Post on 13-Jun-2015
1
Bincangkan Asal-usul Alam Dalam Kosmologi Islam
Raziman Bin Mohamed
Akademi Pengajian Melayu
Universiti Malaya
Konsep Kosmologi
Kosmologi atau dalam bahasa Inggerisnya ‘cosmology’, adalah gabungan
daripada dua kata iaitu ‘cosmos’ dan ‘logos’ yang berasal dari bahasa Yunani. ‘Cosmos’
bererti ‘alam semesta atau dunia yang teratur’ manakala ‘logos’ bermaksud
‘penyelidikan tentang’ atau ‘asas-asas rasional daripada’. Dengan demikian kosmologi
adalah satu kajian berkenaan evolusi dan struktur alam semesta yang teratur yang ada
masa kini. Kajian mengenai kosmos juga merangkumi kosmogoni (teori tentang asal
usul kosmos) dan kosmografi (penggambaran struktur kosmos) (Abdul Rahman, 1995:
1). Kamus Webster pula mentakrifkan kosmolgi sebagai teori atau falsafah mengenai
kewujudan dan prinsip2 alam semesta, manakala kamus Oxford dengan ringkas
menyebutnya sebagai sains dan teori alam semesta.
Kosmologi berkait rapat dengan pandangan dunia atau “world view”. Hal ini,
kerana kajian mengenai pandangnan dunia merupakan suatu percubaan untuk
mengkaji bagaimana suatu kelompok manusia memandang alam ‘natural’ dan alam
‘supernatural’, serta masyarakatnya dan juga diri mereka sendiri ( Abdul Rahman,1995:
1). Jika di Barat pemikiran mengenai kosmologi bermula di Yunani, maka di Timur,
China, India dan Persia mempunyai saham yang besar dalam mencirikan kosmologi
Timur. Perbincangan seterusnya akan dihadkan kepada pengaruh kosmologi sebelum
1
kedatangan Islam; dengan perkataan lain kosmologi islam yang berdasarkan wahyu
adalah di luar skop kertas ini. Di kepulauan Melayu, boleh dikatakan tiap-tiap suku
bangsa mempunyai konsep kosmologi aslinya masing-masing, yang dapat dikaji melalui
sumbernya yang terpenting iaitu kisah-kisah mitos dan legenda berdasarkan tradisi
lisan.
Menurut Abdul Rahman (1995: 12), kosmologi Melayu asli pada umumnya
bertolak daripada premis dualisme kosmik antara alam-atas dan alam-bawah, yang
dilambangkan pada matahari dan bumi, dan sebagainya. Waterson (1991: 93) pula,
membuat kesimpulan bahawa daripada kebanyakan sistem kepercayaan asli di
nusantara, terdapat satu unsur bersama yang menonjol, iaitu konsep kosmos berlapis
tiga.
Alam–atas yang dianggap suci adalah tempat bersemayam para dewa; alam-
tengah tempat manusia hidup, manakala alam-bawah adalah untuk haiwan dan
makhluk rendah lainnya. Ada kemungkinan kepercayaan itu telah mempengaruhi oleh
sistem kosmologi Hindu yang membahagi alam kosmos kepada ‘Triloka’ (tiga alam),
iaitu: ‘Ilavrita’ (alam langit/syurga), ‘Bhumi’ (alam bumi) dan ‘Tala’ (alam bawah bumi).
Khusus tentang alam bumi, terdapat tujuh susunan wilayah atau ‘dvipa’ yang boleh
bererti pulau, benua atau semenanjung. ‘Jambu-dvipa’ yang menjadi pusat susunan
kosmos itu di kelilingi oleh dvipa-dvipa lain; di situlah terletak Gunung Mahameru,
tempat bersemayam Sang Penjaga Alam.
Konsep gunung kosmos ini ternyata bukan sahaja wujud dalam agama Hindu,
tetapi juga dalam agama Buddha-Mahayana (Abdul Rahman, 1995: 28). Dalam
1
‘Sejarah Melayu’ pula, diceritakan bahawa ketiga-ketiga putera Raja Suran sebagai
keturunan dewa turun dari Bukit Siguntang Mahameru. Banyak lagi mitos-mitos di
seluruh nusantara yang menonjolkan peranan bukit dan gunung sebagai tempat-tempat
istimewa yang menghubungkan alam Syurga dan alam bumi.
Titik-titik kardinal merupakan satu lagi aspek kosmologi yang penting dalam
warisan nenek moyang kita. Waterson (1991: 94) menyebut tentang analisis pola Hindu
4/5 yang pertama kali dikemukakan oleh Van Ossenbruggen(1997). Menurut Van
Ossenbruggen, susur atur kampung-kampung asli di Jawa melambangkan konsep
kosmologi Hindu yang mempunyai empat titik cardinal dan satu titik pusat.
Walaubagaimanapun, setelah meneliti hasil kajian pengkaji-pengkaji lain, Waterson
(1991: 95) berpendapat kemungkinan besar pola 4/5 itu bukanlah sesuatu yang datang
dari luar, tetapi merupakan pertindihan konsep Hindu ke atas konsep asli sedia ada.
Kedudukan raja/penguasa di ‘pusat’ alam dianggap sebagai salah satu pengaruh
Hindu, walhal penggunaan kata ‘pusat’ dengan dwi-makna(pusat alam dan pusat perut)
tersebar luas di seluruh dunia bahasa Austronesia, termasuk kawasan di mana
pengaruh Hindu tidak sampai.
Di dalam agama Islam sebenarnya banyak fahaman tentang kosmologi ini,
antaranya ialah kosmologi Masysyai (peripatetik) yang dikembangkan oleh Al Kindi dan
Al Farabi, dan mencapai puncaknya melalui Ibn Sinna. Orang barat menyebutnya
"filsafat Wujud". Dalam kosmologi Syiah Ismailiya, ia lebih popular dengan dunia korpus
Jabir, Ikhwan al Safa popular dengan Nuansa Phytagoras, korelasi kosmologi ini
berhubungan dengan siklus kenabian dan imamah (keimaman), pembahasan
kosmologisnya rumit. Terakhir, ada juga yang dikelompokkan dengan kosmologi sufi,
1
diantaranya adalah Muhyi Al din Ibnu Arabi, yang mengintegrasikan unsur-unsur
Hermenetik, Phytagorean dan Neoplatonik ke dalam ajaran-ajaran yang bersumber
pada makna Al Quran.
Firman Allah :
" Kami tidak menurunkan Al Quran kepadamu agar menjadi susah, tetapi
sebagai peringatan bagi orang-orang yang takut (kepada Allah). Al Quran
diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit-langit yang tinggi,
yaitu (Tuhan) Yang Maha Pemurah yang bersemayam di atas Singgasana
(al Arsy). Kepunyaan-Nya lah semua yang ada di langit dan di bumi,
semua yang di antara keduanya, dan semua yang di bawah tanah .
( Surah Thaha [ 20 ], ayat 2-6)
Penciptaan Alam Semesta
Terdapat dalil yang jelas didalam al-Quran tentang penciptaan alam semesta. Hal ini di
jelaskan oleh Allah dalam Surah Fushshilat ( 41 ). Antara gambaran penciptaan alam di
dalam Al-Quran adalah seperti berikut:
“ Katakanlah: "Sesungguhnya patutkah kamu kafir kepada Yang
menciptakan bumi dalam dua masa dan kamu adakan sekutu-sekutu
bagiNya? (Yang bersifat) demikian itu adalah Rabb semesta alam." Dan
dia menciptakan di bumi itu gunung-gunung yang kokoh di atasnya. Dia
memberkahinya dan Dia menentukan padanya kadar makanan-makanan
1
(penghuni)nya dalam empat masa. (Penjelasan itu sebagai jawaban) bagi
orang-orang yang bertanya. Kemudian Dia menuju kepada penciptaan
langit dan langit itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata kepadanya
dan kepada bumi: "Datanglah kamu keduanya menurut perintah-Ku
dengan suka hati atau terpaksa." Keduanya menjawab: "Kami datang
dengan suka hati." Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua
masa. Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi
langit yang dekat dengan bintang-bintang yang cemerlang dan Kami
memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Yang
Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.
( Surah Fushshilat [ 41 ], Ayat 9-12 )
Kesimpulan daripada ayat yang disampaikan oleh Allah kepada hambanya, terdapat
enam tahap kejadian alam sebagaimana yang terdapat dalam surah Fushshilat.
Tepat pada Waktu Nol, dengan perintah Allah “ Kun ” ( Jadilah ), pada masa yang sama
terciptalah ruang dan bermulalah waktu melalui proses Big Bang. Dalam al-Quran, Allah
S.W.T selalu memakai kalimah “ Kun Fa Yakun ” ( Jadilah, maka jadilah ). Dalam hal ini
beerti bahawa Allah menciptakan alam ini melaui satu proses evolusi atau tahap yang
berkeseimbangan, malahan sampai sekarang:
1
“ Segala puji bagi Allah Pencipta langit dan bumi, Yang menjadikan
malaikat sebagai utusan-utusan (untuk mengurus berbagai macam
urusan) yang mempunyai sayap, masing-masing (ada yang) dua, tiga dan
empat. Allah menambahkan pada ciptaan-Nya apa yang dikehendaki-Nya.
Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”
( Surah Faathir [ 35 ], Ayat 1 )
Pada tahap ini, alam semesta masih mempunyai tenaga dengan sebuah “ gaya
tunggal ”. Bere_spansinya alam menyebabkan suhu menjadi turun. Tahap
pertama berakhir pada saat 10-43 detik sesudah Waktu Nol1, iaitu ketika
rawasinya gravity muncul sebagai gaya tersendiri.
( The Big Bang ) 10-43 detik – 10-34 detik
– Alam semesta masih sebesar zarah.
– Isinya: foton, partikel dan antipartikel elementer yang saling berinteraksi.
– Jumlah partikel dan antipartikel seimbang.
– Inflasionari: pembengkakkan 1020 – 1030 kali
10-34 detik - 10-10 detik
– Beberapa partikel “hilang”, tinggal quark, foton, dan elektron.
– Neutrino lepas dari interaksi antar-partikel
10-10 detik - 10-5 detik
– Kombinasi quark membentuk proton/neutron (inti atom) à atom Hidrogen prematur lahir.
1 ( Alam Semesta berdiameter 10-28c cm dengan kekerapan 1096 gram/ml dan suhu 1032 K )
1
– Antipartikel menghilang dalam jumlah banyak.
3 menit
– Inti atom-atom logam terbentuk à cikal-bakal bintang dan galaksi
– Alam semesta “bernyawa” à “kehidupan” dimulai
• 300.000 tahun
– Foton lepas dari interaksi antar-partikel à Alam semesta “terang”
• 1000 juta tahun
– Pembentukan galaksi-galaksi dan isinya
• 15.000 juta tahun
– Kehidupan di Bumi dimulai, Adam dan Hawa diturunkan ke Bumi.
1
Penciptaan Langit dan Bumi
Penciptaan alam semesta tidak disebut secara langsung di dalam al-Quran dan hadis.
Tetapi ada pernyataan umum yang menceritakan tentang penciptaan ini yang
menujukkan bahawa Allah menciptakan makhluk pada permulaannya dan
menambahkan dalam penciptaan apa pun yang dikehendaki-Nya.
“ Hanya kepadaNyalah kamu semuanya akan kembali; sebagai janji yang
benar daripada Allah, sesungguhnya Allah menciptakan makhluk pada
permulaannya kemudian mengulanginya (menghidupkannya) kembali
(sesudah berbangkit), agar Dia memberi pembalasan kepada orang-orang
yang beriman dan yang mengerjakan amal saleh dengan adil. Dan untuk
orang-orang kafir disediakan minuman air yang panas dan azab yang
pedih disebabkan kekafiran mereka.”
( Surah Yunus [ 10 ], Ayat 4 )
“ Segala puji bagi Allah Pencipta langit dan bumi, Yang menjadikan
malaikat sebagai utusan-utusan (untuk mengurus berbagai macam
urusan) yang mempunyai sayap, masing-masing (ada yang) dua, tiga dan
empat. Allah menambahkan pada ciptaan-Nya apa yang dikehendaki-Nya.
Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”
( Surah Faathir [ 35 ], Ayat 1
1
Dari bahagian-bahagian alam semesta yang banyak dinyatakan dalam al-Quran
adalah penciptaan langit dan bumi serta segala hal yang ada antara kedua-
duanya iaitu antara langit dan bumi. Ketika langit dan bumi diciptakan, telah
wujud bahan-bahan penciptaan seperti asap.
“ Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu masih
merupakan asap, lalu Dia berkata kepadanya dan kepada bumi:
"Datanglah kamu keduanya menurut perintah-Ku dengan suka hati atau
terpaksa." Keduanya menjawab: "Kami datang dengan suka hati."
( Surah Fushshilat [ 4 ], Ayat 11 )
Kemudian ketika langit dan bumi di ciptakan, sudah terdapat Arsy yang berada di atas
air.
“ Dan Dia-lah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, dan
adalah singgasana-Nya (sebelum itu) di atas air, agar Dia menguji
siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan jika kamu berkata
(kepada penduduk Mekah): "Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan
sesudah mati", niscaya orang-orang yang kafir itu akan berkata: "Ini tidak
lain hanyalah sihir yang nyata."
( Surah Huud [11], ayat 7 )
1
“ Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit
dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami
pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang
hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman? ”.
( Surah Al Anbiyaa' [ 21], ayat 30 )
Langit dan bumi adalah dijadikan daripada asap kerana disebut dalam al-Quran akan
kesepaduan langit dan bumi. Selepas kesepaduan itu, ia dipisahkan. Penyebutan air
sebagai alas Arsy-Nya dapat memperkuatkan bahawa penciptaan itu air yang berupa
wap. Al-Quran secara tersurat menyebut penciptaan langit dan bumi dalam masa enam
hari atau masa.
“ Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit
dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas 'Arsy. Dia
menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan
(diciptakan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-
masing) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan
memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam.”
( Surah Al A'raaf [ 7 ], ayat 54 )
1
“ Yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya
dalam enam masa, kemudian dia bersemayam di atas Arsy, (Dialah) Yang
Maha Pemurah, maka tanyakanlah (tentang Allah) kepada yang lebih
mengetahui (Muhammad) tentang Dia. ”
( Surah Al Furqaan [ 59 ], ayat 59 )
“ Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa. Dia mewahyukan
pada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan
bintang-bintang yang cemerlang dan Kami memeliharanya dengan
sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha
Mengetahui. ”
( Surah Fushshilat [ 41 ], ayat 12 )
Di dalam al-Quran, tahap-tahap penciptaan tidak disebtkan dengan terperinci melainkan
dinyataakan didalam ayat-ayat. Contohnya, disebutkan bahawa langit dan bumi bersatu
semula dan kemudian dipisahkan. Disamping itu, dinyatakan juga bahawa Allah
menciptakan bumi dalam masa dua hari dan setelah itu, di pancangkan gunung-gunung
agar bumi menjadi stabil, barulah Allah menciptakan langit sebelum berasap. Di dalam
sebuah hadis juga disebut bahawa ketika diciptakan,bumi mulai bergoyang-goyang.
Oleh itu Allah mencptakan gunung-gunung, setelah itu bumi berada dalam keadaan
baik.
1
Rasulullah memegang tangan Abu Hurairah, lalu bersabda, “ Allah telah
menciptakan bumi pada hari Sabtu, menciptakan gunung itu pada hari
Ahad, menciptakan pohon pada hari Isnin, menciptakan hal-hal yang tidak
disukai pada hari Selasa, menciptakan cahaya pada hari Rabu,
menyebarkan bintang-bintang di bumi pada hari Khamis dan menciptakan
Adam pada hari Jum’at setelah Asar, sebagai penciptaan terakhir pada
saat terakhir hari Jum’at antara Asar dan malam ” ( Hadis Muslim dan
Ahmad )
( Zainal Abidin Bagir, 2006 )
Penciptaan Manusia
Antara persoalan penting apabila membicarkan aka nasal kejadian manusia ialah cerita
mengenai Adam sebagai manusia pertama dengan pasangannya Hawa. Harus
diingatkan bahawa kata Adam dan Hawa tidak disebutkan secara eksplisit di dalam
ayat-ayat al-Quran. Walaupun ada ayat-ayat yang dengan agak tegas menyebut Adam
sebagai peribadi tertentu atau secara samar-samar tetapi ada kemungkinan juga
bahawa yang dimaksudkan dengan istilah itu adalah manusia secara keseluruhan atau
lebih tepatnya ialah konsep manusia.
“ Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah
menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan
1
isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki
dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang
dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama
lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu
menjaga dan mengawasi kamu.”
( Surah AN NISAA' [ 4 ], ayat 1 )
“ Dia menciptakan kamu dari seorang diri kemudian Dia jadikan
daripadanya isterinya dan Dia menurunkan untuk kamu delapan ekor
yang berpasangan dari binatang ternak. Dia menjadikan kamu dalam
perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan. Yang (berbuat)
demikian itu adalah Allah, Tuhan kamu, Tuhan Yang mempunyai
kerajaan. Tidak ada Tuhan selain Dia; maka bagaimana kamu dapat
dipalingkan? ”
( Surah Az Zumar [ 36 ], ayat 6 )
“ Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-
laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa
dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya
orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling
1
taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha
Mengenal. ”
( Surah Al Hujuraat [ 49 ], ayat 13 )
“ Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan
keluarga 'Imran melebihi segala umat (di masa mereka masing-masing),”
( surah Ali 'Imran [ 3 ], ayat 33 )
Di dalam al-Quran banyak disebutkan bahawa manusia diciptakan Allah dari bahan
tanah ;
“ Kawannya (yang mukmin) berkata kepadanya - sedang dia bercakap-
cakap dengannya: "Apakah kamu kafir kepada (Tuhan) yang menciptakan
kamu dari tanah, kemudian dari setetes air mani, lalu Dia menjadikan
kamu seorang laki-laki yang sempurna? ”
( Surah Al Kahfi [ 18 ], ayat 37 )
tanah liat ;
“ Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati
(berasal) dari tanah. ”
( Surah Al Mu'minuun [ 23 ], ayat 12 )
1
tanah kering yang dibentuk dari lumpur hitam ;
“ Dia menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar, ”
( Surah Ar Rahmaan [ 55 ], ayat 14 )
Selain itu juga disebutka bahawa manusia diciptakan dari air, baik disebut khusus
mahupun penyebutan umum. Sekilas pernyataan-pernyataan ini memberikan kesan
bahawa penciptaan manusia dimulai dengan iar dan tanah ;
“ Dan Dia (pula) yang menciptakan manusia dari air lalu dia jadikan
manusia itu (punya) keturunan dan mushaharah dan adalah Tuhanmu
Maha Kuasa ”.
( Surah Al Furqaan [ 25 ], ayat 54 )
Di tempat lain dalam al-Quran juga dinyatakan bahawa manusia diciptakan dari air
benih yang dipancarkan atau disebutkan air yang hina “ air yang memancarkan dari
antara tulang punggung dan tulang dada. Hal ini menunjukkan bahawa manusia disini
bukanlah manusia pertama, melainkan ras manusia yang “ tercipta ” melalui proses
pertemuan benih manusia leleki dengan telur perempuan, walaupun al-Quran tidak
menyebutnya.
1
“ Kemudian Dia menjadikan keturunannya dari saripati air yang hina.”
( Surah As Sajdah [ 32 ], ayat 8 )
1
Kesimpulan
Islam merupakan struktur terpenting dalam masyarakat Melayu. Ia merupakan
sebahagian daripada persoalan metafizik Melayu. Al-Quran merupakan sumber utama
dalam memahami kosmologi Melayu dan al-Quran itu sendiri merupakan pelengkap
kepada 3 buah kitab yang pernah di wahyukan iaitu Zabur, Taurat dan Injil. Dengan
berpandukan al-Quran manusia boleh memahami akan asal usul kejadian alam
termasuklah penciptaan alam semesta, langit dan bumi dan penciptaan manusia
sendiri. Unsur-unsur ini perlu dihayati oleh umat Islam demi meneguhkan tahap
keimanan kepada pencipta iaitu Allah S.W.T.
1
Bibliografi
Ahmad Daudy, N. A, 1983, Allah dan Manusia dalam Konsepsi Syeikh Nuruddin Ar-
Raniri: Jakarta.
Haidar Bagir, 2004, Jurnal Kajian Ilmu-ilmu Islam, Jakarta: Al-Huda
Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Seyyed Hossein Nars,1993, Pengenalan Doktrin Kosmologi Islam, Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Singaravelu, S., 1994, “ Kosmogani dan Kosmografi India dan kesannya Di Alam
Melayu ”, kertas kerja Seminar Antarabangsa Kosmologi Melayu, anjuran
Akademi Pengajian Melayu, 24-26 Januari 1994.
Warner, Roland, 1973, Mah-Meri, Kuala Lumpur: Muzium Negara.
Yaakob Harun, 2001, Kosmologi Melayu, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu,
Universiti Malaya.
Zainal Abidin Borhan, 1991, “ Jampi Pengasih : Pengucapan Kosmologikal Melayu ”,
kertas kerja Seminar Antarabangsa Kosmologi Melayu, anjuran Akademi
Pengajian Melayu, 24-26 Januari 1994.
Zainal Abidin Bagir, Like Wilardjo, Arqam Kuswanjono, Muhamad Yusof, 2006, Ilmu,
Etika dan Agama Menyingkap Tabir Alam dan Manusia, Jogjakarta: Center for
Religious & Cross-centural Studies Graduate Scholl, Gajah Mada University.