Post on 06-Dec-2014
description
Reka Bentuk dan Teknologi
Kod Kursus : RBT 3118
Lukisan Berbantukan Komputer
(AutoCAD)
RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 4 60
Topik 4
Lukisan Berbantukan
Komputer(AutoCAD)
Topik 4
Lukisan Berbantukan
Komputer(AutoCAD)
Reka Bentuk dan Teknologi (RBT 3118) 3 ( 2 + 1 )
Lukisan Terbantu Komputer atau Computer Aided Drafting (CAD) merupakan satu
perisian komputer yang digunakan untuk menghasilkan lukisan kejuruteraan. Kebanyakan
produk yang dihasilkan pada masa kini adalah direka bentuk dan dilukis dengan menggunakan
sistem lukisan terbantu komputer. Sistem ini mampu menghasilkan lukisan yang berkualiti, tepat
dan menjimatkan kos. Dalam topik ini, anda akan diperkenalkan tentang konsep asas perisian
AutoCAD dan juga perintah asas dalam perisian AutoCAD. Perkembangan sistem CAD
menyumbang kepada pembangunan pesat dalam bidang kejuruteraan dan reka bentuk.
4.1. Pengenalan Kepada Autocad
Salah satu kebaikan menggunakan AutoCAD dalam lukisan adalah persekitaran kerja,
perantaraan muka dan keseragaman yang terdapat dalam program ini. Rajah 7.2 menunjukkan
paparan tetingkap program AutoCAD. Dalam AutoCAD ia menggunakan kedua-dua tolbar
piawai (Standard toolbar) dan menu tarik turun (pull down menu).
Rajah 1 : Tetingkap AutoCAD
RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 4 61
Tetingkap program AutoCAD terbahagi kepada lima bahagian:
4.1.1. Menu tarik turun (pull down menu)
Menu tarik turun terdapat pada bar menu. Di dalam menu ini terdapat perintah-perintah
dan fungsi yang merupakan nadi kepada AutoCAD. Rajah 6.3 menunjukkan menu tarik
turun untuk perintah melukis.
Rajah 2 : Menu tarik turun (pull down menu)
4.1.2. Tolbar (toolbar)
Tolbar dalam AutoCAD mengandungi ikon yang boleh memulakan suatu perintah. Jika
andamenggerakan alat penunjuk (pointing device) ke suatu tolbar ia akan memaparkan nama
RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 4 62
ikon itu pada penghujung alat penunjuk. Terdapat beberapa tolbar akan dipaparkan semasa
memulakan AutoCAD seperti berikut:
Tolbar Piawai (Standard toolbar)
Tolbar Gaya (Styles toolbar)
Tolbar layers (Layers toolbar)
Tolbar Ciri-ciri Objek (Properties toolbar)
Tolbar Melukis (Draw toolbar)
Tolbar Modify (Modify toolbar)
4.13. Kawasan melukis (Drawing area);
Kawasan melukis ialah ruang kerja dalam AutoCAD. Semua objek yang dilukis oleh
anda akan terpapar dalam kawasan ini. Biasanya kawasan melukis akan ditentukan oleh
anda sebagai seorang pengguna/pelukis.
4.14. Baris perintah (Command prompt/command line)
Ia merupakan ruang untuk memasukkan perintah jika anda tidak menggunakan tolbar
atau menu tarik turun. Selain daripada itu, anda boleh menggunakan baris perintah
untuk memasukkan nilai/data yang dikehendaki oleh suatu perintah.
4.15. Bar status (Status bar)
Bar status terletak di baris bawah tetingkap. Ia menunjukkan paparan koordinat untuk
pergerakan kursor dalam paksi X dan Y jika melukis lukisan dua dimensi. Selain
daripada itu, ia juga menunjukkan butang untuk snap, grid, ortho, polar, osnap, otrack,
line weight dan model.
RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 4 63
4.2. Memulakan Fail Baru Autocad
Untuk membina fail baru, anda boleh menggunakan menu tarik turun dan memilih new.
AutoCAD akan memaparkan kotak dialog startup seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.4.
Dalam kotak dialog, anda akan diberi tiga pilihan iaitu h, Use a Template dan Use a Wizard.
Rajah 3 : Kotak dialog Startup
Anda digalakkan menggunakan pilihan Start from Scratch kerana ia akan memaklumkan
kepada AutoCAD menyediakan satu ruang kerja yang telah ditentukan oleh program. Dalam
pilihan ini, anda boleh memilih saiz imperial (English) yang atau saiz matrik (metric). Unit yang
akan diguna dalam saiz imperial ialah inci atau kaki, manakala bagi saiz matrik ialah milimeter.
Langkah kerja untuk memulakan kerja lukisan anda dalam AutoCAD adalah seperti berikut:
Klik file new,
Klik Start from Scratch,
Pilih Metric,
Klik OK.
Anda akan mendapat ruang lukis 420 mm X 297 mm.
RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 4 64
4.3. Penyediaan Kawasan Lukisan
Sebelum anda memulakan lukisan yang baru, adalah penting bagi anda menentukan
kawasan lukisan mengikut saiz kertas yang akan digunakan untuk bercetak. Perintah limits
akan membenarkan anda mengubah kawasan melukis dalam AutoCAD. Perintah limits boleh
diperolehi daripada menu tarik turun Format Drawing Limits. Untuk mengaktifkan perintah ini,
anda juga boleh menaipkan perintah ini pada baris perintah. Berikut adalah langkah kerja untuk
perintah limits jika anda menggunakan baris perintah. Kawasan lukisan yang baru ialah 297,210
(mengikut kertas saiz A4).
Command : limits (tekan enter) Specify lower left corner or [ON/OFF]<0.0000, 0.0000>: Upper right corner<420.0000, 297.0000>: 297, 210
Dengan langkah ini, anda akan memperoleh kawasan lukisan yang titik penjuru atas pada
koordinat 297, 210.
4.4. Sistem Koordinat Dalam Autocad
Asas melukis dalam AutoCAD adalah berasaskan kepada sistem koordinat yang dikenali
sebagai Sistem Koordinat Cartesian. Dalam Sistem Koordinat Cartesian bagi dua dimensi, dua
paksi panjang akan diletak bersudut tepat dalam satu satah. Paksi mengufuk dikenali sebagai
paksi X, manakala paksi menegak dikenali sebagai paksi Y. Rajah 4 menunjukkan sistem
koordinat dalam dua dimensi dan tiga dimensi.
Rajah 4: Sistem Koordinat
RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 4 65
Anda boleh menggunakan tiga jenis sistem koordinat dalam AutoCAD seperti berikut:
4.4.1. Koordinat Mutlak (absolute coordinate)
Koordinat ini mewakili nilai sebenar dalam perintah drawing limits/limits. Dengan
menggunakan sistem koordinat mutlak, anda boleh menentukan di mana titik koordinat
yang akan digunakan. Anda boleh mengikut langkah berikut menggunakan sistem ini:
Command: lines
LINE Specify first point: 50,50
Specify next point or [undo]: 100,100
Langkah kerja di atas menunjukkan anda telah melukis satu garisan dari vektor 50, 50
kepada vektor 100, 100 (rujuk Rajah 5).
Rajah 5 : Sistem Koordinat Mutlak
4.4.2. Koordinat Bandingan (Relative Coordinate)
Koordinat ini mewakili kedudukan bandingan koordinat x dan y pada titik yang baru
kepada titik sebelumnya. Penggunaan tanda @ menunjukkan titik baru berkedudukan
pada jarak tertentu dari titik yang diberi. Anda boleh mengikut langkah berikut untuk
menggunakan sistem ini dengan merujuk kepada Rajah 6.
Contoh 1
RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 4 66
Command: lines
LINE Specify first point: 0, 0 (mula di titik A)
Specify next point or [undo]: @100, 0 (mendapatkan titik B)
Ini bermakna titik B ialah 0 unit dari paksi X dan 100 unit dari paksi Y.
Contoh 2
Command: lines
LINE Specify first point: 0, 0 (mula di titik A)
Specify next point or [undo]: @100, 45 (mendapatkan titik C).
Ini bermakna titik C ialah 45 unit daripaksi X dan 100 unit dari Y.
Rajah 6: Sistem koordinat bandingan
4.4.3. Perintah Asas Dalam Autocad
Dalam AutoCAD terdapat beberapa arahan asas yang anda akan digunakan untuk
menghasilkan kerja lukisan berkomputer anda. Arahan-arahan yang anda akan digunakan
termasuk perintah melukis (Draw commmands), perintah pengeditan (modify commands) dan
perintah osnap (object snap/osnap commands). Anda boleh mengaktifkan perintah dalam
AutoCAD melalui tiga cara iaitu ikon dalam tolbar, menu tarik turun dan baris perintah.
RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 4 67
4.4.4. Perintah Object Snap (OSNAP)
Dalam lukisan teknik menu, anda perlu menghasilkan satu lukisan yang tepat, kemas
dan jitu. Untuk lukisan yang terbantu komputer, amalan ini juga diperlukan. Untuk
melaksanakan amalan ini, perintah osnap telah disediakan dalam AutoCAD untuk membantu
anda. Penggunaan perintah-perintah yang terdapat dalam osnap boleh menjadikan lukisan
anda lebih tepat dan kemas berbanding dengan lukisan traditional. Rajah 7 menunjukkan ikon
untuk perintah osnap dan fungsinya.
Mod Ikon Penerangan
Tracking Menentukan satu yang ada hubung kait dengan titik-titik lain yang menggunakan pemindahan ortogonal atau kutub.
From Untuk mewujudkan titik rujukan sementara sebagai asas untuk menentukan titik-titik berikut.
Endpoint Mencari titk hujung semua objek kecuali bulatan.
Midpoint Mencari titik tengah objek seperti garisan, lengkuk atau polyline.
Intersection Menentukan titik persilangan objek pada satah yang sama.
Apparent Intersect
Mencari satu titik yang mewakili persilangan yang jelas antara dua objek, seperti dua garisan yang bukan selari dalam ruang 3 dimensi.
Center Mencari titik tengah untuk bulatan atau lengkuk.
RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 4 68
Apakah kegunaan perintah Osnap dalam AutoCAD?
Apakah fungsi utama perintah endpoint dan intersection?
Quadrant Mencari puncak 00, 900, dan 2700 untuk sebuah bulatan atau lengkuk.
Tangent Memilih titik tengen suatu bulatan /lengkuk yang akan bertangen dengan bulatan/lengkuk yang lain.
Perpendicular Untuk memilih titik persilangan yang bersudut tepat pada objek yang lain.
Nearest Memilih titik suatu objek yang terdekat dengan titik yang dipilih.
Rajah 7 : Ikon untuk perintah osnap dan fungsinya
4.5. Perintah Melukis (Drawing Commands)
Bahagian ini akan memperjelaskan kepentingan perintah melukis dalam lukisan terbantu
komputer. Untuk mengaktifkan drawing commands dalam AutoCAD, anda boleh menggunakan
ikon dalam tolbar, menu tarik turun atau menaipkan perintah itu dalam baris perintah.
RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 4 69
4.5.1. Perintah Garisan (Line Command)
Perintah ini membenarkan anda melukis garisan yang lurus. Ia mempunyai beberapa opsyen
dalam penggunaannya.
(a) Start Point, End Point
Melukiskan satu garisan dengan titik permulaan (20, 20) dan berhujung pada titik
(60, 30).
Anda boleh mengikut langkah-langkah berikut:
Command: line
_LINE specify first point: 20, 20
specify next point or[close/undo]: 60, 30
specify next point [close/undo]:
(b) Start Point, Angle, Length
Melukiskan satu garisan dengan titik permulaan (30, 30), sudut condong ialah
45° daripada ufuk dan panjang garisan ialah 50 unit.
Langkah-langkah:
command: LINE
_LINE specify first point: 30, 30
specify next point or[undo]: @50<45°
specify next point or[close/undo]:
(c) Closing Polygons
Jika anda ingin melukis beberapa objek garisan secara berturut-turut, cara closing
polygon adalah keadah yang sesuai digunakan. AutoCAD akan membenarkan titik
terakhir bertemu dengan titik permulaan secara tepat jika anda menaip “c” (bermaksud
“closed”).
Langkah-langkah:
command: LINE
RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 4 70
_line specify first point: 100, 100
specify next point or[undo]: @50<0°
specify next point or[close/undo]: @-50<90°
specify next point or[close/undo]:@-50<0°
specify next point or[close/undo]: C
4.5.2. Perintah bulatan (Circle Command)
Perintah bulatan dalam AutoCAD membenarkan anda mempunyai lima opsyen untuk
melukiskan satu bulatan. Secara automatik, anda boleh memasukkan nilai jejari (radius) untuk
bulatan. Anda juga diberi pilihan untuk menggunakan nilai diameter dengan menaipkan huruf
“d” pada baris perintah semasa anda diminta menentukan jejari atau diameter bulatan.
(a) Center, Radius, lihat Rajah 8(a)
Langkah-langkah:
command: circle
Specify center point for circle or[3P/2P/Ttr (tan tan radius)]: pick a point
Specify radius of circle or [Diameter]: 80
Rajah 8 (a) Rajah 8(b)
RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 4 71
(b) Center, Diameter, lihat Rajah 8(b)
Melukis bulatan dengan menggunakan titik pusat dan diameter.
Langkah-langkah:
command: circle
Specify center point for circle or[3P/2P/Ttr (tan tan radius)]: pick a point
Specify radius of circle or [Diameter]: D
Specify diameter of circle: 80
(c) Three-point Circles, lihat Rajah 8(c)
Melukis bulatan dengan opsyen 3 points pada lilitan bulatan,
Langkah-langkah:
command: circle
Specify center point for circle or[3P/2P/Ttr (tan tan radius)]: 3p
Specify first point of circle: pilih titik P1
Specify second point of circle: pilih titik P2
Specify third point of circle: pilih titik P3
Rajah 8(c) Rajah 8(d)
(d) Two-point Circles, lihat Rajah 8(d)
Untuk menggunakan opsyen ini, anda boleh memilih titik hujung jarak diameter bulatan
berkenaan.
RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 4 72
Langkah-langkah:
command: circle
Specify center point for circle or[3P/2P/Ttr (tan tan radius)]: 2p
Specify first end point of diamter: pilih titik D1
Specify second end point of diameter: pilih titik D2
(e) Tangent, Tangent, Radius (TTR), lihat Rajah 8(e)
Anda boleh melukis bulatan di antara dua garisan atau bulatan di mana bulatan yang
dilukis itu akan bertangen/menyentuh garisan atau bulatan itu.
command: circle
Specify center point for circle or[3P/2P/Ttr (tan tan radius)]: ttr
Specify point on object for first tangent on circle: pilih titik P1
Specify point on object for second tangent on circle : pilih titik P2
Rajah 8(e)
RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 4 73
Perintah lengkuk mempunyai opsyen seperti berikut:
Three points on the arc;
Start point, center, endpoint;
Start point, center, angle;
Start point, center, length of chord;
Start point, endpoint, radius;
Start point, endpoint, included angle;
Start point, endpoint, starting direction; and
Continuation of previous line or arc.
(a) 3-Point Arcs
Langkah-langkah:
(i) Dari menu tarik turun Draw arc 3 points
(ii) Center/<Start point>: (titik 1)
(iii) Center/End/<second point>: (titik 2)
(iv) End point: (titik 3)
(b) Start, Center, End
Langkah-langkah:
(i) Dari menu tarik turun Draw arc start, center, end
(ii) Specify start point of arc or [center]: 130, 130 ( titik 1)
RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 4 74
(iii) Specify center point of arc : 100,100 (titik 2)
(iv) Specify endpoint of arc: 40, 170 (titik 3)
(c) Start, Center, Angle
To draw an arc with the specified center and start point and spanning the
indicated angle;
(i) Dari menu tarik turun Draw arc start, center,
angle
(ii) Specify start point of arc or [center]: 200,200 (titik 1)
(iii) Specify center point of arc : 170, 170 (titik 2) (iv) Specify Included Angle: 90 (titik 3)
(d) Start, End, Radius
AutoCAD akan melukis lengkuk ini mengikut arah songsang jam.
Langkah-langkah:
(i) Dari menu tarik turun Draw arc start ,end, radius
(ii) Specify start point of arc or [center]: 160, 100 ( titik 1)
(iii) Specify end point of arc : 100,170 (titik 2)
(iv) Specify radius of arc: 80 (titik 3)
RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 4 75
4.6. Perintah Polylines (pline)
Dalam AutoCAD, perintah pline mempunyai satu entiti. Perintah ini digunakan untuk
menghasilkan satu segmen garisan, bulatan dan lengkuk yang berturutan. Perintah ini
membenarkan anda memasukkan ketebalan (width) objek pada permulaan titik dan penghujung
titik. Untuk menggunakan perintah ini, anda boleh menggunakan langkah berikut:
Langkah-langkah:
(i) Command: pline
(ii) Specify start point: 200,240
(iii) Specify next point or [Arc/Halfwitdh/Length/Undo/Width]:
width
(iv) Specify starting width <0.0000>: 0
(v) Specify ending width <0.0000>: 5
(vi) Specify next point or [Arc/Halfwitdh/Length/Undo/Width]:
260, 240
(vii) Specify next point or [Arc/Halfwitdh/Length/Undo/Width]:
arc
(viii) Specify endpoint of arc or
[Angle/CEnter/Direction/Halfwidth/Line….]: 340,290
(ix) Specify endpoint of arc or
[Angle/CEnter/Direction/Halfwidth/Line….]: line
(x) Specify endpoint of arc or
[Angle/CEnter/Direction/Halfwidth/Line….]: 340,220
RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 4 76
4.7. Perintah Elips (Ellipse)
AutoCAD boleh melukis elips penuh dan lengkuk elips. Elips/lengkuk elips yang dilukis
mempunyai pusat dan titik sukuan. Apabila anda mengaktifkan perintah ini, anda akan
memperolehi arahan seperti berikut:
Specify axis endpoint of ellipse or [Arc/Center] :
(a) Axis endpoint
Anda boleh menentukan titik penghujung bagi paksi major (titik A dan B) dan minor elips
(titik C)seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 9.
(i) Command: ellipse
(ii) Specify axis endpoint of ellipse or [Arc/Center]; pilih titik
A dan B
(iii) Specify distance to other axis [Rotation]: pilih titik C
Rajah 9
(b) Center
Jika anda menggunakan opsyen ini, anda akan menentukan pusat elips dan
menentukan jarak separuh paksi major dan minor.
(i) Command: ellipse
(ii) Specify axis endpoint of ellipse or [Arc/Center]: C
RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 4 77
(iii) Specify center of ellipse: pilih titik A
(iv) Specify endpoint of axis: pilih titik B
(v) Specify distance to other axis [Rotation]: pilih titik C
(c) Arc
Langkah kerja untuk menggunakan opsyen “arc” adalah hampir sama dengan dua
opsyen yang anda telah gunakan tadi. Dalam opsyen ini anda boleh menentukan sudut
kandungan lengkuk elips yang dilukis. Anda boleh mengikut langkah –langkah seperti
berikut:
Langkah-langkah:
(i) Command: ellipse
(ii) Specify axis endpoint of ellipse or [Arc/Center]: arc
(iii) Specify axis endpoint of elliptical arc or [center]: pilih titik
A
(iv) Specify other endpoint of axis: pilih titik B
(v) Specify distance to other axis [Rotation]: pilih titik C
(vi) Specify start angle or parameter: pilih titik C
(vii) Specify end angle or[Parameter/Included angle]: I
(viii) Specify included angle for arc: 90
4.8. Perintah Poligon (Polygon)
RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 4 78
Perintah poligon dalam AutoCAD boleh melukis sehingga 1024 sisi. Saiz polygon boleh
ditentukan dengan jejari bulatan. Ada tiga opsyen dalam melukis poligon. Rajah 10
menunjukkan kaedah melukis poligon dengan ketiga-tiga opsyen.
(a) Inscribed
Anda boleh mengikut langkah-langkah berikut untuk melukis sebuah pentagon dengan
opsyen inscribed. Rajah 10(a) menunjukkan cara objek ini dilukis.
(i) Command: polygon
(ii) Enter number of sides<4>: 5
(iii) Specify center of polygon or [Edge]: 50, 50
(iv) Enter an option [Inscribed in circle/Circumscribed about
circle]<I>:
(v) Specify radius of circle: 50
(b) Circumscribed
Anda boleh mengikut langkah-langkah berikut untuk melukis sebuah pentagon dengan
opsyen circumscribed. Rajah 10(b) menunjukkan cara objek ini dilukis.
(i) Command: polygon
(ii) Enter number of sides<4>: 5
(iii) Specify center of polygon or [Edge]: 50, 50
(iv) Enter an option [Inscribed in circle/Circumscribed about
circle]<I>: c
(v) Specify radius of circle: 50
(c) Edge
Anda boleh mengikut langkah-langkah berikut untuk melukis sebuah pentagon dengan
opsyen edge. Rajah 10(c) menunjukkan cara objek ini dilukis.
(i) Command: polygon
(ii) Enter number of sides<4>: 5
(iii) Specify center of polygon or [Edge]: e
(iv) Specify first endpoint: 50, 50
(v) Specify second endpoint: 100, 50
RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 4 79
Rajah 10: Melukis Poligon
4.9. Perintah Teks (Text)
Anda boleh menambahkan teks dalam lukisan AutoCAD anda dengan mengaktifkan
perintah text. Teks yang terdapat dalam lukisan mempunyai pelbagai jenis fonts, saiz dan
corak. Anda boleh menggunakan dua opsyen untuk memasukkan text seperti berikut:
Text – membenarkan menghasil teks untuk satu baris sahaja (single line text).
Mtext – membenarkan anda menghasilkan dengan baris yang banyak (multiline
text)
Anda dinasihat mengformatkan text style anda sebelum menggunakan dalam AutoCAD. Anda
boleh mengikut langkah berikut:
Dari menu tarik turun Format Text Style
Anda akan memperoleh paparan seperti dalam Rajah 11.
RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 4 80
Rajah 11 : Kotak Dialog Mengformat Text Style
4.10 Perintah Pengeditan (Editing Tools)
Perintah pengeditan kadangkala juga disebut sebagai perintah modified. Perintah ini digunakan
untuk membantu anda mengedit atau mengubah objek yang telah dilukis dalam lukisan terbantu
komputer. Dengan perintah ini, lukisan anda akan menjadi lebih kemas dan jitu.
(a) Erase
Perintah ERASE boleh menbantu anda memadamkan objek yang tidak perlu dalam
lukisan anda. Untuk menggunakan perintah ini, anda boleh mengikut langkah berikut:
Langkah-langkah:
(i) Command: erase
(ii) Select objects: pilih objek yang tidak perlu.
RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 4 81
Jelaskan tiga opsyen melukis poligon dengan AutoCAD.
Apakah perbezaan antara ketiga-tiga opsyen ini?
Untuk memilih objek anda boleh menggunakan opsyen-opsyen berikut:
Window
Opsyen membenarkan anda memilih objek-objek dalam ruang tetingkap yang
ditentu oleh anda.
Crossing
Opsyen ini hampir sama dengan kaedah di atas, tetapi hanya memilih objek –
objek tertentu yang tidak termasuk keseluruhan dalam ruang tetingkap yang
ditentukan oleh anda.
Pick
Keadah ini membenarkan anda memadamkan objek dengan memilih satu demi
satu.
(b) Copy
Perintah ini membenarkan anda menyalin semula objek-objek yang telah dilukis ke
lokasi yang lain. Anda boleh menggunakan opsyen multiple untuk meyalin berganda kali
bagi objek yang sama.
(i) Command: copy
(ii) Select objects: pilih objek yang ingin disalin semula
(iii) Specify base point or displacement/[Multiple]: (M for multiple)
(iv) Specify base Point: pilih satu titik/lokasi
(v) Second point of displacement: pilih titik kedua
RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 4 82
(c) Move
Perintah ini membenarkan anda memindahkan satu objek atau beberapa objek dari satu
lokasi asal ke satu lokasi yang baru.
(d) Break
Perintah membenarkan anda memadamkan sebahagian daripada satu objek contohnya
garisan, bulatan, lengkuk dan sebagainya. Ini bermakna anda boleh memecahkan satu
objek kepada beberapa bahagian.
(i) Command: break
(ii) Select object: pilih objek yang ingin dipecah
(iii) Specify second break point or [First point]: pilih titik kedua dalam objek
(e) Rotate
Perintah ini membenar anda mengubah orientasi/kedudukan suatu atau beberapa objek
dengan memutarkannya pada satu titik yang telah ditentukan.
(i) Command: rotate
(ii) Select objects: pilih objek yang ingin diputarkan
(iii) Specify base point: pilih lokasi yang ingin diputar
(iv) Specify rotation angle or [Reference]: masuk darjah sudut yang ingin diputarkan
RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 4 83
(f) Scale
Perintah ini membenarkan anda membesar atau mengecilkan suatu objek pada kadar
yang ditentukan oleh anda.
(i) Command: scale
(ii) Select objects: pilih objek yang perlu dibesar/dikecilkan
(iii) Specify base point: pilih titik untuk meletakan objek
(iv) Specify scale factor or [Reference]: masuk kadar baru
(g) Mirror
Perintah ini membenarkan anda melakukan arca cermin untuk suatu atau beberapa
objek. Objek yang asal boleh dipadam atau dikekalkan.
(i) Command: mirror
(ii) Select objects: pilih objek yang ingin diarca-cerminkan
(iii) First point of mirror line: pilih titik untuk mirror line
(iv) Second point of mirror line: masuk titik kedua untuk
mirror line
(v) Delete old objects? <N>: tekan enter
(h) Stretch
Perintah ini membenarkan anda memilih sebahagian suatu objek untuk digerakkan
supaya ia menjadi lebih panjang/pendek.
(i) Command: stretch
(ii) Select objects to stretch by window or polygon: (gunakan
crossing untuk memilih objek untuk diregang).
(iii) Base point or displacement: (pilih titik untuk diregang).
(iv) Second point of displacement: (regangkan ke kawasan
yang ditentukan).
RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 4 84
(i) Array
Perintah ini membenarkan anda membuat penyalinan secara banyak untuk satu objek
yang dipilih. Ia mempunyai dua opsyen iaitu rectangular atau polar
Rectangular Array
Opsyen ini akan menyalin objek pada baris dan lajur. Apabila anda mengaktifkan
perintah ini, anda akan mendapat kotak dialog seperti dalam Rajah 12(a). Dalam
kotak dialog ini, anda boleh menentukan baris dan lajur yang dikehendaki dan
juga pemilihan objek.
Rajah 12 (a): Kotak dialog untuk rectangular array
Polar Array
Opsyen ini akan menyalin objek pada lilitan bulatan. Apabila anda mengaktifkan
perintah ini, anda akan mendapat kotak dialog seperti dalam Rajah 12(b). Dalam
kotak dialog ini, anda boleh menentukan pusat array, pemilihan objek dan
bilangan item yang dikehendaki.
RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 4 85
Rajah 12 (b): Kotak dialog untuk polar array
(j) Extend
Perintah ini membenarkan anda memanjangkan suatu objek supaya penghujung objek
itu akan bertemu/bersilang dengan satu objek lagi.
(i) Command: extend
(ii) Select objects: (pilih objek yang menjadi sempadan
untuk objek yang akan dipanjangkan)
(iii) <Select objects to extend or shift-select to trim or
[Project/Edge/Undo]: (Pilih objek yang akan dipanjangkan)
(k) Fillet
Perintah ini akan meyambungkan dua penghujung garisan/dua lengkuk menjadi satu
lengkuk/jejari. Anda boleh menentukan saiz jejari yang dikehendaki.
(i) Command: fillet
(ii) Polyline/Radius/<select two objects>: Radius
RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 4 86
(iii) Fillet Radius: (masukkan nilai jejari yang dikehendaki)
(iv) Folyline/Radiu3/<select two objects>: (pilih objek
pertama)
(v) Select second object: (pilih objek kedua)
(l) Offset
Perintah ini akan membina satu entiti yang selari kepada entity yang lain sama ada
melalui satu jarak atau satu titik tertentu. Anda boleh mengofsetkan objek seperti
garisan, bulatan atau lengkuk.
(i) Command: offset
(ii) Specify offset distance or [Through]<Through>: (berikan
jarak untuk diofsetkan)
(iii) Select object to offset or <exit>: (pilih objek yang ingin
diofsetkan)
(m) Trim
Perintah ini membenarkan anda merapikan/memangkaskan hujung objek yang tidak
sama.
(i) Command: trim
(ii) Select objects: (pilih objek yang akan dirapikan)
(iii) Select objects to extend or shift-select to trim or
[Project/Edge/Undo]: (pilih objek yang sempadan untuk objek yang akan dirapi).
RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 4 87
(n) Chamfer
Perintah ini akan merapikan dua garisan yang bersilang dengan suatu jarak dengan
disambung oleh segmen garisan yang baru.
(i) command :chamfer
(ii) Polyline/Distances/<Select first line>: Distance
(iii) Enter first chamfer distance <current>: (masukkan jarak
pertama)
(iv) Enter second chamfer distance <current>: (masukkan
jarak kedua)
(v) Polyline / Distances / <Select first line>: (pilih garisan
pertama untuk dirapikan)
(vi) Select second line: (pilih garisan kedua untuk dirapikan)
RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 4 88