Post on 19-Mar-2018
Draf 20012015
1
2.0 Menggunakan Algoritma Melalui Kod Pseudo Dan Carta Alir
TAHUN 6
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Kurikulum Standard Sekolah Rendah
KSSR
Draf 20012015
2
Standard
kandungan:
2.0 Menggunakan Algoritma Melalui
Pseudokod Dan Carta Alir
Standard
pembelajaran:
2.1 Mengenal algoritma, pseudokod dan
carta alir.
2.2 Menerangkan makna simbol (mula dan
tamat, proses, pilihan dan aliran) dalam
carta alir.
2.3 Membuat perkaitan algoritma,
pseudokod dan carta alir dalam aktiviti
harian.
Masa: 60 minit
NOTA RUJUKAN
Apa itu Algoritma, Pseudokod dan Carta Alir?
Sebelum sesuatu atur cara komputer ditulis,
perancangan awal merupakan satu amalan yang
penting. Pembinaan algoritma merupakan perkara
pertama dalam proses pengaturcaraan untuk
menyelesaikan sesuatu masalah.
MODUL P3
Draf 20012015
3
Algoritma ialah satu set aturan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Aturan ini bertertib, jelas dan berkesan untuk menyelesaikan masalah
tersebut.
Pseudokod ialah satu set aturan yang ditulis dalam bahasa tabii untuk
menyelesaikan sesuatu masalah. Ia menunjukkan langkah demi langkah
untuk melaksanakan sesuatu tugas dari mula hingga tamat.
Carta Alir adalah rajah yang mengandungi simbol-simbol geometri yang
disambungkan untuk menunjukkan langkah-langkah penyelesaian
masalah.Setiap simbol mempunyai makna dan fungsi yang tertentu.
SIMBOL MAKNA/FUNGSI PENERANGAN
MULA / TAMAT Mula dan tamat sesuatu aktiviti
PROSES Aktiviti atau proses
PILIHAN Menguji sama ada benar atau
salah
ALIRAN Aliran aktiviti
PENYAMBUNG Menggabungkan aliran yang
berlainan
Draf 20012015
4
Contoh 1: Algoritma
Adakah anda suka makan kuih lapis?Berikut ialah resipi untuk
menghasilkan kuih lapis yang sedap.
Bahan-Bahan:
1 cawan tepung gandum.
2 sudu besar tepung beras.
2 sudu besar tepung jagung.
2 cawan santan pekat.
3/4 cawan gula.
Sedikit garam.
1 sudu minyak masak.
Pewarna merah.
Cara Penyediaan:
1. Masukkan semua bahan kecuali minyak dan pewarna. Kacau
sampai sebati.
2. Kalau ada ketulan tepung,tapiskan ia. Griskan loyang dengan
minyak masak tadi.
3. Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan warnakan satu
bahagian adunan tersebut dengan pewarna merah.
4. Letakkan lapisan pertama dan kukus selama 5 minit. Setiap
lapisan mestilah dikukus selama 5 minit
5. Untuk lapisan terakhir,kukus selama 10 minit.
Sebenarnya resepi tersebut adalah merupakan algoritma yang
mengandungi senarai bahan-bahan masakan dan langkah-langkah
untuk menghasilkan kuih lapis yang lazat. Secara umumnya, algoritma
ialah satu susunan langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah.
Resepi ini juga boleh ditulis dalam bentuk pseudokod dan carta alir.
Draf 20012015
5
Contoh 2: Pseudokod
Pseudokod:
1. Mula.
2. Masuk semua bahan kecuali pewarna dan minyak.
3. Kacau sampai sebati.
4. Tapiskan ketulan tepung.
5. Griskan loyang dengan minyak masak.
6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
7. Warnakan satu bahagian adunan dengan pewarna merah.
8. Letakkan lapisan pertama ke dalam loyang.
9. Kukus selama 5 minit.
10. Letakkan lapisan seterusnya sehingga adunan habis.
11. Setiap lapisan mestilah dikukus selama 5 minit.
12. Untuk lapisan terakhir,kukus selama 10 minit.
13. Tamat.
Pseudokod mempunyai ciri-ciri yang menyerupai algoritma, cuma ia
mengandungi langkah mula dan tamat.Arahan berada dalam setiap
langkah.
Sekarang cuba kita lihat pula bagaimana resepi ini digambarkan
dalam bentuk carta alir.
Draf 20012015
6
Contoh 3: Carta Alir Secara Urutan
Tamat
Letakkan lapisan pertama ke dalam loyang.
Kukuskan setiap lapisan selama 5 minit.
Mula
Kacau sampai sebati.
Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
Warnakan satu bahagian adunan dengan pewarna merah.
Tapiskan ketulan tepung.
Masukkan semua bahan kecuali pewarna dan minyak.
Griskan loyang dengan minyak masak.
Kukuskan lapisan terakhir selama 10 minit.
Draf 20012015
7
PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID
1. Murid telah boleh menulis langkah-langkah bagi aktiviti harian.
2. Murid telah boleh menulis set arahan bagi suatu peralatan digital
dalam melakukan tugasan.
3. Murid telah menguasai kemahiran asas perisian persembahan.
KEPERLUAN PERKAKASAN
1. Set Komputer
2. Kertas Mahjong
3. Pen Marker
4. Blue tack
KEPERLUAN PERISIAN
1. Perisian Persembahan (MS Powerpoint)
2. P3.ppt
Draf 20012015
8
AKTIVITI 1
Jom Ikut Saya!
(Mengenal Algoritma dan Pseudokod dan Carta Alir)
Langkah 1: Baca situasi di bawah dengan teliti.
6 5 4 3 2
7 8 9 10 11 12
18 17 16 15 14 13
19 20
22 23 24
Irwan adalah rakan sekolah anda.Anda menjemput dia
datang ke rumah anda untuk berbincang tentang projek
sekolah. Anda dikehendaki memberi arahan yang jelas
kepada Irwan untuk berjalan ke rumah anda.Irwan di larang
melalui petak yang ada pokok.
Irwan
Rumah anda
Draf 20012015
9
Langkah 2: Tuliskan arahan kepadaIrwansupaya dia boleh sampai ke
rumah anda dengan tepat:
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
TAHNIAH!!! ANDA TELAH BERJAYA
MENGHASILKAN SATU ALGORITMA
Contoh: Bergerak ke petak no 2.
Draf 20012015
10
Langkah 3: Tuliskan arahan-arahan tepat ke rumah anda yang perlu
diikuti oleh Irwan dalam kotak di bawah menggunakan pseudokod:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
TAHNIAH!!! ANDA TELAH BERJAYA
MENGHASILKAN SATU KOD PSEUDO
Draf 20012015
11
Langkah 4: Tuliskan arahan-arahan tepat ke rumah anda yang perlu
diikuti oleh Irwan dalam kotak di bawah menggunakan carta alir:
Draf 20012015
12
AKTIVITI 2
Mengenal Algoritma, Pseudokod dan Carta Alir
Langkah 1:
Guru memaparkan persembahan dari P3.ppt yang
mempunyai contoh-contoh algoritma, pseudokod dan carta
alir.
Langkah 2: Kenal pasti algoritma, pseudokod atau carta alir yang betul
seperti yang dipaparkan oleh guru.
AKTIVITI 3
Menulis Algoritma Bagi Aktiviti Harian Yang Dipilih
Kerja Berkumpulan.
Arahan: Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Langkah 1: Setiap kumpulan senaraikan sekurang-kurangnya lima aktiviti
harian yang melibatkan urutan atau prosedur.
Langkah 2: Pilih satu daripada lima aktiviti tersebut dan tukar dengan
kumpulan lain.
Draf 20012015
13
Langkah 3: Setiap kumpulan dikehendaki menyenaraikan langkah-
langkah atau prosedur bagi aktiviti harian yang mereka
terima. Lakarkan hasil perbincangan dalam format Peta
Pemikiran iTHINK jenis Peta Alir (Flow Map).
Langkah 4: Bentangkan hasil perbincangan di dalam kelas.
AKTIVITI 4
Membina Pseudokod Dan Carta Alir Berdasarkan Algoritma
Mengenali Simbol Pada Carta Alir
Kerja Berkumpulan.
Langkah 1: Berdasarkan AKTIVITI 3, setiap kumpulan dikehendaki
membina pseudokod dan carta alir dengan menggunakan
perisian persembahan.
Draf 20012015
14
AKTIVITI 5
Membuat Perkaitan Antara Algoritma, Pseudokod Dan Carta
Alir
Kerja Individu.
Langkah 1:Terangkan maksud algoritma, pseudokod dan carta alir
menggunakan Peta Pemikiran i-Think jenis Peta Bulatan
(Circle Map)
Draf 20012015
15
PENILAIAN 1
A. Nyatakan sama ada gambar rajah di bawah mewakili algoritma,
pseudokod, carta alir atau tidak berkaitan
Draf 20012015
16
PENILAIAN 2
A. Cari penyataan-pernyataan pada carta alir disediakan yang
diletakkan pada simbol yang salah. Apakah simbol yang betul untuk
penyataan-penyataan tersebut?
Mula
Isi data-data yang diperlukan
Klik butang ‘Langkah seterusnya’
Klik ‘Tunjukkan
akaun saya’
Klik kotak tanda persetujuan
Buka alamat gmail di http://mail.google.com/
Berjaya mencipta emel Gmail
Tamat
Draf 20012015
17
B. Lukis semula carta alir berdasarkan gambar rajah yang diberi
dengan menggunakan simbol yang betul. Nyatakan sebab anda
menggunakan simbol tersebut.
Draf 20012015
18
PENILAIAN 3
A. Nomborkan gambar mengikut urutan yang betul.
Persediaan untuk ke sekolah
B. Tulis pseudokod berdasarkan gambar di atas dengan urutan yang
betul.
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
Draf 20012015
19
C. Susun pseudokod yang diberi ke dalam carta alir mengikut urutan
yang betul.
Penyediaan Ayam Goreng Bersalut Tepung.
Pseudokod Carta Alir
Goreng ayam
Mula
Potong ayam
Hidang ayam goreng
Salut ayam dengan
tepung
Tamat
Gaul ayam dengan
garam
Draf 20012015
20
LAPORAN PENCAPAIAN MURID
Nama Murid:
Tahun:
Kelas
Modul: Pengaturcaraan
Standard
Kandungan:
2.0 Menggunakan Algoritma Melalui Pseudokod dan
Carta Alir.
Standard
Pembelajaran:
2.1 Mengenal Algoritma, Pseudokod dan Carta Alir.
2.2 Menerangkan makna simbol (mula dan tamat,
proses, pilihan, aliran) dalam carta alir.
2.3 Membuat perkaitan algoritma, pseudokod dan
carta alir dalam aktiviti harian.
Bil Perkara yang dinilai Pencapaian Catatan
Ya Tida
k
1 Murid boleh mengenalpasti
algoritma, pseudokod dan carta
alirdaricontoh-contoh yang
diberi.
2 Murid boleh membentuk
algoritma, pseudokod dan carta
alir berdasarkan situasi mudah
yang diberi.
3 Murid boleh menerangkan
makna simbol dalam carta alir
yang dibina.
4 Murid boleh membuat perkaitan
antara algoritma, pseudokod
dan carta alir.
KEPUTUSAN (CAPAI / TIDAK CAPAI)
TARIKH
Draf 20012015
22
Standard
kandungan:
2.0 Menggunakan Algoritma Melalui Kod
Pseudo Dan Carta Alir
Standard
pembelajaran:
2.4 Membezakan aliran secara urutan dan
pilihan tunggal bagi algoritma,
pseudokod dan carta alir.
2.4.1 Membezakan aliran secara urutan
dan pilihan tunggal bagi
algoritma.
2.4.2 Membezakan aliran secara urutan
dan pilihan tunggal bagi
pseudokod.
2.4.3 Membezakan aliran secara urutan
dan pilihan tunggal bagi carta
alir.
2.5 Menulis algoritma berdasarkan situasi
secara urutan dan pilihan tunggal.
Masa: 90 minit
MODUL P4
Draf 20012015
23
NOTA RUJUKAN
Aliran secara urutan dan pilihan tunggal.
Sesuatu masalah biasanya boleh diselesaikan dengan aliran secara
urutan.Aliran secara urutan melibatkan penyelesaian masalah yang
menggunakan langkah-langkah secara tertib. Walau bagaimanapun
bukan semua masalah boleh diselesaikan dengan aliran secara urutan
kerana dalam proses menyelesaikan masalah, kita akan berdepan
dengan situasi yang memerlukan kita membuat pilihan. Dalam modul ini,
hanya pilihan tunggal sahaja yang akan dibincangkan.
Contoh 1: Algoritma, Pseudokod dan Carta Alir Bagi Aliran Secara Urutan
Situasi:
Siti akan mengadakan majlis harilahir di rumahnya. Dia telah
menyediakan atur cara majlis seperti berikut. Bilangan jemputannya
adalah seramai 25 orang.
Atur cara:
4.00 petang Ketibaan tetamu dan rakan-rakan.
4.30 petang Ucapan selamat datang.
4.45 petang Nyanyian dan pemberian hadiah.
5.00 petang Upacara memotong kek.
5.30 petang Permainan meniup belon
Draf 20012015
24
6.00 petang Cabutan bertuah dan permainan.
7.00 petang Majlis berakhir.
Pseudokod:
1. Mula
2. Menyambut ketibaan tetamu dan rakan-rakan
3. Memberi ucapan selamat datang
4. Menyanyi
5. Menerima hadiah
6. Memotong kek
7. Memulakan permainan meniup belon
8. Mencabut nombor bertuah
9. Majlis berakhir
10. Tamat
Draf 20012015
25
Carta Alir
Tamat
Mencabut nombor bertuah
Majlis berakhir
Mula
Memberi ucapan selamat datang
Memotong kek
Memulakan permainan
Menyanyi
Menyambut ketibaan tetamu dan rakan-rakan
Menerima hadiah
Draf 20012015
26
Contoh 2:Algoritma, Pseudokod dan Carta Alir Bagi Aliran Pilihan Tunggal
Pilihan tungal berlaku dalam situasi di bawah apabila pembekal belon
tidak dapat membekalkan belon dalam majlis. Penulisan Pseudokod akan
memasukkan/menunjukkan syarat pada pilihan tunggal pada atur cara
Permainan Meniup Belon.
Situasi:
Siti akan mengadakan majlis hari lahir di rumahnya. Permainan meniup
belon dan merebut kerusi telah disediakan untuk para tetamu. Bilangan
jemputannya adalah seramai 25 orang.
Atur cara:
4.00 petang Ketibaan tetamu dan rakan-rakan.
4.30 petang Ucapan selamat datang.
4.45 petang Nyanyian dan pemberian hadiah.
5.00 petang Upacara memotong kek.
5.30 petang Permainan meniup belon
6.00 petang Cabutan bertuah
7.00 petang Majlis berakhir.
Pseudokod:
1. Mula
2. Menyambut ketibaan tetamu dan rakan-rakan
3. Memberi ucapan selamat datang
4. Menyanyi
5. Menerima hadiah
6. Memotong kek
7. Jika ada belon
7.1 Memulakan permainan meniup belon
8. Mencabut nombor bertuah
9. Majlis berakhir
10. Tamat
Draf 20012015
27
Carta Alir
Ya
Tidak
Memulakan permainan
meniup belon
Belon?
Tamat
Majlis berakhir
Mencabut
nombor
bertuah
Mula
Memberi ucapan selamat datang
Menerima hadiah
Memotong kek
Menyanyi
Menyambut ketibaan tetamu dan rakan-rakan
Draf 20012015
28
PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID
4. Murid telah mengenal Algoritma, Pseudokod dan Carta Alir.
5. Murid telah mengetahui makna simbol (mula dan tamat, proses,
pilihan, aliran) dalam carta alir.
6. Murid telah mengetahui cara membina algoritma, pseudokod dan
carta alir secara urutan.
KEPERLUAN PERKAKASAN
5. Set Komputer
6. Kertas Mahjong
7. Pen Marker
8. Blue tack
9. Kertas Nombor/Kad Nombor
10. Pensel Warna
KEPERLUAN PERISIAN
3. Perisian Aplikasi
Draf 20012015
29
AKTIVITI 1
Permainan ‘FROZEN’
Langkah 1:Setiap murid akan mendapat sekeping kertas/kad yang
mengandungi satu nombor.
Langkah 2:Murid diminta untuk tidak menunjukkan kertas/kad yang
mengandungi nombor tersebut kepada murid lain.
Langkah 3:Apabila guru meniupkan wisel atau berkata GERAK, murid
akan bergerak secara bebas sambil membawa kertas yang
mengandungi nombor tersebut.
Langkah 4:Apabila guru meniupkan wisel sekali lagi atau berkata
BERHENTI, murid akan berhenti dan membandingkan kertas/kad yang
mengandungi nombor tersebut dengan rakan disebelah kanannya. Jika
nombor salah seorangnya lebih kecil maka murid yang memegang
nombor kecil itu akan dibekukan atau FROZEN dan tidak boleh bergerak
ke mana-mana.
Langkah 5:Ulangi LANGKAH 3 dan LANGKAH 4. Pemenang adalah murid
yang memegang nombor yang terbesar.
Langkah 6:Cuba anda tuliskan algoritma permainan tadi.
Draf 20012015
30
AKTIVITI 2
Membina algoritma,
pseudokod dan carta alir bagi aliran secara urutan.
Langkah 1: Guru memberikan satu situasi kepada murid.
Satu sesi perkhemahan perdana unit beruniform bagi murid
tahap dua akan diadakan pada hujung tahun ini.
Perkhemahan tersebut akan diadakan di sebuah hutan
rekreasi. Murid dikehendaki mendaftarkan diri di sekolah
pada pukul tujuh pagi. Semua murid dikehendaki menaiki
bas yang telah disediakan. Apabila tiba di tempat
perkhemahan, murid dikehendaki berkumpul di tapak
perkhemahan bagi melihat demontrasi pemasangan
khemah. Seterusnya, murid akan memasang khemah.
Setelah siap, murid akan mengemaskan barang-barang
mereka di khemah masing-masing.
Draf 20012015
31
Langkah 2:
Murid melengkapkan algoritma.
di sekolah pada pukul tujuh pagi.
Semua murid dikehendaki yang
disediakan.
Tiba di .
Murid di tapak perkhemahan.
Melihat pemasangan khemah.
Murid .
Setelah siap, murid barang-barang
mereka di khemah masing-masing.
Draf 20012015
32
Langkah 3: Murid-murid menyusun semula ayat-ayat untuk
menghasilkan pseudokod yang bertertib.
mula
mendaftarkan diri
menaiki bas
berkumpul di tapak perkhemahan
tiba di tempat perkhemahan
melihat demontrasi pemasangan khemah
memasang khemah
mengemaskan barang-barang
tamat
Draf 20012015
33
Langkah 4: Murid melengkapkan carta alir.
Mendaftarkan diri
Menaiki bas Berkumpul di tapak perkhemahaan
Melihat demonstrasi
Memasang khemah
Mengemaskan barang dalam khemah
Mula
Tamat
Draf 20012015
34
AKTIVITI 3
LAMPU ISYARAT
Cuba anda perhatikan bagaimana LAMPU ISYARAT bekerja secara
urutan.Terdapat EMPAT urutan yang perlu anda ketahui. Warnakan LAMPU
ISYARAT di bawah untuk mengetahui bagaimana ianya bertukar
mengikut urutan!
Langkah 1:Anda hendaklah mewarnakan LAMPU ISYARAT yang menyala
sahaja mengikut urutan dalam rajah di bawah:
Langkah 2:Lengkapkan jadual di bawah berdasarkan urutan LAMPU
ISYARAT yang telah anda warnakan di LANGKAH 1.
Draf 20012015
35
Langkah 3: Cuba anda fikirkan bagaimana LAMPU ISYARAT yang boleh
memaparkan kiraan digital sebelum berubah kepada warna seterusnya.
Langkah 4: Cuba anda fikirkan bagaimana LAMPU ISYARAT anda
boleh digunakan di tempat murid sekolah menyeberang
jalanraya. Sila gunakan pilihan tunggal untuk situasi jika ada
murid hendak menyeberang jalan. Adakah anda perlu
mengubah arahan kepada LAMPU ISYARAT anda?
Cuba tuliskan dalam bentuk PSEUDOKOD
1. Mula
2. MERAH menyala 5 Minit
Draf 20012015
36
AKTIVITI 4
Membina algoritma,
pseudokod dan carta alir bagi aliran pilihan tunggal.
Langkah 1: Guru memberikan satu situasi kepada murid.
Satu sesi perkhemahan perdana unit beruniform bagi murid
tahap dua akan diadakan pada hujung tahun ini.
Perkhemahan tersebut akan diadakan di sebuah hutan
rekreasi. Murid dikehendaki mendaftarkan diri di sekolah
pada pukul tujuh pagi. Semua murid dikehendaki menaiki
bas yang telah disediakan. Apabila tiba di tempat
perkhemahan, murid dikehendaki berkumpul di tapak
perkhemahan. Bagi murid yang telah menguasai
kemahiran pemasangan khemah, mereka akan terus
memasang khemah. Bagi murid yang belum menguasai
kemahiran pemasangan khemah, mereka dikehendaki
melihat demontrasi terlebih dahulu sebelum memasang
khemah. Setelah siap, murid akan mengemaskan barang-
barang mereka di khemah masing-masing.
Langkah 2: Murid diminta membina algoritma berdasarkan situasi
di atas.
Langkah 3: Murid diminta membina pseudokod berdasarkan algoritma
yang dibina.
Langkah 4: Murid diminta menghasilkan carta alir berdasarkan
algoritma situasi di atas.
Draf 20012015
37
PENILAIAN 1
A. Nyatakan jenis aliran bagi algoritma di bawah.
Siti ada seekor kucing. Setiap
hari, selepas pulang dari sekolah
dia memberi makan kepada
kucing itu selepas
memandikannya. Namun pada
suatu hari, Siti balik lewat dari
sekolah. Kucing itu kelihatan
tidak comot, maka Siti tidak
memandikannya. Kucing itu terus
diberi makan.
Siti ada seekor kucing. Pada
setiap hari, selepas pulang dari
sekolah dia memberi makan
kepada kucing itu selepas
memandikannya.
Draf 20012015
38
PENILAIAN 2
B. Ali: Ayah, ingat tak hari jadi saya minggu hadapan?
Bapa :Oh, ingat! Apa hadiah yang kamu mahu?
Ali : Saya inginkan kek dan sepasang kasut sukan Adidas.
Bapa : Kek itu sudah pasti boleh ayah belikan. Kasut sukan Adidas itu
ayah akan beli kalau dapat bonus.
Tulis algoritma berdasarkan dialog di atas.
Draf 20012015
39
PENILAIAN 3
D. Susun pseudokod yang diberi ke dalam carta alir mengikut urutan
yang betul.
Penyediaan Ayam Goreng Bersalut Tepung.
Pseudokod Carta Alir
Goreng ayam
Mula
Potong ayam
Hidang ayam goreng
Salut ayam dengan
tepung
Tamat
Gaul ayam dengan
garam
Draf 20012015
40
E. Susun pseudokod yang diberi ke dalam carta alir mengikut urutan
yang betul.
Penyediaan Ayam Goreng.
Pseudokod Carta Alir
Goreng ayam
Jika mahu rangup
Mula
Potong ayam
Hidang ayam goreng
Tamat
Salut ayam dengan
tepung tempura
Gaul ayam dengan
garam
Draf 20012015
41
LAPORAN PENCAPAIAN MURID
Nama Murid:
Tahun:
Kelas
Modul: Pengaturcaraan
Standard
Kandungan:
2.0 Menggunakan Algoritma Melalui Pseudokod dan Carta
Alir.
Standard
Pembelajaran:
2.4 Membezakan aliran secara urutan dan pilihan tunggal
bagi algoritma, pseudokod dan carta alir.
2.4.1 Membezakan aliran secara urutan dan pilihan
tunggal bagi algoritma.
2.4.2 Membezakan aliran secara urutan dan pilihan
tunggal bagi pseudokod.
2.4.3 Membezakan aliran secara urutan dan pilihan
tunggal bagi carta alir.
2.5 Menulis algoritma berdasarkan situasi secara urutan dan
pilihan tunggal.
Bil Perkara yang dinilai Pencapaian Catatan
Ya Tidak
1 Murid boleh membezakan aliran
secara urutan dan pilihan tunggal
bagialgoritma, pseudokod, dan carta
alir yang diberi.
2 Murid boleh membentuk algoritma,
pseudokod dan carta alir bagi aliran
secara urutan dan pilihan tunggal
berdasarkan situasi yang diberi.
3 Murid boleh menukarkan pseudokod
kepada carta alir.
KEPUTUSAN (CAPAI / TIDAK CAPAI)
TARIKH
Nama Guru: Tandatangan &
Tarikh
Disahkan oleh: Tandatangan &
Tarikh
Draf 20012015
42
Standard
kandungan:
2.0 Menggunakan Algoritma Melalui Kod
Pseudo Dan Carta Alir
Standard
pembelajaran:
2.6 Memisahkan pseudokod kompleks
kepada kod psuedo secara urutan dan
pseudokod secara pilihan tunggal
2.7 Menggabungkan carta alir urutan dan
carta alir pilihan tunggal secara logik
2.8 Menyediakan algoritma, pseudokod dan
carta alir dalam menyelesaikan satu
masalah yang diberi.
Masa: 90 minit
NOTA RUJUKAN
Pseudokod kompleks
Apabila sesuatu situasi mempunyai pelbagai arahan dan aktiviti, maka
situasi itu dikatakan sebagai kompleks.Begitu juga dengan pseudokod.
Pseudokod yang kompleks merupakan gabungan beberapa pseudokod
aliran secara urutan dan pseudokod secara pilihan tunggal.
MODUL P5
Draf 20012015
43
Carta alir secara urutan dan carta alir pilihan tunggal apabila
digabungkan akan menghasilkan satu carta alir yang menggambarkan
satu situasi yang kompleks. Walau bagaimanapun gabungan tersebut
mestilah logik.Carta alir tersebut adalah tersusun secara tertib dan boleh
diterima akal.
Contoh 1: Memisahkan pseudokod kompleks kepada pseudokod aliran
secara urutan dan secara pilihan tunggal
Pseudokod kompleks
1. Mula.
2. Berkumpul di sekolah.
3. Bertolak dengan bas.
4. Jika cuaca baik,
4.1 melawat ke Zoo Negara
4.2 melawat ke Muzium Negara.
5. Jika cuaca tidak baik,
5.1 melawat ke Muzium Negara.
6. Makan tengah hari di Muzium Negara.
7. Jika bilangan murid lebih daripada 40 orang,
7.1 pecah kepada dua kumpulan.
7.1 bersedia dalam kumpulan.
8. Jika bilangan murid kurang daripada 40 orang,
8.1 bersedia dalam kumpulan.
9. Meneruskan lawatan di Muzium Negara.
10. Jika belum pukul 4 petang,
10.1 menonton persembahan multimedia
10.2 menonton pertunjukan wayang kulit
11. Jika masa telah mencecah pukul 4 petang,
11.1 menonton pertunjukan wayang kulit
12. Balik
Draf 20012015
44
13. Tamat
Pseudokod aliran secara urutan:
11. Mula
12. Berkumpul di sekolah.
13. Bertolak dengan bas.
14. Melawat ke Muzium Negara
15. Makan tengah hari
16. Bersedia dalam kumpulan
17. Menonton pertunjukan wayang kulit
18. Balik
19. Tamat
Pseudokod aliran secara pilihan tunggal pertama:
1. Mula
2. Jika cuaca baik,
2.1 melawat ke Zoo Negara
2.2 melawat ke Muzium Negara.
3. Jika tiada hujan
3.1 melawat ke Muzium Negara.
4. Tamat
Pseudokod aliran secara pilihan tunggal kedua:
1. Mula
Draf 20012015
45
2. Jika bilangan murid lebih daripada 40 orang,
2.1 pecah kepada dua kumpulan.
2.2 bersedia dalam kumpulan.
3. Jika bilangan murid kurang daripada 40 orang,
3.1 bersedia dalam kumpulan.
4. Tamat
Pseudokod aliran secara pilihan tunggal ketiga:
1. Mula
2. Jika belum pukul 4 petang,
2.1 menonton persembahan multimedia
2.2 menonton pertunjukan wayang kulit
3. Jika masa telah mencecah pukul 4 petang,
3.1 menonton pertunjukan wayang kulit
4. Tamat
Draf 20012015
46
Contoh 2: Carta alir secara tunggal dan carta alir pilihan tunggal
Pergi Panggung Wayang
Makan di restoran
Lapar?
Tonton Wayang
Beli Tiket
Ada Tiket?
Ya
Ya
Tidak
Tidak
Mula
Pergi Muzium Negara
Naik bas
Makan Tengahari
Tonton wayang
Tamat
Draf 20012015
47
Mula
Pergi Panggung Wayang
Naik bas ke bandar
Tonton Wayang
Beli Tiket Ada
Tiket?
Tidak
Ya
Pergi Panggung Wayang
Makan di restoran Lapar?
Tamat
Draf 20012015
48
PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID
7. Murid telah mengenal Algoritma, Pseudokod dan Carta Alir.
8. Murid telah mengetahui makna simbol (mula dan tamat, proses,
pilihan, aliran) dalam carta alir.
9. Murid telah mengetahui cara membina algoritma, pseudokod dan
carta alir secara urutan.
KEPERLUAN PERKAKASAN
11. Set Komputer
12. Kertas Mahjong
13. Pen Marker
14. Blue tack
KEPERLUAN PERISIAN
4. Perisian Aplikasi
AKTIVITI 1
Membina pseudokod
aliran secara urutan dan secara pilihan tunggal.
Langkah 1: Guru memberikan satu pseudokod kompleks kepada murid.
Pseudokod kompleks
1. Mula.
2. Balik ke kampung
3. Jika lebih daripada empat orang,
3.1 sewa kereta
3.2 bertolak
4. Jika kurang daripada empat orang,
Draf 20012015
49
4.1 bertolak
5. Memandu kereta balik ke kampung.
6. Jika kesuntukan masa,
6.1 menggunakan tol
6.2 perjalanan balik ke kampung
7. Jika tidak kesuntukan masa,
7.1 perjalanan balik ke kampung.
8. Tiba
9. Jika lapar,
9.1 makan malam
9,2 rehat
10. Jika tidak lapar,
10.1 rehat
11. Berbual-bual dengan ahli keluarga
12. Tamat
Langkah 3:Murid diminta membina pseudokod aliran secara urutan
berdasarkan kod pseudo kompleks yang diberi.
Langkah 4:Murid diminta membina pseudokod aliran secara pilihan
tunggal berdasarkan kod pseudo kompleks yang diberi.
Draf 20012015
50
AKTIVITI 2
Membina carta alir urutan dan carta alir pilihan tunggal.
Langkah 1:Murid diminta menghasilkan carta alir urutan dan carta alir
pilihan tunggal berdasarkan pseudokod di atas.
Langkah 2:Murid diminta menggabungkan carta alir urutan dan carta alir
pilihan tunggal yang dihasilkan di atas.
AKTIVITI 3
Membina carta alir urutan dan carta alir pilihan tunggal.
Langkah 1:Murid dimintamembaca perenggan di bawah.
Hari ini cuti hujung minggu. Hanna pergi ke rumah Pak Mat. Walaupun
tinggal dalam kawasan perumahan, Pak Mat ada menanam sayur di
kawasan tanah lapang yang berhampiran rumah. Pagi ini, Hanna ingin
membantu Pak Mat menanam cili. Mula-mula batas sepanjang dua
meter akan dibina. Tanah batas digemburkan dengan menggunakan
cangkul. Apabila batas telah siap, lubang kecil dibuat untuk
memasukkan anak benih cili yang telah disemai terlebih dahulu. Hanya
anak benih yang sihat sahaja yang akan ditanam. Kemudian sedikit baja
diletakkan dan batas tersebut disiram dengan air. Hanna merasa begitu
teruja sehingga terfikir untuk menanam cili sekiranya diberi keizinan oleh
ibubapanya.
Langkah 2: Berdasarkan algoritma di atas, bina pseudokod dan carta alir.
Draf 20012015
51
PENILAIAN 1
Nyatakan jenis aliran bagi pseudokod di bawah.
1. Mula
2. Pendaftaran
3. Berkumpul
4. Taklimat
5. Lulus uji bakat
6. Menjadi ahli
7. Tamat
1. Mula
2. Pendaftaran
3. Berkumpul
4. Taklimat
5. Uji bakat
6. Jika tidak lulus,
6.1 latihan
6.2 menjadi ahli
7. Jika lulus,
7.1 menjadi ahli
8. Tamat
Draf 20012015
52
PENILAIAN 2
C. Berdasarkan pseudokod kompleks yang diberi, nyatakan berapa
pseudokod aliran secara urutan dan secara pilihan tunggal yang
ada.
Pseudokod kompleks
1 Mula.
2 Pergi membeli-belah
3 Jika hendak cepat,
3.1 menaiki monorail
3.2 berjalan kaki
4 Jika tidak hendak cepat,
4.1 berjalan kaki
5 Tiba di destinasi.
6 Mula membeli-belah.
7 Jika semua ialah perempuan,
7.1 membeli baju
7.2 membeli kasut
8 Jika bukan semua ialah perempuan,
8.1 membeli kasut
9 Makan tengah hari.
10 Balik
11 Tamat
Pseudokod aliran secara urutan =
Pseudokod aliran secara pilihan tunggal =
Draf 20012015
53
B. Berdasarkan pseudokod kompleks yang diberi, binakan pseudokod
aliran secara urutan dan pseudokod aliran secara pilihan tunggal.
Pseudokod aliran secara urutan
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
Pseudokod aliran secara pilihan tunggal pertama
1.
2.
2.1
2.2
3.
Draf 20012015
56
PENILAIAN 4
A. Pelbagai aktiviti berlaku dalam kehidupan kita. Adakalanya kita
perlu membuat pilihan atau keputusan. Cuba ingat kembali satu
situasi yang pernah anda lalui. Tuliskan situasi tersebut. Nyatakan
berapa aktiviti yang berlaku? Aktiviti yang manakah memerlukan
anda membuat pilihan?
Seterusnya, berdasarkan situasi yang ditulis, bina algoritma, pseudokod
dan carta alir.
Draf 20012015
57
LAPORAN PENCAPAIAN MURID
Nama Murid:
Tahun:
Kelas
Modul: Pengaturcaraan
Standard
Kandungan:
2.0 Menggunakan Algoritma Melalui Pseudokod dan
Carta Alir.
Standard
Pembelajaran:
2.6 Memisahkan pseudokod kompleks kepada kod
psuedo secara urutan dan pseudokod secara
pilihan tunggal
2.7 Menggabungkan carta alir urutan dan carta alir
pilihan tunggal secara logik
2.8 Menyediakan algoritma, pseudokod dan carta
alir dalam menyelesaikan satu masalah yang
diberi.
Bil Perkara yang dinilai Pencapaian Catatan
Ya Tidak
1 Murid boleh mengenal pasti
pseudokod secara urutan dan
secara pilihan tunggal.
2 Murid boleh membentuk
pseudokod secara urutan dan
secara pilihan tunggal.
3 Murid boleh membentuk carta alir
urutan dan carta alir pilihan
tunggal.
4 Murid boleh melukis gabungan
carta alir urutan dan carta alir
pilihan tunggal
KEPUTUSAN (CAPAI / TIDAK CAPAI)
TARIKH