Post on 12-Jun-2015
BAB 1 : PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG FIRMA
1.1 Pengenalan
Selamat sejahtera kepada semua pembaca yang berminat untuk membaca
buku laporan latihan industri saya, terutamanya sekali kepada para pensyarah yang
akan memeriksa dan menilai buku laporan ini.
Latihan industri adalah merupakan salah satu daripada syarat yang
diwajibkan kepada setiap pelajar politeknik seluruh Malaysia sebelum dianugerahkan
Sijil ataupun Diploma. Maka dengan itulah, bagi setiap pelajar yang telah lulus
dalam semester dua bagi peringkat Sijil dan semester tiga bagi peringkat Diploma
akan di hantar untuk menjalani Latihan Industri. Para pelatih yang ditempatkan
samada di jabatan kerajaan mahupun di syarikat swasta akan terdedah dengan
suasana alam pekerjaan yang sebenar serta berbeza dari suasana di Politeknik.
Seringkali pelajar-pelajar akan berhadapan dengan pelbagai cabaran dan masalah
yang belum pernah ditempuhi. Pada kali ini, para pelatih akan menjalani Latihan
Industri dari 12 Januari 2009 hingga 12 Jun 2009.
1
1.2 Objektif Latihan Industri
Latihan Industri adalah merupakan satu syarat yang wajib bagi setiap
pelajar dalam pembelajaran di POLITEKNIK MUKAH SARAWAK bagi
memperolehi Sijil atau Diploma.
Objektif Latihan Industri adalah seperti berikut :-
i. Untuk mendedahkan para pelajar kepada alam pekerjaan yang
sebenar dan meluaskan kemahiran teknikal.
ii. Untuk menanamkan sifat amanah, tanggungjawab, semangat kerja
berpasukan dan perhubungan yang baik sesama pekerja.
iii. Untuk mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan di dalam
industri.
iv. Mendorong minat pelajar untuk menjalankan perniagaan sendiri
dimasa hadapan.
v. Membolehkan para pelajar mengaitkan teori-teori yang dipelajari
kepada praktikal dan sebaliknya.
vi. Mendedahkan pelajar kepada dunia luar iaitu melalui cara
berkomunikasi, baik dari segi perbuatan mahupun percakapan.
vii. Memahami kelemahan serta kelebihan sesuatu perniagaan dan
dapat mencari satu kaedah penyelesaian terbaik untuk
menanganinya.
2
viii. Memperkenalkan diri pelajar sendiri dari segi kebolehan,
kesanggupan dan sikap kepada bakal majikan.
ix. Menyediakan satu laporan rasmi selepas tamat latihan.
x. Menunjukkan sikap berdisiplin dan bertanggungjawab terhadap
diri sendiri dan majikan melalui kehadiran di tempat kerja dan
menepati waktu.
xi. Melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung dalam
pelbagai aspek Kejuruteraan Mekanikal seperti menservis
penyaman udara,pemeriksaan dan membaiki Jentera Bomba,
‘Aerobridge’ dan ‘Conveyer’.
xii. Mendapat pendedahan tentang struktur organisasi sesebuah firma
atau jabatan.
3
1.2.1 Objektif Buku Latihan Industri
Buku Laporan ini disediakan bertujuan untuk dijadikan sebagai sebuah
sumber rujukan setelah tamat pengajian dan bakal menempuhi alam perkerjaan
yang sebenar. Laporan ini juga sangat berguna demi memajukan lagi diri sendiri
untuk digunakan pada masa akan datang untuk menambah ilmu dan dapat juga
digunakan untuk pemahaman teori dan praktikal dalam Jurusan Kejuruteraan
Mekanikal. Kita juga dapat membezakan antara pelajaran teori di Politeknik dan
juga semasa menjalani latihan.
Oleh yang demikian, objektif laporan ini adalah penting dan berguna
untuk pengetahuan dan menjadi panduan di masa akan datang. Di antara objektif
buku laporan adalah :
i. Dapat mendokumentasikan segala aktiviti-aktiviti sepanjang
tempoh latihan.
ii. Dapat mengetahui keupayaan setiap pelajar dalam mengikuti
arahan yang telah ditetapkan ke atasnya dan memenuhi kehendak
sesebuah institusi.
iii. Dapat memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk dinilai dan
disemak oleh pensyarah.
iv. Sebagai salah satu cara bagaimana pensyarah dapat mengetahui
sejauh mana objektif latihan itu dapat dicapai oleh pelajar atau
sebaliknya.
4
v. Dapat mengajar pelajar untuk merancang sesuatu perkara dengan
teliti sebelum mengambil tindakan dan hanya perkara yang wajar
sahaja perlu dilakukan berdasarkan akal fikiran yang rasional.
vi. Dapat mengetahui sejauh mana latihan yang diterima oleh pelajar
termasuk kemahiran-kemahiran dan pengalaman yang telah dilalui
oleh pelajar dalam tempoh latihan tersebut.
vii. Dapat menjadi salah satu bahan bukti kepada bakal majikan yang
menyatakan bahawa pelajar terbabit telah menjalani Latihan
Industri dan mempunyai pengalaman dalam bidang yang berkaitan
ketika memohon perkerjaan kelak.
viii. Memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Politeknik Mukah
Sarawak untuk dianugerahkan Sijil atau Diploma.
ix. Menanamkan sikap bertanggungjawab dan dengan itu secara tidak
langsung disiplin diri pelajar itu akan terbina dengan sendirinya.
5
1.2.2 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar
Latihan Industri adalah satu latihan yang mesti dijalankan oleh pelajar
Politeknik Mukah Sarawak selama 22 minggu atau satu semester. Setiap
pelajar yang berada dalam semester 3 untuk kursus Sijil dan semester 4 bagi
kursus Diploma wajib menjalani dan menamatkan Latihan Industri ini sebelum
diperakukan untuk penganugerahan Sijil dan Diploma Politeknik (KPTM).
Tempoh ini dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menimba segala
ilmu dan pengalaman bagi tujuan memahami dan mengenali aspek dan sistem
yang terdapat dalam sebuah firma atau syarikat yang menguruskan kerja-kerja
dalam bidang mekanikal. Sepanjang latihan dijalankan pelatih telah didedahkan
dengan pelbagai bidang kerja yang berkaitan dengan hal-hal mekanikal seperti
membaikpulih jentera, memasang kompenen-kompenan mekanikal yang telah
rosak seperti kompenen ‘Conveyer’, Jentera Bomba, ‘Aerobridge’ dan
sebagainya.
Latihan Industri ini juga mendedahkan kepada para pelajar bagaimana
menyelenggara dan membaiki sesuatu mesin atau peralatan yang berkaitan
dengan mekanikal serta memahami masalah yang mungkin berlaku. Selain itu, ia
dapat menerapkan nilai kerjasama diantara pihak pegawai MASB dengan pihak
kontraktor yang bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja pembaikan.
6
Di antara kepentingan latihan industri ialah :
i. Dapat memperolehi banyak pengalaman dan pengetahuan tentang
sesuatu perniagaan yang dijalankan oleh sesebuah firma atau
syarikat.
ii. Dapat meningkatkan disiplin yang tinggi sebagai seorang yang
bekerjaya disamping dapat meningkatkan keberkesanan setiap
topik yang dipelajari semasa di politeknik.
iii. Dapat mengukuhkan semangat dan keyakinan diri dalam membuat
sebarang keputusan.
iv. Melahirkan pelajar yang berkeyakinan dan berkemampuan
terhadap diri sendiri serta organisasi apabila mendapat sesuatu
perkerjaan kelak.
v. Mendapat pendedahan yang secukupnya berkaitan dengan bidang
yang diceburi.
7
1.3 Latar Belakang Organisasi
1.3.1 Pengenalan Organisasi
Rajah 1.1 : Kedudukan Lapangan Terbang Sibu
8
Rajah 1.2 : Peta kedudukan Lapangan Terbang Sibu
Lapangan Tebang Sibu yang lama yang merupakan tapak peninggalan
daripada Perang Dunia Kedua yang terletak lebih kurang 8 km di timur laut Bandar
Sibu pada tahun 1952, ianya telah diperbaiki semula dengan menambahkan landasan
berumput seluas 1097 meter (3500 kaki) panjang dan 30 meter (100 kaki) lebar untuk
kegunaan kapal terbang jenis DC3.
Lapangan Terbang Sibu mempunyai 345 perkhidmatan berjadual seminggu
dengan penggunaan pesawat MAS Boeing 737, FOKKER F50 dan Twin Otter
Lapangan Terbang ini juga menjadi pusat bagi perkhidmatan udara luar bandar yang
memberikan rangkaian perkhidmatan ke Mukah, Kapit dan Belaga.
Malaysian Airways Limited telah melakukan penerbangan pertamanya di
Lapangan Terbang Sibu pada hari Rabu, 21 Mei 1952. Jadual penerbangan kapal
9
terbang DC3 bermula pada Julai 1952 yang mana pada mulanya penerbangan adalah
dua kali seminggu dan kemudiannya ditambah kepada empat kali seminggu pada
akhir tahun. Selain daripada Malaysian Airways, Borneo Airways yang berpusat di
Jesselton (sekarang dikenali sebagai Kota Kinabalu) juga menjalankan operasi
penerbangan di Lapangan Terbang Sibu.
1.3.2 Latar Belakang Penubuhan Organisasi
Sibu merupakan sebuah pusat perdagangan dan perniagaan yang penting bagi
Lembah Sungai Rajang dan kawasan sekitarnya selain daripada menjadi tempat
aktiviti-aktiviti berasaskan pembalakkan.
Lapangan Terbang ini pada mulanya hanya dilengkapi dengan bangunan
terminal dan menara kawalan sementara. Kesemuanya dibina daripada atap. Menara
ini diselenggarakan oleh IAL(International Air Radio Limited). Bangunan terminal
yang lengkap dengan menara kawalan yang terletak di tingkat pertamanya telah
dibina pada bulan September 1953 dan siap pada bulan Februari 1954.
Satu-satu jalan tanah dari Bandar ke Lapangan Terbang dikelilingi oleh
kebun getah. Jalannya terlalu kecil dan cuma mampu digunakan oleh kenderaan
kecil sahaja. Keadaan ini cuma diperbaiki apabila Jabatan Kerja Raya telah
melebarkan lagi jalan tersebut pada tahun 1958. Jalan berturap pula dibina selepas
tahun 1962. Landasan tersebut kemudiannya telah dinaiktaraf permukaan
berbitumen sepanjang 1372 meter panjang dan 30 meter lebar. Kerja pembinaan ini
telah dilaksanakan oleh pihak Jabatan Kerja Raya dan siap pada bulan Mac 1963.
Landasan tersebut telah mengalami penurunan dengan cepat dikedua-dua hujungnya
10
lebih kurang 10 kaki. Hal ini telah menyebabkan Lapangan Terbang ini hanya dapat
menampung perkhidmatan pesawat F27 (perkhidmatan pesawat F27 telah
diberhentikan oleh MAS pada 1 Jun 1990 kerana pesawat ini tertaluk kepada berat
muatan dan waktu siang sahaja).
Kerajaan pada tahun 1971/1972 telah memberi kepercayaan kepada
juruperunding, Acres-Perkin Konsortium dari Kanada untuk menjalankan kajian
Perancangan Lapangan Terbang Kebangsaan (National Airport Plan). Lapangan
terbang Sibu lama telah termasuk di dalam kajian ini.
Juruperunding-juruperunding telah berpendapat bahawa Lapangan Terbang
Sibu yang lama adalah tidak selamat walaupun untuk pesawat jenis VFR F27.
Jesteru itu, mereka mencadangkan agar satu Perancangan Induk bagi menentukan
tapak serta pembinaan lapangan terbang baru diberi keutamaan.
Dengan mengambil kira halangan-halangan geofizikal di tapak lapangan
terbang lama, maka telah dicadangkan agar tapak baru dibangunkan untuk Lapangan
Terbang Sibu. Tapak baru ini terletak 23 km ke Tenggara Bandar Sibu. Kira-kira
354 hektar (870 ekar) tanah telah diperolehi di dalam jangka masa Rancangan
Malaysia Kedua. Dalam tahun 1982 1983 dan 1984, sejumlah 97 hektar tanah
diperolehi. Oleh itu, Lapangan Terbang Sibu baru mempunyai keluasan 747 hektar.
Dalam bulan Oktober 1981, Minconsult Sdn. Bhd. bergabung dengan PRC
Speasn telah dipilih oleh kerajaan untuk menyediakan rekabentuk akhir fasa pertama
bagi kerja-kerja membangunkan projek cadangan Lapangan Terbang Sibu yang baru
untuk menampung perkhidmatan B-737 dan pesawat-pesawat kecil yang lain.
11
Projek ini telah dilaksanakan dibawah satu pakej tender yang mengandungi
kerja-kerja awam, kerja-kerja bangunan, penyelengaraan bangunan, rumah
kakitangan, kerja-kerja pemasangan pencahayaan landasan atas tanah, pembekalan
tenaga elektrik kuasa tegangan yang tinggi dan kerja-kerja ‘Navaids’ dan ‘Comaids’.
Kerja-kerja pembinaan bermula dalam bulan Ogos 1990 oleh Syarikat Pembinaan
Yeoh Tiong Lay Sdn Bhd dan John Laing International Limited Joint Venture (YTL-
Laing JV) dan siap pada bulan Mei 1994 serta memulakan operasi pada 1 Jun 1994.
Jumlah kos penyelenggaraan projek fasa pertama ini ialah RM150,000,000.
Keluasan tapak tanah mencukupi bagi memanjangkan landasan bagi
membolehkan penyelengaraan penerbangan bagi Airbus dan Boeing 747,
memperluaskan kompleks terminal dan medan apron kapal terbang.
Perancangan masa depan juga memungkinkan pembinaan jalan laluan selari
dengan landasan dan juga kemudahan-kemudahan lain sekiranya perlu kelak.
12
1.3.3 Logo Rasmi Serta Pengertian Logo Organisasi
Rajah 1.3 : Logo Rasmi Malaysia ‘Airports’
Logo Malaysia ‘Airports’ merupakan kombinasi antara tiga elemen iaitu
sebuah Menara Kawalan (Control Tower), sebuah Landasan (Runway) dan sebuah
Pesawat Terbang.
Landasan dengan 4 jalur putih mencerminkan komitmen Malaysia ‘Airports’
menyediakan perkhidmatan pada tahap yang cemerlang. Ini menggambarkan
Malaysia ‘Airports’ bersikap sistematik dalam pencapaian yang dinamik, kecekapan
dan berdedikasi terhadap pelanggan.
Pepenjuru “laluan udara” menunjukkan ketabahan Malaysia ‘Airports’
mengekalkan organisasi. Menara kawalan menandakan standard Malaysia ‘Airports’
yang tinggi dalam kecekapan dan perkhidmatan yang cemerlang.
Warna logo biru dan oren mencerminkan misi korporat. Biru, warna yang
sinonim dengan penerbangan, menunjukan keseimbangan, harmoni dan disiplin
dalam memastikan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan. Warna kedua,
oren, menjelaskan kekuatan dan visi teguh pengurusan dan kakitangan Malaysia
‘Airports’.
13
Kesemua kombinasi elemen dalam logo melambangkan visi korporat
Malaysia ‘Airports’ yang cemerlang dan integriti.
1.3.4 Visi
- Perusahaan lapangan terbang bertaraf dunia.
1.3.5 Misi
- Menyediakan gerbang laluan udara bertaraf dunia.
- Menguruskan rangkaian dan perkhidmatan lapangan terbang yang kos efektif.
- Melebihi jangkaan para pelanggan, pemegang saham, dan pihak–pihak lain
yang berkepentingan.
14
1.3.6 Carta Organisasi Malaysia Airports
Rajah 1.4 : Carta Organisasi Malaysia ‘Airports’
15
1.3.7 Carta Organisasi Pengurusan (Admin. Office Sibu)
Rajah 1.5 : Carta Organisasi Pengurusan (Admin. Office Sibu).
1.3.8 Carta Organisasi (Unit Kejuruteraan Sibu)
Airport ManagerAwg. Batu b. Awg. Wahab
Ketua Unit Operasi
Awang Manis b. Awg Zen
Ketua Unit KejuruteraanPathi b. Terang
Ketua Unit Bomba
Abdul Rahman Atoi
Ketua Unit KeselamatanMuhd. Udin
Ketua Syif BKetua Syif A
Ketua Syif A Ketua Syif BDuty Officer A
Duty Officer B
Ketua Syif A
Ketua Syif B
16
Rajah 1.6 : Carta Organisasi (Unit Kejuruteraan Sibu)
1.3.9 Carta Organisasi OSH (Safe and Healty Comunity)
Ketua Unit KejuruteraanPathi bin Terang
Pegawai Teknikal CivilAli bin Omar
Pegawai Teknikal Elektrik
Pathi bin Terang
Pegawai Teknikal Mekanikal
Christoperizo Singgai
Juruteknik AwamPn Dyg KhartinaEn. Mohd Norhadi
Electric ChargemanDominic SamiHasbi bin Maiji
Juruteknik MekanikalFrancis Mawi
Othman bin JaieMuhd Tino bin Jailin
Hasyim Rambli
Juruteknik ElektrikKisian MosedMohd Ilham Mohd Taufik
17
Rajah 1.7 : Carta Organisasi OSH (Safe and Healty Comunity).
1.3.10 Aktiviti Organisasi
PENGERUSIAwang Batu Awang Wahab
WAKIL-WAKILPENGURUSAN PEKERJA
SETIAUSAHABadari Bin Mat
Awang Manis Awang ZenMohamad Hj UdinPathi Hj TerangAbdul Rahman Attoi
Ali OmarDominic SamiChirstopherizo SDAfendy ShahdenKo Anak MujiHasbi MaijiShamsudin Bin Mohd SuifPenra Abdullah
18
i. Hari keluarga yang dianjurkan setiap tahun oleh Malaysia Airports.
ii. Menjalankan kerja-kerja membaikpulih bangunan Malaysia Airports.
iii. Membaikpulih kerosakan tandas contohnya paip, mangkuk tandas, dan
pam air sekiranya ada laporan kerosakan daripada pihak operasi.
iv. Menyelia penyelenggaraan sistem penghawa dingin yang dilakukan oleh
pihak kontraktor setiap bulan.
v. Menyelia penyelenggaraan lif yang dilakukan oleh pihak kontraktor
sebulan sekali.
vi. Membuat penyelenggaran bulanan terhadap jentera bomba.
vii. Membuat pemeriksaan ‘Runway’ 3 kali sehari.
viii. Menukar ‘Bulb’ yang rosak sekiranya terdapat laporan daripada pihak
operasi.
ix. Mengecat tanda di ‘Airside’ yang telah pudar untuk tujuan pengamatan
yang jelas oleh kapal terbang.
1.3.11 Halatuju Organisasi
19
Lapangan Terbang Sibu bertekad untuk memberi perhatian penuh kepada
kekuatan teras perkhidmatan lapangan terbang seiring dengan perubahan pantas yang
dialami oleh industri ini. Inisiatif stratergik untuk mencapai matlamat ini telah pun
dimulakan dan sudah mula menunjukkan beberapa keputusan positif. Sambil
bergerak maju kehadapan, staf-staf Lapangan Terbang Sibu berasa yakin bahawa
gabungan langkah-langkah stratergik yang telah dilaksanakan dan kekukuhan asas
kewangan, akan menjadikannya lebih mantap dan lebih dinamik untuk menghadapi
cabaran pada masa hadapan.
Selain itu juga, penyediaan infrastuktur berkualiti adalah penting, namun
usaha bagi menentukan tahap perkhidmatan yang tinggi tidak boleh diabaikan.
Kumpulan lapangan terbang seluruh Malaysia telah memulakan skim ganjaran
berasaskan prestasi yang bermatlamat untuk menyuburkan lagi kecekapan dan
semangat kerja di kalangan tenaga kerja. Latihan menjadi kunci penting dalam
menjayakan usaha Sumber Manusia ini. Bahagian Sumber Manusia yang diberi
wajah baru sentiasa aktif membangunkan inisiatif latihan serba lengkap. Penggunaan
Alat Pengurusan Kad Pemarkahan Robert S Kaplan dan David P Norton juga telah
dilaksanakan baru-baru ini.
20