Post on 28-Oct-2015
description
Akauntabiliti keguruan
1.0 Konsep keguruan
Menurut Kamus Dewan (1970), ‘guru’ bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Jika
dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang memelihara dan
melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakala
pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan mendidik. Manakala
keguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau
tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran dan
sebarang perkara yang mempunyai perkaitan dengan guru.
2.0 Konsep Akauntabiliti
Mengikut Kamus Dwibahasa , perkataan ‘akauntabiliti’ di huraikan sebagai bertangungjawab
kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu. Menurut Tan Sri Ahmad Sarji ,
konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan
mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat
jawapan dan penjelasan tersebut . Akauntabiliti juga adalah mengenai displin dan keperluan
untuk memberikan justifikasi dan menerima keberrtangungjawaban terhadap sesuatu
keputusan yang telah diambil.
3.0 Akauntabiliti keguruan.
Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh
seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud berkenaan dengan
tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab
seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar , diri
guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara , dan profesion keguruan amnya.
Akauntabiliti guru terhadap
3.1 Pelajar
Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah
termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslah
mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain.
Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya
tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan perkara-
perkara lain. Guru hendaklah membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa
meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada mereka, sebaliknya guru sekali-sekala
perlu memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk menggalakkan mereka berminat
terhadap proses pembelajaran. Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian
kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas harus juga di amalkan
supaya murid memperolehi model yang baik. Ini adalah kerana seorang guru merupakan
orang yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian perlulah guru menjaga
profesionalisme guru supaya mereka tidak di benci,di pandang serong dan tidak di hormati
lagi oleh anak muridnya.
3.2 Diri
Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat menjalankan
tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah di kawal oleh guru sendiri dan
juga perlu menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa yang boleh mengganggu
tugasnya. Sebagai seorang guru, guru hendaklah bijak menguruskan kewangan dengan
bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan. Ini adalah kerana jika guru
gagal menguruskan kewangan maka guru akan menghadapi masaalah luaran yang boleh
menjejaskan tumpuannya terhadap proses pengajaran di sekolah. Guru juga di galakkan
melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. dan peka terhadap peristiwa di
sekeliling melalui media massa atau elektronik supaya mudah memberikan imput yang
berguna terhadap profesionnya. Guru juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan
aktiviti berfaedah di masa lapang yang boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental dan
fizikal.
3.3 Sekolah
Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu , guru juga bertangungjawab
terhadap tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran sekolah. Sebagai seorang ahli dalam
sebuah sekolah ,guru mempunyai akauntabiliti terhadap perkembangan dan kemajuan
sekolah. Dalam hal ini, selain tugas mengajar , guru juga hendaklah menjalankan tugas-
tugas yang lain seperti sebagai guru displin, kaunselor, setiusaha peperiksaan,setiusaha
PIBG, panitia mata pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh pihak pentadbiran
sekolah.
3.4 Masyarakat dan Negara
Sebagai seorang guru , beliau hendaklah menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan
matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Guru
hendaklah Memupuk nilai dan sikap murni pelajar dan sesuai dengan masyarakat berbilang
bangsa dalam diri pelajar. Guru hendaklah memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat
Malaysia dengan mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat.
Selain itu guru hendaklah mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan
ibu bapa pelajar. Guru haruslah bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam segala
aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni. Guru perlu sentiasa berusaha untuk
memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan
ajaran yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang
bertentangan dengan Rukun Negara. Guru juga hendaklah sering memupuk sikap dan nilai
dalam diri setiap pelajar yang dapat membimbing mereka menjadi warganegara yang setia,
bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua dan perbezaan kebudayaan, keturunan dan
agama. Di samping itu guru hendaklah menghormati masyarakat di tempat guru tersebut
berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Guru juga perlu
menggalakkan kerjasama di antara guru dengan ibubapa dan masyarakat, serta
mengamlkan tingkah laku soppan yang diterima oleh masyarakat .
3.5 Profesion Keguruan
Guru haruslah meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan berkaitan mata
pelajaran yang diajar. Ini termasuklah memahami selengkapnya isi pelajaran bagi mata
pelajaran yang diajar dan menyertai seminar pendidikan seperti kursus-kursus yang
dianjurkan oleh jabatan pendidikan atau pihak pentadbiran sekolah. Ini di lakukan dengan
merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya bagi mencapai objektif
pelajaran secara maksimum. Guru juga hendaklah mengajar dengan fakta yang betul agar
murid menerima ilmu yang betul dan tepat.
4.0 Penutup
Dengan dapat memahami prinsip akauntabiliti , guru dapat memahami tanggungjawabnya
yang sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah di hayati sepenuhnya kerana akan dapat
meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Ini kerana penghayatan tersebut
membolehkan semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan
penuh komited dan dedikasi. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi
akuntabilitinya terhadap sekolah, diri sendiri , murid-murid dan profesion keguruan akan
dapat ditingkatkan sekiranya seseorang guru itu benar-benar menjalankan
tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan berkesan. Peningkatan dalam bidang
tersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf
profesionalisme keguruan. Selain itu guru juga dapat melaksanakan tugas itu dengan
bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu tanggungjawabnya terhadap
kerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti akan menjadikan seseorang guru itu lebih
bertanggungjawab terhadap tanggungjawab yang di laksanakannya. Oleh yang demikian,
akauntabiliti perlulah dihayati oleh semua guru. Sekiranya seseorang guru itu mengabaikan
akauntabiliti terhadap tugas dan tanggungjawabnya , maka tanggungjawabnya tidak dapat di
jalankan dengan baik dan akan gagal melahirkan modal insan seperti yang di cita-citakan
negara. Ini akan menjatuhkan martabat profesion perguruan oleh kerana perbuatan yang
tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang di berikan.
Sikap dan Akauntabiliti Guru Terhadap Pelajar dan Ibu Bapa
1. Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam bilik darjah. Ini termasuklah menepati masa mengikut jadual waktu serta
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah dan teknik yang berkesan.
2. Mengutamakan kebajikan, kemajuan dan keselamatan murid-murid daripada hal-hal lain.
3. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial,
keturunan atau agama.
4. Membimbing dan mengajar murid-murid dalam bilik darjah tanpa meminta hadiah atau bayaran.
5. Memberi contoh teladan yang baik seperti berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas.
Sikap dan Akauntabiliti Guru Terhadap Diri Sendiri
1. Menjaga kesihatan badan diri supaya dapat menjalankan tugas dengan sempurna.
2. Mengawal emosi sendiri supaya membawa ketenangan dan ketenteraman jiwa.
3. Menguruskan kewangan sendiri dengan bijaksana supaya pendapatannya adalah seibang dengan perbelanjaan harian.
4. Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan melalui pembacaan yang luas. Ini termasuklah membaca buku ilmiah selain
membaca buku teks.
5. Menjadi seorang yang berpengetahuan dan peka terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekeliling melalui suratkhabar,
radio dan television serta internet.
6. Melibatkan diri dalam sesuatu hobi atau aktiviti yang bermanfaat dengan tujuan mengisi masa lapang secara berfaedah
ESEI-CIRI-CIRI GURU CEMERLANG
Ciri-ciri seorang guru yang cemerlang
Menurut kajian Office for Standard in Education (OFSTED), badan penaziran sekolah di United Kongdom,
yang sama peranannya seperti Jemaah Nazir Sekolah di negara kita, terdapat tujuh elemen yang perlu ada
bagi seseorang guru cemerlang iaitu;
1. Mengetahui dan menguasai mata pelajaran yang diajar secara mendalam
2. Mempunyai harapan yang tinggi terhadap kemampuan dan kebolehan pelajarnya
3. Merancang pengajaran secara sistematik dan memenuhi keperluan pelajar
4. Mengurus pelajar dan mengawal bilik darjah dengan baik
5. Menggunakan masa dan sumber secara berkesan
6. Melaksanakan penilaian berterusan terhadap tugasan dan latihan pelajar
7. Memberikan kerja rumah sebagai pengukuhan kepada perkara yang dipelajari pelajar di sekolah
Guru Berkesan
Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu? Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut:
Bersikap profesional. Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori. Kaya ilmu. Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja. Bermoral teguh. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran. Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa. Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid. Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa. Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik
unggul pada setiap masa. Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas. Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu,
berpersonaliti sihat dan serba boleh. Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik. Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral,
berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu). Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya. Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi. Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.
CIRI-CIRI GURU YANG CEMERLANG
• Dalam aspek perancangan guru yang cemerlang didapati boleh mengesan masalah pembelajaran pelajar
sepanjang masa, merancang pelbagai alat dan bahan bantu mengajar serta pelbagai kaedah dan teknik
pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk pelajar pelbagai kebolehan
• Dari sudut pengurusan masa pula, guru yang cemerlang berjaya mengurus laporan prestasi pelajar
dengan kemaskini dan segala strategi pengajaran didokumentasikan .
• Dalam proses pengajaran pula, guru yang cemerlang berjaya mengaitkan kepakaran sedia ada pelajar
dengan tajuk perbincangan serta melibatkan pelajar secara aktif dalam P&P.
• Dalam proses pengajaran pula, guru yang cemerlang berjaya mengaitkan kepakaran sedia ada pelajar
dengan tajuk perbincangan serta melibatkan pelajar secara aktif dalam P&P.
• Mereka merupakan guru yang reflektif dan sentiasa meneroka secara mendalam dan berulang kali
terhadap amalan dan tindakan untuk meningkatkan keberkesanan hasil pengajaran di dalam bilik darjah.
• Guru yang cemerlang juga kerap memberi kata-kata semangat dan perangsang yang adakalanya
dilekatkan di dinding kelas .
Di antara ciri-ciri yang harus dikekalkan oleh seorang guru yang cemerlang adalah seperti berikut:
• Mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap sesuatu bidang pengkhususannya.
• Komitmen yang menyeluruh.
• Penambahbaikan ilmu serta kemahiran secara berterusan.
• Sebagai satu role model atau idola kepada pelajar.
• Mudah didekati, mesra dan mampu menyelesaikan masalah dan memberi pandangan yang bernas.
• Secara amnya guru yang berkualiti harus berilmu, berdedikasi serta menjadi sumber inspirasi kepada
pelajar. Guru yang beginilah yang amat diharap-harapkan oleh semua golongan masyarakat untuk
memenuhi aspirasi Negara.
1.KECEMERLANGAN PERIBADI
*Mempunyai keyakinan diri
*Berakhlak dan bermoral
*Bersikap adil dan bertimbang rasa
*Beramanah dan bertanggungjawab
*Kreatif dan inovatif
*Sentiasa mengurus diri dengan kemas
*Sedia berkongsi dan berkerjasama
*Bersikap terbuka
*Bersikap positif
2.KECEMERLANGAN PENGETAHUAN & KEMAHIRAN
*Mengamalkan budaya ilmu
*Kebolehan untuk menyelesaikan masalah dan embuat keputusan yang rasional dan objektif
*Menyertai dan memanfaatkan kursus dalam perkhidmatan untuk meningkatkan kualiti kerja
*Kebolehan menyediakan kertas kerja, laporan prestasi murid, minit mesyuarat, dokumentasi
dll.
*Pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran
* berupaya mengendalikan aktiviti kokurikulum
*Mengenalpasti keperluan dan masalah individu murid/pelajar serta menyediakan program
tindakan susulan
*Pengurusan masa, bahan, sumber, alatan p&p
*Peka dan prihatin terhadap keperluan kebajikan murid/pelajar
3. KECEMERLANGAN KERJA
*Pengurusan keceriaan bilik darjah.
*Berjaya membimbing murid mematuhi peraturan dan tahap pembelajaran.
*Menguasai dan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.
*Melaksanakan rutin dengan berkesan bagi memudahkan pembelajaran.
*Menyemak kerja murid/pelajar dengan teliti, tepat dan memberi komen yang positif untuk
menggalakkan pembelajaran yang seterusnya .
*Memberi kerja bertulis dan latihan mengikut kekerapan yang sesuai .
*Memberi bimbingan pelajaran kepada murid di luar waktu pengajaran.
*Menggunakan hasil pengujian dan penilaian untuk membaiki pengajaran.
*Sentiasa merangsang murid berfikir.
*Merancang pelajaran yang baik.
*Hasil pembelajaran murid menunjukkan peningkatan.
*Aktiviti kokurikulum yang berkaitan dengan mata pelajaran dirancang dan dilaksanakan
dengan penuh komitmen.
*Berupaya meningkatkan penglibatan, minat dan prestasi murid .
ESEICiri-ciri seorang guru yang cemerlang
1.0 Pendahuluan
Di Malaysia, guru atau pendidik merupakan penjawat awam yang terpenting dalam bidang
pendidikan. Perkhidmatan seseorang guru amat penting bagi merealisasikan aspirasi negara. Guru
memiliki ciri-ciri istimewa sama ada terbina secara semulajadi atau dilatih.
Cabaran abad ke dua puluh satu ini memerlukan guru-guru atau para pendidik memperlengkapkan diri dengan cabaran baru yang sedang dihadapi oleh pelajar yang amat rencam dan kompleks.
Para guru perlu lebih memiliki ketrampilan diri sebagai pendidik sempurna dengan memiliki
pelbagai ilmu tradisional dan moden, kefahaman dasar dan aspirasi negara dengan jelas dan mantap,
bersahsiah tinggi, beretika cemerlang, pelbagai kemahiran pengajaran dan pembelajaran dan kaedah
pengurusan terkini.Guru hari ini perlu bergerak pantas sepantas perkembangan dan kehendak dunia masa
kini terutama di bidang pendidikan selaras perkembangan zaman sains dan teknologi, zaman komputer,
zaman ledakan ilmu teknologi maklumat, zaman langit terbuka dan sebagainya.Namun begitu aspek asas
yang terpenting ialah guruguru perlu memiliki, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai, norma dan
etika perkhidmatan yang cemerlang. Guru yang mengamalkan etika perkhidmatan cemerlang sudah pasti
menjamin organisasi sekolah dan negara mencapai
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020. 2.0 Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Matlamat pendidikan di Malaysia amat jelas melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menyatakan:
…suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia
yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapi kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
Manakala misi Kementerian Pelajaran Malaysia pula berhasrat Membangunkan sistem pendidikan yang
berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mematuhi aspirasi
Negara Malaysia.Sesungguhnya Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang diwujudkan di Malaysia merupakan sesuatu yang perlu dan penting
untuk mencerminkan dan memperjuangkan cita-cita dan keunggulan Negara (Md Fiah, 2004). Falsafah
tersebut menjadi teras dan dasar kepada semua penggubalan program dan aktiviti yang dipikul di bahu
para guru di sekolah untuk menjamin jenis insan yang akan dilahirkan melalui sistem pendidikan negara.
3.0 Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam Menurut Kamus Dewan Edisi Tiga; Nilai bermaksud darjat, kualiti,
mutu, taraf atau sifat ketinggian dalam pemikiran, agama, kemasyarakatan dan lain-lain. Norma
bermaksud ukuran untuk menentukan sesuatu atau peraturan atau ketentuan yang telah menjadi
kebiasaan yang dijangka akan dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat. Adabbermaksud tingkah laku serta
tutur kata yang halus (sopan),
berbudi bahasa , budi pekerti yang halus dan kesopanan. Etika bermaksud prinsip moral atau akhlak atau
nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan,
persatuan atau pekerjaan dan lain-lain . Nilai dan Etika Kerja Perkhidmatan Awam di Malaysia ialah dasar
kerajaan yang memberi panduan tingkah laku kepada penjawat awam berlandaskan nilai-nilai akhlak yang
mulia untuk mencapai matlamat sebuah negara yang bertamadun, bermaruah dan berakhlak. Kefahaman
dan penghayatan nilai dan etika ini akan mengubah pemikiran, tindakan dan tingkah laku
anggota perkhidmatan awam agar bertanggung jawab dan amanah, membuat sumbangan kepada
pembangunan tamadun dan merealisasikan standard mutlak bagi mendorong anggota perkhidmatan awam
berkhidmat dengan ikhlas dan berkesan.
4.0 Tonggak Dua Belas
4.1 Latar belakang Tonggak Dua Belas
Tonggak Dua Belas lahir sebagai inovasi pelancaran Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam
pada 16 Ogos 1991 dirasmikan oleh Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Sarji Bin Abdul Hamid, Ketua Setiausaha
Negara di Seminar Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam di Hotel Pan Pasific, Kuala Lumpur. Tonggak Dua
Belas merangkumi dua belas nilai murni teras dalam Etika Perkhidmatan Awam. 4.2Nilai Murni dalam
Tonggak Dua Belas
4.2.1 Menghargai Masa (The Value of Time)
4.2.2Ketekunan Membawa Kejayaan (The Success o Perseverance)
4.2.3Keseronokan Bekerja (The Pleasure of Working)
4.2.4Kemuliaan Kesederhanaan (The Dignity of Simplicity)
4.2.5Ketinggian Peribadi (The Worth of Character)
4.2.6Kekuatan Sifat Baik Hati (The Power of Kindness)
4.2.7Pengaruh Teladan (The Influence 0f Examples)
4.2.8 Kewajipan Menjalankan Tugas (The Obligation of Duty)
4.2.9Kebijaksanaan Berhemat (The Wisdom of Economy)
4.2.10Keutamaan Kesabaran (The Virtue of Patience)
4.2.11Peningkatan Bakat (The Improvement of Talent)
4.2.12Nikmat Mencipta (The Joy of Originating)
5.0Kepentingan Tonggak Dua Belas Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga; “Tonggak membawa maksud
asas, dasar, panduan dan pokok kepercayaan“
Ini bermakna tonggak merupakan unsur, elemen atau ciri dalaman terpenting untuk menguat atau
mengukuhkan sesuatu bangunan atau binaan. Dalam erti perkhidmatan, tonggak merupakan kekuatan
dalaman yang meliputi nilai dan amalan positif
bagi menggerakkan individu, pasukan atau organisasi untuk mencapai sesuatu hasrat dan tindakan.
5.1Tonggak Dua Belas yang menjadi teras dalam Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam di Malaysia oleh
semua penjawat awam di Malaysia mampu menggerakkan secara dalaman dan luaran.tindakan individu,
pasukan atau organisasi bagi mengwujudkan perkhidmatan awam yang cekap, berdedikasi, produktif dan
berkualiti. Amalan-amalan murni dalam Tonggak Dua Belas menjadi pendorong dalaman dan benteng
pertahanan yang kuat bagi membina peribadi mulia dan terpuji dan seterusnya berupaya mempengaruhi
pembentukan dan perkembangan sesebuah organisasi.
5.2Menerusi nilai Menghargai Masa, penjawat awam menyedari kepentingan masa dalam segala urusan
perkhidmatan. Jika cekap mengurus masa maka cekaplah sesuatu perkhidmatan.Penjawat awam perlu
sentiasa menepati masa, berperancangan, menyegerakan tugas, kreatif, produktif dan berkualiti. Amalan
menghargai masa ini juga dapat membasmi sikap suka membuang masa, kurang perancangan, suka
bertangguh, tidak siap kerja dan memberi hasil yang tidak berkualiti.
5.3Nilai Ketekunan Membawa Kejayaan pula berupaya membina tumpuan atau fokus kerja yang berganda
ke tahap kejayaan dan kesempurnaan dalam perkhidmatan. Penerapan nilai usaha, gigih, sabar, tabah,
berdisiplin, berdedikasi bersemangat waja, cekal dan sebagainya merupakan ramuan terpenting bagi
meletakkan pencapaian organisasi ke tahap yang terbaik. Amalan Ketekunan Membawa Kejayaan akan
melenyapkan budaya bertangguh, cepat bosan, sentiasa ingin bertukar kerja, pasif, membazir dan
berpandangan negatif dalam kalangan penjawat awam.
5.4Kerja sebagai ibadah. Inilah yang diharapkan menerusi
nilai Keseronokan Bekerja dalam Tonggak Dua Belas. Amalan positif nilai ini akan melahirkan penjawat awam
yang berdedikasi, ikhlas dan bertanggungjawab. Mereka bangga dengan kerja berpasukan. Mereka
menerima kejayaan dan kegagalan secara bersama. Mereka mempunyai komitmen tinggi, semangat
berpasukan, mesra dan mementingkan organisasi daripada kepentingan peribadi. Budaya seronok di tempat
kerja akan mencetuskan idea yang kreatif dan inovatif dalam kalangan pemimpin organisasi untuk
merancang, mengurus dan melaksanakan iklim yang kondusif di tempat kerja.
5.5Bersederhana dalam semua perkara merupakan
perbuatan terpuji. Begitulah nilai Kemuliaan Kesederhanaan dalam Tonggak Dua Belas. Kesederhanaaan
dalam penampilan diri, pertuturan, pengurusan rumah tangga, pengurusan tempat kerja, pergaulan dan
sebagainya berupaya menerapkan nilai budi pekerti mulia, jujur, disenangi, merendah diri dan berhemah
tinggi dalam kalangan penjawat awam. Kesederhanaan dalam segala perkara akan mengelakkan penjawat
awam bersikap sombong, membazir, tidak amanah, cuai dan sebagainya.
5.6Negara memerlukan penjawat awam yang beradab dan
berbudi pekerti tinggi. Nilai Ketinggian Peribadi dalam Tonggak Dua Belas menuntut individu antara lain
memiliki keperibadian yang mulia, luhur lagi terpuji dalam menguruskan perkhidmatan. Keperibadian tinggi
terserlah menerusi watak, sikap, perilaku dan gaya. Penjawat awam yang memiliki Ketinggian Peribadi
akan membawa organisasinya kepada mesra pelanggan, peningkatan motivasi berkerja dan peningkatan
mutu kerja.
5.7Sifat baik hati merupakan sifat terpuji dan disukai ramai.
Nilai Kekuatan Sifat Baik Hati dalam Tonggak Dua Belas menjamin penjawat awam bukan sahaja memiliki
peribadi terpuji malah mengawal sifat mementingkan diri sendiri. Sifat ini mendorong individu menjalankan
kewajipan dengan lebih adil, saksama, waras, wajar dan bertimbang rasa. Menjadikan nilai ini sebagai
amalan dalam perkhidmatan awam akan mengwujudkan budaya saling menghormati, menerima kritikan
membina, amanah dan berjiwa murni.
5.8Setiap dari kita adalah pemimpin. Pemimpin mesti memberi contoh atau teladan yang terpuji. Teladan
yang baik akan mempengaruhi orang yang dipimpin. Begitulah hasrat nilai Pengaruh Teladan dalam
Tonggak Dua Belas. Kejayaan organisasi dipimpin oleh pemimpin yang mempunyai pengaruh yang
hebat. Pemimpin bukan sahaja mencorakkan organisasinya malah berganding bahu bersama orang yang
dipimpin menerusi ilmu, kemahiran dan pengalaman pemimpin. Aspek ini lebih berkesan jika seseorang
pemimpin dapat memimpin menerusi teladan yang baik. Penjawat awam yang memiliki nilai ini akan
sentiasa menjauhi nilai negatif seperti hasad dengki, adu domba, mencipta alasan, lupa budaya, pendek
akal dan mementingkan emosi.
5.9Menjalankan tugas merupakan amanah dan kewajipan
yang mesti dilakukan sebaik dan sesempurna mungkin oleh penjawat awam. Nilai ini adalah Kewajipan
Menjalankan Tugas dalam Tonggak Dua Belas. Menjiwai nilai ini dalam kalangan penjawat awam akan
membina gaya kerja yang lebih cekap, cepat, berkesanan dan sempurna. Penjawat awam akan sentiasa
menambah ilmu dan kemahiran bagi mempertingkatkan mutu kerja masing-masing. Amalan menjiwai nilai
Kewajipan Menjalankan Tugas juga berupaya mengelak penjawat awam bekerja sambil lewa, malas, ingkar
perintah, menyalahgunakan harta kerajaan, boros dan menunggu kerja .
5.10 Tabiat berhemat juga merupakan amalan mulia.
Berhemat lawannya boros. Orang yang boros selalu rugi dan susah dalam kehidupan. Inilah yang disemai
melalui nilai Kebijaksanaan Berhemat dalam Tonggak Dua Belas. Nilai ini
membawa mesej berhemat dari segi kewangan, masa, bahan komunikasi, bekalan utiliti dan sebagainya.
Pengamalan nilai ini merupakan tindakan bijaksana bagi semua penjawat awam dalam memajukan kerjaya
dan matlamat organisasi. Oleh itu nilai tersebut meyakinkan bahawa sifat boros, bermewah, berbelanja
tanpa kawalan, bakhil, kurang peka, kurang maklumat dan sebagainya merupakan amalan negatif yang
menghalang kecemerlangan kerjaya dan organisasi.
5.11 Sabda Rasulullah (s.a.w) bermaksud “ Sabar itu salah satu dari cabang iman “.
Sabar itu sifat terpuji yang tinggi kedudukannya. Menerusi nilai Keutamaan Kesabaran dalam
Tonggak Dua Belas dapat menjamin keupayaan yang tinggi di kalangan penjawat awam agar sentiasa
tabah, bersemangat, cekal, berpandangan jauh, tenang, lapang dada, dan menerima takdir dalam urusan
menjalankan kewajipan. Kehebatan nilai ini juga mengelak penjawat awam dari cepat berputus asa,
mengalah, menyalahkan orang lain, lemah daya tahan dan berpandangan sempit.
5.12Bakat merupakan anugerah Tuhan yang perlu digilap dan
dipertingkatkan dari masa ke semasa. Bakat mendorong kepada penciptaan, inovasi dan penyelesaian
masalah. Pekerja yang berbakat menjadi aset penting dalam sesebuah organisasi. Inilah yang dipentingkan
oleh Nilai Peningkatan Bakat dalam Tonggak Dua Belas. Organisasi yang sentiasa berjaya selalu memberi
tumpuan kepada pemikiran baru, cara baru, watak baru dan kerja berbudaya.
5.13Sudah menjadi lumrah bahawa manusia akan berasa
puas jika segala usaha yang dicurahkan mendatangkan kejayaan. Apatah lagi usaha itu diperolehi melalui
hasil cipta atau hasil reka sendiri. Oleh itu nilai Nikmat Mencipta dalam Tonggak Dua Belas memberi ruang
kepada penjawat awam berkarya dan berinovasi mencabar keintelektualan dalam mencetus idea dan
kaedah baru dalam kerjaya. Nikmat mencipta ini bukan sahaja memberi impak kepada pereka tetapi juga
memberi kepuasan kepada pengguna atau pelanggan. Nilai ini juga akan mengikis sifat cepat berpuas hati,
tidak suka pembaharuan, takut kepada perubahan dan sebagainya.
6.0 Pengamalan Tonggak Dua Belas di Sekolah
Memandangkan tugasan yang di beri kepada penulis untuk memilih lima nilai dalam Tonggak Dua
Belas, maka penulis memilih lima nilai yang dikenalpasti.
Penulis merupakan seorang Pengetua di sekolah menengah luar bandar yang terletak di kawasan
FELDA. Sekolah ini di buka pada 1 Januari 2003. Ketika ini sekolah mempunyai kelayakan guru seramai 44
orang, 24 bilik kelas dan bilangan murid sekitar 730 orang dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.
Penulis memilih lima nilai dalam Tonggak Dua Belas untuk penghuraian bagaimana nilai ini
diamalkan di sekolah ini. Nilai–nilai tersebut ialah:-
a. Menghargai Masa
b. Ketekunan Membawa Kejayaan
c. Keseronokan Bekerja
d. Pengaruh Teladan
e. Kewajipan Menjalankan tugas
6.1 Menghargai Masa
6.1.1 Menepati Masa
Budaya dan amalan menepati masa adalah budaya mulia. Masa itu lebih berharga dari emas.
Guru-guru diterapkan budaya menepati masa melalui pengurusan berikut: -
a. Menepati masa persekolahan sekolah. Waktu persekolahan bermula jam 7.30 pagi hingga jam
2.00 petang. Guru dan murid dikehendaki datang awal ke sekolah dan mula diurus dengan mencatat
kehadiran mereka.
b. Sekolah dipasang dengan siren. Bunyi siren menandakan waktu pembelajaran bermula,
berakhir atau pertukaran mata pelajaran seperti yang terdapat dalam jadual waktu persekolahan. Guru
mengamalkan budaya menepati masa apabila masuk dan keluar pada
waktu sesi pengajaran dan pembelajaran.
c. Budaya menepati masa juga meliputi aktiviti lain seperti aktiviti kelas tambahan, aktiviti
kokurikulum dan aktiviti bina insan. Kakitangan sekolah juga mengamalkan aktiviti menepati masa dalam
menyiapkan tugasan untuk sekolah, PPD, JPN, KPM dan organisasi lain. Guru diterapkan budaya “sense of
emergency” dan “sense of urgency”. Sebagai langkah kawalan senarai semak tugasan yang melibatkan
keakuran menepati masa disediakan seperti Buku Surat Masuk, Buku Surat Kkeluar, Papan Kenyataan
Pergerakan Guru dan sebagainya.
d. Sebagai membina watak sekolah, guru–guru dan kakitangan sekolah dinasihati agar menepati masa
semasa menghadiri mesyuarat, kursus, bengkel dan sebagainya yang dianjurkan oleh mana-mana pihak.
Nasihat ini bertujuan agar warga sekolah ini berketrampilan dalam menepati masa dan membina sifat
terpuji sebagai penjawat awam yang baik.
6.1.2 Merancang Pengurusan Masa
Sesi persekolahan setahun mengambil masa tidak kurang dari 205 hari. Masa yang diberi amat
singkat untuk menguruskan perancangan kerja tahunan. Masa yang diberi harus diurus dengan baik agar
sasaran kerja
tahunan dan sasaran kerja tambahan dapat dicapai. Langkah berikut diambil agar warga sekolah berjaya
mengamalkan budaya merancang pengurusan masa iaitu :
a. Merancang takwim tahunan sekolah pada awal tahun. Takwim tersebut meliputi takwim kurikulum,
takwim kokurikulum, takwim peperiksaan dalaman dan awam, takwim sukan dan permainan, takwim
kewangan dan audit, takwim bimbingan dan kaunseling, takwim program PIBG dan NGO dan sebagainya.
b. Unit-unit kecil di sekolah juga dibimbing untuk mengurus masa dengan bijak melalui pendekatan “yang
utama diutamakan dahulu“, memiliki senarai semak, sentiasa peka kepada “target date“ dan sebagainya.
Sebagai contoh guru mata pelajaran perlu melihat kapasiti huraian sukatan pelajaran, kebolehan murid,
jadual peperiksaan dan masa yang diperuntukkan untuk menjamin hasil yang cemerlang pada hujung
tahun.
6.1.3 Menyegerakan tugas Hari ini banyak tugasan perlu disiapkan segera dan mestilah berkualiti. Sekolah
mengambil langkah berikut agar budaya menyegerakan tugas berjaya diamalkan di sekolah
6.2.1Menjayakan visi, misi , prinsip dan target sekolah.
a. Visi dan misi sekolah dibina bersama. Warga sekolah bergerak bersama komuniti bagi merealisasikan
misi dan visi ini dengan tekun dan gigih.
b. Sekolah membina prinsip dan target agar hasrat visi dan misi tercapai. Antaranya seperti prinsip semua
murid berpotensi lulus dalam peperiksaan, target pencapaian 100%, peningkatan prestasi peperiksaan
setiap tahun, kekuatan kerja berpasukan, kehebatan karisma dan sebagainya mencetus situasi mencabar
dalam kalangan warga sekolah yang menuntut amalan gigih, tabah, berusaha kuat, dedikasi, sanggup
berkorban demi kejayaan sekolah.
c. Kejelasan dan penghayatan perkara di atas juga menuntut warga sekolah menambah ilmu, kemahiran dan
perubahan sikap. Ketekunan warga sekolah memulakan proses dengan pengumpulan segala data,
menyusun maklumat, membina ilmu dan kebijaksanaan, mengatur strategi, melaksana program dan
melakukan penilaian menjadi proses penting untuk mencapai visi, misi dan target sekolah.
6.2.2Membudayakan Pemuafakatan, Penglibatan
dan Kesepunyaan.
a. Ketekunan dan kegigihan melakukan sesuatu kerja boleh membina pasukan kerja. Kehebatan pencapaian
sekolah terserlah jika memiliki pasukan kerja yang tekun dan gigih. Permuafakatan bermakna melakukan
kerja secara bersama-sama. Penglibatan bermaksud semua individu terlibat dan penting. Kesepunyaan
bermaksud segala yang berlaku adalah milik bersama. Semua warga sekolah disemai budaya ini. Warga
sekolah begitu tekun dan bersemangat melaksanakan sebarang aktiviti daripada aktiviti kecil seperti
menguruskan skuad bolasepak, sembahyang Zohor berjemaah di surau sekolah, menubuhkan pasukan
pantun, hari keluarga, sukan tahunan sekolah, mesyuarat agung PIBG hinggalah aktiviti besar seperti
program prestasi untuk PMR dan SPM, Dasar 60:40, PPSMI, pengurusan hal ehwal murid, program
bersama PPD, JPN dan KPM.
6.2.3Mencetuskan semangat “Tiada Kejayaan Tanpa Pengorbanan“
a. Guru-guru baru dibimbing bersama guru lama dalam berkongsi segala pengalaman, kepakaran dan
komitmen kerja. Sebagai contoh guru-guru baru dilantik sebagai pembantu kepada guru lama dalam setiap
program atau projek. Mereka bekerjasama untuk mencapai target sekolah. Secara tidak langsung budaya
kerja ketekunan membawa kejayaan berjaya diterap kepada guru baru.
b. Budaya “in house training” turut diamalkan di sekolah. Melalui pendekatan ini penyebaran dan
perkongsian ilmu berlaku. Guru perlu kaya dengan maklumat baru dan memiliki pelbagai kemahiran dalam
menangani masalah murid. Guru juga perlu memiliki pelbagai pilihan proses untuk mencapai matlamat.
Melalui usaha ini diharap warga sekolah sentiasa mempertingkatkan ilmu dan kemahiran serta berpeluang
menggunakan berbagai–bagai cara mengatasi masalah. Sebagai contoh guru tidak boleh patah semangat
andai usaha untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid belum berjaya. Guru
perlu tekun mencuba berbagai– bagai kaedah dan pendekatan untuk memastikan
matlamat tercapai. Ketekunan dan kegigihan inilah yang menghasilkan mutu kerja cemerlang selaras
dengan hasrat pencapaian hari esok adalah lebih baik daripada hari ini dan pencapaian hari ini adalah lebih
baik daripada hari semalam.
6.3 Keseronokan Bekerja
Menurut Ainon Mohd (2003) bagi menolong semangat kerja yang lebih tinggi dan meningkatkan
produktiviti pekerja, pihak pengurusan hendaklah menjadikan kerja lebih
menyeronokkan mereka yang menjalankan kerja-kerja itu. Antara berikut beberapa contoh aktiviti yang
diambil oleh pihak sekolah untuk menerapkan amalan Keseronokan Bekerja.
6.3.1 Mengganggap Kerja Sebagai Ibadah
a. Warga sekolah disemai kesedaran dan kefahaman menganggap kerja sebagai ibadah. Permulaan kerja
mereka dimulakan dengan niat. Niat itu adalah target (Hj Sobirin, 2002). Nilai diterap melalui perjumpaan
guru, mesyuarat, pembengkelan dan majlis–majlis ilmu. Budaya membaca doa, bacaan Asma Al Husna,
bacaan Al Quran, sembahyang hajat, sembahyang berjemaah, majlis membaca Yassin dan majlis-majlis
kesyukuran yang diadakan di sekolah antara lain bertujuan tidak memisahkan kerja dengan ibadah. Warga
sekolah menyedari bahawa mereka pasti berusaha bersungguh-sungguh dan
mereka redha dengan ketentuan Tuhan.
6.3.2 Mengwujudkan budaya berilmu dan berfikir
a. Warga sekolah digalakkan meneroka ilmu pendidikan terkini melalui pembacaan, seminar, menghadiri
kursus dan “in house training”. Sekolah membeli buku–buku pendidikan, menyebar luas
naskah- naskah pendidikan, menghantar guru berkursus mengikut agihan tugas dan mengadakan “in house
training” pada hari Sabtu.
b.Menggalakkan perkongsian ilmu, kemahiran dan pengalaman dalam aktiviti panitia melalui perbincangan,
mesyuarat dan kajian kes.
c. Menggalakkan guru-guru meyumbang idea dan kepakaran melalui penulisan kertas kerja, laporan aktiviti,
perkongsian pintar dan lain-lain.
6.3.3 Mengwujudkan iklim kondusif
a.Membina kawasan sekolah yang kondusif
seperti selamat, bersih dan ceria.
b.Mengwujudkan komunikasi yang berkesan seperti penyebaran maklumat dengan cepat, jelas dan mudah
difahami. Berlaku perkongsian maklumat dan penyegeraan kepada tindak balas kepada maklumat.
6.3.4 Menyediakan kemudahan asas dan kebajikan
a.Meningkatkan kemudahan asas sekolah seperi padang permainan, aktiviti sukan dan permainan, bilik
komputer, bilik guru dan kantin sekolah.
b.Kebajikan warga sekolah diberi perhatian
seperti rumah guru dan peningkatan kerjaya guru.
6.3.5 Menjadikan kerja sebagai cabaran
a.Memberi peluang dan kebebasan kepada
guru untuk membuktikan kebolehan seperti guru baru
mengajar di kelas peperiksaan, jurulatih baru olahraga,
setiausaha PIBG dan sebagainya.
b.Meningkatkan taraf profesionalisme guru- guru dengan penggunaan maklumat yang berinovasi seperti
analisis data, borang potensi pencapaian murid, Folio A, Folio B, Target, Nilai Mula, Program Utama,
Program Sokongan, Program Sampingan, Gred Purata, Pensijilan Terbuka dan sebagainya.
6.3.6 Menjadikan “Sekolah Ku Rumah Ku“
a.Mengadakan Hari Keluarga, Sambutan Hari Raya, Majlis Korban, Majlis Perpisahan dan sebagainya di
sekolah.
b.Mengadakan persatuan guru seperti Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah untuk aktiviti sosial, agama dan
kebajikan.
c.Sekolah bersedia menjadi penganjur program PPD, JPN, NGO dan sebagainya sebagai usaha promosi
sekolah dan membina watak sekolah.
d.Mengwujudkan hubungan yang akrab antara ibu bapa dengan komuniti yang lain.
6.4 Pengaruh Teladan
6.4.1 Menerapkan Kepimpinan Melalui Teladan
a. Pengetua dan Guru Penolong Kanan sebagai pemimpin sekolah menjadi contoh dan teladan kepada
warga sekolah. Pemimpin sekolah sebagai model penjawat awam yang baik dengan mengamalkan nilai-
nilai murni, berpegang teguh kepada agama, berakhlak, beretika dan mendukung dasar-dasar negara.
Sebagai contoh pemimpin sekolah sentiasa menepati masa, pembersih, mementingkan perpaduan,
mengutamakan pelanggan dan mementingkan keselamatan.
b.Pemimpin sekolah mengamalkan amalan- amalan murni seperti yang tercatat dalam Nilai dan Etika
Perkhidmatan Awam dan Tonggak Dua Belas dan berusaha menerapkannya dalam kalangan warga sekolah.
c.Pemimpin sekolah sentiasa bersungguh- sungguh mencapai visi dan misi sekolah. Usaha ini
menggambarkan pihak sekolah bercita-cita besar untuk menjadi sekolah cemerlang. Semua jentera
sekolah digerakkan menuju visi dan misi sekolah. Warga sekolah disemai kecenderungan meningkatkan
standard prestasi yang tinggi. Hasrat ini bertujuan melahirkan warga sekolah berprestasi tinggi, berinspirasi
dan berkualiti. Mereka merupakan pemimpin masa depan.
d.Pemimpin sekolah sentiasa menyokong dan turun padang bersama warga sekolah yang lain dalam
melaksanakan sebarang aktiviti seperti latihan sukan
perkhemahan unit pakaian seragam, projek keceriaan
sekolah dan sebagainya.
6.4.2 Menerapkan Kepimpinan Instruksional
Ishak (2003) menekankan kepimpinan intruksional ialah memberi penekanan kepada
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Shimniok dan Schmoker (1992) mengatakan kepimpinan instruksional masih dan tetap penting
dalam organisasi sekolah kerana “core busines“ sekolah ialah pengajaran
dan pembelajaran. Sehubungan itu pemimpin sekolah bertindak memberi contoh dan teladan kepada
sekolah melalui kepimpinan intruksional menerusi aktiviti berikut:-
a. Memberi bimbingan aspek pengajaran dan pembelajaran melalui aktiviti penyeliaan.
b. Membantu guru menjalankan kajian terhadap potensi murid melalui siri ujian dan peperiksaan yang
dijalankan.
c. Berkongsi ilmu, kemahiran dan pengalaman antara pemimpin sekolah dengan guru atau antara guru
dengan guru.
d. Sentiasa memupuk budaya membaca, belajar sepanjang hayat dan perkongsian bijak dalam kalangan
warga sekolah serta meningkatkan tahap profesionalisme guru-guru melalui kursus, bengkel dan seminar
yang dianjurkan oleh Panitia Daerah, PPD, JPN,
KPM dan sebagainya.
e.Sentiasa meniupkan semangat, motivasi dan galakan kepada guru dengan mengadakan perbincangan
mengenai potensi murid, prestasi murid, nilai mula, targert, latihan murid, buku teks, format peperiksaan
dan pentafsiran, “home learning” dan sebagainya.
f. Memupuk iklim sekolah yang kondusif untuk keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
sepertibilik darjah kondusif, alat bantu mengajar, penggunaan komputer, kelengkapan alatan sains dan
kemahiran hidup, pusat sumber sekolah dan sebagainya.
6.5 Kewajipan Menjalankan Tugas.
Mengikut Stenhouse dan Fink (1986), guru yang baik ialah guru yang boleh membuat
pertimbangan profesional tersendiri. Mereka tidak perlu diberitahu apa yang perlu dilakukan. Mereka tidak
menolak nasihat, sokongan atau perundingan kerana mereka tahu bahawa idea ini menyerap dan menjadi
pertimbangan guru itu sendiri. Namun, di dalam bilik darjah hanya guru yang boleh menentukan dan
membentuk pengajaran yang baik.
6.5.1 Menyemai sikap professional dan cekap
a. Memupuk kesedaran memahami dasar melalui visi dan misi sekolah. Sebagai contoh, hasrat sekolah
mencapai target 100% lulus dalam peperiksaan awam bertujuan menjamin semua pelajar berpotensi lulus
peperiksaan, tiada keciciran, tiada defisit pembelajaran dan sebagainya.
b. Membina budaya kerja proaktif, kreatif dan inovatif. Tindakan yang dibuat bukan berdasarkan andaian
tetapi melalui kajian, pemerhatian, penyelidikan dan sebagainya. Pembetulan segera perlu dibuat di setiap
proses. Sebagai contoh gejala ponteng sekolah ditangani bermula dari maklumat amaran awal hinggalah
kepada sifar ponteng. Proses ini memerlukan kemahiran prosfesional yang tinggi dan menuntut kecekapan
individu-individu yang terlibat.
c. Menggalakkan cetusan idea dan membina keputuasan bersama dalam kalangan warga sekolah. Kaedah
ini akan memberi kebebasan kepada warga sekolah memilih alternatif terbaik bagi melaksanakan sesuatu
kerja. Kefahaman yang jelas dan memahami prosedur yang ditetapkan akan menimbulkan minat yang
mendalam untuk menjalankan kewajipan.
6.5.2 Mengagihkan tugas mengikut kecenderungan
dan kemahiran
a. Warga sekolah lebih selesa jika tugas yang diberi bersesuaian dengan minat dan kemahiran. Tugasan diberi
mengikut kekananan, opsyen, pengalaman, “track record”, kepakaran dan sebagainya. Senarai Jawatan
Kuasa Sekolah dikeluarkan pada awal tahun meliputi jawatan kuasa kurikulum, kokurikulum, keceriaan, bina
insan dan sebagainya yang dianggotai oleh guru-guru dari pelbagai aras kecenderungan dan kelayakan.
b.Pengagihan tugas ini juga berupaya membina pasukan kerja yang berwibawa. Mereka bekerja dengan
semangat pemuafakatan, keterlibatan dan kesepunyaan. Sebagai contoh, Jawatankuasa Panitia Bahasa
Melayu bertindak mengatasi masalah 3M dengan menggembeleng semua ahli panitia bersama program
yang telah dipersetujui.
c. Sekolah mempamerkan hasil kerja dan pencapaian semasa individu atau pasukan kerja sekolah.
Langkah ini akan memberi maklumat, berkongsi maklumat dan bertindak mengikut maklumat. Individu atau
pasukan yang belum mencapai prestasi yang diharapkan akan
terus berusaha meningkatkan kewajipan mereka. Maklumat yang dipamerkan itu seperti prestasi ujian
bulanan, senarai murid cemerlang atau potensi cemerlang, rekod pencapaian atlit olahraga sekolah,
taburan murid ponteng mengikut kelas, lokasi dan sebagainya.
7.0Penutup
Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi memastikan mutu perkhidmatan
awam berada pada tahap yang cemerlang. Usaha ini bukan sahaja melibatkan penyediaan pelbagai
prasarana bahkan pengenalan pelbagai nilai dan etika perkhidmatan yang perlu dipatuhi dan disemai
dalam diri penjawat awam. Oleh yang demikian, Tonggak Dua Belas dilihat sebagai usaha murni bagi
meningkatkan produktiviti dan kualiti perkhidmatan anggota- anggota perkhidmatan awam. Penjawat awam
perlu menjadikan nilai-nilai yang dibincangkan dalam kertas kerja ini sebagai pegangan asas bagi
melahirkan budaya kerja yang gemilang dan memastikan tahap perkhidmatan awam di negara ini setanding
dengan perkhidmatan yang diberikan oleh kakitangan-kakitangan sektor lain. Sewajarnya tanggapan
masyarakat bahawa mutu perkhidmatan awam di negara ini yang masih lemah, tidak cekap dan sering
lewat dengan karenah birokrasi perlu diubah. Penjawat awam seharusnya memberikan usaha yang terbaik
dalam setiap pekhidmatan mereka dan bukan hanya sekadar “melepaskan batuk di tangga” kerana berasa
selesa dengan kedudukan mereka pada hari ini. Mereka tidak boleh lagi bersikap sambil lewa kerana
cabaran yang menanti pada abad ke dua puluh satu ini semakin mencabar
Hal ini juga tidak terkecuali bagi perkhidmatan pendidikan. Kecemerlangan yang dicapai oleh para
pelajar dalam semua bidang banyak bergantung kepada mutu perkhidmatan yang diberikan oleh guru-guru.
Pengetua selaku ketua pemimpin sewajarnya memastikan guru-guru sentiasa mempertingkatkan mutu
perkhidmatan dengan mempersiapkan diri dengan ilmu dan mempunyai nilai keperibadian yang tinggi bagi
memastikan wadah pendidikan yang sempurna kepada pelajar dapat dicapai. Hal ini bertepatan dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani.
Rujukan :
1. Akta Pendidikan Malaysia 1996.
2.Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam , (1991). INTAN
3.Tonggak Dua Belas, (1992). INTAN
4.Standard Kualiti Pendidikan Malaysia–Sekolah, (2003).
Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.
5.PKKP, (2002 ). Jabatan Pelajaran Pahang.
6.Hasan Langgulung,(1997). Asas-asas Pendidikan Islam.
KL:DBP
7.Ibrahim bin Mamat , (2001). Pengetua Sekolah
Menangani Isu dan Cabaran Kepimpinan. KL: Kumpulan
Budiman Sdn . Bhd.
Ciri-Ciri Guru CemerlangProfesion perguruan bukanlah satu profesion yang statik dan tidak menjanjikan peluang kenaikan pangkat yang menarik. Kementerian Pelajaran Malaysia mengadakan pelbagai insentif untuk membantu meningkatkan profesionalisme perguruan melalui pelaksanaan Guru Cemerlang contohnya. Sebagai seorang guru, kita seharusnya mempunyai kualiti yang khusus dan konsisten supaya dipandang mulai oleh masyarakat. Profil guru cemerlang atau ciri-ciri guru yang cemerlang dibahagikan kepada dua aspek utama iaitu:
1. Ciri-ciri personaliti seperti: menepati masa, berupaya mewujudkan suasana kecindan atau humorous (jenaka) dan tegas.
2. Aspek kemahiran pedagogi seperti: komunikasi berkesan (bahasa yang mudah dan lancar, pergerakan badan dan mimik muka yang sesuai, intonasi yang menarik dan lantang); kreativiti dan keupayaan menyelesaikan masalah secara spontan.Terdapat lima (5) aspek kecemerlangan yang dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menurut seorang penyelidik iaitu Md. Nasir Masran (2000) dalam kertas prosiding bertajuk Guru Cemerlang: Personaliti dan Kemahiran (Prosiding seminar kebangsaan penyelidikan dan pembangunan dalam pendidikan 2000. 3 – 4 Oktober 2000, Bahagian Pendidikan Guru, KPM, ms. 173 – 178): 1. Kecemerlangan PeribadiKecemerlangan peribadi yang dimaksudkan ialah meliputi perkara berikut:
Nilai kendiri yang positif Berakhlak mulia Adil Bertimbang rasa Amanah Bertanggung jawab Kreatif Inovatif Kemas Sikap sedia berkongsi Bersikap terbuka Berpemikiran positif
2. Kecemerlangan Pengetahuan dan Kemahiran Berikut adalah perkara yang berkaitan dengan kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran:
Mengamalkan budaya ilmu Berkebolehan menyelesaikan masalah Membuat keputusan yang rasional serta objektif Sebagai pakar rujuk bidang masing-masing
3. Kecemerlangan Komunikasi Komunikasi adalah suatu bidang yang amat perlu dikuasai oleh warga guru sebagai suatu senjata utama dalam melaksanakan tugas menyebarkan ilmu dan kemahiran kepada murid-murid. Berikut adalah perkara yang perlu dikuasai oleh seseorang guru cemerlang berkaitan dengan komunikasi:
Kecekapan berinteraksi dan menyampaikan idea dan mesej secara berkesan. Memula dan merintis sesuatu usaha sehingga berjaya. Berkeupayaan memelihara hubungan mesra. Menghormati semua ahli masyarakat sekolah atau institusi pendidikan.
4. Kecemerlangan Potensi Keberkesanan sumbangan terhadap kejayaan sekolah atau institusi pendidikan dalam
aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Penglibatan yang bermakna dalam aktiviti-aktiviti ilmu seperti kursus-kursus profesional,
seminar, bengkel.
Sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran melalui akademik dan penyelidikan.5. Personaliti Unggul Personaliti ialah perwatakan dan tingkahlaku. Personaliti ialah satu daripada pembolehubah yang boleh memudahkan atau menyulitkan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru cemerlang perlu mempunyai ciri-ciri personaliti unggul seperti berikut:
Adil Sabar Tegas Konsep kendiri positif Kesungguhan Mesra Prihatin Kerjasama Menepati masa Bertanggung jawab Berakhlak mulia Kecindan (unsur jenaka)
Menurut penyelidik ini (Md. Nasir Masran, 2000) hanya memiliki tiga (3) sahaja ciri-ciri di atas iaitu tegas, menepati masa dan kecindan dimiliki oleh semua guru cemerlang yang ada di negara kita masa kini.
Ciri Ciri-ciri Guru Cemerlang
Ciri-ciri guru cemerlang dari segi kualiti adalah seperti berikut:
- Peribadi: Guru cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji,
berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika
perkhidmatan awam serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar yang
dapat menjadi role model kepada para pendidik.
- Pengetahuan dan kemahiran: Guru Cemerlang ialah guru yang menguasai
dan menghayati kandungan mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan
kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak
mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu
mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta
menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran
dalam bidang-bidang teknologi maklumat dan komunikasi.
- Hasil kerja: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya meningkatkan hasil
pembelajaran (learning outcome) dan membangunkan potensi pelajar selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menerusi peningkatan minat dan
penglibatan pelajar, melalui pelbagai pendekatan menerusi kebolehan dan
keupayaan dalam membimbing pelajar di dalam dan di luar waktu pengajaran,
menerusi kekerapan pemberian kerja bertulis atau tugasan dan menerusi
penguasaan dan penggunaan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran.
- Komunikasi: Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki kemahiran
komunikasi yang tinggi secara ‘inter’ dan intra-personal’, serta berkemampuan
menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai bentuk
kemunikasi.
- Potensi : Guru Cemerlang adalah guru yang berwawasan, perintis sesuatu
usaha, sentiasa merancang, mengelola dan melaksanakan program-program
pendidikan, mampu membuat analisis dan mengambil tindakan terhadapnya,
sentiasa belajar untuk meningkatkan kerjaya, sentiasa terlibat dan
menyumbang dalam kursus, seminar dan bengkel, menjalankan penyelididkan
dan menghasilkan penulisan ilmiah serta sentiasa menyumbangkan tenaga
dan kepakaran ke arah keupayaan sekolah.
- Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara: Guru Cemerlang ialah
guru yang berupaya menjana idea baru dan berkongsi idea tersebut bagi
meningkatkan mutu pendidikan negara serta berupaya memberi buah fikiran
yang boleh membantu peningkatan kualiti pengajaran di institusi -ciri
Guru Cemerlang
Ciri-ciri guru cemerlang dari segi kualiti adalah seperti berikut:
- Peribadi: Guru cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji,
berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika
perkhidmatan awam serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar yang
dapat menjadi role model kepada para pendidik.
- Pengetahuan dan kemahiran: Guru Cemerlang ialah guru yang menguasai
dan menghayati kandungan mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan
kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak
mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu
mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta
menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran
dalam bidang-bidang teknologi maklumat dan komunikasi.
- Hasil kerja: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya meningkatkan hasil
pembelajaran (learning outcome) dan membangunkan potensi pelajar selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menerusi peningkatan minat dan
penglibatan pelajar, melalui pelbagai pendekatan menerusi kebolehan dan
keupayaan dalam membimbing pelajar di dalam dan di luar waktu pengajaran,
menerusi kekerapan pemberian kerja bertulis atau tugasan dan menerusi
penguasaan dan penggunaan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran.
- Komunikasi: Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki kemahiran
komunikasi yang tinggi secara ‘inter’ dan intra-personal’, serta berkemampuan
menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai bentuk
kemunikasi.
- Potensi : Guru Cemerlang adalah guru yang berwawasan, perintis sesuatu
usaha, sentiasa merancang, mengelola dan melaksanakan program-program
pendidikan, mampu membuat analisis dan mengambil tindakan terhadapnya,
sentiasa belajar untuk meningkatkan kerjaya, sentiasa terlibat dan
menyumbang dalam kursus, seminar dan bengkel, menjalankan penyelididkan
dan menghasilkan penulisan ilmiah serta sentiasa menyumbangkan tenaga
dan kepakaran ke arah keupayaan sekolah.
- Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara: Guru Cemerlang ialah
guru yang berupaya menjana idea baru dan berkongsi idea tersebut bagi
meningkatkan mutu pendidikan negara serta berupaya memberi buah fikiran
yang boleh membantu peningkatan kualiti pengajaran di institusi
CIRI-CIRI PROFESIONALISME KEGURUAN
1. Pengetahuan Atau Kemahiran Yang Diperolehi Melalui Pembelajaran Teori Dan Latihan Amali
Dalam Sesuatu Tempoh Masa Yang Panjang.
Sebelum seseorang itu menjadi guru, dia perlu menerima latihan dalam perguruan untuk menjadi
seorang guru yang bertauliah. Umpamanya, seorang guru mesti mempunyai Sijil Perguruan atau
Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebelum dia boleh mengajar di sekolah
kerajaan. Walaubagaimanapun, samada seseorang guru itu menerima latihan perguruan atau tidak,
dia mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya.
Guru juga mesti mengetahuai keadah atau cara penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-
murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya.
Di samping itu, guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi
oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan
sentiasa bersifat tenang. Kebanyakan kualiti kecerdasan dan sahsiah guru adalah hasil daripada
latihan yang membolehkan seseorang guru menguruskan pengajarannya dengan berkesan. Latihan
itu termasuklah kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psiklogi kanak-kanak serta teori
penyampaian pelajaran.
Selain tugas dalam bilik darjah, guru juga mempunyai peranan-peranan lain yang diharapkan oleh
masyarakat. Misalnya guru diharapkan menjadi pengganti ibubapa, menjadi penasihat dan
pembimbing di dalam pembentukkan sahsiah murid, menjadi kaunselor kepada murid-murid, menjadi
pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang elok dan seterusnya menjadi contoh sahsiah yang
baik kepada masyarakat.
2. Mempertingkatkan Profesionalisme.
Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini perlu menyedari bahawa tugas dan
amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan menerajuai negara ini. Oleh itu
kemahiran dan pengetahuan mengenai method-method pendidikan harus diperkemaskan dari semasa
ke semasa. Untuk mendepani cabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan kurikulum
berkenaan, guru hendaklah berusaha melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik.
Sehubungan dengan kehendak tersebut guru harus mengikuti kursus-kursus pendidikan yang
dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan
Daerah. Contohnya para guru boleh mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan ataupun Kursus
Peningkatan Profesionalisme Keguruan.
Kursus-kursus pendidikan yang dihadiri penting bagi seseorang guru untuk mempertingkatkan
keupayaan dan prestasi dalam profesion pendidikan yang kian mencabar dan kompleks ini.
Memandangkan keperluan pendidikan untuk menyokong usaha-usaha kerajaan, maka profesion
keguruan diharapakan dapat membuat anjakan paradigma kepada budaya yang berasaskan ilmu dan
pemikiran( Rohani Abdul Hamid,1998).
3. Berupaya Membuat Keputusan dan Menyelesaikan Masalah Serta Berfikiran Kritis dan Kreatif .
Profesion keguruan sememangnya bidang kerjaya yang bukan sahaja mengajar atau mendidik anak
bangsa, malah lebih daripada itu. Individu yang terlibat dalam profesion keguruan sebenarnya akan
terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan
sebagainya. Sebagai pentadbir ataupun pengurus, guru harus boleh membuat sesuatu keputusan
dalam melaksanakan sesuatu tindakan dan menilai semula hasil sesuatu perkara yang dijalankan.
Perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan juga memerlukan guru untuk menguasai
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Pendekatan ini bukan sahaja perlu digunakan oleh guru
dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah,tetapi jika perlu keadah berfikir secara kritis
dan kreatif boleh diaplikasikan dalam pentadbiran,mengurus ataupun dalam perancangan sesuatu
program.
4. Mahir Menggunakan IT.
Bidang pendidikan sentiasa berkembang dan mengalami perubahan mengikut tuntutan zaman,
perkembangan pesat percantuman teknologi-teknologi telekomunikasi dan internet serta globalisasi
dunia telah banyak membawa banyak cabaran kepada kita. Kita tidak dapat menyangkal betapa
cepatnya IT merubah dunia pembelajaran umpamanya muncul pembelajaran melalui ‘online’.
Para guru pada hari ini telah bersikap produktif, proaktif dan responsive terhadap perkembangan
kecanggihan teknologi yang telah banyak mengajar anak bangsa kita supaya menjadi satu bangsa
yang maju. Ilmu dan kemahiran dalam teknologi info-komunikasi yang dikuasai guru dapat digunakan
sebagai pemankin kearah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti.
Sebagai pemangkin, guru menggunakan teknologi info-komunikasi bukan hanya untuk
menyampaikan ilmu di dunia semata-mata tetapi juga untuk meraih kepentingan ilmu akhirat kerana
pendidikan berkualiti hanya akan dapat dicapai melalui keseimbangan dalam kedua-dua ilmu
tersebut. Hasrat Malaysia untuk menjadi negara maju pada tahun 2020, menyebabkan pembangunan
negara bergerak dengan rancak. Pelbagai usaha dijalankan oleh kerajaan untuk membangunkan
teknologi maklumat seperti koridor raya multimedia [multimedia super corridor (MSC)] yang menjadi
pusat telekomunikasi dan penyiaran serantau dan antarabangsa.
Hal yang sama juga berlaku dalam kurikulum pendidikan di negara ini, komputer telah dijadikan
sebagai satu kurikulum di sekolah. Penubuhan sekolah bestari yang berteraskan penggunaan
komputer merupakan salah satu bentuk kurikulum yang memerlukan profesion keguruan tahu dan
menguasai teknologi maklumat.
Dalam era teknologi maklumat seperti sekarang, kita berhadapan dengan pelbagai peralatan
elektronik dalam kehidupan harian, malah kemudahan teknologi telah menjadi satu cara hidup seperti
penggunaan pengangkutan berasaskan teknologi (LRT), perkhidmatan bank ( kad ATM),
telekomunikasi (telefon bimbit), hiburan ( Video, VCD) dan lain-lain.
Jadi rakyat negara ini harus dapat menangani kehidupan di era teknologi maklumat sehingga
teknologi itu menjadi sebahagian daripada amalan biasa tanpa disedari. Oleh itu, profesion keguruan
harus memperlengkapkan diri secara global dalam perkembangan penggunaan teknologi maklumat
dalam kurikulum di sekolah.
5. Berpengetahuan dan Berdaya Fikir Serta Berakhlak.
Seseorang guru dalam profesion keguruan ini perlu serba tahu. Guru diharapakan dapat mambawa
isu-isu semasa untuk perbincangan dan mencari penyelesaiannya bersama-sama pelajar di dalam
kelas. Contohnya, di Malaysia kadar kemalangan jalan raya adalah tinggi, pendidikan memandu
kereta adalah satu perkara yang dipandang serius oleh kerajaan pada masa ini. Keselamatan di jalan
raya dan cara-cara memandu yang selamat dan bertimbang rasa boleh dibincangkan di dalam kelas
untuk menyedarkan pelajar tentang keperluan memperbaiki situasi yang terdapat sekarang, dengan
harapan mereka tidak akan berkelakuan sedemikian apabila mereka menjadi pemandu kelak.
Melalui pembacaan guru dapat menambah ilmu pengatahuan mengenai isu-isu semasa, sama ada
yang berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti, jenayah seperti peras ugut, pecah rumah,
penculikan dan seumpamanya manakala ekonomi seperti urusan perniagaan, jual-beli saham,
hartanah dan sebagainya. Politik seperti dalam hubungan negara di peringkat antarabangsa dan juga
pergolakan politik sesebuah negara. Dalam hal seperti ini, guru diharapkan dapat menggunakan
kebijaksanaan dan inisiatif sendiri dalam menggunakan isu-isu semasa untuk dikaji dan dibincangkan
dengan pelajar.Dalam perubahan-perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion
keguruan juga perlu menyediakan diri dengan amalan nilai dan akhlak yang terpuji.
Dalam kurikulum pendidikan peringkat rendah dan menengah telah ditegaskan nilai-nilai murni perlu
diterapkan dalam pengajaran. Pelaksanaan penerapan nilai penting untuk menyediakan para pelajar
menjadi warga yang berguna kepada negara pada masa hadapan. Hal yang sama juga perlu dihayati
oleh guru. Enam belas nilai murni yang disarankan dalam kurikulum pendidikan perlu dimiliki oleh guru
terlebih dahulu.
1.0 Kronologi Perkhidmatan Guru
Nama : Zumardi bin Zainal Abidin
Tarikh Lahir : 18 Oktober 1973
Tempat lahir : Kodiang Kedah
Pendidikan awal : SK Siputeh ( 1980- 1985)
a) Penilaian
b) SRP 1986-1988
c) SPM 1989-1990
d) STPM 1991-1992
Ikhtisas di Maktab Pesersekutuan Pulau Pinang 1996-1998
U.S.M Bachelor of economic 2000-2004
U.U.M master of economic 2000 hingga kini
Status : Berkahwin ( Anita bt Abd Rani) 3 orang anak
Pengalaman mengajar : 1) SK R.P.S Dala Gerik 17 Januari 2000 ( DG
29)
2) sk. Sungai Kob ogos 2008 ( DG 44)
3) sk. Bukit Tinggi Januari 2009 hingga kini
( DG44)
Anugerah dan pencapaian : Anugerah perkhidmatan cemerlang 2006
Opsyen : Sains dan Pendidikan Jasmani sera matematik
Peranan : 1) Warden asrama 2006 -2007
2) Guru makmal komputer 2002 - 2007
3) Guru panitia 2002 - 2007
4) Guru data 2009 hingga kini
5) AJK Pembinaan item daerah 2010 hingga kini
6) Hakim – pertandingan Eureka 2012 HINGGA SEKARANG
Prinsip hidup “ Orang yang takut tidak layak untuk hidup”
2.0 Asas kepimpinan, jenis-jenis kepimpinan guru
3.0 Kepimpinan di sekolah dan cabaran kepimpinan
4.0 Akauntabiliti yang dipegang, peranan guru tersebut