Post on 30-Jul-2018
AMALAN PENGAMBILAN SARAPAN PAGI DI KALANGAN MURID
TINGKATAN DUA DI KAWASAN BANDAR DAN
LUAR BANDAR - SATU PERBANDINGAN.
MOSLEHA BTE LAMAN
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kepujian
( Kemahiran Hidup )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2004
iv
Istimewa buat keluarga tersayang; emak, kakak, abang , adik dan anak-anak.
Tidak ku lupakan suami tercinta,
Pengorbanan, jasa dan penat lelah kalian
Merupakan pencetus semangat dan pendorong kejayaan ini.
“ Bersama Membina Masa Depan Yang Lebih Gemilang.”
v
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi.
Selawat Dan Salam Buat Junjungan , Keluarga dan Para Sahabat. Alhamdulillah, saya
merafakkan syukur ke hadirat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapatlah saya
melaksanakan Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada
penyelia tesis saya, Encik Mohd. Zolkifli Bin Abdul Hamid, di atas segala bimbingan,
idea, tunjuk ajar, komen, teguran dan panduan disepanjang saya menyempurnakan
penyelidikan ini. Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara Dua, Pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Seri Pinang, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kulai dan
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kulai Dua di atas segala kerjasama dan
keperihatinan yang diberikan.
Tidak lupa penghargaan ini saya tujukan kepada ibu , suami, kaum keluarga dan
anak-anak kerana galakan, dorongan dan pengorbanan yang berterusan sepanjang
pengajian dan penyelidikan ini dijalankan. Terima kasih juga diucapkan kepada semua
pensyarah, semua rakan, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan
Johor dan Pejabat Pendidikan Daerah Kulai atas kerjasama dan tunjuk ajar yang telah
disumbangkan.
Akhir sekali, penghargaan ini ditujukan kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam usaha saya menjayakan Projek Sarjana Muda ini.
vi
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan meninjau amalan pengambilan sarapan pagi di kalangan murid tingkatan dua di kawasan bandar dan luar bandar di daerah Kulai. Sampel kajian melibatkan 205 orang murid yang terdiri daripada 120 murid di kawasan bandar dan 85 murid luar bandar. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Soal selidik digunakan bagi mengumpul maklumat kajian. Data-data dianalisis menggunakan ujian statistik kekerapan, peratusan, min, korelasi dan ujian -t. Hasil kajian mendapati 54.2 % murid tingkatan dua di bandar dan 52.9% di luar bandar mengambil sarapan pagi setiap hari. Murid di bandar lebih ramai yang meninggalkan sarapan pagi (kurang dari tiga kali seminggu). Hasil analisis faktor latarbelakang keluarga mempengaruhi murid dalam amalan pengambilan sarapan pagi memperolehi min skor pada tahap sederhana dan perhubungan antara faktor latarbelakang keluarga dengan amalan pengambilan sarapan pagi adalah rendah. Tahap pengetahuan responden tentang kepentingan sarapan pagi adalah baik. Sarapan pagi yang digemari oleh murid adalah makanan berasaskan nasi, diikuti mee, roti dan kuih tempatan. Minuman yang digemari pula adalah plain water, milo dan teh. Keputusan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap corak pengambilan sarapan pagi di antara murid bandar dan luar bandar.
vii
ABSTRACT
The purpose of this study was to survey the consumption of breakfast within the Kulai form two students in town and rural area. A total of 205 students, consisting of 120 students in town area and 85 students in rural area were selected randomly from four schools in Kulai. The descriptive study method was used with the surveying approach. The questionnaire is used as the instrument to gather information. All data collected were analysis statistically using frequencies, percentage, mean, correlation and t-test. The findings indicated that 54.2% students in town and 52.9% in rural area consumed breakfast everyday. However, skipping breakfast (taking breakfast less than 3 times a week) was higher among town students (41.6%). The analysis on the family background factors indicated that they were in medium score. The relationship between family background and food consumption are low. Pre adolescent knowledge about food and nutrition is satisfactory. The most popular breakfast foods are rice, noodle, bread and traditional cake. The popular breakfast drink among students was plain water, Milo and tea. This study also found that there was no significant difference of town students and rural area in breakfast consumption.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
TAJUK
PENGESAHAN PENYELIA ii
PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
DAFTAR SINGKATAN/ISTILAH xiii
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang masalah 3
1.3 Pernyataan masalah 6
1.4 Objektif kajian 7
1.5 Persoalan kajian 7
1.6 Hipotesis 8
1.7 Kepentingan kajian 8
1.8 Definisi operasi istilah 9
ix
1.9 Skop kajian 11
1.10 Batasan kajian 12
1.11 Penutup 12
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Keperluan nutrien makanan. 14
2.3 Amalan pemakanan remaja 17
2.4 Pengambilan sarapan pagi 20
2.5 Kepentingan sarapan pagi kepada murid 22
2.6 Faktor yang mempengaruhi pengambilan
sarapan pagi 23
2.6.1 Kekangan masa 24
2.6.2 Latar belakang keluarga 24
2.6.3 Tahap sosio ekonomi 25
2.7 Pendidikan pemakanan 26
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 28
3.2 Rekebentuk kajian 28
3.3 Tempat kajian 29
3.4 Populasi dan sampel kajian 29
3.5 Instrumen kajian 30
3.6 Kajian rintis 33
3.7 Prosedur kajian 34
3.8 Analisis data 34
3.9 Kesimpulan 36
x
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 37
4.2 Kajian rintis 38
4.3 Analisis soal selidik 38
4.4 Profil responden 39
4.5 Faktor latarbelakang keluarga dalam
mempengaruhi amalan pengambilan
sarapan pagi 44
4.6 Pengetahuan tentang amalan pengambilan
sarapan pagi 51
4.7 Corak pengambilan sarapan pagi 52
BAB V RUMUSAN, KESIMPULAN, PERBINCANGAN
DAN CADANGAN
5.1 Rumusan 61
5.2 Kesimpulan 62
5.3 Perbincangan 65
5.3.1 Latarbelakang keluarga 65
5.3.2 Tahap pengetahuan responden 66
5.3.4 Corak pengambilan sarapan pagi 67
5.4 Cadangan 70
5.5 Cadangan kajian lanjutan 71
RUJUKAN 75
LAMPIRAN 81
xi
SENARAI SINGKATAN/ISTILAH
SPSS - Statistical Package For The Social Sciences
ATS - Amat tidak setuju
TS - Tidak setuju
TP - Tidak pasti
S - Setuju
AS - Amat setuju
% - Peratus
n - Bilangan
ERT - Ekonomi Rumah Tangga
SP - Sisihan piawai
t - Taburan
P - Aras Signifikan (keertian)
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Taburan kekerapan populasi dan sampel sekolah 30
3.2 Skala Likert 31
3.3 Nilai penskoran item 32
3.4 Nilai Alpha Cronbach 33
3.5 Tahap penilaian responden berdasarkan peratusan 35
3.6 Selang skala mengikut tahap min 36
3.7 Jadual Korelasi 36
4.1 Taburan bilangan dan peratus responden mengikut
jantina, bilangan ahli keluarga, kawasan tempat
tinggal, penjaga, jarak rumah ke sekolah dan cara
pengangkutan ke sekolah 40
4.2 Taburan bilangan dan peratus responden mengikut
kelayakan akademik ibubapa 41
4.3 Taburan bilangan dan peratus responden mengikut
pendapatan keluarga, wang saku pelajar dan
kekerapan mengambil sarapan pagi 42
4.4 Taburan bilangan, peratus dan min faktor
latarbelakang keluarga dalam mempengaruhi
amalan pengambilan sarapan pagi 49
4.5 Taburan bilangan, peratus dan min faktor
latarbelakang keluarga responden dalam
mempengaruhi amalan pengambilan sarapan pagi 50
xiii
4.6 Min dan sisihan piawai keseluruhan faktor
Latarbelakang keluarga dan amalan pengambilan
sarapan pagi 51
4.7 Korelasi faktor latarbelakang keluarga dan amalan
pengambilan sarapan pagi 51
4.8 Taburan kekerapan dan peratus bagi tahap
pengetahuan responden tentang amalan
pengambilan sarapan pagi 52
4.9 Taburan kekerapan dan peratus amalan
pengambilan sarapan pagi responden bandar bagi
jenis bijirin dalam tempoh seminggu 53
4.10 Taburan kekerapan dan peratus amalan pengambilan
sarapan pagi responden luar bandar bagi jenis bijirin
dalam tempoh seminggu 54
4.11 Taburan kekerapan dan peratus amalan pengambilan
sarapan pagi responden luar bandar bagi jenis sapuan
roti dalam tempoh seminggu 56
4.12 Taburan kekerapan dan peratus amalan pengambilan
sarapan pagi responden luar bandar bagi jenis kuih
tempatan dalam tempoh seminggu 57
4.13 Taburan kekerapan dan peratus amalan pengambilan
sarapan pagi responden luar bandar bagi jenis
minuman dalam tempoh seminggu 59
4.14 Ujian-t corak pengambilan sarapan pagi murid bandar
dengan luar bandar 60
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Contoh soal selidik 81
B Ujian Korelasi 89
C Ujian-t 90
D Senarai sekolah di daerah Kulai
mengikut lokasi 110
E Surat kebenaran Bahagian Perancangan
dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia 111
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pemakanan ialah kajian yang berkaitan dengan pengambilan makanan untuk
proses pertumbuhan, pemulihan, dan pengawalan kesihatan ( Fatimah, Wong Siew
Foong dan Vickneswary, 2002 ).
Menurut Zubaidah (1992), pemakanan boleh didefinisikan sebagai satu bidang
sains yang berkaitan dengan pembekalan, pengambilan dan penggunaan makanan oleh
sesuatu organisma. Makanan pula dianggap sebagai bahan yang masuk ke dalam tubuh
melalui salur alimentari dan membekalkan nutrien kepada tubuh.
Pemakanan biasanya berkait rapat dengan makanan. Makanan dan pemakanan
adalah penting bagi kesihatan setiap individu. Makanan diperlukan untuk pertumbuhan,
tenaga pergerakan, penjagaan dan segala aktiviti serta mengawal proses tubuh badan.
Menurut Wee Eng Hoe ( 1997 ), dalam masyarakat kita pada hari ini masalah
pemakanan bukan berpunca dari kekurangan makanan tetapi kerana kurang berhati-hati
dalam membuat pemilihan makanan. Amalan pengambilan makanan mempunyai
pengaruh yang besar terhadap status pemakanan dan seterusnya kesihatan seseorang.
Masalah pemakanan wujud mungkin kerana kedaifan, kurang pengetahuan, amalan
warisan dan kepercayaan tahyul .
2
Makanan yang seimbang terdiri daripada tiga kumpulan yang besar iaitu
makanan yang memberi tenaga untuk kita bekerja dan bergerak, makanan yang boleh
menjauhkan dari penyakit serta makanan yang membina sel-sel dan tisu tubuh sama ada
untuk proses pertumbuhan atau lain-lain fungsi tubuh yang normal.
Amalan atau tabiat makan yang sihat bermakna mengambil makanan yang
betul untuk badan dan minda, sambil mencegah kekurangan dan berlebihan zat
makanan yang boleh membawa mudarat. Memakan pelbagai makanan yang
mengandungi zat seperti protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral perlu untuk
mendapat nutrien yang mencukupi. Cara-cara pemakanan yang baik termasuk memilih
pelbagai jenis makanan untuk makanan yang seimbang, makan secara sederhana dan
mengekalkan cara makan berdasarkan makanan yang baik serta mempunyai zat
makanan yang sesuai ( Tee E Siong, 2003 ).
.
Seseorang tidak perlu bimbang kemungkinan mengalami kekurangan nutrien
selagi ia mengamalkan tabiat makan seperti disarankan dalam piramid makanan iaitu
satu daripada ciri utama Garis Panduan Diet untuk rakyat Malaysia. Kebanyakkan
pelajar hari ini gemar melangkau sarapan pagi. Hal ini boleh menjejaskan remaja yang
berada pada tahap tumbesaran, aktif serta penggunaan tenaga yang maksimum.
Walaupun jangka masa sarapan agak singkat, namun ia amat mustahak untuk
menguatkan fizikal dan mental.
Hidangan sepinggan lengkap sarapan terdiri daripada makanan pembina tubuh,
pencegah penyakit dan pemberi tenaga yang mengandungi komposisi seperti protein,
kabohidrat, vitamin dan mineral. Hidangan ini akan membekalkan kalori nutrien yang
akan mengekalkan tahap metabolisme asas yang tinggi, mengawal suhu badan dan
memelihara fungsi-fungsi organ berdasarkan aktiviti fizikal murid. Sarapan amat
penting untuk merangsangkan organ-organ tubuh yang tidak aktif pada waktu malam.
Seterusnya membekalkan tenaga untuk murid lebih giat dan bersedia mengharungi
3
tugas-tugas serta mudah menerima pengajaran yang disampaikan oleh guru sewaktu di
sekolah ( Dewan Siswa, 2002 ).
Satu kajian yang di buat di Lowa, Amerika syarikat menunjukkan bahawa murid
yang mempraktikkan sarapan pagi sebagai amalan rutin terbukti mempunyai kadar
keaktifan yang tinggi berbanding murid yang tidak mengambil sarapan pagi. Di sekolah
,murid yang bersarapan mempunyai sahsiah dan prestasi yang lebih tinggi berbanding
murid yang enggan atau melangkaui sarapan ( Krause dan Mahan, 1969 ).
Oleh itu pengambilan sarapan secara teratur dan rutin penting membantu murid
mencapai kecemerlangan dalam kurikulum dan ko kurikulum. Secara langsung atau
tidak langsung masalah sindrom lembam atau lembap dikalangan murid dapat
dikurangkan malah mungkin dapat diatasi secara menyeluruh.
1.2 Latarbelakang masalah
Remaja merupakan komponen penduduk yang penting dalam sesebuah negara
dan ia merupakan golongan pelapis yang akan menggantikan orang dewasa dalam
mengekalkan budaya dan kekukuhan sesuatu bangsa. Mereka akan menjadi tenaga
penggerak dalam politik, ekonomi dan sosial. Keluarga, masyarakat dan negara harus
menerima hakikat bahawa golongan remaja mampu memberi sumbangan yang besar
kepada pembangunan. Oleh sebab kepentingan ini, mereka tidak boleh diketepikan ,
sebaliknya, mereka perlu dipimpin, diasuh dan diberikan tanggungjawab yang
sewajarnya.
Remaja sekolah adalah sebahagian daripada remaja biasa. Menurut Ibrahim
Mamat (1997), remaja sekolah adalah anak muda yang mempunyai ciri-ciri keremajaan
tetapi masih belajar terutamanya di sekolah menengah. Kebanyakan orang menerima
remaja sebagai mereka yang berumur antara 12 hingga 21 atau 22 tahun, manakala
remaja sekolah yang ada pada hari ini ialah mereka yang berumur antara 12 hingga 19
4
tahun. Remaja sekolah perlu dipimpin dengan bijaksana untuk menentukan
pembelajaran mereka berjalan dengan lancar dan perkembangan mereka dari segi
intelek tidak terencat, disamping perkembangan mereka dari aspek lain juga perlu diberi
perhatian.
Oleh kerana remaja sekolah ini berbeza dari segi umur, kematangan dan tingkah
laku, mereka harus dipimpin dengan cara yang berbeza iaitu mereka diuruskan dalam
tiga peringkat seperti yang dilakukan di sekolah sekarang. Peringkat awal remaja yang
berumur antara 12 hingga 14 tahun, peringkat pertengahan remaja yang berumur antara
15 hingga 17 tahun dan peringkat akhir remaja yang berumur antara 18 hingga 19 tahun
( Phuah Kooi Ean, 2000 ).
Pada peringkat remaja keperluan pemakanan iaitu tenaga dan zat-zat makanan
adalah tinggi. Ia adalah penting untuk pertumbuhan fizikal dan mental dan untuk
menjalankan aktiviti-aktiviti seharian (Merki M.B, 1987). Remaja pada peringkat ini
sedang membesar, dari itu mereka memerlukan keperluan kalori yang lebih untuk
menjaga keadaan jasmani mereka.
Murid tingkatan dua adalah golongan remaja sekolah yang berada dalam
kategori pra remaja. Mengikut RDA Malaysia (1974 ), Murid lelaki pada peringkat
umur di antara 10 – 19 tahun memerlukan kalori harian di antara 2600 – 2700 kilokalori
( kkal ), manakala pelajar perempuan, keperluan kalori adalah di antara 2300 – 2700
kilokalori. Manakala diet harian yang disyorkan menurut Phuah Kooi Ean (2000) untuk
remaja lelaki berumur 12 hingga 15 tahun ialah 3000 kilokalori dan remaja perempuan
ialah 2500 kilokalori.
Ramai murid yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang
berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Mereka cenderung untuk mengambil
makanan yang mudah diperolehi dan sering mengabaikan nilai pemakanannya. Menurut
Che Wan Jasimah (2000), bagi mencapai tahap status pemakanan yang baik, murid
5
haruslah memakan makanan yang seimbang iaitu memakan makanan yang dapat
membekalkan kalori yang mencukupi untuk keperluan badan.
Amalan makanan yang sihat ialah makan tiga kali dalam sehari iaitu sarapan,
makan tengahari, dan makan malam.
Tabiat makan remaja atau murid terbentuk sejak ia kecil lagi dan ini semestinya
sukar untuk diubah tetapi ia mungkin mengambil masa yang lama. (Dr Fatimah Arshad,
1996). Pengaruh tabiat makan ini mustahak diperhatikan sebelum sesuatu syor makanan
itu hendak diberikan kepada murid bagi menentukan yang makanan itu dimakan.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Zanariah, Mohd. Yunus dan Noor Rehan
(1993), amalan yang menyebabkan kekurangan zat makanan di kalangan murid sekolah
ialah mereka kurang bersarapan pagi atau tidak langsung bersarapan pagi. Hasil analisis
data kajiselidik mendapati lebih 80 % murid mengambil sarapan pagi. Perkara ini turut
dibuktikan oleh kajian yang telah dilakukan oleh Aminah, Norimah dan suriah (1991).
Walaubagaimanapun masih terdapat murid yang meninggalkan sarapan pagi.
Kebanyakan makanan yang disukai ramai ialah terdiri daripada nasi, mi dan kuih
tradisi. Menurut kajian oleh Nur Zakiah (2002) pula, lebih 70% murid mengambil
sarapan pagi dan terdapat 30% murid perempuan meninggalkan sarapan pagi (kurang
dari tiga kali seminggu) disebabkan kekangan masa dan tidak berselera.
Keengganan murid sekolah mengambil sarapan pagi bukan sahaja berlaku di
negara miskin malah turut melanda di negara kaya seperti Australia, Sweden dan
Amerika Syarikat. Menurut kajian Peter Williams ( 2002 ), remaja berusia 11 hingga
15 tahun di Australia yang meninggalkan sarapan pagi sebanyak 14.9%. Berdasarkan
satu kajian yang berkaitan, punca remaja tidak bersarapan pagi adalah disebabkan
beberapa faktor seperti kesuntukan masa ( 52 % ), tidak berasa lapar ( 22 % ) dan ada
yang mengamalkannya untuk mengurangkan berat badan terutamanya di kalangan
remaja perempuan. Menurutnya lagi, corak pengambilan sarapan pagi berkait rapat
denggan sosioekonomi sesebuah keluarga. Menurut satu kajian di Sweden ( 1996 ),
6
mendapati remaja dari keluarga yang berpendapatan tinggi mengambil sarapan pagi
dengan lebih kerap. Lebih 90% remaja mengambil sarapan berbentuk bijirin dan hasil
tenusu. Kebanyakan mereka bersarapan pagi di rumah sementara hanya 10% remaja
bersarapan pagi di cafeteria atau kantin.
Kerjasama daripada pihak ibubapa perlu untuk membentuk tabiat pemakanan
yang baik dalam jiwa kanak-kanak terutama semasa mereka dirumah. Mereka perlu
diasuh dan dibimbing dalam pemilihan makanan yang baik.
1.3 Pernyataan masalah
Keperluan zat makanan oleh remaja adalah unik. Pada peringkat remaja
keperluan pemakanan iaitu tenaga dan zat-zat makanan adalah tinggi. Ia adalah penting
untuk pertumbuhan fizikal dan mental dan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seharian.
Remaja pada peringkat ini sedang membesar, dari itu mereka memerlukan keperluan
kalori yang lebih untuk menjaga keadaan jasmani mereka. Memandangkan kepada
kepentingan pengambilan makanan yang berkhasiat dan seimbang dan masih ramai
remaja yang cenderung meninggalkan sajian tertentu terutamanya sarapan pagi, maka
adalah perlu kepada perhatian yang khusus.
Berdasarkan kepada latarbelakang permasalahan, pengkaji ingin mengenalpasti
amalan pengambilan sarapan pagi di kalangan murid tingkatan dua di kawasan bandar
dan luar bandar di daerah Kulai.
1.4 Objektif kajian
Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk:
7
i Mengenalpasti sama ada faktor latar belakang keluarga mempengaruhi
murid tingkatan dua di kawasan bandar dan luar bandar dalam amalan
pengambilan sarapan pagi.
ii Mengenalpasti tahap pengetahuan murid tingkatan dua di kawasan
bandar dan luar bandar dalam amalan pengambilan sarapan pagi.
iii Mengenalpasti corak pengambilan sarapan pagi di kalangan murid
tingkatan dua di kawasan bandar dan luar bandar.
1.5 Persoalan kajian
Persoalan kajian merupakan satu bidang yang menerangkan dengan lebih
terperinci dan khusus mengenai objektif kajian. Dalam kajian ini , penulis
mengemukakan beberapa persoalan, di antaranya ialah :
i Adakah faktor latar belakang keluarga mempengaruhi murid tingkatan
dua di kawasan bandar dan luar bandar dalam amalan pengambilan
sarapan pagi ?
ii Apakah tahap pengetahuan murid tingkatan dua di bandar dan luar
bandar tentang kepentingan pengambilan sarapan pagi ?
iii Apakah kekerapan murid tingkatan dua di bandar dan luar bandar
mengambil sarapan pagi dalam tempoh seminggu ?
1.6 Hipotesis
Tiada perbezaan yang signifikan di antara murid tingkatan dua di kawasan
bandar dan luar bandar dari segi amalan pengambilan sarapan pagi.