Post on 01-Feb-2016
PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2013/2014
KRB 3053: KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
TAJUK ESEI ILMIAH
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIK
ZAFIDA BINTI ZAINAL ABIDIN D20112053426
PUSAT PEMBELAJARAN: EL-UPSI09
NAMA TUTOR E-LEARNING: EN.ZAINI BIN ABDULLAH
Buat perbandingan amalan pengajaran yang biasa dijalankan dengan satu inovasi pengajaran. Analisis perbandingan berdasarkan amalan pengajaran biasa dengan satu
inovasi pengajaran yang dibina.
PEMARKAHAN
TARIKH SERAH: 15 NOVEMBER 2014
KANDUNGAN
1.0 Pengenalan
2.0 Definisi Inovasi
3.0 Rancangan Pengajaran Biasa Bahasa Melayu
4.0 Inovasi Pengajaran Berpandukan Eleman 5p
5.0 Hasil Perbandingan Amalan Pengajaran
6.0 Kesimpulan
7.0 Rujukan
1.0 PENGENALAN
Malaysia, sebagai negara pesat membangun, sedang mengalami perubahan selaras
dengan hasrat untuk mencapai Wawasan 2020. Antara cabaran Wawasan 2020 adalah untuk
mewujudkan dan membangunkan masyarakat maju bersifat holistik. Untuk maju, PPPM
menggunakan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bagi membangunkan
pendidikan seimbang sebagai asas pencapaian aspirasi murid. Ciri-ciri individu masyarakat
maju ini adalah untuk melengkapkan diri bagi menghadapi dunia global masa hadapan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) , pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
yang berterusan ke arah memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Sistem Pendidikan merupakan agenda penting dalam membangunkan dan memajukan
negara. Bagi mengotakan hasrat ini,guru merupakan orang terpenting untuk membentuk
individu cemerlang intelek, jasmani, rohani, emosi, sahsiah dan berkemahiran tinggi. Setiap
warga pendidik hendaklah mempunyai keupayaan mempertingkatkan pengetahuan untuk
menguasai bidang ilmu . Oleh itu, isu inovasi, kreatif, kreativiti dan daya penaakulan guru
perlu lebih baik daripada pelajar supaya konsep pencerahan ilmu boleh berlaku dengan
berkesan.Sistem pendidikan yang sering berubah-ubah mengikut tuntutan zaman
menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran (PnP) turut sama berubah. Dalam
pendidikan yang melibatkan proses pemindahan ilmu (daripada guru kepada pelajar), hal ini
amat berkaitan rapat dengan kemahiran guru menguasai strategi, teknik kaedah dan
pendekatan dalam pengajaran.
Justeru dalam zaman yang serba canggih dan pasti kemajuan akan turut membawa
bersama-sama perubahan dan pembaharuan, adalah wajar proses PnP itu disuburkan dalam
bentuk yang serba baharu, sesuai dan boleh diterima pakai oleh semua pihak. Hal inilah yang
sering disebut sebagai inovasi. Kepelbagaian kaedah pengajaran dan kreativiti guru dalam
pengajaran dan pembelajaran (PnP) akan dapat membantu pembangunan modal insan untuk
melahirkan pelajar yang kompeten, inovatif, kreatif dan berkebolehan bagi memenuhi
keperluan negara pada masa hadapan.
2.0 DEFINISI INOVASI
Terdapat pelbagai definisi berkaitan inovasianataranya ialah inovasi adalah
mempraktikkan idea yang dihasilkan.Inovasi juga didefinisikan sebagai kaeadah mencari
jalan bagi menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama asa melalui
pengubahsuaina atau penambahbaikan.Inovasi juga adalah hasil cetusan idea-idea yang
kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan
produktiviti organisasi.Kesimpulannya inovasi boleh ditakrifkan sebagai bermaksud
pembaharuan ataupun dengan lebih tepat inovasi didefinisikan sebagai pembangunan
teknologi baru atau aplikasi sesuatu teknologi dalam kegunaaan tertentu. Inovasi juga boleh
ditakrifkan sebagai pengaplikasian kreativiti.
Kreativiti merupakan proses berfikir sementara invoasi pula adalah proses produktif.
Inovasi menambah nilai kepada idea yang dihasilkan, dan sekiranya idea yang dihasilkan
tidak melalui proses inovasi, maka ianya hanyalah idea semata-mata.
Menurut Sufean Hussin (2001) dalam kertas kerjanya pada Seminar Dasar dan
Pengurusan Pendidikan menyatakan inovasi bermaksud pembaharuan, modifikasi atau
membaiki idea,benda,ilmu dan ciptaan seni budaya tamadun dengan tujuan memenuhi cita
rasa tertentu atau memenuhi pasaran tertentu.
Glosari Teknologi Pendidikan (1995) pula merujuk inovasi sebagai idea, konsep atau
strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan.
Menurut Ronger E. Miller (1971) inovasi merupakan idea, amalan atau objek yang di
anggap baru oleh seseorang. Spencer (1994) menjelaskan inovasi ialah sesuatu yang di
anggap baru dan lebih baik daripada yang lama oleh seseorang individu.
3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BIASA BAHASA MELAYU
TAHUN 5
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Masa : 8.45 pagi – 9.45 pagi (1 jam)
Hari : Khamis
Tahun : 5 Aktif
Jumlah murid : 35 orang
Tema : Budi Bahasa Budaya Kita
Tajuk : Orang Berbudi Kita Berbahasa
: 11.1 Menyatakan pandangan tentang perkara yang menarik dalam sesebuah karya.
Aras 1
(i) Mengulas perkara menarik dalam karya.
Fokus sampingan : 5.2 Membaca kuat teks prosa dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara
yg dibaca.
Aras 3
(ii) Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca.
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat:-
1. Mengulas nilai-nilai murni yang terdapat dalam teks ‘Orang Berbudi Kita Berbahasa’ secara
bertulis.
2. Menjawab 5 soalan pemahaman objektif berdasarkan teks ‘Orang Berbudi Kita Berbahasa’
secara bertulis dengan betul.
3. Menyatakan nilai-nilai murni yang terdapat dalam petikan.
Objektif pemulihan 4. Dapat menggunakan kosa kata yang betul mengikut konteks.
Bahan bantu mengajar :
Bil . Bahan Jumlah
1. Kad gambar 1
2. Radio 1
3. Petikan cerita 35
4. Lembaran kerja 35
5. Carta permainan 1
6. Dadu 1
7. Penanda pemain 6
8. Poster 1
9. Papan putih 1
ISI PELAJARANAKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARANCATATAN
1. Poster
2. Soalan:
a) Apakah yang dapat
kamu lihat dalam poster
tersebut?
- Gambar dua orang budak
lelaki memimpin seorang
lelaki buta
b) Apakah kempen yang
berkaitan dengan poster
tersebut?
- Kempen Budi Bahasa
Induksi set (5 minit)
Aktiviti i
1. Guru menampal poster di
hadapan kelas.
2. Guru bertanya murid tentang
situasi di dalam poster tersebut.
3. Guru bertanya murid perkaitan
poster yang ditunjukkan dengan
kempen yang dijalankan oleh
kerajaan.
Poster
-Membaca teks petikan
cerita ‘Orang Berbudi Kita
Berbahasa’ untuk
mendapat idea
keseluruhan.
-Menyatakan dan
mengulas nilai-nilai murni
yang terdapat dalam teks
‘Orang Berbudi Kita
Berbahasa’ secara bertulis.
Aktiviti ii
1. Guru mengaitkan jawapan
murid dengan isi pelajaran pada
hari tersebut.
Teks: “Orang Berbudi
Kita Berbahasa”
1.Soalan:
a. Apakah makna nilai-
nila murni?
b. Apakah makna
perkataan yang sukar
kamu terjemahkan?
1. Kad gambar
- Situasi i:
Orang yang turun daripada
bas tidak mengucapkan
terima kasih kepada
Fasa sebelum(15 minit)
Langkah 1
Aktiviti i
1 1. Guru mengedarkan petikan.
Murid membaca secara skimming
untuk memahami idea keseluruhan
teks.
2. Guru meminta pelajar
menceritakan pengalaman sendiri
berdasarkan makna kata .
3 3. Guru menyatakan maksud
“Orang Berbudi Kita Berbahasa”
secara lebih terperinci supaya
murid faham.
Aktiviti ii
1 1. Guru menayangkan gambar
yang menggambarkan 2 situasi
tentang budi bahasa.
2. Guru membimbing murid
BBB: Teks cerita
Kaedah: skimming
KBT : Mentalis
: Belajar cara belajar
BBB: Kad gambar
- Pendekatan deduktif:
Membanding beza
-
pemandu bas.
- Situasi ii: Seorang
sahaja penumpang yang
mengucapkan terima kasih
kepada pemandu bas
semasa menuruni bas.
merujuk terus kepada nilai murni
yang dikenal pasti
3. Apakah perbezaan situasi i dan
situasi ii?
4. Apakah perkara yang patut kita
lakukan jika berada dalam situasi
i?
5. Buat ulasan tentang perlakuan
yang kurang bersopan dengan
perlakuan yang bersopan?
6. Mengapa ?
Fasa semasa(10 minit)
Langkah 2
Aktiviti i
1. 1. Guru menyuruh murid menulis
karangan tentang perbezaan yang
telah dikenalpasti dalam gambar
yang dipaparkan secara lengkap
menggunakan ayat sendiri.
-
Aktiviti membaca teks:
“Orang Berbudi Kita
Berbahasa”
Fasa selepas (25 minit)
Langkah 3
Aktiviti i
1. Guru menerangkan makna ayat
yang sukar difahami.
2. Guru menerangkan kandungan
teks:
- Teks ini menerangkan tentang ...
menggunakan kata tanya:
i. Mengapa....?
ii. Apakah...?
iii. Di manakah...?
BBB
- Teks petikan
- lembaran kerja
- Soalan objektif
- Peta minda nilai-nilai
murni.
1. Karangan bergambar
1. Permainan Bahasa
Jika pemain berhenti di
petak yang mengandungi
nilai yang positif,pemain
akan maju ke hadapan.
Jika pemain berhenti di
petak yang mengandungi
nilai yang negatif,pemain
akan mundur ke belakang.
iv. Bilakah...?
v. Bagaimanakah
(4W 1H)
3. Guru meminta murid men-
jawab soalan yang disediakan
dalam lembaran kerja.
Aktiviti pemulihan
1. 1. Guru mengedarkan gambar
bersiri beserta keratan-keratan
perkataan kepada murid-murid
pemulihan.
2. 2. Murid-murid diminta untuk
memilih perkataan yang sesuai
bagi melengkapkan ayat dengan
menambah rangkai kata yang
sesuai berdasarkan gambar bersiri
bagi menyudahkan cerita.
3. 3. Seterusnya,murid akan
menggabungkan ayat-ayat yang
telah dibuat menjadi sebuah
karangan pendek yang lengkap.
Aktiviti pengayaan
1. Guru membahagikan murid
kepada 6 kumpulan iaitu lima
murid setiap kumpulan.
2. Guru menerangkan jenis dan
peraturan permainan yang akan
dijalankan kepada murid.
3. Guru membimbing murid
merujuk terus kepada nilai yang
terdapat dalam petak permainan
BBB
- Gambar bersiri
-Keratan-keratan
perkataan
- lembaran kerja
BBB: Carta permainan
dam‘kejar nilai’
: Dadu
: Penanda pemain
Nilai murni:
Bekerjasama
Soalan :
a. Apakah alasan jawapan
tersebut betul atau salah?
dam tempat murid berhenti.
4. Permainan diteruskan sehingga
ada kumpulan yang memenangi
permainan tersebut.
Aktiviti ii
1. Setelah semua murid selesai
menjawab, guru meminta pelajar
menukarkan lembaran kerja
dengan rakan-rakan dan
membincangkan jawapan yang
tepat..
2. Murid yang berjaya menjawab
kesemua soalan akan mendapat
token.
Peneguhan positif
Hadiah (alat tulis)
- motivasi ekstrinsik
Kognitif :
Rumusan isi pelajaran
- Nilai-nilai murni
Sosial :
Pujian
Nyanyian lagu ‘Budi
Bahasa Budaya Kita’
Penutup (5 minit)
1. Guru merumuskan isi pelajaran
pada hari tersebut.
2. Guru memberi pujian atas sikap
murid .
3.Guru meminta murid-murid
menyanyikan semula lagu ‘Budi
bahasa budaya kita’ diiringi lagu
tersebut.
Gabungjalin kemahiran:
muzik
BBB:
- Radio,cakera padat (CD)
- Video lagu ‘Budi Bahasa
Budaya Kita’
4.0 RANCANGAN PENGAJARAN INOVASI BAHASA MELAYU TAHUN 5
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Masa : 8.45 pagi – 9.45 pagi (1 jam)
Hari : Khamis
Tahun : 5 Aktif
Jumlah murid : 35 orang
Tema : Budi Bahasa Budaya Kita
Tajuk : Orang Berbudi Kita Berbahasa
: 11.1 Menyatakan pandangan tentang perkara yang menarik dalam sesebuah karya.
Aras 1
(i) Mengulas perkara menarik dalam karya.
Fokus sampingan : 5.2 Membaca kuat teks prosa dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara
yg dibaca.
Aras 3
(ii) Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca.
: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat:-
1. Mengulas nilai-nilai murni yang terdapat dalam teks ‘Orang Berbudi Kita Berbahasa’ secara
bertulis.
2. Menjawab soalan pemahaman objektif berdasarkan teks ‘Orang Berbudi Kita Berbahasa’
secara bertulis dengan betul.
3. Menyatakan nilai-nilai murni yang terdapat dalam slide yang dipaparkan.
Objektif pemulihan 4. Dapat menggunakan kosa kata yang betul mengikut kon
Bahan bantu mengajar :
Bil . Bahan Jumlah
1. Cakera Padat (CD) 1
2. Radio 1
3. Petikan cerita 35
4. Lembaran kerja 35
5. Carta permainan 1
6. Dadu 1
7. Penanda pemain 6
8. Poster 1
9. Skrin 1
ISI PELAJARANAKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARANCATATAN
1. Slide
2. Soalan:
a. Ceritakan apa yang
dapat kamu faham dalam
video tersebut?
b. Nyatakan kempen yang
sesuai dengan video
tersebut?
Kempen Budi Bahasa
Induksi set (5 minit)
Aktiviti i
1. Murid menonton video
kanak-kanak membantu lelaki
buta melintas jalan.
2. Guru bertanya murid
tentang situasi di dalam video
tersebut.
3. Guru bertanya murid
perkaitan poster yang ditunjukkan
dengan kempen yang dijalankan
oleh kerajaan.
Strategi: Pemusatan
pelajar dan bahan.
Kaedah : Penerangan dan
penyoalan.
BBM :LCD projektor
-Slaid PowerPoint,
Nilai: Kesungguhan,
Ketelitian, bekerjasama
BKK :Mengenal pasti,
Membanding dan
membanding beza
TMK : ICT
EMK: Kreatif dan
InovasiPengetahuan
sedia ada
1. Murid dibahagikan
kepada beberapa
kumpulan.
Aktiviti ii
1. Guru mengaitkan jawapan
murid dengan isi pelajaran pada
hari tersebut.
2. Setiap kumpulan diminta
berbincang untuk melakonkan
semula watak berdasarkan video
yang ditonton pada awal
pembelajaran.
3. Murid berbincang dalam
kumpulan dan mengulas nilai-nilai
murni yang terdapat video ‘Orang
Berbudi Kita Berbahasa’ secara
lisan.
Strategi: Pemusatan
pelajar dan bahan.
Kaedah : Penerangan dan
penyoalan.
BBM :LCD projektor
-Slaid PowerPoint,
Nilai: Kesungguhan,
Ketelitian, bekerjasama
BKK :Mengenal pasti,
Membanding dan
membanding beza
TMK : ICT
EMK: Kreatif dan
InovasiPengetahuan
sedia ada
Teks: “Orang Berbudi
Kita Berbahasa”
1.Soalan:
a. Apakah makna nilai-
nila murni?
b. Apakah makna
perkataan yang sukar
kamu terjemahkan?
Fasa sebelum(15 minit)
Langkah 1
Aktiviti i
1. Murid membaca petikan yang
terdapat di slide .
2. Murid membaca secara
skimming untuk memahami idea
keseluruhan teks.
3. Murid menceritakan sendiri ni-
lai murni berdasarkan pengalaman
sedia ada.
3 4. Guru menyatakan maksud
“Orang Berbudi Kita Berbahasa”
secara lebih terperinci supaya
murid faham.
Strategi: Pemusatan pelajar
dan bahan.
Kaedah : Penerangan dan
penyoalan.
BBM :LCD projektor
-Slaid PowerPoint,
Nilai: Kesungguhan,
Ketelitian, bekerjasama
BKK :Mengenal pasti,
Membanding dan
membanding beza
TMK : ICT
EMK: Kreatif dan
InovasiPengetahuan
sedia ada
1. Video
- Situasi i( video 1):
Orang yang turun daripada
bas tidak mengucapkan
terima kasih kepada
pemandu bas.
- Situasi I ( video 2):
Seorang sahaja
penumpang yang
mengucapkan terima kasih
kepada pemandu bas
semasa menuruni bas.
Aktiviti ii
1 1. Guru menayangkan video yang
menggambarkan 2 situasi tentang
budi bahasa.
2 2. Guru membimbing murid
merujuk terus kepada nilai murni
yang dikenal pasti
a) Apakah perbezaan situasi
i(video 1) dan situasi ii
(video2)?
b) Apakah perkara yang patut
kita lakukan jika berada
dalam situasi i?
Buat ulasan tentang perlakuan
yang kurang bersopan dengan
perlakuan yang bersopan?
- Mengapa?
Strategi: Pemusatan
pelajar dan bahan.
Kaedah : Penerangan dan
penyoalan.
BBM :LCD projektor
-Slaid PowerPoint,
Nilai: Kesungguhan,
Ketelitian, bekerjasama
BKK :Mengenal pasti,
Membanding dan
membanding beza
TMK : ICT
EMK: Kreatif dan
InovasiPengetahuan
sedia ada
Fasa semasa(10 minit)
Langkah 2
Aktiviti i
1. - Guru menyuruh murid menulis
karangan tentang perbezaan yang
telah dikenalpasti dalam gambar
yang dipaparkan secara lengkap
menggunakan ayat sendiri.
Strategi: Pemusatan pelajar
dan bahan.
Kaedah : Penerangan dan
penyoalan.
BBM :LCD projektor
-Slaid PowerPoint,
Nilai: Kesungguhan,
Ketelitian, bekerjasama
BKK :Mengenal pasti,
Membanding dan
membanding beza
TMK : ICT
EMK: Kreatif dan
InovasiPengetahuan
sedia ada
Aktiviti membaca teks:
“Orang Berbudi Kita
Berbahasa”
1.
Karangan bergambar
Fasa selepas (25 minit)
Langkah 3
Aktiviti i
1. Guru menerangkan makna ayat
yang sukar difahami.
2. Guru menerangkan kandungan
teks:
- Teks ini menerangkan tentang ...
M menggunakan kata tanya:
i. Mengapa....?
ii. Apakah...?
iii. Di manakah...?
iv. Bilakah...?
v. Bagaimanakah
(4W 1H)
3. Guru meminta murid men-
jawab soalan yang disedi-
akan dalam lembaran kerja.
Aktiviti Pemulihan
1.
1. Guru menayangkan slide
gambar bersiri beserta keratan-
keratan perkataan kepada murid-
murid pemulihan.
2. 2. Murid-murid diminta untuk
memilih perkataan yang sesuai
bagi melengkapkan ayat dengan
menambah rangkai kata yang
S trategi: Pemusatan pelajar
dan bahan.
Kaedah : Penerangan dan
penyoalan.
BBM :LCD projektor
-Slaid PowerPoint,
Nilai: Kesungguhan,
Ketelitian, bekerjasama
BKK :Mengenal pasti,
Membanding dan
membanding beza
TMK : ICT
EMK: Kreatif dan
InovasiPengetahuan
sedia ada
Strategi: Pemusatan pelajar
dan bahan.
Kaedah : Penerangan dan
penyoalan.
BBM :LCD projektor
-Slaid PowerPoint,
Nilai: Kesungguhan,
1.Video cerita teladan
Soalan :
a. Senaraikan 8 nilai
murni yang terdapat dalam
video cerita teladan
bersama contohnya.
sesuai berdasarkan slide bagi
menyudahkan cerita.
3. 3. Seterusnya murid akan
menggabungkan ayat-ayat yang
telah dibuat menjadi sebuah
karangan pendek yang lengkap.
Aktiviti pengayaan
1. Guru membahagikan murid
kepada 6 kumpulan iaitu lima
murid setiap kumpulan.
2. Guru menayangkan video
cerita teladan.
3. Murid diminta menyenaraikan
sekurang-kurangnya 8 nilai murni
yang terdapat dalam video dalam
kumpulan.
4.Setiap wakil kumpilan akan
menerangkan nilai murni yang
mereka peroleh dalam video .
Aktiviti ii
1. Murid menulis nilai-nilai murni
yang telah dibincangkan kedalam
buku tulis.
Ketelitian, bekerjasama
BKK :Mengenal pasti,
Membanding dan
membanding beza
TMK : ICT
EMK: Kreatif dan
InovasiPengetahuan
sedia ada
Strategi: Pemusatan
pelajar dan bahan.
Kaedah : Penerangan
dan penyoalan.
BBM :LCD projektor
Laptop.
Nilai: Kesungguhan,
Ketelitian, bekerjasama
BKK :Mengenal pasti,
Membanding dan
membanding beza
TMK : ICT
EMK: Kreatif dan
InovasiPengetahuan
sedia ada
Kognitif :
Rumusan isi pelajaran
Penutup (5 minit)
1. Guru merumuskan isi pelajaran
Strategi: Pemusatan pelajar
dan bahan.
- Nilai-nilai murni
Sosial :
Pujian
Nyanyian lagu ‘Budi
Bahasa Budaya Kita’
pada hari tersebut.
2. Guru memberi pujian atas sikap
murid .
3.Guru meminta murid-murid
menyanyikan semula lagu ‘Budi
bahasa budaya kita’ diiringi lagu
tersebut.
Kaedah : Penerangan dan
penyoalan.
BBM :LCD projektor
-Slaid PowerPoint,
Nilai: Kesungguhan,
Ketelitian, bekerjasama
BKK :Mengenal pasti,
Membanding dan
membanding beza
TMK : ICT
EMK: Kreatif dan
InovasiPengetahuan
sedia ada
5.0 PERBANDINGAN PENGAJARAN BIASA DENGAN PENGAJARAN
INOVASI
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah merangka transformasi terhadap bidang
pendidikan seperti isi kandungan kurikulum, penyusunan, pedagogi dan pendekatan di dalam
bilik darjah yang membolehkan potensi inovasi dan kreativiti pelajar dapat dipupuk dengan
efektif. Transformasi ini penting kerana kurikulum merupakan perubahan penting bagi
keberkesanan sekolah dan laluan kepada kecemerlangan pendidikan (Kementerian Pelajaran
Malaysia, 2010).
Kecemerlangan pendidikan ini boleh dicapai melalui tranformasi pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.Senario masa depan dalam pendidikan amat bergantung kepada
berkesan atau pun tidak proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang di jalankan
sekarang. Matlamat utama pendidikan ialah menjadikan pelajar menjadi cemerlang dari segi
intelek, rohani,emosi dan jasmani. Dalam konteks hari ini, suatu perubahan perlu dalam
proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih kreatif dan inovatif perlu dicerna.
Guru berperanan menyampaikan pengajaran kepada muridnya. Sejauh mana
tercapainya objektif ini adalah bergantung kepada kaedah atau cara penyampaian guru itu
sendiri . Mengamalkan prinsip kepelbagaian dalam pengajaran sebagai rempah hidup di bilik
darjah akan dapat mewujudkan keseronokan dalam pembelajaran dan seterusnya
keberkesanan pembelajaran kepada pelajar itu sendiri .
Jika dibandingkan pengajaran biasa dengan pengajaran inovasi,dapatlah di buat
perbandingan seperti berikut ,jika dahulu proses pengajaran adalah berpusatkan guru tetapi
kini setelah mengalami proses inovasi kaedah pengajaran lebih kepada berpusatkan pelajar
kerana kaedah ini lebih menarik minat pelajar,contohnya dalam mata pelajaran Bahasa
melayu, kaedah dan teknik pengajaran yang dikenal pasti sesuai untuk menarik minat
pelajar ialah aktiviti dalam kumpulan, aktiviti minda kreatif yang lebih kepada penggunaan
multimedia. Guru perlu membebaskan diri daripada pemikiran lama yang membelenggu
mereka dalam kaedah pengajaran. Seperti kaedah chalk and talk sudah tidak relevan lagi buat
masa kini, Mahasan Mahmood (2003).
Dari dari sudut konsep 5P (pengayaan,pemulihan,penyerapan,pengabungjalinan dan
penilaian).Elemen ini merupakan asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran .Konsep ini
merupakan aspek penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana melalui proses ini
pelajar dapat menyesuaikan maklumat dalam rangsangan serta menghasilkan satu pelajaran
yang bersepadu dan menyeluruh serta mengelakkan kebosanan dalam kalangan murid.
Contohnya dalam elemen pengayaan,pelbagai aktiviti pengayaan boleh dijalankan
yang berpusatkan murid yang sesuai mengikut kecerdasan murid yang pelbagai seperti
pembelajaran akses kendiri, kerja projek, bacaan tambahan, permainan dan rekreasi, serta
pembelajaran berbantukan komputer. Strategi ke arah pembelajaran berpusatkan pelajar
memberi peluang kepada pelajar belajar secara individu, kumpulan dan kelas.
Jika kaedah pengajaran dahulu menggunakan “chalk and talk” dan dibelenggu oleh
buku teks yang berpusat kepada guru semata-mata,tetapi kaedah pengajaran sekarang lebih
kepada pengajaran berpusat kepada pelajar melalui pelbagai aktiviti pembelajaran.
Contohnya,pengajaran Chalk and Talk telah diganti dengan menggunakan power point
presentation, menggunakan video yang berkaitan dengan isi pengajaran. Aktiviti membuat
latihan di dalam lembaran kerja,buku tulis dan arahan guru telah diganti dengan kaedah
perbincangan,buku skrap secara berkumpulan atau individu serta latihan menyelesaikan
masalah dalam kumpulan dan sebagainya.
Selain daripada itu, proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan pelajar
bekerjasama dengan pihak luar untuk mendapatkan maklumat merupakan inovasi
menjalinkan hubungan baru dengan pihak luar dan peringkat sekolah melaluiaktiviti luar
seperti ko kurikulum. Dari segi inovasi perkembangan berterusan pula, guru menerapkan ia di
dalam soalan peperiksaan akhir dan penilaian berterusan.
Inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran yang dirangka dan dilaksanakan dapat ,
pembangunan minda, mengembangkan potensi pemikiran kreatif dan inovatif pelajar.
Stailpengajaran inovasi adalah lebih menarik, menyeronokkan dan bebas daripada tekanan
dan kebimbangan. Kaedah-kaedah kreatif dan inovatif dapat mencorakkan suasana belajar
dan meningkatkan pencapaian positif murid tentang sesuatuyang dipelajari.Selain
itu,kreativiti dan inovasi juga dapat mencorakkan situasi pembelajaran yang ceria dan
berkesan.
Bagi kaedah penyerapan pula,jika kaedah pengajaran biasa ialah kemahiran yang
digabungjalinkan berkaitan dengan kemahiran yang terdapat dalam hasil pembelajaran dan
kemahiran dari mata pelajaran yang lain sementara itu, kaedah pengabungjalinan inovasi pula
ialah secara interaktif yang menggabungjalinkan kemahiran mata pelajaran dengan
perkembangan teknologi maklumat semasa PdP ini menjadikan pengajaran Bahasa Melayu
berinovasi lebih berkesan berbanding pengajaran secara biasa.
Kaedah ini memain peranan yang penting kerana proses pengajaran secara interaktif
ini akan memberikan pengalaman belajar yang sebenar dan terus kerana pembelajaran secara
interaktif membolehkan murid menghubungkaitkan maklumat yang mereka pelajari.
nilai dan kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran berfikir, kajian masa depan,
kemahiran belajar cara belajar, dan boleh diserapkan dalam pengajaran (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2000). Penyerapan ini juga mengandungi pelbagai ilmu dan disiplin
dalam pelbagai mata pelajaran yang boleh dimanfaatkan dalam pengajaran. Pengajaran
inovasi ini dapat mewujudkan aktiviti pengajaran dan pemudahcara yang lebih prodaktif dan
efektif. Di samping itu, pemilihan isi pengetahuan yang menarik daripada kaedah pengajaran
amalan biasa.
Pengajaran dan pembelajaran yang bertema membolehkan murid menyerap pelbagai
ilmu dan disiplin lain. Melalui pengajaran inovasi, dapat mewujudkan aktiviti pengajaran dan
pemudahcara yang lebih prodaktif dan efektif berbanding kaedah pengajaran yang biasa.
Contohnya dalam pengajaran Bahasa Melayu, pengajaran inovasi ini menjadikan mata
pelajaran Bahasa Melayu senang difahami dengan sesuatu yang dipelajari dengan penyerapan
, hubung kait, dengan mata pelajaran yang lain. Guru bukan sahaja mengajar bahasa malah
turut menyampaikan nilai-nilai murni seperti Pendidikan Agama Islam,Muzik dan
sebagainya.
'World Wide Web' (www) merupakan satu eleman dalam internat, Penggunaan teknik
pengajaran yang berinovasi menjadikan pengajaran Bahasa Melayu lebih berkesan
berbanding pengajaran secara biasa.Kemahiran belajar, kemahiran pelbagai kecerdasan,
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, dan kemahiran generik merupakan elemen yang
terdapat dalam pengabungjalinan. Kemahiran diluar pembelajaran ini membawa maksud
penggabunganjalinan merentasi kurikulum. Penggabungjalinan merupakan proses
pembelajaran dan pemudahcara yang menekankan beberapa kemahiran yang dapat dikuasai
secara serentak. Elemen pengabungjalinan sudah lama terdapat dalam kaedah pengajaran.
Kemahiran yang digabungjalinkan berkaitan dengan kemahiran yang terdapat dalam hasil
pembelajaran dan kemahiran dari mata pelajaran yang lain.Melalui kaedah inonvasi,guru
menggunakan pengajaran inovasi secara interaktif yang menggabungjalinkan perkambangan
teknologi maklumat semasa pengajaran dan pembelajaran.
Pemulihan pula merupakan satu program khas berbentuk tambahan bagi mengatasi
kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang
menghalangnya berfungsi secara normal seperti murid yang sebaya dengannya dapat diatasi.
Dalam pengajaran biasa,pelajar-pelajar pemulihan sering disogokkan dengan kad-kad
perkataan sehingga menimbulkan perasaan bosan kepada pelajar tersebut.Dalam pengajaran
inovasi, pelajar akan didorong kepada pembentukan sahsiah dan kematangan fikiran yang
boleh dicorak secara mudah kepada sukar mengikut kadar kemampuan pelajar bagi
menguasai kemahiran yang diajar.Contohnya penggunaan bahan multimedia yang pelbagai
dan kaedah pengajaran yang menarik dan terkini seperti didik hibur akan memberi peluang
kepada pelajar berasa seronok dan mempunyai keyakinan diri untuk belajar seperti pelajar
yang lain.
Ledakan teknologi menuntut guru untuk lebih peka dalam menyediakan bahan
pembelajaran.Kaedah pengajaran biasa menggunakan bahan pembelajaran maujud,kaedah ini
mungkin sudah tidak sesuai lagi dengan dunia pendidikan masa kini.kaedah pengajaran biasa
secara langsung yang berterusan akan membosankan pelajar dan mampu menghilangkan
semangat untuk belajar.Oleh sebab itu konsep bahan bantu mengajar berasaskan TMK bagi
memperluaskan jaringan komunikasi tanpa batasan dapat membantu guru menarik perhatian
pelajar.Penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik berupaya menanam minat dan
mengembangkan kreativiti pelajar. Selain itu, bahan bantu mengajar dapat juga memberikan
keseronokan kepada pelajar kerana dengan penggunaannya, pelajar akan mengalami situasi
yang terkeluar daripada suasana pembelajaran biasa dan seterusnya dapat menghindarkan
mereka daripada merasa bosan ketika belajar.
Begitu juga dengan kaedah pentaksiran dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.Dalam kaedah pengajaran biasa,pelajar dinilai melalui peperiksaan atau ujian
bulanan,Namun setelah berlakunya tranformasi dalam pendidikan,pelbagai cara atau kaedah
digunakan dalam menilai pelajar-pelajarnya. Proses penilaian pengajaran sekarang, pelajar
tidak dilakukan secara kertas pensel semata-mata.Penilaian secara global dilakukan melalui
kombinasi kaedah penilaian sepertipemerhatian, interaksi dua hala, percambahan minda dan
hasil kerja projek.,Penilaian secara formatif bagi menguji kefahaman serta tahap penguasaan
mereka. Cara itu memberi peluang untuk mengesan pelajar yang tercicir dan membuat
tindakan susulan.
6.0 KESIMPULAN
Pendidikan dewasa ini telah meletuskan perubahan yang sangat ketara
terutama dalam sistem pentadbiran dan proses pengajaran dan pembelajaran dalam
sistem pendidikan global. Pelajar merupakan aset negara yang perlu dipupuk dan
dicema supaya menjadi warganegara yang dapat mendukung wawasan negara. Robiah
& Nor Sakinah (2007) menyatakan, perubahan harus berlaku dalam sistem mengajar
dan belajar di bilik-bilik darjah yang mana pendekatan konstruktivisme adalah
digalakkan kerana ia dapat memupuk minat serta menggalakkan pelajar lebih
bertanggungjawab terhadap pembelajaran di samping menerapkan amalan
pembelajaran sepanjang hayat. Arus perkembangan semasa menuntut kepada
perubahan dari segenap aspek mahupun lapangan kehidupan umum. Perubahan positif
merupakan anjakan yang perlu dihasilkan bagi mewujudkan kedinamikan untuk
menghadapi cabaran-cabaran baru seiring perkembangan semasa. Justeru, pendidikan
masakini perlu kepada pembaharuan bagi merealisasikan proses pembentukan dan
pengembangan potensi diri yang patut disalurkan kepada para pelajar.
Realiti pelajar pada hari in,sejak berusia 2 tahun sudah mampu menggunakan
aplikasi komputre atau alat ICT lain yang canggih untuk mengenal huruf atau objek-
objek tertentu. ‘Dunia di hujung jari’ merupakan frasa yang amat mudah difahami
pada masa kini.Letusan ini adalah disebabkan oleh perubahan dalam bentuk teknologi
yang semakin maju dan digunakan oleh semua negara di dunia.Dalam sistem
pendidikan secara berpusat yang diamalkan di Malaysia, pelaksanaan inovasi
pendidikan adalah bersifat menjunam melalui proses dari atas ke bawah. Proses yang
perlu dilalui untuk menyebarkan inovasi kepada penerima adalah panjang dan berliku,
melibatkan beberapa peringkat penyebaran tertentu. Lazimnya, penyebaran inovasi itu
dilaksanakan secara stereotaip melalui mesyuarat, kursus, bengkel, seminar dan
sebagainya.
Dalam sistem pendidikan secara berpusat yang diamalkan di Malaysia,
pelaksanaan inovasi pendidikan adalah bersifat menjunam melalui proses dari atas ke
bawah. Proses yang perlu dilalui untuk menyebarkan inovasi kepada penerima adalah
panjang dan berliku, melibatkan beberapa peringkat penyebaran tertentu. Lazimnya,
penyebaran inovasi itu dilaksanakan secara stereotaip melalui mesyuarat, kursus,
bengkel, seminar dan sebagainya.
7.0 Rujukan :
A.Aziz Deraman (2007). Bahasa Melayu dan cabaran global. Dewan Bahasa, 7(2), 26- 30.
Jeong-Bae Son (2006). Using online discussion groups in a CALL teacher training
course. Regional Language Centre Journal. 37(1), 123-135.
Yahya Othman (2007). Bahan bantu mengajar memperkukuh Bahasa Melayu. Fajar
Bakti Sdn Bhd.
http://jongbatu.wordpress.com/2011/03/16/strategi-berasaskan-bahan-aktiviti
http://duniakhiratsyurga.blogspot.com/2012/09/kreativiti-guru-dalam-pengajaran-bahasa.html
http://cikgu-lan.blogspot.com/2013/09/potensi-ict-dalam-pengajaran-dan.html