Post on 29-Oct-2015
1
PROGRAM
JAWAB UNTUK JAYA 2011
BAHASA MELAYU
KERTAS 1
BAHAN SEMINAR GURU
JUJ 2011
2
ISI KANDUNGAN
1. Definisi Penulisan Karangan
2. Ciri-ciri Penulisan Karangan Cemerlang
3. Skop Penulisan Karangan SPM
4. Analisis Format, Tema dan Dimensi Soalan
BM 1 SPM (2001 2010)
5. Tip Penulisan Karangan Berkesan
6. Tip Membina Perenggan yang Matang
7. Rujukan Bestari
8. Kriteria Penskoran Karangan Bahagian A & B
9. Latihan Penandaan Skrip Jawapan Pelajar
10.Lampiran
3
1. DEFINISI PENULISAN KARANGAN: Satu proses yang melibatkan penyusunan dan pembentangan idea-idea oleh
penulis tentang sesuatu isu untuk dipersembahkan kepada pembaca/ pemeriksa.
Setiap idea yang disampaikan itu hendaklah jelas maksudnya iaitu berkemampuan
menyalurkan idea kepada pembaca/ pemeriksa, menerusi penggunaan bahasa
yang tepat dan berkeupayaan menggunakan teknik penulisan yang sesuai .
(Samsu Yaacob, Bahasa Melayu Kertas Satu, Masa Enterprise, Kajang 1995) 2. CIRI-CIRI PENULISAN BERKESAN: 2.1 Karangan Cemerlang (Bahagian A): PERINGKAT CEMERLANG ( 26-30 markah) TEMA: Menepati tema & tugasan bahan rangsangan BAHASA: Gramatis dari segi kata dan ayat
Tanda baca betul dan tepat
Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru
Kosa kata luas dan tepat
WACANA: Lengkap
Unsur bahasa bervariasi
Guna ungkapan yang menarik
IDEA: Relevan dengan tema & tugasan bahan rangsangan
Dihuraikan dengan jelas dan mata
4
2.2 KARANGAN CEMERLANG (BAHAGIAN B): PERINGKAT CEMERLANG (80 100 MARKAH) Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat
Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis
Ejaan dan tanda baca betul
Laras bahasa sesuai dengan tugasan
Penggunaan kosa kata luas dan tepat
Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas dan matang,
disertakan dengan contoh yang sesuai
Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai
Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan
Penggunaan unsur bahasa bervariasi
Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan
seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa
(Kriteria Pemarkahan Lembaga Peperiksaan Malaysia, SPM 2010)
3. SKOP KARANGAN SPM MENGIKUT DIMENSI & JENIS / BIDANG: BAHAGIAN A : KARANGAN BERPANDUKAN BAHAN RANGSANGAN :
Jenis Bahan Rangsangan;
Gambar Foto
Gambar rajah
Ilustrasi kartun
Pelan
Iklan
Petikan
Catatan
5
BAHAGIAN B :
KARANGAN RESPONS TERBUKA :
Tajuk karangan berdasarkan kombinasi:
BIDANG INTERPERSONAL (IP)
BIDANG MAKLUMAT (M)
BIDANG ESTETIKA (E)
Skop Soalan Merangkumi 5 Dimensi :
DIRI
KELUARGA & MASYARAKAT
NEGARA
ANTARABANGSA
UNSUR SASTERA
i. BIDANG INTERPERSONAL
Surat Rasmi
Surat Tidak Rasmi
Wawancara
Forum
Syarahan
Ucapan
Ceramah*
Perbahasan
ii. BIDANG MAKLUMAT
Rencana
Laporan
Berita
Pendapat
Mengulas Pendapat
Perbincangan
Membahaskan Tajuk
Ulasan Buku
Ulasan Cerpen/Novel/ Drama/ Puisi
6
Peribahasa/ Cogan Kata
Menulis Minit Mesyuarat
iii. BIDANG ESTETIKA
Gambaran/ Keperihalan
Menulis Cerpen
Menulis Skrip Drama
4. ANALISIS FORMAT, TEMA & DIMENSI SOALAN KERTAS 1 BAHASA MELAYU SPM (SPM NOV 2001 SPM NOV 2010)
TAHUN FORMAT TEMA / ISU DIMENSI
NOV 2001
1 Keperihalan Tersesat sewaktu perjalanan ke kompleks beli-belah
Individu
2 Pendapat Kemiskinan menimbulkan masalah sosial
Keluarga/Masyarakat
3 Perbahasan Sekolah khas bagi pelajar lelaki atau perempuan sahaja patut dihapuskan
Negara
4 Rencana Kejayaan yang dicapai oleh Malaysia Negara
5 Surat Tidak Rasmi
Kepentingan membaca Individu
6 Penceritaan Penceritaan novel yang telah dibaca Individu/Masyarakat
JUN 2002
1 Huraian Peribahasa Sediakan payung sebelum hujan
Masyarakat
2 Pendapat Seni mempertahankan diri lebih banyak membawa keburukan
Masyarakat
3 Surat Tidak Rasmi
Arah aliran golongan remaja kini dari segi pakaian, pemikiran, hobi dan sebagainya
Individu/ Negara
4 Ceramah Ceramah Perpaduan Negara Tanggungjawab Bersama
Masyarakat/Negara
5 Huraian Prinsip-prinsip Rukun Negara Masyarakat/Negara
6 Cerita Menyambungkan dialog Individu
NOV 2002
1 Gambaran Perasmian pusat perniagaan & pentas utama runtuh
Keluarga/Masyarakat
2 Pendapat Aktiviti sukan lasak di peringkat sekolah
Masyarakat/Negara
3 Syarahan Pengguna Bijak Masyarakat Bahagia
Masyarakat
4 Wawancara Pelajar Cemerlang Kokurikulum Individu 5 Surat Rasmi Aduan pembuangan sisa toksik Masyarakat/Negara
6 Ulasan Keistimewaan drama pentas yang ditonton
Individu/ Masyarakat
JUN 1 Gambaran Membantu keluarga Individu/ Keluarga
7
2003 meyempurnakan majlis perkahwinan angoota keluarga
2 Komentar Mutu sukan negara ini masih belum dapat
dibanggakan
Negara
3 Wawancara Anugerah pelajar cemerlang Individu
4 Ulasan Rakyat yang kurang memahami sejarah negara tidak patriotik
Masyarakat/ Negara
5 Perbahasan Program Televisyen Lebih Banyak Bercorak Hiburan
Masyarakat/Negara
6 Pendapat Cara untuk menimbulkan minat golongan muda menceburkan diri dalam bidang penulisan
Individu/ Negara
TAHUN FORMAT TEMA / ISU DIMENSI
NOV 2003
1 Pendapat Hobi memancing Individu
2 Perbincangan Faktor-faktor pembentukan sahsiah Keluarga/Masyarakat
3 Laporan Wabak penyakit berjangkit Negara
4 Rencana Faedah menyertai koperasi sekolah Individu
5 Pendapat Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung
Masyarakat
6 Ulasan Ulasan cerpen yang dibaca Keluarga/Masyarakat
JUN 2004
1 Ulasan Faedah lebuh raya kepada rakyat dan negara
Masyarakat/Negara
2 Huraian Masalah gangguan bekalan air Masyarakat/Negara
3 Pendapat Masalah remaja terlibat gejala negatif
Individu/ Negara
4 Wawancara Rahsia kejayaan ahli sukan dan pengalaman beliau dalam bidang tersebut
Individu
5 Laporan Lawatan sambil belajar ke beberapa destinasi pelancongan di negara kita
Individu/ Masyarakat
6 Cerpen Menulis cerpen Individu
NOV 2004
Bhg A Pendapat
Isu Pembangunan & Alam Sekitar Negara
Bhg B 1 Perbincangan
Peranan remaja untuk mencapai hasrat negara
Individu
2 Fakta Tokoh sanjungan Masyarakat
3 Rencana Persediaan pelajar menghadapi persaingan kerja pada masa akan datang
individu
4 Syarahan Keluarga Bahagia Penjana Masyarakat Harmoni
Keluarga/Masyarakat
5 Pendapat Usaha-usaha untuk memartabatkan golongan yang terlibat dalam bidang sastera
Masyarakat/Negara
8
JUN 2005
Bhg A Pendapat
Masalah tanah terbiar Negara
Bhg B 1 Pendapat
Cabaran untuk mencapai cita-cita dan langkah mengatasinya
Individu
2 Komen Masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja berpunca daripada kegagalan institusi keluarga
Masyarakat
3 Syarahan Budi Bahasa Amalan Mulia. Masyarakat/Negara 4 Perbincangan Hubungan baik antara Malaysia
dengan negara-negara jiran wajar dipelihara
Negara
5 Pendapat Peranan pelbagai pihak untuk mempopularkan sastera tradisional.
Masyarakat/Negara
TAHUN FORMAT TEMA / ISU DIMENSI
NOV 2005
Bhg A Pendapat
Usaha menangani masalah vandalisme
Masyarakat
Bhg B 1 Ulasan
Remaja suka mengikut trend semasa yang mempengaruhi budaya hidup masyarakat
Individu
2 Pendapat Peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak
Keluarga
3 Rencana Usaha Kementerian Belia dan Sukan juga persatuan sukan bagi meningkatkan mutu sukan
Negara
4 Pendapat Persengketaan dan peperangan telah menjejaskan keharmonian sosial dan perkembangan ekonomi dunia
Antarabangsa
5 Cerpen Berdasarkan maksud peribahasa; menggambarkan kerjasama dalam kehidupan masyarakat majmuk (isu sastera)
Masyarakat
JUN 2006
Bhg A Pendapat
Peluang untuk melanjutkan pelajaran Individu
Bhg B 1 Syarahan
Amalan Gaya Hidup Sihat Masyarakat
2 Pendapat Peranan ibu bapa, sokongan ahli keluarga dan usaha sendiri mempengaruhi kejayaan seseorang
Keluarga
3 Pendapat Aktiviti yang dapat dilaksanakan oleh masyarakat untuk menjayakan hasrat mengukuhkan perpaduan antara rakyat
Masyarakat
4 Perbincangan Peranan negara untuk terus mengekalkan kesejahteraan dan keamanan dunia
Antarabangsa
5 Pendapat Saranan menggalakkan remaja membaca karya bertemakan
Individu
9
semangat patriotik
NOV 2006
Bhg A Pendapat
Usaha meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan remaja
Individu
Bhg B 1 Pendapat
Faedah menguasai ICT Negara
2 Ceramah Menghargai jasa ibu bapa Keluarga
3 Pendapat Peranan pelbagai pihak memajukan pertanian
Masyarakat
4 Perbincangan Cara menangani masalah jerebu Antarabangsa
5 Pendapat Penghayatan nilai-nilai murni berperanan membentuk peribadi yang baik
Masyarakat
JUN 2007
Bhg A Pendapat
Aktiviti yang berfaedah untuk mengisi masa lapang
Masyarakat
Bhg B 1 Perbincangan
Cara anda melaksanakan amalan berjimat cermat
Induvidu
2 Pendapat Kebaikan mengadakan majlis rumah terbuka
Masyarakat
3 Rencana Kesan buruk tabiat merokok terhadap kesihatan
Masyarakat
4 Perbahasan Kemasukan pekerja asng membawa kebaikan kepada negara (pencadang)
Negara
5 Pendapat Pembacaan karya sastera dapat meningkatkan penguasaan bahasa, kemahiran menghasilkan karya kreatif dan penerapan nilai murni dalam diri murid
Individu/Masyarakat
NOV 2007
Bhg A Pendapat
Usaha-usaha yang dapat di lakukan untuk menjaga kebersihan kawasan persekitaran
Masyarakat/Negara
Bhg B 1 Syarahan
Rukun Negara Membentuk Rakyat Berkualiti.
Masyarakat/Negara
2 Penjelasan Kebaikan-kebaikan pelaksanaan waktu bekerja lima hari seminggu
Keluarga/Negara
3 Pendapat Institusi pendidikan berasaskan Masyarakat/Negara
4 Saranan Bentuk sumbangan yang dapat diberikan oleh negara-negara kaya untuk membantu negara-negara miskin
Antarabangsa
5Cerpen/Skrip Drama
Tulis sebuah cerpen atau skrip drama yang berakhir dengan dialog.
Individu
10
JUN 2008
Bhg A Pendapat
Peluang kerjaya dalam bidang pertanian di Malaysia
Individu
Bhg B 1 Penjelasan
Kebaikan-kebaikan amalan kitar semula
Masyarakat/Negara
2 Perbincangan Hubungan baik antara ahli keluarga dapat menjamin kebahagiaan sesebuah keluarga
Keluarga
3 Pidato Dadah Membawa Padah Negara 4 Pendapat Peranan rakyat Malaysia di luar
negara untuk mempromosikan negara kita dalam pelbagai aspek pada peringkat antarabangsa
Antarabangsa
5 Cerpen Peribahasa Belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam
Individu
NOV 2008
Bhg A Pendapat
Punca-punca pencemaran sungai Masyarakat/Negara
Bhg B 1 Laporan
Laporan tentang Majlis Anugerah Cemerlang yang diadakan di sekolah
Individu
2 Penjelasan Ciri-ciri sebuah petempatan yang menjadi idaman keluarga
Keluarga
3 Huraian Faktor-faktor yang menyebabkan merebaknya demam denggi dan langkah-langkah bagi menanganinya
Masyarakat/Negara
4 Pendapat Penyertaan setiap negara dalam pertandingan sukan pada peringkat antarabangsa dapat mengeratkan hubungan masyarakat dunia
Antarabangsa
5 Perbincangan Bincangkan kepentingan amalan berbudi bahasa dalam masyarakat (pantun diberi sebagai pernyataan soalan)
Masyarakat
TAHUN FORMAT TEMA / ISU DIMENSI
JUN 2009
Bhg A Pendapat
Sumbangan Untuk Membantu Mangsa Banjir
Masyarakat
Perbincangan Perkara yang dilakukan untuk berjaya dalam temuduga biasiswa
Diri
Syarahan Keluarga Bahagia Penentu Kecemerlangan Anak-anak
Keluarga
Pendapat Kebaikan Menyertai Aktiviti Sukan Lasak
Masyarakat
Pendapat Usaha meningkatkan Pengeluaran Bahan Makanan dalam Negara
Negara
Pendapat Langkah Mempromosi Seni dan Warisan Negara ke Luar Negara
Antarabangsa
11
TAHUN FORMAT TEMA / ISU DIMENSI
NOV 2009
Bhg A Pendapat
Aktiviti Badan Beruniform dan Faedahnya
Diri / Masyarakat
Bhg B 1 Perbincangan
Usaha usaha melahirkan anak-anak sebagai insan berguna
Keluarga
2 Pendapat Kebaikan Aktiviti Bercucuk Tanam Untuk Keperluan Harian
Masyarakat
3 Jelaskan pendapat
Pengetahuan Tentang Sejarah Penubuhan Negara Penting Difahami Oleh Setiap Rakyat
Negara
4 Rencana Kesan Pemanasan Global Terhadap Bumi dan Hidupannya
Antarabangsa
5 Pendapat Pengajaran daripada novel yang boleh dijadikan pedoman hidup
Diri
JUN 2010
Bhg A Pendapat
Punca-punca Pencemaran Udara Negara
Bhg B 1 Gambaran
Pengalaman membantu mangsa bencana alam
Diri
2 Pendapat Kepentingan meraikan hari-hari istimewa (Hari Ibu, Hari Bapa dan Hari Lahir setiap ahli keluarga)
Keluarga
3 Rencana Peranan Pelbagai Pihak dalam Menangani Isu Kenaikan Harga Barang
Negara
4 Perbincangan Manfaat hubungan baik antara pemimpin- pemimpin negara di dunia
Antarabangsa
5 Pendapat Kepentingan Menguasai Pelbagai Ilmu ( gurindam sebagai pernyataan soalan)
Masyarakat
TAHUN FORMAT TEMA / ISU DIMENSI
NOV 2010
Bhg A Pendapat
Cara menjalani kehidupan yang sihat Diri / Masyarakat
Bhg B 1 Perbincangan
Peranan pengawas membantu pihak sekolah membentuk murid berdisiplin
Diri
2. Jelaskan pendapat
Tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapanya
Keluarga
3 Perbincangan Peranan rakyat Malaysia dalam menjamin kesejahteraan negara
Negara
4 Huraian/ Perbincangan
Langkah negara-negara di dunia menangani wabak penyakit berjangkit
Antarabangsa
5 Cerpen Di mana ada kemahuan di situ ada jalan
Masyarakat
12
5. TIP PENULISAN KARANGAN YANG BERKESAN
Untuk menulis, pelajar mestilah mempunyai strategi tertentu yang dapat menarik
perhatian pemeriksa. Lima strategi tersebut ialah :
i. memilih soalan yang tepat
ii. mengenal pasti kata kunci soalan
iii. menyediakan rangka karangan
iv. menulis karangan
v. menyemak karangan
5.1 MEMILIH SOALAN YANG TEPAT
Para pelajar perlu membaca kesemua soalan yang dikemukakan sambil menggarisi
setiap kata kunci dalam soalan. Pilih soalan yang paling sesuai dengan pengetahuan
anda untuk menjawabnya.
5.2 MENGENAL PASTI KATA KUNCI SOALAN
Para pelajar perlu memahami setiap kata kunci yang terdapat dalam soalan
peperiksaan. Setiap soalan peperiksaan mempunyai tiga perkara utama yang perlu
dikesan oleh pelajar. Tiga perkara itu ialah TEMA (T), SKOP (S) dan FORMAT (F).
Baca dan garisi ayat yang mengandungi tiga kata kunci tersebut.
Contoh soalan:
Sejak akhir-akhir ini, program televisyen realiti telah mendapat tempat dalam hati
masyarakat. Program seperti ini mendatangkan pelbagai impak negatif kepada
penonton
Bincangkan kesan buruk program tersebut dalam kalangan masyarakat.
13
TEMA : persoalan yang dibincangkan program televisyen realiti
SKOP : kehendak soalan kesan buruk kepada masyarakat
FORMAT : jenis karangan perbincangan/pendapat
5.3 MERANGKA PENULISAN KARANGAN
Setelah mengenal pasti tema, skop, dan format pelajar perlu mula merangka untuk
menulis karangan. Sama seperti manusia, karangan juga mempunyai anatomi yang
terdiri daripada kepala, tubuh, dan kaki.
PERENGGAN PENDAHULUAN
Bahagian kepala sama maksud dengan perenggan pendahuluan. Perenggan ini
melibatkan tema dan isu semasa. Jangan masukkan apa-apa contoh dalam
perenggan ini. Ayat akhir dalam perenggan ini sebaiknya menggunakan ayat tanya
yang merujuk kepada skop soalan. Perenggan pendahuluan hendaklah mempunyai
lima perkara yang ditulis dalam satu perenggan:
I. AYAT TEMA : MERUJUK KEPADA TEMA KARANGAN
II. ISU SEMASA
III. HURAIAN ISU
IV. PENDAPAT
V. PENDIRIAN PENULIS : MERUJUK KEPADA SKOP SOALAN
Contoh:
(Tema)Komuniti hari ini sering digembar-gemburkan dengan pelbagai rancangan
televisyen realiti. (Isu semasa) Rancangan televisyen realiti kini semakin mendapat
tempat dalam hati populasi di negara ini. (Huraian isu) Tambahan pula , setiap
rumah di negara ini sekurang-kurangnya mempunyai sebuah televisyen. Hal ini
memudahkan penerbit untuk menerbitkan pelbagai rancangan televisyen realiti. Oleh
sebab itu, pertambahan rancangan televisyen realiti semakin meningkat dari semasa
14
ke semasa. Antara rancangan televisyen realiti yang sering dipaparkan melalui skrin
televisyen sekarang termasuklah `Akademi Fantasia, `Mentor, `One In A Milion dan
banyak lagi. (Pendapat) Penerbit rancangan-rancangan tersebut berpendapat
bahawa dengan penerbitan rancangan tersebut dapat menyediakan ruang bagi
mencungkil bakat-bakat dalam bidang nyanyian dan lakonan melalui mekanisma
yang betul. Walhal, mereka mengaut keuntungan yang besar daripada penonton
dengan mengadakan undian melalui sistem pesanan ringkas. Hal ini dapat
diibaratkan seperti pepatah Melayu sambil menyelam minum air. (Skop soalan).
Persoalannya apakah kesan-kesan rancangan televisyen realiti kepada komuniti di
negara kita?
Selangkan sebaris untuk menulis perenggan berikutnya iaitu perenggan isi.
PERENGGAN ISI
Seterusnya ialah bahagian tubuh karangan atau juga dikenali sebagai perenggan isi
karangan. Perenggan isi karangan juga mestilah dibina secara sekata bagi setiap
perenggan. Penulisan isi karangan yang baik mesti mempunyai empat
unsur/perkara. Unsur-unsur tertsebut terdiri daripada:
I. AYAT FOKUS : ISI / IDEA UTAMA
II. AYAT HURAIAN : 5W1H (MASB2D)
III. AYAT CONTOH : RELEVAN DAN TERKINI
IV. AYAT SIMPUL : KESIMPULAN PERENGGAN
Ayat fokus mestilah dimulakan dengan pernyataan isi dalam satu ayat sahaja.
Gunakan ayat penyata yang jelas dan berwibawa. Ini diikuti dengan ayat huraian
daripada penyataan isi. Gunakan teknik penyoalan 5W1H. Jumlah ayat huraian tidak
terhad tetapi bergantung pada kemampuan pelajar. Seterusnya, pelajar perlu
mengemukakan contoh atau bukti bagi menyokong huraian di atas. Contoh / bukti
yang diberikan mestilah relevan dan terkini. Gunakan sumber rujukan daripada
majalah atau akhbar harian. Setiap isi karangan mesti diakhiri dengan ayat
kesimpulan.
15
Perenggan isi mesti terdiri sekurang-kurangnya lima isi yang ditulis dalam lima
perenggan. Setiap perenggan mesti diselangkan dengan satu baris. Jangan
dicampuradukkan beberapa isi dalam dalam satu perenggan.
Contoh:
(Ayat fokus) Rancangan televisyen realiti mendatangkan pelbagai impak negatif
kepada masyarakat di negara kita. (Ayat huraian) Rancangan televisyen realiti ini
menyebabkan berlakunya pembaziran sama ada masa atau wang. Rancangan ini
melalaikan para penonton. Hal ini kerana penonton yang menggemari rancangan ini
akan setia menanti di hadapan televisyen untuk menonton rancangan tersebut. (Ayat
contoh) Selain itu, mereka sanggup juga membatalkan janji temu mereka dengan
sahabat handai semata-mata ingin menonton rancangan tersebut yang tidak
membawa keuntungan kepada penonton. Para pelajar turut membuang masa
dengan menonton rancangan tersebut dan menggadaikan masa ulang kaji mereka.
Sehubungan dengan itu, rancangan televisyen realiti ini juga membazirkan wang
para penontonnya. Hal ini kerana para penonton akan mengundi artis pilihan
mereka. Walaupun satu undian hanya bernilai RM, tetapi para penonton perlu
menghantar undian mereka beberapa kali untuk memastikan artis yang diminati
mereka berjaya. (Ayat simpul) Jelaslah di sini bahawa rancangan televisyen realiti
ini membazirkan masa dan wang.
PERENGGAN PENUTUP
Akhir sekali, sesebuah karangan perlu mempunyai kaki supaya boleh berdiri kukuh.
Perenggan penutup ini tidak boleh diabaikan oleh pelajar kerana berperanan sebagai
pelengkap sesebuah karangan. Unsur yang perlu ada dalam perenggan ini ialah:
I. AYAT KESIMPULAN
II. AYAT CADANGAN
III. AYAT HARAPAN
IV. AYAT PENEGASAN
16
Ayat pertama yang ditulis merumuskan keseluruhan isi yang telah dibincangkan.
Jangan masukkan isi baru dalam perenggan ini. Rumusan secara umum
keseluruhan isi sudah memadai untuk menyimpulkan karangan. Kemudian, nyatakan
cadangan dan harapan anda terhadap isu yang telah dibincang. Sebagai penutup
ayat karangan anda, pelajar digalakkan menegaskan pendirian terhadap
keseluruhan isi karangan.
Contoh:
(Ayat kesimpulan) Kesimpulannya, rancangan televisyen realiti mendatangkan
pelbagai kesan dan dapat memudaratkan masyarakat di negara kita. (Cadangan)
Bagi penerbit yang ingin menerbitkan rancangan televisyen realiti ini haruslah
semata-mata untuk mencungkil bakat baru dalam kalangan masyarakat di negara
kita. Pihak penerbit tidak seharusnya mengambil kesempatan daripada rancangan
yang diterbitkan. Selain itu, pihak penerbit perlu juga mengurangkan undian melalui
sistem pesanan ringkas. Peserta-peserta haruslah dinilai berdasarkan bakat yang
terpendam dalam diri mereka bukan kerana kecantikan rupa paras semata-mata.
Rancangan televisyen realiti haruslah dikurangkan. Ini penting untuk mengelakkan
pertambahan masalah sosial dalam kalangan remaja di negara kita. Pihak penerbit
haruslah menggantikan rancangan televisyen realiti dengan rancangan-rancangan
ilmiah yang lebih memberikan keuntungan sama ada kepada penerbit ataupun
penonton. (Harapan) Dengan ini, masyarakat yang berilmu dapat dilahirkan di
negara kita. (Penegasan) Saya yakin andainya cadangan ini dapat dilaksanakan
sudah pasti akan dapat meningkatkan imej dan karier masyarakat di negara ini
walaupun sebagai seniman dan seniwati dalam bidang seni nyanyian dan lakonan.
5.4 MENULIS KARANGAN
i. Karangan yang ditulis mestilah mepunyai TUJUH perenggan yang terdiri daripada
Pendahuluan (1 perenggan), Isi (5 perenggan) dan Penutup (1 perenggan)
ii. Setiap perenggan terdiri daripada 12 baris yang sekata. Pastikan karangan berselang sebaris antara perenggan.
17
iii. Isi utama merupakan ayat pertama dalam karangan. iv. Ayat huraian menggunakan teknik 5W1H (MASB2D) v. Setiap isi perlu ada kesimpulan. vi. Ungkapan menarik berupa peribahasa, cogan kata, kata-kata hikmat tokoh, pantun, dan seumpamanya mesti diselitkan dalam setiap perenggan. vii. Gunakan kosa kata yang luas seperti anjakan paradigma, kedangkalan ilmu dan seumpamanya. viii. Susun isi mengikut kepentingan, contohnya diri keluarga negara global. ix. Setiap ayat yang ditulis mestilah mempunyai subjek dan predikat dengan jelas. Ayat mesti betul. x. Kertas karangan mesti bersih, kemas dan mudah dibaca. Setelah menulis karangan, pelajar perlu menyemak karangan yang telah siap. Pastikan ejaan, tanda baca, penanda wacana dan struktur ayat telah ditulis dengan betul. Kesalahan-kesalahan yang dilakukan akan menyebabkan pemotongan markah. 5.5 TIP-TIP LAIN i. Pelajar MESTI membaca akhbar setiap hari. Luangkan masa sekurang-kurangnya 15 minit sebelum P&P dengan membaca isu semasa. ii. Guru menggunakan akhbar untuk membina karangan di samping sebagai bahan rujukan. iii. Latihan menulis karangan perlu dilakukan pada setiap hari dalam tempoh yang ditetapkan. iv. Gunakan kertas berformat kertas jawapan LPM untuk latihan (boleh difotokopi). Ini untuk membiasakan pelajar dengan kertas peperiksaan sebenar. v. Semua pelajar menggunakan pena yang sama jenis semasa peperiksaan. vi. Pelajar boleh menyalin karangan contoh sekurang-kurangnya seminggu sekali. vii. Sebulan sekali perlu diadakan ujian masa menulis karangan. Patuhi masa peperiksaan sebenar.
18
6.0 TEKNIK MEMBINA PERENGGAN YANG MATANG : 6.1 Teknik 1: Menggunalkana Lembaran Pengurusan Grafik Jadual (Sumber : Saudara Asmui Mustafa) Isi Pokok :
1 Isi Pokok
2 Siapa?
3 Bagaimana?
4 Analogi
5 Kesan/akibat
6 Kesan lanjutan
7 Peribahasa
8 Penegasan
19
CONTOH APLIKASI TEKNIK 1 :
Soalan: Negara kita merupakan salah sebuah negara di dunia yang mencatatkan kadar kemalangan jalan raya yang tinggi. Jelaskan punca-punca berlakunya kemalangan jalan raya di negara kita. Analisis Soalan: TEMA : kemalangan jalan raya FORMAT : perbincangan TUGASAN : punca-punca Kerangka isi :
a) faktor kecuaian pemandu
b) faktor jalan raya
c) faktor cuaca
d) faktor kenderaan
e) kelemahan penguatkuasaan undang-undang
Prosedur Menggunakan Teknik 1
1) Guru menerangkan kaedah mengembangkan idea yang matang
2) Guru menjelaskan lapan (8) peringkat pengembangan isi iaitu;
i. Isi pokok ii. Siapa iii. Bagaimana iv. Analogi v. Kesan / akibat vi. Kesan lanjutan vii. Peribahasa viii. Penegasan
3) Guru menayangkan contoh pengembangan isi kepada pelajar.
4) Guru membahagikan pelajar kepada 5 kumpulan, setiap kumpulan terdiri
daripada 5 hingga 6 pelajar.
5) Setiap kumpulan dikehendaki mengembangkan isi mengikut peringkat yang ditunjukkan.
20
6) Guru mengedarkan lembaran pengurusan grafik kepada pelajar
7) Pelajar berbincang untuk mengisi petak yang disediakan.
8) Pelajar membentangkan hasil perbincangan
9) Pelajar bersoal jawab dengan memberi komen terhadap bahan pembentangan
10)Guru mengarahkan pelajar menggabungkan semua isi yang dibentangkan
11)Pelajar menulis karangan penuh di dalam buku latihan.
12)Pengukuhan: secara individu, pelajar melengkapkan lembaran pengurusan
grafik berdasarkan tajuk karangan yang diberi
i. Kemenangan dan kegagalan ialah adat hidup. Berikan pandangan anda tentang cara-cara yang patut diambil oleh ibu bapa untuk membantu anak yang kalah atau gagal supaya bangkit semula. Isi-isi :
a. Tidak menyalahkan anak
b. Memberikan sokongan
c. Memberikan bantuan yang praktikal
21
Contoh Olahan Isi : Kecuaian pemandu menjadi punca kemalangan
1 Isi Pokok Pemandu kenderaan yang cuai selalu menjadi punca berlakunya kemalangan.
2 Siapa? Pemandu yang paling berisiko tinggi ialah penunggang motosikal.
3 Bagaimana?
Pemandu yang kurang sopan sewaktu di jalan raya selalunya memandu secara berbahaya, contohnya ialah pemandu yang terlibat dengan lumba haram, mabuk dan lain-lain.
4 Analogi
Kalau berjalan di jalan berduri, perlulah berhati-hati, begitulah juga di jalan raya, umpama mulut harimau yang sentiasa ternganga menunggu mangsa.
5 Kesan/Akibat
Diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain turut terdedah untuk mendapat kemalangan. Kadangkala orang yang tidak bersalah turut menjadi mangsa disebabkan oleh golongan cuai ini.
6 Kesan lanjutan Mangsa kemalangan akan merana sepanjang hayat.
7 Peribahasa
Pemandu ini umpama apabila dibawa keranda barulah mereka bercucuran air mata atau sudah terhantuk baru tengadah. Setelah mereka terkena barulah mereka menyesal.
8 Penegasan
Justeru, sebelum roh meninggalkan jasad, sebelum nasi menjadi bubur, pemandu mestilah berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara. Jadilah seorang pengguna yang berhemah tinggi.
22
Soalan Latihan
1. Kemenangan dan kegagalan ialah adat hidup. Berikan pandangan anda tentang cara-cara yang patut diambil oleh ibu bapa untuk membantu anak yang kalah atau gagal supaya bangkit semula. Isi-isi
d. Tidak menyalahkan anak e. Memberikan sokongan f. Memberikan bantuan yang praktikal
2. Kesihatan sangat berharga kepada kita. Oleh itu, pemakanan yang sihat penting kepada kita. Bincangkan cara-cara yang patut anda amalkan dalam pemakanan yang sihat. Isi-isi a. Makan mengikut piramid makanan b. Menjauhi makanan segera dan makan ringan c. Makan mengikut waktu dan kadar
3. Tabiat membaca dalam kalangan masyarakat negara kita masih rendah. Ulaskan pernyataan ini. Isi-isi a. Membaca semata-mata mencapai kejayaan b. Kurang prasana untuk orang awam c. Pengaruh rancangan hiburan daripada media elektronik
4. Jenayah-jenayah antarabangsa berleluasa di banyak negara terutamanya di negara-negara membangun. Bincangkan langkah-langkah yang patut diambil oleh negara-negara di dunia ini untuk membendung jenayah-jenayah tersebut. Isi-isi a. Perkongsian pintar antara negara b. Mendapatkan bantuan kepakaran / teknologi c. Menggubal undang-undang baharu yang sesuai
23
5. Pelbagai cabaran perlu dihadapi untuk menjadi penulis yang berjaya. Berikan pendapat anda tentang cabaran-cabaran yang perlu dihadapi untuk menjadi penulis yang berjaya. Isi-isi a. Cabaran menghasilkan karya bermutu d. Cabaran mendapatkan penerbit e. Cabaran mempopularkan karya
(Teknik Jadual ini amat efektif untuk digunakan bagi penulisan karangan perbincangan, huraian, fakta, dan perbahasan)
6.2 Teknik 2 : FORMULA / RUMUS PENGEMBANGAN ISI ATAH (5W 1H 1I) ACAS
(Sumber: Datuk Hajah Meriam Mehad)
Ayat Topik Ayat arah soalan isi/idea utama
Ayat Huraian Ayat rangsangan(apa, siapa, bila, di mana, mengapa)
Ayat Huraian Ayat rangsangan(bagaimana, sekiranya) 5W 1H 1I*
Ayat Contoh Ayat contoh / tokoh( Menurut./ Hal ini)
Ayat Simpul Ayat Simpul
1 I (Sekiranya)
Merujuk kepada KBKK
- Kaitan atau perhubungan
- Membanding atau membeza
- Meramal
- Merujuk kepada peribahasa
24
CONTOH APLIKASI RUMUS
Tema : Menabung
Arah soalan : Langkah menghadapi kemelut ekonomi
AT
Menabung merupakan aktiviti tradisi yang kita warisi sejak zaman nenek moyang lagi tetapi caranya sahaja yang berbeza.
AH 1 Apa
Aktiviti ini perlulah dihidupsuburkan bagi menghadapi kemelut ekonomi yang melanda negara.
AH 2
Mengapa
Kita pasti berasa terjamin terutama sekali pada masa kecemasan sekiranya tabungan sudah memadai.
AH 3
Bagaimana
Sementara itu, menabung tiga puluh peratus daripada pendapatan sangatlah digalakkan kerana jumlah ini dianggap berpatutan.
AH 4 Bila
Kita semua tentu sependapat bahawa kepentingan menabung perlu ditekankan kepada setiap anggota keluarga sejak zaman kanak-kanak lagi.
AH 5 Siapa
Pelbagai bentuk tabung telah direka dan ditawarkan oleh bank-bank atau institusi kewangan untuk menarik perhatian kanak-kanak menabung.
AH 6
Sekiranya
Sekiranya setiap anggota keluarga memberikan komitmen yang tinggi terhadap aktiviti menabung, tentulah kemelut ekonomi akan dapat diatasi.
AC
Di mana
Sebagai contoh, kita boleh menyimpan di bank dalam bentuk simpanan tetap, simpanan semasa atau melabur dalam dana tertentu.
AS
Peribahasa
Jadi, pepatah nenek moyang kita yang berbunyi beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis patutlah dijadikan amalan hidup dan pegangan yang berterusan.
25
6.3 TEKNIK 3 : TEKNIK MUDAH PERENGGAN (Sumber : Saudara Mohd Nazir Noh)
A. STRUKTUR SETIAP PERENGGAN
A1 = Idea utama A2 = Huraian A3 = Huraian A4 = Data, contoh, statistik, pendapat, peribahasa, ungkapan menarik A5 = Kesimpulan perenggan
* A ialah ayat
B. PANDUAN PERMULAAN PERENGGAN PENDAHULUAN
Pelajar memulakan karangan dengan kata / frasa berikut ; Akhir-akhir ini,...... Kebelakangan ini,..... Belakangan ini......... Mayapada,............. Marcapada,........... Dalam mengejar era modenisasi.......
1. Pelajar tahu mengesan tema dan arah soalan dalam soalan yang diberi.
2. Selepas mengesan tema dan arah soalan, pelajar mula menulis ayat 1
hingga ayat 5 mengikut kerangka konsep penulisan yang dicadangkan di
bawah.
3. Pelajar tidak boleh memasukkan isi seperti sebab, cara, langkah, kesan,
kepentingan dan sebagainya dalam bahagian pendahuluan.
4. Pelajar boleh memasukkan peribahasa dan kosa kata menarik dalam
bahagian pendahuluan sama ada dalam ayat 4 atau ayat 5 sebelum ayat
kesimpulan perenggan.
26
Secara ringkasnya, perenggan pendahuluan mempunyai bentuk seperti berikut:
Ayat 1 Ayat penyataan tema(mayapada,marcapada..)
Ayat 2 Definisi tema(Dari segi konsepsinya.....)
Ayat 3 Ayat rangsangan (mengapa/bagaimana/siapa)
Ayat 4 Ayat contoh / tokoh(Menurut......)
Ayat 5 Ayat arah soalan (Oleh itu,... arah soalan)
MENGESAN TEMA DAN ARAH SOALAN Latihan 1 Nyatakan tema dan arah soalan tajuk karangan di bawah. Kegilaan terhadap pelbagai program televisyen realiti mengakibatkan tumpuan dalam bidang pelajaran anak-anak terabai . Berikan pendapat anda tentang peranan ibu bapa dalam usaha mengawal kecenderungan anak-anak terhadap program televisyen realiti ini. Tema : ................................................................................................................ Arah soalan : ................................................................................................................
C. PANDUAN MEMULAKAN PERENGGAN IDEA
Mulakan ayat idea utama kata arah soalan seperti berikut; Punca/ cara / usaha / kepentingan yang perlu diperhalus ialah,
.....................
1. Pelajar mengesan arah soalan dalam soalan yang diberi dan menyatakan
isi.
2. Pelajar boleh mula menulis isi mengikut kerangka konsep penulisan yang
dicadangkan di bawah.
3. Pelajar memasukkan isi seperti sebab, cara, langkah, kesan,
kepentingan dan sebagainya.
4. Pelajar boleh memasukkan peribahasa dan kosa kata menarik dalam
bahagian pendahuluan sama ada dalam ayat 4 atau ayat 5 sebelum ayat
kesimpulan perenggan.
27
5. Pelajar perlu menjawab persoalan mengapa, bagaimana, dan siapa, bagi
menjelaskan isi secara terperinci.
Secara ringkasnya, perenggan isi TMP mempunyai bentuk seperti berikut:
Ayat 1 Ayat arah soalan isi
Ayat 2 Ayat rangsangan ( mengapa, bagaimana, siapa)
Ayat 3 Ayat rangsangan( mengapa, bagaimana, siapa)
Ayat 4 Ayat contoh / tokoh( Menurut./ Hal ini)
Ayat 5 Ayat kesimpulan perenggan (Sekiranya,...)
D. PANDUAN MENULIS KESIMPULAN / PENUTUP KARANGAN
Mulakan ayat kesimpulan dengan kata berikut; Kesimpulannya,..... Secara tuntas,......... Sebagai akhir kalam,....... Konklusinya,............ Sebagai intiha,..........
Ayat 1 Ayat penyataan tema(Akhirulkalam.....)salin A1P1
Ayat 2 Ayat rangsangan harapan (Semoga.)
Ayat 3 Ayat rangsangan Pandangan (sememangnya,.....)
Ayat 4 Ayat rangsangan cadangan(Oleh itu, kita perlu....)
Ayat 5 Ayat rangsangan kesimpulan perenggan(Sekiranya....)
E. KONSEP ASAS YANG PERLU DIKETAHUI PELAJAR
Tema = isu dalam soalan Ayat Arah = ayat yang menjurus kepada kehendak soalan Ayat Huraian = ayat yang menghurai idea Ayat Contoh = ayat yang menyatakan contoh (dimulakan dengan Menurut ...atau Sebagai contoh,..)
berdasarkan pengetahuan sedia ada pelajar tanpa merujuk bahan / maklumat
Ayat Simpul = Ayat yang menggabungkan harapan, pandangan dan cadangan terhadap isu
28
F. PROSEDUR PELAKSANAAN
1. Guru menjelaskan secara ringkas perkara A,B,C,D dan E
2. Guru mengedarkan bahan modul latihan bahagian pendahuluan, isi
dan kesimpulan kepada pelajar.
3. Guru memudah cara dan membimbing pelajar bermula ayat 1 hingga
ayat 5 bahagian pendahuluan, diikuti bahagian isi dan bahagian
kesimpulan.
4. Guru perlu memastikan pelajar menulis ayat demi ayat bersama-
sama. Jika ada pelajar yang masih belum menghabiskan ayat
sebelumnya, guru perlu memastikan pelajar tersebut menulis
sebelum memulakan ayat seterusnya
G. CONTOH BAHAN PENGAJARAN
Semangat kejiranan dalam kalangan rakyat di negara kita semakin longgar. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang harus diambil supaya semangat kejiranan dalam kalangan penduduk dapat ditingkatkan.
ISI.
PENDAHULUAN
Mayapada, ..[tema]...............................................................................................................
..........................................................(AH=Apa).Dari segi konsepsinya, (tema ) ialah....................
............................................................................................................................................................
(AH)BAGAIMANA/MENGAPA/SIAPA.........................................................................................
............................................................................................................................................................
(AC)Menurut......................................................................................................................................
...........................................................................................................................................................
................................................................(AA)Oleh itu, ........... (ARAH) .............. ........ ... .............
............................................................................................................................................................
29
........................................................................................................................................
............
(AC)Sebagai
contoh,..................................................................................................................
........................................................................................................................................
...........
(AS)Sekiranya,...............................................................................................................
............
........................................................................................................................................
............
ISI.
Langkah yang harus diambil supaya semangat kejiranan dalam kalangan penduduk
dapat ditingkatkan ialah .......................................................................................................................
..............................................................(AH) Justeru, ...............................................................
....................................................................................................................................................
(AH)Hal ini demikian, kerana ........................ ...................................... .................... ...... .........
....................................................................................................................................................
(AC)Sebagai contoh,..................................................................................................................
...................................................................................................................................................
(AS)Sekiranya,...........................................................................................................................
...............................................................................................................................................................
KESIMPULAN
Akhirulkalam, . ................................................................................................. ...........
................................... ......................................................................................................................
(Harapan)Semoga............................................................................................................................
..........................................................................................................................................................
(Pandangan)Sememangnya.............................................................................................................
..........................................................................................................................................................
(Cadangan)Oleh itu, kita perlu .......................................................................................................
...............................................................................................................................................
30
7.0 RUJUKAN BESTARI 7.1 UNGKAPAN MENARIK : peribahasa (simpulan bahasa, bidalan, pepatah, petitih dan perumpamaan). cogan kata. frasa menarik. petikan ucapan. kata-kata hikmat. maksud hadis. maksud ayat Al-Quran.
7.1.1 PERIBAHASA MELAYU ( JENIS DAN CIRI- CIRINYA) :
Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu. Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya.
BIL JENIS PERIBAHASA CIRI
1 SIMPULAN BAHASA Rangkaian perkataan yang tersimpul dengan susunan yang khas. Terhasil daripada pemerhatian terhadap persekitaran, kepercayaan dan resam bahasa. Mempunyai makna yang tersirat. Terdiri daripada dua patah perkataan. Apabila perkataan dalam pasangan perkataan itu dipisahkan, perkataan yang berkenaan hanya membawa makna asalnya. Contoh : air muka, akal kancil, banyak mulut, batu api, bendera putih, cakar ayam, durian runtuh, cepat tangan.
2
PERUMPAMAAN Membandingkan dengan apa-apa yang ada di sekeliling. Didahului dengan kata-kata perbandingan, seperti umpama, bagai, seperti, laksana, ibarat dan bak Mempunyai makna tersurat dan tersirat.
Contoh : seperti anjing berebut tulang; bagai ayam disambar helang; umpama burung, mata terlepas badan terkurung; ibarat air di daun keladi; laksana katak diharung ular.
31
3 PEPATAH Mempunyai patah-patah perkataan yang disusun untuk menyampaikan maksud tertentu .
Terdiri daripada dua baris atau lebih dan disebut satu demi satu seolah-olah orang sedang membuat perbilangan atau perkataan. Dibentuk berdasarkan sesuatu peristiwa yang berlaku dalam kehidupan . Bertujuan untuk mendidik masyarakat supaya berhati-hati dan berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara . Mempunyai maksud yang jelas. Contoh : biar putih tulang, jangan putih mata; bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat; hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah; cubit paha kanan, paha kiri sakit juga; ditelan mati emak, diluah mati bapak.
4 BIDALAN Susunan kata-kata yang umum digunakan. Seakan-akan pepatah. Mempunyai nilai, ilmu dan pengajaran. Merangkumi aspek kehidupan, pengajaran dan anutan atau fahaman sesebuah masyarakat . Mempunyai maksud selapis dan tidak mempunyai maksud tersembunyi . Contoh : air tenang jangan disangka tiada buaya; nasi sudah menjadi bubur; malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan; jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga; sambil menyelam minum air; rumah sudah pahat berbunyi.
32
7.1.2 SENARAI PERIBAHASA DALAM BUKU TEKS BAHASA MELAYU
A. PERIBAHASA DALAM BUKU TEKS TINGKATAN 4
1.Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
2. Darah daging
Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.
3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.
4. Meninggi diri
Maksud : Sombong
5. Bermuka dua
Maksud : Tidak jujur.
6. Baik hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).
7. Tulang belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan
8. Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai
kejayaan.
9. Bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.
10. Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
11. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : Dua orang atau dua pihak yang sama darjat dalam adat
12. Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang
13. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.
14. Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.
15. Terang hati
Maksud : Lekas pandai.
16. Rendah hati
Maksud : Tidak sombong
17. Murah hati
Maksud : Pemurah.
18. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
19. Tangan kosong
Maksud : Hampa.
33
B. PERIBAHASA DALAM BUKU TEKS TINGKATAN 5
1. Lintah darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.
2. Bagai aur dengan tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama-sama yang lain dan saling membantu.
3. Anak dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat
4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri
sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih
baik lagi.
5. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan
sesuatu yang susah
6. Indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.
7. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.
8. Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.
9. Kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya
setelah mendapat kesenangan.
10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.
11. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan
12. Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang
menerima akibatnya..
13. Memerah otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.
14. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tidak akan tercapai maksudnya kalau tidak mahu berusaha dan bersusah
payah. 15.Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit
dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada
kemudian hari.
16. Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha
17. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.
34
18. Bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.
19. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
20. Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana mengejar sesuatu, yang sudah di tangan hilang
pula.
21. Mencari jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.
22. Biar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat berpegang pada adat.
23.sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.
24. Berbesar hati
Maksud : Gembira.
25. Anak buah
Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.
26. Tuan rumah
Maksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara
27. Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.
28. Batu penghalang
Maksud : Halangan yang dihadapi.
29. Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : Orang lelaki yang merisik bakal isterinya.
30. Bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : Perantau yang pulang ke tempat asal.
7.1.3 PENERAPAN PERIBAHASA / UNGKAPAN MENARIK DALAM KARANGAN: Cara menulis peribahasa dalam karangan adalah seperti berikut: 1. Menggunakan satu tanda petik .... Tanda petik jenis ini digunakan untuk menyatakan sesuatu tajuk atau bahagian yang difokuskan. Contoh: Peribahasa usaha tangga kejayaan perlu dijadikan pegangan oleh sesiapa sahaja yang ingin mengecapi kejayaan dalam hidup ini. 2. Menggunakan dua tanda petik .... Tanda dua petik digunakan untuk maksud konsep cakap ajuk atau unsur personifikasi, iaitu seolah-olah `pepatah itu manusia atau orang tua yang memberikan nasihat atau berkata-kata.
35
Contoh: (a) Ibu bapa hendaklah mendidik anak sejak kecil bak kata pepatah,kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya. (b) Orang tua-tua mengatakan, jauh perjalanan, luas pengalaman.(Tiada kata hubung `bahawa') 3. Tanpa menggunakan tanda petik Jika ayat tersebut berbentuk ayat cakap pindah atau keterangan, tanda petik tidak perlu digunakan. Contoh: (a) Setiap pelajar mestilah berusaha untuk mencapai kejayaan seseorang kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. (b) Ibu bapa sepatutnya menjadi model kepada anak-anak mereka kerana pepatah Melayu mengatakan bahawa bagaimana acuan begitulah kuihnya. (Ada kata hubung `bahawa') 7.1.4 CONTOH PENERAPAN PERIBAHASA DALAM AYAT:
1. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa.
2. Peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa...
3. Hal ini jelas dinyatakan dalam peribahasa..
4. Orang tua-tua pernah berkata
5. Situasi ini boleh diperjelas melalui peribahasa
6. Perkara ini bertepatan dengan maksud peribahasa.
7. Ibu bapa hendaklah mengasuh dan mendidik anak sejak kecil kerana kalau
hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.
8. Sebagai rakyat Malaysia kita mestilah mempertahankan negara kita daripada
dijajah oleh musuh bak kata pepatah biar putih tulang jangan putih mata.
9. Kita hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam pelajaran demi
masa depan kerana usaha tangga kejayaan.
10. Sikap penduduk di taman itu yang selalu berbincang dan bermuafakat untuk
melaksanakan sesuatu aktiviti ibarat hati gajah sama dilapah, hati kuman
sama dicecah.
11. Sikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
perlu dielakkan,
sebaliknya sikap ke bukit sama didaki ke lurah sama dituruni perlulah
diamalkan dalam kalangan masyarakat setempat untuk memperkukuh
perpaduan.
36
12. Kita hendaklah menjaga perpaduan yang telah kita bina dengan
menghindarkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan ketegangan atau
kehancuran ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua.
13. Sikap sesetengah rakyat yang menjadi seperti api di dalam sekam
menyebabkan pihak asing cuba mencampuri urusan pentadbiran negara kita.
14. Kita janganlah bermain api dalam keadaan negara kita yang aman damai ini
kerana seekor kerbau yang membawa lumpur semuanya akan terpalit,
iaitu kesilapan yang dilakukan oleh seorang akan menyebabkan semua orang
di sekelilingnya ditimpa kesusahan.
15. Kita hendaklah membalas jasa ibu bapa yang telah memelihara dan
membesarkan kita supaya kita tidak dikatakan bagai kacang lupakan kulit
7.1.5 PERIBAHASA PILIHAN
Bil Peribahasa Maksud
1 Ada udang di sebalik batu. Berbuat baik kerana ada hajat terselindung.
2 Air dicencang tak akan putus. Perpecahan adik-beradik tidak berpanjangan.
3 Air perabung mengalir ke cucur atap. Semua perwatakan ibu bapa diikuti oleh anak-anak.
4 Alang-alang mandi biar basah / alang-alang berdakwat biar hitam.
Apabila melakukan sesuatu kerja, lakukan sampai berjaya walaupun susah.
5 Bagai kerakap di batu, hidup segan mati tak mahu.
Orang yang malas berusaha tidak akan berubah selama-lamanya.
6 Batu yang sentiasa bergolek tidak akan mengumpul lumut.
Orang yang selalu bertukar kerja (berubah pendirian) tidak akan berjaya.
7 Beraja di mata bersultan di hati. Meletakkan hukum mengikut nafsu sendiri.
8 Berbudi kepada tanah, tanah tidak tipu.
Hasil usaha bercucuk tanam pasti berjaya.
9 Berjagung-jagung dahulu sementara padi masak.
Sementara beroleh kerja yang kekal buatlah kerja-kerja sementara dahulu.
10 Berpantang mati sebelum ajal. Jangan sengaja mencari nahas (maut).
11 Besar periuk, besarlah keraknya. Semakin berada bertambah boros.
12 Besar sendal daripada gelegar. Lebih berbelanja daripada pendapatan.
13 Biar putih tulang jangan putih mata. Rela mati demi mempertahankan hak.
14 Biduk berlalu kiambang bertaut. Perbalahan akan selesai apabila tiada penghasut.
15 Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.
Mesti berhati-hati bercakap dalam perkara-perkara yang sulit dan rahsia.
16 Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum balik.
Perpecahan sesama ahli keluarga lambat-laun berbaik semula.
17 Cubit paha kanan, paha kiri pun sakit juga.
Memberi malu kepada kaum keluarga sendiri akhirnya diri kita pun terasa.
37
18 Dahan pokah (sekah) dedalu tumpang mati.
Mendapat susah apabila hilang tempat bergantung.
19 Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.
Hormat akan tempat kita bernaung (berlindung).
20 Di mana-mana air bertakung di situ ikan berkampung.
Di mana-mana tempat berpeluang mencari rezeki orang akan bertumpu.
21 Direndam tak basah direbus tak empuk.
Sangat sukar ditewaskan / dilembutkan hatinya.
22 Gajah sama gajah berjuang pelanduk mati di tengah-tengah.
Pertembungan antara kuasa besar, rakyat jelata menanggung susah.
23 Harapkan pagar, pagar makan padi. Orang yang tidak memegang amanah.
24 Harapkan sokong, sokong membawa rebah.
Orang yang tidak memegang amanah.
25 Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah.
Rela mati demi mempertahankan hak.
26 Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.
Susah dan senang lebih baik di tanah air sendiri.
27 Ibarat berdagang buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap.
Menjalankan perniagaan yang belum pasti akhirnya menanggung rugi.
28 Ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan terserak.
Selesaikan masalah secara baik dan tidak menimbulkan masalah sampingan.
29 Ikutlah resmi padi semakin berisi semakin runduk.
Tidak sombong walaupun semakin berada.
30 Jarak panggang dari api. Usaha yang tidak mendatangkan kejayaan.
31 Jauh berjalan luas pandangan, lama hidup luas pengalaman.
Ilmu dan pengalaman akan diperoleh apabila sentiasa belajar dan mengembara.
32 Jikalau tiada angin masakan pokok bergoyang.
Tidak timbul sesuatu perkara tanpa sebab.
33 Jong pecah yu yang menang. Kejatuhan sesebuah negara memberi untung kepada musuh.
34 Kalah jadi abu, menang jadi arang. Tiada untung berperang sama ada yang kalah atau yang menang.
35 Ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni.
Bermuafakat dan sentiasa bersatu padu.
36 Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?
Perwatakan ibu bapa akan dituruti oleh anak-anak.
37 Keluar daripada mulut harimau masuk ke mulut buaya.
Tidak putus-putus dilanda bahaya (musibah).
38 Kerana nila setitik habis susu sebelanga.
Rosak maruah masyarakat kerana keburukan seseorang.
39 Kerja bertangguh tak menjadi, kerja beransur tak bertahan.
Sesuatu urusan tidak akan selesai jikalau selalu bertangguh.
40 Keruh di muara kerana di hulu keruh juga.
Rosak akhlak anak-anak akibat salah didikan ibu bapa.
41 Lempar batu sembunyi tangan. Perbuatan yang tidak bertanggungjawab.
42 Lesung sama antan bertelingkah, ayam yang kenyang.
Bergaduh sesama adik-beradik, musuh yang mendapat habuan.
43 Ludah ke langit jatuh atas batang Perbuatan menjatuhkan maruah keluarga
38
hidung sendiri. sendiri, akhirnya kita yang mendapat malu.
44 Luka hilang parut tetap tinggal. Perasaan terluka tetap ada walaupun sudah berbaik-baik.
45 Lunak gigi daripada lidah. Manis tutur kata apabila berhajatkan sesuatu.
46 Macam mentimun dengan durian, digelek luka, menggelek pun luka.
Orang berkuasa tetap mengatasi orang lemah sama ada benar ataupun salah.
47 Macam melukut di tepi gantang. Terasing dan tidak dipedulikan.
48 Menahan lukah di pergentingan. Mencari untung pada saat-saat kesusahan.
49 Mencurah air ke daun keladi. Nasihat yang tidak berbekas.
50 Mencurahkan garam ke laut. Berbudi kepada si kaya tiada berguna.
51 Mendengar guruh di langit, air di dalam tempayan dicurahkan.
Mengharapkan sesuatu untung yang belum pasti, harta yang ada diboroskan.
52 Panas setahun basah bumi oleh hujan sehari.
Selama-lama kebaikan musnah dek sekali tersalah langkah.
53 Patah sayap bertongkat paruh. Gigih berusaha walaupun kudrat terhad.
54 Patah tumbuh hilang berganti. Memperoleh ganti yang sama dengan yang sebelumnya.
55 Pepat di luar rencong di dalam. Sikap yang tidak jujur.
56 Pipit sama pipit, enggang sama enggang.
Tidak sama antara golongan berdarjat dengan golongan bawahan.
57 Pisang berbuah dua kali. Mengulangi kesilapan yang sama.
58 Pucuk dicita ulam mendatang / orang mengantuk disorongkan bantal.
Memperoleh habuan serta merta atas perkara yang amat diingini.
59 Pukul anak sindir menantu. Mengata-ngatai orang, tetapi sebenarnya perkataannya itu ditujukan kepada orang lain.
60 Rosak bawang ditimpa jambak. Rosak anak-anak kerana perbuatan ibu bapa.
61 Sehari selembar benang lama-lama menjadi kain.
Walaupun dilakukan sedikit demi sedikit akhirnya selesai.
62 Sekali air bah, sekali pantai berubah. Apabila bertukar pemimpin, berubahlah stail kepemimpinannya.
63 Seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.
Hidup yang hanya mementingkan diri sendiri.
64 Sepuluh jong masuk kuala anjing tetap bercawat ekor.
Orang yang berfikiran tertutup dan tidak boleh menerima kemajuan.
65 Serumpun bak serai, sesusun bak sirih.
Hidup yang saling bermuafakat.
66 Sudah jatuh ditimpa tangga. Bencana yang bertimpa-timpa.
67 Tak akan buaya menolak bangkai. Orang jahat tetap memilih kejahatan.
68 Tak dapat tanduk telinga dipulas. Menggunakan pelbagai helah untuk memenuhi hajat.
69 Tangan yang menghayun buaian memerintah dunia.
Jasa ibu terlalu besar terhadap masa depan anak-anak.
70 Telunjuk lurus kelengkeng berkait. Sikap yang bermuka-muka dan tidak jujur.
71 Tepuk air di dulang percik ke muka sendiri.
Menceritakan cela cacat sendiri atau keluarganya, maka diri sendiri juga yang dapat malu.
39
72 Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Keterlanjuran tutur kata amat buruk padahnya.
73 Tidak lari gunung dikejar, hilang kabus tampaklah juga.
Sikap yang hanya menunggu tidak akan mendapat apa-apa faedah.
74 Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.
Habuan atau nasib kadang-kadang bergantung kepada tuah.
7.1.5 KATA-KATA HIKMAT Aristotle Tamadun sebenar sesuatu bangsa itu bukan terletak pada kesuburan tanahnya, tetapi kepada jiwa rakyatnya yang merdeka. Bill Gates Sekiranya kita mahu berubah selepas orang lain sudah berubah, sebenarnya kita tidak berubah. Charles Fourier Tinggi rendahnya darjat bangsa itu bergantung kepada ketinggian darjat kaum wanitanya. Hamka Hairan melihat setiap hari orang menyisir rambutnya tetapi tidak pernah menyisir otaknya, memperkemaskan dadanya tetapi tidak mencuci hatinya, digosok kasutnya tetapi tidak akalnya.
- Sesuatu kuasa apabila sudah berada terlalu tinggi, itulah petanda bahawa masa untuk jatuh sudah tiba.
- Wanita yang baik budi pekertinya adalah laksana matahari yang memancar pada waktu fajar bagi orang yang menunggu kedatangan siang. Hukama Orang yang mempunyai kekuatan peribadi ialah orang yang kuat kemahuannya dan sanggup melaksanakan sesuatu dengan tabah dan tekun mengikut prinsip yang dipegangnya. Imam al Ghazali Untuk mengenal wajah lihatlah pada cermin, untuk mengenal peribadi bercerminlah pada wajah. Nabi Muhammad Sebaik-baik umatku ialah mereka yang banyak manfaatnya. Berilah sesuatu walaupun sebuah senyuman sudah memadai daripada mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati. Socrates Terlalu banyak bercakap kerap kali membawa kekesalan, tetapi diam itu membawa keselamatan. Sukarno Sekiranya aku diberikan 10 orang peria, aku mampu menggoncangkan dunia ini, tetapi jikalau diberikan 100 orang tua aku pasti jatuh (tewas). Tao Jikalau kamu hendak hidup setahun tanamlah gandum, jikalau kamu hendak hidup sepuluh tahun tanamlah pokok, dan jikalau kamu hendak hidup selama-lamanya tanamlah jiwa manusia. William Shakespeare Berhati-hatilah dengan cemburu. Cemburu ialah raksasa yang mengejikan daging yang dimakan sendiri olehnya.
40
7.2.0 PENANDA WACANA (i) Fungsi : (a) Menyambungkan ayat dengan ayat, (b) Menghubungkan perenggan dengan perenggan, agar berlaku kesinambungan antara ayat dan perenggan serta ayat menjadi gramatis.
(ii) Contoh Penanda Wacana Bahasa Melayu : A. Penanda wacana memulakan karangan a. Pada era globalisasi ini b. Dewasa ini c. Pada masa ini d. Dasawarsa ini e. Belakangan ini B. Penanda wacana untuk ayat pertama setiap perenggan a. Sebagaimana yang kita ketahui b. Lazimnya dalam keadaan c. Umum mengetahui bahawa d. Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa e. Sementara itu f. Pada waktu yang sama C. Penanda wacana huraian isi karangan a. Hal ini demikian kerana b. Dalam konteks ini c. Dengan berbuat demikian d. Bertitik tolak daripada itu e. Hal ini bersangkut paut dengan D. Penanda wacana bagi menerangkan huraian/pendapat yang berbeza a. Walau bagaimanapun b. Kontradiksinya c. Jika dilihat dari sudut lain d. Di sebalik itu e. Namun demikian
41
E. Penanda wacana untuk menyatakan contoh a. Sebagai contohnya b. Sebagai analoginya c. Misalnya d. Tamsilnya e. Biar kita ambil contoh F. Penanda wacana untuk menunjukkan statistik a. Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh, didapati sebanyak b. Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh kementerian pada tahun menunjukkan bahawa sebanyak G. Penanda wacana menghuraikan contoh a. Jelaslah bahawa b. Oleh itu c. Maka d. Hal ini menyebabkan e. Hal ini menunjukkan H. Penanda wacana menutup isi a. Kesannya b. Natijahnya c. Dengan berbuat demikian d. Justeru I. Penanda wacana untuk kesimpulan karangan a. Sudah terang lagi bersuluh b. Intihanya (Sebagai intiha) c. Kesimpulannya d. Dengan ini diharapkan e. Konklusinya
42
7.2.1 PENGGUNAAN PENANDA WACANA DALAM KARANGAN Tajuk : Langkah-langkah untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat lebih berkesan sekiranya dimulakan dari rumah. Bincangkan peranan yang dapat dimainkan oleh ibu bapa dalam usaha menyemai semangat perpaduan yang jitu dalam diri anak-anak CONTOH APLIKASI PENANDA WACANA DALAM BAHAGIAN PENDAHULUAN : Belakangan ini, semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia sudah semakin luntur. Dari segi konsepsinya, semangat perpaduan boleh ditakrifkan sebagai kerjasama antara satu sama lain tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Semangat perpaduan sememangnya cukup penting dalam mendepani dunia yang semakin mencabar pada hari ini sehinggakan masyarakat lebih suka membuat hal sendiri. Hal ini bertepatan dengan peribahasa Melayu, bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Menurut Tun Abdullah Ahmad Badawi, untuk mewujudkan masyarakat Hadhari, perpaduan antara kaum harus dipupuk terlebih dahulu pada peringkat akar umbi. Oleh itu, ibu bapa mestilah menyemai semangat perpaduan dalam diri anak-anak supaya mereka menyedari kepentingan semangat perpaduan dalam konteks Satu Malaysia. . CONTOH APLIKASI PENANDA WACANA DALAM BAHAGIAN ISI : Antara peranan ibu bapa ialah menjadi suri teladan kepada anak-anak melalui hubungan mereka dengan jiran tetangga. Dengan kata lain, perlakuan ibu bapa memberi pengaruh yang kuat terhadap sikap anak-anak mereka. Hal ini bertepatan dengan peribahasa Melayu yang menyatakan, anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkannya. Selain itu, tingkah laku ibu bapa merupakan elemen didikan tidak formal bagi mengukuhkan sikap positif dalam diri anak-anak. Menurut Datuk Dr. Fadzillah Kamsah, sebanyak 70 peratus masalah sosial dalam kalangan remaja berpunca daripada suri teladan tidak baik yang dipamerkan oleh ibu bapa di rumah. Di samping itu, ibu bapa boleh menunjukkan nilai perpaduan dengan jiran tetangga melalui amalan ziarah, tolong-menolong, bertoleransi dan menjaga kepentingan jiran. Secara tuntas, ibu bapa yang berjaya menunjukkan suri teladan yang baik kepada anak-anak mampu merapatkan dan mengukuhkan hubungan dengan jiran. CONTOH APLIKASI PENANDA WACANA DALAM BAHAGIAN KESIMPULAN: Akhirul kalam, perpaduan kaum di Malaysia amat penting dalam membina impian masa depan yang gemilang. Semoga ibu bapa tidak memandang enteng keperluan semangat perpaduan dalam jiwa anak-anak. Sesungguhnya, generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu perlu dijana untuk melahirkan pemimpin pelapis pada masa akan datang. Sememangnya, perpaduan perlu menjadi cerucuk utama pembangunan sesebuah negara. Oleh itu, kita perlu mengorak langkah dengan memberi sokongan dan dokongan kepada ibu bapa dalam usaha pembentukan masyarakat sakinah. Tegasnya, jika semua pihak bersinergi mewujudkan perpaduan kaum nescaya segala impian akan menjadi kenyataan.
43
8.0 KRITERIA PENSKORAN BAHASA MELAYU KERTAS SATU (1103/1) 8.1 KRITERA PENSKORAN BAHAGIAN A
Ungkapan menarik : peribahasa, pantun, cogan kata, frasa menarik, petikan ucapan, kata-kata hikmat, petikan hadis, maksud ayat Al-Quran, dan lain-lain.
PERINGKAT KRITERIA
Cemerlang 26-30
(28-30)
(26-27)
Karangan menepati tema bahan rangsangan
Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata luas dan tepat.
Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan menggunakan ungkapan yang menarik
Idea relevan dengan tugasan bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas dan matang.
Baik 20-25
(23-25)
(20-22)
Karangan menepati tema bahan rangsangan
Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata luas.
Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi.
Idea relevan dengan tugasan bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas.
Memuaskan 15-19
(17-19)
(15-16)
Karangan masih menepati tema bahan rangsangan.
Bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca masih betul dan tepat. Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata umum.
Wacananya masih lengkap. Unsur bahasa masih bervariasi.
Idea masih relevan dengan tugasan bahan rangsangan. Huraian idea masih jelas.
Kurang Memuaskan
10-14
(12-14)
(10-11)
Karangan masih/ kurang menepati tema bahan rangsangan.
Bahasa kurang gramatis dari segi kata dan ayat. Kesalahan-kesalahan tatabahasa ketara. Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru tetapi terdapat kesalahan ejaan yang ketara. Penggunaan kosa kata terhad.
Wacana kurang lengkap. Unsur bahasa kurang bervariasi.
Idea kurang relevan dengan tugasan bahan rangsangan dan huraiannya kurang jelas
Pencapaian Minimum
01-09
(06-09)
(01-05)
Calon tidak menunjukkan penguasaan kemahiran menulis.
Banyak kesalahan bahasa dari segi kata dan ayat.
Idea tidak menepati tugasan bahan rangsangan
44
8.2 KRITERIA PENSKORAN BAHAGIAN B
PERINGKAT BAHASA
IDEA PENGOLAHAN
CEMERLANG 80 100
(90 100)
(80 89)
Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat
Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis
Ejaan dan Tanda Baca betul
Laras Bahasa sesuai dgn tugasan
Penggunaan Kosa Kata luas dan tepat
Penggunaan unsur bahasa bervariasi
Gaya Bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata, atau frasa
Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas
antara perenggan 8
Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dgn jelas dan matang,disertakan dengan contoh yang sesuai
Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai
KEPUJIAN 66 79
(73 79)
(66 72)
Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat
Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum
Ejaan dan Tanda Baca betul
Laras Bahasa sesuai dengan tugasan
Penggunaan Kosa Kata luas dan tepat
Penggunaan unsur bahasa bervariasi
Gaya Bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata, atau frasa
Wacana lengkap & terdapat kesinambungan idea yg jelas antara perenggan
Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas, disertakan dengan contoh yang sesuai
Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai
45
BAIK 51 65
( 58 65)
( 51 57)
Penggunaan pelbagai jenis kata sesuai
Penggunaan ayat majmuk gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum
Ejaan dan Tanda Baca masih betul
Penggunaan kosa kata umum
Laras Bahasa sesuai mengikut tugasan
Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi
Gaya Bahasa yang kurang menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan kurang berkesan
Wacana masih lengkap
Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi masih jelas dan contoh masih sesuai
Pengolahan masih menarik dan pemerengganan masih sesuai
MEMUASKAN 36 50 ( 43 50 ) ( 36 42 )
Penggunaan pelbagai jenis kata terhad
Ayat kurang gramatis
Ejaan dan Tanda Baca betul tetapi terdapat kesalahan yang minimum
Penggunaan kosa kata umum dan terhad
Laras Bahasa kurang sesuai
Wacana masih / kurang lengkap
Penggunaan unsur bahasa kurang bervariasi
Gaya Bahasa kurang menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan kurang berkesan
Wacana masih / kurang lengkap
Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi kurang jelas dan contoh kurang sesuai
Pengolahan kurang menarik
KURANG MEMUASKAN 21 35 ( 28 35 ) ( 21 27 )
Penggunaan kata kurang tepat
Ayat tidak gramatis tetapi masih difahami.
Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara
Unsur bahasa tidak bervariasi
Gaya Bahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan lemah
Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak seimbang
Idea masih relevan / idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas / tidak barkembang dan contoh tidak sesuai
Pengolahan tidak menarik
46
PENCAPAIAN MINIMUM 01 20 ( 11 20) ( 01 10 )
Keseluruhannya menunjukkan penggunaan kata dan ayat yang tidak gramatis
Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara
Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan lemah dan tidak menarik
Keseluruhan karangan sukar / tidak difahami
Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak seimbang dan tidak sesuai
Idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas / tidak berkembang dan contoh tidak sesuai
Pengolahan tidak menarik
9.0 LATIHAN PENANDAAN SKRIP CONTOH : 9.1 PEMOTONGAN MARKAH
Ejaan : markah dipotong untuk setiap ejaan yang salah, tetapi tiada pemotongan markah pada kesalahan yang berulang. Pemotongan markah keseluruhan (maksimum) ialah 3 markah sahaja.
Format : 1 markah dipotong untuk mana-mana format yang tertinggal. Maksimum pemotongan markah format ialah 2 markah sahaja.
47
9.2 CARA MENULIS MARKAH PADA SKRIP JAWAPAN PELAJAR
60
9.3 SIMBOL- SIMBOL PENANDAAN SKRIP JAWAPAN CALON
( ) = Kesalahan isi / fakta
_____________ = Kesalahan bahasa, rangkai kata dan perkataan
/ = Kesalahan ejaan dan huruf besar (nama khas)
// = kesalahan ejaan yang berulang
= Kesalahan tanda baca
K = 64 - E = -2 - F = - 2 60
48
9.4 KARANGAN BERFORMAT BAHASA MELAYU SPM (1103/1)
BIL JENIS KARANGAN FORMAT
1 Surat Kiriman Rasmi Alamat (di sebelah kiri) Menghadap surat Tarikh Tajuk Penutup Tandatangan
2 Surat Kiriman Tidak Rasmi Alamat ( di sebelah kanan) Menghadap surat Tarikh Penutup Tandatangan
3 Rencana Tajuk Nama Penulis
4 Syarahan/ Ucapan/ Ceramah/ Pidato
Kata menghadap majlis Tuan/puan di tengah-tengah( syarahan/ ucapan/ ceramah/ pidato ) Penutup
5 Ulasan Buku Nama buku Nama pengarang Nama penerbit Nama pengulas
6 Drama Tajuk drama Watak Latar Dialog
7 Cerpen Tajuk Cerpen Nama Penulis
8 Wawancara/ Forum Pengenalan Wawancara/ Forum Bentuk dialog
9 Laporan Tajuk Nama pelapor
10 Bahas Ala Parlimen Menghadap majlis Pembentangan kes Kata sapaan (Yang berhormat) Penutup
49
9.5 SKRIP CONTOH JAWAPAN PELAJAR 9.5.1 LATIHAN MENGESAN KESALAHAN:
Contoh karangan (Pembangunan dan Alam sekitar)
Dalam menuju era globalisasi ini, Malaysia adalah sebuah Negara yang
sudah mencapai kemajuan tahap maksimum menerusi kemajuan
pembangunan yang mencakar langit. Untuk memahami konteks ini, dari
tahun ke tahun ada sahaja pembangunan yang di bina mengikut
perancangan yang telah di rancangkan oleh pihak yang berkenaan.
Jika kita lihat pada tahun 1970-an dahulu, hanya beberapa buah
bangunan sahaja yang telah dibina sebagai memenuhi ruang kehidupan
dengan pekerjaan yang bergajikan rendah. Lihat sahajalah pada zaman itu,
majoritinya hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ada
sesetengahnya yang terpaksa mengikat perut untuk menyara keluarga yang
tercinta. Bukan itu sahaja, ada yang terpaksa menyekat perbelanjaan
keluarga demi masa hadapan anak-anak yang akan datang untuk memberi
didikan yang baik kepada mereka.
Sekarang selepas berpuluh-puluh tahun lamanya, iaitu selepas negara
Malaysia digelar sebagai Negara yang maju seiring dengan negara-negara
luar selepas menjangkau pada tahun 2000. Di sini segalanya telah bermula.
Daripada rumah setinggan, telah dirobohkan dengan menjadi rumah teres.
Dari bangunan yang kecil dan rendah, telah bertukar menjadi bangunan
yang besar dan tinggi. Banyak binaan-binaan yang dirancang telah
dimajukan menerusi perancangan luar yang telah diuruskan oleh pihak yang
berkenaan. Namun dengan kebanggaan inilah menyebabkan ada hidupan
lain yang merana. Kadangkala kita tidak perasan bahawa setiap kejayaan
pasti akan wujudnya pihak yang tidak berpuas hati.
Sebagai contoh, hidupan di dalam air. Pembuangan sisa toksid dan
sampah sarap oleh pihak yang tidak bertanggungjawab akan
menyebabkan hidupan-hidupan ini akan mati dan pupus. Bukan itu sahaja,
pembuangan sampah sarap yang kerap akan menyukarkan pengaliran air
yang baik. Sisa toksid yang mengandungi racun yang dibuang oleh kilang-
kilang akan menghilangkan kandungan nutrien yang terdapat di dalam air
sungai ataupun air laut sekalipun.
Selain daripada itu, penebangan pokok-pokok tanpa kawalan akan
menyebabkan banjir kilat akan berlaku. Ini kerana hujan yang turun akan
diserap oleh tumbuhan sebagai bekalan air dalam melakukan proses
respirasi dan juga fotosintesis. Jika pokok-pokok ini terus ditebang, maka
natijahnya kita juga yang terkena. Hakisan tanah akan berlaku dan sekaligus
menyebabkan ada bukit yang runtuh ekoran daripada kejayaan ini. Ini akan
menyusahkan semua pihak untuk membaik pulihkan semula. Bukan itu
50
sahaja, malah akan berlakunya pembaziran kerana kosnya yang tinggi dan
mahal.
Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan
mencintai Negara ini, sama-samalah kita mengambil perhatian dan menjaga
alam sekitar ini sebaik-baiknya. Ingatlah ada pepatah mengatakan
sediakan payung sebelum hujan. Dengan itu, jadilah rakyat Malaysia dan terbilang, gemilang dan cemerlang
9.5.2 KESALAHAN YANG DIKESAN:
Dalam menuju era globalisasi ini, Malaysia adalah sebuah negara yang
sudah mencapai kemajuan (tahap maksimum menerusi kemajuan
pembangunan yang mencakar langit). Untuk memahami konteks ini, dari
tahun ke tahun ada sahaja pembangunan yang dibina mengikut
perancangan yang telah dirancangkan oleh pihak yang berkenaan.
Jika kita lihat pada tahun 1970-an dahulu, hanya beberapa buah bangunan
sahaja yang telah dibina sebagai memenuhi ruang kehidupan dengan
pekerjaan yang bergajikan rendah. Lihat sahajalah pada zaman itu,
majoritinya hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ada
sesetengahnya yang terpaksa mengikat perut untuk menyara keluarga yang
tercinta. Bukan itu sahaja, ada yang terpaksa menyekat perbelanjaan
keluarga demi masa hadapan anak-anak yang akan datang untuk memberi
didikan yang baik kepada mereka.
Sekarang selepas berpuluh-puluh tahun lamanya, iaitu selepas negara
Malaysia digelar sebagai Negara yang maju seiring dengan negara-negara
luar selepas menjangkau pada tahun 2000. Di sini segalanya telah bermula.
Daripada rumah setinggan, telah dirobohkan dengan menjadi rumah teres.
Dari bangunan yang kecil dan rendah, telah bertukar menjadi bangunan
yang besar dan tinggi. Banyak binaan-binaan yang dirancang telah
dimajukan menerusi perancangan luar bandar yang telah diuruskan oleh
pihak yang berkenaan. Namun dengan kebanggaan inilah menyebabkan
ada hidupan lain yang merana. Kadangkala kita tidak perasan bahawa
setiap kejayaan pasti akan wujudnya pihak yang tidak berpuas hati.
Sebagai contoh, hidupan di dalam air. Pembuangan sisa toksid dan sampah
sarap oleh pihak yang tidak bertanggungjawab akan menyebabkan
hidupan-hidupan ini akan mati dan pupus. Bukan itu sahaja, pembuangan
sampah sarap yang kerap akan menyukarkan pengaliran air yang baik. Sisa
toksid yang mengandungi racun yang dibuang oleh kilang-kilang akan
menghilangkan kandungan nutrien yang terdapat di dalam air sungai
ataupun air laut sekalipun.
Selain daripada itu, penebangan pokok-pokok tanpa kawalan akan
menyebabkan banjir kilat akan berlaku. Ini kerana hujan yang turun akan
diserap oleh tumbuhan sebagai bekalan air dalam melakukan proses
51
respirasi dan juga fotosintesis. Jika pokok-pokok ini terus ditebang, maka
natijahnya kita juga yang terkena. Hakisan tanah akan berlaku dan
sekali/gus menyebabkan ada bukit yang runtuh ekoran daripada kejayaan
ini. Ini akan menyusahkan semua pihak untuk membaik pulihkan semula.
Bukan itu sahaja, malah akan berlakunya pembaziran kerana kosnya yang
tinggi dan mahal.
Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan mencintai
Negara ini, sama-samalah kita mengambil perhatian dan menjaga alam
sekitar ini sebaik-baiknya. Ingatlah ada pepatah mengatakan sediakan payung sebelum hujan. Dengan itu, jadilah rakyat Malaysia dan terbilang, gemilang dan cemerlang 9.5.3 KARANGAN BAHAGIAN A: CONTOH KARANGAN CEMERLANG (PENANDAAN)
Pada era modenisasi ini, manusia sering mengejar kekayaan dan
kebendaan serta kemewahan yang menyebabkan mereka alpa akan
penjagaan kesihatan tubuh badan mereka sama ada dari segi fizikal
mahupun mental. Sebagai akibatnya, masyarakat kita sering menghidap
penyakit yang berbahaya dan kronik seperti penyakit kardiovaskular,
penyakit diabetes, tekanan darah tinggi serta pelbagai kanser organ
dalaman kita. Kajian statistik telah meramalkan bahawa 70 peratus kes
kematian yang berlaku pada sepuluh tahun akan datang berpunca
daripada penyakit-penyakit kronik seperti kanser paru-paru, diabetes,
penyakit buah pinggang serta penyakit kardiovaskular yang berpunca
daripada cara pemakanan dan amalan hidup yang tidak sihat. Oleh itu,
penjagaan kesihatan merupakan aspek kehidupan yang amat penting.
Langkah pertama untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita adalah
dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang. Makanan yang
seimbang lazimnya mengandungi kandungan serat atau fiber yang tinggi
serta mampu memudahkan proses pencernaan dalam tubuh badan kita. Hal
ini penting untuk mengelakkan kita daripada menghadapi masalah sembelit.
Sesungguhnya, kita harus mengamalkan pemakanan yang seimbang
dengan berpandukan piramid makanan. Piramid makanan menentukan
kuantiti dan komposisi pelbagai kelas makanan yang perlu kita ambil.
Makanan yang seimbang merangkumi tujuh kelas makanan yang diperlukan
dalam kuantiti yang optimum. Misalnya, karbohidrat, protein, lemak, serat,
vitamin, zat-zat yang berkhasiat seperti zat besi dan kandungan air yang
mencukupi. Menurut pakar kesihatan, kita harus meminum sekurang-
kurangnya lapan gelas air sehari untuk memastikan kesihatan tubuh badan
kita terjamin. Kita juga harus mengelakkan makanan segera dan makanan
makanan ringan yang tidak mengandungi nutrien serta memudaratkan
kesihatan kita. Kita harus berpegang kepada prinsip makan untuk hidup dan
bukannya untuk makan.
52
Selain itu, kita harus menjalankan pemeriksaan badan atau kesihatan
sekurang-kurangnya dua kali setahun bak kata pepatah mencegah lebih
baik daripada mengubati. Pada era moden ini, pakar-pakar perubatan
dunia mahupun tempatan telah berjaya mencari penawar kepada pelbagai
jenis penyakit. Jikalau kita kerap menjalankan pemeriksaan kesihatan, kita
mungkin dapat mengesan tanda-tanda awal sesuatu penyakit yang boleh
diubati jika pemeriksaan dilakukan lebih awal. Selain itu, kita juga boleh
berjumpa dengan pakar-pakar kesihatan untuk mengetahui pelbagai tip
tentang gaya hidup sihat. Bukan itu sahaja, kita juga boleh neminta tunjuk
ajar doktor wanita ataupun jururawat yang ada di klinik untuk melakukan
pemeriksaan payu dara dengan sendiri. Hal ini mustahak kepada semua
kaum wanita kerana kanser payu dara dianggap sebagai pembunuh senyap
kaum wanita dan telah mengorbankan banyak nyawa.
Badan cergas, otak cerdas. Slogan ini jelas memberitahu kita bahawa peri pentingnya badan yang cergas untuk melahirkan minda yang
cerdas. Oleh itu, masyarakat kita seharusnya menjaga kesihatan diri masing-
masing dengan bersenam dan bersukan. Kita hendaklah melakukan
senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Jikalau boleh, kita harus
melakukan pelbagai bentuk senaman yang mampu mengerakkan otot-otot
kita misalnya berjoging, berenang mahupun bermain badminton, bola sepak
dan sebagainya. Bersenam sememang mampu meningkatkan sistem
keimunan dan sistem peredaran darah kita. Namun, apa yang menyedihkan
ialah pelbagai automasi yang wujud pada era moden ini menyebabkan
manusia menjadi malas. Persoalannya ialah siapakah yang memulakan
kehidupan harian dengan aktiviti senaman ringan? Tepuk dada, tanyalah selera. Kebanyakan masyarakat kita pada hari ini hanya perlu menggunakan
pengangkutan awam seperti bas dan perkhidmatan transit aliran ringan serta
memandu kereta sendiri untuk sampai di tempat kerja atau sekolah atau
mana-mana sahaja. Masyarakat kini kurang bergerak atau berjalan dan
amalan sebegini boleh memudaratkan kesihatan dalam jangka masa yang
panjang. Oleh itu, masyarakat kita harus berusaha mengikis tabiat yang
negatif.
Akhir sekali, masyarakat harus tidur dan dan rehat yang cukup supaya
dapat memulakan kehidupan harian dengan penuh bersemangat dan
bukan sebaliknya. Oleh yang demikian, kita dapat menjamin kesihatan kita
yang baik di samping memastikan kecekapan kita semasa bekerja ataupun
semasa bersekolah. Kita juga boleh meminum segelas susu sebelum tidur
untuk memastikan kita tidur dengan lena. Selain itu, kita patut tidur awal dan
bangun awal untuk mengelakkan keletihan yang berlebihan. Kita juga boleh
meluangkan masa bersama-sama ahli keluarga kita untuk berehat pada hari
Ahad atau Sabtu dengan menjalankan aktiviti riadah. Hal ini boleh
diibaratkan sebagai sambil menyelam minum air.
53
Tuntasnya, kesibukan yang baik merupakan anugerah daripada Yang
Maha Kuasa yang tidak ternilai harganya. Oleh itu, kita ha