Post on 01-Jun-2015
TINGKATAN 3 : BAB 7
MALAYSIA YANG BERDAULAT ROSLAILAWATI IBRAHIM
Objektif Pembelajaran
Pada akhir bab, murid akan dapat: Menjelaskan konsep gagasan Persekutuan Malaysia Menyenaraikan idea pembentukan Persekutuan Malaysia Menyatakan sebab pembentukan Persekutuan Malaysia Menerangkan langkah ke arah pembentukan Persekutuan
Malaysia Menceritakan reaksi terhadap penubuhan Persekutuan
Malaysia Menghuraikan kegigihan kerajaan dan rakyat menghadapi
konfrontasi Menjelaskan sikap toleransi semasa penggubalan
Perlembagaan Malaysia Membincangkan kewajaran pemisahan Singapura daripada
Malaysia
7.1 Gagasan Persekutuan Malaysia
Idea pembentukan Persekutuan Malaysia
Selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, misi Tunku Abdul Rahman ialah membebaskan Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei daripada penjajahan British
Oleh itu, Tunku mencadangkan Gagasan Persekutuan Malaysia yang menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu dengan negeri-negeri berkenaan
Hasrat Tunku tercapai apabila Persekutuan Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963
Kejayaan pembentukan Persekutuan Malaysia melalui kaedah diplomasi mengagumkan pemimpin-pemimpin lain di dunia
Cadangan Tunku Abdul Rahman
Idea gagasan Persekutuan Malaysia dicadangkan pada 27 Mei 1961 semasa majlis makan tengah hari Persatuan Wartawan-wartawan Luar Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura.
Ucapan TAR dianggap sebagai idea penubuhan Persekutuan Malaysia. Idea ini mendapat sambutan positif daripada pemimpin-pemimpin wilayah yang terlibat
Oleh itu, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) telah ditubuhkan pada bulan Julai 1961.
JPPM berperanan mengadakan rundingan dengan pemimpin wilayah-wilayah terlibat sebagai langkah awal merealisasikan gagasan Persekutuan Malaysia
TAR membawa usul gagasan Persekutuan Malaysia di Dewan Rakyat
H
7.2 Reaksi Pembentukan Persekutuan Malaysia
Negeri-negeri terlibat
Persekutuan Tanah Melayu Singapura Sabah Sarawak Brunei
Negara-negara jiran
IndonesiaFilipina
Negara-negara Barat
Britain dan Amerika Syarikat sokong gagasan Persekutuan Malaysia kerana dapat percepatkan proses kemerdekaan Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei
dan, menyekat pengaruh komunis di wilayah-wilayah tersebut
Persekutuan Tanah Melayu
Sambutan menggalakkan dari parti-parti politik Umumnya, penduduk Tanah Melayu terima prinsip
gagasan Persekutuan Malaysia Contohnya,Parti Islam se-Malaya (PAS) sokong idea
itu tetapi turut cadangkan pembentukan Melayu Raya yang merangkumi Indonesia
Singapura Parti Tindakan Rakyat (PETIR) pimpinan Lee Kuan Yew alu-alukan
gagasan Persekutuan Malaysia Harapan Lee Kuan Yew, gagasan ini dapat selamatkan PETIR dari
dikuasai parti-parti berhaluan kiri Barisan Sosialis dan Parti Rakyat Singapura pula beranggapan
gagasan Persekutuan Malaysia sebagai satu rancangan Britain untuk kekalkan pengaruh.
Kerajaan Singapura adakan referendum untuk tinjau pendapat penduduk tentang gagasan Persekutuan Malaysia
Hasil referendum: SETUJU bergabung dalam gagasan Persekutuan Malaysia
Sabah
Beberapa parti politik baru ditubuhkan bagi menyalurkan pendirian tentang gagasan
Kesemua parti bergabung membentuk Perikatan Sabah pimpinan (Donald Stephens &Tun Datu Mustapha bin Datu Harun)
Kemenangan Perikatan Sabah dalam pilihan raya Majlis Daerah yang pertama pada 1962 membuktikan kesepakatan rakyat Sabah untuk sertai Persekutuan Malaysia
Sarawak
Semua parti politik sokong untuk sertai Persekutuan Malaysia kecuali (SUPP)
Parti-parti tersebut bergabung membentuk Perikatan Sarawak untuk hadapi Pilihan Raya Majlis Daerah pertama pada tahun 1963.
Perikatan Sarawak MENANG.
Brunei Idea gagasan disokong oleh Sultan Omar Ali Saifuddin Parti Rakyat Brunei (PRB) pimpinan A.M.Azahari menentang kerana
menyatakan Brunei akan jadi tanah jajahan jika sertai Persekutuan Malaysia A.M.Azahari cadangkan penubuhan Kalimantan Utara yang terdiri daripada
Brunei, Sarawak dan Sabah PRB lancar pemberontakan bila usul menentang gagasan Persekutuan
Malaysia yang mereka kemukakan di Majlis Undangan Negeri Brunei ditolak Rundingan berterusan sehingga saat-saat akhir pembentukan Persekutuan
Malaysia Perkara yang berkaitan hasil minyak dan kekananan sultan Brunei dalam
pelantikan sebagai Yang di-Pertuan Agong juga tidak mendapat kata sepakat Julai 1963, Brunei tarik diri dari sertai Persekutuan Malaysia
Indonesia
Pada peringkat awal sokong Pendirian berubah kerana terpengaruh dengan
dakyah Parti Komunis Indonesia (PKI) yang menuduh gagasan sebagai neokolonialisme
PKI tergugat dengan gagasan Persekutuan Malaysia yang akan sekat pengaruhnya
Persekutuan Malaysia juga bertentangan dengan hasrat Presiden Soekarno untuk satukan Indonesia dan Tanah Melayu bagi membentuk Indonesia Raya
Filipina
MENENTANG kerana mendakwa Sabah adalah sebahagian daripada wilayah Kesultanan Sulu
British menolak tuntutan ini kerana tidak berasas Laporan Suruhanjaya Cobbold dan Suruhanjaya
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengesahkan rakyat Sabah SETUJU sertai Persekutuan Malaysia
7.3 Perjanjian dan Perisytiharan Persekutuan Malaysia
Langkah ke arah pembentukan Persekutuan Malaysia 27 Mei 1961:Cadangan gagasan
Persekutuan Malaysia oleh TAR Julai 1961: Jawatankuasa Perundingan
Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan Feb – Apr 1962: Suruhanjaya Cobbold Ogos 1962: Jawatankuasa antara Kerajaan
(JAK) Sept 1962: Referendum Singapura Ogos 1963: Suruhanjaya PBB
Pengisytiharan Persekutuan Malaysia
Perlembagaan Persekutuan Malaysia digubal berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan hasil memorandum drpd rakyat Sarawak dan Sabah
Rakyat Sabah kemukakan Tuntutan 20 Perkara Hampir semua tuntutan itu diberikan pertimbangan sewajarnya Ini menunjukkan semangat toleransi yang tinggi & keikhlasan kerajaan
Tanah Melayu dlm merealisasikan gagasan Persekutuan Malaysia 9 Julai 1963, Perjanjian Persekutuan Malaysia ditandatangani di
Malborough House, London Isi perjanjian dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan
Malaysia Perjanjian ini bermakna gagasan Persekutuan Malaysia telah menjadi
kenyataan.
(sambungan)
16 Sept 1963, TAR sebagai Perdana Menteri Malaysia membacakan Deklarasi Penubuhan Persekutuan Malaysia di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
Selesai bacaan deklarasi, 101 das tembakan meriam serta teriakan MERDEKA sebanyak tujuh kali dilaungkan penuh semangat
Maka, lahirlah sebuah negara MALAYSIA yang berdaulat. Pada masa yang sama Sarawak, Sabah dan Singapura sama-sama
capai kemerdekaan. MALAYSIA akan terus melangkah ke hadapan mendukung slogan
"Bersekutu Bertambah Mutu" spt. Yang tertera pada jata negara.
Konfrontasi dan perdamaian Indonesia dan Filipina enggan iktiraf Malaysia malah
memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia Indonesia yang lebih agresif berbanding Filipina,telah
melancarkan konfrontasi. Tentera Indonesia menceroboh beberapa kawasan di
Semenanjung, Sarawak dan Sabah Konfrontasi semakin tegang tetapi pemimpin kedua-dua negara
tetap usahakan perdamaian. Konfrontasi semakin kendur selepas peristiwa Gestapo 30
September. Perjanjian Pemulihan Hubungan antara Malaysia dengan
Indonesia dimeterai pada Ogos 1966 menamatkan konfrontasi.
Langkah-langkah perdamaian:
1. Rundingan
2. Bantahan rasmi Malaysia kepada PBB
3. Kerajaan Malaysia susun semula Pasukan Pertahanan Tempatan (PPT) atau dikenali sebagai Askar Wataniah
4. Dapatkan sokongan negara-negara Komanwel untuk dapatkan bantuan ketenteraan
5. Rakyat Malaysia bersatu hadapi konfrontasi
Rundingan Tidak Rasmi di Tokyo (Mei 1963)
Rundingan antara Tunku Abdul rahman dengan Presiden Sukarno hasilkan persetujuan untuk bawa isu konfrontasi ke sidang kemuncak di Manila
Sidang Kemuncak di Manila (30 Julai – 5 Ogos 1963) MAPHILINDO (Malaysia, Filipina dan
Indonesia) ditubuhkan untuk tingkatkan hubungan persahabatan negara anggota
Sidang menuntut wakil Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu tinjau semula pendapat rakyat Sarawak dan Sabah untuk sertai Persekutuan Malaysia
Persidangan di Bangkok (Februari 1964)
Malaysia diwakili Tun Abdul Razak Indonesia diwakili Dr. Subandrio Kata sepakat berkenaan gencatan senjata
gagal dicapai
Persidangan di Tokyo(Jun 1964)
Persidangan ini gagal Indonesia enggan undurkan tentera Indonesia tuduh Malaysia membelakangkan
keputusan Sidang Kemuncak Manila
Pemisahan Singapura Penyertaan Singapura dalam Persekutuan Malaysia timbulkan
banyak masalah Singapura bangkitkan isu sensitif dan meretakkan hubungan baik
dengan kerajaan pusat Singapura dianggap duri dalam daging kepada Malaysia Atas pertimbangan ini, Malaysia menyingkirkan Singapura PETIR dan pemimpinnya mempertikaikan peruntukan dalam
Perlembagaan Malaysia Lee Kuan Yew juga berhasrat ambil alih peranan parti MCA Pengisytiharan Pemisahan Singapura dari Malaysia dibuat di
parlimen pada 9 Ogos 1965
Faktor pemisahan Singapura dari Malaysia:
1. Masalah ekonomi
2. Konsep Malaysian Malaysia
3. Pertikaian Parti Perikatan – PETIR
4. Rusuhan kaum
Masalah ekonomi:
1. Singapura menuntut agar statusnya sebagai pusat perindustrian, perdagangan dan pelabuhan bebas tidak disaingi oleh kerajaan pusat
2. Singapura menuntut keistimewaan cukai daripada kerajaan pusat
Konsep Malaysian Malaysia:
1. Singapura menuntut hak sama rata untuk semua rakyat tanpa mengira kaum
2. Singapura menafikan institusi raja dan menentang hak istimewa orang Melayu dan bumiputera
Pertikaian Parti Perikatan - PETIR:
1. PETIR menuduh MCA tidak mewakili kepentingan kaum Cina
2. PETIR bertanding menentang parti Perikatan dalam pilihan raya pada tahun 1964 di Semenanjung Malaysia
Rusuhan kaum:
1. Banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin PETIR membangkitkan sentimen perkauman
2. Rusuhan kaum yang berlaku di Singapura menggugat keselamatan negara
SEKIAN…