Post on 26-May-2015
Aktiviti 1
Tajuk Aktiviti : Emosi Saya
Tempoh Masa : 60 minit
Peralatan : Pelakat Emosi dan kertas model manusia.
Objektif : Pada akhir aktiviti ini, peserta akan dapat :
1. Memahami emosi sendiri pada setiap situasi.
2. Memahami konsep kecerdasan emosi.
Langkah-langkah :
1. Susun kerusi masing-masing dalam bentuk bulatan dan duduk.
2. Fasitator bertanya khabar dengan ahli-ahli kelompok.
3. Fasitator memulakan sesi dengan doa mengikut agama masing-masing.
4. Setiap ahli dibekalkan pelekat emosi (Lampiran A).
5. Fasitator menyenaraikan satu contoh emosi, contohnya gembira.
6. Ahli memilih gambar emosi dan melekatkannya pada bahagian X model
manusia (Lampiran B).
7. Fasitator meminta ahli menuliskan satu situasi yang sama dengan emosi
tersebut dalam bahagian Y model manusia.
8. Situasi yang ditulis haruslah berasal daripada pengalaman ahli sendiri.
9. Fasitator meminta penjelasan ringkas daripada hasil ahli.
10. Langkah 5-9 diulangi bagi emosi yang berbeza.
Aktiviti Kecerdasan Emosi
2
11. Fasitator membuat rumusan tentang kecerdasan memahami emosi sendiri.
Keupayaan Otak manusia mentafsirkan setiap pemikiran dan
tindakan membolehkan kita mengenal pasti keadaan emosi. Kita secara
automatik mengetahui emosi kita apabila sedang marah, gembira, takut,
penat dan sebagainya.
Kebolehan memahami emosi sendiri adalah kebolehan asasi yang
bersifat natural. Agak pelik, apabila seseorang individu, tidak dapat
membezakan serta bertindak balas dengan situasi yang memerlukan
perubahan emosi berlaku.
12. Fasitator menutup sesi dengan ucapan terima kasih atas penyertaan dan
kerjasama yang diberikan.
13. Akhiri sesi dengan doa mengikut agama masing-masing.
Falsafah :
Kebolehan memahami emosi sendiri adalah kebolehan asasi yang bersifat
natural.
Aktiviti Kecerdasan Emosi
3
Lampiran A
Gembira
Derita
Terkejut
Malu
Gementar
Bingung
Puas Hati
Penat
Sedih
Takut
Risau
Marah
Aktiviti Kecerdasan Emosi
4
Lampiran B
X X
Y Y
Aktiviti Kecerdasan Emosi
5
Aktiviti 2
Tajuk Aktiviti : Mengendalikan Emosi
Tempoh Masa : 60 minit
Peralatan : Gambar situasi, LCD Projektor, Kertas A4
Objektif : Pada akhir aktiviti ini, peserta akan dapat :
1. Mengetahui teknik kebolehan mengendalikan emosi.
2. Memahami konsep kecerdasan emosi.
Langkah-langkah :
1. Susun kerusi masing-masing dalam bentuk bulatan dan duduk.
2. Fasilitator bertanya khabar dengan ahli-ahli kelompok.
3. Fasilitator memulakan sesi dengan doa mengikut agama masing-masing.
4. Fasilitator membekalkan kertas A4 kepada setiap ahli.
5. Fasilitator menayangkan sekeping gambar (Lampiran A) dengan
menggunakan LCD projektor.
6. Fasilitator menanya soalan dan ahli diminta menulis jawapan pada kertas A4
yang disediakan.
a. Apakah perasaan emosi orang itu dalam gambar?
b. Apakah yang dapat membantunya berasa lebih selesa?
7. Fasitator meminta huraian ringkas daripada ahli.
8. Fasilitator ulangi langkah 5-7 dengan gambar yang seterusnya.
Aktiviti Kecerdasan Emosi
6
9. Fasilitator menyenaraikan 10 cadangan mengendalikan emosi oleh Stephen
Covey mengikut kajian John Mayer (Lampiran B).
Catatan:
John Mayer (Universiti New Hampshire) dan Peter Salovey (Universiti
Harvard) merupakan ahli psikologi yang mula-mula sekali menggunakan
Istilah emotional intelligence pada tahun 1990.
10. Fasilitator menutup sesi dengan ucapan terima kasih atas penyertaan dan
kerjasama yang diberikan.
11. Akhiri sesi dengan doa mengikut agama masing-masing.
Falsafah :
Kebolehan mengendalikan emosi, anak kunci kepada kecemerlangan sikap.
Aktiviti Kecerdasan Emosi
7
Lampiran A
Situasi 1
Situasi 2
Aktiviti Kecerdasan Emosi
8
Situasi 3
Situasi 4
Aktiviti Kecerdasan Emosi
9
Lampiran B
Top Ten Suggestions
1. Become emotionally literate. Label your feelings, rather than labeling people or situations.
"I feel impatient." vs "This is ridiculous." I feel hurt and bitter". vs. "You are an insensitive jerk."
"I feel afraid." vs. "You are driving like a idiot."
2. Distinguish between thoughts and feelings.
Thoughts: I feel like...& I feel as if.... & I feel that
Feelings: I feel: (feeling word)
3. Take more responsibility for your feelings.
"I feel jealous." vs. "You are making me jealous."
4. Use your feelings to help them make decisions.
"How will I feel if I do this?" "How will I feel if I don't"
5. Show respect for other people's feelings.
Ask "How will you feel if I do this?" "How will you feel if I don't."
6. Feel energized, not angry. Use what others call "anger" to help feel energized to take productive action.
7. Validate other people's feelings. Show empathy, understanding, and acceptance of other people's feelings.
8. Practice getting a positive value from emotions.
Ask yourself: "How do I feel?" and "What would help me feel better?"
Ask others "How do you feel?" and "What would help you feel better?"
9. Don't advise, command, control, criticize, judge or lecture to others.
Instead, try to just listen with empathy and non-judgment.
10. Avoid people who invalidate you.
While this is not always possible, at least try to spend less time with them, or try not to let them have psychological power over you.
* First, thanks to Stephen Covey for the title idea. Second, these 10 habits are based on a mixture of my defintion of EQ and the more academic definition of emotional intelligence offered by John Mayer and his research colleagues.
Aktiviti Kecerdasan Emosi
10
Aktiviti 3
Tajuk Aktiviti : Skrip Hidup
Tempoh Masa : 60 minit
Peralatan : Karung hitam, kertas A4
Objektif : Pada akhir aktiviti ini, peserta akan dapat :
1. Memahami kepentingan motivasi diri.
2. Memahami konsep kecerdasan emosi.
Langkah-langkah :
1. Susun kerusi masing-masing dalam bentuk bulatan dan duduk.
2. Fasilitator bertanya khabar dengan ahli-ahli kelompok.
3. Fasilitator memulakan sesi dengan doa mengikut agama masing-masing.
4. Fasilitator meminta setiap ahli mengambil sekeping kertas perasaan
(Lampiran A).
5. Setiap ahli diminta mencipta sebuah skrip hidup yang berkaitan situasi
perasaan emosi yang dicabut.
6. Ahli diminta mencadangkan 1 cara bagaimana menyalurkan emosi yang
negetif atau 1 cara mengekalkan emosi yang positif mengikut cabutan
masing-masing.
7. Persembahan setiap ahli dan fasilitator meminta huraian yang ringkas jikalau
perlu.
Aktiviti Kecerdasan Emosi
11
8. Fasilitator menerangkan kepentingan motivasi dalam pengurusan emosi.
Kepintaran emosi dapat ditingkatkan dengan mendorong diri sendiri
supaya membina emosi yang stabil dan seimbang. Walau pun ramai
daripada kita masih memerlukan pihak lain untuk memotivasikan diri
sendiri, namun amat penting bagi kita memiliki keyakinan diri untuk
berubah. Memilih sama ada hendak berubah ataupun tidak, terletak atas
diri sendiri. Orang lain hanya sekadar membantu mempertingkatkan
iltizam dan kemahuannya untuk berubah. Oleh itu, dalam konteks
kepintaran emosi, seseorang itu haruslah berusaha mendorong emosi
supaya lebih stabil dan seimbang dalam pelbagai keadaan dan situasi.
9. Fasilitator menutup sesi dengan ucapan terima kasih atas penyertaan dan
kerjasama yang diberikan.
10. Akhiri sesi dengan doa mengikut agama masing-masing.
Falsafah :
Motivasi pendorong emosi seimbang dan stabil.
Aktiviti Kecerdasan Emosi
12
Lampiran A
1. 2. 3.
4. 5.
6.
7. 8. 9.
10. 11. 12.
13. 14. 15.
Marah Gementar Benci
Khuatir Gembira Susah hati
Tak Sabar Gagal Dilupakan
Bangga Takut Sunyi
Cemburu Terkejut Puas hati
Aktiviti Kecerdasan Emosi
13
16.
17.
18.
19.
20. 21.
22. 23. 24.
Kecewa Kritik diri Bosan
Malu Lega hati Sakit
Murung Stress Bahagia