidak
di aplikasikan di dunia ini. Syurga dunia tidak akan sama dengan Syurga
di sana, walaubagaimanapun, syurga dunia adalah nyata pada fizikalnya.
Dari situ, bermulalah ketamadunan era ADAM. Legasi itu berterusan
sehinggalah muncul bandar-bandar para dewa. Dewa di sini bukanlah
bermaksud tuhan selain DIA. Hanya kita saja yang mengunakan terma
dewa untuk mendewa-dewakan manusia berkebolehan luar biasa ini.
Saya di beritahu oleh seorang tua, bahawa para dewa-dewa ini tidak
suka bila manusia bertuhankan mereka. Bahkan mereka menyembah
tuhan yang satu.
Ketamadunan ADAM itulah di gelar sebagai umat yang satu. Hidup
dalam kebahagian. Walaubagaimanapun, ada perselisihan terjadi pada
suatu zaman. Ia ibarat takdir yang harus di lalui oleh manusia pada era
itu. Apa yang saya baca, perselisihan itu terjadi kerana ada segolongan
yang tidak mempunyai keluarbiasaan membuat onar. Ada pendapat
mengatakan golongan ini bukan calang-calang orang. Mereka ini hebat
dalam ilmu fizikal, lantas sebuah ketamadunan di gelar Atlantis di bina.
Pada era ADAM, manusia terdiri dari keluarga diraja, para pedagang,pekerja dan penyelidik. Tapi, ada di antara golongan-golongan ini tidak
http://api.ning.com/files/KWguRf9Id6lOb*S1qPrNkHTLNd3Fmrj3MCdT8WaGF6Ewr96uwLjeaXnOF-r5S24SxEYMhjU-Hb*CnzosbSTh3RvBlCEh7ygc/armageddon29zbastroid.jpg8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 1
10/11
menyukai para dewa yang mengurus bumi sebagai khalifah. Dek kerana
itulah mereka berdendam dan cuba menjadi tuhan. Perselisihan ini
kemudiannya menyebabkan perang yang amat besar dan ia ada di
nyatakan dalam hikayat Ramayana dan Mahabrata.
AKhirnya perang ini menyebabkan kedua-dua golongan ini rugi lantas
berpecah. inilah perang antara Atlantis dan Lemuria. Banjir besar noh
itulah yang menengelamkan segala-galanya. Tidak pula di ketahui jarak
masa ADAM sehingga tempoh peristiwa banjir Nabi Nuh yang mana di
simpan elok dalam memori setiap insan sejak dulu hinggalah kini.
Apapun, itulah permulaan dari pengakhiran era ADAM.
Apakah yang terjadi sehinggakan berlakunya perang besar yang hebat
itu? Masih wujudkah wasiat Adam dan Ilmu segala itu? Apakah peranan
dewa-dewa itu dan bagaimana mengenalinya? Apa pula kaitan Melayu
dan umat yang satu ini? Nantikan siri seterusnya di
nusanaga.blogspot.com.
p/s: maaf kalau ada salah silap. Jika ada komen atau pendapat serta
pembetulan, sila kemukan di blog ini atau emailkan kepada
hasellusiby@gmail.com. Sekian, terima kasih
Rujukan:-
- Al-quran dan Hadis
- Eden in the east, the drowned continent of Southeast Asia, StephenOppenheimer, 1998
http://farm3.static.flickr.com/2716/4060710346_da14d2cc35_o.jpg8/14/2019 Bangsa Mim-takkan Hilang Di Dunia-siri 1
11/11
- Walking with Abraham, Danial Koplan,1999
- Malay Archipelago, Alfred russel Wallace, 1869, London
- Atlantis, the lost continent finally found, Prof. Arysio Santos, 1997
- Finger print of God, Graham hancock, 1999
- A Malay site for a book of Mormon Event, Ralph Austin Olsen, 2007
- Encyclopedia of World Mythology, Arthor Cotterell, 2008
- Sulalat Sulatin (Malay annals)
- Hikayat Merong Mahawangsa
- Hikayat indraputra
- Golden Khersonese, Paul Wheatley, 1966
- A history of Southeast Asia, D.G.E Hall, 1953
- The quarterly review- Polynesian researches, William Ellis, 1830
- Mistisfiles.blogspot.com
- Forum.cari.com.my (Sejarah,legenda dan mitos)
- Forum atasbawah.com
-
artikel oleh future phenomenon at 4:06 AM
http://nusanaga.blogspot.com/2009/10/bangsa-mim-takkan-hilang-di-dunia-siri.htmlhttp://www.blogger.com/email-post.g?blogID=3372787713909813688&postID=8426831754238773812http://nusanaga.blogspot.com/2009/10/bangsa-mim-takkan-hilang-di-dunia-siri.html