Post on 14-Apr-2018
7/27/2019 1. Kesultanan Brunei
1/17
Nama Ahli Kumpulan: Low Jian Hao
Ooi Choon Tat
Ang Yong Kiang
Nama Pensyarah: En. Azhar
*
7/27/2019 1. Kesultanan Brunei
2/17
*Mengikut pandangan para sejarawan, sebuahkerajaan Hindu yang digelar sebagaiPo-ni atauPo-li
oleh orang China telah pun wujud di Brunei sebelum
Kesultanan Brunei.
*Kerajaan awal itu dipercayai ditubuhkan oleh satu
puak yang dikenali sebagai Bisaya yang datang dari
Jawa atau Sumatera dan puak ini kemudiannya telah
mendiami di kawasan sekitar kuala Sungai Brunei.*Berdasarkan catatan China, Kerajaan brunei pernah
menghantar utusan ke China pada tahun 517 .M. ,
522 .M. , 616 .M. , 630 .M. dan 699 .M..
7/27/2019 1. Kesultanan Brunei
3/17
*Orang-orang Arab pula telah mengenali Brunei
sekitar abad ke-10 .M.. Buktinya, Nakhoda al-Bozrg
ibn Syahriyar dalam bukunya Ajaib al Hindi pada
tahun 977 pernah mencatatkan tentang Kampung Air
yang terletak di kuala Sungai Brunei.
*Kerajaan Brunei ini pernah ditakluki oleh empayar
Srivijaya pada awal abad ke-9 serta pernah dijajaholeh empayar Majapahit tetapi akhirnya berjaya
membebaskan diri dan kembali sebagai sebuah
negeri yang penting.
*Menurut buku Sejarah dan Tamadun Islam di Asia
Tenggara, karya Saifullah dan Samsu, dipercayai
bahawa agama Islam telah masuk ke Brunei jauh
sebelum tahun 1368 .M..
7/27/2019 1. Kesultanan Brunei
4/17
*Namun, pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad
Syah (1363-1402) agama Islam barulah dijadikan
sebagai agama rasmi bagi seluruh negara.*Walau bagaimanapun, ada pendapat juga tentang raja
pertama Brunei memeluk agama Islam adalah pada
tahun 1402 setelah pemerintahan Awang Alak
Bertabah.
*Kesultanan Brunei mencapai puncak kejayanya pada
zaman pemerintahan Sultan Bolkiah (1485-1524).
Ketika itu, kekuasaan Brunei semakin luas dariSarawak, Sabah, Kepulauan Sulu hinggalah ke hujung
barat laut Kalimantan.
7/27/2019 1. Kesultanan Brunei
5/17
*Pengaruh Sultan juga tersebar hingga ke
Filipina dan memasukkan Teluk Manila dalam
wilayah takluk Brunei pada masa itu.*Sultan Bolkiah juga menjalinkan hubungan
baik dengan Raja Jawa serta Raja Melaka dan
telah mewujudkan kemakmuran di Brunei.*Kemakmuran ini dinikmati oleh semua rakyat
di Brunei dan hampir semua rakyat pada masa
itu memiliki rumah kayu yang berdiri di atas airyang sebagai simbol kehidupan megah pada
masa itu.
7/27/2019 1. Kesultanan Brunei
6/17
*Sistem pemerintahan Brunei adalah sistem
monarki mutlak. Sultan Hassanal Bolkiah
yang gelarannya diturunkan dalam wangsa
yang sama sejak abad ke-15 ialah ketua
negara dan ketua kerajaan Brunei.
*Walaupun baginda secara berkesan
merupakan pemerintah tertinggi tetapi
baginda ada juga dinasihati oleh beberapa
majlis dan sebuah kabinet menteri.
7/27/2019 1. Kesultanan Brunei
7/17
*Catatan Cina abad ke-11 Masihi mengatakan bahawa
hasil utama Brunei ialah kapur barus, setanggi, lilin
kuning, kulit penyu, dan mutiara.
*Saudagar-saudagar dari Timur dan Barat turut ditarikoleh kemakmuran dan kekayaannya serta telah
menjalankan perdagangan di pelabuhan Brunei itu.
*Sultan Bolkiah juga membuat perjanjianperdagangan dengan pihak Portugis.
7/27/2019 1. Kesultanan Brunei
8/17
*Pengganti Sultan Bolkiah oleh puteranya dengan gelaran
Sultan Abdul kahar. Pada era pemerintahan baginda,
sisa-sisa angkatan Ferdinand Magellan yang dipimpinoleh Sebastian del Cano telah sampai dan singgah di
Brunei sekitar tahun 1521 .M..
*Pada masa pemerintahan Sultan Abdul Kahar ini Brunei
telah didatangi oleh orang Portugis untuk berdagang dandikatakan pada masa itu Brunei merupakan pelabuhan
yang maju dan besar.
*Sekitar tahun 1521 .M., penduduknya mengikut AntoniaPigafetta berjumlah lebih kurang 100 000 orang.
7/27/2019 1. Kesultanan Brunei
9/17
*Pada tahun 1530 .M.. Sultan Abdul Kahar telah
mangkat dan digantikan oleh puteranya Sultan Saiful-
Rijil dan pada masa pemerintahan baginda, Brunei
telah berkonflik dengan Sepanyol dan Brunei telah
memasuki zaman kemerosotan.
7/27/2019 1. Kesultanan Brunei
10/17
*Pada abad ke-16, Brunei merupakan sebuah
negara yang makmur dan kaya.
*Saudagar dari China, Melaka, Majapahit dan
Barat datang berdagang di Brunei.*Kegemilangan Brunei itu telah menarik minat
Sepanyol untuk menaklukinya.
7/27/2019 1. Kesultanan Brunei
11/17
*Brunei merosot selepas pemerintahan Sultan Hassan
iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Saiful-Rijal,
Brunei telah mula berkonflik dengan orang Sepanyol.Sebab-sebab merosot:
Perebutan kuasa antara waris diraja
Pertelingkahan dalam kalangan pembesar-pembesarKegiatan lanun di sekitar laut Brunei.
Kemunculan kuasa penjajah Eropah di rantau sebelah
sini yang menggugat corak perdagangan tradisi sertamemusnahkan asas ekonomi Brunei selain negara-
negara lain di Asia Tenggara.
7/27/2019 1. Kesultanan Brunei
12/17
Tahun 1565
Sepanyol datang ke kepulauan Filipina.
Tahun 1571
Sepanyol telah berjaya menawan Manila yang di bawahpenguasaan Brunei.
Manila dijadikan sebagai pusat perdagangan, pertahan,
dan mengembangkan agama Kristian.
1576
Gabenor Sepanyol di Manila menghantar wakil untukberbincang dengan Brunei yang berkaitan dengan isu agama.
Tuntutan Sepanyol:- Brunei tidak menyebarkan dakwah Islam di Filipina kerana
dianggap mengganggu kegiatan menyebarkan ajaran Kristiandi sana.
Membenarkan para pendakwah Kristian menyebarkan agama
Kristian di Brunei.
l i d
7/27/2019 1. Kesultanan Brunei
13/17
Tahun 1578
Sepanyol menyerang Brunei denganbantuan Pangeran Seri Lela dan PangeranSeri Ratna kerana tuntutan tersebut ditolakdengan tegas oleh Sultan Brunei.
Sepanyol berjaya menggalahkan Bruneidan Sultan melarikan diri ke Meragangdan kemudiannya ke Jerudong.
Tahun 1579
Pangeran Bendahara Sakam yang setia kepadaSultan telah bertahan di Puala Ambok dan sambilmengumpul pengikut-pengikut.
Pangeran Bendahara Sakam menyerang balas danberjaya mengusir Sepanyol dari Brunei.
7/27/2019 1. Kesultanan Brunei
14/17
*Pada tahun 1658, Sultan Brunei menghadiahkan
kawasan timur laut Kalimantan kepada Sultan Sulu
di Filipina Selatan sebagai penghargaan terhadapSultan Sulu kerana membantu menyelesaikan perang
saudara antara Sultan Abdul Mubin dengan Pangeran
Mohidin.
*Menjelang abad ke-18, kekuasaan brunei terhadapkawasan-kawasan di bahagian utara mula lemah.
*Dengan itu, Sultan Sulu telah mengambil
kesempatan tersebut untuk mengisytiharkankemerdekaannya.
7/27/2019 1. Kesultanan Brunei
15/17
*Pada tahun 1839, James Brooke telah datang ke
Sarawak dan menjadi raja di situ serta menyerang
Brunei sehinggalah Brunei kehilangankekuasaannya ke atas Sarawak.
*Pada masa yang sama, Syarikat Borneo Utara
British (SBUB) juga meluaskan pengaruhnya diSabah.
*Akhirnya, pada tahun 1888, Brunei telah menjadi
sebuah negeri di bawah perlindungan kerajaan
British dengan mengekalkan kedaulatan dalamnegerinya namun hal ehwal luar negara adalah di
bawah kawalan British.
7/27/2019 1. Kesultanan Brunei
16/17
*
Ahmad Jelani Halimi, (2008). Sejarah dan
Tamadun Bangsa Melayu, Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors.
Lisa Yip Shukye, & Jais Bin Abdul Hamid.
(2012). Sejarah Politik Malaysia Sehingga
Awal Abad ke-20. Selangor: Penerbitan
Multimedia.
Saifullah Mohd Sawi & Samsu Adabi Mamat,(2009). Sejarah dan Tamadun Islam di Asia
Tenggara, Shah Alam: Karisma Publications.
7/27/2019 1. Kesultanan Brunei
17/17
Sama-
sama
Terima
Kasih