Post on 06-Nov-2020
M/S | 1
PROSPEKSTUS PENAJAAN
AKADEMI TRANSFORMASI KEMAHIRAN
DIC PAHANG
DIKELOLAKAN OLEH:
YAYASAN MUAMALAT BELIA (544790-M)
DENGAN KERJASAMA:
DRUG INTERVENTION COMMUNITY
M/S | 2
Daulat Tuanku
Penaung Kehormat
(ADICTS)
KEBAWAH DULI YANG TERAMAT MULIA TENGKU MAHKOTA PAHANG
TENGKU ABDULLAH Al-HAJ IBNI SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA'IN BILLAH
DK., SSAP., SIMP., DK (Terengganu)., DK (Johor)., SPMJ., PAT.
M/S | 3
M/S | 4
M/S | 5
Objektif Penubuhan ADiCTS dengan objektif berikut:-
Memberikan harapan kepada alumni DIC untuk menimba ilmu pengetahuan perniagaan atau kepakaran dalam pelbagai sektor ekonomi menepati kehendak pasaran terkini. Mereka ini akan ditauliahkan sijil atau diploma dalam bidang berkaitan dengan program kerjasama dengan Institusi Pengajian Tinggi tempatan. (foto di atas sekadar hiasan sahaja)
Mewujudkan satu pendekatan baru agar pelatih ADiCTS dapat dibiayai dengan jayanya menerusi prospek-prospek perniagaan dan kerjasama dengan industri. Fokus kepada sektor-sektor ekonomi berdaya saing dengan penglibatan secara aktif sektor industri menerusi satu konsep Inkubator Teknologi dan Strategi Lautan Biru. (foto di atas sekadar hiasan sahaja)
Melahirkan modal insan yang beriman, bijaksana, berketrampilan eksekutif, mahir menguruskan perniagaan dan berkemampuan untuk mewujudkan pangkalan data bersepadu ekonomi untuk kepentingan bersama. (foto di atas sekadar hiasan sahaja)
Menerokai peluang ekonomi baru seperti sektor teknologi hijau, industri organic dan perusahaan kecil dan sederhana yang berupaya mewujudkan perkongsian pintar sesama alumni ADICTS dan Pakar Industri. (foto di atas sekadar hiasan sahaja)
M/S | 6
Modul Perlaksanaan ADiCTS
ADICTS akan menumpukan kepada beberapa aspek penting dalam pembentukkan modal insan yang
cemerlang iaitu;
Elemen motivasi diri tinggi dengan keupayaan tinggi ESQ.
Elemen pengurusan diri dan takbir urus perniagaan dengan baik.
Elemen ketrampilan dan perhubungan korporat yang baik.
Elemen komunikasi terbaik dalam dwibahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Elemen kepakaran dalam sektor industri teras.
Elemen patuh dan taat pada agama.
Elemen berdisiplin, menepati masa, jujur, takwa, ikhlas dan tawakal.
Persijilan ADiCTS
ADiCTS akan mengenal-pasti dan melantik para fasilitator berkelayakan untuk mengendalikan kursus
atau bengkel transformasi kepada pelatih ADiCTS. ADiCTS akan mentauliahkan persijilan bagi pelatih
yang berjaya lulus dan menamatkan pengajian dalam program-program yang telah ditawarkan. Selain
itu, ADiCTS akan bekerjasama dengan Institusi Pengajian Tinggi dan Pusat Kemahiran lain dalam
program berkembar yang akan memperkukuhkan akreditasi persijilan ADiCTS. ADiCTS akan memohon
kelulusan bagi pentauliahan sebagai pengendali program di bawah Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang
dikelolakan oleh Kementerian Sumber Manusia Malaysia.
Para Pelatih ADiCTS yang berjaya menamatkan program kursus intensif akan ditawarkan juga
melanjutkan pengajian dalam bidang berkaitan di peringkat lebih tinggi di Institusi Pengajian Tinggi
Awam dan Swasta yang menjalinkan kerjasama strategik dengan ADiCTS.
Sektor Teras ADICTS
ADiCTS akan menumpukan kepada mencipta kemahiran dan teknologi kepada para pelatih dalam bidang
berikut;
Teknologi Komunikasi & Maklumat (ICT)
Teknologi Kimpalan & Logam
Teknologi Pertukangan dan Perabut
Teknologi Perkhidmatan Harian
Teknologi Perbekalan Makanan
Teknologi Hijau & Bioteknologi
Teknologi Pertanian Organik
Teknologi Senibina dan Kejuruteraan Awam
Teknologi Pengurusan Pesakit HIV & Kronik
Teknologi Pendawaian Elektrik
Teknologi Tekstil, Jahitan & Solekan
Teknologi Penternakan & Perikanan
M/S | 7
Pembiayaan ADICTS
ADiCTS mempunyai pelbagai perancangan dalam usaha untuk membiayai operasi ADiCTS. Pembiayaan
ini mungkin daripada tajaan CSR syarikat korporat, geran pendidikan, pinjaman daripada Institusi
Kewangan, peruntukkan baitulmal (MUIP), peruntukkan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan
serta aktiviti-aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh ADiCTS. Sumbangan korporat CSR akan dimohon
untuk pengecualian cukai pendapatan kepada LHDN.
Pengurusan ADiCTS
ADiCTS akan dipertanggungjawab sepenuhnya diurus-takbir oleh Yayasan Muamalat Belia
(YMB) dengan kerjasama daripada pihak Drug Intervention Community (DiC Pahang).
Pengerusi ADiCTS
Yang Berhormat Dato' Dr. Ahmad Shukri B. Haji Ismail DSAP., DIMP.
Pengerusi Eksekutif Yayasan Muamalat Belia
Merangkap,
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Tawar
Negeri Pahang Darul
Majlis Pelancaran ADiCTS
Majlis Pelancaran ADiCTS In Sha Allah bakal disempurnakan oleh KDYTM Tengku Mahkota Pahang
Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah DK., SSAP., SIMP.,
DK(Terengganu), DK(Johor), SPMJ., PAT. dijangkakan pada bulan Ogos 2016. Di Majlis ini nanti akan
turut diadakan Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan rakan kerjasama
strategik, penaja korporat dan satu Karnival ADiCTS yang akan memeriahkan lagi majlis ini.
Penajaan Akademi Transformasi Kemahiran DIC Pahang
Dalam usaha merealisasikan penubuhan dan perlaksanaan ADiCTS kami mempelawa para pemaju
industri, sektor korporat, agensi pembiayaan, para individu berminat untuk menjalankan tanggungjawab
sosial dengan menaja ADiCTS kerana kami memerlukan Dana bagi melaksanakan segala usaha murni ini
merangkumi pewujudan pusat-pusat transformasi kemahiran ADiCTS dalam pelbagai sektor,
perbelanjaan operasi, kempen kesedaran dan program jiwa murni ADiCTS.
M/S | 8
Kategori Penajaan
JENIS
PUBLISITI/IKLAN
PR
OM
OSI
PER
NIA
GA
AN
KATEGORI
PENAJA JUMLAH TAJAAN (RM)
IKLA
N A
KH
BA
R
IKLA
NW
EB/M
EDIA
SO
SIA
L
PA
PA
N IK
LAN
BU
NTI
NG
BA
NN
ER
TAP
AK
BO
OTH
KA
RN
IVA
L
SLO
T P
RO
GR
AM
PEN
AJA
SID
AN
G M
EDIA
VIP
MA
JLIS
PER
ASM
IAN
PEN
GEC
UA
LIA
N C
UK
AI L
HD
N
PLATINUM 1,000,000.00 X X X X X X X X X X
EMAS 250,000.00 X X X X X X X X X X
PERAK 50,000.00 X X X X X X X
GANGSA 5,000.00 X X X X X
(Nota: sila rujuk jadual penajaan di atas bagi mengetahui pakej ditawarkan kepada penaja)
Penaja dikategorikan mengikut sumbangan yang diberikan kepada Kempen ini seperti berikut:-
Penaja Platinum /'Title Sponsor'- menaja sejumlah RM1,000,000 untuk ADiCTS ini. (Hanya
diperuntukkan kepada satu Penaja Utama sahaja)
(Penajaan mandatory RM500,000.00 dalam bentuk wang tunai manakala baki RM500,000.00 boleh dalam
apa jua bentuk yang bersesuaian)
Penaja Emas /’Co-Sponsor’ - menaja sejumlah seminima RM250,000 hingga RM500,000 untuk
ADiCTS ini.
(Penajaan mandatory RM250,000.00 dalam bentuk tunai manakala bakinya boleh dalam apa jua bentuk
yang bersesuaian)
Penaja Perak/ ‘Product-Sponsor’ - menaja sejumlah RM50,000 untuk ADiCTS ini.
(Penajaan mandatory RM25,000.00 dalam bentuk tunai manakala bakinya boleh dalam apa jua bentuk
yang bersesuaian)
Penaja Gangsa / ‘Advertising-Sponsor’ - menaja sejumlah RM5,000 untuk ADiCTS ini.
(Penajaan mandatory RM5,000.00 dalam bentuk tunai
M/S | 9
Alamat Perhubungan ADiCTS
Yayasan Muamalat Belia
(544790-M)
No.B86, Lorong IM8/33, Taman Mahkota Putra,
25200 Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Tel:+(6) 09-5729 555 | Fax: +(6) 09-5729 777
Untuk Perhatian:-
En. Shamsul Anuar B. Ibrahim
Naib Presiden
Yayasan Muamalat Belia
HP/Whatsapp : +(6) 011-1788 0029
Pendaftaran Penajaan
Pendaftaran penajaan boleh diperbuat menerusi pendaftaran secara online di www.adicts.tk atau boleh
mengisi borang pendaftaran yang disediakan dan sila kembalikan kepada kami secara
email:eperintis@gmail.com atau fakskan kepada: +(6)-09-5729 777. Sila hubungi saudara Shamsul Anuar
Ibrahim menerusi whatsapp sebelum menghantar borang pendaftaran.