Post on 30-Jun-2015
BAB I
METODOLOGI PENYELIDIKAN
1.1 Latar Belakang Masalah
Masyarakat Melayu di Malaysia sememangnya memiliki budaya
kehidupan yang begitu unik.Ini adalah kerana berdasarkan faktor sejarah ,
begitu banyak unsur-unsur yang mempengaruhi adat resam dan budaya
masyarakat Melayu. Apatah lagi masyarakat Melayu sememangnya begitu
terkenal sebagai bangsa yang sangat mementingkan adat. Pentingnya adat
bagi masyarakat Melayu jelas terlihat dalam peribahasa yang berbunyi Biar
mati anak, jangan mati adat. Tata perlakuan dalam adat resam masyarakat
Melayu banyak dipengaruhi oleh adat yang diwarisi dari budaya Hindu yang
disesuaikan mengikut unsur-unsur Islam.1
Di Malaysia, penduduk pribumi dari keturunan suku-suku di
Indonesia, seperti Minangkabau, Jawa, Aceh, Bugis atau Mandaling yang
bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam dan mengikuti adat-istiadat
Melayu, semuanya dianggap sebagai orang Melayu.2 Dan seperti yang
diketahui , Indonesia yang menjadi asal punca wujudnya susur galur
masyarakat Melayu di Malaysia sangat-sangat terpengaruh dengan
kebudayaan Hindu dan juga Buddha. Berbanding dengan bidang lain,
1 http://malaysiana.pnm.my/01/0101mel_pengenalan.htm Tarikh : 01 Mac 20112 http://id.wikipedia.org/wiki/Masyarakat_Melayu_di_Malaysia#Definisi_Melayu Tarikh : 24 Feb 2011
1
barangkali tidak ada aspek lain yang lebih besar lagi abadi pengaruh Hindu-
Buddha di dalamnya melainkan aspek kesenian3.
Aspek-aspek kesenian Melayu yang masih berbaur dengan pengaruh
Hindu contohnya , masih jelas dipelihara sehingga kini terutamanya di
dalam adat istiadat perkahwinan, kelahiran dan juga kematian. Selain dari
itu pengaruh seni dan budaya tersebut juga hinggap di pelbagai bidang
yang lain termasuk masakan, permainan rakyat serta tarian tradisional
Melayu. Seni tari seperti Tarian Asyik, Mak Inang , Canggung dan juga
Kuda Kepang pada mulanya berhubung rapat dengan kepercayaan
tradisional, yang dilakukan dengan tujuan untuk mengembalikan irama
alam yang dianggap tidak seimbang, seperti kemarau dan banjir. Melalui
upaca tarian dengan gerak-geri tertentu dikatakan dapat mempengaruhi
gerakan alam. Dan sebagaimana biasa, dalam upacara ini berlakulah
perhubungan kuaa ghaib dan roh halus.4
Menyorot pandangan kepada kekayaan nilai seni budaya yang dimiliki
oleh masyarakat Melayu inilah, masyarakat merasakan perlunya wujud rasa
kecintaan di kalangan generasi kini terhadap seni budaya tersebut bagi
memastikan ianya tidak lapuk ditelan zaman. Justeru itu pelbagai langkah
yang telah dilaksanakan oleh pihak-pihak tertentu samada badan kerajaan
atau bukan kerajaan bagi memastikan kesenian ini terus dipelihara.
Antaranya adalah dengan mengadakan kelas-kelas tarian, persembahan dan
sebagainya.
3 Abdul Rahman Abdullah (2003).Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara.Kuala Lumpur: Utusan Publication Sdn.Bhd. Hal:1874 Abdul Rahman Abdullah (2003). Hal.397
2
Tidak dinafikan bahawa unsur-unsur kesenian yang terdapat di dalam
budaya dan adat resam tersebut mempunyai nilai yang cukup tinggi .
Namun begitu apa yang membimbangkan adalah masih wujud unsur-unsur
khurafat, tahyul , pemujaan ruh dan semangat di dalam persembahan
tersebut yang masih diamalkan sehingga kini. Amalan ini pastinya memberi
kesan terhadap aqidah mereka yang mengamalkannya serta mereka yang
menontonnya. Langkah-langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi
membendung gejala ini juga dirasakan masih belum dilaksanakan dengan
menyeluruh. Diakui bahawa bukan mudah untuk membenteras aktiviti
kesenian berunsurkan syirik dan khurafat kerana ianya seolah-olah telah
sebati dengan jiwa masyarakat Melayu khususnya.
Dalam penilaian tentang pengaruh Islam di Nusantara, dua orang
tokoh Islam yang terkemuka iaitu Prof.Dr.Hamka dan Dr. M.Natsir
menjelaskan bahawa corak dakwah Islamiyyah di Nusantara yang terlalu
menekankan sikap damai dan menyesuaikan diri telah menimbulkan
sinkretisme. Iaitu usaha mencari kecocokan atau penyesuaian. Dengan
demikian , penggantian agama tidaklah banyak berkesan. 5 Justeru itu
masyarakat Islam nusantara sehingga kini sering mencampur adukkan di
antara yang hak dan yang bathil.
1.2 Objektif Kajian
5 Abdul Rahman Hj Abdullah (2006). Hal 137.
3
Dapatan kajian yang dilakukan terhadap tajuk ini adalah diharapkan
dapat mencapai objektif – objektif berikut :
1.2.1 Mengesan dan mengkaji sejarah dan asal-usul Seni Tarian Kuda
Kepang Masyarakat Jawa di Malaysia. Melalui kajian ini penulis
berharap ia akan dapat menjawab beberapa persoalan penting serta
merungkai kemusykilan tentang sejarah dan asal usul tarian ini.
1.2.2 Mengenal pasti unsur-unsur kesenian yang terdapat di dalam Seni
Tarian Kuda Kepang Masyarakat Jawa di Malaysia. Ini adalah kerana
Tarian Kuda Kepang ini adalah salah satu seni tarian tradisional
rakyat yang memiliki sejarahnya yang tersendiri. Oleh itu dengan
cara mengenal pasti unsur-unsur kesenian tersebut , ia akan memberi
suatu faedah yang besar khususnya di kalangan generasi muda ,
seterusnya menghargai nilai-nilai kesenian tersebut.
1.2.3 Mengenal pasti nilai-nilai kesenian Tarian Kuda Kepang dari sudut
persamaan dan juga percanggahan dengan prinsip-prinsip kesenian
Islam. Tidak dinafikan bahawa Tarian Kuda Kepang memiliki nilai
seni dan estetika yang sangat tinggi. Namun begitu tidak semua
perkara yang diterima oleh masyarakat dapat diterima oleh Islam.
Oleh itu dengan mengenal pasti unsur-unsur kesenian tersebut dari
sudut percanggahan dan persamaannya dengan kehendak Islam ,
mungkin seni warisan ini dapat terus diamalkan tanpa melanggar
batas-batas yang ditetapkan oleh syara’.
4
1.2.4 Mengenal pasti bentuk-bentuk kesenian yang dibenarkan di dalam
Islam. Ini adalah kerana seperti yang diketahui bahawa kesenian itu
memiliki cabang dan bentuknya yang pelbagai. Ini termasuklah seni
bina, seni ukiran, penulisan, seni lakon dan sebagainya. Dan Islam
yang penuh dengan keindahan tidak pernah menolak seni kerana seni
itu sendiri dapat mendorong hati ke arah ketakwaan kepada Allah
SWT dengan syarat ianya dihasilkan berlandaskan kaedah syara’.
1.2.4 Mencari kaedah terbaik bagi mengatasi unsur-unsur khurafat dan
syirik yang terdapat di dalam bentuk-bentuk kesenian masyarakat
Islam di Malaysia. Umum mengetahui bahawa adalah agak sukar
menghakis fahaman – fahaman khurafat yang telah sebati dengan
adat resam masyarakat Jawa. Salah satu sebabnya adalah ingin
menjaga hati generasi tua. Justeru itu dengan adanya kajian ringkas
ini, sekurang-kurangnya ia dapat mencari kaedah yang sesuai untuk
meneruskan seni warisan ini, khususnya Tarian Kuda Kepang dalam
keadaan ianya terpelihara dari sebarang unsur yang mencemar
aqidah.
1.3 Masalah Kajian
1.3.1 Kekurangan sumber di dalam bentuk teks.
1.3.2 Sumber-sumber teks yang ditemui juga tidak menjelaskan secara
terperinci terhadap lapangan kajian.
1.3.3 Terdapatnya beberapa percanggahan dari sudut fakta yang belum
dapat dikaji secara mendalam oleh penulis.
5
BAB II
ISLAM DAN SENI
6
2.1 Definisi Seni
Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi Ketiga seni
bermaksud halus , iaitu kecil, elok, tipis dan halus, enak didengar iaitu
mengenai suara, comel bentuk badan. Seni II juga bermaksud karya
termasuklah sajak, lukisan, muzik dan lain-lain lagi yang dicipta dengan
bakat atau kecekapan dan hasil daripada sesuatu ciptaan. 6
Kamus Dewan Dwi Bahasa Dewan Bahasa Dan Pustaka pula
menjelaskan seni sebagai suatu ciptaan yang indah dan memerlukan banyak
kemahiran dan pengalaman serta pengetahuan.7
2.1.1 Definisi Seni Menurut Barat
Menurut Herbert Read, seni adalah penghasilan rupa bentuk yang
menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik.8 Maksud
estetik tersebut adalah tanggapan dan kefahaman seseorang di dalam
menilai seni dan ianya merangkumi penglibatan deria dalam konteks
penghasilan dan penghargaan ke atas objek seni. Keceriaan, keseronokan
dan kesenangan estetik tersebut timbul samada sewaktu menghasilkan
produk seni tersebut ataupun ketika menikmat hasil seni.6 Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi Ketiga (1997). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka Hal.1244-457 Azhar Hj Mad Aros (2003) Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (Kertas 1) Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti m/s:3338 http://colourexist.blogspot.com/20110/01/pandangan-tokoh-barat-timur-dan-html Tarikh : 24 Jan 2010.
7
Menurut Eugene Johnson dalam ‘The Encyclopedia Americana’
menyebut bahawa seni adalah kemahiran. Sebagai contoh seni
pertukangan bermaksud kemahiran pertukangan.
Crose dan Collingwood pula berpendapat bahawa seni suatu imej
mental. Objek yang ideal yang dimyatakan di dalam bentuk fizikal melalui
bahan yang terhasil daripada karya sebenar dalam fikiran pemerhati.9
Menurut Oxford Paperback Dictionary mentafsirkan :
Art : The production of something beautiful; skill of ability in such work. Works such a paintings or sculptures produced bt skills.10
2.1.2 Definisi Seni Menurut Islam
Menurut pandangan Imam Al-Ghazali , menjelaskan seni sebagai kerja
yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan fitrahnya.
Beliau juga menyatakan bahawa seni juga bermaksud indah melalui
pandangan kecantikan dan keindahan.11
9 http://colourexist.blogspot.com/20110/10 Mohd Johari Ab Hamid ( 2004 ).Falsafah Dan Kritikan Seni.Tanjong Malim : UPSI Hal.19.11 http://sites.google.com/site/khazalii/8udi3052keseniandalamislam%28bab8%29
8
Menurut Ibn Khaldun pula seni adalah kebenaran, keindahan dan
kebaikan di mana di dalamnya terkandung cirri-ciri estetika, etika dan
logika.12
Menurut Drs.Sidi Gazalba (1993), seni adalah ciptaan bentuk-bentuk
yang mengandungi nilai estetika yang merupakan perpaduan dengan nilai
etika Islam.13
Kesimpulannya , seni menurut pandangan Islam adalah sesuatu yang
sesuatu yang indah, cantik dan halus yang dapat didengar dan dirasa oleh
jiwa. Seni di dalam Islam bukanlah seni yang mengajak ke arah kelalaian
sebaliknya menanam rasa khusyu’ kepada Allah serta memberi ketenangan
di dalam jiwa manusia sebagai makhluk. Seni di dalam Islam juga
membawa rasa cinta terhadap kehebatan Allah. Justeru itu , seni yang
berpaksikan tauhid kepada Allah akan dapat menanamkan rasa taqwa dan
keimanan di dalam diri manusia yang mana ia juga bukan sahaja dapat
meningkatkan daya intelek manusia malah membangun akhlak dan
memimpin batin manusia yang mana tujuan akhirnya adalah untuk
mencapai keredhaan Allah SWT.
2.2 Kedudukan Seni Di Dalam Islam
Sejajar dengan takrif Islam itu sendiri yang antaranya membawa
maksud selamat dan sejahtera , maka Islam itu sesuai untuk semua
peringkat zaman, situasi, citarasa, kehendak di dalam semua keadaan.
12 Mohd Johari Ab Hamid (2004) Hal 19.13 http://bataviase.co.id/node/155472 Tarikh : 04 Apr 2010.
9
Seperti yang dinyatakan oleh Nik Azis ( 1986 ) , Islam mengatur kehidupan
manusia di alam nyata yang dapat dirasakan melalui pengalaman dan tidak
ada satu aspek pun dalam kehidupan manusia yang luput dari perhatian
Islam14. Aspek tersebut termasuklah nilai-nilai kesenian di dalam Islam. Ini
adalah kerana seni Islam itu terbukti menyokong kuat pembinaan tamadun
Islam .
Seperti yang diketahui, seni adalah sesuatu yang indah dan dan
mampu menyentuh jiwa, naluri dan fitrah semulajadi manusia. Namun di
dalam Islam , seni bukanlah bermatlamatkan hiburan dan keseronokan
semata-mata. Konsep seni di dalam Islam adalah menjurus ke arah tauhid
dan pengabdian diri terhadap Allah. Ini dapat dihasilkan melalui
penghayatan kesenian Islam itu sendiri yang mana menyerlahkan kebesaran
Allah itu sendiri melalui penghayatan jiwa. Apabila olahraga merupakan
penyegar jasmani, ibadah pula penyegar rohani, ilmu pengetahuan
penyegar akal fikiran , maka seni adalah penyegar dan santapan bagi jiwa15.
Contoh kesenian Islam yang paling utama adalah penciptaan Al-
Quran itu sendiri yang mana ianya adalah susunan kalamullah yang
tersangat indah yang tidak mampu untuk ditandingi oleh sesiapapun.
Memandangnya sahaja dengan mata , menjadikan hati terpesona , apatah
lagi membacanya menjadikan hati hidup segar mengakui kebesaran Allah.
Justeru itu, seni di dalam Islam merupakan sebahagian daripada
kebudayaan Islam. Seni Islam merupakan sumbangan daripada tamadun
Islam yang mana tujuannya adalah untuk mencari keredhaan Allah. Berbeza
dengan barat yang hanya menghasilkan seni untuk seni ataupun seni
14 Ahmad Mohd Salleh (2008) Pengajian Agama Islam Dan J-Qaf Shah Alam : Oxford Fajar Sdn.Bhd. Hal.315 Yusof Al-Qardhawi , Prof.Dr (2005) Seni Dan Hiburan .Kuala Lumpur : Hidayah Publisher Hal. 25.
10
kerana seni, tanpa mengira kesan baik dan buruknya terhadap
kemaslahatan manusia itu sendiri.
Penciptaan manusia juga dilihat sebagai seni yang cukup
mengagumkan. Setiap anggota yang terdapat di dalam diri manusia
tersusun dengan cukup indah melengkapi fungsinya. Allah memberi hiasan
untuk kepala dengan menumbuhkan rambut, wajah dihiasi dengan janggut,
misai dan alis. Alis pula dipilihkan rambut yang lembut sekali dan
berbentuk lengkung, sedangkan kedua mata dihiasi dengan rambut di
hujung pelupuk mata.16
Seni di dalam Islam juga snagat berkait rapat dengan tamadun Islam
yang dalam masa yang sama tidak pernah menolak dasar tamadun lain ,
selagi ianya tidak melangkaui batas syara’. Tamadun Islam tidak
menghalang sebarang bentuk hubungan dengan mana-mana tamadun
malah antara intisari yang menjadi dasar kepada Tamadun Islam adalah
berinteraksi secara harmoni dan baik dengan tamadun lain.17
Berdasarkan faktor-faktor tersebut jelas menujukkan bahawa Islam
sememangnya meletakkan seni itu sebagai pelengkap kehidupan manusia
dan pemangkin bagi mencapai keredhaan Allah SWT.
2.3 Bentuk-Bentuk Kesenian Islam
Bentuk – bentuk kesenian Islam meresapi ke dalam pelbagai bidang.
Contoh-contoh Kesenian Islam adalah :
16 Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi Ad-DImasqi (2006). Intipati Ihya’ Ulumuddin.Kuala Lumpur : Darul Fajar Hal.141117 Azhar Hj Mad Aros.(2002).Tamadun Islam Dan Tamadun Asia Kertas 1.Shah Alam : Fajar Bakti Sdn.Bhd.
11
2.3.1 Penulisan Khat / Seni Kaligrafi Islam
Seni kaligrafi Islam atau sinonim dengan sebutan Seni Khat merupakan khazanah
istimewa yang masih dimiliki oleh ummat Islam sehingga kini. Khat merupakan seni
tulisan indah yang mempunyai nilai-nilai kehalusan dan kesenian. Malah teknik dan
lenggok penulisannya seolah-olah memiliki irama yang mampu menyentuh hati. Seni
khat begitu rapat dengan seni ukiran yang mana bangunan-bangunan, istana dan masjid-
masjid di zaman kerajaan Islam terdahulu memiliki ukiran khat yang tersangat indah.
Pada kebiasaannya penulisan khat tertumpu kepada penulisan ayat-ayat Al-Quran dan
kata-kata hikmah. Di dalam tamadun Islam , terdapat lapan kaedah penulisan khat iaitu
Khat Kufi, Thuluth, Nasakh, Farisi, Riq’ah, Diwani, Diwani Jali dan Raihani. Setiap
jenis kaedah penulisannya ini memiliki ciri-cirinya yang tersendiri.
2.3.2 Seni Bina
Seni bina memainkan peranan yang penting di dalam Islam dan sangat terserlah di
dalam pembinaan masjid selari dengan kepentingan pembinaan masjid yang memiliki
fungsi yang pelbagai. Seni bina Islam mempunyai ciri-ciri tertentu yang membezakannya
dengan seni bina bangsa lain. Seni bina Islam mengambil kira ruang pengcahayaan untuk
keselesaan, pemisahan antara lelaki dan perempuan, kesesuaian iklim, keselamatan untuk
jangka masa panjang dan yang paling utama bercirikan tauhid kepada Allah SWT.
Buktinya sehingga kini jelas sekali seni bina tamadun Islam begitu unggul dan terserlah
hasil peninggalan zaman Kerajaan Islam terdahulu terutamanya di dalam pembinaan
masjid. Ini adalah kerana Islam meletakkan tempat ibadah sebagai ciri terpenting
12
sesebuah bandar yang mengambil contoh pembinaan Masjid Nabawi di Madinah dalam
peristiwa hijrah.
2.3.3 Seni Suara , Lagu Dan Bunyi,
Selaras dengan Islam yang tidak pernah mengabaikan kehendak
fitrah manusia yang sukakan keindahan dan hiburan, seni suara yang
berkaitan dengan muzik , lagu dan bunyi tidak pernah diketepikan.
Sebagai contoh kaedah membaca Al-Quran secara bertaranum
merupakan lagu yang sangat menenangkan hati ditambah lagi dengan
keseniah ayat – ayat Al-Quran yang penuh keindahan sehingga
mendatangkan rasa khusyuk di dalam mengingati Allah. Selain dari
itu tiada dalil yang mutlak yang melarang penggunaan alat muzik di
dalam Islam. Yang pastinya Islam telah menyediakan batas-batas
tertentu agar tidak keterlaluan hingga menimbulkan kelalaian.
2.3.4 Seni Ukir
Seni ukir sememangnya berkait rapat dengan seni bina. Kebiasaannya seni ukir
Islam banyak menyorot kepada keindahan alam yang mana bunga-bungan dan tumbuh-
13
tumbuhan menjadi tema ukiran di tiang-tiang masjid dan istana. Selain dari itu , ayat-
ayat Al-Quran juga sering terukir di dalam proses seni bina Islam.
2.4 Ciri-Ciri Kesenian Islam
Sebagaimana yang telah diketahui bahawa seni di dalam Islam itu
adalah bertujuan untuk menguatkan rasa takwa terhadap Allah SWT. Ini
berbanding dengan konsep seni barat yang hanya berpegang dengan
pendapat bahawa seni adalah semata-mata untuk seni, tanpa memikirkan
kaedah, kesan dan akibatnya. Bagi mencapai tahap dan tujuan kesenian
Islam tersebut maka syariat telah telah menggariskan ciri-ciri seni di dalam
Islam agar manusia tidak lalai dalam menghayati keindahannya serta
sentiasa mengutamakan keseimbangan serta batas-batas syara’
sebagaimana sabda Rasulullah SAW :
Sesungguhnya Allah telah menentukan kewajiban-kewajiban, maka janganlah kamu mensia-siakannya, dan menentukan batas-batas larangannya , dan janganlah kamu melanggarnya….18
Ciri-ciri seni Islam menjelaskan perbezaan yang nyata dengan seni
Barat di atas beberapa faktor utama iaitu :
2.4.1 Seni Islam itu terpancar dan lahir dari syariat Islam yang mana ia
berteraskan kepada Al-Quran dan juga Al-Sunnah. Ciri ini membawa
18 Al-Qardhawi (Prof,Dr) (2005) m/s : 53
14
maksud bahawa Islam tidak pernah menolak seni selagi di dalamnya
tidak wujud unsur-unsur yang mencemarkan aqidah serta perkara-
perkara yang dilarang oleh syara’.
2.4.2 Mengangkat martabat manusia dengan tidak meninggalkan nilai-nilai
murni kemanusiaan , persekitaran dan sejagat. Telah terbukti di
dalam sejarah tamadun Islam bahawa segala bentuk kesenian seperti
penulisan, seni bina dan seni ukir telah berjaya menyokong
perkembangan tamadun kerajaan Islam terdahulu seperti Kerajaan
Abasiyyah dan juga Othmaniyyah.
2.4.3 Seni di dalam Islam menghubungkan manusia kepada Allah , alam
sekitar , sesama manusia serta terhadap semua makhluk. Contoh
bagi hakikat ini dapat dilihat dengan segala nilai seni yang terlukis di
alam maya. Tumbuh-tumbuhan yang hidup subur memberi manfaat
kepada manusia seluruhnya dan dalam masa yang sama manusia
diajak agar mejaga kemaslahatan alam tanpa merosakkannya.
2.4.4 Seni di dalam Islam menghubungkan dengan nilai keindahan Islam itu
sendiri yang akhirnya mendorong rasa taqwa, kema’rufan serta
akhlak dan budi yang mantap. Ini sejajar dengan konsep Islam itu
sendiri yang bermaksud aman dan sejahtera. Maka kesenian Islam
menjadi pendorong ke arah mengukuhkan nilai taqwa manusia.
2.4.5 Seni Islam juga mengangkat persoalan akhlak , nilai estetika dan
kemanusiaan . Ini adalah kerana konsep seni yang dijelaskan di
dalam Islam tidak pernah melangkau fitrah manusia. Dalam masa
15
yang sama ia juga sentiasa menjaga kemaslahatan hubungan di antara
manusia dengan Allah, manusia dengan manusia , dan manusia
dengan alam sekitarnya samada terhadap tumbuh-tumbuhan
mahupun haiwan.
2.5 Matlamat Kesenian Islam.
Secara umumnya matlamat seni Islam adalah tidak lain dan tidak
bukan adalah untuk menggerak dan menghidupkan hati-hati manusia agar
sentiasa bertaqwa dan mengakui keagungan Allah SWT. Ini adalah kerana
seni itu penuh dengan keindahan , kehalusan dan kecantikan. Setiap unsur
seni yang terdapat di alam ini seperti di lautan, di daratan, udara dan di
langit penuh dengan rahsia dan keindahan. Malah tubuh badan manusia
juga boleh disebut sebagai hasil seni yang cukup ini. Seni yang yang wujud
di dalam diri manusia juga tidak lain dan tidak bukan adalah kurniaan
daripada Yang Maha Pencipta. Dari situ muncullah keindahan pelbagai
cabang seni yang memenuhi keperluan fitrah manusia yang sememangnya
cinta terhadap keindahan. Menjadikan hati sentiasa terhibur melihat dan
menghasilkan keindahan tersebut.
Hakikatnya , seni di dalam Islam bukanlah semata-mata untuk
hiburan atau bukanlah dengan tujuan untuk memperjuangkan hasil seni
tanpa mengira kesan seni tersebut terhadap alam dan manusia sekeliling.
Matlamat utama seni di dalam Islam adalah untuk mendekatkan hati
terhadap Allah dan mengakui keagunganNya sehingga akhirnya membawa
hati ke arah taqwa di dalam keadaan rela.
16
.
BAB III
SENI TARIAN KUDA KEPANG MASYARAKAT
JAWA DI MALAYSIA
3.1 Pendahuluan
Jika masyarakat Cina terkenal dengan Tarian Naga, masyarakat Jawa
di Malaysia pula terkenal dengan Seni Tarian Kuda Kepang. Tarian Kuda
Kepang adalah suatu tarian tradisional yang dibawa oleh masyarakat Jawa
Indonesia ketika berhijrah ke Tanah Melayu. Kuda Kepang merupakan
patung berupa kuda tanpa kaki yang diperbuat daripada anyaman buluh
ataupun kulit binatang. Kemudian anyaman berbentuk kuda itu diwarnakan
agar kelihatan lebih cantik dan menarik. Di Indonesia , yang menjadi
negara asal Kuda Kepang, pada kebiasaannya Tarian Kuda Kepang ini
dipersembahkan di majlis-majlis keraian dan menerima tetamu serta majlis
perkahwinan.
17
Di dalam persembahan Tarian Kuda Kepang, gerak langkah penari
akan diiringi dengan alunan alat muzik serta lagu tertentu. Setiap penari
akan menuggang kuda anyamannya ambil menari-nari. Pada awalnya,
rentak tarian adalah agak perlahan tetapi semakin lama semakin agresif
dengan lagak seperti kuda. Sehingga tiba di satu peringkat beberapa -
penari seolah-seolah hilang ingatan dan mampu melakukan aksi di luar
jangkaan seperti melompat setinggi enam kaki, melompat di atas kaca ,
memakan rumput serta mengoyak kelapa dengan gigi.
Tarian yang berasal dari Tanah Jawa , Indonesia ini , masih lagi
dimainkan oleh masyarakat Jawa di Malaysia khususnya di negeri Johor
samada untuk persembahan kesenian dan pelancongan , malah di majlis-
majlis perkahwinan. Namun begitu ada beberapa tempat lain seperti di
Selangor juga bergiat aktif di dalam persembahan Kuda Kepang ini. Ini
adalah kerana di Selangor juga memiliki ramai rakyat yang berketurunan
Jawa. Tarian Kuda Kepang ini sememangnya diakui sebagai salah satu seni
warisan masyarakat Jawa yang bernilai tinggi. Akan tetapi, dengan
wujudnya unsur-unsur khurafat dan syirik yang sering dilihat memberi
kesan dari sudut aqidah, syariat dan akhlak maka Majlis Fatwa Kebangsaan
Malaysia telah mengharamkan kegiatan Tarian Kuda Kepang ini dari terus
dimainkan.
3.2 Sejarah Tarian Kuda Kepang Masyarakat Jawa
18
Kuda Kepang pada umumnya merupakan suatu tarian pahlawan
berkuda yang berasal dari Tanah Jawa Indonesia. Di Indonesia , Kuda
Kepang dikenali sebagai Jaran Kepang. Ini adalah kerana , menurut orang
Jawa ‘ jaran’ bermaksud kuda. Manakala ‘kepang’ pula bermaksud
anyaman. Ini bermakna Jaran Kepang membawa maksud Kuda Anyaman.
Selain dari itu ada pelbagai nama lagi yang diberikan oleh masyarakat Jawa
terhadap Kuda Kepang iaitu seperti Kuda Lumping ataupun Jathilan.19
Berdasarkan tinjauan kajian sebelum ini, tiada suatu catatan khusus
yang menyebut tentang pengasas kepada Tarian Kuda Kepang. Mengikut
seperti yang dikatakan oleh Soedarsono (1983), kuda kepang nula
berkembang sebelum berlakunya perkembangan Islam iaitu pada abad ke
XV. Persembahan Kuda Kepang dimainkan di dalam upacara pemujaan.
Dipercayai juga tarian Kuda Kepang ini juga dimainkan bagi menjalinkna
hubungan dengan ruh orang yang telah mati.20 Selain daripada itu juga
kuda kepang juga dimainkan bagi membersihkan sesebuah desa itu dari
gangguan ruh-ruh jahat, penyakit serta kesusahan-kesusahan lain.
Selain dari itu ada juga kajian sejarah juga yang menyatakan bahawa
Tarian Kuda Kepang berasal daripada buah fikiran Wali Songo yang ingin
menarik perhatian rakyat dalam menyebarkan agama Islam. Ada pendapat
yang mengaitkan asal usulnya dengan Wali Songo yang hidup di Tanah Jawa
pada abad ke-15. Dalam usaha mengembangkan Islam di kawasan
pedalaman di Jawa, Wali Songo menghadapi kesulitan untuk mendekati
orang-orang di sana. Beliau mendapat idea untuk menari-nari sambil
menunggang kuda. Setelah waktu berlalu, kuda-kuda itu ditukar dengan
kulit binatang atau buluh bagi menggantikan kuda sebenar. Ada pula yang 19 Sila rujuk Lampiran A20 http://ms.wikipedia.org/wiki/Kuda Kepang
19
berpendapat asal usul tarian ini ada kaitan dengan Saidina Ali. Untuk
meniru gerak langkah bala tentera Saidina Ali maka lahirlah tarian kuda
kepang.21 Namun begitu pendapat ini tidak dapat disahkan dengan tepat
kerana ia lebih kepada pendapat yang dibawa dari mulut ke mulut.
Terdapat juga satu pendapat yang menyebut bahawa Tarian Kuda
Kepang ini dikaitkan dengan lagenda Saidina Ali. Dikatakan seorang rakyat
Jawa yang melawat negara Arab telah menyaksikan bagaimana tentera
Saidina Ali, pahlawan terhandal Islam, naik ‘syeh’ hingga lupa diri sebelum
memulakan peperangan . Dalam keadaan ini , mereka dapat menewaskan
musuh dan dipulihkan selepas peperangan.22 Namun ini dirasakan bahawa
pendapat ini agak terpesong dengan sejarah Islam kerana menuduh tentera
Saidina Ali telah naik ‘syeh’ di dalam peperangan. Apa yang mungkin boleh
diterima adalah kemungkinan berlakunya penyesuaian kegiatan tradisional
dengan ajaran Islam sebagaimana Sunan Bonang dan Sunan Kalijaga
mengubahsuai isi kandungan dan bentuk wayang kulit dengan unsur-unsur
Islam. Tarian Kuda Kepang misalnya, turut dieksploit oleh para Wali Songo
( Wali Sembilan ) sebagai alat dakwah , iaitu mempersembahkan tarian ini
yang mengisahkan kegagahan para pahlawan Islam dalam menghadapi
golongan murtad dan musyrik.23
Pendapat lain pula menghubungkan asal usulnya dengan alam
kayangan. Seekor kuda kayangan bernama Kuda Sembrani dikatakan turun
di Jawa untuk mencari kawannya yang hilang. Setelah berjumpa mereka
menari-nari keseronokan. Menurut kepercayaan, kuda kepang dikuasai oleh
21 http”//www.slideshare.net/bmnurulain/tarian-tradisional-305881222 Iman Suffiya (2006).Siri Warisan Budaya Malaysia.Kuala Lumpur : Penerbitan Era Didik. Hal.2923 Abdul Rahman Abdullah (2003). Hal 397.
20
sejenis kuasa ghaib. Lantaran itu, satu upacara khas perlu dilakukan
sebelum bermain. Jika ia gagal dilakukan mungkin sesuatu yang tidak
diingini akan menimpa para pemain dan juga penontonnya.24
Di dalam sejarah Indonesia juga menyatakan bahawa Tarian Kuda
Kepang atau Kuda Lumping ini adalah sebagai salah satu ekspresi rakyat di
dalam mengenang kembali semangat pahlawan berkuda Pangeran
Diponegoro dalam menghadapi Belanda. Ada juga versi yang menyebut
bahawa ia juga menggambarkan kisah perjuangan Raden Patah, yang
dibantu Sunan Kalijaga, melawan Belanda.25 Ini dapat dibuktikan dengan
aksi – aksi agresif para penari yang seakan-akan seekor kuda di dalam
peperangan.
Meskipun tiada bukti sahih yang dapat menentukan siapakah
pengasas sebenar Tarian Kuda Kepang ini, apa yang pasti tidak dapat
dinafikan bahawa masyarakat Jawa di Indonesia adalah pemain terawal
Tarian Kuda Kepang di nusantara ini sebelum dibawa ke Tanah Melayu.
Justeru itu unsur-unsur ghaib dan animisme sememangnya banyak berlaku
di dalam upacara dan ritual tertentu dan salah satunya adalah Kuda
Kepang. Pertembungan yang berlaku di antara nilai agama dan dalam masa
yang sama ditambah lagi hasrat untuk mengekalkan kepercayaan nenek
moyang terdahulu menyebabkan adanya pengaruh-pengaruh Islam yang
ditemui di dalam Tarian Kuda Kepang ini.
24 http://www.johordt.gov.my/pelancongan/page/tarian Tarikh : 28 Okt 201025 http://id.wikipedia.org/wiki/Kuda_lumping Tarikh : 29 Nov 2010
21
3.3 Kuda Kepang Di Malaysia
Seperti yang diketahui Kuda Kepang juga kerap dimainkan oleh
masyarakat Jawa di Malaysia Di antara negeri yang berperanan aktif di
dalam memainkan Tarian Kuda Kepang adalah negeri Johor dan Selangor.
Ini adalah kerana keturunan Jawa Ponorogo adalah masyarakat terbesar
bertumpu di kawasan Sri Medan, Batu Pahat dan antara teramai di daerah
Johor itu. Malah mereka juga kekal satu-satunya masyarakat Jawa yang
tegar meneruskan cara hidup serta budaya asal Jawa yang dibawa dari
Indonesia seperti Wayang Kulit, Barongan dan juga Kuda Kepang.
Masyarakat Jawa Ponorogo ini yang berasal dari Ponorogo , Jawa Timur
berhijrah ke Johor dan sebahagiannya ke Selangor sekitar awal tahun 1920
bagi memantapkan ekonomi lantaran kesukaran yang dihadapi di tanah asal
mereka , Indonesia.26
Namun begitu , menurut suatu kajian yang dijalankan terhadap
penggiat Tarian Kuda Kepang di Johor, menyatakan bahawa tidak semua
ciri-ciri tarian yang berasal dari Jawa , Indonesia itu dipraktikkan di
Malaysia. Ini termasuklah dari segi peralatan muzik yang dimainkan tidak
sebanyak yang digunakan seperti di Indonesia. Malah beberapa
pengubahsuaian juga dilakukan bagi menyesuaikannya dengan adat dan
budaya rakyat Malaysia. Di Malaysia , Kuda Kepang kerap dimainkan
sewaktu sambutan Hari Kemerdekaan, majlis menyambut menteri-menteri
dan tetamu kehormat, persembahan pelancongan serta sebagai acara pada
malam majlis perkahwinan. Kajian terhadap Kuda Kepang di Malaysia ini
dapat dinilai melalui ciri-ciri berikut :
26 http://www/b.harian.com.my/bharian /articles/MisteriEtnik_JatidiriPonorogo. Tarikh : 2 Dis2010
22
3.3.1 Bilangan Pemain
Pada kebiasaannya sesebuah kumpulan Tarian Kuda kepang memiliki
di antara 10 hingga 15 orang penari yang mana salah seorang daripada
mereka akan bertindak sebagai ketua ataupun disebut sebagai ‘Danyang’.
Namun begitu ada juga pendapat yang menyebut bahawa sesebuah
kumpulan Kuda Kepang mengandungi antara 9 hingga 13 orang penari
termasuk Danyang, 5 orang pemain muzik dan seorang pawang ( bomoh )
merangkap ketua kumpulan.27
Dalam satu pendapat lagi menyebut bilangan yang diperlukan dalam
tarian Kuda Kepang adalah 25 orang yang dibahagikan mengikut tugasan
berikut :
a. 9 orang penari.
b. 5 orang pemain muzik.
c. 2 orang Bomoh Pemulih.
d. 9 hingga 15 orang penjaga kawasan.
Bagaimanapun dalam sesuatu persatuan, jumlah ahlinya adalah
sebanyak 40 orang. Seorang daripada penari-penari itu bertindak sebagai
pemimpin yang dipanggil "Danyang". Pemain-pemain biasanya berpakaian
seragam.28 Pada kebiasaannya penari akan memakai samping dengan corak 27 Iman Suffiya (2006). Hal.29.28 http://krafjohor.blogspot.com/p/warisan.html Tarikh : 04hb Mac 2011
23
batik jawa. Selain itu mereka juga memakai tanjak samada ketopang
( Tanjak Jawa ) atau Tanjak Melayu.29
3.3.2 Peralatan Yang Digunakan
Peralatan yang diperlukan dalam persembahan Kuda Kepang adalah :
a. 9 unit Kuda Kepang
Kuda Kepang ini merupakan patung anyaman yang dibentuk
umpama seekor kuda tanpa kaki. Pada kebiasaannya ia diperbuat
daripada buluh yang dianyam namun akibat mudah rosak kini
ianya diperbuat daripada kulit binatang seperti lembu yang
diwarnakan dengan warna merah , putih ataupun kelabu. Ketua
Kuda kepang biasanya berwarna hitam30. Kuda-kuda ini juga
terdapat kuda betina31 dan kuda jantan.32 Kuda betina mempunyai
bentuk bulat dibahagian punggung manakala kuda jantan
mempunyai ekor di bahagian belakang.
b. Sebatang atau seutas tali pecut atau cemeti.
Tali pecut ini biasanya diperbuat daripada pintalan buluh dan juga
tali. Tali ini digunakan oleh ketua penari untuk mengarah atau
29 Sila rujuk Lampiran B30 Sila rujuk Lampiran C31 Sila rujuk Lampiran D32 Sila rujuk Lampiran E
24
mengawal pergerakan penari. Tali ini akan mengeluarkan bunyi
yang kuat ketika dipukul.
c. Serantai tali sepanjang kira-kira 100 kaki atau 30 meter.
Tali ini digunakan untuk membuat pagar di kawasan persembahan
bagi mengawal penari-penari yang mungkin ‘mabuk’ atau hilang
kawalan diri serta memudahkan bomoh pemulih mengawal penari.
3.3.3 Instrumen atau Alat Muzik
Alat muzik merupakan suatu elemen terpenting di dalam
persembahan Kuda Kepang kerana pergerakan penari adalah mengikut
rentak alunan pola muzik tertentu. Irama yang mengasyikkan tersebut
dipercayai mampu membawa penari ke dalam dunianya sendiri. Instrumen
yang diperlukan di dalam persembahan Kuda kepang adalah :
a. Anklung.33
Angklung diperbuat daripada buluh yang mana pada kebiasaannya
di antara 2 hingga 3 batang buluh yang diikat pada ‘rumahnya’
yang lebih dikenali sebagai ‘ancak’. Batang-batang buluh ini tidak
sama ukuran dan setiap satu mempunyai pic tertentu.
33 Sila rujuk Lampilan F
25
b. Bonang .34
Bonang mempunyai sepuluh buah canang yang diperbuat daripada
perenggu iaitu campuran daripada besi dan timah. Ia disusun
dalam dua baris dan diapungkan di atas dua lingkar tali. Tiap-tiap
canang mempunyai nada yang berbeza-beza. Nada baris yang
berada terdekat dengan pemain mempunyai nada yang lebih
tinggi. Nada canang juga disusun secara meningkat dari kanan ke
kiri. Bonang dipukuk dengan sebatang pemukul yang diikat
hujungnya dengan kain merah.
c. Kenong35
Kenong mempunyai satu set alat yang menyerupai gong . Namun
begitu, ia dilihat lebih nipis dan bulat daripada gong. Kenong
diletakkan di atas kayu dan diikat bagi menghasil nada yang
sempurna apabila dketuk dengan kayu pemukul. Bunyinya adaalh
leboh lembut daripada gong.
d. Gendang Jawa.36
Gendang Jawa merupakan sebuah bingkai kayu yang tertutup
dengan belulang pada kedua-dua permukaan. Ia berbentuk bujur
dan berukuran 3 kaki panjang yang mana kedua-dua
permukaannya tidak sama besar ukurannya. Kulit lembu atau
kambing biasanya digunakan untuk menutup permukaan gendang.
Pemain memerlukan kemagiran yang tinggi kerana ia dianggap
paling sukar untuk dimainkan kerana tidak mudah memberi notasi.
34 Sila rujuk Lampiran G35 Sila rujuk Lampiran H36 Sila rujuk Lampiran H
26
e. Gong.37
Ia juga sejenis alat muzik yang dibuat daripada campuran besi dan
tembaga (perunggu). Berbentuk bulat yang mama bahagian
tepinya melengkung ke bawah, berongga di dalam dan mempunyai
cembul di tengah-tengahnya permukaannya. Gong berperanan
penting sebagai bunyi tulang belakang muzik yang dimainkan.
Pada kebiasaannya , melodi yang dihasilkan oleh gong menjadi
isyarat kepada permulaan dan penghabisan sesebuah lagu.
f. Saron Pekin .38
Saro Pekin menghasilkan nada yang lantang dan nyaring apabila
diketuk. Alat pemukul bagi Saron Pekin pula diperbuat daripada
tanduk kerbau.
g. Jidur.39
Jidur diperbuat daripada batang berongga yang mana dikedua-dua
permukaannya mempunyai ukuran lilit yang sama. Permukaan
tersebut dilitupi dengan kulit lembu ataupun kulit kambing. Jidur
berbentuk tong kecil dengan anggaran ketinggian kira-kira 16 inci.
Ia dipalu dengan dua batang kayu yang dibalut hujungnya dengan
kain berwarna merah.
3.3.4 Kaedah Persembahan .
37 Sila rujuk Lampiran I38 Sila rujuk Lampiran I39 Sila rujuk Lampiran J
27
Pada kebiasaannya , setiap persembahan mengandungi 9 unit kuda
kepang. Salah satunya yang berwarna hitam , berperanan sebagai ketua.
Ketua penari akan memegang tali pecut yang dipukul bagi memberi arahan
pergerakan kepada penari lain. Pemain alat muzik pula bermain mengikut
rentak permainan Kuda Kepang. Jika pemain bergerak laju, maka muzik
iringan itu juga akan laju dan begitulah sebaliknya.
Sebelum persembahan dimulakan, gelanggang akan dibuka dnegan
rasmi oleh pawang. Kemenyan akan dibakar untuk mengasapkan ‘sajen’
iaitu satu perkataan Jawa.. Perkataan ‘sajen’ bermaksud sajian. Di dalam
majlis perkahwinan, biasanya tuan rumah diminta menyediakan sembilan
jenis ‘sajen’ yang berupa makanan atau kuih serta bubur merah putih ,
khusus suntuk pemain. Kemudian dikatakan barulah proses menjemput roh
Kuda Semberani dijalankan. Antara mentera yang dibacakan adalah seperti
berikut :
AssalamualaikumYa Nini Dayang, Kiki DanyangSeng manggoni kawasan ikiAku jalok sawap pandanganneYo, yo.
Ya Allah, ya AllahAku dikongkon bukak gelanggang ikiBiso podo selamat kabehWong seng main jarangSemberani ikiKabeh sak enengiYa yo,Ya Allah, Ya Allah.
28
“Nini Dayang” dan “Kiki Danyang” dalam ungkapan ini bermaksud
makhluk-makhluk halus, atau jin-jin yang menguasai tempat berkenaan
untuk meminta keizinan agar tidak marah serta dipanggil untuk menikmati
sajian yang dihidangkan. Pawang akan berdiri di tengah-tengah
gelanggang, mendongakkan kepalanya ke atas seolah-olah melihat
kayangan sambil membaca mantera berikut:
Ya Nini Dayang, Kiki DanyangSeng manggone awang-awanganSeng jenenge Jaran SemberaniAku njalok turun semurupSupoyo seng main Jaran Semberani ikiPodo selamet kabehYo yo.
Bismillahirrahmanirrahim..Kerusi belakangku, mutu jalil dipangkuKadimu kananku, kan juga naiiranya empatOjo merosak, ojo membinasa ahli kumpulan aku.40
Melalui bacaan mentera ini, pawang memohon jin-jin atau ruh kuda
bernama “Jaran Semberani” turun ke bumi dan melindungi mereka yang
terlibat dengan permainan kuda kepang kemudian meresap ke dalam badan
serta peralatan muzik.
Kuda Kepang berbeza dengan tarian Melayu yang lain kerana tarian
ini menekankan kawalan kaki. Antara pergerakannya adalah loncatan iaitu
penari meloncat didahului kaki kanan dan pergerakan mencecah tanah iaitu
penari berganti-ganti mencecah tanah dengan jari dan tumit. Pada
40 http://isyafarisya.wordpress.com/2009/03/05/adunan-mistik-dan-keunikan-kuda-kepang Tarikh : 03hb Mei 2009
29
kebiasaannya , penari lelaki lebih dominan di dalam memainkan tarian ini.
Namun begitu , wanita tidak ketinggalan juga bertindak sebagai penari.
Pada kebiasaannya , tarian yang dipersembahkan adalah Tarian Solo,
Tarian Selendang , Tarian Pucuk Rebung dan Tarian Kuda Kepang yang
dinamakan Lenggang Kiprah. Pada permulaan, rentak tarian agak perlahan
dan kelihatan seperti membosankan.41 Namun begitu ia akan bertambah
rancak seiring dengan alunan muzik yang dimainkan. Aksi-aksi tarian lebih
kepada gerakan kaki dan tangan sambil melibas-libas kuda kepang. Kesan
daripada itu penari-penari menari hingga seolah-olah tidak sedarkan diri
sehingga mampu melakukan aksi-aksi di luar jangkaan seperti melompat
dengan tinggi, memakan rumput dan mengoyak kelapa dengan gigi.
Namun begitu , tidak semua penari akan mengalami keadaan sebegini.
Mereka yang mengalaminya akan terpisah daripada kumpulan lain.
Matanya berkilauan, tidak mampu bercakap manakala pergerakannya agak
agresif, seolah-olah seperti kuda yang sedang berang.
Pada ketika ini, alunan muzik akan semakin rancak dimainkan.
Dikatakan penari akan menerkam ke arah pemain muzik jika alunan muzik
tidak rancak. Jika keadaan penari bertambah liar, ia akan ditangkap dan
direbahkan ke tanah untuk dijampi dan dipulihkan.42
Berdasarkan kajian awal oleh pengkaji terdahulu, penggiat bagi tarian
ini menafikan wujudnya bacaan-bacaan mentera dan jampi serapah,
sebaliknya hanya penggunaan ayat-ayat suci AL-Quran sahaja bagi
memohon kesejahteraan di sepanjang persembahan. Punca penari tidak
sedarkan serta bersikap di luar dugaan adalah kerana penari-penari itu
terlalu asyik dengan alunan muzik dan tarian sehingga mereka tidak
41 Sila rujuk Lampiran K42 Sila rujuk Lampiran L dan video cd yang dilampirkan.
30
sedarkan diri. Namun begitu, melihat kepada unsur-unsur yang berlaku di
dalam persembahan tersebut tidak dinafikan berlakunya aktiviti pemujaan
ruh atau semangat yang pastinya berunsurkan syirik dan khurafat. Apatah
lagi dengan adanya pembakaran kemenyan membuktikan realiti itu
sememangnya berlaku.
BAB IV
CIRI-CIRI KESENIAN KUDA KEPANG
4.1 Persamaan Kuda Kepang Dengan Islam
31
Jika dilihat dari sudut yang berbeza ada beberapa ciri Tarian Kuda
Kepang yang mempunyai persamaan dengan kehendak Islam. Antaranya
adalah :
4.1.1 Kuda-kuda Kepang itu dihias dengan indah dan cantik hingga
membuatkan hati terpesona dan terhibur melihatnya. Ini sesuai
dengan hakikat Islam itu sendiri yang sentiasa suka terhadap
keindahan. Lihat sahaja ukiran-ukiran atau seni penulisan khat di
dalam Islam, seringkali dihiasi dengan hiasan bunga-bungaan dan
sebagainya akan kelihatan cantik dan memberi ketenangan terhadap
sesiapa yang menatapnya. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan
oleh Muslim yang menyebut :
Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan Dia sukakan keindahan..
4.1.2 Para penarinya juga sering berpakaian segak sepertimana seorang
pahlawan. Ini juga selaras dengan suruhan Islam agar seseorang
muslim itu sentiasa bersih, kemas , segak dan segar dan menjadi
contoh kepada orang sekekliling termasuk orang bukan Islam.
4.1.3 Setiap permulaan persembahan akan dimulai dengan persiapan
gelanggang serta keperluan lain bagi memastikan segalanya berjalan
dengan lancar. Ini biasanya dilakukan oleh ketua. Situasi ini sentiasa
dijelaskan dalam Islam bahawa hendaklah sentiasa melakukan
persediaan dan menghargai masa agar sesuatu yang dilakukan tidak
sia-sia.
32
4.1.4 Setiap kali persembahan juga d mulai dengan doa tertentu yang
dimulai dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim yang mana ia
sememangnya sangat dituntut oleh Islam.
4.1.5 Persembahan Kuda Kepang ini juga mempamerkan semangat kerja
secara berpasukan dan bekerjasama serta taat kepada ketua
sebagaimana yang dituntut oleh syara’.
4.1.6 Islam adalah agama yang sentiasa mementingkan kecergasan badan
kerana ia akan menjamin kecerdasan fikiran. Oleh itu gerakan –
gerakan yang dilakukan di dalam persembahan pastinya menyihatkan
otot-otot badan terutama di bahagian kaki dan tangan.
4.2 Percanggahan Tarian Kuda Kepang Dengan Islam
4.2.1 Jika diteliti dari sudut mentera dan bacaan yang telah dipaparkan,
sememangnya ia didahului dengan lafaz Basmallah serta puji-pujian
terhadap Allah SWT. Namun hakikatnya isi kandungannya memiliki
lafaz-lafaz seruan seperti :
Ya Nini Dayang, Kiki
Danyang
33
Seng manggone awang-
awangan
Seng jenenge Jaran
Semberani
Aku njalok turun
semurup
Supoyo seng main Jaran
Semberani iki
Podo selamet kabeh
Yo yo.
Rangkap yang tersebut membawa maksud Ya Nini Dayang ,
Kiki Danyang , Yang tinggal di kayangan , Yang namanya Jaran
Semberani ( Kuda Semberani ), Aku minta turun melindungi , Supaya
yang main Kuda Semberani ini, Sama-sama selamat semua. Ya..ya..43.
Jelas di sini terdapatnya seruan ke atas suatu semangat seperti jin
dan sebagainya. Melalui tradisi mantera, terpancarlah world-view
Melayu yang berasaskan kepercayaan campuran. Memang diakui
bahawa dalam mantera, kepercayaan kepada kuasa Allah wujud
bersama-sama dengan kepercayaan kepada kuasa semangat dan
dewa Hindhu-Buddha. Tetapi dalam ajaran tauhid, sebarang
penyatuan atau perkongsian kuasa kepada Allah SWT merupakan
amalan syirik belaka. Sebab itulah Islam melarang dengan keras
amalan jampi dan mantera ini.44
43 Temuramah Bersama Hairuman Bin Rajio . Tarikh : 06hb Mac 2011 Jam : 10.30 pm44 Sulaiman Bin Abdullah (1989).Ketuhanan Yang Maha Esa Menurut Islam.Victory Agencie: Kuala Lumpur Hal .542
34
4.2.2 Penggunaan Bomoh Pemulih yang menjadi salah satu daripada ciri-
ciri di dalam persembahan kuda kepang ini juga dilihat sebagai
sangat-sangat bercanggah dengan kehendak aqidah Islam yang mana
kita dilarang sama sekali mengharap sesuatu selain daripada Allah.
Ini adalah kerana jelas sekali bomoh-bomoh tersebut menggunakan
kaedah jampi serapah serta membakar kemenyan bagi menyeru jin –
jin yang kononnya adalah semangat dan ruh kuda dari kayangan.
Firman Allah di dalam Surah Al-Kahfi ayat 50 yang berbunyi :
Patutkah kamu mengambil dia dan turunan-turunannya
sebagai pemimpin selain Ku. Sedang mereka adalah
musuhmu? Amat buruklah Iblis itu sebagai pengganti
Allah bagi orang-orang yang zalim..
4.2.2 Berlakunya pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan samada
dari sudut penari mahupun penonton. Ini adalah kerana ada kalanya
penari-penari terdiri di kalangan lelaki dan perempuan. Apatah lagi
para penontonnya yang adakalanya berasak-asak untuk melihat
persembahan kerana pada kebiasaannya persembahan akan dilakukan
di majlis-majlis tertentu terutamanya majlis perkahwinan. Islam tidak
melarang orang mendapat hiburan , tetai Islam menyediakan
peraturan bagi hiburan tersebut. Pada waktu yang sama Islam tidak
menerima apa jua jenis hiburan yang mengandung sesuatu yang
haram atau yang membawa kepada kelakuan yang haram.45
4.2.3 Seringkali berlaku peristiwa di mana beberapa pemain seolah-olah
dirasuk oleh sesuatu , atau lebih mudah disebut sebagai ‘ naik syeh’.
Hingga menyebabkan mereka melakukan sesuatu yang berada di luar
45 ……(2006).Fatwa Menempuh Kehidupan Moden.Daud Baharum : Subang Jaya Hal.357
35
jangkaan seperti melompat dengan jarak yang tinggi, mengopek
kelapa dengan gigi malah menggigit kaca. Meskipun ada pihak yang
menafikan wujudnya sebarang pemujaan atau unsur khurafat,
sebaliknya mendakwa ianya disebabkan pemain begitu asyik dengan
tarian hingga hilang kawalan diri, ia masih tidak dapat diterima di sisi
Islam. Kerana perlakuan tersebut dilihat sebagai keterlaluam
sedangkan Islam sangat-sangat melarang sikap berlebih-lebihan di
dalam melakukan sesuatu. Firman Allah di dalam Surah Al-An’am
ayat 41 yang bermaksud :
Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau batas…
4.2.4 Di dalam persembahan Kuda Kepang , khususnya persembahan
pelancongan, masih wujud unsur-unsur Jawa-Hindhu yang terdapat
pada kostum penari. Apatah lagi ianya tidak menutup aurat.
Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan
Abu Daud :
Barangsiapa menyerupai suatu kaum, nescaya ia termasuk dari mereka.46
Kesimpulannya ,,berdasarkan kepada kajian, di dalam persembahan
kuda kepang ini, banyak unsur khurafat, syirik serta yang bercanggah
dengan aqidah , syariat serta akhlak Islam yang pastinya memberi banyak
kesan buruk terhadap penggiat, pemain/penari serta masyarakat.
46 Syaikh Abdul Aziz dan Abdullah bin Baz (2006).Fatwa-Fatwa Terkini.JIlid 3.Darul Haq:Jakarta Hal.50
36
4.3 Analisis Dan Pandangan Penulis Terhadap Tarian Kuda Kepang
Berdasarkan kajian literasi yang telah dilaksanakan oleh penulis ,
nyata sekali bahawa Tarian Kuda Kepang sememangnya adalah salah satu
warisan seni budaya masyarakat Melayu amnya , dan Jawa khususnya. Dan
jika dinilai dari sudut sejarah dan kesenian, pastinya ia memiliki nilai
sejarah dan estetika yang cukup tinggi dan wajar untuk dipelihara. Namun
begitu, jika dinilai dari sudut aqidah, syariat dan akhlak, ternyata banyak
unsur-unsur syirik dan khurafat yang wujud yang sama-sekali tidak boleh
dipandang remeh dengan hanya berpegang kepada alasan untuk
memelihara budaya bangsa. Ini adalah kerana lebih banyak kemudaratan
yang di dapati daripada menilai kebaikan daripadanya. Apatah lagi Islam
berpendapat bahawa menolak kemudharatan itu lebih utama dari menarik
kebaikan.
Bagi penulis, pendapat yang mengatakan bahawa Wali Songo (Wali
Sembilan) adalah pengasas bagi tarian ini adalah sedikit meragukan.
Namun begitu , pendapat yang menyatakan bahawa Wali Songo
menyesuaikan kaedah ini dengan ciri-ciri Islam bagi menarik minat
penduduk tempatan masih boleh diterima sebagaimana mereka
mengeksploit wayang kulit sebagai satu medium penyebaran agama Islam.
Pada pandangan penulis , Tarian Kuda Kepang ini mungkin masih
boleh diteruskan dengan melakukan perubahan terhadap beberapa perkara
agar ia tidak melanggar batas-batas syarak seperti :
37
4.3.1 Penggiat dan pengamal Tarian Kuda Kepang ini samada yang
berpengalaman sebagai ketua atau ‘danyang’, bomoh ‘pemulih’ serta
pemain diminta agar melakukan taubat nasuha bagi memohon
keampunan atas perlakuan syirik dan khurafat yang telah mereka
lakukan. Ini bagi memastikan tiada wujud lagi unsur-unsur tersebut
walau sedikitpun.
4.3.2 Persembahan boleh diadakan dengan tujuan unttuk meraikan sesuatu
majlis namun dengan tidak terlalu lama agar tidak melalaikan pemain
mahupun penonton.
4.3.3 Tidak wujud pergaulan bebas di antara pemainnya atau lebih mudah
agar kaum wanita tidak lagi bergiat sebagai penari/pemain kerana
banyak lebih banyak keburukan yang akan dihasilkan.
4.3.4 Kostum pemain juga perlu diubah tanpa sedikitpun memiliki unsur-
unsur agama lain.
4.4 Pandangan Tokoh-Tokoh Agama.
Penulis menemui beberapa pandangan tokoh-tokoh agama yang boleh
dinilai dan dijadikan perbandingan serta panduan walaupun tidak menjurus
kepada persoalan kuda kepang. Ini adalah berdasarkan kepada pendapat
sebahagian golongan yang berkeras ingin mengekalkan unsur-unsur seni
38
dan budaya masyarakat Melayu dengan hanya mengambil kira nilainya dari
sudut sejarah.
4.4.1 Fatwa Bekas Mufti Selangor ( Allahyarham Dato’ Ishak
Baharom).
Beliau menegaskan bahawa memelihara candi (kuil), patung dan
sebagainya yang merupakan hasil tinggalan sejarah adalah
bertentangan dengan hukum syara’ dan wajib dimusnahkan segera.
Menurut beliau, meskipun bahan-bahan itu merupakan bahan
yang penting dari segi sejarah, namun penjagaan serta
memulihkannya tetap bertentangan dengan syara’.47 Pendapat beliau
ini diambil ketika mengulas usaha Muzium Negara memulihari bahan-
bahan peninggalan zaman Kerajaan Hindu sejak 3 tahun lalu seperti
patung, candi dan sebagainya.
4.4.2 Pendapat Dr. Siddiq Fadhil
47 Abdul Rahman Haji Abdullah (2006). Sejaran Dan Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional .Shah Alam: Karisma Publication Hal.69.
39
Rasa bangga dengan seluruh tradisi dan pra-budaya Islam yang
tidak jelas Islamiknya adalah bertentangan dengan agama Islam.48
4.5 Fatwa Majlis Ulama Malaysia Terhadap Tarian Kuda Kepang.
Meskipun diakui bahawa Tarian Kuda Kepang memiliki banya nilai
sejarah, namun setelah memikirkan soal yang lebih utama iaitu
menyelamatkan aqidah umat Islam, maka Majlis Fatwa Negeri Johor serta
seterusnya Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengambil langkah untuk
mengharamkam kegiatan Kuda Kepang dari terus dimainkan samada
sebagai persembahan, dramatari, tarian biasa atau tarian membuka
gelanggang. Keputusan ini diambil kerana ianya membawa kepada unsur
syirik dan khurafat. Justeru itu Majlis Fatwa Kebangsaan telah
mengeluarkan fatwa pengharaman tersebut di bawah rujukan JMJ
351/05/(AQ)/8 yang menyebut bahawa :
Semua umat Islam dilarang dan ditegah daripada melibatkan diri
dengan permainan kuda kepang. mereka yang bergiat dalam permainan
kuda kepang hendaklah berhenti serta merta dan bertaubat dengan taubat
nasuha.
48 Abdul Rahman Hj Abdullah (2006).Hal.71
40
Keputusan di atas adalah berdasarkan kepada hujjah-hujjah berikut :
Terdapat unsur-unsur dalam permainan ini yang bercanggah dengan
Aqidah Islamiah antaranya ialah :
PERTAMA : Unsur Syirik iaitu melakukan jampi dan mentera dengan
memohon pertolongan dari jin dan syaitan. Dalam masa yang sama juga,
berlaku perbuatan "menurun" atau dalam bahasa arabnya disebut sebagai
Tanasuhul Arwah. Pada hakikatnya adalah satu keadaaan yang
menyebabkan seseorang itu diresapi oleh jin yang dipanggil atau diseru.
Hal tersebut menyebabkan jin tersebut sebati dalam diri orang yang
menurun, dan menguasai perasaan, fikiran, tutur kata dan jasad orang yang
berkenaan.49 Hal ini bertentangan dengan firman Allah Subhanahu Wa
Taala dalam Surah Yunus ayat 106 yang berbunyi :
Maksudnya : Dan janganlah Engkau (Wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya Engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah Engkau dari orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu).
Firman Allah lagi di dalam Surah Al-Faatir ayat 6 yang
bermaksud :
49 Sila rujuk Lampiran M
41
Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh ( yang mesti dijauhi tipu dayanya sebenarnya. Dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka.
BAB V
PENUTUP
5.1 Kesimpulan
42
Setelah melalui kajian ini, jelas menunjukkan bahawa masyaraka
Melayu di Malaysia sememangnya memiliki warisan seni budaya yang
perlu dipelihara. Namun begitu , apabila dikaji dari sudut aqidah , syariat
dan akhlak jelas menunjukkan bahawa tidak semua kesenian dan warisan
itu wajar dipertahankan termasuklah Tarian Kuda Kepang. Ini adalah
kerana ia ciri-cirinya jelas bercanggah dengan ketetapan syara’. Bagi
penulis langkah Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan kegiatan Tarian
Kuda Kepang ini dalam apa bentuk sekalipun adalah sangat wajar. Dan
sudah tiba masanya juga tindakan tersebut diselaraskan dalam bentuk –
bentuk kesenian lain.
Situasi zaman yang kini terdedah dengan bermacam-macam pengaruh
negatif, ideologi serta perjuangan mempertahankan hak-hak asasi individu
dan bangsa memberi peluang kepada musuh-musuh Islam untuk meniup
bermacam-macam manifesto. Sehingga akhirnya tercipta Islam liberal yang
sentiasa terbuka menerima penyesuaian tanpa memikirkan kehendak
syara’. Akhirnya timbul salah faham yang akhirnya merugikan Islam. Tidak
perlu berasa rugi kehilangan warisan seni budaya walaupun telah menjadi
kebanggaan masyarakat Jawa, Melayu. Apa yang penting adalah
pemeliharaan aqidah yang pastinya membawa kemaslahatan ummah di
dunia dan akhirat. Ibarat kata-kata Dr.Sddiq Fadhil :
Andainya kaum nasionalis benar-benar serius mahu memperjuangkan Islam sebagaimana semestinya , maka mereka patutlah membuktikannya dengan komitmen-komitmen yang tegas termasuklah perlaksanaan syariat dan ajaran Islam sepenuhnya serta langkah-langkah amali yang konkrit secara bersungguh-sungguh. Ternyata nasionalis Melayu hingga ke saat ini masih berselubung dengan mega mendung yang tebal sehingga tidak jelas ciri Islamiknya. Yang nyata Islam hanya merupakan salah satu unsur
43
nasionalisme Melayu bersama dengan unsur-unsur lain seperti bahasa, adat istiadat dan sebagainya…50
5.2 Cadangan Penyelesaian Masalah
Tugas di dalam menyelesaikan isu berkenaan seni warisan Melayu
tersebut bukan bergantung kepada badan-badan tertentu sahaja , tetapi
meliputi semua pihak agar usaha mentajdidkan Islam akan menjadi lebih
mudah dan berkesan. Ia harus diusahakan melalui peringkat akar umbi
hinggalah ke peringkat atasan.
5.2.1 Pihak Kerajaan
Kerajaan , sebagai pihak yang berkuasa ke atas undang-undang dan
rakyat seharusnya sentiasa mengambil langkah pencegahan serta
pemantauan bagi membenteras kegiatan-kegiatan yang menyeleweng dari
landasan Islam meskipun ianya melibatkan isu seni , adat dan budaya.
Meskipun diakui bahawa isu ini juga sangat sensitif kerana banyak adat
istiadat yang penuh kesenian tersebut juga masih diamalkan oleh pihak
istana. Pengharaman sekadar mewartakan ianya adalah haram tetapi tidak
mempunyai akta atau hak untuk membenterasnya dirasakan tidak
50 Abdul Rahman Hj Abdullah (2006) Hal.68-69
44
mencukupi kerana ianya tidak membawa kesan yang menyeluruh. Usaha
ini bukan bermaksud untuk membuang kesenian Melayu secara total tetapi
lebih kepada menilai baik dan buruknya serta menapis kesenian Melayu
yang mungkin dapat disesuaikan di dalam Islam. Dalam perkembangan
mutakhir di Malaysia misalnya, Menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul
Aziz Nik Mat pernah mengarahkan kepada tok-tok dalang agar membuang
unsur-unsur animism dan Hindu, sekiranya mereka ingin kegiatan wayang
kulit diteruskan.51Ini adalah kerana menurut pandangan Islam, negara
bertanggungjawab memelihara agama dan peraturannya.52 Ini dijelaskan
dengan terang oleh Allah SWT di dalam FirmanNya di dalam Surah Al-Hajj
Ayat 41 yang bermaksud :
Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.
5.2.2 Pihak Masyarakat.
Masyarakat Malaysia khususnya masyarakat Melayu wajib sedar
bahawa tiada gunanya mempertahankan atau mengamalkan warisan
nenek moyang sekiranya ianya menggadai aqidah dan akhlak.
Sewajarnya masyarakat juga sentiasa peka di dalam membantu usaha-
usaha kerajaan membenteras unsur-unsur khurafat di dalam
51 Abdul Rahman Hj Abdullah (2006) Hal. 39752 Ramli Awang (2008). Tasawwur Rabbani Menurur Al-Quran Dan Al-Sunnah.Kuala Lumpur:Al-Hidayah Publication. Hal.2.
45
masyarakat. Masyarakat juga harus bijak menilai dan mencari
kaedah terbaik bagi menggalakkan pihak-pihak yang berwajib di
dalam kerajaan sentiasa berusaha menjaga kesucian Islam.
5.2.3 Pihak Ibu Bapa
Ibu bapa sebagai pemimpin terhadap anak-anak juga diharap
tidak menjadi ejen kepada seni warisan yang bercanggah dengan
Islam untuk diperturunkan kepada generasi muda. Jangan terlampau
cepat melatah sekiranya anak, selaku generasi muda yang telah
menerima pendidikan, menolak budaya nenek moyang yang dirasakan
tidak wajar untuk diteruskan. Ibu bapa juga selayaknya tidak terus
bangga dengan pepatah ‘ Biar mati anak , jangan mati adat’ kerana
apa gunanya adat sekiranya hidup anak-anak terus menerus lari dari
kehendak syara’.
5.2.4 Pihak Individu
Sebagai generasi yang terdidik dengan ajaran islam yang jelas ,
seharusnya setiap individu sentiasa peka dengan keadaan sekeliling
terutamanya terhadap perlakuan dan tindakan seharian. Ini adalah
kerana ada tindakan dan adat yang telah sebati dengan diri kita ,
sedangkan tanpa disedari ianya berlawanan dengan prinsip Islam
46
contohnya amalan kenduri arwah mengikut bilangan hari ke 3 , 7, 10 ,
15 , 40 hinggalah ke 100 hari. Sekiranya setiap individu berasa
bertanggungjawab dengan mendahulukan agama daripada adat ,
mendahulukan Ad-Din daripada ketuanan bangsa ,tidak mustahil ia
akan membawa kesan yang besar terhadap masyarakat seterusnya
memiliki kuasa membentuk Daulah Islamiyyah yang jitu di dalam
memartabatkan Islam di seluruh rongga kehidupan. Ibarat kata Ibnu
Athaillah dalam kitabnya yang terkenal , Al-Hikam yang menyebut :
Bagaimana engkau menginginkan sesuatu yang luar biasa padahal engkau sendiri tidak mengubah dirimu dari kebiasaanmu..53
RUJUKAN
1. Abdul Rahman Abdullah (2003).Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara.Kuala Lumpur: Utusan Publication Sdn.Bhd.
2. Ahmad Mohd Salleh (2008) Pengajian Agama Islam Dan J-Qaf Shah Alam : Oxford Fajar Sdn.Bhd.
3. Azhar Hj Mad Aros (2003) Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (Kertas 1) Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti
4. Iman Suffiya (2006).Siri Warisan Budaya Malaysia.Kuala Lumpur : Penerbitan Era Didik.
5. ……(2006).Fatwa Menempuh Kehidupan Moden.Daud Baharum : Subang Jaya
6. …..Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi Ketiga (1997). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka
53 Mohd Shauki Abd Majid.(2006).Wacana Ketamadunan Dalam Masyarakat Islam Hadhari.Kuala Lumpur : IBook Publication Sdn.Bhd. Hal.181.
47
7. Mohd Johari Ab Hamid ( 2004 ).Falsafah Dan Kritikan Seni.Tanjong Malim : UPSI
8. Mohd Shauki Abd Majid.(2006).Wacana Ketamadunan Dalam Masyarakat Islam Hadhari.Kuala Lumpur : IBook Publication Sdn.Bhd.
9. Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi Ad-DImasqi (2006). Intipati Ihya’ Ulumuddin.Kuala Lumpur : Darul Fajar.
10. Ramli Awang (2008). Tasawwur Rabbani Menurut Al-Quran Dan Al-Sunnah.Kuala Lumpur:Al-Hidayah Publication.
11. Sulaiman Bin Abdullah (1989).Ketuhanan Yang Maha Esa Menurut Islam.Victory Agencie: Kuala Lumpur
12. Yusof Al-Qardhawi , Prof.Dr (2005) Seni Dan Hiburan .Kuala Lumpur : Hidayah Publisher
ALAMAT SESAWANG
1. http://colourexist.blogspot.com/20110/01/pandangan-tokoh-barat-timur-dan-html Tarikh : 24 Jan 2010.
2. http://sites.google.com/site/khazalii/8udi3052keseniandalamislam%28bab8%29
3. http://bataviase.co.id/node/155472 Tarikh : 04 Apr 2010.
4. http://ms.wikipedia.org/wiki/Kuda Kepang
5. http”//www.slideshare.net/bmnurulain/tarian-tradisional-3058812
48
6. http://www.johordt.gov.my/pelancongan/page/tarian Tarikh : 28 Okt 2010
7. http://id.wikipedia.org/wiki/Kuda_lumping Tarikh : 29 Nov 2010
8. http://www/b.harian.com.my/bharian /articles/MisteriEtnik_JatidiriPonorogo. Tarikh : 2 Dis2010
9. http://krafjohor.blogspot.com/p/warisan.html Tarikh : 04hb Mac 2011
10. http://isyafarisya.wordpress.com/2009/03/05/adunan-mistik-dan-keunikan-kuda-kepang Tarikh : 03hb Mei 2009
11. http://www.e-fatwa.gov.my/my/fatwa-negeri/fatwa-permainan-kuda-kepang-di-negeri-johor
12. http://malaysiana.pnm.my/01/0101mel_pengenalan.htm Tarikh : 01 Mac 2011
13. http://id.wikipedia.org/wiki/Masyarakat_Melayu_di_Malaysia#Definisi_Melayu Tarikh : 24 Feb 2011
TEMURAMAH
1. Temuramah bersama Encik Hairuman Bin RajioTarikh : 06hb Mac 2011 Masa: 10.30pm
49
50