Post on 02-Jul-2019
HHHC9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
SEMESTER 1 SESI 2014/2015UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
PENSYARAH :
Dr. KHAIRUL AZMAN BIN AZIZ
LAPORAN AKTIVITI 2 :
KITAR SEMULA
AHLI LUMPULAN :
AZLIANA BINTI NAWAWI A 143318
AISHAFIKA BINTI ISMAIL A 143324
NUR IZZYAN ATHIRAH BINTI MOHAMMAD NAZRI A 143340
FATIN FARHANA BINTI AB GHAFAR A 143375
1.0 Aktiviti Kedua : Kitar Semula
1.1 Pengenalan
Menurut Akta Pengurusan Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672),kitar
semula bererti memungut dan menghasilkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan
keluaran.Konsep ‘3R’ yang merujuk kepada Reduce(kurangkan),Reuse(Guna
Semula),dan Recycle(Kitar semula) merupakan amalan yang perlu diterapkan agar kita
dapat mengelakkan daripada membazir sumber-sumber di muka bumi ini.Oleh itu,aktiviti
kitar semula ini adalah bertujuan untuk menyemai sikap keprihatinan dan tanggungjawab
dalam diri setiap pelajar agar kebersihan alam sekitar terpelihara di samping menjamin
pengudaraan yang segar.
Bahan-bahan yang boleh dikitar semula termasuklah plastik,kaca,kertas dan
aluminium.Kami telah menggunakan botol plastik dan polisterine sebagai bahan buangan
untuk dikitar semula.
1.2 Lokasi Aktiviti Kitar Semula.
Lokasi : Pusat Kitar Semula,Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Lokasi yang dipilih bagi menjalankan aktiviti ini adalah sekitar Pusat Kitar
Semula yang terletak berhampiran dengan Dewan Canselor Tun Abdul Razak
(DECTAR).Pusat Kitar Semula ini terletak di tempat yang strategik yang memudahkan
orang ramai untuk mengitar semula bahan buangan mereka.Terdapat pejabat Pusat Kitar
Semula berhampiran dengannya di mana setiap orang boleh mendapatkan khidmat
pekerja di situ dalam membantu urusan kitar semula bahan buangan.Tempat ini menjadi
lokasi dalam menjalankan aktivit kitar semula bahan buangan kerana ia menyediakan
kemudahan yang lengkap yang membolehkan kami menjalankan aktivit ini dengan
mudah dan cepat.
1.2.1 Pusat Kitar Semula,UKM
2.0 Pembahagian Bahan Buangan Kitar Semula
2.1 Gambar pengagihan bahan buangan kitar semula
2.2 Mengitar semula bahan buangan
3.0
Kepentingan Aktiviti Kitar Semula
Kitar semula merupakan suatu aktiviti yang perlu diamalkan oleh semua lapisan
masyarakat demi menjamin kesejahteraan alam sekitar di muka bumi ini.Dengan jumlah
pembuangan sampah yang semakin meningkat ini,kebersihan dan kecantikan alam sekitar akan
terjejas serba sedikit jika tiada pihak yang bertanggungjawab untuk beritndak pantas demi
memelihara alam sekitar ini.Justeru,aktiviti mengitar semula bahan buangan yang telah kami
jalankan merupakan satu inisiatif dalam membantu persekitaran alam sekitar agar lebih bersih
dan indah dipandang.
Aktiviti kitar semula dapat membantu dalam mengurangkan keperluan terhadap bahan
mentah.Misalnya seperti penghasilan kertas yang menggunakan pokok atau kayu balak yang
ditebang sebagai bahan mentah bagi mengeluarkan kertas.Sumber asli seperti kayu balak yang
ditebang akan menyebabkan pemusnahan hutan seterusnya mengakibatkan pemanasan global
dan kemusnahan habitat.Hal ini akan menjejaskan sistem pengudaraaan alam sekitar yang segar
dan menyebabkan berlaku bencana alam sekitar yang tidak dijangka.
Selain itu,kitar semula dapat mengurangkan penggunaan sumber di mana kita boleh
menggunakan sumber yang sedia ada.Ia dapat membantu dalam mengurangkan pembelian bahan
baru seterusnya memupuk sikap berjimat-cermat dalam menjalankan kehidupan seharian.Bahan
kitar semula dapat dijadikan sebagai asas untuk menceriakan kawasan persekitaran dengan
mengguna pakai bahan-bahan tersebut untuk menghias dan mencantikkan sesuatu kawasan
persekitaran.
Aktiviti tersebut juga mampu menjamin kesejahteraan alam sekitar dengan membantu
mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh sisa pepejal.Misalnya pencemaran air dan
pencemaran udara.Justeru,dapat disimpulkan bahawa betapa pentingnya amalan mengitar semula
bahan buangan demi kesejahteraan alam sekitar di muka bumi ini.
4.0 Cadangan Dalam Menyemai Kesedaran Dalam Kalangan Masyarakat
Pada masa kini,ramai yang sibuk mengejar cita-cita sehingga lupa tanggungjawab
terhadap penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar.Dek terlalu sibuk,pelbagai inisiatif diambil
dalam usaha menjimatkan masa terutamanya dari segi pemilihan makanan.Kini,tertalu banyak
makanan segera yang menggunakan bahan-bahan yang boleh mencemarkan alam
sekitar.Disebabkan itu,bahan buangan kian meningkat hari kehari.Justeru,terdapat beberapa
inisiatif yang boleh diambil dalam usaha meningkatkan kesedaran kitar semula dalam kalangan
komuniti.Antaranya ialah :
i. Mengadakan kempen kesedaran mengenai kepentingan kitar semula dan kesannya
terhdapa diri,masyarakat, dan negara.
ii. Mengadakan program alam sekitar merangkumi aktiviti-aktiviti mengitar semula bahan
buangan yang melibatkan seluruh lapisan masyarakat.
iii. Menyemai sikap keprihatinan dan tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam diri
bermula dari kanak-kanak lagi.
iv. Menggalakkan aktiviti mengumpul bahan kitar semula di pasaraya atau tempat tumpuan
orang ramai.
v. Mewujudlkan pusat kitar semula di setiap kawasan perumahan.
RUJUKAN
1. 2013. Kitar Semula. Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara.
Mjpspn.kpkpt.gov.my/index.php/page/view/243 [9 Januari 2014].
2. 3R-Amalan3R. Sekolah Menengah Han Chiang. hchs.edu.my/green/Amalan%203R.html [9
Januari 2014]
3. Kepentingan Kitar Semula. Universiti Sains Malaysia.
Healthycampus.usm.my/index.php/activities/pembudayaan-persekitaran/148-kepentingan-
kitar-semula [9 Januari 2014].
4. Naqhiyah. Kepentingan Kitar Semula. www.scribd.com/mobile/doc/30853937?width=980
[9 Januari 2014].