Post on 07-Jun-2015
description
AMALAN PEMAKANAN YANG SIHAT DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH
MENENGAH TEKNIK
HAMIDAH NOOR BINTI MD YUSOH
Projek Sarjana ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional
Jabatan Ikhtisas Pendidikan
Fakulti Pendidikan Teknikal
Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
OKTOBER 2006
Pengesahan Penyelia
“Saya/kami* akui bahawa saya/kami telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya/kami* karya ini adalah memadai dari segi skop dan kuantitinya untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional.”
Nama Penyelia : Dr. Hj Baharom bin Mohamad
Tandatangan Penyelia : ......................................
Tarikh : .................................
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Nama Penulis : Hamidah Noor binti Md Yusoh
Tandatangan Penulis : .................................................
Tarikh : .................................................
ISTIMEWA BUAT..
Ayahanda dan Bonda yang dikasihi
Md Yusoh bin Abdol dan Safiah binti Hj Abdullah
”Terima kasih di atas segala sokongan dan nasihat yang diberikan...Sesungguhnya ia
telah menjadi pendorong kepada kejayaan anakanda ini”
UNTUK..
Adinda
Fatimah Noor dan Mohd Yazid
”Di harap kejayaan ini memberi semangat buat kalian”
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT, kerana dengan rahmat dan
limpah kurniaNya, saya berjaya menyiapkan laporan Projek Sarjana ini. Saya ingin
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat di dalam
menjayakan projek ini.
Ucapan ribuan terima kasih saya tujukan buat pensyarah pembimbing iaitu
Dr Hj Baharom bin Mohamad di atas segala maklumat, bantuan, nasihat, dan kesabaran
beliau yang berikan sepanjang membimbing saya. Segala ilmu dan tunjuk ajar yang
diberikan amat berguna dan dihargai. Terima kasih buat ketua panel dan pensyarah
penilai; Prof. Madya Tn Hj Sapon Ibrahim dan En. Azman Hasan.yang menilai dan
memberi bimbingan untuk saya membaiki laporan ini, serta semua pensyarah Fakulti
Pendidikan Teknikal, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Untuk pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah memberi kebenaran menjalankan projek ini,
terima kasih diucapkan.
Tidak dilupakan guru-guru dan para pelajar Sekolah Menengah Teknik Tunku
Jaafar, Sekolah Menengah Teknik Port Dickson, Sekolah Menengah Teknik Melaka
Tengah, Sekolah Menengah Teknik Dato’ Seri Md Zin, Sekolah Menengah Teknik Batu
Pahat dan Sekolah Menengah Teknik Kluang di atas kerjasama dan kesudian
memberikan maklumat-maklumat yang diperlukan. Buat teman-teman seperjuangan
yang memberi dorongan, terima kasih diucapkan. Buat pihak semua yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung, jasa baik dan bantuan kalian tidak terbalas oleh saya.
Sekian, Wassalam.
ABSTRAK
Status nutrisi dan kesihatan memberikan pengaruh yang kuat terhadap kebolehan
kognitif dan psikomotor pelajar. Namun demikian, amalan pemakanan yang sihat di
kalangan pelajar masih kurang diaplikasikan. Kajian ini bertujuan meninjau amalan
pemakanan pelajar melalui konsistensi pengambilan makanan, kesedaran dan tahap
pengetahuan mereka berkaitan pemakana yang sihat serta kesannya terhadap konsentrasi
pelajar semasa P&P. Perkara yang dikaji ialah faktor-faktor mempengaruhi pemilihan
makanan, konsistensi pengambilan makanan, sokongan sekolah, tahap pengetahuan dan
kesedaran pelajar berkaitan pemakanan yang sihat. Kajian tinjauan ini menggunakan
soal selidik sebagai instrumen. Seramai 381 responden terdiri dari pelajar sekolah
menengah teknik dipilih secara rawak. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif
dan inferensi menggunakan perisian SPSS versi 11.0. Dapatan menunjukkan faktor
persekitaran paling mempengaruhi pemilihan makanan responden dengan min 3.70,
diikuti faktor organoleptik, aktiviti fizikal dan emosi. Responden mempunyai
konsentrasi pada tahap sederhana dengan min 3.42 dan kesedaran juga pada tahap
sederhana dengan min 3.42. Kebanyakan responden mengamalkan pemakanan secara
konsisten dan tahap pengetahuan pelajar berkaitan pemakanan yang sihat adalah tinggi
iaitu 71.2% mendapat 7 hingga 10 markah. Dapatan juga menunjukkan sokongan pihak
sekolah memupuk amalan pemakanan yang sihat pada tahap sederhana dengan min 3.01.
Tiada hubungan antara tahap pengetahuan responden dengan kesedaran mengamalkan
pemakanan yang sihat dan tiada hubungan di antara pendekatan pihak sekolah dengan
tahap pengetahuan responden berkaitan pemakanan yang sihat. Analisis menunjukkan
terdapat hubungan yang lemah antara konsistensi pengambilan makanan dengan
konsentrasi pelajar semasa P&P dengan koefisyen korelasi 0.17. Kesimpulannya,
pelajar sekolah menengah teknik mengamalkan pemakanan yang sihat pada tahap
sederhana.
ABSTRACT
Health and good nutrition status gives strong influence to students’ learning
potential and achievement. Alas, poor cognitive ability is influenced by one’s eating
habit. This study is assigned to determine students’ dietary habit through food intake,
awareness in practicing good eating habit and their concentration in classes. Issues that
have been examined are schools’ approach in supporting good eating habit, factors
influencing students’ food choice, students’ knowledge and awareness in practicing
good eating habit and their dietary intake consistency. This quantitative study uses
questionnaire as its instrument. A number of 381 students from six technical vocational
schools were randomly selected. Descriptive and inferential analyses were used to
analyze data collected using SPSS version 11.0. Result shows that environmental factor
affect the most in influencing food choice with mean 3.70, followed by organoleptic,
physical activity and emotional factor. Students show moderately good result regarding
concentration with mean 3.42 and awareness in practicing good dietary intake with mean
3.42. Most students eat consistently and have high knowledge about healthy and
balanced diet that is 71.2% scored 7 to 10 marks. Result also shows school support in
promoting good eating habit at moderate level. This study indicates that there is no
relation between students’ knowledge and their awareness in practicing good eating
habit. Also, there is no relation between schools’ approach in enhancing students’
knowledge and their good dietary intake. Analyses show a weak relation between
students’ eating consistency and their concentration in classes, with correlation 0.17. In
conclusion, the technical and vocational students apply practicing good eating habit at
moderately good level.
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Tujuan Kajian 5
1.5 Objektif Kajian 5
1.6 Persoalan Kajian 6
1.7 Hipotesis Kajian 7
1.8 Kerangka Teori Kajian 7
1.9 Kepentingan Kajian 9
1.10 Skop Kajian 9
1.11 Batasan Kajian 10
1.12 Definisi Operasional 10
1.12.1 Diet Seimbang 10
1.12.2 Piramid Makanan 10
1.12.3 Nutrien 11
1.12.4 Nutrisi yang sihat 11
1.13 Rumusan 11
II TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 12
2.2 Teori-teori Amalan Pemakanan Seimbang 12
2.2.1 Diet Seimbang 13
2.2.2 Panduan Piramid Makanan 14
2.2.3 Garispanduan Pemakanan Sihat 17
2.3 Kepentingan Amalan Pemakanan Sihat 17
2.3.1 Pencapaian Akademik dan 17
Proses Pembelajaran
2.3.2 Kesihatan Mental dan Fizikal 18
2.3.3 Risiko Penyakit Kronik 18
2.3.4 Keperluan Kalori dan Zat Makanan 19
2.3.5 Imbangan Kalori dan Berat Badan 19
2.4 Pendekatan Menyeluruh Sekolah 20
Terhadap Pemakanan dan Nutrisi Seimbang
2.4.1 Usahasama dengan ibubapa/penjaga 21
pelajar
2.4.2 Penetapan Polisi oleh Pihak Sekolah 21
2.4.3 Pengintegrasian Melalui Kurikulum 23
2.4.4 Kolaborasi dengan Pusat Kesihatan 24
Kerajaan
2.5 Teori Faktor-faktor Yang Mempengaruhi 24
Pemilihan Makanan
2.5.1 Faktor Keluarga dan Budaya 25
2.5.2 Faktor Rakan-rakan 26
2.5.3 Faktor Emosi 26
2.5.4 Faktor Pengiklanan 26
2.5.5 Faktor Aktiviti Fizikal 27
2.5.6 Faktor Organoleptik 28
2.6 Kesedaran dan Pengetahuan Pelajar 28
Berkenaan Diet Seimbang
2.7 Konsistensi Pengambilan Makanan 30
Oleh Pelajar
2.7 Rumusan 33
III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 35
3.2 Rekabentuk Kajian 35
3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 36
3.4 Tempat Kajian 38
3.5 Instrumen Kajian 38
3.5.1 Struktur Alat Kajian 39
3.5.1.1 Set Ujian 41
3.5.2 Penilaian Alat Kajian 42
3.6 Kajian Rintis 43
3.7 Pembolehubah Kajian 44
3.7.1 Pembolehubah Terikat 45
3.7.2 Pembolehubah Bebas 45
3.8 Kaedah Pengumpulan Data 45
3.9 Tatacara Penganalisisan Data 47
3.9.1 Kaedah Analisis Nilai Skor Min 47
3.9.2 Analisis Hipotesis 48
3.9.2.1 Ujian Korelasi 48
3.10 Kesahan dan Kebolehpercayaan 50
3.10.1 Kesahan 50
3.10.2 Kebolehpercayaan 50
3.10.2.1 Kebolehpercayaan Instrumen 51
3.11 Prosedur Kajian 53
3.12 Rumusan 54
IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 55
4.2 Profil Responden 55
4.3 Dapatan Kajian 56
4.3.1 Persoalan Kajian (i): 56
Pendekatan Pihak Sekolah Dalam
Membentuk Amalan Pemakanan yang
Sihat di Kalangan Pelajar Sekolah.
4.3.2 Persoalan Kajian (ii): 58
Faktor-faktor Yang Mempengaruhi
Pemilihan Makanan Pelajar.
4.3.3 Persoalan Kajian (iii): 65
Kesedaran Pelajar Mengamalkan
Diet Seimbang
4.3.4 Persoalan Kajian (iv): Konsistensi 66
Pengambilan Makanan oleh Pelajar
4.3.5 Persoalan Kajian (v): Tahap 67
Pengetahuan Sedia Ada Pelajar
4.3.6 Persoalan Kajian (vi): Konsentrasi 68
Pelajar di Dalam Kelas
4.3.7 Persoalan Kajian (vii): Hubungan 69
Antara Tahap Pengetahuan Pelajar
dengan Kesedaran Mereka dalam
Mengamalkan Pemakanan yang Sihat.
4.3.8 Persoalan Kajian (viii): Hubungan 71
Antara Pengambilan Makanan
Secara Konsisten dengan
Konsentrasi Pelajar Semasa
Pengajaran dan Pembelajaran.
4.3.9 Persoalan Kajian (ix): Hubungan 73
Antara Pendekatan Pihak
Sekolah dengan Tahap Pengetahuan
Pelajar Berkaitan Amalan
Pemakanan yang Sihat
4.4 Rumusan 75
V PERBINCANGAN, KESIMPULAN
DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 76
5.2 Perbincangan, kesimpulan dan cadangan 76
5.2.1 Pendekatan pihak sekolah 77
dalam memupuk amalan pemakanan
yang sihat di kalangan pelajar
5.2.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi 78
pemilihan makanan pelajar
5.2.3 Kesedaran responden mengamalkan 80
pemakanan yang sihat.
5.2.4 Konsistensi pengambilan makanan 82
oleh responden.
5.2.5 Tahap pengetahuan responden berkaitan 84
pemakanan yang sihat.
5.2.6 Konsentrasi pelajar di dalam kelas 85
5.2.7 Perhubungan antara tahap pengetahuan 87
sedia ada pelajar berkaitan amalan
pemakanan yang sihat dengan kesedaran
mereka dalam mengamalkan pemakanan
yang sihat
5.2.8 Perhubungan antara pengambilan 88
makanan secara konsisten dengan
konsentrasi responden semasa
pengajaran dan pembelajaran
5.2.9 Perhubungan antara pendekatan 89
pihak sekolah dengan tahap
pengetahuan sedia ada pelajar
berkaitan pemakanan yang sihat.
5.3 Cadangan untuk kajian lanjutan 91
5.4 Rumusan. 91
5.5 Penutup 92
RUJUKAN 93
LAMPIRAN 99
SENARAI JADUAL
NO. TAJUK MUKA SURAT
JADUAL
2.1 Nutrien dan Fungsinya 14
2.2 Panduan Asas Piramid Makanan 16
2.3 Keperluan Tenaga/Kalori untuk Sehari 19
(Malaysia)
2.4 Keperluan Kalori Harian Mengikut Status 20
Aktiviti dan Berat Badan (Kalori bagi Setiap
Kilogram Berat Badan)
3.1 Lokasi dan Bilangan Sampel Kajian 38
3.2 Senarai Rujukan Soal Selidik 40
3.3 Skala Pemarkahan Ujian 42
3.4 Pemberatan Skala Likert 42
3.5 Kekerapan Pengambilan Makanan 43
dalam Seminggu
3.6 Interpretasi skor Alpha Cronbach 44
3.7 Bilangan Salinan Soal Selidik dan 46
Ujian yang diperolehi
3.8 Tafsiran Julat Nilai Min 47
3.9 Pekali korelasi berdasarkan skala 48
pengukuran pembolehubah
3.10 Kekuatan nilai pekali korelasi 49
3.11 Pembahagian julat dan anggapan 49
3.12 Ringkasan Hasil Analisis Koefesien 52
Kebolehpercayaan Kajian
3.13 Prosedur Kajian 53
4.1 Pendekatan Pihak Sekolah 57
4.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi 59
pemilihan makanan pelajar
4.3 Kesedaran Pelajar Mengamalkan 65
Diet Seimbang
4.4 Peratusan dan Frekuensi Konsistensi 66
Pengambilan Makanan oleh Pelajar
4.5 Peratusan dan Frekuensi Skor Markah 67
Ujian Responden
4.6 Konsentrasi pelajar di dalam kelas 68
4.7 Hubungan antara skor ujian dengan kesedaran 70
pelajar mengamalkaan pemakanan seimbang
4.8 Hubungan antara pengambilan makanan 72
secara konsisten dengan konsentrasi pelajar
semasa pengajaran dan pembelajaran
4.9 Hubungan antara skor kuiz dengan 74
pendekatan pihak sekolah dalam
memupuk amalan pemakanan yang sihat
di kalangan pelajar
SENARAI RAJAH
NO. TAJUK MUKA SURAT
RAJAH
1.1 Kerangka Teori Kajian 7
2.1 Panduan Piramid Makanan 15
4.1 Graf min pemilihan makanan 60
berdasarkan faktor organoleptik
4.2 Graf min pemilihan makanan 61
berdasarkan faktor aktiviti fizikal
4.3 Graf min pemilihan makanan 62
berdasarkan faktor emosi
4.4 Graf min faktor yang membantu responden 63
belajar mengenai pemakanan yang sihat.
4.5 Graf min faktor yang mempengaruhi 64
kecenderungan menuruti pemilihan
jenis makanan seperti individu lain
4.6 Carta pai peratus ujian tahap 67
pengetahuan pelajar
4.7 Graf serakan perhubungan di antara skor 70
ujian pelajar dengan kesedaran mengamalkan
pemakanan yang sihat
4.8 Graf serakan perhubungan di antara 72
pengambilan makanan secara konsisten
dengan konsentrasi pelajar semasa
pengajaran dan pembelajaran.
4.9 Graf serakan perhubungan antara skor kuiz 74
dengan pendekatan pihak sekolah dalam
memupuk amalan pemakanan yang sihat
di kalangan pelajar
SENARAI SINGKATAN
AAP : American Academy of Pediatrics
USDA : United States Department of Agriculture
UNESCO : United Nations Educational Scientific and Cultural Organization
WHO : World Health Organization
NASBE : National Association of State Boards of Education
NCCFN : National Coordinating Committee on Food and Nutrition
RKS : Rancangan Kesihatan Sekolah
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN. TAJUK MUKA SURAT
A Kerangka Kerja Operasi 100
B Jadual Penetapan Saiz Sampel 102
C Senarai Sekolah Menengah 104
Teknik/Vokasional Malaysia
D Borang Soal Selidik 106
E Ujian Kebolehpercayaan 116
F Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 125
G Analisis Min 128
H Analisis Normaliti 137
I Analisis Korelasi 140
J Kesahan Soal Selidik 143
K Recommended Nutrient Intakes for Malaysia 148
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan Teknik dan Vokasional penting dalam pembangunan sesebuah
negara khususnya bagi negara perindustrian. Kerajaan membelanjakan berjuta-juta
ringgit untuk pelaburan dalam pendidikan bagi meningkatkan kemahiran dan kepakaran
dalam bidang teknik dan vokasional. Bagi memastikan sektor pendidikan negara kita
terus bergerak dan berkembang maju seiring dengan negara maju yang lain, salah satu
elemen yang penting adalah keperluan untuk melahirkan pelajar yang berkualiti dan
produktif bagi memenuhi keperluan negara. Kualiti pelajar yang lahir pula dipengaruhi
oleh amalan pemakanan mereka selain daripada kemudahan pembelajaran, kesungguhan
pelajar sendiri, keberkesanan guru yang mengajar dan persekitaran yang merangsang
pembelajaran mereka.
Faktor pendapatan turut menyumbang kepada kesihatan masyarakat sesebuah
negara, sama ada negara pertanian atau perindustrian.
Secara umumnya, amalan pemakanan mempengaruhi tahap kesihatan kita.
Badan memerlukan bekalan nutrien yang seimbang agar ia kekal sihat. Banyak nutrien
yang diperoleh melalui makanan; di antaranya ialah vitamin, mineral, protein dan
karbohidrat. Makanan yang berfungsi sebagai bahan api bagi membekalkan tenaga yang
diperlukan untuk kita melakukan aktiviti harian serta membolehkan sistem-sistem di
dalam badan berfungsi dengan sempurna. Sebaliknya amalan dan corak pemakanan
yang tidak sihat akan memberi ancaman serius kepada kesihatan fizikal dan mental
manusia. Contohnya, menurut Cook-Cottone dan Keca (2005), kanak-kanak dan remaja
menganggap bentuk dan saiz badan yang ideal adalah penting. Mereka akan berusaha
mendapatkan bentuk badan yang diinginkan sehingga sanggup untuk berlapar. Apabila
pegangan tersebut digabungkan dengan faktor kehidupan yang lain, maka ia boleh
mencetuskan amalan pemakanan yang tidak seimbang dan mengganggu keupayaan
seseorang untuk belajar.
Menurut Whitman (2000), jawatankuasa pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(World Health Organisation) mendapati bahawa kajian di negara-negara maju dan
membangun menunjukkan program kesihatan yang dijalankan di sekolah dapat
mengurangkan masalah kesihatan, meningkatkan keberkesanan sistem pendidikan dan
seterusnya kesihatan awam, pembangunan sosial dan ekonomi.
1.2 Latar Belakang Masalah
Status nutrisi dan kesihatan memberikan pengaruh yang kuat terhadap
pembelajaran dan prestasi pelajar di sekolah. Menurut Govindji et al. (2002), pelajar
yang kekurangan nutrien tertentu dalam dietnya; contohnya, zat besi, iodin dan protein
tidak mempunyai potensi yang sama untuk belajar seperti pelajar yang sihat. Ini kerana
makanan yang dimakan memberi kesan terhadap kesihatan mental dan fizikal individu
tersebut. Beliau turut menyatakan bahawa, diet yang tidak sihat menjadi salah satu
penyebab berlakunya kemurungan atau perasaan dan emosi yang tidak stabil. Walau
bagaimanapun, gejala tersebut dapat dihindarkan dengan cara mengamalkan diet yang
sihat.
Pihak sekolah tidak dapat merawat pelajar yang mengalami masalah pemakanan
yang tidak sihat, tetapi pihak sekolah boleh memainkan peranan penting dalam
membantu mencegah ianya bermula. Ini kerana, persekitaran sekolah dan dinamik
sosial remaja dapat memberi kesan untuk membentuk amalan pemakanan yang sihat
atau yang kurang sihat. Secara tidak langsung, dengan mengamalkan diet yang sihat,
para pelajar akan membesar dengan seimbang dari segi mental dan fizikal yang
seterusnya membantu mereka memberikan penumpuan optimum semasa pengajaran dan
pembelajaran berlangsung.
Pelajar yang mempunyai kebolehan kognitif yang lemah kebiasaannya
menunjukkan pencapaian yang kurang memuaskan dan sarapan pagi juga dikatakan
mempengaruhi kebolehan kognitif pelajar (Bowker et al., 1999). Currie et al. (1997)
dan Roberts et al. (1997) dalam Bowker et al. (1999), mendapati bahawa kebanyakan
pelajar tidak mengambil sarapan pagi sebelum mereka ke sekolah. Simeon dan
MacGregor (1989) dalam Bowker (1999) pula menyatakan bahawa tidak mengambil
atau kurang mengambil sarapan pagi dikaitkan dengan prestasi pembelajaran yang
lemah di sekolah. Rosso (1999), menyatakan bahawa tahap kesihatan dan nutrisi yang
rendah di kalangan pelajar sekolah menyumbang kepada sistem pendidikan yang tidak
efisien. Beliau turut menyatakan bahawa gejala kelaparan yang biasa dialami oleh
pelajar yang tidak mengambil sarapan pagi sebelum ke sekolah boleh menyumbang
kesan yang kurang baik terhadap pembelajaran mereka. Ini kerana pelajar yang lapar
menghadapi kesukaran untuk menumpukan perhatian dan sukar melakukan tugasan yang
kompleks.
Bowker et al. (1999) menyatakan bahawa sekolah memainkan peranan penting
dalam mengubah diet pelajar. Menurut mereka, sekolah berpeluang untuk mendidik
generasi muda mengenai makanan dan nutrisi. Sekolah juga dapat mendemonstrasikan
kepentingan diet seimbang untuk kesihatan masa depan dengan menyediakan pilihan
makanan yang sihat di kantin sekolah. Oleh itu, usaha untuk mempromosikan amalan
pemakanan dan cara hidup yang sihat di kalangan remaja melalui sistem sekolah adalah
keperluan yang kritikal. Contohnya, sekolah seharusnya menyediakan, atau
memberikan saluran asas kesihatan dan perkhidmatan nutrisi kepada pelajar kerana
sekolah secara langsung mempunyai perkaitan dengan para pelajar. Ini turut dinyatakan
oleh Christie (2005), iaitu melalui penilaian yang dilakukan di sekolah yang
menjalankan program bantuan pemakanan di Burkina Faso mendapati bahawa kantin
sekolah mempunyai perkaitan dengan peningkatan pencapaian sekolah, kedatangan
pelajar, penurunan kadar berhenti sekolah dan peningkatan kadar kejayaan dalam
peperiksaan kebangsaan.
Whitman (2000) menyatakan bahawa, pendidik seluruh dunia dapat mempromosi
dan menyalurkan perkhidmatan kesihatan dengan mudah dan berkesan kepada pelajar.
Pernyataan ini selari dengan laporan Aldinger (1998) yang menyatakan nutrisi yang
sihat meningkatkan potensi pembelajaran, sebaliknya nutrisi yang tidak sihat dan
berkaitan dengan infeksi membawa kepada penyakit malnutrisi yang mengakibatkan
kemerosotan potensi pembelajaran.
Apabila seseorang pelajar memasuki kawasan sekolah, amalan pemakanannya
sedikit sebanyak berubah. Ini termasuk dari segi menu hidangan dan waktu makan
mereka yang bergantung kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
Apa yang dimakan oleh pelajar sebelum bermulanya kuliah, akan memberi kesan secara
tidak langsung terhadap daya tahan dan tumpuan mereka di dalam kelas. Justeru itu,
adalah penting untuk menyediakan hidangan yang sesuai dan menerapkan amalan
pemakanan yang sihat kepada pelajar agar mereka menjadi pelajar yang produktif.
1.3 Pernyataan Masalah
Picciano et al. (1999) mendapati bahawa, tinjauan yang dilakukan ke atas 3307
kanak-kanak berusia 2 hingga 19 tahun menemui hanya 2% daripada mereka yang
memenuhi cadangan piramid makanan oleh United States Department of Agriculture
(USDA), dan hampir 40-45% daripada mereka tidak memenuhi atau hanya
memenuhi satu daripada cadangan USDA. Menurut Ibnuamir (2003) dalam
kajiannya bertajuk Pendidikan: Masalah Pelajar Melayu Pulau Pinang mendapati
kekurangan berat badan atau zat pemakanan adalah punca kemerosotan pelajaran
murid-murid sekolah rendah yang sebahagian besarnya kaum Melayu.
Laporan United Nations Educational Scientific and Cultural Organization
(UNESCO) (2004), pula menyatakan bahawa sekolah mempunyai sokongan secara
tidak langsung kepada kumpulan sasaran kerana sekolah lengkap dengan kakitangan
yang berkemahiran dan ia merupakan tempat di mana komuniti berhimpun. Maka
ini membenarkan perkhidmatan kesihatan berasaskan sekolah dapat dijalankan
dengan kos yang efektif dan selamat. Menurut laporan tersebut lagi, nutrisi yang
sihat diperlukan bagi membolehkan pelajar menunjukkan prestasi yang baik di
sekolah kerana nutrisi mempengaruhi perkembangan intelek dan kebolehan belajar.
Agak sukar mendapatkan maklumat mengenai amalan pemakanan pelajar di
sekolah menengah teknik secara terperinci. Amalan pemakanan yang digunakan di
kalangan pelajar sekolah menengah teknik masih tidak jelas. Oleh itu kajian ini
dijalankan untuk meninjau sama ada terdapat perkaitan di antara sokongan pihak
sekolah dalam membentuk amalan pemakanan yang sihat di kalangan pelajar di
enam buah sekolah menengah teknik Semenanjung Malaysia dengan tahap
pengetahuan dan kesedaran mereka mengamalkan pemakanan yang sihat serta
kesannya kepada konsentrasi mereka semasa pengajaran dan pembelajaran.
1.4 Tujuan Kajian
Kajian yang dijalankan ini bertujuan meninjau apakah amalan pemakanan yang
diamalkan oleh pelajar sekolah menengah teknik dari segi kekerapan pengambilan
makanan dan kesedaran mereka mengamalkan pemakanan yang sihat serta sokongan
pihak sekolah dalam meningkatkan pengetahuan, konsentrasi dan amalan pelajar
berkaitan pemakanan yang sihat.
1.5 Objektif Kajian
Secara khusus kajian ini bertujuan untuk
1. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan para
pelajar.
2. Mengenalpasti tahap kesedaran pelajar terhadap amalan pemakanan yang
sihat.
3. Mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar terhadap amalan pemakanan yang
sihat.
4. Mengenalpasti konsistensi pengambilan makanan oleh pelajar.
5. Mengenalpasti konsentrasi pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran
berlaku.
6. Mengenalpasti sokongan sekolah dalam membentuk amalan pemakanan yang
sihat di kalangan pelajar-pelajarnya.
1.6 Persoalan Kajian
Secara khusus, matlamat kajian adalah untuk mendapatkan jawapan-jawapan terhadap
beberapa persoalan kajian seperti berikut:
1. Apakah antara faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan para
pelajar?
2. Apakah tahap kesedaran pelajar mengamalkan pemakanan yang sihat?
3. Apakah tahap pengetahuan pelajar mengamalkan pemakanan yang sihat?
4. Apakah konsistensi pengambilan makanan oleh pelajar?
5. Apakah tahap konsentrasi pelajar di dalam kelas?
6. Apakah hubungan antara tahap pengetahuan pelajar dengan kesedaran mereka
dalam mengamalkan pemakanan yang sihat?
7. Apakah hubungan antara pengambilan makanan secara konsisten dengan
konsentrasi pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku?
8. Apakah sokongan pihak sekolah dalam membentuk amalan pemakanan yang
sihat di kalangan pelajar sekolah tersebut?
9. Apakah hubungan antara sokongan pihak sekolah dengan tahap pengetahuan
pelajar berkaitan amalan pemakanan yang sihat?
1.7 Hipotesis
H0: Tahap pengetahuan pelajar secara signifikan tidak mempengaruhi kesedaran mereka
dalam mengamalkan amalan pemakanan yang sihat
H0: Pengambilan makanan secara konsisten tidak mempengaruhi konsentrasi pelajar di
dalam kelas
H0: Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara sokongan pihak sekolah dengan
tahap pengetahuan pelajar dalam mengamalkan amalan pemakanan yang sihat.
1.8 Kerangka Teori Kajian
Berdasarkan persoalan kajian, pengkaji telah menghasilkan satu kerangka teori
untuk menjelaskan lagi skop yang ingin dikaji. Menerusi kerangka teori ini,
menunjukkan bahawa sokongan sekolah terhadap pemakanan dan nutrisi seimbang akan
memberi pengetahuan kepada pelajar tentang pemakanan yang sihat kepada pelajar,
seterusnya pengetahuan akan mencetuskan kesedaran yang membawa kepada pemilihan
makanan yang seimbang, dan pengambilan makanan yang seimbang secara konsisten
akan membantu meningkatkan daya penumpuan pelajar. Sokongan sekolah terhadap
pemakanan dan nutrisi seimbang pula merujuk kepada sumber makanan yang disediakan
oleh pihak sekolah kepada para pelajar. Sokongan sekolah juga dilakukan penglibatan
bersama-sama ibubapa penjaga pelajar dalam penyediaan sarapan, makanan semasa
rehat serta makan tengahari (UNESCO, 2004; Havaz et al., 1995; Bowker et al., 1999;
Christie, 2005; Jacobson, 2005; NASBE, 2000; Stroper, 2003; Tesler, 2003; Delisle,
2005). Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan merujuk kepada pengaruh
Konsistensi pengambilan makanan oleh pelajar
Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan
Pengetahuan pelajar akan diet seimbang
Sokongan sekolah terhadap pemakanan dan nutrisi seimbang
Daya penumpuan pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran
(Disesuaikan dari UNESCO, (2004); Bowker et al. (1999); Christie, (2005); Delisle, (2005); McBean, (1999); Blades, (2005); Picciano et al. (1999); Pelto et al. (2004).
Kesedaran pelajar akan diet seimbang
Rajah 1.1 : Kerangka teori kajian
dari individu, organisasi, sosio-ekonomi dan biologi (Bowker et al., 1999; McBean,
1999; Blades, 2005; Picciano et al., 1999; Cook-Cottone dan Keca, 2005; Delisle, 2005).
Kesedaran dan pengetahuan pelajar akan diet seimbang merujuk kepada pengetahuan
sedia ada pelajar berkaitan amalan pemakanan yang sihat dan sejauh mana mereka
mengaplikasikannya (UNESCO, 2004; Stroper, 2003; Pelto et al., 2004; McBean, 1999;
Ziegler et al. 1999; Cook-Cottone dan, Keca 2005; Tesler, 2005; Kurtzweil, 1995).
Konsistensi pengambilan makanan oleh pelajar melihat kepada kekerapan pengambilan
makanan dan pengambilan makanan mengikut waktu yang ditetapkan (UNESCO, 2004;
Govindji et al., 2002; Picciano et al., 1999; Delisle, 2005; Dinger dan Waigandt, 1997;
Havas et al., 1995). Dalam erti kata lain, sokongan sekolah terhadap pemakanan dan
nutrisi seimbang, faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan, kesedaran dan
pengetahuan pelajar akan diet seimbang dan konsistensi pengambilan makanan oleh
pelajar akan dikaji untuk melihat sejauh mana faktor-faktor tersebut mempengaruhi daya
penumpuan pelajar samasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
1.9 Kepentingan Kajian
Dapatan yang diperolehi daripada kajian ini diharap akan dapat membantu :
a) Memberikan maklumat penyelidikan kepada Kementerian Pelajaran
Malaysia yang dapat membantu meningkatkan potensi pembelajaran
pelajar.
b) Menyumbang kepada nama baik KUiTTHO dalam usaha
meningkatkan kualiti bidang pendidikan melalui penyelidikan.
c) Pelajar-pelajar sekolah menengah teknik untuk meningkatkan daya
penumpuan mereka di dalam kelas.
d) Guru-guru di sekolah menengah teknik juga dapat membantu
mendidik pelajar mengamalkan diet yang sihat agar proses pengajaran
guru-guru berjalan dengan lancar dan berkesan.
e) Pelajar dan guru dapat meningkatkan pengetahuan dari segi
pemakanan mereka.
f) Sekolah menengah teknik seluruh negara, dengan penyediaan garis
panduan yang boleh digunapakai dalam menjadikan amalan
pemakanan yang sihat di sekolah sebagai aktiviti yang
menyeronokkan.
1.10 Skop Kajian
Amalan pemakanan dikatakan memberi pengaruh ke atas daya penumpuan
pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana pemakanan memberi kesan
ke atas fizikal, dan mental pelajar. Tambahan lagi apabila pelajar dapat menumpukan
perhatian di dalam kelas, tahap kefahaman mereka akan meningkat dan ini akan
memberi kesan peningkatan prestasi mereka dalam pelajaran. Pengkaji ingin mengkaji
sejauh mana sokongan sekolah terhadap pemakanan yang sihat, faktor-faktor yang
paling mempengaruhi pemilihan makanan pelajar, kesedaran dan pengetahuan pelajar
akan diet seimbang dan adakah konsistensi pengambilan makanan oleh pelajar
mempengaruhi daya penumpuan pelajar di dalam kelas.
Kajian ini akan dilakukan di sekolah menengah teknik di tiga buah negeri selatan
Semenanjung Malaysia. Responden yang akan terlibat adalah pelajar sekolah menengah
teknik. Pengkaji ingin melihat sokongan sekolah terhadap pemakanan dan nutrisi
seimbang pelajar serta kesannya dalam meningkatkan penumpuan pelajar semasa
pengajaran dan pembelajaran berlaku. Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan
makanan juga akan dikaji untuk melihat pengaruhnya ke atas pemakanan dan daya
penumpuan pelajar di dalam kelas. Pengkaji juga turut mengkaji kesedaran dan
pengetahuan pelajar berkenaan diet seimbang serta konsistensi pengambilan makanan
oleh pelajar.
1.11 Batasan Kajian
Kajian ini akan dilakukan dengan mengambil sampel pelajar dari 6 buah sekolah
menengah teknik. Ini dilakukan untuk mendapatkan sampel yang boleh-dipercayai agar
data yang diperolehi adalah tepat dan sah.
1.12 Definisi Operasional
Definisi operasional menjelaskan perkataan-perkataan yang sering digunakan
pengkaji dalam menulis laporan kajian ini
1.12.1 Diet seimbang
Diet seimbang ialah pengambilan makanan yang mempunyai nutrien yang
menepati piawaian hidangan dalam piramid makanan di mana, diet yang seimbang akan
mengurangkan risiko mendapat penyakit (Govindji et al., 2002).
1.12.2 Piramid makanan
Piramid makanan merupakan panduan yang mengelasan makanan dalam turutan
mengikut kadar yang diperlukan oleh manusia. Jenis makanan banyak diperlukan oleh
manusia ialah dari kategori karbohidrat seperti nasi, roti, bijirin dan pasta; iaitu sebanyak
enam hingga sebelas hidangan. Diikuti oleh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan dua
hingga empat dan tiga hingga lima hidangan masing-masing. Makanan dari kategori
protein seperti daging, susu dan ikan diperlukan sebanyak dua hingga tiga hidangan dan
kategori terakhir ialah lemak dan minyak yang diperlukan dalam amaun yang sedikit
sahaja (UNESCO, 2004).
1.12.3 Nutrien
Nutrien adalah zat yang terkandung di dalam makanan. Terdiri daripada
makronutrien; karbohidrat, lemak dan protein, dan mikronutrien; vitamin dan mineral
(Govindji et al., 2002).
1.12.4 Nutrisi yang sihat.
Nutrisi yang sihat adalah gabungan makanan, kesihatan dan penjagaan diri dalam
kehidupan seharian yang menyumbang kepada psikologi, mental dan kehidupan sosial
individu (UNESCO 2004).
1.12.5 Pemakanan sihat
Pemakanan yang sihat adalah amalan yang membekalkan nutrien yang
diperlukan oleh tubuh pada amaun yang betul.
1.13 Rumusan
Bab ini telah menerangkan pengenalan kepada kajian yang akan dijalankan.
Selain daripada latar belakang masalah, pernyataan masalah, tujuan kajian, objektif
kajian, persoalan kajian, hipotesis, kerangka teori kajian, kepentingan kajian, skop kajian
dan batasan kajian, definisi operasional juga dinyatakan. Latar belakang dan pernyataan
masalah menyatakan bukti-bukti kewujudan masalah dan sokongan daripada tokoh-
tokoh tertentu. Dalam tujuan kajian, pengkaji menerangkan sebab-sebab perlunya kajian
ini dilakukan. Objektif dan persoalan kajian dinyatakan untuk mengeluarkan dan
menyampaikan tentang inti pati kajian ini. Hipotesis pula menyatakan andaian-andaian
yang dibuat oleh pengkaji. Kepentingan kajian merujuk kepada kumpulan-kumpulan
yang akan mendapat manfaat dari kajian ini. Skop kajian pula menerangkan sedalam
mana kajian akan dilakukan manakala batasan kajian menyatakan had persampelan
kajian. Definisi operasional juga dinyatakan bagi menerangkan beberapa frasa-frasa
yang digunakan pengkaji.
BAB II
TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan mengenai teori-teori yang berkaitan dengan jenis
sokongan yang diambil oleh pihak sekolah dalam memupuk amalan pemakanan yang
sihat di kalangan pelajarnya, faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan
pelajar, tahap pengetahuan dan kesedaran pelajar terhadap diet seimbang.
2.2 Teori-teori amalan pemakanan seimbang.
Perubahan sentiasa berlaku dalam kehidupan kita dan ini termasuklah perubahan
dari segi amalan pemakanan. Bender (1997) menyatakan bahawa situasi pemakanan
sedunia telah berkembang dengan dramatiknya sejak 30 tahun kebelakangan ini.
Beberapa garis panduan mengenai pemakanan seimbang telah diberikan oleh badan-
badan kesihatan bagi membantu pelajar membesar dengan sihat dan seimbang. Menurut
Picciano et. al (1999), ‘American Academy of Pediatrics’ (AAP) telah membuat
beberapa cadangan khusus untuk kanak-kanak dan remaja. Cadangan tersebut direka
oleh AAP dengan mengadaptasi panduan piramid makanan agar memenuhi keperluan
diet remaja.
Panduan piramid makanan menggariskan bahawa buah-buahan dan sayur-
sayuran sebagai antara diet terpenting bagi memperolehi pemakanan yang seimbang dan
seterusnya mendapat kesihatan yang optimum. Storper (2003) menyatakan bahawa
keperluan pemakanan remaja adalah berbeza berbanding peringkat umur yang lain.
Pernyataan ini disokong oleh Picciano et al. (1999), yang menyatakan diet dan
keperluan pemakanan kanak-kanak berbeza dengan orang dewasa. Namun demikian,
terdapat pendapat yang menyatakan peningkatan kepekaan bukan hanya dipengaruhi
oleh diet yang seimbang. Yablonski (2005) menyatakan tidur yang terganggu
memberikan kesan negatif kepada pencapaian persekolahan pelajar dan pernyataan ini
disokong oleh Taras dan Datema (2005) dengan menyatakan bahawa pernafasan yang
tidak teratur semasa tidur mengakibatkan tidur yang tidak sempurna, maka pemulihan
bukan sahaja membantu pesakit mendapatkan tidur yang berkualiti tetapi turut
meningkatkan pencapaian akademik.
2.2.1 Diet Seimbang
Diet yang seimbang membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan pada kadar
yang betul (NCCFN, 2005). Diet ini boleh dilakukan dalampelbagai cara, namun
demikian ia harus mengandungi amaun karbohidrat, lemak, protin, vitamin, mineral,
serat dan air yang mencukupi (NCCFN, 2005). Jadual 2.1 menunjukkan secara ringkas
senarai nutrien dan fungsinya.
Makanan mengandungi tenaga, zat makanan (nutrien) dan komponen-komponen
lain yang memberi kesan kepada kesihatan. Tenaga dan zat makanan yang penting
sebab badan tidak dapat mengeluarkan sendiri dan mesti diambil dari makanan.
Terdapat lebih 40 zat makanan yang dikumpul dalam enam jenis zat makanan utama
iaitu karbohidrat, lemak, protein, vitamin, garam galian dan air.
Karbohidrat, lemak dan protein adalah zat yang membekal tenaga, sebab mereka
terdiri dari bahan kimia dikenali sebagai bahan organik yang mengandungi karbon dan
boleh membakar. Protein, garam galian dan air adalah sebahagian dari komposisi tisu
badan dan sangat penting untuk membina dan membaikpulih sel dan tisu. Vitamin
adalah bahan dari pelbagai jenis organik terdapat dalam kandungan sedikit dalam
makanan, tetapi amat penting untuk pembesaran dan kesihatan. Fungsi utama vitamin
ialah mengawal proses badan seperti proses metabolisma, fungsi urat dan otot dan
kesihatan tisu. Air adalah bahan pengawal, membawa bahan-bahan dalam bentuk cairan
dalam jus pencernaan (penghadaman, darah dan tisu, membantu mengawal suhu badan.
perkumuhan, pengaliran darah, dan lain-lain. Makanan juga mengandungi serat (fibre)
berfungsi dengan air bagi menjaga proses pembuangan, membersih usus dan mengelak
dari sembelit.
Walaupun setiap nutrien berfungsi secara spesifik dalam badan, gabungan
kesemua nutrien adalah perlu untuk penjagaan kesihatan. Kandungan nutrien juga
berbeza dalam makanan dan tiada satu-satu makanan pun mengandungi semua nutrien
yang diperlu, kecuali susu ibu yang lengkap untuk bayi baru lahir hingga berumur 6
bulan.
Nutrien Fungsi
Lemak dan karbohidrat Sumber tenaga
Protin Membina blok otot
Vitamin dan mineral Diperlukan untuk fungsi badan
(Sumber: National Coordinating Committee on Food and Nutrition, 2005)
2.2.2 Panduan Piramid Makanan
Panduan piramid makanan membantu dalam memilih diet yang seimbang.
Makanan diletakkan pada aras yang berbeza di dalam piramid makanan berdasarkan
kepada nilai nutrien utama (NCCFN, 2005). Makanan dengan nilai nutrien tertinggi
diletakkan di dasar piramid makanan, manakala makanan yang mempunyai nilai nutrien
terendah diletakkan pada puncak piramid makanan. Jumlah amaun makanan yang
dibenarkan adalah berbeza diantara individu, oleh itu pemilihan makanan harus
Jadual 2.1: Nutrien dan Fungsinya
mengikut bahagian yang dinyatakan dalam panduan piramid makanan (NCCFN, 2005).
Jenis makanan harus dipilih dari setiap aras piramid mengikut turutan; pilihan terbaik
dan perlu dimakan paling banyak adalah daripada aras satu atau dasar piramid, dan
makanan dari aras puncak piramid makanan perlu diambil dengan kadar paling sedikit
(NCCFN, 2005).
( Sumber: NCCFN, 2005)
Kebanyakan makanan mengandungi lebih dari satu nutrien, tetapi tidak ada satu
makanan yang dapat membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan dalam amaun yang
betul untuk mengekalkan kesihatan yang baik (NCCFN, 2005). Lebih kepelbagaian
makanan, maka kurang kecenderungan seseorang untuk mengalami kekurangan atau
berlebihan nutrien.
Rajah 2.1 : Panduan piramid makanan
Lemak, minyak dan gula AMBIL PALING SEDIKIT
Sayur-sayuran 3 – 5
HIDANGAN
Roti, bijirin, nasi dan pasta 6 – 11 HIDANGAN
Buah-buahan 2 – 4 HIDANGAN
Daging, hasil dari ayam dan itik, ikan kacang, dan telur 2 – 3 HIDANGAN
Susu, yoghurt 2 – 3
HIDANGAN
Jadual 2.2 berikut memaparkan panduan asas piramid makanan.
Aras piramid Jenis makanan Penerangan Aras 1 atau dasar - makan paling banyak
Bijirin, ubi Bijirin, nasi, bubur, mee, roti, bijirin sarapan pagi, pasta, capati, thosai, ubi
- sumber terbaik untuk karbohidrat kompleks - gunakan makanan berkanji sebagai asas
untuk setiap hidangan dan snek - pilih semua jenis, tetapi adalah disarankan
memilih bijirin atau mil penuh kerana membekalkan lebih serat dan vitamin
Aras 2 Makan lebih banyak
Buah dan sayur Sayuran berdaun, semua jenis buah-buahan
- Pilih dari pelbagai jenis - Makan yang segar berbanding yang ditinkan - Makan sebiji buah keseluruhan adalah lebih
baik berbanding meminum jusnya kerana ia membekalkan vitamin, mineral dan serat
- Pastikan memakan sekurang-kurangnya lima hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam sehari
- Ambil satu hidangan buah-buahan setiap kali makan, ia membawa jumlah dua hingga empat kali dalam sehari.
Aras 3 Makan sederhana
Susu dan yogurt Susu segar, susu tepung, susu sejat dan yogurt Ikan,hasil dari ayam,itik, daging dan kekacang Ikan, ayam, daging tanpa lemak, telur, kacang, tempeh. towkua
- Sumber yang baik untuk kalsium dan protin - Orang dewasa harus memilih makanan yang
kurang kandungan lemak - Susu pekat manis tidak termasuk dalam
kumpulan ini - Daging dan hasil dari ayam dan itik adalah
kaya dengan protin, vitamin dan mineral terutamanya zink dan zat besi
- Kikis semua lemak yang kelihatan pada daging sebelum memasaknya
- Kekacang adalah alternatif kepada daging kerana ia mengandungi lemak yang kurang di samping serat yang tinggi
- Aras 4 atau puncak Makan paling sedikit
Lemak, alkohol, garam dan gula Semua jenis gula, kek, krim, lemak, konfeksi, minyak dan alkohol
- Makan sekali-sekala. Dianggap sebagai ’ treats’
- Disarankan agar memilih lemak yang tidak tepu
- Pengambilan garam yang berlebihan mengakibatkan tekanan darah tinggi
- Kurangkan pengambilan garam - Berhati-hati dengan makanan yang diproses
kerana mungkin kandingan garam adalah tinggi seperti sosej dan makanan dalam tin
- Gula ringkas membekalkankalori tanpa nutrien lain
(Sumber: National Coordinating Committee on Food and Nutrition, 2005)
Jadual 2.2: Panduan Asas Piramid Makanan.
2.2.3 Garispanduan Pemakanan Sihat
Tujuan memberi panduan dan saranan dalam pemilihan dan pengambilan
makanan bagi orang ramai oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk pemakanan
sihat). Terdapat lapan saranan yang diberikan; pertama ialah makan pelbagai jenis
makanan. Kedua mengimbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal.
Ketiga, memilih lebih banyak bijirin, kekacang dalam makanan. Seterusnya, makan
lebih buah-buahan dan sayur-sayuran. Kelima, memilih makanan yang rendah lemak
dan kolestrol. Keenam, memilih makanan yang sederhana kandungan gula dan garam.
Ketujuh, minum air dengan banyak dan yang terakhir ialah makan makanan yang bersih
dan selamat.
2.3 Kepentingan amalan pemakanan yang sihat.
Terdapat pelbagai kepentingan amalan pemakanan yang sihat. Diantaranya ialah,
memberi faedah kepada pencapaian dan pembelajaran pelajar seperti penumpuan di
dalam kelas dan peningkatan daya kefahaman dan ingatan mereka (Govindji et al.,
2002) Selain itu, menurut Blades (2001), pemakanan mempengaruhi fizikal dan
penampilan seseorang. Menurut Rahman (1999) pula, pemakanan memberi kesan
kepada kesihatan seseorang
2.3.1 Pencapaian akademik dan proses pembelajaran.
Amalan pemakanan yang sihat membawa kepada pelbagai kebaikan. Rosso
(1999) menyatakan bahawa peningkatan nutrisi dan kesihatan boleh membawa kepada
pencapaian akademik yang lebih baik, pengurangan pengulangan gred dan pengurangan
kadar berhenti sekolah. Demikian juga, Whitman (2000) menyatakan bahawa kesihatan
dan nutrisi adalah penyumbang utama kepada pelajar dalam proses pembelajaran.
Sementara itu, Stroper (2003). Menyatakan bahawa pengambilan buah-buahan dan
sayur-sayuran yang tinggi kandungan serat dan vitamin adalah amat penting bagi
manusia. Beliau mendapati bahawa remaja perlu mengambil lebih buah-buahan dan
sayur-sayuran dan peningkatan kepekaan remaja dipengaruhi oleh amalan pemakanan
mereka. Menurut Govindji et al. (2002), buah-buahan dan sayur-sayuran telah
dibuktikan menunjukkan kesan positif dalam meningkatkan daya ingatan dan
penumpuan, melalui dua ujian yang dijalankan di antara kumpulan manusia yang
memakan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan dengan kumpulan yang kurang
memakan sayur-sayuran dan buah-buahan, mereka yang memakan lebih sayur-sayuran
dan buah-buahan menunjukkan daya ingatan dan penumpuan yang lebih baik.
2.3.2 Kesihatan mental dan fizikal
Pemakanan mempengaruhi tumbesaran, memberi kesan kepada kesihatan mental
dan fizikal seterusnya mempengaruhi penampilan seseorang (Blades,2001). Beliau
menyatakan bahawa diet diketahui dapat memberikan kesan yang penting terhadap
kesihatan oleh itu dengan mempengaruhi diet, manusia dapat mencegah terjadinya
penyakit kronik. Kenyataan Blades (2001) disokong oleh Cook-Cottone dan Keca
(2005), menyatakan bahawa amalan pemakanan yang tidak seimbang merupakan suatu
penyakit jiwa seperti penyakit aneroxia nervosa dan bulimia. Pengambilan diet yang
seimbang dan sesuai membolehkan manusia mendapatkan amaun nutrien yang yang
diperlukan oleh badan dengan secukupnya (UNESCO, 2004).
2.3.3 Risiko penyakit kronik
Menurut Rahmah (1999), diet sihat membantu tumbesaran kanak-kanak dan
makanan memboleh manusia bekerja secara produktif dan merasa selesa. Beliau turut
menyatakan bahawa pilihan makanan membantu mengurang risiko penyakit kronik
seperti sakit jantung, sebahagian kanser, penyakit kencing manis, strok dan osteoporosis
(reput tulang). Diet sihat boleh mengurang faktor risiko utama untuk penyakit kronik,
faktor seperti kegemukan, tekanan darah tinggi dan tinggi kolesterol dalam darah.
2.3.4 Keperluan Kalori dan Zat Makanan.
Keperluan berbeza sepanjang hayat, bergantung kepada perubahan fisiologikal
yang berlaku dalam badan seperti tumbesaran, taraf kesihatan dan aktiviti yang
dilakukan (Zainab, 2000). Menurut beliau, golongan dewasa lanjut usia memerlukan
kurang makanan kerana aktiviti yang berkurangan dibanding dengan individu yang lebih
muda dan aktif. Keperluan juga bergantung kepada cara hidup, misalnya minum teh,
kopi, alkohol dan merokok boleh menghapuskan beberapa nutrien dalam badan kita
(Zainab, 2000).
Nilai tenaga dalam makanan diukur dalam unit kalori. Kandungan kalori dalam
makanan bergantung kepada kandungan karbohidrat, protein, dan lemak. Lemak
menghasilkan kalori terbanyak mengikut berat – 9 kalori bagi setiap gram. Nutrien lain
tidak memberi kesan kepada nilai tenaga makanan. Oleh yang demikian makanan
mengandungi banyak lemak tinggi kalori. Sebaliknya, makanan tinggi kandungan air,
seperti sayuran rendah kalori.
Jadual 2.3 : Keperluan Tenaga/Kalori untuk Sehari (Malaysia)
Umur (tahun) Berat (Kg) Keperluan Tenaga/Kalori Remaja lelaki Remaja perempuan
10 – 19 10 - 19
2600 – 2580 2300 - 2100
Dewasa lelaki (Sederhana aktif)
20 – 39 40 – 49 50 – 59 > 60
55 55 55 55
2530 2400 2280 2020
Dewasa Perempuan (Sederhana aktif)
20 – 39 40 – 49 50 – 59 > 60
50 50 50 50
2000 1900 1800 1600
(Sumber : Zainab, 2000)
2.3.5 Imbangan Kalori dan Berat Badan
Individu perlu menentukan pengambilan dan penggunaan tenaga seimbang untuk
mengawal dan menetapkan berat badan. Sekiranya pengambilan lebih tenaga dari yang
diperlukan, badan akan menyimpan lebihan sebagai lemak di dalam hati dan otot-otot
dalam bentuk glykogen dan di bawah kulit dalam bentuk lemak. (Jika kelaparan
berlaku, simpanan lemak ini akan digunakan). Bagi setiap 3,500 kalori yang disimpan,
berat badan akan naik lebih kurang 1 lb (450 gram). Walaubagaimanapun, bilangan
kalori yang perlu bagi mengekal berat badan bergantung kepada umur, saiz, cara hidup
(terutama senaman), komposisi badan dan keturunan. Jadual 2.4 memaparkan secara
ringkas keperluan kalori harian mengikut aktiviti.
Jadual 2.4 : Keperluan Kalori Harian Mengikut Status Aktiviti dan Berat Badan
(Kalori bagi Setiap Kilogram Berat Badan)
Aktiviti Kategori Berat Badan Aktiviti Ringan Sederhana Aktif Sangat Aktif (Berat) Berlebihan Berat Badan
20 – 25 30 35
Berat Normal 30 35 40 Kurang Berat Badan 35 40 45 - 50
(Sumber : Zainab, 2000)
2.4 Sokongan pihak sekolah terhadap makanan dan nutrisi seimbang.
Pelajar sekolah sebagai “captive audience”, ibarat kata pepatah melayu
‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Sekolah sebagai sumber yang besar dari
segi kemudahan, tenaga manusia dan sebagai pusat pendidikan atau agen perubahan
dalam masyarakat (Rahmah, 1999). Beliau turut menyatakan bahawa keberkesanan
pendidikan kesihatan sekolah di mana banyak kajian tentang pengetahuan, sikap dan
amalan kesihatan di kalangan murid sekolah yang dijalankan menunjukkan bahawa
tahap pengetahuan dan amalan kesihatan mereka masih kurang memuaskan.
Sekolah merupakan tempat yang paling sesuai dalam mengubah tabiat
pemakanan pelajar kerana sekolah mempunyai peluang untuk mendidik pelajar tentang
amalan pemakanan seimbang. Sekolah juga dapat mendemonstrasikan kepentingan diet
seimbang untuk kesihatan masa depan pelajar dengan menyediakan pilihan makanan
yang menyihatkan di kantin sekolah selain daripada bekerjasama dengan ibubapa
pelajar. Menurut United Nations Educational Scientific and Cultural Organization
(UNESCO) (2004), sekolah menyediakan jalan dan cara yang paling efektif dan efisien
untuk mendekati sebahagian besar populasi; termasuk generasi muda, kakitangan
sekolah, keluarga dan seterusnya ahli komuniti, cara ini membolehkan pelajar didekati
pada tahap mereka mudah dipengaruhi iaitu semasa peringkat pembesaran mereka.
Laporan UNESCO (2004) turut menyebut bahawa sekolah diberikan mandat dan
tanggungjawab untuk meningkatkan pelbagai aspek perkembangan dan kematangan
pelajar dengan memberi panduan serta pendidikan oleh golongan yang berkelayakan.
UNESCO (2004) menggariskan sebab pemilihan sekolah sebagai tempat yang
ideal untuk mempromosikan kesihatan nutrisi; pertama, sekolah dapat mendekati
sebahagian besar kanak-kanak dan remaja. Kedua, sekolah menyediakan peluang untuk
melatih cara pemakanan yang sihat dan selamat. Ketiga, sekolah dapat mendidik pelajar
bagaimana cara untuk menghindari tekanan sosial yang tidak sihat berkaitan tabiat
pemakanan setelah mempelajari corak pemakanan yang sihat. Keempat, tenaga mahir
boleh didapati di sekolah untuk membuat susulan dan memberikan panduan dan yang
terakhir; penilaian menunjukkan bahawa pendidikan nutrisi berasaskan sekolah dapat
memperbaiki amalan pemakanan pelajar.
2.4.1 Usahasama dengan ibubapa dan penjaga pelajar
Selain daripada penglibatan guru dalam membantu memupuk minat pelajar
terhadap pemakanan yang sihat, ibu bapa dan penjaga juga berperanan. Menurut Havas
et al. (1995), penglibatan keluarga dapat menyokong pengambilan buah-buahan dan
sayur-sayuran di rumah di mana pelajar boleh membawa pulang hasil masakan dan snek
yang disediakan di sekolah untuk dikongsi bersama keluarga. Bowker et al. (1999) pula
menyatakan bahawa ibu bapa juga boleh membantu dengan membekalkan snek dan
bekalan makan tengah hari yang berkhasiat.
2.4.2 Penetapan polisi oleh pihak sekolah.
Pelajar menghabiskan banyak masa mereka di sekolah. Oleh itu sekolah
memainkan peranan yang penting dalam membentuk pelajar yang cemerlang dalam
pelajaran dan mempunyai tubuh badan yang sihat. Bowker et al. (1999) menyatakan
bahawa dalam tindakan sokongan sekolah, tindakan hanya boleh diambil sepanjang sesi
persekolahan. Christie (2005) menyatakan bahawa, sekolah rendah dan menengah di
Louisiana telah menetapkan kriteria piawaian nutrien yang perlu dipatuhi, seperti hanya
minuman tertentu sahaja dibenarkan dijual di sekolah;dan jus buah-buahan yang dijual
adalah dari seratus peratus jus buah-buahan tanpa tambahan pewarna atau perasa tiruan.
Sehubung dengan itu, Bowker et al. (1999) menyatakan bahawa perlunya
pembangunan polisi di sekolah yang hanya membenarkan snek kesihatan sahaja dijual di
kawasan sekolah. Beliau turut menyatakan bahawa pihak sekolah perlu menetapkan
katering sekolah atau tender kantin untuk menyediakan pelbagai hidangan yang sihat
seperti mengurangkan kandungan lemak dalam hidangan mereka. Kaunter sayur-
sayuran dan buah-buahan perlu diwujudkan secara berasingan agar lebih mudah dan
cepat bagi pelajar mendapatkan makanan tanpa perlu beratur panjang (Bowker et al.
1999). Kenyataan ini selari dengan Cristie (2005), yang menyatakan bahawa pihak
lembaga sekolah menetapkan piawaian nutrisi minimum yang perlu dipatuhi untuk
penghidangan makanan di kafeteria dan kantin sekolah. Beliau turut menyatakan
bahawa Gabenor New Mexico, Bill Richardson melancarkan program sarapan pagi
kepada prasekolah, manakala gabenor New York melancarkan program ‘Active-8 Kids’,
kempen yang menekankan kepada kefahaman dan keprihatinan yang mendorong pelajar
menjadi aktif, sihat dan mantap dari segi fizikal dan mental.
Terdapat pelbagai polisi yang ditetapkan oleh pihak sekolah untuk membentuk
amalan pemakanan yang sihat. Jacobson (2005), menyatakan bahawa pekerja kafeteria
dan kantin sekolah hendaklah diberikan khidmat nasihat berkaitan dengan apakah
keperluan makanan pelajar dan bagaimana untuk menyediakan dan menghidangkan
makanan tersebut dengan cara yang lebih menarik. Perkara yang sama turut disentuh
oleh National Association of State Boards of Education (NASBE) (2000), iaitu program
perkhidmatan nutrisi merangkumi program perkhidmatan makanan yang mengambil
kakitangan terlatih sebagai pekerja kafeteria dan kantin sekolah agar menyediakan
pilihan-pilihan makanan yang berkhasiat dan menarik, seterusnya mewujudkan suasana
persekolahan yang merangsang pelajar untuk memilih makanan yang menyihatkan.
2.4.3 Penintegrasian melalui kurikulum.
Satu lagi tindakan sokongan yang diambil oleh pihak sekolah dalam memupuk
amalan pemakanan yang sihat di kalangan pelajarnya ialah dengan mengintegrasikannya
di dalam kurikulum pengajaran. Sokongan pengajaran berkaitan amalan pemakanan
boleh dilakukan dari sudut berbeza dan kreatif agar dapat meransang minat pelajar.
Contohnya, Stroper (2003) melaporkan tentang suatu kelas dinamakan ‘Cookshop’ iaitu
kelas yang direka oleh ‘New York Community Food Resource Center’ untuk membantu
pelajar bersama-sama guru mereka memasak pelbagai jenis masakan yang diperolehi
dari hasil tanamam mereka di sekolah. Stroper (2003) turut menyatakan bahawa
masakan yang dimasak bersama guru mereka kemudiannya dijual di kantin dan kafeteria
sekolah. Melalui penilaian yang dilakukan ke atas tindakan tersebut menunjukkan
perubahan pemakanan pelajar meningkat dengan mendadak terhadap makanan yang
dahulunya hanya dipelajari di dalam kelas. Sokongan melalui kurikulum turut
dinyatakan oleh NASBE (2002), iaitu pendidikan kesihatan perlu diintegrasikan ke
dalam bidang mata pelajaran sedalam mungkin dan teknik pengajaran ‘cross-teaching’
dijalankan sebagai pelengkap dan bukannya sebagai pengganti kepada program
pendidikan kesihatan komprehensif.
Lazimnya manusia berminat untuk menyediakan dan memakan makanan yang
enak dan mudah disediakan, maka mengikut laporan Havas et al. (1995), pembentukan
satu kurikulum yang dinamakan kurikulum pendidikan nutrisi sekolah dapat
meningkatkan rasa minat pelajar terhadap buah-buahan dan sayur-sayuran kerana dalam
kurikulum ini, panduan resepi yang diberikan akan meningkatkan kebolehan pelajar
dalam menyediakan hidangan berasaskan buah-buahan dan sayur-sayuran yang cepat,
selamat, mudah dan enak.
Tabiat pemakanan yang tidak sihat tidak mudah diubah, tetapi oleh kerana
pelajar banyak menghabiskan masa mereka di sekolah, maka perubahan boleh dilakukan
oleh pihak sekolah. Melalui kajian yang dijalankan oleh UNESCO (2004), di Amerika
Syarikat mendapati bahawa kurikulum pendidikan kesihatan yang komprehensif yang
direkabentuk dan dilaksanakan di sekolah dapat menghindarkan tabiat pemakanan yang
tidak sihat di kalangan pelajar.
2.4.4 Kolaborasi dengan pusat kesihatan kerajaan.
Satu lagi kaedah yang dilakukan oleh pihak sekolah untuk membentuk amalan
pemakanan yang sihat di kalangan pelajar sekolah menengah teknik ialah dengan
mengadakan sesi ceramah. Menurut Rahmah (1999), pihak sekolah mengadakan
ceramah kesihatan kepada pelajar dengan menjemput pegawai pemakanan yang
bertauliah memberikan ceramah. Di samping itu, Forcier dan Descy (2002) menyatakan
bahawa penyampaian syarahan atau ceramah memberi kesan yang lebih bermakna
kepada pelajar apabila disertakan dengan grafik dan animasi. Mereka turut menyatakan
bahawa dengan disertakan grafik atau animasi, pelajar mudah memahami dan dapat
menumpukan perhatian kepada ceramah dalam tempoh yang lebih lama.
Sekolah merupakan saluran yang sesuai untuk mendidik pelajar mengamalkan
pemakanan yang sihat kerana ia menjadi perantara di antara pihak hospital dengan
pelajar. Keadaan ini membolehkan risalah-risalah kesihatan, poster dan artikel dari
hospital diedar atau dipaparkan kepada pelajar (Zainab, 2000). Selain itu, menurut
Rahmah, (1999), satu Rancangan Kesihatan Sekolah (RKS) telah diwujudkan sejak
tahun 1967, sebagai rancangan bersepadu dan komprehensif di antara Kementerian
Kesihatan dan Kementerian Pelajaran. Beliau turut menyatakan bahawa secara
umumnya, RKS bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan pelajar
serta warga sekolah ke tahap yang optima. (Rahmah, 1999).
2.5 Teori faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan
Amalan pemakanan manusia dipengaruhi oleh beberapa faktor. Menurut Kelly-
Plate dan Eubanks (2000), di antara faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan
makanan ialah keluarga dan budaya, rakan-rakan, kepercayaan agama, emosi, kawasan
geografi, pengiklanan serta nilai dan gaya hidup. Kajian Hoolihan (2003) mengenai
pemilihan makanan individu pula mendapati bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi
keperluan nutrien termasuklah umur, jantina, tahap aktiviti, bangsa dan etnik, cara
hidup, persekitaran, sejarah keluarga dan pemendapan penyakit genetik. McBean (1999)
turut menyatakan faktor lain yang mempengaruhi amalan pemakanan termasuklah faktor
genetik dan persekitaran. Sementara itu Blades (2001) mendapati bahawa selain
daripada pengaruh oleh individu dan organisasi, pemilihan makanan turut dipengaruhi
oleh organoleptik, sosio-budaya dan faktor biologi. Manakala Delisle (2005) pula
melaporkan bahawa budaya, rakan sebaya dan keluarga mampu mempengaruhi tabiat
pemakanan pelajar dan beliau turut menyatakan bahawa apabila tiada halangan dari segi
ekonomi dan keselamatan makanan, pemilihan makanan ditentukan oleh faktor-faktor
psikososial.
2.5.1 Faktor keluarga dan budaya
Pemilihan makanan oleh ibu bapa dan cara masakan mereka akan mempengaruhi
amalan pemakanan keluarga tersebut. Di bawah faktor keluarga, taraf sosio ekonomi
juga mempengaruhi kerana keluarga yang mempunyai taraf sosioekonomi yang tinggi
lazimnya dapat memberikan makanan yang lebih lengkap dan seimbang kepada anak-
anak mereka. Menurut Kelly-Plate dan Eubanks (2000), kebanyakan orang cenderung
untuk mengikuti tradisi jenis makanan keluarga. Manakala Picciano et al. (1999) pula
menekankan kepada pentingnya bagi ibubapa dan penjaga untuk menjadi model yang
positif dengan memilih makanan yang sihat dan seimbang untuk diri mereka sendiri di
samping membantu anak-anak menikmati pelbagai jenis makanan yang berkhasiat.
Ibu bapa antara faktor penting yang menyumbang kepada pengetahuan awal
berkaitan pemakanan di kalangan pelajar kerana mereka menjadi contoh terdekat untuk
diteladani (Norlaila, 2006). Malah, anak akan mewarisi tabiat pemakanan ibu bapa dan
ia sukar diubah apabila meningkat dewasa. Walaupun ada ibu bapa menyuruh anak
makan banyak sayur dan buah, ia sukar dilakukan, terutama jika ibu atau bapa sendiri
tidak mengamalkannya. Malah, masalah ini bertambah buruk kerana ramai ibu bapa
kini menjadikan restoran makanan segera sebagai tempat untuk menghargai anak
(Norlaila, 2006).
2.5.2 Faktor rakan-rakan
Pengaruh rakan sebaya merupakan suatu impak yang besar terhadap pemilihan
makanan pelajar. Menurut Kelly-Plate dan Eubanks (2000), aktiviti makan bersama
rakan adalah satu aktiviti sosial dan apabila keluar bersama rakan, pelajar cenderung
untuk memilih makanan yang sama dengan rakannya. Walaubagaimanapun, Cook-
Cottone dan Keca, (2005) mendapati berlaku diskriminasi di antara rakan sebaya
berkaitan kegemukan dan mengakibatkan pelajar yang bertubuh gemuk berasa tertekan
yang akhirnya mengamalkan pemakanan yang tidak seimbang semata-mata kerana ingin
mengurangkan berat badan. Kajian dari Delise (2005) pula melaporkan bahawa menurut
teori budaya sosial, imej badan adalah penting bagi remaja dan gangguan yang berlaku
adalah akibat kegemukan, pemakanan yang tidak teratur dan ketidakpuasan dari segi
psikologi. Kajian oleh Ziegler et al. (1998) pula menyatakan bahawa, majoriti besar
(90-95%) remaja perempuan berusia 12 dan 20 tahun mengalami penyakit aneroxia
nervosa kerana tekanan yang dihadapi untuk menjadi kurus supaya diterima oleh rakan
sebaya. Zeigler et al. (1998) turut menyatakan bahawa pengambilan nutrien dan tenaga
yang tidak mencukupi dalam jangka masa yang panjang akan mengakibatkan kehilangan
jisim otot, pembesaran terbantut, masalah kehilangan selera makan dan osteoperosis.
2.5.3 Faktor emosi
Emosi turut mempengaruhi pemilihan makanan manusia. Contohnya, coklat dan
kek diberikan semasa harijadi, sementara emosi marah atau sedih menyebabkan
seseorang untuk makan dengan amaun yang banyak sebagai alternatifnya mengurangkan
tekanan tersebut. Menurut Kelly-Plate dan Eubanks (2000), manusia kerap mengaitkan
beberapa jenis makanan dengan emosi mereka seperti memakan coklat, ais krim dan
jeruk. Di antara emosi yang dialami oleh individu ialah perasaan marah, gembira,
terharu, murung, tertekan dan sedih.
2.5.4 Faktor pengiklanan
Pelajar mudah dipengaruhi dengan apa yang dipaparkan oleh media massa.
Faktor pengiklanan juga berperanan dalam menentukan tabiat dan pemilihan makanan
pelajar. Menurut Kelly-Plate dan Eubanks (2000), perniagaan yang berkaitan dengan
makanan menghabiskan jutaan ringgit dalam mempromosikan dan meyakinkan
pelanggan untuk membeli produk mereka. Selain itu, Delisle (2005) menyatakan
bahawa melalui kajian yang dilakukan terhadap pelajar sekolah di Nepal mendapati
bahawa makanan segera lebih digemari oleh lebih dua per tiga daripada bilangan pelajar
dan pengiklanan mempengaruhi kecenderungan ini sebanyak 80%.
Menurut Tesler (2003), untuk mengubah tabiat pemakanan adalah sukar, maka
persekitaran yang menjadikan makanan yang berkhasiat mudah diperolehi dan di dalam
pilihan yang banyak perlu diwujudkan. Ini selaras dengan yang dinyatakan oleh Bowker
et al. (1999) bahawa kebanyakan sekolah mempunyai kafeteria layan-diri, mesin
runcitan (vending-machine) dan kantin sekolah sebagai sumber yang menyalurkan jenis
makanan kepada pelajar. Maka promosi pemakanan yang sihat boleh dilakukan di
sekolah.
2.5.5 Faktor aktiviti fizikal
Faktor aktiviti fizikal pula dipengaruhi oleh kemudahan ke pusat rekreasi,
pengaruh televisyen dan peralatan yang menjimatkan penggunaan tenaga. (Norlaila,
2006). Menurut Blades (2001), faktor biologi termasuk keperluan tenaga dan nutrien
membezakan keperluan, corak dan amalan pemakanan manusia. Contohnya, pelajar
remaja yang sedang melalui perkembangan pesat dari segi berat badan dan peningkatan
ketinggian akan mengalami kehendak pemakanan yang meningkat kerana selera mereka
bertambah bagi memenuhi keperluan badan mereka. McBean (1999) menjelaskan
bahawa pengambilan makanan dipengaruhi oleh interaksi nutrien-nutrien dan aktiviti
fizikal. Picciano et al. (1999) turut membuktikan bahawa pengambilan makanan oleh
remaja adalah berbeza antara satu sama lain bergantung kepada keperluan tenaga dan
aktiviti mereka. Contohnya, remaja yang tinggal di pedalaman akan berjalan kaki atau
menunggang basikal ke sekolah, maka mereka akan mengambil amaun makanan yang
lebih berbanding dengan pelajar di bandar yang kebanyakannya menaiki bas atau kereta
ke sekolah.
2.5.6 Faktor organoleptik
Manusia lazimnya gemar untuk menikmati hidangan yang mempunyai aroma
yang enak, kelihatan menyelerakan dan mempunyai rasa yang sedap. Blades (2001)
menjelaskan bahawa, kualiti makanan itu sendiri seperti rasa, penampilan, tekstur, dan
bau (faktor organoleptik) akan menentukan samada makanan tersebut akan dimakan atau
tidak. Menurut Norlaila (2006), faktor pilihan dan jumlah makanan yang diambil
dipengaruhi oleh kandungan tenaga, kandungan lemak, kandungan gula, keenakan
makanan, kepelbagaian dan saiz hidangan.
2.5.7 Faktor Kewangan
Nutrisi dapat diperolehi dari pelbagai sumber makanan dan kombinasi jenis
makanan yang sesuai dapat membekalkan nutrien yang mencukupi yang diperlukan oleh
tubuh. Faktor pendapatan turut menyumbang kepada kesihatan masyarakat sesebuah
negara. . Bender (1997) dalam kajiannya mengenai keperluan makanan abad ke 21
menyatakan, diet ditentukan oleh faktor ekonomi, seperti harga barangan dan
pendapatan seseorang. Beliau turut menyatakan bahawa apabila pendapatan seseorang
itu meningkat, amalan diet yang seimbang turut meningkat. Ini seterusnya memberi
kesan kepada produktiviti negara. Selain itu, sosioekonomi sesebuah keluarga turut
menentukan jenis makanan yang diambil untuk mendapatkan nutrien yang diperlukan
oleh badan (KKM, 2000).
2.6 Kesedaran dan pengetahuan pelajar berkenaan diet seimbang
Nutrisi yang sihat difahami secara berbeza oleh pelbagai negara dan budaya.
Menurut UNESCO (2004), secara umumnya nutrisi yang sihat adalah gabungan
makanan, kesihatan dan penjagaan diri dalam kehidupan seharian yang menyumbang
kepada psikologi, mental dan kehidupan sosial individu. Menurut Stroper (2003), ahli
nutrisi telah meningkatkan penumpuan dalam membantu pengguna membuat perkaitan
di antara makanan yang sihat dengan persekitaran yang sihat.
Pendidikan nutrisi yang efektif di kalangan pelajar, akan dapat menggalakkan
amalan pemakanan dan aktiviti fizikal yang sihat. Ini akan meningkatkan keyakinan diri
pelajar untuk menangkis pengaruh yang tidak sihat ke atas tabiat pemakanan dan diet
mereka Delisle (2005). Sokongan dan pendidikan yang diberikan oleh pihak sekolah
tidak berkesan sekiranya tiada kesedaran dalam diri pelajar sendiri. Pelajar harus
mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari berkaitan diet seimbang walau dimana
mereka berada. Pelto et al. (2004) menyatakan bahawa kegagalan pelajar untuk
mengimbangi nutrisi dalam diet mereka dapat dilihat melalui apakah makanan yang
dibeli dan dimakan oleh mereka di kantin dan kafeteria sekolah.
Kesedaran dan pengetahuan pelajar untuk mengamalkan diet seimbang adalah
amat penting. McBean (1999) menyatakan bahawa kegagalan dalam penekanan nutrisi
diet seimbang akan memberi kesan berupa kerugian dalam amalan diet manusia. Ini
kerana kita tidak memahami jenis nutrien dan amaun yang diperlukan yang bersesuaian
dengan saiz, berat badan, tahap kesihatan serta aktiviti fizikal kita. Contohnya, amalan
pemakanan yang tidak seimbang yang mengamalkan menu makanan karbohidrat, lemak
serta gula yang berlebihan sejak peringkat kanak-kanak akan menyebabkan kanak-kanak
tersebut membesar menjadi seorang yang obes. Seharusnya kanak-kanak dibekalkan
dengan diet seimbang seperti serat, protein, vitamin dan mineral dalam hidangan
makanan mereka. Menurut Rohizani Yaakub dan Aminah Ayob, (2002), pelajar tidak
mengamalkan cara permakanan yang baik walaupun mereka mempunyai pengetahuan
yang betul tentang permakanan yang sihat.
Selain daripada itu, pengetahuan yang jelas berkenaan diet seimbang juga perlu
diberikan kepada pelajar. Ini adalah penting bagi mengelakkan pelajar terpengaruh
kepada pernyataan-pernyataan yang tidak berasas yang menyebabkan mereka
menghadkan jumlah makanan yang hendak diambil. Ini kerana ia akan mengakibatkan
pelajar mengalami proses tumbesaran yang tidak sempurna, mengalami malnuntrisi dan
hilang keyakinan diri. Pelto et al. (2004), mendapati bahawa remaja perempuan dan
dewasa yang meningkatkan pengambilan hasil tenusu tidak mengalami peningkatan
jumlah lemak atau peningkatan berat badan secara signifikan.
Peningkatan kesedaran dan pengetahuan pelajar boleh dibantu oleh pihak
sekolah. Contohnya, menurut Cook-Cottone dan Keca (2005), sekolah perlu
menyediakan maklumat mengenai apakah pemakanan yang seimbang dan sebaliknya
serta dimanakah pelajar boleh mendapatkan bantuan yang berkaitan dalam usahanya
untuk mengamalkan diet seimbang. Tesler (2003) pula mendapati bahawa remaja di
Amerika telah menunjukkan peningkatan tahap kesedaran terhadap tabiat pemakanan
dan kesihatan. Namun mereka masih belum berupaya menyingkirkan keseluruhan tabiat
asal yang banyak mengambil makanan yang tinggi kandungan lemak, kurang kandungan
serat dan kalsium serta kurang mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran.
Keprihatinan, kesedaran dan sejauh mana pelajar mengaplikasikan pengetahuan
mereka tentang makanan yang seimbang dan sihat dapat dikenalpasti. Melalui kajian
Kurtzweil (1995), mendapati bahawa pelajar yang mempunyai kesedaran dan
pengetahuan akan membaca label makanan untuk mengetahui kandungan nutrisi
makanan tersebut sebelum membelinya. Kemudian pelajar tersebut akan membuat
perbandingan samada makanan tersebut sesuai dengan dirinya atau tidak. Contohnya,
Kurtzweil (1995) mendapati bahawa, pelajar yang sedar dan berpengetahuan akan
mengambil kalsium semasa peringkat remaja kerana diketahui penting untuk
mengelakkan berlakunya osteoperosis. Beberapa maklumat yang boleh didapati pada
label makanan adalah seperti amaun makanan, kandungan makanan, nama dan tempat
pengeluar serta pengedar, nombor telefon perkhidmatan pelanggan dan tarikh luput
(NCCFN, 2005).
2.7 Konsistensi pengambilan makanan oleh pelajar
Kesihatan dan nutrisi yang baik diperlukan bagi membolehkan seseorang
mencapai potensi pembelajaran sepenuhnya. Ini kerana, nutrisi mempengaruhi
perkembangan intelektual dan kebolehan pelajar (UNESCO, 2004). Menurut laporan
kajian oleh UNESCO (2004), terdapat penemuan yang signifikan di antara status nutrisi
dengan skor ujian kognitif atau pencapaian sekolah. Laporan tersebut turut menyatakan
bahawa secara konsisten, pelajar dengan diet yang lebih lengkap mendapat skor yang
lebih tinggi di dalam ujian pengetahuan fakta berbanding dengan pelajar yang kurang
nutrisinya.
Selain itu, kajian di beberapa negara menunjukkan bahawa pencapaian akademik
dan kebolehan mental pelajar yang mempunyai status nutrisi yang baik adalah lebih
tinggi secara signifikan berbanding dengan pelajar yang tidak mempunyai status nutrisi
yang kurang baik (UNESCO, 2004). Menurut Zainab, (2000), pengambilan makanan
perlu dilakukan mengikut waktu. Beliau menyatakan bahawa pengambilan makanan
perlu dirancang mengikut masa biasa dan utamakan sarapan pagi, makan tengahari &
makan malam. Selain itu, jika ingin mengambil makanan ringan/snek, ia harus
dilakukan 2 jam sebelum waktu makan utama. Sajian makanan haruslah mengikut saiz
hidangan yang diperlukan untuk mengelakkan pengambilan berlebihan. Serta elakkan
daripada makan mengikut selera tanpa pertimbangan masa (Zainab, 2000).
Namun demikian, menurut Buzan dan Trudeau (2001) daya ingatan dan prestasi
pembelajaran dapat diperbaiki melalui kecergasan minda yang diperolehi; dengan
melatih penggunaan otot otak. Teknik ini dikenali sebagai ‘Memletic’, di mana teknik
ini membolehkan seseorang belajar dengan lebih cepat dan mengingat dengan lebih
lama. Bellamy (2002), pula menyatakan bahawa konsentrasi pelajar boleh terganggu
dengan keadaan kelas yang tidak kondusif, suhu dan pengudaraan yang tidak baik di
dalam kelas dan apabila terlalu lama duduk dan mengambil nota. Tambahan pula
menurut Middendorf (2005), pelajar dapat menumpukan perhatian terhadap syarahan
selama 15 ke 20 minit pada satu-satu mana, maka pengajar perlu mengambil inisiatif
untuk mengawal penumpuan pelajar. Selain itu, menurut Wechsler (2002), daya
ingatan dan penumpuan dapat ditingkatkan melalui teknik pembelajaran yang betul iaitu
latihan ’Cooperative Concept Mapping’; di mana kajiannya menunjukkan bahawa
markah peperiksaan pelajar yang menggunakan teknik latihan ini adalah lebih tinggi
daripada pelajar yang menggunakan teknik pembelajaran tradisional.
Kekerapan dan sela masa seseorang pelajar mengambil makanan akan
mempengaruhi konsentrasi mereka semasa proses pembelajaran berlaku. Jenis makanan
yang diambil turut mempengaruhi dalam meningkatkan daya ingatan dan penumpuan
pelajar. Ini kerana pengekalan aras gula dalam darah pada tahap tertentu juga adalah
penting. Menurut Govindji et al. (2002), sel-sel otak memerlukan glukosa untuk
berfungsi dengan baik agar dapat mengekalkan memori serta menajamkan fikiran.
Mereka juga menyatakan bahawa pelajar seharusnya makan mengikut waktu kerana
badan akan menggunakan tenaga yang tersimpan. Justeru itu, apabila seseorang itu
tidak makan, dan proses penggunaan akan mengakibatkan individu berasa letih. Ia akan
mengakibatkan pelajar mengantuk dan mengurangkan daya tumpuan dan perhatian
mereka di dalam kelas. Namun demikian, pendapat yang sebaliknya pula dinyatakan
oleh Yablonski (2005), iaitu 21 kajian telah menunjukkan bahawa tidur yang terganggu
memberi kesan kepada pencapaian akademik pelajar. Demikian juga dengan pendapat
dari Taras dan Datema (2005), yang menyatakan bahawa penghalang kepada konsentrasi
termasuklah kelaparan, keletihan serta gangguan luaran seperti bunyi bising dan
pergerakan, dan gangguan dalaman seperti perasaan yang terganggu. Maka untuk
meningkatkan konsentrasi, Taras dan Datema (2005) menyatakan seseorang itu perlu
menanamkan minat, menetapkan matlamat, bersedia untuk menumpukan perhatian
dengan memilih tempat belajar yang sesuai dan menyediakan keperluan belajar
berhampiran serta mengelakkan diri daripada berangan. Untuk mengelakkan daripada
berangan, seseorang itu perlu peka jika keadaan tersebut berlaku dan cepat kembali
membuat tugasan yang sedang dilakukan.
Pelajar adalah golongan yang mengalami fasa perubahan dan pembesaran yang
pesat. Pengambilan makanan yang tidak konsisten akan mengakibatkan pelajar
kekurangan zat dan tenaga yang akhirnya mengundang pelbagai jenis penyakit.
Contohnya, kajian oleh Delisle (2005) yang di lakukan di Asia Tenggara menunjukkan
bahawa kekurangan zat besi menyebabkan proses kognitif yang tidak seimbang di
kalangan remaja dan ia dapat ditangani dengan pengambilan zat tambahan. Dinger dan
Waigandt (1997) pula melaporkan bahawa penyakit anemia akibat kekurangan darah
dikaitkan dengan pencapaian akademik yang rendah di kalangan remaja perempuan.
Namun demikian, menurut Bonwell dan Eison (1991), strategi pembelajaran yang aktif
dapat meningkatkan konsentrasi. Contohnya, dengan menetapkan had masa apabila
belajar, sentiasa aktif secara mental, aktif secara fizikal, mempelbagaikan aktiviti
pembelajaran dan subjek fokus serta menetapkan satu cara untuk menguji apa yang telah
dipelajari pada setiap akhir sesi pembelajaran. Contoh pembelajaran aktif ialah apabila
pelajar melakukan projek berkumpulan, amali dalam makmal, pembelajaran kolaboratif,
pembelajaran koperatif dan Problem-based learning.
Konsistensi pengambilan makanan yang berkhasiat oleh pelajar harus dibantu
oleh pihak sekolah dan penjaga (Rohizani, 2002). Sebaliknya, menurut Bonwell dan
Eison (1991), peranan dari pelajar sendiri adalah lebih berkesan, di mana pelajar berjaya
meningkatkan konsistensi dan konsentrasi dengan meningkatkan komitmen.
Satu lagi cara membantu pelajar mengambil makanan secara konsisten ialah
melalui program memberi makanan di sekolah yang meningkatkan kesediaan makanan
kepada pelajar yang memerlukan. Beberapa penilaian yang dibuat oleh UNESCO
(2004) melaporkan bahawa program memberi makanan kepada pelajar meningkatkan
ketinggian dan berat badan pelajar selain daripada peningkatan kecemerlangan dalam
kehadiran ke sekolah dan pencapaian dalam pelajaran. Menurut UNESCO (2004) lagi,
program tersebut juga dapat mengurangkan kelaparan jangkamasa pendek dan
seterusnya membolehkan pelajar menumpukan perhatian dalam pelajaran. Namun
demikian, pernyataan sebaliknya diberikan oleh Colvin (2004) iaitu pelajar dapat
menumpukan perhatian dalam pelajaran dan meningkatkan konsentrasi mereka dengan
menghapuskan gangguan luaran seperti bunyi, pemandangan dan memilih masa dan
tempat yang tidak diganggu oleh orang lain. Colvin (2004) turut menyatakan bahawa
penumpuan dapat ditingkatkan dengan menghapuskan gangguan dalaman seperti
kerisauan dan memikirkan sesuatu yang tidak berkaitan dengan apa yang sedang
dipelajari. Ini mengakibatkan pelajar sukar menumpukan perhatian kepada
pembelajarannya. Pernyataan Colvin (2004) disokong oleh Whitaker (2006), yang
menyatakan bahawa pelajar dapat menumpukan perhatian pada tahap yang tinggi
apabila belajar dalam persekitaran yang senyap.
2.8 Amalan Pemakanan di Sekolah
Tarikan untuk membeli di kantin sangat kuat kerana keadaan sekeliling dan
pengaruh kawan-kawan. Ianya juga sebagai satu aktiviti sosial dan pergaulan bagi
pelajar. Di sinilah para pemborong kantin dan pekerjanya berkewajipan menjual
makanan yang halal, menyihatkan lagi bersih dan bukan semata-mata mengaut
keuntungan di sebalik kekurangan pengetahuan kanak-kanak. Senarai makanan yang
melebihi 100 jenis makanan boleh dijual di kantin tersebut diedarkan kepada pemborong
kantin dan wajiblah dipatuhi (Zaharah, 2001). Guru-guru juga berkewajipan untuk
memastikan senarai itu diikuti setiap masa.
2.8.1 Garis Panduan Tindakan Jawatankuasa Kantin Sekolah
Zaharah (2001), menyatakan bahawa terdapat satu garis panduan yang perlu
dipatuhi oleh pelajar, pihak pentadbiran sekolah dan peniaga di kantin tersebut. Garis
panduan tersebut menyatkan bahawa terdapat buku panduan kantin yang menentukan
peraturan di kantin. Beliau turut menyatakan bahawa penguatkuasaan peraturan kantin
perlu dilaksanakan dengan bantuan pengawasa sekolah. Di antara peraturan yang perlu
dikuatkuasakan ialah menentukan jenis makanan yang dijual, mengawal harga makanan
dan minuman yang dijual, memastikan kebersihan di dalam dan di luar kantin dan
mengadakan carta organisasi penyelarasan kantin.
2.8.2 Tugas di Kantin
Memastikan pelajar mengembalikan pinggan, mangkuk, gelas, cawan termasuk
sisa-sisa makanan dan pembalut makanan (KPM, 2005). Lantai, kaunter, ruang makan
dan dapur bersih, peralatan berfungsi dan dijaga rapi, pinggan, cawan dan peralatan
untuk pelajar bersih. Menu, senarai harga, sijil dan peraturan dipamerkan, tempat
penyimpanan makanan dan pembuangan sampah diselenggarakan dengan baik dan
kantin kelihatan ceria dan menarik.
2.8.3 Waktu Rehat
Terdapat peraturan yang perlu dipatuhi oleh pelajar semasa waktu rehat (Sekolah
Menengah Yu Hua, 2005). Di antaranya ialah, pertama pelaajr tidak dibenarkan keluar
awal untukwaktu rehat kecuali Pengawas, Kadet Polis, Pengawas Pusat Sumber dan
pelajar yang mendapat kebenaran. Kedua, pelajar hanya dibenarkan makan di kantin
sekolah. Ketiga, sebarang makanan dan minuman tidak dibenarkan di bawa masuk ke
kawasan sekolah. Keempat, hanya minuman yang dibeli di koperasi sekolah dibenarkan
diminum di kawasan sekolah, iaitu di depan kedai tersebut pada waktu rehat. Kelima,
pelajar tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah pada waktu rehat. Keenam, pelajar
tidak dibenarkan berada di dalam bilik darjah pada waktu rehat kecuali pengawas yang
bertugas. Ketujuh, pelajar tidak dibenarkan membeli apa-apa pun daripada penjaja di
luar kawasan sekolah. Kelapan, pelajar wajib makan dan minum dengan sopan di kantin
dan menjaga kebersihan. Kesembilan, peraturan membeli makanan / minuman dan
peraturan selepas makan mesti dipatuhi.
2.9 Rumusan
Dari segi fakor yang mempengaruhi pemilihan makanan, kecenderungan pelajar
membentuk tabiat pemakannya dipengaruhi oleh persekitaran, iklan komersil, keluarga
dan budaya, rakan sebaya, emosi dan agama. Oleh itu setiap faktor yang memberi kesan
terhadap tabiat pemakanan pelajar harus dikawal, dipantau dan sentiasa diberikan
perhatian agar pelajar dapat mengamalkan pemakanan yang sihat. Namun demikian,
pengawalan ke atas faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan pelajar tidak
akan berkesan tanpa wujudnya kesedaran dalam diri pelajar itu. Maka pengetahuan dan
pendedahan perlu diberikan kepada pelajar agar mereka mempunyai kesedaran dan
berusaha untuk mengaplikasikan pemakanan yang sihat dan seimbang. Cabaran kepada
sokongan sekolah terhadap makanan dan nutrisi pula bukan hanya sekadar memberikan
pendidikan kepada pelajar agar membuat pemilihan makanan yang sihat. Tetapi sekolah
juga perlu memastikan makanan yang sihat mudah diperolehi sepanjang sesi
persekolahan untuk mendorong para pelajar mengaplikasikan apa yang telah mereka
pelajari berkaitan dengan amalan dan corak pemakanan yang sihat. Kesan daripada
perkara tersebut di atas akan mewujudkan konsistensi pelajar dalam pengambilan nutrisi
yang diperlukan oleh tubuh badannya dan ini akan membawa kepada pengingkatan
konsentrasi semasa pembelajaran seterusnya pencapaian yang baik di dalam
peperiksaan.
BAB III
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Dalam bab ini, pengkaji menerangkan bagaimana bentuk kajian yang telah
dijalankan. Kaedah yang berkesan bagi pengumpulan data bergantung kepada objektif
sesuatu kajian. Elemen-elemen yang berkaitan dengan reka bentuk kajian, responden,
kerangka kerja, sumber data, instrumen kajian, prosedur kajian, kaedah analisis data dan
andaian-andaian kajian telah diberi penumpuan. Perkara-perkara tersebut perlu
diberikan perhatian kerana hasil daripada maklumat kajian ini seterusnya dianalisis
dalam Bab IV iaitu dapatan kajian untuk menjawab persoalan-persoalan kajian yang
dikemukakan.
3.2 Reka bentuk Kajian
Reka bentuk kajian yang telah digunakan pengkaji adalah penyelidikan
berbentuk kuantitatif. Kaedah yang digunakan sepanjang kajian adalah melalui soal
selidik sebagai instrumen pengumpulan data. Penggunaan soal selidik membolehkan
kita mendapat maklumat yang banyak dalam masa yang singkat (Mohamad Khatim et
al., 2002). Kepentingan kaedah yang digunakan adalah untuk menentukan kesahihan
dan kebolehpercayaan sesuatu kajian.
Dalam kaedah kuantitatif, strategi dirancang supaya perubahan yang berlaku
diperoleh dalam bentuk kuantiti dan selalunya melibatkan saiz sampel yang besar supaya
dapat digeneralisaikan kepada populasi. Ia juga kadangkala disebut sebagai jenis
eksperimen, saintifik, objektif, reduksi dan preskriptif atau dikelaskan sebagai kaedah
normatif (Cohen dan Manion, 1985) yang menyelesaikan masalah di peringkat makro
Soal selidik diedarkan kepada pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Teknik
Batu Pahat, Sekolah Menengah Teknik Kluang, Sekolah Menengah Teknik Dato’ Seri
Md Zin, Sekolah Menengah Teknik Melaka Tengah, Sekolah Menengah Teknik Tuanku
Jaafar dan Sekolah Menengah Port Dickson. Kajian dijalankan untuk mengenalpasti
sokongan sekolah terhadap pemakanan dan nutrisi seimbang pelajar-pelajarnya, faktor-
faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan, tahap kesedaran pelajar terhadap
kepentingan mengamalkan diet seimbang, tahap pengetahuan pelajar terhadap
kepentingan mengamalkan diet seimbang. Kajian juga dilakukan untuk melihat
perhubungan antara sokongan pihak sekolah dengan tahap pengetahuan pelajar,
perhubungan antara tahap pengetahuan pelajar dengan kesedaran mereka dalam
mengamalkan pemakanan yang sihat dan hubungan antara pengambilan makanan secara
konsisten dengan konsentrasi pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran. Penjelasan
mengenai penggunaan borang soal selidik akan diterangkan dalam bahagian Instrumen
Kajian.
3.3 Populasi dan Sampel Kajian
Penentuan populasi kajian adalah amat penting dalam sesuatu penyelidikan.
Marohaini (1996) menyatakan populasi sebagai keadaan yang menetapkan siapa yang
harus dimasukkan atau dikeluarkan daripada populasi. Mohd Najib (1999) pula
menyatakan populasi sebagai semua ahli dalam kelompok pembolehubah yang dikaji.
Populasi dan sampel kajian difokuskan kepada pelajar tingkatan empat di enam buah
sekolah menengah teknik selatan Semenanjung. Pemilihan responden ini adalah kerana
mereka belajar di sekolah menengah teknik.
Menurut Mohammad Khatim et al. (2002), dalam persampelan berkelompok,
populasi dibahagikan kepada beberapa bahagian dan kemudian pilih semua ahli dalam
bahagian yang dipilih. Unit-unit dalam kelompok mempunyai korelasi yang tinggi dan
homogenous manakala antara kelompok pula adalah heterogenous. Sifat rawak
persampelan ini bergantung kepada pemilihan kelompok. Menurut Chua (2006), apabila
kajian dilakukan ke atas populasi yang melibatkan kawasan yang luas dan bilangan
subjek yang banyak dalam populasi, di mana senarai subjek tidak dapat diperolehi,
persampelan berkelompok boleh digunakan. Dalam kajian ini pengkaji ingin melakukan
kajian ke atas pelajar-pelajar sekolah menengah teknik seluruh Malaysia. Pengkaji tidak
mempunyai senarai nama pelajar yang merangkumi semua sekolah tersebut. Oleh
kerana senarai nama pelajar tidak ada, pengkaji menggunakan porsedur persampelan
kelompok.
Maka dalam kajian ini persampelan kelompok akan dilakukan apabila pengkaji
memilih sekolah-sekolah teknik di Selatan Semenanjung Malaysia yang merangkumi
Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Kemudian, apabila pengkaji memilih untuk
mendapatkan responden dari dua buah sekolah untuk setiap negeri yang dipilih,
persampelan berkelompok sekali lagi digunakan. Seterusnya, pengkaji memilih untuk
menjadikan pelajar tingkatan empat sahaja sebagai responden kerana Kementerian
Pelajaran Malaysia tidak membenarkan pelajar yang akan menghadapi peperiksaan
awam untuk menjadi responden. Akhir sekali, pengkaji menggunakan kaedah
persampelan rawak untuk memilih 64 pelajar dari setiap sekolah sebagai responden.
Bilangan responden seramai 64 orang dari setiap sekolah membawa jumlah keseluruhan
sampel seramai 384 responden. Jumlah 384 ini adalah yang paling hampir dengan
bilangan sampel yang diperolehi melalui jadual penetapan sampel iaitu seramai 381
responden.
Bilangan populasi pelajar sekolah menengah teknik seluruh Malaysia ialah
53,125 orang (Berita Harian, 2006). Berpandukan jadual penetapan saiz sampel dirujuk
dari Sekaran, (1992) saiz populasi seramai 50 000 orang memerlukan saiz sampel
sebanyak 381 orang. Bilangan sampel diperolehi berdasarkan panduan dalam Lampiran
B. Ia merupakan responden yang terpilih untuk mewakili semua sampel yang ada,
meliputi pelajar tingkatan empat sekolah menengah teknik di selatan Semenanjung
Malaysia. Ini selaras dengan pernyataan dari Mohd Najib, (1999), bahawa pengkaji
digalakkan menggunakan saiz sampel melebihi 30 unit kerana andaian taburan normal
biasanya dipenuhi apabila saiz sampel melebihi 30 unit.
3.4 Tempat Kajian
Dalam kajian ini, lokasi yang terlibat ialah Sekolah Menengah Teknik Batu
Pahat, Sekolah Menengah Teknik Kluang, Sekolah Menengah Teknik Dato’ Md Zin,
Sekolah Menengah Teknik Melaka Tengah, Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar
dan Sekolah Menengah Port Dickson. Pemilihan lokasi dibuat berdasarkan faktor
logistik, faktor kewangan dan kekangan masa yang dihadapi pengkaji iaitu jarak lokasi
kajian adalah mampu dicapai oleh pengkaji telah memudahkan proses pengumpulan data
yang telah dijalankan. Pemilihan lokasi juga dibuat berdasarkan keperluan pemungutan
sampel melalui kaedah persampelan berkelompok, di mana pengkaji telah menetapkan
untuk mengambil sampel di bahagian Selatan Semenanjung Malaysia. Bersandarkan
kepada pernyataan Chua (2006) berkaitan persampelan berkelompok, maka pengkaji
memilih lokasi yang dinyatakan di atas agar data yang telah diperolehi dapat
memberikan keputusan yang boleh dipercayai. Jadual 3.1 berikut meringkaskan
maklumat mengenai lokasi dan bilangan sampel kajian yang telah diambil.
Sekolah Bilangan respondeen
Sekolah Menengah Teknik Tunku Jaafar 64
Sekolah Menengah Teknik Port Dickson 64
Sekolah Menengah Teknik Dato’ Md Zin 64
Sekolah Menengah Teknik Melaka Tengah 64
Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat 64
Sekolah Menengah Teknik Kluang 64
Jumlah 384
3.5 Instrumen Kajian
Penggunaan soal selidik dipilih kerana ia memudahkan dan menjimatkan.
Namun ianya terbatas kerana sensitiviti individu dan ada maklumat yang tidak dapat
didedahkan (Najib, 1999). Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih kaedah soal selidik
sebagai satu kaedah pungutan data yang seragam. Ini seperti yang dinyatakan oleh
Oppenheim dalam Mohd Najib (1999), di mana beliau menyatakan bahawa kaedah soal
selidik mampu mengukur konsep yang berkaitan dengan sikap, persepsi dan pandangan
selain daripada keterangan latar belakang. Menurutnya lagi, soal selidik juga amat tepat,
menjimatkan masa dan mudah diagihkan berbanding dengan temuduga atau bentuk
pungutan data yang lain. Ia juga sesuai dengan kajian yang telah dijalankan oleh
pengkaji.
Menurut Mohamad Najib (1999), soal selidik adalah satu alat yang penting bagi
seseorang pengkaji kerana kualiti atau mutu soal selidik telah menentukan nilai
penyelidikan pada keseluruhannya. Jika pernyataan dalam soal selidik kabur, maka
jawapan yang diperolehi itu tidak akan memberikan pengertian yang nyata. Oppenheim
dalam Mohd Najib (1999) menyatakan bahawa, banyak data daripada responden dapat
Jadual 3.1: Lokasi dan bilangan sampel kajian
diperolehi dalam satu jangka masa yang singkat dan jawapan yang diperolehi adalah
lebih konsisten dengan menggunakan instrumen soal selidik berbanding dengan kaedah-
kaedah lain. Pengkaji memilih instrumen soal selidik dengan rasional bahawa jangka
masa yang singkat diperlukan untuk mendapatkan maklum balas dan responden tidak
mudah terpengaruh dengan unsur-unsur bias.
3.5.1 Struktur alat kajian
Soalan-soalan untuk kaedah soal selidik dibina sendiri oleh pengkaji dengan
bimbingan dari penyelia. Soalan-soalan yang dikemukakan adalah berhubung dengan
masalah berkaitan sokongan sekolah terhadap pemakanan dan nutrisi seimbang,
kesedaran pelajar mengamalkan pemakanan yang sihat, faktor-faktor yang
mempengaruhi pemilihan makanan pelajar, konsistensi pengambilan makanan oleh
pelajar dan konsentrasi pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran. Soalan-soalan di
dalam soal selidik ini menjurus kepada persoalan kajian yang timbul. Soalan-soalan
tersebut dirangka dalam bentuk yang mudah dan ringkas bagi memastikan responden
menjimatkan masa menjawab memberi kemungkinan adalah tepat dan responden dapat
memberikan kerjasama sepenuhnya.
Soalan-soalan yang dikemukakan adalah meliputi:
i. Bahagian A: Kaedah yang dijalankan oleh pihak sekolah terhadap
amalan pemakanan yang sihat
ii. Bahagian B: Kesedaran pelajar mengamalkan pemakanan yang sihat,
iii. Bahagian C: Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan pelajar
iv. Bahagian D: Konsistensi pengambilan makanan oleh pelajar
v. Bahagian E: Konsentrasi pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran
Bagi membina instrumen kajian ini, pengkaji telah mengadaptasi dan
mengubahsuaikan beberapa borang soal selidik yang dibina oleh penyelidik-
penyelidik seperti dalamJjadual 3.2 berikut:-
Nama Penyelidik Tahun Tajuk Kajian American Academy of Pediatrics.
1997 School Health Leadership Training Conference.
Rosanne Perlman Parris. 2000 Influences Of Children’s School Meal Eating Patterns: Implication For Nutritional Education.
JoAnn Denny Long. 2000 The Effects Of A School-Based Nutrition Education Intervention On Self-Efficacy For Healthy Eating, Usual Food Choices, Dietary Knowledge, And Fruit, Vegetable, And Fat Consumption In Adolescents.
Centers For Disease Control And Prevention.
2002 School Health Index For Physical Activity, Healthy Eating And A Tobacco-Free Lifestyle: A Self-Assessment And Planning Guide.
Kimberly Elizabeth Flyod. 2003 The Relationship Of Body Mass Index Levels, Nutrition Knowledge, Influences On Food Choices, Dietary Habits And Nutrition Education Of Adolescent Students.
Kaye-Ann Grant. 2004 An Exploration Of The Effectiveness of A Phase Approach To Nutrition Counseling Using The Transtheoretical And Brief Intervention Models.
Heather Danae Graham. 2005 The School Environment: Possibilities For The Promotion of Child Health.
Pengkaji telah membahagikan kandungan soal selidik ini dibahagikan kepada
lima bahagian iaitu, Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C, Bahagian D, dan Bahagian E.
Bahagian A: Mengandungi dua belas (12) soalan untuk mendapatkan maklumat
tentang sokongan sekolah terhadap pemakanan dan nutrisi seimbang.
Bahagian B: Mengandungi lapan (8) item untuk mendapatkan maklumat tentang tahap
kesedaran pelajar mengamalkan pemakanan yang sihat.
Jadual 3.2: Senarai rujukan soal selidik.
Bahagian C: Mengandungi dua puluh tujuh (27) item untuk mendapatkan maklumat
tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan pelajar.
Bahagian D: Mengandungi tujuh (7) item untuk mendapatkan maklumat tentang
konsistensi pengambilan makanan oleh pelajar.
Bahagian E: Mengandungi lima belas item (15) untuk mendapatkan maklumat tentang
konsentrasi pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku.
Bagi semua bahagian, item-item diukur berdasarkan darjah persetujuan yang
dipersetujui responden pada lima mata berbentuk Likert. Penandaan darjah Skala Likert
ditunjukkan dalam Jadual 3.4. Nilai skala adalah bergantung kepada bentuk item
samada item itu mempunyai pernyataan positif atau negatif. Bagi item pernyataan
positif, skala tinggi memberikan nilai yang tinggi manakala bagi item pernyataan
negatif, skala tinggi memberi nilai yang rendah.
3.5.1.1 Set Ujian
Satu ujian Tahap Pengetahuan Sedia Ada Pelajar telah dilampirkan. Set ujian ini
diadaptasi dan dialihbahasa dari Floyd, (2003). Set ujian yang mengandungi 10 soalan
ini dilampirkan bersama soal selidik dan telah disemak serta disahkan oleh pakar
pemakanan Hospital Kluang. Set ujian ini desahkan bersesuaian untuk dijawab oleh
pelajar sekolah menengah teknik dan sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia. Set
ujian ini berfungsi untuk menguji tahap pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan
pemakanan seimbang. Skala pemarkahan untuk ujian ini diadaptasi daripada skala
pemarkahan 1 – 10 yang dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
Permohonan Guru Cemerlang (KPM, 2003)
Markah Tafsiran
1 hingga 2 Sangat rendah
3 hingga 4 Rendah
5 hingga 6 Sederhana
7 hingga 8 Tinggi
9 hingga 10 Sangat tinggi
( Sumber: diadaptasi dan diubahsuai daripada Kementerian Pelajaran Malaysia,
2003)
3.5.2 Penilaian alat kajian
Menurut Chua (2006), penggunaan angka tunggal (contohnya skala 1 – 5)
memastikan responden yang tidak dapat membuat keputusan sama ada setuju atau tidak
setuju boleh menyatakan pandangannya yang kurang pasti tentang pernyataan yang
diberikan.
Pemberat Skor
Sangat Tidak Setuju (STS) 1
Tidak Setuju (TS) 2
Tidak Pasti (TP) 3
Setuju (S) 4
Sangat Setuju (SS) 5
(Sumber: Wiersma,1995)
Bagi mengukur konsistensi pengambilan makanan oleh pelajar pula, skala
kekerapan dalam Jadual 3.5 berikut telah digunakan. Jadual ini mengukur kekerapan
pengambilan makanan oleh pelajar sepanjang tempoh seminggu.
Jadual 3.4 : Pemberatan Skala Likert
Jadual 3.3: Skala pemarkahan ujian.
Skala Kekerapan (seminggu)
1 0 – 2 kali
2 3 – 5 kali
3 6 – 8 kali
4 9 – 11 kali
5 12 – 14 kali
(Sumber : Diadaptasi dan disesuaikan dari Grant, 2004)
3.6 Kajian Rintis
Kajian rintis merupakan satu percubaan awal terhadap teknik dan prosedur kajian
sebenar bagi mengukur kesahan dan kebolehpercayaan perlaksanaannya kelak
(Wiersma, 1995). Menurut Wiersma (1995) lagi, keseluruhan prosedur kajian sebenar
termasuk kaedah analisis data akan diuji dalam kajian rintis. Menurut Cohen dan
Manion (1985) pula, kajian rintis bukan sahaja satu praktis yang baik untuk
memperbaiki sebarang kesalahan (jika ada), malah ia juga berguna bagi melatih pengkaji
mengendalikan kajian sebenar. Penyelidik perlu menjalankan kajian rintis untuk
menentukan mutu instrumen yang telah dibentuk. Kajian rintis ini kadang-kadang
dikenali dengan nama kajian kesahan dan kebolehpercayaan atau kajian korelasi.
Melalui kajian rintis ini, item-item yang bermutu atau item yang signifikan secara
statistik telah dikenal pasti.
Menurut Chua (2006), ujian rintis dijalankan dengan menggunakan sebilangan
kecil (biasanya 20-40 orang) individu yang mempunyai latar belakang demografi yang
serupa dengan responden kajian. Chua (2006) turut menyatakan bahawa pengkaji tidak
boleh menggunakan sebilangan responden kajian sebagai responden ujian rintis. Untuk
tujuan ini seramai 20 orang pelajar tingkatan empat sekolah menengah teknik telah
Jadual 3.5 : Kekerapan pengambilan makanan dalam seminggu
dipilih untuk menjalani kajian rintis. Nilai interpretasi Alpha Cronbach digunakan
untuk menentukan tahap kebolehpercayaan dan kesahan. Mohd Najib, (1999)
menyatakan bahawa Alpha Cronbach merupakan koefiesien atau tahap
kebolehpercayaan yang menunjukkan yang soalan-soalan kajian berhubungan antara
satu dengan yang lain. Jika nilainya menghampiri 1.0, maka kebolehpercayaan soalan-
soalan yang dibina adalah tinggi dan berkesan. Nilai 0.0 menunjukkan
kebolehpercayaan soalan-soalan yang dibina adalah rendah dan tidak berkesan.
Walaubagaimanapun, Alpha Cronbach 0.6 masih boleh diterima bagi soalan-soalan yang
dibina (Mohd Najib, 1999).
Skor Alpha
Cronbach
Tahap Kebolehpercayaan
0.9 – 1.0 Sangat baik dan efektif dengan tahap konsistensi yang tinggi
0.8 – 0.9 Baik
0.7 – 0.8 Baik dan boleh diterima
0.6 – 0.7 Boleh diterima
(Sumber : Mohd Najib, 1999)
3.7 Pembolehubah Kajian
Ciri yang dicerap dari setiap individu dalam sesuatu populasi dipanggil
pembolehubah. Ciri tersebut dinamakan pembolehubah kerana nilainya berubah-ubah
dari individu ke individu yang lain (Majid, 2004). Terdapat dua jenis pembolehubah
yang digunakan di dalam kajian ini iaitu pembolehubah terikat atau dikenali juga
sebagai pembolehubah bersandar dan pembolehubah bebas atau dipanggil sebagai
pembolehubah tidak bersandar.
Jadual 3.6 : Interpretasi skor Alpha Cronbach
3.7.1 Pembolehubah Terikat
Pembolehubah terikat berubah bergantung kepada pembolehubah bebas.
Perubahan yang berlaku ke atas pembolehubah bebas akan menyebabkan berlakunya
perubahan samada yang selari ataupun yang songsang terhadap pembolehubah terikat
ini. Menurut Majid (2004), pembolehubah terikat atau dikenali pembolehubah aktif ini
boleh dimanipulasikan oleh penyelidik. Dalam kajian ini , pengkaji telah menetapkan
pembolehubah terikat terdiri daripada faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan
makanan pelajar, kesedaran dan pengetahuan pelajar berkaitan diet seimbang,
konsistensi pengambilan makanan oleh pelajar serta konsentrasi pelajar di dalam kelas.
3.7.2 Pembolehubah Bebas
Pembolehubah bebas tidak bergantung kepada mana-mana pembolehubah,
bererti, ia berdiri dengan sendiri. Apabila pembolehubah bebas dimanipulasikan, ia
akan membawa perubahan samada perubahan selari ataupun perubahan songsang
terhadap pembolehubah terikat. Pembolehubah-pembolehubah ini telah sedia wujud
sebelum sesuatu kajian bermula dan penyelidik tidak boleh mengawal dan memanipulasi
pembolehubah tersebut semata-mata untuk menjalankan sesuatu kajian. Dalam kajian
ini, pengkaji telah menetapkan pembolehubah bebas ialah jenis sokongan yang diambil
oleh pihak sekolah terhadap pengambilan nutrisi seimbang dan tahap pengetahuan sedia
ada pelajar berkaitan pemakanan yang sihat.
3.8 Kaedah Pengumpulan Data
Data diperolehi melalui instrrumen soal selidik. Sebanyak 420 salinan set soal
selidik dan ujian telah diedarkan ke enam buah sekolah seperti yang telah dinyatakan
dalam Jadual 3.1, bahawa setiap sekolah menerima 70 salinan set instrumen. Walaupun
bilangan salinan set soal selidik dan ujian yang diperlukan di setiap sekolah adalah
sebanyak 64 salinan, namun pengkaji telah mengedarkan enam salinan sebagai
tambahan sekiranya soal selidik yang dikumpulkan semula mengalami sebarang
kecacatan. Kecacatan yang dimaksudkan di sini ialah set soal selidik atau ujian yang
tidak dijawab dengan lengkap atau bilangan muka surat salinan dalam mana-mana
bahagian set soal selidik tidak lengkap. Salinan set soal selidik yang rosak pula berlaku
apabila responden menjawab lebih dari satu jawapan bagi satu item dan menokok
tambah atau memotong ayat pada item sebelum menjawabnya. Bagi salinan set soal
selidik yang rosak, pengkaji mengambil tindakan mengasingkan dan tidak
menggunakannya untuk analisis data
Setelah berurusan dengan Pengetua atau Pemangku Pengetua, pengkaji berurusan
pula dengan kaunselor dari sekolah-sekolah terlibat. Bagi Sekolah Menengah Teknik
Dato’ Md Zin, Sekolah Menengah Teknik Melaka Tengah dan Sekolah Menengah
Teknik Batu Pahat, pengkaji telah diminta meninggalkan salinan set soal selidik kepada
kaunselor. Kaunselor tersebut telah mengambil tindakan mengedarkan soal selidik dan
ujian tersebut kepada responden. Manakala di Sekolah Menengah Teknik Tunku Jaafar,
Sekolah Menengah Teknik Port Dickson dan Sekolah Menengah Teknik Kluang,
pengkaji telah menguruskan sendiri pengedaran soal selidik dan set ujian kepada
responden setelah berurusan dengan Pengetua.
Pengkaji mengedarkan soal selidik kepada pelajar tingkatan empat. Responden
mengambil masa lebih kurang 15 hingga 20 minit untuk menjawab kedua-dua set soal
selidik dan ujian yang diberikan. Jadual 3.7 berikut
Sekolah Bilangan salinan
diedarkan
Bilangan salinan
dikumpul
Bilangan salinan yang rosak
Bilangan salinan yang
dianalisis Sekolah Menengah Teknik Dato’ Md Zin
70 70 4 66
Sekolah Menengah Teknik Melaka Tengah
70 67 1 66
Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat
70 69 3 66
Sekolah Menengah Teknik Tunku Jaafar
70 58 - 58
Sekolah Menengah Teknik Port Dickson
70 61 2 59
Sekolah Menengah Teknik Kluang 70 66 - 66 Jumlah 420 391 10 381
3.9 Tatacara Penganalisisan Data
Setelah memperolehi data, ia dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical
Package For Social Science (SPSS) version 11.0. Data yang telah diperolehi
diinterpretasikan menggunakan analisis nilai dan skor min dan analisis korelasi. Nilai
skor min telah digunakan dalam kajian kerana pengkaji ingin mengenalpasti faktor-
faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan pelajar, tahap kesedaran pelajar terhadap
kepentingan mengamalkan diet seimbang serta sokongan sekolah terhadap pemakanan
dan nutrisi seimbang pelajar-pelajarnya. Manakala analisis korelasi Pearson untuk
melihat perhubungan di antara tahap pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan amalan
pemakanan yang sihat dengan kesedaran mereka dalam mengamalkan pemakanan yang
sihat serta untuk melihat hubungan antara tahap pengetahuan sedia ada pelajar dengan
sokongan yang diambil oleh pihak sekolah dalam memupuk amalan pemakanan yang
sihat di kalangan pelajar. Ujian korelasi Spearman pula telah digunakan untuk melihat
hubungan di antara pengambilan makanan secara konsisten dengan konsentrasi
responden semasa pengajaran dan pembelajaran.
Jadual 3.7 : Bilangan salinan set soal selidik dan ujian yang diperolehi
3.9.1 Kaedah Analisis Nilai Skor Min
Data bagi soalan kaji selidik dianalisis menggunakan kaedah analisis nilai skor
min. Data diinterpretasikan berdasarkan tafsiran julat nilai min. Seterusnya menurut
sumber yang diubahsuai daripada Mohd Najib Abd Ghafar, (2003) untuk mentafsirkan
nilai-nilai min skor yang diperolehi, julat min adalah berpandukan kepada Jadual 3.8:
SKOR MIN TAFSIRAN TAHAP
1.00 hingga 2.33 Rendah Lemah
2.34 hingga 3.66 Sederhana Sederhana
3.67 hingga 5.00 Tinggi Baik
(Sumber :Mohd Najib Abd Ghafar, 2003)
3.9.2 Analisis Hipotesis
Bagi tujuan analisis hipotesis, analisis perbandingan min digunakan iaitu analisis
yang melibatkan ujian korelasi Pearson dan korelasi Spearman. Kaedah ujian korelasi
digunakan dalam melihat perhubungan diantara pembolehubah-pembolehubah yang
dikaji.
3.9.2.1 Ujian Korelasi
Perhubungan antara pembolehubah-pembolehubah dinamakan sebagai korelasi,
dan kekuatan sesuatu korelasi diwakili oleh pekali korelasi dalam ujian korelasi (Chua,
2006). Jenis ujian korelasi yang digunakan bergantung kepada jenis skala pengukuran
dan bilangan pembolehubah yang terlibat dalam korelasi. Dalam kajian ini, Pekali
Spearman Rho dan Korelasi Pearson digunakan. Menurut Chua (2006), Pekali
Spearman Rho menyatakan perhubungan antara pembolehubah-pembolehubah apabila
taburan normal tidak dipatuhi di mana kedua-dua pembolehubah berskala ordinal yang
Jadual 3.8: Tafsiran Julat Nilai Min
disusun dalam pangkatan, manakala Korelasi Pearson pula menyatakan perhubungan
antara variabel-variabel yang menggunakan skala selang dan nisbah.
Pembolehubah X
Skala
Nominal
Ordinal Nisbah/ Selang
Nominal 1. Phi 2. Cramer 3. Lambda
Rank-biserial
Point-biserial
Ordinal
Rank-biserial 1. Spearman
Rho 2. Tetrachronic
Biserial
Pembolehubah Y Nisbah/
Selang
Point-biserial
Biserial Pearson Product- Moment
(Sumber :Chua ,2006)
Pekali korelasi (r) ialah nilai pengukuran kekuatan perhubungan antara dua
pembolehubah yang mempunyai sela antara +1.00 dan -1.00. Oleh kerana korelasi yang
sempurna jarang berlaku dalam penyelidikan, pekali korelasi dilaporkan dalam dua titik
perpuluhan (Chua, 2006).
Saiz pekali korelasi Kekuatan korelasi
0.91 hingga 1.00 atau -0.91 hingga -1.00 Sangat kuat
0.71 hingga 0.90 atau -0.71 hingga -0.90 Kuat
0.51 hingga 0.70 atau -0.51 hingga -0.70 Sederhana
0.31 hingga 0.50 atau -0.31 hingga -0.50 Lemah
0.01 hingga 0.30 atau -0.01 hingga -0.30 Sangat lemah
0.0 Tiada korelasi
(Sumber :Chua ,2006)
Jadual 3.9 : Pekali korelasi berdasarkan skala pengukuran pembolehubah
Jadual 3.10 : Kekuatan nilai pekali korelasi
Julat Kekuatan korelasi
0.00 Tiada hubungan
0.01 hingga 0.40 Terlalu sedikit perhubungan
0.41 hingga 0.60 Sederhana
0.61 hingga 0.80 Hubungan kukuh
> 0.81 Hubungan paling kukuh
(Sumber:Adaptasi daripada Wallen & Fraenkel, 1991 dalam Majdi@AbdulHadi,2001)
3.10 Kesahan dan Kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaan merupkan aspek yang sangat penting bagi
sesuatu instrumen dan keputusan pengujian, tetapi mempunyai ciri yang berlainan.
Kedua-duanya mempunyai hubungan yang saling berkait. Secara ringkasnya, jika satu
pengujian itu sah, maka keputusannya adalah boleh dipercayai (Khalid, 2003).
3.10.1 Kesahan
Kesahan didefinisikan oleh Mohd Najib (1999), sebagai satu ujian yang
menggambarkan sejauh mana ujian itu dapat mengukur yang sepatutnya dapat diukur.
Sesuatu kajian dikatakan mempunyai kesahan yang tinggi sekiranya darjah
kebolehannya mengukur apa yang sepatutnya diukur adalah tinggi. Mohd. Majid (2004)
seterusnya menyatakan bahawa, kesahan sesuatu alat kajian dipengaruhi oleh jenis
pemboleh ubah. Sekiranya sesuatu pemboleh ubah berbentuk fizikal atau kuantitatif,
seseorang individu boleh menentukan kesahan alat ukuran bagi pemboleh ubah tersebut
dengan mudah. Dalam kajian ini kesahan berkaitan struktur, isi kandungan dan muka
didapati daripada pakar-pakar bidang. Kesahan isi diperolehi daripada pakar pemakanan
Jadual 3.11 : Pembahagian julat dan anggapan
Hospital Kluang, manakala kesahan struktur dan muka diperolehi daripada pensyarah-
pensyarah KUiTTHO sendiri.
3.10.2 Kebolehpercayaan
Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan, kestabilan dan ketepatan skor-skor
yang diberikan dalam sesuatu atau siri ujian (Mohd Najib, 1999). Maka,
kebolehpercayaan boleh dirumuskan sebagai ketekalan sesuatu alat ukuran bagi
mengukur sesuatu pembolehubah atau gagasan yang sama pada masa yang berlainan.
Kebolehpercayaan ujian bermakna ujian itu konsisten (Khalid, 2003) dan sesuatu ujian
itu dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi sekiranya skor yang sama
diperoleh individu yang sama, dengan menjawab ujian yang sama pada masa yang
berbeza. Mohd. Majid (2004) menyatakan bahawa ketekalan sesuatu alat ukur dalam
mengukur pemboleh ubah atau gagasan adalah pengertian bagi konsep
kebolehpercayaan alat ujian atau ukuran. Alat ukur yang mengukur sesuatu pemboleh
ubah atau gagasan dengan tekal dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi,
sebaliknya alat ukur yang menghasilkan markah yang berubah-ubah bagi mengukur
gagasan yang sama dikatakan tidak tekal dan mempunyai kebolehpercayaan yang
rendah.
Indeks kebolehpercayaan boleh diguna untuk menentukan kebolehpercayaan
sesuatu alat ukuran. Indeks kebolehpercayaan merupakan suatu pekali yang
menunjukkan ketekalan sesuatu alat atau ujian. Biasanya indeks kebolehpercayaan
dapat ditentukan menggunakan kaedah korelasi iaitu dengan mengkorelasi gerak balas
subjek dua set skor yang diperoleh hasil daripada gerak balas subjek terhadap item-item
dalam ujian atau alat ukuran. Indeks kebolehpercayaan bagi instrumen kajian ini
diperoleh melalui nilai Alpha Cronbach yang menghampiri 1.0 yang dikira
menggunakan perisian Statistical Packages For The Social Science (SPSS) Versi 11.0
(Chua, 2006).
3.10.2.1 Kebolehpercayaan Instrumen
Dalam kajian rintis, sebanyak 20 set soal selidik diedarkan kepada pelajar
tingkatan empat Sekolah Menengah Teknik Jasin. Data yang diperolehi telah dianalisis
menggunakan perisian Statistical Packages For Social Sciences (SPSS) versi 11.0
berdasarkan prosedur analisis Alpha Cronbach untuk mendapatkan nilai
kebolehpercayaan.
Ringkasan hasil analisis koefesien kebolehpercayaan yang diperolehi melalui
kajian rintis adalah seperti dalam Jadual 3.12.
Bil Item Jumlah Kenyataan
Koefisien Kebolehpercayaan
Tahap
1. Sokongan pihak sekolah
12 0.7996 Baik dan boleh diterima
2. Faktor-faktor mempengaruhi pemilihan makanan
27 0.7860 Baik dan boleh diterima
3. Kesedaran pelajar mengamalkan pemakanan seimbang
8 0.7920 Baik dan boleh diterima
4. Konsistensi pengambilan makanan oleh pelajar
7 0.8536 Baik
5. Konsentrasi pelajar di dalam kelas
15 0.8259 Baik
6. Hasil Keseluruhan 69 0.8308 Baik
Jadual 3.9 di atas menunjukkan koefisien kebolehpercayaan bagi setiap bahagian
dalam soal selidik. Berdasarkan koefisien kebolehpercayaan yang tinggi bagi setiap
bahagian iaitu 0.6 dan ke atas, maka item-item dalam soal selidik boleh diperbaiki dan
dikekalkan. Bagi item-item Bahagian A: Sokongan Pihak Sekolah, nilai Alpha ialah
0.7996. Ini menunjukkan item-item bahagian ini adalah baik dan boleh diterima.
Bahagian B: Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan pelajar, mencatatkan
nilai Alpha 0.7860, menunjukkan bahawa item-item bahagian ini adalah boleh diterima.
Jadual 3.12:Ringkasan Hasil Analisis Koefesien Kebolehpercayaan Kajian
Bahagian C pula yang mengukur kesedaran pelajar dalam mengamalkan pemakanan
yang sihat memperolehi nilai Alpha sebanyak 0.7920, manakala Bahagian D:
Konsistensi pengambilan makanan oleh pelajar telah mencatatkan nilai Alpha sebanyak
0.8536 yang ditafsirkan sebagai boleh diterima. Dalam bahagian terakhir pula, yang
mengukur konsentrasi pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran telah mendapat nilai
Alpha sebanyak 0.8259 yang ditafsirkan sebagai boleh diterima. Hasil keseluruhan ujian
Alpha Cronbach mencatat nilai sebanyak 0.8308 yang membawa maksud item-item
yang terkandung dalam analisis kajian rintis yang telah dijalankan adalah baik. Bagi
item-item yang ditafsirkan sebagai ‘baik dan boleh diterima’ iaitu yang mempunyai skor
0.7 hingga 0.8, item-item yang berkaitan perlu dimurnikan dari segi ayat soalannya agar
tidak mengelirukan responden. Maka, item-item tersebut perlu dimurnikan agar dapat
mengukur dan membantu dalam menjawab persoalan kajian. Item-item yang dibina
mestilah menggunakan perkataan-perkataan yang ringkas dan mudah difahami oleh
responden. Ini untuk mengelakkan responden berasa bosan, keliru dan tidak
bersemangat untuk terus menjawab borang soal selidik.
3.11 Prosedur Kajian
Kajian ini bertujuan mengenapasti masalah daya penumpuan pelajar semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran dan melihat sejauh mana hubungannya dengan amalan
pemakanan pelajar, faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan, cara
membentuk amalan pemakanan yang sihat dan sokongan sekolah terhadap pemakanan
dan nutrisi seimbang. Langkah yang telah diambil adalah seperti Jadual 3.13.
Langkah Aktiviti 1 Mengenalpasti isu, masalah dan situasi 2 Menyediakan soal selidik. Soalan-soalan yang dikemukakan
hendaklah berdasarkan kepada perkara-perkara yang terdapat dalam instrumen kajian
3 Mengetahui rangka sampel, iaitu jumlah pelajar tingkatan empat dan guru di sekolah yang terpilih
4 Mencetak soal selidik mengikut jumlah sampel 5 Mengedar dan memungut borang soal selidik 6 Menjalankan analisis data 7 Keputusan dan rumusan kajian dibuat berdasarkan hasil kajian yang
diperolehi 8 Cadangan membentuk aktiviti amalan pemakanan yang sihat dan
menyeronokkan di sekolah.
Dalam prosedur kajian ini, pengkaji mula mengenalpasti isu, masalah dan situasi
yang dikaji melalui pembacaan dari pelbagai sumber seperti majalah ilmiah dan jurnal
akademik, pemerhatian dan pengetahuan sedia ada. Seterusnya pengkaji merancang
kajian mengikut jadual pelaksanaan.
3.12 Rumusan
Bab ini telah menerangkan beberapa pembolehubah yang digunakan dalam
instrumen soal selidik iaitu faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan, tahap
pengetahuan sedia ada pelajar, tahap kesedaran pelajar mengamalkan pemakanan yang
sihat konsistensi pengambilan makanan oleh pelajar dan sokongan sekolah terhadap
pemakanan dan nutrisi seimbang. Selain itu prosedur pengumpulan data iaitu kaedah
soal selidik dan kaedah penganalisisan data yang terdiri daripada Ujian Korelasi
Spearman, Ujian Korelasi Pearson dan Skor Min juga diterangkan bagi memastikan
kajian dapat dijalankan dengan lancar dan sistematik serta menghasilkan kajian yang
berkualiti.
Jadual 3.13: Prosedur kajian
BAB IV
ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan tentang analisis yang diperolehi daripada borang soal
selidik yang telah diedarkan kepada responden-responden di enam buah sekolah
menengah teknik yang telah dipilih. Data diperolehi melalui satu set ujian dan satu set
borang soal selidik. Responden adalah dari kalangan pelajar tingkatan empat dari
sekolah-sekolah berkenaan yang dipilih secara rawak.
Untuk mendapatkan kejituan analisis, data-data yang diperolehi akan dianalisis
dengan menggunakan perisian Statistical Packages For Social Sciences (SPSS) 11.0.
Analisis data yang dihuraikan di dalam Bab IV ini adalah berdasarkan kepada persoalan-
persoalan kajian seperti yang telah dinyatakan dalam Bab I. Keputusan-keputusan
analisis dipermudahkan dalam bentuk jadual.
4.2 Profil Responden
Responden kajian ini terdiri daripada pelajar tingkatan empat sekolah menengah
teknik. Ini adalah kerana mereka tidak menduduki peperiksaan awam pada tahun ini.
Pihak Kementerian Pelajaran tidak menggalakkan pemilihan responden dari kalangan
palajar yang akan menduduki peperiksaan awam seperti Sijil Pelajaran Malaysia. Tiada
pemilihan jantina dan kaum responden dilakukan semasa mengedarkan borang soal
selidik kerana kriteria tersebut tidak termasuk dalam persoalan kajian. Umur responden
pula secara amnya ialah 16 tahun.
Responden adalah terdiri daripada pelajar tingkatan empat dari enam buah
sekolah menengah teknik di selatan Semenanjung Malaysia. Seramai 64 orang
responden telah dipilih dari setiap sekolah. Sekolah-sekolah menengah teknik yang
terlibat ialah SMT Dato’ Jaafar dan SMT Port Dickson mewakili Negeri Sembilan, SMT
Dato’ Md Zin dan SMT Melaka Tengah mewakili Negeri Melaka serta SMT Batu Pahat
dan SMT Kluang mewakili Negeri Johor. Tiada pengkhususan kursus dipilih kerana
semua pelajar menggunakan kantin dan dewan makan yang sama.
4.3 Dapatan Kajian
Analisa secara purata keseluruhan min dan sisihan piawai digunakan bagi
menguji item-item soal selidik. Item-item dibahagikan kepada lima bahagian iaitu
bahagian pendekatan pihak sekolah, kesedaran pelajar mengamalkan pemakanan
seimbang, faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan pelajar, konsistensi
pengambilan makanan oleh pelajar dan konsentrasi pelajar di dalam kelas.
4.3.1 Persoalan Kajian (i): Pendekatan pihak sekolah dalam membentuk amalan
pemakanan yang sihat di kalangan pelajar sekolah.
Terdapat 12 soalan yang telah dijawab oleh responden mengenai pendekatan
pihak sekolah dalam memupuk amalan pemakanan yang sihat terhadap pelajar. Jadual
4.1 menunjukkan min yang telah diperolehi.
No. Item Sisihan piawai
Min Tafsiran
1. Saya mempelajari mengenai amalan pemakanan yang sihat di sekolah.
1.03 3.38 Sederhana
2. Saya banyak mempelajari pemakanan yang sihat di....
i. Kelas Sains. 1.14 3.31 Sederhana ii. Kelas Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan. 1.20 3.59 Sederhana
3. Sekolah saya mengamalkan kempen amalan pemakanan sihat.
1.14 2.84 Sederhana
4. Saya terlibat dalam menghasilkan hidangan makanan untuk rakan-rakan di sekolah pada hari keramaian (contohnya: Hari Sukan, Hari Penyampaian Hadiah).
1.30
2.47
Sederhana
5. Terdapat gerai menjual makanan yang dikendalikan oleh pelajar menerusi persatuan tertentu (contohnya : Kelab Usahawan).
1.24
3.68
Tinggi
6 Sekolah saya menetapkan… i. kaunter menjual buah-buahan
berasingan dari kaunter jualan makanan yang lain.
1.20 2.39 Sederhana
ii. bahawa kantin sekolah menjual jus buah-buahan segar.
1.38 2.66 Sederhana
iii. papan kenyataan yang memberi panduan kepada pelajar akan cara-cara mengamalkan diet seimbang
1.30 3.08 Sederhana
iv. Mengedarkan risalah berkaitan amalan pemakanan yang sihat.
1.33 2.58 Sederhana
7. Sekolah saya mengadakan ceramah berkaitan pemakanan yang sihat.
1.20 2.83 Sederhana
8. Sekolah saya menjemput penceramah dari hospital kerajaan untuk memberi ceramah kesihatan.
1.25 3.04 Sederhana
Min Keseluruhan 1.23 3.01 Sederhana
Bagi bahagian Pendekatan Pihak Sekolah, pengiraan skor min bagi setiap item
telah diperolehi dengan membahagikan jumlah keseluruhan skor untuk sesuatu kriteria
dengan bilangan responden yang terlibat dalam kajian. Purata min keseluruhan bagi
setiap item adalah sederhana iaitu mencapai 3.01. Tahap pendekatan sekolah pada
bahagian ini boleh dikatakan pada tahap yang sederhana.
Jadual 4.1 : Pendekatan Pihak Sekolah
Dalam kajian ini, pengiraan sisihan piawai diambil kira kerana ia merupakan
langkah mendapatkan jumlah nilai sisihan skor dari nilai min dan sisihan piawai (rujuk
Lampiran G). Min yang tertinggi dalam bahagian ini ialah item keenam iaitu dengan
nilai min 3.68. Sisihan piawai bagi item ini pula ialah 1.24 yang bermaksud pilihan
responden tidak tertumpu pada pendapat yang sama. Manakala min terendah ialah pada
item ketujuh iaitu kaunter menjual buah-buahan dengan nilai min 2.39 serta sisihan
piawainya ialah 1.20 yang juga bermaksud pilihan responden tidak tertumpu pada
pendapat yang sama.
4.3.2 Persoalan Kajian (ii): Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan
makanan pelajar.
Terdapat 27 soalan yang telah dijawab oleh responden. Lapan soalan berkaitan
dengan keluarga, persekitaran dan rakan sebaya, lima soalan berkaitan emosi, lima
soalan berkaitan aktiviti fizikal pelajar dan sembilan soalan berkaitan jenis makanan
yang lebih digemari responden. Jadual 4.2 menunjukkan min yang telah diperolehi.
Bahagian ini mempunyai dua puluh tujuh item bagi menganalisis faktor-faktor
yang mempengaruhi pemilihan makanan pelajar. Seperti yang terdapat dalam Jadual
4.2, jumlah keseluruhan min bagi bahagian ini berada dalam peringkat yang sederhana
iaitu 3.54.
No. Item Sisihan piawai
Min Tafsiran
Faktor Persekitaran 1. Saya belajar mengenai amalan pemakanan melalui… i keluarga. 0.77 4.29 Tinggi ii. rakan-rakan. 1.00 3.48 Sederhana iii. media (media cetak dan elektronik). 0.93 3.87 Tinggi iv. guru. 0.96 3.73 Tinggi 2. Saya makan makanan seperti yang... i. dimakan oleh keluarga saya. 0.85 4.24 Tinggi ii. dimakan oleh rakan saya. 1.01 3.37 Sederhana iii. dipelajari dalam kelas. 0.98 3.22 Sederhana iv. dipaparkan melalui media (media cetak dan elektronik). 1.03 3.36 Sederhana Min 0.94 3.70 Tinggi Faktor Emosi 3. Saya kerap berasa murung. 1.17 2.70 Sederhana 4. Saya kerap berasa tertekan. 1.22 3.10 Sederhana 5. Saya kerap berasa bahawa perkara yang berlaku tidak
seperti yang saya jangkakan. 1.17 3.29 Sederhana
6. Saya kerap tidak dapat menguasai perkara yang hendak dilakukan.
1.10 3.19 Sederhana
7. Saya kerap berasa bahawa perkara yang berlaku adalah di luar kawalan saya.
1.14 3.08 Sederhana
Min 1.16 3.10 Sederhana Faktor aktiviti fizikal 8. Saya melakukan aktiviti lasak (contoh : jungle tracking,
kayak, perkhemahan). 1.27 3.28 Sederhana
9. Saya aktif bersukan. 1.15 3.41 Sederhana 10. Saya mewakili Rumah Sukan semasa Hari Sukan. 1.22 3.25 Sederhana 11. Saya melakukan aktiviti riadah. 1.03 3.85 Tinggi 12. Saya berjalan kaki ke sekolah. 1.31 3.86 Tinggi Min 1.20 3.53 Sederhana Faktor Organoleptik 13. Saya hanya akan makan makanan yang ... i baunya (aroma) enak. 1.01 3.81 Tinggi ii teksturnya baik. 0.85 4.00 Tinggi iii rasanya sedap. 0.69 4.36 Tinggi iv dihidangan dengan menarik. 0.95 3.96 Tinggi v lemaknya kurang. 0.95 3.89 Tinggi 14. Saya hanya makan buah-buahan di kantin jika ia kelihatan
menyelerakan. 1.19 3.57 Sederhana
15. Saya hanya makan sayur-sayuran di kantin jika ia kelihatan menyelerakan.
1.22 3.50 Sederhana
16. Saya memilih untuk makan makanan yang berkhasiat di kantin sekolah.
1.15 3.47 Sederhana
17. Saya memakan lebih dari tiga jenis makanan di kantin sekolah (contoh : kuih, mee, nasi, soto, laksa).
1.24 2.48 Sederhana
Min 1.03 3.67 Tinggi Min Keseluruhan 1.06 3.54 Sederhana
Jadual 4.2 : Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Makanan Pelajar
Min yang terendah ialah pada item ke-dua puluh tujuh iaitu 2.48 dan min
tertinggi ialah pada item ke-dua puluh satu dengan nilai 4.36. Nilai sisihan piawai bagi
item dengan min tertinggi ialah 0.69, manakala sisihan piawai bagi item dengan min
terendah ialah 1.24. Oleh kerana nilai sisihan piawai bagi min tertinggi adalah kurang
dari 1, maka menunjukkan jawapan kebanyakan responden adalah tertumpu pada pilihan
jawapan yang sama, manakala sisihan piawai bagi min terendah adalah lebih dari 1,
menunjukkan jawapan kebanyakan responden adalah tidak tertumpu pada pilihan
jawapan yang sama, (rujuk Lampiran G).
Merujuk kepada Rajah 4.1, organoleptik merupakan salah satu faktor yang
mempengaruhi pemilihan makanan responden. Ia melibatkan empat daripada lima deria
rasa manusia iaitu deria hidu, rasa, sentuh dan lihat. Melalui kajian yang telah
dijalankan, para responden cenderung memilih makanan berdasarkan rasanya yang
sedap dan kebanyakan tidak makan lebih dari tiga jenis hidangan di kantin sekolah.
0
0.5
1
1.5
2
2.5
3
3.5
4
4.5
min
faktor organoleptik
aroma
tekstur
rasa
rupa hidangan
kandungan lemak
buah-buahan
sayur-sayuran pilih makanan berkhasiat
lebih 3 hidangan
Rajah 4.1 : Graf min pemilihan makanan berdasarkan faktor organoleptik
Merujuk kepada Rajah 4.2, responden melakukan pelbagai aktiviti fizikal dan di
antara lima jenis aktiviti fizikal yang dikaji, kebanyakan responden melakukan aktiviti
berjalan kaki ke sekolah dan beriadah. Min terendah adalah pada bahagian responden
mewakili rumah sukan.
2.93
3.13.23.33.43.53.63.73.83.9
min
aktiviti fizikal
aktiviti lasak
bersukan
wakil rumah
beriadah
berjalan kaki
Rajah 4.2 : Graf min pemilihan makanan berdasarkan faktor aktiviti fizikal.
Merujuk kepada Rajah 4.3, min tertinggi menunjukkan kebanyakan responden
merasakan bahawa perkara-perkara yang berlaku dalam kehidupan adalah tidak seperti
yang mereka jangkakan. Min terendah menunjukkan tidak ramai responden mengalami
kemurungan.
0
0.5
1
1.5
2
2.5
3
3.5
min
faktor emosi
murung
tertekan tidak menjangka perkara yang berlaku
tidak menguasai
luar kawalan
Rajah 4.3 : Graf min pemilihan makanan berdasarkan faktor emosi.
Merujuk kepada Rajah 4.4, kebanyakan responden belajar mengenai pemakanan
yang sihat melalui keluarga mereka. Responden beranggapan bahawa rakan sebaya
tidak banyak memberi informasi berkaitan pemakanan yang sihat.
0
0.5
1
1.5
2
2.5
3
3.5
4
4.5
min
belajar mengenai pemakanan melalui..
keluarga
rakan
media
guru
Rajah 4.4 : Graf min faktor yang membantu responden belajar mengenai pemakanan yang sihat.
Min tertinggi menunjukkan bahawa kebanyakan responden makan makanan
seperti yang dimakan oleh keluarga mereka. Manakala min terendah menunjukkan
bahawa responden tidak cenderung untuk makan makanan seperti yang dipelajari di
dalam kelas.
0
0.5 1
1.5
2
2.5 3
3.5
4 4.5
min
cenderung makan mengikut..
keluarga
rakan
dipelajari dalam kelas media
Rajah 4.5 : Graf min faktor yang mempengaruhi kecenderungan menuruti pemilihan jenis makanan seperti individu lain.
4.3.3 Persoalan Kajian (iii): Kesedaran pelajar mengamalkan diet seimbang.
Berikut adalah analisis mengenai kesedaran responden mengamalkan pemakanan
seimbang. Terdapat lapan soalan yang telah dijawab oleh responden. Jadual 4.3
menunjukkan min yang telah diperolehi.
No. Item Sisihan piawai
Min Tafsiran
1. Saya minum susu rendah lemak berbanding susu penuh krim.
1.22 3.32 Sederhana
2. Saya membuang kulit ayam dan hanya memakan dagingnya.
1.37 3.29 Sederhana
3. Saya membaca kandungan bahan-bahan pada label makanan sebelum membelinya.
1.07 3.65 Sederhana
4. Saya mengambil berat terhadap kandungan makanan yang hendak dibeli.
1.06 3.57 Sederhana
5. Saya lebih kerap meminum air mineral berbanding minuman berkarbonat
1.04 3.96 Tinggi
6. Saya dapat mempengaruhi rakan-rakan saya untukmemakan lebih sayur-sayuran.
1.05 3.11 Sederhana
7. Saya dapat mempengaruhi rakan-rakan saya untukmemakan lebih buah-buahan.
1.08 3.47 Sederhana
8. Saya memakan yoghurt berbanding ais krim.
1.28 3.01 Sederhana
Min Keseluruhan 1.15 3.42 Sederhana
Bahagian ini mengetengahkan lapan item bagi menganalisis kesedaran responden
mengamalkan pemakanan seimbang. Seperti yang terdapat dalam Jadual 4.3, jumlah
keseluruhan min bagi bahagian ini juga berada dalam peringkat yang sederhana iaitu
3.42.
Min yang terendah ialah pada item kelapan iaitu 3.01 dan min tertinggi ialah
pada item kelima dengan nilai 3.96. Nilai sisihan piawai bagi item dengan min tertinggi
ialah 1.04, manakala sisihan piawai bagi item dengan min terendah ialah 1.28. Oleh
Jadual 4.3 : Kesedaran Pelajar Mengamalkan Diet Seimbang
kerana nilai sisihan piawai adalah lebih dari 1, maka menunjukkan jawapan kebanyakan
responden tidak tertumpu pada pilihan jawapan yang sama (rujuk Lampiran G).
4.3.4 Persoalan Kajian (iv): Konsistensi pengambilan makanan oleh pelajar.
Berikut adalah analisis mengenai konsistensi pengambilan makanan oleh
responden. Terdapat tujuh soalan yang telah dijawab oleh responden. Jadual 4.4
menunjukkan min yang telah diperolehi. Bahagian ini terdiri daripada tujuh item bagi
konsistensi pengambilan makanan oleh responden
Kekerapan 0 - 2kali 3 - 5kali 6 - 8kali 9 - 11kali 12 - 14kali Jumlah
Peratus 29.7% 30.7% 32.8% 2.9% 3.9% 100% Sarapan pagi
Frekuensi 113 117 125 11 15 381
Peratus 11.5% 32.8% 47.5% 3.1% 5.0% 100% Makan tengah hari
Frekuensi 44 125 181 12 19 381
Peratus 17.1% 38.1% 35.7% 5.5% 3.7% 100% Makan malam
Frekuensi 65 145 136 21 14 381
Peratus 30.2% 51.4% 12.9% 2.6% 2.9% 100% Makanan berprotein
Frekuensi 115 196 49 10 11 381
Peratus 10.0% 33.6% 33.1% 13.6% 9.7% 100% Makan buah-buahan Frekuensi 38 128 126 52 37 381
Peratus 52.8% 27.6% 11.8% 4.2% 3.7% 100% Makanan rapu
Frekuensi 201 105 45 16 14 381
Peratus 50.4% 33.3% 10.0% 4.5% 1.8% 100% Tidak makan pada waktu makan Frekuensi 192 127 38 17 7 381
Melalui Jadual 4.4, peratus tertinggi jumlah kekerapan pelajar bersarapan pagi
ialah 32.8% iaitu sebanyak enam hingga lapan kali dalam seminggu. Peratus tertinggi
jumlah kekerapan pelajar mengambil makan tengah hari pula 47.8%. Ini bermakna,
seramai 181 orang daripada sejumlah 381 responden makan tengah hari sekerap enam
hingga lapan kali dalam seminggu. Manakala peratus tertinggi jumlah kekerapan pelajar
Jadual 4.4: Peratusan dan Frekuensi Konsistensi Pengambilan Makanan oleh Pelajar
mengambil makan malam ialah 38.1% iaitu mereka makan malam sebanyak.tiga hingga
lima kali dalam seminggu. Bagi pemilihan makanan berprotein pula, 51.4% pelajar
memilih untuk makan sekerap tiga hingga lima kali dalam seminggu. Seramai 128 iaitu
33.6% daripada jumlah responden memilih untuk makan buah-buahan sekerap tiga
hingga lima kali seminggu. Seramai 201 orang dari jumlah responden iaitu 52.8% tidak
makan makanan rapu atau hanya makan sebanyak dua kali sahaja dalam seminggu.
Terdapat 50.4% dari jumlah responden tidak makan mengikut waktu makan sepanjang
tempoh seminggu.
4.3.5 Persoalan Kajian (v): Tahap pengetahuan sedia ada pelajar.
Berikut adalah analisis mengenai tahap pengetahuan responden berkaitan
pemakanan yang sihat. Terdapat satu ujian yang terdiri daripada 10 soalan telah dijawab
oleh responden. Jadual 4.5 menunjukkan peratusan pencapaian responden yang telah
diperolehi.
Markah Tahap Kekerapan Peratus (%)
1 – 2 markah Sangat rendah 0 0.0
3 – 4 markah Rendah 13 3.4
5 – 6 markah Sederhana 97 25.5
7 – 8 markah Tinggi 214 56.2
9 – 10 markah Sangat tinggi 57 15.0
Jumlah 381 100
Jadual 4.5: Peratusan dan Frekuensi Skor Markah Ujian Responden.
Peratus Kuiz Tahap Pengetahuan Pelajar
3%
25%
57%
15%
3-4markah
5-6markah
7-8markah
9-10markah
Tahap pengetahuan responden diukur melalui ujian yang telah dijalankan.
Merujuk kepada Rajah 4.6, peratus tertinggi markah ujian ialah 56.2% iaitu responden
yang mendapat tujuh hingga lapan persepuluh markah ujian. Peratus terendah ialah bagi
markah tiga hingga empat persepuluh iaitu sebanyak 3.4%.
4.3.6 Persoalan Kajian (vi): Konsentrasi pelajar di dalam kelas.
Terdapat 15 soalan berkaitan konsentrasi pelajar di dalam kelas telah dijawab
oleh responden. Jadual 4.6 menunjukkan min yang telah diperolehi.
56.2%
Rajah 4.6 : Carta pai peratus ujian tahap pengetahuan pelajar.
No. Item Sisihan piawai
Min Tahap
1. Saya lebih menumpukan perhatian semasa guru mengajar pada waktu…
i. 8.00 – 9.00 pagi 0.09 4.20 Tinggi ii. 9.00 – 10.00 pagi 0.73 4.21 Tinggi iii. 10.00 – 11.00 pagi 0.87 3.85 Tinggi iv. 12.00 – 1.00 petang 1.07 3.13 Sederhana v. 1.00 – 2.00 petang 1.19 2.79 Sederhana 2. Pada setiap kali guru mengajar, saya
dapat menumpukan perhatian selama
i. 15 minit sahaja 1.30 3.47 Sederhana ii. 30 minit sahaja 1.04 3.69 Tinggi iii. 45 minit sahaja 1.05 3.47 Sederhana iv. 60 minit sahaja 1.08 3.02 Sederhana v Lebih satu jam 1.28 2.78 Sederhana 3. Saya gemar makan gula-gula untuk
menghilangkan rasa mengantuk semasa di dalam kelas
1.24 3.92 Tinggi
4. Rasa lapar membuatkan saya kerap terfikir apakah menu makanan yang dijual di kantin sekolah
1.33 3.15 Sederhana
5. Aroma/bau masakan dari kantin sekolah mengganggu konsentrasi saya belajar
1.28 2.96 Sederhana
6. Apabila tidak bersarapan pagi saya rasa letih di dalam kelas
1.29 3.35 Sederhana
7. Apabila tidak bersarapan pagi saya rasa mengantuk di dalam kelas
1.33 3.29 Sederhana
Min Keseluruhan 1.08 3.42 Sederhana
Min yang tertinggi dalam bahagian ini ialah item kedua iaitu dengan nilai min
4.21. Sisihan piawai bagi item ini pula ialah 0.73 yang bermaksud pilihan responden
adalah tertumpu pada pendapat yang sama. Manakala min terendah ialah pada item
ketujuh iaitu kaunter menjual buah-buahan dengan nilai min 2.78 serta sisihan
piawainya ialah 1.28 yang bermaksud pilihan responden tidak tertumpu pada pendapat
yang sama.
Jadual 4.6 : Konsentrasi pelajar di dalam kelas.
4.3.7 Persoalan Kajian (vii): Hubungan antara tahap pengetahuan pelajar
dengan kesedaran mereka dalam mengamalkan pemakanan yang sihat.
Bagi mengkaji perhubungan di antara tahap pengetahuan sedia ada pelajar
berkaitan amalan pemakanan yang sihat dengan kesedaran mereka dalam mengamalkan
pemakanan yang sihat, ujian korelasi Pearson dilakukan. Ujian korelasi Pearson ini
merupakan ujian parametrik dan keputusan yang dihasilkan adalah konkrit. Dua andaian
yang perlu dipenuhi untuk menjalankan ujian Pearson ialah data berbentuk interval dan
bertaburan normal. Dalam kajian ini, skor ujian untuk menguji tahap pengetahuan
pelajar diperolehi dan dikelaskan dalam bentuk interval dan setelah ujian normaliti
dilakukan, mendapati bahawa data yang diperolehi adalah bertaburan normal (Lampiran
H).
Pengkaji juga melihat graf serakan Rajah 4.7 untuk mendapat gambaran umum
tentang hubungan antara tahap pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan amalan
pemakanan yang sihat dengan kesedaran mereka untuk mengaplikasikan amalan
pemakanan yang sihat.
skor kuiz (Pengetahuan sedia ada pelajar)
12108642
kese
dara
n pe
laja
r
6
5
4
3
2
1
Rajah 4.7 menunjukkan bahawa tidak terdapat perhubungan di antara tahap
pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan amalan pemakanan yang sihat dengan kesedaran
mereka untuk mengaplikasikan amalan pemakanan yang sihat.
Skor Ujian
Hubungan antara Nilai r Nilai p Hubungan
Kesedaran pelajar 0.055 0.283 Sangat lemah
* korelasi adalah tidak signifikan pada aras p > 0.01
Berdasarkan hasil analisis korelasi seperti di Jadual 4.7, pekali korelasi bagi
hubungan antara skor ujian dengan kesedaran pelajar ialah r = 0.055. Merujuk kepada
klasifikasi kekuatan korelasi (rujuk Jadual 3.10), hubungan antara kedua-dua
Rajah 4.7 : Graf serakan perhubungan di antara skor ujian pelajar dengan kesedaran mengamalkan pemakanan yang sihat.
Jadual 4.7 : Hubungan antara Skor Ujian dengan Kesedaran Pelajar mengamalkan Pemakanan Seimbang.
pembolehubah ini adalah sangat lemah. Ini adalah kerana nilai tersebut berada dalam
julat 0.01 hingga 0.30. Manakala bagi pembahagian julat dan anggapan (rujuk Jadual
3.11), hubungan antara tahap pengetahuan responden dengan kesedaran mereka dalam
mengamalkan amalan pemakanan yang sihat berada pada tahap terlalu sedikit
perhubungan, iaitu pada tahap 0.01 hingga 0.40.
Oleh kerana nilai p = 0.283 adalah lebih besar dari aras keertian 0.01, maka
tahap pengetahuan responden secara signifikan tidak mempengaruhi kesedaran mereka
dalam mengamalkan amalan pemakanan yang sihat. Maka hipotesis nul diterima.
4.3.8 Persoalan Kajian (viii): Hubungan antara pengambilan makanan
secara konsisten dengan konsentrasi pelajar semasa pengajaran dan
pembelajaran.
Dua andaian yang perlu dipenuhi untuk menjalankan ujian Korelasi Spearman
ialah data berbentuk ordinal dan bertaburan tidak normal. Dalam kajian ini, konsentrasi
responden di dalam kelas dan konsistensi pengambilan makanan oleh responden
dikelaskan secara ordinal. Namun demikian, data adalah bertaburan normal (Lampiran
H).
Pengkaji juga melihat graf serakan Rajah 4.8 untuk mendapat gambaran tentang
hubungan antara pengambilan makanan secara konsisten dengan konsentrasi responden
semasa pengajaran dan pembelajaran.
konsistensi
403020100
kons
entr
asi
80
70
60
50
40
30
Rajah 4.9 menunjukkan bahawa terdapat perhubungan positif yang sangat lemah
di antara pengambilan makanan secara konsisten dengan konsentrasi responden semasa
pengajaran dan pembelajaran, di mana r = 0.17.
Konsistensi pengambilan makanan
Hubungan antara Nilai r Nilai p Hubungan
Konsentrasi pelajar 0.17 0.001 Sangat lemah
* korelasi adalah signifikan pada aras p < 0.01
Berdasarkan hasil analisis korelasi seperti di Jadual 4.8, pekali korelasi bagi
hubungan antara skor ujian dengan kesedaran pelajar ialah r = 0.17. Merujuk kepada
klasifikasi kekuatan korelasi (rujuk Jadual 3.10), hubungan antara kedua-dua
Rajah 4.8 : Graf serakan perhubungan di antara pengambilan makanan secara
konsisten dengan konsentrasi pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran
Jadual 4.8 : Hubungan antara antara pengambilan makanan secara konsisten dengan konsentrasi pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran
pembolehubah ini adalah sangat lemah. Ini adalah kerana nilai tersebut berada dalam
julat 0.01 hingga 0.30. Manakala bagi pembahagian julat dan anggapan (rujuk Jadual
3.11), hubungan antara tahap pengetahuan pelajar dengan kesedaran mereka dalam
mengamalkan amalan pemakanan yang sihat berada pada tahap terlalu sedikit
perhubungan, iaitu pada tahap 0.01 hingga 0.40.
Oleh kerana nilai p = 0.001 adalah lebih kecil dari aras keertian 0.01, maka
tahap pengetahuan responden secara signifikan mempengaruhi kesedaran responden
dalam mengamalkan amalan pemakanan yang sihat. Maka hipotesis nul ditolak.
4.3.9 Persoalan Kajian (ix): Hubungan antara pendekatan pihak sekolah
dengan tahap pengetahuan pelajar berkaitan amalan pemakanan yang
sihat.
Bagi mengkaji perhubungan di antara tahap pendekatan pihak sekolah dengan
tahap pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan pemakanan yang sihat, ujian korelasi
Pearson dilakukan. Dalam kajian ini, skor ujian berskala interval yang diperolehi adalah
bertaburan normal (Lampiran H).
pendekatan sekolah
54321
skor
kui
z (P
enge
tahu
an s
edia
ada
pel
ajar
)
12
10
8
6
4
2
Graf serakan Rajah 4.9 untuk mendapat gambaran tentang hubungan antara tahap
pendekatan pihak sekolah dengan tahap pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan
pemakanan yang sihat.
Pendekatan pihak sekolah
Hubungan antara Nilai r Nilai p Hubungan
Skor Ujian 0.03 0.6 Sangat lemah
* korelasi adalah tidak signifikan pada aras p > 0.01
Hasil analisis korelasi seperti di Jadual 4.9 menunjukkan pekali korelasi bagi
hubungan antara pendekatan pihak sekolah dengan skor ujian ialah r = 0.03. Merujuk
kepada klasifikasi kekuatan korelasi (rujuk Jadual 3.10), hubungan antara kedua-dua
Rajah 4.9 : Graf serakan perhubungan antara skor kuiz dengan pendekatan pihak sekolah dalam memupuk amalan pemakanan yang sihat di kalangan pelajar.
Jadual 4.9 : Hubungan antara skor kuiz dengan pendekatan pihak sekolah dalam memupuk amalan pemakanan yang sihat di kalangan pelajar
pembolehubah ini adalah sangat lemah. Ini adalah kerana nilai tersebut berada dalam
julat 0.01 hingga 0.30. Manakala bagi pembahagian julat dan anggapan (rujuk Jadual
3.11), hubungan antara tahap pengetahuan pelajar dengan kesedaran mereka dalam
mengamalkan amalan pemakanan yang sihat berada pada tahap terlalu sedikit
perhubungan, iaitu pada tahap 0.01 hingga 0.40.
Oleh kerana nilai p = 0.6 adalah lebih besar dari aras keertian 0.01, maka tidak
terdapat hubungan yang signifikan di antara pendekatan pihak sekolah dengan tahap
pengetahuan pelajar dalam mengamalkan amalan pemakanan yang sihat. Maka
hipotesis nul diterima.
4.4 Rumusan
Bab ini telah membincangkan tentang analisis data yang telah diperolehi
daripada borang soal selidik dan satu set ujian yang telah diedarkan kepada responden-
responden di enam buah sekolah menengah teknik selatan Semenanjung Malaysia yang
telah dipilih. Data-data telah dibahagikan dianalisis mengikut persoalan kajian dengan
menggunakan ujian Korelasi Pearson, Korelasi Spearman, min dan peratusan.
Penerangan lanjut berkaitan dapatan kajian akan dibincangkan di dalam Bab V.
BAB V
PERBINCANGAN KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
Bab ini merupakan bab terakhir dalam laporan ini. Secara amnya bab ini akan
membincangkan dengan lebih mendalam tentang hasil dapatan kajian yang telah
dianalisis dalam bab IV. Perbincangan adalah berkaitan dengan jawapan kepada
persoalan-persoalan kajian yang telah diutarakan dalam bab I. Hasil dapatan kajian akan
dihuraikan dan disokong oleh pendapat-pendapat yang berkaitan untuk mengukuhkan
lagi dapatan yang telah diperolehi. Kesimpulan pula dibuat berdasarkan kepada
perbincangan ke atas dapatan kajian yang telah diperolehi. Dalam bab ini turut
dikemukakan beberapa cadangan untuk memperbaiki kelemahan yang telah dilakukan
sepanjang kajian dijalankan dan cadangan yang boleh digunapakai oleh pihak sekolah,
pelajar dan juga pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain itu, cadangan juga
dikemukakan untuk membuka ruang kepada kajian lanjutan dijalankan ke atas bidang
ini.
5.2 Perbincangan, kesimpulan dan cadangan
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji sejauh mana keberkesanan pendekatan
yang diambil oleh pihak sekolah dalam menerapkan amalan pemakanan yang sihat di
kalangan para pelajar. Ia juga bertujuan membantu meningkatkan konsentrasi pelajar
semasa pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kajian ini memperkayakan
pengetahuan berkaitan pemakanan yang sihat di samping meningkatkan kesedaran
pelajar untuk mengamalkan pemakanan yang sihat.
5.2.1 Pendekatan pihak sekolah dalam memupuk amalan pemakanan yang sihat
di kalangan pelajar.
Sekolah merupakan satu saluran yang dapat memberikan pelbagai pendidikan
dan pengajaran kepada pelajar. Lantas, peluang ini harus digunakan dalam memupuk
amalan pemakanan yang sihat di kalangan pelajar. Oleh itu satu kajian berkaitan
pendekatan pihak sekolah dalam memupuk amalan pemakanan yang sihat di kalangan
pelajar telah dilakukan. Daripada beberapa jenis pendekatan yang dianalisis,
menunjukkan majoriti responden bersetuju bahawa terdapat gerai menjual makanan
yang dikendalikan oleh pelajar menerusi persatuan atau kelab tertentu seperti Kelab
Usahawan. Sebahagian responden juga bersetuju bahawa mereka mempelajari
mengenai amalan pemakanan yang sihat di sekolah.
Namun demikian, sebahagian responden menyatakan bahawa kaunter menjual
buah-buahan tidak disediakan secara berasingan daripada kaunter menjual makanan
yang lain di sekolah mereka. Dapatan ini tidak memenuhi pernyataan Bowker et al.
(1999), iaitu perlunya diwujudkan kaunter buah-buahan secara berasingan agar lebih
mudah dan cepat bagi pelajar mendapatkan makanan tanpa perlu beratur panjang.
Sebahagian responden juga menyatakan bahawa mereka tidak terlibat dalam
menghasilkan makanan untuk rakan-rakan di sekolah semasa Hari Sukan, Hari
Penyampaian Hadiah dan sebagainya. Ini menunjukkan kurang penglibatan dari pihak
sekolah dalam menggalakkan penglibatan pelajar untuk belajar menghasilkan makanan
berkhasiat sendiri dan menjualnya kepada rakan yang lain. Walaupun sebenarnya,
pendekatan pengajaran berkaitan amalan pemakanan boleh dilakukan dari sudut berbeza
dan kreatif agar dapat meransang minat pelajar. Contohnya, Stroper (2003) melaporkan
tentang suatu kelas dinamakan ‘Cookshop’ iaitu kelas yang direka oleh ‘New York
Community Food Resource Center’ untuk membantu pelajar bersama-sama guru mereka
memasak pelbagai jenis masakan.
Hanya sebahagian responden bersetuju bahawa sekolah mereka mengadakan
ceramah berkaitan pemakanan yang sihat dan menjemput penceramah bertauliah dari
pusat kesihatan. Responden juga bersetuju bahawa sekolah mewujudkan papan
kenyataan serta mengedarkan risalah berkaitan pemakanan yang sihat.
Kesimpulan yang diperolehi ialah, pendekatan pihak sekolah dalam memupuk
amalan pemakanan yang sihat di kalangan pelajar adalah terhad. Terdapat sekolah yang
aktif dan tidak aktif dalam mengambil pendekatan tersebut.
Maka, dicadangkan agar pihak sekolah mengubah polisi mereka, di mana
pendekatan harus diambil dengan segera. Pihak sekolah juga harus konsisten dalam
usaha untuk memupuk amalan pemakanan yang sihat di kalangan pelajar seperti
mengadakan kaunter menjual buah-buahan yang berasingan daripada kaunter makanan
lain dan menggalakkan para pelajar menyediakan dan menjual makanan kesihatan
semasa hari-hari keramaian seperti Hari Sukan.
5.2.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan pelajar
Amalan pemakanan manusia dipengaruhi oleh beberapa faktor. Kelly-Plate dan
Eubanks (2000), menyatakan bahawa di antara faktor-faktor yang mempengaruhi
pemilihan makanan ialah keluarga dan budaya, rakan-rakan, kepercayaan agama, emosi,
kawasan geografi, pengiklanan serta nilai dan gaya hidup. Di dalam kajian ini, pengkaji
membahagikan faktor-faktor ini kepada empat bahagian iaitu; faktor persekitaran yang
merangkumi keluarga dan rakan sebaya, faktor emosi, faktor aktiviti fizikal dan faktor
organoleptik.
Bagi faktor persekitaran, analisis mendapati bahawa kebanyakan responden
belajar mengenai amalan pemakanan daripada keluarga mereka. Ini selaras dengan
pernyataan oleh Kelly-Plate dan Eubanks (2000), yang menyatakan bahawa kebanyakan
orang cenderung untuk mengikuti tradisi jenis makanan keluarga. Kajian juga
menunjukkan bahawa responden cenderung untuk makan jenis makanan yang sama
seperti yang dimakan oleh keluarga mereka. Responden juga menunjukkan bahawa
mereka tidak semestinya makan makanan seperti yang dipelajari di dalam kelas.
Berkaitan dengan faktor emosi pula, sebahagian responden merasakan bahawa
kadangkala perkara yang berlaku tidak seperti yang mereka jangkakan. Manakala
sebahagian responden menyatakan bahawa mereka kurang berasa murung dan tertekan.
Pengaruh emosi terhadap makanan adalah seperti yang dinyatakan oleh Kelly-Plate dan
Eubanks (2000), iaitu manusia kerap mengaitkan beberapa jenis makanan dengan emosi
mereka. Dapatan adalah selari dengan pernyataan Govindji et al. (2002), iaitu diet yang
tidak sihat menjadi salah satu penyebab berlakunya kemurungan atau perasaan, emosi
yang tidak stabil. Dalam kajian ini, responden kurang berasa tertekan dan murung
kerana mereka terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan empat yang hanya akan
menduduki Peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia pada tahun berikutnya.
Faktor fizikal pula menunjukkan bahawa majoriti pelajar berjalan kaki ke
sekolah dan melakukan aktiviti riadah. Namun demikian, tidak semua responden
bersetuju bahawa mereka mewakili Rumah Sukan semasa Hari Sukan Sekolah. Ini
selaras dengan pernyataan Blades (2001), iaitu pemakanan dipengaruhi oleh faktor
biologi yang merangkumi tenaga dan nutrien yang diperlukan oleh badan. Maka aktiviti
fizikal membezakan keperluan, corak dan amalan pemakanan manusia.
Faktor terakhir yang dikaji ialah faktor organoleptik iaitu faktor yang
dipengaruhi oleh deria rasa manusia seperti deria lihat, hidu, rasa, sentuh dan dengar.
Kebanyakan item berkaitan faktor-faktor organoleptik yang diutarakan mendapat
persetujuan yang tinggi daripada responden. Majoriti responden bersetuju bahawa
mereka akan makan makanan yang mempunyai rasa yang sedap, diikuti oleh tekstur
yang menarik, hidangan yang menarik, bau yang menyelerakan dan rendah kandungan
lemak. Namun demikian hanya sebahagian kecil responden makan lebih dari tiga jenis
makanan pada satu satu masa dalam waktu rehat. Ini menunjukkan mereka tidak makan
melebihi daripada jumlah yang sepatutnya. Dapatan ini adalah selari dengan pernyataan
oleh Blades (2001), yang menjelaskan bahawa kualiti makanan itu sendiri; iaitu rasa,
penampilan, tekstur, dan bau (faktor organoleptik) akan menentukan samada makanan
tersebut akan dimakan atau tidak.
Kesimpulannya, perbandingan di antara keempat-empat faktor mendapati
bahawa faktor utama yang mempengaruhi pemilihan makanan respoden ialah faktor
persekitaran, diikuti oleh faktor organoleptik dan faktor aktiviti fizikal. Manakala faktor
emosi tidak begitu mempengaruhi pemilihan makanan responden.
Oleh itu jelas di sini bahawa keluarga memainkan peranan yang penting dalam
mencorakkan pemakanan seseorang. Maka, ibu bapa harus sentiasa peka akan tugas
memberikan pendidikan mengenai pemakanan yang sihat kepada anak mereka. Pihak
sekolah juga perlu memainkan peranan seperti melakukan pemantauan ke atas jenis
makanan yang disediakan di sekolah agar pelajar mendapat bekalan makanan yang
berkhasiat bagi meningkatkan potensi pembelajaran mereka.
5.2.3 Kesedaran responden mengamalkan pemakanan yang sihat.
Peningkatan kesedaran dan pengetahuan pelajar boleh dibantu oleh pihak
sekolah. Contohnya, menurut Keca dan Cook-Cottone (2005), sekolah perlu
menyediakan informasi mengenai apakah pemakanan yang seimbang dan dimanakah
pelajar boleh mendapatkan bantuan untuk mengamalkan diet seimbang. Bagi tujuan
mengkaji kesedaran pelajar dalam mengamalkan pemakanan yang sihat, lapan item telah
dibangunkan. Melalui analisis yang telah dibuat, didapati bahawa hanya satu daripada
lapan item telah mendapat skor min tahap tinggi. Ini jelas menunjukkan bahawa
majoriti responden lebih kerap meminum air mineral berbading minuman berkarbonat.
Kesedaran ini menunjukkan bahawa responden mengetahui dan menyedari bahawa
minuman berkarbonat mempunyai kandungan gula yang tinggi dan boleh
mengakibatkan penyakit kencing manis sekiranya diambil secara berlebihan. Oleh itu,
analisis ini menunjukkan ramai responden yang mempunyai kesedaran dalam menjaga
kesihatan diri.
Item kedua tertinggi menunjukkan bahawa kebanyakan responden membaca
label makanan atau minuman yang hendak dibeli. Ini bermaksud, mereka mengambil
berat tentang tarikh luput, label nutrisi dan cop status halal yang tertera pada label
tersebut. Dapatan ini selari dengan pernyataan dari Kurtzweil (1995), mendapati
bahawa pelajar yang mempunyai kesedaran dan pengetahuan akan membaca label
makanan untuk mengetahui kandungan nutrisi makanan tersebut sebelum membelinya
dan kemudian pelajar tersebut akan membuat perbandingan samada makanan tersebut
sesuai dengan dirinya atau tidak.
Analisis juga menunjukkan bahawa sebahagian responden berasa bahawa mereka
dapat mempengaruhi rakan-rakan untuk makan lebih buah-buahan berbanding dengan
mempengaruhi rakan-rakan untuk makan lebih sayur-sayuran. Ini kerana skor min yang
lebih tinggi pada item yang menyatakan bahawa responden berasa dapat mempengaruhi
rakan-rakan memakan lebih buah-buahan, berbanding dengan item yang menyatakan
responden dapat mempengaruhi rakan-rakan memakan sayur-sayuran. Namun
demikian, tahap kedua-dua min adalah pada tahap sederhana.
Catatan min adalah pada tahap sederhana bagi item yang menyatakan responden
memilih untuk meminum susu rendah lemak berbanding susu penuh krim. Skor min
juga adalah pada tahap sederhana bagi item yang menyatakan responden membuang
kulit ayam dan hanya memakan dagingnya sahaja, demikian juga dengan item yang
menyatakan responden memilih untuk makan yoghurt berbanding ais krim. Ini
menunjukkan bahawa sebahagian responden mengambil langkah yang betul dalam
memilih makanan yang hendak dimakan.
Kesimpulannya, tahap kesedaran responden dalam mengamalkan pemakanan
yang sihat adalah pada tahap sederhana. Walaupun mempunyai pengetahuan, tetapi
kesedaran untuk mengamalkan pemakanan yang sihat masih dipengaruhi oleh budaya
dan persekitaran
Maka, adalah dicadangakan agar pihak keluarga, sekolah dan masyarakat
membentuk satu budaya pemakanan yang baru. Walaupun ia akan mangambil masa
yang lama, tetapi jika dilakukan secara berterusan dan komited akan menghasilkan
pelajar yang sihat dan berpotensi menyumbang kepada negara.
5.4.4 Konsistensi pengambilan makanan oleh responden.
Individu seharusnya makan mengikut waktu kerana badan akan menggunakan
tenaga yang tersimpan. Oleh itu, sekiranya seseorang itu tidak makan, proses
pembakaran tenaga yang berlaku akan mengakibatkan individu berasa letih dan ia akan
mengakibatkan pelajar mengantuk dan mengurangkan daya tumpuan serta perhatian
mereka di dalam kelas (Govindji et al. 2002). Maka, melalui pernyataan di atas,
pengkaji mendapati bahawa konsistensi pengambilan makanan oleh pelajar juga
merupakan suatu yang penting dalam menyumbang kepada pencapaian yang lebih baik
dalam pembelajaran. Menerusi analisis yang telah dijalankan didapati bahawa majoriti
responden mengambil sarapan pagi sebanyak enam hingga lapan kali seminggu. Ini
secara tidak langsung menunjukkan bahawa responden mengambil sarapan pagi secara
purata sebanyak satu kali dalam sehari. Dapatan in selari dengan pernyataan Simeon
dan MacGregor (1989) dalam Bowker (1999), iaitu tidak mengambil atau kurang
mengambil sarapan pagi dikaitkan dengan prestasi pembelajaran yang lemah di sekolah.
Pengukuran konsistensi pengambilan makan tengah hari, menunjukkan bahawa
hampir separuh daripada bilangan keseluruhan responden mengambil makan tengah hari
sebanyak enam hingga lapan kali dalam seminggu. Namun demikian, skor min
responden yang mengambil sarapan pagi adalah pada tahap lemah, manakala skor min
responden yang mengambil makan tengah hari adalah berada pada tahap sederhana.
Item yang mengkaji konsistensi pengambilan makan malam mendapati bahawa
kebanyakan responden memilih untuk makan malam sebanyak tiga hingga lima kali
dalam seminggu. Ini menunjukkan mereka kurang mengambil makan malam
berbanding sarapan pagi dan makan tengah hari. Kajian turut mendapati bahawa
terdapat hari-hari dalam seminggu di mana responden tidak mengambil makan malam.
Perkara ini berlaku mungkin disebabkan pelajar tidak mempunyai masa yang panjang
untuk makan malam, memandangkan kebanyakan daripada mereka melakukan aktiviti
riadah pada waktu petang dan kesuntukan masa untuk makan malam, membersihkan diri
untuk solat Maghrib dan Isyak, dan seterusnya untuk pergi ke kelas persediaan (prep)
yang biasanya bermula pada jam 8.30 malam.
Analisis berkaitan kekerapan responden mengambil makanan berprotein
mendapati bahawa majoriti responden mengambil makanan berasaskan protein diambil
sebanyak tiga hingga lima kali dalam seminggu. Makanan berprotein yang
dibincangkan termasuklan ikan, daging dan telur. Pengambilan buah-buahan, juga
menunjukkan responden makan buah-buahan sebanyak tiga hingga lima kali dalam
seminggu. Mengikut analisis skor min, kekerapan responden memakan buah-buahan
adalah pada tahap sederhana. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi
kandungan serat dan vitamin adalah amat penting bagi manusia. Ini selari dengan
pernyataan oleh Storper (2003), iaitu remaja perlu mengambil lebih buah-buahan dan
sayur-sayuran kerana ia membantu dalam peningkatan kepekaan. Pernyataan yang selari
juga dinyatakan oleh Govindji et al. (2002), iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran telah
dibuktikan menunjukkan kesan positif dalam meningkatkan daya ingatan dan
penumpuan.
Analisis atas kekerapan responden memakan makanan rapu mendapati bahawa
sejumlah besar responden tidak makan makanan rapu atau hanya memakannya sebanyak
dua kali dalam seminggu. Makanan rapu yang dimaksudkan adalah seperti keropok,
jeruk dan apa jua makanan yang tidak memberi faedah kepada badan. Secara tidak
langsung, analisis ini menunjukkan bahawa kebanyakan responden prihatin akan
keburukan kesan memakan terlalu banyak makanan rapu terhadap badan. Melalui
analisis juga telah mendapati bahawa peratus responden yang tidak makan mengikut
waktu yang sepatutnya adalah rendah. Ini kerana, bilangan responden yang tidak makan
pada waktu makan atau hanya makan sebanyak dua kali seminggu adalah sangat sedikit.
Dapatan ini menunjukkan responden sedar akan pentingnya makan pada kadar yang
cukup untuk membolehkan mereka mencapai potensi yang baik semasa pembelajaran.
Ini selari dengan pernyataan dari Blades (2001), iaitu pemakanan mempengaruhi
tumbesaran, memberi kesan kepada kesihatan mental dan fizikal seterusnya
mempengaruhi penampilan seseorang.
Kesimpulannya, konsistensi pengambilan makanan oleh responden adalah pada
tahap sederhana. Kebanyakan responden juga menunjukkan mengambil makanan secara
teratur dan tidak berlebihan iaitu pengambilan makanan yang cukup pada waktu pagi
dan tengah hari dan mengurangkan pengambilan makanan pada waktu malam. Mereka
juga lebih memakan buah-buahan berbanding makanan rapu.
Melalui perbincangan di atas, cadangan yang dapat dkemukakan ialah,
memandangkan kebanyakan responden gemar memakan buah-buahan makan pihak
sekolah boleh menambah bilangan kaunter atau amaun buah-buahan yang dijual sama
ada di kantin sekolah atau di gerai yang dikendalikan oleh pelajar. Pihak sekolah juga
dicadangkan memberi fleksibiliti masa kepada pelajar agar membolehkan mereka
sempat mengambil makan malam seperti memanjangkan waktu pelajar boleh makan
malam di kafeteria atau dewan makan.
5.4.5 Tahap pengetahuan responden berkaitan pemakanan yang sihat.
Pendidikan mengenai amalan pemakanan yang sihat diberikan kepada pelajar
melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Dengan menganggap bahwa
responden mempunyai pengetahuan sedia ada berkaitan amalan pemakanan yang sihat
yang dipelajari di sekolah, melalui keluarga dan media, satu analisis berkaitan tahap
pengetahuan responden telah dilakukan. Satu set ujian yang mempunyai sepuluh soalan
berkisar tentang pemakanan yang sihat diberikan kepada responden. Pengkelasan
pemarkahan diberikan berdasarkan skala penilaian guru cemerlang. Skala 1 – 10 ini
dipecahkan kepada lima tahap seperti yang digunakan oleh pengkaji.
Hasil analisis peratusan dan kekerapan mendapati bahawa majoriti responden
mendapat markah tujuh hingga lapan persepuluh. Ini menunjukkan tahap pengetahuan
lebih daripada separuh jumlah responden adalah pada tahap tinggi. Seterusnya,
peratusan bilangan responden kedua tertinggi adalah pada skor lima hingga enam
markah. Ini diikuti pula dengan responden yang mendapat skor sembilan hingga
sepuluh markah; iaitu mendapat skor penuh bagi ujian tersebut. Peratusan bilangan
responden adalah sangat rendah pada skor tiga hingga empat markah dan tiada
responden yang mendapat markah dua persepuluh atau tidak mendapat apa-apa markah
dalam ujian tersebut.
Kesimpulannya, daripada analisis, didapati bahawa majoriti mempunyai tahap
pengetahuan yang tinggi berkaitan amalan pemakanan yang sihat. Ini adalah kerana
terdapat berbagai sumber di mana responden boleh mendapatkan pengetahuan tersebut.
Contohnya, melalui keluarga, rakan sebaya, media, persekitaran dan melalui pendidikan
yang diberikan oleh guru.
Untuk meningkatkan pengetahuan pelajar berkaitan amalan pemakanan yang
sihat, adalah dicadangkan kepada pihak sekolah mendidik generasi muda mengenai
makanan dan nutrisi mendemonstrasikan kepentingan diet seimbang untuk kesihatan
masa depan dengan menyediakan pilihan makanan yang sihat di kantin sekolah.
5.4.6 Konsentrasi pelajar di dalam kelas.
Kajian di beberapa negara menunjukkan bahawa pencapaian akademik dan
kebolehan mental pelajar yang mempunyai status nutrisi yang baik adalah lebih tinggi
berbanding dengan pelajar yang tidak mempunyai status nutrisi yang kurang baik
(UNESCO, 2004). Bagi analisis berkaitan konsentrasi pelajar di dalam kelas, min
berada pada tahap tinggi, iaitu item yang menyatakan bahawa responden dapat
menumpukan perhatian di dalam kelas pada jam 9.00 hingga 10.00 pagi, ini diikuti
dengan pada jam 8.00 hingga 9.00 pagi dan akhir sekali pada jam 10.00 hingga 11.00
pagi. Tahap konsentrasi responden menurun ke tahap sederhana, bermula pada jam
12.00 tengah hari hingga jam 1.00 petang. Daya penumpuan mereka terus menurun
pada jam 1.00 hingga 2.00 petang. Ini disebabkan responden mula berasa letih, lapar dan
mengantuk. Dapatan ini adalah selari dengan pernyataan Taras dan Datema (2005), iaitu
penghalang kepada konsentrasi termasuklah kelaparan, keletihan serta gangguan luaran
seperti bunyi bising dan pergerakan, dan gangguan dalaman seperti perasaan yang
terganggu. Bellamy (2002), turut memberikan pernyataan yang selari, iaitu konsentrasi
pelajar boleh terganggu oleh keadaan kelas yang tidak kondusif, suhu dan pengudaraan
yang tidak baik di dalam kelas serta apabila terlalu lama duduk mengambil nota.
Analisis yang menguji tempoh penumpuan responden terhadap pengajaran dan
pembelajaran (P&P) menunjukkan bahawa pelajar dapat memberikan penumpuan yang
tinggi pada dalam tempoh 30 minit pertama. Penumpuan berkurangan pada tahap
sederhana apabila telah masuk 45 minit (P&P), dan penumpuan mereka terus menurun
untuk tempoh masa 60 minit. Min menunjukkan konsentrasi responden berada pada
tahap rendah untuk penumpuan terhadap (P&P) lebih dari 1 jam. Dapatan ini selari
dengan Middendorf (2005), yang menyatakan bahawa pelajar dapat menumpukan
perhatian terhadap syarahan selama 15 ke 20 minit pada satu-satu masa, maka pengajar
perlu mengambil inisiatif untuk mengawal penumpuan pelajar.
Hasil analisis item menunjukkan bahawa untuk menghilangkan rasa mengantuk,
responden menggunakan alternatif memakan gula-gula sewaktu di dalam kelas. Dapatan
juga menunjukkan bahawa min bagi item yang menyatakan bahawa responden berasa
mengantuk apabila mereka tidak bersarapan pagi adalah berada pada tahap sederhana.
Kepentingan bersarapan pagi kepada pelajar turut dinyatakan oleh Cristie (2005)
menerusi kajiannya, iaitu gabenor New Mexico, Bill Richardson dan gabenor New
York melancarkan program sarapan pagi kepada prasekolah Kempen sarapan pagi
tersebut menekankan kepada kefahaman dan keprihatinan agar mendorong pelajar
menjadi aktif, sihat dan mantap dari segi fizikal dan mental.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa min berada pada tahap sederhana bagi item
yang menyatakan bahawa konsentrasi responden akan terganggu apabila terhidu bau
masakan dari kantin sekolah. Demikian juga min adalah pada tahap sederhana bagi item
yang menyatakan bahawa rasa lapar membuatkan responden terfikir apakah makanan
yang akan dijual di kantin pada hari tersebut. Ini adalah selari dengan pernyataan dari
Taras dan Datema (2005) iaitu penghalang kepada konsentrasi termasuklah kelaparan
dan keletihan.
Kesimpulannya, konsentrasi responden berada pada tahap tinggi pada waktu pagi
dan semakin menurun pada waktu tengah hari dan petang. Majoriti responden dapat
menumpukan perhatian selama 30 minit pertama dan penumpuan semakin berkurangan
dengan peningkatan tempoh (P&P). Gangguan luaran seperti aroma masakan dan
kelaparan sedikit sebanyak turut memberi kesan kepada konsentrasi responden semasa
(P&P).
Kepada guru yang mengajar selepas waktu rehat iaitu bermula dari jam 11.00
pagi hingga habis waktu persekolahan, pengawalan kelas harus lebih diambil berat.
Maka untuk menarik minat pelajar agar memberi penumpuan terhadap (P&P), adalah
dicadangkan, guru tersebut mempelbagaikan teknik dan penyampaian pengajaran seperti
menggunakan pendekatan pengajaran berasaskan murid.
5.4.7 Perhubungan antara tahap pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan
amalan pemakanan yang sihat dengan kesedaran mereka dalam
mengamalkan pemakanan yang sihat.
Kesedaran dan pengetahuan pelajar untuk mengamalkan diet seimbang adalah
amat penting. Pelto et al. (2004) menyatakan bahawa kegagalan pelajar untuk
mengimbangi nutrisi dalam diet mereka dapat dilihat melalui apakah makanan yang
dibeli dan dimakan oleh mereka di kantin dan kafeteria sekolah. Oleh itu, untuk melihat
perhubungan antara tahap pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan amalan pemakanan
yang sihat dengan kesedaran mereka dalam mengamalkan pemakanan yang sihat,
pengkaji melakukan ujian korelasi Pearson. Ini kerana, data yang diperolehi adalah
berbentuk interval dan bertaburan normal. Ujian tersebut mendapati bahawa hubungan
antara kedua-dua pembolehubah adalah sangat lemah. Hasil analisis menggunakan graf
serakan pula mendapati bahawa tiada terdapat perhubungan di antara kedua-dua
pembolehubah.
Ini menunjukkan bahawa walaupun majoriti responden mempunyai tahap
pengetahuan yang baik, namun kadangkala mereka tidak mengaplikasikan pengetahuan
tersebut dalam kehidupan harian. Contohnya, responden mengetahui bahawa makanan
bergoreng mengandungi kandungan minyak dan lemak yang tinggi, tetapi mereka tetap
memakan makanan tersebut kerana rasanya yang sedap. Perkara yang selari turut
disentuh oleh McBean (1999) yang menyatakan bahawa kegagalan mengamalkan diet
seimbang akan memberi kerugian dalam amalan diet manusia. Ini kerana individu tidak
memahami jenis nutrien dan amaun yang diperlukan yang bersesuaian dengan saiz, berat
badan, tahap kesihatan serta aktiviti fizikal.
Kesimpulannya, tiada hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan sedia
pelajar berkaitan amalan pemakanan yang sihat dengan kesedaran mereka untuk
mengamalkan pemakanan yang sihat.
Menerusi perbincangan dan kesimpulan di atas, adalah dicadangkan agar pihak
sekolah untuk menyediakan hidangan makanan yang lebih berkhasiat, sedap dan
menarik kepada para pelajar. Sekolah perlu menyediakan maklumat mengenai apakah
pemakanan yang seimbang dan tempat di mana pelajar boleh mendapatkan bantuan
untuk mengetahui cara yang betul mengamalkan diet seimbang. Selain itu, apabila
ceramah berkaitan pemakanan yang sihat diadakan, ia perlu disertakan dengan grafik-
grafik, petikan video dan penerangan yang jelas berkaitan apakah implikasi kepada
tubuh badan manusia sekiranya tidak mengamalkan pemakanan yang sihat. Ceramah
dan peringatan perlu diberikan secara konsisten untuk meningkatkan dan mengekalkan
kepekaan pelajar untuk sentiasa mengamalkan pengetahuan berkaitan pemakanan yang
sihat.
5.4.8 Perhubungan antara pengambilan makanan secara konsisten dengan
konsentrasi responden semasa pengajaran dan pembelajaran
Pengekalan aras gula dalam darah pada tahap tertentu adalah penting kerana
menurut Govindji et al. (2002), sel-sel otak memerlukan glukosa untuk berfungsi dengan
baik agar dapat mengekalkan memori serta menajamkan fikiran. Pengekalan aras gula
ini diperolehi melalui pemakanan yang konsisten. Oleh itu, ujian korelasi Spearman
telah dilakukan ke atas pembolehubah konsistensi pengambilan makanan oleh responden
dengan pembolehubah konsentrasi responden semasa (P&P). Data yang diperolehi
adalah dalam bentuk ordinal dan bertaburan normal.
Hasil analisis menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang sangat lemah di
antara kedua-dua pembolehubah. Demikian juga dengan analisis graf serakan yang
dilakukan menunjukkan terdapat hubungan yang sangat lemah. Ini menunjukkan
bahawa konsistensi pengambilan makanan oleh responden hanya memberi sedikit kesan
terhadap konsentrasi mereka semasa (P&P) berlaku. Ini adalah selari dengan pernyataan
Rosso (1999), iaitu tahap kesihatan dan nutrisi yang rendah di kalangan pelajar sekolah
menyumbang kepada sistem pendidikan yang tidak efisien. Beliau turut menyatakan
bahawa gejala kelaparan yang biasa dialami oleh pelajar yang tidak mengambil sarapan
pagi sebelum ke sekolah boleh menyumbang kesan yang kurang baik terhadap
pembelajaran mereka. Ini kerana pelajar yang lapar menghadapi kesukaran untuk
menumpukan perhatian dan sukar melakukan tugasan yang kompleks.
Dapatan ini juga membuktikan bahawa konsentrasi pelajar bukan hanya
dipengaruhi oleh konsistensi pengambilan makanan tetapi terdapat beberapa faktor lain
yang turut memberi kesan yang sama. Contohnya, Colin (2004) menyatakan bahawa
ingatan dan penumpuan boleh ditingkatkan dengan teknik pembelajaran yang betul
seperti Coorperative Concept Mapping. Selain itu, Bonwell dan Eison (1991)
menyatakan bahawa peranan dari pelajar sendiri adalah lebih berkesan, di mana pelajar
berjaya meningkatkan konsistensi dan konsentrasi dengan meningkatkan komitmen
mereka terhadap pembelajaran.
Kesimpulannya, terdapat hubungan yang signifikan tetapi sangat lemah di antara
konsistensi pengambilan makanan oleh pelajar dengan konsentrasi pelajar semasa
pengajaran dan pembelajaran berlaku.
Selain daripada guru melakukan pendekatan pengajaran berasaskan pelajar
seperti memberi tugasan berkumpulan dan melakukan pembentangan, guru juga boleh
mengubah suasana persekitaran pembelajaran mengikut kesesuaian topik yang diajar.
Contohnya, mengadakan lawatan sambil belajar ke industri atau tempat-tempat yang
berkaitan dengan subjek tersebut. Di samping itu, guru juga boleh bekerjasama dengan
pakar-pakar dalam bidang tertentu untuk memberi penerangan dan demonstrasi
berkaitan topik yang ingin disampaikan oleh guru tersebut. Secara tidak langsung,
teknik ini akan menjadikan pelajar lebih minat dan menumpukan perhatian terhadap
topik yang dipelajari.
5.4.9 Perhubungan antara pendekatan pihak sekolah dengan tahap pengetahuan
sedia ada pelajar berkaitan pemakanan yang sihat.
United Nations Educational Scientific and Cultural Organization
(UNESCO) (2004) menyatakan bahawa, sekolah menyediakan jalan dan cara yang
paling efektif dan efisien untuk mendekati sebahagian besar populasi masyarakat.
Laporan tersebut turut menyebut bahawa sekolah diberikan mandat dan tanggungjawab
untuk meningkatkan pelbagai aspek perkembangan dan kematangan pelajar. Di sekolah,
golongan yang berkelayakan memberikan panduan serta pendidikan kepada para pelajar.
Menyedari kepentingan pendekatan yang diambil oleh pihak sekolah dalam membentuk
amalan pemakanan sihat di kalangan pelajar, satu ujian analisis korelasi Pearson telah
dilakukan. Ini adalah untuk melihat hubungan antara pendekatan pihak sekolah dengan
tahap pengetahuan sedia ada pelajar. Data bagi pembolehubah yang berkaitan adalah
berbentuk interval dan ordinal. Taburan data juga adalah normal.
Hasil analisis ujian korelasi Pearson mendapati bahawa hubungan antara
kedua-dua pembolehubah adalah sangat lemah. Graf serakan pula menunjukkan tiada
perkaitan di antara pendekatan pihak sekolah dengan tahap pengetahuan sedia ada
pelajar berkaitan pemakanan yang sihat. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa
secara puratanya, pihak sekolah kurang mengambil berat tentang pendekatan yang perlu
diambil untuk memupuk amalan pemakanan yang sihat di kalangan pelajar sekolahnya.
Pihak sekolah lebih menumpukan perhatian untuk membaiki prestasi dan kedudukan
ranking sekolah berdasarkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan
Penilaian Menengah Rendah. Ini selari dengan Bowker et al. (1999) menyatakan
bahawa, pelajar menghabiskan banyak masa mereka di sekolah. Oleh itu sekolah
memainkan peranan yang penting dalam membentuk pelajar yang cemerlang dalam
pelajaran dan sihat tubuh badan. Beliau turut menyatakan bahawa dalam pendekatan
menyeluruh sekolah, tindakan hanya boleh diambil sepanjang sesi persekolahan.
Kesimpulannya, pendekatan sekolah dalam memupuk amalan pemakanan
yang sihat di kalangan pelajar masih berada pada tahap yang rendah dan analisis
menunjukkan tiada hubungan yang signifikan antara pendekatan yang diambil oleh
pihak sekolah dengan tahap pengetahuan pelajar berkaitan amalan pemakanan yang
sihat.
Cadangan yang dapat diutarakan berkaitan perbincangan di atas ialah,
pihak sekolah boleh mewujudkan satu jawatankuasa yang berperanan menganjurkan
aktiviti-aktiviti berkaitan penerapan amalan pemakanan yang sihat di kalangan pelajar di
samping melakukan pemeriksaan dan pemantauan ke atas barangan makanan yang
disediakan kepada pelajar di kantin, dewan makan dan gerai-gerai yang dikendalikan
oleh pelajar menerusi persatuan atau kelab-kelab tertentu.
5.5 Cadangan untuk kajian lanjutan
Sepanjang menjalankan kajian ini, terdapat beberapa kekangan yang dihadapi
terutamanya dari segi skop kajian dan keluasan tempat kajian. Oleh itu, adalah
dicadangkan:-
1. Kajian lanjutan dilakukan dengan lebih mendalam mengenai pendekatan
yang diambil oleh pihak sekolah dalam membentuk amalan pemakanan yang
sihat di kalangan pelajar sekolah menengah teknik.
2. Pengkaji seterusnya memperluaskan kajian kepada pihak pentadbiran sekolah
dan pengusaha tender kantin dan dewan makan di sekolah berkaitan.
3. Pemerhatian dan temubual juga adalah perlu dilakukan terhadap pelajar,
pihak pentadbiran dan pengusaha kantin atau dewan makan terbabit untuk
mendapat hasil kajian yang lebih telus.
5.6 Rumusan.
Secara keseluruhan, kajian ini telah mengupas persoalan-persoalan berkaitan
dengan pendekatan sekolah dalam membentuk amalan pemakanan yang sihat di
kalangan pelajar, faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan para pelajar,
tahap pengetahuan dan kesedaran kesedaran pelajar terhadap kepentingan mengamalkan
amalan pemakanan yang sihat, konsistensi pengambilan makanan oleh pelajar dan
konsentrasi pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku. Kajian ini juga
memberi manfaat kepada pihak-pihak yang berkepentingan terutamanya pihak
pentadbiran sekolah dan Kementerian Pendidikan. Selain itu, beberapa cadangan
berkaitan kajian lanjutan turut diutarakan agar dapat menyumbang kepada tahap
kesihatan dan pencapaian akademik pelajar yang lebih cemerlang.
5.7 Penutup
Kesihatan yang baik merupakan nikmat yang tidak ternilai harganya. Ia turut
memberi kesan terhadap potensi pembelajaran dan pencapaian pelajar. Amalan
pemakanan merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada kecemerlangan
pelajar. Untuk merealisasikan amalan pemakanan yang sihat di kalangan pelajar,
pelbagai langkah perlu diambil dan langkah-langkah tersebut memerlukan penglibatan
pelbagai lapisan masyarakat. Hasil kajian ini dapat menunjukkan bahawa faktor
persekitaran memberikan pegaruh yang besar terhadap pelajar. Pendekatan secara
serius, efektif dan konsisten perlu diambil oleh pihak sekolah dalam usaha memupuk
amalan pemakanan yang sihat di kalangan pelajar. Ini adalah sebagai penjana kepada
kesihatan fizikal dan mental pelajar bagi membantu mereka mencapai kejayaan yang
cemerlang dalam pelajaran. Secara tidak langsung amalan pemakanan yang sihat akan
membentuk pelajar menjadi warga yang cemerlang dalam kehidupan.
Hasil kajian ini diharap akan dapat memberi suatu sumber yang berguna untuk
meningkatkan amalan pemakanan yang sihat di kalangan pelajar dan meningkatkan
prestasi pencapaian persekolahan mereka. Selain itu, kajian ini dapat memberikan
gambaran kelebihan dan kekurangan pendekatan-pendekatan yang diambil oleh pihak
sekolah. Ia juga memberi gambaran akan budaya pemakanan pelajar-pelajar sekolah
menengah teknik di Malaysia.
RUJUKAN
Aldinger, C. E. (1998). “WHO Information Series on School Health Document Four.”
World Health Organization’s (WHO)
Bellamy, P. (2002). “Students' views of the college”. Adult Learning. Crown
Copyright: Washington
Bender, W. H. (1997). “How much food will we need in the 21st century?”
Environment..39. 6-11.
Berita Harian (2006). ”Pendidikan: 420 pelajar daftar di Sekolah Menengah Teknik
Kuala Lumpur”.
Blades, M., (2001). “Factors affecting what we eat.” Nutrition and Food Science, 21, 2.
71-77.
Bonwell, C., & Eison, J. (1991). “Active learning: Creating excitement in the
classroom”. ASHE-ERIC Higher Education Report No. 1. Washington, DC:
George Washington University. 2.
Bowker, S., Crosswaite, C., Hickman, M., McGuffin, S., Tudor-Smith, C. (1999). “The
healthy option : A review of activity on food and nutrition by the UK schools
involved in the European network of health promoting school”. British Food
Journal. 101, 8. 610-620
Buzan, T. Trudeau, K. (2001). “Master Your Memory”. Harper Paperbacks: Nota
Christie, K. (2005). “Setting and exercise standards for kids”. Phi Delta Kappan, 1. 5-8.
Chua, Yan Piaw (2006). ”Kaedah Penyelidikan (Buku 1)”. Malaysia : McGraw Hill.
196,226,280
Chua, Yan Piaw (2006). ”Kaedah Penyelidikan (Buku 2)”. Malaysia : McGraw Hill. 41
Cohen, L. & Manion, L. (1985). “Research Method In Education”. New Jersey: Prentice
Hall.
Colvin, S. D., (2004). “Does noise sensitivity affect a reader’s concentration? “The
Journal of Psychology, 136, 4. 357-370.
Colin, R. (2004). “Note Taking – The Cornell System”. Virginia Tech : Artikel.
Cook-Cottone, C. dan Keca, J., (2005). “Eating disorders: prevention is worth every
ounce”. Principal leadership, 5, 9.11-16.
Delisle, H. (2005). “Should Adolescents be Specifically Targeted for Nutrition in
Developing Countries? To Address Which Problems, and How?” Universiti
Montreal: Tesis.
Dinger, M. K. dan Waigandt, A. (1997). “Dietary intake and physical activity
behaviours of male and female college students”. Am J Health Prom, 11. 360 –
362.
Ee Ah Meng (1990). “Pedagogi Satu Pendekatan Bersepadu” . Edisi Kedua. Perak :
Chee Leong Press Sdn. Bhd.
Forcier, R. C., Descy, D. E., (2002). “Learning with graphics”. In The Computer As
An Productivity And Problem Solving Educational Tool (3rd ed.). New Jersey:
Pearson Education.Inc. 232- 239.
Govindji, F., Hunter, F., Graimes, N., Marshall, J., More, J., Wilcock, F. (2002). “Food
for Your Body”. London: Reader’s Digest. 36-43, 302-305
Havas, S., Heimendinger, J., Damron, D., (1995). “5 a day for better health-nine
community research projects to increase fruit and vegetable consumption”.
Public Health Reports. 110. 68 –79.
Hoolihan, L. E. (2003). “Individualization of nutrition recommendations and food
choices”. Nutrition Today, 38, 6. 225-231
Ibnuamir Al-Pendangi (2005). Pendidikan : Masalah pelajar Melayu Pulau Pinang.
“Kolokium Kebangsaan Melayu Pulau Pinang” USM: Tidak diterbitkan.
Jacobson, L., (2005). “Cafeteria-worker survey confirms students’ poor eating habits”.
Education Week, 24, 31. 6.
Jemaah Nazir (2003). “Borang Permohonan / PencalonanGuru Cemerlang”.
Kementerian Pelajaran Malaysia : Borang.
Kelly-Plate, J. dan Eubanks, E. (2000). “Teacher’s Wraparound Edition : Today’s
Teen”. Illinois : Glencoe McGraw Hill. 416
Khalid Johari (2003). “Penyelidikan dalam pendidikan”: Konsep dan prosedur. Petaling
Jaya: Prentice Hall.
Kurtzweil, P. (1995). “On the teen scene: food label makes good eating easier”. FDA
Consumer, 29. 16-19.
Majdi @ Abdul Hadi Ishak (2001). “Penguasaan Matematik Memberi Input Terhadap
Pencapaian Akedemik : Satu Tinjauan Di Kalangan Pelajar Tahun 1 Diploma
Kejuruteraan Mekanikal KUiTTHO.” Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein
Onn : Tesis Sarjana Pendidikan (Teknikal): Tesis
Mohd Najib Abd Ghafar (1999). “Penyelidikan Pendidikan”. Johor Darul Takzim:
Universiti Teknologi Malaysia. 129-139.
Marohaini Yussof (1996). “Penyelidikan Kualitatif: Pengalaman kerja lapangan kajian”.
Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
McBean, L. D., (1999). “Emerging dietary benefits of dairy foods”. Nutrition Today,
34,1. 47-53.
Middendorf, J. dan Kalish, A., (2005). “The change-up in lectures”. Teaching
Resources Center Indiana University: Artikel
Mohamad Khatim H., Hazura, M., Noraidah, S., Shahnorbanun, S., Siti Aishah, H.,
(2002). “Statistik untuk Teknologi Maklumat dan Industri.” Malaysia: McGraw-
Hill. 7-12
Mohd Majid Konting (2004). “Kaedah Penyelidikan Pendidikan”. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Najib bin Abdul Ghafar, (1999). “Penyelidikan Pendidikan”. Skudai Johor: UTM
National Association of State Boards of Education (NASBE) 2002. “Fit, Healthy and
Ready to Learn : A School Health Policy Guide : Part 1 – Physical Activity,
Healthy Eating and Tobacco Use Prevention”. Tidak diterbitkan.
Norlaila Hamima Jamaluddin, (2006). “Ibubapa antara penyebab masalah berat badan
berlebihan”. Harian Metro: Artikel.
Pelto, G. H., Santos, I., Gonocalves, H., (2004). “Counseling training changes physician
behavior and improves caregiver knowledge acquisition”. The Journal of
Nutrition, 134, 2. 357-362.
Picciano , M. F., McBean, L. D., Stallings, V. A. (1999). “How to grow a healthy child:
a conference report”. Nutrition today, 34, 1. 6-14.
Rahmah, M. A., (1999). “Rancangan Kesihatan Sekolah”. Buletin Kesihatan Masyaraka,
5, 90-91.
Rohizani Yaakub dan Aminah Ayob, (2002). “Persepsi ibu bapa terhadap amalan
pemakanan kanak-kanak prasekolah”. School of Medical Science: Universiti
Sains Malaysia. Abstrak.
Rosso, J. M. D. (1999). “School Feeding Programs : Improving effectiveness and
increasing the benefit to education. A Guide for program managers”. The
Partnership for Child Development.Tidak diterbitkan.
Sekaran, U. (1992). “Research methods for business: A skill-building
Approach. “Ed.2. (pp. 253). New York: John Wiley & Sons.Inc
Storper, B. (2003). “Moving toward health sustainable diets”. Nutrition Today, 38, 2. 57-
59.
Taras H. H. & Datema, W. P., (2005). “Sleep and Student Performance at School”.
Journal of School Health. 75, 7. 248.
Teh A. K. (2004). “Industrial Statistics”. Shah Alam: Penerbitan UiTM. 22-25
Tesler, W (2003). “Four core components which should be made available together and
in all schools”. UNESCO: Skill-based health: Tidak diterbitkan
UNESCO (2004). “WHO Information Series on School Health – Document 4 : Healthy
Nutrition : An Essential Element of a Health Promoting School”. Geneva : Nota
Wechsler, H. B., (2002). “Speed reading Evelyn Wood Sex: Concentration”. The
Learning Annex: Tidak diterbitkan.
Whitaker, S. E., (2006). “How Does Noise Pollution Affect the Concentration Levels
of Teens? California State Science Fair: Project Summary”. Nota.
Whitman, C. V. (2000). “Education for all 2000 assessment”. World Health
Organization’s (WHO): Nota
Wiersma, W. (1995). “Research methodological in Education. 5th Ed” New York:
Prentice Hall.
Yablonski, J. (2005). “Poor sleep effects student’s performance” Journal of School
Health, 9. 20-23.
Zainab Tambi (2000). “Amalan Pemakanan Sihat”. Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak :
Nota
Ziegler, P., Hensley, P., Roepke, J. B. (1998). “Eating attitudes and energy intakes of
female skaters”. Medicine and Science in Sports and Exercise, 30, 4. 583-586.
LAMPIRAN A
KERANGKA KERJA OPERASI
Pembacaan
Tentukan Pernyataan Masalah
Persoalan Kajian
Pilih Tajuk
Kerangka Kerja Teori Borang soal selidik
Kajian Rintis
Alpha Cronbach > 0.6
Alpha Cronbach < 0.6
Keputusan (hasil kajian)
Edar borang soal selidik
Dokumentasi (laporan akhir)
Tamat
Mula
Kerangka Kerja Operasi
LAMPIRAN B
JADUAL PENETAPAN SAIZ SAMPEL
LAMPIRAN C
SENARAI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK / VOKASIONAL
DAN JURUSAN / KURSUS YANG DITAWARKAN
LAMPIRAN D
BORANG SOAL SELIDIK
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN
BEG BERKUNCI 101, 86400 PARIT RAJA,
BATU PAHAT, JOHOR
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL
JABATAN IKHTISAS PENDIDIKAN
BORANG SOAL SELIDIK
1. Segala maklumat yang diberikan melalui borang soal selidik ini akan
disimpan secara SULIT dan hanya digunakan untuk tujuan kajian ini sahaja. 2. Adalah diharapkan anda akan memberikan maklumbalas soal selidik ini
secara jujur dan ikhlas. 3. Kerjasama yang anda berikan ini didahului dengan ucapan ribuan terima
kasih kerana membantu dalam menjayakan kajian ini. Penyelidik: Hamidah Noor binti Md Yusoh (GB050081) (Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional)
PENDEKATAN PIHAK SEKOLAH DALAM MEMBENTUK AMALAN PEMAKANAN YANG SIHAT DI
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK
KUIZ
Sila pilih jawapan yang betul bagi setiap soalan. Jika anda tidak mengetahui jawapan tersebut, sila pilih jawapan yang paling dirasakan sesuai.
1. Makanan yang tinggi kandungan lemak termasuklah:
a. daging dan keju
b. buah-buahan dan sayur-sayuran
c. nasi dan roti
d. kekacang dan ikan
2. Pilihan terbaik untuk diet rendah lemak ialah:
a. Susu penuh krim
b. Susu skim
c. Yoghurt rendah lemak
d. Keju
3. Dalam piramid makanan, makanan berlemak dan berminyak:
a. perlu dimakan paling banyak
b. perlu dimakan paling sedikit
c. perlu dimakan sederhana banyak
d. langsung tidak perlu dimakan
4. Dua jenis karbohidrat yang utama ialah:
a. mineral dan vitamin
b. gula dan kanji
c. lemak dan minyak
d. protein dan mineral
5. Tabiat makan yang sihat:
a. boleh menjamin anda tidak akan sakit
b. boleh membantu anda mencapai tahap kesihatan yang baik
c. membazirkan wang dan masa
d. adalah matlamat yang mustahil untuk dicapai
6. Tujuan asas untuk makan adalah untuk:
a. membekalkan bahan kimia kepada badan
b. memakan makanan yang dihasilkan oleh pekebun
c. menikmati semua jenis makanan
d. menghindari pembaziran makanan
7. Bagi mendapatkan kesihatan yang baik, badan memerlukan:
a. oksigen dan air
b. senaman yang konsisten dan tidur yang mencukupi
c. nutrien dalam bentuk makanan
d. semua di atas
8. Untuk mendapatkan nutrisi yang baik, anda perlu:
a. berhenti memakan semua makanan yang anda gemari
b. menukar tabiat makanan yang hanya menyebabkan masalah kesihatan
c. hanya memakan makanan yang berkhasiat untuk badan, walaupun anda tidak
menyukainya
d. jangan makan makanan yang mengandungi karbohidrat
9. Label nutrisi mesti memaparkan:
a. Jumlah hidangan dalam bekas tersebut dan saiz satu hidangan
b. Jumlah kalori bagi satu hidangan
c. Peratus nutrien tertentu dalam satu hidangan
d. Semua di atas
10. Manakah di antara berikut merupakan sumber Vitamin C yang terbaik?
a. Buah-buahan citrus, tomato, limau, kobis mentah
b. Susu dan hasil tenusu
c. Kacang peas dan kacang tanah
d. Bijirin dan roti
BAHAGIAN A : PENDEKATAN PIHAK SEKOLAH
Bahagian ini adalah item-item mengenai pendekatan pihak sekolah dalam memupuk amalan pemakanan yang sihat terhadap pelajar. Diharap anda dapat memberikan maklumat dengan menandakan (�) dalam petak berkenaan.
Skala Skala Penilaian 1 - Sangat tidak setuju (STS) 2 - Tidak setuju (TS) 3 - Tidak pasti (TP) 4 - Setuju (S) 5 - Sangat setuju (SS)
STS TS TP S SS 1.
Saya mempelajari mengenai amalan pemakanan yang sihat di sekolah
2. Saya banyak mempelajari pemakanan yang sihat di.... i. Kelas Sains ii. Kelas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan 3.
Sekolah saya mengamalkan kempen amalan pemakanan sihat
4.
Saya terlibat dalam menghasilkan hidangan makanan untuk rakan-rakan di sekolah pada hari keramaian (contohnya: Hari Sukan, Hari Penyampaian Hadiah)
5.
Terdapat gerai menjual makanan yang dikendalikan oleh pelajar menerusi persatuan tertentu (contohnya : Kelab Usahawan)
6
Sekolah saya menetapkan…
i.
kaunter menjual buah-buahan berasingan dari kaunter jualan makanan yang lain
ii. bahawa kantin sekolah menjual jus buah-buahan segar iii.
papan kenyataan yang memberi panduan kepada pelajar akan cara-cara mengamalkan diet seimbang
iv.
mengedarkan risalah berkaitan amalan pemakanan yang sihat
7.
Sekolah saya mengadakan ceramah berkaitan pemakanan yang sihat
8.
Sekolah saya menjemput penceramah dari hospital kerajaan untuk memberi ceramah kesihatan
BAHAGIAN B : KESEDARAN PELAJAR MENGAMALKAN DIET SEIMBANG
Bahagian ini adalah item-item mengenai kesedaran pelajar mengamalkan diet seimbang. Diharap anda dapat memberikan maklumat dengan menandakan (�) dalam petak berkenaan.
Skala Skala Penilaian 1 - Sangat tidak setuju (STS) 2 - Tidak setuju (TS) 3 - Tidak pasti (TP) 4 - Setuju (S) 5 - Sangat setuju (SS)
STS TS TP S SS 8.
Saya minum susu rendah lemak berbanding susu penuh krim
9.
Saya membuang kulit ayam dan hanya memakan dagingnya.
10.
Saya membaca kandungan bahan-bahan pada label makanan sebelum membelinya.
11.
Saya mengambil berat terhadap kandungan makanan yang hendak dibeli
12.
Saya lebih kerap meminum air mineral berbanding minuman berkarbonat
13.
Saya boleh mempengaruhi kepada rakan-rakan saya agar memakan lebih sayur-sayuran
14.
Saya boleh mempengaruhi kepada rakan-rakan saya agar memakan lebih buah-buahan
15.
Saya dapat mempengaruhi rakan-rakan saya untuk memakan lebih sayur-sayuran
16.
Saya dapat mempengaruhi rakan-rakan saya untuk memakan lebih buah-buahan
10. Saya memakan yoghurt berbanding ais krim
BAHAGIAN C : FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN
MAKANAN PELAJAR
Bahagian ini adalah item-item mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan responden. Diharap anda dapat memberikan maklumat dengan menandakan (�) dalam semua item berkenaan.
Skala Skala Penilaian 1 - Sangat tidak setuju (STS) 2 - Tidak setuju (TS) 3 - Tidak pasti (TP) 4 - Setuju (S) 5 - Sangat setuju (SS)
STS TS TP S SS 1. Saya belajar mengenai amalan pemakanan melalui… i keluarga ii. rakan-rakan iii. media (media cetak dan elektronik) iv. guru 2.
Saya makan makanan seperti yang...
i. dimakan oleh keluarga saya ii. dimakan oleh rakan saya iii. dipelajari dalam kelas iv. dipaparkan melalui media (media cetak dan elektronik)
Sila tandakan (����) pada emosi yang anda alami dalam tempoh SEMINGGU yang lalu.
STS TS TP S SS 1. Saya kerap berasa murung 2. Saya kerap berasa tertekan 3.
Saya kerap berasa bahawa perkara yang berlaku tidak seperti yang saya jangkakan
4.
Saya kerap tidak dapat menguasai perkara yang hendak dilakukan
5.
Saya kerap berasa bahawa perkara yang berlaku adalah di luar kawalan saya
Sila tandakan (����) pada item-item berkaitan aktiviti fizikal anda.
STS TS TP S SS 1.
Saya melakukan aktiviti lasak (contoh : jungle tracking, kayak, perkhemahan)
2. Saya aktif bersukan 3. Saya mewakili Rumah Sukan semasa Hari Sukan 4. Saya melakukan aktiviti riadah 5. Saya berjalan kaki ke sekolah
Sila tandakan (����) pada jenis makanan yang lebih anda gemari
STS TS TP S SS 1. Saya hanya akan makan makanan yang ... i baunya (aroma) enak ii teksturnya baik iii rasanya sedap iv dihidangan dengan menarik v lemaknya kurang 2.
Saya hanya makan buah-buahan di kantin jika ia kelihatan menyelerakan
3.
Saya hanya makan sayur-sayuran di kantin jika ia kelihatan menyelerakan
4.
Saya memilih untuk makan makanan yang berkhasiat di kantin sekolah
5.
Saya memakan lebih dari tiga jenis makanan di kantin sekolah (contoh : kuih, mee, nasi, soto, laksa, dll.)
BAHAGIAN D : KONSISTENSI PENGAMBILAN MAKANAN OLEH PELAJAR
Bahagian ini adalah item-item mengenai kekerapan pengambilan makanan oleh pelajar. Diharap anda dapat memberikan maklumat dengan menandakan (�) dalam petak berkenaan.
1. Sila tandakan (����) pada item yang menerangkan kekerapan anda makan
SEPANJANG MINGGU LEPAS (Isnin-Ahad)
1. Saya telah bersarapan pagi sebanyak ____________ sepanjang minggu lepas.
0 –2kali 3 – 5 kali 6 – 8 kali 9 – 11 kali 12 – 14 kali
2. Saya telah makan tengah hari sebanyak ____________ sepanjang minggu lepas.
0 – 2kali 3 – 5 kali 6 – 8 kali 9 – 11 kali 12 – 14 kali
3. Saya telah makan malam sebanyak ____________ sepanjang minggu lepas
0 – 2kali 3 – 5 kali 6 – 8 kali 9 – 11 kali 12 – 14 kali
Skala Skala Penilaian 1 - 0 – 2 kali 2 - 3 – 5 kali 3 - 6 – 8 kali 4 - 9 – 11 kali 5 - 12 – 14 kali
4. Saya telah makan makanan berprotein (daging, telur, ikan) sebanyak ____________
sepanjang minggu lepas
0 – 2kali 3 – 5 kali 6 – 8 kali 9 – 11 kali 12 – 14 kali
5. Saya makan buah-buahan sebanyak ____________ sepanjang minggu lepas
0 – 2kali 3 – 5 kali 6 – 8 kali 9 – 11 kali 12 – 14 kali
6. Saya makan makanan rapu (contoh : keropok, kerepek, jeruk) sebanyak ____________
sepanjang minggu lepas
0 – 2kali 3 – 5 kali 6 – 8 kali 9 – 11 kali 12 – 14 kali
7. Saya tidak makan pada waktu makan sebanyak____________ sepanjang minggu lepas
0 – 2kali 3 – 5 kali 6 – 8 kali 9 – 11 kali 12 – 14 kali
BAHAGIAN E : KONSENTRASI PELAJAR DI DALAM KELAS
Bahagian ini adalah item-item mengenai konsentrasi pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Diharap anda dapat memberikan maklumat dengan menandakan (�) dalam petak berkenaan.
Skala Skala Penilaian 1 - Sangat tidak setuju (STS) 2 - Tidak setuju (TS) 3 - Tidak pasti (TP) 4 - Setuju (S) 5 - Sangat setuju (SS)
STS TS TP S SS 1.
Saya lebih menumpukan perhatian semasa guru mengajar pada waktu…
i. 8.00 – 9.00 pagi ii. 9.00 – 10.00 pagi iii. 10.00 – 11.00 pagi iv. 12.00 – 1.00 petang v. 1.00 – 2.00 petang 2.
Pada setiap kali guru mengajar, saya dapat menumpukan perhatian selama
i. 15 minit sahaja ii. 30 minit sahaja iii. 45 minit sahaja iv. 60 minit sahaja v Lebih satu jam 3.
Saya gemar makan gula-gula untuk menghilangkan rasa mengantuk semasa di dalam kelas
4.
Rasa lapar membuatkan saya kerap terfikir apakah menu makanan yang dijual di kantin sekolah
5.
Aroma/bau masakan dari kantin sekolah mengganggu konsentrasi saya belajar
6.
Apabila tidak bersarapan pagi saya rasa letih di dalam kelas
7.
Apabila tidak bersarapan pagi saya rasa mengantuk di dalam kelas
SEKIAN, TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA
LAMPIRAN E
UJIAN KEBOLEHPERCAYAAN
Faktor Emosi R E L I A B I L I T Y A N A L Y S I S - S C A L E (A L P H A) Mean Std Dev Cases 1. B.EMOSI1 2.7000 1.3416 20.0 2. B.EMOSI2 3.2500 1.1642 20.0 3. B.EMOSI3 3.6500 1.0400 20.0 4. B.EMOSI4 3.4000 1.0954 20.0 5. B.EMOSI5 2.7000 .9234 20.0 Item-total Statistics Scale Scale Corrected Mean Variance Item- Alpha if Item if Item Total if Item Deleted Deleted Correlation Deleted B.EMOSI1 13.0000 10.0000 .6327 .7347 B.EMOSI2 12.4500 9.9447 .7993 .6718 B.EMOSI3 12.0500 11.4184 .6642 .7252 B.EMOSI4 12.3000 13.1684 .3522 .8180 B.EMOSI5 13.0000 13.2632 .4539 .7868 Reliability Coefficients N of Cases = 20.0 N of Items = 5 Alpha = .7921
Faktor Aktiviti Fizikal R E L I A B I L I T Y A N A L Y S I S - S C A L E (A L P H A) Mean Std Dev Cases 1. B.FZIKL1 4.4000 .6806 20.0 2. B.FZIKL2 4.1000 1.1192 20.0 3. B.FZIKL3 4.2000 .8335 20.0 4. B.FZIKL4 3.8000 .8944 20.0 5. B.FZIKL5 3.4500 .9987 20.0 Item-total Statistics Scale Scale Corrected Mean Variance Item- Alpha if Item if Item Total if Item Deleted Deleted Correlation Deleted B.FZIKL1 15.5500 8.5763 .7289 .7512 B.FZIKL2 15.8500 7.5026 .5202 .8081 B.FZIKL3 15.7500 8.4079 .5880 .7762 B.FZIKL4 16.1500 7.3974 .7702 .7191 B.FZIKL5 16.5000 8.1579 .4890 .8086 Reliability Coefficients N of Cases = 20.0 N of Items = 5 Alpha = .8096
Faktor Persekitaran R E L I A B I L I T Y A N A L Y S I S - S C A L E (A L P H A) Mean Std Dev Cases 1. B.INFO1 4.5000 .5130 20.0 2. B.INFO4 3.8500 .8127 20.0 3. B.INFO7 3.7000 1.0809 20.0 4. B.INFO9 4.1000 .9679 20.0 5. B.INFO11 3.7000 1.0809 20.0 6. B.INFO12 3.1000 1.0712 20.0 7. B.INFO13 3.2500 1.2085 20.0 8. B.INFO14 3.5000 1.1002 20.0 Item-total Statistics Scale Scale Corrected Mean Variance Item- Alpha if Item if Item Total if Item Deleted Deleted Correlation Deleted B.INFO1 25.2000 27.0105 .3356 .8318 B.INFO4 25.8500 25.7132 .3263 .8329 B.INFO7 26.0000 21.6842 .6169 .7983 B.INFO9 25.6000 24.3579 .3944 .8276 B.INFO11 26.0000 21.6842 .6169 .7983 B.INFO12 26.6000 20.2526 .7949 .7710 B.INFO13 26.4500 20.0500 .6978 .7852 B.INFO14 26.2000 21.6421 .6067 .7998 Reliability Coefficients N of Cases = 20.0 N of Items = 8 Alpha = .8277
Faktor Organoleptik R E L I A B I L I T Y A N A L Y S I S - S C A L E (A L P H A) Mean Std Dev Cases 1. B.PRFER1 4.1000 .9119 20.0 2. B.PREFR2 3.9500 .9445 20.0 3. B.PREFR4 4.0500 .9445 20.0 4. B.PREFR5 4.4500 .5104 20.0 5. B.PREFR6 3.4500 1.2344 20.0 6. B.PREFR7 3.2000 1.1050 20.0 7. B.PREFR8 1.4000 .5026 20.0 8. B.PREFR9 3.0500 .6863 20.0 9. B.PRFR10 1.5000 .5130 20.0 Item-total Statistics Scale Scale Corrected Mean Variance Item- Alpha if Item if Item Total if Item Deleted Deleted Correlation Deleted B.PRFER1 25.0500 12.5763 .5354 .6179 B.PREFR2 25.2000 12.3789 .5417 .6152 B.PREFR4 25.1000 12.4105 .5362 .6165 B.PREFR5 24.7000 16.5368 .3177 .7042 B.PREFR6 25.7000 12.9579 .2689 .6944 B.PREFR7 25.9500 10.9974 .6348 .5831 B.PREFR8 27.7500 15.9868 .3571 .6885 B.PREFR9 26.1000 15.2526 .4140 .6830 B.PRFR10 27.6500 15.6079 .5467 .6783 Reliability Coefficients N of Cases = 20.0 N of Items = 9 Alpha = .7144
Kesedaran pelajar mengamalkan pemakanan yang sihat. R E L I A B I L I T Y A N A L Y S I S - S C A L E (A L P H A) Mean Std Dev Cases 1. D.KSDRN1 3.5500 .9445 20.0 2. D.KSDRN2 3.4500 1.4318 20.0 3. D.KSDRN5 3.7500 1.0699 20.0 4. D.KSDRN6 3.3500 .8751 20.0 5. D.KSDRN7 3.8000 .8335 20.0 6. D.KSDRN8 3.0000 .8584 20.0 7. D.KSDRN9 3.5500 1.0501 20.0 8. D.KSDR10 3.4500 .8870 20.0 Item-total Statistics Scale Scale Corrected Mean Variance Item- Alpha if Item if Item Total if Item Deleted Deleted Correlation Deleted D.KSDRN1 24.3500 20.5553 .6041 .7534 D.KSDRN2 24.4500 20.7868 .2899 .8230 D.KSDRN5 24.1500 20.2395 .5440 .7615 D.KSDRN6 24.5500 20.9974 .6057 .7551 D.KSDRN7 24.1000 21.3579 .5930 .7581 D.KSDRN8 24.9000 22.0947 .4696 .7740 D.KSDRN9 24.3500 20.3447 .5462 .7612 D.KSDR10 24.4500 21.5237 .5237 .7663 Reliability Coefficients N of Cases = 20.0 N of Items = 8 Alpha = .7920
Konsistensi pengambilan makanan oleh pelajar R E L I A B I L I T Y A N A L Y S I S - S C A L E (A L P H A) Mean Std Dev Cases 1. E1.K4 2.0000 .9177 20.0 2. E1.K7 3.3500 1.2258 20.0 3. E1.K6 2.1000 1.0208 20.0 4. E1.K1 2.0500 1.0990 20.0 5. E1.K2 3.1000 1.2524 20.0 6. E1.K3 3.4000 1.3534 20.0 7. E1.K5 3.3500 1.2258 20.0 Item-total Statistics Scale Scale Corrected Mean Variance Item- Alpha if Item if Item Total if Item Deleted Deleted Correlation Deleted E1.K4 17.3500 30.9763 .3504 .8647 E1.K7 16.0000 23.4737 .8773 .7913 E1.K6 17.2500 30.6184 .3308 .8686 E1.K1 17.3000 28.7474 .4618 .8540 E1.K2 16.2500 25.6711 .6428 .8294 E1.K3 15.9500 23.5237 .7649 .8089 E1.K5 16.0000 23.4737 .8773 .7913 Reliability Coefficients N of Cases = 20.0 N of Items = 7 Alpha = .8536
Pendekatan pihak sekolah R E L I A B I L I T Y A N A L Y S I S - S C A L E (A L P H A) Mean Std Dev Cases 1. F.P2 3.1000 .9679 20.0 2. F.P3 3.8000 .9515 20.0 3. F.P5 2.9000 1.2937 20.0 4. F.P6 2.7500 1.1180 20.0 5. F.P9 2.5000 1.0513 20.0 6. F.P10 2.3000 1.0311 20.0 7. F.P11 3.1000 1.2524 20.0 8. F.P12 3.1000 .9679 20.0 9. F.P13 3.2000 .8944 20.0 10. F.P14 3.6500 1.0400 20.0 11. F.P16 3.5500 1.2344 20.0 12. F.P20 2.3000 .8013 20.0 Item-total Statistics Scale Scale Corrected Mean Variance Item- Alpha if Item if Item Total if Item Deleted Deleted Correlation Deleted F.P2 33.1500 43.8184 .4493 .7849 F.P3 32.4500 43.5237 .4846 .7820 F.P5 33.3500 42.2395 .3925 .7924 F.P6 33.5000 42.3684 .4737 .7823 F.P9 33.7500 42.6184 .4946 .7804 F.P10 33.9500 42.6816 .5024 .7798 F.P11 33.1500 40.8711 .5042 .7792 F.P12 33.1500 44.6605 .3800 .7909 F.P13 33.0500 43.4184 .5340 .7786 F.P14 32.6000 42.9895 .4724 .7826 F.P16 32.7000 43.8000 .3176 .7996 F.P20 33.9500 45.6289 .3919 .7903 Reliability Coefficients N of Cases = 20.0 N of Items = 12 Alpha = .7996
Konsentrasi pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran R E L I A B I L I T Y A N A L Y S I S - S C A L E (A L P H A) Mean Std Dev Cases 1. G.K1 4.0500 1.1910 20.0 2. G.K2 3.9500 1.2344 20.0 3. G.K3 3.7000 1.2183 20.0 4. G.K4 3.7500 .6387 20.0 5. G.K5 3.7500 .5501 20.0 6. G.K6 2.6500 .9333 20.0 7. G.K7 3.6500 .5871 20.0 8. G.K8 3.1500 .9333 20.0 9. G.K9 3.6500 1.0400 20.0 10. G.K10 3.5500 .5104 20.0 11. G.K12 4.2500 1.0699 20.0 12. G.K13 3.9000 1.2096 20.0 13. G.K15 3.4500 .9987 20.0 14. G.K16 3.9500 1.0501 20.0 15. G.K17 3.6500 .8127 20.0 Item-total Statistics Scale Scale Corrected Mean Variance Item- Alpha if Item if Item Total if Item Deleted Deleted Correlation Deleted G.K1 51.0000 34.7368 .5024 .6889 G.K2 51.1000 33.3579 .5840 .6763 G.K3 51.3500 35.5026 .4285 .6993 G.K4 51.3000 42.9579 .6189 .7378 G.K5 51.3000 44.0105 .4514 .7434 G.K6 52.4000 39.7263 .5219 .7228 G.K7 51.4000 41.2000 .5207 .7217 G.K8 51.9000 42.2000 .6113 .7436 G.K9 51.4000 41.2000 .6694 .7410 G.K10 51.5000 43.8421 .4324 .7410 G.K12 50.8000 34.3789 .6124 .6763 G.K13 51.1500 32.8711 .6398 .6683 G.K15 51.6000 39.0947 .3495 .7206 G.K16 51.1000 33.7789 .6822 .6678 G.K17 51.4000 36.7789 .5852 .6883 Reliability Coefficients N of Cases = 20.0 N of Items = 15 Alpha = .8259
LAMPIRAN F
KEBENARAN MENJALANKAN KAJIAN
LAMPIRAN G
ANALISIS SKOR MIN
Min Pendekatan Pihak Sekolah dalam Memupuk Amalan Pemakanan yang Sihat
di Kalangan Pelajar
Min Kesedaran Pelajar Mengamalkan Pemakanan yang Sihat
Min Faktor Persekitaran Mempengaruhi Pemilihan Makanan
Min Faktor Emosi Mempengaruhi Pemilihan Makanan
Min Faktor Aktiviti Fizikal Mempengaruhi Pemilihan Makanan
Min Faktor Organoleptik Mempengaruhi Pemilihan Makanan
Konsistensi Pengambilan Makanan
a) Sarapan Pagi
b) Makan Tengah hari
c) Makan Malam
d) Makanan berprotein
e) Makan buah-buahan
f) Makanan Rapu
g) Tidak Makan Pada Waktu Makan
Min Konsentrasi Semasa Pengajaran dan Pembelajaran
LAMPIRAN H
UJIAN NORMALITI
Analisis Ujian Pengetahuan Sedia Ada Pelajar Berkaitan Pemakanan Yang Sihat
Ujian Normaliti (Data bertaburan normal)
LAMPIRAN I
UJIAN KORELASI
KORELASI BERPARAMETER PEARSON
KORELASI TAKBERPARAMETER SPEARMAN
KORELASI BERPARAMETER PEARSON
KORELASI TAKBERPARAMETER SPEARMAN
LAMPIRAN J
KESAHAN SOAL SELIDIK
LAMPIRAN K
RECOMMENDED NUTRIENT INTAKES FOR MALAYSIA 2005
: SUMMARY TABLE