Post on 14-Oct-2015
description
5/24/2018 ARAB 151 UITM (SCRIPT)
1/10
Raihan, Zafira dan Zulakhmar sedang berbual mengenai aktiviti yang akan dilakukan
pada cuti semester yang akan tiba.
:. Raihan: Esok telah tiba cuti semester. Apakah program yang ingin kita lakukan pada cuti kali
ini?
, : Zulakhmar: Betul tu. Apakah yang ingin kita lakukan wahai kawan-kawan? Sesiapa yang ada
cadangan?
: . Zafira: Bagaimana kita pergi ke kampung saya? Pemandangan kampung saya sungguh cantik
dan nyaman.
.: Raihan: Boleh juga. Tapi tidak menganggu keluarga awak ke wahai Zafira?
.,: Zafira: Tidak mengapa, kerana kedua ibu bapa saya menunaikan haji di Mekah.
, : Zulakhmar: Baiklah, apa kata kita ajak Afina dan Zaqeer sekali ke kampung awak?
: ., Zafira: Baiklah, semakin ramai, semakin seronok.
5/24/2018 ARAB 151 UITM (SCRIPT)
2/10
Dalam perjalanan pulang ke kolej, Zafira terjumpa dengan Afina dan Zaqeer, lalu
menyatakan hasratnya untuk mengajak mereka bercuti di kampungnya.
, : Zafira: Assalamualaikum, apakah yang kamu berdua lakukan?
. , : Afina: Walaikumussalam, saya sedang berbual bersama Zaqeer. Mengapakah kamu datang ke
sini?: .
Zafira: Saya ingin mengajak kamu mengisi masa lapang pada cuti semester nanti untuk
menziarahi kampung saya. Adakah kamu hendak ke kampung saya?
: Zaqeer: Apakah yang menyeronokkan di kampung kamu wahai Zafira?
.: . , Zafira: Di kampung saya terdapat sawah padi, dusun buah-buahan dan kolam ikan. Marilah pergi
bersama-sama.
: Afina: Adakah Raihan dan Zulakhmar pergi bersama ke kampung awak?
: .. Zafira: Sudah tentu, saya sudah mengajak mereka ke sana.
5/24/2018 ARAB 151 UITM (SCRIPT)
3/10
, :. Zaqeer: Baiklah, saya mengikut sahaja. Bilakah kita akan bertolak ke sana dan dengan menaiki
apa?. :
Zafira: Kita pergi pada pukul 8 pagi esok dengan menaiki kereta.. :
Afina: Baiklah wahai Zafira.
Sebelum bertolak ke kampung, kami berbual mengenai makanan kegemaran masing-masing.
: Raihan: Apakah makanan kegemaran kamu wahai Zafira dan Afina?
. : Zafira: Saya suka makan kebab.
:. Afina: Saya pula suka makan nasi goreng.
: Raihan: Bagaimana pula dengan kamu berdua?
. : Zulakhmar: Saya suka makan makaroni goreng.
.: Zaqeer: Saya pula suka makan mee goreng.
5/24/2018 ARAB 151 UITM (SCRIPT)
4/10
.:... Raihan: Ohhkalau begitu bolehlah kita memasak bersama-sama di rumah Fira untuk makan
tengah hari.
.: Zafira: Sudah tentu boleh wahai kawan-kawanku
.
Sesampainya di kampung, Raihan, Afina dan Zafira sedang memasak di dapur untuk
makan tengahari.
: . Zafira: Nampaknya makanan yang kita masak sungguh lazat.
, :. Afina: Betul, tak sabar saya ingin merasai makanan ini bersama-sama kawan kita.
: Raihan: Apakah yang kita akan lakukan selepas makan nanti?
,: . Zafira: Kita akan pergi ke dusun buah-buahan, sawah padi dan macam-macam lagi benda
menarik di kampung saya.
, :. Afina:
Cantiklah! Tak sabar rasanya saya ingin menikmati suasana kampung.
5/24/2018 ARAB 151 UITM (SCRIPT)
5/10
Semasa makan tengahari, mereka menikmati makanan kegemaran bersama-sama di
halaman rumah Zafira sambil berbual-bual.
, : Afina: Wahai Raihan, apakah pekerjaan ayah dan ibu awak?
: .
Raihan: Ayah saya bekerja sebagai doctor di Hospital Perdana manakala ibu saya bekerja
sebagai guru di sekolah menengah. Bagaimana pula dengan awak Afina?
:....
Afina: Ohhayah saya bekerja sebagai ahli perniagaan di Kuala Lumpur manakala ibu saya
bekerja sebagai pensyarah di UiTM Kelantan. Apakah cita-cita awak pada masa hadapan? : .
Raihan: Cita-cita saya pada masa hadapan ingin menjadi doktor seperti ayah saya. Dan awak
Afina? , : . . Afina: Wah, hebat sungguh cita-cita awak. Saya ingin menjadi guru sekolah kerana saya ingin
meminati bidang perguruan.
. : Raihan: Baguslah jika awak menjadi guru. Eh, adakah Zaqeer dan Zulakhmar?
, :. Afina: Ya, itu adalah mereka.
! : Zaqeer dan Zulakhmar: Assalamualaikum!
5/24/2018 ARAB 151 UITM (SCRIPT)
6/10
! : Afina dan Raihan: Waalaikummusalam!
: Zaqeer: Apakah yang awak sedang bualkan?
:. Afina: Kami berbual mengenai pekerjaan ayah dan ibu masing-masing sambil menikmati
makanan ini.
: . Raihan: Marilah duduk bersama kami wahai Zaqeer dan Zulahkmar., :. Zaqeer dan Zulakhmar: Baiklah, terima kasih.
. , :Zulakhmar: Wahai Zafira, saya pun hendak merasa makanan itu juga.
. : Zaqeer: Saya juga.
, : . Zafira: Baiklah, tunggu sebentar saya hendak mengambil makanan.
: Raihan: Apakah hobi awak ketika masa lapang wahai Zaqeer dan Zulakhmar?
: ... . Zaqeer: Ohhhobi saya ketika masa lapang ialah bersenam di gymnasium. Dan bagaimana pula
dengan awak Zulahkmar?
5/24/2018 ARAB 151 UITM (SCRIPT)
7/10
:. Zulakhmar: Hobi saya ketika masa lapang ialah bermain bola sepak di padang.
, : . Zaqeer: Wah, sungguh aktif awak Zulakhmar. Bilakah dan bersama siapakah awak bermain
bola?
: . Zulakhmar: Saya bermain bola sepak pada waktu petang bersama-sama kawan-kawan universiti
saya. Dan bagaimana dengan awak?.:
Zaqeer: Saya suka meluangkan masa di gymnasium pada waktu pagi bersama adik saya.
: , Zulakhmar: Selain daripada berada di gymnasium, apakah hobi awak yang lain?
: .
Zaqeer: Diantara hobi saya yang lain ialah melayari internet untuk mencari maklumat. Adakah
awak suka melayari internet juga Zulakhmar?
.:, Zulakhmar: Ya, saya juga suka melayari intenet untuk tujuan menyiapkan tugasan.
. , : Zaqeer: Wah, kita mempunyai hobi yang sama.
. : Zafira: Jemputlah makan wahai kawan-kawanku.
5/24/2018 ARAB 151 UITM (SCRIPT)
8/10
: ! . . Zulakhmar: Terima kasih! Makanan sudah sampai. Marilah kita makan, saya sudah lapar.
.: . Zaqeer: Saya pun berasa lapar juga. Marilah kita makan bersama-sama.
:. Raihan: Jangan lupa janji kita ingin melawat sekeliling kampung.
. . : Afina: Jumpa kamu berdua pada pukul 5 petang. Kami minta diri dulu.
., : Zulakhmar dan Zaqeer: Baiklah, selamat tinggal.
Pada petang itu, mereka pergi bersiar-siar di sekeliling kampung termasuk sawah padi.
:. . . Afina: Cantiknya pemandangan di sini. Sungguh nyaman udaranya. Saya tak pernah merasai
suasana seperti ini ketika di bandar.
: Zafira: Kamu tak pernah pulang ke kampung sebelum ini wahai Afina?
:. Afina: Saya tidak mempunyai kampung kerana datuk dan nenek saya tinggal di bandar.
! ,: . Zaqeer: Fuyoo! Pertama kali saya melihat suasana di kampung kamu yang sungguh cantik.
5/24/2018 ARAB 151 UITM (SCRIPT)
9/10
:. Zafira: Jom kita pergi ke dusun buah-buahan keluarga saya pula.
: .! Afina dan Zaqeer: Baiklah. Jom!
Selepas itu, mereka turut mengunjungi dusun buah-buahan di kampung Zafira. Mereka
juga menikmati kelazatan buah tembikai itu bersama-sama.
, : . Raihan: Zafira, banyaknya pokok buah-buahan di dusun ini. Apakah jenis buah-buahan yang
terdapat di sini?
,: , , . Zafira: Di sini terdapat buah durian, rambutan, betik, tembikai dan banyak lagi.
: Zulakhmar: Adakah dusun ini diusahakan oleh ayah awak?
, : . Zafira: Ya, dusun ini diusahakan oleh ayah saya dan dibantu oleh ibu saya.
:. Afina: Saya teringin hendak makan buah tembikai ini.
.: Zaqeer: Saya juga mahu makan buah tembikai ini kerana ianya nampak sungguh lazat.
, :. Zafira: Boleh, ambiklah.
5/24/2018 ARAB 151 UITM (SCRIPT)
10/10
Keesokan harinya, mereka mengucapkan selamat tinggal kepada Zafira kerana itu hari
terakhir mereka di sana.
.: Afina: Terima kasih kerana sudi menjemput kami menikmati suasana kampung awak.
. :.
Zaqeer: Betul kata Afina. Saya rasa tak mahu pulang kerana belum puas melihat suasana
kampung.
.: Zulakhmar: Sampaikan salam kami kepada keluarga awak.
. , : Zafira: Baiklah. Apabila ada masa lapang, datanglah lagi. Saya sedia menerima kedatangan
kamu semua.
, :.., Raihan, Afina,Zulakhmar dan Zaqeer: Terima kasih. Selamat tinggal.
. , : Zafira: Sama-sama, jumpa lagi.