Post on 30-Dec-2015
description
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH
DAN SEKOLAH KECEMERLANGANKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
DASAR, SYARAT DAN KRITERIA PENGAMBILAN MURID TINGKATAN SATU
SEKOLAH BERASRAMA PENUHTAHUN 2012
Latar Belakang Pengambilan dan Penempatan Murid Tingkatan 1 Tahun 2011
Bilangan calon memperoleh 5A : 48, 327
Bilangan permohonan : 86,506
Bilangan penawaran tempat di 60 buah SBP:
Tiga buah SBP baharu untuk 2011:
i. SM Sains Setiu, Terengganu
ii. SM Sains Sembrong, Johor
iii. SM Sains Banting, Selangor
Lelaki Perempuan
Jumlah
3,688 3,232 6,920
Dasar Pemilihan dan Penempatan Murid Tingkatan 1 Tahun 2012
Dasar autonomi pemilihan 20% murid oleh Pengetua SBP untuk ditempatkan di sekolah masing-masing mengikut kebitaraan masih diteruskan.
Proses pengambilan murid untuk 80% tempat lagi dilaksanakan oleh BPSBPSK dengan menggunakan Sistem Pemilihan dan Penempatan Murid SBP (SST1).
Sebanyak 70% tempat diperuntukkan kepada murid-murid sekolah pedalaman serta luar bandar dan 30% untuk murid-murid sekolah bandar (nisbah 70 : 30).
Status “Murid Projek Khas”:
diberi kepada murid-murid dari keluarga miskin yang berpendapatan isi rumah kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2007.
murid diperuntukan tempat di mana-mana SBP.
Dasar ‘1 Murid 1 Sukan’:
murid-murid cemerlang yang sekurang-kurangnya mewakili daerah ke peringkat negeri dalam sesuatu acara sukan atau permainan akan dipertimbangkan tempat di SBP .
Dasar Pemilihan dan Penempatan Murid Tingkatan 1 Tahun 2012
Peruntukan tempat khas untuk Alumni:
hanya untuk tujuh SBP sahaja,
MCKK, TKC, STAR, SDAR, SSAS, SSP, STF.
Penempatan murid Bukan Bumiputera:
peruntukan sebanyak 10% berdasarkan merit ,
ditempatkan di Sekolah Menengah Sains (kecuali Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar Mersing) mengikut sempadan negeri yang SBP tersebut berada.
Dasar Pemilihan dan Penempatan Murid Tingkatan 1 Tahun 2012
Anak Orang Asli dan kaum Pribumi:
murid-murid yang layak diberi keutamaan untuk ditempatkan di SBP.
Program Integrasi Nasional:
peruntukan tempat di SBP terpilih di Semenanjung diberikan kepada murid tajaan Yayasan Sabah dan Yayasan Sarawak.
Obligasi kerajaan untuk kakitangan kerajaan yang berkhidmat di luar negara:
peruntukan tempat di SBP diberikan kepada anak-anak mereka yang layak.
Dasar Pemilihan dan Penempatan Murid Tingkatan 1 Tahun 2012
Syarat Pemilihan ke Sekolah Berasrama Penuh
1. Kewarganegaraan:
Murid mestilah warganegara Malaysia.
2. Jenis Sekolah:
Murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) sahaja.
3. Syarat Kelayakan Akademik:
Murid mencapai 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011.
Walau bagaimanapun, syarat akademik berikut masih dipertimbangkan:
a. Murid dari sekolah pedalaman sekolah kurang murid (under enrolled) dan keluarga berpendapatan rendah yang mendapat keputusan 4A dan 1B (Matematik dan Sains mesti mendapat gred A),
b. Murid sekolah luar bandar atau pedalaman (termasuk sekolah di pulau-pulau) dari Sabah, Sarawak dan WP Labuan yang mendapat keputusan 3A dan 2B (Matematik ATAU Sains mesti mendapat gred A) ke SBP di Sabah, Sarawak atau WP Labuan.
Syarat Pemilihan ke Sekolah Berasrama Penuh
c. Murid yang dikategorikan telah mencapai peringkat negeri atau antarabangsa dalam sesuatu jenis sukan atau permainan yang mendapat keputusan 4A dan 1B
4. Murid aktif dalam kegiatan kokurikulum
Syarat Pemilihan ke Sekolah Berasrama Penuh
1. Murid/Pemohon membuat permohonan secara online melalui laman web KPM http://www.moe.gov.my ;
2. Murid/Pemohon mencetak dua salinan maklumat permohonan; •salinan pertama dihantar kepada Guru Besar sekolah asal,•salinan kedua dihantar terus kepada Pengetua SBP pilihan pemohon
1 Sept – 15 Okt 2011
Prosedur Permohonan dan Pemilihan Murid ke Tingkatan Satu SBP Tahun 2012
Prosedur Permohonan dan Pemilihan Murid ke Tingkatan Satu SBP Tahun 2012
3. Guru Besar mengesahkan maklumat pemohon dan menghantar senarai sepadu kepada PPD (salinan pertama simpan di sekolah)
16 – 18 Okt 2011
4. Pegawai di JPN / PPD menerima senarai sepadu dan melaksanakan proses pengesahan maklumat secara online
18 – 31 Okt 2011
Prosedur Permohonan dan Pemilihan Murid ke Tingkatan Satu SBP Tahun 2012
5. Penyerahan senarai pemohon yang memenuhi syarat pemilihan kepada Pengetua SBP pilihan pemohon. Senarai disampaikan BPSBPSK melalui Sistem Pemantauan Pendaftaran SBP (S3P).
15 –18 Nov 2011
19 Nov – 29 Nov 2011
6. Proses pemilihan 20% murid SBP oleh Pengetua mengikut kebitaraan SBP masing-masing.
Prosedur Permohonan dan Pemilihan Murid ke Tingkatan Satu SBP Tahun 2012
7. Proses pemilihan dan penempatan murid untuk 80% tempat Tingkatan Satu oleh BPSBPSK.
Disember 2011
Disember 20118. Pengumuman keputusan pemilihan dan
penempatan murid secara online melalui laman web KPM http://www.moe.gov.my
Prosedur Permohonan dan Pemilihan Murid ke Tingkatan Satu SBP Tahun 2012
9. Rayuan permohonan ke SBP secara online (e-rayuan) oleh pemohon yang tidak berjaya.
14 Dis 2011 – 10 Januari 2012
4 Januari 2012 10. Pendaftaran murid Ambilan Pertama di SBP ditawarkan.
Keputusan Pemilihan dan Penempatan
Keputusan pemilihan dan penempatan murid ke SBP selewat-lewatnya 30 hari selepas keputusan UPSR diumumkan
Semakan keputusan tersebut boleh dibuat melalui ketetapan berikut:
Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia http://www.moe.gov.my
Kaunter BPSBPSK
Talian hotline BPSBPSK
Kaunter JPN / PPD yang berhampiran
Pakej Mata Pelajaran T1 Mengikut Aliran
Aliran Mata Pelajaran DitawarkanBilangan
Mata Pelajaran
SBP
Sains
Bahasa Melayu, English , Mathematics, Science, Sejarah, Pendidikan Islam /Moral, Geografi, Kemahiran Hidup, Bahasa Antarabangsa ( Arab / Jepun / Peranchis / Jerman / Mandarin )
9
Premier (8)
SMS (41)
AgamaBahasa Melayu, English , Mathematics, Science, Sejarah, Pendidikan Islam /Moral, Geografi, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Bahasa Antarabangsa (Jepun / Peranchis / Jerman / Mandarin )
10
SMAP (2)
SBPI termasuk SMSSIM
(12)
Syarat Penawaran ke SBP
Tawaran yang diberikan adalah tertakluk kepada syarat-syarat tawaran seperti yang dinyatakan dalam Buku Tawaran Kemasukan Murid ke Tingkatan Satu (1) SBP
Tawaran kepada murid-murid yang berjaya adalah muktamad. Walau bagaimanapun BPSBPSK berhak membuat pindaan atau membatalkan tawaran berdasarkan sebab-sebab yang munasabah
Sebarang permohonan bertukar SBP dan aliran yang ditawarkan tidak akan dipertimbangkan
Tawaran kepada murid yang berjaya akan terbatal sekiranya murid tidak mendaftar dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh pendaftaran