Post on 03-Apr-2018
7/29/2019 3991095 Ekstrovert Dan Introvert
1/22
3 (a) Kenalpasti seorang murid anda yang bersifat ekstrovert dan seorang lagi yang
bersifat introvert. Jelaskan, dengan contoh-contoh yang sesuai, bagaimana anda
dapat meningkatkan ciri-ciri positif kedua-dua personaliti ini. (2 jam)
Setiap individu mempunyai sifat, sikap, gaya dan cara terendiri. Inilah di
antara perkataan yang disebut-sebut apabila memperkatakan seseorang. Satu
istilah yang sesuai bagi perkataan-perkataan itulah ialah personaliti. Personaliti juga
bermaksud sahsiah yang melambangkan ciri-ciri atau sifat keperibadian atau
perwatakan yang membezakan di antara seseorang individu dengan individu yang
lain. Istilah personliti berasal daripada perkataan Latin iaitu persona yang
bermaksud topeng muka. Di bawah konteks psikologi pendidikan, personaliti adalah
ditafsirkan dengan pelbagai definisi yang berbeza. Misalnya:
Personaliti merupakan gaya hidup seseorang individu.
(Alder, 1948)
Personaliti sebagai organisasi sistem psikologikal yang dinamik di dalam jiwa
individu. Sistem ini akan menentukan ciri-ciri tingkah laku dan penyesuaiannya
dalam persekitaran.
( Gordon Allport, 1961)
Personaliti sebagai susunan pola-pola tingkah laku manusia yang diaplikasikan
dalam situasi kehidupannya.
( Mischel, 1981)
1
7/29/2019 3991095 Ekstrovert Dan Introvert
2/22
Berdasarkan huraian ketiga-tiga tokoh di atas, personaliti merupkan satu
perbezaan di antara individu yang melibatkan atribut tertentu. Sifat ini mewakili
tingkah laku yang boleh diperolehi melalui pengalaman sendiri atau pengalaman
umum. Selain itu, ia dapat diperhatikan dan dinilai memalui tingkah lakunya di
dalam situasi pada sesuatu ketika.
Menurut Carl Jung 1875-1961, personaliti seseorang individu dapat
dikategorikan kepada tiga iaitu ekstrovert, introvert dan ambivert. Ekstrovert
merupakan seorang individu yang lebih suka kepada dunia luar berbanding dunia
dalam. Individu yang mempunyai sifat ini biasanya terdiri daripada golongan yang
agresif atau aktif di mana mereka suka bersosialisasi dan sering melibatkan diri
dalam pelbagai aktiviti sosial. Mereka menyokong kepada perubahan dan bersifat
optimis. Namun mereka ini tidak boleh diharapkan kerana mereka tidak suka terikat
kepada sesuatu keadaan atau peraturan.
Berbeza dengan introvert pula, individu yang mempunyai personaliti ini adalah
orang yang bersifat pasif, emosional, pendiam dan kurang sosialisasi. Mereka lebih
suka melakukan dan menyiapkan kerja secara individu tanpa mengharapkan
bantuan daripada orang lain. Mereka mempunyai sifat yang serius, pemalu, tidak
mempunyai cita-cita yang tinggi dan kurang mengambil inisiatif. Mereka juga kurang
selesa terhadap perubahan tetapi suka kepada sistem hidup yang teratur atau
sistematik. Oleh yang demikian, mereka ini biasanya selalu mengikut peraturan
yang ditetapkan dan mempunyai disiplin yang tinggi.
2
7/29/2019 3991095 Ekstrovert Dan Introvert
3/22
Jika dikaji dengan sebaik-baiknya, sebenarnya tiada individu yang terdiri
daripada salah satu sifat-sifat di atas tetapi setiap individu itu mempunyai kedua-dua
ciri-ciri personaliti ini. Setiap individu dikatakan mempunyai kedua-dua ciri-ciri ini
kerana mereka akan menunjukkan tingkah laku berdasarkan keadaan atau situasi
pada satu masa tertentu. Apa yang membezakan ialah kadang-kadang individu
dipengaruhi secara dominan daripada salah satu sifat di atas. Gabungan di antara
kedua-dua ciri-ciri ini dinamakan ambivert di mana ia merupakan seoang yang aktif
tetapi sensitif, suka berkawan tetapi memilih bekerja berseorangan, bertutur lancar
tetapi berfikir sebelum bercakap atau memberi pendapat.
Guru berperanan penting dalam membentuk ciri-ciri personaliti yang positif
terhadap murid-muridnya. Berdasarkan beberapa buah kelas yang diajar oleh guru,
sudah tentu terdapat murid yang mempunyai ciri-ciri introvert. Bagi menangani
masalah murid-murid yang mempunyai sifat introvert seperti pemalu, pendiam dan
suka mengasingkan diri, guru hendaklah memastikan keterlibatan murid yang optima
di dalam kelas. Misalnya, bukan sahaja memastikan murid itu menjalankan kerja
sekolah yang diberi malahan murid itu turut menjalankan tugasan yang tidak formal
seperti membersihkan bilik darjah. Ini akan menggalakkan murid itu dapat
bekerjasama dengan rakan yang lain semasa menjalankan tugas.
Selain itu, guru turut memberi peluang kepada murid itu untuk mengedarkan
kertas soalan atau buku latihan. Guru juga melantik golongan murid yang bersifat
introvert ini memegang jawatan penting di dalam kelas seperti ketua kumpulan,
ketua kelas atau pengawas. Keadaan ini akan mendedahkan mereka kepada
proses sosialisasi dengan orang lain dapat membantu atau menggalakkan murid itu
berhadapan dengan rakan-rakannya yang lain.
3
7/29/2019 3991095 Ekstrovert Dan Introvert
4/22
Guru juga haruslah memperbanyakkan aktiviti secara berkumpulan supaya murid
ini akan terdedah dengan tugasan yang dihasilkan secara bekerjasama, koperatif
dan galakkan interaksi dengan rakan kumpulan lain. Secara tidak langsung, rakan-
rakan yang lain juga dapat membantunya supaya lebih yakin ketika bercakap. Guru
juga boleh bertindak sebagai moivatoratau pendorong kepada murid seperti ini.
Guru-guru perlu memberi keyakinan kepada murid supaya berani mencuba sesuatu
dan mempunyai tahap keyakinan yang tinggi untuk berkomunikasi dengan orang
lain. Usaha ini boleh dilakukan dengan memberi bimbingan kaunseling supaya
mereka mudah untuk didekati dan boleh menerima perubahan secara perlahan-
lahan. Selain itu, guru juga boleh melibatkan murid seperti ini dengan aktiviti luar
iaitu sukan atau kokurikulum seperti persatuan, permainan dan kelab di sekolah.
Bagi murid yang lebih dominan bersifat ekstrovert, guru boleh haruslah pandai
mengeksplotasikan kebolehan dan keupayaan murid ini dengan sebaik yang
mungkin. Berdasarkan pemerhatian guru, murid ini terdiri daripada golongan yang
aktif dan cergas sama ada dari segi akademik atau aktiviti luar. Walau
bagaimanapun, golongan inilah juga yang kerap melanggar peraturan sekolah dan
mempunyai masalah disiplin. Oleh yang demikian, bagi menangani sikap murid
seperti ini, guru perlu bersabar dan tidak mengambil tindakan ke arah memberi
hukuman. Memandangkan mereka ini agresif dan bersifat berani, mereka hanya
mementingkan kepuasan terhadap apa yang mereka lakukan dan tidak takut untuk
mengahadapi pelbagai hukuman. Oleh itu, pendekatan untuk memberi hukuman
atau denda adalah kurang sesuai.
4
7/29/2019 3991095 Ekstrovert Dan Introvert
5/22
Guru menggunakan pendekatan kaunseling untuk membentuk personaliti yang
lebih baik dan berdisiplin. Guru boleh bertindak sebagai kawan atau lebih dekat lagi
sebagai ahli keluarga iaitu kakak, abang, emak atau ayah. Golongan ekstrovert ini
suka bergaul dan berkongsi dengan orang lain. Oleh yang demikian, hubungan yang
dijalinkan dengan murid ini bukan setakat sebagai guru dan murid, tetapi bertindak
menjadi orang yang terdekat dalam hidup murid. Keadaan ini akan mewujudkan
keadaan yang lebih selesa untuk berkongsi masalah dengan murid tersebut. Murid
ini juga akan lebih mudah untuk meluahkan permasalahan. Selain itu, murid lebih
senang menerima teguran atau nasihat daripada orang yang mereka anggap lebih
rapat dalam hidup mereka. Hubungan yang rapat di antara murid dan guru akan
memberi kesan yang positif terhadap pembentukan personaliti yang positif.
Secara keseluruhannya, walaupun ciri-ciri personaliti ini dipengaruhi kuat oleh
dua faktor iaitu baka dan persekitaran, ia bukanlah ukuran yang statik terhadap sikap
seorang murid. Guru memainkan peranan penting dalam mempengaruhi ke arah
pembentukan sikap dan ciri-ciri yang positif.
5
7/29/2019 3991095 Ekstrovert Dan Introvert
6/22
(b) Berdasarkan pemerhatian bilik darjah, bincangkan pelbagai mekanisme helah
bela diri yang digunakan oleh murid-murid anda yang mempunyai
* konsep kendiri positif
* konsep kendiri negatif
Beri sebab-sebab bagi tindakan mereka. (2
jam)
Helah bela diri ini berkait rapat dengan ciri-ciri personaliti seorang individu. Ini
kerana menurut Freud, personaliti adalah ciri-ciri dinamik yang mengandungi tiga
komponen iaitu id, ego dan superego yang saling mempengaruhi antara satu sama
lain bagi mengawal tindakan kelakuan manusia. Helah belah diri didorongkan oleh
ego sebagai strategi mental yang digunakan oleh seseorang untuk membela dirinya
daripada ancaman id serta tekanan superego.
Id merupakan satu pusat perasaan yang tidak disedari kerana ia merupakan
satu naluri yang primitive yang sentiasa mencari keinginan dan kepuasan dengan
cara yangtidak mementingkan disiplin, logik, nilai, moral atu etika. Sebaliknya ia
dibendung oleh perasaan tamak dan keadaan ini menimbulkan satu ketegangan
dalam diri sesorang individu. Ego pula merupakan personaliti yang disedari di mana
ia berorentasikan kepada kenyataan. Ia merupakan sambungan daripada id dimana
ia mengarahkan untuk memenuhi sesuatu kehendak dengan memahami dan menilai
kenyataan yang sebenar. Superego pula di anggap sebagai suara hati di mana
terdapat satu dimensi yang menekankan etika dan moral terhadap pencapaian dan
kehendak. Elemen ini jugalah sesuatu yang ideal dan membezakan dari ego.
6
7/29/2019 3991095 Ekstrovert Dan Introvert
7/22
Terdapat dua ciri-ciri utama helah bela diri iaitu ia berfungsi pada tahap di bawah
sedar dan ia mengubah, menidak dan memalsukan persepsi realiti dengan tujuan
untuk mengurangkan kadar ancaman pada seseorang individu. Berdasarkan rajah
di bawah terdapat 11 jenis helah bela diri.
Rajah 3: Jenis-jenis hela bela diri
Berdasarkan jenis-jenis hela bela diri di atas murid-murid akan menujukkan sikap
ini berdasarkan konsep kendiri mereka. Terdapat dua jenis konsep kendiri iaitu
konsep kendiri positif iaitu merupakan seorang individu yang dapat menyesuaikan
diri dengan orang lain serta persekitaran dengan mudah. Sebaliknya konsep kendiri
yang negatif ialah seseorang individu yang mempunyai masalah menerima dirinya
sendiri serta tidak boleh menyesuaikan dirinya dengan orang lain dan persekitaran
dengan baik.
Murid yang mempunyai konsep kendiri yang negatif akan mendorong mereka
untuk menggunakan hela bela diri berdasarkan situasi yang mereka hadapi.
Misalnya, seorang murid itu akan menggunakan hela bela diri seperti represi di
7
Helah bela
1. Represi
2. 3. Projeksi 4. Identifikasi
5. Sublimasi
6. Peindahan
7. Regrasi
9. Pembentukan
reaksi
11.Intelektualisa
10. Fantasi
8.
7/29/2019 3991095 Ekstrovert Dan Introvert
8/22
mana ia akan menghalang pemikiran yang membimbangkan daripada memasuki
pemikiran sedar manusia. Represi dapat membantu masalah harian mereka namun
tidak menghapuskan memori yang tidak diingini dari ingatan sebaliknya akan
menjurus kepada satu masalah yang lebh serius. Contonya, apabila murid itu tidak
menyiapkan kerja rumah mengambil langkah tidak datang ke sekolah dan memberi
alasan bahawa dia sakit. Murid ini cuba menghilangkan kebimbangannya dengan
tidak hadir ke sekolah supaya tidak dimarahi oleh ibu bapanya atau mengelak
daripada denda oleh gurunya. Sungguhpun murid ini hilang kebimbangan pada hari
dia ponteng, namun tindakannya itu tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya
akan menambahkan lagi kesalahan yang dilakukan.
Projeksi ialah tindakan di bawah sedar di mana ia membalikan konflik dalam
dirinya seperti perasaan, pemikiran dan tujuan kepada orang lain. Contohnya
apabila terdapat kumpulan murid bertugas pada hari tertentu dimarahi oleh guru
kelas kerana tidak menjalankan tugas dan kelas kotor. Murid yang mempunyai
kendiri yang negatif akan menggunakan projeksi untuk membela dirinya. Murid ini
akan menyalahkan rakan-rakannya yang lain kerana tidak menjalankan tugas,
walhal murid ini sendiri juga tidak menjalankan tugas. Murid ini bertindak demikian
kerana telah dimarahi oleh gurunya dan situasi ini akan menimbulkan konflik dalam
diri seperti marah dan rasa bersalah.
Konsep projeksi ini juga mempunyai persamaan dengan pemindahan di mana
konflik dan ketidakpuasanhati yang berlaku pada dirinya akan dipindahkan kepada
orang lain. Seperti contoh di atas, murid yang dimarahi oleh gurunya tadi mungkin
akan melepaskan perasaan rasa bersalah dan marah itu kepada rakannya yang lain.
8
7/29/2019 3991095 Ekstrovert Dan Introvert
9/22
Keadaan inilah dinamakan pemindahan iaitu mengubah perhatian daripada situasi
yang mengancam kepada situasi yang lebih menyenangkan.
Seterusnya ialah strategi intektualisasi yang biasanya digunakan oleh murid
yang bersifat pasif dan pendiam. Murid ini tidak banyak bercakap kerana mereka
lebih suka memendam emosi yang tidak menyenangkan dengan menghuraikan
satu-satu situasi menggunakan penaakulan. Keadaan ini memberi kesan yang
negatif iaitu mereka kurang dari segi proses sosialisasi yang akan mewujudkan
jurang dalam perhubungan interpersonal mereka.
Bagi murid yang mempunyai konsep kendiri yang positif, strategi hela bela diri ini
digunakan dengan sebaik yang mungkin. Berdasarkan pemerhatian guru, terdapat
seorang murid yang menggunakan strategi penafian di mana murid ini telah berjaya
menempuhi detik-detik yang sukar dalam hidupnya. Murid ini telah kehilangan ayah
kerana sakit, namun murid ini tetap meneruskan persekolahannya walaupun
menghadapi masalah kewangan. Beberapa bulan kemudian, murid ini sekali lagi
terpaksa menghadapi kenyataan dan takdir dalam hidupnya menjadi anak yatim
piatu. Murid ini telah kehilangan orang yang paling disayanginya iaitu ibu
kandungnya. Dalam keadaan yang begitu payah ini, murid ini tidak berputus asa
dan tetap meneruskan persekolahannya. Ini jelas apabila pada masa yang sama,
murid ini terlibat dengan aktiviti sukan dan merupakan wakil sekolah. Prestasi murid
ini masih boleh dibanggakan sama ada dari segi akademik mahupun aktiviti sukan.
Seterusnya ialah strategi hela bela diri pembentukan reaksi dan
pembentukan fantasi. Seorang murid yang mempunyai konsep kendiri yang positif
menggunakan strategi ini sebagai pemangkin dan motivasi dalam diri.
9
7/29/2019 3991095 Ekstrovert Dan Introvert
10/22
Pembentukan angan-angan dan cita-cita adalah penting supaya murid itu akan
sentiasa berusaha dengan sebaik yang mungkin untuk mencapai apa yang diidam-
idamkan dan merealisasikan impiannya. Berdasaarkan pemerhatian di dalam kelas,
biasanya murid seperti mempunyai idola masing-masing sebagai perangsaan utama
mereka. Misalnya, contoh yang paling ketara ialah apabila terdapat seorang murid
yang aktif dan cemerlang dalam bidang kesukanan seperti bola sepak. Apabila
ditanya oleh guru, apa yang mendorong untuk bermain bola sepak dengan baik,
murid itu menjawab bahawa selain daripada minat terhadap bidang sukan bola
sepak, murid ini juga menyatakan idola pemain bola sepak yang bertaraf dunia iaitu
David Beckham. Murid ini cuba bermain seperti idolanya dan keadaan ini sudah
tentu dapat menyumbang ke arah prestasinya yang cemerlang.
Berikutnya ialah identifikasi, di mana murid ini akan cuba menyesuaikan dengan
menyifatkan dirinya sebagai orang yang diminatinya. Ia digunakan secara tidak
sedar untuk melindungi diri sendiri dan menaikkan harga diri. Keadaan ini biasanya
berlaku apabila murid itu berpindah ke sekolah baru. Murid ini akan cuba
menyesuaikan dirinya dengan persekitaran sekolah baru termasuklah rakan sebaya,
guru-guru, peraturan sekolah dan lain-lain. Murid ini akan berusaha menunjukkan
sikap dan cara yang terbaik supaya dia boleh diterima dan selesa dengan keadaan
persekitaran barunya.
10
7/29/2019 3991095 Ekstrovert Dan Introvert
11/22
5 (a) Banding beza antara lima teori pembelajaran yang telah anda pelajar. Teori
pembelajaran manakah yang biasa anda amalkan dalam bilik darjah anda? Beri
sebab-sebab bagi menyokong pilihan anda.
(2 jam)
Pengenalan
Sesuatu yang dihasilkan dikatakan berkesan dalam sesuatu pengajaran apabila murid-
murid dapat mengikuti, memahami, menghayati dan mengalami perubahan tingkah laku,
pemikiran serta perasaan hasil daripada pengajaran yang diberikan kepadanya. Sistem
pendidikan di alaf baru telah mengalami banyak perubahan seiringan dengan perubahan
dalam masyarakat iaitu dari era pertanian ke era perindustrian dan seterusnya ke era
teknologi maklumat seperti sekarang ( Robert Reich, 1991). Clark dan Solomon 1986,
menyatakan bahawa sudah ada anjakan paradigma dalam pembangunan sistem
pengajaran iaitu dari teori behaviorisme ke kognitif dan ke konstruktivisme seperti dalam
rajah 1.
Rajah 1
Teori Behaviorisme ke Teori Kognitivisme ke Teori Konstruktivisme
11
http://a/TUGASAN4.HTM#r10#r10http://a/TUGASAN4.HTM#r2#r2http://a/TUGASAN4.HTM#r10#r10http://a/TUGASAN4.HTM#r2#r27/29/2019 3991095 Ekstrovert Dan Introvert
12/22
Teori Behaviorisme
Teori Behaviorisme memberi penekanan terhadap perubahan tingkahlaku yang dapat
dilihat dengan jelas bentuknya akibat sesuatu rangsangan ( Skinner, 1985 ). Perkara-
perkara seperti bimbingan, latihan, pemberian ganjaran, pengukuhan dan tunjuk ajar
yang berterusan adalah penting bagi menjamin perubahan tingkah laku yang berkesan
dalam proses penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer.
Menurut Teori Pelaziman Klasik Pavlov, ganjaran atau pengukuhan lisan dapat
mengekalkan minat belajar. Untuk memotivasikan pelajar secara berterusan setiap latih
tubi atau kuiz akan mengambil kira aspek ganjaran seperti baik, bagus dan sebagainya.
Ini menunjukkan sesuatu persembahan yang mempunyai susunan teks yang kemas dan
menarik, penggunaan warna, grafik dan animasi serta kesan bunyi yang berfaedah
dapat memberikan kelebihan menarik minat pelajar dan dapat memberikan pencapaian
ingatan dan pemahaman yang maksimum.
Teori Kognitivisme
Teori ini membawa maksud penambahan pengetahuan dalam ingatan jangka panjang
atau perubahan skema atau struktur pengetahuan ( Gagne 1985 ). Teori ini memberi
tumpuan kepada proses mengetahui dan memperolehi ilmu pengetahuan melalui proses
celik akal iaitu memproses maklumat dengan cara mengadakan perbincangan,
penaakulan, penyelesaian masalah dan aktiviti percambahan fikiran, maklumat-
maklumat ini akan disimpan dan dikeluarkan kembali apabila diperlukan. Contohnya
12
http://a/TUGASAN4.HTM#r11#r11http://a/TUGASAN4.HTM#r4#r4http://a/TUGASAN4.HTM#r11#r11http://a/TUGASAN4.HTM#r4#r47/29/2019 3991095 Ekstrovert Dan Introvert
13/22
murid-murid dikehendaki menyimpan maklumat sifir debit-kredit perakaunan dalam
ingatan jangka panjang.
Teori ini juga berkait rapat dengan proses menyimpan maklumat. Maklumat-maklumat
yang tersimpan di dalam ingatan aseseorang sebenarnya telah melalui empat peringkat
pemerosesan, iaitu:
1. Menerima maklumat.
2. Menyimpan maklumat yang diperolehi ke dalam ingatan jangka pendek.
3. Menyimpan maklumat ke dalam jangka panjang.
4. Mengeluarkan maklumat itu kembali untuk digunakan.
Menurut Crain 1985, mendapati bahawa maklumat yang diproses secara
mendalam dalam ingatan jangka panjang mudah dikeluarkan kembali untuk digunakan.
Teknik tutorial yang akan digunakan akan menerangkan secara terperinci sifir debit-
kredit secara berulangkali dengan contoh yang berlainan.
Teori Konstruktivisme
Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan
bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Mengikut kefahaman
konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boleh dipindahkan daripada guru
kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu
pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil
daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Fikiran murid
13
http://a/TUGASAN4.HTM#r20#r20http://a/TUGASAN4.HTM#r20#r207/29/2019 3991095 Ekstrovert Dan Introvert
14/22
tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti
yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah
mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap
persekitaran mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untik
dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang
sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme.
Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa
pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia
ada murid. Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea
mereka sendiri tentang hampir semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang
salah. Jika kefahaman ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau
kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka
mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru.
John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan
bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga
menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
14
http://a/TUGASAN4.HTM#r8#r8http://a/TUGASAN4.HTM#r8#r8http://a/TUGASAN4.HTM#r8#r8http://a/TUGASAN4.HTM#r8#r87/29/2019 3991095 Ekstrovert Dan Introvert
15/22
Menurut Wittrock 1978, teori ini bermaksud pembelajaran itu mesti generatif,
iaitu mengambil tindakan bagi mencipta sesuatu maksud daripada apa yang mereka
pelajari. Ia memandang realiti sebagai sesuatu yang dikonstrukkan dan pengalaman
menentukan reliti. Pemikiran merupakan satu instrumrn untuk berfikir yang boleh
menginterprestasikan adegan, objek dan persepsi daripada hanya memahami dan
mengingati pengetahuan secara objektif sahaja. Teori ini cuba mereka suasana di mana
pelajar diperlukan untuk menguji proses kefahaman dan membina maksud mereka
sendiri. Pembelajaran adalah aktif, menyelesaikan masalah berdasarkan kepada
penemuan intrinsik. Faktor yang menentukan pembelajaran terdiri daripada sifat-sifat
pelajar itu, pengetahuan sedia ada, motivasi,dan pelbagai tugasan pembelajaran.
Teori Humanistik
Kajian ahli psikologi mendapati bahawa pembelajaran manusia bergantung
kepada emosi dan perasaannya. Mereka juga menegaskan setiap individu itu adalah
unik dan unggul. Di mana ia menunjukkan perbezaan di kalangan individu itu sendiri
termasuklah dari segi cara pembelajaran. Justeru itu, strategi pengajaran dan
pembelajaran haruslah selaras mengikut kehendak dan perkembangan emosi murid-
murid. Mengikut pandangan Abraham Maslow dan Carl Rogers, setiap individu
mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri. Ini jelas
menunjukkan bahawa guru berperanan penting membentuk, menjaga kendiri pelajar
dan memberi bimbingan supaya potensi murid-murid ini dapat diperkembangkan secara
optimum.
15
http://a/TUGASAN4.HTM#r12#r12http://a/TUGASAN4.HTM#r12#r127/29/2019 3991095 Ekstrovert Dan Introvert
16/22
Menurut Carl Rogers, beliau juga turut menekankan proses komunikasi untuk
memahami tingkah laku individu. Oleh yang demikian setiap guru perlulah mempunyai
nilai tahap kecekapan berkomunikasi yang tinggi. Contohnya menggunakan interaksi
dua hala dalam sistem pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Teori Pembelajaran Sosial
Teori ini merupakan hasil gabungan kepada dua teori iaitu teori behavior dan
teori kognitif. Menurut Bandura, teori pembelajaran ini berlaku secara pemodelan
dimana ia berlaku melalui teknik pembelajaran pemerhatian atau peniruan. Ini
berkmakna, dalam aspek pembelajarannya adalah melalui mekanisme pemerhatian
dan pengamatan konsekuensi tingkah laku orang lain untuk menjelaskan tingkah laku
sosial seperti agresif dan kerjasama. Ia juga turut menekankan tiga aspek utama iaitu
individu (proses), persekitaran (enviroment) dan tingkah laku (behavior). Berdasarkan
ketiga-tiga aspek ini, beliau turut mengkategorikan keadaan kepada tiga aspek iaitu
individu sebagai motivasi, persekitaran sebagai rangsangan luaran dan tingkah laku
sebagai perlakuannya.
Dalam teori pembelajaran sosial ini juga, ia boleh diterapkan dalam pelbagai
bidang. Contohnya apabila seseorang guru mengajar mata pelajaran yang
berorentasikan pada pembacaan, pengiraan atau matematik, penulisan, pendidikan
16
7/29/2019 3991095 Ekstrovert Dan Introvert
17/22
muzik, olahraga, dan lain-lain. Pembelajaran secara abstrak adalah kurang sesuai
diimplementasikan dalam teori ini.
Berdasarkan huraian kelima-lima teori pembelajaran di atas, lazimnya saya
sering mengimplementasikan teori pembelajaran sosial di bilik darjah. Ini kerana teori ini
lebih menekankan pembelajaran secara pemerhatian dan pengamatan tingkah laku
yang ditonjolkan oleh murid. Selain itu, teknik pemodelan atau peniruan turut
diketengahkan. Konsep ini adalah amat sesuai diadaptasikan bagi murid sekolah
rendah. Tahap pembelajaran murid sekolah rendah sebenarnya banyak dipengaruhi
melalui aspek konsep lihat dan tiru. Justeru itu, huraian di bawah ini
memperkukuhkan lagi tentang keberkesanan konsep teori ini:
Strategi Teori Pembelajaran Sosial
1. Menyampaikan objektif pembelajaran agar murid dapat bersedia lebih awal.
Guru hendaklah menjelaskan tujuan pembelajaran khusus, informasi asas
pelajaran, pentingnya pelajaran, mempersiapkan murid untuk belajar.
2. Mendemonstrasikan pengetahuan atau ketrampilan.
Guru mendemonstrasikan ketrampilan dengan benar, atau menyampaikan
informasi secara teratur.
3. Membimbing dan memantau latihan.
Guru menerangkan dan memberi bimbingan latihan awal. Dalam memberikan
bimbingan latihan guru perlu:
17
7/29/2019 3991095 Ekstrovert Dan Introvert
18/22
i. Memberikan murid latihan mudah dan bermakna. Memberikan latihan yang
sesuai sehingga murid dapat menguasai topik yang dipelajari.
ii. Memantau tahap-tahap latihan berdasarkan topik-topik sehingga murid dapat
menguasai secara efektif untuk memantapkan pemahaman yang pernah
dipelajari murid.
iii. Menilai pemahaman pembelajaran berdasarkan tindak balas yang
ditunjukkan oleh murid.
(b) Pengetahuan tentang teori-teori pembelajaran adalah penting sebelum proses
pembelajaran. Berdasarkan pengalaman mengajar anda, bincangkan pernyataan
dengan memberi contoh yang sesuai.
(1 jam)
Secara keseluruhan perbincangan kelima-lima teori pembelajaran di atas, teori
memainkan peranan penting semasa perlaksanaan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Pengetahuan tentang teori pembelajaran adalah
merupakan satu kemestian bagi seorang guru. Sebagai seorang pendidik, kita
berperanan untuk membantu murid dalam memfokus proses perhatian dan mental
mereka supaya mereka memperoleh pengetahuan asas dan kemahiran secara
berkesan. Oleh yang demikian, pemebelajaran tentang teori dapat membantu guru
dalam meningkatkan gaya dan kemahiran dalam proses pemgajaran dan pembelajaran.
18
7/29/2019 3991095 Ekstrovert Dan Introvert
19/22
Berdasarkan kepentingan teori pembelajaran behavioris, guru hendaklah
menggunakan rangsangan yang boleh memotivasikan murid supaya berminat belajar,
dan mengelakkan penggunaan rangsangan yang membawa kesan negative. Dalam
proses pengajaran, tingkah laku positif boleh diajarkan dengan rangsangan yang sesuai.
Bagi mengukuhkan apa yang telah dipelajari dalam ingatan, latihan-latihan hendaklah
dilaksanakan secara kerap. Contohnya, guru memotivasikan murid-murid dalam bentuk
intrinsik. Misalnya guru boleh memberi kata-kata dorongan atau semangat dan pujian
setelah murid itu menghasilkan tugasan dengan baik.
Seterusnya melalui pembelajaran teori kognitif pula, guru dapat menggalakan
murid dengan menggunakan akal sepenuhnya dalam penyelesaian masalah dan
mengaitkan pengalaman yang sedia ada dengan pembelajaran baru. Sebagai guru
juga, guru dapat membangkitkan kesediaan pelajar terhadap isi pelajaran yang akan
dipelajari. Selain itu, pemupukan motivasi intrinsik dan meggalakan murid secara aktif
dalam pelajaran. Contohnya, guru haruslah memberi peluang kepada murid untuk
mengeluarkan pendapat atau pandangan mengenai sesuatu topik yang dibincangkan.
Guru hedaklah menerima sebarang pendapat yang diberikan oleh murid dan
mempertimbangkan agar murid merasakan pendapat mereka ini dihargai oleh guru.
Secara tidak langsung, keadaan ini akan mendorong mereka untuk turut serta dalam
perbincangan dan memupuk minat mereka untuk terus belajar.
19
7/29/2019 3991095 Ekstrovert Dan Introvert
20/22
Teori yang berikutnya ialah konstruktivisme di mana guru berperanan sebagai
penolong, pemudah cara dan perancang, sedangkan murid memainkan peranan utama
dalam aktiviti pembelajaran tersebut. Ini bermakna pengalaman dan kesediaan pelajar
adalah faktor penting yang mempengaruhi proses pembelajaran. Teori ini juga
menekankan keutamaan kepada pembelajaran yang menumpukan hasil perolehan dan
pembelajaran. Misalnya, murid perlu membincangkan dan mengupas sesuatu isu
secara berkumpulan di mana mereka perlu menyatakan komen yang bernas. Dalam
perbincangan ini guru hanya bertindak sebagai penolong ataupun perancang. Manakala
murid pula, perlu memainkan peranan utama dalam mengupas isu tersebut.
Berbeza pula dengan teori humanistik, kaedah pengajaran dan pembelajaran
berorentasikan kepada strategi pemusatan murid dan kaedah individu. Dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, guru hendaklah memastikan keperlauan asas murid telah
dipenuhi. Guru mestilah bersifat penyayang dan memupuk nilai kendiri positif di
kalangan murid. Sebagai contoh, keberkesanan pembelajaran bergantung kepada
motivasi intrinsik, bahan pelajaran yang bermakna, selaras dengan objektif murid dan
melibatkan penyertaan murid secara aktif.
Kepentingan teori yang terakhir ialah teori pembelajaran sosial di mana guru
berperanan sebagai model peniruan. Guru menggunakan kaedah demonstrasi dengan
contoh-contoh yang sesuai. Adalah penting bagi guru menyediakan situasi
pembelajaran tanpa gangguan dan menarik perhatian murid dengan motivasi dan
dorongan sesuai. Untuk mengekalkan ingatan murid, demonstrasi hendaklah dilakukan
20
7/29/2019 3991095 Ekstrovert Dan Introvert
21/22
secara berperingkat dan sistematik. Misalnya dalam mata pelajaran Pendidikan seni,
seperti membuat layang-layang, guru boleh menggunakan pendekatan peniruan dan
pemodelan. Guru perlu membawa model layang-layang yang telah disiapkan sebagai
alat bantu mengajar.
Secara keseluruhannya kelima-lima teori ini adalah sangat penting di dalam
proses perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara efektif oleh guru-guru.
Pengadaptasian sesuatu teori hendaklah dilaksanakan mengikut kesesuaian mata
pelajaran, kebolehan,kemahiran dan keupayaan murid dalam bilik darjah. Sebagai
contoh, dalam mereka cipta layang-layang, pendekatan teori pembelajaran adalah
sesuai. Walau bagaimanapun, penggunaan teori ini tidaklah tertumpu kepada satu teori
dalam satu masa sahaja. Guru seharusnya memanipulasi sepenuhnya kesesuaian dan
kelebihan teori tersebut dengan mengimplementasikan teori ini secara maksimum.
Senarai Rujukan
1. Boon Yong Ying & Ragbir Kaur, 1998. Psikologi II . Kuala Lumpur. Fajar Bakti.
2. Mok Soon Sang. 1993. Asas Pedagogi 1 Dalam Pengajaran-Pembelajaran.
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
21
7/29/2019 3991095 Ekstrovert Dan Introvert
22/22
Rujukan Internet
http://www.nhu.edu/trc/cooperative_learning_background.htm
http://129.7.160.115/inst5931/Behaviorism.html
http://www.usask.ca/education/coursework/802papers/Adkins/ABSTRACT.HTM
http://www.ut.ac.id/ol-supp/fkip/pgsm3803/trans.htm
http://www.nhu.edu/trc/cooperative_learning_background.htmhttp://129.7.160.115/inst5931/Behaviorism.htmlhttp://www.usask.ca/education/coursework/802papers/Adkins/ABSTRACT.HTMhttp://www.ut.ac.id/ol-supp/fkip/pgsm3803/trans.htmhttp://www.nhu.edu/trc/cooperative_learning_background.htmhttp://129.7.160.115/inst5931/Behaviorism.htmlhttp://www.usask.ca/education/coursework/802papers/Adkins/ABSTRACT.HTMhttp://www.ut.ac.id/ol-supp/fkip/pgsm3803/trans.htm