Post on 24-Sep-2019
1
A M A N A T
YBRS. DR. ASMAYANI BINT KHALIB
S E M P E N A
PERHIMPUNAN BULANAN
JABATAN KESIHATAN NEGERI PULAU PINANG
BULAN OGOS 2019
T A R I K H / M A S A :
14 OGOS 2019 (RABU), 8.30 PAGI
A N J U R A N :
BAHAGIAN KESIHATAN AWAM
2
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Yang Berusaha Saudara / Saudari Pengacara Majlis,
Y.Brs. Dr. Marina binti Kamaruddin, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awan) Selaku Penganjur Majlis Perhimpunan Bulanan pada kali ini
Timbalan-Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri
Pegawai-pegawai Kanan, Ketua-ketua Cawangan,
Tuan-tuan & Puan-puan warga Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang
yang saya hormati.
3
1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat illahi kerana dengan limpah
kurniaNya, dapat kita berhimpun pada Majlis Perhimpunan Bulan
Ogos 2019. Saya berasa bersyukur kerana masih diberi ruang dan
peluang kepada saya untuk beramah mesra dengan sebahagian
daripada warga Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang. Terima
kasih juga diucapkan kepada Jawatankuasa Penganjur Majlis pada
hari ini iaitu Bahagian Kesihatan Awam.
2. Kita juga baru sahaja menyambut Hari Raya Aidil Adha dan semoga
ibadah kita diterima Allah s.w.t. Saya juga berharap kita dapat
menjaga amalan pemakanan sihat di waktu tempoh tersebut.
4
3. Pada 9 Ogos 2019 iaitu pada hari Jumaat yang lalu, beberapa fasiliti
kesihatan di Pulau Pinang telah mengalami kerosakan akibat dari
bencana alam ribut Lekima. Ia melibatkan 5 hospital dan beberapa
buah klinik kesihatan. Syukurlah tiada kecederaan yang berlaku
kepada staf dan pesakit kita. JKNPP telahpun menghantar
permohonan peruntukan bagi pembaikan fasiliti-fasiliti yang terlibat.
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan/puan yang
telah bertungkus lumus membantu para pesakit dan staf. Begitu juga
kepada pihak Edgenta. Thanks so much!
5
Tuan/Puan, warga Jabatan Kesihatan Pulau Pinang yang saya kasihi
4. Bulan ini merupakan Bulan Kebangsaan dan Bulan Kibar Jalur
Gemilang 2019 Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang. Dan Tema
Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini ialah ‘Sayangi
Malaysiaku: Malaysia Bersih’ bagi menekankan kepentingan
perpaduan serta semangat cintakan negara demi kesejahteraan dan
kemakmuran bersama. Kerajaan berharap tema itu boleh memupuk
dan menyalakan nilai integriti serta jati diri rakyat Malaysia yang
bersih dan tinggi.
6
5. Logo hari Kebangsaan pula menggambarkan warganegara Malaysia
berbilang bangsa dalam keharmonian rasa, seia sekata, sehati
sejiwa, membara rasa sayang kepada Negara Malaysia. Pengunaan
warna-warna Jalur gemilang menggambarkan kepelbagaian dalam
satu perasaan, Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih. Negara kita
Malaysia tercinta ini akan menjadi negara yang aman damai dan
makmur sekiranya semua mengamalkan integriti dan menolak
rasuah.
6. Selain itu, lagu tema merdeka pada tahun ini ialah ‘Malaysia Bersih’
dipilih sebagai lagu utama sambutan kali ini.
7
Asal budaya kita, budi pekerti indah
Amanah jujur amalan kita
Kita bina negara, perangi rasuah
Kita satukan hati, demi ibu pertiwi
Keutuhan jiwa, bina nurani
Moga kita terus disanjungi
Lirik lagu ini harus dihayati bagi menyemarakkan lagi semangat
patriotisme dan meyemai amalan budaya integriti serta menolak
rasuah dalam kehidupan seharian kita.
8
Tuan/puan warga Jabatan Kesihatan Pulau Pinang yang saya kasihi,
7. Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh Kerajaan dalam usaha
mencapai matlamat kemakmuran bersama. Ia termasuklah antara
lain, langkah memulihkan integriti dan urus tadbir perkhidmatan
awam. Usaha ini juga selaras dengan Perkara 5 Konvensyen
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Memerangi Rasuah (United
Nations Convention against Corruption - UNCAC) dan Pernyataan
Kuala Lumpur mengenai Strategi Antirasuah pada tahun 2013.
8. Kementerian Kesihatan Malaysia juga komited untuk memastikan
penerapan standard etika, intergriti dan akauntabliti pada tahap tinggi
9
dalam semua penyampaian perkhidmatan KKM. KKM tidak akan
bertoleransi terhadap apa-apa bentuk perlakuan rasuah,
penyalahgunaan kuasa atau penyelewangan. Ini selaras apirasi
nasional ”Malaysia dikenali kerana integriti dan bukannya rasuah”
9. Kajian Malaysia Integrity Assessment (MyIA) pada tahun 2014
mendapati tahap penilaian integriti bagi KKM adalah dalam kategori
“Baik” dengan skor keseluruhan sebanyak 70.09% berdasarkan
penilaian terhadap Indeks Integriti Luaran, Indeks Integriti Dalaman
dan Indeks Integriti Staf. Public Service Corruption Ranking (PSCR)
pada tahun 2017 pula, menarafkan KKM sebagai Kementerian
berisiko tinggi dengan kedudukan ketiga daripada 25 Kementerian.
10
Manakala bagi tahun 2018, KKM masih kekal sebagai Kementerian
berisiko tinggi dengan penurunan yang positif di kedudukan kelima
daripada 25 Kementerian.
10. Justeru, Polisi Antirasuah dibangunkan sebagai satu usaha
dalam memerangi perlakuan rasuah, penyalahgunaan kuasa atau
penyelewengan. Polisi ini juga merupakan penambahbaikan kepada
usaha-usaha sedia ada KKM dalam mengatasi kelemahan governans
dan pelanggaran integriti. KKM mensasarkan “zero tolerance
towards corruption” di dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan di
Malaysia. Polisi ini dikeluarkan pada April 2019, dan sila rujuk website
KKM.
11
Tuan/puan warga Jabatan Kesihatan Pulau Pinang yang saya kasihi,
Lets talk on Intergrity.
11. Integriti merupakan sebahagian daripada unsur pendidikan dan
penerapan nilai-nilai positif kepada kakitangan pentadbiran kerajaan,
berperanan memandu penjawat awam agar sentiasa bersifat
amanah, ikhlas, jujur dan bertanggungjawab dalam memelihara dan
memperkasa imej jabatan yang dianggotai.
Integriti merupakan pegangan teguh kepada nilai-nilai murni secara
konsisten dengan disertakan komitmen secara menyeluruh sama ada
12
melalui perkataan ataupun tindakan yang mampu menghasilkan
kecemerlangan diri dan organisasi
12. Bagi umat Islam, Allah berfirman di dalam Surah al-Anfal: Ayat
27. Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu
mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu
mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui
(salahnya)
13. Pekerja yang berintegriti dan berperibadi mulia merupakan aset
terpenting dalam membangun sebuah organisasi yang cemerlang. Ini
13
kerana, pekerja yang berintegriti seperti yang dinyatakan di dalam al-
Quran sebagai “القوي األمني) “ (orang yang kuat, lagi amanah) akan
bekerja dengan penuh iltizam, bertanggungjawab, berdedikasi,
mempunyai kepakaran dalam kerjanya serta menghasilkan
produktiviti kerja yang berkualiti tinggi.
Tuan/ puan warga Jabatan Kesihatan Pulau Pinang yang saya hormati,
14. Dalam merealisasikan inisiatif ini, kita warga JKNPP sebagai
penjawat awam harus bersama-sama menjalankan tugas yang telah
diamanahkan kepada kita dengan penuh integriti.
14
15. Kita harus bersama-sama menangani rasuah dengan
mempromosikan ketelusan, sikap bertanggungjawab dan integriti
dalam semua urusan. Ini selaras seperti yang digariskan dalam
Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goal -
SDG), iaitu matlamat 16 yang mempromosikan masyarakat yang
aman dan inklusif untuk pembangunan mampan, memberikan akses
kepada keadilan untuk semua dan membina institusi yang berkesan,
bertanggungjawab dan inklusif di semua peringkat.
16. Falsafah dan kerangka dalam membina sebuah Negara yang
berasaskan kepada penyatuan jitu masyarakat, haruslah dijadikan
15
sebagai asas perjuangan yang konsisten oleh kita semua.
17. Sehubungan ini, soal persefahaman dan perpaduan akan terus
dijadikan sebagai agenda penting. Amalan nilai-nilai murni dalam
kehidupan dan menjauhi amalan-amalan buruk juga perlu terus
diterapkan.
18. Marilah sama-sama kita jayakan usaha ini dan menghayati tema
sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini iaitu Sayangi
Malaysiaku: Malaysia Bersih.
16
Tuan/ puan warga Jabatan Kesihatan Pulau Pinang yang saya hormati,
19. Sejarah Negara, sejak berdekad yang lalu, harus dijadikan panduan
di dalam kita membentuk dan menentukan halatuju Negara. Setiap
dari kita perlu ada rasa tanggungjawab, kerana imej kecemerlangan
Negara banyak bergantung kepada kemampuan kita untuk
mengharungi segala cabaran dan rintangan untuk meraih kejayaan.
20. Perkhidmatan kesihatan di Malaysia contohnya telah diiktiraf
sebagai antara yang terbaik di dunia. Namun kita juga perlu fokus
kepada tahap kemajuan yang lebih cemerlang dengan memperbaiki
segala kekurangan dan kelemahan sedia ada supaya ia akan
menjadi garis panduan dan ikutan generasi masa hadapan.
17
21. Menyedari hakikat tersebut, warga Jabatan Kesihatan Pulau Pinang
khasnya perlu beriltizam untuk membudayakan etika kerja yang
berteraskan integriti ke arah mewujudkan jentera perkhidmatan
yang berkualiti dan dihormati oleh semua pihak.
22. Sehubungan itu, saya juga berharap menjadi tanggungjawab setiap
warga JKNPP untuk memberikan kerjasama dan sokongan dalam
memahami, menghayati dan menerapkan etika kerja yang murni
sepertimana tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini.
Selain itu, warga JKNPP juga perlu terus berusaha untuk
merealisasikan matlamat ke arah memberikan perkhidmatan yang
lebih cemerlang.
18
Tuan/ puan warga Jabatan Kesihatan Pulau Pinang yang saya hormati,
23. Setiap tahun apabila menjelang sambutan Hari Kebangsaan, ia
menyedarkan kita semula tentang pentingnya semangat patriotisme
dan cinta kepada negara.
24. Semangat cinta kepada Negara ini merupakan satu daripada ciri-
ciri penting dalam pembinaan sebuah Negara yang berbilang kaum,
agama dan budaya supaya kita semua dapat hidup secara rukun dan
dan damai.
25. Jalur Gemilang melambangkan kesetiaan, kesatuan dan
patriotisme. Oleh itu adalah penting untuk kita tanam semangat dan
19
nilai-nilai nasionalisme dan patriotisme ini dalam diri setiap rakyat di
Negara ini.
26. Marilah kita sama-sama menyemarakkan lagi sambutan Bulan
Kebangsaan ini dengan mengibar jalur gemilang di rumah, di
bangunan pejabat bahkan di kenderaan kita dan jadikan sambutan
tahun ini lebih meriah.
27. Usaha memupuk semangat patriotisme dan membentuk jati diri
bangsa yang unggul ini perlulah dijalankan sepanjang masa tanpa
henti.
20
28. Hal ini dapat melahirkan generasi yang mempunyai semangat
nasionalisme tinggi dan secara tidak langsung menjadi individu yang
berguna kepada agama, bangsa dan Negara.
Tuan/puan warga Jabatan Kesihatan Pulau Pinang yang saya kasihi,
29. Marilah bersama-sama kita berjanji untuk menegakkan kedaulatan
undang-undang, menerapkan prinsip ketelusan kebertanggung-
jawaban, dan integriti serta tadbir urus yang baik apabila menjalankan
autoriti atau kuasa. Ini akan menjadi asas dalam usaha untuk
menghapuskan rasuah dan membentuk ekosistem yang terbaik.
21
30. Akhir kata, saya ucap syabas dan tahniah sekali lagi kepada
Bahagian Kesihatan Awam selaku penganjur perhimpunan pagi kita
pada kali ini.
31. Izinkan saya mengakhiri majlis ini dengan dua rangkap pantun,
Harmoni Perpaduan Semua Bangsa,
Menjadi pegangan untuk semua,
Malaysia Harmoni Aman Sentiasa,
Nikmat Kemerdekaan kekal dirasa