Post on 19-Jun-2015
description
BAHASA SLANGA PARASIT BAHASA MELAYU!!!!!!!!!!!????????
Merupakan salah satu wahana komunikasi masyarakat untuk menyalurkan pelbagai maklumat, baik dari dalam mahupun luar negara.
Mempunyai kuasa dan pengaruh yang kuat dalam mencorak dan merangsang daya fikir dan gerak masyarakat.
MEDIA MASSA
Media massa menjadi media cetak contohnya, menjadi alat perhubungan yang penting dalam menaikkan semangat perjuangan dalam kalangan masyarakat
Media cetak pada masa itu juga menjadi salah satu medan kritikan secara halus terhadap pembesar Melayu.
ZAMAN SEBELUM MERDEKA
Berfungsi sebagai medan sebaran am berkenaan isu-isu sosial, ekonomi dan politik, media massa dilihat turut berfungsi atau berperanan sebagai salah satu alat perpaduan masyarakat.(media massa berperanan dalam memupuk persefahaman rakyat berbilang kaum, menjana pemikiran dan melestarikan jati diri masyarakat dalam pembentukan nagara bangsa)
ERA MODENISASI
Apabila diteliti penggunaan bahasa dalam kalangan remaja , terutamanya ketika berbual, adakalanya golongan dewasa tidak dapat menangkap maksud sesuatu perkataan yang digunakan oleh remaja tersebut.
Bahasa-bahasa ini seakan-akan menjadi suatu sindrom dalam kalangan remaja apabila berkomunikasi dengan rakan sebaya.
Keadaan ini menyebabkan golongan remaja menjadikan bahasa slanga ini sebagai suatu kelaziman dan pilihan semasa berkomunikasi.
PENGGUNAAN BAHASA(REMAJA)
Bahasa yang tidak bakuDigunakan dalam kalangan remaja dan
dianggap bersifat terkiniDitiru daripada bahasa yang digunakan
oleh pengamal media dan ikon hiburan tempatan
Virus yang menular dengan cepat sehingga meresapi kepraktisan berbahasa, terutama dalam kalangan masyarakat
BAHASA SLANGA
PERKATAAN MAKNAMasak kita Habislah atau teruklah kita
Mandi kita Keadaan sukar atau bermasalah jika tertangkap disebabkan sesuatu kejadian
Kureng Sombong
Sengallah kau ni Bodoh atau lurus bendul
Dalam hati ada taman Romantik
Balak Teman lelaki
Awek Teman wanita
Poyo Sikap yang kurang disenangi
Port baru Tempat baru
Lu pikirlah sendiri Awak fikirlah sendiri
Chikaro Teman wanita
Relaks beb Bertenang
Ada aku kisah Saya tidak peduli
Kebabo Gimik bunyi
Layan jer Mengikuti sesuatu perkara
Mulut longkang Mulut celupar
Kaki klepak Pencuri
Kantoi Tertangkap atau sesuatu aktiviti diketahui
Mangkuk ayun Bodoh
CONTOH BAHASA POPULAR
Berdasarkan pemerhatian terhadap media cetak, terutamanya majalah seperti Eh!, Hai, KLIK, Mangga, Gempak dan In Trend memperlihatkan penggunaan bahasa oleh pengamal medianya yang dapat diklasifikasi sebagai bahasa yang hancur atau kacau.
Bahasa rojak atau bahasa slanga telah digunakan secara berleluasa dalam majalah tersebut, terutamanya berkaitan dengan cerita atau kisah artis tempatan.
MEDIA CETAK
Hiburan serta drama dan filem seperti Melodi, Terjah, Fuhhh, Sinderella, Kasanova, Impak Maksima, Lu Pikirlah Sendiri, KL Drift, V3 Samseng Jalanan, Adnan Semp-it, dan Bohsia.
Menggunakan dan menonjolkan penggunaan bahasa slanga yang menjadi bahasa lazim dan digemari oleh golongan remaja dan muda-mudi.
Jika tidak diubati, keadaan akan menjadi runcing dan menghancurkan estetika berbahasa yang sering diagung-agungkan oleh pencinta bahasa Melayu.
MEDIA ELEKTRONIK
Selaku penutur bahasa Melayu, pihak pengamal media massa perlulah mempunyai kesedaran dan keyakinan terhadap bahasa sendiri.
Bahasa Melayu perlu dinaikkan martabatnya di tempat yang sesuai agar generasi akan datang turut menghargai dan memeliharanya untuk membolehkan bahasa Melayu terus gah walaupun terpaksa berhadapan dengan modenisasi dan globalisasi yang amat mencabar kewibawaannya.
SEHARUSNYA…….
SEKIAN,TERIMA KASIH
BAHASA JIWA BANGSA