Post on 16-Jan-2016
description
INSTITUT PENDIDIKAN GURUKementerian Pelajaran Malaysia
KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTAPERAK DARUL RIDZUAN
TUGASAN PROJEK
KURIKULUM DAN PENGAJARAN MUZIK 1
MZU3142
Nama : HEW JING TING, MICHELLE
No. K/P : 920229-08-6060
No. Matriks : 28469
Program : PISMP
Ambilan : JAN 2013
Unit : L7B
Nama Pensyarah : EN MUBIN MD NOR
Tarikh Serahan : 22 OGOS 2014
TUGASAN I
Muzik ialah bunyi yang diterima oleh individu dan berbeza bergantung kepada
sejarah, lokasi, budaya dan citarasa seseorang. Definisi sebenar muzik juga
berbeza. Antaranya ialah bunyi yang dikira sedap oleh pendengarnya dan apa-
apa bunyi yang dihasilkan secara sengaja oleh seseorang atau kumpulan.
Walaupun muzik adalah sejenis fenomena intuisi, untuk mencipta, memperbaiki
dan mempersembahkannya adalah suatu seni, mendengar muzik pula adalah
sejenis hiburan manakala mempelajari dan memahaminya adalah sejenis
bidang/disiplin. Hasil pengajaran dan pembelajaran muzik, contohnya
membenarkan pelajar menghasilkan corak irama sendiri mengikut muzik yang
didengar membantu perkembangan seseorang individu dan juga membantu guru
melaksanakan pelbagai aktiviti yang menarik dalam sesi P&Pnya terutamanya
dalam pendidikan muzik sekolah rendah.
Mengikut sukatan pelajaran Pendidikan Muzik KSSR, terdapat beberapa
modul yang perlu diikuti dalam penyediaan rancangan pengajaran harian.
Antaranya ialah pengalaman muzikal, penghasilan muzik, apresiasi muzik, dan
membaca dan menulis notasi muzik. Kesemua modul ini bertujuan untuk
memenuhi objektif kurikulum muzik sekolah rendah yang bertujuan
membolehkan murid mencapai standard pembelajaran seperti mengaplikasi
kemahiran muzik menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan permainan alat muzik,
mengaplikasi pengetahuan membaca notasi muzik dalam aktiviti muzikal,
menghasilkan idea muzikal kreatif menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan
bermain alat muzik, membaca dan menulis notasi muzik, menghargai pelbagai
jenis muzik dengan menyatakan secara lisan dari aspek muzikal karya muzik
yang didengar dan mengamalkan nilai murni menerusi aktiviti muzikal.
Dalam penyediaan rancangan pengajaran harian saya, saya telah
menggunakan modul penghasilan muzik. Memandangkan saya telah merancang
rancangan pengajaran harian untuk pelajar tahun 4, saya telah memilih untuk
memenuhi dua standard pembelajarannya iaitu memastikan pelajar mampu
menghasilkan kesan bunyi menggunakan perkusi dan mencipta corak irama
mudah. Berdasarkan standard pembelajaran, saya juga telah menetapkan
objektif yang perlu dicapai oleh pelajar saya pada akhir sesi pengajaran dan
pembelajaran iaitu mampu mencipta pelbagai jenis corak irama dengan
menggunakan alat perkusi, mampu memainkan alat perkusi mengiringi lagu dan
mampu mengenalpasti nilai-nilai dan nama not.
Untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran saya, saya telah
menggunakan media pengajaran iaitu video iaitu ‘Take Off For Primary’.
Penggunaan video dapat mengelakkan kebosanan pelajar kerana pelajar
biasanya lebih tertarik pada animasi yang bergerak. Video juga dapat
menjimatkan masa. Satu video yang ditunjukkan hanyalah selama 3-4minit dan
pelajar akan senang mengingati melalui tontonan video berbanding demonstrasi
guru di hadapan kelas kerana tidak semua pelajar akan menumpukan perhatian
pada demonstrasi guru. Penggunaan media seperti video lagu yang ingin diajar
juga melibatkan pelbagai deria pelajar. Contohnya, penggunaan visual yang
diikuti oleh audio akan melibatkan deria lihat dan dengar dan mungkin deria
sentuh. Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar dan
membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan
penggunaan masa yang minimum. Dalam set induksi, saya akan menyuruh
pelajar mengimitasi corak irama yang ditepuk oleh saya dengan bantuan video
yang dipaparkan.
Selepas itu, saya akan bergerak ke langkah satu. Dalam langkah satu,
saya akan memperkenalkan jenis not muzik dengan kiraannya. Untuk
melaksanakan langkah satu, saya telah menyediakan dua alat bantu mengajar
iaitu ‘Carta jenis Not’ dan ‘Jom Naik Kereta api. Pertama sekali, saya akan
mendedahkan pelajar kepada jenis not-not dengan menggunakan ‘Carta Jenis
Not’ yang telah saya sediakan. Pelajar dikehendaki mengikut saya membaca
nama not dan mengetahui kiraan setiap not. Selepas itu, alat batu mengajar
yang kedua akan digunakan untuk memastikan pelajar dapat mengingati jenis
not di mana guru akan memilih beberapa pelajar untuk ke hadapan dan
meletakkan gambar haiwan atas kereta api mengikut kiraan not pada kereta api
tersebt. Antara sebab saya memodifikasikan sesi pengajaran ini kepada
permainan seperti ‘Jom Naik Kereta Api’ kerana biasanya sesi pengenalan not
amat membosankan tetapi dengan membuat aktiviti, pelajar akan lebih senang
mengingati dan memahami apa yang diajar kerana ia menarik perhatian mereka.
Alat bantu mengajar yang akan saya gunakan dalam langkah dua ialah
alat perkusi, audio lagu ‘Suka Hati’ dan persembahan powerpoint. Terlebih
dahulu, saya akan membahagikan pelajar kepada 4 kumpulan di mana satu
kumpulan terdiri daripada 5 orang pelajar. Setiap kumpulan akan diberikan alat
perkusi iaitu tamborin, kerincing, kastenet dan kayu tik-tok (setiap pelajar satu).
Selepas itu, saya akan menunjukkan skor perkusi dalam powerpoint dan
membimbing pelajar memainkan alat perkusi mengikut skor diikuti oleh
permainan perkusi untuk mengiringi lagu ‘Suka Hati’. Saya mengambil keputusan
untuk menggunakan powerpoint dalam sesi P&P kerana ia membantu murid
faham dan ingat dengan cepat dengan penggunaan grafik, animasi, warna dan
muzik. Penggunaan powerpoint juga menjimatkan masa. Hal ini kerana saya
tidak perlu menggunakan masa untuk menulis lirik dan melukis gambarajah atas
papan putih. Selain itu, powerpoint juga menjamin kelancaran proses P&P pada
hari tersebut. Ini kerana kesemua isi pengajaran telahpun disususn dengan
teratur.
Langkah seterusnya ialah langkah tiga. Dalam langkah ini, saya
membenarkan pelajar menghasilkan corak irama meter 4/4 untuk mengiringi lagu
‘Selamat Pagi’. Saya memilih lagu ‘Selamat Pagi’ kerana pelajar sudahpun
mengetahui dan menguasai lagu ini dalam Tahap 1 ditambah lagi dengan
pengetahuan jenis not yang mereka belajar di awal sesi P&P, mereka sepatutnya
sudah mampu untuk mencampurkan not untuk menghasilkan corak irama 4/4.
Untuk langkah ini, setiap kumpulan akan diberi keempat-empat jenis alat perkusi
dan lagu ‘Selamat pagi’ akan dipasang untuk diperdengarkan kepada pelajar.
Langkah ini memberi pelajar berpeluang bekerjasama dan berkomunikasi
dengan rakan untuk menjana idea kreatif. Selepas itu, mengikut kumpulan
masing-masing, pelajar akan membuat persembahan di hadapan kelas.
Akhir sekali ialah sesi penutup. Untuk menamatkan sesi pengajaran dan
pembelajaran, saya akan menyuruh pelajar memberi pendapat atau pandangan
terhadap persembahan rakan mereka. Selain itu, saya juga akan mengadakan
sesi soal jawab dengan pelajar untuk memastikan pelajar betul-betul memahami
apa yang telah disampaikan dan sama ada objektif P&P pada hari tersebut
berjaya dicapai ataupun tidak.
Berdasarkan penerangan rancangan pengajaran harian saya di atas, boleh
dilihat bahawa saya mengaplikasikan kaedah pengajaran Orff dalam pengajaran
saya. Orff menekankan eksplorasi, imitasi, improvisasi dan penciptaan dalam
pendekatannya. Proses pengajaran Orff juga berkaitan dengan perkembangan
kanak-kanak. Beliau percaya kanak–kanak menguasai dan mengembangkan
pemahaman kendiri terhadap sesuatu konsep muzik itu melalui pengalaman atau
merasai konsep itu terlebih dahulu. "Experience first, intellectualize second."
Pendekatan imitasi boleh dilihat pada set induksi saya di mana pelajar
akan mengimitasi corak irama yang ditepuk oleh saya mengikut lagu yang
dipasang. Menurut Orff kanak-kanak mudah belajar sesuatu kemahiran melalui
proses imitasi. Proses ini adalah amat penting untuk memperkembangkan
potensi muzikal kanak-kanak. Sebagai contoh dalam pengajaran muzik di bilik
darjah guru menepuk satu corak irama manakala murid-murid akan meniru
tepukan gurunya.
Pendekatan explorasi dan penciptaan pula boleh diilihat dalam langkah
ketiga saya di mana pelajar dikehendaki meneroka pelbagai jenis corak irama
dan mencipta corak irama yang sesuai untuk mengiringi lagu ‘Selamat Pagi’. Jika
kita lihat pendekatan orff, Orff mengalakkan kanak-kanak menerokai serta
melakukan eksperimen dengan bunyi-bunyi muzikal dan gerakan berdasarkan
kreativiti semula jadi mereka. Orff memulakan dengan penerokaan bunyi-bunyi
berdasarkan apa yang yang biasa didengar dan bunyi-bunyi ini akan menjadi
lebih teratur dengan menciptakan beberapa corak irama. Fasa terakhir dalam
pendekatan Orff ialah mengalakkan kanak-kanak melakukan penciptaan dengan
apa sahaja alat yang mereka ada. Menurut Orff, melalui penggunaan alat–alat
perkusi, pergerakan, permainan, aktiviti nyanyian, penerokaan irama dan drama,
kanak –kanak akan mempelajari dan mengenalpasti bakat muzik di dalam diri
mereka sendiri.
Kesimpulannya, perancangan RPH yang rapi membawa banyak manfaat
kepada kedua-dua guru dan pelajar. Merancang dengan teliti setiap komponen
pengajaran. Perancangan RPH yang rapi mampu menyediakan satu siri aktiviti
untuk membantu murid mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan
pengetahuan ke arah yang dikehendaki, menggunakan masa pengajaran secara
optimum, mengehadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu jangka waktu,
mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun dan mengingat bahan
dan pendekatan pengajaran yang perlu untuk menyampaikan sesuatu isi
pelajaran.
TUGASAN II
Rancangan Pengajaran Harian
Mata Pelajaran : Pendidikan Muzik
Tahun : 4 Merah
Bilangan Murid : 20 orang
Umur : 10 tahun
Tarikh : 29 Ogos 2014
Masa : 30 minit (8:30 – 9:00)
Topik : Penghasilan Muzik
Subtopik : Menghasilkan idea muzikal kreatif
Konsep muzik : Meter
Corak Irama
Standard pembelajaran: 2.1.1 Menghasilkan kesan bunyi menggunakan perkusi.
2.1.2 Mencipta corak irama mudah.
Objektif pembelajaran : Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran murid:
1. Mampu mencipta pelbagai jenis corak irama dengan menggunakan alat
perkusi
2. Mampu memainkan alat perkusi mengiringi lagu.
3. Mampu mengenalpasti nilai-nilai dan nama not
Elemen Merentas Kurikulum (EMK) : KBKK, Kreativiti
Alat Bantu Mengajar: Video ‘Take Off For Primary, audio ‘Suka Hati’ dan
‘Selamat Pagi’, carta ‘Jenis Not’, Roda Impian, Powerpoin
Langkah/
Masa
Prosedur
Perlaksanaan
Pembelajaran
Bestari /
Kemahiran
Generik
Catatan / BSPP / Nilai
Murni
Set Induksi
(3 minit)
Guru memainkan
video ‘Take off For
Primary’ dan
menyuruh pelajar
mengimitasi
pelbagai corak
irama yang ditepuk
oleh guru.
Video ‘Take Off For
Primary’
Langkah 1
(7 minit)
Guru menunjukkan
carta ‘Jenis Not’
Guru membaca
nama not (diikuti
oleh pelajar) dan
guru menerangkan
nilai not.
Guru menguji sama
ada pelajar
mengingati nilai not
dengan
menggunakan ‘Jom
Naik Kereta Api’
Carta ‘Jenis Not’
Carta ‘Jom Naik Kereta
Api’
Langkah 2
(5 minit)
Guru
membahagikan
pelajar kepada 4
kumpulan (setiap
Audio lagu ‘Suka Hati’
Powerpoint
kumpulan akan
memainkan alat
perkusi yang
berlainan):
1. tambourin
2. Triangle
3. Kastenet
4. Kayu Tik-tok
Mengikut skor yang
disediakan oleh
guru.
Guru kemudian
membimbing pelajar
memainkan corak
irama yang
disediakan untuk
mengiringi lagu
‘Suka Hati.
Alat Perkusi
Langkah 3
( 10 minit)
Setiap kumpulan
akan diberikan
keempat-empat
jenis alat perkusi.
Guru
memperdengarkan
lagu ‘Selamat Pagi’
(meter 4/4)
Dalam kumpulan
Menjana idea
kreatif
Komunikasi
Bekerjasama
Audio lagu ‘Selamat Pagi’
Alat Perkusi
masing-masing,
pelajar hendaklah
membuat corak
irama dalam meter
4/4 untuk mengiringi
lagu ‘Selamat Pagi’
Penutup
(5 minit)
Rakan dan guru
akan memberi
pendapat dan
komen terhadap
persembahan
rakan.
Sesi Soal jawab
antara guru dengan
pelajar untuk
memastikan pelajar
betul-betul
memahami apa
yang ingin
disampaikan.
Komunikasi
BIBLIOGRAFI
Buku
Deasy, R., Catterall, J. S., Hetland, L., Winner, E., & Arts Education Partnership
(U.S.). (2002). Critical links: Learning in the arts and student academic
and social development. Washington, DC: Arts Education Partnership.
Ng Ying Shya (2004). Penggunaan Alat Bantu Mengajar Di Kalangan Guru-Guru
Teknikal, Sekolah Menengah Teknik, Negeri Kedah. Universiti Teknologi
Malaysia : Tesis Sarjana
Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Panduan Pengajaran Dunia Muzik
Tahun 4.
Internet
Jenis-jenis Alat Perkusi. Di akses pada 16 Ogos 2014 dari
http://janecheahblogger.blogspot.sg/p/jenis-jenis-alat-perkusi.html
KSSR Muzik. Di akses pada 15 Ogos 2014 dari
http://vaanisubramaniam.blogspot.sg/
Muzik Dan Pendidikan. Di akses pada 16 Ogos 2014 dari
http://abuatiff-muziksk.blogspot.sg/
Pendekatan Muzik. Di akses pada 16 Ogos 2014 dari
http://www.scribd.com/doc/98978787/Pendekatan-Muzik
Permainan Alat Muzik. Di akses pada 15 Ogos 2014 dari
http://cikguida.wordpress.com/aktiviti-muzikal/main-muzik/
Jurnal
Abdul Rahim & Hayazi Mohd Yasin, Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM)
Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Daerah
Johor Bahru, Johor. Di akses pada 15 Ogos 2104 dari
http://eprints.utm.my/10879/1/Penggunaanalatbantumengajar.pdf
Yahya Bin Buntat & Noor Al Mahdin Bin Mohamad. Keberkesanan Penggunaan
Alat bantu Mengajar Berbantukan Komputer Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Subjek Kemahiran Hidup(KH) Di Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama Kedah, Alor Star, Kedah. Di akses pada 16 Ogos
2014 dari
http://eprints.utm.my/11426/1/
KeberkesananPenggunaanAlatBantuMengajarBerbantukanKomputerDala
mPengajaranDanPembelajaranSubjekKemahiranHidupKHDiSekolahMene
ngah.pdf.
LAMPIRAN